Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TSUNAMI CINA: JIKA DAP TIDAK BERUBAH, BN AKAN SAPURATA PRU14

Posted: 10 May 2016 07:42 AM PDT


Ulasan PRN Sarawak: KEKALAHAN besar DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak sangat memeranjatkan diri mereka sendiri. Mereka berkata pengundi Cina sudah kembali kepada BN. Tidak kurang juga yang berterus-terang menyalahkan PKR.

Enam kawasan bertindih PKR-DAP, kedua-dua calon DAP dan PKR kalah kesemua enam kerusi itu.

Malah paling memeranjatkan 7 calon DAP hilang wang deposit. Angka ini menjadi bahan ketawa orang ramai. Mereka sangat terkejut kerana daripada 31 calon DAP, 7 sahaja menang dan 7 lagi hilang wang deposit! Apa sudah jadi?

Perkembangan terbaru ini satu petanda buruk kepada DAP. Nampaknya slogan "Berani Ubah" telah memakan diri mereka sendiri apabila pengundi-pengundi Cina "Berani Ubah" menolak DAP. 

Saya melihat jika DAP di peringkat nasional tidak berubah, ianya akan menjadi satu hadiah yang besar kepada BN. Apa yang DAP perlu berubah? 

Pertama, pemerhatian mendapati isu Lim Guan Eng yang sedang disiasat SPRM merupakan punca yang paling besar kepada kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada DAP. Isu rasuah banglo Lim Guan Eng telah menghakis kepercayaan pengundi Cina kepada DAP. 

Jika Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011 DAP boleh menang 12 kerusi tanpa isu rasuah Lim Guan Eng, sebaliknya PRN Sarawak 2016 menyaksikan kemerosotan paling besar kerana pemimpin utama DAP di peringkat nasional sedang bergelombang dengan skandal rasuah banglo. Slogan CAT di Pulau Pinang tidak seindah yang didengar. 

Pepatah Cina sangat jelas, jika kepala ikan busuk maka seluruh ikan itu akan menjadi busuk juga. Maksudnya, jika pemimpin membawa kebusukan kepada parti, maka parti akan menjadi busuk dan pengundi setia akan melarikan diri.

Jika DAP mahu pulih seperti SUPP di sini, DAP mesti mengambil tindakan berani menukar pemimpin yang sudah busuk tadi. Skandal banglo mesti diselesaikan terlebih dahulu jika tidak mahu tsunami Cina Biru berjangkit di Semenanjung Malaysia.

Dengan baki PRU14 tinggal kira-kira 24 bulan sahaja lagi, saya meramalkan DAP akan pengsan dengan Tsunami Cina Biru pada PRU14. 

Saya juga meramalkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng akan tewas jika pengundi Cina menghukum mereka. Jangan lupa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pernah tewas kepada BN beberapa kali dahulu. Maknanya, mereka berdua bukan tidak boleh kalah dan bukan tidak pernah kalah. Pengundi Cina pun sudah pandai 'Berani Ubah' kepada BN.


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kegagalan terbit IPO punca masalah 1MDB sembang Najib

Posted: 10 May 2016 04:57 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan, kegagalan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) akibat "diserang" adalah faktor utama syarikat itu berdepan masalah.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata, ini berikutan pendekatan 1MDB menggunakan kaedah pembiayaan hutang bagi perniagaannya yang memerlukan penerbitan IPO dalam masa singkat.
"Pada masa itu, kita cuba pendekatan yang berbeza sebab kita tidak mahu menggunakan dana kerajaan. (Ini kerana) dana kerajaan boleh digunakan untuk projek atau program lain.
 "Bagi 1MDB, kita gunakan 'debt funding' (pembiayaan hutang) tetapi dengan syarat kita boleh buat IPO secara cepat. Namun tidak dijangka bahawa 1MDB akan diserang sebegitu sekali.
"Apabila diserang, IPO tidak dapat dilakukan, maka timbullah masalah aliran tunai," katanya dalam rancangan temubual khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri bersempena ulangtahun ke-70 Umno yang disiarkan di saluran TV1 RTM malam tadi.
Mengulas lanjut, Najib berkata laporan mengenai 1MDB turut dibuat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membuktikan sebarang kepincangan atau salah laku beliau dalam syarikat pelaburan strategik berkenaan.
"PAC sudah bentangkan hasil laporannya. Malah, Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli pembangkang, telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa mengikut pengamatannya, saya tidak melakukan sebarang kesalahan (dalam 1MDB).
"Saya anggap soal 1MDB ini sebagai satu masalah perniagaan yang modelnya mungkin tak berapa sesuai, terlalu tinggi 'gearing' (tahap kadar hutang)," katanya.
Menurut perdana menteri, perkara itu sebaliknya dijadikan modal politik oleh pihak tertentu yang cuba menjatuhkannya.

Fitch: Keingkaran 1MDB boleh akibatkan ketidakstabilan politik

Posted: 10 May 2016 04:55 PM PDT


Keingkaran bayaran kepada pemegang bon oleh 1MDB bulan lalu boleh membawa kepada fokus yang lemah berhubung dasar dan ketidakstabilan politik di Malaysia, kata Agensi Penarafan Fitch.
"Walau bagaimanapun, risiko itu menjadi kenyataan belum lagi kelihatan," kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.
 Fitch berkata ini adalah satu-satunya ke atas ke Malaysia berikutan kemungkiran 1MDB kerana bon berkenaan tdak dijamin oleh kerajaan.
Risikonya adalah rendah walaupun pada hakikatnya kemungkiran bon berkenaan pada 2022 boleh mencetuskan keingkaran silang ke atas 1MDB yang sukuk AS$5 juta terbitannya yang dijamin oleh kerajaan akan matang pada 2039, kata Fitch.
"Menurut jaminan itu, bayaran hanya diperlukan sekiranya pemegang bon mengundi untuk mempercepatkannya mengikut klausa keingkaran silang.
"Kami percaya bahawa tidak terdapat kemungkinan majoriti di kalangan pemegang bon akan menuntut bayaran mereka dipercepatkan," katanya.
Fitch berkata 1MDB hanya akan mengheret penarafan negara menjadi lebih rendah sekiranya ia menghalang usaha Malaysia untuk mengurangkan defisit dan hutang negara serta menakutkan pelabur.
"Masalah 1MDB tidak mempunyai kesan langsung terhadap dasar, kerana kerajaan telah mengekalkan konsolidasi fiskal dan pembaharuan bajet.
"Bagaimanapun, jika keupayaan untuk melaksanakan dasar ekonomi terjejas, ini boleh memberi kesan kepada penarafan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

MALU-MALU: JANGANLAH BEGITU, JAMAL!!

Posted: 10 May 2016 04:54 PM PDT


Kalau mahu katakanlah mahu, Jamal!!

Tidak usahlah berlapik-lapik di sebalik mengatakan tidak berminat dan tidak menyenaraikan dirinya sendiri antara tujuh calon untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar, tetapi menyerahkan pula kepada pucuk pimpinan sekiranya namanya dipilih juga

Ahhhh, itu dah macam mahu tapi malu....

Kalau sebagai Ketua UMNO Bahagian beliau tidak mencalonkan dirinya sendiri sebagai antara calon dalam pilihanraya, apa yang benar-benar dimahukannya sebagai seorang pemimpin?

Bukanlah semua Ketua UMNO Bahagian mengimpikan mahu bertanding dalam pilihanraya dan bergelar Yang Berhormat?

Alasan Jamal bahawa beliau hanya seorang ahli perniagaan yang ingin membantu parti dan menyokong sesiapa saja yang bertanding ternampak tidak masuk akal sama sekali kerana hampir semua wakil rakyat bukan saja terlibat dalam perniagaan, bahkan lebih laju perniagaan mereka setelah bergelar Ahli Parlimen.

Oleh itu, janganlah berlapik-lapik lagi antara mahu dan tidak mahu untuk dipilih sebagai calon.

Lagi pun sebagai seorang Ketua UMNO Bahagian dan ada pula berlaku kekosongan, jika tak dipilih juga untuk bertanding, bermakna Najib dan pucuk pimpinan UMNO memang tidak mengiktiraf langsung kehadirannya sebagai pemimpin.

KENAPA NAZRI BEGITU PANTAS MAHU MENAMAKAN CALON PILIHANNYA DI KUALA KANGSAR?

Posted: 10 May 2016 04:52 PM PDT

Agak sedikit pelik apabila Nazri Aziz secara tiba-tiba memberi cadangan agar UMNO dan BN memilih bekas Adun Manong selama empat penggal, Ramly Zahari sebagai calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar yang bakal diadakan tidak lama lagi berikutan kematian wakilnya, Wan Khairil Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sarawak, minggu lalu.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, Ramly menjadi pilihannya kerana bekas Exco Perak itu seorang yang berjiwa rakyat, tidak pernah merajuk, masih muda iaitu berusia 57 tahun dan tetap mendampingi masyarakat melalui Yayasan Anak Kuala Kangsar yang diasaskannya meskipun setelah tidak lagi bergelar wakil rakyat.

Jika dia dipilih, mudahlah kerja kita, kata Nazri lagi.

Persoalannya, mengapa Nazri begitu pantas memberi cadangan terbuka seolah-olah mahu campurtangan dengan meletakkan rakan baiknya itu sebagai calon pilihanraya?

Pernahkah kita dengar sebelum ini ada mana-mana pemimpin cuba mencadangkan nama calon pilihanraya di bahagian yang bukan diterajuinya?

Tidak bolehkah beliau menyerahkan kepada UMNO Bahagian Kuala Kangsar menyenaraikan nama calon tersebut yang kemudian akan dibawa ke peringkat UMNO negeri dan pusat untuk diputuskan secara muktamad?

Jika mahu juga mencadangkan nama pilihannya, kenapa tidak melakukannya dalam Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak yang dipengerusikan oleh Zambry Abdul Kadir di mana Nazri selaku Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas adalah salah seorang ahli jawatankuasanya?

Sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO pula, mengapa beliau tidak menunggu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk melontarkan cadangannya kepada Najib jika pilihannya tidak diterima di peringkat negeri?

