Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


DAP ‘meroyan’, Azmin tertekan?

Posted: 28 May 2016 12:38 PM PDT

Sepatutnya DAP mengimbas kembali bagaimana layanan mereka terhadap Pas sebelum ini. Kenapakah pentingnya Pas difikirkan apabila mahu menghadapi pilihan raya sahaja?

DAP tiba-tiba melatah apabila menyatakan pa­katan pembangkang ti­dak boleh lagi bergantung harap kepada Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar atas alasan kecenderungan parti itu untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). Malah DAP turut menyifatkan Pas sebagai sekutu sulit kepada UMNO dan BN kerana enggan berunding berhubung kedua-dua kerusi itu.

Persoalannya, sejak bila pula DAP pandai berunding dengan Pas? Kenapa apabila Pas sudah tidak lagi berada dalam pakatan pembangkang, baharulah parti itu dilihat berharga kepada pakatan tersebut? Sepatutnya DAP mengimbas kembali bagaimana layanan mereka terhadap Pas sebelum ini. Kenapakah penting­nya Pas hanya difikirkan apabila mahu menghadapi pilihan raya sahaja?

DAP seharusnya menghormati Pas kerana kedua-dua kerusi itu sememangnya kerusi tradisi Pas, lagipun bukankah Setia­usaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri sudah menyatakan parti itu tidak berminat bertanding di situ, oleh itu kenapa DAP hendak menyibuk menyerang Pas? ­Paling dikesalkan, DAP juga mengeluarkan hujah dangkal apabila mengaitkan sikap Pas itu dengan BN. Tak pasal-pasal BN dikaitkan sedangkan masalah yang berlaku melibatkan perbalahan dan pertelingkahan antara parti-parti pembangkang.

Kalaupun DAP berhasrat mencari modal politik atau terus mahu menjadi 'taiko' dalam pakatan pembangkang, tidak payahlah hendak mengaitkan BN atau UMNO dalam soal perbalahan mereka dengan Pas. Apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang bukanlah salah BN, tetapi salah DAP yang bersekongkol dengan PKR melayan Pas bagaikan sebuah parti tidak bermaruah ketika Pas berada dalam pakatan pembangkang dahulu.

UMNO tidak mempunyai ­apa-apa kaitan dengan pendirian Pas untuk bertanding di kedua-dua kerusi itu. Lagipun hubungan antara kedua-dua parti lebih kepada persefahaman antara se­sama Islam dan bukannya politik, maknanya mereka tetap akan bertarung sesama sendiri dalam pilihan raya.

Selama ini yang menjadi pujaan DAP bukannya pemimpin-pemimpin Pas tetapi pemimpin-pemimpin PAN, bukankah DAP bagaikan berpesta apabila PAN ditubuhkan? Justeru berilah kepercayaan kepada PAN untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Pas dalam ­pakatan pembangkang.

Bagaimanapun kita boleh faham kenapa DAP 'meroyan' dengan sikap Pas, ini kerana mereka sama sekali tidak yakin dengan PAN yang terbukti sekadar 'penyendal' dalam pakatan pembangkang. DAP tahu sejauh mana kekuatan Pas apatah lagi dalam berhadapan dengan pilihan raya.

DAP mungkin terpaksa ber­suara selepas PKR sendiri terpaksa turun ke gelanggang PRK khususnya di Sungai Besar dalam keadaan penuh kepincangan. PKR kini sedang berhadapan de­ngan masalah dalaman yang menyaksikan pertembungan an­tara kelompok Menteri Besar, Sela­ngor yang juga Timbalan Pre­siden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan puak yang dike­tuai oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.


Perbalahan antara mereka bukan lagi secara tertutup sebalik­nya sudah menjadi rahsia umum. Mohamed Azmin yang sebelum ini begitu lantang mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Pelabuhan itu menjadi MB, kini semakin memahami betapa hebatnya politik dalam PKR dan betapa 'panasnya' kerusi MB tersebut.

Dari semasa ke semasa, Mohamed Azmin terus menerima tekanan termasuklah dalam isu habuan wang dan perempuan yang dinafikan secara tegas oleh beliau. Gesaan beliau supaya pihak yang melakukan tuduhan mengemukakan bukti juga seolah-olah tidak layan. Penulis diberitahu oleh beberapa rakan dalam PKR, asakan demi asakan akan terus dilakukan sehinggalah Mohamed Azmin berundur daripada jawatan MB.

"Dari segi kekuatan dalam PKR, Mohamed Azmin sebenar­nya keseorangan. Kalau adapun tidaklah seramai kelompok yang mahukan beliau berundur,'' kata salah seorang rakan kepada penulis. Selain isu perbualan habuan wang dan perempuan dalam pentadbiran kerajaan negeri, Mohamed Azmin juga dikatakan gagal untuk menangani perbalahan dengan Pas berhubung PRK Su­ngai Besar.

Walaupun Mohamed Azmin me­nafikan memberi kata dua kepada tiga exco Pas untuk meletakkan jawatan jika parti itu bertanding di kawasan Parlimen berkenaan, namun kenyataan Dewan Ulama Pas yang mengesahkan Mohamed Azmin memang berbuat demikian menyebabkan kredibiliti Menteri Besar Selangor itu semakin dipertikaikan. Oleh itu, Mohamed Azmin akan mengepalai jentera PKR turun ke Sungai Besar dalam keadaan pincang.

Situasi yang sama juga di­jangka berlaku di Kuala Kangsar, apabila pembangkang akan turun dalam keadaan berantakan, namun begitu ini bukanlah satu situasi yang bermaksud, jentera BN di kedua-dua kawasan tersebut boleh bersenang-lenang.

Ketika cabaran pembangkang mungkin agak lemah berikutan konflik yang berlaku, cabaran dalaman mungkin jauh lebih hebat atau bahasa mudahnya ­sabotaj oleh jentera parti sendiri. Justeru pucuk pimpinan Pusat perlu memastikan keadaan itu tidak berlaku terutamanya sebaik sahaja nama calon diumumkan pada Jumaat atau Sabtu ini. Mana-mana pemimpin yang dilihat berpotensi melakukan sabotaj kepada jentera pilihan raya sama ada di Kuala Kangsar mahupun Sungai Besar perlu 'dijauhkan' dari kawasan sepanjang pilihan raya berlangsung.

Suara Politik
Belantan

PKR: Didakwa cipta isu untuk alih perhatian?

Posted: 28 May 2016 12:27 PM PDT


Perbalahan kepemimpinan PKR mengenai dakwaan wujud habuan wang dan perempuan jika mahu berurusan dengan kerajaan Selangor semakin hangat apabila timbul tuduhan ia sengaja dicetuskan oleh seorang pemimpin kanan parti itu sendiri.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata, dakwaan sedemikian sengaja disebarkan untuk mengalih perhatian ahli parti itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan seorang pemimpinnya yang dikatakan telah membocorkan surat dalaman di antara Anwar Ibrahim dengan kepimpinan PKR.

"Majoriti ahli parti (PKR) percaya surat dalaman parti itu disyaki dibocorkan sendiri oleh 'orang yang menguruskan pentadbiran parti' kepada media. Bagi mengalihkan (isu) kebocoran surat itu, maka tuduhan rasuah wang dan perem­puan ini sengaja disebar.

"Saya berpandangan jika benar wujudnya dakwaan sogokan se­perti itu, sepatutnya individu terlibat menyiasat sepenuhnya dahulu dan tidak perlu 'melambung ke seluruh dunia' dakwaan itu sedemikian rupa. Sebaiknya ia perlu dibawa ke pengetahuan majlis pimpinan pusat dan dibincangkan di sana sebelum sesuatu keputusan dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp kepada wartawan akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, Shuhaimi tidak mendedahkan identiti pemimpin kanan PKR terbabit yang dikatakan mencetuskan dakwaan tersebut termasuk membocorkan surat Anwar sebelum ini yang difahamkan mengenai kebimbangan Penasihat PKR itu mengenai penglibatan PKR dalam gerakan menjatuhkan Perdana Menteri bersama-sama Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menerusi laporan akhbar semalam mengakui menulis mesej dalam aplikasi WhatsApp mengenai habuan wanita dan wang jika mahu berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang menjadi viral.

Ahli Parlimen Pandan itu turut mengakui 'Kak Zu' yang disebut dalam perbualan kumpulan WhatsApp Solidarity For Anwar adalah merujuk kepada Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Bagaimanapun selepas dakwaan tersebut menjadi viral, Rafizi menafikan tuduhan itu ditujukan kepada mana-mana wakil rakyat pakatan di Selangor, sebaliknya mendakwa perbualannya itu merujuk kepada individu tertentu yang tidak dinamakan.

Dalam pada itu, Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mempersoalkan motif dan tujuan sebenar pemimpin kanan PKR yang terlibat membangkitkan dakwaan habuan tersebut dalam kumpulan WhatsApp ber­kenaan.

"Pastinya ada maksud (niat) yang tertentu. Salah satunya ialah supaya kesilapan yang disyaki dilakukan oleh beliau dengan membocorkan surat Ketua Umum (Anwar) itu dapat dialihkan.

"Saya fikir apa jua alasannya sangat tidak sesuai pemimpin parti bertaraf pimpinan kanan melakukan tuduhan sebegini. Ia sangat merosakkan selain mencalar sedikit imej kerajaan negeri dan kakitangan awam di Selangor.

"Bahkan, ia juga merobek imej pimpinan terlibat. Reputasinya dan niatnya mula dipersoalkan," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Petanda Amanah tak tanding Sg Besar?

Posted: 28 May 2016 10:41 PM PDT











Jika bukan Amanah, siapa wakil PH? Dahlah ada ...




Janganlah orang UMNO buang masa berpolemik benda tak membantu calun

Posted: 28 May 2016 06:48 PM PDT


Kadang-kadang orang UMNO suka berpolemik benda yang tak munafaat dan tak bantu calun. Takkanlah sampai kita tak tahuu hukum dan tiada cara untuk hadapi. Tambah lagi pemahaman hukum ni janganlah terlalu jumud.


Apa nak jadi balu yang dihukumkan berkabung sampai tak boleh pergi kerja, tak boleh ke pasar untuk beli makanan dan tak bleh hantar anak ke sekolah. Asyik di rumah bersedih dan tidak jalankah tanggungjawab?


