Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Penjelasan Khalid Samad tak nafikan PAN boneka DAP

Posted: 08 Jun 2016 07:20 PM PDT


Mudah saja nak buktikan PAN adalah pencacai DAP. Ingat kembali ketika Kelantan berhadapan banjir besar, PASMA mengadap Lim Guan Eng untuk bantuan wang tubuhkan PASMA. Ekoran kekalahan besar Anwarinas di pemilihan PAS, tertubuh PAN. 

Kenyataan Khalid Samad membidas Nizar Jamaluddin kerana mengatakan kematian kedua-dua arwah ahli Parlimen Sg Besar dan Kuala Kangsar boleh dilihat sebagai percubaan untuk "politically correct" selari dengan budaya baru yang cuba dibina oleh UMNO dan PAS.

Namun kempen PAN jauh dari "politically correctness".
Fitnah Menjadi "Ulam-Ulaman" PAN untuk Meraih Undi
Pakatan Harapan Mula Berjanji Dalam Usaha Membohongi Rakyat
Kelihatan PAN hanya sibuk untuk main politik selak kain dan hentam sembrno ke atas parti lawan, khususnya seteru utama mereka, PAS. Malah sokongan yang diberi oleh Menteri BN Sarawak, Nancy Shukri kepada BN pun mahu diputarbelit Khaid Samad secara cetek sebagai ugutan.

PAN hanya takut politik sedemikian di Kuala Kangsar boleh backfire dan calun mereka diajar pengundi.

Dengan demikian, penafian Amanah bertanggungjawab pada kain rentang dan billboard yang panggil cina babi yang dibuat Khalid Samad mencurigakan. Billboard yang menyerang Datuk Jamal Yunos bertujuan untuk timbulkan kemarahan laun cina.


Ini dilihat menguntungkan PAN. Tambah lagi, PAN pun dilihat masih dengan cara politik provokasi.
Semalam berlaku isu PAN ceramah kuat ketika masjid sedang adakan sembahyang Terawih. DAP mana kisah kerana mereka tak hormat ugama Islam.

Jika bukan PAN, pastinya ini cara propaganda provokatif dan serangan politik tidak beradab yang sering dlakukan oleh PH. Rafizi sudah mula mainkan cara biasa PKR yang provokatif.



Isu billboard ini menampakkan stail subversif DAP yang sentiasa kasar dan aggresif.  Baca di Snapshot 2016 di http://snapshot2016.blogspot.my/2016/06/dap-yang-sebenar-panggil-cina-babi.html

Dari strategi kempen PAN yang begitu fokus pada kawasan cina di Sekincan dan amat bergantung pada DAP, penafian Khalid Samad bahawa PAN adalah pencacai DAP susah untuk disangkal.


Tambah lagi, DAP telah mengawal sepenuhnya pergerakan calon PAN di Sungai Besar sehinggakan didalam satu sidang Media pun, calon PAN seakan begitu takut untuk mengeluarkan kenyataan kenyataan  dan seakan meminta persetujuaan apabila kenyataan hendak dikeluarkan.
Sidang Media Dikawal-Terbukti, PAN hanya BALACI Setaraf HAMBA ABDI Kepada DAP
 http://yusmanzaharizakaria.blogspot.my/2016/06/fatwa-pas-sokong-pan-seperti-undi-dap.html

Khalid Samad ada kata taktik PAS melabelkan PAN dengan DAP adalah taktik lama dalam usaha cuba menafikan PAN adalah pencacai DAP.  Calun Amanah di Kuala Kangsar pun cuba menafikan. Hal lain dia tak jawab dan kata dia hanya pengantin, tapi boleh pula untuk pertahan DAP?


Alah ... apa lagi nak kata Khalid bila Lim Kit Siang pun akui dengan mengatakan apa salahnya DAP sokong PAN?

Konon Kit Siang give up tapi sebenarnya DAP begitu bersungguh membantu Amanah.
Kit Siang's strategy for Pakatan win in Sungai Besar

Sebabnya:
ADUN DAP dari Sekinchan dapat tamparan hebat apa bila ada pengundi berbangsa Cina mendakwa tidak kenal dengan beliau.

Harap pengundi berhati-hati. Betul kata  Hadi, PAN hanya diperguna dan dibayar DAP untuk mereka dapatkan undi Melayu.

Hari ini untuk Amanah tarik undi Melayu PAS untuk dirinya, esuk hari tarik undi Melayu untuk DAP. Lihat Pulau Pinang untuk tahu betapa korup dan kejam sekali DAP.
Apabila banyak skandal mega DAP dipersoalkan oleh rakyat, DAP seakan buta tuli untuk memberikan penjelasan, sehingga kini berbagai isu dibangkitkan untuk menutup isu penyelewengan wang rakyat dan skandal yang melibatkan berbillion ringgit.

Kezaliman Dan Kekejaman DAP Terhadap  Bangsa lain Perlu Di Sekat Dengan Apa  Cara sekali Pun

PCM lodges MACC report over undersea tunnel contract
 Amanah pun sama korup dengan DAP tapi nak tuduh BN korup.
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/19-semasa/15566-zambry-dedah-nizar-pernah-lulus-balak-tanpa-rujuk-jawatankuasa.html
Malah ada penyokong pembangkang sudah akui DAP, PKR dan AManah lagi teruk dari BNyang sering dituduh.