Mengapa sebagai pemimpin yang ada banyak ruang untuk bersuara dalam mesyuarat tertutup, tetapi masih memilih untuk bercakap secara terbuka dan melalui media?
Read More / Baca Lagi >>

SPR bincang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar 13 Mei

Posted: 10 May 2016 04:51 PM PDT

SPRSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 13 Mei ini bagi membincangkan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata pihaknya menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kedua-dua kerusi itu daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada jam 6 petang semalam.
"Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan wujud kekosongan luar jangka dan bagi mengisi kekosongan kerusi P.067 Kuala Kangsar dan P.093 Sungai Besar, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.
Kekosongan itu berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lepas.
Menurutnya mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah selaku Pengerusi SPR.

Isu pertindihan kerusi: Tiga senario menuju PRU14

Posted: 10 May 2016 04:50 PM PDT


Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) 2016 telah menyaksikan sebanyak 26 pertandingan tiga penjuru, 12 pertandingan empat penjuru dan lima pertandingan lima penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Jumlah kerusi melibatkan pertandingan tiga penjuru dan ke atas adalah sebanyak 43, bersamaan dengan 52.44 peratus daripada jumlah kerusi DUN Sarawak sebanyak 82.
Pertandingan tiga penjuru dan ke atas semasa PRN Sarawak adalah sesuatu yang lumrah buat orang Sarawak.
Kerana itu, biarpun pertandingan tiga penjuru dan ke atas melibatkan calon BN Sarawak, calon Bebas, calon PKR dan calon DAP di enam kawasan DUN Sarawak, hangat dipertikaikan oleh orang Semenanjung, namun impak kontroversi tersebut tidak begitu besar buat orang Sarawak.
Bagaimanapun, pertindihan kerusi melibatkan PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mungkin berlaku pada dua pilihan raya kecil di Semenanjung atau pertindihan yang mungkin juga melibatkan PKR dan DAP dalam pilihan raya umum Ke-14 (PRU14), akan menjadi satu isu, khususnya di kalangan pengundi Semenanjung yang mahukan pertandingan satu lawan satu, menjadi realiti.
Bayangkan apa yang akan berlaku apabila tiba PRU14 nanti, wujud pertandingan tiga penjuru, sama ada melibatkan PAS dan AMANAH atau PKR dan DAP? Pasti peratusan mengundi akan jatuh merudum sehingga mempengaruhi keputusan semasa hari pengundian.
Apakah penyelesaian kepada masalah pertindihan kerusi antara parti-parti pembangkang? Terdapat tiga senario:
Senario pertama: Parti-parti pembangkang teruskan dengan cara rundingan sedia ada yang menyaksikan peristiwa seperti pengumuman unilateral mengejutkan parti oposisi yang lain.
Dalam konteks ini, prinsip satu lawan satu mungkin dihormati untuk sebahagian besar kerusi tetapi sebilangan kerusi tertentu akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru.
Meneliti perkembangan politik semasa pasca PRU13 sehinggalah PRN Sarawak 2016, maka kebarangkalian senario pertama berlaku semasa PRU14 adalah yang tertinggi.
Senario kedua: Sistem pilihan raya sedia ada, yakni sistem pengundian 'First-Past-The-Post (FPTP)' hanya memenangkan satu-satunya calon yang memperolehi undian tertinggi, biarpun dengan kelebihan satu undi berbanding dua calon yang lain dalam pertandingan tiga penjuru.
Kecacatan sistem FPTP ini mendorong parti-parti pembangkang untuk bersatu berdepan dengan BN secara satu lawan satu bagi meningkatkan peluang kemenangan.
Dalam konteks ini, peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu signifikan, malah menyerlah selepas pemenjaraan beliau dan seterusnya Pakatan Rakyat berkecai.
Apa yang berlaku kemudian dan sehingga hari ini membangkitkan dua persoalan penting, iaitu sama ada kita ubah sistem FPTP atau kita keluarkan Anwar Ibrahim daripada penjara?
Read More / Baca Lagi >>

Amanah perlu kekalkan 13 Dun, nasihat penganalisis

Posted: 10 May 2016 04:49 PM PDT


Hisomudin Bakar Hisomudin Bakar Amanah perlu mengatur strategi dengan meneruskan gerak kerja di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar.
Menurutnya, meskipun Amanah hilang deposit di sembilan kerusi Dun, itu bukan rekod yang menghairankan kerana parti senior lain turut mengalami nasib sama iaitu PKR (10), DAP (7) dan Pas hilang wang pertaruhan di lima daripada 11 kerusi Dun ditandingi.
"Paling penting, Amanah sebagai parti baharu jangan tinggalkan jejak di 13 Dun itu. Jentera Amanah Sarawak perlu buat daya lonjakan sepanjang lima tahun ini menuju PRN akan datang. Perkukuh bilik gerakan, tambahkan keahlian.
"Itulah sebenarnya modus operandi yang membawa kepada kejayaan beberapa calon bebas di sana sehingga undi diterima mereka mengatasi calon parti.
"Apa lagi Amanah sebagai parti yang belum berusia setahun penubuhannya tetapi berani menyahut cabaran ke gelanggang pilihan raya," kata beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Nurzaiti HamdanNurzaiti HamdanDitanya keupayaan calon Amanah di Dun Balingian yang mampu mengurangkan majoriti undi calon BN, beliau berkata, faktor anak muda turut mempengaruhi pilihan pengundi.
"Selain Balingian yang menampilkan calon tempatan berusia 37 tahun, kita dapat lihat calon Amanah di Gedong dan Semop juga anak muda masing-masing berumur 30 dan 35 tahun. Walaupun kedua-dua calon itu kalah tetapi tidak hilang wang deposit dan itu satu permulaan yang baik," ujarnya.
Untuk rekod, calon Amanah, Nurzaiti Hamdan di N.58 Balingian meraih 1,244 undi manakala calon BN, Abdul Yaakub Arbi mendapat 4,208 undi dengan majoriti 2,964 undi.
Sementara itu, satu-satunya calon Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam sejarah pilihan raya negara ini, Rapelson Richard Hamit di N.26 Gedong mendapat 699 undi dan Fadillah Sabali di N.42 Semop memperoleh 878 undi.
Mengulas lanjut penyertaan Amanah pada PRN kali ke-11 yang berakhir pada 7 Mei lalu, Hisomudin berkata, semakin ramai masyarakat tempatan mulai mengenali parti baharu Islam itu dan mereka menyambut baik kewujudan Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Sewa tapak bazar Ramadan di Kubang Pasu RM13,250?

Posted: 10 May 2016 04:47 PM PDT


Majlis Daerah Kubang Pasu telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi agihan gerai seperti didedahkan pengguna Facebook, Nasoruddin Shah Mat.Majlis Daerah Kubang Pasu telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi agihan gerai seperti didedahkan pengguna Facebook, Nasoruddin Shah Mat.Musim untuk golongan peniaga kecil di Kubang Pasu, Kedah menambah pendapatan sempena bulan Ramadan tahun ini mungkin hanya tinggal mimpi.
Hal ini kerana Majlis Daerah Kubang Pasu telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi agihan gerai seperti didedahkan pengguna Facebook, Nasoruddin Shah Mat.
Beliau berpendapat kaedah menindas itu hanya memberi peluang kepada golongan kaya sekaligus menafikan hak peniaga kecil ekoran modal yang terhad.
"Biar orang yang beringgit sahaja yang berniaga. Bila kita komplen, mereka akan jawab, kita harus telus dan memberi peluang sama banyak, yakni sesiapa yang betul-betul nak berniaga akan berani lawan harga.
"Walhal sebenarnya mereka menutup peluang peniaga kecil sebaliknya hanya peniaga-peniaga bergelar jutawan senyap sahaja yang boleh dan berani lawan harga sebegitu tinggi," ujarnya.
Dalam catatannya itu, beliau juga memuat naik gambar berupa slip yang memaparkan slip pembida yang berjaya dengan kadar RM13,250 sepanjang bulan Ramadan.
Selain itu, turut dikongsi di laman sosial itu senarai caj bidaan tapak 20' x 20' di hadapan Pasaraya Yawata dengan bayaran tapak paling minimum adalah RM4,240 manakala maksimum pada harga RM18,020 dengan kesemua tangga harga itu termasuk kadar enam peratus cukai GST.
Read More / Baca Lagi >>

Mesej khas buat Adenan Satem dari 'Orang Kecil'

Posted: 10 May 2016 04:46 PM PDT


Kroni Umno didahulukan, pelajar diketepikan, kata Syed Saddiq

Posted: 10 May 2016 04:42 PM PDT


Syed Saddiq Syed Abdul RahmanSyed Saddiq Syed Abdul RahmanPeminjam Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mendapat pembelaan sewajarnya terutama membabitkan pelajar yang gagal melangsaikan hutang, kata Jurucakap Kumpulan Challenger Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian, mengulas  dakwaan terkini oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bahawa  Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengenepikan notis bankrap seorang  Ketua Umno Bahagian Kepong  yang dikatakan  "Berani Mati" untuk mempertahankan perdana menteri adalah tidak wajar sama sekali.
"Dikalangan pelajar yang buat pinjaman dan gagal membayar balik pinjaman, mereka boleh disenaraihitamkan dan boleh dibankrapkan, serta diugut dan lain-lain lagi.
"Budaya kita sudah berubah apabila pelajar-pelajar tertekan dengan pelbagai masalah pembiayaan pendidikan, pemimpin di atas pula sibuk menyelamatkan diri sendiri daripada tenggelam dalam pinjaman yang mereka sendiri buat.
"Sementara pelajar-pelajar yang meminjam dari PTPTN terhimpit dengan bunga yang tinggi serta elaun sara hidup yang tidak mencukupi.
"Pelajar pula terkapai-kapai mencari sumber untuk meneruskan pengajian apabila penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada lebih kurang 700 pelajar ditamatkan dan peruntukan biasiswa serta dermasiswa dikurangkan, pemimpin di atas giat meletakkan kepentingan kroni melebihi kesengsaraan rakyat," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Menurut Saddiq lagi walaupun kemestian hutang PTPN perlu dilangsaikan secepat yang mungkin, tetapi berita seperti ini membuktikan kewujudan "Double standards" dalam penilaian kerajaan di bawah kepimpinan perdana menteri yang juga Presiden Umno itu.
"Adalah  tidak wajar jika kroni Umno boleh didahulukan sebaliknya pelajar pula diketepikan," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

MANA SATU PEMBOHONG....