Sekarang isteri nak kerja untuk sambung tanggungjawab arwah suami kepada rakyar dan kerajaan. Isteri juga perlu teruskan bela dan hidupkan anak jadi orang. Ada mufti kata berkabung bukan makna tak bleh keluar rumah.


Hujah cucu tok selampit menarik ... http://khairulryezal.blogspot.my/2016/05/menjawab-persoalan-dalam-eddah-dan-soal.html


Namun kita faham realiti kejumudan sesetengah pihak dalam masyarakat. Perlu  juga dihindarkan fitnah dan tanggapan salah mulut macam cibai yang suka timbulkan isu yang tak perlu dijadikan isu hingga merosakkan calun.

Maka Datok Dr Puad Zarkashi ada beri kenyataan:

HUKUM TETAP HUKUM. TIDAK PERLU DIPOLIMIKKAN. SOALNYA SEKARANG IALAH CARA BERKEMPEN

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

Kenapa kita cepat menghukum? Apakah Datin Mastura Yazid calon BN di PRK Kuala Kangsar sudah melanggar hukum? Sedangkan Datin Mastura Yazid sendiri memohon agar pengundi di Kuala Kangsar dapat memahami tempoh edah 4 bulan 10 hari yang kini perlu dijalaninya. Beliau berkata demikian melalui satu video yang dimuat naik di laman Facebook setelah diumumkan sebagai calon. 

Katanya....... "Tuntutan  syarak ini wajib saya patuhi. Sehubungan itu saya mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini," katanya di dalam video berkenaan.

Maksudnya tidak ada siapa termasuk Datin Mastura mahu mengabaikan soal hukum. Ini dibuktikan apabila dia tidak hadir semasa majlis pengumuman calon. Ucapannya disiarkan melalui tayangan screen besar.

Maka isunya di sini ialah cara berkempen. Oleh kerana, ini adalah zaman hyper connectivity maka tidak ada masalah untuk Datin Mastura menjalankan aktiviti kempennya. Apatah lagi di dalam suasana bulan Ramadhan.

Apakah boleh menang? Di Malaysia sudah ada beberapa orang yang menang pilihanraya walapun dalam tahanan ISA seperti bekas pemimpin Makkal Sakthi En Wytermoorthy. Mereka langsung tidak boleh keluar berkempen dan ketika itu media sosial belum sehebat sekarang.

Sekurang kurangnya untuk Datin Mastura, orang ramai masih boleh berkunjung dan menziarahi beliau. Insyaallah Datin Mastura menang cemerlang di PRK Kuala Kangsar ini.

------------------

Takpalah kempen bulan puasa kita buat amal ibadat di masjid.


Terima kasih PAS kerana tidak polemikkan benda kecil begini. Ramai juga terkejut mereka letak calun wanita yang sudah banyak kali kalah. Yang diharap adalah Ramli yang pernah tanding situ. Pengikut PAS juga perlu wala' dan berbaik sangka terhadap kepimpinan.

Orang UMNO ni bila nak sebegitu. Suka benar kelahi dan polemik ... kempen perlu banyak kerja Ambillah peranan untuk bantu. Takdelah nak buang masa dan karen.

Penjelasan mengenai pilihan Mastura : http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/sebab-balu-wan-khairil-jadi-calun.html

kalam Perantau

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

kalam Perantau


‘Lorong Sunyi Media Bebas’ satu pembaharuan dalam dunia buku?

Posted: 28 May 2016 06:55 PM PDT

Oleh : Shuhaimi Almaniri

Sebelum menulis kolum Kalam Perantau pada minggu ini, saya mengucapkan tahniah pada team editorial Harakah kerana berjaya membuat satu lagi pembaharuan dalam dunia pesuratkhabaran dengan memberikan wjah baru pada Harakah edisi terkini adalah 40 mukasurat dimana semua muka surat dicetak dengan warna dan tiada lagi mukasuarat hitam putih tetapi dikekalkan pada harga RM 2 senaskah.

Saya tidak segera untuk mendapatkan buku Lorong Sunyi Media Bebas terbitan Penerbitan Pemuda dan terima kasih kepada Pengarang Ahmad Lutfi Othman yang menjemput saya untuk hadir pelancaran buku tersebut pada 20hb Mei 2016 lalu tetapi saya tak dapat hadir kerana bertembung dengan mesyuarat yang perlu saya hadiri.

Saya terpanggil untuk segera mendapatkan buku tersebut bila seorang rakan dari Sabah datang ke MyharakahBazzar pada Jumaat 27hb Mei untuk membeli buku tersebut tetapi tidak ada dalam senarai buku jualan di MyharakahBazaar.

Rakan tadi meminta bantuan untuk berhubung dengan penulis buku tersebut, Ahmad Lutfi untuk membeli terus dari beliau. Saya membawa rakan yang mencari buku tadi berjumpa dengan Lutfi dirumahnya. Terkejut saya, bukan sebuah yang dibelinya, tetapi 100 buah ditempah untuk dibawa balik ke Sabah.

Saya sendiri pun tidak ingat ada menyumbang satu artikel dalam buku tersebut. Berkali-kali saya cuba menulis tetapi tidak tahu dimana hendak mula. Secara jujur saya memberitahunya, sukar untuk tulis permintaan beliau pada kali ini. Untuk tidak menghampakan permintaannya, saya cuba menaip sesuatu sebagai catatan sekadar ingatan kepada seorang sahabat lama secara sepintas lalu sahaja berkaitan sisi pandang terhadap Lutfi kerana saya tulis tergesa-gesa sekitar bulan November, 2015 yang dijadikan bab ke-48 dalam buku tersebut dengan tajuk, Diingati kerana komitmennya pertahan hak pelajar berpurdah.

Menyertai Harakah

Sebenarnya kegigihan Lutfi sebagai seorang penulis dipupuk sejak dikampus UTM lagi. Diperingkat awal penglibatannya dalam PMUTM, beliau memang memegang portfolio akhbar dan penerbitan PMUTM sesi 1983/84 dan 1984/85 serta dilantik Ketua Pengarang 'Nada Kampus' lidah rasmi PMUTM. Jika tidak ada orang lain menulis dan menyediakan bahan, Lutfi menulis seorang diri dan kemudiannya terpaksa mempertahankan tulisan tersebut daripada mangsa guntingan Hal Ehwal Pelajar. Tidak sedikit tulisannya yang dilarang terbit. Semasa menjadi Setiausaha Agong PMUTM, Lutfi tetap konsisten menulis dan menyunting serta terlibat dengan kerja pengedaran. Tidak cukup dengan itu, beliau menerbitkan Suara Siswi, majalah khas PMUTM untuk mahasiswi dan beliau juga menjadi ketua pengarangnya.

Selepas Lutfi menyertai Harakah pada Mac, 1987 beliau diberi kepercayaan menjaga ruangan tetap Kampus. Hubungannya dengan aktivis pelajar berterusan. Malah beliau ditahan ISA pada akhir tahun 1989 kerana membuat laporan tentang demonstrasi pelajar UM dan dituduh sebagai penghasut mahasiswa untuk menentang kerajaan. Beliau kekal di Harakah hingga dilantik Pengarang Kumpulan Harakah pada tahun 1993.

Manakala saya menyertai Harakah agak lewat kerana saya menyertai dunia korporat terlebih dahulu untuk menimba pengalaman. Saya diminta bersama Harakah selepas menyelesai pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di UiTM selepas Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008. Iaitu sebulan lebih sebelum pelancaran Harakah 2 kali seminggu pada Muktamar PAS di Ipoh. Lebih kurang setahun saya mengendalikan pemasaran Harakah, pada 2009 saya diberikan tugasan baru mempersiapknh Harakah dari segi IT dan memulakan pembangunan perniagaan digital.

Meskipun lama bersama Lutfi sebagai rakan sekerja Harakah atau pun aktivis mahasiswa dulu, kami kerap berbeda pendapat terutama berhubung pendekatan politik. Kami berbeda pandangan, misalnya terhadap isu-isu dalaman PAS. Saya sesekali turut dalam aktiviti kebebasan medianya, menerusi KAMI.

Lutfi sebelum masuk semula Harakah sebagai Ketua Pengarang Kumpulan pada 2006, beliau diamanahkan menerajui akhbar Siasah. Saya juga pernah menjadi kolumnis Siasah,. Kalam Perantau. Di Harakah pada peringkat awalnya saya tidak menulis apatah lagi mempunyai kolum, melalinkan kemudiannya sesekali menulis atas permintaan Lutfi. Tetapi diakhir khidmatnya sebelum bersara sebagai Ketua Pengarang kerana keuzuran, saya diberikan satu kolum untuk meneruskan minat saya dalam bidang penulisan.

Bersama Lutfi di PMUTM dan Harakah

Saya mula mengenali Ahmad Lutfi Othman bukan di harakah tetapi semasa menjadi aktivis pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kami pernah bersama-sama menjadi aktivis Persatuan Mahasiswa Unitersiti Teknologi Malaysia (PMUTM) pada era tahun 1980'an dulu.

Beliau bertanding dan menang dalam pilihanraya kampus beberapa kali sejak sesi 1983/84 hingga 1985/86. Banyak kenangan suka duka kami lalui bersama dalam memperjuangkan hak mahasiswa untuk terlibat dan bergiat dalam apa yang dikenali sebagai percaturan 'politik kampus'.

Kemuncak keterlibatan beliau sebagai aktivis mahasiswa adalah pada masa beliau menjadi Setiausaha Agong PMUTM 1985/86. Pada masa itu saya menjadi seorang exco PMUTM yang bertanggungjawab pada portfolio Asrama dan Penginapan. Turut terpilih menjadi exco PMUTM, adalah Zaini Ujang sekarang menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi dan mantan Naib Canselor UTM.

Lutfi kerap diingati kerana kesungguhannya memperjuangkan hak mahasiswi untuk memakai purdahdan bersikap proaktif membantah keras arahan pengharaman berpakaian menutup muka, apatah lagi dengan tindakan UTM memecat para pelajar berkenaan, majoritinya berada ditahun akhir pengajian. Dia bersungguh-sungguh menetangnya.

