Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Nazir Razak bercuti sementara!

Posted: 18 Apr 2016 11:29 AM PDT


Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB), Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata, hasratnya mengambil cuti sementara bermula hari ini adalah memastikan siasatan berhubung pemindahan dana politik menggunakan akaun bank dijalankan de­ngan telus dan menjaga imej CIMB.

Beliau tidak menafikan berlakunya transaksi dana tersebut menerusi akaunnya pada 2013, tetapi menjelaskan pada waktu itu beliau menjangkakan dana bernilai AS$7 juta (RM27.5 juta) itu merupakan sumbangan politik yang sah.

Katanya, berdasarkan pengalamannya lebih 25 tahun dalam sektor perbankan beliau percaya tindakannya tidak melanggar undang-undang atau menyalahgunakan kedudukannya di dalam bank.

Cuti itu diambil bagi memboleh­kan CIMB bersama firma audit bebas, Ernst & Young untuk mengkaji sama ada transaksi pemindahan dana itu melanggar undang-undang dan menjejaskan imej CIMB, kata beliau. Sebagai rekod, Nazir tidak disiasat oleh mana-mana pihak berkuasa di dalam atau pun luar negara.

"Saya hanya membantu abang saya sebagai Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membantunya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Ia berlaku pada 2013, abang saya telah meminta bantuan dan saya mempersetujuinya setelah mendapati dana itu tidak melibatkan sebarang pelanggaran undang-undang.

"Saya bertindak apa yang diketahui pada waktu itu sahaja sebelum pelbagai kontroversi bermula pada 2014 khususnya membabitkan isu sumber dana politik. Jika tidak, saya tidak mahu melakukan perkara yang menjejaskan reputasi CIMB," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) bank itu di sini hari ini.

Jelas Nazir, cuti sementara itu telah dimaklumkan kepada peme­gang saham syarikat semasa AGM, serta Lembaga Pengarah CIMB yang telah menerima hasratnya untuk mengambil cuti.

Beliau berkata, kajian itu telah bermula 5 April lalu yang dijangka mengambil masa berminggu-minggu dan membiarkan Lembaga Pe­ngarah CIMB membuat keputusan sama ada mahu mengekalkannya sebagai pengerusi bank atau tidak mengikut apa jua hasil kajian yang diperoleh.

Mengikut laporan The Wall Street Journal pada awal bulan ini, Nazir dipetik sebagai berkata, beliau menjangkakan duit yang diterima itu merupakan dana politik yang biasa diperoleh daripada sumbang­an korporat dan individu kepada parti-parti politik untuk menghadapi PRU-13. Jelasnya, kesemua dana tersebut telah diagihkan.

Tambahnya, beliau sebelum ini tidak memperbesar-besarkan isu pemindahan dana transaksi tersebut kerana mengandaikan tiada sebarang pelanggaran undang-undang berlaku.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelabur akan me­nyambut baik pengumuman Nazir untuk bercuti malah menganggap ia sepatutnya memberi kesan positif terhadap prestasi saham CIMB kerana bank itu mahu menjaga standard tadbir urus.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Arab tak rasional, lagi rugi putuskan deal dengan 1MDB

Posted: 18 Apr 2016 06:00 PM PDT


Memang susah berurus dengan Arab. DIa selalu tidak ikut cara biasa. Cara yang mereka mahu sering tidak ikut norma amalan biasa.

Semalam kecuh mengenai IPIC batalkan deal dengan 1MDB. Akhbar pembangkang spin sebagai bailout 1MDB tapi ia juga nak selamatkan IPIC / Aabar. Jika ia tidak demikian, kenapa mereka sedia batalkan option dan benarkan IPP dijual kepada Edra? Mesti sudah diberi compensation.

Baca penjalasan Lim Sian See di snapshot 2016 
http://snapshot2016.blogspot.my/2016/04/memahami-kenapa-ipic-batalkan.html

Jika Guan Eng tak kena, sah SPRM pekena Khir Toyo sebab dia Melayu

Posted: 17 Mar 2016 06:45 PM PDT






Dato Seri Dr Khir Toyo yang sedang jalani hukuman di penjara Kajang menjadi ingatan semua pihak. Baca kisah persamaan Khir Toyo dan Lim GUan Eng di Snapshot2016 SINI



Agak-agak ADUN Sekincan Ng Suee Lim akan buat laporan polis dan SPRM tak? Isu sebijik sama.

Kalau Dato Najib pun, SPRM sedia siasat. Takkanlah SPRM tak siasat Guan Eng.

Snapshot2016 bermula: http://snapshot2016.blogspot.my/

Posted: 10 Jan 2016 08:32 PM PST


Blog baru Snapshot2016 bermula penerbitan di SINI. Posting pertama, 1MDB jual negara?

Mohon pautan.

The Unspinners mengundur, Snapshot mengganti

Posted: 31 Dec 2015 07:55 AM PST


Setiap yang ada permulaan akan ada pengakhirnya. Setiap yang baharu tidak ada yang berkekalan. Allah jua yang wujud selama-lamanya.

Sejak beroperasi dari Januari 2009, blog The Unspinners telah menerbitkan 11,973 posting. Ia telah menarik lebih dari 42 juta hits. Sedikit sebanyak, baik atau buruk, untung atau rugi, blog ini telah memberi sumbangan.

Setelah beroperasi selama 7 tahun, pihak pengendali merasakan sudah sampai masanya pasukan yang ada untuk mengundur diri. Cadangan asal hanya untuk menutup blog ini, tetapi ada pihak lain telah menghubungi kami untuk terus mengendailkan.


Difahamkan nama blog, url dan konsep blog ini akan diubah. Nama tentatif adalah SnapShot atau mana-mana nama yang url masih boleh diperolehi. Pendekatan mereka pasti berbeza dari pendekataan sedia ada.

Blog ini akan ditutup untuk beberapa hari bagi kerja-kerja pengubahan design, layout dan format. Dijangka kembali beroperasi sebagai blog baru pada minggu hadapan.

Dengan ini, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para pembaca, komentar yang telah memberi komen, rakan-rakan blogger yang telah memberi sokongan, dan pihak-pihak lain yang banyak membantu yang tidak perlu disebut.

Mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan, kesilapan dan kekurangan pada masa-masa yang lepas. Wassalam.

The Unspinners     

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bercuti: TI-M puji Nazir, gesa orang lain ikut jejaknya

Posted: 18 Apr 2016 07:01 PM PDT


NGO anti-rasuah, Transparency International-Malaysia (TI-M) memuji langkah Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Nazir Abdul Razak yang mengambil cuti sementara menunggu semakan dalaman mengenai peranannya berhubung pengagihan pembayaran AS$7 juta bagi pihak abangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Nazir, dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 CIMB Group, mengesahkan beliau akan bercuti untuk memudahkan semakan dalaman itu dilakukan.
 Presiden TI-M, Akhbar Satar berkata percutian Nazir itu akan membolehkan semakan dalaman yang bebas dan tadbir urus yang baik.
Menyifatkanya sebagai satu langkah yang betul, Akhbar berkata rakyat Malaysia yang lain sepatutnya mengikuti contoh yang baik seperti itu.
"Pemimpin yang baik mesti memimpin melalui teladan," katanya sambil dengan menambah bahawa dengan mengamalkan sifat 'cakap serupa bikin', akan membuat 'anda menjadi ikutan orang lain".
"Apabila pemimpin mengatakan satu perkara, tetapi melakukan yang lain, mereka menghakis kepercayaan - satu elemen penting kepimpinan yang produktif," katanya kepada Malaysiakini.
Akhbar berkata, TI-M kagum dengan keputusan bijak Nazir untuk menggalakkan tadbir urus yang baik dan tidak mempengaruhi siasatan yang berkaitan dengan beliau.
Semalam, Nazir mengesahkan sedang bercuti bagi membantu semakan dalaman berkaitan pemindahan wang AS$7 juta yang dilapor diterima daripada abangnya Najib.
Nazir berkata, jika beliau tidak bertindak demikian, bank itu tidak dapat beroperasi pada tahap integriti tertinggi.
Katanya bantuannya mengedarkan wang bagi pihak abangnya Datuk Seri Najib hanya diberikan sekali sahaja.

Hairan , Pelik Dan Ajaib ?

Posted: 18 Apr 2016 06:46 PM PDT

Oleh Ridzwan Abu Bakar

"Saya hairan, pelik dan terkejut dengan reaksi ahli Umno dan orang Melayu terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh Najib dan pemimipin Umno" kata seorang 'bekas' tokoh Umno.

"Nak tunggu sampai bila pun tak tau la baru orang melayu nak cerdik... Najib pemain kita kiri kanan pun depa tak sedaq lagi" syarah 'bekas' Pak Yet Umno peringkat bahagian.

"Nak harap ketua bahagian susah la.... depa makan dedak banyak sangat...... kita tak banyak dedak, Najib banyak dedak " luah 'bekas' orang tua Umno.

Demikian, orang2 umno menzahirkan kehairanan mereka; untuk mereka 'hairan' ini adalah sebenarnya harga yang harus dibayar untuk mengangkat martabat orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Jangan hairan
Jangan terkejut
Jangan rasa ajaib dan pelik
60 tahun, orang Umno dan rakyat Melayu
- dibodohkan melalui media 'hamba' Umno
- institusi kerajaan seperti polis, spr, penerangan hatta mahkamah telah 'dipergunakan' seenak dan semahunya.
- undi rakyat hanya berharga RM 50
- wang adalah solusi segalanya
- budaya ampu dan kagum dipupuk semahunya
- 'tuan sentiasa betul dan benar' adalah prinsip yang dipupuk kepada pimpinan lapis bawahan.

Kalau itulah yang ditanam dalam minda Melayu Umno (oleh anda! Bekas pemimpin, bekas Pak Yet dan bekas Orang tua Umno) maka anda jangan hairan dengan sikap ahli Umno sekarang "apa yang ditanam itulah yang akan dituai" .
Read More / Baca Lagi >>

Jahatnya DAP..!!!

