Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


#PRNSarawak: Suara politik cina dalam kerajaan perlu

Posted: 27 Apr 2016 08:08 PM PDT



Jika suatu ketika kaum cina sedia kekalkan DAP sebagai mengimbang suara MCA dan Gerakan dalam kerajaan, kaum Cina Sarawak perlu suara dalam kerajaan negeri.

Buat masa ini, rugi untuk mereka membunuh SUPP. Parti tertua Sarawak sudah dan akan terus melakukan pembaharuan untuk lebih peka mewakili rakyat.

Jika hanya DAP menjadi suara kaum cina, tiada suara politik cina dalam kerajaan. Oleh itu, Presiden SUPP, Dr Sim harus dimenangkan.

Baca analisa kerusi Batu Kawah di
http://snapshot2016.blogspot.my/2016/04/prn-sarawak-melayu-iban-keluar-mengundi.html?m=1




#PRNSarawak: Politik Sarawak lebih matang dari Semananjung

Posted: 27 Apr 2016 01:03 AM PDT


Jangan bawa politik Semenanjung ke Sarawak. Taktik kotor hanya buat orang sini marah.

Baca http://snapshot2016.blogspot.my


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANDA KELIRU? MARI BERSAMA SAYA

Posted: 27 Apr 2016 07:36 PM PDT

  

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pakatan pembangkang retak?

Posted: 27 Apr 2016 09:31 AM PDT


Dengan kegagalan DAP dan PKR mengelakkan pertembungan sesama sendiri berdepan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri ini adakah bermakna mereka telah melanggar perjanjian pembentukan pakat­an harapan yang dimeterai Januari lalu?

Dalam Fasal 5 perjanjian yang dimeterai itu jelas menyatakan pakatan harapan dianggotai DAP, PKR dan PAN akan mele­takkan hanya seorang calon untuk mewakili pakatan itu dalam mana-mana pilihan raya.

Sebarang pelang­garan kepada keputusan itu boleh di­sifatkan sebagai pe­langgaran perjanjian yang perlu diputuskan mengikut kaedah yang dihuraikan di dalam Fasal 7: Keabsahan Pakatan.

Fasal 7.2 jelas menyatakan bahawa jika terdapat satu parti secara jelas telah melanggar mana-mana perkara di dalam perjanjian itu maka parti tersebut boleh digugurkan keahlian dalam pakatan harapan.

Perjanjian pakatan harapan yang dimeterai 9 Januari lalu di Shah Alam itu ditanda­tangani Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Hari penamaan calon di Sarawak semalam jelas menunjukkan percanggahan antara parti dalam pakatan ha­rapan.


Majlis Presiden pa­­katan itu yang bertanggungjawab menentukan pembahagian kerusi untuk pilihan raya gagal mengagihkan kerusi dengan baik sehinggakan terdapat enam kerusi melibatkan pertembungan DAP dan PKR iaitu di N13 Batu Kitang, N19 Mambong, N32 Simanggang, N49 Ngemah, N66 Murum dan N78 Mulu.

Di Kuching dalam ceramahnya malam tadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak lagi dapat menyembunyikan rasa kecewanya terhadap kegagalan memandu pakatan pembangkang berdepan BN di Bumi Kenyalang.

"Saya memohon ma­af kepada rakyat Sarawak dan Malaysia kerana kegagalan pakatan harapan untuk memastikan pertan­dingan satu sama satu de­ngan BN," katanya.

Maka, apabila persetujuan gagal diperoleh Majlis Presiden dalam menentukan apa jua keputusan, adakah bermaksud pakatan ha­rapan sudah pun terkubur?

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:28 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Penipuan Dalam 1MDB

Posted: 27 Apr 2016 06:14 PM PDT

Oleh Dr Mahathir
1. Akhirnya penipuan yang dilapor oleh media cetak dan elektronik di seluruh dunia diakui benar oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy. 

2. Arul mengaku akan kegagalan 1MDB membayar US 1 billion (RM 3.9 billion) kepada IPIC (International Petroleum Investment Company – Abu Dhabi), syarikat yang menjamin hutang 1MDB. 
 
3. Mengikut IPIC syarikat bernama Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands) yang menerima bayaran dari 1MDB bukanlah miliknya walaupun IPIC mempunyai sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama, iaitu Aabar PJS Ltd.

4. Jika 1MDB membayar USD 1 billion kepada syarikat palsu, ada kemungkinan syarikat berkenaan ditubuh dengan pengetahuan 1MDB sendiri dan duit itu akhirnya dimasuk dalam akaun persendirian. Sangkaan seperti ini memang dibuat oleh ramai orang, dan kenyataan Arul bahawa ada penipuan besar berlaku dalam 1MDB hanya mengesahkan sangkaan.

5. Arul akan cuba membetulkan yang salah tetapi benang basah sukar ditegak selepas pengakuan olehnya. Adalah lebih baik Arul cerita semua, berkenaan juruaudit dibuang, 1 billion US dilabur dalam JV 1MDB/Petro Saudi, tanpa kelulusan pengarahnya, tanpa pemeriksaan due diligence, dan kemudian dibubar tetapi modal tidak dikembali kepada 1MDB, sebaliknya diberi pinjam kepada Petro Saudi, duit yang pergi ke Cayman Islands yang tidak balik ke Malaysia tetapi ke Singapura yang menjelma jadi unit, yang dilihat oleh Arul tetapi tidak dilihat olehnya, peranan bank BIS dan lain-lain milik Jho Low perjalanan wang 1MDB ke Hong Kong, Switzerland, London, Amerika, British Virgin Islands, Seychelles, Abu Dhabi, penyalahgunaan duit KWAP, duit SRC mengalir ke dalam akaun Najib, konsesi minyak di Argentina dan Turkmenistan yang menjadi aset dan kemudian tidak menjadi aset dan beribu lagi cerita yang melibatkan wang 1MDB, dijelas, dinafi, diakui dan hilang tidak disebut lagi.

6. Sesungguhnya negara Malaysia tidak pernah melihat skandal yang sebegitu besar seperti skandal 1MDB. Rakyat yang sukar memahami berapa besarkah satu juta, sekarang mencuba menggambar banyak manakah satu billion, dan empat puluh dua billion. Bagaimanakah wang berbillion boleh kesana kesini sehingga akhirnya berada dalam akaun peribadi Najib. Rakyat menjadi bingung dengan cerita-cerita wang begitu banyak yang merata ke semua pelusuk dunia.

7. Dicerita pula pembiayaan pengeluaran filem lucah dengan ratusan juta Ringgit yang dibuat oleh anak tiri Najib, Waah! Banyaknya duit. Dari mana datangnya. Mudah. Duit Keluarga. Rupa-rupanya multi-milionaire Melayu sudah lama ada.

8. Dan banyak lagi pengakuan yang boleh dibuat oleh Arul, oleh pengerusi jawatankuasa penasihat, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dan jangan lupa Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang begitu berani bertindak sendiri meminjam dan melabur berbillion Ringgit dan USD bagi pihak 1MDB tanpa kebenaran, tanpa kelulusan badan pengarah dan orang atasan. Waah! Confident sungguh Shahrol. Apakah dianya juga yang terlibat dengan bayaran kepada Aabar PJS Ltd (Virgin Islands).

9. Satu filem drama boleh dibuat berkenaan 1MDB dan tokoh-tokoh serta lokasi diseluruh dunia yang terlibat. Red Granite boleh labur dan beberapa tokoh terkenal boleh jadi pelakon. Mungkin akan menang Oscar.

10. Demikianlah cerita 1MDB yang berjaya memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Akan lebih ramailah pelancong yang akan datang ke negara 1MDB.

11. Memang hebat Malaysia dizaman Najib!!

RM587 bilion, banyaknya hutang Malaysia

Posted: 27 Apr 2016 06:11 PM PDT

Oleh AHMAD AMZAD HASHIM
ADA beberapa perkara yang sempat saya catatkan daripada Wacana Ekonomi Terengganu 2016 yang berlangsung di Terengganu Equestrian Resort kelmarin 26hb April 2016.


Wacana ini menampilkan tokoh ekonomi seperti Prof Dr Anuar Ahmad, mantan Naib Canselor UNISEL dan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, mantan Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, mantan penasihat Ekonomi kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya diminta menjadi moderator dalam Wacana berkenaan.

Menurut angka rasmi daripada Kerajaan Malaysia, jumlah Hutang Luar Negara 2015 adalah RM587 Billion. Untuk jumlah hutang sebegitu, anggaran jumlah bayaran faedah yang perlu dibayar pada setiap tahun adalah RM21 Billion.

Ini menjadikan nisbah hutang luar negara Malaysia sudah mencapai 55.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Iaitu sudahpun melepasi tahap 55 peratus yang ditetapkan sebagai kritikal oleh Kementerian Kewangan sendiri.

Saya ada membangkitkan bagaimana pula dengan ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang (Umno) di Sidang Parlimen Sukuan ke Tiga tahun 2015 lalu yang menerangkan keadaan kewangan yang lebih tenat dengan Hutang Luar RM847.9Billion. 64 peratus dari KDNK. Paras Hutang isi rumah 84 peratus, tertinggi di benua Asia?

Dijawab mungkin itu berasaskan analisa ekonomi bukan sumber rasmi kerajaan. Tengku Razaleigh Hamzah adalah mentan menteri kewangan Malaysia dan seorang pakar ekonomi yang pernah menjadi penasihat Bank Dunia.

Hutang 1MDB sebanyak RM42 Billlion disebut sebagai hutang swasta syarikat 1MDB. Jumlah bayaran faedah untuk hutang ini setiap tahun RM2.6 Billlion.

Mengejutkan Laporan tiga hari lalu Arul Kanda, CEO 1MDB menyebut, ekoran pertikaian 1MDB dan IPIC, Putrajaya akan tanggung hutang 1MDB pula!

Pendapatan GST ternyata tidak kembali dalam bentuk faedah kepada rakyat seperti dijanjikan kerajaan. RM28 juta setahun GST habis untuk bayar faedah hutang luar sahaja.

Terengganu mengalami Penguncupan Bajet

Asal Bajet yang dibentangkan bernilai RM2.3 Billion. Sebahagian besar bulat bulat bergantung melalui pembiayaaan RM1.7B Dana Khas Persekutuan. Itu lebih 80 peratus sumber pendapatan Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

Limited choices for Umno in Terengganu

Posted: 27 Apr 2016 06:09 PM PDT

By Zakiah Koya

Barisan Nasional has not many but only limited options when it comes to solving the brewing Terengganu Menteri Besar crisis.

