Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pengajaran daripada Apai Besar Sarawak!

Posted: 13 May 2016 05:33 AM PDT


Menang di 72 daripada 82 kerusi. Rampas balik lima daripada 12 kerusi milik DAP dan kuasai lapan daripada 16 kerusi majoriti Cina.

Inilah ringkasan terbaik untuk menggambarkan kejayaan Apai Besar Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) baru-baru ini.

Kini, calon-calon langsung BN dalam proses untuk menyertai parti komponen sebagaimana yang disyaratkan Adenan. Parti serpihan iaitu Teras dan UPP juga bakal dibubarkan dan bergabung dengan komponen lain.

Adenan sekali lagi membuktikan beliau memiliki sentuhan perdamai­an. Sebelum ini pun, bekas Ketua Menteri, Tun Abdul Taib Mahmud kerap memberikan tugas mendamaikan pertikaian dalam kalangan komponen BN Sarawak kepada Adenan.

Adenan telah membuktikan beliau seorang pemimpin fantastik dan tidak keterlaluan jika dikatakan faktor Adenan adalah antara punca kemenangan besar BN Sarawak.

Pelbagai analisis dibuat mengenai kemenangan BN Sarawak. Malangnya, banyak yang dilihat dari sudut pandangan Semenanjung sehingga menjadi kurang tepat.

Politik Sarawak mesti dilihat dari sudut pandangan Sarawak kerana padangnya berbeza. Isu-isu dan keutamaannya juga berbeza, apa yang relevan di Semenanjung mungkin tidak sesuai di Sarawak dan begitulah juga sebaliknya.

Jadi, usahlah mengkritik pe­ngundi Sarawak atas pilihan mereka. Sedarkah para pengkritik sekalian apa yang mampu ditawarkan pembangkang di Sarawak? Tiada apa! Mereka sendiri tidak bergerak sebagai satu pasukan dan tidak meletakkan sasaran untuk mengambil alih pentadbiran kerajan negeri.

Maka memilih pasukan Adenan adalah yang terbaik berbanding pasukan caca-merba pembangkang yang bertanding sesama sendiri di hampir 30 kerusi DUN.

Lagipun, semua parti pembangkang utama adalah berasal dari Semenanjung. Itu titik kelemahan pembangkang kerana rakyat Sarawak lebih percayakan parti tempatan yang disifatkan sebagai memahami mereka.

Mengenai kemenangan besar di Sarawak, secara jujurnya penulis berpendapat PRN bukanlah indikator terbaik untuk mengukur kekuat­an BN di Semenanjung. Di Semenanjung, realiti politiknya sedang mengasak BN dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar lebih tepat untuk dijadikan kayu ukur. Semoga petunjuk positif di Sarawak turut melanda dua kawasan berkenaan.

Adenan telah membuktikan tiada yang mustahil jika ada kesungguhan dan kemampuan. BN Sarawak telah menunjukkan kekuatan DAP di kawasan bandar hanyalah mitos dan boleh dilumpuhkan.

Pencapaian ini bukanlah seperti bersiar-siar di Tebingan Kuching sebaliknya ibarat mendaki Gunung Santubong. Dalam usia 72 tahun, Adenan telah menekan diri sendiri ke tahap paling tinggi, beliau penat, difahamkan menjelang hari peng­undian beliau hampir pitam di pejabatnya.

Pada malam kemenangan, selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Astana Negeri, beliau menghadiri sidang akhbar bersama Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin kanan lain di Bangunan DUN Lama, Petra Jaya.

Riak muka Adenan lesu, bahasa badan dan tona suaranya menunjukkan beliau kepenatan. Bagaimanapun, banyak yang perlu dipelajari pemimpin BN di Semenanjung daripada gerak kerja Adenan.

Tidak sukar untuk meneka formula kejayaan Adenan. Bukanlah juga rahsia sulit kerana beliau ha­nya menterjemahkan kehendak Najib supaya pemimpin BN mendahulukan rakyat dan menyelami denyut nadi rakyat.

Hasilnya luar biasa, dalam tempoh dua tahun mengemudi Sarawak, Adenan memperkenalkan 53 sentuhan yang memukau rakyat.Menariknya, Adenan tidak suka menabur janji dalam membuat dasar prorakyat sebaliknya mengumumkannya apabila pelan penambahbaikan hampir siap atau sudah bersedia untuk dilaksanakan.

Adenan telah menunjukkan bagaimana untuk meraih sokongan rakyat melalui dasar-dasar yang menyentuh hati nurani mereka. Langkahnya wajar diteladani para pemimpin lain baik di peringkat negeri mahupun Pusat.

Beliau juga terkenal kerana berani mempertahankan hak Sarawak dan secara terbuka mengupas tentang kedudukan Sarawak sebagai rakan yang sama taraf dengan Semenanjung dalam pembentukan Malaysia.

Isu Sarawak vs Semenanjung boleh dikategorikan sebagai 'isu panas' di Sarawak (tetapi sejuk di Semenanjung) namun Adenan tidak terbuai dengan emosi. Pendiriannya bersandarkan fakta dan hak yang termaktub. Beliau menuntut hak namun menolak idea keluar daripada Malaysia sebagaimana yang diperjuangkan gerakan Sarawak 4 Sarawakians.

Melalui dasar beliau jugalah, ramai dalam kalangan masyarakat Cina yang biasanya kritikal kepada BN boleh menerima Adenan malah mereka bangga dengan Ketua Menteri itu (namun pada masa yang sama tetap kritikal kepada kerajaan Pusat).

Dalam memberi kredit yang sewajarnya, kita tidak boleh lupa sumbangan Perdana Menteri dan Ahmad Zahid yang saban hari membantu kempen BN di seluruh pelosok Sarawak.

Najib juga pandai mengambil hati rakyat dalam ucapannya apabila sentiasa menuturkan frasa dalam bahasa Iban asas selain membahasakan dirinya sebagai Apai Besar Menua Malaysia, Najib anak Razak.

Pelbagai peruntukan juga diluluskan untuk kesejahteraan rakyat. Ya, memang benar BN Sarawak selepas ini mempunyai kuasa tawar menawar yang lebih besar dalam membuat desakan kepada kerajaan Pusat sebagaimana yang dibim­bangi Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apa salahnya le­bih perhatian diberi kepada Sarawak? Lagipun sudah sampai masanya untuk Sarawak dijadikan rakan yang sama taraf dalam erti kata sebenarnya berpaksikan semangat pembentuk­an Malaysia.

Apa yang lebih penting, BN Sarawak telah sekian lama membuktikan kesetiaan mereka walaupun kurang diberi perhatian dalam era pentadbiran sebelum ini.

Merik pengaga ati nuju pengundi ba menua Sarawak laban kita udah milih pilihan ti manah.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS KUTUK AZMIN RAJA U TURN, PAS DEDAH SURAT PERJANJIAN

Posted: 13 May 2016 03:44 PM PDT

   
   

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:04 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Muhyiddin - Rosmah Juga Patut Saman WSJ

Posted: 13 May 2016 09:03 PM PDT

Muhyiddin - Penggantungan Tidak Ikut Perlembagaan

Posted: 13 May 2016 09:03 PM PDT

Muhyiddin - Kesetiaan Kepada Pemimpin Kena Berprinsip Bukan Buta Tuli

Posted: 13 May 2016 09:02 PM PDT

28 bilion Duit 1MDB Lesap, Takkan Najib Yang Sain Tak Tahu Ke Mana Pergi ?

Posted: 13 May 2016 09:02 PM PDT

Muhyiddin - Kesan Langsung Isu 1MDB Kepada Rakyat Biasa

Posted: 13 May 2016 09:01 PM PDT

Saya jatuh cinta kepada satu parti tapi tak boleh sebut kerana dalam edah, kata Husam

Posted: 13 May 2016 06:14 PM PDT


Islam ajar jangan terburu buru kata HusamIslam ajar jangan terburu buru kata Husam
Adun Salor, Datuk Husam Musa malam tadi mengakui telah jatuh cinta kepada satu parti setelah di"cerai"kan oleh parti asal beliau tetapi tidak dapat umumkan sekarang kerana masih dalam edah.
"Masa dalam edah ni tak boleh sesiapa masuk meminang apa lagi di khalayak ramai macam ni," kata Husam merujuk kepada pelawaan Pengerusi Amanah Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah di majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh di sebuah resort di Tok Bali malam tadi.
Wan Rahim yang berucap sebelum itu mencadangkan supaya beliau segera menyarung sut oren sebagai tanda menyertai Amanah dan meminta sehelai baju berlogo Amanah dihadiahkan kepada Husam.
Seorang peserta makan malam kemudian membawa baju warna oren untuk diserah kepada Husam namun beliau hanya mengambil baju tersebut tapi tidak memakainya.Lebih seribu hadir di makan malam pertama kehadiran Husam selepas dipecat PasLebih seribu hadir di makan malam pertama kehadiran Husam selepas dipecat Pas
Dalam ucapannya beliau terus menyatakan belum menerima sebarang surat berhubung pemecatannya dan hanya mengetahui hal tersebut daripada media atau pihak lain.
"Ada orang minta saya merayu, tapi apa yang saya nak rayu kerana kesalahan saya pun sehingga ini tidak diberitahu," kata beliau.
Berkenaan tuduhan beliau juga kononnya menerima rasuah berkaitan balak beliau mencabar mana-mana pemimpin negeri untuk mendedahkan akaun masing-masing untuk dinilai rakyat.
"Datuk Ahmad Yakob, Datuk Nik Amar Abdullah atau mana-mana pemimpin boleh umum akaun bank masing-masing untuk tunjuk kedudukan kewangan masing-masing.
"Saya boleh dedahkan akaun saya, mereka buka akaun mereka, kita tengok berapa banyak duit saya ada sehingga terus menerus buat fitnah," kata beliau.

Tahniah kepada 1.2 juta rakyat yang mahu Najib berundur

Posted: 13 May 2016 06:11 PM PDT

Muhyiddin turut yakin jumlah tandatangan pada Deklarasi Rakyat akan bertambah
najib muhyiidn
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada 1.2 juta rakyat Malaysia kerana berani menandatangani Deklarasi Rakyat yang menuntut pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau juga yakin jumlah tandatangan yang menuntut pengunduran Najib itu akan bertambah dari semasa ke semasa.
"Saya percaya lebih ramai yang akan tampil berbuat demikian sebagai pernyataan komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang rasuah dan pecah amanah.
"Sekalung tahniah kepada pasukan petugas Deklarasi Rakyat yang telah bertungkus lumus mengumpul tandatangan di segenap pelusuk tanah air. Syabas saya ucapkan! Undur Najib! Selamatkan Malaysia!," katanya dalam laman Facebooknya.
Beliau berkata demikian mengulas pengesahan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa 1.27 juta tandatangan telah berjaya dikutip di seluruh negara.
Dalam pada itu, Dr Mahathir juga berkata akan menyerahkan sendiri dokumen yang dinamakan Deklarasi Rakyat itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan sedang mendapatkan perkenan untuk menghadap.
Katanya, walaupun sasaran sejuta tandatangan pada tahun ini berjaya dilaksanakan lebih awal, tandatangan lain akan terus diterima.
Mahathir berkata, sebanyak 1.07 tandatangan dikumpul melalui atas talian dan 200,000 lagi melalui pengedaran borang secara fizikal.
Sebanyak 50,000 lagi direkodkan di laman alternatif Change.org.