Posted: 18 Apr 2016 06:39 PM PDT

OLEH TAMRIN TUN GHAFAR
Ya DAP jual negara. DAP yang jual 3 juta hektar tanah Hak Simpanan Melayu, DAP yang jual IPPs dan tanah lapangan terbang tentera di Sungai Besi pada China.

DAP juga bersama Jho Low yang rompak duit negara RM55 bilion, DAP juga yang masukkan RM4.2 bilion ke dalam akaun peribadi Lim Kit Siang. DAP yang mungkir janji PRU 13 dengan menaikan TOL dan membebankan rakyat jelata dengan memaksa semua rakyat termasuk simiskin dikampung-kampung membayar cukai melalui GST.
DAP juga yang tidak membenarkan 744 anak-anak kita meneruskan pelajaran di universiti luar negara kerana nak selamatkan duit negara RM240 juta.
Jangan lupa DAP juga yang bayar RM77 juta kepada konsultan Yahudi APCO  sebagai penasihat negara.
Oooh ya tahniah pada Lim Kit Siang kerana dapat pujian hebat di muka hadapan suratkhabar Yahudi, The Times of Israel selepas Lim Kit Siang tanpa sengaja  terjumpa pemimpin Yahudi tu di bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Akhinya pemimpin DAP  yang rogol anak gadis Melayu bawah umor sehingga melahirkan anak dalam pusat tahanan sebaliknya pemimpin Umno yang dihumban dalam penjara.
Jahatnya DAP.
Semoga Umno terus kekal sehingga akhir zaman  - kerana tanpa Umno Melayu mati.  Itu sebabnya jumlah penduduk Kelantan tak sampai 10,000 orang jer; semuanya dah mati kerana tak ikut Umno!!!

Menteri Luar Arab Saudi

Posted: 18 Apr 2016 06:38 PM PDT

Oleh Tun Mahathir
1. Apakah yang sebenarnya dikatakan oleh Adel al-Jubeir Menteri Luar Arab Saudi? Rakaman video beliau yang menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan Malaysia disebarkan ke seluruh dunia. Berikut adalah transkripsi rakaman tersebut:


"Tuan Yang Terutama" kata wartawan itu, "Adakah anda menyedari mengenai latar belakang dan maklumat terperinci mengenai isu derma kepada Perdana Menteri Malaysia?"

2. Jika sekiranya penyokong-penyokong Najib gagal mengambil perhatian, soalnya ialah sama ada Encik al-Jubeir sedar mengenai latar belakang dan butiran terperinci mengenai derma itu. Selanjutnya Menteri Luar Arab Saudi menjawab: "Kami mengetahui mengenai derma itu dan ia adalah derma ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan".

3. Dan beliau "sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat dengan teliti perkara itu dan mendapati tiada salah laku dan (bagi dia) perkara itu ditutup."

4. Menyedari kenyataan Peguam Negara tidak semestinya bermakna beliau bersetuju dengan kenyataan itu.

5. Di Malaysia dan juga di kebanyakan negara dunia banyak orang mengetahui kenyataan-kenyataan Peguam Negara. Jika anda bertanya kepada mereka sama ada mereka sedar, mereka akan berkata, ya mereka sedar. Jika mereka ditanya sama ada mereka percaya kebanyakan kenyataan Peguam Negara bahawa 2.6 bilion Ringgit adalah derma yang Perdana Menteri boleh gunakan sesuka hati dan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan, jawapan mereka adalah "Tidak, mereka tidak percaya."
Read More / Baca Lagi >>

Derma ke akaun peribadi PM boleh cetuskan perang proksi

Posted: 18 Apr 2016 06:35 PM PDT

Najib boleh cetus perang proksiNajib boleh cetus perang proksi
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah melakukan kesilapan besar mengaku menerima derma daripada jutawan Arab Saudi dan disahkan oleh Menteri Luar negara berkenaan kerana tindakannya itu akan mencetuskan kebimbangan berlakunya perperangan proksi politik antara parti-parti politik yang menerima derma daripada luar negara, kata Presiden Amanah, Haji Mohd Sabu.
Perperangan proksi politik akibat pembiayaan politik asing kata beliau telah berlaku di negara-negara bergolak seperti di Iraq, Syria, Yaman dan Libya.
"Najib telah memulakan satu tabiat yang buruk untuk politik Malaysia sekarang dan masa akan datang.
"Tidak mustahil satu hari nanti parti politik lain pula akan menerima derma daripada India, Singapura, Taiwan mahupun Amerika Syarikat, kata beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan portal rasmi parti Amanah malam tadi
Beliau berkata Najib nampaknya telah memalu gendang perang. Oleh itu untuk mengambil tanggungjawab, sekali lagi saya menyeru beliau meletak jawatan dan mengaku kesilapan kerana telah menerima derma peribadi begitu banyak untuk menjalankan kegiatan politik.
"Gejala buruk yang dimulakan Najib ini perlu diinsafi oleh sekalian rakyat kerana skandal ini telah menyebabkan negara dipandang jelik oleh negara luar. Najib, berhentilah segera untuk selamatkan Malaysia, katanya.
Ketika sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) ke 13 baru-baru ini , Menteri Luar Saudi, Adel al-Jubeir mengesahkan derma RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah derma tulen dari negara itu.

Kedudukan 1MDB Bercelaru- IPIC Tamatkan Pelan Menyelamat

Posted: 18 Apr 2016 06:30 PM PDT

International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpengkalan di Abu Dhabi, United Emerite Arab telah menamatkan pelan menyelamat 1MDB yang ditandatanagi pada Jun 2015 dengan Kemenenterian Kewangan malaysia.
Pada perjanjian tahun lalu itu, IPIC telah menyalurkan AS1bilion tunai kepada 1MDB, untuk tujuan membayar hutang daripada konsertum Bank yang diketuai Dutse Bank, Jerman sebanyak AS970juta. Melalui perjanjian itu juga, IPIC mengambil alih hutang bond 1MDB bernilai AS3.5bilion melalui pertukaran aset milik 1MDB yang tidak dinyatakan. 
Jika berasaskan laporan berkaitan dengan perjanjian menyelemat itu, 1MDB perlu membayar AS3.54bilion, kepada IPIC. Menurut rekod 1MDB, memangpun syarikat itu telah menyalurkan AS3.5bilion kepada BVI Aabar PJS Ltd, sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island pada tahun 2012. Syarikat itu walau bagaimanapun ditutup pada Jun 2015.
Pada 11 April lalu, IPIC dan Aabar telah memberi tahu Bursa London, bahawa syarikat itu tidak mempunyai kaitan dengan BVI Aabar PJS Ltd, dan pada masa yang sama memberitahu, bahawa syarikat itu tidak pernah mendapat apa-apa bayaran daripada 1MDB.
Semalam, IPIC telah memberitahu Bursa London, bahawa pelan menyelamat 1MDB ditamatkan sepihak, atas sebab 1MDB gagal membayar AS1,102,750,000.00 beserta faedah. juga, ekoran kepada penamatan itu, maka IPIC juga tidak akan membayar faedah RM50juta ke atas AS3.5bilion nilai bond yang dijamin syarikat itu, di mana faedah itu perlu dibayar pada 19 April 2016.
Jaminan IPIC ke atas bond yang dikeluarkan 1MDB bernilai AS3.5bilion, tidak boleh ditukar milik atau dibatal, ertinya obligasi terhadap bond itu masih tanggungjawab IPIC.
Read More / Baca Lagi >>

Orang kepercayaan Anwar kini Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat

Posted: 18 Apr 2016 05:18 PM PDT

Datuk Kamarudin JaffarDatuk Kamarudin Jaffar
Orang kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyertai PKR tidak lama dahulu, Datuk Kamarudin Jaffar telah dilantik sebagai Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat, sebuah badan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Setiausaha Agung PAS itu dilantik dalam mesyuarat penuh gerakan Selamatkan Malaysia yang disertai para pemimpin pertubuhan dan parti politik  Jumaat lepas.
Kamarudin, bekas setiausaha agung Abim sewaktu dipimpin Anwar,  ketika dihubungi mengesahkan perlantikan itu yang katanya dibuat di hadapan semua pemimpin utama gerakan untuk menyingkirkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ya betul, saya dilantik dalam mesyuarat Jumaat lepas," kata Kamarudin yang sebelum ini dilantik oleh PKR untuk mengendalikan pejabat Ketua Umum PKR ketika Anwar berada dalam penjara.
Perlantikan Kamarudin dipercayai sedikit sebanyak meredakan ketegangan antara kumpulan-kumpulan dalam PKR yang selama ini menentang gerakan pimpinan Tun Mahathir ekoran hubungan dingin Tun Mahathir dengan Anwar.
Di samping perlantikan Kamarudin yang juga bekas Pengarah Urusan Harakah, lidah rasmi PAS dan ahli parlimen Tumpat itu, Deklarasi Rakyat juga kini mendapat pejabat baru yang disumbangkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Kamarudin dipercayai akan bertugas mengendalikan sektretariat gerakan ini sehingga matlamat untuk menjatuhkan Najib daripada jawatan perdana menteri tercapai.
Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim dianggap sebagai setiausaha kepada gerakan ini kerana beliau mengetuai jawatankuasa penyelaras termasuk menganjurkan Kongres Rakyat di Shah Alam, 27 Mac lepas.
Zaid turut berada dalam mesyuarat yang melantik Kamarudin itu.
Kongres yang disertai semua pemimpin yang menyokong gerakan pimpinan Tun Mahathir ini dianggap berjaya menyampaikan mesej yang jelas kepada rakyat namun belum berjaya menyatukan semua kumpulan dalam PKR untuk bersama-sama Tun Mahathir yang dianggap musuh tradisi Anwar sebelum ini.
Dalam satu forum di Shah Alam Jumaat 14 April lepas, Tun Mahathir menegaskan, fokus gerakan ini adalah untuk menjatuhkan Najib sahaja, sesuatu yang dipersetujui oleh semua yang menyertai gerakan ini.
Read More / Baca Lagi >>

MALAYSIA BOLEH HUTANG..!!!

