Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Cerita dari WSJ jangan percaya

Posted: 13 Apr 2016 10:29 PM PDT



Baca jawapan 1MDB tentang tipu helah terbaru terhadap 1MDB. Baca
http://snapshot2016.blogspot.my/2016/04/1mdb-berurus-dengan-pengurusan-ipic-dan.html

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MENGAKU 1MDB MANGSA PENIPUAN, APAKAH ARUL SEKARANG SUDAH MULA GOYANG?

Posted: 13 Apr 2016 08:55 PM PDT

Mengapa tiba-tiba saja Arul Kanda Kandasamy, CEO 1MDB mengatakan syarikat pelaburan itu mungkin menjadi mangsa penipuan berhubung bayaran sebanyak AS3.51 bilion yang dibuatnya kepada Aabar Investment PJS Ltd atau Aabar BVI?

Apakah beliau sekarang sudah mula goyang dan perlahan-lahan mengakui kebenaran pelbagai pendedahan yang dibuat WSJ dan  Sarawak Report sebelum ini serta penyiasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Switzerland?

Melalui pelbagai pendedahan sebelum ini, Aabar BVI dipercayai ada kaitan dengan Khadem Al Qubaishi, bekas Pengarah Urusan IPIC dan Mohamed Badawy Al Husainey, bekas Pengerusi Aabar Abu Dhabi yang merupakan anak syarikat IPIC.

Mengapa sebelum ini, 1MDB begitu mempertahankan Aabar BVI adalah anak syarikat International Petroleum Investment Corporation atau IPIC dan setiap kali dakwaan dibuat terhadap kesahihan syarikat itu, setiap kali juga akan mengatakan ia adalah tuduhan kitar semula yang diulang-ulang?

Jika benar 1MDB mangsa penipuan, malah benar-benar tidak mengetahui Aabar BVI sudah pun ditutup pada pertengahan 2015 yang lalu, siapa perancang utama penipuan itu dan seperti kata Tony Pua juga, apakah Arul yang mula menjadi CEO 1MDB pada Januari 2015, langsung tidak mengetahuinya?

Apakah perancang penipuan itu ialah Khadem Al Qubaishi dan Mohamed Badawy Al Husainey yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa antarabangsa atau ada pihak-pihak lain yang terlibat sama?

Jika benar 1MDB ditipu, apakah yang menipunya hanya dua orang Arab itu saja?

Apakah hanya merka berdua saja yang menyonglap wang sebanyak AS$3.51 bilion atau kira-kira RM14,000 juta itu dan membahagikannya sesama sendiri saja?

Tidak mungkinkah ada pihak lain tumpang semangkuk dengan wang tersebut?
Bagaimana pula dengan penyiasatan pihak berkuasa Switzerland sebagaimana yang didedahkan oleh WSJ bahawa syarikat filem anak tiri Najib, Red Granite turut mendapat manfaat daripada wang yang disalurkan melalui Aabar BVI?
Read More / Baca Lagi >>

'Badut Najib' kini di taman tema Gold Coast, Australia

Posted: 13 Apr 2016 08:51 PM PDT


Imej protes yang menggambarkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Naijb Razak sebagai badut kini dibawa taman tema di Gold Coast, Australia.
Imej berkenaan dibawa oleh seorang rakyat Malaysia yang menetap di negara itu semasa bergambar dengan watak-watak wira dan maskot di taman tema itu.
Abd Rafiz Abd Malek dari Sungai Petani, Kedah memuat-naikkan siri gambar-gambar itu di Facebook dengan hashtag #? Kitasemuapenghasut? dengan imej 'badut Najib'.
Kumpulan pertama gambar berkenaan dirakamkan di taman tema Sea World di Gold Coast Australia di mana 'badut Najib' dipaparkan bersama makhluk laut dan penghibur taman tema, termasuk sotong.
Kumpulan kedua gambar pula menunjukkan imej 'badut Najib' bersama watak penjahat komik, wira serta watak kartun di Warner Bros Movie World.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Abd Rafiz yang bekerja di ladang memetik buah-buahan dan memerah susu lembu, berkata beliau berkongsi gambar-gambar 'badut Najib' sebagai bantahan terhadap apa yang beliau lihat sebagai rasuah besar di negara ini.
"Saya kongsi #kamisemuapenghasut kerana saya amat kecewa dengan Najib. Kerana dirinya, Malaysia hari ini berada dalam keadaan musnah, dan negara (kini) tidak mempunyai kebebasan untuk meluahkan perasaan," katanya.

Laporan PAC tak lengkap kata Muhyiddin

Posted: 13 Apr 2016 08:30 PM PDT

Najib ‘popular’ kerana salah laku

Posted: 13 Apr 2016 08:08 PM PDT

Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa, rakyat semakin muak dan tidak lagi boleh menerima apa yang dilakukan Perdana Menteri
Kamarul-Azman-Habibur-Rahman,najib
PUCHONG: Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini diukur melalui salah lakunya, dakwa Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman.
Beliau berkata, perkara itu boleh disifatkan sebagai memalukan, ditambah pula skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mendapat liputan meluas media antarabangsa.
"Adakah hari ini Najib popular? Beliau popular atas 'wrong reasons' (sebab-sebab salah).
"Beliau kena ada semangat 'gentleman', sebab sekarang ini beliau sudah tidak diperlukan. Sila berundur, sebab anda tidak berjaya lakukan apa-apa yang baik untuk negara ini," desaknya ketika berucap pada ceramah 'Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia' di Taman Putra Perdana, malam tadi.
Program berkenaan turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal bersama beberapa pemimpin daripada kumpulan penentang Najib.
Berucap di hadapan kira-kira 200 hadirin, Kamarul Azman mendakwa rakyat semakin muak dan tidak lagi boleh menerima apa yang dilakukan Najib.
Malah katanya, budaya mengampu di kalangan pimpinan UMNO semakin teruk, meskipun ada di kalangan mereka yang sedar akan kelemahan di dalam peringkat atasan parti.
"Masyarakat Melayu selalu berbangga dengan budaya ketimuran. Jika kita kaji sejarah dan sastera Melayu, kita akan dapati perkara paling ketara dalam budaya kita adalah budaya mengampu dan kita tidak boleh lari.
Read More / Baca Lagi >>

