Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Guan Eng bantu Pang Li Koon dan KLIDC tipu tender taman Manggis

Posted: 04 Apr 2016 05:45 PM PDT


Proses tender ditipu dengan pembida lain "disqualify"kan diri mereka. Lain pembida tidak masuk kerana tahu ada skim jahat. Malah KLIDC langsung tidak ada pekerja dan sampai sekarang masih tidak mula pembinaan lagi.

Baca sepenuh di http://snapshot2016.blogspot.my/

Pang Li Koon dan Betty Chew lebih dari kawan

Posted: 04 Apr 2016 12:05 AM PDT


Pang Li Koon ada hubungan business dengan isteri Lim Guan Eng, Betty Chew. Mereka bukan setakat kawan.seperti disebut dalam SD.

Baca di http://snapshot2016.blogspot.my/2016/04/alasan-20-phang-li-koon-bersama-betty.html

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MARA tidak akan terkubur tanpa UMNO

Posted: 04 Apr 2016 09:04 PM PDT

Pelbagai isu dan skandal yang berbangkit baru-baru ini berkenaan MARA berpalit dengan UMNO sendiri.
nik-nazmiPETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkubur sekiranya UMNO tidak lagi memegang pemerintahan negara," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, kenyaatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam berhubung MARA yang dikatakan akan terkubur sekiranya UMNO tidak lagi memegang pemerintahan negara, adalah tidak bertanggungjawab dan mencerminkan betapa terdesaknya parti itu mahu meraih sokongan setelah pemimpinnya terpalit dengan pelbagai skandal rasuah.
"Pelbagai isu dan skandal yang berbangkit baru-baru ini berkenaan MARA berpalit dengan UMNO sendiri.
"Kami jamin MARA akan terus wujud sekiranya Pakatan Harapan (PH) berkuasa. Malah, kami akan memperbaiki agensi kerajaan itu agar ia mencapai matlamat sebenarnya dalam membela kebajikan masyarakat Bumiputera," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam apabila menyatakan MARA akan terkubur sekiranya UMNO tidak lagi memegang pemerintahan negara.
Najib berkata, kekuasaan UMNO selaku parti pemerintah amat penting bagi memastikan agensi itu terus hidup membantu orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Dalam pada itu, Nik Nazmi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia berkata, rakyat Malaysia juga dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan kenyataan Najib itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pelbagai negara siasat mula 'Panama Papers'

Posted: 04 Apr 2016 09:00 PM PDT


Pelbagai negara mula menyiasat kemungkinan berlaku salah laku kewangan golongan hartawan dan berkuasa sebelum ini selepas kebocoran dokumen empat dekad daripada syarikat undang-undang Panama yang mempunyai kemahiran membentuk syarikat pesisir pantai.
'Panama Papers' mendedahkan urusan kewangan ahli politik dan individu terkenal termasuk sahabat-sahabat kepada Presiden Rusia Vladimir Putin, anggota keluarga perdana menteri Britain, Iceland dan Pakistan, serta presiden Ukraine.
Walaupun menyimpan wang di syarikat pesisir pantai tidak salah, wartawan yang menerima dokumen bocor itu berkata ia mungkin boleh menjadi bukti pelarian cukai terhadap kekayaan masing-masing, pengubahan wang haram, urus niaga dadah dan jenayah lain, lapor Reuters.
Syarikat itu, Mossack Fonseca, yang dikatakan menubuhkan lebih 240,000 syarikat pesisir pantai untuk pelanggan seluruh dunia, menafikan sebarang salah laku dan mendakwa menjadi mangsa kempen menentang privasi.
Mossack Fonseca dalam kenyataan di laman webnya semalam berkat laporan media "salah tafsir bentuk kerja kami".
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sedang menentukan sama ada terdapat bukti amalan rasuah dan pelanggaran undang-undang lain negara itu, kata seorang jurucakap.
Salah seorang anak lelaki perdana menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib antara yang dinamakan dalam kebocoran maklumat itu.
Menurut dokumen yang bocor, beliau menjadi pengarah dalam dua buah syarikat di British Virgin Islands (BVI), iaitu Jay Marriot International and PCJ International Venture Limited.
Bagaimanapun, ini tidak membayangkan salah laku pada pihaknya.

Anwar: Laksanakan perubahan selaras maqasid syariah

Posted: 04 Apr 2016 08:54 PM PDT

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pejuang reformis melaksanakan perubahan secara keseluruhan menurut maqasid syariah.
Beliau turut menyampaikan salam kepada semua pejuang Reformasi sempena ulangtahun ke 17 Parti Keadilan Nasional yang ditubuhkan pada 4 April 1999.
Anwar reformisAnwar juga mahu perjuangan Reformasi dan gabungan Parti Keadilan Rakyat itu terus subur dan relevan sehingga Barisan Nasional ditumbangkan.
"Pesan Anwar, perubahan bukan semudah menurunkan pemimpin, Ketua Negara, Perdana Menteri atau diktator tetapi perubahan adalah keseluruhan reform.
"Ia membabitkan keadilan dan aturan menurut maqasid syariah iaitu keutamaan sistem keadilan," katanya Anwar yang disampaikan melalui isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar semalam ditemui di mahkamah bagi sambungan pendengaran semakan kehakiman beliau, Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha.
Kes terbabit ditunda 12 April depan.

Rafizi cabar CEO dan Pengerusi LTAT samannya atas kapasiti peribadi

Posted: 04 Apr 2016 08:52 PM PDT


Rafizi Ramli LTATRafizi Ramli LTATAhli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mencabar Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Pengerusinya, Tan Sri Anwar Mohd Nor menyamannya atas kapasiti peribadi.
Beliau juga bersedia menghadapi semua sama-saman oleh pihak berkuasa terhadap dakwaan yang pernah didedahkan sebelum ini termasuk LTAT.
"Saya telah dimaklumkan akan disaman oleh LTAT berikutan pendedahan yang saya buat mengenai bayaran caruman yang tertunggak.
"Padahal jawapan Pengerusi LTAT mengiyakan bahawa memang berlaku kelambatan pembayaran (saya akan mengeluarkan kenyataan akhbar esok mengenai perkara ini).