Posted: 18 Apr 2016 05:13 PM PDT

Inilah hasilnya jika negara ditadbir urus pemimpin kaki penipu, putar belit & memerah keringat rakyat demi kemewahan & keseronokan kehidupan mereka..

Kalaulah bayaran faedah AS$50 juta pon tak mampu nak bayar, apatahlagi nak bayar hutang pokok RM50,000,000,000 (50 bilion) !!!

1MDB WANTED..!!

Posted: 18 Apr 2016 05:09 PM PDT

Pada 14 April 2016 di pejabat saya di Ibupejabat KEADILAN, Merchant Square, Petaling Jaya saya telah membaca Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Mengenai 1MDB yang diperolehi dari laman web Parlimen Malaysia di http://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-110-116.pdf

Saya merujuk kepada mukasurat 8 hingga 14 laporan tersebut yang menghuraikan latar belakang penubuhan 1MDB dan penerbitan Islamic Medium Term Notes (IMTN) iaitu bon hutang berjumlah RM5 bilion. Bon hutang RM5 bilion ini adalah hutang pertama yang diambil oleh 1MDB dan dari pengetahuan saya melalui pembacaan di media mengenai 1MDB, bon hutang RM5 bilion ini dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

Dari Laporan PAC mukasurat 8 hingga 14 itu, saya memahami bahawa intipati siasatan PAC merumuskan perkara-perkara tersebut:

i. Pengurusan 1MDB pada ketika itu telah menandatangani perjanjian program dan pengeluaran jaminan kerajaan bagi bon hutang RM5 bilion ini tanpa mengikut terma dan perancangan yang telah ditetapkan oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI Terengganu) iaitu pemegang saham pada ketika itu

ii. Akibat pelanggaran seperti di dalam (i) di atas, Lembaga Pengarah pada ketika itu pada 22 Mei 2009 telah meluluskan tiga resolusi yang mengarahkan penggantungan penerbitan bon hutang RM5 bilion ini sehingga beberapa langkah untuk menguatkan tatakelola dan urustadbir ("good governance") dilaksanakan terlebih dahulu

iii. Walau bagaimana pun, pada 25 Mei 2009 iaitu tiga hari selepas resolusi mengarahkan penggantungan penerbitan bon hutang RM5 bilion dibuat, pengurusan 1MDB melanggar arahan itu dengan menandatangani Perjanjian Langganan dengan Ambank

iv. PAC telah mendapati Dato' Shahrol Azral sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada ketika itu telah melakukan kesalahan kerana menandatangani Perjanjian Langganan Bon Hutang RM5 Bilion tanpa apa-apa kuasa yang diberikan oleh Lembaga Pengarah

v. Siasatan PAC mendapati bahawa penerbitan bon hutang RM5 bilion itu disegerakan (walaupun bertentangan dengan arahan Lembaga Pengarah) atas permintaan Penasihat Khas

Read More / Baca Lagi >>

Nak perbodohkan rakyat mcm pemakan dedak ka..

Posted: 18 Apr 2016 05:07 PM PDT


BONGKAR !!!.. Benarkah Najib tidak disebut dalam laporan PAC ??..

Abes tu.. yg disebut PM, Menteri Kewangan, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), Pengerusi 1MDB & Pengerusi Lembaga Penasihat dlm Laporan PAC ITU SIAPA ??!!

HANTU RAYA KA !!!

One Happy Family...1MDB

Posted: 18 Apr 2016 05:03 PM PDT

Masa rembat berbilion, semua happy...enjoy...berjoget tak ingat dunia... Kini bermasalah semua tak nak mengaku saudara...

Skandal 1MDB: Bank Negara beri amaran sejak 2014

Posted: 18 Apr 2016 05:00 PM PDT

ZetiGabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menjelaskan pihaknya sudah mengeluarkan amaran berkenaan 1Malaysia Develop Berhad (1MDB), sejak 2014.
Beliau yang bakal mengakhiri kontraknya hujung bulan ini berkata, amaran itu adalah berkenaan risiko hutang firma yang melambung kepada sistem kewangan negara.
"Sudah pasti ia berada dalam radar pemantauan kami. Kami memantau daripada segi tahap keberhutangan mereka dan jika ia memberi implikasi sistematik dengan sektor perbankan," katanya kepada Bloomberg di Washington yang dipetik daripada laporan Malaysiakini.
Menurut laporan itu, hutang 1MDB setakat Januari lalu mencecah RM50 billion (AS$12.8 billion).
Beliau berkata, Bank Negara mengeluarkan dua memorandum kepada Kementerian Kewangan membabitkan lonjakan hutang firma berkenaan.

Rakyat tolak Zahid ganti Najib – Tun M

Posted: 18 Apr 2016 04:55 PM PDT

Menamakan Zahid Hamidi sebagai calon menggantikan Najib Razak adalah satu kesilapan kerana cadangan itu dibantah rakyat.
mahathir-zahid
PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menamakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri bagi pengganti Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu kesilapan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kebanyakan rakyat Malaysia menolak Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengganti Najib.
"Zahid beritahu saya untuk terus bersuara mengenai isu derma. Saya rasa Zahid yang patut bertindak lebih dari saya. Namun, malangnya, dia tidak berbuat apa-apa
"Apabila namanya tersilap sebut sebagai calon berpotensi menggantikan Najib, orang ramai berteriak kerana suara rakyat yang bebas menolak Zahid," katanya dalam entri terbarunya.
Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk menjadikan Zahid sebagai calon pengganti jika usaha menyingkirkan Najib menemui kejayaan.
Namun, Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatannya itu berkata, biarlah matlamat utama Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib berjaya sepenuhnya.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Menteri Saudi sedar tak bermakna dia setuju

Posted: 18 Apr 2016 04:54 PM PDT


 Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir mengatakan dia sedar dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa wang deposit ke akaun peribadinya adalah derma.
Bagaimanapun itu tidak bermakna menteri itu setuju dengan dakwaan Najib, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sekiranya penyokong Najib gagal untuk faham, soalannya sama ada al-Jubeir sedar latar belakang dan butiran mengenai sumbangan itu.
"Oleh sebab itu, menteri luar Saudi menjawab, 'Kami sedar derma itu dan ia satu sumbangan tulen tanpa apa-apa jangkaan sebagai balasan'," tulis Mahathir dalam blognya hari ini.
Musuh ketat Najib itu juga menyatakan bahawa al-Jubeir berkata dia sedar peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak menemui sebarang kesalahan Najib.
"Menyedari kenyataan A-G tidak bermakna dia (Adel al-Jubeir) bersetuju dengan kenyataan itu," kata Mahathir menambah bahawa al-Jubeir juga tidak menarik balik atau menafikan komennya sebelum ini yang meragui punca derma RM2.6 bilion itu.
"Media Malaysia yang mentafsirkan bahawa 'dia sedar' sebagai satu penafian bagi kenyataannya yang terdahulu," katanya.

ADIK JAGA INTERGRITI...ABANGNYA?

Posted: 18 Apr 2016 07:16 AM PDT

Seolah-olah menunjukkan cara bagaimana menjaga intergriti,  Pengerusi CIMB Bank, Nazir Razak mengambil keputusan bercuti  secara sukarela bagi membolehkan siasatan bebas dijalankan terhadapnya kerana menerima AS$7 juta daripada abangnya, Najib Razak sebelum pilihanraya 2013 yang lalu.

Wang itu dipercayai diberikan Najib kepada adiknya untuk diagih-agihkan kepada beberapa pihak yang terlibat secara langsung dalam kempen pilihanraya berdasarkan arahan oleh abangnya selaku Presiden UMNO.

Keterlibatannya menerima wang tersebut disahkan oleh Nazir sendiri kepada WSJ di mana beliau percaya ia adalah sumbangan politik daripada dalam negara dan tidak pasti jika ianya daripada sumber yang lain.

Nazir kemudian meluahkan perasaannya bahawa beliau tidak sepatutnya terlibat berbuat demikian.

Ketika mengesahkan cuti sukarelanya, Nazir berkata, bank itu tidak akan dapat beroperasi pada tahap tertinggi jika beliau tidak mengambil tindakan cuti sukarela itu.

Tentunya tabik untuk Nazir!!

Tapi, bagaimana dengan abangnya Najib?
Read More / Baca Lagi >>

MARI KITA USAHAKAN 1 JUTA YANG PERTAMA DULU...

Posted: 18 Apr 2016 07:12 AM PDT

Sehingga ini dilaporkan seramai 220 ribu orang sudah menandatangani Deklarasi Rakyat yang bertujuan mendesak pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Melalui online saja, seramai 50 ribu sudah berbuat demikian dan sambutan terus diterima hari demi hari. Bagi yang belum menandatanganinya, boleh berbuat demikian di sini - http://goo.gl/forms/VMXoMc8Xzf.

Pengumpulan tandatangan secara fizikal pula, terlihat sambutannya begitu hangat sekali terutama di mana ada tokoh-tokoh tertentu yang turun berkempen sepertimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Sabtu lalu.

Selain itu, urusetia mengumpulkan tandatangan juga sedang bergerak ke negeri-negeri bersama program Selamatkan Malaysia bagi mencapai matlamat awal mendapatkan sekurang-kurangnya 1 juta tandatangan dalam waktu terdekat ini untuk dihantar kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Selepas 1 juta yang pertama, 1 juta yang kedua, yang ketiga dan seterusnya pula akan dihantar sebagai makluman kepada Raja-Raja mengenai penolakan rakyat terhadap Najib.