As the billboards of the MB Abdul Razif Abdul Rahman get taken down, with the excuse that he no longer sports the Datuk Seri title, Umno is torn between talking to the Sultan of Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin,; and ignoring him and wait to see if Ahmad Razif will indeed be kicked out by the Palace. 

The Palace had stripped Ahmad Razif of his datukship after Ahmad Razif had allegedly belittled the trust headed by the Sultan in a speech. 

According to PAS state assemblyman and long time politician Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, the PM Datuk Seri Najib Razak and Umno has three choices: appoint a new MB; form a PAS-Umno unity government; or dissolve the state assembly and call for a fresh state election. 

Syed Azman, the state assemblyman of Batu Buruk, Terengganu, however says that the two latter choices will be too risky for BN and Najib, for they are still reeling from the non popularity vote in the last GE as well as the 1MDB scandal in which Najib is mired in. 

(Coincidentally, the 1MDB has its roots in Terengganu and this may be difficult to explain for Najib who is alleged to be personally involved in the financial scandal.)

PAS, although its President Datuk Seri Abdul Hadi Awang is also a Terengganu MP, is also divided on the unity government between PAS and Umno. While Abdul Hadi has been very much for it, he has faced opposition from within his party on working with their arch rivals.

As for appointing a new MB, Syed Azman says that this is perhaps the most probable way now. 

Najib himself, who is now at the peak of his campaigning in the Sarawak elections, has said that he will be meeting with Tuanku Mizan on the matter of Ahmad Razif when he returns from Sarawak. 

Umno Terengganu for now is not saying anything for fear that they too would get the wrath of the Sultan. 
Read More / Baca Lagi >>

#‎PRNSarawak: Meski kerusi bertindih, nasi belum jadi bubur

Posted: 27 Apr 2016 06:02 PM PDT

Oleh Manang Atan

 "Jika satu kerusi, kita boleh memahami. Kita boleh cuba untuk ketepikannya tetapi, lima kerusi, bagaimana kita boleh ketepikannya? Kami rasa bahawa DAP telah ditipu," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ada enam kerusi DUN Sarawak yang bertindih, iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong di mana DAP dan PKR bakal bertembung pada 7 Mei nanti. Sudah pasti, BN paling seronok.
Ada pihak menuduh satu parti tamak. Ada pihak mengaku 'kami berhak!' Ada yang salahkan pimpinan tertinggi, salahkan calon, malah ada yang salahkan BN. Salah-menyalah tidak akan kembalikan masa lampau.

Bagi Manang, ini bukan soal tamak atau tidak. Ini soal prinsip berpegang kepada janji. Jika janji sudah dimeterai, tidak perlulah bertukar di saat akhir. Apa juga alasan sekalipun, janji tetap janji.

Pakatan Harapan perlu belajar dari kesilapan lampau. Bukan dengan tuduh-menuduh. Masihkah kita ingat punca Pakatan Rakyat terkubur?

Suka atau tidak, kita harus bersetuju dengan Lim Kit Siang yang mahu kedua-dua parti DAP dan PKR perlu saling membantu dan bekerjasama ketika berkempen. Malah, pimpinan kita juga saling meluahkan kekesalan atas apa yang berlaku.

Nasi belum menjadi bubur, masih tidak terlambat untuk memperbetulkan keadaan, dengan merangka strategi konstruktif jangka pendek, ke arah kemenangan calon-calon Pakatan Harapan

#PRNSarawak: Kenyataan mengelirukan Adenan dibidas

Posted: 27 Apr 2016 06:01 PM PDT

Kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bahawa Sarawak bakal dikawal semenanjung sekiranya rakyat mengundi pembangkang dalam Pilihan raya Negeri (PRN) kali ini diselar.
IMG_0864Pengarah Bilik Gerakan Utama KEADILAN Sarawak, Lynette Tan menegaskan, Adenan Satem seharusnya sedar bahawa rakyat negeri itu terkesan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ekoran kerjasamanya dengan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin pemimpin semenanjung.
"Walaupun Adenan mendakwa bahawa Sarawak akan di kawal oleh Semenanjung jika Pakatan Harapan (PH) menang , kita sebenarnya telah melihat bagaimana 25 Ahli Parlimen dari Sarawak mengundi untuk Rang undang-undang mengenai pelaksanaan GST.
"82 calon termasuk Adenan Satem sendiri tidak dapat lari soalan penting ini, beliau sendiri perlu menjawab sekiranya keputusan mereka (menyokong GST) adalah berdasarkan keputusan mereka sendiri secara autonomi, atau atas arahan daripada BN persekutuan," tegasnya lagi.
Adenan pada sesi pertemuan khas dengan media di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama pada 26 April lalu berkata jika pimpinan negeri beralih tangan, Sarawak akan dikawal oleh pihak-pihak yang tidak berkaitan dengan negeri tersebut.
Terdahulu, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berusia 72 tahun itu secara terbuka menyatakan sokongannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak , pemimpin semenanjung yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB.

#PRNSarawak: Bersatu lawan BN, ingat sejarah dan terus maju ke hadapan

Posted: 27 Apr 2016 06:00 PM PDT

DEMI SARAWAKKegagalan DAP dan KEADILAN untuk menyelesaikan isu pertindihan kerusi yang ditandingi sebelum hari penamaan calon di Sarawak amat dikesali, malah usaha menuding jari dan mencari punca kesilapan yang berlaku selepas itu juga amat dikesali.
Malangnya, kesilapan ini milik kita bersama. Ia bukan salah satu pihak sahaja. Kedua-dua pihak sama-sama gagal untuk mencapai kata putus yang boleh diterima pihak yang satu lagi.
Ini bukanlah hanya satu langkah ke belakang buat DAP atau KEADILAN, tetapi ia juga satu langkah ke belakang buat Pakatan Harapan dan rakyat Malaysia yang menyokong kita.
Walau bagaimanapun, janganlah kita terus berduka cita lalu menghalang usaha untuk mencapai kejayaan. Tetapi untuk memastikan masa depan yang lebih cerah, dan untuk memastikan kesemua rakan politik berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, kita mesti perjelas apa yang sebenarnya telah berlaku.
Isu nota yang "ditandatangani":
Selepas pertemuan bersama sdr Lim Guan Eng pada 7 April untuk membincangkan isu kerusi, beliau mencadangkan kepada sdr Azmin Ali dan sdri Nurul Izzah agar sehelai nota yang ditulis tangan mengandungi senarai kerusi ditandatangani, tetapi sdr Azmin dan sdri Nurul Izzah tidak bersetuju dengan perkara ini. Sdr Guan Eng terus memujuk mereka untuk berbuat demikian, dan akhirnya hanya sdr Azmin yang bersetuju untuk menandatangani – yakni "secara prinsip bersetuju" – dengan pemahaman bahawa keputusan ini belum lagi muktamad.
Persefahaman di antara sdr Guan Eng, sdr Azmin dan sdri Nurul Izzah mengenai mesyuarat itu ialah ianya bukanlah mesyuarat muktamad kerana perbincangan akan diteruskan walaupun nota tersebut telah ditandatangani, walaupun sekiranya perbincangan berterusan sehingga sebelum hari penamaan calon jika perlu.
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan:
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah diadakan pada 11 April. Sebelum mesyuarat tersebut, KEADILAN dan DAP masih gagal mencapai kata putus berkenaan lima kerusi, tetapi bersetuju untuk menyelesaikan isu ini di dalam rundingan pusingan berikutnya dan berusaha ke arah pertandingan satu-lawan-satu dengan BN.
Maka, Majlis Presiden mengumumkan bahawa KEADILAN dan DAP telah bersetuju dengan prinsip pertandingan satu-lawan-satu. Apabila wakil AMANAH bertanya tentang kerusi-kerusi yang dipersetujui, sdr Guan Eng berkata perkara itu tidak perlu dibentang kerana pihak KEADILAN dan DAP akan menyelesaikan isu tersebut secara terus.
Dengan itu DAP memberi isyarat kesediaan untuk meneruskan perbincangan. KEADILAN dan DAP sepatutnya meneruskan rundingan walaupun selepas 11 April. Perkara 5.5 Persetujuan Pakatan Harapan amatlah jelas, bahawa:
"Sebarang pengumuman muktamad mengenai parti yang bertanding di mana-mana kerusi di mana-mana peringkat hanya dibuat oleh Majlis Presiden dan setiap parti tidak boleh membuat pengumuman bertanding di sesuatu kerusi di mana-mana peringkat tanpa persetujuan Majlis Presiden."
Mandat watikah calon-calon:
Presiden KEADILAN Dr Wan Azizah telah memberikan mandat bertulis kepada sdr Azmin pada 22 April untuk menghormati autonomi negeri dan memberi mandat kepada Pengerusi KEADILAN Sarawak sdr Baru Bian untuk menyelesaikan kesemua perkara, i.e. rundingan kerusi dan keputusan mengenai calon.
Read More / Baca Lagi >>

#PRNSarawak: Keadilan teruskan agenda, yakin pengundi Sarawak bijak.

