Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GARA-GARA KENA MARAH OLEH ANWAR: RAFIZI DAN SAMSUL GADUH BESAR

Posted: 16 May 2016 10:52 PM PDT

    

ANWAR MENGAMOK DEK KEBODOHAN & KURANGAJAR RAFIZI TERIKUT RENTAK DEKLARASI RAKYAT, ANWAR PANGGIL RAFIZI PENJILAT

Posted: 16 May 2016 04:59 PM PDT

ANWAR SANGAT MARAH DENGAN KEBODOHAN, KEDUNGUAN DAN KURANG AJAR RAFIZI TERIKUT-IKUT RENTAK DEKLARASI RAKYAT

Saudara-saudara, presiden, timbalan dan rakan-rakan pimpinan yang dikasihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Permasalahan yang akan saya utarakan perlu dilacak dan diteliti dengan tenang. Intipati gagasan tidak tersasar dari dasar perjuangan dan konsisten dengan nada lakaran sebelumnya. Kekhuatiran saya adalah jika saudara-saudara sekadar mendengar dengan hormat tetapi gagal membenahinya.

Dalam sejarah perjuangan kita, terdapat episod getir yang menuntut bongkahan pemikiran dan penyuluhan. Permasalahan kini terkait dengan Deklarasi Rakyat yang turut mengheret pimpinan dan wadah kita untuk bersekongkol dengan Tun M dan Daim.

Pandangan saya mungkin bercanggah dengan pendirian majoriti pimpinan. Saya gusar kerana mengandaikan strategi tersebut agak terlanjur dan menggugat sendi nadi dan tunggak perjuangan. Kita perlu menghindari dari bahaya terjebak dengan permainan elit penguasa dan muslihat licik mereka untuk mengekalkan sistem usang. Kendati begitu, ramai rakan-rakan merasakan bahawa strategi baru tersebut ampuh dan terbaik.

Ia dikatakan berjaya memberikan lonjakan baru dengan penggemblengan semua kekuatan yang mungkin untuk menumbangkan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri dan selanjutnya menjana perubahan. Mereka yakin untuk mengawal keadaan dan mengelak dari berlakunya sebarang penyimpangan. Pertembungan idea di kalangan kita mengusutkan memang perlu dirungkai tanpa mengundang perbalahan atau persengketaan peribadi.

Saya amalkan pendirian yang sama tatkala menyingkap inisiatif penandatangan akuan bersumpah bersama Tengku Razaleigh yang kini terkubur. Saya dan pimpinan telah memberikan persetujuan meskipun saya pohon kewaspadaan untuk kembali menegakkan dasar dan khittah perjuangan.

Kita juga tidak wajar mengungkit kebijaksanaan pimpinan menyertai dan menandatangani Deklarasi Rakyat (DR). Dalam beberapa warkah sebelumnya, saya terus menggesa pimpinan agar waspada dengan politik elit penguasa dan keperluan mempertahan dasar perjuangan. Persoalan sekarang adalah menentukan hala tuju seterusnya.

Saya lebih cenderung memilih tidak dilihat berpadu dengan kelompok DR, yakni dengan mula menetapkan jarak. Di sebaliknya kita perlu memperhebat dan memesatkan kempen menjana perubahan, menjadi pembela rakyat yang tertekan akibat kecelaruan dan salah urus ekonomi negara; selaras dengan dasar dan gagasan yang kita gendong selama ini. Kelompok DR, termasuk Tun M mungkin saja menyertai program tersebut tetapi perlu ketara agenda perubahan dan bukan DR. Izinkan saya jelaskan selanjutnya:

Saya pernah mempersoalkan dengan penuh kesangsian – ketika perbualan ringkas di mahkamah berkenaan mengapa kesungguhan kempen untuk mengangkat deklarasi yang menafikan kepentingan moral untuk reformasi terhadap demokrasi yang beramanah democratic accountability? Terima kasih kerana maklum balas segera dan nota-nota penjelasan.

Pelancaran DR adalah seolah-olah seperti telah ditetapkan tanpa boleh dirunding atau fait accompli. Hanya setelah desakan daripada pimpinan NGO pada saat-saat akhir, sebahagian daripada pandangan kita dimasukkan, hanya sekadar mencantikkan deklarasi. Secara dasarnya, ia kekal sebagai dokumen Tun M, cacat dan tidak selari dengan pandangan dari sudut reformasi.

Ia hanya menumpukan kepada pengunduran Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri susulan skandal 1MDB. Ini adalah jelas jauh terpesong daripada raison d'etre atau asas perjuangan kita; untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang, melawan salah guna kuasa dan rasuah, dan keadilan untuk semua!

Pimpinan dilihat seperti terpesona dan berpuas hati dengan jaminan bahawa segala tuntutan akan ditangani setelah pengunduran Najib. Ini mengingatkan kembali kepada komplot 'penguasa elit' yang saya terangkan sebelum ini. Ia adalah secara jelas menguntungkan yang kaya dan yang berkuasa manakala rakyat akan terus dipinggirkan. Kita hanya baru sahaja terlibat dengan 'akuan bersumpah – kemelut SD'. Jaminan yang sama diberikan secara tertutup.

Dan dalam keterujaan atau keterdesakan untuk mengubah tampuk kepimpinan negara, kita berikan komitmen. Sekarang ia menjadi bahan sindiran dan memalukan, khususnya apabila Ku Li sendiri menafikan keterlibatan beliau dan menganggap rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal. Beliau licik mempergunakan SD ini untuk meletakkan diri beliau sebagai calon kompromi apabila berlaku pertembungan atau kebuntuan antara Zahid dan Hisham. Saya bingung bagaimana ada di kalangan kita dalam Pakatan Harapan yang terus meletakkan harapan agar 'perubahan' boleh berlaku melalui tipu muslihat.

Dan kini, meneruskan gerakan tersebut, yang dipimpin oleh mereka daripada kelompok penguasa atau pemerintah, kita bersungguh-sungguh memberi sokongan kepada usaha baru ini, digambarkan seolah-olah sebagai strategi inklusif – rakyat. Hanya satu penjelasan yang boleh diterima iaitu tindakan terdesak. Kita terdesak untuk angka sokongan – yang sebenarnya adalah demi kepentingan dalam politik tanpa sekelumit rasa bersalah.

Kita kena berlaku jujur. Kita terlibat dalam kedua-dua inisiatif dan bersetuju agar Johari Abdul mewakili kita dalam inisiatif SD manakala Azmin Ali, Tian dan Rafizi menyertai dalam inisiatif DR. Tetapi saya sentiasa mengelak daripada menggunakan terma menyokong dan komitmen. Ia meresahkan untuk melihat pimpinan kita menjadi sebahagian daripada pasukan dengan seorang pemimpin yang zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan!