" Cuma saya cabar CEO LTAT, Lodin Wok Kamaruddin dan Pengerusi LTAT, Anwar Mohd Noor menyaman saya atas kapasiti peribadi dan tidak menggunakan satu sen pun duit caruman anggota tentera di dalam LTAT," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, termasuk saman LTAT beliau kini mempunyai lapan saman.
Beliau berkata, telah menerima tiga siasatan polis serentak kerana pendedahannya mengenai Lembaga Tabung Haji, kelewatan bayaran pencen dan siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Saya akan terus lalui saman-saman oleh sang penguasa sebegini.
Read More / Baca Lagi >>

Muslim zaman gelap

Posted: 04 Apr 2016 08:46 PM PDT


Diktator jatuh. Demokrasi tak semestinya membenih selepas itu. Huru-hara pula yang tercetus dan merebak.
Itu yang berlaku di banyak negara Islam di Timur Tengah dan Afrika. Bertahun-tahun, masyarakat Muslim-Sunni berperih derita dengan kehadiran tentera asing di tanahair mereka. Di negara tertentu, hidup mereka adalah di bawah penindasan rejim kuku besi.
Hari ini, penindasan atas nama sekularisme telah bertukar kepada suatu yang tak kurang ngerinya, iaitu atas nama agama dan Tuhan. Beberapa tahun kebelakangan ini, bom diledakkan tak putus-putus.
Perang antara tentera dengan tentera telah bertukar menjadi pembunuhan masyarakat awam. Kita lihat di Brussels, Belgium dengan serangan bom di lapangan terbang pada 23 Mac lalu. Empat hari selepas itu, meledak pula di sebuah taman bunga di Lahore, Pakistan pada hari Paskah, iaitu satu perayaan bagi penganut Kristian.
Siri bom bunuh diri ternyata bukan hanya disasarkan di Eropah atau Amerika. Turut berlaku sehingga di negara-negara majoriti Muslim sendiri, termasuklah di Jakarta pertengahan November tahun lalu. Kelompok radikal dan militan ISIS mengaku bertanggungjawab.
Kelompok ISIS telah secara rasmi mengistiharkan matlamat mendirikan sistem khalifah dan "negara Islam" pada Jun 2014. Apa yang dimaksudkan sebagai "negara Islam" ialah dengan penegakan syariat Islam termasuk hudud. Dari video-video yang dimuat-naik oleh kelompok ini, beberapa hukuman bunuh secara tembak mati atau memanggal kelapa di khalayak ramai dilakukan.
Hukuman terbuka begitu dianggap akan menjadikan pengajaran kepada khalayak dan sesiapa pun yang menyaksikannya.
Datang dengan tenang
Kelompok militan dan radikal kini mempunyai beberapa nama di beberapa negara. Selepas 911 di New York, dunia mula mendengar nama "Al-Qaeda" yang dipimpin Osama Ben Ladin. Perang terhadap al-Qaeda menimbulkan pula kelompok lain seperti Taliban yang berpusat di Afghanistan.
Read More / Baca Lagi >>

SPR pertimbang laksana sistem pengundian wajib seawal 2018

Posted: 04 Apr 2016 08:34 PM PDT

Hanya 113 juta atau 85 peratus rakyat mengundi pada PRU13
sprPETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan pelaksanaan sistem pengundian wajib, seawal-awalnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, ia adalah satu daripada pembaharuan yang dicadangkan suruhanjaya terbabit.
Menurut laporan The Sun Daily pada Isnin lalu, satu lagi cadangan pembaharuan ialah menubuhkan Sekretariat Khas yang dianggotai bekas pegawai SPR bersara untuk membantu mendidik pengundi.
Hashim yang dilantik ke jawatan itu pada Januari lalu berkata, daripada 13.3 juta rakyat yang berdaftar sebagai pengundi sebelum PRU13 lalu, hanya 11.3 juta atau 85 peratus rakyat menjalankan kewajipan mereka sebagai pengundi pada 2013.
Jika cadangan pembaharuan SPR itu diluluskan Parlimen, maka Malaysia akan menyertai sekurang-kurangnya 26 negara lain yang turut mempunyai sistem pengundian wajib.
Namun, daripada jumlah itu, hanya 11 negara dan sebuah negeri di Switzerland yang benar-benar melaksanakan sistem terbabit, termasuk Australia, Brazil, Argentina, Luxembourg dan Singapura.
Di Australia, pengundi yang dikesan gagal menjalankan tanggungjawab mereka perlu memberi penjelasan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Australia atau mereka akan didenda AUD$20 (kira-kira RM60).
Mereka yang gagal membayar denda itu akan dihadapkan ke mahkamah dan berdepan denda lebih tinggi, iaitu AUD$170.
Di Brazil pula, rakyat berusia 18 hingga 70 tahun yang tidak mengundi akan berdepan kemungkinan hilang taraf kewarganegaraan mereka, jika gagal membayar denda dalam tempoh 60 hari.

Skandal Wolf of Wall Street - Orang Hollywood Pun Ketawakan Alasan Derma Najib !

Posted: 04 Apr 2016 08:28 PM PDT


Tu dia ..... Glamer lagi keluarga Najib Rosmah. Terkini, tengah trending artikel terbaru dari majalah Hollywood Vanity Fair cerita mengenai siasatan FBI ke atas dana filem The Wolf of Wall Street. 
Kat situ keluarlah nama2 1MDB, Malaysian Prime Minister Najib Razak, anak tirinya Reza Aziz ... Jho Low..
 
Jadi bukan saja masyarakat dunia yang mengikuti cerita2 politik atau perkembangan semasa saja tahu tentang skandal Najib, malah mereka yang hanya layan berita hiburan dan gossip Hollywood pun tahu juga !

VanityFair

Tak lama lagi pasti keluar Filem Hollywood tentang 1MDB ini ... bab sebagai case study di Universiti dan akademi2 badan penyiasat dunia sudah tentunya. Maksud saya, dunia akan kaji bagaimana skandal sebegitu besar boleh lolos dan sudah pasti badan2 penyiasat dunia akan keluarkan satu garis panduan bagaimana perkara sama dapat dielakkan dari berulang. 
Pendek kata - Tidak ada negara di dunia mahu kes 1MDB berlaku di negara mereka !
1MDB, Najib dan nama Malaysia akan kekal termaktub dalam sejarah dunia !
Oya ni satu lagi keratan dari paper Turki yang rakan FB saya terjemahkan sebagai Pasangan Gorjes Malaysia ! Peeeeerrgh ........
Mungkin anda boleh terjemahkan ikut suka anda, apapun boleh. Yang pasti - Najib Rosmah GLAMER satu dunia !



                                              *********************************

Ada satu perenggan dari artikel Vanity Fair di atas yang menarik perhatian saya -
When pressed for comment, Razak offered the explanation that the gargantuan sum had come in the form of a private donation from a Middle Eastern country he did not care to name, which is like the macroeconomics equivalent of claiming your dog ate it. Malaysia's former attorney general (who, it's worth mentioning, had been aligned with the UNMO since his appointment in 2002) cleared Razak with the explanation that the $681 million had been a gift from former Saudi Arabian King Abdullah bin Abdulaziz. But then, a week later, Razak himself attributed the sum to an unnamed Saudi businessman.
Read More / Baca Lagi >>

Eksekutif Bank ANZ disoal berhubung skandal 1MDB

Posted: 04 Apr 2016 08:24 PM PDT


 Seorang eksekutif di salah sebuah bank terkemuka di Australia telah disoal oleh sebuah jawatankuasa siasatan parlimen di negara itu semalam, berhubung kaitannya dengan skandal 1MDB.
Timbalan Ketua Eksekutif Bank ANZ, Graham Hodges disoal berhubung dakwaan pengetahuan bank itu mengenai dakwaan lebih AS$1 bilion telah disalurkan melalui akaun AmBank Perdana Menteri Najib Razak.
ANZ memiliki 24 peratus AmBank, dan mempunyai tiga wakilnya sendiri dalam lembaga pengarah bank Malaysia itu. Hodges sendiri bakal menjadi ahli lembaga AmBank.
Sydney Morning Herald melaporkan beliau sebagai berkata ANZ adalah terhad dalam apa yang ia boleh lakukan untuk menangani skandal tersebut kerana ia hanya pemegang saham minoriti.