Posted: 10 May 2016 04:36 PM PDT

Bank Dunia atau PANGLIMA PERANG ORANG ISLAM, Najib Razak ??

JANGAN RISAU.. Cukai GST dari rakyat KAN ADO !!!

Posted: 10 May 2016 04:32 PM PDT

Rizab Antarabangsa Bank Negara M'sia SEMAKIN SUSUT dah tinggal USD97 (RM381.4 bilion) sahaja... berbanding paling tinggi yg pernah dicatatkan adalah sbyk USD141.4b (RM436.8 bilion)..

"Agenda Memperkasakan EKONOMI UMNOputra"

Posted: 10 May 2016 04:30 PM PDT

Haris Onn bin Hussein (adik Hishammuddin & juga sepupu Najib)

SEMALAM dah SELASA KE-46 MASIH TAK SAMAN2, KENAPA !!!

Posted: 10 May 2016 04:28 PM PDT

Satu persatu media luar negara cuba bongkarkan skandal kewangan yg melibatkan Perdana Malaysia Najib Razak..

TIDAK ADA DALAM SEJARAH MALAYSIA begitu teruk nama & reputasi nama Malaysia di persada dunia angkara manusia yg bernama Mohd. Najib Bin Abdul Razak..

DAKWAAN WSJ terhadap Najib dah berlalu 46 MINGGU.. Kata nak saman WSJ hari Selasa..

Cénangau

0

Posted by Unknown | Posted on 7:02 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


PRK Sungai Besar: Azmin akan pastikan Pakatan Harapan beri laluan kepada PAS?

Posted: 09 May 2016 08:30 PM PDT

Kalau pun Azmin berjaya pujuk Amanah, aku tak yakin usaha Azmin ni akan berjaya pasai langsung tak nampak gaya PAS nak lepaskan salah satu kerusi. Takkan Pakatan Harapan terutama sekali DAP nak setuju Pakatan Harapan bagi laluan untuk PAS di kedua-dua PRK.

Azmin-Ali-Hadi-Awang-selfie-seronok-bersama
Azmin Hj Hadi selfie. Sumber: Fb Azmin
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Harapan bincang sama ada bertanding di Sungai Besar" melaporkan:
Pakatan Harapan akan membincangkan sama ada mana-mana parti sekutunya akan bertanding pada pilihan raya kecil, kerusi parlimen Sungai Besar, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"(Kita akan) bincang dan berbincang," katanya ketika ditanya sama ada Harapan akan bertanding di kerusi yang secara tradisinya milik PAS atau akan menurunkan calon mereka untuk berdepan dengan bekas rakan seperjuangan mereka. - Mkini.
Artikel penuh »

DUNIACACAMARBA

0

Posted by Unknown | Posted on 3:12 PTG | Posted in

sumber :-

DUNIACACAMARBA


Asbestos Settlement

Posted: 10 May 2016 04:03 AM PDT

Asbestos Settlement

Asbestos Settlement - Asbestos cases have pretty much become a legal entity unto themselves, thanks to how common they have become and the huge amounts that are often rewarded in asbestos settlements. If you're interested in pursuing an asbestos settlement, then this is likely good news for you. It means that there are many dedicated asbestos litigation specialists out there who can help you get the money that you may be entitled to. The question is, what entitles you to an asbestos settlement?

To understand whether or not you have a case, it helps to understand the history of asbestos and it's related illnesses. Asbestos is a construction material that started to see heavy use near the end of the 19th century. It is believed that during the 1920s, the company's that manufactured asbestos had knowledge that it could have serious long-term health benefits, but chose to hide this information.

Even as the information became more readily available and medical experts confirmed it in the 1940s, many companies continued to use the material and expose their workers to it. Even today, many people in the construction industry are exposed to asbestos frequently. If you worked heavily with asbestos and developed a disease because of it, then you have a case for an asbestos settlement.

So far, nearly multiple billions of dollars have been awarded to people seeking an asbestos settlement. An asbestos settlement can reach pretty astronomical amounts – the most ever rewarded was over $10 million, while most settlements reach at least half a million dollars. One way to help strengthen the chance of an asbestos settlement is to file a class-action lawsuit. In this type of lawsuit, multiple victims who were exposed to asbestos by the same company can file together and receive a combined asbestos settlement.

There are many lawyers who work specifically in the field of asbestos related lawsuits. Since these lawyers deal with asbestos cases day in and day out, they are one of the best sources of information about a potential asbestos settlement. If you feel that you have a legitimate claim due to your asbestos related disease, then you should contact one of these law offices for a consultation. If you are suffering or even dying from a disease caused by asbestos exposure, then you are entitled to damages. The companies that are responsible for causing that exposure can and should be held liable.

Mesothelioma Asbestos Lawsuit

Posted: 09 May 2016 03:44 PM PDT

Mesothelioma Asbestos Lawsuit

Mesothelioma Asbestos Lawsuit Thanks to the abuses of asbestos manufacturers and construction companies who did not respect their workers safety, thousands of people die each year due to asbestos related illnesses. One of the most prominent types of asbestos related diseases is mesothelioma, a type of cancer that develops in the membranous lining around the heart, lungs or abdomen. If you or someone you care about has been diagnosed with mesothelioma, then you may want to consider filing an asbestos mesothelioma lawsuit. You may be entitled to monetary compensation that will cover lost wages and medical bills, or provide for the family in the event of a death.

The vast majority of mesothelioma cases are caused by asbestos exposure. The history of asbestos will shed some light on why you might be entitled to filing an asbestos mesothelioma lawsuit. Asbestos is a material that has been used in a variety of construction tasks for decades. However, it is believe that as early as the 1920s, manufacturers of asbestos were aware of the diseases harmful effects, but kept it a secret. An asbestos mesothelioma lawsuit is a way to hold those companies liable for their negligence.

During the 1940s, clear medical evidence had been unearthed proving the connection between asbestos and mesothelioma and other cancers. Even as this information became public knowledge, many companies continued to utilize asbestos. Since mesothelioma and other asbestos-related disease take a long time to manifest, many workers did not understand the negative effects of exposure. Many companies were content to keep using the material, because it was good for profits. These actions were clearly unethical, and that's why the option of an asbestos mesothelioma lawsuit exists.

An asbestos mesothelioma lawsuit can provide victims of the asbestos companies with compensation. Damages rewarded in these cases can help to cover lost wages, medical costs, funeral arrangements and death benefits for the family, as well as general pain and suffering damages.

Many law offices work specifically and exclusively on cases related to mesothelioma and other asbestos related diseases. If you are considering an asbestos mesothelioma lawsuit, you should consult with one of these lawyers, who can you help you determine if you have a legitimate case. Chances are if you are suffering from this type of cancer and worked with asbestos at some point in your life, you have a real claim. Once the claim is filed, these lawyers can take the reins and handle most of the details of your case.

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:10 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


1MDB berdepan ingkar kedua susulan kupon matang esok

Posted: 10 May 2016 06:02 AM PDT

MALAYSIAKINI




1MDB berdepan dengan kemungkinan satu lagu kemungkiran bayaran setelah kupon pembayaran untuk bon AS$1.75 bilion matang Khamis ini.

Ia susulan kegagalan mereka untuk membayar AS$50.3 juta dalam bentuk faedah untuk bon lain, juga berjumlah AS$1.75 bilion, pada bulan lalu.

Kedua-dua bon itu dijamin oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi tetapi terlibat dalam pertikaian dengan 1MDB berhubung hutang berbillion-bilion dolar.

Jika 1MDB gagal atau enggan membayar, ia akan menyebabkan pusingan seterusnya kemungkiran bersilang ke atas hutang-hutangnya yang lain termasuk AS$1.83 bilion (RM7.4 billion) dalam bon Islam, menurut Channel News Asia.

Ia menambah bahawa IPIC mungkin terpaksa campur tangan jika 1MDB gagal untuk membayar bagi mengelakkan kemungkiran bersilang di pihaknya.

1MDB, pada 18 April yang lalu gagal untuk membuat bayaran faedah AS$50.3 juta dan masih belum melunaskan bayaran selepas tempoh lima hari penangguhan yang diberikan.

Seterusnya, IPIC, pada 25 April, bertindak selaku penjamin, membuat bayaran penuh ke atas jumlah ingkar itu dan berkata pihaknya akan membuat tuntutan kepada 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia.

1MDB telah berkata bahawa pihaknya masih terbuka dalam pembayaran kupon akan datang pada 11 Mei ini.

Ia juga cuba menyakinkan pemegang bon bahawa kedudukan kewangan 1MDB tidak bermasalah dan hanya menahan pembayaran berikutan pertikaian dengan IPIC.


KENAPA NAZRI BEGITU PANTAS MAHU MENAMAKAN CALON PILIHANNYA DI KUALA KANGSAR?

Posted: 10 May 2016 05:07 AM PDT

shahbudindotcom

 



Agak sedikit pelik apabila Nazri Aziz secara tiba-tiba memberi cadangan agar UMNO dan BN memilih bekas Adun Manong selama empat penggal, Ramly Zahari sebagai calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar yang bakal diadakan tidak lama lagi berikutan kematian wakilnya, Wan Khairil Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sarawak, minggu lalu.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, Ramly menjadi pilihannya kerana bekas Exco Perak itu seorang yang berjiwa rakyat, tidak pernah merajuk, masih muda iaitu berusia 57 tahun dan tetap mendampingi masyarakat melalui Yayasan Anak Kuala Kangsar yang diasaskannya meskipun setelah tidak lagi bergelar wakil rakyat.

Jika dia dipilih, mudahlah kerja kita, kata Nazri lagi.