Seorang peguam kanan memaklumkan kepada saya beliau memerhatikan bagaimana pemimpin-pemimpin ini terpegun dan merendah diri dalam kehadiran bekas autokrat dalam program terbuka seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal. Walaupun dengan kepetahan Azmin, Ambiga dan Mat Sabu yang lantang dan meyakinkan, pengolahan agenda reformasi hanya menjadi isu sampingan.

Jangan terpedaya dengan menganggap kenyataan-kenyataan mengutuk kezaliman yang melampau ketika waktu pemerintah Tun M akan mampu mengajak beliau untuk melakukan perubahan yang sistematik. Beliau terkenal dengan kecekalan, begitu tertumpu dengan agenda beliau yang sukar digugat. Ketakutan yang sentiasa menghantui diktator dan autokrat adalah pendedahan jenayah-jenayah yang dilakukan dan berbilion-bilion wang yang dicuri.

Sifat ihsan dan berlapang dada terhadap Tun M tidak pernah dihargai. Bukan sahaja tidak menyesal, beliau menunjukkan sifat terkutuk dalam diri beliau dengan meneruskan serangan peribadi. Penghinaan ini sedihnya tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan. Saya beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama dan kepentingan dengan Tun M.

Malangnya, ini hanya akan meyakinkan beliau untuk tidak rasa bersalah terhadap kerosakan dan pembaziran yang berlaku ketika zaman beliau. Gayanya seperti telah beralih dari menafikan kepada menghapuskan kesalahan lampau! Azizah dan saya merasakan keperluan untuk membantah sebagai prinsip kami dan mempertahankan maruah. Kenyataan kami merujuk kepada pemerintahan autokratik, keperluan untuk wacana menyeluruh bukan seperti pendekatan diktator beliau.

Pandangan kami, deklarasi telah gagal untuk membawa kebajikan rakyat kebanyakan, terutamanya kesengsaraan ekonomi dan reformasi institusi. Kepada mereka yang taksub dengan Deklarasi, pasti tidak mengalukan kritikan sebegini. Saya minta berbeza pendapat dan mengutarakan penjelasan dalam perkara tersebut.

Seterusnya pimpinan NGO telah membuat pendirian yang tegas kepada Tun M; walaupun secara peribadi berbanding dengan Tun M yang sentiasa memberi pandangan secara terbuka. Selepas itu penjelasan dibuat bagi perkara yang tidak mempunyai apa-apa perubahan; iaitu majoriti ahli Parlimen akan menentukan calon perdana menteri yang baru.

Dalam surat saya sebelum ini kepada Biro Politik, saya menzahirkan keraguan – yang mana deklarasi dan pendekatan baru ini bertentangan dengan perubahan jitu atau reformasi. Saya menyeru pimpinan untuk tidak memandang rendah komplot mereka. Jangan terlalu yakin dengan menganggap kalian mampu mematahkan percaturan mereka. Jangan peringatan ini dipandang remeh.

'The best lack of all conviction,
whilst the worse
Are full of passionate intensity' [William Butlers Yeats]

'Yang baik tidak yakin dengan kebaikan,
Manakala yang buruk
Tegar dengan tumpuan sepenuh jiwa mempertahankan keburukan [WB Yeats, penyair dari Ireland]

Berhati-hati dengan Machiavellians yang akhirnya menyerahkan kuasa kepada kroninya.

Kita mengangkat diri kita sebagai mempunyai jiwa yang besar, didorong semata-mata demi kepentingan negara. Apa yang hilang daripada benak pemikiran kita adalah keadaan sebenar yang tatakelola dalam kerajaan telah dimusnahkan dan apa yang membimbangkan adalah tiadanya rasa menyesal dan tiada kesungguhan menyokong reformasi.

Kedua-dua Tun M dan Daim merupakan dalang dan begitu agresif mempertahankan kroni kapitalisme. Melalui proses yang tempang dan korup penjana bebas elektrik IPP dianugerahkan, projek lebuh raya diswastakan, barangan keperluan dimonopoli oleh kroni-kroni. Ianya amat jelas mempergunakan dan membebankan rakyat. Kerakusan ini tidak terhenti dengan pemerintahan mereka dan kesan kerosakannya masih dirasai sehingga kini.

Saudara mungkin dapat rasakan pendirian saya yang semakin tegas setelah pendekatan berjiwa besar dan berdamai yang mana pada awalnya seperti kebanyakan di kalangan saudara, saya agak naif menjangkakan Tun M akan lebih terbuka kepada perubahan. Beberapa siri perbincangan dengan pimpinan PH dan NGO tidak berjaya merubah atau menghalang ketaksuban dan dendam peribadi terhadap Najib tetapi bukan terhadap sistem yang bobrok dan rosak.

Ia seperti tidak masuk akal selepas bekerjasama dengan PH, NGO dan rakan-rakan kepercayaan saya, beliau masih terus menghina dan menyerang saya! Perangai seperti itu menghalang dari kemungkinan untuk pertemuan dengan ahli keluarga saya. Ada sahabat menyebut dengan takzimnya untuk tidak mengharapkan seorang yang telah berusia 92 tahun untuk akhirnya berubah. Ini hanya mengukuhkan keyakinan saya bahawa kumpulan elit penguasa hanya akan berusaha menyelamatkan Umno dan memastikan kebangkitan sistem usang.

'The serpent that did sting…
Now wears the crown.' [Shakespeare]

'Berhati-hati jangan dipatuk dua kali…
Ular itu kini memakai mahkota' [Shakespeare]

Rakyat kebanyakan kekal, sebagai suara yang penuh kesedaran, harapan rakyat untuk pendirian yang berprinsip. Kita tidak boleh dianggap sebagai menghalang atau melengahkan agenda reformasi; atau tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat.

Kita menuntut kebebasan, keadilan ekonomi, mengurangkan jurang kekayaan, melawan rasuah dan rampasan korporat. Percayalah dalam kebijaksanaan suara rakyat kebanyakan; dan berpandukan kepada aktivis, reformis dan memperkukuhkan akar umbi parti.

Izinkan saya mengulas kepada persoalan-persoalan lain. Maaf – tetapi saya tidak dapat mengelak daripada merasa terkejut dengan pandangan cetek yang melihat dengan kejatuhan Najib cukup untuk membawa perubahan ke arah demokrasi yang beramanah atau democratic accountability.

Saya telah menegaskan pendirian yang bertentangan dan tiada bukti yang boleh dikemukakan sebaliknya. Saya juga telah diminta untuk menunjukkan pendekatan jelas dan tidak mengelirukan terhadap deklarasi; dan saya berbuat demikian dengan tepat.

Tetapi saya mengutuk sikap yang tidak peka mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah untuk membuat kunjungan hormat terhadap Tun M atau menyertai program beliau. Kamu mungkin nak mengambil hati beliau, tetapi menuntut pengorbanan daripada keluarga saya, terutamanya selepas cemuhan beliau baru-baru ini adalah sangat tidak berhati perut!