Ingatkan pendedahan baru, rupanya Rafizi pemfitnah "recycle" isu basi

Posted: 08 Jun 2016 03:52 AM PDT


Semalam ke hari sebelum itu, Rafizi dilaporkan mahu buat pendedahan akan pembaziran kerajaan BN. Motifnya jelas mahu digunakan untuk timbulkan kemarahan pengundi di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, khususnya di Sekincan.

Rafizi ini diagungkan penyokong PKR dan pembangkang kerana kononnya hebat dalam membuat pendedahan.

Bagi yang bongok-bongok biasalah sokong benda yang mereka sendiri tak teliti untuk fahami isu yang ditimbulkan.

Orang biasa yang kurang pengetahuan dan maklumat sering terpedaya dengan kata-kata Rafizi. Mereka tiada daya untuk siasat dan bezakan samada lojik atau tidak tuduhan Rafizi.

Mana Rafizi dalam isu 1MDB ... dah diam. Maknanya dia pun tak berapa faham isu itu.


Hari ini Rafizi mulakan serangan yang bermotif politik dan nadanya menjatuhkan maruah isteri Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Baca di Mkini SINI

Ingat isu baru, tapi rupanya isu recycle yang sudah dijawab berkali-kali dan dijelaskan dengan penjang lebar. Tak heran isu jet ini dibocorkan Tun Dr Mahathir kepada pembangkang semalama ini sebab dia cemburu.

Kegunaan jet peribadi adalah sebabnya. Baca di http://snapshot2016.blogspot.my/2016/06/jawapan-pada-fitnah-rafizi-yg-cemar.html

Takkan isteri PM nak dibiarkan beratur di airprt dan angkat beg sendiri????

Piji ... Piji ... bulan Ramadhan pun kau tetap nak buat tuduhan melulu dan fitnah. Tak puasa ke?

Nizar pun dah kena tibai Khalid Samad kerana politik jijik. Khalid pun takut main politik jijik akan backfire sebab orang menyampah dengan politik selak kain dan fitnah.

Tak ngaku papan tanda bahasa kasar amanah punya di sg besar. Kata tak mampu ... tapi dap mampu.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Posted: 08 Jun 2016 08:39 PM PDT


LIHATLAH CERAMAH PAN RIBUAN HADIR KATANYA, #prksgbesar #KekalBN #BN4SGB

Posted: 07 Jun 2016 11:42 PM PDT


Ramai tertanya, bolehkah Pan ni membuktikan sesuatu kepada pengundi yang mereka ini hebat? Di kalangan penyokong pembangkang merasakan kehadiran Pan ini hanyalah sebagai gantian kepada Pas sahaja, kerana sebelum ini Pas dalam Pakatan Rakyat membuktikan mereka paling banyak membantu dalam merealisasikan undi popular ketika pru13 lalu.

Mana tidaknya di mana sahaja ceramah anjuran Pas ketika itu mengumpulkan ribuan orang, malah Dap menggunakan kesempatan itu untuk menarik undi melayu kepada Pakatan Rakyat.

Sampai ada amoi seksi sanggup pakai baju berlogo Pas, pegang bendera Pas sampai ramai menganggap Pas sudah berjaya menarik pengundi cina secara total.

Tetapi itu dahulu, ketika Dap dan Pas berkawan rapat, peluk cium, sekarang kalau sebut nama Pas, Dap tersedak, sebut nama Dap, Pas tersembur.

Sekarang sudah ada Pakatan Harapan, parti Amanah atau Pan menggantikan Pas, katanya Pan mampu menandingi Pas, sehingga keyakinan itu terbawa-bawa ke dalam mimpi, sudahnya Pan sudah dianggap balaci kepada Dap paling hadapan.

Ceramah Pan malam tadi di Sekinchan, turut bersama, YB Eg Suee Lim, YB Nurul Izzah juga ada kelihatan. Permasalahan kepada Dap, kerana ceramah itu agak lesu dengan kehadiran yang minimum.

Jadi apakah benar Pakatan Harapan mempunyai harapan di Sg Besar?

Kita tunggu dan lihat nanti di hari mengundi.

#scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB


RAKYAT MARHAEN

1

Posted by Unknown | Posted on 9:18 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Nawawi wakil rakyat celopar – IKHLAS

Posted: 08 Jun 2016 08:45 PM PDT

Nawawi perlu ingat tanpa rakyat dia tidak boleh jadi ahli Parlimen dan tidak akan terima gaji daripada kerajaan.
Datuk-Nawawi-Ahmad-Mohd-Ridzuan-Abdullah
PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad yang mengatakan bukan rakyat membayar gajinya tetapi ia daripada kerajaan, ditempelak NGO BN.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah berkata keceloparan Nawawi itu jelas mengguris hati rakyat yang menyokongnya semasa pilihan raya, sekali gus memburukkan nama parti BN.
Katanya, jika rakyat tidak memilih sebagai wakil rakyat, beliau tidak akan memperoleh pendapatan seperti sekarang kerana gajinya dibayar kerajaan apabila menjadi ahli Parlimen.
"Dia ini celopar dan cara dia bercakap itu jelas menunjukkan dia tidak layak jadi ahli Parlimen. Tindakan dia (Nawawi) itu juga mengguris hari rakyat yang memilih beliau sebagai ahli Parlimen.
"Ahli Parlimen itu (Nawawi) perlu ingat tanpa rakyat dia tidak boleh jadi ahli Parlimen. Tanpa rakyat dia tidak boleh dapat gaji, dia jadi Ahli parlimen baru dia dapat gaji, kuasa penentu adalah rakyat," katanya kepada FMT.
Terdahulu, Nawawi sekali kali mengundang kontroversi apabila berkata gajinya tidak dibayar oleh rakyat tetapi adalah daripada kerajaan.
Kenyataannya mengenai dana awam tidak dimiliki rakyat mengundang kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial.
Sehubungan itu, Ridzuan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN supaya menggugurkan pemimpin seperti Nawawi pada pilihan raya umum akan datang.
"Orang macam ini perdana menteri perlu gugurkan, dia minta maaf pun tak ada guna memang tidak perlu, PRU14 dia perlu digugurkan, tak perlu simpan.
"Bukan saja Nawawi banyak lagi pimpinan lain yang asyik main politik, tak jaga kebajikan masyarakat, juga perlu digugurkan," katanya.