Persoalannya, mengapa Nazri begitu pantas memberi cadangan terbuka seolah-olah mahu campurtangan dengan meletakkan rakan baiknya itu sebagai calon pilihanraya?

Tidak bolehkah beliau menyerahkan kepada UMNO Bahagian Kuala Kangsar menyenaraikan nama calon tersebut yang kemudian akan dibawa ke peringkat UMNO negeri dan pusat untuk diputuskan secara muktamad?

Jika mahu juga mencadangkan nama pilihannya, kenapa tidak melakukannya dalam Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak yang dipengerusikan oleh Zambry Abdul Kadir di mana Nazri selaku Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas adalah salah seorang ahli jawatankuasanya?

Sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO pula, mengapa beliau tidak menunggu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk melontarkan cadangannya kepada Najib jika pilihannya tidak diterima di peringkat negeri?

Mengapa sebagai pemimpin yang ada banyak ruang untuk bersuara dalam mesyuarat tertutup, tetapi masih memilih untuk bercakap secara terbuka dan melalui media?

Lebih dari itu, mengapa Nazri mahu sibuk-sibuk dan membuat cadangan terbuka untuk menonjolkan pilihannya sedangkan Kuala Kangsar hanyalah bahagian lama yang pernah disertainya sebelum berpindah ke Lenggong dan kini mengetuai UMNO Padang Rengas?

Tidakkah soal calon pilihanraya ini lebih merupakan bidang kuasa Zambry dan Najib untuk memutuskannya dan jika ada cadangan lain, Nazri seharusnya melakukannya melalui saluran yang betul?

Kalau sebelum ini Nazri begitu marah dengan Muhyiddin yang bercakap secara terbuka soal parti sedangkan katanya ada saluran dalam mesyuarat untuk memberi pandangan, kenapa sekarang beliau berperangai lebih kurang sama saja?

Adakah beliau rasa dirinya seorang yang hebat dan kerana itu bukan sekadar cadangannya dianggap sentiasa betul, malah boleh juga "main langgar" saja ketika melakukannya? 


Peguam Dr M mohon soal Najib berhubung afidavit

Posted: 10 May 2016 05:02 AM PDT

MALAYSIAKINI




Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad ada hari ini memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran menyoal Datuk Seri Najib Razak berhubung fakta-fakta yang bercanggah yang didakwa terdapat dalam afidavit yang dikemukakan oleh perdana menteri itu.

Pada masa sama, peguam juga memohon penangguhan permohonan Najib untuk membatalkan saman RM2.64 bilion yang difailkan oleh Mahathir bersama dengan bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkaitan dengan isu 1MDB.

Permohonan itu difailkan tengah hari tadi dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Antara lain, peguam berkenaan mendakwa afidavit Najib mengandungi kenyataan yang bercanggah dan tidak konsisten.

Kenyataan-kenyataan yang dipertikaikan termasuk:

*Dalam perenggan ketujuh dan kelapan afidavit itu, Najib berkata beliau memfailkan permohonan untuk membatalkan kedudukannya atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi BN dan Presiden Umno dan bukan sebagai seorang penjawat awam kerajaan.

Walau bagaimanapun, peguam berkenaan menegaskan bahawa dalam perenggan 25, Najib mengakui beliau adalah seorang penjawat awam dan mengaku bahawa salah-laku tort misfeasance dan pelanggaran tanggungjawab fidusiari adalah hanya usaha untuk menyingkirkannya dari jawatan awam.

*Dalam perenggan 24 afidavitnya, Najib menafikan dakwaan dalam pernyataan tuntutan bahawa beliau berperanan dalam memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk seri Shafie Apdal daripada menjadi anggota kabinet dan hakikat bahawa empat daripada ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara telah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan kabinet Julai lalu.

Justeru, demi kepentingan keadilan dan proses undang-undang, ketiga-tiga plaintif memohon kebenaran untuk Najib dipanggil untuk terus menjawab dan diperiksa balas berhubung kenyataannya yang tidak jelas, tidak tepat dan bercanggah berdasarkan fakta kontemporari.

Plaintif dalam samannya pada 23 Mac lalu, memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Pelajar UiTM makan Nestum akhirnya terima anugerah

Posted: 10 May 2016 04:58 AM PDT

Bernama

 


Seorang penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis mendedahkan dia sanggup mengikat perut semata-mata hendak menyimpan wang supaya mempunyai duit untuk membeli buku tambahan.

Anis Najwa Abdul Wahab, 23, dari Keramat, Kuala Lumpur berkata dia sanggup menahan lapar dan hanya memakan nestum dua kali sehari sebagai ganti nasi.

"Syukur....segala usaha saya berhasil apabila dipilih antara 43 penerima ANC pada konvokesyen ke-84 UiTM Perlis," katanya ketika ditemui selepas majlis itu di Dewan Semarak UiTM di Arau, hari ini.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.79 berkata dia ditawarkan biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah memperoleh PNGK 4.00 pada semester pertama.

Katanya beliau sentiasa berfikiran positif dan berusaha untuk mendapat anugerah dekan pada setiap semester sejak memulakan pengajian di situ.

"Saya sanggup menipu mak dan abah tentang keadaan saya (tidak cukup wang) dan hanya berkongsi cerita yang menyenangkan hati mereka sahaja kerana saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa saya.

"Mereka banyak berkorban untuk saya dan abang, Muhammad Farid, 24, yang mengikuti pengajian Sarjana di United Kingdom," kata Anis Najwa, anak bongsu dua beradik kepada Bernama.

Beliau yang bertugas sebagai eksekutif di syarikat Great Eastern di Kuala Lumpur berkata dia bercadang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang insurans.

Ibunya, Normaizan Kassim, 55, seorang pereka grafik di Utusan Melayu ketika ditemui pemberita menangis kegembiraan atas kejayaan anaknya itu.

"Saya dan suami Abdul Wahab Aziz, 60, bekas penyunting di Harian Metro tidak putus-putus berdoa untuk kejayaan anak kami. Hari ini baru saya tahu dia (Anis Najwa) rahsiakan kesusahannya, namun kami sangat-sangat bersyukur," katanya.

Selain di UiTM Perlis, istiadat konvokesyen itu turut berlangsung di kampus induk UiTM Shah Alam, masing-masing dua di Melaka, Kelantan, Kedah serta Sabah dan Sarawak membabitkan penganugerahan ijazah dan diploma kepada 15,594 graduan.-Bernama

Lagi akar umbi PAS mahu kerjasama semula DAP, PKR

Posted: 10 May 2016 04:53 AM PDT

MALAYSIAKINI




PAS cawangan Kajang Sutera hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi untuk kerjsama semula antara PAS, PKR dan DAP seperti yang terjalin sebelum ini pada pilihan raya umum tahun 2008 dan 2013.

Ketua cawangan tersebut, Sharif Mahmud berkata, pihaknya berharap para pemimpin PAS akan menerima pelawaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd Azmin Ali untuk mengadakan kerjasama semula.

"Pengalaman semasa pilihan raya negeri Sarawak menunjukkan bahawa jika berlaku pertandingan tiga penjuru, Barisan Nasional (BN) akan mencapai kemenangan.

"Parti-parti pembangkang mesti berusaha untuk memastikan BN dapat dikalahkan dan mengelak untuk bergaduh sesama sendiri," kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dari PAS turut menzahirkan pendapat beliau untuk PAS menyambut pelawaan Azmin agar parti Islam itu kembali menyertai pakatan pembangkang bersama PKR, DAP dan AMANAH.

Mahfuz berkata, beliau berpendapat pelawaan Azmin dibuat selepas menyedari kesan akibat kekalahan pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak.

"Saya sangat mengharapkan pimpinan PAS akan menyambut baik pelawaan Azmin demi Malaysia dan rakyat untuk bersama dalam satu pakatan pembangkang PAS, PKR, DAP dan AMANAH serta parti-parti lain dan NGO.

"Kepada semua pemimpin parti parti politik saya mengharapkan dapat merendahkan ego, meninggikan akal mencari panduan, meneguhkan pegangan dan menggenggam keazaman untuk perubahan demi rakyat dan Malaysia tercinta," kata Mahfuz lagi.

Terdahulu, Azmin mengajak PAS untuk kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Mengulas lanjut, Sharif menambah, sebagai rakyat Selangor, pihaknya mahu melihat gabungan PAS, PKR dan DAP terus mentadbir negeri ini selepas pilihan raya umum akan datang.

"Tanpa kerjasama ini Barisan Nasional mungkin akan kembali berkuasa.

"Kami berharap pucuk pimpinan PAS akan juga memikirkan masa depan negeri Selangor.

"Jangan hanya memikirkan masa depan negeri-negeri Kelantan dan Terengganu sahaja walau pun ramai pemimpin-pemimpin PAS adalah dari negeri itu," tambahnya lagi.


RM86 juta masih beku, kata bos NFC

Posted: 10 May 2016 04:51 AM PDT

Hafiz Yatim

 


Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mendedahkan bahawa deposit tetap RM86 juta dari wang pinjaman RM250 juta syarikat itu masih dibekukan oleh mahkamah.

Beliau mempersalahkan pembekuan akaun bank di CIMB, Maybank dan Public Bank disebabkan oleh pendedahan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung akaun Public Bank pada Mac 2012.

Salleh berkata demikian ketika memberi keterangan dalam saman fitnahnya terhadap Rafizi dan Mkini Dotcom Sdn Bhd.

Menjawab soalan daripada peguam Ranjit Singh yang mewakili Rafizi, Salleh berkata sebahagian tunai telah dikembalikan kepada syarikat itu selepas 7 Mac 2012.

"Deposit tetap RM86 juta kami masih dibekukan di CIMB, Maybank dan Public Bank akibat daripada kenyataan pembangkang. Pinjaman ini dibuat oleh NFC," katanya.

Ranjit: Apakah pembekuan aset itu akibat daripada pendedahan anak guam saya berhubung akaun Public Bank?

Salleh: Ya.

Ranjit: Berapa banyak dibekukan?