Terengganu bakal rebah jika dua Ahmad terus bertelagah

Posted: 04 Apr 2016 08:00 PM PDT

Jika UMNO Terengganu benar-benar tidak bersatu di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, harapan Barisan Nasional (BN) untuk kekal memerintah negeri selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 agak payah.
Bukan sebab Ahmad Razif tidak bagus kepimpinannya tetapi kekuatan pengaruh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said masih ada dan tidak semudah itu untuk dilenyapkan.
Disebabkan itulah, maka Ahmad dengan beraninya membuat usul tidak percaya ke atas Ahmad Razif supaya dia meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.
Serangan demi serangan dibuat oleh Ahmad pada sidang dewan undangan negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini walapun pada zahirnya, Ahmad Razif tidak melakukan apa-apa kesalahan kepada Ahmad.
Malah apabila usulnya di tolak oleh Speaker DUN, Ahmad terus melahirkan rasa kesalnya di luar dewan tanpa berselindung.
Dalam satu kenyataan 'berani mati' yang dikeluarkan sebelum ini, Ahmad memberitahu apa yang dimahukan adalah pertukaran Menteri Besar daripada Ahmad Razif kepada muka lain.
"Saya bukan hendak tukar parti yang memerintah tetapi hanya mahukan Ahmad Razif meletak jawatan sahaja kerana nampak jelas beliau tidak mampu mentadbir negeri.
"Kalau saya berniat tidak baik, dari mula lagi saya sudah mendesaknya letak jawatan," katanya.
Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal merupakan Menteri Besar Terengganu sejak Mac 2008 dan diberhentikan pada Mei 2014.
Sebagai orang yang pernah mengetuai negeri, pengaruh Ahmad dikatakan cukup kuat di Terengganu walaupun terdapat pihak yang menafikannya terutama pengikut-pengikut Ahmad Razif.
Namun sesuatu harus dipandang serius, walaupun tidak rasmi, UMNO Terengganu kini telah terbentuk dua kem iaitu daripada Ahmad Said dan juga Ahmad Razif.
Jika tidak ada usaha unatuk menyatukan kedua-dua kem Ahmad ini, Terengganu perlu bersedia untuk menerima padahnya.
Akibatnya, kedua-dua Ahmad ini akan berputih mata jika akhirnya gagal mendapatkan mandat untuk terus memerintah negeri selepas PRU akan datang.

Politik Adenan Satem bersifat perkauman, kata MP

Posted: 04 Apr 2016 07:34 PM PDT

Bebas Shazni, Shukri, mansuh Akta Hasutan warnai malam di Dang Wangi

Posted: 04 Apr 2016 07:34 PM PDT

PAC sudah muktamadkan siasatan 1MDB, kata Tony Pua

Posted: 04 Apr 2016 07:33 PM PDT

HANYA DI MALAYSIA....!!!

Posted: 04 Apr 2016 05:34 PM PDT




‘Ramai rakyat jatuh miskin jika GST naik 7%’

Posted: 04 Apr 2016 05:22 PM PDT

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang masuk setahun dikuatkuasakan ke atas rakyat Malaysia mendapat tentangan daripada pelbagai kaum dan lapisan kehidupan di negara ini.
Rata-rata peserta demonstrasi 'Undur Najib, Mansuh GST' yang ditinjau Suara pakatan daily pada 2 April lalu menyatakan dengan tegas cukai berkenaan amat mendera rakyat ketika ekonomi negara mengalami kelembapan, ditambah pula kadar inflasi 4.2% dan penutupan beberapa buah kilang yang besar sejak tahun lalu.
'Ramai rakyat jatuh miskin jika GST naik 7%'Amirul, 24 tahun, seorang peniaga berkata, negara ini tidak memerlukan GST sama sekali kerana kaya dengan hasil bumi.
"GST perlu dihapuskan. Negara kita kaya dengan sumber asli dan sewajarnya rakyat tidak perlu dikenakan cukai," katanya.
Seorang makcik lingkungan 60an berpendapat kalau kerajaan berdegil mahu melaksanakan GST, ia patut dikenakan ke atas barangan berjenama atau barang-barang kemas, bukannya keperluan harian rakyat.
Seorang penuntut Albert Wong, 21 tahun dari sebuah institut pengajian tinggi swasta pula menolak GST untuk menampung bajet negara menandangkan sumber asli negara begitu banyak.
"Amat menyedihkan apabila kerajaan membebankan rakyat walaupun sumber asli negara kita melimpah-ruah. Ini menunjukkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang lemah," katanya .
Seorang pemandu teksi dalam lingkungan usia 40an, Gana, berpendapat warga miskin akan hidup dalam keadaan yang amat sengsara dan menjadi papa kedana kalau kadar GST naik menjadi 7%
"Sekarang di satu dua tempat di KL sudah ramai gelandangan dari berbagai bangsa. Mereka tiada kerja, tiada wang bayar sewa bilik. Sewa rumah pun sudah amat mahal.
"Kalau GST naik 1% saja lagi kita habislah," keluhnya.

‘Saya mencuri sebab tak sanggup lihat anak lapar’ ..."Pemimpin mencuri sanggup lihat rakyat lapar"