Posted: 27 Apr 2016 05:58 PM PDT

KEADILAN menegaskan untuk meneruskan agenda bagi memenangi seberapa banyak kerusi di kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 kali ini.
Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar berkata begitu dalam satu sidang media di Bilik Gerakan Utama (BGU) parti itu di sini pada Rabu.
IMG_0894"Kita akan teruskan agenda kita di dalam Sarawak ini sekaligus untuk kemenangan calon-calon kita di semua kawasan.
"Saya tahu pengundi-pengundi Sarawak ini bijak, mereka akan faham situasi yang lebih dalam dengan memberi harapan mereka (pengundi) akan membuat satu keputusan yang akan kita nampak nanti pada 7 Mei," ujar Xavier.
Beliau sementara itu turut mempertahankan enam calon bagi kerusi Batu Kitang, Mambong, Ngemah, Siamanggang, Murum dan Mulu yang terbabit dalam pertindihan kerusi.
"Keadilan ingin menegaskan bahawa kita meletakkan calon-calon kita dengan alasan  dan faktor kelayakan cukup kuat," tegasnya lagi.
Pada PRN kali ini, KEADILAN mempertaruhkan Paul Baya, seorang aktivis masyarakat yang gigih dalam memperjuangkan nasib masyarakat setempat di kerusi N78 Mulu. manakala Peguam , Abun Sui Anyit yang mewakili banyak kes berkenaan Hak Adat Bumiputera (NCR) pula dicalonkan KEADILAN di kerusi baru N66 Murum.
Sementara itu penerima Anugerah Khas Pengetua dan Guru Besar dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010, Thomas Laja akan bertanding  untuk merampas kerusi N49 Ngemah.
Read More / Baca Lagi >>

#PRNSarawak: Wanita KEADILAN yakin menang semua 6 kerusi

Posted: 27 Apr 2016 05:57 PM PDT

dun batu kitangWanita KEADILAN meletakkan 6 calon wanita yang berkebolehan di Batu Kitang, Simanggang, Tupong, Serembu, Marudi dan Simunjan. Voon Shiak Ni bertanding di Batu Kitang manakala Norina Utot di Simanggang.
Saya ingin merakamkan rasa kesal saya terhadap perundingan kerusi yang mengakibatkan perbalahan 3 penjuru berlaku antara DAP dan KEADILAN. Mengikut Majlis Presiden Pakatan Harapan, semua rundingan kerusi sepatutnya dimuktamadkan dalam mensyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Wan Azizah sebelum hari penamaan calon. Walaubagaimanapun, tiada kerjasama yang diberikan oleh Setiausaha Agung DAP sehingga lewat malam sebelum penamaan calon. Satu penjelasan jelas harus diberikan oleh Lim Guang Eng untuk menerangkan mengapa dan apa sebenarnya niat yang beliau cuba lakukan.
Laporan berita memetik komen ringkas Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa DAP telah mengorbankan kerusi Batu Kitang, namun menjadi persolan yang lebih penting adakah beliau sebut tentang pengorbanan KEADILAN? Setakat ini maklumbalas yang diterima dari pengundi Batu Kitang amat memberandangkan terhadap calon wanita KEADILAN. Mereka sudah serasi akan kehadiran Voon Shiak Ni sebagai calon yang boleh menang kerana kerja-kerja yang telah dilakukan di kawasan tersebut. Voon adalah seorang peguam dan seorang AKTIVIS MASYARAKAT yang prihatin dalam kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Banyak program-program rakyat yang telah di anjurkan termasuk kawalan banjir dan jenayah. Voon dapat sokongan yang baik dari pihak polis dan pihak berkuasa tempatan.
Read More / Baca Lagi >>

Dapatkan perkenan sultan bubar Dun Terengganu, gesa Pemuda Amanah

Posted: 27 Apr 2016 05:56 PM PDT


Faiz FadzilFaiz FadzilDalam pergolakan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada masa ini, adalah lebih baik Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman mendapat perkenan sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun), kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
Menurutnya, perlembagaan atau undang-undang tubuh negeri memperuntukkan pelantikan Menteri Besar berpandukan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atas dasar demokrasi.
"Demokrasi adalah satu sistem pemerintahan yang mana rakyat itu mempunyai hak untuk memilih pemerintah. Sultan harus melantik Menteri Besar mengikut kehendak majoriti Adun dan bersandarkan konsep raja berperlembagaan, sultan terikat dengan peruntukan tersebut.
"Jika Menteri Besar hilang sokongan majoriti Adun, ia hendaklah dibuat melalui satu undi tidak dipercayai di Dun," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Mengulas lanjut pertukaran Menteri Besar, Faiz berkata, pelantikan yang baharu boleh dibuat berdasarkan sokongan majoriti Adun tetapi sebaik-baiknya Dun dibubarkan bagi mendapat mandat rakyat.
"Jika prinsip perlembagaan ini dihormati oleh semua pihak, maka sistem pentadbiran kerajaan akan berjalan lancar dan efisien," jelas pengamal undang-undang itu.
Sebaliknya, tambah beliau, jika wujud campur tangan pihak istana berkaitan kedudukan seseorang Menteri Besar, kelicinan pentadbiran kerajaan boleh terjejas selain bercanggah dengan inti pati peruntukan dan prinsip perlembagaan.
"Suara rakyat suara keramat. Biarlah rakyat melaksanakan kuasa dan hak mereka yang semakin ditindas dan dizalimi hari ini untuk memilih pemimpin mereka," tegas Faiz lagi.
Read More / Baca Lagi >>

#PRNSarawak: Bebas rasuah, calon Satok tampil kelainan.

Posted: 27 Apr 2016 05:50 PM PDT

Anak kelahiran Satok, Mohamed Salleh Shawkat Ali tampil dengan kelainan di pentas ceramah KEADILAN di Batu Lintang malam tadi.
Bakal berhadapan dengan penyandang kerus N.8 Satok, Datuk Abang Johari Openg, anak muda berusia 35 tahun itu mengenakan sarung tangan putih, simbolik dirinya yang bersih dari sebarang rasuah dan salahguna kuasa.
#4 Bebas rasuah, calon Satok tampil kelainan"Saya pertama kali bertanding, ini (sarung tangan) simbolik saya seorang yang bersih.
"Anak muda di Sarawak saya rayu untuk lakukan perubahan, jangan kita takut untuk bersuara di negeri kelahiran sendiri, kita yang akan pimpin negeri dan negara ini," katanya disambut tepukan.
Terdahulu, kira-kira 200 penyokong yang terdiri dari masyarakat tempatan hadir ke ceramah tersebut walaupun hujan turun sejak petang di sekitar Kuching.
Dalam ucapannya, Salleh turut menegaskan untuk membawa perubahan dan menyelesaikan masalah dihadapi rakyat Satok jika diberikan mandat dalam pilihan raya akan datang.
"Saya ini kecil kalau dibandingkan dengan Abang Johari yang bertanding untuk penggal ke-8 kali ini.
"Namun jika sebelum ini pengundi boleh beri beliau 7 penggal di Satok, kenapa tidak cuba beri saya peluang pada penggal ini.
"Saya mahu buktikan saya mampu berkhidmat dengan baik kepada rakyat di tempat kelahiran saya Satok dan negeri Sarawak," kata usahawan itu lagi.

#‎PRNSarawak‬: Walaupun Ada Yang Angkuh & Sombong, Masih Ada Yang Jujur & Ikhlas Dalam PKR...

Posted: 27 Apr 2016 05:46 PM PDT

Rafizi mohon maaf kepada rakyat

Saya mengambil sedikit masa agar keadaan lebih tenang. Saya rasa pertembungan sesama sahabat di dalam PRN2016 ini akan terus berlaku kerana sukar untuk merungkai kemarahan dan emosi masing-masing setelah terlanjur begini. Saya yakin ada hikmah di sebalik peristiwa-peristiwa ini dan berdoa kita semua belajar darinya.

Saya ditanyakan pelbagai soalan. Saya telah berikan penjelasan lengkap kepada Ketua-ketua Cabang KEADILAN di dalam kumpulan Whatsapp dan cukuplah ia kekal di situ.


Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama. Saya sendiri perlu menilai kembali pendekatan saya dalam menangani perbezaan di dalam saf kepimpinan. Menguruskan perbezaan pendapat di dalam sesebuah organisasi itu perkara biasa, namun ia tidak boleh sekali-kali bertentangan dengan prinsip kebenaran, keadilan dan patuh kepada janji.

Dalam kekusutan cuba membezakan apa yang disebut kepentingan dan strategi parti yang perlu diimbangkan dengan kepentingan rakyat, saya mengingatkan diri saya supaya tidak lupa kepada 2 potong ayat dari Surah Al-Maaida (yang sepatutnya menjadi asas utama jatidiri KEADILAN):

Ayat 1 Surah Al-Maaidah:
"Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian"

Ayat 8 Surah Al-Maaidah:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan"

Mendalami perintah Allah dalam kedua-dua ayat ini dan berpegang kepadanya, In Sha Allah memudahkan kita membuat keputusan.

Saya memohon maaf sekali lagi kerana saya tahu sukarnya ingin membina keyakinan rakyat. Apatah lagi dalam keadaan rakyat sangat bencikan ahli politik kerana pelbagai pembohongan, penyelewengan, penting diri sendiri dan lupa daratan yang selalu dikaitkan dengan ahli politik.

Banyak yang telah dipelajari dan menjadi teladan agar perkara yang sama tidak berulang di masa akan datang. Banyak perubahan yang perlu dibuat supaya persaudaraan di dalam Pakatan Harapan dapat meyakinkan rakyat sekali lagi.

Pada masa ini, marilah kita beri sepenuh tumpuan membantu sahabat-sahabat kita yang sedang berjuang melawan Barisan Nasional di Sarawak. In Sha Allah saya akan sediakan juga beberapa eCeramah untuk disiarkan di seluruh Sarawak.

Mohon sebarkan permohonan maaf saya ini.

Rafizi Ramli

#‎PRNSarawak‬: Sepanduk, papan iklan PAS dirosakkan di Kakus, Lambir

Posted: 27 Apr 2016 05:44 PM PDT

"Setakat ini suasana keseluruhannya terkawal dan saya rasa ini hanya kes terpencil," kata Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili.
sepanduk-rosak
MIRI: Dakwaan vandalisme mencemari hari ketiga kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak dengan beberapa insiden dilaporkan di Kakus, Lambir dan Kuching oleh parti pembangkang dan pemerintah.
Papan iklan calon bukan Islam pertama parti PAS, Clement Bayang, yang dipacakkan di Kakus dikoyakkan, manakala sepanduk markas operasi PAS di Lambir dibakar pihak tertentu.
Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili memberitahu FMT pihaknya terima maklumat berhubung pelaku disebalik insiden itu tetapi enggan menamakannya.
"Kita tak mahu menuduh sesiapa. Setakat ini suasana keseluruhannya terkawal dan saya rasa ini hanya kes terpencil," katanya.
PAS telah mengarahkan pekerja parti, ahli dan penyokong supaya sentiasa berdisplin dan tidak menimbulkan provokasi sepanjang tempoh berkempen.
"PAS Sarawak juga menyeru agar semua pihak mengekalkan suasana damai sepanjang tempoh berkempen. Insiden di mana sepanduk PAS Sarawak dibakar di Lambir, papan iklan calon PAS di Kakus dikoyakkan dan lain-lain tidak sewajarnya berlaku," kata Mukhtar.
Sementara itu, di Kuching, SUPP membuat laporan polis selepas dua iklan kempen di Batu Kawah didakwa dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Sebuah papan iklan dikoyak dan dibakar, sebuah lagi dibakar cat. Ini satu lagi contoh politik kebencian dan ketakutan yang dibawa 'kem musuh'," kata presiden Dr Sin Kui Hian dalam satu kenyataan.
Tiada kejadian serupa dilaporkan di kawasan-kawasan lain dalam pilihan raya yang dijangka akan berlangsung secara aman.