Pakatan Harapan nafi wujud parti dominan

Posted: 08 Jun 2016 08:14 PM PDT


Khalid Samad Khalid Samad Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd Samad mendakwa, model kerjasama didominasi satu parti adalah BN dan bukan Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan terdiri daripada tiga parti yang mempunyai dasar dan visi berbeza tetapi wujud banyak persamaan, menangkis dakwaan wujud parti tertentu mendominasi pakatan itu.
"Kerjasama dibina atas persamaan ini dan diterjemahkan berpandukan Perlembagaan Negara. Kami mengutuk dakwaan keji laporan media menyebut: 'setelah puas menunggang Pas, DAP sekarang menunggang Amanah'," katanya dalam sidang media Pakatan Harapan di Pejabat Amanah Sungai Besar seperti dilapor Sinar Harian hari ini.
Beliau dipetik berkata, strategi menggambarkan Amanah sebagai tunggangan DAP adalah strategi lapuk yang sebelum ini digunakan terhadap Pas sewaktu berada dalam PR.
"Setelah Pas tidak lagi menggugat BN, ia digunakan pada Amanah pula," katanya.
Jelasnya, dua PRK yang sedang berlangsung boleh dijadikan bukti bahawa tidak wujud mana-mana parti mendominasi Pakatan Harapan.
"Ia bukti kesediaan tiga parti berbincang, berunding secara terbuka dan jujur," katanya.
Khalid berkata, Amanah sejak awal ingin bertanding di dua PRK, namun atas persetujuan Pakatan Harapan, usaha berunding dengan Pas dilakukan oleh pimpinan PKR.
"Dalam keadaan ini, Amanah akur keputusan berkenaan. Setelah berusaha sekian lama, terbukti Pas tidak sudi berunding.
Read More / Baca Lagi >>

PAS patut bersama Pakatan Harapan, kata Mat Taib

Posted: 08 Jun 2016 08:08 PM PDT

"Kami parti AMANAH, mana ada duit nak buat billboard"

Posted: 08 Jun 2016 08:08 PM PDT

"Saya tetap sokong Najib disingkir walaupun tak terpilih" - Azhar Shukur

Posted: 08 Jun 2016 08:07 PM PDT

NASIB BAIK ADA DAP....

Posted: 08 Jun 2016 08:00 PM PDT

Ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat, parti itu sering dilabel oleh UMNO sebagai alat dan barua DAP, manakala hubungan Pas dengan PKR tidak pernah sama sekali cuba disalahertikan dengan apa-apa cemuhan.

Dalam Pakatan Harapan sekarang, Pas yang lebih galak menuduh dan melabel Amanah sebagai alat dan barua DAP. Sama seperti UMNO, Pas juga tidak pernah memberi label keji kepada hubungan PKR dengan DAP.

Benarkah dulu Pas dan sekarang Amanah, menjadi alat dan barua DAP?

Apakah Pas membuat dakwaan alat dan barua DAP terhadap Amanah kerana terikut-ikut gaya UMNO atau berdasarkan pengalaman mereka pernah diperalat dan dibaruakan dalam Pakatan Rakyat dahulu?

Jika Pas menjadi alat dan barua DAP, apakah yang telah merugikan parti itu selama ini?

Apakah dengan Pas berpeluang menduduki kerusi Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit dan mampu menang banyak kerusi di Selangor, Perak, Johor dan beberapa negeri lain menunjukkan Pas menjadi alat dan barua DAP?

Sebagai balasan kerana setuju diperalat dan dibaruakan, berapa banyak pula Pas kehilangan kerusinya di Kelantan atau Terengganu untuk diserahkan kepada DAP?

Hakikatnya sekarang ini, UMNO tidak perlu lagi menyerang Amanah kerana peranan itu sudah diambil alih oleh Pas. UMNO yang bersongkok hitam hanya perlu tersenyum melihat dari jauh telatah Pas yang berkopiah putih memaki, mengecam dan memusuhi Amanah.

Dalam masa yang sama, orang Melayu yang menyokong Pakatan Harapan atau dulunya Pakatan Rakyat juga kerap dianggap sebagai alat dan barua DAP.

Orang Melayu yang menyertai atau menyokong DAP lebih buruk lagi labelnya - dikatakan ingin menggadai maruah dan kuasa kepada orang Cina.

Apakah sebenarnya salah dan dosa bila berbaik-baik dengan DAP?

Apakah DAP ditanggapi sebegitu kerana namanya DAP, kerana di dalamnya ada Lim Kit Siang atau kerana ia parti yang dikuasai oleh orang-orang Cina?

