Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MP Segambut buat laporan SPRM mengenai wang tebusan

Posted: 20 Jun 2016 08:46 PM PDT

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menempelak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana mengalihkan perhatian berkenaan wang tebusan kepada keluarga mangsa culik.
Lim berkata, pihak polis dan kerajaan seharusnya bertanggungjawab oleh kerana keluarga mangsa tidak dimaklumkan mengenai RM12 juta telah didermakan kepada badan amal dan tidak digunakan untuk tebusan, seperti mana yang didakwa oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Lim berkata demikian selepas membuat laporan mengenai isu wang tebusan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur.
Manila Times semalam melaporkan kumpulan militan Abu Sayyaf hanya menerima RM8.8 juta wang tebusan sebagai pertukaran bagi membebaskan empat rakyat Malaysia berasal dari Sarawak selepas berada selama 67 hari dalam kurungan.
Laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai mendakwa bahawa baki wang itu telah diambil oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Giliran Nik Abduh pula digesa bertaubat

Posted: 20 Jun 2016 08:09 PM PDT

Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia berkata pemimpin PAS itu juga wajib bertaubat kerana bersekongkol dengan pemimpin yang tidak amanah.
Rushdan-Mohame-nik-abduh
PETALING JAYA: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz digesa supaya berdiri di kaki sendiri dan bukannya bergantung kepada kekuatan arwah bapanya.
Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata pemimpin PAS dan Nik Abduh juga wajib bertaubat kerana bersekongkol dengan pemimpin yang tidak amanah dan tiada integriti.
"Nasihat kami kepada Nik Abduh, zaman Tok Guru Nik Aziz sudah habis. Jika hendak dibandingkan dengan zaman ini, ibarat langit dan bumi.
"Pesan kami pada Nik Abduh, cari kekuatan sendiri bukan kekuatan arwah bapanya," katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Rushdan turut mempersoalkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu semula apabila mendakwa Dr Mahathir yang juga penaung GKCM sudah kehilangan taringnya.
"Mana katanya Mahathir hilang taring? Semua pemimpin Pakatan Harapan mahukan Dr Mahathir. Ini kerana, mereka sendiri sanggup untuk melantik Dr Mahathir sebagai Ketua Pembangkang yang baharu," katanya.
Beliau berkata, PAS sendiri harus menilai semula kekuatan parti Islam itu selepas menerima undi terendah dalam dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Taring PAS tidak tercabut ke dari 18,000 pada PRU13, sekarang tinggal 6,000 saja," katanya.
Semalam, Nik Abduh menggesa Dr Mahathir kembali semula kepada Allah dengan bertaubat sebenar-benarnya dan itulah perkara yang terbaik perlu dilakukannya di hujung hayat.
Dr Mahathir juga perlu membanyakkan masa berada di tikar sejadah dan di hadapan Kaabah.
PAS yang bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu tewas di kedua-dua kerusi.

Calon KEADILAN ditembak mati di Miri

Posted: 20 Jun 2016 08:00 PM PDT

Bill Kayong dilaporkan ditembak di leher sebaik saja keluar daripada kereta kira-kira 9.20 pagi tadi.
bil-kayong
Calon kerusi Bekenu pada PRN Sarawak pada Mei lalu, Bill Kayong mati ditembak.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengesahkan Bill mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shopping Mall di Senadin, Miri.
"PKR baru terima berita saudara Bill Kayong, calon kerusi N71 Bekenu pada PRN Sarawak lalu, mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shopping Mall di Senadin, Miri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, The Borneo Post melaporkan trak beliau yang tertera logo parti ditembak dari arah cermin sisi pemandu.
Bill dilaporkan ditembak di leher sebaik saja turun dari kereta kira-kira 9.20 pagi tadi.
Beliau yang juga seorang peguam sering memperjuangkan isu sosial dan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.
Mangsa tewas dalam pertembungan empat penjuru kepada calon BN Rosey Yunus dalam PRN Sarawak lalu

Polisi MAS benarkan kami tidur, kata kakitangan diberhentikan

Posted: 20 Jun 2016 07:50 PM PDT

Beberapa kakitangan Malaysia Airlines Bhd (MAS) yang telah diberhentikan mengingatkan ketua pegawai ksekutif syarikat penerbangan itu,Christoph Mueller bahawa polisi syarikat membenarkan anak kapal dan kakitangan teknikal dalam penerbangan jarak jauh berehat.
Menurut mereka, polisi yang sama diguna-pakai oleh syarikat penerbangan di seluruh dunia.
Peraturan itu ditetapkan mengikut undang-undang antarabangsa penerbangan, berikutan kemalangan yang disebabkan oleh faktor manusia, kata bekas jurutera MAS, Zul Fadly.
Zul berkata dia pernah bekerja selama 12 jam dalam rutin hariannya dan kadang-kadang apabila terpaksa bekerja selama 18 jam, dia akan diberikan cuti enam jam.
Secara khusus, katanya, dia dan jurutera lain dibenarkan tidur semasa rehat dan sebuah bilik khas diperuntukkan bagi maksud itu.
Zul mengulas kenyataan bekas bosnya, Mueller, yang dalam satu temu bual baru-baru ini berkata beliau terpaksa memberhentikan 6,000 pekerja kerana sebahagian besar mereka tidak melakukan apa-apa, bahkan ada yang tidur.
"Ramai di kalangan 20,000 kakitangan yang bekerja untuk syarikat itu tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan.
"Malah, ketika saya berjalan di hangar, ada pekerja yang tidur. Sebab itu, saya terpaksa radikal mengurangkan 6,000 pekerjaan," kongsi Muller kepada stesen penyiar Jerman, Deutsche Welle (DW) menerisi portal webnya.
Sehubungan itu, Zul menuntut Mueller untuk membetulkan kenyataannya supaya orang ramai tidak akan berfikir bahawa mereka yang kehilangan pekerjaan kerana sedang tidur.
Zul, yang kini bekerja sebagai pemandu Uber, berkata kenyataan seperti itu boleh memberi kesan kepada bekas kakitangan MAS yang sesetengah daripada mereka masih belum mendapat pekerjaan selepas diberhentikan.

Wan Saiful pertahan TMJ dalam kes dihina di FB

Posted: 20 Jun 2016 07:22 PM PDT

Ketua eksekutif IDEAS berkata pihak berkuasa dilihat terlalu fanatik untuk bertindak dan melaksanakan kes di mana kepentingan awam tidak jelas.
wan-jan-tmj
PETALING JAYA: Tidak adil untuk menuduh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim seorang yang hipokrit.
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berkata sesetengah pihak menuduh TMJ kononnya berfikiran terbuka tetapi bersembunyi di sebalik undang-undang untuk menghukum pengkritiknya.
"TMJ tidak seharusnya dipersalahkan, tetapi sistem, undang-undang dan sikap kerajaan yang perlu diteliti," katanya yang menulis di The Star Online.
Wan Saiful berkata, terdapat isu besar yang dapat diperhatikan apabila insiden seperti ini berlaku.
"Pihak berkuasa dilihat terlalu fanatik untuk bertindak dan melaksanakan kes di mana kepentingan awam tidak jelas.
"Dengan menghukum orang muda seperti Muhammad Amirul, kerajaan secara tidak langsung memaksa rakyat untuk berdiam diri apabila ada yang mempersoalkan sama ada rakyat memerlukan sistem monarki lagi atau tidak," katanya.
Bukan itu saja, terdapat juga isu bagaimana pihak berkuasa untuk mengawal kerabat diraja yang bekerja di luar kebiasaan dan bukan tugas biasa mereka.
"Sebagai pemilik kelab Darul Ta'zim (JDT) Johor, TMJ melakukan kerja yang luar biasa untuk bola sepak Johor.
"Jika orang ramai boleh mengkritik apa pun yang mereka mahu tentang pegawai kelab bola sepak lain, adakah pemilik JDT dilayan dengan cara berbeza. Adakah kita mengatakan terdapat perbezaan kelas untuk pegawai persatuan?" soalnya.
Katanya, dalam kes seperti ini masih ramai yang tidak jelas bila campur tangan diraja diperlukan dan bila ia tidak diperlukan.
Wan Saiful berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan pihak berkuasa yang menjatuhkan hukuman penjara setahun untuk setiap 14 pertuduhan menghina TMJ terhadap Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri.
Amirul, 19, dijatuhkan hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat komen bersifat jelik terhadap TMJ menerusi laman sosial Facebook.

TERIMA KASIH SEMUA, JADIKAN KEKALAHAN MEDAN MUHASABAH UNTUK PRU-14

Posted: 20 Jun 2016 07:11 PM PDT


mat-sabu111. Pilihan Raya Kecil P093 Sungai Besar dan P067 Kuala Kangsar telah berakhir dengan keputusan kedua-duanya kita semua sudah maklumi. BN mengekalkan penguasaannya sementara Pakatan Harapan yang diwakili AMANAH masih belum berjaya dalam percubaan kali ini.
2. Bagaimanapun, dalam usia penubuhan AMANAH yang baru menginjak 9 bulan, berhadapan pula pertandingan lebih dua penjuru, kejayaan berada ditempat kedua mengekori BN di Sungai Besar dan ketiga di Kuala Kangsar dengan beza 800 undi dengan Pas, sudah cukup untuk dibanggakan.
3. Sekalipun tidak berjaya, penyertaan Parti AMANAH pada kedua-dua PRK ini sekurang-kurangnya telah memperkenalkan nama AMANAH bukan sahaja kepada para pengundi di kedua-dua parlimen, malah juga ke seluruh Malaysia melalui liputan media sepanjang tempoh itu. Di saat masih ada lagi penduduk Sungai Besar menganggap Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor, sudah tentu satu cabaran besar untuk AMANAH dikenali.
4. Dalam pilihan raya kecil ini, pertembungan sesama parti pembangkang antara Pakatan Harapan dengan Pas sudah tentu sedikit sebanyak menyumbang kekeliruan di kalangan pengundi. Sebaliknya di peringkat BN, mereka jelas dilihat padu menghadapi pembangkang.
5. Dengan segala yang berlaku, AMANAH dan Pakatan Harapan akan melakukan 'postmortem' dalam masa terdekat. Ini penting sebagai menilai dan mengatur semula strategi berhadapan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang kita jangka tidak lama lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar : Mengapa PH wajib mengelak "duri hijau" yang ditabur BN

Posted: 20 Jun 2016 06:54 PM PDT

Pertembungan berterusanPertembungan berterusan
Amanah harus berbangga dengan pencapaian yang diperoleh dalam pertandingan pertama di Semenanjung (Sg Besar dan Kuala Kangsar). Sebaliknya Pas perlu sedar bahawa setelah berpuluh tahun dengan ratusan bilangan cawangan yang terdapat di kedua-dua kawasan hanya mampu membuahkan tidak lebih 30% daripada jumlah keseluruhan undi. Ini merupakan pencapaian terburuk Pas di kedua-dua kawasan yang ditandingi. Pas gagal mendapatkan undi kaum Cina akan tetapi Amanah semakin menempa nama dan meningkat selaras dengan logo Amanah yang diperkenalkan hari demi hari. Ini merupakan petunjuk harapan buat Amanah tetapi malapetaka buat Pas.
Analisis mengikut kaum yang digunapakai Pas adalah petunjuk bahawa Pas dalam keadaan tertekan untuk menenangkan ahlinya yang semakin tidak selesa dengan kepimpinannya. Pas secara simbolik mengakui bahawa is tidak berdaya untuk menang sendirian sebaliknys menggunakan analisis sedemikian untuk men dapatkan 'position of strength' untuk berunding dengan mana-mana pihak termasuklah mungkin dengan Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).
Pas cuba merumuskan bahawa tanpa Pas, PH akan tersungkur tanpa undi Melayu. Apa yang tidak diperincikan bahawa keputusan Sg. Besar tidak mewakili kawasan bandar dan pinggir bandar serta sokongan Melayu kepada PH tidak static sebaliknya dinamik dan akan bertambah secara terus selaras dengan pengenalan parti baru Amanah. Pas terpaksa menggunakan senjata hudud sebagai senjata politik terakhir, yang sepatutnya menjadi agenda ummah keseluruhannya, namun begitu masih belum dapat menambah bilangan undi Melayu. Ini petanda buruk bahawa undi Melayu PAS juga akan merosot hari demi hari sementara undi Cina tidak akan bertambah.
Pas cuba membuat persepsi dengan analisa mengikut kaum bahawa Amanah tidak ada nilai tambah langsung dalam PH melainkan hanya Pas sahaja yang mampu memberikan nilai tambah kepada PH.
Pas cuba mendapatkan kelebihan dalam perundingan dengan PH jika berlaku untuk menekan PKR agar menyingkirkan Amanah. Apa yang tidak dijelaskan juga dalam analisa mengikut kaum ini adalah, jika PKR bersama Pas, maka undi Cina, India dan sebahagian undi Melayu yang merupakan undi asas PKR akan juga hilang akibar daripada pendirian ekstrim PAS. Adakah berbaloi untuk hilang undi asas semata-mata mengejar bahagian undi Pas yang belum tentu ada. Bahagian undi Pas pula tidak boleh dipercayai dengan sejarah pengundi Pas yang sangat anti parti selain Pas seperti yang berlaku di Parlimen Tanah Merah (PKR) dan DUN dibawahnya (Pas) pada PRU 13 yang lalu.
Read More / Baca Lagi >>