Posted: 04 Apr 2016 05:05 PM PDT

Penganggur dedah mencuri selepas hiba melihat anak lelakinya yang berumur empat tahun menangis kelaparan.
Tesco-Mohd-Pirdaus-Azizan
PETALING JAYA: Penganggur yang diberkas mencuri makanan di pasar raya Tesco di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pada Mac lalu, mendedahkan dia berbuat demikian kerana tidak sanggup melihat anaknya menangis kelaparan.
Mohd Pirdaus Azizan, 31, dilaporkan mStar Online hari ini sebagai berkata, hatinya menjadi hiba selepas anak lelakinya berumur empat tahun itu menangis kelaparan.
Katanya, pada hari kejadian pada 9 Mac lalu, dia bersama tiga anaknya itu sedang berada di rumah dan seorang daripada anaknya mula menangis akibat lapar.
"Kami berjalan-jalan dan lalu di pasaraya Tesco Alma. Oleh kerana saya tak cukup duit dan tidak mahu mengemis atau membebankan orang lain, saya hanya berjalan masuk ke dalam dan memasukkan beberapa makanan ke dalam beg saya.
"Apabila saya ditangkap oleh pengawal dan disoal siasat oleh pengurus kedai, saya mengaku kesalahan saya dan menunjukkan laporan perubatan isteri saya yang saya bawa bersama di dalam beg setiap hari.
"Pengurus itu telah menghubungi polis tetapi selepas memeriksa latar belakang saya, dia membatalkan laporan polis itu, sebaliknya menawarkan saya pekerjaan di pasaraya besar itu.
"Dia juga memberikan saya wang tunai," kata Mohd Pirdaus menerusi temu bual pertama dengan media selepas kejadian itu mendapat perhatian seluruh negara.
Dia mempunyai tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Anak perempuannya yang berusia tujuh tahun masih belum ke sekolah dan dua anak lelaki berusia empat dan dua tahun.
"Sebelum ini kehidupan kami berjalan dengan baik kerana saya bekerja di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Selepas kerajaan mengumumkan penangguhan program tersebut, saya hilang pekerjaan.
Read More / Baca Lagi >>

Mana satu yg boleh dipercayai & harapan rakyat.. ??

Posted: 04 Apr 2016 04:54 PM PDT


NAJIB, PRODUK PELANCONGAN TERHEBAT DUNIA

Posted: 04 Apr 2016 04:52 PM PDT

Tidak dinafikan bahawa Najib Razak dan skandal 1MDB serta wang RM4,200 juta yang dikaitkan dengannya telah menjadikan Malaysia sebagai perhatian mega di seluruh dunia.

Bukan saja di Malaysia tidak ada Perdana Menteri yang berjaya mendapat perhatian sebegitu sebelum ini, malah di dunia moden juga, Najib telah berjaya meletakkan dirinya dalam kelasnya yang tersendiri yang tidak mampu disaingi oleh sesiapa jua pun.

Sehubungan itu, dalam tulisannya di blognya semalam, Tun Mahathir Mohamad menyenaraikan sekurang-kurangnya 53 organisasi media antarabangsa yang telah memberi liputan tentang Najib yang dikaitkan dengan 1MDB serta wang tunai yang masuk ke akaun peribadinya.

Senarainya adalah seperti berikut:
Read More / Baca Lagi >>

Mohamed Hanipa selamat selepas tiga jam dibedah

Posted: 04 Apr 2016 04:37 PM PDT

Presiden dan Timbalan Presiden Amanah antara yang terawal tiba di HKL untuk mengetahui status pembedahan Hanipa malam tadi.Presiden dan Timbalan Presiden Amanah antara yang terawal tiba di HKL untuk mengetahui status pembedahan Hanipa malam tadi.Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 12.50 tengah malam tadi.
Beliau mulai dimasukkan ke bilik bedah pada pukul 9.45 malam sebelum pembedahan dilakukan kira-kira tiga jam selepas itu.
Hanipa yang mengalami pendarahan di kepala menjalani rawatan di Bahagian Neurologi.
Sementara itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub antara pemimpin yang terawal menziarahi beliau untuk mengetahui perkembangan terkini Pengerusi Kanun Amanah Nasional itu.
Turut hadir malam tadi ialah Ahli Jawatankuasa Amanah, Dr Hatta Ramli dan Dr Mujahid Yusof dan Penolong Setiausaha Agung Amanah, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
Antara pemimpin PKR yang hadir ialah Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.
Selain itu, bekas Exco DAP kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu serta beberapa wakil rakyat Amanah dan DAP juga hadir.
Read More / Baca Lagi >>

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan Anwar batal keputusan Lembaga Pengampunan

Posted: 04 Apr 2016 04:37 PM PDT


Jabatan Peguam Negara bantah permohonan Anwar batal keputusan Lembaga Pengampunan
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara mengemukakan bantahan terhadap permohonan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota keluarganya bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak petisyen pengampunannya atas sabitan meliwat.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden berkata pihaknya juga membantah permohonan Anwar dan keluarganya untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung keputusan Lembaga Pengampunan itu, ke Mahkamah Persekutuan.

Katanya Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin menetapkan 12 April untuk mendengar bantahan itu dan juga permohonan Anwar.

Dalam prosiding dalam kamar hari ini, Anwar mewakili dirinya sendiri manakala peguam Latheefa Koya dan peguam N.Surendran bertindak bagi pihak isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua anak perempuan mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha.

Pada 24 Jun 2015, Anwar dan anggota keluarganya memohon perintah untuk membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16  Mac 2015, dan mendesak lembaga itu agar menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan dan membebaskan Anwar, 68.

Mereka juga memohon perintah mandamus (pelaksanaan sesuatu kewajipan awam yang tertentu) bagi mendesak Lembaga Pengampunan mengadakan semula mesyuarat dan menimbangkan semua  perkara berkaitan petisyen bagi pengampunan diraja yang dikemukakan oleh anggota keluarga Anwar dan memberi nasihat yang  bersesuaian kepada Yang di-Pertuan Agong.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA TENGKU RAZALEIGH BEGITU BERSUNGGUH MAHU DILIHAT MENYOKONG NAJIB?

Posted: 04 Apr 2016 07:34 AM PDT

Sejak menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyokong kepimpinan Najib Razak, nampak seperti ada kesungguhan bagi Tengku Razaleigh Hamzah untuk terus memperlihatkan dirinya benar-benar telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri.

Dalam portal Malaysiakini hari ini, beliau berkata, ahli UMNO adalah individu yang nafasnya UMNO, pendapatnya UMNO dan percakapannya juga UMNO.

"Ahli UMNO ini nafas, makan, percakapan, fikirannya (mengenai UMNO)....secara rohani juga orang UMNO, " katanya.

Justeru, Tengku Razaleigh dipetik berkata, sebagai ahli UMNO,  beliau mesti menyokong Presiden UMNO.

Semalam pula, dalam temubual dengan Mingguan Malaysia yang petikannya disiarkan oleh Malaysiakini, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, "saya ahli UMNO, saya mesti sokong apa yang ada dalam UMNO dan kebetulan UMNO berkuasa, siapa yang jadi Presiden dan Perdana Menteri, itulah orang kita."

Kenapa nampak bersungguh sangat Tengku Razaleigh mahu memperlihatkan dirinya menyokong Najib?

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri bermula pada 2009, pernahkah kita melihat keghairahan untuk menyatakan sokongan itu ditunjukkannya sebelum ini?

Kenapa hanya sekarang dan tidak sebelum ini?

Ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pula, ada sesiapa pernah mendengar sokongan sebegitu ampuh yang ditunjukkan oleh Tengku Razaleigh?
Read More / Baca Lagi >>

Anwar mahu Mahkamah Persekutuan bicarakan kes pengampunan

Posted: 04 Apr 2016 07:31 AM PDT


Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merujuk rayuannya berhubung keputusan Lembaga Pengampunan kepada Mahkamah Persekutuan.
Peguam, Latheefa Koya yang mewakili keluarga Anwar, memberitahu Malaysiakini bahawa Hakim Datuk Nor Bee Ariffin akan mendengar perkara itu sekali lagi pada petang Selasa dalam kamarnya.
 Anwar mewakili dirinya sendiri dalam kes itu.
Anwar, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang uga adalah presiden PKR serta anak perempuan mereka Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan Nurul Nuha, menamakan Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan bagi semakan kehakiman.
"Timbalan pendakwa raya kanan persekutuan yang mewakili lembaga itu membantah permohonan semakan kehakiman kerana mereka berkata isu itu tidak boleh dibicarakan.
"Bagaimanapun, Anwar memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua kes yang disebut itu adalah salah dan tidak berkenaan," kata Latheefa.
Beliau berkata Anwar membuat permohonan untuk merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah tertinggi mengikut Seksyen 84, Akta Mahkamah Kehakiman bagi rujukan soal perlembagaan oleh Mahkamah Tinggi.
Persoalannya adalah ada keputusan Lembaga Pengampunan itu boleh dicabar di mahkamah.

Terus beri tekanan supaya Najib undur, kata Zaid

Posted: 04 Apr 2016 07:30 AM PDT


 Seminggu selepas perhimpunan 27 Mac, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim meminta orang ramai supaya mengekalkan momentum untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Najib Razak meletak jawatan.
Beliau berkata momentum perhimpunan 27 Mac itu hanya dapatdikekalkan jika setiap rakyat negara ini terus memberi tekanan kepada perdana menteri untuk meletak jawatan.
"Tanya apa yang boleh anda lakukan untuk bantu menggerakkan momentum," kata bekas ahli parlimen Kota Baru itu dalam blognya hari ini.
Beliau juga menggesa orang ramai supaya menandatangani petisyen menyokong Deklarasi Rakyat bagi Selamakan Malaysia menerusi talian.
Buat masa ini, lebih 48,800 orang telah menandatangani petisyen untuk mendesak Najib supaya berundur.
Zaid mengulas soalan berhubung langkah seterusnya selepas perhimpunan 27 Mac lalu yang menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang duduk di pentas yang sama mengesa Najib untuk melepaskan jawatannya.
Antara mereka adalah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu.
Zaid juga memberi jaminan bahawa rancangan pembaharuan institusi akan dilakukan selepas Najib disingkirkan.
Sambil menyifatkan pembaharuan institusi sebagai bahagian yang mudah, bekas menteri itu berkata, perubahan yang diperlukan adalah jelas kepada semua pihak dalam kempen Selamatkan Malaysia itu.
"Kami telah menyusun semua cadangan dan idea mengenai aspek utama dasar awam - dari ekonomi kepada pindaan dalam undang-undang.
"Kami mahu memastikan demokrasi terus subur; kami mahu seorang perdana menteri yang tidak boleh menjadi raja. Kami ingin pastikan dia tidak boleh juga ambil portfolio menteri kewangan dan memberi kontrak kepada isteri atau kawan-kawan isterinya," katanya.

Semoga Terus Kukuh Bersama Pakatan Harapan !!!!

Posted: 04 Apr 2016 07:25 AM PDT

Oleh Saifuddin.nasution


4 april 1999 - 4 april 2016. usia keADILan genap 17 tahun hari ini. parti berbilang kaum dan agama ini terus gagah dalam gelanggang politik negara. empat kali menempuh pru ..1999, 2004, 2008 dan 2013. kalah menang dalam pilihanraya terus mematangkan kami. bekerja membina kekuatan parti suatu kenikmatan. 

bekerjasama dengan parti2 sahabat mengajar kami nilai tolak ansur dan saling menghormati. pengalaman ini juga mengajar kami erti pengorbanan, kesungguhan, keihklasan adalah suatu nilai yg harus sebati dalam diri. nilai yang tidak boleh dilakon-lakon.

keADILan suatu parti "reform". Anggotanya melayu, cina, india, siam, iban, kadazan, bidayuh dan lain-lain etnik di malaysia. Kami berkongsi cita-cita bersama. kami mahu malaysia menjadi lebih baik utk generasi hari muka. kekayaan ekonomi diagih secara adil, institusi demokrasi mesti punyai integriti, pimpinan politik pro rakyat. pendidikan bertaraf dunia. peluang pekerjaan dicipta utk rakyat, perumahan mencukupi utk rakyat, khidmat kesihatan berkualiti, kadar jenayah rendah, saling menghormati anutan agama masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Untuk bani Melayu: Sudahlah dengan kegilaan tak bertempat

Posted: 04 Apr 2016 07:16 AM PDT


Bungkam seketika. Terbit perasaan geram. Sambil mengetap bibir, saya hanya mampu menggeleng kepala.
Apa sudah jadi dengan bangsa Melayu? Minggu lalu, aksi lontaran caci-maki, tak kurang juga dengan sepenumbuk dua antara dua keluarga bakal mempelai di sebuah masjid disajikan kepada orang ramai - hanya kerana perihal wang hantaran semata-mata.
Kali ini, para wanita yang saya kira kebanyakannya mungkin ibu-ibu, berasakkan sesama sendiri, berteriak melolong, hanya untuk membeli sehelai, atau mungkin dua helai tudung yang saya tidak tahu kehebatannya bagaimana sehingga peminat sanggup berkelakuan sebegitu.
Mungkin di bawah tudung itu ada penghawa dingin, mungkin. Maka sesuailah dengan cuaca yg panas terik sekarang ini. Lantas, si pemakai akan rasa nyaman, dingin sentiasa.
Sememangnya ini bukan isu baru, tapi saya rasa terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku di hati daripada saya hanya mengomel sendirian.
Tudung yang seharusnya merupakan lambang kesederhanaan seseorang wanita kini jadi pencetus hilangnya kewarasan akal, para ibu ini sanggup berasak-asak dengan lelaki ajnabi.
Yang si pemilik kedai pula boleh tersenyum keriangan menyaksikan jatuhnya martabat seorang demi seorang di situ. Sudahlah begitu, aksi mereka kemudian diviralkan.
Untuk para wanita dan juga lelaki yang di situ, kalau mahu berkelakuan begitu, lebih baik pergi ke konsert, sekurang-kurangnya walaupun penat, anda akan dihiburkan oleh penyanyi kesukaan anda.
Walau geram, kadang-kadang terasa lucu melihat gelagat mereka ini.
Kebanyakan orang Melayu suka melabel perkara itu ini tidak Islamik, tapi Islamik kah kelakuan memalukan sebegitu?
Di sini saya tidak hanya menyalahkan gelagat para pembeli tudung, tetapi pemilik sekali. Sudah tahu yang tudung anda itu laku, sepatutnya anda sudah menjangkakan yang kejadian sebegitu akan berlaku lebih-lebih lagi ini bukan kali pertama insiden yang sama telah terjadi.
Senyuman dan gelengan penuh suka itu boleh ditafsirkan bahawa anda sememangnya suka dengan situasi yang boleh hilang kawalan itu. Barangkali sebuah taktik pemasaran, mungkin.