Salleh: Tiada peruntukan dalam Perlembagaan bolehkan Agong pecat PM

Posted: 13 May 2016 06:10 PM PDT



Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong untuk memecat perdana menteri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Merujuk kepada gembar-gembur mengenai satu juta tandatangan yang kempen "Selamatkan Malaysia" yang sepatutnya diperoleh bagi menyokong petisyen itu, Salleh berkata, amat sedikit Seri Paduka boleh lakukan mengenai petisyen itu.
"Sudah tentu, ia cuma untuk memberi gambaran bahawa perdana menteri telah kehilangan sokongan, anda sentiasa boleh mendapatkan satu juta tandatangan dan menghantar petisyen mengandungi tandatangan ini kepada Agong.
"Tetapi persoalannya kemudian ialah apa? Adakah kamu akan mendesak Agong memecat perdana menteri walaupun itu menyalahi undang-undang?" katanya menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.com, semalam.
Beliau berkata walaupun orang berkata bahawa kerajaan perlu menghormati dan mematuhi Perlembagaan, mereka yang menentang kerajaan juga harus melakukan perkara yang sama.
Beliau berkata Perlembagaan secara khusus menyatakan bahawa Anggota Dewan yang mendapat kepercayaan majoriti anggota-anggota Dewan dipilih menjadi perdana menteri.
"Atas semangat yang sama, jika perdana menteri hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan, maka beliau perlu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Gebenor BNM umum tamatkan siasatan terhadap skandal 1MDB

Posted: 13 May 2016 06:06 PM PDT

Siasatan 1MDB tutup kata Muhammad IbrahimSiasatan 1MDB tutup kata Muhammad Ibrahim
Bank Negara Malaysia (BNM) menamatkan siasatan di bawah bidang kuasanya terhadap hal ehwal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim berkata 1MDB telah menyatakan komitmen untuk membayar kompaun sebelum tarikh akhir pada 30 Mei 2016, menandakan tamatnya siasatan tersebut.
Syarikat pelaburan strategik negara berkenaan dikenakan kompaun oleh bank pusat susulan kegagalan melaksanakan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Bagaimanapun, Muhammad enggan memberitahu nilai kompaun yang dikenakan ke atas 1MDB, memandangkan ia bertentangan dengan amalan BNM bagi mendedahkan kuantum yang dikenakan terhadap individu khusus atau entiti kepada awam.
1MDB dijangka membayar denda tersebut.
Semasa taklimat media hari ini, Muhammad mengulangi bahawa kesemua siasatan di bawah bidang kuasa bank pusat dari segi peraturan, kawal selia dan undang-undang ditamatkan.
"Dari segi siasatan yang bukan di bawah peraturan, kawal selia dan undang-undang bank pusat, kita akan meneruskan kerjasama dengan badan berkuasa lain," katanya.
Menurut kenyataan 1MDB pada 28 April lepas, bayaran kompaun tersebut akan dijelaskan pada atau sebelum tarikh akhir.
Mengenai pertikaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company, Muhammad berkata kedua-dua pihak tersebut perlu menyelesaikan perkara berkaitan dan bank pusat tidak akan campur tangan.
Selain itu mengenai kebimbangan terhadap kenaikan liabiliti luar jangka 1MDB disebabkan pertikaian kedua-dua pihak berkenaan, beliau berkata kerajaan akan memenuhi semua tanggungjawab hutangnya.

Apa peranan mereka ini sebenarnya ??

Posted: 13 May 2016 06:04 PM PDT

Sekali lagi Gabenor BNM baru tonjolkan aura & kuasa yg sbenarnya dgn mengatakan BNM tamatkan siasatan terhadap 1MDB..

TETAPI KENAPA di 8 buah negara yg lain termasuk SWITZERLAND, SINGAPORE, HONG KONG, AMERIKA SYARIKAT, UNITED KINGDOM, AUSTRALIA, LUXEMBOURG dan SCOTLAND masih lagi siasat skandal yg berkaitan 1MDB ??!!

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU..

Posted: 13 May 2016 06:01 PM PDT

SIAPA kurang ajar pada Raja-raja Melayu ??
SIAPA penderhaka sebenar pada Raja-raja Melayu ??

Sejarah Menjawab Segala-galanya..

Bezanya anak & bapak..

Posted: 13 May 2016 06:00 PM PDT

Tun Razak..
Tak bazir wang utk isteri
Tak boros beli panda
Suruh Rahah beli tiket sendiri jika mahu ikutnya

Najib..
Bazir wang utk isteri
Boros beli panda
Selamba muka tebal guna jet mewah kerajaan

RUPA2NYA ekonomi negara kita TELAH SUSUT MEROSOT dlm tempoh 6 SUKU TAHUNAN BERTURUT-TURUT !!

Posted: 13 May 2016 06:52 AM PDT

BONGKAR !!!.. Sekali lagi kita ditipu Gabenor Bank Negara yg baru katanya hari ini ekonomi negara telah berkembang..

BERKEMBANG TANG MANA !!.. Berkembang makin menipu ka !!..

#SEBARKAN #VIRAL agar rakyat tahu penipuan KERAjaan UMNO/BN selama ini..

ALAMAKK...KITA PULAK YANG TOLONG BAYAR?

Posted: 13 May 2016 06:47 AM PDT

Hairan, kenapa masih tiada penafian?

Jauh sekali ada ancaman mahu mengambil tindakan saman, malah tiada langsung pemimpin UMNO yang tampil mempertahankannya.

Apakah semua orang sudah malas dan letih untuk mempertahankan Najib Razak dan keluarganya yang tidak henti-henti dikaitkan dengan kehilangan wang daripada 1MDB?
Selepas beberapa siri pendedahan sebelum ini, semalam The Wall Street Journal atau WSJ dalam artikel bertajuk "Malaysia Leader Najib's Stepson Allegedly Funded US Property Deal With 1MDB Money" mendedahkan sejumlah AS$50 juta wang 1MDB dilencongkan ke akaun anak tiri Najib, Riza Aziz untuk kegunaannya membeli dua kediaman mewah di Amerika Syarikat.

Dua kediaman tersebut, satu kondominium mewah di Park Laurel,  New York berharga AS$33.5 juta dan sebuah rumah agam di Beverly Hill bernilai AS$17.5 juta.

Menurut dokumen yang didakwa dilihat oleh WSJ serta maklumat individu berkaitan hal tersebut, pembelian kedua-dua hartanah itu kini sedang disiasat oleh pihak FBI.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M: Penyokong Deklarasi Rakyat terima ancaman

Posted: 13 May 2016 06:40 AM PDT

Tun M: Penyokong Deklarasi Rakyat terima ancaman
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed mengakui pelbagai ancaman diterima oleh penyokong Deklarasi Rakyat sekiranya mereka menurunkan tandatangan bagi menyokong usaha untuk menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, di sesetengah kawasan luar bandar, rakyat diancam dengan penarikan balik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) sekiranya menurunkan tandatangan untuk menyokong deklarasi berkenaan.
"Penjawat awam juga menyatakan kebimbangan untun menurunkan tandatangan mereka, tetapi sejumlah daripada itu memberanikan diri untuk tampil dan menyokong serta menandatangan Deklarasi Rakyat ini," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan bahawa dalam usaha untuk mengumpulkan tandatangan, terdapat propaganda dan putar belit yang dimainkan oleh pihak Najib untuk mempengaruhi rakyat supaya menolak sokongan terhadap Deklarasi Rakyat dengan mengguna strategi pecah dan perintah, perkauman serta menuduh pergerakkan ini sebagai gerakan haram untuk menumbangkan kerajaan.
Beliau berkata, taktik tersebut nyata gagal dan kebanyakkan rakyat tahu bahawa gerakan ini bukan bermotifkan politik dan hanya mewakili rakyat yang tersiri daripada pelbagai kaum, agama dan kecedenrungan politik serta tidak mewakili agenda peribadi sesiapa.
"Usaha untuk memaparkan gerakan ini sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi juga gagal kerana objektifnya adalah untuk menuntut Najib untuk meletak jawatan," katanya.

PRK: Azmin nasihat jaga adab ketika kempen

Posted: 13 May 2016 06:37 AM PDT

PRK: Azmin nasihat jaga adab ketika kempen
Mohamed Azmin (kiri) berbual-mesra sambil menikmati makanan bersama-sama Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi (tengah) pada Majlis Kenduri Kampung di Masjid As-Siraj Kampung Batu 23 Sungai Nibong.
SUNGAI BESAR - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang dijalankan pada bulan Ramadan diharap dapat diadakan dengan lebih tenang dan aman khususnya dalam kalangan pengundi beragama Islam.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semua pihak termasuk pemimpin dan pengundi seharusnya menjaga adab semasa berkempen seperti tidak melemparkan fitnah dan kata-kata kesat antara parti yang bertanding.
"Saya percaya bulan Ramadan ini satu bulan yang cukup mulia dan ia mendidik kita kembali sebagai hamba ALLAH yang beriman dan pada masa sama menjalankan tugas kita sebagai pemimpin di muka bumi ini dengan adil dan saksama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Kenduri Kampung di Masjid As-Siraj Kampung Batu 23 Sungai Nibong.
Ditanya sejauhmana persediaan menghadapi PRK di Parlimen Sungai Besar, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, beliau yakin dengan usaha yang telah dijalankan di negeri itu khususnya di Sabak Bernam sejak kerajaan negeri 'bertukar tangan' pada 2008.
"Apabila saya mengambil-alih 2014, usaha ini, diteruskan dan ditingkatkan termasuk program Hijrah, perkhidmatan percuma bas Smart Selangor, Internet Tanpa Wayar (WiFi) untuk masyarakat di sini yang boleh akses kepada internet dan bantuan kepada petani serta nelayan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Timb Ketua Menteri: Adenan tipu Cina Sarawak

Posted: 13 May 2016 06:35 AM PDT


 Masyarakat Cina di Sarawak telah ditipu oleh Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem kerana beliau tidak melantik timbalannya dari kaum Cina seperti yang dijanjikan, ujar Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.
"Saya rasa masyarakat Cina, terutama sekali pengundi Batu Kawah telah ditipu. Tidak sampai seminggu, dan tentunya, pengkhianatan ke atas pengundi Batu Kawah oleh Adenan," Chong memberitahu Malaysiakini.
Borneo Post sebelum ini melaporkan Adenan, semasa berkempen di Batu Kawah pada pilihan raya negeri Sarawak, menawarkan kerusi timbalan ketua menteri dari bangsa Cina jika mereka menyokong SUPP.
Bagaimanapun, selepas pilihan raya, akhbar berbahasa Inggeris memetik Adenan sebagai berkata walaupun beliau gembira undi Cina kembali kepada BN, namun terpulang kepadanya untuk melantik timbalan Cina atau tidak.
Diminta mengulas mengenai barisan kabinet Adenan itu, Chong berkata, tiada apa yang berubah dari zaman ketika Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menerajui pentadbiran negeri.
"Tiada apa yang berubah, cuma satu atau dua muka baru," jelas beliau.