Salleh: RM86 juta.

Ranjit: Adakah penyitaan itu kerana beberapa pembelian kondominium termasuk di One Menerung, Bangsar?

Salleh: Tiada kaitan.

Bos NFC itu mempertahankan kenyataan bahawa Rafizi adalah punca utama bagi kerugian syarikat berkenaan dan punca masalah apabila dakwaan bahawa ia berkaitan dengan syarikat keluarga (Ketua Wanita Umno) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Namun, seperti yang anda lihat, Shahrizat tidak memiliki sebarang saham dalam NFC atau syarikat-syarikat lain. Itulah bagaimana kemudaratan pelanggan anda (kepada kami)," katanya.

Ranjit: Adakah anda bersetuju bahawa projek NFC itu sendiri menerima kritikan serius daripada BN dan pembangkang?

Salleh: Hanya pembangkang.

Ranjit: Sesetengah anggota kanan BN begitu kritikal termasuk Datuk Bung Moktar (Raden) dan Tun Dr Mahathir Mohamad, bersama-sama dengan Datuk Seri Ghapur Salleh (MP Kinabatangan), (Ketua Umno Bahagian Cheras) Datuk Syed Ali Syed Al Habshi dan Datuk Kamilia (Ibrahim) (bekas timbalan Shahrizat ).

Salleh: Ia hanya apabila pembangkang membangkitkan geran RM73.6 juta dan mengaitkannya dengan isteri saya dengan berkata bahawa ia adalah syarikat keluarga Shahrizat. Mereka terus menyerang Shahrizat. Ini bukan mengenai isteri saya. Perniagaan ini milik syarikat saya dan keluarga saya.

Saya jelaskan kepada Mahathir bahawa Shahrizat tidak ada kena mengena dan dia menerimanya dan tidak membuat ulasan lanjut. Syed Ali kemudian meminta maaf. Jika Rafizi mahu serang saya, serang saya hari ini.

Ranjit: Jika anda lihat komen yang dibuat oleh Syed Ali, Bung Moktar, Rafidah Aziz dan Kamilia, semua mereka mengkritik isu NFC.

Salleh: Ini adalah manipulasi oleh anak guam anda, apa yang Ketua Audit Negara kata bukan NFC tetapi projek National Feedlot.

Ranjit: Adakah anda bersetuju bahawa kebanyakan kritikan adalah kerana dakwaan tertentu wang pinjaman kerajaan disalurkan kepada National Meatwork Livestock Corporation digunakan untuk membeli kondominium di One Menerung atau di tempat lain?

Salleh: Itu adalah bagaimana kemudaratan anak guam anda. Ramai yang telah tertipu olehnya yang mengaitkannya dengan isteri saya.

Artikel fitnah: Mahkamah sahkan Utusan perlu bayar Pua

Posted: 10 May 2016 04:31 AM PDT

MALAYSIAKINI




Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya ia membayar ganti rugi RM200,000 kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee berkaitan artikel bersifat memfitnah.

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan permohonan Pua supaya rayuan itu ditolak atas alasan notis rayuan penerbit akhbar itu yang dikemukakan kepada mahkamah adalah tidak kompeten.

Peguam Pua, Guok Ngek Seong sebelum itu berhujah bahawa Utusan Melayu dikehendaki terlebih dahulu memfail permohonan mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan bagi membolehkannya mengemukakan rayuan, menurut seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Seksyen itu menyebut rayuan tidak boleh dikemukakan ke Mahkamah Rayuan bila amaun atau nilai perkara pokok tuntutan kurang daripada RM250,000 kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan.

Beliau (Guok) berkata rayuan Utusan Melayu ditolak kerana ia tidak mendapat kebenaran merayu oleh itu notis rayuan tidak kompeten.

Bagaimanapun, peguam Utusan Melayu Azhar Arman Ali berhujah bahawa kebenaran itu tidak diperlukan kerana nilai perkara pokok tuntutan bagi tujuan menentukan sama ada kebenaran diperlukan, harus diasaskan pada masa saman sivil difailkan dan bukan pada anugerah diberikan Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata tuntutan saman sivil yang difailkan di Mahkamah Tinggi adalah tidak kurang dari RM1 juta.

Hakim Zawawi yang bersidang bersama Hakim Vernon Ong Lam Kiat dan Harmindar Singh Dhaliwal, berkata amaun itu hendaklah pada masa mahkamah memberi anugerah berkenaan.

Beliau juga memerintahkan deposit RM1,000 bagi rayuan yang dibayar oleh Utusan Melayu, diberikan kepada Pua sebagai kos guaman.

Pada 17 Sept tahun lalu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menilai kerugian dalam saman sivil itu dan menganugerahkan RM200,000 kepada Pua selepas Utusan Melayu menerbitkan pada 23 Mei, tahun lepas permohonan maaf berhubung penerbitan artikel itu yang Pua dakwa memfitnahnya.

Guok memberitahu pemberita berikutan keputusan hari ini, perintah Mahkamah Tinggi agar Utusan Melayu membayar RM200,000 kepada Pua sekali lagi disahkan.

Sementara itu, Azhar mengesahkan bahawa anak guamnya telahpun membayar kepada Pua.

Beliau juga berkata, beliau menunggu arahan dari anak guamnya sama ada membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.- Bernama


Fitch: Keingkaran 1MDB boleh akibatkan ketidakstabilan politik

Posted: 10 May 2016 04:26 AM PDT

MALAYSIAKINI





Keingkaran bayaran kepada pemegang bon oleh 1MDB bulan lalu boleh membawa kepada fokus yang lemah berhubung dasar dan ketidakstabilan politik di Malaysia, kata Agensi Penarafan Fitch.

"Walau bagaimanapun, risiko itu menjadi kenyataan belum lagi kelihatan," kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.

Fitch berkata ini adalah satu-satunya ke atas ke Malaysia berikutan kemungkiran 1MDB kerana bon berkenaan tdak dijamin oleh kerajaan.

Risikonya adalah rendah walaupun pada hakikatnya kemungkiran bon berkenaan pada 2022 boleh mencetuskan keingkaran silang ke atas 1MDB yang sukuk AS$5 juta terbitannya yang dijamin oleh kerajaan akan matang pada 2039, kata Fitch.

"Menurut jaminan itu, bayaran hanya diperlukan sekiranya pemegang bon mengundi untuk mempercepatkannya mengikut klausa keingkaran silang.

"Kami percaya bahawa tidak terdapat kemungkinan majoriti di kalangan pemegang bon akan menuntut bayaran mereka dipercepatkan," katanya.

Fitch berkata 1MDB hanya akan mengheret penarafan negara menjadi lebih rendah sekiranya ia menghalang usaha Malaysia untuk mengurangkan defisit dan hutang negara serta menakutkan pelabur.

"Masalah 1MDB tidak mempunyai kesan langsung terhadap dasar, kerana kerajaan telah mengekalkan konsolidasi fiskal dan pembaharuan bajet.

"Bagaimanapun, jika keupayaan untuk melaksanakan dasar ekonomi terjejas, ini boleh memberi kesan kepada penarafan," katanya.

1MDB dijangka mengahadapi kemungkiran kedua esok, selepas mengumumkan bahawa ia telah melantik penasihat kewangan untuk berurusan dengan pemegang bon dengan isu ini. April lalu, ia gagal membayar faedah AS$50 juta bagi bon terbitannya itu.

Kemungkiran itu akibat pertikaian firma pelaburan negara itu dengan International Petroleum Investment Corporation yang berpangkalan di Abu Dhabi.

IPIC pada tahun 2015 menjamin terbitan bon itu, tetapi kini enggan membayar kupon berkenaan berikutan pertikaian dengan 1MDB.

Menurut IPIC, 1MDB berhutang fi sebagai jaminan untuk bon, tetapi firma pelaburan Malaysia itu berkata, mereka telah membayarnya kepada anak syarikat IPIC di British Virgin Island. IPIC, bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan firma BVI ini.

Kerajaan belum iktiraf UEC, tegas KPT

Posted: 10 May 2016 04:24 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menegaskan pengiktirafan kerajaan terhadap Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) masih di peringkat perbincangan, belum dimuktamadkan.

Dalam kenyataannya, KPT memberi maklum balas sedemikian sebagai merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon yang dipetik sebagai berkata UEC akan diiktiraf 'tidak lama lagi'.

"Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh telah mengadakan pertemuan tidak rasmi, pada bulan Mac, dengan pelaksana UEC di Kuching untuk meninjau pandangan mereka dan membincangkan hal tersebut.

"KPT mahu menekankan bahawa dasar semasa masih diguna pakai, dengan UEC harus menerima syarat semasa kementerian untuk kemasukan ke dalam universiti awam," jelas kementerian itu.

Semalam, Gerakan penyokong sekolah satu aliran mengeluarkan kenyataan bagi membantah sebarang usaha untuk mengiktiraf UEC.

Pengerusi Gerakan Sistem Sekolah Satu Aliran Demi Perpaduan (Serap), Shahril Hamdan menggesa Chong agar menjelaskan perkara itu.

"Kami menentang sekeras-kerasnya hal ini dan kami mahu Chong menjelaskan sama ada kenyataannya itu berdasarkan harapan sendiri atau sememangnya ianya telah dipersetujui oleh pihak kerajaan," kata Shahril dalam kenyataannya.

Shahril, yang juga ahli majlis eksekutif Pemuda Umno berkata, Chong harus menyedari UEC tidak menggunakan kurikulum nasional dan telah menggunakan kurikulum Taiwan selain diuruskan oleh Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), berbanding kerajaan.

Baru-baru ini, kerajaan negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju mengiktiraf UEC sebagai syarat untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam dan pusat pengajian tinggi awam negeri Universiti Malaysia Sarawak.

Langkah itu menjadikan negeri pertama mengiktiraf sijil yang dikeluarkan oleh Sekolah-sekolah Menengah Bebas Cina (MICSS) itu.

Putrajaya sebelum ini tidak menerima UEC sebagai syarat untuk menyertai institusi awam, kerana ia dikatakan gagal mengikuti dasar-dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan.