Pembeli yang sepatutnya dilayan seperti raja tak ubah macam binatang yang disuruh masuk ke kandang lagaknya.
Read More / Baca Lagi >>

Antara Bukti Dan Pengakuan

Posted: 04 Apr 2016 07:12 AM PDT

Oleh Tun Mahathir
1. ​Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Dan konco-konconya pun dilapor dalam akhbar arus perdana bahawa tuduhan yang dibuat oleh media asing seperti Wall Street Journal, ABC TV Australia, Financial Times, dll akhbar-akhbar terkemuka di Amerika (Sila lihat senarai media, akhbar dan TV yang dilampirkan, 53 kesemuanya, serta senarai negara dan agensi penyiasatan mereka) semuanya berhasrat memburuk imej Najib.

Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen. Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya. Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah.
2.​Kerana penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.
3. ​Pendirian mereka luar biasa. Ia seolah-olah menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukanya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, maka ini bermakna ia tidak salah. Jika penafian sahaja diterima sebagai asas kepada pendakwaan, maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan didakwa di negara ini.
4.​Ketua Bahagian UMNO dan Wakil Rakyat UMNO mempunyai pendirian seperti ini. Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO tetap percaya yang Najib tidak bersalah.
5.​Negara-negara Islam, setakat yang diketahui tidak pernah menunjuk penghargaan tinggi mereka terhadap sumbangan Najib kepada Islam. Setakat yang kita tahu hanya "HRH Prince Saudi Abdulaziz Al-Saud" yang begitu menghargai jasa Najib kepada Islam sehingga sanggup derma US 375 juta Dolar kepada Najib untuk disimpan dalam akaun peribadinya, dirahsiakan dan diguna mengikut kehendaknya.
6.​Sekarang ini pula AG Apandi mengatakan RM 2.03 billion dari RM 2.6 billion yang dilapor berada dalam akaun peribadi Najib sudah dipulang balik pada penderma. Benarkah? Apa bukti ia dipulang kepada HRH atau Arab lain? Tak mungkinkah wang ini masih ada disini untuk disuap kepada pemimpin UMNO. Shahrir mungkin menerima RM 1 juta dan Ahmad Maslan RM 2 juta. Tak mungkin mereka sahaja yang mendapat sumbangan wang dari Najib. Berapa juta ringgitkah yang diterima oleh Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat yang lain.
7.​ Nampaknya kita sedang melihat pertandingan antara CASH (wang tunai) dengan semangat kebangsaan Melayu. Ramai ahli dan Ketua Cawangan UMNO memberi kemenangan kepada semangat kebangsaan, kepada bangsa, agama dan tanahair. Tetapi bagi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO dedak mendapat kemenangan besar sehingga tertutup mulut, telinga dan mata. Mereka rela menggadai bangsa dan negara untuk CASH atau dedak. Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu. Nazir Razak sendiri mengaku ia diberi US 7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13. Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu; yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia.
SENARAI MEDIA, AKHBAR DAN TELEVISYEN YANG MELAPORKAN TENTANG DATO' SERI NAJIB, SKANDAL 1MDB DAN WANG RM2.6 BILLION DI DALAM AKAUN PERIBADINYA
Read More / Baca Lagi >>

DUNIACACAMARBA

0

Posted by Unknown | Posted on 3:49 PTG | Posted in

sumber :-

DUNIACACAMARBA


Kolesterol Penyebab Stroke Yang Harus Diwaspadai

Posted: 04 Apr 2016 08:14 AM PDT

Ngopo.com - Kolesterol merupakan salah satu hal yang perlu kamu control. Masyarakat saat ini masih banyak yang belum mengetahui bahaya dari kolesterol. Penyakit yang mematikan seperti stroke, jantung, dan penyakit yang lainnya adalah disebabkan oleh kolesterol. Kamu perlu untuk menjaga kesehatan kamu dengan mengontrol kolesterol yang ada dalam tubuh kamu. Kamu bisa melakukan beberapa hal yang bisa membantu kamu untuk menurunkan kolesterol. Hal-hal sederhana seperti olah raga dan pola makan yang sehat bisa menjadi cara yang baik dan efektif untuk menurunkan kadar kolesterol.

Alat ini ada banyak orang yang terserang stroke. Makanan yang kita konsumsi memberikan pengaruh yang sangat signifikan terhadap kolesterol yang ada didalam tubuh. Anda perlu untuk mengerti makanan apa yang harus anda konsumsi agar anda terhindar dari strok. Seperti yang kita ketahui. Stroke menjadi penyakit yang banyak diderita oleh orang yang memiliki kadar kolesterol yang tinggi. Makanan yang berlemak biasanya memberikan pengaruh yang cepat terhadap naiknya kolesterol dalam darah.

Beberapa kebiasaan sederhana yang bisa menurunkan kolesterol

Kadar kolesterol yang tinggi bisa menghambat pembuluh darah di jantung yang menyebabkan jantung koroner. Jika pembuluh otak yang terhambat maka akan menyebabkan stroke. Kedua penyakit ini akan melumpuhkan penderitanya dan juga bisa berdampak kematian. Kolesterol jahat yang ada di dalam tubuh sangatlah berbahaya. Anda harus waspada dengan melakukan pengecekan secara berkala agar anda bisa mengetahui dan mengontrol kolesterol di dalam tubuh anda. Penyakit yang disebabkan oleh kolesterol bukanlah penyakit yang bisa dianggap remeh. Anda sebaiknya mempersiapkan diri dengan melakukan hal-hal positif yang bisa membantu anda untuk mengurangi kolesterol.

1.   Memanfaatkan waktu luangmu untuk berolah raga

Peningkatan angka kematian di rumah sakit yang diakibatkan oleh stroke telah mengalami peningkatan yang cukup banyak. Anda perlu berhati-hati dengan keadaan ini. Jika anda memiliki waktu luang semisal dipagi hari atau di sore hari, anda bisa memanfaatkan waktu tersebut untuk berolah raga seperti lari pagi atau juga lari sore. Jika anda rutin melakukan olah raga sederhana seperti ini maka anda bisa mendapatkan tubuh yang sehat dan kadar kolesterol yang menurun. Anda bisa melakukan olah raga seperti ini selama 30 menit dalam sehari sehingga anda memiliki jantung yang sehat dan juga aliran darah yang teratur dan lancar.

2.   Menghindari makanan yang berlemak jenuh

Jika anda memiliki kebiasaan untuk mengkonsumsi makanan cepat saji dan juga makanan yang berlemak, anda sebaiknya berusaha untuk mengurangi konsumsi tersebut. Mengkonsumsi makanan seperti ini sangat berbahaya bagi kesehatan anda terutama bisa menyebabkan meningkatnya kadar kolesterol dari dalam darah anda. Anda perlu waspada dengan makanan yang anda konsumsi. Anda bisa mengganti makanan yang biasa anda konsumsi dan juga berlemak dengan sayuran dan juga buah-buahan. Menghindari makanan instan sangatlah dianjurkan.