‘Negeri Serambi Mekah kotor, memalukan’ - Agus

Posted: 20 Jun 2016 06:43 PM PDT

Agus turut menasihati kerajaan Kelantan menjadikan Melaka dan Negeri Sembilan sebagai contoh dalam hal kebersihan.
prof-augus-Datuk-Abdul-Fattah-Mahmood
PETALING JAYA: Ahli akademik kelahiran Kelantan meluahkan rasa tidak puas hati dengan tahap kebersihan negeri itu yang menurutnya kotor dan memalukan.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, isu kebersihan negeri yang diberi jolokan serambi Mekah itu bukan sesuatu yang baru, malah ia berlaku sejak sekian lama.
Katanya, kerajaan PAS Kelantan juga tidak sepatutnya menjadikan alasan tiada dana kewangan yang cukup untuk menyelesaikan masalah tersebut, kerana mereka boleh meminta bantuan daripada pusat.
"Pesan saya kepada kerajaan negeri, janganlah selalu memberi alasan tiada duit kerana diskriminasi kerajaan pusat apabila gagal menyediakan keperluan asas rakyat.
"Malulah kita negeri yang 'Membangun Bersama Islam' jika mengambil mudah kepada hal menjaga kebersihan dan keperluan rakyat.
"Jika sungguh tidak ada duit, mintalah bantuan kerajaan pusat. Dengan hubungan politik yang baik di bawah payung 'politik matang dan sejahtera' sekarang, bantuan itu diberikan," tulis Agus dalam Facebooknya.
Beliau turut menasihati kerajaan Kelantan menjadikan Melaka dan Negeri Sembilan sebagai contoh dalam hal kebersihan.
"Bukan sahaja bandarnya bersih, kampung-kampungnya juga dijaga bersih. Mengapa kita tidak boleh lakukan hal yang sama di negeri kita?" katanya.
'Kelantan semakin bersih'
Diminta mengulas dakwaan itu, Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood ketika dihubungi FMT berkata, pihaknya mengakui perkara tersebut, namun berkata tahap kebersihan di negeri itu meningkat setiap tahun.
Katanya, rata-rata rakyat yang kembali ke Kelantan memuji perubahan tahap kebersihan yang berlaku di negeri itu setiap tahun.
Read More / Baca Lagi >>

7 pengajaran PRK: Najib bukan bodoh, PAS rugi besar

Posted: 20 Jun 2016 06:41 PM PDT

Agak pelik apabila seorang popular seperti Dr Abdul Rani Osman (PAS) mencatat undi lebih rendah dari calon Amanah.
prk-sungai-besar-kuala-kangsar-1
Oleh Mohd Shazwan Abd Halim
Sudah tiga hari pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar berlalu.
Bagi pendokong pembangkang, keputusan kedua-dua PRK ini tentulah mengecewakan. Namun perlawanan sebenar adalah pilihan raya umum.
Kekalahan dalam perlawanan boleh menjadi pencetus kepada kemenangan dalam peperangan.
Berikut tujuh pengajaran dua PRK itu, mengikut telahan saya, yang mungkin boleh diambil kira pembangkang dalam menghadapi PRU akan datang:
Najib bukan bodoh
Di sebalik skandal yang terpalit pada Datuk Seri Najib Razak, Barisan Nasional (BN) kekal utuh. Ini menunjukkan Najib bukanlah bodoh, seperti yang sering diperlekehkan ramai pembencinya. Beliau adalah "haiwan politik" yang cekap.
Seperti dijangkakan, agak sukar dua gabungan pembangkang, iaitu Pakatan Harapan (PKR+DAP+Amanah) dan PAS-Ikatan meruntuhkan dominasi BN di dua kubu kuat BN ini, antaranya kerana:
1. Perpecahan undi pembangkang.
2. PRK yang diadakan terlalu hampir dengan tarikh Hari Raya Aidilfitri menyebabkan sebilagan anak muda yang bekerja di luar berat pulang mengundi.
3. Demografi kawasan semi-urban di mana capaian maklumat pada peringkat nasional melalui media alternatif terbatas berbanding media perdana yang didominasi BN.
4. Kuasa wang dan aset BN yang difokuskan hanya pada dua kerusi.
PAS rugi besar
Selain rakyat, pihak yang paling terkesan pada PRK kali ini adalah PAS dengan kehilangan sebanyak 7,452 undi di Kuala Kangsar dan 11,394 undi di Sungai Besar berbanding PRU13, semasa mereka masih bersama Pakatan Rakyat.
Daripada segi matematik, undi PAS merosot sebanyak 18,846 di kedua-dua kawasan dan secara peratusan ia merupakan kemerosotan sebanyak 60%.
Memandangkan kedua-dua kerusi ini adalah kerusi majoriti Melayu dan "separa bandar" dan kerusi tradisional PAS yang ditandingi sejak sekian lama, kehilangan undi dengan jumlah sebegitu besar sepatutnya menjadi "alarming indicator" agar PAS tidak terbuai dalam dunia sendiri dan mengkaji ijtihad politik mutakhir mereka.
Tambahan lagi, agak pelik apabila seorang popular seperti Dr Abdul Rani Osman mencatat undi yang lebih rendah dari calon muka baharu seperti Azhar Azhar Abdul Shukur dari Amanah.
Amanah yang setahun jagung mampu gugat
Amanah pula sebagai parti baru (sembilan bulan) dalam arena politik tanah air berjaya mencuri 12,429 undi iaitu 23% dari jumlah undi di kedua-dua kawasan.
Bagi sebuah parti baharu yang rata-ratanya belum dikenali pengundi luar bandar, masih dalam proses membina akar umbi serta diberikan imej negatif saban hari oleh akhbar dan televisyen, angka yang diperolehi menunjukkan Amanah bukanlah "just another newcomer" dan mampu menggugat jika kelemahan yang dikenalpasti diatasi pada hari-hari mendatang.
Kembalinya pengundi Cina kepada BN
Faktor paling mengejutkan PRK kali ini tentulah perubahan undi di kalangan pengundi Cina di kawasan luar bandar kepada BN, walaupun dengan usaha keras DAP.
Read More / Baca Lagi >>

The Chinese swing

Posted: 20 Jun 2016 06:39 PM PDT

Unless the opposition parties buck up, BN could see its Chinese support increase.
chinese swing
The Chinese get mentioned a lot after votes are counted in any election. Indeed, their votes have the power to change the shape of a election, and often do so depending on economic and social circumstances.
Now let's remember that the Chinese make up roughly 30% of the country's population. This means that a large enough swing from them could give Barisan Nasional a supermajority (assuming that BN gets most of the Malay votes) or, as we saw in 2008, more opposition representation in Chinese-dominated areas. This makes appealing to the Chinese community essential in determining the future direction of the country.
The results of the Kuala Kangsar and Sungai Besar by-elections are not good news for the opposition parties, whichever demographic you happen to be looking at. The split in the pro-opposition vote and the apparent instability of the Pakatan Harapan coalition exposed the opposition as weak and vulnerable to the experienced gamesmanship of BN. A last-second hudud panic only served to cut deeper into Pakatan's talking points as PAS happily crowed the upcoming debate on Hadi Awang's private member's bill and its new friendship with Umno.
By and large, the Pakatan experiment is close to collapsing. PKR seems on the verge of a civil war. And with Zaid Ibrahim making the reasonable suggestion that Amanah and DAP together get out of the coalition before they get dragged into PKR's mess, public confidence in Pakatan is at an all time low.
As for PAS, it must now realise after being soundly trashed in the by-elections that it needs to widen its appeal. But it has already succeeded in alienating its moderates and progressives. If it does intend to return to somewhat moderate ground, it faces a long slog. It will probably have to contend with much protest from within as well as without. The Chinese, ever wary of hudud, will never embrace PAS' campaign for the strengthening of the shariah courts, and will likely look at any overture from Hadi with disdain and suspicion, given the community's ingrained support for DAP and the recent memories of PAS' demonisation of the party.
Read More / Baca Lagi >>

‘Sebelum BN ambil alih Selangor, jadi pembangkang cekap’ - DAP

Posted: 20 Jun 2016 06:37 PM PDT

Adun DAP berkata tindak-tanduk BN sebagai pembangkang di Selangor menunjukkan budaya politik Umno yang masih ketinggalan zaman.
Lau Weng Sa
PETALING JAYA: Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari DAP hari ini menasihatkan Barisan Nasional (BN) berusaha menjadi pembangkang yang kredibel sebelum bercita-cita mahu mengambil alih negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata BN masih tidak melantik seorang ketua pembangkang DUN negeri itu, di samping enggan menerima peruntukan kerajaan negeri dan memulau Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC).
"Sekiranya mereka masih gagal mengisi kekosongan tersebut, maka ini hanya sekali lagi membuktikan bahawa BN dan Umno masih belum bersedia mengambil alih kerajaan Selangor dan segala hujah berkaitan dengan perkara ini hanya omong-omong kosong semata-mata," kata Lau, mengulas keyakinan di kalangan pemimpin BN mengenai peluang mengambil alih Selangor selepas kemenangan besar di Sungai Besar, Sabtu lepas.
Selangor jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, dan diperintah kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS.
Pada 2014, Datuk Mohd Shamsudin Lias meletak jawatan ketua pembangkang DUN Selangor selepas enggan memegang jawatan pengerusi PAC yang ditetapkan bagi seorang ketua pembangkang.
Lau berkata tindak-tanduk BN di Selangor menunjukkan budaya politik Umno "yang masih ketinggalan zaman".
Read More / Baca Lagi >>

Tinggalkan Dr M, nasihat PSM kepada pembangkang

Posted: 20 Jun 2016 06:36 PM PDT

Pemuda PSM berkata pembangkang bersekongkol dengan 'nama-nama jahat' menyebabkan mereka ditolak pengundi.
Khalid Ismath
PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertegas menolak sebarang usaha bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya menjadi punca segala kepincangan negara, kata sayap pemuda parti itu hari ini.
Jurucakapnya Khalid Ismath dalam membuat rumusan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) berkata, antara sebab pembangkang ditolak ialah kerana mengadakan kerjasama dengan Dr Mahathir dan bekas pemimpin kerajaan lain.
"Rakyat menilai pemimpin BN sebagai zalim, jahat dan mesti dijatuhkan namun dalam masa sama rakyat melihat pembangkang yang mengubah haluan dengan bersama sebahagian pemimpin BN seperti Mahathir, Muhyidin, Mukhriz dan Shafie Afdal ini adalah jauh lebih jijik kerana dilihat sebagai menggadai prinsip dan memperdaya rakyat," kata Khalid.
Sabtu lepas, BN menang di kedua-dua PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan majoriti jauh lebih besar daripada pilihan raya umum 2013.
Calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang di Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969 (dari hanya 1,083 pada 2013) manakala Budiman Mohd Zohdi menang di Sungai Besar dengan majoriti 9,191 (dari hanya 399 pada 2013), menewaskan calon Amanah dan PAS di kedua-dua kawasan Parlimen itu.
Khalid menuduh Amanah bertindak angkuh kerana yakin penglibatan Dr Mahathir akan memastikan kemenangan.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: Kegagalan terima kekalahan antara ciri diktator

Posted: 20 Jun 2016 06:33 PM PDT

Pihak pembangkang yang obses terhadap kemenangan dan enggan menerima kekalahan pilihan raya dengan hati terbuka dilihat mempunyai ciri-ciri diktator, kata beberapa penganalisis politik.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata sistem demokrasi memberi jaminan kepada hak kebebasan rakyat memilih, dan pemimpin politik yang bijak sepatutnya amat maklum tentang perkara itu.
Justeru, katanya, kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak yang seolah-olah menyalahkan rakyat kerana tidak memilih calon mereka, adalah respons yang 'tidak matang'.
"Mereka sahaja yang betul, pandangan masyarakat tidak dikira. Ini adalah ciri-ciri diktator. Kalau kelompok sebegini perintah (negara), saya khuatir nanti suara rakyat akan hilang," katanya ketika dihubungi.
Sebuah akhbar melaporkan Rafizi dipetik sebagai berkata penyakit 'kebendaan' dalam kalangan pengundi menjadi antara penyebab Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusia Parlimen itu.
"Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain, faktor projek dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka (BN)," kata Rafizi dalam laporan itu.
Md Shukri berkata rakyat dan pemimpin matang adalah dua perkara yang saling diperlukan ke arah pembentukan Malaysia yang membangun.
"Dalam konteks ini, saya lihat keluhuran hati pemimpin itu sendiri. Kalau penghormatan ke atas rakyat tidak boleh diberikan, ini meruncing kepada pembentukan sebuah negara yang matang.
"Rakyat seharusnya buka mata," kata beliau.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Sivamurugan Pandian pula menyifatkan Rafizi sebagai pemimpin yang emosional.
"Beliau sepatutnya lebih rasional dan praktikal dalam perkara ini," katanya.
Sivamurugan berkata hak dan kedudukan pengundi untuk memilih perlu diiktiraf, dan tidak ada mana-mana parti yang boleh perlekehkan perkara ini.
Jika dilihat pada pilihan raya sebelum ini, katanya, pengundi telah menganugerahkan parti pembangkang beberapa negeri untuk ditadbir.
Read More / Baca Lagi >>

GANJARAN PAHALA SELAMATKAN NEGARA LEBIH BESAR DARIPADA DUDUK DI ATAS SEJADAH

Posted: 20 Jun 2016 03:31 PM PDT

Berikutan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beberapa suara kedengaran meminta Tun Mahathir Mohamad agar  berehat saja dan tidak lagi mencampuri urusan politik negara.