Jika jumpa Najib, saya mintanya berundurlah - Syed Saddiq

Posted: 13 Apr 2016 07:55 PM PDT

Muhyiddin: 1MDB, hutang sana-sini mana tak ranap berniaga

Posted: 13 Apr 2016 07:44 PM PDT

Hairan... peguam kata Najib tidak bertanggungjawab - Muhyiddin

Posted: 13 Apr 2016 07:44 PM PDT

Tun M tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

Posted: 13 Apr 2016 07:43 PM PDT

Muhyiddin: Najib berkuasa dalam 1MDB, bukan lembaga pengarah

Posted: 13 Apr 2016 07:43 PM PDT

GKCM tidak gentar, terus desak Najib lepaskan jawatan

Posted: 13 Apr 2016 07:42 PM PDT

Muhyiddin akui Mahathir pernah tawarkannya jawatan Perdana Menteri

Posted: 13 Apr 2016 07:41 PM PDT


Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau pernah ditawarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad agar mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri selepas BN kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu.
Beliau berkata tawaran oleh Tun Mahathir itu dibuat setelah mendapati Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri tidak menunjukkan beliau berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden Umno untuk membolehkan mengantikan Tun Abdullah.
"Saya pergi ke pejabat Najib selepas seminggu pilihanraya pada 2008 berbincang bagaimana pandangan beliau mengenai Pak Lah selepas PRU12.
"Bacaan politik saya jika Pak Lah ketika itu terus kekal dalam keadaan isu kepimpinannya, kemungkinan kita tidak mungkin dapat bertahan sehingga PRU 13 lalu setelah BN kalah teruk pada PRU12.
"Saya gesa Najib buat begitu (desak Pak Lah lepaskan jawatan) jika hal itu tidak berlaku, saya takut Umno akan kalah dalam pilihan raya.
" Bukan saya bercita-cita nak jadi timbalan perdana menteri kalau Najib naik, ketika itu saya naib presiden tidak terlintas pun.
"Sebab itu saya jumpa Najib untuk beliau berjumpa Pak Lah supaya berundur. Apa yang saya dan rakan-rakan faham, Najib ni ambil lebih masa untuk buat sesuatu keputusan 'slow' tapi `slow and steady'.
"Sehingga Tun Mahathir panggil saya kerana tidak sabar untuk menunggu jawapan Najib.
"Saya pula diminta bersedia untuk bertanding jawatan Presiden Umno kalau Najib tidak buat keputusan boleh jadi kita, kata Tun, tidak suruh Najib bertanding.
"Sebaliknya saya pula desak dia buat keputusan segera untuk ambilalih kepimpinan negara dari Pak Lah," cerita Muhyiddin ketika berucap dalam majlis Mencari Kebenaran anjuran Gabungaan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Puchong malam tadi.
Desakan untuk seorang Perdana Menteri melepaskan jawatan ujarnya lagi, bukanlah satu perkara baru dalam sejarah kepimpinan negara ini, ia telah berlaku sejak dari zaman tiga perdana menteri terdahulu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.
"Peristiwa yang berlaku itu adakah ia menyebabkan tumbang kerajaan BN.
"Sewaktu mana saya terlibat secara langsung (agenda menukar pemimpin) bila Pak lah undur Najib ambil alih dia jadi PM, masih tidak mengubah kerajaan sedia ada pun.
"Kenapa hari ini bila saya mengulangi semula desakan itu untuk mendesak Najib pula berhenti kerana masalah moral dan krisis kepimpinannya, kita pula dianggap melakukan kesalahan dan menuduh menumbangkan kerajaan pula.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin setuju Zahid ganti Najib jadi PM

Posted: 13 Apr 2016 07:40 PM PDT

Jika gerakan jatuhkan Najib berjaya, Muhyiddin akan menyokong mana-mana pemimpin, termasuk Ahmad Zahid untuk menggantikan Najib
muhyiddin_zahid_600
PUCHONG: Jika gerakan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia menyokong pemimpin lain, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.
Timbalan Presiden UMNO yang digantung itu sekali lagi menegaskan, matlamat utama Deklarasi Rakyat adalah untuk mendesak Najib melepaskan jawatannya, bukannya menjatuhkan atau menukar kerajaan sedia ada.
"Ada tuduhan mengatakan kita ini nak menumbangkan kerajaan…tidak! Dalam kes baru-baru ini, mereka (pembangkang) bersama dengan kita, Tun Mahathir dan saya tandatangan Deklarasi Rakyat, mereka juga kata bukan nak jatuhkan kerajaan, kami nak Perdana Menteri undur dan negara ini diselamatkan.
"Kalau dia (Najib) pergi, maka Majlis Tertinggi boleh buat keputusan siapa nak ganti (Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO), orang kata Tan Sri (Muhyiddin) naik ganti, saya tak apa, kalau dikatakan tak ada rezeki itu tak apa, ataupun Datuk Zahid (naik) pun tak apa, sesiapa pun tak apa, itu pun saya tak pasti dengan perubahan sebegitu dapat kembali meyakinkan rakyat untuk menyokong BN," katanya ketika berucap dalam ceramah 'Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia' di Taman Putra Perdana, malam tadi.
Dalam ceramah tersebut, Muhyiddin berkata, beliau pernah dipelawa Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencabar kedudukan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, susulan kemerosotan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).
Desakan itu dibuat Dr Mahathir, apabila Najib yang menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika itu, terlalu berlembut untuk bertindak mencabar kedudukan Abdullah bagi jawatan nombor satu negara.
"Tun Mahathir panggil saya, rupanya dia sedang menunggu jawapan Datuk Seri Najib supaya bersedia mengambail alih (jawatan Perdana Menteri daripada Abdullah) dan bertanding jawatan Presiden UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Di belakang Pak Said Zahari ......

Posted: 13 Apr 2016 07:39 PM PDT

Oleh Zin Mahmud
Di belakang Pak Said Zahari dalam perjuangannya ialah isteri dan anak-anaknya. Kehidupan wartawan sama ada pergi jauh buat liputan atau menjadi editor/pengarang di pejabat memakan masa panjang dan meragut banyak masa kualiti keluarga. 