Teh akan terus bangkitkan isu had tempoh ketua menteri

Posted: 10 May 2016 04:22 AM PDT

Bernama    




Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu akan terus membangkitkan isu mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal.

Teh berkata walaupun usul itu ditolak untuk dibahas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini, beliau bertekad terus membawa perkara itu pada mesyuarat DUN akan datang demi kepentingan awam.

"Perkara itu (kenapa usul ditolak) perlu ditanya kepada Speaker...saya akan cuba bawa usul ini lagi pada mesyuarat akhir tahun atau tahun depan demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan DUN dan sesi perbahasan akan bermula Jumaat ini hingga 19 Mei.

Teh berkata usul itu tidak bermotifkan politik, sebaliknya demi kepentinganrakyat dalam proses reformasi dan pendemokrasian, bagi memberi peluang kepada pemimpin yang berkebolehan untuk menerajui tampuk pemerintahan.

Ini merupakan kali kedua usul yang sama ditolak selepas persidangan DUN 10 Nov 2014 apabila cadangan Teh berhubung perkara itu ditolak selepas mendapat pelbagai reaksi daripada wakil rakyat.

Sementara itu, ADUN Penanti Dr Norlela Ariffin juga menghadapi nasib yang sama apabila dua usul beliau juga tidak diterima dan perlu dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam negeri.

Norlela berkata kedua-dua usul iaitu meminta PAC memeriksa Belanjawan 2016 sebagai input kepada
Belanjawan 2017 dan meminta PAC memeriksa keseimbangan Pelan Induk Pengangkutan negeri.

"Saya mendapat surat daripada Speaker DUN untuk membawa usul ini dalam mesyuarat PAC terlebih dahulu sebelum usul ini dibangkitkan dalam persidangan DUN yang akan datang," katanya.

Sementara itu, Speaker DUN Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang berkata daripada enam notis usul yang diterima, hanya satu diluluskan untuk dibentang dan dibahas pada sidang dewan kali ini.

Usul yang diterima untuk dibahas ialah yang dikemukakan ADUN Barisan Nasional (BN) Muhamad Farid Saad (Pulau Betong) mengenai isu projek tambakan laut di selatan pulau negeri.

Law berkata usul yang dikemukakan Teh ditolak kerana terdapat masalah teknikal selain mereka menggunakan peraturan mesyuarat yang salah dan wakil rakyat itu boleh menyerahkan semula usul berkenaan pada sidang DUN akan datang.-Bernama


Deklarasi Rakyat capai 1 juta tandatangan, dakwa Mukhriz

Posted: 10 May 2016 04:20 AM PDT

MALAYSIAKINI




Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa Deklarasi Rakyat yang dipimpin bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya mengumpulkan 1 juta tandatangan seperti yang disasarkan.

Dalam catatan akaun Facebook miliknya atas nama Mukhriz Mahathir FC, beliau menyatakan rasa kesyukuran atas pencapaian itu yang disifatkan sebagai hasil kerja keras tidak mengira siang dan malam.

"Alhamdullilah.. air mata.. setelah siang dan malam bekerja keras mengumpul tandatangan Deklarasi Rakyat.

"Akhirnya mencecah ke angka 1 juta, tahniah pada semua yang terlibat dan memberi sokongan selama ini," jelasnya dalam catatan di media sosial tersebut.

‪Hari ini, sekumpulan sukarelawan muda yang menggelar diri mereka sebagai 'Mahathirisme' menyerahkan 10,000 tandatangan untuk Deklarasi Rakyat kepada Dr Mahathir.

Ketua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya yang mengiringi kumpulan itu berkata para sukarelawan itu telah mengumpul tandatangan tanpa sebarang bayaran demi rakyat dan kepentingan negara.

Beliau juga mendakwa mereka melakukannya kerana sayang kepada Mahathir.

"Mereka pergi ke setiap warung, pasar malam, supermarket, rumah-rumah kenduri pun ada.

"Nak guna penyerahan (tandatangan) ini sebagai satu kenangan dalam hidup mereka, berhajat menyerahkan sendiri ke tangan Tun dan bergambar sebagai kenangan," kata Abu Bakar lagi.

Deklarasi Rakyat adalah suatu petisyen yang diwujudkan oleh gerakan 'Selamatkan Malaysia' yang bermatlamat untuk mengumpul satu juta tandatangan untuk dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja bagi memohon penyingkiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain Dr Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Mukhriz, nama-nama besar lain yang menandatangani deklarasi itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Ling Liong Sik, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Mustafa Ali, Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim.

Kuala Kangsar: Antara cabaran dan kepentingan AMANAH

Posted: 10 May 2016 04:15 AM PDT

Oleh Muhamad Faeez Azahar


AMANAH dan PH perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan tiga penjuru pada PRU14 ini jika Pas masih kekalkan pendiriannya untuk tidak bersama dalam pakatan pembangkang.
 
 
amanah-kuala-kangsar




Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak baru sahaja melabuhkan tirai dengan menyaksikan BN kekal mencengkam kekuasaannya, dalam masa yang sama pembangkang gagal menyinar apabila hanya memperoleh hanya 10 kerusi sahaja.

Parti Amanah Negara (Amanah) gagal menyinar dalam pilihan raya tersebut, dengan beberapa alasan dan faktornya tersendiri. Parti yang berusaha 7 bulan ini gagal mendapat tempat di hati pengundi Sarawak, berkemungkinan rakyat bumi kenyalang masih belum mengenali dengan lebih baik disamping beberapa kekurangan yang berlaku dalam kalangan pakatan pembangkang.

Kini tertumpu kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar selepas kedua-dua wakil rakyat kawasan tersebut terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak. Sudah pasti PRK ini lebih panas dan menjadi perhatian seluruh dunia.

Ramai yang berpandangan, keputusan PRN Sarawak tidak 'menjiwai' mood sebenar rakyat Malaysia yang sedang mendendam rasa kecewa terhadap kepimpinan negara yang diketuai oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. Maka PRK di dua parlimen ini adalah platform untuk menilai survival politik Malaysia.

Rakyat mahu melihat adakah Deklarasi Rakyat dan Gerakan Selamatkan Malaysia yang diketuai oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mempunyai momentumnya tersendiri. Kebobrokan kerajaan ketika ini sangat dirasai oleh seluruh rakyat namun sokongan rakyat khususnya orang Melayu belum lagi teruji.

Di pihak pembangkang kini lebih 'meriah' setelah munculnya Amanah seterusnya wujudnya Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat. Pas pula bertindak ego untuk tidak menyertai blok pakatan pembangkang sebaliknya mewujudkan blok ketiga.

Semua ini belum teruji dengan sebenar-benarnya, maka PRK kali ini sangat mencabar dan penting bagi pembangkang mahupun kerajaan untuk menilai prestasi dan penemerimaan rakyat terhadap mereka.

Belum sempat bunga di pusara layu, Pas sudah mengumumkan akan bertanding di kedua-dua kerusi tersebut. Katanya ia adalah kerusi tradisi yang ditandingi Pas dan ia perlu dipertahankan. Umno juga telah melaungkan semboyan untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh mereka itu.

Pakatan Harapan masih berteka-teki adakah akan turut serta mahupun tidak. Jika mengikut perkiraan, Amanah berperanan menggantikan tempat Pas di dalam pakatan maka secara automatik kedua-dua kerusi tersebut sepatutnya ditandingi oleh Amanah. Namun Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyatakan keputusan bertanding atau tidak akan diumumkan 15 Mei ini.

Ramai yang mempersoalkan adakah Amanah wajar untuk bertanding di kerusi ini kerana Pas sudah bertegas untuk meletakkan calon. Kononnya, Amanah akan jadi pengacau kepada Pas untuk menjatuhkan BN. Naib Pengerusi Amanah Perak, Dr Muhaimin Sulam berpandangan, Amanah perlu berkorban di Kuala Kangsar dengan tidak meletakkan calon.

Adakah cadangan ini wajar? Saya menyambut baik cadangan tersebut, namun saya turut berpandangan PRK Kuala Kangsar adalah sangat penting bagi Amanah dalam mempersiapkan kekuatan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Amanah dan Pakatan Harapan perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan tiga penjuru pada PRU14 ini jika Pas masih kekalkan pendiriannya untuk tidak bersama dalam pakatan pembangkang.

Pilihan raya ini adalah medan paling sesuai untuk mewajahkan kemungkinan yang akan berlaku pada PRU14 nanti, Amanah dan Pakatan Harapan boleh membuat persediaan awal dengan menjadikan keputusan PRK ini sebagai rujukan. BN pula mahu membuktikan sokongan rakyat terhadap mereka masih kuat walaupun kerajaan dipalit dengan pelbagai skandal. Manakala Pas mahu membuktikan bahawasanya mereka kuat dan tidak terjejas sokongannya biarpun tidak berada dalam pakatan pembangkang.

Tidak salah untuk menjadikan PRK ini sebagai uji kaji memandangkan tempoh PRU14 hanya kira-kira dua tahun sahaja daripada sekarang. Maka, bagi saya penyertaan Amanah dalam PRK ini sangat penting untuk memperkanalkan parti Islam baharu ini dan Pakatan Harapan kepada masyarakat.

Namun Pakatan Harapan perlu tampil dengan lebih berintegriti dan berkeyakinan dalam PRK kali ini.
Pimpinan ketiga-tiga parti iaitu KeAdilan, Amanah dan DAP perlu bergerak seiringan untuk menzahirkan kesungguhan serta kesepaduan jitu dalam mendapatkan keyakinan masyarakat.

Ayuh! Suburkan Demokrasi Malaysia! Selamatkan Malaysia!

*  Muhamad Faeez Azahar adalah Penolong Setiausaha Pemuda AMANAH Negeri Perak

Seolah-olah wujud dua UMNO sekarang

Posted: 10 May 2016 04:08 AM PDT

 
 
Mukhriz mendakwa keutamaan sekarang ialah mempertahankan Presiden UMNO tidak kira beliau betul atau salah.


mukhriz-umn


PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tampil menjelaskan desas-desus berhubung kemunculan Team A dan Team B dalam UMNO.