Kena Main: Sarawak dapat 3 timbalan KM, semua bukan Cina

Posted: 13 May 2016 06:34 AM PDT


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem telah secara rasminya mengumumkan kabinet barunya, menampilkan tiga timbalan ketua menteri dengan tiada satu daripadanya berbangsa Cina.
Tiga timbalan Adenan ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Timbalan Presiden Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
Barisan kabinet baru itu diumumkan selepas upacara mengangkat sumpah di Kuching, hari ini.
Pada sidang media 28 April yang lalu, Adenan menggesa pengundi Cina memilih BN berbanding DAP jika mereka mahu bangsa itu menduduki kerusi timbalan ketua menteri.
"Sudah tentu, itu pun jika mereka mahu menjadi kerajaan, satu jalan yang ada ialah dengan mengundi SUPP.
"Jika tidak mahukan itu, undilah DAP. Jika mahu (jawatan), anda undi SUPP. Dan selepas itu akan ada wakil Cina untuk jawatan timbalan ketua menteri dalam kabinet," Adenan dipetik berkata oleh Borneo Post.
Bagaimanapun, selepas pilihan raya negeri, akhbar berbahasa Inggeris memetik Adenan sebagai berkata bahawa sementara beliau gembira kerana undi Cina telah kembali ke BN, terpulang pada beliau untuk melantik atau tidak.

Kena Main: Hanya lantik TKM Cina jika SUPP menang semua, kata Adenan

Posted: 13 May 2016 06:32 AM PDT


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini menafikan dirinya pernah menjanjikan beliau akan melantik timbalannya berbangsa Cina.
Menurut laporan Bernama, Adenan berkata, beliau cuma berjanji akan melantik menteri Cina dalam kabinet negerinya bagi mewakili kaum tersebut dalam pentadbiran Sarawak.
 Beliau turut dilaporkan oleh agensi berita nasional sebagai berkata beliau mungkin melantik timbalan Cina jika SUPP menang semua 13 kerusi yang ditandinginya. SUPP hanya menang tujuh kerusi.
Adenan berkata demikian semasa sidang akhbar selepas majlis angkat sumpah kabinet barunya di Kuching.
Hanya seorang menteri Cina dalam kabinet itu iaitu bekas Presiden UPP, Wong Soon Koh sebagai menteri kewangan kedua, dan Presiden SUPP, Sim Kui Han as local government minister.
Ketua menteri itu sebelum ini dipetik oleh Borneo Post sebagai menggesa pengundi Cina agar memilih BN berbanding DAP jika mahukan timbalan ketua menteri kaum itu.
"Sudah tentu, itu pun jika mereka mahu menjadi kerajaan, satu jalan yang ada ialah dengan mengundi SUPP.
"Jika tidak mahukan itu, undilah DAP. Jika mahu (jawatan), anda undi SUPP. Dan selepas itu akan ada wakil Cina untuk jawatan timbalan ketua menteri dalam kabinet," Adenan dipetik berkata oleh Borneo Post.
Bagaimanapun, selepas pilihan raya negeri, akhbar berbahasa Inggeris memetik Adenan sebagai berkata bahawa sementara beliau gembira kerana undi Cina telah kembali ke BN, terpulang pada beliau untuk melantik atau tidak.

Jangan ganggu usaha kalahkan UMNO, kata PAS Perak kepada PH

Posted: 13 May 2016 06:30 AM PDT

Malah kalau pun PH bertanding, mereka tidak akan menang dan malah tidak akan mendapat undi yang lebih tinggi daripada PAS, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak perlu meletakkan calon dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kerana ia hanya akan 'mengganggu' usaha menewaskan UMNO, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Malah kalau pun PH bertanding, katanya lagi, mereka tidak akan menang dan malah tidak akan mendapat undi yang lebih tinggi daripada PAS, katanya lagi.
"Kehadiran mereka hanya memecahkan undi pembangkang dan memberi kelebihan kepada UMNO.
"PAS tidak ada persetujuan dengan PH, tetapi jika mereka fikirkan matlamat utama iaitu menewaskan UMNO, seharusnya mereka memberi laluan kepada kita," katanya ketika dihubungi FMT.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga membuat gesaan sama pada hari ini.
Pengarah Strategi AMANAH, Khalid Samad pula membayangkan Pakatan Harapan akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi Parlimen, namun menyambut baik cadangan agar perbincangan dibuat bersama-sama PAS bagi menjamin satu lawan satu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini mengumumkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, berikutan kematian ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak minggu lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Kenangan 13 Mei: Kuala Lumpur kota ‘bunuh’

Posted: 13 May 2016 06:26 AM PDT

Bencana banjir terburuk yang menimpa Kuala Lumpur dianggap rahmat Tuhan untuk mencuci dan membersih kesan darah akibat rusuhan Peristiwa 13 Mei.
13-MeiPagi tadi ibu saya mengingatkan tarikh hari ini, 13 Mei.
Bagi saya, tarikh itu tidak membawa apa-apa makna, kecuali sudah sampai ke pertengahan bulan dan hampir sampai ke pertengahan tahun. Lain daripada itu, tiada apa-apa.
Tetapi bagi ibu saya, lain ceritanya. Dia yang lahir pada tahun 1955 ketika peristiwa 13 Mei, baru berusia 14 tahun. Masih muda, lagi-lagi pada tahun 1969, apalah sangat pendedahan yang diberikan kepada seorang remaja atau kanak-kanak berumur 14 tahun.
Kalau sekarang lain ceritanya. Remaja berusia 14 tahun sekarang, tahu banyak perkara. Mereka sudah memiliki ruang privasi sendiri, hak untuk bercakap, beri pandangan dan menentukan apa yang mahu, mungkin juga sudah memiliki telefon pintar atau I-Pad sendiri.
Ibu saya, pada usia 14 tahun, apalah sangat yang dia tahu.
Bagaimanapun kejadian yang menimpa negara, khususnya kota Kuala Lumpur telah menyedarkan dia apa maksud kehidupan dan bencana yang dilalui negara hasil sikap manusia yang hilang rasa toleransi.
Setiap tahun menjelang hari ini, ibu akan ingatkan saya dan bercerita mengenainya. Sekarang umurnya 61 tahun, saya masih tidak serik mendengar pengalamannya. Saya pula terus menunjukkan rasa keprihatinan dan ingin tahu. Tahun demi tahun ada sedikit yang berubah, tak mengapa, mungkin faktor usia dan kesihatan. Ada yang dia lupa, ada yang dia mengagak, ada yang dia ingat, katanya ingat sampai mati.
Ketika itu keluarga ibu tinggal di sebuah estet dekat Rawang, Estet Bukit Munchong. Ternyata kawasannya tidak terkesan lagipun ketika itu jarak dari Kuala Lumpur ke Rawang boleh dikatakan agak jauh. Berbeza sekarang, sekali tekan pedal minyak sudah boleh sampai ke Rawang.
Pada usia itu, ibu saya berhenti belajar dan mula bekerja sebagai penoreh getah. "Sewaktu kejadian 13 Mei, estet kami tidak terkesan, mungkin kerana lokasinya agak dalam. Tetapi arwah mak dan bapa terkesan kerana selalu keluar masuk estet untuk bekerja luar selain membeli barang.
"Saya masih ingat, kami dengar pasal rusuhan kaum yang berlaku. Satu estet riuh berkata Cina dan Melayu saling membunuh. Arwah mak dan bapa saya pula tiada pilihan tetapi kena keluar estet termasuk ke Kuala Lumpur. Mereka bercerita bagaimana terlalu banyak pemeriksaan dilakukan. Kami juga mendengar khabar angin, Melayu, Cina saling membunuh. Ada yang cerita, orang India juga dibunuh," kata ibu saya.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M sendiri akan serah 1.27 juta tandatangan "Deklarasi Rakyat" pada agong

Posted: 13 May 2016 06:19 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan lebih 1.27 juta tandatangan menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjaya dikutip di seluruh negara.

Beliau juga berkata akan menyerahkan sendiri dokumen dinamakan Deklarasi Rakyat itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan sedang mendapatkan perkenan untuk mengadap.
Katanya, walaupun sasaran sejuta tandatangan pada tahun ini berjaya dilaksanakan lebih awal, tandatangan lain akan terus diterima.
Mahathir berkata, sebanyak 1.07 tandatangan dikumpul melalui atas talian dan 200,000 lagi melalui pengedaran borang secara fizikal.
Sebanyak 50,000 lagi direkodkan di laman alternatif Change.org.
"Kami bukan hanya terima saja. Kami periksa setiap nama, tandatangan dan kad pengenalan.
"(Terdapat juga) sesetengah borang di atas talian, yang tidak diisi dengan betul. Kami rasa ini mungkin tidak asli.
"Kami tolak 253,000 borang, yang kami fikir tidak asli.
"Bila saya sebut 1.27 juta tandatangan, ini yang telah disemak dan ada di sini," kata perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.
Beliau merujuk longgokan kertas yang diletakkan di tempat itu.

Berkain pelekat, MB Selangor santai pagi dengan masyarakat di Pasar Sari

Posted: 13 May 2016 06:13 AM PDT

Panama Papers: anak ahli politik siapa terlibat?

Posted: 13 May 2016 06:08 AM PDT

Dr M akan serah 1.27 juta tandatangan pada Agong

Posted: 13 May 2016 06:08 AM PDT

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:06 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


DAP Johor kesal SB intip telefon peribadi TMJ

Posted: 13 May 2016 07:44 AM PDT

chintong_sbinttipmj

Roketkini.com


KLUANG: DAP Johor hari ini melahirkan kebimbangannya berikutan tindakan kerajaan melalui Cawangan Khas (SB) yang dikatakan mengintip telefon peribadi milik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, dalam satu kenyataan medianya hari ini berkata tindakan polis itu tidak mengikut mana-mana undang-undang atau akta yang memberikan hak kepada SB untuk melakukan tindakan terbabit.

Beliau menjelaskan, dalam jawapan balas di Parlimen pada 2014, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri ketika itu memaklumkan bahawa pintasan komunikasi oleh polis dibenarkan hanya dengan kelulusan Pendakwa Raya jika terdapat maklumat berkaitan sesuatu kesalahan yang dilakukan.

Sehubungan itu, Chin Tong yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan meminta supaya Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri supaya memberikan penjelasan yang memuaskan berkaitan tindakan terbabit.

Semalam, Tengku Ismail yang mesra dipanggil TMJ dalam satu kenyataan mendakwa bahawa SB melakukan intipan melalui telefon peribadi miliknya, malah Bukit Aman turut menyimpan fail mengenainya dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

TMJ turut menyatakan beliau bukanlah pengganas yang perlu diintip dan diawasi.

"Tunku Ismail tidak boleh diintip hanya kerana baginda ada kalanya meluahkan pandangan yang tidak dikongsi bersama oleh kerajaan persekutuan.

"Malah, kerajaan tidak harus mengintip rakyat hanya kerana aktiviti politik dan pandangan mereka," tegas Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang. – Roketkini.com


Orang UMNO pohon tanah di Sabah saiz lebih luas dari Pulau Pinang, DAP gesa siasat segera

Posted: 13 May 2016 07:39 AM PDT

junz wong


Roketkini.com


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah digesa menyiasat permohonan tanah seluas 300,000 ekar oleh tiga individu yang didakwa mempunyai pertalian rapat dengan UMNO di Kampung Nayon, Nabawan di pedalaman Pensiangan.

Keluasan 300,000 ekar itu adalah jauh lebih besar daripada keseluruhan kawasan negeri Pulau Pinang yang mempunyai keluasan 1,031 km persegi atau 254,720 ekar. Keluasan kawasan di Sabah itu juga boleh memuatkan 300,000 padang bolasepak.