Pada zamannya juga terbentuk satu gabungan kepimpinan kampus-kampus utama yang sebahagian besarnya berpusat di Lembah Kelang kecuali USM di Pulau Pinang dan UUM di Kedah. Badan itu dikenali sebagai Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dipimpin oleh Zulkifli Yusoff (Presiden PMUM; sekarang Prof di Akademi Pengajian Islam UM) dan setiausaha adalah Saifuddin Nasution Ismail (Presiden PMUPM; pernah menjadi Setiausaha Agung KeADILan).

Antara aktiviti paling menonjol BBMN ialah demonstrasi besar menghimpunkan aktivis kampus Lembah Kelang membela Lutfi pada tahun 1986, bertempat di UTM selepas Jumaat ekoran penyingkirannya tanpa sebab yang munasabah. Mahasiswa tidak boleh menerima alas an beliau gagal dalam peperiksaan sedangkan beliau uzur ketika itu. Ramai pemimpin pelajar UTM yang digantung pengajian kerana tunjuk perasaan tersebut. Saya terlepas daripada tindakan disiplin tersebut kerana tidak mendaftar untuk tahun keempat Integrasi Sains Komputer selepas mendapat diploma pada tahun tersebut.

Sebaliknya memulakan kerjaya dalam bidang IT ini dengan terus bekerja dengan sebuah syarikat korporat, GLC dalam bidang besi waja berpangkalan di Kemaman Terengganu. Kemudiannya saya berpindah ke Kuala Lumpur semula dengan menyertai sebuah syarikat GLC yang lain dalam bidang teleomunikasi. Serentak dengan itu, saya juga memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah yang tertangguh dahulu dan memohon semula untuk memasuki UTM pada akhir 1980an.

Selepas mendapat tahu kemungkinan tidak dibenarkan menyambung semula pengajian ijazah oleh seorang Timbalan Naib Canselor, setelah Dekan Institut Sains Komputer (ISK) tiada halangan untuk meneruskan pengajian di UTM , saya menghantar permohonan ke UKM.

Saya pernah merekodkan dunia aktivisme ini dalam buku "Disebalik Tabir Politik Kampus" terbitan 1995. Ketika saya hendak menyambong menyambung pengajian peringkat sarjana, saya dan rakan menasihatkan dia untuk sambung semula pengajiannya yang tertangguh dulu. Lutfi memilih bidang Sains Politik di UKM.

Ini bukan ulasan buku. Tulisan ini ini telah disusun semula dari artikel saya dalam buku tersebut untuk tatapan pembaca setia kolum Kalam Perantau menjelang Muktamar PAS ke62 sebagai tribute kepada Mantan Ketua Pengarang Harakah bagi yang belum membaca lagi tulisan saya dalam dalam buku tersebut.

Biasanya apa yang saya tulis Lutfi akan berusaha baca, begitu juga sebaliknya. Saya tak pasti sama ada buku tersebut ada dijual di Muktamar atau pun tidak. Tergambar dalam fikiran bila baru dimananahkan mengndalikan Penerbitan Buku-buku Harakah, sebuah buku seperti ini perlu diterbitkan seperti yang pernah dilakukan semasa menyambut 20 tahun harakah bagi mengingati Ulangtahun ke30 Harakah pada tahun 2017. Ini adalah sekadar lontaran awal, apa pun perkara itu perlu difikirkan dan akan diusahakan bila tiba masanya nanti.

Saya tidak sempat lagi menghadam buku Lorong Sunyi Media Bebas setebal 811muka surat. Cuma apa yang saya lihat semacam ada satu trend baru dalam dunia buku bila ramai yang menjadi penulis dalam sesebuah buku menjadikan ianya seolah-olah sebuah jurnal. Dalam buku tersebut saya kira ada 70 orang kenalan beliau menulis. Apa yang Lutfi buat itu sebenarnya, saya dah mulakan ketika diamanahkan menjadi Editor Perunding untuk menerbitkan buku '25 tahun Kepimpinan Ulama' pada 2009 yang lalu.

Pada Muktamar PAS ke62 ini, Unit Buku Harakah berjaya menerbitkan 2 buah buku, iaitu Sejarah PAS 1951-1957 : Membina Jiwa Merdeka yang gagal diterbitkan sejak sekian lama dan buku lama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Sirrah Nabawiyyah yang disusun semula kepada 17 bahagian sebagai satu lagi tribute kepada beliau yang meninggalkan khazanah berharga tersebut sebagai amal jarian beliau yang berterusan.


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:18 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Saya sudah serik kerjasama dengan PKR, kata presiden Pas

Posted: 28 May 2016 08:58 PM PDT


Hubungan Azmin dengan Abdul Hadi baik namun kini bermasalah menjelang PRK Sungai Besar Kuala Kangsar.Hubungan Azmin dengan Abdul Hadi baik namun kini bermasalah menjelang PRK Sungai Besar Kuala Kangsar.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu sudah serik untuk bekerjasama dengan parti pembangkang terutamanya PKR.
Ini kerana kata beliau, PAS berkerja sepanjang masa sedangkan parti pembangkang lain hanya hadir ketika musim pilihan raya sahaja.
"Terang-terang saya sebut, banyak pilihan raya kita beri kepada rakan kita ini (PKR). Masa pilihan raya, dia datang, lepas pilihan raya, dia tak datang, jadi orang PAS yang bekerja.
"Sudah berapa kali pilihan raya, orang PAS yang bekerja kuat kerana PAS bekerja sepanjang masa. (Tetapi) apabila tiba pilihan raya, dia datang, nak kawasan (bertanding).
"Ini bukan sahaja di Sungai Besar dan Kuala Selangor sahaja, kawasan lain pun begitu juga,"katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada Jumaat lalu sebagaimana dilaporkan sebuah laman yang pro Pas, Tranungkite.net.
Ia juga turut dilaporkan oleh Buletin Utama TV3.
Kenyataan Abdul Hadi dipercayai kerana kesal dengan sikap PKR yang cuba merebut kawasan pilihan raya Sungai Besar untuk bertanding juga.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali mengaku beliau sedia terus berunding dengan Pas walaupun sudah beberapa kali gagal mencapai kata sepakat.
Sehingga kini mesyuarat Majlis Pakatan Harapan sudah tiga kali ditangguhkan dan antara puncanya perundingan dengan Pas masih belum dimuktamadkan.
Menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu, Abdul Hadi telah membuat keputusan untuk meletakkan calon Pas di sekurang-kurangnya lima kerusi PKR walaupun kerusi itu telah diputuskan akan ditandingi oleh PKR dalam perundingan Pakatan Rakyat.
Ia termasuk tiga Dun di Terengganu dan Dun Kota Damansara di Selangor serta Dun Sungai Acheh di Pulau Pinang.
Alasan calon PKR menjadi agen pil kuda di Terengganu telah menyebabkan Abdul Hadi di saman oleh bekas calon PKR Bukit Besi, Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau anda gembira tepuk tangan

Posted: 28 May 2016 08:55 PM PDT

Kita mungkin orang yang tepat untuk memahami apa perasaan Pasha Ungu apabila orang ramai ketawa ketika dia melangkah masuk ke dewan perhimpunan di Palu.
Kejadian pada Februari lalu itu adalah acara rasmi terawal penyanyi itu selepas memenangi jawatan timbalan datuk bandar melalui pemilihan umum.
Tentulah untuk memenangi hati pengundi dia akan muncul sebagai tokoh yang maha mesra, prihatin dan lunak kepada semua. Fitrah ahli politik yang mahukan undi, begitulah.
Kita biasa melihat Pasha sebagai penyanyi Kekasih Gelap dan Demi Waktu tetapi tidak pernah melihat susuk itu sebagai pegawai kerajaan yang dipilih rakyat.
Justeru dia marah-marah apabila kakitangan kerajaan tempatan Palu tidak memberi hormat yang dikiranya layak untuk dia sebagai timbalan datuk bandar Palu.
Samalah juga kita tidak tahu perasaan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman apabila guru-guru yang mendengar ucapannya tidak bertepuk tangan.

Tepuk sungguh-sungguh

Mungkin ketika itu Ahmad Razif - yang juga berada di tempatnya selepas memenangi hati dan undi rakyat - sedang bersemangat berucap.
Apa salahnya guru-guru yang ada di majlis itu bertepuk tangan dengan penuh perasaan? Sekurang-kurangnya ambillah hati beliau sebagai menteri besar Terengganu.
Kekecewaan Ahmad Razif - jika ada - adalah wajar. Bukan mudah untuk dia mentadbir negeri pengeluar minyak itu dengan baik dan "kemah keming" seperti sekarang.
Maka apa salahnya ucapan dia diraikan dengan tepuk tangan? Tepuk yang sesungguh-sungguhnya tepuk. Kalau perlu, selepas itu genggamlah tangan dan julang penumbuk itu ke udara. Sorakkan dengan penuh semangat apa-apa slogan yang sesuai.
Dalam keadaan begitu mungkin pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu tidak perlu membuang masa memberikan arahan kepada guru-guru negeri itu berlatih bertepuk tangan.
Disebabkan insiden tidak sepatutnya berlaku itu barangkali elok juga mana-mana agensi - atau mungkin syarikat swasta - memikirkan program bina semangat atau kursus menepuk tangan dengan betul.
Jadikan ia program wajib kepada guru-guru sebelum dikembangkan kepada kakitangan awam di jabatan lain.

Kaji cara tepuk tangan

Lebih praktikal jika kaedah menepuk tangan itu dijadikan salah satu penanda aras dalam penilaian petunjuk prestasi utama (KPI) yang menentukan seseorang itu layak dinaikkan pangkat atau sebaliknya.
Institusi pengajian tinggi - seperti Universiti Teknologi Mara atau Universiti Utara Malaysia misalnya - boleh menjalankan kajian mendalam tentang asal-usul budaya bertepuk tangan dalam masyarakat Melayu serta kesannya terhadap pembangunan negara.
Wujudkan makmal khas untuk melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan mengenai kepentingan bertepuk tangan di depan wakil rakyat, menteri besar, menteri dan perdana menteri.
Kemudian pada perhimpunan mingguan di sekolah, peruntukkan masa kira-kira 15 minit kepada guru-guru untuk megulang kaji beberapa cara tepukan tangan di depan tetamu kehormat.
Logiknya tentulah ada perbezaan antara tepukan tangan untuk sesebuah majlis, kan?
Misalnya, tepukan tangan bagi menyambut kata-kata aluan pengerusi majlis dan pengarah pendidikan dibezakan demi menjaga martabat seorang pegawai tinggi kerajaan.