Antara hujah mereka ialah bekas Perdana Menteri itu tidak relevan lagi, hanya memusnahkan legasinya, sudah tercabut taring dan lebih baik menghabiskan sisa-sisa usianya di atas sejadah saja.

Jika pemimpin UMNO yang berkata demikian mungkin ia boleh diterima seadanya, mungkin kerana dedak sudah diterima, tetapi dalam hal ini pemimpin Pas pun lebih kurang sama saja nadanya.

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz berkata, keputusan dua pilihanraya kecil baru-baru ini mengesahkan taring politik Tun Mahathir telah tercabut dan mencadangkan supaya bekas Perdana Menteri itu menghabiskan hujung-hujung usianya di atas sejadah dan mengunjungi Kaabah.

Itulah sebaik-baik kehidupan ketika berada si hujung hayat kehidupan, kata beliau lagi.
Apakah ini tanda-tanda pertuturan orang yang sudah dipengaruhi dedak juga?

Apa agaknya reaksi Nik Aziz Nik Mat jika bapanya itu masih hidup dengan kenyataan Nik Abduh itu sedangkan negara sedang diselubungi dengan begitu banyak kerosakan yang disebabkan onar Perdana Menterinya?

Kenapa Nik Abduh hanya meminta Tun Mahathir saja yang berehat dan berada di atas sejadah, tetapi tidak kepada Najib yang di seluruh dunia diketahui dan diperkatakan dengan skandal kewangannya?
Read More / Baca Lagi >>

Nik Abduh & Rahman Dahlan Serang Mahathir, Amanah Pertahan...

Posted: 20 Jun 2016 08:06 AM PDT

AMANAH pertahan, ucap terima kasih kepada Dr M

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mujahid Yusof Rawa tampil mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menyifatkan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak bererti bekas Perdana Menteri itu gagal dalam gerakan 'Selamatkan Malaysia' yang ditunjangi beliau.

Mujahid turut melahirkan rasa kesal terhadap Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyerang Mahathir dengan meminta beliau bersara daripada politik secara senyap-senyap dan tidak mendedahkan dirinya kepada penghinaan lanjut.


"Mereka yang mengatakan seperti ini tidak memahami perbezaan antara parti politik dan negarawan.

"Mahathir tidak berjuang di platform mana-mana parti politik, tetapi dalam kempen 'Save Malaysia' yang merentasi semua pihak," kata Mujahid kepada Malaysiakini.

Jelasnya lagi, adalah mustahil untuk Mahathir menyokong calon BN atau Umno apabila parti itu telah menjadi punca kepada bencana yang melanda negara ini.

Beliau menambah, adalah tidak mungkin juga bagi Mahathir untuk menyokong calon PAS yang mesra kepada BN di sebalik skandal yang menjejaskan negara.

"Mahathir nampak hanya calon Amanah sebagai satu-satunya peluang untuk menyelamatkan Malaysia setelah berkongsi wawasan yang sama," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

"Malangnya, ada pihak gagal untuk melihat ini dan terus terperangkap dengan agenda sempit mereka," katanya.

Taring Dr M 'secara rasminya' tercabut, kata Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan taring bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasminya telah tercabut atau tertanggal ekoran kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil berkembar yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

Anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 12 Februari 2015 itu berkata, Mahathir disarankan memperbanyakkan masa untuk berada di tikar sejadah dan di hadapan kaabah.

"Saya sarankan Tun Mahathir banyakkan berada di tikar sejadah dan di hadapan kaabah.

"Zaman kekuatannya ketika bertempur dengan almarhum ayahanda TGNA (Tok Guru Nik Aziz) telah berakhir.

"Jika Tun kembali kepada ALLAH dengan taubat yang benar, itulah sebaik-baik kehidupan di hujung hayat. Saya mendoakan," ujarnya dalam kenyataan.

Mahathir dicemuh pelbagai pihak ekoran kemenangan besar BN dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, baru-baru ini setelah hasratnya untuk menjadikan pilihan raya kecil berkembar itu sebagai referendum menolak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal.

Bukan sahaja oleh Najib sendiri, Mahathir turut menerima tempelak dan pelbagai nasihat antaranya berehat, menjaga integriti dan nama baiknya oleh banyak pihak lain antaranya bekas ketua hakim negara, pimpinan PAS lain dan pemimpin Umno.

Mahathir juga pernah mendedahkan pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menerangkan dakwaan salah laku Najib.

"Saya jelaskan secara peribadi kepada Hadi mengenai salah laku Najib tetapi apa yang dia nampak ialah dedak," kata Mahathir.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, tuduhan yang mengaitkan PAS sebagai tunggangan UMNO hanyalah persepsi murahan oleh golongan lemah yang terpelanting akibat disantau mabuk dalam misi menawan Putrajaya.

"Ketika PAS bersama DAP, PAS dituduh UMNO sebagai tunggangan DAP. Ketika PAS berpecah dengan DAP, PAS dituduh DAP sebagai tunggangan UMNO.

"Sebagaimana PAS berjaya keluar daripada tuduhan pertama, PAS pastinya akan berjaya keluar daripada tuduhan kedua dengan selamat dan sejahtera.

"Malah tuduhan itu akan lebih mudah dihilangkan kerana PAS tidak pun mengikat sebarang perjanjian dengan UMNO sebagaimana ikatannya dengan DAP semasa di dalam Pakatan Rakyat dahulu," tambah beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Surat tunjuk sebab kepada Pas Kelantan

Posted: 20 Jun 2016 07:11 AM PDT

MSO

ULAS PIRAKE (ii)

Keputusan dua Pirake di Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam, tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja terutamanya oleh parti agama (Pas) tanpa membuat analisa mendalam secara waras. Pas mesti berbuat sesuatu dengan segera dengan penuh keinsafan dan professionals.


Kembalikan Husam
ke dalam Pas.
Sekiranya Pas masih lagi beretorik bermain dengan seribu kata-kata indah, membina ayat-ayat power untuk menyedapkan hati, mengulik perasaan, parti itu akan terus lemah dan menjadi parti terpencil. Tidak mustahil juga ia akan pupus seperti dinosour.

Perhatian penuh perlu diberikan oleh Pas Kelantan. Dalam hal ini saya ingin memberi "surat tujuk sebab" kepada Pas Kelantan. Pas Kelantan tidak boleh meriba tangan dan menerima apa yang berlaku dalam dua Pirake itu, kekalahannya sebagai takdir Allah semata-mata. Pas perlu mencari sebab musabab dan mengambil iktibar terhadapnya. Jangan berlindung dengan kata-kata (escape) keadaan di Kelantan berbeza dan politik Kelantan unik.

Apa lagi menganggap senario politik di Kelantan berbeza dengan politik di luar seperti Kuala Kangsar dan Sungai Besar itu.

Jangan marah apabila saya sebut Pas kalah dalan dua pilihan raya itu. Pas kena terima istilah dan hakikat ini. Di Sungai Besar Pas dimalui oleh bekas rakan-rakanya sendiri Amanah. Jangan peduli apakah undi Amanah itu undi Cina, India atau apa. Yang penting teori dan hukum politik telah mengesahkan Amanah mendapat undi lebih daripada Pas. Undi merupakan sokongan dan ia mengeraskan semangat juang.

Pas juga tidak boleh berbangga dengan mendapat undi pure Melayu. Hakikat yang kena disedari di kawasan-kawasan campuran, Pas atau mana-mana parti juga memerlukan sokongan daripada semua kaum. Kedegilan hanya menerima satu kaum sahaja ia tidak akan membawa kemenangan dan menjadi pilihan raya itu tidak bererti apa-apa. Titik simpul dalam pilihan raya ialah menang, dapat kerusi bukan soal undi pure apa-apa puak. Dapat undi pure tetapi kerana terlepas, tidak ada guna juga.

Sama ada undi diperolehi Amanah daripada ahli DAP, PKR atau sesiapa tidak berbangkit, tetapi dalam pilihan raya itu, calon Amanah di Sungai Besar yang dianggap kubu Pas, Azhar mendapat undi lebih banyak daripada calon Pas Dr Rani Osman. Bezanya, 707 undi. Di Kuala Kangsar Amanah pula berkurangan 765 berbanding Pas/

Dalam darjah politik, undi Cina ke, Melayu ke, India ke, Orang Asli ke, muslim, mualaf dan kafir sama sahaja nilainya. Tidak bermakna undi daripada Melayu mempunyai nilai tambah yang besar daripada undi Cina dan India.

Saya hairan apa bila ada sesetengah pentaksub Pas (budak-budak baru belajar menjolak cempedak) seperti tidak mahu mengiktiraf "kemenangan" dan kedayaan Amanah itu. Kononnya ia bukan mewakili suara orang Melayu? Apakah kalau kebetulan undi ahli DAP dan PKR diberikan kepada peti undi Pas, Pas sedia menolak dan tidak mahu mengakui ianya sebagai undi dan sokongan kepada Pas. Jangan double strandard dalam membuat penilaian.

Beberapa kerusi Dun di Selangor yang dimenangi Pas, adalah kerana sumbangan undi bukan Melayu.

Dalam situasi politik Malaysia yang rencam ini, tidak sepatutnya diakan batas-batas jenis undi dan sokongan mengikut sentimen kaum dan puak. Hakikat yang kena terima, mana-mana parti mengamalkan politik kepuakan mereka tidak akan berjaya sampai ke khiamat pun.

Kenapa Umno masih kekal menjadi pemerintah hingga sekarang kerana kebijaksanaan parti itu dalam berkolabrosi dengan semua kaum. Umno tidak cuba memisahkan dan membezakan undi yang diperolehinya mengikut kaum. Umno merima apa sahaja, sebab seperti dikatakan tadi dalam teori dan rukun politik, nilai undi seseorang itu sama sahaja, tanpa mengira anak peribumi, pendatang atau anutan agama dan budaya.Read More / Baca Lagi >>

Jambun: Pembangkang perlu berdiri atas prinsip, bukan pakatan celaru

Posted: 20 Jun 2016 07:03 AM PDT

Tiada ada yang berubah antara Pakatan Harapan dan PAS sejak terlerainya Pakatan Rakyat, walaupun semuanya telah berlalu sekarang
jambun
KOTA KINABALU: Ekoran pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, seorang aktivis hak asasi manusia teringat kiasan seorang diplomat Eropah yang mengakui di televisyen baru-baru ini bahawa pelarian Syria, kebanyakannya beragama Islam, "tidak baik" untuk benua itu.
Meskipun begitu, Eropah tidak akan mengabaikan pelarian.
"Yang utama bagi kita, sebagai orang Eropah, adalah prinsip," kata Daniel John Jambun memetik kata-kata diplomat itu. "Kita bertaut pada prinsip walaupun adakalanya ia 'tidak baik' untuk kita."
"Kita mahu lakukan perkara yang betul akhirnya," kata diplomat itu.
Pengasas Yayasan Borneo's Plight in Malaysia (Bopim) itu ketika dihubungi berkata Pakatan Harapan (PH) menggunakan strategi yang salah sekiranya mahu kembali bermesra dengan PAS selepas tewas dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.
Katanya, sekiranya keinginan itu didorong oleh kemahuan untuk membentuk pembangkang yang bersatu untuk menewaskan Barisan Nasional (BN), maka pembangkang sebenarnya tersasar sekali lagi.
Beliau mahu mengingatkan Pakatan Rakyat terlerai lantaran sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang veto keputusan yang telah disepakati oleh mesyuarat Majlis Pimpinan PR walaupun kerap tidak hadir bermesyuarat.
Hadi juga bertegas dengan bacaan "bersetuju untuk tidak bersetuju" yang disalaherti dan bertindak bersendirian dalam hal usul hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Parlimen.
Malah, menurut tokoh DAP Lim Kit Siang baru-baru ini, Hadi bertegas mahu dinamakan sebagai Perdana Menteri menanti walaupun PR telah bersetuju menamakan Anwar Ibrahim.
Jambun merupakan salah seorang daripada 12 pimpinan PKR Sabah yang digantung sebelum Naib Presiden Jeffrey Kitingan meninggalkan parti itu.
Aktivis itu turut mengingatkan isu-isu lain seperti kenyataan Hadi 7 Mei lalu bersempena pilihan raya negeri Sarawak, dimana Hadi berkata Ketua Menteri Sabah dan Sarawak haruslah beragama Islam.
"Majoriti penduduk di dua negeri ini adalah bukan Islam, kebanyakannya Kristian dan Orang Asal," kata Jambun. "Betapa naifnya beliau. Hadi juga kata orang Iban punyai kerangka fikiran cawat dan sirat."
Beliau menambah Hadi turut bertegas Perdana Menteri haruslah orang Melayu dan beragama Islam. "Ini penting untuk kita perhatikan kerana dibawah Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, bukan semua penganut agama Islam itu orang Melayu."
Memandang keadaan seperti itu, Jambun bertegas langkah PH pertimbang untuk membawa masuk PAS dalam kalangan mereka sebagai tidak masuk akal.
Read More / Baca Lagi >>

PAS : Kami kuat daripada PAN, dapat undi kerana DAP, PKR

Posted: 20 Jun 2016 07:00 AM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah enggan mengakui kekuatan parti serpihannya, PAN (Parti Amanah Negara) sebaliknya menyifatkan parti tersebut hanya bergantung kepada kekuatan DAP dan PKR sahaja.
Mohd Amar berkata jumlah undi yang diperoleh oleh PAN semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tersebut adalah datang daripada dua parti dalam Pakatan Harapan dan bukannya kerana sokongan daripada pengundi.
"Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar PAN," katanya dipetik pada Isnin semasa di Kota Bharu.
Malah, Mohd Amar berkata jika PAN bertanding secara bersendirian seperti PAS dalam PRK mereka akan hilang deposit dan kalah teruk.
"Dan saya percaya kalau PAN bertanding secara bersendirian macam kita PAS kemungkinan besar mereka akan hilang deposit," katanya.
Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, PAN juga gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu.
"Jadi dari sudut ini kita nampak PAN tidak dapat menggugat PAS sebab undi PAS ini tidak berubah, itu yang penting," katanya.
Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon PAN Azhar Abdul Shukor menduduki tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan BN muncul sebagai pemenang.
Azhar mendapat 7,609 undi manakala calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat 6,902 undi.
Di Kuala Kangsar, calon PAN Dr Ahmad Termizi Ramli menduduki tempat ketiga di belakang calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dalam pertandingan empat penjuru yang juga dimenangi oleh BN.