3.    Melakukan pengecekan secara rutin

Penyakit tidak pernah datang dengan memberi sinyal terlebih dahulu. Jika anda ingin terhindar dari stroke, anda perlu untuk melakukan perawatan kesehatan dan juga rutin untuk memeriksa keadaan dari kesehatan anda. Pengecekan lebih awal akan sangat membantu anda untuk lebih waspada akan terjadinya penyakit stroke. Anda bisa berkonsultasi dengan dokter dan juga bisa melakukan pemeriksaan mengenai kadar kolesterol anda agar anda merasa lebih yakin dengan kondisi kesehatan anda sehingga tidak sampai sembarangan minum obat kolesterol tinggi. Kolesterol perlu untuk diwaspadai agar anda terhindar dari penyakit yang sangat berbahaya seperti stroke dan juga jantung. Anda bisa mendapatkan informasi mengenai kesehatan anda apabila anda melakukan pengecekan. Dokter akan membantu anda untuk menemukan solusi bagi masalah kolesterol jika anda memiliki kadar kolesterol yang cukup tinggi.

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:42 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


DAH ADA IKRAR PULAK DAH??

Posted: 04 Apr 2016 03:46 AM PDT

shahbudindotcom



Tontonilah video di bawah ini di mana orang-orang kampung pun sekarang ini sudah diminta berikrar menyatakan sokongan kepada Najib Razak.


Tidak cukupkah dengan sebahagian besar Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Naib Ketua UMNO Bahagian yang sudah menyatakan sokongan terbuka kepada Najib sebelum ini?

Tidak cukupkah dengan adanya UMNO negeri mewujudkan deklarasi sokongan, malah beberapa UMNO Bahagian dan NGO juga turut berbuat demikian?

Tidak cukup lagikah dengan segala macam kelompok veteran, bekas pemimpin dan mereka yang pernah menjadi wakil rakyat yang turut tampil menyatakan sokongan?

Apakah kedudukan Najib sudah begitu rapuh dan ibarat telur di hujung tanduk sekarang ini sehingga semua segmen sokongan diperlukan untuk menahannya daripada tumbang dan terkulai?

Jika Najib benar-benar masih kuat, apa perlunya sampai orang kampung diminta berikrar sebegitu?

Siapa lagi selepas ini yang akan diminta berikrar dan bersumpah taat setia kepada Pahlawan Bugis yang secara umumnya sudah begitu popular di seluruh dunia dengan cerita-cerita skandalnya?


Penunggang Motosikal Maut Diseret Treler

Posted: 04 Apr 2016 03:42 AM PDT

MSTAR ONLINE


ACP Shafien Mamat

 
SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal warga Indonesia maut selepas diseret sebuah treler sejauh lima meter di Kilometer (KM) 4.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), berhampiran susur keluar Setia Alam ke Kuala Lumpur, di sini.

Ketua Polis Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Basori, 39, berteduh di bawah jejambat lebuh raya itu kira-kira pukul 7.30 malam.

"Mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari Klang menghala ke Kuala Lumpur menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda sebelum berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berteduh daripada hujan.

"Ketika mangsa membuka topi keledar, sebuah treler yang datang dari arah sama telah bergesel dengan motosikalnya dan beg sandang yang dipakai mangsa turut tersangkut mengakibatkan dia terseret kira-kira lima meter," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata selepas diseret, mangsa kemudian terjatuh sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat Basori kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

"Ketika kejadian, pemandu treler berkenaan tidak memberhentikan kenderaannya...susulan ini pihak polis menyeru orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi polis  supaya kita dapat mengesan pemandu treler tersebut untuk siasatan," katanya.

Rayani Air Nafi Operasi Digantung, Penerbangan Kembali Pulih

Posted: 04 Apr 2016 03:39 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 


PETALING JAYA: Syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air menafikan operasinya digantung, sebaliknya menegaskan perkhidmatannya kembali pulih seperti biasa.

Pemilik syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas dan pertanyaan daripada orang ramai berhubung status operasi penerbangan.

Katanya, timbul kekeliruan apabila terdapat dakwaan dan salah faham mengenai penggantungan lesen penerbangan sehingga menjejaskan kapasiti penumpang dengan penurunan kira-kira 50 peratus.

"Ramai yang tanya kita mengenai operasi... ada yang salah faham sampai tak gunakan penerbangan Rayani Air. Kita tegaskan bahawa operasi kembali pulih seperti biasa.

"Isu membabitkan operasi itu sekadar amaran daripada pihak Kementerian Pengangkutan akibat masalah kelewatan dan pembatalan penerbangan baru-baru ini. Tetapi lesen kita tidak dibatalkan atau digantung, kita masih beroperasi," katanya kepada mStar Online.

Bulan lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, Rayani Air berdepan tindakan digantung operasi jika syarikat penerbangan itu gagal mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Ia disusuli kenyataan Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Saripuddin Kasim mengenai kementerian akan memang­gil pengurusan Rayani Air bagi meminta penjelasan berhubung aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dan operasi syarikat penerbangan berkenaan.

Ravi berkata, pihaknya mengadakan pertemuan dengan Saripuddin dan Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman pada 24 Mac lalu bagi memberikan penjelasan berhubung masalah berbangkit.
"Kita telah beri penjelasan kepada mereka di mana masalah berkaitan dengan penyelenggaraan. DCA melakukan pemantauan terhadap operasi kita.

"Kita juga dinasihatkan supaya mengurangkan sektor (penerbangan) sehingga keadaan kembali stabil yang ketika itu berlaku semasa musim cuti sekolah dengan jumlah penumpang lebih ramai. Kita sekarang kembali stabil," katanya sambil menambah bahawa pihaknya akan mengekalkan lapan penerbangan buat masa ini dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Kota Baru, Kota Kinabalu dan Kuching.

Ravi sekali lagi menegaskan bahawa insiden kelewatan dan pembatalan penerbangan baru-baru ini berpunca daripada masalah teknikal yang tidak dijangka, membabitkan pesawatnya.

"Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi penumpang dan berterima kasih kepada mereka yang terus memilih Rayani Air.

"Sebarang insiden yang tidak dijangka adalah demi mengutamakan keselamatan penumpang. Kita akan terus menambah baik perkhidmatan pada masa akan datang," katanya sambil menambah bahawa penumpang akan diberikan kemudahan makan dan minum bagi kelewatan penerbangan minimum dua jam, manakala penginapan untuk kelewatan melebihi lapan jam.

Ditanya mengenai hanya dua pesawat yang dimiliki Rayani Air ketika ini, Ravi menjelaskan pihaknya kini sedang mendapatkan dua lagi pesawat baharu.