Guru adalah teman

Read More / Baca Lagi >>

Halangan tegak syiar Islam disebabkan Umno - Mohd Amar

Posted: 28 May 2016 08:51 PM PDT

Halangan utama PAS untuk menegakkan syiar Islam bukan kerana kumpulan 'Anwarinas' atau 'Erdogan' tapi disebabkan oleh Umno sendiri, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
"Sebenarnya halangan utama kita di Malaysia ini ialah Umno. Itu halangan yang besar manakala orang lain tidak menjadi halangan yang besar.
"Apa yang berlaku dalam PAS ini cuma perbezaan pendapat dan pandangan bukan pertembungan dari segi dasar. Ada orang berpandangan macam ini, ada yang berpandangan macam itu dan apabila orang tidak boleh bertoleransi dengan perbezaan pandangan maka dia tinggalkan PAS.
"Musuh kita yang sebenar tetap BN sebab dia yang pegang kuasa sekarang. Ini yang perlu kita lakukan selesaikan dahulu dalam usaha menegakkan Islam di Malaysia," katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia.
Amar berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah yang dilakukan oleh PAS selepas kumpulan Erdogan dalam parti Islam itu dibersihkan.
Turut bersama dalam wawancara itu Ketua Pemuda PAS Mohamad Abduh Nik Aziz dan Dewan Ketua Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Sementara itu Amar menjangkakan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak tahan lama dan jangka hayat mereka sehingga Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sahaja.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah AMANAH akan menjadi ancaman kerana majoriti ahli AMANAH datangnya dari PAS.
"Kita tak pernah merendah-rendahkan mana-mana lawan politik kita. Kita buat penilaian dan tinjauan setakat mana mana ancaman itu. Besar atau kecil, serius atau tidak.
"Berdasarkan pengalaman lalu serta apa yang ada sekarang saya tidak boleh melihat AMANAH ini pergi lebih jauh dalam politik negara. Pada jangkaan saya setakat PRU14 sahaja.
"Selepas pilihan raya mungkin akan hilang. Dia akan jadi macam berjasa (Barisann Jemaah Islamiah Se-Malaysia), Hamim (Parti Hizbul Muslimin Malaysia) atau Akim (Angkatan Keadilan Insan Malaysia," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ahli Amanah diarah terjemahkan Islam rahmat untuk semua di alam nyata

Posted: 28 May 2016 05:35 PM PDT


Mohamad SabuMohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengarahkan ahlinya agar terus memperjuangkan konsep 'good governance' dan menterjemahkan konsep 'Islam rahmat untuk semua' di alam realiti.
Dalam satu kenyataannya, Mohamad berkata,  Maqasid Syariah perlu terus diperluaskan dan diperbincangkan sehingga ke peringkat perlaksanaan.
Perkara yang baik, jika tujuannya disalahgunakan atau dikelirukan, maka ia akan membawa padah, katanya.
Beliau meyakini bahawa syariat Islam adalah satu perundangan yang dapat menyelesaikan masalah di antara manusia kerana tujuan syariat itu sendiri adalah untuk membawa kebahagiaan kepada semua masyarakat.
Katanya, hari ini jutaan umat Islam menjadi pelarian di negara sendiri.
Tumpuan kepada good governance tidak menjadi keutamaan masyarakat Islam seluruh dunia.
"Kejadian yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Syria, Somalia, Libya, Sudan dan beberapa negara lain hendaklah menjadi pengajaran kepada kita semua," katanya.
Menurut beliau, negara barat yang hancur akibat perang dunia pertama hingga perang dunia kedua, bangun semula di atas sifat good governance dan akhirnya mereka muncul membina negara dan masyarakat mereka.
Walaupun tidak sempurna, tetapi keadaan mereka menjadi lebih baik sehingga umat Islam datang menumpang dan berteduh di negara mereka, katanya.
"Di Malaysia, soal good governance makin jauh ke belakang. Sekarang Malaysia makin dihina kerana rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah. Kenapa rasuah tidak menjadi isu utama kepada umat Islam?" soal beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Kelab Veteran Umno puji Pas, kecam MCA

Posted: 28 May 2016 05:18 PM PDT


Mustapha Yaakub Veteran UmnoMustapha Yaakub Veteran Umno
Kelab Veteran Umno Malaysia mengucapkan tahniah kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membentangkan Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 dan mengecam MCA kerana bersikap batu api.
Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub berkata, veteran Umno memberi ingatan kepada parti-parti komponan BN supaya jangan "menggelabah" dengan pembentangan RUU Persendirian (Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2015) Akta 355 oleh Presiden PAS diParlimen.
"MCA tidak sewajarnya mempolitikkan pembetangan RUU itu untuk meraih sokongan orang Cina yang bukan Islam. Sebagai rakan kongsi BN, MCA sepatutnya menjelaskan kekeliruan orang Cina yang bukan Islam terhadap RUU itu dan bukannya menjadi batu api," katanya.
Mereka sepatutnya memahami kandungan dan maksud RUU itu sebelum membuat sebarang komen, katanya.
Lagi pun, katanya, mereka tidak ada hak untuk komen RUU itu kerana RUU itu untuk orang Islam.
Pelaksanaan RUU itu sekiranya diluluskan hanya kepada orang Islam dan bukan kepada orang bukan Islam, katanya dalam kenyataan itu.
"Veteran UMNO kesal apabila MCA dengan secara sengaja dan sedar mengaitkan UMNO dalam pembentangan RUU itu," kata Mustapha dalam kenyataan itu.
Katanya, adalah menjadi kewajipan Ahli Dewan Rakyat Islam menyokong RUU itu demi untuk mengemaskan kuasa Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil.
Hampir kesemua parti komponen BN terkejut apabila Hadi berjaya membentangkan usul itu.
Mereka yakin ia adalah hasil kerjasama Umno kerana cadangan untuk dibacakan telah dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said dan disokong oleh timbalan menteri.

Bekas pemimpin jangan jadi kitab lama, kata Zahid Hamidi

Posted: 28 May 2016 05:17 PM PDT


Bekas pemimpin jangan jadi kitab lama,  tetapi saya tidak rujuk kepada sesiapa, kata Zahid HamidiBekas pemimpin jangan jadi kitab lama, tetapi saya tidak rujuk kepada sesiapa, kata Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bekas pemimpin negara dan parti agar tidak menjadi seperti 'kitab lama' yang tidak dihormati generasi sekarang.
 Tanpa menyebut mana-mana individu, beliau berkata seorang pemimpin seharusnya menjadi 'kitab' yang terus mendapat penghormatan dan menjadi rujukan generasi walaupun tidak lagi memegang jawatan penting.
 "Cukup-cukuplah bila zaman kita telah berlalu. Kalau kita sudah jadi sebuah kitab yang tidak boleh dibaca, generasi kita tidak akan mengoyakkannya...kita akan letak di atas, jika berhabuk pun akan dicuci.
 "Tetapi kitab lama kena duduk diam-diam. Jangan jadi kitab di lantai yang mengotorkan...Tetapi saya tidak merujuk sesiapa, sekadar mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan," katanya semasa berucap merasmikan Malam Sumbangsih Umno Paya Besar 2016 di sini, malam ini.
 Majlis yang diadakan bagi menghargai sumbangan anggota UMNO bahagian itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, Ketua UMNO Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail dan 3,600 anggota parti.
 Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri juga menggesa pemimpin tersebut supaya menghargai semua pemimpin baharu yang telah diberikan kepercayaan, amanah dan mendapat sokongan padu daripada peringkat akar umbi.
 "Apabila zaman kita berlalu jangan ingat bahawa kependirian, kedudukan dan keberadaan kita selama ini disebabkan oleh kebijaksanaan dan kekuatan kita semata-mata atau sumbangan yang kita lakukan.
 "Ingatlah ketika pemimpin dan organisasi itu diuji. Bagaimana semasa organisasi terbahagi dua dan terpaksa didaftarkan semula. Itu semua sejarah.
 "Generasi kita perlu perkukuhkan semula parti kerana apabila kita kuat baharu institusi kepimpinan akan kuat," katanya.
 Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid turut mengingatkan pemimpin masa kini supaya tidak takut berhadapan dengan ujian fitnah kerana sesuatu perkara yang tidak benar akan berbalik kepada individu yang menyebar fitnah itu.
 "Itu terbukti terjadi kepada pemimpin yang tidak lagi bersama dengan kita hari ini. Semasa zamannya, kita diminta supaya jangan lupa untuk sokong pimpinan yang ada kerana parti adalah hak bersama dan bukan hak peribadi.
Read More / Baca Lagi >>

MEMANG SAH-SAH GILA - ADA JALAN SENANG, PILIH JALAN SUSAH

Posted: 28 May 2016 05:16 PM PDT

UMNO akhirnya seperti mengakui kesilapannya dalam memilih Mastura Yazid, balu Allahyarham Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar pada 18 Jun depan berikutan timbulnya isu edah yang hangat diperkatakan ramai sejak nama beliau diumumkan.

Blog ini sendiri mengatakan tindakan memilih Mastura itu sebagai "keputusan gila" yang seolah-olah tiada calon lain yang boleh diketengahkan, sambil ternampak keinginan yang terlalu besar untuk meraih rasa simpati daripada pengundi demi memastikan kemenangan dapat dikekalkan.

Berikutan itu, Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa menyatakan, sebagai menghormati hukum Islam itu, kaedah multimedia akan digunakan sepanjang berkempen antara Mastuta dengan jentera pilihanraya dan pusat-pusat daerah mengundi.

"Kita pun tak pernah ada pengalaman guna kaedah seperti itu, tetapi saya fikir dengan adanya media baru dan konsep multimedia, ia dapat digunakan untuk menyampaikan apa juga mesej yang diperlukan.