Gesaan siasatan itu dibuat Setiausaha DAP Sabah, Junz Wong, berdasarkan tiga pucuk surat yang bertarikh 13 April 2016, di mana beliau turut mendakwa bahawa salah seorang pemohon tanah tersebut merupakan pegawai yang berkhidmat di Jabatan Ketua Menteri.

"Saya dimaklumkan, setiap mereka mempunyai pertalian yang kuat dengan UMNO yang mana seorang daripadanya dipercayai Setiausaha Eksekutif UMNO, seorang lagi adalah ketua setiausaha politik di Jabatan Ketua Menteri manakala seorang lagi dari UMNO Labuan," jelas Adun Likas itu.

Menegaskan bahawa permohonan tanah tersebut ini tidak munasabah dan tidak wajar diterima, beliau berkata, pihak terbabit telah diberi amanah untuk menjaga kepentingan rakyat Sabah dan sepatutnya melindungi tanah-tanah penduduk kampung, tetapi mereka bertindak sebaliknya.

"Bagaimana mungkin seorang pegawai kerajaan memohon 300,000 ekar tanah?" soal beliau.

Menurut Junz, beliau juga mendapat tahu ada sepucuk lagi surat bertarikh 12 Mei 2016 yang dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pensiangan kepada Jabatan Tanah dan Ukur yang membantah permohonan tanah tersebut.

"Menariknya dalam kes ini, UMNO Pensiangan juga tahu ada sesuatu yang salah berlaku dan membantah permohonan 300,000 ekar itu.

"Saya akan ikuti perkembangan isu ini dengan teliti dan menggesa ketua menteri dan jabatan ukur untuk menjelaskannya," ujar beliau. – Roketkini.com


Najib perlu jelas sama ada anak tirinya ada kaitan dengan skandal 1MDB

Posted: 13 May 2016 07:36 AM PDT

MP DAP PJ Utara Tony Pua
Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak digesa tampil menjelaskan dakwaan terbaru The Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan kekayaan yang dikumpul anak tiri perdana menteri terbabit, Riza Aziz, dengan skandal yang melibatkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia susulan laporan WSJ yang mendakwa bahawa dua buah hartanah di New York dan Beverly Hills, masing-masing bernilai US$33.5 juta dan US$17.5 juta yang dimiliki Riza pada 2012 adalah hasil daripada pindahan wang dari Aabar Investment PJS Ltd. ke Red Granite Capital, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Riza.

Menurut laporan itu juga, pindahan wang pada tahun berkenaan dibuat dalam empat transaksi berasingan dengan keseluruhan jumlah hampir US$288 juta.

Bagaimanapun, syarikat yang menjalinkan usahasama dengan 1MDB dan berhak mendapatkan bayaran yang sepatutnya diterima oleh Aabar Investment PJS Ltd. berkenaan, iaitu International Petroleum Investment Corporation (IPIC) telah secara rasmi menafikan bahawa syarikat Aabar terbabit adalah anak syarikat miliknya.

Sehubungan itu, menurut Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee, Najib yang juga pengasas 1MDB tidak harus berdiam diri, sebaliknya digesa supaya tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan media antarabangsa berkenaan atau terpaksa berhadapan tanggapan buruk rakyat terhadapnya.

"Perdana Menteri harus menunjukkan bukti bahawa Riza Aziz, dengan pengalaman kurang daripada empat tahun sebagai pegawai bank HSBC London dan mengasaskan Red Granite pada 2011 dapat mengumpulkan kekayaan seumpama itu secara sah, bersih dan tidak melibatkan 1MDB," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tony yang juga Pengerusi DAP Selangor turut menempelak jawapan yang pernah diberikan Najib kepada The New York Times berkenaan dana yang diperoleh Riza yang menurut Najib tidak dapat dikesan, malah tidak tahu menahu jumlah wang yang telah dilaburkan oleh Riza.

"Alasan yang lemah sebegitu, yang sudah lagi tidak boleh dipercaya, tidak lagi boleh dijadikan sebagai alasan sikap berdiam diri Najib terhadap perbelanjaan mewah anak tirinya di Amerika Syarikat," tegas Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara. – Roketkini.com

Banjir kilat Kuala Lumpur: DBKL perlu buat kajian profesional dan telus untuk pengetahuan umum

Posted: 13 May 2016 07:34 AM PDT

lim lip eng

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Susulan banjir kilat di sini semalam, Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lim Lip Eng, menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan kajian bagi mendedahkan punca sebenar berlakunya kejadian itu.

Beliau dalam kenyataannya hari ini turut meminta pihak berkuasa mewujudkan pelan mitigasi banjir yang komprehensif bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.

"Tidak kiralah sama ada ia disebabkan oleh daun kering yang menyebabkan parit dan longkang tersumbat seperti dakwaan Menteri Wilayah dua hari lalu, atau disebabkan pembinaan tak terkawal bangunan pencakar langit, projek MRT atau kerja pelebaran terowong Jalan Duta.

"Apa yang penting, kajian harus dilakukan secara profesional dan telus serta dimaklumkan kepada orang ramai.

"Jika DBKL boleh meluluskan pembinaan Menara KL118 setinggi 118 tingkat, tidak ada sebab untuk pihak berkuasa tidak dapat mewujudkan sebuah plan mitigasi banjir bagi mengurangkan banjir kilat di ibu kota," katanya.

Semalam, hujan lebat yang bermula kira-kira lewat petang di ibu kota telah menyebabkan banjir dan menjejaskan empat jalan utama, iaitu Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.

Kejadian itu turut mengakibatkan lebih seratus kenderaan ditenggelami air di hadapan kompleks Istana Negara serta kesesakan lalu lintas luar biasa ekoran banyak kenderaan terkandas di tengah-tengah jalan raya.

Menurut Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Segambut, Kerajaan Persekutuan perlu memandang serius insiden tersebut serta memberi pampasan kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat.

"Saya mencadangkan agar kerajaan memberi pampasan dengan apa jua cara kepada kesemua pemilik kenderaan yang terlibat, mungkin juga dengan memberikan pengecualian cukai jalan," katanya. – Roketkini.com


Elak salahguna kuasa, Ketua Polis digesa jelas kuasa SB kepada umum

Posted: 13 May 2016 07:33 AM PDT

Liew-Chin-Tong
Roketkini.com


KLUANG: DAP Johor menuntut agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerangkan secara terperinci fungsi, kuasa dan tugas Cawangan Khas (SB) kepada umum bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak peribadi orang awam.

Selain itu, Khalid juga digesa menjelaskan kesahihan dakwaan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa kerajaan telah mengintip telefon peribadi miliknya.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, berkata Khalid, selepas pertemuannya dengan Tunku Ismail semalam, tidak menyatakan apa-apa berhubung isu tersebut.

"Khalid tidak menjelaskan sama ada benar atau tidak telefon Tunku Ismail telah diintip dan pergerakannya dipantau. Isu ini melibatkan kepentingan awam dan tidak boleh 'diselesaikan' secara tertutup tanpa akauntabiliti kepada orang ramai.

"Sebarang pemantauan ke atas Tunku Ismail dan bapanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, atau mana-mana ahli politik menunjukkan penyalahgunaan kuasa polis untuk tujuan politik," katanya dalam kenyataan media.

Baru-baru ini, Tunku Ismail yang mesra dipanggil TMJ mendakwa bahawa SB melakukan intipan melalui telefon peribadi miliknya, malah Bukit Aman turut menyimpan fail mengenainya dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Susulan dakwaan itu, Ketua Polis Negara seperti dilapor media mengadakan pertemuan dengan TMJ di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru semalam, namun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu itu kepada umum.

Jelas Chin Tong yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis, SB ditugaskan untuk mengumpul risikan keselamatan, namun tiada peruntukan undang-undang yang menerangkan fungsi dan kuasa mereka.

"Seperti yang dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja Polis Tun Dzaiddin 2005, tidak ada akta digubal bagi mengawasi kuasa dan tanggungjawab SB. Malah, tidak wujud sebarang definisi terhadap maksud 'risikan keselamatan' yang digunakan dalam Seksyen 3(3).

"Laporan itu juga mencadangkan agar perkataan 'keselamatan' dalam akta itu didefinisikan sebagai 'melindungi rakyat dari sebarang pengintipan, sabotaj, keganasan bermotifkan politik atau agama, keganasan perkauman dan serangan ke atas sistem pertahanan negara'.

"Walau bagaimanapun, TMJ secara jelas tidak jatuh di bawah mana-mana kategori tersebut," kata Ahli Parlimen Kluang itu.

Menurut Bajet Kerajaan Persekutuan 2016, sebanyak 8,287 dari 141,583 jawatan dalam perkhidmatan polis diperuntukkan untuk SB, dengan anggaran sebanyak RM 492.358 juta. – Roketkini.com

Mahathir terus bertegas Najib terbabit dengan jenayah

Posted: 13 May 2016 05:26 AM PDT

ARIF ATAN


Mahathir lwn NajibMahathir lwn Najib


Presiden Umno paling kontroversi setakat ini, Datuk Seri Najib Razak dilihat terpalit dengan banyak kesalahan antaranya menubuhkan syarikat pelaburan sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa melalui kelulusan Kabinet, tegas Tun Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga menyifatkan Najib terlibat dengan banyak kes jenayah termasuk kecurigaan di sebalik derma RM2.6 bilion.

"Dia menubuhkan 1MDB mengikut kemahuan dirinya sendiri. Saya diberitahu Kabinet tidak dimaklumkan sama sekali. Kedua, dia terlibat dengan pelbagai skandal. Dia tiba-tiba mempunyai RM2.6 bilion dalam akaun persendiriannya tanpa diketahui sesiapa termasuk umno.
"Perdana Menteri tidak boleh mempunyai wang sebegitu banyak termasuk derma dari luar negara dengan mempunyai ikatan tertentu," ujarnya dalam satu temubual yang dimuat naik di laman video, Youtube sejak kelmarin.
Ditanya tentang kemungkinan sistem negara ini yang gagal, Mahathir mengakui kebarangkalian tersebut perlu dikaji dan reformasi bagi memperbaiki banyak kelemahan dalam jabatan-jabatan kerajaan harus dilakukan tetapi perlu didahului dengan usaha menamatkan Najib sebagai Perdana Menteri.

"Undang-undang boleh kita buat tetapi untuk menentukan penglibatan rasuah mana-mana pihak memerlukan bukti-bukti yang jelas. Di zaman saya dulu mereka tidaklah ghairah untuk terlibat dengan rasuah. Pada masa itu, bagi saya rasuah berlaku di bawah meja. Semua orang tahu itu salah dan tidak boleh dibuat.

"(Tetapi) hari ini rasuah sudah menjadi perkara biasa sehingga perdana menteri sendiri menerima wang dan kita tidak tahu apa kesan wang itu," jelasnya lagi dalam rakaman video hampir 10 minit itu.

Malu ada Najib sebagai Perdana Menteri

Mengulas tekanan antarabangsa yang wujud ekoran kesalahan dan jenayah Najib, beliau berpendapat gejala tersebut memalukan rakyat dan negara ini dan tidak menolak dakwaan pihak luar negara terhadap integriti Najib yang mempunyai asas dan bukti.

"Asas-asas dibuktikan dengan jelas. Kita berasa malu kerana ada kakitan dengan PM. Perdana Menteri boleh ambil tindakan terhadap mereka tetapi tidak walaupun kepada akhbar.