Jika DAP begitu jahat, agendanya amat mengancam negara, merbahaya kepada orang-orang Melayu dan musuh kepada Islam, mengapa kerajaan tidak mengharamkan saja parti itu?

Begitu juga dengan Lim Kit Siang, jika keberadaannya bersama DAP amat merbahaya, mengapa tidak ditangkap dan disumbat saja dalam penjara?

Nama penuh DAP ialah Democratic Action Party atau Parti Tindakan Demokratik, tetapi kenapa ia sering dikaitkan dengan komunis berbanding demokrasi?
Read More / Baca Lagi >>

Status anak tempatan kelebihan calon AMANAH

Posted: 08 Jun 2016 07:53 PM PDT

Dr Ahmad Termizi Ramli menyifatkan penduduk di Manong, Kuala Kangsar - tempat kelahirannya - sebagai ahli keluarganya sendiri.
Ahmad-Termizi_talk
KUALA KANGSAR: Calon AMANAH bagi PRK Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli menggunakan kelebihannya selaku anak tempatan bagi meraih sokongan pengundi.
Ketika berucap pada satu program di Manong malam tadi, beliau menyifatkan penduduk pekan kecil itu sebagai keluarganya.
"Orang di Manong, kalau pun tidak semua, kebanyakannya saudara-mara.
"Saya merayu kepada saudara-mara saya di sini agar mengundi AMANAH yang mewakili Pakatan Harapan agar menang dalam PRK kali ini, dan seterusnya PRU14," katanya kepada kira-kira 50 hadirin.
Termizi merupakan satu-satunya calon anak tempatan daripada empat calon yang bertanding. Malah beliau lahir di Kampung Suak Petai, di sini.
Sebelum ini, ahli Pemuda UMNO Syed Rosli Syed Harman Jamalullail bercadang untuk bertanding sebagai calon bebas sebagai protes terhadap pencalonan Datin Mastura Mohd Yazid.
Beliau bagaimanapun berubah fikiran selepas AMANAH mencalonkan Termizi.
Beliau malah menyatakan sokongannya kepada Termizi kerana kedudukannya sebagai 'anak tempatan'.
Sebelum itu, Naib Presiden AMANAH Hasanuddin Mohd Yunus dalam ucapannya menyifatkan Termizi sebagai calon yang mampu membawa suara penduduk Kuala Kangsar di Parlimen kerana pengalamannya yang luas.
"Beliau berpengalaman luas dalam NGO dan menjadi rujukan di dalam dan luar negara bagi bidang fizik nuklear, selain isu Lynas," katanya.

Fahmi Reza: 'Pihak berkuasa tak tahu bagaimana nak urus saya'

Posted: 08 Jun 2016 07:51 PM PDT

Aktivis Fahmi Reza berkata, beliau sudah lama bersedia untuk dipenjara kerana karya-karyanya.
Lagi pun, artis grafik yang belajar sendiri itu, sudah aktif dalam aktivisme politik melalui karya grafiknya sejak awal tahun 2000-an.
Tetapi akhirnya, karikaturnya berupa wajah badut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membuatnya didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pada hari Isnin.
Namun begitu, kata Fahmi, ia mengambil masa empat bulan selepas dia menyiarkan karikatur itu, bagi mereka memutuskan untuk mendakwanya di mahkamah.
"Anda tahu mengapa?" soalnya sambil menambah bahawa ia kerana apabila mereka membiarkannya, mereka mendapati dia masih tidak berhenti.
Sambil menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti, Fahmi berkata, kerana itu mereka terpaksa mendakwanya untuk menghukumnya supaya dia boleh dijadikan sebagai teladan.
Bercakap dalam satu ceramah di Kuala Lumpur malam tadi, Fahmi berkata sekiranya dia telah berhenti ketika pertama kali karikatur itu disiarkan "saya rasa saya selamat sekarang."
Satu lagi sebab mengapa ia mengambil masa empat bulan untuk dia didakwa, pada pandangan Fahmi, ialah mungkin ia kerana pihak berkuasa tidak pernah berurusan dengan seseorang seperti dirinya sebelum ini.
Menurutnya, kebanyakan yang mereka uruskan sebelum ini adalah yang pro-pembangkang, atau mesra pembangkang.
Kemudian terdapat dirinya yang dihentam oleh mereka dari pembangkang dan pemerintah.
Menurut Fahmi, pereka grafik mempunyai kemahiran yang ramai tidak miliki dan itu memboleh mereka menyalurkan mesej secara visual.
Bagaimanapun, Fahmi mengakui sukar untuk melakukan apa yang dia lakukannya, jika seseorang itu sudah berkahwin dan mempunyai anak, kerana perlu memikirkan tentang mereka.
Jika ada orang yang bergantung kepada anda, maka anda tidak boleh mengambil risiko dipenjara atau ditangkap, katanya.
"Jadi apa nasihat yang boleh saya berikan? Nasihat saya ialah jangan kahwin," katanya berseloroh, dan disambut gelak ketawa kira-kira 50 hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia.
Fahmi mengingatkan bahawa jika sesiapa mahu bersuara di Malaysia, maka mereka mesti sedar dan bersedia untuk menghadapi risikonya.
Fahmi pertama kali menyiarkan karikatur badut Najib pada bulan Januari, selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan dengan beberapa dakwaan skandal kewangan.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: BNM patut siasat, bukan tutup fail