Saban hari pada larut malam mereka baru pulang ke rumah kerana menyiapkan akhbar harian. Sampai di rumah anak anak sudah tidur. Bila bangun, anak anak sudah pergi ke sekolah. Beginilah mungkin lebih 20 tahun berlangsung dalam kehidupan para wartawan. Sedar sedar anak sudah besar. Siapa yang menjadi tonggak kepada keluarga ketika wartawan wartawan dahulu bekerja adalah isteri isteri mereka yang menjadi suri rumah. Bagi keluarga wartawan wartawan dahulu, tidak ada hujung minggu. Cuti tahunan selalunya hilang begitu saja.

Keluarga Pak Said lebih besar lagi pengorbanannya daripada wartawan biasa. Setelah mogok Utusan itu gagal, beliau serta banyak lagi wartawan dan pekerja Utusan hilang pekerjaan. Ada yang kemudiannya seperti Usman Awang dapat kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Tetapi ramai lagi yang berbulan bulan lamanya tidak ada pekerjaan.

Pak Said pulang ke Singapura dan masuk politik serta dipilih sebagai Pengerusi Parti Rakyat Singapura. Kita pun boleh bayangkan bahawa aktif dalam parti pembangkang kecil yang kiri pula tentulah menuntut banyak pengorbanan. Terutama keluarga beliau. Apalah pendapatan daripada menjadi aktivis politik seperti itu.

Namun pengorbanan beliau, dan lebih berat lagi oleh keluarga beliau ialah apabila Pak Said ditahan selama 17 tahun tanpa pertuduhan dan perbicaraan di bawah ISA.
Read More / Baca Lagi >>

'Pemergian Said Zahari, media kehilangan 'wira kewartawanan'

Posted: 13 Apr 2016 07:38 PM PDT


Aktivis sosial dan pengamal media memperingati ikon kewartawanan negara Said Zahari yang telah meninggal dunia akan perjuangannya dalam mempertahankan kebebasan media dan menentang penjajahan British.
Antara mereka, aktivis muda Adam Adli berkata Said Zahari mengajarnya untuk tetap berjuang walaupun kehilangan kebebasan selama 17 tahun.
Katanya, perjuangan dan pengorbanan aktivis muda yang ada pada hari ini sebenarnya "sedikit" jika dibandingkan dengan Said Zahari
"Perjuangannya adalah tanda-tanda kecekalannya. Kita boleh nampaknya berjuang sehingga berpisah dengan keluarga dan anaknya.
"Aktivis hari ini kita nampak sikit sangat dan belum banyak lagi perjuangan dan pengorbanan, tidak sebesar Said Zahari," kata Adam ketika dihubungi Malaysiakini.
Adam Adli yang menjadi aktivis pada tahun 2010 pernah bersama aktivis muda dari Kelab Bangsar Utama mengunjungi Said Zahari pada Mei tahun lepas sempena dengan hari jadi Said Zahari.
Wartawan harus bangkit jika ditindas
Katanya, beliau telah banyak membaca cerita tentang Said Zahari sebelum melawatnya, malah pernah mencipta lagu dengan mengguna puisi Said Zahari.
"Pengajaran bagi kita ialah perjuangan bukan satu perkara mudah.
"Saya nampak ketegasannya terutama dalam memimpin mogok untuk menentang campur tangan Umno dalam Utusan Melayu," katanya.
Beliau berpendapat bahawa wartawan hari ini patut mengambil pengajaran dan semangat daripada Said Zahari.
"Wartawan berhak memperjuang sesuatu perkara dan bukannya ikut kata orang lain semata-mata," katanya.
Said, 88, merupakan tokoh wartawan yang disegani dan pernah menjadi tahanan ISA di Singapura selama 17 tahun semasa era pemerintahan Lee Kuan Yew sebagai perdana menteri republik itu.
Beliau juga terkenal kerana pernah memimpin wartawan Utusan Melayu melakukan mogok pada tahun 1961 bagi membantah tindakan Umno menguasai akhbar tersebut.
Belajar tentang keberanian
Read More / Baca Lagi >>

Pak Said berkorban demi nusa dan bangsa – Wan Azizah

Posted: 13 Apr 2016 07:37 PM PDT

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham Said Zahari di atas pemergiannya semalam.
Katanya, Said adalah penulis, wartawan dan editor tersohor yang banyak menyumbang serta berkorban demi nusa dan bangsa, terutama dalam gerakan anti-penjajah sejak sebelum Merdeka lagi.
Said Zahari"Usaha Allahyarham bersama teman mempertahankan Utusan Melayu sejak diambil alih parti politik UMNO terus menjadi inspirasi pengamal media yang memperjuangkan hak kebebasan media.
"Kita kehilangan seorang anak watan yang berani bangkit berjuang dan berkorban demi idealisme dan prinsip kebebasan," katanya dalam kenyataan.
Wan Azizah turut mengimbau jasa isteri Said, iaitu Allahyarhamah Salamah Abdul Wahab yang sudah meninggal dunia pada 2004.
"Sebagai seorang isteri dan ibu yang berjuang selama 17 tahun sewaktu Said Zahari menjadi bekas tahanan ISA yang ditahan tanpa perbicaraan, kehidupan dan perjuangan Allahyarhamah Salamah juga harus kita kenang," katanya.
Said Zahari yang pernat berkhidmat sebagai pengarang Utusan Malaysia menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12.30 tengah hari semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 20/21.

JCM: DUIT GOMEN RM2 JUTA......HADIAH CIPUT...!!!

Posted: 13 Apr 2016 06:18 PM PDT

ADAKAH ANDA SEDAR bhw program Junior Cycling Malaysia (JCM) dilaporkan telah terima peruntukan dari kementerian sebanyak RM2 juta !!!

... tetapi utk hadiah para peserta tergamak bagi SEBOTOL AIR (bg tpt ke-5), topi (tpt ke-4) ??

Kebabian apakah ini semua !!!

APA NAK HERAN, LEBIH RM100 JUTA DAH DISELEWENG DALAM KEMENTERIAN KHAIRY, KBS !!!

Tak heranlah kalau Menteri Kewangan Malaysia, Najib Razak kata negara kekurangan dana kantong negara DAN PENYELESAIANNYA ADALAH WAJIB KUTIP GST !!!