"Ini menunjukkan ada kebenaran di sebalik tuduhan yang dilempar kepada Perdana Menteri, dan ini patut diambil berat oleh rakyat Malaysia. Kita harus malu kerana PM disoal, dituduh dengan tohmahan dan kritikan terhadapnya," kata Mahathir.

Sehubungan itu, jelasnya, pemisahan kuasa antara bidang eksekutif, legislatif dan kehakiman perlu diamalkan sepanjang masa bagi menghalang kes ditimbulkan Najib dan 1MDB berulang.
"Kita beri terlalu banyak kuasa kepada Perdana Menteri... Kita dapati ramai pihak yang berkhidmat dengan pemerintah tidak sama sekali mempersoal arahan yang diberi kepada mereka dengan sanggup melakukan perkara yang salah atas arahan Perdana Menteri.
"Jika ada bukti (wujud) pengaruh Perdana Menteri ke atas mana-mana salah satu daripada dua bidang kuasa di atas, ini dianggap sebagai satu jenayah," jelasnya.

Dalam hal berkaitan, menjawab tentang langkah selanjutnya akan dilakukan jika Deklarasi Rakyat menuntut Najib diberhentikan sebagai Perdana Menteri tidak mendapat tindakan sepatutnya daripada Majlis Raja-Raja, beliau berkata, tentu ada kaedah lain untuk menyelamatkan negara.

"Mereka bersama saya sebagai rakyat Malaysia dan mereka tidak boleh bawa perjuangan parti mereka khususnya dalam gerakan kita (Selamatkan Malaysia) ini. Kita semata-mata bertujuan untuk menamatkan Najib sebagai PM kerana ia membinasakan negara kita," tambah Mahathir lagi.

DI MANA NAJIB JIKA TIADA KUASA?

Posted: 13 May 2016 05:18 AM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
Antara yang disebut Najib Razak dalam ucapannya sempena sambutan ke 70 ulangtahun UMNO semalam ialah "kalau takdirnya satu hari saya berselisih faham  dengan pengganti saya, saya tidak akan keluar UMNO."

Wah...nampak hebat bunyinya!!

Lafaz itu bukan saja sebagai sindiran kepada Tun Mahathir Mohamad, tetapi juga menunjukkan keinginan Najib untuk memperlihatkan kononnya beliau akan menjadi seorang bekas Perdana Menteri yang baik, tidak lagi campurtangan apabila tidak lagi mempunyai kuasa dan akan setia kepada UMNO?

Apakah jaminan kata-katanya hari ini akan dikotakan di kemudian hari?

Bolehkah kita percaya begitu saja kata-kata manisnya itu?

Bila berkata demikian, bila sebenarnya beliau mahu menyerahkan kuasa kepada penggantinya atau semuanya sekadar "sembang kencang"  saja?

Tetapi sebelum itu, yang harus ditanya kepada Najib ialah mampukah beliau berselisih faham dengan penggantinya jika beliau tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa?

Dengan pelbagai isu dan skandal kewangan membelit dirinya ketika sedang berkuasa, jika tidak lagi berkuasa, beranikah beliau meninggikan suaranya kepada sesiapa?

Tidakkah nanti jika bersuara sedikit saja pun, beliau akan ditempelak balik oleh pemimpin dan ahli UMNO sendiri yang sudah ada "tauke baru"  berkaitan isu 1MDB, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadinya, kemewahan Rosmah dan macam-macam lagi?

Maka, bukankah berdiam diri, akur dan tidak campur sama-sekali adalah pilihan paling selamat baginya?

Itu kalau UMNO masih berkuasa, tetapi kalau sudah jatuh ke tangan parti lain, apakah beliau masih berani mengangkat mukanya walau sedikit pun?

Lagi pun, dengan imej dan wajah kepimpinannya yang bagaikan "langit dan bumi"  dengan Tun Mahathir, siapakah yang sudi mendengar kata-kata Najib setelah tidak lagi menjadi Perdana Menteri?

Soalan cepumas yang patut ditanya juga kepada Najib ialah di mana beliau nanti jika tidak lagi menjadi Perdana Menteri?

Masih tinggal di Malaysia, bermastautin di luar negara atau mungkinkah Perdana Menteri baru atau kerajaan baru akan mendakwanya dengan pelbagai siri pertuduhan yang akhirnya boleh membawanya  ke penjara?

Hakikatnya, dengan risiko sedemikian, apabila tidak berkuasa nanti, Najib memang tidak mampu berbuat apa-apa pun, jauh sekali untuk berselisih faham dengan penggantinya atau menyebut mahu keluar daripada UMNO.

Boleh jadi juga beliau tidak lagi dikenang selepas kehilangan kuasa, bahkan mungkin tidak ada yang sudi mahu mengabadikan nama Najib pada jalan, kampung, balairaya atau seumpamanya seperti bekas-bekas Perdana Menteri sebelumnya atau dijadikan nama bayi yang baru dilahirkan.

Hanya pemimpin yang berani, kukuh kewibawan dan tiada skandal peribadi seperti Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir saja yang berani berbuat demikian.

Malah, beliau akan lebih diam daripada Tun Abdullah Badawi bila sudah kehilangan kuasanya nanti.


Zambry, Noh dilantik pengarah PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar

Posted: 13 May 2016 05:15 AM PDT

Anthea Yap, Astro Awani 
 
Zambry, Noh dilantik pengarah PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar
Ahmad Zahid berkata beliau akan bertindak sebagai penyelaras bagi dua kawasan PRK dibantu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. -Gambar fail
 
 
PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar dilantik menjadi pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan bertindak sebagai penyelaras bagi dua kawasan PRK dibantu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata barisan kepimpinan tertinggi parti masih meneliti beberapa nama calon dikemukakan badan perhubungan UMNO dua negeri.

Ahmad Zahid turut berkata nama calon itu akan diumumkan seminggu sebelum hari penamaan calon pada 5 Jun depan.

"Kita akan senarai pendek biarpun nama itu ramai dan kita juga akan menyemak latar belakang mereka dengan beberapa agensi yang terlibat supaya calon itu bersih daripada semua unsur negatif.

Pada kali ini, saya fikir kita bukan hanya memikirkan calon yang hanya dapat menang, tetapi kita perlu meneliti daripada aspek calon itu disukai oleh masyarakat setempat," katanya pada sidang media selepas perasmian Majlis Konvensyen AKRAB Kebangsaan ke-7 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut sekiranya berlaku pertembungan parti pembangkang di dua kawasan itu, beliau mengalu-alukannya biarpun ia memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN).

"Kesengitan ini bertambah lagi apabila PAS mungkin akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi parlimen tetapi kita lihat bagaimana kerjasama akan dapat diperolehi daripada Pakatan Harapan dengan IKATAN tanpa PAS dan juga PKR.

Kita telah menyusun kerja-kerja awal di peringkat UMNO bagi kerusi Parlimen itu dan saya sendiri akan turun padang ke kawasan berkenaan", katanya lagi.

Pada PRU 2013 bagi Sungai Besar iaitu penyandang BN Allahyarham Datuk Noriah Kasnon telah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar mengalahkan calon PAS Mohd Salleh M Husin dengan majoriti 399 undi.
Manakala bagi Parlimen Kuala Kangsar, penyandang Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair -Il Anuar Wan Ahmad mengalahkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan calon BEBAS Datuk Kamilia Ibrahim dengan majoriti 1,082 undi.

Adenan tidak lantik TKM Cina, akui tak pernah buat janji

Posted: 13 May 2016 05:11 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Barisan kabinet baru Sarawak 2016Barisan kabinet baru Sarawak 2016


Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan perlantikan Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai salah seorang timbalan ketua menteri pada sidang akhbar di Kuching petang tadi.

Dua lagi timbalan ketua menteri ialah Tan Sri Dr James Masing dan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Ini sekaligus menghampakan harapan masyarakat Cina Sarawak untuk sekali lagi mempunyai wakil Timbalan Ketua Menteri yang dimansuhkan selepas pilihan raya negeri (PRN) ke-10 pada 2011 selepas BN negeri ketandusan sokongan masyarakat Cina.

Adenan dan Dato' Sri Wong Soon Koh kekal sebagai menteri kewangan dan menteri kewangan kedua.
Adenan turut menduduki portfolio Perancangan Sumber dan Alam Sekitar manakala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dilantik menteri kedua kementerian yang sama.

Barisan menteri kabinet Sarawak diumumkan selepas majlis angkat sumpah 10 menteri terbabit di Kompleks Dewan Undangan Negeri dekat Kuching.

Unggah turut diumumkan sebagai menteri Modenisasi Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar.

Masing pula menjawat menteri Infrastrktur dan Pengangkutan manakala Abang Johari dilantik menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan juga menteri Perumahan dan Perbandaran.

Antara anggota baru kabinet yang diumumkan Adenan ialah Senator Datuk Dr Sim Kui Hian sebagai menteri Kerajaan Tempatan dan Datuk Dr Stephen Rundi Utom sebagai menteri Kemudahan Awam.

Awang Tengah turut dilantik menteri Industri dan Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pelaburan manakala Datuk Fatimah Abdullah menjawat menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat.

Adenan menyifatkan kabinet baru yang dibentuk sebagai kukuh dengan menteri yang dilantik berupaya bekerja untuk rakyat, lapor The Borneo Post.

Beliau berkata, pentadbirannya akan memberi tumpuan menunaikan segala janji kepada rakyat disamping meneruskan usaha untuk memajukan Sarawak termasuk transformasi luar bandar.

Menjawab soalan pemberita, Adenan berkata kerajaan negeri pimpinannya akan terus menuntut royalti 20 peratus untuk hasil minyak dan gas sebaik sahaja harga minyak global meningkat.

Ditanya sama ada beliau telah gagal menunaikan janji melantik timbalan ketua menteri dari kalangan kaum Cina, beliau mendakwa tidak pernah membuat janji sedemikian.

Sementara itu Tan Sri William Mawan Ikom digugurkan daripada kabinet.

Sebelum ini Mawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakan dan Ahli Parlimen Saratok merupakan Menteri Pembangunan Sosial.

Beliau diuar-uarkan menyertai PBB bersama dua lagi calon langsung BN dari bekas Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS), Rosey Yunus dan Paulus Palu Gumbang.

Mawan juga dikatakan bakal dilantik ke jawatan menteri dalam kabinet persekutuan menggantikan kekosongan ditinggalkan Uggah.

Lantikan Uggah yang telah meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di peringkat persekutuan itu pada 9 Mei lalu, seolah-olah bukan lagi rahsia. Kemunculan beliau pada PRN11 telah mengukuhkannya.

Bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban pada 7 Mei lepas, beliau menumbangkan pesaingnya, Noel Changgai Bucking daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 4,599 undi.

Sebelum menjadi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Uggah yang kini berusia 60 tahun merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (2008-2013).

Jawatan Timbalan Ketua Menteri sebelum ini dipegang Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang memilih untuk bersara daripada arena politik.

Jabu yang digantikan anaknya, Gerard Rentap di kerusi Dun Layar, merupakan Timbalan Presiden PBB.

Ekoran kekurangan sokongan pengundi Cina terhadap BN pada PRN10 2011, jawatan Timbalan Ketua Menteri daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dimansuhkan oleh Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang pada ketika itu Ketua Menteri.

Pada PRN11, BN memperoleh mandat besar apabila memenangi 72 daripada 82 kerusi. Sejumlah 40 kerusi dimenangi PBB, iaitu kesemua kerusi yang ditandinginya.