Untuk itu, kepada yang belum berbuat demikian, sila lakukan sekarang jika dalam hati kita benar-benar mahu melihat Najib berjaya diundurkan.

IPIC tamatkan pelan menyelamat 1MDB

Posted: 18 Apr 2016 07:10 AM PDT


International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi berkata pelan menyelamat 1MDB yang dimeterai syarikat itu dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) tahun lalu ditamatkan.
Dalam satu pengumuman kepada Bursa Saham London hari ini, IPIC berkata ia dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS tidak lagi bertanggungjawab kerana 1MDB dan MOF telah gagal untuk membayarnya lebih AS$1 bilion seperti yang dijanjikan.
"IPIC telah melaksanakan semua obligasinya setakat ini mengikut perjanjiannya.
 "1MDB dan MOF telah gagal untuk melaksanakan pembayaran tertentu dan kewajipan lain yang perlu dilaksanakan kepada kumpulan IPIC menurut perjanjian berkenaan, termasuk kewajipan untuk membayar kepada IPIC AS$1,102,725,000 ditambah dengan faedah.
"Hasilnya, 1MDB dan MOF ingkar menurut terma perjanjian itu dan obligasi IPIC dan Aabar di bawah perjanjian itu telah ditamatkan," katanya.
Pengumuman itu dibuat ketika laporan tersebar bahawa IPIC enggan membayar faedah AS$50 juta bagi pihak 1MDB yang matang esok bagi terbitan bon AS$3.5 bilion. Ini menyaksikan 1MDB menghadapi risiko gagal bayar.
Menjelang berlakunya kegagalan bayaran itu, IPIC berkata, 1MDB dan MOF perlu bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang dibuat ke atas firma milik Abu Dhabi itu.

Skandal 1MDB: IPIC belum bayar faedah AS$ 1.75 bilion

Posted: 18 Apr 2016 07:09 AM PDT


International Petroleum Investment Company (IPIC) belum membayar faedah berkaitan perjanjian antara syarikat dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata faedah itu perlu dibayar setengah tahun tarikh pembayaran faedah pada 18 April, 2016, berkenaan dengan nota US$1.75 bilion pada kadar 5.75 peratus, yang matang pada 2022, diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Limited.
 "Pada 4 Jun 2015, IPIC menerima obligasi penerbit untuk membayar faedah yang perlu dibayar di bawah nota, sebagai pertukaran untuk usaha tertentu untuk memindahkan aset dan wang tunai kepada IPIC," katanya.
Bagaimanapun, pertikaian timbul antara IPIC dan penerbit berkenaan, antara lain, obligasi penerbit kepada IPIC dan obligasi berkaitan IPIC.
"Oleh itu, pada masa kenyataan ini, penerbit memahami IPIC belum membayar faedah tersebut," katanya.
"1MDB berharap dapat menjelaskan bahawa ia dan entiti kumpulan akan memenuhi semua obligasi lain mereka di bawah apa-apa perjanjian pembiayaan lain dan mempunyai kecairan yang cukup untuk berbuat demikian," katanya.

MAAFLAH ZAHID, RAKYAT BELUM MAHU MELETAKKAN TITIK NOKTAH LAGI...

Posted: 18 Apr 2016 06:44 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menerima penjelasan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir mengenai derma RM2,600 juta serta menjadikannya satu titik noktah.

"Saya fikir, mesti berjiwa besar menerima penjelasan dan hakikat ini...siapa pun, mantan Perdana Menteri sekali pun terimalah hakikat bahawa penjelasan ini adalah suatu titik noktah," katanya.

Macam merayu-rayu bunyinya nada Zahid kali ini...

Malangnya Zahid, terlalu sedikit yang dapat menerima dan mempercayai penjelasan Adel Al Jubeir mengenai wang yang diterima Najib itu.

Bagi Tun Mahathir,  sebagaimana yang disebutnya semalam, bercakap saja tidak memadai dan ia mestilah disertakan dengan bukti-buktinya sekali.

Iyalah, pindahkan wang RM10 pun ada resitnya, inikan pula ribu-ribu juta jumlahnya!!

Di kalangan rakyat pula, kata-kata Menteri Luar Arab Saudi itu lebih menjadi bahan ketawa dan persendaan semata-mata. Beliau dijadikan bahan persendaan bukan saja kerana sebelum ini pernah mengatakan wang itu adalah pelaburan,  tetapi juga kerana logik kata-katanya hampir tidak ada sama sekali untuk dipercayai.
Read More / Baca Lagi >>

SERVANTHOOD

0

Posted by Unknown | Posted on 7:11 PTG | Posted in

sumber :-

SERVANTHOOD


Posted: 17 Apr 2016 11:19 PM PDT


Ucapan ADUN Sitawan Bahas Titah Ucapan Tuanku Sidang DUN Perak 13 April 2016

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:21 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


MARI KITA USAHAKAN 1 JUTA YANG PERTAMA DULU...

Posted: 17 Apr 2016 11:10 PM PDT

 shahbudindotcom

 


Sehingga ini dilaporkan seramai 220 ribu orang sudah menandatangani Deklarasi Rakyat yang bertujuan mendesak pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Melalui online saja, seramai 50 ribu sudah berbuat demikian dan sambutan terus diterima hari demi hari. Bagi yang belum menandatanganinya, boleh berbuat demikian di sini - http://goo.gl/forms/VMXoMc8Xzf.

Pengumpulan tandatangan secara fizikal pula, terlihat sambutannya begitu hangat sekali terutama di mana ada tokoh-tokoh tertentu yang turun berkempen sepertimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Sabtu lalu.

Selain itu, urusetia mengumpulkan tandatangan juga sedang bergerak ke negeri-negeri bersama program Selamatkan Malaysia bagi mencapai matlamat awal mendapatkan sekurang-kurangnya 1 juta tandatangan dalam waktu terdekat ini untuk dihantar kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Selepas 1 juta yang pertama, 1 juta yang kedua, yang ketiga dan seterusnya pula akan dihantar sebagai makluman kepada Raja-Raja mengenai penolakan rakyat terhadap Najib.

Untuk itu, kepada yang belum berbuat demikian, sila lakukan sekarang jika dalam hati kita benar-benar mahu melihat Najib berjaya diundurkan.


Rafizi mula seret masuk penjara bersama beliau esok

Posted: 17 Apr 2016 11:05 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


Rafizi mula kempenRafizi mula kempen


Mulai esok, ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan memulakan usahanya untuk menyeret semua yang terlibat dengan skandal 1MDB bersama beliau memasuki penjara.

"Esok (Isnin 18/4) saya akan mulakan kempen #1MDBWanted dengan laporan polis terhadap Jho Low. Setiap minggu kita tumpu kepada individu berbeza berdasarkan penemuan di dalam Laporan PAC Mengenai 1MDB," kata Rafizi dalam kenyataannya.

Dalam forum anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam 14 April lepas, Rafizi berjanji akan menyeret sama semua yang terlibat dengan skandal 1MDB untuk bersama-sama beliau masuk penjara.

"Saya tidak mempunyai banyak masa dah, paling lama setahun lagi, saya akan dimasukkan. Jadi saya berjanji, dalam masa yang ada ini saya akan menyeret semua yang terlibat dengan 1MDB untuk menyertai saya," kata Rafizi di forum itu.

Rafizi kini berhadapan dengan pelbagai tuduhan jenayah oleh kerajaan Malaysia. Yang terakhir adalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang membawa hukuman penjara kepada beliau.

"Saya bersedia untuknya, namun saya tidak akan masuk bersendirian. Saya akan seret mereka semua bersama saya," kata Rafizi dalam forum yang penuh sesak dengan hadirin itu.

Turut serta menjadi penal dalam forum itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang, Tony Pua, Cynthia Gebriel dan Khalid Samad manakala moderatornya adalah wartawan The Malaysian Insider, Zulkifli Sulong.

Menurut Rafizi dalam kenyataannya hari ini, ia akan bermula dengan penasihat perniagaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Jho Low.

"Laporan polis terhadap Jho Low akan dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada hari Isnin, 18 April jam 11.30 pagi. Saya galakkan kemudiannya seberapa ramai pimpinan PH, aktivis dan rakyat biasa turut membuat laporan polis terhadap Jho Low menggunakan contoh laporan yang saya akan edarkan," kata Rafizi dalam kenyataan itu.

Beliau juga meminta jasa baik mereka yang membuat laporan #1MDBWanted kemudiannya menghantar maklumat laporan (seperti No Laporan dan lain-lain) kepada beliau di pautan yang beliau akan umumkan esok.

Bagi Rafizi, hanya tekanan rakyat yang akan menggoncang mereka yang terlibat di dalam 1MDB untuk tampil memberi kenyataan mengenai penglibatan Najib di dalam skandal ini.

Amanah akan tanding semua 20 Dun, 7 Parlimen Pas di Selangor

Posted: 17 Apr 2016 11:00 PM PDT

ABD SHUKUR HARUN


Ir. Izham HashimIr. Izham HashimParti Amanah Negara (Amanah) Selangor akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam pilihan raya umum lalu di negeri itu, iaitu 20 kerusi Dun dan tujuh parlimen.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, untuk itu, mereka sedang membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14 akan datang.

Kata Izham, Amanah Selangor sentiasa bersedia menghadapi apa jua pertandingan sama ada dua atau tiga penjuru mewakili Pakatan Harapan, apabila  pakatan itu membuat keputusan.

"Amanah tidak akan bertanding menentang mana-mana rakan komponan dalam Pakatan Harapan, sebaliknya akan membantu rakan komponan di tempat mereka bertanding," demikian kata Izham kepada Malaysiadateline baru-baru ini.

Amanah Selangor, katanya, sedang membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang, termasuk dari segi strategi, calon, jentera dan dana. Semua aspek diambil kira untuk mencapai kemenangan di negeri Selangor, katanya.