Padan muka korang. PANGKAH LAGI BN !!!




Yang di tawarkan.. Budak mana tak nak..kan...tp bila dah masuk.menang? Tak kan dah jd ciput kot...

SKANDAL 1MDB: HASAN ARIFFIN DAN TAN SENG GIAW JUGA PATUT DITEMUKAN DALAM DEBAT

Posted: 13 Apr 2016 06:12 PM PDT

1. Debat antara Abdul Rahman Dahlan dengan Lim Guan Eng berhubung tanah Taman Manggis nampaknya sudah hampir menjadi kenyataan. Kedua-duanya bersetuju untuk berhujah secara terbuka.
Berdasarkan tarikh yang diberi oleh pegawai Abdul Rahman sendiri, Lim Guan bersetuju ia diadakan pada 19 April ini dan syarat tunggalnya ialah perbahasan itu disiarkan secara langsung.

RTM dan TV3 pun sudah menyatakan persetujuan sebelum ini, maka janganlah ada yang buat-buat "tergeliat" di saat-saat akhir dengan pelbagai alasan tidak mahu menyiarkannya secara langsung.

Semua rakyat tentunya turut bersetuju debat itu disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Tiada bantahan sama sekali.

2. Cabaran Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Khairy Jamaluddin untuk berdebat mengenai bola sepak negara juga sudah pun bersambut.
"Ya, ok, dia boleh menyuarakan pendapat dan semua orang juga boleh mengemukakan pendapat mereka. Selesai," kata KJ berhubung kesediaannya itu.

Jelas sama-sama "gentleman".

3. Berikutan Laporan PAC di mana Pengerusinya, Hasan Ariffin menyatakan persetujuan secara konsensus dicapai untuk tidak menyabitkan Najib Razak dengan sebarang kesalahan berkaitan 1MDB, bantahan telah dikemukakan oleh Timbalan Pengerusinya, Tan Seng Giaw.
Read More / Baca Lagi >>

Kamarul dakwa gerakan singkir Najib "gagal" sebab budaya mengampu

Posted: 13 Apr 2016 06:08 PM PDT


Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa bahawa takut kepada kepimpinan Umno dan budaya mengampu yang sangat kuat adalah antara punca kegagalan gerakan untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri dan presiden parti itu.
 Kamarul berkata, meskipun banyak pihak menyedari budaya mengampu di dalam Umno namun ia sedikit pun tidak menggugat kepimpinan parti Melayu itu.
"Dua minggu lalu saya ditemuramah oleh media Singapura yang bertanyakan kepada saya kenapa susah sangat nak minta Najib berundur dan letak jawatan
"Saya jawab sebenarnya ini kerana ketua-ketua bahagian takut dan dalam masyarakat Melayu ini kita selalu berbangga dengan budaya ketimuran.
"Jika kita kaji sejarah dan sastera Melayu, kita akan dapati perkara yang paling ketara dalam budaya kita adalah budaya mengampu, dan kita tidak boleh lari," katanya.
Kamarul berkata demikian ketika berucap di program 'Mencari Kebenaran, Selamatkan Malaysia' di Dewan Orang Ramai Putra Perdana, Puchong, malam tadi.
"Jadi kita nak beritahu kepada ketua-ketua Umno, sudah-sudahlah," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir masih mahu kuasai pentadbiran negara sembang Najib

Posted: 13 Apr 2016 06:07 PM PDT

Najib berkata, Dr Mahathir masih mahu menguasai pentadbiran negara, kerana mempunyai agenda tertentu, termasuk kemungkinan mahu meletakkan anaknya dalam kepimpinan negara atau ada projeknya yang tidak ditunaikan.
najib-mahathir
JAKARTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengganggu pentadbiran negara disebabkan bekas Perdana Menteri itu masih mahu menguasai pentadbiran negara.
Katanya, Dr Mahathir masih mahu menguasai pentadbiran negara, kerana mempunyai agenda tertentu, termasuk kemungkinan mahu meletakkan anaknya dalam kepimpinan negara atau ada projeknya yang tidak ditunaikan.
"Dr Mahathir lupa bahawa semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau sendiri enggan diganggu mana-mana pihak dan tidak mahu sesiapa membantahnya, dengan mengamalkan cara "do it my way or you are no way" (buat ikut cara saya atau awak tidak akan dapat)," katanya dalam satu rakaman wawancara khas yang disiarkan saluran televisyen I-News, malam tadi.
Katanya, Dr Mahathir mungkin lupa beliau adalah penyokong setianya selama 22 tahun, malah menyokong kuat bekas presiden parti itu ketika hampir separuh daripada anggota parti tidak menyokong kepimpinannya.
Najib berkata, kini sebagai perdana menteri yang diberi mandat, beliau menentukan dasar negara dengan cara lebih terbuka dan membuat sesuatu keputusan melalui perbincangan dengan pemimpin lain dalam kerajaan, begitu juga dalam kepimpinan parti, beliau bersandarkan prinsip sama.
"Bila saya jadi perdana menteri, saya harus diberi kepercayaan untuk mentadbir negara. Saya terima pendapat, tetapi saya tidak mahu mengetepikan prinsip, iaitu saya perdana menteri yang sah dan saya tetap akan memimpin mengikut pertimbangan saya yang terbaik untuk negara dan rakyat," katanya.
Najib berkata, seseorang pemimpin harus mempunyai prinsip dan maruah diri, kerana mereka akan dinilai dan dihukum oleh sejarah melalui legasi yang ditinggalkan.
"Ini bermakna, jika kita tidak mempunyai apa-apa lagipun, sekurang-kurangnya kita masih ada maruah diri, jadi kalau korbankan prinsip, sejarah akan menghukum kita," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tidak tahu jumlah sebenar pendatang asing