PAS timbang talak dengan PKR - Mohd Amar

Posted: 20 Jun 2016 06:56 AM PDT

AMANAH bukan lawan sebenar PAS - Mohd Amar

Posted: 20 Jun 2016 06:56 AM PDT

MANA SATU YANG BETUL & BOHONG ??!!

Posted: 20 Jun 2016 05:22 AM PDT

TPM Zahid Hamidi & Ketua Polis Negara bermati2an kata tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina..

TETAPI lain pula di akhbar Filipina, Manila Times melaporkan kumpulan militan Abu Sayyaf (ASG) telah dibayar pembayaran tebusan sbyk P130 juta (RM12 juta).

Apa nak heran, bulan puasa ka, tak bulan puasa ka... menipu itu satu wajib & penting kerana dah jadi darah daging mereka..

Kalau 'derma' RM2.6 bilion pon AG Apandi boleh tolong bersihkan..

Posted: 20 Jun 2016 05:20 AM PDT

Inikan pula RM2.6 juta..

Belum apa2 lagi SPRM nak siasat atau tak, tup2 Ketua Polis Negara terus ckp, "tak payah nak siasat.".. Dia ckp dia tahu duit tu pergi ke mana..

Senang bukan.. Kalau camni baik tak payah ada SPRM. Biar semua keje KPN yg cakap, buat & siasat. Abes cerita..

Keangkuhan pembangkang bawa padah

Posted: 20 Jun 2016 05:15 AM PDT

BN menang dua kerusi pilihan raya kecil (PRK) dengan majoriti yang lebih tinggi di Kuala Kangsar (6,969 undi) dan Sungai Besar (9,191 undi).
Ia adalah kemenangan selesa bagi BN walaupun jumlah undi berbanding dengan PRU lepas tidak jauh berbeza.
Kemenangan BN tidak mengejutkan kita memandangkan pembangkang sudah berpecah antara PAS dan Pakatan Harapan (PH). Pertandingan tiga penjuru dengan jelas menunjukkan undi pembangkang sudah berpecah dua dengan kutipan undi lebih kurang sama antara Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PAS.
Kombinasi undi PAS dan AMANAH juga masih tidak dapat menewaskan BN. Ramai melihat pertandingan kali ini sebagai pertandingan merebut tempat kedua atau "pingat perak".
Jumlah pengundi yang turun mengundi iaitu sekitar 72 peratus, adalah lebih rendah berbanding PRU-13. Ini memberi gambaran bahawa mereka yang duduk jauh tidak turun mengundi kerana mungkin sudah bosan dengan politik.
Ini juga memberi petunjuk bahawa jika PRU akan datang berterusan dengan mood yang sedia ada, maka jumlah yang turun mengundi akan berkurang dan ini membawa isyarat bahawa BN akan menang sekali lagi.

Keangkuhan pembangkang

Seperti dijangka, AMANAH gagal mendapat undi Melayu manakala PAS gagal mendapat undi Cina. Ini menunjukkan bahawa pengundian mengikut perkauman masih ketara dan politik negara terus terjerumus dalam polarisasi perkauman.
Ia juga merupakan petunjuk PAS tidak boleh masuk PRU akan datang kecuali jika mereka hanya berminat bertanding di Pantai Timur. Begitu juga situasi yang dihadapi DAP, jika DAP berfikir AMANAH dapat menggantikan PAS, maka jawapannya juga tidak.
Isu nasional seperti skandal 1MDB, Deklarasi Rakyat dan hudud, gagal menjadi isu terpenting untuk rakyat membuat keputusan. Isu terpenting adalah pihak pembangkang berpecah dan bertanding melawan sesama sendiri.
Hampir semua komen membalun pembangkang kerana tidak bersatu. Rakyat biasa kecewa dengan pembangkang yang berpecah dan bukannya dengan Dr. Mahathir. Dr. Mahathir hanyalah seorang oportunis yang gigih dalam menggunakan segala yang ada untuk menundukkan musuh politiknya.
Namun, faktor paling penting yang membawa kepada kegagalan pembangkang, seperti yang dijangka, adalah keangkuhan mereka dan kegagalan mereka dalam mengawal ego mereka sendiri. Apa sebenarnya pembangkang mahu daripada rakyat?
Dengan adanya pertarungan tiga penjuru, mereka sudahpun mengetahui bahawa mereka menuju kekalahan, tetapi mereka bersama ikon terbaru mereka Dr Mahathir untuk menjadikan ini satu referendum terhadap Najib Razak.

Politik perkauman

Sekarang ini, Najib mengatakan referendum terhadapnya tewas dan dia menjadi semakin yakin lagi angkuh. Kemenangan ini juga menjadikan rakyat semakin berputus asa dengan pembangkang.
PH berjudi dengan masa depan negara dalam satu pertarungan yang mereka sudahpun kalah sebelum bermula. Kini, susah untuk kita mematahkan hujah Najib yang berkata dia memenangi kepercayaan rakyat kerana kitalah yang memberikannya peluang ini.
Sepanjang kempen PRK baru-baru ini, kita dapat melihat cara DAP berkempen dengan papan tanda perkauman di bulan Ramadan, menunjukkan mereka masih gagal memahami sentimen rakyat.
Bermain politik perkauman atau bercakap secara lidah bercabang bukan lagi satu pilihan pada zaman sekarang. Ternyata AMANAH tidak selesa dengan cara DAP berkempen yang agresif, tetapi apa boleh dibuat memandangkan AMANAH bergantung kepada jentera DAP.
Sedikit undi orang Cina yang kembali kepada BN menunjukkan undi masyarakat ini bukanlah "cek kosong untuk DAP".
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir berikrar lawan tetap lawan

Posted: 20 Jun 2016 05:13 AM PDT

Bekas Perdana Menteri itu tidak mahu bersama salahguna kuasa, termasuk penubuhan sebuah dana kekayaan negara yang akhirnya mengaut hutang berbilion ringgit
mahathir-najib-malaysia-gov-1
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad berikrar untuk meneruskan pembersihan kerajaan Malaysia dengan apa cara sekalipun.
"Saya tidak dapat terima Najib (Perdana Menteri) yang berpegang kepada konsep "Cash is King".
"(Najib) Mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya," katanya melalui catatan di blog miliknya.
Menceritakan secara terperinci penentangannya, Mahathir tidak dapat menerima seorang perdana menteri yang menjatuhkan maruah rakyat dan negara, setelah akhbar dan televisyen seluruh dunia menyiarkan bukti salah laku.
"Institusi-institusi kerajaan di Switzerland dan Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Datuk Seri Najib dalam pengurusan wang 1MDB.
"Pembayaran berbilion ringgit kepada syariakt palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM20 bilion lebih," katanya.
Bekas perdana menteri turut menjawab pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung pendiriannya setelah Barisan Nasional (BN) menang dengan selesa dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar Sabtu lepas.
"Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras," ujarnya.
Mahathir mendakwa kemenangan bergaya BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar lantaran pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi.
"Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai.
"Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.
"Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin," tegasnya.
Mahathir mengeluh mereka yang ingin tahu pendiriannya perlu bertanya diri sendiri samada masih mempunyai harga diri sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.
Beliau menegaskan tidak mungkin menyokong perbuatan salah guna kuasa termasuk menubuhkan sebuah dana kekayaan negara yang akhirnya mengaut hutang berbilion ringgit.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: AMANAH akan hilang deposit tanpa DAP, PKR

Posted: 20 Jun 2016 03:59 AM PDT

Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) akan hilang wang pertaruhan jika tidak kerana DAP dan PKR, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Oleh itu, katanya, AMANAH tidak mampu menjadi pengganti PAS dalam Pakatan Harapan sebagaimana yang dicanang sebelum ini dalam pakatan pembangkang.
"Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar AMANAH.
"Dan saya percaya kalau AMANAH bertanding secara bersendirian macam kita PAS kemungkinan besar mereka akan hilang deposit," katanya yang dipetik Bernama di Kota Bharu hari ini.
Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, AMANAH juga gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu.
"Jadi dari sudut ini kita nampak AMANAH tidak dapat menggugat PAS sebab undi
PAS ini tidak berubah, itu yang penting," katanya.
Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon AMANAH Azhar Abdul Shukor menduduki tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan BN muncul sebagai pemenang.
Azhar mendapat 7,609 undi manakala calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat 6,902 undi.
Di Kuala Kangsar, calon AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli menduduki tempat ketiga di belakang calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dalam pertandingan empat penjuru yang juga dimenangi oleh BN.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan parti serpihannya itu sebagai parti nyamuk.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu, selepas keputusan diumumkan Sabtu lalu berkata, terbukti bahawa mereka bukan parti kecil seperti didakwa.
Amar yang juga adalah timbalan menteri besar Kelantan juga memperlekehkan parti serpihan itu dengan mendakwa 'oren' AMANAH nanar, warna serupa tok sami manakala lambangnya pula menyerupai sebuah stesen tv di India, Imayam TV.

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:51 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


"Di Mana Dia, Kambing Hitam Pakatan. Kambing Hitam Pakatan, Adalah Rakyat Jelata"

Posted: 20 Jun 2016 08:53 PM PDT

Dua hari ni, pihak pembangkang bergegas mencari siapakah yang boleh dikambing hitamkan atas kekalahan mereka tempohari. Ramai yang memilih untuk menyalahkan PAS. Amatlah tak patut mereka menyalahkan PAS. Katanya, PAS memecahkan undi. Kalau bertanding satu lawan satu, boleh menang.

Adakah kenapa alasan itu relevan? PAS bukan lagi sebahagian dari Pakatan walaupun PAS adalah parti pembangkang. Gila talak ke Pakatan ni? Yang lebih melampau, adalah puak-puak yang menyalahkan pengundi, disuarakan oleh beberapa orang pemimpin pembangkang yang popular.

Dikatanya rakyat;

1. Buat pilihan yang salah
2. Suka kena cukai GST
3. Tak nak maju
4. Minda tak terbuka
5. Tak peduli pasal isu skandal
6. Tidak peduli dengan kos sara hidup
7. Suka main isu rasis
8. Mudah kena beli dengan janji palsu

Ini bukan rakyat kata kepada rakyat. Ini pemimpin pembangkang yang kata kepada pengundi kerana tak mengundi mereka. Tak ke bodoh tindakan ni? Kau mau undi, bila tak dapat kau kata mereka buat pilihan yang salah, sedangkan hari-hari berbuih mulut kata pembangkang jauh lebih progresif berbanding parti lawan.

Pada aku amatlah bodoh tindakan ni kerana ini menunjukkan, anda, sebagai wakil rakyat tidak hormat pilihan orang ramai. Anda tidak percaya pengundi bijak mengundi.

Keupayaan pihak pembangkang untuk membuatkan seolah-olah "mereka=rakyat" dan "rakyat=mereka" tidak aku nafikan, ini memang propaganda yang cukup hebat. Aku terpaksa bertepuk tangan kerana sehingga sekarang, masih ramai yang percaya Pakatan sahaja mewakili rakyat...

Ramai yang setuju pulak tu. Hanya orang yang mundur la, otak kolot la, orang kampung la, katak bawah tempurung la akan pilih BN kerana berbalik kepada propaganda power Pakatan dari dulu;  "Pakatan mewakili rakyat dan Rakyat ADALAH PAKATAN semantara BN mewakili Pihak Kapitalis."

Sehingga ada yang ingat, pemimpin pembangkang ni buat semua ni secara volunteer dan tidak ada kepentingan langsung. Semua perjuangan yang dibuat ini dilakukan secara pro-bono semata-mata untuk kesenangan rakyat.