Jumlah kerusi itu turut datang daripada kawasan majoriti pengundi Cina yang antaranya dimenangi Presiden SUPP, Dr Sim di Batu Kawah.

Susulan kemenangan BN pada PRN 11, Adenan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada malam 7 Mei di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

PRN11 menyaksikan pertambahan daripada 71 kepada 82 kerusi selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri.

Sementara itu, Abang Johari bukan lagi nama asing dalam persada politik Sarawak dan negara. Beliau merupakan Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak yang terkenal dengan idea-idea pembaharuannya.

Masing pula membuktikan PRS di bawah pimpinannya kekal unggul apabila menang semua 11 kerusi yang diamanahkan kepada parti itu.

Kemenangan itu merupakan pengekalan rekod kemenangan 100 peratus menerusi kejayaan sembilan kerusi pada PRN10 2011.

Selain PBB dan PRS, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menang tiga kerusi, SUPP (7), calon BN langsung (11).

Pegawai pangkat tinggi mungkin terlibat penyeludupan migran - Zahid

Posted: 13 May 2016 05:08 AM PDT

Anthea Yap, Astro Awani 
 
Pegawai pangkat tinggi mungkin terlibat penyeludupan migran - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia hasil intipan polis selama dua bulan berhubung pembabitan beberapa individu dalam sindiket itu.
 

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan pegawai berpangkat tinggi agensi kementerian itu turut terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia dan pemalsuan pasport yang dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terhadap aktiviti sindiket itu akan diteruskan sehingga kumpulan tersebut dilumpuhkan sepenuhnya dan semua pesalah diheret ke mahkamah.

Beliau berkata, polis telah mengesan beberapa individu yang telah terbabit dengan aktiviti memalsukan pasport.

"Ini merosakkan imej jabatan walaupun orang yang melakukan itu mereka yang berpangkat rendah. Kita tidak mengira bulu dan kita tidak buta warna daripada segi siapa saja yang melakukan penyelewengan.

"Mereka telah merosakkan imej organisasi dan kita tentunya tidak akan berkompromi dengan pesalah-pesalah yang melakukan sebarang kesalahan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Akrab Kebangsaan kali ke-7 di sini, hari ini.

Menurut beliau, jika didapati bersalah, KDN akan mengheret mereka yang terbabit ke mahkamah bagi tindakan hukuman susulan.

Sebelum ini, polis telah menahan 19 individu termasuk dua pegawai Jabatan Imigresen yang dipercayai terbabit dengan sindiket penyeludupan migran antarabangsa.

Modus operandinya ialah membawa masuk warga Sri Lanka dan memproses penghantaran mereka ke negara yang kebanyakannya ke Switzerland menggunakan pemalsuan pasport Malaysia.
Mereka telah ditahan dalam operasi polis di sekitar Lembah Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 April dan 6 Mei lalu.

Jangan guna Rayani Air raih populariti

Posted: 13 May 2016 05:06 AM PDT

 
Ravi berkata, peluang masih terbuka kepada Dr Vida untuk mengambil alih syarikat penerbangan itu atau membeli 51% saham Rayani Air.


Ravi-Alagendrran

PETALING JAYA: Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai Dr Vida dinasihat menubuhkan syarikat penerbangan sendiri, bukannya memperalatkan Rayani Air untuk meraih populariti.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran yang dipetik mStar Online sebaliknya berkata, Dr Vida patut menemuinya sendiri, jika beliau benar-benar serius mahu membeli saham syarikat itu.

Jelasnya, peluang masih terbuka kepada Dr Vida untuk mengambil alih syarikat penerbangan patuh syariah pertama di negara ini atau membeli 51% saham Rayani Air.

"Vida boleh beli saham tetapi jangan kata yang bukan-bukan macam 'tak mahu cuci pinggan kotor' selagi belum berjumpa dengan saya. Kalau tak nak beli, boleh cakap baik-baik," kata Ravi kepada mStar Online.

Beliau berkata, pinggan kotor yang dimaksudkan Dr Vida itu bukannya hutang, sebaliknya adalah kos operasi Rayani Air.

Menurutnya, beliau ada menghubungi Dr Vida Rabu lalu untuk mengetahui jika usahawan itu mahu membeli saham Rayani Air dan Dr Vida menyuarakan hasrat untuk berjumpa dengannya tidak lama lagi.

Kelmarin, Dr Vida dilaporkan sebagai berkata, tidak berbaloi untuk membeli saham Rayani Air dan pada masa sama beliau perlu melangsaikan hutang syarikat itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak pengurusan Rayani Air supaya menyelesaikan masalah hutang terlebih dahulu, sebelum menjual sahamnya kepada pelabur baru.

"Jika saya nak ambil alih, saya kena mula dengan buku baru, maksudnya syarikat tanpa hutang. Saya tak nak cuci pinggan yang dah kotor.

"Tidak berbaloi jika beli saham tapi pada masa sama perlu jelaskan hutang sedia ada," katanya yang dipetik mStar Online, kelmarin.

Motif Azmin ajak PAS kembali ke pakatan perlu dibedah-siasat

Posted: 13 May 2016 04:53 AM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
[ULASAN] PKR mempelawa PAS supaya kembali bergabung dengan parti itu dan DAP seperti dalam Pakatan Rakyat lalu untuk mengukuhkan lagi harapan menumbangkan Umno-Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-14 nanti.
 
Bagaimanapun sebaliknya, PAS pula 'berseloroh politik' dan mengundang PKR untuk bersama dalam saf blok politik ketiga yang ditajanya dengan parti IKATAN demi mencapai maksud yang sama.
 
Reaksi PAS segera mengingatkan umum kepada idea mantan menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu DAP menceraikan sahaja PKR dan bergabung tenaga hanya dengan Parti Amanah Negara (PAN) menghadapi pilihan raya umum akan datang.
 
Di atas kertas, kebarangkalian PAS menerima pelawaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, adalah rendah. Ini kerana cara DAP menyerang PAS bersama PAN, adalah amat menyakitkan parti itu. 
 
Jika PAS berbalik kepada Pakatan dengan DAP dan PKR bererti terpaksa menerima PAN yang lahir dari rusuk PAS yang dianggap sudah mengkhianati perjuangan PAS selama ini. 
 
Tambahan pula, persahabatan dan setiakawan di antara PKR dengan DAP kini tidaklah begitu sihat. Lantas untuk PKR menjadi 'orang tengah' memperbaiki hubungan dengan DAP mungkin tidak akan berjalan lancar seperti diharapkan.
 
Jika mengikut penilaian Zaid Ibrahim adalah lebih baik jika DAP menjarakkan diri dari PKR kerana melihat PKR lebih mirip tindakan politiknya dengan PAS. Dalilnya PKR mahu PAS terus bergabung mentadbir kerajaan negeri Selangor. 
 
Selain itu, dari kacamata Zaid, PKR dan PAS memang kurang integriti, tidak menepati janji dan kurang boleh dipercayai. Zaid mengutip rumusan itu berdasarkan hujah-hujah DAP yang kini kurang senang dengan PAS dan PKR.
 
Mahukah DAP setuju cadangan Azmin?
 
Pusar ketidakpuasanhati DAP terhadap PAS ialah presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang didakwanya sering membelakangi keputusan-keputusan majlis presiden Pakatan Rakyat.
 
Sementara paksi kekecewaan DAP terhadap PKR ialah, parti itu juga sudah mula 'tikam belakang' dengan menolak persetujuan awal yang dibuat dengan PKR berhubung pembahagian kerusi yang hendak ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang selesai Sabtu lalu. 
 
Justeru ikut hukum akal, sukarlah bagi DAP untuk menyokong usul Azmin yang mahu PAS berbaik semula dengannya. Apatah lagi jika difikirkan bahawa PKR sendiri tidak boleh dipercayai sangat darjah integriti politiknya. 
 
Yang nyata Azmin membuat syor itu sebelum berunding dengan DAP. Sudah tentu sukar untuk pemimpin-pemimpin DAP menerima syor yang belum tentu dipersetujui oleh Majlis Pimpinan PKR sendiri. 
 
Di peringkat ini, cadangan Azmin itu masih bersifat peribadi. Tambahan pula kecurigaan masih bersalut pada batang tubuh Azmin yang dilihat DAP sebagai punca kekalahan teruk parti itu di PRN Sarawak hujung minggu lalu.
 
PAS pula setakat ini belum mahu mengangkat syor Azmin itu sebagai salah satu agenda perbincangan di peringkat Dewan Harian mahu Dewan Ulamanya. Ini soal prinsip dan bukan sekadar soal menghidupkan semula tahaluf siyasi dengan DAP. 
 
Selain perlu mendapat perakuan Muktamar yang akan datang awal bulan depan, PAS perlu memikirkan semasak-masaknya soal keterlibatan beberapa pemimpin PAN yang menganggap PAS sendiri sebuah parti Islam yang sudah 'lusuh'. 
 
Bagi DAP pula ini bukan kali pertama ia akan bekerjasama dengan parti PAS mahupun parti pimpinan ahli-ahli politik Melayu. Di peringkat ini, ia telah menemui parti Melayu-Islam yang sedia bekerjasama dengannya. 
 
PAN nampaknya bukan sahaja bersedia bertolak ansur dengan DAP malah pucuk pimpinan kedua-dua parti sudah akrab sejak sekian lama seperti iklan-iklan yang cuba mempotretkan betapa rapatnya Lim Guan Eng dengan Mohamad Sabu dalam internet.
 
Justeru itu, adalah lebih wajar bagi Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi peluang kepada Zaid Ibrahim menghuraikan syornya supaya DAP bekerjasama dengan PAN sahaja dan biarkan PKR memilih jalan politiknya sendiri. 
 
Nampaknya DAP mungkin lebih teruja untuk mendengar pandangan Zaid yang pernah bergelar pemimpin dalam Umno dan PKR itu dalam suasana makan malam 'berlauk tiram serta kambing bakar'.
 
Tiba masa 'bedah siasat' punca kalah di PRN
 
Di samping itu, inilah masanya pemimpin dan penyokong PKR membuat bedah-siasat mengapa tiba-tiba parti itu mengalami masalah 'defisit kepercayaan' rakyat (Sarawak sekurang-kurangnya) hingga meretakkan hubungannya dengan DAP.
 
Setiap ahli PKR perlu tahu benarkah presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberi mandat bertulis kepada Azmin Ali membuat keputusan meletakkan calon-calon PKR di enam kerusi dewan undangan Sarawak menentang calon DAP.
 
Akibat keputusan yang dikatakan untuk 'menjaga maruah PKR' berhadapan ego DAP itu, PKR membuktikan pengamatan dan analisis politik mereka cetek dan egonya juga terlalu besar hingga mengakibatkan PKR dan DAP, kecundang di keenam-enam kerusi berkenaan.
 
Pimpinan PKR juga perlu berterus terang kepada ahli dan penyokongnya bahawa Kak Wan sebenarnya tidak bermaksud "menjaga maruah PKR di mata DAP" itu meranapkan hubungan baik dengan DAP yang telah dipupuk oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Pimpinan PKR juga harus memperjelaskan adakah mereka bersetuju dengan syor Azmin untuk merapatkan semula hubungan PKR-DAP dan PAS serta PAN atau menganggap ia hanya helah Azmin kerana telah terlalu 'angkuh' dalam memelihara hubungan dengan DAP.  