#‎PRNSarawak‬:Krisis hutang PTPTN, pengundi muda Sarawak diseru tolak BN

Posted: 27 Apr 2016 05:38 PM PDT


PTPTN tidak adil terhadap belia yang berhadapan kos hidup meningkatPTPTN tidak adil terhadap belia yang berhadapan kos hidup meningkat
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyeru pengundi muda di Sarawak supaya menjadi contoh pada 7 Mei ini, dengan menolak kerajaan yang gagal mengurus pembiayaan pendidikan tinggi hingga golongan muda begitu tertekan dengan hutang PTPTN.
Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata rakyat Malaysia mampu mengubah keadaan ini dengan memilih kerajaan yang akan mementingkan rakyat, daripada survival politik.
"Apa yang pasti di sini adalah Malaysia amatlah memerlukan satu rombakan yang radikal terhadap model pembiayaan pendidikan tinggi," katanya
Menurutnya, laporan berkenaan para graduan yang gagal atau tidak mampu membayar hutang PTPTN, dan oleh itu menghadapi kesukaran untuk membeli kereta, rumah atau memohon kad kredit, amatlah mengecewakan.
"Ini diakibatkan oleh rekod yang dihantar oleh PTPTN ke pengkalan data CCRIS.
"PTPTN sememangnya hanya melakukan apa yang patut untuk mendapatkan semula hutang belum berbayar yang kini berjumlah RM8.3 billion," katanya.
Di samping mengingatkan semua orang haruslah bertanggungjawab menyelesaikan hutang mereka, bagi beliau, kejadian ini menunjukkan sekali lagi akibat tadbir urus kerajaan yang kurang cekap terhadap ekonomi Malaysia yang hanya menyusahkan rakyat.
"Memang mudah jika kita hendak menyalahkan graduan muda di dalam hal ini. Tetapi tindakan itu seakan-akan tidak menghiraukan keadaan realiti hidup yang semakin sempit untuk semua orang," katanya.
Dalam hal ini beliau mahu kerajaan bertanggungjawab kerana telah memotong pelbagai peruntukan di dalam sektor pendidikan sehinggakan untuk menyambung pelajaran ke pendidikan tinggi juga amat sukar tanpa PTPTN atau pinjaman lain.
Read More / Baca Lagi >>

#‎PRNSarawak‬: Laporan kes koyak poster paling banyak diterima polis

Posted: 27 Apr 2016 05:35 PM PDT


Sebanyak 12 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya diterima polis dalam tempoh tiga hari berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak.
Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri, ACP Mohd Haris Daud berkata antara laporan paling banyak diterima ialah berkaitan kes mengoyak poster parti lawan.
Setakat pagi semalam, polis juga meluluskan 97 permohonan permit untuk mengadakan ceramah politik sepanjang tempoh berkempen sehingga tengah malam 6 Mei, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching semalam.
Beliau berkata ia melibatkan permit kepada 35 calon BN, 20 calon DAP, 35 calon Bebas dan tujuh daripada PAS.

#‎PRNSarawak‬: Juanda ustaz moden, bukan ustaz “haram haram” – Adenan

Posted: 27 Apr 2016 05:34 PM PDT

Sarawak mahukan agamawan yang berpandangan luas, liberal
adenan-juanda
KUCHING: Calon BN bagi kerusi DUN Jemoreng, Dr Juanda Jaya merupakan agamawan yang luar biasa dan mempunyai ciri-ciri yang Sarawak mahukan, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana bekas Mufti Perlis itu boleh menyumbang kepada wawasan progresif Adenan untuk Sarawak — negeri yang terkenal tegas berpendirian sekular.
"Beliau (Juanda) seorang ustaz moden. Beliau bukan seorang yang berfikiran sempit, tidak berlagak alim, berpandangan luas dan sangat liberal. Ciri-ciri ustaz yang kita mahukan.
"Beliau ustaz yang kata kamu boleh buat apa yang kamu mahu, teruskan, dan menyarankan cara untuk melakukannya. Beliau bukan jenis yang semuanya haram, haram, haram.
"Lagipun, sudah menjadi tradisi PBB salah seorang ahlinya sepatutnya seorang yang warak," kata Adenan dalam sidang media malam tadi.
Pada 12 April lalu, Adenan mengumumkan Juanda akan mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk kerusi DUN Jemoreng dalam pilihan raya Sarawak 7 Mei depan.
Juanda, yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, menerima pencalonan itu sebagai satu penghormatan, dan berikrar akan bekerja keras menjayakan aspirasi Adenan.
Kerusi Jemoreng sebelum ini disandang Gani @ Abu Seman Jahwie, juga daripada parti yang sama. Kerusi ini dianggap kerusi selamat BN. Gani meraih 77.6 peratus undi dalam pilihan raya lalu.

Ke mana perginya agihan kekayaan negeri Sarawak ??.. Dah masuk kantong siapa !!!..

Posted: 27 Apr 2016 08:55 AM PDT

Bagaimana KDNK per kapita rakyat Sarawak RM44,437 yg ketiga tertinggi dlm negara, TETAPI SARAWAK KADAR KEMISKINANNYA adalah antara yg tertinggi dlm negara juga..

Dah banyak kali tipu dgn BN,
TU PON MASIH LAGI NAK UNDI BN KA !!!

Siapakah sebenarnya gembira ?? Peguam Negara atau Najib ??!!

Posted: 27 Apr 2016 08:53 AM PDT


Tak sia2 AG Apandi Ali dilantik sbg Peguam Negara atas nasihat Najib sendiri..

Siapakah Peguam Negara yg dilantik tempohari ??

Posted: 27 Apr 2016 08:51 AM PDT

Di mana ada TABUNG RAKYAT di situlah ada mereka.. Untuk apa mereka di dalam TABUNG RAKYAT ??

Siapakah Gabenor BNM yg baru dilantik ??

Posted: 27 Apr 2016 08:48 AM PDT

TAHUKAH ANDA..
Sejumlah RM4 bilion dari KWAP telah digunakan(pinjam) untuk beli syarikat perlombongan dari Mongolia bernama Gobi Coal & Energy kononnya untuk melabur di Mongolia seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Business Times.

TETAPI.. pelaburan itu dilaporkan tidak berlaku dan sehingga sekarang tidak diketahui bagi tujuan apakah RM4 bilion itu dibelanjakan.

NAMPAK TAK.. Bahana & kebangsatan 1MDB itu !!!

Dah banyak kali tipu dgn BN, TU PON MASIH LAGI NAK UNDI BN KA !!!

Posted: 27 Apr 2016 08:46 AM PDT

BONGKAR LAGI PENIPUAN BN !!!.. Sekali lagi kami di SR bongkar penipuan janji2 Najib tiga tahun lps katanya jalanraya Song ke Kapit sepanjang 33km dan sebuah jambatan di Kanowit akan siap pada 2015..

KAMI NAK TANYA rakyat Sarawak, benarkah jalan tersebut yg dijanjikan Najib itu dah siap ??.. ATAU dah jadi 'jalan bunian' sptmana 'Hospital Bunian' di Sri Aman... #Sebarkan

SAMPAI BILA NAK MENIPU & PERBODOHKAN RAKYAT !!!..

SAMPAI BILA NAK MENIPU & PERBODOHKAN RAKYAT !!!..

Posted: 27 Apr 2016 08:43 AM PDT

BONGKAR PENIPUAN BN !!!.. Sekali lagi kami di SR bongkar penipuan KM Sarawak yg mengatakan 1MDB tiada kaitannya dgn Sarawak..

Projek Penyahgaraman Air Masin yang dilaksanakan 1MDB yang dilancarkan oleh PM Najib Razak di lapan lokasi negeri antaranya..

1. Beladin (Betong)
2. Beting Maro (Batang Lupar),
3 & 4. Kampung Penipah dan Bruit di Daro
5. Telok Melano di Sematan
6. Kampung Punang, Lawas
7. Kampung Lajong, Kuala Niah
8. Lubuk Samsun Simunjan

... SEMUA INI berada di negeri mana ??

SAMPAI BILA NAK MENIPU & PERBODOHKAN RAKYAT !!!..

Dah banyak kali tipu dgn BN,
TU PON MASIH LAGI NAK UNDI BN KA !!!

SENDIRI BERAK MELATA-LATA, Orang Lain Pula Disalahkannya..

Posted: 27 Apr 2016 08:37 AM PDT

SEKALI LAGI BN menonjolkan kebodohannya melalui calonnya N52-Dudong, Datuk Tiong Thai King yg mengatakan kemelut 1MDB berlaku kerana pembangkang gagal dalam tugasnya memantau kerajaan.

Pembangkang yg kena pantau ?? Kebabian & kebanganggan apakah ini !!!

"ORANG INI" YANG SEPATUTNYA JADI PRESIDEN PAS

Posted: 27 Apr 2016 08:29 AM PDT

Berikut ialah kenyataan media Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menampakkan memang wujud "kong kali kong" dalam syarikat pelaburan tersebut.

Pastinya Pas akan lebih dihormati dan disanjung tinggi jika "orang ini" yang menjadi Presiden parti Islam itu.

1MDB diisytiharkan ingkar selepas gagal membayar faedah AS$50.3 juta untuk bon berbilion-bilion dolar ang dijamin oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC) – tiada sebarang komen daripada Menteri Kewangan Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Sebuah akhbar Singapura menyatakan bahawa Presiden and Ketua Eksekutif 1MDB Arul Kanda telah memaklumkan kepada PM bahawa kerajaan terdedah kepada hutang lebih AS$6.481 bilion" kepada Abu Dhabi – Menteri Kewangan Malaysia tetap membisu.

Apakah impak keingkaran ini kepada negara, hutang-hutang negara yang lain dan juga nilai Ringgit dalam jangka panjang dan pendek? – Sunyi sepi daripada Menteri Kewangan.

Arul sebelum ini berkata perjanjian penyelesaian hutang 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) akan melihat pengurangan hutang syarikat sehingga RM16 bilion. Apakah persengketaan antara 1MDB dan IPIC telah menggagalkan pelan rasionalisi yang dipelopori Arul?