"Pilihanraya ini untuk rakyat. Bergaduh sesama parti untuk rakyat. Langkah Kajang untuk rakyat. Masuk jel untuk rakyat. Kena ISA untuk rakyat. Tendang PAS keluar Pakatan untuk rakyat. Calonkan Dyana Sofea untuk rakyat. Tak pernah tukar kepala DAP untuk rakyat. Berpecah geng reformasi dan geng deklarasi untuk rakyat. Semuanya untuk rakyat! INI DEKLARASI RAKYAT!"

Apa yang rakyat dapat ni sebenarnya dari pihak pembangkang?

Pembongkaran pelbagai skandal? Rahsia dibongkar sana-sini? Bukti dia tu salah guna kuasa? Kempen hari-hari maki Rosmah? Pelbagai isu lain yang sebenarnya tak menyumbang apa-apa pun kepada orang ramai kerana banyak mengajak orang berspekulasi?

Kalau rakyat tak pilih wakil dari Pakatan anda, terimalah. Tak usahlah dihina pilihan majoriti yang tak memilih pembangkang. Orang sana anggap anda dan isu anda tak relevan. Majoriti tak yakin yang anda faham masalah diorang.

Yang anda pulak boleh kata diorang buat pilihan yang salah, dikatanya suka pilih perompak lah, pilih orang jahatlah, suka hidup dalam keadaan terpalit korupsilah, ni pada aku tindakan bodohlah dan amat bertentangan dengan prinsip pembangkang yang dicanang.

Hormatilah pilihan majoriti. Terimalah dengan hati terbuka. Sampai bila Pakatan nak bergantung dengan kesilapan yang BN lakukan untuk dijadikan modal pilihanraya? Kalau BN tak ada skandal, apa modal pilihanraya Pakatan sebenarnya?

Rakyat bukan kambing hitam kegagalan Pakatan.
Harap maklum.

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 4:04 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Wang tebusan RM12j: MyWatch gesa siasat bekas komando

Posted: 20 Jun 2016 04:04 PM PDT

 
Ada kemungkinan Halim Ishak dan MCCF punyai kaitan dengan wang tebusan RM12 juta itu, dakwa Sanjeevan


Sanjeevan-R--Halim-Ishak


PETALING JAYA: Pengerusi MyWatch menggesa polis supaya menyiasat bekas komando mereka, Halim Ishak, yang sebelum ini dilaporkan sebagai orang penting dalam usaha pembebasan warga Sarawak yang menjadi tebusan Abu Sayyaf.

Sri Sanjeevan Ramakrishnan dalam laporan polis yang dibuatnya hari ini berkata ada kemungkinan Halim Ishak, dan Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) yang dipengerusikannya, punyai kaitan dengan RM12 juta yang dikumpul oleh ahli keluarga mangsa.

Sebelum ini, Astro Awani melaporkan Halim Ishak, seorang bekas komando VAT69 telah memainkan peranan penting dalam usaha pembebasan empat kelasi itu.

"Satu pasukan khas harus ditubuhkan segera untuk menyiasat kes ini agar ianya dapat membersihkan nama baik kewibawaan Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar daripada tuduhan," kata Sanjeevan dalam laporannya.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara hari ini berkata tidak ada keperluan bagi polis menjalankan inkuiri mengenai dakwaan pembayaran wang tebusan itu.

"Buat apa mahu inkuiri kerana kami tidak terlibat. Kami tahu ke mana wang itu pergi," kata Khalid di satu sidang media di Bukit Aman.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata wang itu telah disalurkan kepada badan-badan kebajikan tertentu di Filipina, selepas pihak keluarga memberitahu media mereka telah menyerahkan wang kepada Cawangan Khas (SB) sebagai wang membebaskan tebusan.

Khalid menafikan SB terlibat dalam sebarang pembayaran wang tebusan, dan berkata ada kemungkinan wang itu telah diberikan kepada pihak ketiga yang menyakinkan pihak keluarga bahawa mereka daripada agensi perisikan itu.

Wong Teck Kang, 31; Wong Teck Chii, 29; Johnny Lau Hien, 21; dan Wong Hung Sing, 34 diculik pengganas Abu Sayyaf 1 April lalu dan dibebaskan pada 7 Jun.

Lulus Grab ada unsur politik, dakwa pengasas syarikat teksi

Posted: 20 Jun 2016 04:01 PM PDT

 
Pengasas Big Blue Taxi dakwa pemilik perkhidmatan Grab mempunyai hubungan baik dengan MCA


Datuk-Shamsubahrin-Ismail-Mohd-Tom


SHAH ALAM : Hubungan antara peniaga dan parti politik dikatakan telah mempengaruhi rancangan meluluskan perkhidmatan perkongsian kenderaan Grab.

Dakwaan itu dibuat pengasas syarikat teksi premium Big Blue Taxi Service, Datuk Shamsubahrin Ismail kepada pemberita di majlis berbuka puasa syarikat itu hari ini.

"Memandangkan Grab dimiliki oleh Tan Chong Motor – Tan Chong baik dengan MCA dan Presiden MCA ialah Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) – jadi adalah tak patut (diluluskan).

"Kementerian tak berani nak luluskan sebab dia dah bawah MCA. Jadi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang jadi orang suruhan," dakwanya, ketika ditanya samada bersetuju dengan rancangan meluluskan perkhidmatan Grab dan Uber.

Grab sebelum ini dikenali sebagai MyTeksi di Malaysia diasaskan oleh Anthony Tan, anak kepada President Tan Chong, Datuk Tan Heng Chew.

Heng Chew dilaporkan tidak melabur dalam syarikat itu semasa ia dimulakan, dan Anthony pernah dilaporkan tidak berminat untuk menyertakan syarikatnya ke dalam Tan Chong.

Sabtu lalu, SPAD menyerahkan cadangan Program Transformasi Industri Teksi kepada kerajaan yang antara lain mencadangkan perkhidmatan Uber dan Grab dibenarkan beroperasi secara sah, disamping menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.

Pembentangan cadangan itu selepas pemandu teksi mengadakan tunjuk perasaan di ibu negara Mac lalu mendesak aplikasi Uber dan Grab diharamkan.

"Makmal teksi yang telah dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015, telah mengesahkan bahawa penyelesaian permasalahan di dalam industri teksi bukanlah satu tugas yang mudah," menurut SPAD dalam satu kenyataan 18 Jun lalu.

Sementara itu, Shamsubahrin turut tidak bersetuju sekiranya Uber dibenarkan beroperasi secara sah walaupun perkhidmatan itu mempunyai sistem yang bagus.

"Tapi perlaksanaan dia (Uber) salah sebab tidak ada permit, tidak ada lesen memandu, tidak ada insurans," katanya.

Media sebelum ini melaporkan syarikat milik kerajaan, Khazanah Nasional Berhad telah melabur secara tidak langsung dalam Uber sejak tahun lepas.

"Tak perlu luluskan sekarang. Simpan dalam perhatian dulu. Perbetulkan teksi dan kemudian tengok macam mana nak sertakan Uber," katanya.

Menurut Shamsubahrin, 75,000 teksi yang ada sekarang ini di seluruh negara akan terganggu sekiranya Uber diluluskan sebelum transformasi industri teksi dilaksanakan.

"Dulu Transit Aliran Ringan (LRT) ada masalah, kerajaan keluarkan pelaburan untuk transformasi dan tambahbaik.

"Kerajaan boleh belanjakan berbilion pada Aliran Transit Massa (MRT) mengapa pula tidak boleh belanjakan pada transformasi teksi?" soalnya.

Mahathir dedah rahsia BN menang pilihan raya kecil

Posted: 20 Jun 2016 03:49 PM PDT

 Mahathir Mohamad 


ULASAN l  Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang.

Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras.

Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah kerajaan bernilai RM3,000 pada harga RM60 sekaki persegi; penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Datuk Seri Najib Razak bahawa adalah benar wang sebanyak RM2.6 bilion ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada kerajaan.

Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang peguam negara supaya dapat diganti dengan peguam negara yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Saya tidak dapat terima seorang perdana menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak lebih RM20 bilion.

Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep "Cash is King", wang tunai itu raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya.

Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi.

Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.

Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.
Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.

Bagi saya usaha untuk membersih kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun.

Mahathir Mohamad adalah bekas Perdana Menteri Malaysia dan artikel ini pertama kali dimuatkan di blognya.

PAS: AMANAH akan hilang deposit tanpa DAP, PKR

Posted: 20 Jun 2016 03:45 PM PDT

MALAYSIAKINI


Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) akan hilang wang pertaruhan jika tidak kerana DAP dan PKR, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Oleh itu, katanya, AMANAH tidak mampu menjadi pengganti PAS dalam Pakatan Harapan sebagaimana yang dicanang sebelum ini dalam pakatan pembangkang.

"Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar AMANAH.

"Dan saya percaya kalau AMANAH bertanding secara bersendirian macam kita PAS kemungkinan besar mereka akan hilang deposit," katanya yang dipetik Bernama di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, AMANAH juga gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu.

"Jadi dari sudut ini kita nampak AMANAH tidak dapat menggugat PAS sebab undi
PAS ini tidak berubah, itu yang penting," katanya.

Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, calon AMANAH Azhar Abdul Shukor menduduki tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan BN muncul sebagai pemenang.

Azhar mendapat 7,609 undi manakala calon PAS Dr Abdul Rani Osman mendapat 6,902 undi.

Di Kuala Kangsar, calon AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli menduduki tempat ketiga di belakang calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad dalam pertandingan empat penjuru yang juga dimenangi oleh BN.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan parti serpihannya itu sebagai parti nyamuk.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu, selepas keputusan diumumkan Sabtu lalu berkata, terbukti bahawa mereka bukan parti kecil seperti didakwa.

Amar yang juga adalah timbalan menteri besar Kelantan juga memperlekehkan parti serpihan itu dengan mendakwa 'oren' AMANAH nanar, warna serupa tok sami manakala lambangnya pula menyerupai sebuah stesen tv di India, Imayam TV.

KWSP buka pendaftaran skim Simpanan Shariah 8 Ogos

Posted: 20 Jun 2016 03:42 PM PDT

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka pendaftaran bagi pilihan simpanan persaraan baharunya, Simpanan Shariah, yang akan dilancarkan tahun depan, kepada ahli-ahlinya pada 8 Ogos, 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata KWSP memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM100 bilion, iaitu lebih kurang 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion sehingga akhir Mac 2016.

"Ahli-ahli yang memilih untuk menukar akaun KWSP semasa, yang kini dikenali sebagai Simpanan Konvensional, kepada Simpanan Shariah perlu hadir membawa dokumen pengenalan diri ke mana-mana cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari mereka.

"Bagi melayakkan diri untuk Simpanan Shariah 2017, ahli perlu mengemukakan permohonan sehingga 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahril Ridza berkata penglibatan KWSP dalam pelaburan Islamik bukan perkara baharu kerana lebih 45 peratus, atau RM295 bilion, daripada jumlah aset pelaburan KWSP adalah patuh Syariah.

"Di masa hadapan, kami menjangka mengembangkan pelaburan aset Syariah kami tidak kurang daripada RM25 bilion setahun secara purata atau seiring dengan kenaikan jumlah aset bagi mengekalkan minimum 45 peratus aset Syariah," katanya.

Selaras dengan prinsip Syariah, kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi portfolio patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen.

"Sebuah Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) ditubuhkan bagi menyelia semua aspek operasi, pelaburan dan tadbir urus Simpanan Shariah.

"JKPS juga akan mengiktiraf produk pelaburan Shariah yang ditadbir dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia," katanya.

Simpanan Shariah KWSP merupakan pilihan simpanan baharu untuk ahli yang ingin menukar simpanan KWSP konvensional mereka kepada simpanan yang diurus dan ditadbir berdasarkan prinsip Syariah.

Berdasarkan kepada keputusan Rundingan Awam yang dijalankan oleh KWSP tahun lepas, lebih 70 peratus responden bersetuju perlu diadakan pilihan untuk ahli memilih supaya simpanan persaraan mereka diuruskan berdasarkan prinsip Syariah.

Pada taklimat media hari ini, Shahril berkata bahagian seterusnya pilihan Simpanan Shariah itu akan dibuka tahun depan dan saiz dananya dijangka ditentukan oleh permintaan sebenar tahun ini dan ketersediaan dana.

"Masih terlalu awal bagi kami untuk menentukan saiz dana. Bagi tahun ini, kami merasakan peruntukan RM100 bilion itu mencukupi untuk menampung permintaan.

"Ia adalah skim pertama berasaskan siapa cepat dia dapat. Jika mereka (ahli KWSP) tidak berjaya mendapatkan bahagian pertama, mereka secara automatik akan berada dalam senarai menunggu bagi tahun depan," katanya.-Bernama


Kekalahan Pakatan Harapan bukan luar biasa, kata Azmin

Posted: 20 Jun 2016 03:35 PM PDT

BERNAMA
 
 
Pakatan Harapan perlu bermuhasahabah diri kekalahan dalam PRKPakatan Harapan perlu bermuhasahabah diri kekalahan dalam PRKKekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bukan perkara luar biasa bagi parti pembangkang, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Kami pernah tewas dan bangkit semula, tetapi yang penting perlu muhasabah diri," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Beliau mengulas keputusan dua PRK iaitu di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Sabtu lalu, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar bagi mengekalkan kedua-dua kerusi itu.

Di Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon Pas Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur, dalam pertandingan tiga penjuru.