"Dalam majlis-majlis tertentu pula, kita boleh gunakan  konsep "persidangan video"  bagi tujuan kempen, asalkan ia tidak melanggar hukum agama," katanya lagi.

Mastura pula memohon maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat terlibat dalam kempen sepanjang pilihanraya ini berikutan larangan edah selama empat bulan sepuluh hari yang ditetapkan oleh Islam itu.

Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari melalui laman sosial Facebooknya mencadangkan agar anak Mastura dijadikan ganti untuk berkempen dan bertemu pengundi bagi menggantikan ibunya yang masih dalam tempoh edah itu.

Selepas ini, pasti ramai lagi pemimpin UMNO yang tampil menyatakan bahawa Mastura tidak perlu turun berkempen pun untuk pilihanraya dan semua jentera parti sedia melakukannya tanpa kehadiran beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Anak TGNA 'U-turn' takut kena marah

Posted: 28 May 2016 05:12 PM PDT

SHAH ALAM - Anak sulung bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar memberitahu Allahyarham ayahnya itu seorang yang garang namun masih tetap didekati orang lain.
Hinggakan ada ketika mereka adik beradik sanggup membatalkan niat untuk bertemu dengan Allahyarham gara-gara takut dimarah.
Akui sukar untuk bertemu dengan si ayah, Nik Omar berkata mereka adik beradik telah berpakat untuk pulang setiap minggu pada hari yang sama demi meluangkan masa bersama.
Nik Omar Nik Abdul Aziz "Kesibukan beliau, kita adik beradik memang rasa. Nak jumpa, bercakap memang susah. Kami pakat balik malam Khamis setiap minggu.
"Masa itulah kita boleh bercakap dan di depan kami yang bercakap itu bukan Musyidul Am Pas, Menteri Besar (Kelantan) tapi seorang ayah kepada anak yang perlukan kasih sayang.
"Tapi kadang-kadang memang rasa takut sebab Tok Guru ini bekeng (garang). Tapi bekeng bekeng dia, orang nak pergi (jumpa). Ada sekali itu kita nampak dia, kita pusing balik sebab takut dia marah," katanya ketika perkongsian pada 'Wacana : Dunia Pendidikan Tok Guru' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Mengimbau kembali kenangan bersama Allahyarham, Nik Omar yang juga merupakan Pengetua Kompleks Pendidikan Darul Anuar berkata, walaupun ayahnya itu kurang sihat, jika topik politik dibuka, ayahnya itu kembali segar.
"Kami bercakap tentang banyak perkara termasuk sukan, isu antarabangsa, pertanian, isu semasa dan dia akan respons
"Tapi kami memang pakat tak cakap hal politik sebab politik ini kalau dia letih pun dia jadi segar. Tapi lepas itu dia demam balik," katanya.
Katanya lagi, ada Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang pelik dengan cara Allahyarham menutup lampu dan kipas sendiri sebelum meninggalkan pejabatnya.
"Tapi kita (keluarga) tidak pelik sebab di rumah juga dia buat begitu. Semua dia tutup sendiri sebelum meninggalkan bilik. Kehidupan dia begitu sederhana.
"Saya pun baru tahu bila Galeri Tok Guru dibuka, dalam bilik air dia ada baldi buruk usia puluh tahun pun masih digunakan.
"Guna air untuk mandi pun sangat minima. Apa Nabi amalkan, Allahyarham ikut. Nasi sebutir pun dia habiskan," katanya.

Nasihat Tok Guru: Buat kereta biar pandai, comel...jangan masuk politik

Posted: 28 May 2016 05:08 PM PDT

Syed Zainal letak jawatan MD Proton
Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
SHAH ALAM - Bekas Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mendedahkan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menasihatkan beliau agar tidak menceburi bidang politik.
Sebaliknya bekas Menteri Besar Kelantan itu menyarankannya fokus kepada bidang yang sedang diceburinya ketika itu.
Cerita Syed Zainal, Allahyarham mengingatkan bahawa setiap manusia di muka bumi ini ada peranan masing-masing dan ALLAH SWT memberi sesuatu itu mengikut kesesuaian hambaNya.
"Ada satu ketika sewaktu saya masih dalam Proton, adalah keinginan untuk berkecimpung dalam politik sedikit. Orang belah kanan pun ada minta, orang belah kiri pun ada minta...menjemput saya untuk berkecimpung dalam politik. Jadi, saya pun fikir bagaimana saya nak buat keputusan, akhirnya saya pergi berjumpa Tok Guru.
"Beliau Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan ketika itu. Saya fikir nasihat beliau nanti akan bias. Dalam pertemuan itu saya tanyalah, 'Tok Guru, ambo nak tanya sedikit. Ambo minat nak masuk politik jadi, nak tanya pandangan Tok Guru'. Dalam hati saya, beliau mesti ajak masuk Pas.
"Beliau tengok muka saya. Beliau kata senang saja, 'Datuk tak payah masuk politik. Datuk teruskan sahaja...berdakwah, buat kereta biar pandai, comel. Jangan masuk politik. Pas pun jangan masuk, Umno pun jangan masuk'," ceritanya ketika menjadi panel pada Wacana: 'Dunia Pendidikan Tok Guru' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, di sini, hari ini.
Ketika meminta Allahyarham mengulas lanjut berkaitan larangan tersebut, Nik Aziz berkata, "kalau semua orang masuk politik, siapa nak tadbir ekonomi? Kalau semua orang jaga ekonomi, siapa nak berpolitik? Jadi, Datuk buat apa yang Datuk buat."
Menurut Syed Zainal, Nik Aziz seorang yang praktikal dan kesederhanaannya boleh dilihat oleh banyak pihak.
Read More / Baca Lagi >>

Dua keajaiban di parlimen pada 26 Mei 2016

Posted: 28 May 2016 07:55 AM PDT


Pindaan akta 355 perkasakan mahkamah syariahPindaan akta 355 perkasakan mahkamah syariah
Saya telah melihat dua keajaiban pada hari Khamis 26hb 2016 semasa menghadiri sidang Parlimen. Besar kemungkinan dua keajaiban ini mempunyai hubungan rapat satu sama lain. Samada wujudnya hubungan rapat di antara dua keajaiban ini, atau sebaliknya, saya serahkan kepada pembaca untuk menilai sendiri.
Keajaiban pertama.
Keajaiban pertama adalah persetujuan kerajaan Umno/BN untuk mengangkat usul persendirian YB Marang yang terletak di nombor 15 di dalam senarai peraturan mesyuarat ke kedudukan utama sehingga ianya dapat dibentang untuk dibahas. Ini bererti bahawa usul persendirian YB Marang diutamakan oleh kerajaan Umno/BN dari segala urusan kerajaan yang disenaraikan sebelumnya. Mengutamakan usul persendirian Ahli Parlimen pembangkang mengatasi urusan kerajaan tidak pernah berlaku di dalam sejarah persidangan Parlimen. Maka ianya dilihat sebagai sesuatu yang ajaib.
Saya telah bangun meminta penjelasan mengenai keajaiban ini. Saya turut menjelaskan bahawa saya setuju dan menyokong usul tersebut dibenarkan untuk dibentang untukdibahas dan telah menyatakan perkara ini dalam perbahasan saya. Tuduhan bahawa saya menentang pembentangan usul tersebut adalah tidak benar dan fitnah yang jahat. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dalam ucapan saya kerana mebenarkan perbahasan usul tersebut diutamakan. Hakikatnya perbentangan usul itu hanya mungkin berlaku dengan izin dan persetujuan kerajaan Umno/BN.
Saya seterusnya meminta kerajaan menjelaskan atas pertimbangan dan parameter yang bagaimana sesuatu usul persendirian akan diutamakan ke atas urusan kerajaan. Saya meminta penjelasan ini supaya ianya boleh menjadi panduan bagi diri saya pada masa-masa akan datang sekiranya saya juga ingin membawa usul persendirian. Soalan itu dikemukakan kerana sememangnya ianya satu keajaiban yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Turut disoal oleh diri saya adakah pilihan raya kecil salah satu parameter yang diambil kira oleh kerajaan.
Soalan saya tidak dijawab oleh kerajaan atau Speaker Dewan. Ianya kemudiannya diputar belit untuk dituduh saya menolak usul tersebut dibentangkan. Sedangkan sokongan saya telah saya nyatakan secara jelas terlebih dahulu. Namun, apakan daya, fitnah dan maki hamun telah menjadi budaya sebahagian masyarakat kita. Saya nasihatkan semua supaya bertaqwa atau takut kepada Allah dan 'dosa jariah' yang mendatang hasil amalan fitnah dan maki hamun ini.
Keajaiban kedua.
Keajaiban kedua adalah apabila ianya dibenarkan untuk dibentang, YB Marang bangun dan sekadar membaca usul persendirian beliau. Setelah selesai membacanya, maka beliau duduk dan terpaksa Speaker bertanya samada ingin usul beliau dibahas sekarang atau ditangguhkan sehingga sidang akan datang. Saya terperanjat apabila YB Marang menjawab bahawa beliau ingin ditangguhkan kepada sidang akan datang. Saya tersilap pada ketika itu kerana saya tidak bangun minta ianya terus dibahas! Jarang saya tersentak begitu, sehingga terdiam. Begitu terkejutnya saya dengan respon YB Marang!
Ianya amat malang sekali apabila diberi peluang sebegitu rupa, ia itu satu peluang keemasan dengan kebenaran yang disebut sebagai 'precedent' atau keputusan baru yang tidak pernah sebelum ini dibenarkan, ianya dipersia-siakan begitu sahaja. Maka segala keseronokan melihat ianya dibenarkan untuk dibentang dan segala harapan bahawa satu perbahasan akan diadakan, hilang melalui tindakan YB Marang meminta perbahasan ditangguhkan. Adakah benar ianya akan dibenarkan dibahas pada sesi akan datang? Percaya betul YB Marang kepada keikhlasan Umno/BN.
Read More / Baca Lagi >>