Jadi berapakah hutang 1MDB setelah IPIC tidak mahu meneruskan perjanjian itu? Siapakah dan apakah harta 1MDB (apakah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange) tanah emas milik negara akan dicairkan untuk membayar hutang 1MDB? Siapa yang akan bertanggungjawab? – Menteri Kewangan tidak mengendah.

Yang diwar-warkan hanyalah "kejayaan" Program Transformasi Negara (NTP) yang kesannya tidak dapat dirasai rakyat selain kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ini bukti Malaysia mempunyai Menteri Kewangan yang "terhebat." Sudah sampai masanya rakyat bertanya apakah perlu rakyat terus membayar gaji kepada Menteri Kewangan "terhebat" ini?

Apakah PAC perlu memanggil semula Arul bagi mengetahui pelbagai hutang  1MDB yang masih gagal didedahkan.  Berapakah jumlah sebenar hutang 1MDB?
Read More / Baca Lagi >>

Adenan silap tidak bangkitkan isu nasional – AMANAH

Posted: 27 Apr 2016 08:25 AM PDT

Sedangkan rakyat Sarawak turut terkesan dengan tindakan Kerajaan Persekutuan, kata Salahuddin Ayub
salahuddin
PETALING JAYA: AMANAH berkata strategi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem untuk tidak membangkitkan isu-isu nasional adalah silap kerana dasar Persekutuan turut memberi kesan kepada rakyat Sarawak.
Memberi contoh, Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata rakyat Sarawak turut terbeban dengan kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Bagi kami semua polisi dan apa yang berlaku dan dibuat di Pusat ini membebankan rakyat Sarawak secara keseluruhannya. Lihat apa yang berlaku kepada GST.
Siapakah dari kalangan rakyat Sarawak tidak merasai bebanan dari sistem cukai yang dibuat oleh Putrajaya ini?," katanya dalam satu kenyataan dibuat hari ini.
Sementara itu, Salahuddin berkata AMANAH menampilkan calon-calon daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran agar dapat membentuk blok pembangkang yang berkesan agar ketirisan di peringkat kerajaan dapat dibaiki.
Katanya, calon-calon AMANAH bersedia untuk mewakili wajah Sarawak yang baru.
"Atas dasar itulah kami kemukakan calon dari pelbagai latar belakang, profesional, agamawan, wanita, aktivis orang kelaian upaya (OKU) dan sebagainya. Semuanya untuk Sarawak.
"Kami yakin hanya pembangkang yang kuat saja dapat menyelamatkan Sarawak," katanya.

Iktibar Sarawak, Pakatan Harapan perlu jawatankuasa khas penetapan calon PRU14

Posted: 27 Apr 2016 08:19 AM PDT


PKR dan DAP bertembung di 6 Dun dalam PRN Sarawak 2016PKR dan DAP bertembung di 6 Dun dalam PRN Sarawak 2016Terkesan dengan apa yang terjadi di Sarawak hingga berlaku pertandingan sesama sendiri antara parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH), suara akar umbi mahu satu mekanisme berkesan seperti jawatankuasa khas penetapan calon diwujudkan.
"Bagi mendepani cabaran yang lebih besar pada PRU ke-14, kita menyarankan agar rundingan kerusi antara ketiga-tiga parti harus dimulakan lebih awal bagi memberi ruang berunding itu lebih konstruktif dan berjalan dalam keadaan harmoni," kata Ketua Amanah Tanjong Malim, Aminuddin Zulkipli dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, perkembangan terkini berkaitan pertindihan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 melibatkan parti-parti dari Pakatan Harapan iaitu DAP dan PKR sedikit sebanyak menjejaskan tempo dan momentum para jentera untuk berkempen.
"Pertembungan 6 kerusi antara DAP dan PKR begitu memberi kesan meskipun saranan dan desakan di pihak akar umbi agar kemelut itu diselesaikan secara baik tidak dapat dilaksanakan oleh kepimpinan tertinggi sehingga tiba hari penamaan calon.
"Natijahnya, pelbagai reaksi, persepsi dan pandangan dilontarkan dalam media dan ini menjejaskan tumpuan PH untuk menyusun strategi menentang Barisan Nasional, katanya.
Dalam beberapa kenyataan terbaru daripada pimpinan katanya, jelas menunjukkan harapan supaya rundingan terus dijalankan seperti yang disarankan oleh bekas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim harus diambil bagi memperbaiki keadaan.
Berdasarkan iktibar Sarawak katanya, PH perlu menyedari akan kelemahan dalam memberi keyakinan kepada pemimpin akar umbi bahawa keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi adalah keputusan yang perlu dipatuhi dan penjelasan terperinci dengan sokongan data dan kajian harus diberi agar semua pihak memahami mengapa sesuatu keputusan itu dibuat.
Read More / Baca Lagi >>

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:22 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


"ORANG INI" YANG SEPATUTNYA JADI PRESIDEN PAS

Posted: 27 Apr 2016 08:25 AM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
Berikut ialah kenyataan media Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menampakkan memang wujud "kong kali kong" dalam syarikat pelaburan tersebut.

Pastinya Pas akan lebih dihormati dan disanjung tinggi jika "orang ini" yang menjadi Presiden parti Islam itu.

1MDB diisytiharkan ingkar selepas gagal membayar faedah AS$50.3 juta untuk bon berbilion-bilion dolar ang dijamin oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC) – tiada sebarang komen daripada Menteri Kewangan Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Sebuah akhbar Singapura menyatakan bahawa Presiden and Ketua Eksekutif 1MDB Arul Kanda telah memaklumkan kepada PM bahawa kerajaan terdedah kepada hutang lebih AS$6.481 bilion" kepada Abu Dhabi – Menteri Kewangan Malaysia tetap membisu.

Apakah impak keingkaran ini kepada negara, hutang-hutang negara yang lain dan juga nilai Ringgit dalam jangka panjang dan pendek? – Sunyi sepi daripada Menteri Kewangan.

Arul sebelum ini berkata perjanjian penyelesaian hutang 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) akan melihat pengurangan hutang syarikat sehingga RM16 bilion. Apakah persengketaan antara 1MDB dan IPIC telah menggagalkan pelan rasionalisi yang dipelopori Arul?

Jadi berapakah hutang 1MDB setelah IPIC tidak mahu meneruskan perjanjian itu? Siapakah dan apakah harta 1MDB (apakah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange) tanah emas milik negara akan dicairkan untuk membayar hutang 1MDB? Siapa yang akan bertanggungjawab? – Menteri Kewangan tidak mengendah.

Yang diwar-warkan hanyalah "kejayaan" Program Transformasi Negara (NTP) yang kesannya tidak dapat dirasai rakyat selain kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ini bukti Malaysia mempunyai Menteri Kewangan yang "terhebat." Sudah sampai masanya rakyat bertanya apakah perlu rakyat terus membayar gaji kepada Menteri Kewangan "terhebat" ini?

Apakah PAC perlu memanggil semula Arul bagi mengetahui pelbagai hutang  1MDB yang masih gagal didedahkan.  Berapakah jumlah sebenar hutang 1MDB?

Kepada saudara Arul, dedahkanlah semua sebelum terlambat. Ini adalah jasa terbesar saudara kepada rakyat Malaysia.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
27 April 2016


Di bawah ini pula kenyataan media oleh Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pas Pokok Sena yang diberikan surat tunjuk sebab kerana terlibat dalam Gerakan Selamatkan Malaysia.

Apakah menyelamatkan negara dan menentang kemungkaran sudah menjadi suatu "dosa" dalam Pas?


GOOD MORNING DATUK SERI NAJIB:AWAT TAK BAYAQ HUTANG AS50.3 JUTA DATUK SERI?. ADOI!.MALU HABIH 1MALAYSIA.

1.Good Morning Datuk Seri.Ish awat yang Datuk Seri tak bayaq hutang tu?.Malu kami jadi rakyat Malaysia ni bila diistihar 1MDB yang Datuk Seri berkuasa penuh tiba tiba tak bayaq hutang malu besaq kami.

2.Awat Datuk Seri buat lagu tu.Tak bayaq pasai apa?.tak dak duit ka?.SENGKEK sangat ka?.Awat Datuk seri ni Orang dah tak percaya ka nak berghutang (berhutang) bayaq hutang?.Ni kan dah susah orang istihar Datuk Seri ketegaq (degil) dan engkaq (ingkar).

MACAM MANA LAPAIH NI KEPERCAYAAN OGHANG PADA MALAYSIA?.

3.Bila Datuk Seri lari dan liat nak bayaq hutang macam mana pulak lepaih ni tahap kepercayaan (credit rating) oghang yang duk bagi hutang kepada Malaysia,depa percaya lagi ka.Saya ni oghang kampung Pokok Sena saja tapi gheti juga sikit sikit bab ni.Bila Datuk Seri buat peghangai dalam kes bayaq hutang,dia akan bagi kesan menyebabkan Credit Rating Malaysia jatuh.Bila credit rating jatuh dia akan bagi kesan besaq kepada sistem kewangan dan ekonomi Malaysia.Cheti dan Along kat Malaysia pun tak percaya dah.Kalau depa bagi hutang pun kadar faedah yang tinggi.Takkan lepaih ni Datuk Seri pakai bergantung pada meniaga bulu ketiak dengan sigheh saja kut.

4.Ghimaih betoi kami kut kampung.Sughuh (suruh) Datuk seri beghundoq (berundur) dari PM tak mau.Bila Datuk Seri duk betunggoi jadi PM dengan kami kami tanggung hutang kelilin pinggang bila mai bab nak bayaq Datuk Seri laghi (lari) ikut pintu belakang,dah jadi macam lagu M.Daud Kilau "HUTANG MINTA HUTANG".

5.Macam ni lah Datuk Seri,baik Datuk Seri beghenti lah dari jadi PM.Duk tang tu lagi bukan ada faedah apa pun pada negara dan rakyat.Jangan duk buat peghangai macam DAUN PISANG KEGHIN  ghentap pun tak putuih.Jangan ketegaq sangat.

#UndurNajib
#ReformNegara
#SelamatkanMalaysia.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
 27 Apr 2016

Berdasarkan kedua-dua kenyataan media ini, sediakah ahli-ahli Pas membuka mata dan membawa  segera parti itu kembali ke jalan yang mampu menjadikannya lebih dihormati dan disanjung tinggi?