Posted: 08 Jun 2016 06:49 PM PDT

Keputusan pihak berkuasa kewangan luar negara menjalankan siasatan terhadap bank di negara masing-masing membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dianggap tamparan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).
Mantan Pengarah BNM, Dr Rosli Yaakob, berkata hal ini ekoran Gabenor barunya, Datuk Muhammad Ibrahim bukan sahaja enggan melakukan siasatan sama, malah lebih berminat menutup fail siasatan terhadap 1MDB.
"Memang ada perkembangan dalam isu 1MDB selepas Gabenor BNM baru mengambil alih tetapi perkembangannya bukan bersifat untuk meneruskan penyiasatan supaya pihak bertanggungjawab melarikan wang negara dibawa ke muka pengadilan.
"Sepatutnya BNM menyertai penyiasatan negara lain seperti Amerika, Switzerland dan Singapura kerana kalau negara ini membuat siasatan tetapi kita berdiam diri, ini memberi tamparan kepada BNM itu sendiri," katanya kepada SelangorKini.
Rosli berkata, BNM hanya mengenakan denda kepada 1MDB sekali gus membuktikan syarikat sarat hutang itu ada melakukan kesalahan peraturan kewangan.
"BNM juga menutup siasatan ke atas 1MDB, maknanya dia tutup buku di mana ini perkembangan yang tidak positif dan menjejaskan nama baik institusi itu.
"Saya tidak melihat perkembangan positif untuk menyelesaikan skandal 1MDB ini sehingga pihak bertanggungjawab dibawa ke pengadilan," katanya.

Mat Sabu, ikon rakyat untuk menumpaskan Umno!

Posted: 08 Jun 2016 06:38 PM PDT

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
 Mat Sabu pernah kena pukul, kena buang daerah, kena fitnah, kena penjara dan kena tembak dengan gas pemedih mata. Semua itu lebih perit berbanding dipanggil Mat Sabun. Ramai lagi pemimpin Amanah yang senasib dengan dia.
 Kalau dia nak rasa kecewa, apa yang dialaminya sudah cukup untuk mengecewakannya. Kalau dia nak berehat, boleh saja dia memilih jalan itu kerana dia sudah punya kehidupan berkeluarga yang memadai dan selesa.

Kalau dia gila jawatan, dia sudah pernah menakah tangga pemimpin nombor dua dalam parti Islam. Kalau dia gila glamor, dia tidak perlu bersusah-payah bersama Amanah kerana majoriti masyarakat Malaysia kenal Mat Sabu.

 Memulakan sebuah pergerakan rakyat yang baru seperti Amanah bukan mudah. Semuanya bermula dengan zero. Namun, beliau menyahut seruan rakyat untuk mengetuai sebuah pergerakan baru yang memenuhi aspirasi mereka setelah kegagalan PR.

Rakyat yang mahukan dia memimpin gerakan ini. Buktinya? Ya, kalau rakyat tidak mahukannya, elok biarkan dia diisytihar bangkrap selepas didenda RM200,000. Tapi, rakyat mengambil tanggungjawab melepaskannya daripada belitan itu.

Orang boleh membenci, menghina, menggelar buruk, mempersenda, memperlekeh atau apa sahaja, tetapi itulah Mat Sabu. Dia tetap berada dalam hati dan pemikiran rakyat yang mahu melihat gerakan rakyat sentiasa gagah untuk menumpaskan regim korup Umno/BN.
Read More / Baca Lagi >>

Mustafa Ali: Realitinya PAS berdepan BN, DAP di Sungai Besar

Posted: 08 Jun 2016 06:28 PM PDT

"Secara realitinya PAS berdepan dengan BN dan DAP pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar," tegas Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ini, ujarnya kerana pada pemerhatian beliau, strategi dan kerja-kerja yang melibatkan calon PAN diatur dan dilakukan oleh DAP.

"Berdasarkan laporan dari lapangan dan pemerhatian saya, strategi dan kerja-kerja untuk calon PAN dibuat oleh DAP.

"Jadi secara realitinya pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar, PAS berdepan dengan BN dan DAP," ujarnya kepada Harakahdaily, pagi ini.

Menurutnya lagi, pemerhatian beliau juga mendapati DAP membuat arahan secara senyap dan mengatur gerak kerja secara bersungguh-sungguh.

"DAP bersungguh-sungguh dalam PRK ini, buat arahan secara senyap kepada seluruh jenteranya, seolah-olah dia (DAP) yang bertanding di Sungai Besar, PRK ini juga maruah dia," katanya.

Justeru, beliau menyifatkan calon yang dikemukakan PAN adalah 'pinjaman' DAP yang bukan dari kalangan parti itu.

Beliau juga difahamkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijangka akan turun untuk berkempen pada PRK Sungai Besar diatur oleh DAP.