Tony Pua desak Hasan Arifin letak jawatan pengerusi PAC

Posted: 28 May 2016 07:52 AM PDT

Anggota awatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua mendesak Pengerusi PAC, Datuk Hassan Arifin meletak jawatan dengan segera kerana tindakan beliau yang telah bertindak sendirian memadamkan ayat-ayat daripada laporan akhir PAC berkenaan 1MDB yang memetik pendedahan Bank Negara bahawa 'penerima manfaat Good Star Limited adalah individu yang tidak terkait dengan Petrosaudi International Limited'.
Sikap memalukan ini kata beliau tidak syak lagi menunjukkan bahawa Datuk Hasan Arifin telah dicalonkan oleh Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional demi melemahkan dan menutup siasatan ke atas 1MDB.
Berikut kenyataan penuh Tony Pua yang diedarkan hari ini;
Datuk Hasan Arifin mesti meletakkan jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana telah berbohong kepada jawatankuasa, menyembunyikan bukti, menutup kesalahan dan menghalang siasatan ke atas 1MDB
Anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hairan kenapa Datuk Hasan Arifin telah bertindak sendirian memadamkan ayat-ayat daripada laporan akhir PAC berkenaan 1MDB yang memetik pendedahan Bank Negara bahawa 'penerima manfaat Good Star Limited adalah individu yang tidak terkait dengan Petrosaudi International Limited'.
Kami kemudiannya tambah terkejut dengan kegagalan Datuk Hasan Arifin untuk mendedahkan kepada anggota PAC satu lagi surat daripada Bank Negara bertarikh 6 April 2016, sehari sebelum laporan akhir PAC dibentangkan di Parlimen. Apabila kami menyedri kewujudan surat tersebut melalui jawapan menteri di Parlimen pada 17 Mei 2016, kami telah bersemuka dengan pengerusi PAC dalam mesyuarat keesokan harinya.
Kesemua anggota PAC dari kalangan pembangkang kehilangan kata-kata apabila Datuk Hasan enggan berkongsi isi kandungan surat BNM bersama kami. Kami tidak dapat memahami dakwaan kerahsiaan Datuk Hasan apabila anggota PAC sendri pun diberi kuasa menyemak laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang telah dikelaskan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Apa lah agaknya yang lebih rahsia daripada dokumen OSA?
Sikap aneh Datuk Hasan membuatkan kami percaya bahawa surat BNM menjawab persoalan-persoalan PAC pastinya mengandungi maklumat-maklumat penting tentang 1MDB. Saya telah mengagak dua hari lalu bahawa BNM pastinya telah memetik nama Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low sebagai satu-satunya penerima faedah Good Star Limited dan menuntut supaya pengerusi PAC menafikan atau mengesahkan dakwaan saya.
Datuk Hasan Arifin enggan menjawab kepada media, walaupun disoal berkali-kali.
Rakyat Malaysia pastinya malu kerana harus bergantung dengan media asing, dalam hal ini The Wall Street Journal, untuk mendedahkan kebenaran yang terkandung dalam surat tersebut. Surat bertarikh 6 April 2016 daripada BNM kepada PAC jelas sekali menyatakan bahawa Good Star Limited adalah 'dimiliki secara manfaat oleh Low Thaek Jo' dan juga tidak ada sebarang perubahan milikan ke atas syarikat itu.
Read More / Baca Lagi >>

Dalam Edah: Calon BN tidak turun kempen, tidak jejas usaha BN - Kak Ijat

Posted: 28 May 2016 07:50 AM PDT

KUALA KANGSAR - Keadaan tidak mengizinkan calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid untuk turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar tidak akan memberi kesan kepada usaha gabungan itu untuk mempertahankan kerusi tersebut.
Shahrizat Abdul Jalil Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil percaya pengundi akan  memahami tempoh edah yang perlu dilalui oleh Mastura susulan kematian suaminya, bekas penyandang kerusi itu, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
"Namun pengundi tidak perlu risau kerana kita jentera Wanita akan sentiasa menghubungi calon untuk memberitahu perkembangan semasa kempen," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon BN bagi PRK Kuala Kangsar dan pelancaran jentera BN, di sini hari ini.
Mastura, 55, seorang peguam, dinamakan sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar, 18 Jun ini.
PKR itu diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Semalam, Pas mengumumkan Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad, 50 sebagai calon parti itu manakala Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka mengumumkan calon parti itu pada 1 Jun ini.
Shahrizat berkata pemilihan Mastura sebagai calon merupakan satu keputusan yang tepat terutama dalam menyambung legasi dan hasrat arwah suaminya.
"Salah satu sebab nama beliau dicalonkan adalah kerana beliau adalah satu-satunya insan yang sentiasa bersama arwah. Sebagai isteri beliau mengetahui semua isu dan semua tuntutan rakyat di Kuala Kangsar," katanya.
Dalam pada itu Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mengakui ketiadaan Mastura dalam kempen merupakan cabaran kepada jentera BN, namun ia bukan halangan besar kerana calon BN itu sudah dikenali penduduk Kuala Kangsar.
"Kita juga boleh menggunakan teknologi-teknologi terkini seperti persidangan video dengan memasang skrin besar semasa berkempen untuk Mastura menyampaikan sesuatu kepada pengundi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Jika RUU hudud lulus, Liow dan Mah letak jawatan

Posted: 28 May 2016 07:48 AM PDT

Liow Tiong Lai gesa ahli Parlimen kedua-dua pihak menolak RUU itu.
Mah Siew Kong
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengugut untuk meletakkan jawatan daripada Kabinet jika Rang Undang-undang (RUU) Syariah yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluluskan di Parlimen.
Bercakap kepada Star Online, Tiong Lai yang juga presiden MCA berkata beliau, dengan bantuan parti komponen BN akan cuba sebaik mungkin untuk menghentikan RUU itu diluluskan.
"Jadi jika kami tidak boleh berbuat begitu, kami akan berkorban. Saya akan letak jawatan.
"Tidak ada gunanya saya terus di sini. Saya perlu bertegas dalam hal ini. Saya terfikir untuk bercakap mengenainya pada sidang media semalam (Jumaat)," katanya dipetik bercakap kepada portal itu.
Bagaimanapun, Tiong Lai berkata beliau berharap ia tidak sampai ke tahap itu, menggesa ahli Parlimen semua parti politik menolak RUU itu yang dibentangkan pada Khamis.
Dalam satu kenyataan bersama tiga pemimpin parti komponen BN, Tiong Lai melahirkan rasa tidak senang mereka apabila RUU itu pada awalnya disenaraikan sebagai perkara terakhir dalam Peraturan Mesyuarat di Dewan Rakyat, tetapi dipercepatkan tanpa terlebih dahulu dengan Kabinet atau ahli majlis tertinggi gabungan itu.
Meskipun Tiong Lai akan meletakkan jawatan jika RUU itu diluluskan, beliau memberitahu The Star beliau percaya MCA akan kekal dalam gabungan itu.
Pemimpin MCA lain tidak perlu mengikut jejaknya kerana menurut Tiong Lain, pendiriannya dibuat atas kapasiti sebagai menteri.
"Saya belum mahu bercakap mengenainya (MCA dalam BN). Saya fikir menghentikan RUU itu sekarang lebih penting berbanding menunjukkan emosi.
"Anda perlu bercakap dalam semangat Barisan dan menggunakan kuasa dalam Barisan untuk menghentikan RUU itu.
"MCA harus teruskan (dalam BN). Tetapi saya bersedia untuknya (meninggalkan Kabinet). Saya tidak bimbang dengan apa saya cakap."
Read More / Baca Lagi >>

Bekas timbalan pengerusi MCA Kedah umum dirinya bebas

Posted: 28 May 2016 07:46 AM PDT

ADUN Gurun itu berkata beliau akan kekal sebagai wakil rakyat mesra BN dan MCA di Kedah.
Leong Yong Kong
PETALING JAYA: Selepas keluar daripada MCA semalam kerana membantah RUU hudud, Dr Leong Yong Kong kini mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas hari ini, lapor The Star Online.
ADUN Gurun itu berkata beliau bagaimanapun akan kekal sebagai wakil rakyat mesra BN dan MCA di Kedah.
Semalam, Yong Kong juga berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai EXCO Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Cina dan India dan Perpaduan negeri, kerana ia lantikan di bawah syor menteri besar.
Bagaimanapun, katanya beliau akan menyerahkan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah untuk menentukan kedudukannya sebagai ahli EXCO.
Di Parlimen minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU Mahkamah Syarikah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
RUU itu pada awalnya berada di senarai terakhir dalam Peraturan Mesyuarat untuk dibahaskan, tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan ia dipercepatkan, disokong Timbalan Menteri Kerja Raja Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Bantahan terhadap RUU hudud itu turut disertai Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, dengan kedua-duanya mengugut untuk melepaskan jawatan masing-masing jika RUU itu diluluskan.

Presiden PKR desak spekulasi WhatsApp bocor dihentikan

Posted: 28 May 2016 07:44 AM PDT

Wan Azizah berkata beliau letak keyakinan penuh dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Datuk Seri Azmin Ali.
Rafizi
PETALING JAYA : Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu semua spekulasi berhubung tuduhan terhadap Pejabat Menteri Besar dihentikan berikutan parti sudah mengambil semua tindakan dalam menangani isu itu.
Wan Azizah berkata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sudah memberikan penjelasan bahawa tuduhan itu tidak dibocorkan kepada mana-mana wakil rakyat atau kakitangan awam dan akan mebuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.
"Rafizi beritahu dia akan berbuat demikian (lapor pada SPRM) Isnin depan. SPRM diminta menjalankan tanggungjawab mereka secara profesional dan tanpa campur tangan politik.
"Pada masa sama, kepimpinan PKR yang lain dan saya sendiri mempunyai keyakinan penuh kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Azmin Ali, menteri besar Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam WhatsApp minggu lalu dihantar kepada kumpulan "Solidariti untuk Anwar", Rafizi menyentuh mengenai permintaan untuk wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Hasan nafi Good Star milik Jho Low

Posted: 28 May 2016 05:00 AM PDT

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin hari ini menafikan syarikat Good Star Ltd - yang dikaitkan dalam skandal 1MDB - adalah milik Low Taek Jho.
Dalam kenyataan medianya petang ini Hasan berkata tindakan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mengaitkan hartawan yang lebih dikenali sebagai Jho Low adalah tidak tepat.
"Ini kerana Bank Negara Malaysia sendiri menyatakan maklumat yang diberikan (kepada PAC) adalah bertaraf risikan.
"PAC bukan badan perisikan dan maklumat yang diterima mestilah sahih dan benar," katanya.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim membuat laporan polis terhadap WSJ ekoran pendedahan dokumen diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Dokumen itu didakwa surat daripada Bank Negara kepada Hasan untuk memaklumkan kaitan antara Jho Low dan syarikat Good Star Ltd.
Kenyataan WSJ itu ditweet semula ketua editor WSJ Asia, Tom Wright pagi semalam.
Hari ini pula WSJ mempertahankan laporannya itu yang didakwa dibuat secara bertanggungjawab dan "demi kepentingan awam."
Jurucakap Dow Jones - syarikat yang menerbitkan WSJ - memberi respon terhadap laporan polis yang dibuat Muhammad semalam.
Hasan berkata disebabkan keadaan surat itu juga, maklumat diberi Bank Negara tidak boleh dimasukkan ke laporan PAC kerana ia bercanggah dengan tugas dan tanggungjawab agensi berkenaan, serta boleh menimbulkan prejudis terhadap pelbagai pihak.
"Selain itu, Bank Negara sendiri sudah menyatakan siasatan terhadap 1MDB sudah selesai dan syarikat berkenaan sudah dikenakan kompaun secara pentadbiran.
"PAC juga telah membentangkan laporan (siasatan mereka) ke parlimen. Oleh itu perkara ini telah selesai dan tidak perlu dipolitikkan," katanya.