Dan tolong jangan melayan yang mengaku sebagai 'sumber sahih, dipercayai' yang mana Najib telah menghantar utusan untuk bertemu dengan saya dan telah berlaku satu pertemuan dengan Zahid di HKL minggu lepas.

Ini adalah fitnah dan disebarkan dengan niat untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan. Kepercayaan adalah seperti semakin terhakis. Saya dengan yakin boleh mengandaikan kalaulah pertemuan itu benar-benar berlaku, kredibiliti saya masih kekal tidak terjejas. Dan sebaliknya, saya akan berterus-terang dengan rakan-rakan jika benarlah bahawa berlaku tawaran atau dakwaan terhadap mereka. Ia adalah memalukan untuk menunjukkan sikap sebegini; tetapi kita perlu membina semula kepercayaan dan mempunyai sifat kasih sayang.

Akhirul kalam – saya kini diselubungi rasa sugul. Saya tidak berhasrat membebankan saudara-saudara dengan derita kesepian mendekam di penjara. Ujian sedemikian betapa pun sukar buat saya, Azizah dan keluarga tetapi tidak serumit dan kusut menangani perkembangan parti mutakhir ini. Sejak bergulirnya Reformasi 1998, saya merasakan idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Kekuatan saya sekadarnya, jika diakui adalah dengan meniupkan dan menyemarakkan kesedaran k earah perubahan – islah mas ta ta' (perubahan sedaya upaya). Maka kita bergelut selama hampir dua dasawarsa menghadapi kekejaman dan keperitan hidup. Kita pecahkan tembok ketakutan; perkauman; kesempitan takrif agama kepada rahmatan lil 'alamin.

Namun kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di persimpangan jalan. Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan asasi tetapi pencak politik untuk berkuasa. Atau di sebaliknya, apakah saya dirundung malang kerana sukar menerima kenyataan? Memadai saya rumuskan keterbatasan dan kelemahan saya yang tidak upaya menggalas persefahaman baru DR.

Saya tidak berhalangan jika rapat umum dan sesi ceramah kita diteruskan dengan menekankan agenda Keadilan; menolak kerakusan kuasa dan pemerasan rakyat. Kelompok lain mungkin saja hadir menerangkan DR; tetapi jangan berganjak dari pendekatan kita. Pastinya tokoh lama tersebut yang tidak mendukung gagasan rakyat tidak wajar ditonjolkan kerana ia akan mengelirukan rakyat; mengaburkan agenda reformasi malah mengkhianati amanah islah.

Dalam wacana mengenai mauduk tersebut, itu saja batas yang saya mampu perakui. Jika majoriti memilih untuk mendukung persefahaman DR sepenuhnya; saya akur tetapi akan menyepi dan hanya mengulangi hasrat mendamba perubahan seutuhnya.

Kehampaan saya berikutnya justeru kelemahan lantas kegagalan menghimpun saf kepimpinan yang padu. Keupayaan dan peranan sebagai pengikat pimpinan dan kelompok juga kian terhakis. Maka kedengaran keluhan berunsur tuduhan bahawa saya turut memihak dan terkait dengan beberapa krisis sebelumnya. Saya cuba lakukan sebaiknya tetapi kudrat terbatas. Perseteruan sudah melampaui batas etika hingga kelihatan lebih lunak berurusan dengan musuh politik ketimbang teman seperjuangan.

Pelbagai ikhtiar, pujuk rayu dari saya tidak lagi mengesankan. Pandangan dan ulasan dari rakan-rakan sebegitu penuh dengan prasangka, dan sekilas mata dapat menyelamai kelompok yang diwakili. Persoalan nilai, akhlak, bahaya fitnah wajib dihindari. Maka keupayaan saya terbantut disini.

Saya pohon setulusnya agar warkah ini tidak diputar dan ditafsir mengikut selera kabilah. Warkah ini berupa wasiat dan amanah perjuangan untuk semua sahabat dalam saf kepimpinan. Telaah dan manfaatkanlah sebaiknya. Maaf dipohon seandainya dianggap terlanjur dan menyinggung.

Dalam kesepian dan murung, saya banyak menyemak puisi termasuk The Best Poems of the English Language: from Chancer through Proust karya Harold Bloom. Sebelumnya saya asyik dengan Pablo Neruda; Anna Akhmatova (Tsarina of Poetry); WS Rendra dan A Samad Said.

Rakan saya penyair Tawfiq Ismail pernah melakar di zaman remajanya – puisi yang saya hafal; dan pernah saya deklamasikan di Bandung sekitar 2005. Judulnya: "Memang Selalu Demikian, Hadi" (1966) di era gerakan mahasiswa menentang PKI dan Sukarno. Pohon izin menggantikan Hadi dengan "Saudaraku": "Memang selalu demikian saudaraku".

Setiap perjuangan selalu melahirkan
Sejumlah pengkhianat dan para penjilat 
Jangan kau gusar, saudaraku.

Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita
Pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang
Jangan kau kecewa, saudaraku.

Setiap perjuangan yang akan menang
Selalu mendatangkan pahlawan jadi-jadian
Dan para jagoan kesiangan.

Memang demikianlah halnya, saudaraku.
Kepada Allah SWT dipohon keberkatan dan restu.
Semoga perjuangan diberkati. Amin

Anwar Ibrahim

RUMORS TENGKU RAZALEIGH HAMZAH MENTERI PENUH ?

Posted: 16 May 2016 12:45 AM PDT

Tengku Razaleigh Hamzah Tandatangani Deklarasi Kelantan Menyokong DS Najib

Tengku Razaleigh Hamzah pada pertandingan Presiden UMNO tahun 1988 hampir memenangi jawatan Presiden UMNO apabila hanya tewas 43 undi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam pada itu, beberapa ahli UMNO membawa kes keahlian anggota UMNO ke Mahkamah yang membawa kepada pengharaman UMNO pada tahun 1988.

Kedua-dua pihak berlumba-lumba menghidupkan parti UMNO yang baharu. ROS telah meluluskan penubuhan parti UMNO (Baru) dari kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Manakala Tengku Razaleigh Hamzah berjaya menubuhkan parti Semangat 46.

Parti Semangat 46 inilah yang membantu PAS menubuhkan kerajaan d Kelantan pada tahun 1990. Itulah jasa besar Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46 kepada PAS.

Kemudian, Tengku Razaleigh Hamzah membubarkan Semangat 46 untuk kembali kepada UMNO semula. Sejak itu, Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah mendapat kedudukan di dalam kerajaan sebagai menteri penuh ataupun menjadi Pengerusi mana-mana GLC seperti Petronas, PNB dan sebagainya. Barangkali taraf politik Tengku Razaleigh bukan di situ, tetapi di tempat yang selayaknya.