"Macam mana pun bagi PAS itu bukan perkara besar, PAS tak kisah kerana secara tradisi kita berdepan, lawan BN.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud popular kerana arus kesedaran Islam – Nik Abduh

Posted: 08 Jun 2016 06:25 PM PDT

Ketua Pemuda PAS itu berkata arus kesedaran Islam di kalangan rakyat memaksa kerajaan menyokong hudud.
nik abduh
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mengalu-alukan undian Twitter yang dijalankan aktivis pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman yang mendapati lebih 80% menyokong pelaksanaan hudud, dan berkata ia mencerminkan arus kesedaran Islam semakin kuat.
"Arus inilah yang menjadi punca kerajaan BN akhirnya bersetuju meminda akta 355 yang bertujuan meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah," tulis Nik Abduh dalam Facebook.
Bulan lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman melebihi apa yang dihadkan sebelumnya iaitu penjara tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan enam sebatan, atau biasa dikenali sebagai "akta 355″.
Langkah itu menerima sokongan pemimpin Umno, membolehkan RUU Hadi itu didahulukan walaupun pada awalnya disenaraikan sebagai agenda terakhir dalam Dewan Rakyat.
Dalam tinjauan yang dibuat Syed Saddiq, 83% daripada 22,304 orang mengundi "Ya" sebagai persetujuan hudud dilaksanakan.
Bagaimanapun, juara debat antara universiti itu merasakan ramai yang tidak arif mengenai hudud.
"Saya bimbang dengan keputusan itu kerana sebahagian besar orang yang memberi komen di ruangan komen di Twitter saya menyokong hudud dan mengatakan bahawa undang-undang ini adalah baik untuk memerangi rasuah," beliau dilaporkan berkata.
Read More / Baca Lagi >>

P093: Undi PAS di Sungai Besar dapat pahala

Posted: 08 Jun 2016 06:23 PM PDT

Sekiranya menang calon parti Islam itu akan membantu melaksanakan hukum Allah di Parlimen kelak, kata ketua penerangan PAS Sungai Besar.
Rani-sungai-besar
SUNGAI BESAR: Semua pengundi di PRK Sungai Besar akan mendapat pahala jika mengundi calon PAS, Dr Abdul Rani Osman.
Ketua Penerangan PAS Sungai Besar Salahudin Baharum berkata sekiranya calon parti Islam itu menang, beliau akan membantu melaksanakan hukum Allah di Parlimen kelak.
Salahudin berkata demikian sebagai merujuk kepada Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.
"Mengundi calon kita maka meningkatkan Mahkamah Syariah itu sendiri.
"Kita sebagai orang Islam, bila Tuan Guru Hadi Awang bentang, sekiranya kita mendapat kemenangan, semua kita akan dapat pahala.
"Undang-undang ini untuk orang Islam saja. Tidak ada kena-mengena dengan DAP dan lain-lain," katanya ketika berucap di ceramah PAS di Parit 16, di situ malam tadi.
Ceramah yang bermula pada jam 11 malam itu tidak dihadiri pemimpin PAS Pusat dan calon, sebaliknya hanya dihadiri pemimpin PAS tempatan.
Sebaliknya, kekosongan pemimpin PAS Pusat itu diisi dengan kehadiran pimpinan tertinggi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) termasuk presidennya, Tan Sri Sheikh Kadir Fadzir.
Kira-kira 40 penyokong hadir mendengar amanat yang disampaikan Sheikh Kadir.
Sebelum ini, Hadi di Bagan Sungai Besar menjelaskan kepada pengundi Cina dan India agar tidak khuatir dengan Akta 355, kerana ia tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.

P093: Azhar bersedia sejak 36 tahun lepas untuk bertanding

Posted: 08 Jun 2016 06:21 PM PDT

Dua bulan lepas, Azhar Abdul Shukur baru sahaja dilantik sebagai ketua bahagian AMANAH Sungai Besar dan bersedia untuk berkhidmat kepada kampung kelahirannya terutama dalam masalah kongkongan maklumat.
Namun selepas dua bulan, beliau dipilih sebagai calon parti AMANAH untuk mewakili Pakatan Harapan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.
Belisu berhadapan dengan dua orang pesaing yang hebat iaitu calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.
Berbanding dengan mereka, pengalaman Azhar sememangnya kurang dan beliau tidak terkenal dalam politik.
Walaupun segalanya datang secara agak mengejut, namun pada hakikatnya Azhar, 51, berkata beliau telah bersedia bertanding, malah persediaan itu telahpun dibuat sejak 36 tahun lepas.
"Untuk berpolitik, saya dah bersedia pada umur 15 tahun ketika masih belajar di sekolah menengah, masa itu saya sudah menyertai pembangkang," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini.
'Kritik kerajaan masa sekolah'
Mengimbas kembali masa persekolahannya, Azhar berkata beliau selalu 'lawan' guru, malah pernah ditangkap oleh guru kerana mengkritik kerajaan.
Akhirnya, bapanya selalu terpaksa datang ke sekolah untuk membawanya pulang.
"Saya bawa kawan saya pergi ke surau cerita tentang kerosakan kerajaan, jadi guru dengar dan tangkap saya, lalu bawa masuk pejabat, panggil ayah saya ambil saya balik," kata Azhar.
Namun, bapa Azhar sebenarnya merupakan penyokong BN dan pernah menjadi ahli Parlimen Tanjung Karang satu penggal dan ADUN Sungai Burong selama dua penggal.
Walaupun pandangan politik mereka berbeza, Azhar berkata bapanya tidak pernah menghalangnya, malah menyokongnya sepenuhnya dalam pilihanraya kali ini.
"Ayah saya tahu, saya sejak kecil lagi tidak bersama BN. Ada banyak perkara dia tak bersetuju dengan saya tapi dia tahu saya buat perkara baik," katanya.
Katanya, beliau menyertai pembangkang hanya kerana ingin memperbetulkan kerajaan. Bapa Azhar jugalah yang menjadi sebab dia kembali ke Sungai Besar sehingga timbulnya idea berkhidmat kepada kampungnya.
Azhar sudah berkahwin dan dikurniakan tiga orang anak, pernah belajar di tiga sekolah menengah di sekitar Sungai Besar sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti di Karachi, Pakistan dalam bidang agama.
Read More / Baca Lagi >>