4 jalan utama di KL ditengelami banjir kilat

Posted: 13 May 2016 04:06 AM PDT

4 jalan utama di KL ditengelami banjir kilat
Antara jalan utama yang ditenggelami air. – Foto Twitter


KUALA LUMPUR - Sebanyak empat jalan utama terjejas akibat banjir kilat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam ini.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata jalan terbabit ialah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.

"Hujan lebat yang bermula lewat petang ini menyebabkan jalan itu ditenggelami air sedalam satu meter.

"Pihak bomba telah menempatkan sebanyak 28 anggota dan pegawai bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada Bernama. - Bernama


Pas Perak mahu calon nasional

Posted: 13 May 2016 04:01 AM PDT

Razman Zakaria
Razman Zakaria


IPOH - Pas Perak mencadangkan individu yang berupaya untuk memperjuangkan isu di peringkat nasional dicalonkan untuk mewakili parti itu menghadapi PRK Parlimen Kuala Kangsar.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, cadangan itu difikirkan sesuai berikutan kekurangan wakil Pas di Parlimen Kuala Kangsar yang lantang memperjuangkan hal berkaitan GST, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), royalti petroleum dan sebagainya.

"BN setuju dengan semua yang dah dibuat dan kita dapat lihat betapa kurangnya suara-suara lantang yang memahami perkara berkenaan.

"Jadi, kita perlukan seseorang yang boleh bercakap bagi pihak Pas dan pada masa sama jaga kepentingan rakyat berkaitan perkara berkenaan," katanya.

Menurutnya, Pas Perak belum mengusulkan nama mana-mana tokoh yang dilihat sesuai untuk bertanding di Parlimen berkenaan.

"Proses menamakan calon bermula di peringkat kawasan, bila mereka buat cadangan, kita di peringkat negeri akan usulkan cadangan itu kepada Pas Pusat," katanya.

Beliau berkata, proses akhir penamaan calon tertakluk kepada bidang kuasa Pas Pusat sepenuhnya.

"Kita di peringkat negeri tiada kuasa (pilih), pemilihan calon juga tak tertakluk semata-mata atas kapasiti anak negeri," katanya.

Mengulas tentang peluang Pas memenangi PRK itu, katanya, perkara berkenaan mungkin berjaya direalisasikan sekiranya pertandingan membabitkan satu lawan satu.

"Pada hemat saya, kalau kita hanya lawan BN di sana, peluang kita lebih sebab tiada pemecahan undi berlaku," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Parti Amanah Negara (Amanah) akan bertanding sekali gus menemukan saingan tiga penjuru.

"Kemungkinan itu ada cumanya kita tak terganggu dengan perkara berkenaan," katanya.


Amanah mahu bertanding PRK Sungai Besar

Posted: 13 May 2016 03:56 AM PDT

SINAR HARIAN


Parti Amanah Negara
Parti Amanah Negara


SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor mahu parti itu diberi laluan mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Ketua Pemudanya, Abbas Azmi berkata ini kerana parti itu mempunyai beberapa calon yang kesemuanya memiliki kelebihan tersendiri dan diyakini akan diterima rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata pihaknya juga telah membuat keputusan untuk mencadangkan calon daripada parti itu bagi PRK berkenaan.

"Segala gerak kerja bertemu masyarakat dan pengundi telah pun dibuat bagi memperkenalkan misi dan visi parti, malah program kemasyarakatan juga akan diperbanyakkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerusi parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.   

Turut terkorban dalam nahas itu ialah Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad serta empat yang lain termasuk juruterbang.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan kedua-dua PRK itu. - Bernama


PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar dibuat serentak

Posted: 13 May 2016 03:54 AM PDT

PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar dibuat serentak
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah (kiri) mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Perak dan Sungai Besar Selangor di ibu pejabat SPR, Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama


PUTRAJAYA -  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan kedua Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah selepas mesyuarat khas berlangsung hari ini berkata, penamaan calon bagi kedua pilihanraya diadakan pada 5 Jun.

Beliau menambah, hari pengundian awal akan diadakan pada 14 Jun manakala hari mengundi pula ditetapkan pada 18 Jun.‎

Difahamkan, Kedua-dua PRK diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

"SPR menetapkan pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.

"Bagi PRK Sungai Besar, pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi ialah di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar," katanya menerusi sidang media di Menara SPR, di sini, hari ini.

Pilihan raya kali ini adalah yang kedua diadakan dalam bulan Ramadan di mana pilihan raya pertama berlangsung di Kuala Besut, Terengganu pada 2013.

DAP hanya sokong calon Pakatan Harapan, Pas bukan ahli

Posted: 13 May 2016 03:47 AM PDT


Lim Guan Eng
Lim Guan Eng - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


GEORGETOWN - DAP menegaskan hanya akan menyokong calon dari Pakatan Harapan untuk dua pilihanraya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Bagaimanapun, ketika ditanya adakah parti itu akan menyokong calon Pas di dua kawasan itu, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti Islam itu bukan lagi berada dalam Pakatan Harapan.

"Saya tidak ada apa nak komen kerana kedua-dua kawasan ini di Selangor dan Perak. Bagaimanapun, tentu kita akan sokong calon yang diputuskan oleh Pakatan. Pas bukan calon Pakatan.

"Itu sahaja yang saya nak kata, DAP akan tetap sokong calon yang diputuskan Pakatan. Kita akan adakan perbincangan dengan Kak Wan( Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan Mat Sabu (Mohamad Sabu), dan yang paling penting, tentu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana kawasan ini dalam kawasan Selangor," katanya kepada media di luar dewan persidangan Dun hari ini.

Guan Eng bagaimanapun enggan mengulas berhubung hasrat Mohamed Azmin ingin Pas kembali semula ke pangkuan Pakatan Harapan selepas kalah teruk di Sarawak.

Pilihanraya kecil akan diadakan di dua kawasan berkenaan selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN) dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon (BN) maut dalam insiden helikopter terhempas ketika dalam perjalanan ke Sarawak.

Pada Pilihanraya Umum 2013, Wan Muhammad telah mengalahkan calon Pas, Khalil Idham Lim dengan majoriti 1,082 undi manakala Noriah mengekalkan kerusi itu dengan majoriti tipis 399 terhadap calon Pas, Mohamed Saleh M Hussain.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun ini sebagai tarikh pilihan raya kedua-dua kerusi dengan tempoh berkempen selama dua minggu.


Kalau menang Alhamdulillah, kalau kalah cuba lagi'

Posted: 13 May 2016 03:42 AM PDT


TMJ
Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
 

MENJELANG aksi final Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini, Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan diwawancara secara eksklusif oleh Sinar Harian.

Beliau yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sudi meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk sesi itu.

Ikuti wawancara antara wartawan Sinar Harian, NORSHIKIN MOHD SALLEH dan MOHD FIRDAUS YON bersama beliau di Hotel Thistle Johor Bahru, semalam.
 
Menjelang perlawanan akhir Piala FA 2016, bagaimana Tunku Mahkota Johor melihat persiapan dan prestasi pasukan?
TMJ: Prestasi ada dalam keadaan yang 'very positive'. 'Player' ada dalam keadaan yang positif 'mentally and physically'. Jadi saya tak nak bagi apa-apa tekanan kepada pasukan JDT. Pada saya, mereka sudah jalankan tanggungjawab dan tugas dengan baik.
Orang kata, 'energy' dan suasana dalam kelab ini, ada dalam keadaan yang sangat positif. Saya amat bersyukur.
 
Mungkin di atas kertas JDT sudah menang, bagaimana Tunku Mahkota Johor melihat pasukan lawan?
TMJ: Pada saya tidak kerana apabila final, tiap-tiap final perlawanan adalah 50-50. Tiada 'underdog', walaupun ramai kata JDT sudah menang, pada saya tidak.
Pada saya PKNS adalah pasukan yang baik. Kalau pasukan itu tak bagus, dia tiada dalam final.
Dia ada dalam final pasal dia bagus, dan sama juga macam kita. Jadi, saya rasa ia perlawanan yang menarik. Mana-mana pasukan boleh bawa balik Piala FA. Tapi saya bersyukur, sudah ada dalam final pada saya sudah bagi satu pencapaian. Kalau menang Alhamdulillah, kalau kalah kita cuba lagi. Tiada masalah.


 
Sekiranya JDT menang, ia pastinya akan menamatkan kemarau 18 tahun. Bagaimana Tunku 
Mahkota Johor melihat perkara itu?
TMJ: Benda itu amat bermakna bagi saya, kerana ia akan jadi piala keenam dalam masa yang sangat singkat, tetapi apa yang lebih bermakna bagi saya ialah dapat berkongsi pengalaman ini bersama rakyat Johor. Ia lebih bermakna bagi saya daripada sesuatu piala. Untuk berkongsi perjalanan ini, berkongsi pencapaian bersama-sama, itu benda yang sangat bermakna bagi saya.
 
Bangsa Johor bersama Tunku Mahkota Johor, adakah sekiranya menang ada cuti umum?
TMJ: Itu atas ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Sultan Johor) dan kerajaan, saya tak tahu. Mungkin ada. Tapi apa yang lebih mustahak adalah saya hendak sambut bersama-sama (rakyat Johor).
 
Pemain berdepan dengan jadual agak padat, bagaimana Tunku Mahkota Johor melihat prestasi dan semangat mereka?
TMJ: Untuk sesuatu pasukan yang ada jadual sangat padat macam JDT, pada saya mereka telah buktikannya, prestasi mereka dalam keadaan yang sangat positif dan baik. Kerana bukan senang, dengan jadual padat untuk jaga prestasi yang sangat konsisten. Saya pernah katakan dulu, konsisten merupakan kunci kepada kejayaan dan apa yang saya nampak, saya bersyukur kerana JDT ada dalam keadaan yang konsisten. Kita boleh tengok dari kita punya 'track record'. Saya tak payah ceritakan panjang-panjang, itu sahaja telah menceritakan perjalanan kita, prestasi kita, komitmen kita, disiplin kita.
 
Nasihat Tunku Mahkota Johor untuk penyokong JDT yang ke Stadium Shah Alam.
TMJ: Nasihat saya adalah berhati-hati di jalan raya. Itu sahaja. Berkenaan dengan sikap, itu semua saya tak payah nasihat. Pasal orang Johor sudah tahu macam mana hendak jaga sikap dan tatatertib.
Kita boleh tengok stadium saya tiada pagar pun, tak pernah pun ada orang lompat ke dalam, baling barang. Jadi, pada saya soal disiplin itu saya tak payah nak nasihat, mereka sendiri tahu macam mana nak jaga sikap masing-masing sebagai Bangsa Johor.
 
Bagaimana Tunku Mahkota Johor melihat perkembangan bola sepak negeri ini, pada masa kini.
TMJ: Bagi pandangan saya, kalau nak bandingkan dengan di mana kita tiga tahun yang lepas memang jauh. Tapi saya belum berpuas hati lagi. Bagi saya perjalanan kita baru ada dalam 30 peratus sahaja.
Banyak lagi ruang untuk kita baiki, dan banyak lagi ruang untuk kita 'improve' dan menuju ke hadapan.
Keutamaan saya adalah pencapaian dalam semua aspek. Semua aspek tak kisah daripada program akar umbi, struktur, kewangan, pemasaran dan infrastruktur... benda ini semua adalah pencapaian.
Bukan semata-mata dapat piala sahaja. Tak guna kalau kita dapat dekat 50 piala, jika kita tempat latihan pun tiada. Latihan dekat kawasan perumahan, latihan dekat padang sekolah. Itu pasal dunia iktiraf JDT sebagai kelab yang paling maju dalam Asia Tenggara. Jadi itu lebih mustahak bagi saya.
 