Saya tidak yakin Tengku Razaliegh akan bersama-sama kem Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan DS Najib kerana luka lama tidak mungkin boleh dipadamkan begitu sahaja. Sebab itulah, Tengku Razaliegh Hamzah menandatangani Deklarasi Kelantanmenyokong tanpa berbelah bahagi kepada DS Najib. Adakah Tengku Razaliegh akan menjadi menteri penuh dalam rombakan terbaharu tidak berapa lama lagi? 

Satu-satunya harapan Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan DS Najib ialah dengan bantuan dan aura DS Anwar Ibrahim. Malangnya, sejak kempen Tun Dr. Mahathir menjatuhkan DS Najib, saya melihat DS Anwar dan keluarganya masih tidak dapat melupakan dan memaafkan kejadian 1998. Mereka masih sangat-sangat terluka kepada Tun Dr. Mahathir. Sebab itulah mereka sangat berhati-hati dan tidak sepenuh hati membantu Tun Dr. Mahathir. Mereka kelihatan tidak mempercayai Tun Dr. Mahathir.

Sebaliknya, DS Anwar dan DS Najib pula adalah rakan akrab semasa di dalam UMNO. Mereka tidak pernah bermusuh sehingga ke hari ini. Satu-satunya peluang percantuman semula DS Anwar-DS Najib ialah semasa Rekonsiliasi 2013 dahulu. Kedua-duanya sudah ada mekanisme, malangnya tekanan daripada rakan Pakatan Rakyat menggagalkan percantuman bersejarah itu.

Kesimpulannya, menjatuhkan DS Najib melalui cara demonstrasi dan pungut tandatangan amat sukar. Anda perlu menunggu PRU14 pada tahun 2018. Itulah mekanismenya di negara ini. Pungutan online amat diragui. Hanya pilihanraya sahaja jawapan paling tepat bukan tandatangan online.

Pilihanraya Kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi garis jawapan kepada persoalan di atas. Jika mereka masih gagal menjatuhkan DS Najib dalam PRK itu, saya percaya mereka akan berusaha lagi dengan apa jua cara. Mereka tahu, menumbangkan DS Najib dalam PRU14 adalah mimpi ngeri. Mereka tahu bukan mudah menumbangkan DS Najib dan kerajaan. Mereka pernah menjadi kerajaan dan mereka tahu rakyat masih bersama kerajaan.

MIMPI NGERI
Mimpi ngeri itu pernah berlaku pada tahun 1988. Apabila Datuk Shahrir Samad meletak jawatan dan bertanding menggunakan tiket BEBAS lawan UMNO. Seluruh negara terperanjat kerana Datuk Shahrir menang dengan majoriti 12,613 undi mengalahkan calon UMNO. 

Walaubagaimanapun, Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri walaupun UMNO tewas kepada BEBAS dengan majoriti 12,613 undi. Tidak ada sesiapa mendesak Tun Dr. Mahathir meletak jawatan di atas kekalahan yang sangat besar dan memalukan itu.

Lucunya, hari ini ada orang berkata, kalau UMNO kalah di Sg Besar dan Kuala Kangsar, DS Najib perlu meletak jawatan. Sebaliknya, jika UMNO menang di Sg Besar dan Kuala Kangsar, adakah orang itu akan pasrah dan mengakui qada dan qadar Ilahi?




Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-
Belantan

Belantan


Pakatan harapan dah jadi macam ‘Keluarga 69’?

Posted: 16 May 2016 11:21 AM PDT


Macam sudah jadi 'Keluarga 69' pula dah parti-parti yang 'berpakat' dalam pakatan harapan ini.

Sana sini gaduh. Bukan lagi ribut dalam cawan.Inilah agaknya 'ketulahan' ke­san kekalahan teruk DAP yang cuma menang tujuh daripada 31 kerusi ditandingi dalam pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lalu.

Ketika sekutu kuatnya, PKR masih berupaya mengekalkan tiga kerusi di sana, DAP sudah tidak mampu lagi menanggung rasa bimbangnya terhadap masa depan pakatan.

PAN diketuai Mohamad Sabu yang diharapkan menggantikan Pas, rupa-rupanya hanya 'lebih sudu dari kuah' sahaja. Ada hati pula nak 'rampas' calon kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Su­ngai Besar daripada Pas.

Beberapa hari selepas gagal di Sarawak, di negeri penguasaan DAP, Pulau Pinang pula berkocak.

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang sebelum ini menimbulkan kontroversi kerana dikatakan menentang Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam isu projek penambakan laut, difahamkan di­tekan untuk mengubah pendirian mereka.

Bimbang dengan perpecahan pakatan itu di Pulau Pinang yang menjadi 'pangkalan satelit' DAP, lima ADUN PKR terbabit dipercayai 'diperingatkan' supaya patuh de­ngan kerajaan atau dipersalahkan atas perpecahan pakatan.

ADUN-ADUN PKR yang memutuskan berkecuali berhubung usul oleh UMNO mengenai projek penambakan laut pada sidang DUN Pulau Pinang November lalu ialah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Dr. Norlela Ariffin (Penanti) dan Dr. T. Jayabalan (Batu Uban).

Akibat tidak sehaluan ini jugalah pada Februari lalu, Chin Wen ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Kah Peng pula ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

Dan barangkali kerana menyedari PKR dan PAN bukanlah gan­dingan secocok untuknya memulihkan imej yang tercalar teruk, DAP terpaksa menjilat kembali ludah sendiri mengajak Pas ke meja rundingan.

Ini semata-mata demi menjayakan hasrat DAP mencalar imej BN di kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar setelah baru sahaja menang bergaya di Sarawak.

Namun, mahukah Pas kembali melutut kepada DAP, setelah bermacam-macam penghinaan, tohmahan dan kecaman diterima oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada Guan Eng dan konco-konconya.

Kecaman yang Abdul Hadi 'bercakap tidak serupa bikin' dan Pre­siden itu disifatkan Guan Eng sebagai 'pengkhianatan bersiri' serta ketidakupayaannya untuk mengotai janji-janjinya masih segar.

Dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak serasi, DAP sema­kin pening kepala. Adakah hubu­ngan Guan Eng-Mohamed Azmin demikian juga?

Pakatan harapan bergelora.

Tanpa Pas, pakatan berkecamuk.

Hilang arah tuju. 
Hanyut ke laut lepas.

'Keluarga 69' pakatan harapan


Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:15 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


DERMA ARAB SAUDI..

Posted: 16 May 2016 09:05 PM PDT

3 BULAN LEPAS, kata Menteri Luar Arab Saudi..
"Funds deposited into M'sia PM's accounts NOT DONATION, but investment.."

BULAN LEPAS, tiba2 Menteri Luar Arab Saudi kata plok..
"Confirms DONATION to Najib came from saudi Arabia.."