Papan iklan provokasi SPR ambil tindakan

Posted: 08 Jun 2016 06:16 PM PDT


jika dilihat kepada perkataan - perkataan pada papan iklan  itu jelas termasuk di bawah perbuatan yang menyalahi seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954jika dilihat kepada perkataan - perkataan pada papan iklan itu jelas termasuk di bawah perbuatan yang menyalahi seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan pemasangan papan iklan berunsur tohmahan dan berniat untuk mengembangkan perasaan jahat serta berunsur provokatif sebagai tidak bertanggungjawab dan melanggar etika berkempen sepertimana yang telah ditetapkan dalam Akta Pilihan Raya 1954.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, tindakan sewajarnya akan diambil oleh pihak Pasukan Penguat Kuasa Pilihan Raya (PP KPR) untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap pemasangan bahan kempen mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
"Di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya antaranya apabila melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan dengan tujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan.
"Sekiranya didapati bersalah boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau didenda tidak lebih RM10, 000 atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan medianya malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

"Guna PAN, Media Jangan Aniaya Amanah" - Ahmad Termizi

Posted: 08 Jun 2016 03:17 PM PDT

KUALA KANGSAR: Parti Amanah Negara (Amanah) meminta media tidak melakukan penganiayaan dengan menggunakan PAN sebagai akronim parti tersebut.
Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli berkata, tiga akhbar dikesan menggunakan PAN bagi merujuk parti berkenaan walaupun beberapa teguran telah dibuat.
"Seperti yang telah dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), singkatan bagi Parti Amanah Negara ialah Amanah dan bukanlah PAN seperti yang digunakan akhbar tertentu.
"Oleh itu kami meminta akhbar-akhbar ini supaya tidak menganiaya kami dengan terus menggunakan PAN.
"Ini satu penganiyaan kerana ia akan mengelirukan pengundi. Pada kertas undi hanya ditulis calon Amanah dan bukan PAN. Saya bimbang pengundi keliru, janganlah aniaya kami," katanya pada sidang media di bilik gerakan Amanah di sini Rabu.
Sementara itu, Ahmad Termizi mendedahkan, Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya dalam ceramah di Sayong Lembah pada Isnin malam.
Menurutnya, berdasarkan rakaman ceramah itu, Mohammad Nizar didakwa tidak mengutuk mana-mana pihak sebaliknya hanya mahu pengundi Kuala Kangsar menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam PRK kali ini.
"Beliau (Mohammad Nizar) mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang memutarbelit kenyataan dalam ceramah ini.
"Kerana apa yang sebenarnya berlaku bukanlah seperti yang didakwa oleh media khsusnya akhbar arus perdana," jelas beliau.

Amanah tanya Pas, nak bertanding atau nak gelar-menggelar?

Posted: 08 Jun 2016 03:12 PM PDT


Datuk Dr Mujahid Yusuf RawaDatuk Dr Mujahid Yusuf RawaParti Amanah Negara (Amanah) mempersoal keseriusan Pas bertanding pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) ini mandangkan pemimpin parti itu dilihat lebih berminat menggunakan medan kempen untuk mengejek Amanah.
"Betul ke Pas nak selamatkan negara. Atau hanya duk kutuk orang, panggil orang Pan?
"Jadi juri Pencetus Ummah, (tapi) panggil orang Mat Sabun. Kata ustaz padahal bukan ustaz pun," kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.
Bercakap pada ceramah kelompok di Senggang, Kuala Kangsar malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata Amanah tidak berminat dan tidak mahu melayan sikap Pas yang disifatkannya sebagai "kebudak-budakan".
Sebaliknya kata Mujahid, Amanah mahu mengambil peluang pilihan raya kecil ini untuk melawan rasuah, sikap tidak amanah dan pentadbiran tiris oleh kerajaan BN.
"PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah untuk menolak BN dan siapa sahaja yang bersekongkol dengannya atau yang diam dengan kebejatan yang dilakukan.
"Ini adalah pilihan raya untuk nak selamatkan negara. Kita kena tanya parti mana yang betul-betul nak selamatkan negara," katanya.
Beliau dipercayai merujuk kepada insiden seorang pendakwah Pas yang didakwa memanggil Presiden Amanah dengan "Mat Sabun" ketika berucap kepada penyokong parti itu pada hari penamaan calon Ahad lalu.

Sementara itu, mengulas calon Pakatan Harapan bagi PRK Kuala Kangsar, Mujahid berkata Dr Ahmad Termizi Ramli adalah calon Melayu terbaik yang dikemukakan Amanah untuk masyarakat di sini.
"Apa Amanah ni tidak Melayu ke? Kita tak bawak keris, tak bersilat, tak pakai tanjak, tak potong pulut kuning dengan keris panjang, kita bukan Melayu ke?
"Calon kita ini belajar dipelbagai universiti dan pakar nuklear fizik. Bukan calang-calang orang," katanya.

Hina TMJ & dipenjara: Mana peguam Amirul?