Beliau mendakwa kini seolah-olah wujud dua UMNO, tetapi ia bukannya Team A dan Team B.

"Tapi UMNO (Datuk Seri) Najib (Razak) dengan UMNO perjuangan, iaitu UMNO asal yang perjuangkan alif ba ta. Itu semua dah ditinggalkan. Tidak diberi keutamaan lagi dah.

"Yang sekarang ini yang jadi keutamaan ialah pertahankan Presiden Parti tak kira apa. Dia buat salah pun tak apa. Tuduh orang lain semua bersekongkol dengan pembangkang untuk menghalalkan kemungkaran yang berlaku oleh kepimpinan dalam parti.

"Dilema orang Melayu UMNO ini ialah dia sayang pada parti, dia jentera parti tapi macam mana kalau dia buat kerja untuk menangkan parti dan yang dapat nama ni ialah Datuk Seri Najib walhal mereka-mereka ini pejuang yang setia dan ikhlas kepada parti ini tidak menyokong dia sebagai Presiden," katanya dalam rakaman video yang dimuat naik ke blog Mukhriz Mahathir FC.

Sehubungan itu, ADUN Ayer Hitam itu berharap Deklarasi Rakyat boleh menyelesaikan dilema yang dihadapi ahli UMNO itu.

"Saya harap dengan Deklarasi Rakyat masalah itu boleh diselesaikan bila kita tuntut supaya dia berundur sebagai Presiden UMNO," katanya.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan Mukhriz kembali menggunakan gelaran Team B dalam tweetnya yang mengimbau kembali perpecahan UMNO sekitar 1987.

Team B wujud bagi mewakili kumpulan lantang bersuara dalam UMNO, membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bumiputera tertekan dengan jurang pendapatan, kos sara hidup – Anina

Posted: 10 May 2016 04:05 AM PDT

 
Tiada gunanya pendapatan bumiputera meningkat jika kos sara hidup yang ditanggung rakyat juga turut meningkat.



Anina-Saaduiddin,-najib


PETALING JAYA: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai peningkatan purata pendapatan bumiputera dikecam selepas ia bukan satu kejayaan yang menggembirakan rakyat.

Bekas ahli UMNO Langkawi, Anina Saadudin sebaliknya berkata jurang pendapatan bumiputera masih lagi tidak setanding dengan rakyat berbilang bangsa yang lain di negara ini.

"Najib bukan sahaja perlu melihat kepada purata pendapatan tetapi juga kepada income disparity (jurang pendapatan) dalam kalangan bumiputera dan rakyat berbilang bangsa di negara ini.

"Ramai bumiputera yang masih berada di bawah kadar miskin tegar di bandar dan di luar bandar.

Sekiranya jurang pendapatan ini tidak dirapatkan maka ianya akan menghasilkan suasana himpitan hidup yang menekan golongan berpendapatan rendah dan tersisih dari arus kemajuan ekonomi," katanya kepada FMT.

Anina berkata, kerajaan pimpinan Najib seharusnya melihat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya jurang pendapatan yang ketara selain peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Ini ditambah dengan pelaksanaan GST yang sekali gus menghimpit golongan bumiputera berpendapatan sederhana dan menghancurkan kehidupan golongan miskin tegar," jelasnya.

Turut diketengah ialah kemelut ekonomi negara yang dihimpit dengan peningkatan hutang selain masalah seperti kekurangan peluang pekerjaan bagi golongan muda yang baru tamat pengajian.

"Secara keseluruhan, jurang pendapatan yang melebar ini terus menyakiti rakyat ditambah pula skandal 1MDB berjumlah RM 50 billion dan skandal RM 2.6 billion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri," katanya.

Perdana Menteri, sebelum ini berbangga dengan peningkatan purata pendapatan bumiputera daripada RM172 pada 1970 kepada RM5,548 pada 2014 sempena ulang tahun ke-70 tahun UMNO.

Meskipun hilang sokongan, DAP teruskan projek Impian Sarawak

Posted: 09 May 2016 09:49 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


DAP teruskan khidmat di SarawakDAP teruskan khidmat di Sarawak


Walaupun hilang lima kerusi dalam pilihanraya Sarawak, DAP akan terus komited melaksanakan program infrastruktur dan kem pendidikan Impian Sarawak memandangkan ia disasarkan untuk jangka masa panjang, dan bukan untuk memancing undi.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata seiring dengan prinsip DAP, parti itu tidak akan jemu berusaha untuk membawa perubahan kepada kualiti hidup warga Malaysia dan landskap politik negara.

"Impian Sarawak ditubuhkan dengan tujuan untuk merapatkan jurang bandar-luar bandar, menyediakan kemudahan asas, projek kesihatan dan pendidikan, serta menyediakan servis yang mampu membantu kehidupan penduduk miskin.

 "Keputusan pilihanraya Sarawak baru-baru ini memang mengecewakan semua pihak yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan projek tersebut. Namun, ia sebenarnya satu cabaran yang perlu kita tempuh untuk melahirkan Sarawak yang lebih baik, dan Malaysia yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Tony, walaupun ada pihak berpendapat bahawa projek Impian Sarawak – di bawah inisiatif Impian Malaysia yang turut menjayakan Impian Sabah dan Kelantan serta beberapa program sampingan – tidak berjaya meyakinkan pengundi di luar bandar, DAP yakin ia telah membantu ramai penduduk pedalaman dalam dua tahun setengah pelaksanaannya.

"Kami telah melaksanakan lebih 60 projek, termasuk sistem agihan air graviti yang sangat diperlukan penduduk, pembinaan jalan raya dan bekalan elektrik murah. Kami membantu beribu-ribu penduduk untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

"Tetapi, apa-apa jangkaan terhadap perubahan persepsi dan kepercayaan penduduk Sarawak terhadap DAP dalam jangka masa pendek adalah tidak realistik, lebih-lebih lagi sudah berdekad prejudis dan ketakutan itu ditanam.

"Jika proses mengubah persepsi politik warga Semenanjung memerlukan usaha dan pengorbanan selama beberapa dekad, mengapa kita harap pedalaman Sarawak boleh berubah dalam sekelip mata?" katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menambah, melalui projek Impian, DAP semakin memahami masyarakat pedalaman, terutama keperluan, batasan dan impian mereka.

 "Kami memperoleh ramai kenalan baru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Tanpa mereka, perjalanan kami dalam menawarkan perubahan kepada penduduk di sana tidak mungkin berjaya.

 "Dan tanpa memahami nasib dan kehidupan penduduk pedalaman, usaha kami untuk mengubah persepsi dan tanggapan buruk masyarakat Sarawak terhadap kami juga tidak akan berjaya.

 "Jadi, kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah banyak menyumbang kepada projek Impian Sabah dan Sarawak. Kami benar-benar perlukan sokongan berterusan dari semua," katanya

Muhaimin cadang Pas di Kuala Kangsar, Amanah di Sungai Besar

Posted: 09 May 2016 09:47 PM PDT

 BORHAN AHMAD 

Muhaimin Sulam cadang PAS di Kuala Kansar Amanah di Sabak BernamMuhaimin Sulam cadang PAS di Kuala Kansar Amanah di Sabak Bernam

Ahli Jawatakuasa Amanah Perak, Muhaimin Sulam berpendapat parti-parti pembangkang perlu realistik untuk mengalahkan Barisan Nasional dalam menghadapai pilihan raya kecil akibat nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini dengan memberi peluang kepada Pas dan Amanah bertanding.
Untuk tujuan itu beliau mencadangkan Pas bertanding di Kuala Kangsar dan memberikan laluan kepada Amanah di Sungai Besar.
"Aku fikir, Amanah Perak perlu buat pengorbanan untuk bagi laluan Pas bertanding di Kuala Kangsar. Biar Pas Perak lawan BN sampai menang.

"Bukan BN menang. Aku boleh cakap begini bukan sebab aku ni pimpinan Amanah tetapi aku cakap dari segi rasionalnya," katanya dalam satu status fecebook miliknya.

Kata Muhaimin, "Mungkin Amanah Perak atau Nasional tidak setuju. Sebagai orang yang ditarbiyah, aku akur sebarang keputusan.

"Satu lagi aku cadangkan agar Pas juga beri laluan untuk Amanah Selangor bertanding di Sungai Besar. Itu bukan syarat, sekadar cadangan sepuloh sen dari aku," kata Muhaimin yang menulis buku tentang perpecahan dalam Pas melalui perspektif seni melalui buku "Pembunuhan di tanah perkebunan."

Dalam perkembangan berkaitan, serangan yang cuba dibuat oleh ketua penerangan PAS Nasrudin Hassan kepada yang sesetengah pihak yang terlalu cepat bercakap soal pilihan raya selepas jatuhnya helikopter di Sarawak kini termakan diri sendiri apabila pemimpin PAS dilihat lebih galak bercakap soal pilihan raya kecil ini.

Pihak yang pertama dikesan membuat kenyataan PAS sedia bertanding di kedua-dua kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah Pengarah Pilihan Raya PAS sendiri, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata demikian pada Ijtimak Pilihan Raya Pas Pahang 8 Mei lepas iaitu tiga hari selepas helikopter yang membawa kedua-dua ahli parlimen kawasan berkenaan dilaporkan hilang.

Pada 6 Mei, Nasrudin seolah-olah menempelak sesetengah pihak yang tidak melahirkan rasa simpati kepada keluarga kedua-dua mangsa.

Dalam tulisan di facebooknya, Nasrudin menulis, "Apabila kita mendengar berita yang tidak diingini seperti berita helikopter hilang, selayaknya kita sebagai manusia yang berakhlak dan beragama segera mendoakan mereka agar mereka selamat walau siapa mereka termasuklah non muslim.

"Sedih saya melihat komen seperti tidak berhati nurani. Kelihatan mereka gembira kerana barangkali penumpang itu musuh politik mereka. Ada yang mula menghitung hari untuk pilihanraya kecil. Allahu Akbar!" tulis beliau.