Di Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 undi mengalahkan calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad, calon Amanah Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pendirian Tun Mahathir selepas BN menang PRK

Posted: 20 Jun 2016 03:33 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Tun Mahathir  dan Datuk Seri Mohd Najib RazakTun Mahathir dan Datuk Seri Mohd Najib RazakBekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  menegaskan pendiriannya tidak berubah, mungkin akan menjadi lebih keras, itu reaksi beliau apabila ditanya mengenai pendiriannya setelah BN menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu lalu.

Beliau berkata tidak mungkin menyokong perbuatan salah guna kuasa oleh kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak apabila dakwanya menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana yang rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah Kerajaan bernilai RM3000 pada harga RM60 sekaki persegi; penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low;
pengakuan Najib bahawa adalah benar wang sebanyak RM2.6 billion ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion Ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada Kerajaan.

"Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iaitu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang Penguam Negara supaya dapat diganti dengan Peguam Negara yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang OSA.

"Saya tidak dapat terima seorang Perdana Menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi Kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion Ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik Kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM20 billion lebih.

"Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep "Cash is King", Wang Tunai itu Raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya," ujarnya dalam entri terkini diblognya petang ini.

Tun Mahathir juga berkata kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi.

"Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.

"Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.

"Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.

"Bagi saya usaha untuk membersih Kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun." ujarnya.

PAS akui kerjasama pembangkang perlu, tapi tidak pasti bagaimana

Posted: 20 Jun 2016 04:11 AM PDT

 
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata sebarang bentuk kerjasama kali ini perlu berdasarkan dua prinsip.


tuan-ibrahim


PETALING JAYA: Dua hari selepas kekalahan pembangkang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS mengakui perlunya suatu bentuk kerjasama seperti Pakatan Rakyat dalam usaha melawan Barisan Nasional (BN).

"Apakah formula sebelum 2008 boleh diterokai semula? Tidak pasti namun keperluannya ada bagi menilai dari pelbagai sudut," Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu FMT hari ini.

Beliau diminta mengulas kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, mengalahkan PAS dan Pakatan Harapan yang diwakili Amanah dengan majoriti besar.

Tuan Ibrahim berkata sebarang bentuk kerjasama kali ini perlu berdasarkan dua prinsip.

"Prinsip utama yang boleh dipersetujui ialah satu lawan satu, dan jangan minta rakan kerjasama korbankan kerusi.

"Kedua, setiap parti mesti diberi kebebasan memperjuangkan prinsip parti secara demokrasi," kata Tuan Ibrahim.

Beliau bertegas tidak akan sesekali menggadaikan prinsip perjuangan PAS bagi mengekalkan hubungan dengan parti lain.

"Mereka yang tidak menghormati dan tidak boleh menerima prinsip PAS, mustahil diadakan kerjasama.

Mereka yang menjadikan rasuah dan salahguna kuasa membuli rakyat juga termasuk dalam mereka yang bercanggah teruk prinsip PAS dan kerjasama politik tidak dapat dilakukan.

"Tiada parti yang sanggup bekerjasama sampai hilang prinsip dan jati parti, dan juga tiada parti yang sanggup bekerjasama dengan mereka yang mencuri kerusi parti," katanya.

Pada PRU 2008 dan 2013, PAS, DAP dan PKR mengadakan persetujuan mengelak pertindihan kerusi.
Langkah itu membantu parti pembangkang menafikan BN majoriti dua pertiga kerusi Parlimen.

'Jangan dabik dada, pembangkang menang hampir separuh undi'

Posted: 20 Jun 2016 04:00 AM PDT

Kemenangan BN pada pilihan raya kecil berkembar, Sabtu lalu tidak bermakna rakyat menolak Tun Dr Mahathir Mohamad, kata seorang penyokong setia bekas perdana menteri itu.

Sebaliknya, menurut bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan majoriti BN tidak sebesar mana sekiranya semua undi pembangkang diambil kira.

"Najib, jangan mendabik dada!

"Najib cukup bangang untuk kata rakyat tolak Dr Mahathir," katanya kepada Malaysiakini.

Pada pilihan raya parlimen Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh 12,653 undi untuk mengekalkan kerusi arwah suaminya dengan majoriti undi 6,969.

Sementara di Sungai besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi mendapat 16,800 undi untuk mencatatkan rekod tertinggi majoritinya sebanyak 9,191 undi.

Walau bagaimanapun, sekiranya undi yang diperolehi oleh AMANAH dan PAS digabungkan, majoriti BN berkurangan menjadi 2,289 di Sungai Besar dan 2086 di Kuala Kangsar.

Najib dalam ucapan kemenangannya semalam, berkata keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan bahawa orang ramai menolak Mahathir, yang telah berkempen untuk Pakatan Harapan dan menenatng BN.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz juga berkata, keputusan berkenaan menunjukkan Mahathir kini secara rasmi kini sudah tercabut.

Mengulas kenyataan itu, Khairuddin berkata Nik Abduh perlu mencermin dirinya dan merenung prestasi lemah PAS berbanding parti serpihannya, AMANAH.

"PAS kata mereka kuat tapi akhirnya tewas di kedua-dua kawasan parlimen tersebut. Suruh Nik Abduh cermin muka dia terlebih dahulu.

"Jangan perlekeh orang lain tapi Nik Abduh harus perlekeh dirinya dan parti PAS terlebih dahulu!" katanya.

Pada pilihan raya Sabtu lalu, AMANAH mengatasi PAS dengan 707 undi di Sungai Besar, tetapi ketinggalan 801 undi di Kuala Kangsar.


Pemuda yakin kuda terlepas itu “Michael”

Posted: 20 Jun 2016 03:56 AM PDT

 
Wan Hanif berkata, abangnya membeli kuda bernama "Michael" itu pada harga RM4,000 kira-kira setahun lalu.


kuda-2


PETALING JAYA: "Saya yakin itu Michael," dakwa seorang pemuda yang percaya kuda dikesan berlari di tengah-tengah jalan raya di Kota Bharu semalam adalah haiwan peliharaan keluarganya yang hilang sejak minggu lalu.

Sehubungan itu, penjawat awam yang bekerja di Kuala Lumpur, Wan Hanif Wan Mohd Noor, 25, merayu orang ramai yang tahu kedudukan atau terjumpa kuda itu supaya menghubunginya di talian 013-3918528 atau abangnya, 019-9078283.

Harian Metro memetik Wan Hanif sebagai berkata, abangnya Wan Mohd Eddie Sham, 39, membeli kuda bernama "Michael" itu pada harga RM4,000 kira-kira setahun lalu.

Bagaimanapun, bapanya Wan Mohd Noor Wan Ahmad, 68, mendapati Michael hilang dari kandang di Gertak Kecupu, Binjai pada jam 4 pagi Khamis lalu.

Wan Hanif segera meminta bantuan rakan dan saudara mara untuk mencari Michael menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau percaya Micheal telah berlari sejauh 10 kilometer dari rumahnya ke Kubang Kerian dan kini mereka tidak tahu di mana ia berada.

Semalam, seorang pengguna Facebook, Adli Alimin memuat naik dua rakaman video selama 8 saat dan 29 saat ke laman media sosial itu menunjukkan seekor kuda berwarna coklak gelap dilihat berlari di jalan raya tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain.

"Berdasarkan maklumat yang saya terima, ia berlari dari Pasir Pekan di Wakaf Bharu ke Kubang Kerian," katanya sambil memaklumkan jarak antara dua lokasi itu kira-kira 10km.

Adli dilaporkan berkata, kejadian itu dirakam ketika dalam perjalanan ke pejabatnya kira-kira jam 10 pagi Ahad dan kuda itu berlari pada kelajuan kira-kira 80 km/j selama 45 minit.

Media tidak pasti jika kejadian kuda itu adalah perbuatan yang disengajakan untuk meniru burung unta selebriti, Chickaboo yang berlari di Lebuhraya Persekutuan pada Khamis lalu.


Jangan kaitkan keputusan PRK dengan penolakan Deklarasi Rakyat, kata Mahfuz

Posted: 20 Jun 2016 03:38 AM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menolak sebarang kaitan kemenangan Barisan Nasional di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai penolakan rakyat terhadap Deklarasi Rakyat.

Katanya, keputusan PRK itu tidak boleh dibandingkan dengan Deklarasi Rakyat kerana ia adalah perkara yang berbeza.

"Itu tidak boleh dibuat satu perbandingan, bagi saya bahawa nampak kerajaan begitu naif dan tersepit dengan menjadikan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) itu untuk menghalalkan semua penyelewengan yang berlaku yang dilakukan oleh mereka.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangan luar biasa BN di dua PRK itu yang dikatakan menjadi bukti bahawa rakyat menolak perjuangan yang dibawa oleh Tun Mahathir dan pembangkang terhadap kepimpinan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan Tun Mahathir berhenti berkempen untuk menjatuhkannya kerana lagi kerap tindakan itu dibuat, BN akan mendapat keuntungan yang lebih besar.

Dalam pada itu, Mahfuz memaklumkan bahawa Deklarasi Rakyat akan meneruskan 'road show' mereka ke seluruh negara selepas sambuat Aidilfitri pada Julai ini.

"Selepas raya ini kita akan teruskan dan buat 'roadshow' ke seluruh negara dan dia akan memasuki fasa yang ke-2," katanya lagi.



SPRM perlu siasat mana baki RM3.2 juta wang tebusan

Posted: 20 Jun 2016 03:33 AM PDT

MALAYSIAKINI


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya tampil menyiasat laporan dari Manila bahawa sebahagian daripada dana yang dikutip oleh ahli keluarga yang menjadi tebusan Abu Sayyaf tidak disampaikan kepada kumpulan militan itu.

Ini susulan akhbar Manila Times yang memetik sumber tidak dinamakan sebagai berkata bahawa hanya RM8.8 juta sampai ke Abu Sayyaf, walaupun keluarga berkenaan mengutip RM12 juta untuk membebaskan empat rakyat Sarawak itu.

Kerajaan Malaysia, bagaimanapun berkata, wang RM12 juta itu disalurkan kepada badan Islam tertentu yang sah di Filipina dan bukannya sebagai wang tebusan.

"Adakah dakwaan ini (Manila Times) benar? DAP mahu siasatan menyeluruh berhubung ke mana baki RM3.2 juta itu berada.

"Setiap rakyat Malaysia, terutamanya keluarga tebusan, ingin tahu jawapannya," kata Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan.

"Jika dakwaan ini adalah benar, tindakan perlu diambil ke atas pegawai yang didakwa mengambil wang itu. Tindakan ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya," katanya.

Menurut Manila Times, sumber mendakwa wang RM3.2 juta itu dikongsi bersama oleh anggota dan pegawai Malaysia dan Filipina yang terlibat dalam kes tersebut.

Minggu lalu, keluarga tebusan berkata mereka berjaya mengumpulkan RM12 juta melalui jualan aset dan sumbangan orang ramai bagi membebaskan empat kelasi yang dikurung selama 67 hari itu.

Mereka mendakwa wang diserahkan kepada pegawai Cawangan Khas bagi tujuan membebaskan tebusan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menafikannya, manakala Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak ada wang tebusan yang dibayar.

Khalid juga berkata tidak akan ada inkuiri bagi menyiasat wang RM12 juta itu kerana pihaknya menyedari ke mana ia disalurkan.

Jumaat lalu, beliau berkata wang tebusan itu dipercayai diserahkan oleh keluarga mangsa sendiri kepada pihak ketiga dan keluarga mangsa banyak berurusan dengan ejen-ejen atau pihak ketiga dari Filipina yang dikatakan boleh membebaskan mangsa.

Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 31, dan anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 32.


‘Pemberian wang’ - BERSIH kecam sikap tak acuh SPR.

Posted: 20 Jun 2016 03:31 AM PDT

BERSIH mengecam dakwaan bahwa BN menawarkan pengundi terpilih tunai semasa pilihan raya kecil di kerusi parlimen Sungai Besar, Sabtu lalu.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, ini jelas bertentangan dengan peraturan pilihan raya.

"Tetapi malangnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak fikir bahawa ini suatu kesalahan. Itulah kekecewaan paling besar," kata Maria kepada Malaysiakini.

Sabtu lalu, Malaysiakini melaporkan kira-kira 100 pengundi dilihat beratur di luar pejabat Umno Tanjung Karang selepas mengundi bagi kerusi pilihan raya kecil Sungai Besar ketika pusat pengundian hampir ditutup.

Menurut sesetengah mereka, mereka dimaklumkan melalui telefon semalam untuk hadir sendiri di pejabat itu selepas mengundi.

Seorang pengundi berkata, jumlah wang bergantung kepada tempat kediaman seseorang itu daripada RM100 sehingga RM200.

Malaysiakini telah menghubungi SPR untuk mendapatkan ulasan mereka.

Tahun lalu, pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata penyediaan elaun perjalanan untuk pengundi bukan satu kesalahan.

Maria berkata memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara ini akan akan menjadi lebih sukar.

"Calon yang memfailkan petisyen perlu membuktikan bahawa dengan pemberian wang, ini mempengaruhi pengundi untuk mengundi dengan cara tertentu.

"Tetapi tidak ada pengundi yang akan tampil mengatakan ini, jadi ia akan menjadi sangat sukar," katanya.