Posted: 13 Apr 2016 06:05 PM PDT


Limpahan pendatang asing di Malaysia sehingga membentuk koloni penempatan dan perniagaan di banyak kawasan dilihat masih belum disedari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.Limpahan pendatang asing di Malaysia sehingga membentuk koloni penempatan dan perniagaan di banyak kawasan dilihat masih belum disedari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.Limpahan pendatang asing di Malaysia sehingga membentuk koloni penempatan dan perniagaan di banyak kawasan dilihat masih belum disedari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Ini memandangkan perdana menteri dalam temu ramah eksklusif dengan iNewsTV berpangkalan di Indonesia malam tadi gagal memberi angka sebenar pendatang asing tanpa izin (Pati) khususnya dari Indonesia.
"Kita tidak tahu bilangan sebenar mereka yang gelap atau tanpa izin ini. Ada yang kata satu juta, ada yang kata dua juta dan lebih daripada itu," katanya ketika ditemu marah oleh Arya Mahendra Sinulingga dari RTCI.
Sehubungan itu, ujar Najib, Malaysia membuat keputusan membekukan pengambilan pekerja asing sebaliknya menggalakkan Pati sedia ada di negara ini diguna melalui pengambilan semula.
"Bagaimanapun, prosesnya terlalu perlahan dan pengusaha kita termasuk mereka yang memiliki kilang dan perladangan sudah mendesak untuk mendapatkan pekerja asing lebih mudah," jelas Presiden Umno itu.
Najib yang menyedari kehadiran 2 juta Pati di Malaysia sebagai angka yang terlalu besar berkata, mereka masuk secara sah tetapi menjadi haram kerana tinggal lebih masa.
"Mereka lebih berminat kekal mungkin kerana mudah mencari rezeki, boleh berniaga, bekerja, buka kedai dan sebagainya. Itu cabaran bagi kita, mereka memilih untuk kekal di Malaysia," tambahnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin kesal masih ramai ahli Umno tak faham isu

Posted: 13 Apr 2016 06:04 PM PDT


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal kerana masih ramai lagi ahli Umno yang tidak faham dengan tujuan utama desakan supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri.
 Menurut Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh, di kawasannya sahaja sudah berkali-kali beliau diminta untuk memberikan taklimat berhubung kontroversi yang membelit perdana menteri khususnya 1MDB dan wang derma RM 2.6 bilion.
"Saya dah beberapa kali bercerita, mereka kata tak faham-faham. Di kawasan saya di Pagoh pun mereka minta beri taklimat. Berapa kali saya nak beri taklimat? Ahli Umno tak faham-faham.
"(Isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion) ini ada kaitan dengan desakan bahawa kita nak perdana menteri letak jawatan sekarang," kata Muhyiddin.
Timbalan presiden Umno yang digantung itu berkata demikian ketika berucap dalam program 'Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia' di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.
Tegas Muhyiddin lagi, beliau dan kepimpinan akar umbi tidak akan membuat desakan agar presiden Umno itu meletakan jawatan sebagai perdana menteri jika tiada isu yang serius melibatkan dirinya.
"Ini bukan perkara mainan sebab apabila kita desak, mesti sebab yang serius. saya nak tanya isu 1MDB serius atau tidak? soal Muhyiddin kepada hadirin.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kegagalan pengurusan 1MDB menyediakan laporan yang lengkap antara punca Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak dapat membuat rumusan mendalam
Read More / Baca Lagi >>

Buat kajian sendiri, kata kumpulan mahasiswa pada Tajuddin

Posted: 13 Apr 2016 06:02 PM PDT


Kumpulan mahasiswa Challenger menggesa Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman menjalankan kajian sendiri bagi menyangkal kajian mereka yang mendapati mahasiswa telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Jika Datuk Haji Tajuddin berpendapat bahawa kajian ini adalah tidak mencukupi maka beliau perlu menjalankan kajian sendiri.
"Bagaimanapun, sekiranya beliau memutuskan untuk berbuat demikian maka kajian ini perlu dijalankan oleh sebuah badan bebas yang tidak mempunyai kepentingan politik," kata anggota Challenger, Aaron Denison dalam satu kenyataan hari ini.
Kumpulan itu berkata demikian selepas Tajuddin memperkecilkan keputusan kajian mereka yang dilakukan secara dalam talian dari 8 Mac hingga 8 April 2016 terhadap 5006 responden daripada universiti di seluruh Malaysia.
Menurut hasil kajian itu, lebih 90 peratus mahasiswa universiti telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib sebagai PM.
"Jika Datuk Seri Haji Tajuddin mampu, maka dia perlu memperluaskan kajian ini kerana kami benar-benar merasakan bahawa ia adalah penting bagi anggota-anggota parlimen untuk menerima maklum balas sebenar daripada rakyat Malaysia," kata Aaron.
Semalam, Tajuddin berkata kajian terhadap beberapa ribu pelajar yang tidak berpuas hati itu tidak mencerminkan jutaan rakyat Malaysia yang masih menyokong Najib.
Tajuddin berkata, tiada sebab bagi Umno menggulingkan Najib hanya kerana beberapa ribu pelajar universiti yang ditinjau oleh kumpulan itu tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinannya.
Timbalan menteri itu juga dilapor berkata pelajar universiti mungkin memberontak sekarang tetapi akan bertenang apabila mereka terdedah kepada dunia sebenar, dengan mengaitkan beliau juga pernah menjadi aktivis pelajar dahulu.

Cikgu Kamarul - Ketua2 Bahagian, Sudah2 lah Mengampu ...

Posted: 13 Apr 2016 05:57 PM PDT

Syed Sadiq - DiAncam, DiHina, Di Sogok TAPI Tetap Bersuara !

Posted: 13 Apr 2016 05:57 PM PDT

Shafie- Apa Gunanya Bandar Malaysia Jika 60% Hak Milik Negara Luar !