Amanah kini adalah rakan komponan dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.

Menurut beliau, Amanah hadir mengisi kekosongan tempat yang dahulunya diwakili oleh Pas dalam Pakatan Rakyat.

Amanah, kata beliau lagi, akan mengambil alih peranan memenangi atau memempertahankan kerusi parlimen dan Dun yang dulu ditandingi dan dimenangani oleh Pas.

Peranan ini akan dilakukan sehingga keputusan akhir dibuat secara bersama dalam Pakatan Harapan.

Menurut Izham, baru-baru ini telah selesai semuanya secara rasmi penubuhan kawasan parlimen Amanah di Negeri Selangor, iaitu sebanyak 22 kawasan Parlimen.

"Saya telah hadir sebahagian besar menyuarat berkenaan di semua menyuarat itu di mana berjalan lancar dan sambutan daripada ahli sangat mengalakkan.

Nasihatnya, "perkukuh parti, tambah ahli, jaga akhlak sebagai parti yang berpaksikan Islam."
Semua ahli, katanya, mesti memposisikan Amanah sebagai parti Islam yang progresif dan inklusif.

Kata Izham,  Pakatan Harapan adalah satu-satunya alternatf kepada BN untuk memerintah negara ini dalam PRU akan datang.

Amanah kini turut membantu kempen calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dianggap beliau sebagai latihan ke arah persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Mereka ditugaskan untuk menjaga kawasan Demak Laut yang akan ditandingi kemungkinan besar ditandingi oleh Amanah, katanya.

Seorang pelajar UTeM peluk Islam depan Dr Zakir

Posted: 17 Apr 2016 10:55 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


Dr Zakir NaikDr Zakir NaikSelepas mendalami agama Islam selama tiga tahun, seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Eletronik Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik malam tadi.

Ia turut disaksikan oleh kira-kira 20,000 orang hadirin yang berada dalam forum bertajuk 'Islam- Problem and Solution to Humanity' yang disampaikan Dr Zakir di universiti berkenaan lapor portal media Malaysiakini.

Senkiran Dharma, 24, melafazkan kalimah syahadah itu selepas menerima penerangan berhubung persoalannya mengenai Islam daripada Dr Zakir.

Malah, ketika ditemui pemberita, Senkiran yang sebelum ini menganut agama Hindu memberitahu bahawa tindakannya untuk menukar agama itu dilakukan dengan rela hati tanpa dipaksa mana-mana pihak.

"Saya sudah mempelajari Islam sejak lebih tiga tahun lalu, namun selepas menunggu selama 24 tahun, saya akhirnya menerima hidayah untuk memeluk Islam," katanya.

Selepas mengucap dua kalimah syahadah, Senkiran kemudian menitiskan air mata. Beliau juga selepas itu menerima senaskah al-Quran daripada Zakir sambil diiringi laungan takbir.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Jumaat lalu, di Terengganu, seorang remaja yang dikenali sebagai Woo Nina Grace, 19 memeluk agama Islam di hadapan Dr Zakir.

Selepas itu, seramai empat lagi individu yang memeluk Islam semasa syarahan Dr Zakir di Stadium Hoki Bukit Jalil Sabtu lalu.

Dr Zakir: Saya ke sini untuk keharmonian kaum

Pendakwah Islam antarabangsa Dr Zakir Naik menegaskan bahawa beliau datang ke sini untuk keharmonian kaum.

"Saya ke sini (Malaysia) untuk keharmonian kaum. Saya sangat tahu dengan undang-undang kerana saya peguam Islam," katanya.

Oleh itu, tegasnya, beliau juga tidak takut walaupun gerakan hak asasi manusia Hindu, Hindraf, membuat laporan polis berhubung kehadirannya ke negara ini.

Dr Zakir menjelaskan, ia kerana beliau hanya takutkan kepada Allah dan bukannya manusia.

"Saya telah pergi ke banyak negara. Menurut Islam, kita tidak boleh memaksa seseorang untuk menukar agama.

"Saya takut pada tuhan, Allah. Saya tidak takut kepada manusia," katanya yang turut memetik beberapa ayat al-Quran dalam forum yang bertajuk 'Islam - Problem and Solution to Humanity'.

Beliau berkata demikian sebelum mengIslamkan seorang pelajar bernama Kevin yang sebelum itu bertanyakan tentang mengapa hanya orang yang beragama Islam masuk syurga walaupun agama lain mempunyai 'kepercayaan' yang hampir sama dengan Islam.

Selain itu, menjawab soalan daripada seorang pelajar yang dikenali sebagai Jack yang bertanya tentang Islam, Dr Zakir turut menjelaskan tentang niatnya sebelum ini yang mahukan tajuk forum di universiti tersebut tentang persamaan antara agama Islam dan Hindu.

Penceramah yang terkenal dengan isu perbandingan agama itu menceritakan, ketika beliau menggunakan tajuk sama untuk berceramah di negara lain, kemarahan yang dibangkitkan ialah tidak mungkin ada persamaan antara dua agama berkenaan dan mereka memarahi beliau dan bukan tajuk tersebut.

Sebelum ini, pihak polis mengarahkan supaya ceramah di UTeM dibatalkan bagi mengelakkan melindungi sensitiviti agama di negara ini.

Bagaimanapun, kerajaan kemudian membenarkan ceramah tersebut dengan menetapkan syarat supaya tajuk yang digunakan sebelum ini- 'Similarities between Islam and Hinduism' ditukar.

Restoran mamak dikecam kenakan caj pendingin hawa RM10

Posted: 17 Apr 2016 10:33 PM PDT



 
FREE MALAYSIA TODAY
 
 
Pengurus restoran mamak itu menjelaskan, ia adalah kesilapan kakitangan ketika memberikan bil itu kepada pelanggan


aircond-charge-mamak


PETALING JAYA: Sebuah restoran mamak di Bangsar, ibu negara, dikecam gara-gara mengenakan caj pendingin hawa sebanyak RM10 kepada pelanggan.

Warga maya mengecam tindakan itu dan mahu memboikot restoran mamak terbabit, selepas seorang pelanggan memuat naik gambar bil bertarikh 15 April lalu yang tertera caj pendingin hawa sebanyak RM10.

Pengurus restoran itu yang dipetik Sin Chew Daily semalam menjelaskan, ia adalah kesilapan kakitangan ketika memberikan bil kepada pelanggan terbabit.

Jelasnya, jika pelanggan menggunakan bilik di tingkat atas restoran itu untuk mengadakan mesyuarat atau berjumpa rakan-rakan tanpa memesan makanan atau minuman, maka pihaknya akan mengutip RM10 caj pendingin hawa daripada mereka yang duduk melebihi dua jam di premis berkenaan.

"Tetapi, jika mereka ada pesan makanan dan minuman, maka caj itu tidak akan dikenakan.

"Sejak bil itu tersebar di Internet, ramai pelanggan datang dan bertanyakan perkara sebenar.

"Saya mahu tegaskan, kami tak kenakan bayaran itu. Ini adalah kesilapan pekerja ketika memberi bil itu kepada pelanggan. Kami telah buka bil lain dan tidak kenakan sebarang caj pendingin hawa kepada mereka," jelasnya

Ibrahim Ali tidak maafkan Ramasamy

Posted: 17 Apr 2016 10:28 PM PDT

 
Presiden PERKASA mendakwa Ramasamy seorang pemimpin bermulut celupar dan tidak mengambil kira sensitiviti penganut Islam.


ibrahim-ali,p-ramsamy


PETALING JAYA: Datuk Ibrahim Ali tidak boleh memaafkan Timbalan Ketua Menteri, Pulau Pinang II, Prof P Ramasamy yang mengelar pendakwah dari India, Dr Zakir Naik sebagai 'syaitan'.

Ini kerana, kata Presiden PERKASA itu. Ramasamy seorang pemimpin bermulut celupar kerana langsung tidak sensitif dengan penganut Islam sebelum menulis perkataan itu di status Facebooknya yang kemudian memadamnya selepas menerima bantahan.

"Dia (Ramasamy) boleh mohon maaf, tetapi sama ada orang terima atau tidak saya tidak tahu. Tetapi bagi saya, saya tak maaf atas penghinaan dia , kecaman dia kepada Dr Zakir Naik, dia boleh minta maaf sejuta kali tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya tidak maafkan dia.

"Saya tengok Ramasamy seorang Timbalan Ketua Menteri yang mulut celupar, nampaknya dia nak menunjukkan dan menterjemahkan diri dia ini sebagai hero bagi masyarakat India.

"Dia nak menjadi lebih hero dari P.Uthayakumar (Hindraf), bila Uthayakumar cakap pasal isu berkaitan kepentingan orang Hindu, diapun nak tunjuk dia lebih hero daripada Uthayakumar, sebagai pejuang kaum Hindu dia tidak tahu bahawa percakapan dia ini merugikan kaum Hindu," katanya ketika ditemui FMT semasa menghadiri forum hartanah 'Melayu Bandar Terus Disisih semalam.

Dr Zakir mencuri tumpuan media baru-baru ini, selepas beberapa kumpulan menyuarakan rasa kurang senang terhadap isi kandungan ceramahnya dan menggesa kerajaan melarang beliau daripada memberi syarahan umum bagi mengelakkan perpecahan.

Syarahan umum Dr Zakir di Melaka menjadi kontroversi kerana topiknya yang didakwa menyinggung penganut Hindu. Kerajaan membenarkan syarahan itu diteruskan tetapi topik syarahan ditukar.

Mengulas dakwaan kononnya Ramasamy mempunyai hubungan dengan Kumpulan Militan Tamil Eelam (LLTE) seperti yang disebarkan di laman sosial, Ibrahim berkata, pihak berkuasa sepatutnya menyiasat tuduhan itu.