“Perjumpaan dengan Khairy positif” – TMJ

Posted: 27 Apr 2016 08:15 AM PDT

 
Dalam pertemuan itu, Khairy turut dibawa melihat prasarana dan kemudahan yang dimiliki JDT seperti pusat latihan, gimnasium dan padang tertutup di Padang Seri Gelam.


tmj-khairy


PETALING JAYA : Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membincangkan pembangunan bola sepak negara.

Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, Menteri Belia dan Sukan itu turut dibawa melihat prasarana dan kemudahan yang dimiliki JDT seperti pusat latihan, gimnasium dan padang tertutup di Padang Seri Gelam.

TMJ yang merupakan pemilik Johor Darul Ta'azim (JDT) bertitah, perjumpaan tersebut membolehkan Khairy mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan pembangunan sukan bola sepak di Johor terutamanya projek JDT dan program-program belia yang diinginkan.

"Perjumpaan ini amat positif dimana kami dapat duduk semeja, membincangkan halatuju, berkongsi pendapat dan mendapat jalan penyelesaian untuk memperbaiki bola sepak tanahair dan juga program yang melibatkan belia," titah baginda.

Tunku Ismail dalam masa yang sama turut memuji Khairy atas usaha dan kerja kerasnya untuk sukan dan belia di negara ini.

Sebelum ini, Tunku Ismail mencabar beberapa individu penting dalam bola sepak negara untuk berdebat secara langsung di televisyen berkaitan isu kemerosotan sukan itu yang mempunyai ramai peminat di negara ini.

Antara individu yang disenaraikan termasuk Khairy, wakil FAM iaitu jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee; Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim; dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B Sathianathan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya tidak bersetuju perdebatan secara terbuka, sebaliknya bersedia mengadakan perbincangan secara tertutup.

Datu Agbimuddin Kiram mahu jadi 'Sultan Sabah'

Posted: 27 Apr 2016 05:55 AM PDT

SINAR HARIAN


Datu Agbimuddin Kiram
Agbimuddin
 
 
KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini‎ diberitahu bahawa ketua penceroboh Lahad Datu, Datu Agbimuddin Kiram mahu menjadi 'Sultan Sabah' sekiranya apa yang dikenali sebagai kesultanan Sulu berjaya menuntut negeri itu daripada Malaysia.

Warga Filipina, Salib Akhmad Emali, 63, yang dibicarakan dalam kes pencerobohan pada 2013 itu,
berkata Agbimuddin selalu berbalah dengan abangnya, Esmail Kiram, mengenai tuntutan terhadap Sabah.

"Saya dengar nama sahaja (Agbimuddin). Orang-orang ada bercakap mengenai dia.

"Setelah saya ada dalam mahkamah ini, baru saya tahu siapa dia," katanya dalam bahasa Suluk, yang diterjemahkan jurubahasa mahkamah.

Salib Akhmad membela diri terhadap tuduhan menganggotai sebuah kumpulan pengganas dan melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin pada pemeriksaan balas, tertuduh berkata, dia tidak pernah terlibat dengan kegiatan mencari anggota untuk Royal Sulu Force (Tentera Diraja Sulu) di Sabah sebagai persiapan untuk menguasai negeri itu sekiranya rundingan mengenai tuntutan tersebut mengalami kegagalan.

Salib Akhmad juga berkata, dia tidak pernah mengenali orang lain yang disebut sebagai Sultan Sulu, kecuali Esmail, yang ditemuinya pada 2012.

Seramai 13 rakyat Filipina dan seorang rakyat tempatan membela diri di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah di sini terhadap pelbagai pertuduhan yang didakwa dilakukan mereka di antara 12 Feb dan 10 April 2013.

Sebahagian daripada mereka menghadapi satu hingga pelbagai tuduhan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Sebahagian yang lain pula dituduh secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas atau mendapatkan dan memberi sokongan kepada sebuah kumpulan pengganas.

Perbicaran bersambung esok. - Bernama


Kenali Muhammad Ibrahim, gabenor baru Bank Negara

Posted: 27 Apr 2016 05:51 AM PDT

MALAYSIAKINI




Datuk Muhammad Ibrahim yang bakal menduduki kerusi Gabenor Bank Negara, berkuat kuasa 1 Mei ini adalah antara tiga calon utama yang disebut-sebut sebelum ini untuk menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang menamatkan kontrak beliau hujung bulan ini.

Dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi, Muhammad secara sahnya ditabalkan sebagai gabenor ke-8 untuk tempoh lima tahun lagi setelah 32 tahun berkhidmat dengan bank pusat itu dalam pelbagai bahagian.

Antara bahagian yang pernah mendapat sentuhan Muhammad sebelum ini ialah peraturan dan pemantauan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan pesisir dan perbendaharaan serta pasaran kewangan.

Pendakian beliau yang sering digelar Datuk MI dalam bank pusat itu sarat membawa pengalaman sehinggalah beliau diangkat ke jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara sejak 2010.

Beliau juga ahli Jawatankuasa Dasar dan Kestabilan Kewangan Bank Negara yang bertanggung jawab dalam pembangunan pasaran kewangan dan operasi Perbendaharaan termasuk tukaran matawang asing dan pengurusan rizab bank pusat.

Pada masa yang sama, beliau turut memantau pembangunan perbankan termasuk kewangan Islam dan sektor insurans.

Tidak terhad kepada itu, Muhammad juga merupakan individu yang bertanggung jawab dalam memacu agenda Malaysia ke arah migrasi kepada pembayaran secara elektronik atau e-Payments untuk menjana kecekapan kos dan operasi kepada perniagaan.

Beliau turut terlibat secara aktif dalam usaha secara kolaboratif dengan bank pusat serantau untuk membangunkan platform penyelesaian bayaran pelbagai matawang bagi melanjutkan rangkaian dalam transaksi merentasi sempadan dalam perdagangan dan pelaburan.

Dari sudut pengajian, selain melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Harvard, Amerika Syarikat, beliau turut memegang sijil Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya dan Diploma Lanjutan Perbankan Islam dan Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain memegang jawatan nombor dua bank pusat, Muhammad juga menjawat pelbagai portfolio dalam pelbagai bidang korporat dan badan profesional.

Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan, ahli Lembaga Dana Persaraan Diperbadankan, ahli Institut Akauntan Malaysia selain ahli panel Dana Amanah Nasional.

Di samping itu, beliau juga Pengerusi Senat Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam, Pengerusi Jawatankuasa Irving Fisher Statistik Bank Pusat, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa dan felow Institut Ahli Perbankan Bertauliah Asian.


Muhammad janji laksana tanggungjawab sebaik mungkin

Posted: 27 Apr 2016 05:49 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Zeti mempunyai keyakinan tinggi terhadap keupayaan Muhammad untuk mengetuai BNM pada masa hadapan.


BNM-1


KUALA LUMPUR: Datuk Muhammad Ibrahim yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baru, berjanji akan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin.

Muhammad yang merupakan Timbalan Gabenor, dilantik sebagai Gabenor BNM yang baru selama lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei ini, bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, 68, yang akan bersara pada 30 April ini.

"Saya menerima pelantikan sebagai gabenor dengan rendah hati. Saya melihatnya sebagai peluang untuk berkhidmat kepada negara. Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas Gabenor BNM dengan sebaik mungkin," kata Muhammad dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, adalah penting bagi bank pusat mengekalkan kestabilan kewangan dan monetari, terus fokus terhadap agenda strategik dan berusaha ke arah menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.

Muhammad turut melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di atas keyakinan serta kepercayaan yang diberikan kepadanya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dr Zeti di atas kepimpinan dan sumbangan besar beliau kepada BNM dan negara," katanya.

Sebagai Timbalan Gabenor BNM sejak 2010, beliau menganggotai Jawatankuasa Dasar Monetari dan Kestabilan Kewangan BNM serta bertanggungjawab dalam pembangunan pasaran kewangan dan operasi perbendaharaan, termasuk pertukaran asing dan pengurusan rizab bank pusat.

Beliau turut bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor perbankan dan insurans.

Muhammad juga berkhidmat sebagai Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan; Anggota Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan); Anggota Institut Akauntan Malaysia dan anggota panel Kumpulan Wang Amanah Negara.

Beliau adalah memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti Harvard serta Diploma Lepasan Ijazah Perbankan dan Kewangan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, Zeti berkata, pelantikan Muhammad sangat positif buat negara.

"Beliau yang merupakan sebahagian daripada pasukan dasar kami di bank pusat ini, akan dapat meneruskan kesinambungan yang sangat diperlukan dalam tempoh tidak menentu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zeti berkata, beliau mempunyai keyakinan tinggi terhadap keupayaan Muhammad untuk mengetuai BNM pada masa hadapan.– BERNAMA

1MDB: Kehilangan berbilion isu dalaman bagi IPIC selesaikan

Posted: 27 Apr 2016 05:26 AM PDT

MALAYSIAKINI




1MDB hari ini berkata dana AS$3.5 bilion yang dibayar oleh firma pelaburan Malaysia itu tetapi tidak diterima oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) adalah "masalah dalaman" untuk diselesaikan oleh firma milik Abu Dhabi itu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata ini kerana dana Malaysia itu berurusan secara langsung dengan eksekutif kanan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS.

"1MDB menegaskan bahawa ia berurusan dengan eksekutif kanan, justeru urus niaga itu mengikat IPIC dan Aabar Investments PJS sebagai syarikat korporat - maka, ia adalah isu dalaman mereka untuk diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Adalah dilaporkan bahawa penyiasat antarabangsa percaya wang berkenaan terpesong daripada 1MDB kepada sebuah syarikat di Kepulauan British Virgin yang mempunyai nama yang hampir sama dengan Aabar Investments PJS tetapi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan IPIC.

Wang berkenaan adalah sebahagian daripada deposit yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada Aabar Investments PJS sebagai jaminan untuk dua bon yang diterbitkannya.

Ia juga sebagai bayaran bagi penamatan pilihan untuk Aabar melanggani 49 peratus pegangan dalam aset kuasa milik firma pelaburan Malaysia itu.

Walau bagaimanapun, Arul Kanda berkata 1MDB akan membantu dalam menyelesaikan perbezaan pendapatnya dengan IPIC.

"1MDB tidak akan menjauhkan diri dan berharap untuk menyelesaikan pertikaian ini bersama IPIC melalui perbincangan dan jika perlu ke timbang tara, untuk memastikan penyelesaian segera, demi kepentingan semua pihak berkepentingan.