Posted: 13 Apr 2016 05:56 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:02 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Muhyiddin akui Mahathir pernah tawarkannya jawatan Perdana Menteri

Posted: 13 Apr 2016 08:12 PM PDT

Malaysia dateline

Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin YassinTan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau pernah ditawarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad agar mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri selepas BN kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu.
Beliau berkata tawaran oleh Tun Mahathir itu dibuat setelah mendapati Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri tidak menunjukkan beliau berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden Umno untuk membolehkan mengantikan Tun Abdullah.
"Saya pergi ke pejabat Najib selepas seminggu pilihanraya pada 2008 berbincang bagaimana pandangan beliau mengenai Pak Lah selepas PRU12.
"Bacaan politik saya jika Pak Lah ketika itu terus kekal dalam keadaan isu kepimpinannya, kemungkinan kita tidak mungkin dapat bertahan sehingga PRU 13 lalu setelah BN kalah teruk pada PRU12.
"Saya gesa Najib buat begitu (desak Pak Lah lepaskan jawatan) jika hal itu tidak berlaku, saya takut Umno akan kalah dalam pilihan raya.
" Bukan saya bercita-cita nak jadi timbalan perdana menteri kalau Najib naik, ketika itu saya naib presiden tidak terlintas pun.
"Sebab itu saya jumpa Najib untuk beliau berjumpa Pak Lah supaya berundur. Apa yang saya dan rakan-rakan faham, Najib ni ambil lebih masa untuk buat sesuatu keputusan 'slow' tapi `slow and steady'.
"Sehingga Tun Mahathir panggil saya kerana tidak sabar untuk menunggu jawapan Najib.
"Saya pula diminta bersedia untuk bertanding jawatan Presiden Umno kalau Najib tidak buat keputusan boleh jadi kita, kata Tun, tidak suruh Najib bertanding.
"Sebaliknya saya pula desak dia buat keputusan segera untuk ambilalih kepimpinan negara dari Pak Lah," cerita Muhyiddin ketika berucap dalam majlis Mencari Kebenaran anjuran Gabungaan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Puchong malam tadi.
Desakan untuk seorang Perdana Menteri melepaskan jawatan ujarnya lagi, bukanlah satu perkara baru dalam sejarah kepimpinan negara ini, ia telah berlaku sejak dari zaman tiga perdana menteri terdahulu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.
"Peristiwa yang berlaku itu adakah ia menyebabkan tumbang kerajaan BN.
"Sewaktu mana saya terlibat secara langsung (agenda menukar pemimpin) bila Pak lah undur Najib ambil alih dia jadi PM, masih tidak mengubah kerajaan sedia ada pun.
"Kenapa hari ini bila saya mengulangi semula desakan itu untuk mendesak Najib pula berhenti kerana masalah moral dan krisis kepimpinannya, kita pula dianggap melakukan kesalahan dan menuduh menumbangkan kerajaan pula.
"Kalau di pihak pembangkang mereka memanglah nak tumbangkan kerajaan, itu biasalah.
"Kita tandatangan deklarasi untuk desak Najib berundur,untuk selamatkan negara. Jika dia berundur di pihak Umno, MT boleh buat keputusan.
"Ada orang tanya saya Tan Sri ke yang akan ganti? Takpa jika takda rezeki... takdalah rezeki, kalau Datuk Seri Zahid Hamidi pun takpa... sesiapa saja." luahnya.
Muhyiddin (tiga dari kanan) ketika hadir dalam program anjuran GKCM di Puchong malam tadi. Muhyiddin (tiga dari kanan) ketika hadir dalam program anjuran GKCM di Puchong malam tadi.
Najib turun tidak yakin rakyat kembali sokong BN
Bagaimanapun Muhyiddin meramalkan walaupun berlaku pengunduran Najib beliau tidak menyakini rakyat akan kembali menyokong kerajaan BN.
"Saya tak pasti. Kenyataan yang dibuat oleh pasukan anak muda Challenger yang diketuai Syed Saddiq misalnya menyebut  90 peratus golongan muda menentang kerajaan saya tidak suka dengar cerita itu.  Tapi inilah realiti dan malah  kajian pusat strategi di tempat lain juga menyatakan perkara yang lebih kurang sama yang telah banyak kali saya sebut.
" Dalam keadaan biasa selalunya 55-60 peratus bumiputera/ bukan bumiputera sokong BN kini sudah inggal 30 peratus.
" Kebimbangan kita bagaimana nak selamatkan keadaan ini.
"Takpalah saya jadi mangsa kalau boleh membantu membuat perubahan dan memulihkan keyakinan dan sokongan rakyat... saya tidak tahu sama ada usaha ini akan berjaya atau tidak," ujar Ahli Parlimen Pagoh ini.
Menurut Muhyiddin sama ada Najib melepaskan jawatan atau tidak terserahlah pada Presiden Umno itu.
Namun ujarnya, rakyat berhak menyuarakan pandangan, tidak boleh berdiam diri untuk terus bersuara menyelamatkan parti dan Umno berbanding berdiam diri seolah mengizinkan seorang perdana menteri menyalahgunakan kuasa yang ada padanya.
"Saya bukan lagi timbalan perdana menteri, timbalan presiden parti, hanya ahli Umno
"Saya bersuara untuk pertahankan Umno. Di kalangan Majlis Tertinggi dan  ketua bahagian Umno takanlah mereka tak tahu apa berlaku.
"Kalau mereka ambil satu pandangan betapa seriusnya keadaan yang ada pada hari ini, PM harus ambil kira jika ada desakan ini dilakukan dari dalam." ujarnya.
Malah Muhyiddin menegaskan ahli MT mempunyai kuasa dalam perhimpunan agung Umno jika sepakat untuk mendesak Najib turun.
:"Saya diberitahu mereka sudah makan dedak sebab itu tidak ada satu suara meminta PM turun. Desakan untuk PM berundur bukan kuasa pada 'presiden' tetapi kuasa itu pada majlis tertinggi, tetapi mereka tidak berani.
"Saya yakin sebahagian rakyat sedar masalah yang mereka hadapi masa kini iaitu kes 1MDB. Laporan PAC masih tidak lagi boleh dikatakan telah selesai.
"1MDB masalah besar . Jika tidak buat sesuatu akan menjejaskan parti dan negara," tegasnya dihadapan lebih 500 penyokong malam tadi.