Najib Harap Dr Mahathir Terus Kempen Untuk Pembangkang

Posted: 20 Jun 2016 03:25 AM PDT

Oleh: THE STAR
 
 
Najib menyerahkan replika kunci kepada Che Wan Saat, 66, pada majlis penyerahan kunci rumah kekal baharu (RKB) mangsa banjir di Kampung Staponal Batu Jong di kawasan Dewan Undangan Negeri Mengkebang sempena lawatan kerja beliau ke Kelantan, Ahad. -fotoBERNAMA
 
 
KUALA KERAI: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta terus berkempen untuk pembangkang kerana ia akan menguntungkan Barisan Nasional (BN), demikian menurut Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menjawab soalan wartawan di sini pada Ahad, Perdana Menteri berkata signal daripada dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah jelas.

"Lebih banyak Tun Mahathir berkempen untuk pembangkang, lebih baik untuk BN. Saya harap beliau tidak berhenti," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian kunci rumah baharu kepada 31 keluarga yang terlibat banjir pada 2014.

Lapor Salah Laku Anggota Polis Guna FB

Posted: 20 Jun 2016 03:23 AM PDT

Oleh: NADIRAH H. RODZI
 
 
Jalaluddin Abdul Rahman.
 
 
KUALA LUMPUR: Mulai hari ini anggota polis yang melanggar disiplin tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan kerana orang ramai boleh membuat laporan salah laku terhadap mereka dengan lebih mudah menerusi laman Facebook.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menerima laporan salah laku membabitkan anggotanya menerusi platform media sosial popular itu.

Sejak diperkenalkan pada 25 Julai 2014, sejumlah 46 laporan difailkan menerusi laman Facebook "Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM".

Kebanyakan aduan yang dibuat adalah mengenai anggota polis yang terlibat dalam kegiatan perjudian atau maksiat.

Mereka biasanya akan memberi maklumat mengenai lokasi dan menyediakan gambar sebagai bukti.

Pengarah JIPS, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ini adalah sebahagian daripada usaha jabatan itu untuk mendekati orang ramai dan mengukuhkan integriti anggota beruniform biru ini.

Melihat bilangan pengguna Facebook di Malaysia yang mencecah sehingga tujuh angka, beliau berkata JIPS mahu menggalakkan orang ramai untuk berkongsi maklumat mengenai salah laku anggota polis.

"Kami telah memulakannya sejak jabatan itu ditubuhkan hampir dua tahun lalu.

"Kami melihat banyak perkara yang menjadi viral di Facebook, jadi daripada mereka menyuarakan aduan atau apa sahaja maklumat yang mereka ada, mereka boleh datang terus kepada kami agar tindakan segera boleh diambil," katanya.

"Namun masih ramai yang tidak menyedari bahawa mereka boleh membuka laporan terhadap anggota kita menerusi Facebook tetapi saya percaya trend akan berubah.

"Kami bersedia untuk menerima aduan ini," katanya dalam satu temu bual.

Namun, Jalaluddin berkata kebanyakan rakyat Malaysia masih memilih untuk membuat aduan mereka dengan menulis surat.

Dianggarkan kira-kira 4, 275 aduan diterima sejak 2014 menerusi kaedah itu.

"Kami ada 18 saluran untuk orang ramai pilih tetapi berdasarkan statistik, majoriti pengadu memilih untuk membuat lapran menggunakan surat.

"Masalahnya kebanyakan pengadu akan memberi maklumat yang kurang jelas dan tidak meninggalkan malumat lengkap mereka," katanya.

Jalaluddin berkata kaedah kedua popular adalah melalui laporan polis.

"Setakat ini, kami menerima 1,646 laporan melalui laporan polis manakala 1,554 difailkan menerusi Rakan cop dan 945 lagi dibuat di cawangan pengurusan aduan JIPS," katanya.

Kaedah lain bagi orang ramai untuk membuat laporan termasuk hadir ke kaunter, panggilan telefon, e-mel atau faks atau melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Jika terdapat sebarang pertanyaan, ingin memberikan cadangan atau maklumat dan untuk membuat aduan sila layari laman web www.rmp.spab.gov.my atau e-mel ke ispaaapdrm@rmp.gov.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 1-800-880-222 atau faks ke 03-2266 8790 atau hantar surat kepada: Ketua Penolong Pengarah JIPS (Pengurusan Aduan), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur.

Pelajar Tingkatan 2 Jadi Mangsa Rogol Lebih 30 Lelaki

Posted: 20 Jun 2016 03:09 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 


PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang keluar untuk bertemu rakan perempuannya dipercayai menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh lebih 30 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan pada malam Selasa lalu.

Sumber polis berkata, seorang rakan telah meminta pelajar Tingkatan 2 dari Guchil, Kuala Krai itu untuk mengambilnya di Ketereh.

Mangsa kemudiannya menghubungi rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kuala Krai.

Sumber berkata, selepas mengambil rakan mangsa di Ketereh, sahabat lelakinya membawa mereka ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.

Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki.

Selepas itu, sekurang-kurangnya 40 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Tidak dapat dipastikan sama ada rakan mangsa turut dirogol kerana dia belum membuat sebarang laporan polis berhubung insiden itu.

Mangsa, yang pengsan selepas diperkosa sekumpulan lelaki itu tersedar pada keesokan harinya dengan mengadu sakit dibahagian kemaluannya.

Menurut sumber, mangsa yang takut untuk memberitahu kedua-dua ibu bapanya mengenai insiden itu, tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei lalu.

Selepas itu barulah mangsa memaklumkan kepada bapanya di Kuala Krai mengenai insiden tersebut.

"Apabila di pulang ke rumah pada Ahad, mangsa dibawa ke hospital Kuala Krai kerana kemaluanya mengalami pendarahan yang teruk," kata sumber.

Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai insiden tersebut pada hari yang sama.

Sumber berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Ibu Temui Jasad Anak Tak Bernyawa

Posted: 20 Jun 2016 03:04 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
GEORGE TOWN: Seorang wanita berusia 72 tahun yang pulang ke rumah dikejutkan dengan mayat anak lelakinya yang tergantung di bingkai tingkap kayu tandas biliknya di Solok Lenggong di sini.

Warga emas itu yang enggan namanya didedahkan berkata anak lelakinya, Ooi Hoi Chip, 31, bekerja di sebuah kedai bunga yang perniagaannya sudah ditutup.

"Dia berkahwin dengan seorang wanita dari China yang kini hamil enam bulan. Dia merancang untuk membawa isterinya itu ke sini dalam masa terdekat.

"Saya kini bersendirian selepas suami meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang pada 1992 dan anak lelaki sulung saya meninggal dalam kemalangan jalan raya, 12 tahun lalu," katanya yang bekerja sebagai pengasuh sambilan ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pulau Pinang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata kes yang berlaku pada Jumaat itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pemilik Motosikal Berkuasa Tinggi Disalah Anggap Sebagai Polis Trafik

Posted: 20 Jun 2016 03:03 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Mohd Nadzri Hussain.
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kehadirannya di jalan raya sering disalah ertikan kerana menunggang motosikal jenis Honda CBX750 berwarna putih selain berpakaian jaket ibarat anggota trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Itu yang dialami individu yang ingin dikenali sebagai Wak, 40-an yang menjadi pemilik 'kuda putih', motosikal berkuasa tinggi terpakai yang dibelinya dengan harga RM4,000, ketika lelongan, kira-kira tujuh tahun lalu.

"Tidak dapat dinafikan kehadiran saya di jalan raya membuatkan pemandu kenderaan lain terkejut, mungkin mereka ingat saya polis trafik memandangkan motosikal saya menyerupai anggota keselamatan itu.

"Bagaimanapun, pemandu kenderaan akan sedar saya pengguna jalan raya biasa apabila motosikal tidak mempunyai sebarang logo polis atau siren," katanya.

Katanya, pembeli motosikal yang pernah digunakan oleh PDRM itu dinasihat untuk menanggalkan aksesori seperti logo polis dan siren yang terdapat pada motosikal berkenaan.

Semakan Bernama mendapati, ruangan iklan dalam talian menjadi platform bagi beberapa penjual persendirian menjalankan urusan jual beli motosikal terpakai itu secara terbuka.

Seorang penjual di laman web jual beli popular tempatan mengiklankan sebuah motosikal yang masih lengkap dengan aksesori asal serta tertera perkataan polis.

Ketika dihubungi, penjual berkenaan berkata motosikal berkenaan yang baharu diiklankan kira-kira awal bulan ini masih belum dijual, bagaimanapun ketika disoal lanjut, beliau tidak memberi respons.

Terdapat juga beberapa motosikal jenis sama yang telah diubah suai namun masih mempunyai aksesori polis termasuk siren, dijual di laman web sama.

Bagi Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain, beliau tidak menolak kemungkinan penjualan motosikal itu di pasaran secara terbuka mendorong kepada kewujudan aktiviti pengiring haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Mungkin juga mereka mengambil peluang menjalankan kegiatan itu dengan menggunakan motosikal CBX750 yang digunakan polis bagi mengaburi orang ramai," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Nadzri berkata orang awam yang memiliki motosikal berkuasa tinggi yang menyerupai anggota polis trafik itu dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakannya.

"Jangan salah guna motosikal itu untuk buat kegiatan mengiring kenderaan  atau aktiviti lain, ia suatu kesalahan.

"Kebiasaanya orang awam memiliki motosikal itu daripada lelongan yang dibuat oleh polis dan dalam perjanjian, mereka telah diminta menanggalkan semua aksesori seperti siren dan lampu pada motosikal itu," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata mana-mana pihak atau individu tidak dibenarkan menambah atau memasang siren pada kenderaan mereka.

Tiada perundangan yang diperuntukkan untuk membenarkan mana-mana pihak selain polis dan JPJ untuk berbuat demikian, katanya.

"Kita memang tidak akan lulus sekiranya terdapat permohonan untuk memasang siren pada kenderaan mereka," katanya.

Ditanya sama ada JPJ akan menyekat penjualan siren di kedai-kedai aksesori kereta, beliau berkata kuasa berkenaan terletak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Pihak JPJ tidak mempunyai hak untuk menghalang penjualan siren berkenaan kerana kebenaran import masuk produk itu (siren) di bawah penguatkuasaan KPDNKK," katanya. - BERNAMA

Pegawai Polis Ditahan Reman Disyaki Terima Rasuah RM5,000

Posted: 20 Jun 2016 02:58 AM PDT

 
MSTAR ONLINE   
 
 
KOTA KINABALU: Seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP), ditahan reman lima hari bermula Isnin, kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM5,000.

Pegawai polis berumur 43 tahun berkenaan ditahan di pakir Lot Market 88 Kepayan, dekat sini ,kira-kira 10 pagi semalam.

Pegawai polis berkenaan disyaki menerima wang itu daripada seorang pengadu sebagai dorongan untuk menutup kes pengadu yang disyaki terlibat dalam kes penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan  pegawai polis berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.-- Bernama

Budak Perempuan Hilang Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Posted: 20 Jun 2016 02:56 AM PDT

Oleh: KATHLEEN ANN KILI
 
 
 
 
 
JOHOR BARU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun kembali ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat selepas dilaporkan hilang ketika menunggu bas sekolahnya di hadapan rumah.
Insiden itu didakwa berlaku di Taman Mount Austin di sini kira-kira pukul 6.30 pagi Ahad.

Seorang ahli keluarganya berkata kanak-kanak perempuan itu pulang ke rumah dalam keadaan bingung, berpakaian seragam sekolah tetapi tidak memakai kasut kira-kira pukul 4 pagi Isnin.

"Dia kelihatan trauma. Dia memberitahu kami bahawa empat individu telah menculiknya.

"Kami membuat laporan polis dan mereka sedang menyiasat perkara itu," katanya.

Kes itu dibangkitkan di media sosial dan menjadi viral.

Nora Danish Sangkal Kafe Ditutup Kerana Tidak Mampu Bayar Sewa

Posted: 20 Jun 2016 02:48 AM PDT

 
 
Nora Danish menyangkal dakwaan tidak mampu membayar sewa punca kafe Kopi & XOXO miliknya bersama rakan kongsi ditutup. Foto GLENN GUAN
 
 
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish menyangkal laporan kafe miliknya Kopi & XOXO yang diusahakan bersama rakan kongsi di Bangsar ditutup kerana tidak mampu membayar sewa bulanan yang tinggi.

Nora sebaliknya berkata, penutupan itu terpaksa dilakukan kerana kafe berkenaan selama ini hanya menumpang pada lot kedai yang mengusahakan butik sudah tidak lagi beroperasi.

"Sebenarnya bukan tidak mampu bayar seperti didakwa tetapi perniagaan utama di bangunan itu iaitu butik Rumoda sudah tidak lagi beroperasi.

"Apabila Rumoda keluar, tidak berbaloi untuk kafe kami meneruskan perniagaan di situ kerana tempat itu yang juga sebuah rumah tidak sesuai untuk berniaga.

Nora kini sibuk menguruskan dua cawagan baharu kafe miliknya.
 
"Itu sebenarnya punca Kopi & XOXO ditutup dan bukannya kerana tidak mampu bayar sewa," katanya kepada mStar Online.

Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Jurassic World versi Bahasa Melayu yang diadakan di KL Sentral di sini, Selasa.