"Saya tidak tahu kebenaran dakwaan ini tetapi jika benar ia tuduhan serius kerana LTTE juga satu gerakan pengganas militan seperti ISIS dan Al Qaeda," katanya.

Mak nyah cerita kisah hidup kembali jadi lelaki

Posted: 17 Apr 2016 08:27 PM PDT

 
Safiey berharap agar kisah hidupya itu dapat dijadikan iktibar oleh masyarakat.


nyah


PETALING JAYA: Seorang pengguna Facebook mendapat perhatian netizen selepas pendedahan mengenai dirinya menjadi viral di alam maya.

Safiey Ilias, 22, yang kini sedang menjalani proses mengubah dirinya daripada seorang `mak nyah' untuk kembali menjadi lelaki sejati berkongsi pengalamannya itu di laman sosial.

Tidak malu untuk menceritakan tentang dirinya Safiey atau nama sebenarnya Safiuddin Ilias berharap agar kisah hidupnya itu dapat dijadikan iktibar oleh masyarakat.

"Alhamdulillah atas dugaan , hinaan , makian hari ini. Tidak ada tidak lain , saya cuma nak Allah tinggikan darjat saya . Ramai juga yg PM bagi kata smgt supaya saya tenang. Mungkin ramai yg masih tak tahu mengenai jihad nafsu saya. Yg pernah jumpa saya depan2 akan tahu saya mcm mana," tulisnya di Facebook.

Menerusi perkongsiannya itu Safiey turut menceritakan bagaimana dia lebih mengejar duniawi dalam kehidupannya berbanding mencari sesuatu yang boleh dibawa ke akhirat.

"Bila kamu asyik menyebut tentang hal dunia, maka ada dunia di dalam hati kamu Bila kamu asyik menyebut tentang hal akhirat maka ada Allah SWT di hati kamu. Tak salah bekerja memakmurkan dunia, nabi tak pernah larang," katanya lagi.

Bagaimanapun, ada pengguna Facebook yang menuduhnya dengan memberikan komen bahawa dia sengaja mahu mendapatkan publisiti untuk tujuan perniagaan.

Dalam pada itu, Safiey turut berharap agar orang ramai tidak menggunakan agama untuk mencerca golongan transgender atau `mak nyah' sebaliknya, mereka perlu membimbing golongan itu dan mendoakan agar mereka berubah.

Melalui perkongsian di Facebook juga, dia memaklumkan baharu sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membolehkan dirinya kembali menjalani kehidupan sebagai lelaki.

PAS tak mahu kerusi MB, enggan campur krisis Terengganu

Posted: 17 Apr 2016 08:22 PM PDT

PAS ambil pendekatan berhati-hati dan tidak gopoh dalam berhadapan dengan isu politik Terengganu.

haji-hadi,mat-said


PETALING JAYA: PAS tidak akan campur tangan dalam kemelut politik di Terengganu meskipun ditawar kedudukan Menteri Besar atau membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN) negeri.

Perkara itu ditegaskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu PAS berhati-hati dan tidak gopoh berhadapan isu politik di Terengganu.

Memetik laporan akhbar Harakah edisi 18 April hingga 21 April, ulama dari Pantai Timur itu berkata, PAS tidak mahu menumpang krisis dalaman yang berlaku dalam kalangan pemimpin UMNO di negeri itu.

"Isu politik Terengganu lebih bersifat politik dalaman UMNO, yakni perebutan tokoh-tokoh UMNO untuk memegang kuasa pemerintahan yang tidak banyak berkait rapat dengan kepentingan rakyat.

"Biarpun PAS mendapat kelebihan, tetapi PAS tidak mahu menumpang krisis dalaman UMNO itu,
sebaliknya mengarahkan jentera PAS bekerja untuk mendapat sokongan dan mandat rakyat yang lebih kuat melalui pilihan raya," katanya.

Awal bulan ini, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan UMNO negeri itu kini berhadapan krisis kepemimpinan yang kritikal.

Beliau dipetik berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hanya menunggu masa untuk 'diturunkan' daripada kedudukan ketua Kerajaan Negeri Terengganu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan parti itu bekerjasama semula dengan DAP pada masa hadapan.

Katanya, kerjasama berkenaan boleh dijalin semula antara parti Islam terbesar negara dengan parti sekular terbabit, bergantung kepada perubahan semasa.

"Perkembangan-perkembangan akan datang hal tersebut adalah tidak mustahil kerana perubahan sentiasa berlaku. Contohnya, hari ini DAP tidak menerima hudud, namun di masa depan mungkin menerimanya," katanya.

Bukan Islam jangan campur urusan Islam – Ridhuan Tee

Posted: 17 Apr 2016 08:19 PM PDT

 
Islam merupakan agama Persekutuan dan keistimewaan agama tersebut harus diiktiraf oleh semua warga di negara ini.


Ridhuan-Tee-Zakir-Naik


PETALING JAYA: Penceramah kontroversi, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan agar masyarakat bukan Islam di negara ini tidak mencampuri urusan agama Islam.

Menurutnya, Islam merupakan agama Persekutuan dan keistimewaan agama tersebut harus diiktiraf oleh warganegara Malaysia.

Hal ini kerana, menerusi ajaran yang diamalkan di negara ini, penganut agama bukan Islam berada dalam keadaan selamat. Baginya, ajaran Islam telah melembutkan hati Melayu untuk menerima kehadiran penganut bukan Islam.

"Ajaran Islam telah mendidik dan melembut hati Melayu untuk menerima bukan Islam di negara. Ini yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara lain. Bilangan yang diterima begitu ramai. Kenapa tidak disyukuri nikmat ini sehingga menjadi sangat ultra kiasu," soalnya.

Menulis di dalam kolum `Buka Minda' di akhbar Sinar Harian, Mohd Ridhuan juga menegaskan bahawa umat Islam di negara ini tidak pernah mencampuri urusan dan hal ehwal penganut bukan Islam.

"Pernahkah kami ambil tahu atau pergi masuk ke dalam rumah ibadat dan kuil-kuil mereka serta menyiasat apa yang ada di sana. Jawabnya tidak, kerana kita terlalu bersangka baik. Di India, kutipan atau derma kuil dipantau oleh kerajaan dan boleh menjadi hak milik kerajaan," katanya.

Beliau yang turut mengulas mengenai kehadiran penceramah terkemuka, Dr Zakir Naik ke Malaysia apabila menyifatkan larangan untuk penceramah itu memasuki ke sesetengah negara adalah perkara biasa.

"Dr Zakir seorang yang diiktiraf bukan hanya peringkat nasional tetapi antarabangsa. Malaysia turut mengurniakan kepada beliau Tokoh Maal Hijrah 2013. Soal beliau tidak dibenarkan masuk ke beberapa negara seperti Singapura, itu adalah perkara biasa. Saya pun tidak dibenarkan masuk ke sana.

Tidak terhenti di situ, Mohd Ridhuan turut mendakwa ada sesetengah bukan Islam merasakan agama mereka terancam ekoran ramai yang memeluk Islam selepas berdialog dengan Dr Zakir. Ia berlaku kerana, Dr Zakir hanya menceritakan perkara sebenar.

"Jika tidak bersetuju dengan Dr Zakir, berdebatlah dengan beliau. Saya amat yakin beliau akan menerima dengan penuh hikmah. Mengaku sahaja, tidak ada seorang tokoh agama di dunia ini yang boleh menghafal kitab mereka, kecuali agama Islam.

"Jika ditakdirkan semua kitab agama besar dunia dimusnah atau dicampak ke laut, saya pasti semua agama akan musnah dan hilang, kecuali Islam kerana walaupun al-Quran tidak berada di tangan, al-Quran akan tetap terpahat dalam minda para ulama dan para huffaz. Al-Quran boleh ditulis balik seperti sedia kala," ujarnya.

Barangan 'merchandise' konsert selamba dijual secara haram, Amy Search bengang

Posted: 17 Apr 2016 08:10 PM PDT

Madiha Abdullah, Astro Awani 
 
Barangan 'merchandise' konsert selamba dijual secara haram, Amy Search bengang
AMY: 'Nak berniaga biarlah dengan cara yang betul' - Instagram akuamysearch
 
 
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan rock legenda, Amy Search, sangat terkilan apabila ada pihak yang mencetak dan menjual merchandise Konsert Search 35 tahun secara haram.

Ia disifatkan sebagai bukan sahaja tidak bertanggungjawab, tetapi juga menunjukkan kurangnya rasa hormat terhadap golongan penggiat seni.

Lebih menyedihkan apabila ada yang tidak segan silu menjualnya di tempat terbuka, seperti yang berlaku di tempat letak kereta Stadium Malawati, semalam.

Beberapa gambar merchandise, malah gambar si penjual juga turut dimuat naik Amy ke akaun Instagram miliknya.

Amy ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, hal berkenaan diketahui daripada peminat yang memberikan informasi tentang penjualan secara haram itu.

"Penjual itu sudah pernah ditegur sebelum ini, namun masih melakukan perkara yang sama," kata Amy.

Menjual barangan tersebut tanpa kebenaran samalah seperti mencuri, dan ia bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah satu dosa besar dalam agama.

"Anda memperolehi wang daripada nama dan hasil titik peluh orang lain. Cuba bayangkan anda di tempat kami, apa perasaan anda?" tambah Amy.

Beliau juga memaklumkan, Search tidak mempunyai masalah jika ada yang berminat mahu menggunakan nama mereka dalam perniagaan, namun ia perlu dibuat dengan cara yang betul.
"Datang jumpa kami dan kita boleh berbincang. Jika direction dan perancangan anda bagus serta teratur, kami tidak ada masalah.

"Pokoknya mesti guna saluran yang betul," jelasnya.

Buat masa ini, kata Amy, pihaknya belum membuat sebarang keputusan tentang tindakan yang akan diambil terhadap penjual tersebut. 
 