Menjelang jendela perpindahan pemain, mungkin ada perancangan PBNJ dan Kelab Bolasepak JDT?
TMJ: Itu sudah tentu kerana salah satu polisi saya adalah untuk 'merembat' pemain. Jadi memang banyak perancangan.
 
Pemain import di atas padang, perlu ada perubahan?
TMJ: Tak perlu. Saya tak suka merugikan duit kelab. Saya suka perancangan jangka panjang dan konsistensi. Bukan semata-mata untuk dapat piala sahaja. Kalau kita tengok, bandingkan dengan pasukan lawan saya, semua sekali perancangan jangka pendek. Satu tahun...Daripada nak bazir duit beli pemain import, baik selesaikan dahulu hutang. Bila kita nak pakai baju, ukur dulu badan. Jangan jadi macam 'kudung dapat cincin'. Jadi, kita kena pandai untuk pakai duit dengan betul. Lepas tu, bila tiada duit, kita pula merungut tiada duitlah, tiada penajalah, pasukan miskinlah. Sedangkan kita sendiri tidak menggunakan duit itu dengan saluran yang betul. Jadi JDT, saya tak nak membazir-bazir duit. Saya hanya 'merembat' pemain tempatan sahaja.


 
Ada bayangan pemain yang difikirkan?
TMJ: Saya ada tiga atau empat pemain. Pintu saya sentiasa terbuka, ada ramai yang telefon saya.
Siapa tak nak main dengan JDT? Saya rasa semua orang nak main dengan JDT. Kerana di JDT ini, mereka hanya perlu datang kerja. Latihan dan main bola. Dia tak payah risau pasal apa-apa.
 
Pasukan lawan memberi 100 peratus apabila bertemu JDT.
TMJ: Itu betul. Satu negara boleh nampak. Bukan sahaja untuk membuktikan kebolehan mereka.
Tetapi juga untuk memikat saya, dan harap saya jatuh cinta dengan prestasi mereka.
Supaya mereka boleh sarung baju Harimau Selatan.
 
Adakah ia (pikat) berjaya?
TMJ: Kadang-kadang. Tak semua. Pasal saya tak nilai orang dari satu perlawanan.
Saya nilai orang daripada konsistensi. Dari awal musim hingga ke akhir musim.
 
Dari kaca mata Tunku Mahkota Johor, perkembangan bola sepak dari segala aspek.
TMJ: Bagi saya, macam saya katakan tadi, baru 30 peratus sahaja. Saya belum puas lagi. Stadium saya pun belum siap lagi, saya punya akademi pun belum membangun lagi. Baru tengah buat padang dan 'layout'. Jadi, itu pasal saya cakap baru 30 peratus. Jadi perjalanannya masih jauh lagi. Saya tak suka ada dalam satu keadaan yang cepat rasa selesa. Dan orang-orang yang bekerja dalam JDT pun, semua tak patut rasa selesa. Kita sentiasa kena 'challenge' diri kita untuk jalankan tugas dengan lebih baik.
 
Tunku Mahkota Johor menjadi ikutan kepada yang lain.
TMJ: Tapi dia tak nak mengaku. Kenapa dia tak nak mengaku? suruh dia buat pengakuan yang dia ikut saya. Dulu tiada orang nak letak kereta punya 'seat' dalam stadium, bila Johor buat semua orang perli.
Lepas itu dia pula ikut. Jadi pada saya, kita kena pandai menilai sendiri dan jaga apa cara kita cakap. Kerana satu hari jangan sampai ludah ke langit, kena muka sendiri. Jadi, apa yang saya buat jadi ikutan, dan benda itu adalah sihat untuk bola sepak Malaysia.
 
Bermakna sesuatu yang sihat itu apa salahnya untuk diikut.
TMJ: Betul.
 
Bagaimana Tunku Mahkota Johor melihat Bangsa Johor untuk menjadi individu yang turut bertransformasi bersama dalam bola sepak.
TMJ: Saya pernah katakan yang saya tak boleh capai benda ini seorang sahaja. Benda ini kerana saya ada satu pasukan 'management' yang bagus dalam kelab. Termasuk dengan 'coaches', pemain, saya punya 'director', saya punya 'sponsors' dan penyokong Johor. Oleh kerana kami bersatu sebagai satu keluarga, itu pasal kelab bola sepak kita berada di mana ia berada sekarang.


Pukul pelajar, warden kolej vokasional didenda RM3,000

Posted: 13 May 2016 03:36 AM PDT

MALAYSIAKINI




Seorang warden sebuah kolej vokasional di Sungai Buloh didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini kerana memukul dua pelajar kolej berkenaan pada 3 Mei lepas.
   
Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin mengenakan denda itu selepas tertuduh, Mahbut Yaacob, 53, mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya.
   
Beliau kemudian membayar denda itu.
   
Berdasarkan pertuduhan pertama, Mahbut didakwa sengaja mengakibatkan kecederaan dengan menampar dan memukul badan seorang pelajar kolej berkenaan.
   
Beliau juga didakwa sengaja memijak dan memukul badan seorang lagi pelajar kolej itu. Kedua-dua mangsa berumur 16 tahun.

Mahbut didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu pada pukul 5.30 petang di Aras 2, Asrama Blok Kasih,  Kolej Vokasional Sungai Buloh.
   
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
   
Rakaman video perbuatan warden itu memukul pelajar berkenaan tersebar di media sosial pada 8 Mei lepas.
   
Menerusi klip video berdurasi 1.21 minit itu, beberapa pelajar yang turut menyaksikan kejadian tersebut cuba membantu menenangkan warden itu daripada terus memukul mangsa yang ditangkap kerana cuba menghisap rokok di kawasan sekolah.
   
Insiden berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat khususnya pengguna media sosial yang menyifatkan pelajar tersebut perlu dikenakan tindakan tatatertib tetapi mempersoalkan tindakan warden tersebut yang dianggap keterlaluan.- Bernama


Sg Besar, K Kangsar bukan tempat eksperimen

Posted: 13 May 2016 03:31 AM PDT

Shakira Buang  




Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan kepimpinan Umno, dua pilihan raya kecil (PRK) yang akan berlangsung awal Jun depan bukan lagi medan parti pemerintah itu membuat 'ujian'.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata kenyataan itu dibuat kerana segala keputusan mahu pun calon yang akan ditampilkan BN pada dua PRK itu akan memberi kesan langsung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ini bukan masanya untuk kita buat ujian. Walaupun BN menang dengan majoriti besar di Sarawak yang diketua (Tan Sri) Adenan Satem, itu adalah ujian buat beliau.

"Tetapi dalam dua pilihan raya (kecil) akan datang ini adalah ujian Najib kerana ia adalah kerusi parlimen.

"Apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil akan beri kesan kepada Najib. Ini pilihan raya parlimen, semua tentang Najib sebagai perdana penteri dan presiden BN."

"Jadi, kita kena lebih berhati-hati," kata Nazri di sidang media selepas membuat lawatan ke Pasar Seni di Kuala Lumpur hari ini.

Suka calon dikenali

Justeru, kata Nazri penting bagi BN memperoleh kejayaan besar dalam dua PRK itu kerana ia sekali gus akan mencerminkan penerimaan orang ramai terhadap perdana menteri.

Oleh itu, katanya, pemilihan calon bagi kedua-dua kawasan itu tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya harus mengutamakan calon tempatan.

Perkara itu ditekankan, kata Nazri, kerana telah terbukti berkali-kali calon tempatan lebih disukai penduduk kawasan setempat.

"Ini bukan masa untuk buat percubaan (eksperimen) sama ada kita boleh meletakkan orang luar sebagai calon (atau tidak). Umno sangat berpengaruh di kawasan luar bandar terutamanya di kalangan orang Melayu yang lebih suka mempunyai seorang wakil yang mereka sudah kenal.

"Calon BN yang bertanding pada pilihan raya umum lepas, daripada ahli parlimen kepada ADUN, semua penduduk tempatan di kawasan masing-masing," kata Nazri.

Beliau diminta mengulas cadangan Umno Kuala Kangsar yang mahu membawa calon luar sebagai pertaruhan mereka dalam PRK kawasan itu yang dijadual pada 18 Jun ini.

Azizah masih amatur

Tegas anggota Parlimen Padang Renggas itu penentuan calon PRK hanya boleh ditentukan presiden, timbalan, dan setiausaha agung parti itu dan bukan di peringkat cawangan mahu pun bahagian.

Keputusan itu, jelas beliau, perlu dibuat berdasarkan sentimen di akar umbi parti.

"Saya berharap para pemimpin mengambil iktibar daripada perkara ini. Perdana menteri perlu mendengar suara akar umbi. Umno perlu memastikan majoriti kali ini lebih besar daripada pilihan raya umum lalu," katanya.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini selepas Timbalan Menteri Perusahaan, Komoditi dan Perdagangan Noriah Kasnon dan anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-ril Anuar Wan Ahmad meninggal dunia dalam nahas helikopter pada 5 Mei lalu.

Sementara itu, mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pakatan Harapan (HARAPAN) sedar 'padang perlawanan' antara pembangkang dan kerajaan tak sekata, Nazri berkata presiden PKR itu adalah "amatur" berpolitik.

Malah, Nazri berkata beliau tidak percaya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tidak akan menurunkan jentera kerajaan negeri dalam PRK akan datang.

"Bolehkah dia memberi jaminan bahawa semasa PRK di Sungai Besar yang dalam Selangor, kerajaan negeri tidak akan menggunakan jentera bagi membantu calon mereka?

"Saya tidak percaya bahawa Azmin tidak akan menurunkan jenteranya. Dia (Wan Azizah) terlupa dia memerintah Selangor.

"Walaupun dia (Wan Azizah) mahu menjadi menteri besar tetapi tidak dapat, Azmin tetap (pemimpin) PKR.

"Jadi, dia tak boleh mengatakan bahawa PKR tidak akan menggunakan jentera kerajaan untuk melawan BN. Azizah adalah amatur. Sebagai ahli politik dia belum lagi menjadi pemimpin politik yang profesional," kata Nazri.


Sejuta orang sudah tandatangan Deklarasi Rakyat

Posted: 13 May 2016 03:23 AM PDT

MALAYSIAKINI





Lebih sejuta tandatangan sudah berjaya dikumpulkan bagi mendesak pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengumuman itu dibuat oleh bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yang dipecat oleh partinya baru-baru ini.

"Alhamdulillah, Deklarasi Rakyat berjaya kumpul lebih satu juta tanda tangan," katanya di Facebook hari ini.



Husam juga memuat naik gambar longgokan besar deklarasi itu, selain gambar Mahathir dengan pemimpin pembangkang, termasuk Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub dan anggota parlimen PKR Datuk Kamarudin Jaffar.

Turut kelihatan dalam gambar bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan.

"Petang ini, Tun dan anggota Deklarasi Rakyat bermesyuarat untuk langkah selanjutnya.

"Tahniah rakyat Malaysia yang prihatin dan berdedikasi menentang kemungkaran kewangan terbesar negara," katanya