HARI INI PULA, kata Putera Arab Saudi...
"I have no background on that.."

NAMPAK TAK !!!

SEHINGGA KE HARINI.. BELUM ADA LAGI pengesahan secara rasmi/ kenyataan rasmi dari Kerajaan Arab Saudi tentang derma tersebut.

YANG ADA PON.. hanya kenyataan yang SALING BERCANGGAH SATU SAMA LAIN setiap kali kenyataan dikeluarkan oleh individu/ menteri2 Arab Saudi sebelum ini.

HANYA pemakan dedak gred A sahaja percaya & tahu dari siapa.

Skandal 1MDB: Polis belum panggil bekas CEO 1MDB, kata KDN

Posted: 16 May 2016 09:02 PM PDT


Pihak polis belum menyoal siasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Halmi dalam sebahagian siasatan ke atas firma pelaburan kontroversi itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Semua saksi yang terlibat akan dipanggil oleh polis jika ada keperluan untuk merekodkan kenyataan mereka dan siasatan selanjutnya.
 "Shahrol belum dipanggil untuk merekodkan kenyataan beliau lagi," ujar Zahid dalam jawapan bertulis parlimen semalam.
Beliau menambah, siasatan polis adalah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan sekiranya terdapat unsur pecah amanah dan tipu.
Dlam laporannya mengenai 1MDB, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyalahkan Shahrol atas kelemahan firma itu.
Antara kelemahan-kelemahan tersebut ialah pelanggaran keputusan pengurusan dan nasihat oleh lembaga pengarah, atau bertindak sebelum keputusan spesifik dibuat oleh lembaga pengarah.
Shahrol terlibat dengan 1MDB dari mula, ketika ia masih dikenali sebagai Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA).
Kira-kira dua minggu yang lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengarahkan siasatan lanjut ke atas 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

PRN Atau PRU: Pas Terengganu akan tanding semua kerusi, kata pesuruhjaya negeri

Posted: 16 May 2016 08:51 PM PDT

Pas akan tanding semua kerusi di Terengganu, kata Satiful kepada media selepas majlis dengan Perantau Terengganu di Shah Alam.Pas akan tanding semua kerusi di Terengganu, kata Satiful kepada media selepas majlis dengan Perantau Terengganu di Shah Alam.
Pas Terengganu akan meletakkan calon di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri itu sekiranya berlaku pilihan raya negeri (PRN) atau dalam pilihan raya umum ke 14 akan datang.
Pesuruhjayanya Satiful Bahri Mamat berkata PAS sudah membuat persedian bagi menghadapi samada PRN atau pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14) akan datang.
"Saya tak kata (ada) pilihan raya kecil, (tapi) kebarangkalian tu ada, jadi kita sebagai Badan Perhubungan PAS Negeri, kita buat persediaan lah (menghadapi) apa-apa yang berlaku samada pilihan raya kecil ataupun apa (PRU-14),"jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal anjuran BPPNT dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) di Shah Alam kelmarin, lapor Buletin Online, media milik Pas Terengganu.
Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memberikan ucap utama pada makan malam yang telah berjaya menjual 110 buah meja itu.
Turut hadir ialah anggota Dewan Harian BPPNT dan wakil-wakil rakyat Pas Terengganu.
Sehingga kini, Pas masih mengadakan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR selepas Pakatan Rakyat pecah.
Dalam pilihan raya umum lalu, Pas mengambil keputusan bertanding di tiga kerusi yang diperuntukkan kepada PKR dalam rundingan Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Terlalu awal untuk rumus ada penipuan, sembang Najib

Posted: 16 May 2016 08:48 PM PDT


Adalah masih terlalu awal untuk merumuskan bahawa terdapat penipuan dalam transaksi atau urusniaga berkaitan 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Pada masa ini, terdapat pertikaian antara 1MDB dan IPIC.
 "Justeru, pihak 1MDB sedang mengkaji dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membuktikan bahawa pihak IPIC dan Aabar Investment PJS bertanggungjawab ke atas dana yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Aabar BVI berjumlah AS$3.5 bilion," katanya dalam jawapan bertulis parlimen semalam.
Najib, yang menjawap dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan, berkata adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada penipuan berlaku dalam urus niaga itu.
Beliau mengulas soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang menyoal mengenai sebab di sebalik peletakan jawatan yang dikemukakan oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
"Bila CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy meletakkan jawatan dan adakah ia kerna penipuan dalam IPIC dan Aabar yang melibatkan AS$3.5 bilion, sebab perletakan jawatan ditolak oleh Lembaga Pengarah 1MDB sedangkan semua ahli lembaga pengarah telahpun letak jawatan.
"Macam mana faedah AS$50juta dibayar bila IPIC enggan berbuat demikian," soal Lim.

Skandal 1MDB: Bank Swiss akan siasat kakitangannya

Posted: 16 May 2016 08:46 PM PDT


Bank Swiss yang terlibat dalam siasatan global 1MDB, BSI SA, dikatakan akan menyiasat kakitangannya dan urusniaga yang dilakukan melibatkan dana pelaburan Malaysia itu, menurut laporan Bloomberg.
Memetik sumber, seorang kakitangannya sedang disiasat di Singapura, adalah pengurus kepada pegawai bank yang didakwa di negara tersebut.
 Pengarah urusan perkhidmatan pengurusan kekayaan telah digantung kerja sementara siasatan sedang berjalan, kata sumber itu.
Ia, bagaimanapun, menekankan pengarah urusan itu tidak dituduh melakukan sebarang kesalahan oleh pihak berkuasa Singapura.
Inkuiri BSI yang sedang berjalan dilaporkan berlaku ekoran pihak berkuasa peringkat antarabangsa menyemak dakwaan 1MDB digunakan untuk menyalurkan dana kepada individu berkaitan politik.
Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB, bank Swiss telah memperkenalkan 1MDB kepada dana Cayman Islands yang menerima pelaburan sebanyak AS$2.32 bilion.
Pelaburan itu dan urusniaga berkaitan dengannya tertakluk kepada siasatan jenayah, termasuk mereka yang melakukannya di Singapura.
Pihak berkuasa kewangan Singapura telah menyoal kira-kira 40 bank, termasuk dua bank terbesar Australia, dalam siasatannya berkaitan dana-dana tersebut.
Sebelum ini, bekas pegawai BSI Bank yang beroperasi di Singapura berdepan tiga lagi dakwaan tambahan atas pergerakan dana dari akaun yang dikaitkan dengan 1MDB, demikian menurut laporan Straits Times Singapura.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada kontrak k'jaan diberikan kepada firma anak IGP - Zahid