 

Perdagangan pertanian Malaysia-Denmark bakal ditingkatkan

Posted: 17 Apr 2016 08:03 PM PDT

Bernama 
 
Perdagangan pertanian Malaysia-Denmark bakal ditingkatkan
Malaysia akan menandatangani memorandum persefahaman kerjasama dua hala dengan Denmark.
 
 
KUALA LUMPUR: Malaysia berminat untuk meningkatkan lagi perdagangan pertanian dua hala dengan Denmark selepas nilainya naik kepada RM480 juta pada tahun lepas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata terdapat banyak peluang yang boleh dieksploit bagi melonjakkan lagi eksport dan imbangan perdagangan pertanian di antara Malaysia dengan Denmark.

Katanya, Malaysia akan menandatangani memorandum persefahaman kerjasama dua hala dengan Denmark.

Kedua-dua negara telah bersetuju pada dasarnya untuk bekerjasama dalam perikanan, penternakan, penyelidikan dan pembangunan pertanian, katanya dalam satu kenyataan berhubung dengan mesyuarat dua hala dengan Menteri Alam Sekitar dan Makanan Denmark, Esben Lunde Larsen di sini Jumaat.

"Denmark telah bersetuju untuk berkongsi kepakaran bagi membantu membangunkan industri tenusu kami dengan tujuan untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada susu import.

"Malaysia juga mahu meneroka potensi produk halal dengan Denmark seperti makanan sejuk beku, makanan ringan, sos, herba yang telah diproses termasuk kraftangan berasaskan pertanian," kata Ahmad Shabery.

Larsen, yang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari di sini, berkata memandangkan Denmark dan Malaysia merupakan negara maritim, terdapat banyak bidang yang mereka boleh bekerjasama.
"Teknologi baharu yang diperkenalkan kini boleh diguna bagi meningkatkan sektor perniagaan tani dan Malaysia harus mengambil kesempatan daripada itu," katanya. 
 
 

Imam Masjid Nabawi, Sheikh Muhammad Ayyub meninggal dunia

Posted: 17 Apr 2016 07:56 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



Berita kematian Muhammad Ayyub yang juga pengajar Ilmu Tafsir di Universiti Madinah disahkan menerusi akaun Twitter allahyarham yang dikendalikan oleh anak lelakinya, @DR_MAyoub yang menulis,

"Kita adalah milik Allah, kepadaNya kita kembali. Ya Allah, lindungi kami dari musibah dan gantikan untuk kami sesuatu yang lebih baik dari musibah ini. Telah wafat bapa saya, Sheikh Mohammed Ayub."

Jenazah allahyarham disolatkan selepas Zuhur hari ini di Masjid Nabawi sebelum dimakamkan di perkuburan Baqi Al Gharqad Madinah.

Muhammad Ayyub dilahirkan di Makkah pada 1953.

Setelah menamatkan persekolahan allahyarham berhijrah ke Madinah untuk menyambung pengajian sehingga bergelar Sarjana Syariah seterusnya Doktor (Tafsir) di Universiti Madinah.

Pada masa sama allahyarham turut menuntut ilmu dengan ulama-ulama besar. Pada usia 36 tahun allahyarham dilantik menjadi imam Masjid Nabawi pada 1989 hingga tahun 1997.

Kepakaran allahyarham dalam bidang agama dan tafsir membuatkan dirinya diterima baik di Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain dan Iran.

Sejumlah ulama, termasuk beberapa imam Masjidil Haram dan imam Masjid Nabawi merupakan anak muridnya.

Anak lelaki Muhammad Aiyub memberitahu dalam satu wawancara, allahyarham bapanya teringin menjadi imam Masjid Nabawi semula sebelum ajal menjemput dan dengan takdir Allah Taala doa itu terkabul apabila allahyarham kembali diangkat menjadi imam Masjid Nabawi pada 2015.

Selain di Masjid Nabawi allahyarham pernah pernah menjadi imam di Masjid Quba, serta dua lagi masjid yang terletak di luar Madinah iaitu Masjid Alnnabiah dan Masjid Husseini Abdullah di Amman, yang merupakan tempat ibadah yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kefasihan Muhamad Ayyub membaca Al-Quran juga membuatkan bacaannya dikongsikan dan dinikmati umat Islam di setiap ceruk dunia.


Berhutang atau jimat? Ini 3 nasihat AKPK untuk pengguna

Posted: 17 Apr 2016 07:45 PM PDT

Malik Ridhwan, Astro Awani
Berhutang atau jimat? Ini 3 nasihat AKPK untuk pengguna
Azaddin (Kiri) bersama Pengarah Urusan Bahagian Perkhidmatan Koporat AKPK Azman Hasim semasa sidang media sempena ulang tahun AKPK ke-10. - Gambar Astro AWANI / Malik Ridhwan
 
 
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diminta lebih berhati-hati dalam membuat perbelanjaan melihat kepada keadaan ekonomi semasa.

Ini bagi mengelakkan individu daripada mempunyai hutang yang tidak diperlukan.

Berikut tiga nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pengguna agar tidak dibelenggu hutang yang membebankan.

1. Buat perancangan yang rapi

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Azaddin Ngah Tasir berkata, pengguna harus  merancang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan kewangan.
"Kita menyeru orang ramai supaya merangka bajet isi rumah terlebih dahulu, bagaimana menguruskan perbelanjaan sebelum mengambil pinjaman daripada bank."

Azaddin Ngah Tasir
Ketua Pegawai Eksekutif AKPK

AKPK memberi kaunseling kepada pelanggan secara perseorangan dan bersemuka di mana kaunselor akan memberi khidmat nasihat kewangan termasuk tentang bajet, pengurusan wang dan isu-isu kredit.

Antara lain, AKPK membantu pelanggan menganalisis status kewangan serta mengenal pasti jalan-jalan pilihan untuk memulihkan kedudukan kewangan mereka.

2. Tunggu dan lihat, jangan terburu-buru

"Dalam waktu begini, saya rasa ramai yang akan wait and see. Orang akan lihat dulu perkembangan ekonomi semasa sebelum membeli rumah sebagai contoh dan kemudian buat keputusan untuk memberi komitmen atau tidak," kata Azaddin selepas sidang media ulang tahun AKPK ke-10 di ibu pejabatnya di sini pada Jumaat.

3. Belajar cara pengurusan kewangan

Kad kredit merupakan faktor utama pengguna dibelenggu hutang yang membebankan. Ini kerana mereka tidak sedar akan risiko jika tidak bijak menggunakan kad kredit.

Justeru, AKPK menyarankan agar orang ramai belajar mengenai pendidikan kewangan dan mendapatkan kaunseling daripada agensi tersebut.

AKPK menyediakan program-program pendidikan kewangan tentang asas-asas pengurusan wang yang bijak serta tip meminjam dan penggunaan kredit secara bertanggungjawab terutamanya kepada golongan dewasa muda.

Ia antara lain menawarkan nasihat tentang pelan pembayaran balik bersesuaian dengan komitmen dan situasi semasa pelanggan bagi meringankan beban mereka.
Sejak penubuhan AKPK sehingga 31 Mac 2016, lebih daripada 418,941 pelanggan telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling AKPK di mana 148,830 daripada mereka telah dibantu melalui Program Pengurusan Kredit (PPK).

Daripada jumlah ini, 9,937 kes berjaya diselesaikan dari PPK dengan jumlah pinjaman agregat bernilai RM407.9 juta. Sebahagian besar lagi peserta PPK masih lagi aktif membuat pembayaran balik hutang mereka yang telah distruktur atau dijadual semula.

Bagi keseluruhan 2016, Azaddin mensasarkan tambahan 2,500 atau 10 peratus lagi kes untuk diselesaikan menjelang hujung tahun. 


Penghuni kondominium Damansara Perdana gempar penemuan bom

Posted: 17 Apr 2016 07:37 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Lebih 200 penduduk kondominium di Damansara Perdana gempar apabila dimaklumkan terdapat lima butir bom ditemukan dalam sebuah unit kediaman itu pagi tadi.
 
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Roslan berkata beliau sekeluarga terkejut apabila jirannya memberitahu blok kediaman mereka sedang dikawal dengan ketat oleh pasukan polis serta Bomba dan Penyelamat Malaysia kerana terdapat bahan letupan.
 
"Bimbang dengan keselamatan, kami segera membawa keluarga keluar dari rumah dan turun ke tingkat bawah bersama jiran yang lain," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata serbuan yang dibuat hasil risikan awal itu berjaya menemukan bahan letupan itu dalam sebuah unit di tingkat 17 bangunan berkenaan pada 4.30 pagi tadi.
 
Dua suspek yang dipercayai warga tempatan bagaimanapun telah meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan polis.
 
"Hasil pemeriksaan polis di dalam rumah itu terdapat lima butir bom buatan sendiri, bahan-bahan litar elektrik serta belerang yang digunakan untuk membuat bom.
 
"Polis turut menemukan kotak berwarna hitam berisi sejumlah dadah jenis syabu serta pil ekstasi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
 
Mohd Zani berkata semua bahan letupan itu dibawa ke kawasan lapang berdekatan oleh Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia bagi kerja memusnahkan semua bom berkenaan.
 
Beliau berkata motif bahan letupan itu dibuat masih disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
 
 

PKR Sarawak enggan berganjak, tolak keputusan lepaskan lima kerusi DUN kepada DAP

Posted: 17 Apr 2016 07:36 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar
Post Pic



SHAH ALAM: PKR Sarawak kekal dengan pendirian bersabit lima kerusinya, sekaligus menolak pengagihan yang dibuat oleh pimpinan nasional Pakatan Harapan (PH), tegas Ketua PKR Sarawak, Baru Bian.

Baru memberitahu pihaknya tidak akan berganjak dengan pendirian sebelum ini meskipun diminta menghormati keputusan yang dibuat pimpinan pusat PKR dan DAP.