"Dalam pada itu, 1MDB akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia dalam siasatan yang sedang dijalankan ke atas syarikat itu.

"1MDB sentiasa berpendirian dan terus mengekalkan pendirian bahawa jika ada bukti salah laku ditemui, maka tindakan perlu diambil, menurut undang-undang," katanya.

Ketika kontroversi berbilion dolar yang hilang itu, IPIC enggan memenuhi peranannya sebagai penjamin bon 1MDB dengan membayar faedah.

Ini menyaksikan keingkaran di pihak 1MDB semalam selepas IPIC tidak membayar faedah AS$50 juta ke atas bon jaminannya itu.


“Selangor bukan saingan Johor”, saya setuju dengan MB

Posted: 27 Apr 2016 05:17 AM PDT

Oleh Mahdzir Ibrahim


Jika YM Tengku Mahkota Johor (TMJ) berani melakukan perubahan, mengapa kita tidak?
 
 
 
khaled 


Saya bersetuju seratus peratus dengan hujah Menteri Besar Johor dalam ucapannya pada Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-13, baru-baru ini.

Kata MB Johor "kita tidak pernah memandang Selangor sebagai perbandingan dan suri teladan yang baik untuk Johor. Selangor bukan 'standard kita'. Johor telah berada dalam liga yang berlainan dan tersendiri. Kita akan menjadi kuasa ekonomi baharu Malaysia".

Jelas sekali bahawa saya berkongsi hasrat yang sama untuk melihat Johor lebih maju dan berada dalam kelas yang tersendiri. Justeru itu, tidak ada alasan untuk kerajaan negeri Johor untuk tidak melakukan reformasi Dewan Negeri.

Persoalan reformasi Dewan Negeri ini bukan berdasarkan polemik politik, tetapi ia adalah keperluan semasa yang memerlukan komitmen semua pihak untuk memberi perhatian yang sewajarnya.

Fungsi Dewan Negeri

Dewan Negeri adalah tempat dimana dasar kerajaan negeri dan kerajaan tempatan digubal menjadi suatu polisi sosial, ekonomi dan pentadbiran untuk dilaksanakan. Kewujudan dewan negeri ini pada asasnya untuk memastikan sistem semak dan imbang oleh kerajaan dan agensi-agensinya dapat berfungsi.

Matlamatnya pula adalah untuk memastikan setiap dasar yang dicadangkan itu, dapat dibahas demi mencari kesepakatan sebelum ia direkod dan disahkan (gazet) sebagai suatu dasar atau undang-undang sebelum ia dilaksanakan sebagai akta.

Antara fungsi dan aktiviti lain yang berlaku didalam Dewan Negeri adalah membahaskan titah Ucapan Sultan, membawa usul-usul untuk dibahaskan, membawa rayuan-rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negeri, mengemukakan pertanyaan kepada Menteri Besar, memberi peluang kepada Ahli Dewan Negeri untuk berbahas, memberi peluang kepada Menteri Besar untuk memberikan penjelasan dan juga pembentangan belanjawan negeri.

Dari sistem asas yang berfungsi inilah, maka hari ini kita berjaya mengecapi kemajuan ekonomi dan sosial seperti yang kita nikmati sekarang. Namun, setiap kemajuan yang dicapai, pastinya wujud had yang mana keperluan tambahan diperlukan bagi memastikan kelangsungan pembangunan itu kekal berjalan.

Mengapa Perlu Reformasi?

Jika perniagaan, pastinya ia memerlukan suntikan modal tambahan, baik daripada pemegang sahamnya atau dari sumber-sumber lain seperti pemilikan aset-aset yang baru atau teknologi baru.

Dalam sukan bolasepak juga, jika kita lihat pasukan JDT apabila diambil alih kepimpinan dengan membawa masuk sistem dan input yang baru, kita dapat lihat perkembangan pasukan ini, malah ia berkembang bukan sahaja dalam konteks sukan tetapi ekonomi dan sosial.

Ini adalah natijah apabila berlaku reformasi dalaman atau luaran pada mana-mana entiti untuk menjadi lebih maju, berdaya saing dan berjaya.

Dalam konteks demokrasi, integriti dan pentadbiran, Dewan Negeri Johor merupakan simbol yang ulung, bukan sahaja dalam konteks Johor malah di Malaysia apabila perlembagaan negeri ini merupakan perlembagaan bertulis dan bersistem yang pertama digubal di Malaysia.

Hinggakan, Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini dibentuk dengan merujuk kepada Perlembagaan Johor atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor ini.

Justeru itu, adalah wajar kerajaan negeri Johor menilai kembali fungsi dan peranan Dewan Negeri demi memastikan suntikan baru dapat dibentuk menerusi reformasi fungsi Dewan Negeri.

Menolak Pengiktirafan

Benar, menurut Speaker Dewan Negeri Johor bahawa untuk mewujudkan atau mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang Dewan, tidak ada dalam klausa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Namun demikian, hujah ini tidak dapat disandarkan kerana, kita harus melihat kedudukan Ketua Pembangkang Negeri sebagai elemen penting reformasi Dewan Negeri, bukan sekadar mewujudkan atau mengesahkan statusnya atau gajinya.

Jika kita mampu untuk melihat kedudukan Ketua Pembangkang dalam konteks salah satu elemen reformasi sistem Dewan Negeri, pastinya hujah 'tiada peruntukan dalam perlembagaan Johor' ini menjadi tidak releven. Hujah Tan Sri Speaker itu sekadar memberitahu atau memaklum bahawa 'tiada peruntukan perlembagaan', ini bukan jawapan.

Dalam hal 'Perlembagaan' ini pula, ia bukanlah bersifat kekal tanpa boleh dipinda-pinda, buktinya sudah empat kali berlaku pindaan terhadap perlembagaan ini sejak ia mula wujud dan diperkenalkan iaitu Perubahan pertama pada 1 April 1908, kedua pada 17 September 1912, Ketiga pada 12 Mei 1914 dan Perubahan Keempat pada 17 Julai 1918. Kali terkahir ia dipinda ialah 98 tahun yang lalu.

Maka, pada era yang sudah semestinya memerlukan nafas baru ( selepas hampir seratus tahun ), maka sewajarnya aspek ini perlu diberi perhatian oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri.

Kita ulangi lagi bahawa, hasrat untuk membuat pindaan ini bukan sekadar kosmetik pihak pembangkang, tetapi ia berdasarkan justifikasi untuk melakukan reformasi sistem semak dan imbang di Dewan Negeri yang mulia itu.

Bersetuju Dengan MB Johor

Sekali lagi saya ingin memetik ucapan YAB Dato' Menteri Besar Johor dalam sidang dewan yang sama baru-baru ini, " Ini abad ke 21. Belajarlah mengiktiraf perkara yang baik. Demokrasi kita telah cukup dewasa dan matang ".

Menteri Besar sendiri memperakui bahawa zaman ini telah berubah, dan meminta anggota dewan (ditujukan kepada wakil rakyat pembangkang) untuk belajar mengiktiraf perkara yang baik.

Justeru, saya sebagai ahli DAP, amat bersetuju dengan saranan Dato' Menteri Besar Johor agar kita bersama-sama berubah mengikut peredaran zaman dan belajar untuk mengiktiraf perkara yang baik.

Nah, marilah kita lakukan reformasi Dewan Negeri dengan memberi pengiktirafan sewajarnya kepada Ketua Pembangkang, sebagai langkah permulaan.

Hasrat saya sebagai ahli DAP, saya mahu wakil rakyat pembangkang di Johor ini lebih baik prestasinya berbanding anggota pembangkang di negeri Selangor. Malah saya juga mahu kerajaan negeri Johor ini lebih matang dan terbuka daripada kerajaan negeri Selangor.

Kematangan demokrasi di Dewan Negeri ini akan menjadi kayu ukur bagi menilai kemajuan negeri kita. Kita lakukan sekarang dengan semangat demokrasi yang tulen. Jika YM Tengku Mahkota Johor (TMJ) berani melakukan perubahan, mengapa kita tidak? Ayuh kita ikut contoh teladan yang baik ini.

*  Mahdzir Ibrahim adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP Negeri Johor

Ular sawa batik masuk sekolah

Posted: 27 Apr 2016 05:11 AM PDT

 
Pengawal keselamatan menemui ular berkenaan di dalam longkang, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.


ular_sekolah_600


KOTA BHARU: Seekor ular sawa batik sepanjang lebih lima meter ditemui di kawasan Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Tumpat, pagi tadi.

Guru Besar, Mohd Hasmy Hashim berkata, pengawal keselamatan menemui ular berkenaan di dalam longkang, kira-kira jam 6.30 pagi.

"Nasib baik kerana kebanyakan murid masih belum tiba di sekolah. Pihak sekolah terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menangkap reptilia berkenaan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Ahmad Yani Muhammad berkata, pihaknya menyarankan sekolah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan mereka.

Beliau turut menasihatkan pihak keselamatan sekolah supaya membuat rondaan pada awal pagi, bagi memastikan tiada ular memasuki kawasan sekolah.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Tanah Merah menerima 88 kes berhubung penemuan ular oleh penduduk, sejak Februari lalu.

Pengawai Operasinya, Mohd Fadli Hassan berkata, pada Febuari lalu, pihaknya menerima 28 panggilan, 33 panggilan pada Mac dan 27 panggilan dalam bulan ini sehingga semalam.

"Kes terbaru ialah semalam, di mana pihak kami menangkap seekor tedung selar sepanjang tujuh meter di sebuah rumah di Kampung Lubuk Agol, Chawas," katanya.

Sarawak-Putrajaya bincang kaji dasar kabotaj

Posted: 27 Apr 2016 05:08 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Sarawak mahu membawa masuk barangan tanpa perlu lagi melalui Pelabuhan Klang sehingga menyebabkan kos berganda


Abang-Johari


KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang berbincang dengan kerajaan pusat untuk mengkaji Dasar Kabotaj bagi menarik lebih banyak pelaburan serta mewujudkan ramai lagi usahawan di negeri ini.

Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berharap melalui kajian itu, mana-mana produk dan bahan berasaskan makanan boleh terus dibawa ke negeri ini, dan tidak perlu lagi melalui Pelabuhan Klang sehingga menyebabkan kos berganda.

"Perdagangan kita banyak. Kita boleh import terus makanan dari Guangzhou, Beijing dan Hongkong tanpa melalui Pelabuhan Klang.