Posted: 16 May 2016 08:45 PM PDT


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa syarikat yang dimiliki oleh anak perempuan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abdu Bakar diberikan kontrak senjata api daripada kerajaan.
 "Syarikat Nilai Arms and Ammunitions tidak pernah mendapat apa-apa kontrak untuk membekalkan senjata api kepada mana-mana agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri," katanya dalam jawapan bertulis kepada Parlimen semalam.
Zahid, berkata demikian kapasitinya sebagai menteri dalam negeri menjawab soalan Loke Siew Foke (DAP-Seremban) yang bertanya sama ada kontrak senjata telah diberikan kepada syarikat berkenaan
Sarawak Report mendedahkan bahawa anak perempuan kedua Khalid, Juwiza, dan adik iparnya, Mohd Isa Hussin beliau, adalah pemilik Nilai Arms and Ammunitions (NAA).
Pengerusi NGO pemantau jenayah, MyWatch, Datuk Seri R Sri Sanjeevan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara itu.
Menurutnya, jika firma itu mempunyai kontrak dengan kerajaan, ini akan menjadi kes konflik kepentingan.
Khalid pada 25 April lalu memberitahu wartawan bahawa syarikat senjata api milik anak perempuannya memperoleh lesen perniagaann sebelum beliau menerajui pasukan polis.
Khalid juga berkata, beliau telah melarang anaknya daripada membida tender yang dikaitkan dengan kerajaan atau polis.

Dr Che Rosli: 'Siapa kata Pas hilang kuasa di Selangor?'

Posted: 16 May 2016 08:38 PM PDT

PUCHONG - Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Selangor, Dr Che Rosli Che Mat kesal dengan tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) yang didakwa berterusan mengelirukan rakyat mengatakan Pas tidak lagi terlibat dalam pentadbiran Kerajaan Selangor.
Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Hulu Langat  berkata, pihaknya terpaksa memperbetulkan 'persepsi' tersebut melalui program-program dianjurkan bersama rakyat.
Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Selangor, Dr Che Rosli Che Mat Katanya, Pas mempunyai 13 kerusi Dun dan tiga wakil rakyatnya menggalas jawatan Exco di Selangor jadi tidak timbul soal Pas tidak terlibat dalam pentadbiran.
"Saya kesal dengan tindakan pemimpin parti politik yang sama-sama daripada kumpulan pembangkang juga dan hanya mempunyai dua kerusi di Selangor tetapi selalu cuba 'pusing' cerita mengatakan Pas tidak lagi signifikan di negeri ini," katanya.
Tindakan itu katanya, menyebabkan ada rakyat terkeliru dan menyangka hanya Pakatan Harapan (DAP,PKR dan Amanah) mentadbir Selangor.
Che Rosli meminta pemimpin parti tersebut menghentikan dakwaan yang menyebut dan menuduh  Pas tidak lagi signifikan kerana Adun dari Pas dan Exco masih menjalankan tugas serta tanggungjawab kepada rakyat.
"Pemimpin parti ini sengaja timbulkan persepsi untuk nafikan kewujudan Pas, sebelum ni DAP memang dah banyak kali minta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tendang kita (Pas) keluar, tapi  kerana kekuatan  beliau (Azmin), Pas masih bertahan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tembak Penagih & Pengedar: Bung Moktar ini emosional, kata IGP

Posted: 16 May 2016 08:36 PM PDT


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan ahli parlimen BN Datuk Bung Moktar Radin sebagai emosional apabila mencadangkan agar pihak berkuasa menembak penagih dan pengedar dadah di negara ini.
Katanya, apa saja tindakan yang mahu diambil oleh pihak berkuasa harus berlandaskan undang-undang dan peraturan.
"Saya rasa MP Kinabatangan ini dia emosional.
"Kita tak boleh emosional dalam memberi pandangan dan apa jua tindakan. Apa-apa tindakan mesti berlandaskan peraturan dan undang-undang," kata Khalid pada sidang media di ibu pejabat polis daerah (IPD) Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.
Bung Moktar semalam mencadangkan penyelesaian drastik bagi membendung masalah salah guna dadah di negara ini.
Beliau mengketengahkan cara Brazil menangani masalah itu tanpa membawanya ke mahkamah, tetapi mengarahkan polis yang menyamar supaya menembak penagih dan pengedar dadah.
Hasilnya, kata Bung masalah itu selesai.
Read More / Baca Lagi >>

Haluan terbuka terima pakatan vs haluan tertutup munculkan Amanah, kata Pahrolrazi

Posted: 16 May 2016 08:34 PM PDT


Pahrolrazi anggap Amanah muncul sebagai penerus legasi Tok Guru Nik AzizPahrolrazi anggap Amanah muncul sebagai penerus legasi Tok Guru Nik Aziz
Kewujudan dua pendekatan yang dinamakan haluan terbuka menerima kaedah mengadakan pakatan dengan pihak di luar parti dan haluan tertutup yang berfahaman sebaliknya adalah punca wujudnya dua polar dalam Pas yang akhirnya menimbulkan perselisihan yang berakhir dengan kemunculan parti baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah).
Demikian penjelasan yang diberikan anggota pimpinan nasional Amanah, Datuk Pahrolrazi Zawawi dalam satu dialog di Kota Bharu.
Menurut beliau, Pas satu ketika telah menjadi satu parti besar yang disertai oleh pelbagai latar belakang masyarakat negara ini sama ada berpendidikan agama atau asalnya mengikuti pendidikan konvensional.
Dari kalangan berpendidikan agama pula katanya ada yang mendapat pendidikan dalam negara dan yang lain belajar di luar negara khususnya Timur Tengah.
"Ini menyebabkan berlaku dua jenis kaedah dalam menjayakan dakwah dan politik Islam berhubung cara berhadapan kumpulan-kumpulan yang tidak bersama gerakan Islam sama ada mereka muslim mahupun bukan muslim.
"Satu pihak mengambil pendirian keras secara pukul borong menganggap orang lain adalah musuh Islam dan satu-satunya cara ialah memasukkan mereka menjadi seperti kita sehingga akhirnya kita menang bila majoriti bersama kita.
"Satu pihak lain pula berpendapat mereka yang di luar kumpulan kita tidak perlu jadi seperti kita untuk berpakat dengan mereka, sebaliknya cukup sekadar bergabung dengan mereka berdasarkan isu-isu yang serupa," katanya.
Dari sinilah munculnya kaedah tahalluf siyasi yang menjadikan Pas berada dalam pelbagai pakatan dan yang paling berjaya Pakatan Rakyat.
Menurut beliau walaupun sejak dulu telah wujud kumpulan keras yang tidak bersetuju jenis pakatan ini, mereka terpaksa tunduk kepada arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang begitu memihak kepada pendekatan pakatan dengan pihak lain.
Sekarang katanya kumpulan itu menguasai parti dan mereka membuat pelbagai cara untuk ketepikan idea berpakat dengan pihak lain menjadikan parti akhirnya bertelagah, pecahbelah dan kemunculan Amanah sebagai parti Islam baru.
Read More / Baca Lagi >>

BETULKAH UMNO BERANI PECAT MUHYIDDIN, MUKHRIZ DAN SHAFIE SEBELUM 18 JUN INI?