Individu, syarikat tersenarai dalam Panama Papers perlu disiasat

Posted: 13 Apr 2016 04:21 AM PDT


charlessantiago
KLANG, 13 APRIL: Satu siasatan bebas dan terperinci perlu dilakukan ke atas individu dan syarikat dari Malaysia yang tersenarai dalam pendedahan dokumen firma guaman Mossack Fonseca atau Panama Papers, agar masalah pengelakan cukai dan pengubahan wang haram dalam negara ini dapat diatasi.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata siasatan itu penting bagi mengenal pasti setiap pihak yang mungkin menggunakan syarikat rahsia di luar negara untuk menyembunyikan kegiatan jenayah berunsur kewangan atau aktiviti tidak sah.
"Memang tidak salah untuk mana-mana pihak mempunyai syarikat di luar negara asalkan ia berdaftar, tetapi banyak syarikat rahsia luar pesisir di seluruh dunia digunakan untuk tujuan tidak sah, termasuk penipuan, pengedaran dadah dan pelarian cukai.
"Jadi, saya tidak faham bagaimana ada menteri, ahli politik dan golongan elit UMNO yang tidak sedar akan hal ini dan mengatakan siasatan ke atas individu didedahkan oleh Panama Papers tidak perlu dilakukan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, kenyataan dari pihak UMNO itu tidak wajar memandangkan Malaysia tersenarai sebagai negara yang mencatatkan purata aliran kewangan haram kelima tertinggi di dunia sepanjang dekad ini – membuktikan bahawa ia merupakan masalah besar untuk negara.
Sebelum ini, kata Charles, Global Financial Integrity (GFI) melaporkan bahawa Malaysia telah kehilangan jumlah terkumpul sebanyak AS$418.542 bilion (RM1.8 trilion) sejak tahun 2004.
Malah, beliau menambah, agensi itu mendedahkan pada tahun 2013 sahaja, negara kehilangan sebanyak AS$48.25 bilion (RM187.12 bilion).
"Aliran keluar modal haram itu berpunca daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah, dan aktiviti haram lain.
"Oleh itu, siasatan terperinci terhadap pendedahan Panama Papers itu penting agar kerajaan dapat mengatasi masalah aliran kewangan haram di negara ini. Kerajaan harus buktikan bahawa mereka serius dalam membendung masalah tersebut," katanya.
Charles turut menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low baru-baru ini bahawa tidak salah untuk mana-mana pihak mengelakkan cukai dengan memindahkan aset ke luar negara, asalkan pendapatan mereka bukan daripada sumber haram.
Menurutnya, terdapat 2300 nama individu dan syarikat Malaysia dalam Panama Papers, termasuk nama anak-anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Mahathir Mohamad, justeru sebarang pengelakan cukai, pelarian cukai dan pengubahan wang haram akan menjejaskan ekonomi dan pendapatan negara.
Katanya, Gabungan Tax Justice Network (TJN) menyatakan bahawa RM125.1 trilion disembunyikan di syarikat-syarikat luar pesisir dan ia cuma mengambil kira 10,000 orang.
Dengan jumlah sebanyak itu, tambah beliau, sukar dibayangkan berapa banyak sumbangan terhadap ekonomi negara dan kemudahan awam yang dapat dilaksanakan.
"Cuba kita fikir, berapa ramai rakyat susah yang dinafikan hak mereka untuk menikmati kemudahan kesihatan, makanan dan pendidikan tinggi hanya kerana pengelakan cukai oleh individu dan syarikat-syarikat tamak ini.
"Adakah adil jika semasa rakyat biasa semakin ditekan dengan pelaksanaan cukai seperti GST, golongan kaya dan elit pula dibenarkan untuk menyembunyikan kekayaan mereka di luar negara?" katanya. – Roketkini.com

Asalkan ia siaran langsung, DAP setuju debat Guan Eng-Rahman Dahlan

Posted: 13 Apr 2016 04:18 AM PDT


160413-PC Anthony Loke
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: DAP hari ini bersetuju untuk mengadakan debat tentang tanah Taman Manggis yang dikaitkan oleh Barisan Nasional dengan pembelian rumah Lim Guan Eng, dengan syarat ia disiarkan secara langsung (live) di TV3 atau TV1 pada 19 April depan.
Menurut Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke, keputusan itu adalah susulan daripada cabaran yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap Menteri UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk mengadakan debat.
"Sebelum ini mereka (pihak Rahman) mencadangkan supaya debat berkenaan diadakan pada 23 April, tapi saya berpendapat ia terlalu lewat memandangkan Pilihanraya Negeri Sarawak akan berlangsung tidak lama lagi. Jadi saya cadangkan lebih awal (19 April).
"Pada 9 April lalu Setiausaha sulit Rahman telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada saya untuk mengadakan sesi debat berkenaan pada 19 April di TV3. Kami setuju, Asalkan ia dijalankan secara langsung, itu syarat kami," katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini pagi ini.
Bagaimanapun, menurut Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban, jika TV3 tidak bersedia untuk menyiarkan debat berkenaan secara langsung, pihaknya akan kembali kepada tawaran yang diberikan TV1 sebelum ini.
Beliau menambah, TV1 bersedia untuk menyiarkan debat berkenaan secara langsung di studio RTM pada tarikh yang sama.
"Kami telah bersedia untuk 19 April nanti. Ia mestilah selepas slot Buletin Utama dan harus disiarkan secara langsung.
"Setakat ini, tiada respons daripada TV3. Saya sudah cuba untuk menghubungi pegawai Rahman tetapi mereka ke luar negara.
"Satu-satunya yang tidak kami bincangkan lagi adalah mengenai format debat berkenaan dan siapa akan menjadi moderator," katanya, menambah ia haruslah dijalankan selama satu jam atau lebih.
Malah, menurutnya, DAP juga tidak akan membantah jika debat secara langsung itu diadakan tanpa penonton di dalam studio.
Dalam pada itu, Anthony turut menasihati Rahman supaya tidak menggunakan saranan panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar debat berkenaan dibatalkan sebagai alasan untuk lari daripada perbahasan tersebut.
"Kami cukup bersedia. Guan Eng sendiri juga sudah bersedia untuk debat berkenaan. Beliau telah menyenaraikan 15 soalan untuk dijawab Rahman," katanya.
Kesediaan DAP memberi soalan awal membuktikan parti itu tidak ada apa untuk diselindungkan, malah memberi peluang kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu untuk menyediakan jawapan beliau. – Roketkini.com

SERANGAN MAKIN BERTALU-TALU, TAKKAN PANGLIMA PERANG ISLAM DAN PAHLAWAN BUGIS DIAM LAGI?