"Malah, kalau ada hubungan dengan India, kita boleh import bawang terus dari sana dan ini menguntungkan rakyat Sarawak," katanya ketika merasmikan Sama Kampung KitchenWare Sdn Bhd di sini.

Beliau berkata ia juga akan menggalakkan lebih ramai usahawan untuk terus berurus niaga, serta melahirkan banyak golongan itu yang menceburi perniagaan berasaskan industri makanan yang baharu.

Di bawah Dasar Kabotaj, pengangkutan barang-barang dan penumpang dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke pelabuhan atau tempat lain di negara ini, hendaklah diangkut dengan kapal berdaftar dengan Malaysia dan mempunyai lesen perkapalan dalam negeri yang sah.

Sementara itu, Abang Johari yang bertanding untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, menggesa lebih ramai usahawan tempatan membangunkan hasil pertanian dengan mengambil peluang daripada kawasan yang luas di Sarawak.

"Tanah kita luas. Kita boleh labur dalam pelbagai hasil pertanian untuk pasaran tempatan dan luar. Cara berniaga kita perlu berubah, kita tidak boleh seperti dahulu," katanya.-BERNAMA

Imigresen siasat video pukul pekerja asing

Posted: 27 Apr 2016 04:59 AM PDT

 
Pengarah tidak mahu mengulas kerana kes masih dalam siasatan


Datuk-Sakib-Kusmi


PETALING JAYA: Imigresen sedang menyiasat video yang menunjukkan seorang individu yang dikatakan pegawai jabatan itu memukul seorang individu yang dikatakan pekerja asing warganegara India.

Ketika dihubungi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi tidak mahu mengulas mengenai siasatan yang sedang dijalankan.

"Masih dalam siasatan. No komen," katanya ringkas kepada FMT.

Beliau dihubungi bagi mendapatkan maklum balas kepada gesaan Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) kepada Jabatan Imigresen supaya tampil memberi penjelasan berkenaan isu ini.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu didedahkan MyWatch baru-baru ini dan memaparkan individu berjantina wanita bertindak kasar keatas seorang lelaki yang telah ditahan dipercayai kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Rakaman itu menunjukkan wanita berkenaan menendang dan memukul bahagian tubuh lelaki itu beberapa kali.

Sehubungan itu, Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan menggesa Jabatan Imigresen Malaysia mengambil tindakan terhadap si pemukul.

Sanjeevan mendakwa si pemukul patut dipecat kerana melanggar tatacara pengendalian piawai (SOP) pihak berkuasa dan mencemar nama baik Imigresen.

Annuar Musa sokong Jamal dilarang ke Sarawak

Posted: 27 Apr 2016 04:51 AM PDT

 
Annuar berpendapat, tindakan Sarawak menyekat kemasukan Jamal ke negeri itu adalah pengajaran baik kepada sesetengah pihak, supaya tidak memainkan politik perkauman.


anuar-musa


PETRAJAYA: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyokong tindakan Sarawak melarang pemimpin akar umbi parti itu, Datuk Jamal Md Yunos ke Bumi Kenyalang.

Jelasnya, tindakan Sarawak itu betul, memandangkan Pengerusi Gabungan NGO Melayu itu bersama tentera baju merahnya telah "balun" orang Cina.

"Saya rasa ia adalah pengajaran baik kepada sesetengah orang. Jangan main politik perkauman," tegasnya selepas menghadiri satu program sekolah, hari ini.

Annuar berkata, Sarawak mendahului negeri lain, kerana berani mengambil tindakan terhadap individu yang memainkan politik perkauman.

"Adenan telah tekankan, awak UMNO ke, siapa ke, kalau ada rekod buruk, tak mungkin awak boleh masuk (ke Sarawak).

"Kalau biar lama-lama, masing-masing dah kepala besar, susah nak kawal," katanya.

Semalam, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan sebagai berkata, lebih ramai individu akan dilarang menjejakkan kaki ke negeri itu, jika mereka "tidak berkelakuan baik".

Jelasnya, sekatan itu dilaksanakan bagi melindungi kepentingan orang Sarawak dan mengekalkan keamanan serta ketenangan di negeri itu.

Pada 14 April lalu, Jamal bersama tiga rakannya diarah pulang ke Semenanjung, sejurus mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 11.30 pagi.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu turut mendakwa pentadbiran Adenan bersikap dwistandard, kerana membenarkan badan bukan kerajaan pembangkang menjejakkan kaki ke negeri itu.

Selain Jamal, individu lain yang turut disenaraihitamkan Jabatan Imigresen Sarawak termasuk Wan Muhammad Azri Wan Deris yang lebih dikenali sebagai Papagomo, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali dan pensyarah kontroversi, Prof Ridhuan Tee Abdullah.

Pilihan Raya Sarawak PKR sedia berbincang, DAP pula bagaimana?

Posted: 26 Apr 2016 05:46 PM PDT




 
Oleh Mohamad Fadli


PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR berkata masih ada peluang untuk membaiki situasi di enam kerusi yang bertindih dengan DAP menjadi pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Ahli Biro Politik PKR, Mansor Othman berkata kedua parti perlu mempunyai kemahuan untuk "memberi dan menerima" sekiranya mahu menjayakan matlamat bersama dalam pilihan raya kali ini.

"Kita masih mempunyai peluang sebelum hari mengundi untuk memenuhi harapan rakyat supaya hanya ada pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional.

"Kita sentiasa bersedia untuk duduk berbincang, dan bersedia untuk terus memberi peluang kepada usaha ini, dalam semangat yang saksama, saling memberi dan menerima, demi matlamat yang lebih agung.

"Adakah rakan-rakan seperjuangan kita bersedia untuk melakukan yang sama?" soal Mansor, merisik keberanian DAP untuk kembali ke meja rundingan.

Kenyataan Mansor ini mengulangi seruan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang ditujukan kepada rakan-rakannya dalam PKR dan DAP agar kembali berbincang dan membentuk kesepakatan baharu.

Menurut Mansor, kegagalan PKR dan DAP mencapai kata putus yang boleh diterima kedua pihak merupakan "kesilapan milik bersama".

"Saudara Azmin (Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali) menghubungi saudara Guan Eng (Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng) dan mencadangkan penyelesaian pertindihan 5 kerusi dengan 3 diserah kepada PKR manakala 2 lagi kepada DAP untuk mengelak pertandingan tiga penjuru.

"Akan tetapi saudara Guan Eng enggan mempertimbangkan sebarang jalan penyelesaian secara baik untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru," jelas Mansor, menjawab kisah rundingan pengagihan kerusi.

Menurut Mansor, PKR pertama-tamanya bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru sekiranya rundingan dengan DAP gagal.

Semalam, ketua sayap wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin berkata PKR akan terus berkempen di kesemua kerusi yang bertindih.

"Kegagalan proses rundingan antara KEADILAN dan DAP amat dikesali," kata Mansor, "malah perbalahan yang berlaku selepas itu juga dikesali. Walau bagaimanapun, kita kini perlu bersatu hati."

1MDB diisytiharkan ingkar, kerajaan bakal tanggung hutang berbilion ringgit

Posted: 26 Apr 2016 05:41 PM PDT

tony pua

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan menanggung semua krisis hutang syarikat pelaburan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas ia diisytiharkan ingkar hari ini, kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua.

Beliau berkata, pengisytiharan tersebut akan memberi pilihan kepada pemegang-pemegang bon untuk memaksa kerajaan membayar semua hutang bagi pihak 1MDB kepada mereka.

Menurutnya, syarikat milik Kementerian Kewangan itu diisytiharkan ingkar selepas ia gagal membayar faedah AS$50.3 juta kepada pemegang-pemegang bon sebelum ini setelah International Petroleum Investment Corporation (IPIC) enggan lagi menjadi penjamin 1MDB.

"Kegagalan 1MDB untuk membayar faedah sebanyak AS$50.3 juta kepada pemegang bon akan menyebabkan IPIC terpaksa membayar balik AS$ 1.75 bilion bon yang sebelum ini dijaminnya bagi pihak 1MDB.

"Selepas itu, IPIC akan membuat tuntutan ke atas Kementerian Kewangan berdasarkan perjanjian antara penjamin. Jika Najib enggan berbuat demikian, ia bukan sahaja menyebabkan krisis kewangan, tetapi juga krisis diplomatik," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, tadi.

Beliau berkata, di bawah perjanjian pertukaran hutang-aset antara 1MDB dengan IPIC, ia jelas menyatakan bahawa Kementerian Kewangan akan bertanggungjawab untuk membayar kembali wang yang dijamin IPIC sebelum ini bagi pihak 1MDB.

Menurutnya, halaman 62 dalam laporan PAC menyatakan, "Dalam Interguarantor Agreement yang ditandatangani antara 1MDB dan IPIC bertarikh 21 Mei 2012, 1MDB dikehendaki mendapatkan Ministry of Finance Inc., untuk melunaskan semua principal dan kos berkaitan yang didahulukan oleh IPIC sekiranya 1MDB gagal melaksanakan obligasinya sebagai penjamin.."

IPIC pada tahun lalu membayar AS$103 juta bagi pihak 1MDB sebagai sebahagian daripada obligasinya selepas menjamin dua bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion pada 2012. Menurut jaminan itu, IPIC bertanggungjawab membayar kembali AS$3.5 bilion serta semua faedah jika 1MDB gagal berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, IPIC tidak lagi mahu membayar pokok dan faedah bagi pihak 1MDB setelah mendapati bahawa anak syarikatnya, Aabar Investment PJS yang dijanjikan oleh 1MDB untuk menerima wang sebanyak AS$1.4 bilion, tidak pernah menerima wang tersebut.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara kemudiannya menggesa Pengerusi 1MDB, Arul Kanda Kandasamy membuat laporan polis berhubung penyelewengan yang berlaku dalam syarikat milik kerajaan tersebut.

"Arul baru-baru ini akhirnya mengaku kepada media bahawa berlaku penyelewengan dalam syarikat 1MDB. Kami (pembangkang) sudah sebut tentang perkara itu sejak dulu.

"Jika Arul sebagai Pengerusi 1MDB sendiri percaya wujud salah laku dalam syarikat, beliau perlulah buat laporan polis untuk membuktikan bahawa beliau tidak terlibat dengan penyelewengan tersebut," katanya. – Roketkini.com