Menerusi filem berkenaan Nora meminjamkan suaranya menerusi watak Claire dan selebriti lain yang turut terlibat adalah Hisyam Hamid, Izzue Islam, Bront Palarae, Fahrin Ahmad, Nabil Ahmad, Fara Fauzana dan Abby Fana.

Ia bakal menemui penonton menerusi saluran HBO (411) dan HBO HD (431) pada 6 Julai depan, pukul 9 malam.

Dalam pada itu, Nora berkata, sebagai ganti, dia telah membuka dua buah cawangan kafe tersebut masing-masing di Taman Tun Dr Ismail di sini dan Bangi, Selangor baru-baru ini.

Jelasnya, dia kini banyak menghabiskan masa di kafe berkenaan bagi mempromosikan makanan dan minuman yang dijual bagi menarik perhatian pelanggan.

"Jika benar kami tidak mampu bayar sewa, tidak mungkin saya bersama rakan kongsi lain berani buka dua cawangan sekali gus.

Barisan pelakon yang terlibat meminjamkan suara mereka untuk filem Jurassic World versi bahasa Melayu.

"Alhamdulillah ia permulaan baik dan sambutan diberikan pelanggan juga cukup menggalakkan terutamanya di Bangi.

"Saya memang sibuk menguruskan kafe buat masa ini sehingga masa bersama keluarga juga agak terhad," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Nora berkata, dia teruja dapat terlibat dalam filem Jurassic World versi Bahasa Melayu kerana itu adalah kali pertama dia meminjamkan suaranya untuk naskhah antarabangsa.

Bagaimanapun Nora mengakui bukan mudah untuk dia melakukan proses alih suara dan mengambil masa selama dua hari menyiapkan bahagiannya yang memegang watak Claire.

"Harus saya akui melakukan proses alih suara bukan mudah dan saya mengambil masa lima jam setiap sesi selama dua hari untuk menyiapkan bahagian saya.

"Tetapi ia pengalaman baharu untuk saya kerana saya juga dapat belajar tentang lontaran vokal memandangkan suara saya yang agak halus," ujarnya.

Langkawi kenakan caj penginapan kepada pelancong mulai 1 Julai

Posted: 19 Jun 2016 11:40 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
LANGKAWI: Kerajaan negeri Kedah akan mengenakan caj ke atas pelancong ke Langkawi bagi penginapan mereka selama berada di pulau peranginan itu, mulai 1 Julai ini, demikian menurut Exco Pelancongan negeri, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.
 
Mohd Rawi berkata, caj yang dikenali‎ Bayaran Penggalakan Pelancongan Langkawi ini akan dikutip oleh Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Raya Pelancongan (MPLBP).
 
Jelasnya, bayaran seperti ini bukanlah suatu bentuk kutipan baharu ke atas pelancong di negara ini dan ia dijangka dapat memantapkan lagi pendapatan kerajaan negeri untuk memajukan industri itu.
 
"Ia sudahpun dilaksanakan di Melaka dan Pulau Pinang sejak lebih dua tahun lalu. Ia juga telah dilaksanakan di Kuala Lumpur," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada kira-kira 600 golongan kurang berkemampuan di Ayer Hangat di sini, semalam.  
 
Tambah ADUN Ayer Hangat itu lagi, kadar bayaran yang dikenakan di bawah sistem kutipan ini juga amatlah rendah kalau dibandingkan dengan kemampuan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.
 
Menurutnya, di bawah Bayaran Penggalakan Pelancongan Langkawi itu, caj RM1 dikenakan ke atas setiap satu malam bagi setiap bilik untuk kemudahan penginapan bertaraf satu hingga dua bintang.
 
Caj RM3 dikenakan ke atas setiap malam bagi setiap bilik untuk penginapan bertaraf tiga dan empat bintang, RM5 untuk penginapan lima bintang, RM7 untuk yang bertaraf enam bintang dan RM9 untuk tujuh bintang.
 
Menurutnya, Kedah sehingga kini masih banyak bergantung kepada peruntukan kerajaan pusat untuk memajukan sektor pelancongannya dan langkah mengenakan caj ini dapat mengurangkan kebergantungan tersebut.
 
"Kalau kami dapat jumlah kutipan yang memuaskan (melalui pelaksanaan bayaran penggalakan pelancongan ini), kami boleh laksanakan lebih banyak lagi program yang ada kaitan dengan pembangunan pelancongan," katanya.
 
Beliau berkata, pelaksanaan caj bayaran ini di Langkawi Julai ini akan menjadi titik permulaan sebelum diperluaskan lagi secara berperingkat ke tempat-tempat lain di Kedah.
 
"Jumlah (kadar bayaran) yang dikenakan ini bukanlah satu jumlah yang besar. Kalau kami tak (mengenakan) caj (pelancongan ini), saya rasa kami tak menuju ke arah yang ke hadapan (untuk memajukan sektor pelancongan Kedah)," katanya.
 
 

Artikel Fitnah:Bekas CEO TMI mohon maaf kepada bekas MB Selangor

Posted: 19 Jun 2016 11:36 PM PDT

BERNAMA
 
 
Tan Sri Khalid IbrahimTan Sri Khalid IbrahimKes saman bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap The Malaysian Insider (TMI) selesai selepas portal berita itu memohon maaf dan melahirkan rasa kesal berhubung penerbitan artikel mengenai isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Permohonan maaf secara terbuka itu dikemukakan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jahabar Sadiq Abdul Kader dan Penyunting Bahasa Melayu untuk versi Bahasa Melayu portal itu Amin Shah Iskandar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

"Saya Jahabar Sadiq Abdul Kader, sebagai defendan pertama dalam tindakan ini dan pada masa material adalah CEO dan penyunting laman sesawang www.themalaysianinsider.com, dengan ini membuat kenyataan maaf bagi pihak saya dan semua defendan yang lain iaitu Amin Shah Iskandar dan Edge Insider Sdn Bhd," katanya.

Jahabar Sadiq juga mengakui bahawa artikel yang telah disiarkan pada 24 Julai 2014 bertajuk 'Going by Selangor ruler's criteria, Khalid should quit as MB' dan 'Berasaskan kriteria Sultan Selangor, Khalid wajar berundur sebagai MB' telah memberi gambaran kepada pembaca TMI dan rakyat Malaysia bahawa Abdul Khalid perlu berundur sebagai Menteri Besar Selangor (ketika itu).

Beliau juga mengakui bahawa menerusi artikel itu telah memberi gambaran bahawa Abdul Khalid seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak beramanah, tidak jujur, tidak berprinsip, korup dan orang tengah Umno bagi mencapai penyelesaian di luar mahkamah berhubung kes mahkamah melibatkan Bank Islam terhadapnya.

"Kami menerima fakta bahawa artikel pertama dan kedua bersifat fitnah dan telah menyinggung perasaan serta mencederakan reputasi Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, Anggota Parlimen Bandar Tun Razak, Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan terhadap beliau di dalam kapasiti dirinya sendiri.

"Menyedari perkara-perkara di atas, kami dengan ini menarik balik artikel pertama dan kedua, kami juga secara nyata dan tanpa syarat melahirkan rasa kesal dan dengan ikhlas serta suci hati memohon maaf kepada Abdul Khalid," katanya.

Katanya walaupun TMI telah ditutup dan tidak beroperasi sejak 14 Mac 2016, mereka menarik balik kedua-dua artikel dan semua kandungan di dalamnya berserta komen-komen pembaca.

Mereka berjanji sama ada secara sendiri atau melalui ejen, wakil, pekerja atau kakitangan tidak akan secara nyata dan/atau tidak nyata mengulangi atau menyebabkan penerbitan kandungan dan ulasan sama ada secara keseluruhan atau sebahagian yang telah dinyatakan dalam kedua-dua artikel.

Mahkamah kemudiannya membatalkan saman itu dan mengucapkan terima kasih kepada plaintif dan defendan kerana bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan tanpa sebarang kos. Hari ini kes itu dijadualkan untuk perbicaraan.

Abdul Khalid, 70, yang hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam Edmund Bon, manakala peguam S. Stanley Sebastian dan Seira Sacha Abu Bakar mewakili kesemua defendan.

Pada 11 Ogos 2014, Abdul Khalid selaku plaintif, memfailkan saman terhadap Jahabar Sadiq, Amin Shah, pemilik dan pentadbir portal berita itu, The Edge Communications Sdn Bhd dan TMIDOTCOM Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga keempat.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa kesemua defendan telah menerbitkan kenyataan fitnah dan/atau palsu dengan niat jahat menunjukkan beliau sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai, seorang yang tidak layak menyandang jawatan Menteri Besar Selangor, serta seharusnya berundur dan/atau meletak jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak memenuhi kriteria Sultan Selangor.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita berkata institusi dan pengamal media sepatutnya memastikan berita-berita yang diterbitkan mengandungi fakta tepat dan benar demi memelihara kewibawaan diri mereka sendiri dan institusi kewartawanan.

"Permohonan maaf oleh para defendan ini sekali gus membuktikan bahawa segala tuduhan salah laku dan tidak bermaruah yang dikenakan terhadap saya adalah jahat, tidak berasas dan direka hanya untuk menjatuhkan saya daripada jawatan Menteri Besar Selangor," katanya.

BN perlu bersihkan imej rasuah pemimpinnya, kata Abdul Hamid

Posted: 19 Jun 2016 11:24 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Tun Abdul Hamid MohamadTun Abdul Hamid MohamadBekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menasihatkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bongkak dengan kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar Sabtu lepas.

Sebaliknya, beliau berkata Umno perlu berterima kasih kepada pengundi dan cuba meluaskan sokongan dengan membersihkan dirinya dari imej rasuah, lapor Utusan Malaysia.

"Apabila BN kembali kuat, pengundi bukan Melayu terutama masyarakat Cina akan membuat perhitungan untung-rugi semula dan keadaan ini mungkin akan mengubah pendirian mereka untuk mengundi BN semula kerana mereka takut rugi," katanya.

Calon BN di kedua-dua kawasan Parlimen menang dengan majoriti lebih besar mengalahkan calon PAS dan Amanah.

Di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 (dari 1,083 pada 2013),
manakala di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 (dari 399 pada 2013).

Sementara itu, Hamid turut menyelas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa bekas perdana menteri itu merosakkan integriti dan pencapaian beliau dengan menyokong pembangkang pada PRK ini.

"Janganlah menyusahkan orang untuk terus menghormati beliau.

"Lebih baik Dr Mahathir berehat supaya orang boleh terus menghormatinya," katanya seperti di petik oleh FMT hari ini.

IGP: Tak perlu inkuri siasat mana wang tebusan RM12 juta

Posted: 19 Jun 2016 11:05 PM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI

Tidak ada keperluan bagi menubuhkan sebuah inkuiri bagi menyiasat ke mana wang tebusan RM12 juta bagi membebaskan empat individu yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayaaf di perairan Pulau Ligitan, Sabah pada 1 April lalu.

Ini kerana menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pihaknya menyedari apa yang terjadi dengan wang berkenaan.

"Pasal apa pula kita nak buat inkuiri, saya dah jelaskan apa jadi dengan duit itu.

"Tak ada sebab untuk kita buat apa-apa inkuiri kerana kita (polis) tidak terlibat," katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis sumbangan bungkusan kuih raya PDRM.

Khalid juga disoal sama ada pihak berkuasa lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat mengenai wang tebusan itu.

"Saya tak tahu, tapi polis tidak akan menyiasat kerana kita tahu mana pergi duit itu.

"Saya sudah jelaskan sebelum ini, jadi saya tak perlu ulang balik apa yang saya cakap," katanya.

Khalid pada sidang medianya, Jumaat lalu berkata wang tebusan RM12 juta bagi membebaskan empat individu yang diculik itu dipercayai diserahkan oleh keluarga mangsa sendiri kepada pihak ketiga.

Menurutnya, polis tidak tahu langsung mengenai wang terbabit kerana keluarga mangsa banyak berurusan dengan ejen-ejen atau pihak ketiga dari Filipina yang dikatakan boleh membebaskan mangsa.

Khalid pada sidang media hari ini mengulangi kenyataannya menafikan polis menerima dan membayar wang tebusan berkenaan seperti didakwa oleh ahli keluarga empat mangsa.

16 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan wang kutipan RM12 juta itu telah disalurkan kepada badan Islam tertentu di Filipina.

Sebelum ini keluarga empat kelasi Sarawak yang diculik pada 1 April lalu mendakwa mereka telah menyerahkan semua wang yang dikumpul bagi pembebasan mangsa culik itu kepada polis Cawangan Khas di Sandakan, Sabah pada 24 Mei lalu.

Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 31, dan anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 32.

Pada sidang media hari ini, Khalid juga mengesahkan bahawa dakwaan berlakunya penculikan terbaru yang membabitkan empat lagi warga Malaysia di perairan Sabah adalah hanya khabar angin.

"Tak ada, itu semua berita angin saja, kita pun tak dengar bahawa adanya rakyat kita yang diculik di perairan sana.

"Pihak Filipina juga tidak dapat memberi kita apa-apa pengesahan, jadi sehingga hari ini mereka tidak dapat memberi apa-apa pengesahan.

"Jadi saya anggap itu sebagai berita angin dan tidak ada kejadian itu berlaku," katanya