Hadi mahu kempen untuk BN atau PAS?

Posted: 28 May 2016 04:24 AM PDT

PAS sememangnya memiliki Presiden paling pelik, cara Datuk Seri Hadi Awang menyerang pembangkang lebih teruk daripada beliau menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga rakyat pun tidak faham.
Adakah PAS sekarang sudah menjadi parti komponen baharu BN secara diam-diam dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat dan ahli mereka?
Lihat selepas kejayaan Hadi membentangkan undang-undang Mahkamah Syariah, satu sahaja parti yang dikritiknya iaitu DAP tapi tidak parti komponen BN.
Walhal, umum mengetahui parti MCA, MIC dan Gerakan adalah penentang paling tegar undang-undang Islam yang cuba dibawa oleh parti Islam itu.
Tapi menghairankan apabila Hadi memuji parti BN sebagai lebih beradab dan sopan berbanding DAP. Apakah yang cuba Hadi sampaikan disini, adakah beliau kini sudah menjadi ketua penerangan BN yang baharu?
Implikasi kenyataan Hadi itu nyata tidak akan membantu PAS pada ketika mereka akan berdepan Umno-BN dalam dua PRK Jun depan.
Sekiranya Hadi mengatakan PAS boleh menang dengan sekadar meletak calon kitar semula, ia lagi menghairankan.
Bagaimana PAS mahu menang di PRK pada ketika Presiden mereka seolah-olah menjadi tukang kempen untuk BN dengan saban hari menghentam rakan blok pembangkang lain.
Hadi perlu sedar, pembangkang tetap pembangkang, tidak ada istilah pembangkang pro-kerajaan.
Jika Hadi mahu jadi pembangkang pro kerajaan, lebih baik sahaja PAS masuk BN dan bersama-sama Umno berjuang untuk orang Melayu dan Islam, tidak perlu bongkak mendabik
dada dengan kenyataan menjelikkan menyalahkan kaum-kaum lain yang menolak undang-undang Islam.

IDE jalankan kajian laksana Maqasid Syariah

Posted: 28 May 2016 04:20 AM PDT

Institut Darul Ehsan (IDE) akan menjalankan kajian mendalam berkenaan Maqasid Syariah sebelum mengaplikasinya dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.
Prof Redzuan (2)Ketua Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata inisiatif penganjuran seminar itu menjadi teras kepada IDE diletakkan di bawah Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbiran negeri.
"Seminar ini adalah inisiatif terpuji dilakukan Unit Kajian Maqasid Al-Shariah IDE dan Kerajaan Negeri.
"Ia dbuat secara terancang dan juga respon kepada titah DYMM Sultan Selangor dalam istiadat pembukaan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13 tahun lalu yang berkenan supaya Maqasid Syariah diangkat sebagai asas penggubalan dasar bagi Kerajaan Negeri.
"Sesuai dengan semangat titah Diraja ini, IDE berhasrat melakukan kajian intensif berkenaanya dengan objektif utama membantu Kerajaan Negeri mengaplikasinya dalam perumusan dan pelaksanaan dasar pentadbiran," katanya dalam ucapan perasmian Seminar Nasional Maqasid Al-Shariah 2016 di sini, hari ini.
MAQASID 3Beliau berkata, IDE juga berusaha mewujudkan kesedaran berkenaannya dalam pelbagai perkara dan kehidupan rakyat.
Seminar bertemakan "Maqasid al-Shariah dan Fiqh Demokrasi", katanya, suadah tentu akan membincangkan hal ehwal kenegaraan dan politik sebagai tema perbincangan.
"Sudah tentu ia adalah satu perbincangan amat signifikan kepada kita semua.
"Melihat kepada kepakaran dan pengalaman semua pengucaptama pembentang dan mereka yang meminati ilmu ini, saya yakin seminar akan menghasilkan sesuatu yang penting dalam usaha kita merancang perkembangan dengan politik pada masa akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO SEMAKIN GILA, BALU DALAM EDAH (HARAM KELUAR RUMAH) DIPILIH CALON PRK KUALA KANGSAR

Posted: 28 May 2016 04:13 AM PDT

Pemilihan Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon BN di Kuala Kangsar benar-benar suatu pemilihan yang gila dan tidak masuk akal serta hanya berlaku di era Najib Razak sahaja.

Di mana agaknya UMNO meletakkan hukum Islam di sebalik keputusan memilih Mastura, seorang balu yang masih dalam edah, sebagai calonnya?

Tidakkah wanita yang baru kematian suami ada tempoh edahnya yang tertentu di mana mereka tidak boleh keluar rumah, kecuali untuk bekerja atau atas urusan lain yang dikategorikan sebagai darurat sahaja demi menjaga kehormatan mereka?

Wanita yang edah juga tidak dibenarkan menziarahi kematian orang lain, pergi ke majlis kenduri, berhias, memakai barang kemas dan sebagainya sepanjang dalam tempoh edah tersebut.

Dari segi budaya pula, edah turut dianggap tempoh berkabung sebagai tanda sedih atas kematian suami.

Jika wanita yang dalam edah tidak dibenarkan atau haram keluar rumah dan sebagainya kecuali darurat, jadi bagaimanakah Mastura yang pastinya akan keluar lebih daripada 12 sehari sepanjang tempoh  kempen nanti sedangkan baru saja kematian suami pada 5 April lalu?

Yang Mastura pun satu hal, kenapa ghairah sama untuk dipilih sebagai calon BN?

Tidak simpatikah beliau kepada arwah suaminya di dalam kubur di mana ketika tanah kuburnya masih lagi merah, beliau bukan saja melanggar  hukum Islam yang wajib dipatuhi, malah akan selalu meninggalkan rumah semata-mata untuk bergelar Yang Berhormat, sama seperti jawatan suaminya dahulu?

Dalam hal ini, di manakah ulama-ulama dalam UMNO, apakah mereka sudah jadi bisu semata-mata bersetuju kerana melihat pemilihan Mastura mampu meraih simpati dan seterusnya membawa kemenangan kepada BN?

Apakah UMNO sudah benar-benar tiada calon lain yang lebih sesuai untuk diketengahkan sehingga balu yang dalam edah dan sepatutnya lebih sesuai duduk di rumah, dipilih sebagai calon?

Dalam maksud yang lebih jelas, balu yang dalam tempoh edah dikira haram bertanding kerana ia secara rela hati melanggar peraturan-peraturan edah itu sendiri seperti keluar rumah bukan kerana darurat, menghias diri, memakai barang kemas serta terlibat dengan percampuran yang lebih terbuka dengan kaum lelaki yang bukan muhrim.

Di dalam Al Quran, perkara mengenai wanita dalam edah ini disebut dalam Surah Al Baqarah ayat 228.

Sekali lagi, pemilihan Mastura ini ialah keputusan paling gila yang pernah dibuat oleh UMNO. Terbukti UMNO menjadi parti yang "sakit" sekarang ini. 
Read More / Baca Lagi >>

DAP nafi anti Islam, dakwa usul Hadi bertentangan Peraturan Mesyuarat

Posted: 28 May 2016 04:11 AM PDT

Anthony Loke berkata PAS berpakat dengan UMNO untuk menentang partinya.
anthony
PETALING JAYA : DAP menafikan tuduhan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu anti Islam berhubung pertikaian pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Parlimen, Khamis lalu.
Ketua Whip DAP Anthony Loke Siew Fook berkata parti itu kesal dengan "tuduhan liar" Hadi kerana mereka hanya mempertikaikan cara usul itu dibentangkan kerana DAP berpendapat ia bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat Parlimen.
"Apa yang dipertikaikan ahli Parlimen DAP pada Khamis hanya mengenai prosedur Peraturan Mesyuarat dan objektif kerajaan membenarkan RUU Hadi dibentangkan.
"Kita mempersoalkan kenapa tiba-tiba kerajaan membenarkan usul itu dibentangkan tanpa sebarang notis seolah-olah untuk 'perangkap' ahli Parlimen yang tidak bersedia untuk membahaskan pindaan RUU itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata reaksi marah DAP sejurus selepas RUU itu dibentangkan dengan jelas menunjukkan kebiadaban dan pendirian anti Islam.
Katanya, walaupun ada parti politik bukan Islam lain seperti MCA, Gerakan dan MIC, yang kadangkala tidak bersetuju dengan agenda parti Islam, mereka lebih sopan bila tidak bersetuju.
Anthony menafikan tuduhan menyatakan DAP memang konsisten tidak bersetuju dengan hudud kerana parti itu berpendapat ia tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak praktikal dalam masyarakat majmuk, tetapi mereka tidak pernah mengutuk undang-undang syariah atau cuba menentang orang Islam.
"Saya hendak mengingatkan Datuk Seri Hadi ketika era Pakatan Rakyat, ramai pemimpin DAP mempertahankan PAS daripada serangan parti komponen BN bukan Islam terutama MCA yang selalu mengutuk undang-undang syariah.
Read More / Baca Lagi >>