Namun pihak yang paling awal membuat kenyataan sedia bertanding adalah pemimpin Pas sendiri di ijtimak pilihan raya Pas Pahang itu.

Selain itu, Pas Kawasan Kuala Kangsar juga terus mengadakan mesyuarat tanpa menunggu sebarang pengumuman rasmi mengenai kekosongan kerusi ini. 
 
Yang Dipertua Pas Kawasan, Raja Iskandar Al Hiss melalui facebooknya menulis,  mesyuarat Pas Kuala Kangsar malam tadi sebulat suara memutuskan kesediaan untuk menggalas apa jua arahan daripada Pas Pusat dan negeri bagi menghadapi sekiranya berlaku Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Kuala Kangsar.

"PAS Kuala Kangsar juga merakamkan ucapan takziah buat keluarga almarhum Datuk Wan Khairil dan mendoakan semoga Allah menempatkan almarhum dikalangan mereka yang terpilih diatas khidmat beliau kepada rakyat Kuala Kangsar," tulis beliau.

Sementara itu, Muhaimin Sulam berkata, selain Pas Kuala Kangsar, bekas calon Pas Khalil Idham Lim pun sudah buat kenyataan.

"Pesuruhjaya Pas Perak, Haji Razman Zakaria kata Pas Perak bersedia bertanding," tulis Muhaimin, bekas Setiausaha Perhubungan Pas Perak itu.

Menurut Muhaimin juga, Amanah Perak belum buat sebarang kenyataan "kecuali aku saja yang mandai-mandai gatal tangan pagi ni membuat karangan pendek tentang kawasan arwah Pak Din Andika (nak tau siapa dia, tonton youtube '10 Tahun Sebelum Merdeka').


Kanak-kanak 18 bulan mati lemas dalam baldi air

Posted: 09 May 2016 09:34 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Bapa mangsa memberitahu baldi yang berisi air itu adalah untuk stok simpanan air memandangkan dua tiga hari ini berlaku gangguan bekalan air.


baby_lemas3


SEREMBAN: Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan maut selepas dipercayai lemas setelah terjatuh ke dalam baldi berisi air di dapur rumahnya di Bukit Gombang, Batu Kikir dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Noorzainy Mood Noor berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam dan hanya disedari oleh bapanya yang mendapati anaknya Muhammad Fahrul Firnas Nor Azuan sudah lemas di dalam baldi.

"Berdasarkan siasatan awal, pengadu yang juga merupakan bapa mangsa bersama isteri dan tiga anaknya termasuk mangsa yang merupakan anak bongsu berada di dalam rumah. Mangsa dikatakan sedang bermain dengan kakaknya di dalam bilik.

"Kakaknya itu bagaimanapun telah keluar dari bilik dan pergi kepada ibunya di luar rumah, ibunya kemudian telah bertanyakan pada anaknya itu di mana adik lelaki dan kakaknya menjawab adiknya bersama bapa di dalam bilik.

"Curiga kerana tidak mendengar suara mangsa, ibu dan bapa mangsa telah mencari anaknya di dalam rumah dan menemui anaknya di dalam baldi dalam keadaan kepala di dalam baldi berisi air di bahagian dapur rumah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Noorzainy berkata bapa mangsa telah mengangkat mangsa keluar daripada baldi dan cuba membuat bantuan pernafsan tetapi gagal dan terus menghantar mangsa ke Hospital Kuala Pilah dan mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.45malam tadi.

Berdasarkan siasatan awal, bapa mangsa memberitahu baldi yang berisi air itu adalah untuk stok simpanan air memandangkan dua tiga hari ini berlaku gangguan bekalan air," katanya.

"Bapa mangsa memaklumkan bahawa baldi air tersebut kebiasaanya memang tidak ditutup," katanya.
Katanya bedah siasat akan dijalankan pagi ini dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.– Bernama

BN kalah teruk jika Jamal Yunos calon PRK Sungai Besar – Ali Tinju

Posted: 09 May 2016 09:30 PM PDT

 
BN bukan saja akan kalah, ia akan menghabiskan wang dan tenaga parti.


ali-tinju-jamal-yunos


PETALING JAYA: BN akan kalah teruk jika mencalonkan Datuk Jamal Md Yunos bertanding dalam PRK Sungai Besar bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dunia dalam nahas helikopter terhempas minggu lalu.

Presiden Gerakan Baju Merah Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju berkata, BN bukan saja akan kalah namun ia bakal menghabiskan wang dan tenaga parti saja.

"Kalau BN angkat Datuk Jamal sebagai calon, kemungkinan besar kita akan dapat tong ikan saja, ikan habis, tinggal tong sajalah, maknanya parti habis duit, kekalahan yang kita dapat.

"Datuk Jamal ini belum layak lagi bergelar YB dan tidak semestinya dia sebagai ketua Umno Bahagian Sungai Besar dia akan dicalonkan. Nak menjadi calon mesti ada perwatakan seimbang, bercakap tak merapu dan tidak syok sendiri.

"Kebanyakan percakapan Datuk Jamal ini syok sendiri, suka merapu dan melaga-lagakan orang," katanya kepada FMT.

Ketua NGO pro UMNO itu berkata, kumpulan itu juga tidak akan turun berkempen membantu BN dalam PRK Sungai Besar jika Jamal menjadi calon, sebaliknya akan mengerahkan akar umbi memberi sokongan kepada parti dalam PRK Kuala Kangsar.

"Jika Datuk Jamal calonnya kami akan fokus ke Perak, untuk membantu calon di sana. Gerakan Merah tidak akan bantu calon di PRK Sungai Besar.

"Saya cadangkan lebih baik BN mencalonkan YB Budiman (ADUN Sungai Panjang) mewakili BN bagi Parlimen Sungai Besar kerana beliau mesra dengan rakyat atau ketua Puteri Sungai Besar yang dilihat berpotensi untuk menang," katanya.

Semalam, Jamal menyenaraikan tujuh calon berpotensi yang disediakan lebih awal bagi berdepan pilihan raya umum akan datang dan berkemungkinan calon tersebut akan dipilih dalam PRK nanti.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijangka diadakan susulan kematian Noriah dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan dalam nahas helikopter Khamis lalu.

Pada PRU13, BN menang tipis di Parlimen Sungai Besar menewaskan calon PAS dengan majoriti hanya 399 undi

Tarikh PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar diketahui 13 Mei

Posted: 09 May 2016 09:26 PM PDT

 
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memaklumkan kekosongan di kedua-dua kerusi itu kepada SPR.


pandikar


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Menurut laporan BERNAMA, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memaklumkan kekosongan dua kerusi itu kepada SPR.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong, selepas wakil rakyatnya yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lalu.

Tragedi itu turut meragut nyawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Konstabel Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Allahyarhamah Noriah ialah Ahli Parlimen Sungai Besar sejak 2008, selepas mengalahkan calon PAS, Osman Sabran dengan majoriti 5,009 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan Mohamed Salleh Husin (PAS) dengan majoriti 399 undi pada PRU 2013.

Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar pula menundukkan calon PAS, Khalil Idham Abdullah dan calon Bebas, Kamilia Ibrahim dengan majoriti 1,082 undi pada PRU lalu.

Kuala Krai paling panas di Malaysia

Posted: 09 May 2016 09:24 PM PDT

 
Ia mencatat bacaan suhu tertinggi dalam negara 37.3 darjah Celsius setakat 4 petang semalam.


Datuk-Seri-Madius-Tangau


KUALA LUMPUR: Kuala Krai, Kelantan merekodkan bacaan suhu tertinggi dalam negara 37.3 darjah Celsius setakat 4 petang, pada Isnin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata kawasan-kawasan tengah Semenanjung Malaysia yang lain juga turut mencatatkan bacaan suhu maksimum iaitu melebihi 35 darjah Celsius.

"Untuk bilangan hari tanpa hujan berturut-turut sehingga semalam (8 Mei), Kota Bharu, Kelantan terus merekodkan peningkatan iaitu 36 hari, diikuti oleh Mersing, Johor sebanyak 23 hari," katanya dalam satu kenyataan malam semalam.

Beliau menasihati orang ramai agar banyak minum air dan mengurangkan aktiviti luar sewaktu keadaan cuaca panas.

Malaysia kini mengalami cuaca panas dan kering disebabkan fenomena El Nino dan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan keadaan itu hanya akan berakhir pada Mei atau Jun.

Daun kering sumbat longkang punca Putrajaya banjir

Posted: 09 May 2016 09:19 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Kadar curahan hujan terlalu banyak dan berterusan juga menyebabkan peningkatan air di dalam longkang berlaku dengan cepat.


tengku-adnan-banjir


PUTRAJAYA : Kepesatan pembangunan bukan faktor berlakunya banjir kilat di kawasan sekitar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Sabtu lepas, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata siasatan awal Perbadanan Putrajaya (PPj) mendapati banjir tersebut berlaku akibat laluan air tersumbat oleh daun yang jatuh ke dalamnya.

Selain itu, katanya kadar curahan air hujan yang terlalu banyak iaitu pada bacaan 180 milimeter berterusan kira-kira sejam semasa kejadian yang dianggap fenomena luar biasa juga mendorong peningkatan air di dalam longkang begitu cepat.

"Ini fenomena luar biasa untuk Putrajaya di mana hujan terlalu lebat berserta angin kencang yang turut menerbangkan daun-daun kering masuk ke dalam longkang sehingga menyebabkan laluan air tersumbat.

"Hujan ini faktor semula jadi, kita tak boleh kawal … walaupun perkara seumpama ini di luar jangkaan sama sekali," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga ahli Parlimen Putrajaya mengarahkan PPj untuk mengkaji semula jenis pokok yang ditanam selain memastikan laluan air sentiasa dipantau bagi memastikan kejadian banjir kilat tidak berulang.

Dalam kejadian antara 6.30 petang hingga 7.30 malam Sabtu, beberapa kawasan dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menghala ke Dataran Gemilang, di Presint 3 dan Presint 4 di sini ditenggelami air, antara lain menyebabkan dua kenderaan terperangkap namun tiada mangsa di dalamnya.— BERNAMA