Posted: 16 May 2016 08:33 PM PDT

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan akan mencadangkan pemecatan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan hujung bulan ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah pun mempunyai laporan daripada Jawatankuasa Disiplin UMNO berkenaan tingkah laku Muhyiddin dan Mukhriz.

Pada saya, saya mahu pecat mereka, katanya lagi.
Bagaimana pun, menurut Tengku Adnan, Shafie Apdal mempunyai harapan untuk terlepas daripada sebarang tindakan kerana tidak dilihat bersama dengan pembangkang.

Sebelum ini, orang yang paling ghairah mahu mencadangkan pemecatan Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie ialah Nazri Aziz, malah sudah beberapa kali beliau menyebut mengenainya.

Empat hari lalu, Nazri sekali lagi mengulanginya dengan berkata, "Tetap (akan bawa usul pemecatan), apabila saja diberitahu tarikh mesyuarat MT, saya akan bawa usul untuk buang mereka."

Bagaimanapun, berbeza dengan Ku Nan yang menyifatkan Shafie masih ada harapan untuk terlepas daripada tindakan, Nazri sebaliknya menganggap Naib Presiden UMNO itu sudah melanggar peraturan parti apabila turut hadir bersama-sama Tun Mahathir dalam program Bicara Isu Semasa di Jitra, Kedah, baru-baru ini.

Kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu, Mahathir sekarang sudah berada di pihak pembangkang dan kehadiran Shafie dalam program tersebut menunjukkan beliau juga sudah melampau batas serta perlu ditendang keluar daripada UMNO.

Kenapa Ku Nan dan Nazri kelihatan seolah-olah saling berebut untuk mencadangkan pemecatan Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie?

Mengapa perlu Ku Nan juga mahu mencadangkan pemecatan itu sedangkan beliau tentunya tahu bahawa Nazri sudah  beberapa kali menyebut secara terbuka akan membawa usul tersebut?
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi: Peringatan Anwar tepat pada masanya

Posted: 16 May 2016 08:05 PM PDT


 Surat lapan halaman tulisan tangan mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tepat pada masanya, kata Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli.
Katanya, ia meletakkan kembali konteks asal dan rangka kerja bagi sebarang kerjasama lanjut hendak diteruskan.
Lebih penting lagi, ia mengingatkan pemimpin parti itu bahawa tidak ada jalan pintas dalam mengalahkan BN dan supaya tidak tersasar dari agenda reformasi, kata Rafizi kepada Malaysiakini.
Memandangkan mesej itu telah diketahui umum, Rafizi berkata beliau pasti pemimpin parti, dari akar umbi hingga ke peringkat nasional, akan merenung dan menyesuaikan semula tumpuannya.
Apabila kandungan surat itu pertama kali disiarkan di satu laman Facebook Pemuda PKR Pulau Pinang, Naib Presiden parti itu, Shamsul Iskandar Md Akin telah menafikannya, dengan berhujah bawa Anwar terus menyokong deklarasi itu dan objektifnya.
Bagaimanapun, Rafizi (gambar) kemudiannya mengesahkan bahawa surat itu adalah tulen, yang membayangkan kemungkinan PKR berpecah berkaitan dengannya.
Bagi surat itu sendiri, ia menggambarkan Deklarasi Rakyat itu sebagai dokumen Mahathir pada dasarnya, cacat dan tidak selaras dengan agenda reformasi PKR.
Surat itu dibuat selepas Mahathir mengumumkan lebih daripada satu juta orang telah menandatangani deklarasi tersebut.

Apa cadangan anda untuk selamatkan negara, soal Ambiga

Posted: 16 May 2016 08:01 PM PDT


Bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa mana-mana pihak yang mempunyai cadangan bagi menyelamatkan negara yang sedang dilanda krisis, untuk tampil memberi cadangan.
Bagaimanapun katanya, buat masa ini Deklarasi Rakyat adalah sebahagian jalan untuk menyelamatkan negara yang sedang dilanda krisis.
 "Kita boleh untuk bersetuju dan tidak setuju atau kita tidak langsung buat apa-apa tindakan (untuk selamatkan negara) kerana kita ada pilihan.
"Saya tak kata kita (buat Deklarasi Rakyat yang) sempurna tapi kita lakukan sesuatu ketika negara dalam krisis, apakah cadangan anda untuk selamatkan negara dan kita nak tahu apa rancangan anda semua? Kalau anda ada, jadi buatlah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Forum 'Deklarasi: Mana Pergi Rakyat' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Forum itu menampilkan Ambiga, bekas timbalan ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebagai pihak yang menyokong Deklarasi Rakyat.
Manakala pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, bekas setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan peguam Haris Ibrahim sebagai pihak yang menentang.
Ambiga berkata demikian sebagai mengulas soalan yang diajukan oleh Arutchelvan mengapa Deklarasi Rakyat dibuat secara terburu-buru.
Mengulas lanjut, Ambiga mengakui ia dibuat dalam masa yang terburu-buru namun katanya, di pihak NGO, beliau telah menilai isi kandungan Deklarasi Rakyat itu terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk ikut serta.
"Saya setuju ia memang terburu-buru dibuat, ia saya setuju. Kami di NGO hanya tahu empat hari iaitu pada 4 Mac, ketika Deklarasi Rakyat dicadangkan.
"Saya dan Maria Chin Abdullah telah buat 'consultation' yang banyak pada ketika itu," katanya.
Forum lebih dua jam itu panas dengan hujah-hujah dari pihak yang digelar di pihak 'Pro-reformasi' yang menggelarkan Deklarasi Rakyat itu sebagai 'Deklarasi Individu' kerana ia dibuat oleh bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.
Read More / Baca Lagi >>

Ada Deklarasi Rakyat sokong Mahathir? soal Khalid Samad

Posted: 16 May 2016 08:00 PM PDT


Deklarasi rakyat tidak memaksa parti pembangkang berpecahDeklarasi rakyat tidak memaksa parti pembangkang berpecah
Deklarasi Rakyat sama sekali tidak menyatakan sokongan terhadap Mahathir, tegas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.
Menurutnya, sejumlah 37 perkara dalam deklarasi yang termeterai pada Mac lalu itu juga tidak menafikan kezaliman terhadap Anwar Ibrahim.
"Ada (Deklarasi Rakyat) kata sokong Mahathir? Ada kata tolak Anwar? Adakah kita tak setuju dengan mana-mana item itu.
"Saya tak jumpa walau satu item (Deklarasi Rakyat) yang saya tak setuju," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu dalam Debat Perdana: Mana Pergi Rakyat? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam ini.
Sementara itu, ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin menegaskan Deklarasi Rakyat gagal membezakan antara simptom dengan barah sebagai akibat.
"Sebahagian besar (deklarasi) tentang 1MDB padahal itu adalah simptom. Sebenarnya simptom atau barah yang perlu diubati?" soal ahli seumur hidup PKR itu.Debat turut menyaksikan pertikaman lidah antara Chegubard dan Khairuddin tetapi masih dalam keadaan terkawalDebat turut menyaksikan pertikaman lidah antara Chegubard dan Khairuddin tetapi masih dalam keadaan terkawal
Beliau yang dikenali sebagai Chegubard turut menganggap Pakatan Harapan wajar terlebih dahulu menyelesaikan pelbagai isu termasuk pemakaian satu logo.
Read More / Baca Lagi >>