Posted: 08 Jun 2016 03:05 PM PDT

Seorang remaja 19 tahun didakwa 14 pertuduhan seorang diri tanpa dibela peguam?
Muhammad-Amirul-Azwan-Mohd-Shakri
PETALING JAYA: Seorang peguam hak asasi manusia menyifatkan hukuman penjara satu tahun untuk setiap 14 pertuduhan menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim keatas Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri sebagai keterlaluan.
Beliau khuatir Hakim Mahkamah Sesyen tidak mengambil kira prinsip undang-undang yang menyebabkan remaja berusia 19 tahun itu berhak untuk mendapat pengurangan hukuman seperti pengakuan bersalah, umur dan tidak ada mangsa dalam kes ini.
"Hakim Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman yang maksimum untuk kesalahan itu," kata Syahredzan Johan melalui catatan Facebook malam tadi.
"Ini merupakan satu kekhilafan yang jelas di pihak Hakim Mahkamah Sesyen.
"Hukuman itu adalah keterlaluan."
Amirul dijatuhkan hukuman penjara oleh Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Sabariah Atan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat komen bersifat jelek terhadap TMJ menerusi laman sosial Facebook, antara Mac dan April lalu.
Amirul merayu mahkamah meringankan hukuman memandangkan dia daripada keluarga miskin dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nor Azizah Mohamad memohon menjatuhkan hukuman berat kerana ia kesalahan serius berbentuk penghinaan terhadap TMJ yang bakal menjadi Sultan Johor.
Namun bagi Syahredzan, Hakim Mahkamah Sesyen wajar mengambil kira samada kesalahan itu merupakan kesalahan Amirul yang pertama.
"Peristiwa yang paling menyedihkan dalam kes ini adalah remaja ini tidak diwakili peguam. Ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem keadilan sekiranya remaja itu tidak diberitahu haknya untuk mendapatkan peguam," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah guna jet peribadi kerana jadual ketat - Rizal Mansor

Posted: 08 Jun 2016 02:48 PM PDT

Pegawai Khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor menjelaskan Datin Seri Rosmah Mansor terpaksa menggunakan pesawat peribadi untuk menghadiri sebuah majlis di Istanbul, Turki pada 27 Mei lalu kerana beliau terpaksa jadualnya yang ketat.
Ini kerana, menurutnya, Rosmah perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
"Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. Beliau (kemudiannya) bergegas pulang selepas majlis tersebut.
"Mana mungkin Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil," katanya dalam satu kenyataan media kepada Malaysiakini.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam pendedahan terbarunya hari ini mempersoalkan tindakan isteri perdana menteri menggunakan jet peribadi untuk menerima 'Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G' bagi pihak PERMATA.
Menurut Rizal, pendedahan itu bersifat jahat kerana Rafizi cuba memesongkan pandangan rakyat bahawa isteri perdana menteri sedang melakukan suatu pembaziran.
"Tuduhan ini jelas merupakan suatu fitnah apabila mengatakan lawatan ini bersifat bermewah-mewah," katanya.
Rizal juga menjelaskan bahawa pesawat peribadi itu bukannya disewa khas untuk kegunaan Rosmah semata-mata.
"Pesawat ACJ319 No Pendaftaran A6-CJE adalah pesawat gantian yang disewa oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan kenamaan-kenamaan negara termasuk Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri Agong dan kenamaan lain," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Abdullah Sani: Kita Sekeluarga Kita Mesti Bersatu Kerana Ini Kepentingan Anak Cucu Kita

Posted: 08 Jun 2016 02:21 PM PDT

Nizar Jamaluddin: Hantar 1 Mesej Kepada Najib, Orang Kuala Kangsar Mahu Ubah Ini Kerajaan

Posted: 08 Jun 2016 02:20 PM PDT

P093: Restu Ayah

Posted: 08 Jun 2016 02:19 PM PDT

Tan Sri Muhammad Taib merayu agar mengundi calon Pakatan Harapan

Posted: 08 Jun 2016 02:18 PM PDT

Insiden kecoh di ceramah AMANAH

Posted: 08 Jun 2016 07:50 AM PDT

Harga daun sup naik 350%? CAP seru kerajaan bertindak!

Posted: 08 Jun 2016 06:45 AM PDT

CAP menggesa Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK menyiasat kenaikan harga berkenaan kerana ia akan menjejaskan mereka yang berpendapatan rendah.
idris-cap
PETALING JAYA : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengambil tindakan segera dengan menurunkan harga sayur-sayuran yang telah naik sehingga 350% semasa Ramadan.
Presidennya S M Mohamed Idris menggesa Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK untuk menyiasat kenaikan harga berkenaan kerana ia akan menjejaskan mereka yang berpendapatan rendah dengan kenaikan harga berkenaan terutamanya pada bulan Ramadan.
"CAP juga telah berkali-kali menyeru FAMA untuk mengawal pemasaran dan pengedaran sayur-sayuran di negara ini tetapi seruan kami tidak didengari," katanya menerusi kenyataan.
Menurut statistik yang diberikan, harga untuk daun sup yang harga asalnya RM4.00 telah naik kepada RM18.00, harga daun bawang daripada RM6.00 telah naik kepada RM12.00 manakala harga untuk daun serai daripada RM3.50 naik kepada RM8.00.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman ketika dihubungi FMT berkata, pihaknya sehingga kini tidak menerima aduan berkenaan kenaikan harga sayur-sayuran di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:06 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Tiga Pembohongan WSJ Yang Perlu Diketahui

Posted: 08 Jun 2016 10:28 AM PDT