Pemimpin negeri itu semalam mempertahankan lima kerusi milik PKR yang diintai rakan komponennya, DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 7 Mei depan.

"Saya tidak ada komen. Maaf, saya tidak mahu terus berhujah. Kita fokus kepada pilihan raya.

"Mereka kata terbuka kepada rundingan, biarkan mereka berunding. Kita sudah buat pendirian yang jelas, mereka patut tahu pendirian kita," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Semalam, Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meminta PKR Sarawak menghormati keputusan parti di peringkat pusat berhubung pengagihan kerusi antara parti itu dan DAP.

Shaharuddin berkata PKR Pusat bagaimanapun menghormati pendirian PKR negeri.

Justeru, PKR Pusat akan meneruskan perbincangan dan mencapai kata sepakat dengan DAP sebelum tarikh penamaan calon.

Kepimpinan PKR menerima tamparan apabila Baru tampil dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap hasil rundingan kepimpinan nasional PH berhubung pengagihan kerusi yang menyaksikan lima kerusi milik parti itu bertindih dengan kerusi yang diingini DAP.

Baru juga mengugut untuk menggunakan kuasa veto PKR negeri untuk menolak keputusan pimpinan nasional PH.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam memberitahu agihan kerusi membabitkan PKR dan DAP dipersetujui olehnya dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Sementara itu, pemimpin DAP Sarawak, Chong Chieng Jien tidak menolak akan wujud pertandingan tiga penjuru jika PKR enggan memberi laluan kepada DAP.

DAP pada PRN kali ini mengumumkan akan bertanding di 29 kerusi.

Kerusi tersebut adalah Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok dan Meradong, Pakan, Ngemah, Bukit Assek,Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagis, Katibas, Baleh, Murum, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut, Senadin, Mulu, dan Stakan.

Polis buru dua suspek susulan penemuan bom di Petaling Jaya

Posted: 17 Apr 2016 07:31 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Dua individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan tujuh butir bom di sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini pagi semalam sedang diburu polis.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, yang diburu merupakan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ah Chong, 37, dan seorang wanita berumur 39 tahun.
 
"Bertindak atas maklumat polis, serbuan telah dijalankan pada pukul 4.30 pagi tadi di sebuah kondominium di Damansara Perdana untuk menjejaki suspek," katanya dalam satu kenyataan.
 
Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri dan polis menemui tujuh butir bom tangan berbentuk mercun bersama alatan eletronik, dadah yang disyaki syabu seberat dua kilogram dan sejumlah pil Eramin 5, katanya.
 
Semalam , lebih 200 penduduk kondominium berkenaan digemparkan dengan penemuan bom di sebuah unit kediaman tersebut sebelum semua bahan letupan itu dibawa ke kawasan lapang berdekatan bagi dimusnahkan. 


Wanita maut jawab telefon sedang dicas

Posted: 17 Apr 2016 07:30 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
CHERAS: Isteri seorang anggota polis maut selepas terkena renjatan elektrik semasa membuat panggilan telefon bimbit yang sedang dicas di kediamannnya di Taman Desa Baiduri, Cheras.
 
Wanita itu, Suhana Mohamad, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital susulan insiden pada 11.30 malam Jumaat lepas.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata suami wanita itu yang bertugas di Bukit Aman terus membawa isterinya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan.
 
"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan semalam.
 
Mangsa meninggalkan seorang anak lelaki berumur lima tahun dan seorang anak perempuan berumur dua tahun.
 
 

SPRM nafi kepung Balai Polis Air Itam

Posted: 17 Apr 2016 07:24 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menafikan mengepung Balai Polis Air Itam, sebelum menahan lima anggota yang bertugas di balai itu dalam satu serbuan pada awal pagi kelmarin, sebagaimana dilaporkan media.
 
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo berkata, serbuan itu berlandaskan undang-undang sedia ada dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihaknya.
 
"Pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu tidak mengepung balai polis berkenaan atau bertindak kasar terhadap anggota polis yang ditahan itu, sebaliknya mereka (SPRM) masuk melalui pintu utama balai.
 
"Pegawai SPRM turut memperkenalkan diri dan mengemukakan kad kuasa di polis balai itu, sebelum menahan lima anggota berkenaan," katanya.
 
Beberapa media menerusi laman web hari ini melaporkan, SPRM Pulau Pinang terpaksa mengepung balai polis itu, sebelum menahan lima anggota yang dipercayai terbabit kes rasuah.
 
Menurut laporan media itu, dalam serbuan jam 3 pagi Sabtu itu, kesemua mereka yang ditahan dipercayai terbabit dalam rasuah melibatkan jumlah wang yang besar.
 
Samarajoo berkata, tidak berlaku sebarang pergelutan semasa penahanan lima anggota, termasuk seorang wanita itu, sebaliknya mereka semua memberi kerjasama yang baik.
 
"Ada beberapa media (dalam talian) melaporkan SPRM mengepung balai itu terlebih dahulu semasa serbuan berkenaan, sehingga ia menjadi viral di laman sosial dan memberi persepsi buruk kepada kami serta polis.
 
"Sebenarnya, langsung tidak timbul perkara itu dan serbuan berkenaan juga adalah operasi biasa yang dilakukan SPRM, selepas mendapat aduan.
 
"Ia juga bukan satu operasi khas yang dirancang secara khusus," katanya.
 
Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu dan memberi ruang kepada pihaknya menjalankan siasatan kes di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
 
Dalam serbuan itu, SPRM menahan lima anggota berusia 20 hingga 40 tahun, terdiri daripada seorang anggota berpangkat koperal, tiga lans koperal dan seorang anggota wanita berpangkat konstabel.
 
 

Seruan Selangor berjimat air wuduk

Posted: 17 Apr 2016 07:17 PM PDT

Oleh Subky Latif




APAKAH justeru ancaman kurang bekalan air terutama di Selangor gara-gara kemarau el-Nino, maka Menteri Besar, saudaraku dalam Islam Datuk Seri Azmin Ali menyeru supaya masjid dan surau berhemat dan berjimat air wuduk?

Berhemat air itu tentunya bukan semasa berwuduk di musim kemarau teruk saja, tetapi ia adalah amalan yang baik dalam semua perkara dan dalam semua musim. Hatta dalam masa banjir yang air melimpah ruah, mangsa banjir juga mesti berjimat kerana kehabisan air bersih mengundang padah. Anda tidak cemas kerana ditenggelami air tapi cemas putus bekalan air.

Apakah rugi sangat negeri kalau banyak air digunakan untuk wuduk? Atau mungkin ada yang menempelak penggunaan berlebihan air untuk wuduk demi sentiasa suci dan mendekatkan diri dengan Allah hendak berkira sangat sedang lain-lain pembaziran air tidak peduli sangat?

Saya tidak tahu apakah Azmin membuat seruan kerana kerugian kebendaan, tetapi saya mengiranya ia adalah seruan suci.

Mengambil wuduk adalah ibadat. Sempurna wuduk mengikut hadis sahih tidak sekadar meratakan air pada anggota wuduk, tetapi dengan menggunakan air sejimat-jimatnya. Pesan Nabi itu kerana takut habis air di tempat air kurang, malah berwuduk dalam kolam atau dalam sungai pun dilarang mengguna air berlebihan.

Padahal tiadalah luak air di kolam dan di sungai sebanyak mana jua air digunakan. Air yang digunakan itu jatuh ke sungai juga. Tetapi ia adalah cara Allah hendak mengingat orang supaya memanfatkan sekadar secukupnya dan diperlukan.

Eloknya wuduk tidak sekadar untuk solat saja tetapi memastikan memelihara wuduk semua masa adalah yang terbaik. Ada yang sebaik batal wuduk segera berwuduk semula. Maka dia menggunakan air lagi. Lebih penggunaan air justeru memelihara wuduk tidak dilarang. Yang dilarang berlebihan air setiap kali berwuduk.

Pertambahan penduduk yang pesat, membiaknya ternakan, pentingnya memelihara kehijauan taman dan persekitaran rumah bagi mendapat bekalan oksigen yang cukup, tumbuhnya kilang di sana sini, semuanya memerlukan air, maka air perlu dijimatkan termasuk seruan berwuduk.

Semasa Nabi memberi ingatan itu, air tidak berbayar. Di Asia Tenggara orang berwuduk di sungai, telaga, kolam dan di parit. Masjid dan surau menggunakan kolah. Rumah-rumah menyediakan tempayan besar bagi menakung air bersih bagi kegunaan orang tidak terdaya turun ke telaga.

Teknologi yang maju sekarang menghapus kegunaan kolah, telaga dan kolam melainkan kolam di rumah mewah. Bekalan air ada di setiap bilik. Dengan keperluan air yang bertambah dan teknologi kian canggih, semuanya tak cermat dan tidak jimat. Air jadi bahan bazir. Pertambahan penduduk mengundang krisis air sekalipun di luar kemarau.

Mungkin masa mengajak kita kembali ke zaman masjid surau menggunakan kolah semula. Tidaklah kolah menggantikan pemakaian paip. Tetap kolah sebagai suplemen kepada kepala paip tentu dapat menjimat air wuduk.

Mungkin timbul isu air kolah bertakung berkeladak. Mungkin ada isu kebersihan air dan kesihatan pengguna. Tetapi teknologi canggih membersihkan air kolam tentu boleh diguna di kolah supaya air kolah sentiasa suci lagi menyucikan.

Bukankah Islam itu bersaudara. Air wuduk yang tumpah semula ke kolah digunakan sama sendiri untuk wuduk masing-masing mengikut kaedah dan zaman kitaran semula, mungkin dapat menerapkan persaudaraan sama sendiri. Apabila bersaudara kuranglah perpecahan.

Berjimat wuduk di masjid bukan sekadar menyelamatkan banyak air, tetapi mengikut sunnah Nabi semasa berwuduk.