Politik banyak fitnah, ini pesan Tok Guru - Nik Omar

Posted: 28 May 2016 04:09 AM PDT

Nik Omar Nik Abdul Aziz
SHAH ALAM - Melihat si ayah setiap hari berdepan politik yang penuh dengan fitnah dan cerita tak sedap, Nik Omar Nik Abdul Aziz ada membangkitkan soal itu kepada Allahyarham dan ini jawapannya.
"Kita pernah tanya, ayoh terlibat politik, banyak fitnah bagaimana...dia jawab, 'yang pentingnya kita berada di atas kebenaran, kita tak perlu takut. Setiap benda yang kita buat, kita kena fikir yang boleh memberi pahala'," katanya dalam perkongsian pada Wacana: 'Dunia Pendidikan Tok Guru' di Kumpulan Media Karangkraf yang berlangsung pagi tadi.
Menurutnya itu, sasaran Allahyarham sepanjang hayatnya adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala untuk di bawa ke akhirat.
Dalam pada itu, ceritanya lagi beliau tidak pernah melihat Allahyarham tertarik dengan sebarang hal di dunia ini.
"Jadi, kadang-kadang kita rasa malu pada diri kita sendiri. Kita ini menumpang tuah dia saja. Orang kenal kita kerana dia. Jadi, takkanlah kita nak lebih-lebih daripada dia. Dia sendiri...segala kemudahan yang dia boleh dapat, dia tidak guna.
"Sebab antaranya sifat warak dan zuhud itu. Dia guna sekadar cukup untuk kehidupannya. Jadi, setiap benda yang berlaku di sekitarnya itu, dia fikir bagaimana untuk dia dapat pahala," katanya.

Azalina: Orang bukan Islam jangan cakap fasal agama saya

Posted: 28 May 2016 04:07 AM PDT

Menghormati sensitiviti agama adalah sebahagian daripada cara memupuk harmoni dalam negara pelbagai kaum, katanya.
Azalina
KUALA LUMPUR: Orang bukan Islam sepatutnya tidak perlu komen mengenai Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Bercakap pada seminar bertajuk "Penghayatan Ke Atas Patriotisme", Azalina berkata menghormati sensitiviti adalah sebahagian daripada cara memupuk harmoni dalam negara pelbagai kaum.
"Bukan Islam tidak sepatutnya bercakap mengenai agama saya. Saya tak cakap fasal agama anda, anda tak cakap fasal agama saya.
"Ini sangat penting dalam negara pelbagai kaum seperti Malaysia," katanya.
Azalina memetik kes Vivian Lee yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan semalam selepas didapati bersalah mengikut Akta Hasutan kerana memuat naik gambar dengan kapsyen "Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh… fragrant, delicious and appetising)" di Facebook.
Beliau berkata golongan belia zaman sekarang perlu berhati-hati dengan apa yang mereka cakap di media sosial kerana ada antara komen yang dibuat boleh dianggap sebagai tidak sensitif.
"Kerajaan tidak menghalang belia meluahkan pendapat mereka dan membuat kritikan, tetapi ia perlu dibuat dengan cara yang selari dengan budaya negara serta menerusi saluran ditetapkan," katanya.

Balu Wan Mohammad Khair-il calon BN di Kuala Kangsar...4 Bulan 10 hari...!!

Posted: 28 May 2016 04:05 AM PDT

Mastura
KUALA KANGSAR - Balu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Mohd Yazid diumum sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun ini.
Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman calon BN dan pelancaran jentera pilihan raya kecil itu di Pusat Arahan BN di sini kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Mastura, 55, merupakan seorang graduan undang-undang daripada Lincoln's Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.
Ibu kepada empat orang anak ini juga merupakan seorang yang bergiat dalam dunia politik dan menjadi AJK Umno Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan kepada keluarganya serta arwah suaminya.
Meskipun tidak menyandang sebarang jawatan rasmi namun ramai mengetahui Datin Mastura merupakan penasihat peneman setia arwah suaminya dalam menggerakkan kerjanya sebagai wakil rakyat di Bukti Chandan dan seterusnya mewakili Parlimen Kuala Kangsar.
Umum juga sering melihat kelibat Mastura seorang yang berani mengeluarkan pendapat dan lantang bersuara untuk sebarang perihal melibatkan kebajikan penduduk di sekitar Kuala Kangsar.
Kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar berikutan kematian penyandangnya, Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Read More / Baca Lagi >>

WSJ pertahan laporannya mengenai M'sia dan isu 1MDB

Posted: 28 May 2016 04:02 AM PDT

Wall Street Journal (WSJ) tetap mempertahankan laporannya mengenai Malaysia dan isu 1MDB, walaupun Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis akhbar Amerika itu.
Jurucakap penerbit WSJ,Dow Jones memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa pihaknya mempertahan liputan WSJ yang menurutnya dilaporkan secara bertanggungjawab dan demi kepentingan awam.
Jurucakap itu menegaskan demikian dalam respons kepada permintaan untuk mendapatkan komen mengenai pendedahan surat, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata Muhammad telah membuat laporan polis terhadap WSJ.
Surat itu dikatakan daripada Bank Negara kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin, yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
WSJ, yang telah dituduh sebagai sebahagian daripada kempen yang didakwa untuk menyingkirkan Najib, telah mentweet salinan surat itu, dan ini kemudiannya ditweet semula oleh ketua editornya bagi rantau Asia, Tom Wright pagi semalam.
Surat itu dikatakan telah mengesahkan bahawa Good Star Limited dimiliki jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.
Ini bercanggah dengan dakwaan kerajaan bahawa Good Star milik bekas rakan kongsi usahasama 1MDB - PetroSaudi International.

PAS Semakin Cauvinistik Semenjak Rapat Dengan UMNO

Posted: 28 May 2016 01:03 AM PDT

DAP Memusuhi Islam - Hadi Awang

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Anggota Parlimen DAP yang mempertikaikan usul yang dibawanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat kelmarin adalah tidak beradab dan ingin memusuhi Islam.

Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang menegaskan tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti Islam.


Sedangkan katanya, terdapat parti bukan Islam seperti MCA, Gerakan dan MIC juga kadangkala tidak bersetuju dengan agenda orang Islam namun mereka lebih tertib dan beradab jika mereka tidak bersetuju dengan hal berkenaan.

"DAP telah menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP tidak ada adab dan dia terus melenting dan menentang (usul berkenaan). Pada hal usul ini tidak berkait dengan orang bukan Islam pun.

"Saya turut kesal dengan PAN (Parti Amanah Negara) yang digunakan DAP dalam hal ini kerana telah melanggar sempadan agama sendiri demi kepentingan politik," katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia di sini, Jumaat.

Semalam Abdul Hadi membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat dengan tujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

Dalam rang undang-undang ahli persendirian yang kali pertama dalam sejarah dibentangkan oleh wakil pembangkang itu, Abdul Hadi mencadangkan supaya Seksyen 2 rang undang-undang berkenaan digantikan dengan seksyen baharu.

Dengan pindaan itu, Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-undang Persekutuan.

Bagaimanapun, sebelum ia dibentang oleh Abdul Hadi, beberapa wakil pembangkang termasuk Anthony Loke (DAP-Seremban), Teresa Kok (DAP-Seputeh), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Khalid Abdul Samad (PAN-Shah Alam) dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) bangkit untuk mempertikaikan mengapa usul yang dibawa Abdul Hadi itu didahulukan sedangkan ia berada di kedudukan ke-15 atau terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat semalam.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia seterusnya membenarkan ia dibentang atas budi bicara beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ditanya adakah tindakan membentangkan usul tersebut sebagai gimik politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Abdul Hadi berkata ia tidak ada kena mengena dengan politik.

Abdul Hadi berkata ini bukan kali pertama usul itu dibentang kerana beliau pernah membawanya ke Parlimen sebelum ini.

"Kalau ini satu gimik politik sudah tentu ia akan menakutkan PAS sebab mungkin akan kehilangan undi orang bukan Islam.

"Tetapi ini tidak ada kaitan dengan pilihan raya sebab ia pernah dibawa ke Parlimen pada tahun 1995 dan seingat saya titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pernah menyatakan perlunya peranan Mahkamah Syariah dimartabatkan," jelasnya.- Bernama

DAP Tentang Hudud tetapi Tidak Anti-Islam - Kit Siang

DAP tidak bersikap anti Islam apabila menentang hudud dilaksanakan di negeri Kelantan kerana bantahan itu dibuat berdasarkan pertentangannya dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Lim Kit Siang.

Beliau juga mengakui DAP berusaha memahami isu hudud dengan menghantar rombongan ke negara Islam di Timur Tengah dan beliau sendiri membaca buku tulisan sarjana dan ulama Islam mengenainya.

"Kami ke Jordan dan Mesir berjumpa pelajar-pelajar kita di sana serta berbincang dengan tokoh-tokoh Islam.

"Di Jordan dan Mesir juga, yang majoriti umat Islamnya sangat tinggi, tidak ada hudud. Dan ada debat di sana (mengenai) patutkah utamakan hudud atau tidak," katanya di Kota Baru malam tadi.

Ketua ahli Parlimen DAP itu berkata demikian pada satu program ceramah anjuran PAS Kota Baru yang turut dihadiri timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.

Lim berkata, DAP menolak pelaksanaan hudud kerana ia tidak sesuai di Malaysia yang bermasyarakat majmuk dan ada perlembagaan yang perlu dipatuhi.

Katanya, selain beliau, turut serta dalam rombongan ke Timur Tengah itu ialah tiga lagi ahli Parlimen DAP iaitu Zairil Khir Johari, Teresa Kok dan Sim Tze Tsim.

Beliau berkata, difahamkan dari pembacaannya, ramai sarjana dan ulama Islam yang berpendapat hudud hanya sebahagian kecil undang-undang syariah, dan ada syarat yang perlu dipenuhi sebelum melaksanakannya.
Read More / Baca Lagi >>