Posted: 13 Apr 2016 04:13 AM PDT


Rasanya sudah ramai yang membaca kenyataan Muhyiddin Yassin berhubung Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen. Tidak disangkal lagi bahawa kenyataan Muhyiddin itu penuh fakta, menyeluruh dan lebih penting, apa yang pernah disebutnya sebelum ini, bak ungkapan kata sebuah lirik lagu - semuanya benar belaka.

Bermakna, sebelum pun PAC menyiapkan laporannya, perkara-perkara yang diputuskan itu telah lama disebut dan diperingatkan oleh Muhyiddin.

Isu kehilangan wang, peranan Lembaga Penasihat, kedudukan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat, perletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarah dan beberapa perkara lain yang disebut oleh PAC adalah senada dengan pendirian Muhyiddin yang menyebabkan Najib kurang senang terhadapnya dan kemudian memecatnya daripada kerajaan.
Muhyiddin bukan saja membangkitkan soal kecurian wang dalam 1MDB, tetapi juga melihat syarikat itu sebagai skim untuk menipu.

Selepas kenyataan Muhyiddin itu, Tun Mahathir Mohamad pula menulis dalam blognya dengan memberi tumpuan kepada kehilangan wang yang dibayar oleh 1MDB kepada sebuah syarikat yang dipercayai palsu, Aabar Investment PJS Ltd yang didaftarkan di British Virgin Island.
Tun Mahathir juga menyenaraikan beberapa jawapan 1MDB sebelum ini yang disifatkannya tidak boleh dipercayai dan tidak disokong oleh dokumen apa-apa.

Secara khususnya, kemelut 1MDB ini bukan saja tentang hutangnya yang berjumlah RM50 bilion tetapi juga berkaitan beberapa siri kehilangan wang yang jika dikumpulkan berjumlah RM7 bilion atau RM7,000 juta semuanya.

Benar juga seperti yang disebut Muhyiddin, pencuri ayam kena dakwa, inikan pula bilion-bilion ringgit.
Akhirnya, Bung Mokhtar Radin, Timbalan Pengerusi BNBBC yang dikenali sebagai pro Najib juga tidak dapat menahan dirinya daripada turut mahukan isu kehilangan wang, khasnya yang melibatkan Aabar Investment PJS Ltd itu disiasat dan dikenalpasti.

Nampaknya semakin ramai yang tampil bersuara, manakala yang sudah sedia bersuara pula semakin lantang nadanya. 1MDB sudah mula menjadi "bangkai yang baunya mula memenuhi serata alam."

Di mana suara Najib sebagai Pahlawan Bugis dan panglima perang Islam yang dibangga-banggakan itu?
Kenapa masih diam dan semakin tidak kedengaran bercakap mengenai kemelut 1MDB serta tidak berani menjawab hujah-hujah yang ditampilkan oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin? (SH 13/04/2016).

JAWAPAN 1MDB TAK BOLEH DIPERCAYAI – TUN M

Posted: 13 Apr 2016 04:08 AM PDT

PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA] Anak muda mahukan perubahan tetapi tolak Deklarasi dikepalai Mahathir

Posted: 13 Apr 2016 04:07 AM PDT



telah disebut banyak kali dan sudah beberapa kali terbukti. Sabtul lepas sekali lagi membuktikan anak muda mahukan perubahan tetapi menolak pakatan yang dikepalai Mahathir. Sabtu lalu Program  anjuran kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai 'Anak Muda Selamatkan Malaysia' gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Tinjauan pihak media yang hadir ketika membuat liputan program yang di adakan di dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu mendapati, anggaran kehadiran hanya sekitar 30 orang.

Program yang diadakan itu turut dihadiri oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Program ini difahamkan diterajui Dr.Afif, sekutu kuat Azmin Ali.


Dalam perkembangan yang lain pula Mahathir dalam temuramahnya dengan sebuah media Australia dia dengan tegas menyatakan bahawa Anwar mempunyai masalah moral. 

Apakah komen semua penjilat Mahathir dalam perkembangan ini. Mahathir dalam keadaan dia yakin mula boleh menyingkirkan Najib kononya dengan bantuan pembangkang namun dia tetap memperkukuhkan persedian untuk kembali kepada Umno sebaik sahaja Najib jatuh untuk memastikan Umno tetap menang dan pembangkang dihalang dari memenangi PRU akan datang.

Kerana itu Mahathir bijak dia hanya berkongsi khalayak pembangkang dengan pembangkang mendengar masejnya sebaliknya tidak membenarkan masej pimpinan pembangkang sampai ke telinga orang Umno. Yang orang Umno perlu tahu cuma Najib perlu dijatuhkan dan jika Najib jatuh imej Umno akan pulih sebab Mahathir gambarkan pembangkang sudah diperdaya hanya fokuskan kepada Najib semata - mata.

Ini bukan temuramahnya yang pertama dengan media Mahathir tanpa berselindung tidak langsung menyatakan rasa bersalahnya kepada Anwar dan negara kerana pemecatan Anwar yang mempertahankan wang negara dai digunakan untuk membail out anak Mahathir ketika krisis kewangan 1997 - 1999.

video

Video temuramah dengan media Indonesia baru baru ini jelas Mahathir menipu dengan menyatakan Anwar menulis surat menyokong dia. Bila di tanya sikapnya terhadap Anwar dia menegaskan Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah dan semua harus menghormati sistem yang ada dalam negara. Inilah sikap munafiq Mahathir apabila dia untung dia akan kata sistem negara baik dan apabila dia tak untung dia akan kata semua rosak dan perlu dijatuhkan.

che'GuBard sendiri sudah berdepan dengan Mahathir dalam dialog bagi bincangkan dkelarasi Mahathir dan ternyata Mahathir gagal menjawab soalan malah lari balik awal meninggalkan Ambiga dan Maria untuk menjawab setelah diasak dengan soalan - soalan yang jelas tidak menyokong dia. Klik untuk baca lanjut http://chegubard.blogspot.my/2016/04/drm-balik-awal-elak-menjawab.html 



DR ZAKIR SEPERTI ANWAR IBRAHIM TINGKAT DIALOG ANTARA AGAMA – KEADILAN

Posted: 13 Apr 2016 03:30 AM PDT

‘IPIC AKUI TIDAK TERIMA WANG 1MDB: JABATAN AUDIT NEGARA DITIPU?’

Posted: 13 Apr 2016 03:20 AM PDT