Khairuddin: Bukan saya penulis dan penerbit buku '50 dalil'

Posted: 16 May 2016 07:58 PM PDT


Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata beliau tidak terlibat sama sekali dalam penerbitan buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi perdana menteri'.
Kerana itu, katanya, mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengambil sebarang tindakan ke atasnya berhubung buku tersebut.
"Bukan saya penulis dan penerbit buku itu.
"Tengok siapa penerbit dan penulis buku itu, sehingga ke hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tak pernah ambil apa-apa tindakan ke atas diri saya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Forum 'Deklarasi: Mana Pergi Rakyat' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Forum itu menampilkan Kharuddin, bekas pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebagai pihak yang menyokong Deklarasi Rakyat.
Manakala pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, bekas setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan peguam Haris Ibrahim sebagai pihak yang menentang.
Sebelum itu, dalam forum tersebut Chegubard mendakwa bahawa Khairuddin merupakan salah seorang penulis buku itu.
Bagaimanapun, Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Khairudin selepas mendengar hujah dari bekas pemimpin Umno itu.
Sementara itu, Khairuddin berkata, beliau akan menjadi orang pertama yang akan menyokong sekiranya ada gerakan yang menggerakkan pembebasan Anwar.
"Saya akui kalau ada perjuangan nak keluarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh, saya orang pertama yang akan sokong perjuangan ini," tegasnya kepada 300 orang hadirin yang hadir.

Hadi: PAS sedia hadapi saingan tiga penjuru di PRK

Posted: 16 May 2016 07:45 PM PDT

PKR mahu berunding agar capai prinsip satu lawan satu pada PRK

Posted: 16 May 2016 07:45 PM PDT

Surat Anwar berkumandang, laungan reformasi bergema

Posted: 16 May 2016 07:44 PM PDT

Khalid geram diajukan soalan 'air kaki Tun Mahathir'

Posted: 16 May 2016 07:43 PM PDT

Kisah parang panjang di Sarawak dan suka ungkit hal berlalu

Posted: 16 May 2016 07:42 PM PDT

'Deklarasi Rakyat pecah-belahkan Pakatan kerana Tun Dr M' - Arul PSM

Posted: 16 May 2016 07:42 PM PDT

50 Dalil Anwar... hanya tuduhan dan persepsi, kata Khairuddin

Posted: 16 May 2016 07:41 PM PDT

Penonton bengang Chegubard tidak jawab soalan Ambiga

Posted: 16 May 2016 07:41 PM PDT

Langsung: 'Deklarasi Mana Pergi Rakyat?'

Posted: 16 May 2016 07:40 PM PDT

'Deklarasi Rakyat bawa perpecahan Pakatan Harapan'

Posted: 16 May 2016 08:26 AM PDT

'Deklarasi rakyat bawa perpecahan Pakatan Harapan'
KUALA LUMPUR - Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa Sebaliknya  membawa perpecahan kepada Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan berkata, ini terbukti apabila Deklarasi Rakyat yang disertai oleh pemimpin Pakatan Harapan telah menyebabkan parti-parti pembangkang dalam PH  berpecah belah.
"‎Deklarasi Rakyat bukan Deklarasi Rakyat sebaliknya Deklarasi Elit ia deklarasi cetek dan cacat...kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad  memecahkan kita dimana seorang didaktor diangkat oleh rakyat mana logiknya.
"‎Kehadiran Mahathir juga telah memecahkan kita, PKR pecah dua DAP pecah dua, kita NGO berpecah," katanya dalam Debat Perdana Deklarasi: Mana Pergi Rakyat? di Dewan Perhimpunan Perniagaan Cina Kuala Lumpur hari ini.
Dakwanya oleh itu, Deklarasi Rakyat tidak mengubah apa-apa, sebaliknya membawa 'malapetaka' kepada PH.
"Deklarasi rakyat tidak mengubah apa-apa ia hanya menghancurkan kita,"katanya.
Debat Perdana di anjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membabitkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga; bekas Naib Ketua Pemuda Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin; Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (penyokong Deklarasi Rakyat) sementara bagi pembangkang Deklarasi Rakyat diwakili Aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

DERMA 2.6B: JAWAPAN TAMBAH PENING

Posted: 16 May 2016 07:54 AM PDT

Putera Sultan Abdulaziz, anak Raja Arab Saudi yang memerintah sekarang iaitu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Menteri Pelancongan Arab Saudi berkata, beliau tidak boleh mengulas secara spesifik berkaitan derma RM2,600 juta yang diterima oleh Najib Razak sebelum pilihanraya 2013 lalu.

Najib mengatakan wang yang diterimanya adalah derma politik daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan ia kemudian turut disahkan oleh Peguam Negara, Apandi Ali.
"Saya benar-benar tidak tahu latar belakang isu ini, bukan saya mahu mengelak tetapi saya benar-benar tidak ada latar belakang.

"Ini isu dalaman Malaysia dan saya pasti anda akan selesaikannya," kata beliau ketika bercakap dengan media yang turut dihadiri oleh Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Sebagai analogi mudah, katalah pihak yang berkaitan dengan Istana atau kerajaan Malaysia telah heboh diperkatakan di seluruh dunia memberikan derma  dan jika derma itu memang benar-benar sebagai derma, apakah mungkin menteri negara kita sanggup memberikan reaksi seperti di atas?

Tidakkah derma itu sepatutnya sesuatu yang mudah untuk diakui, kalau pun tidak mahu membanggakannya?

Cuma perlu katakan ya atau tidak saja.

Kenapa menterinya yang juga merupakan salah seorang anak Raja Arab Saudi boleh mengatakan beliau tiada latar belakang mengenai derma itu sambil tergamak menyebut ia adalah isu dalaman Malaysia?

Mengapa beliau tak mahu mengakui wujudnya derma tersebut jika ia benar-benar sebagai derma?

Lagi pula jumlahnya bukan RM2.60 sen yang menyebabkan ia malu untuk diakui secara terbuka, tetapi RM2,600 juta. 

Pening lagi Najib dibuatnya....