"Ia kini dalam proses rundingan dan dokumentasi. Kita jangka akan dapat dua pesawat ini menjelang Julai depan.

"Pada masa sama, kita juga sedang menguruskan latihan juruterbang bagi membolehkan kita mempunyai lebih ramai juruterbang pada seawal-awalnya pada Mei ini," ujar Ravi.

Selagi ada bulan dan matahari, MARA akan terus memartabatkan Melayu dan Bumiputera - Ismail Sabri

Posted: 04 Apr 2016 03:31 AM PDT

Mariah Ahmad, Astro Awani 
 
Selagi ada bulan dan matahari, MARA akan terus memartabatkan Melayu dan Bumiputera - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Perdana 50 Tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR: Selagi ada bulan dan matahari, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus memperjuangkan martabat masyarakat Melayu dan Bumiputera, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, sepanjang 50 tahun penubuhan MARA, institusi itu telah berjaya memainkan peranannya dalam menyumbang kepada pembinaan negara, dengan jumlah penerima manfaat telah mencecah lebih dua juta orang melalui program keusahawanan, pendidikan dan pelaburan.

Beliau juga berkata MARA telah melahirkan hampir sejuta usahawan dalam pelbagai bidang, yang menyumbang kepada kekayaan bumiputera.

"Dalam konteks pembangunan usahawan, hampir 700,000 orang telah dibangunkan melalui pelbagai program seperti latihan, pembangunan standard perniagaan, serta pemasaran dan penjenamaan," katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA di Dewan Utama, MENARA MARA di sini, hari ini.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Sementara itu Ismail juga berkata pelbagai pendekatan berani telah dilakukan MARA dalam melahirkan ahli korporat,  dan pemimpin masa hadapan yang cemerlang akademik dan sahsiah diri, antaranya dengan melaksanakan program Ulul Albab dalam Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Program Ulul Albab diwujudkan pada 2009, yang kini telah melahirkan 875 Hafiz Al-Quran. MARA juga telah menyumbangkan kepada 300,000 guna tenaga mahir dan separa mahir dalam pelbagai industri kritikal melalui Laluan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA," tambah beliau.
Ismail juga menambah, bagi Malaysia untuk menjadi negara maju, lebih 60%  tenaga mahir diperlukan dan MARA telah berjaya menghasilkan lebih 30% tenaga kerja penting untuk kelangsungan pembangunan ekonomi dan sosial negara. 
 
 

Polis tunggu laporan penuh identiti kumpulan culik empat rakyat Malaysia di Sabah

Posted: 04 Apr 2016 03:26 AM PDT

Ridzal Abdullah, Astro Awani
 
Polis tunggu laporan penuh identiti kumpulan culik empat rakyat Malaysia di Sabah
Dalam kejadian jam 6.15 petang Jumaat lalu, empat kru kapal tunda Massive 6 yang berasal dari Sibu, Sarawak dikenali sebagai Wong Teck Kang, Wong Hung Sing, Wong Teck Chii dan Johnny Lau Jung Hien. - Gambar fail
 
 
KOTA KINABALU: Polis masih menunggu laporan penuh berhubung identiti kumpulan yang bertanggungjawab menculik empat rakyat Malaysia dalam kejadian di sempadan Pulau Ligitan, Semporna, Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata setakat ini belum ada mana-mana pihak tampil mengaku melakukan penculikan itu serta membuat tuntutan wang tebusan bagi pembebasan mereka/

"Kita belum menerima panggilan daripada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab dan menuntut wang tebusan.

"Berhubung ada laporan dari luar negara yang mengatakan kumpulan Abu Sayaff sebagai dalang penculikan ini, kita masih siasat, " katanya ketika dalam sidang media bersempena majlis penyerahan 34 motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya masih menyiasat sama ada kumpulan suspek yang menculik empat mangsa itu adalah kumpulan sama dalam kes penculikan membabitkan 10 kru kapal tunda warga Indonesia di Wilayah Tawi-Tawi, Filipina, 26 Mac lalu.

BACA: Lanun bersenjata culik empat rakyat Malaysia di perairan Semporna, Sabah

BACA: Polis masih belum terima maklumat tuntutan tebusan - KPN

BACA: Polis Sabah sahkan empat rakyat Malaysia diculik di perairan Ligitan Sabah
"Kita berharap mereka masih dalam keadan selamat. Polis masih berusaha mengesan lokasi kedudukan mereka secepat mungkin," katanya.

Dalam kejadian jam  6.15 petang Jumaat lalu itu, empat kru kapal tunda Massive 6 yang berasal dari Sibu, Sarawak dikenali sebagai Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29; dan Johnny Lau Jung Hien, 21 diculik oleh sekumpulan lapan lelaki bertopeng dan lengkap bersenjata api sebelum dilarikan menggunakan bot laju di sempadan Pulau Ligitan, Semporna. 
 
 

Lagi Cerita Belanja Mewah PM

Posted: 04 Apr 2016 03:23 AM PDT



Oeh A Kadir Jasin


FAKTA sejarah yang dah kita tahu: bila rakyat jelata dapat tahu hal itu melalui Internet dan media sosial, dia bergegas balik sampai "lupa" jet eksekutif mewah hak Kerajaan Malaysia (hak rakyat jelata la tu) dan "tinggal" isteri.







FAKTA sejarah yang dah kita tahu: jet eksekutif mewah milik negara itu tiba-tiba dikesan oleh Flightradar24 di tanah besar Amerika.

FAKTA yang baru didedah: Masa bercuti di Hawaii, Mohd Najib guna kad kredit sebanyak AS$130,625 (kira-kira RM522,500) di butik beg tangan Chanel, Honolulu pada 22 Disember 2014. Duit banyak tu cukup untuk dirikan dua buah masjid kampung.

Sekali belanja di Chanel cukup untuk bina 2 buah masjid macam ini

Yang kita tahu, gaji pokok Perdana Menteri setahun hanya kira-kira RM273,912. Maksudnya belanja di butik Chanel dekat dua kali ganda setahun gaji.

Sebelum itu, pada 24 Ogos 2014 kad kredit Mohd Najib digunakan di sebuah toko Sardnia, Itali untuk perbelanjaan sebanyak Euro 750,000 (kira-kira RM3.2 juta) - cukup untuk taja 260 penuntut universiti dalam negara sepanjang pengajian.

Dari mana dia dapat banyak sangat duit tu? Adakah keturunan dia kaya meliana?


Ini buka cerita dongeng yang saya reka. Ini satu lagi cerita surat khabar Wall Street Journal (WSJ) berkenaan "derma" berbilion ringgit yang kononnya dia terima daripada Arab.

Julai tahun lepas Mohd Najib kepal penumbuk besar lutut nak saman WSJ kerana fitnah. Belum apa-apa Utusan Malaysia dah "headline" - PM Saman WSJ - tapi sampai hari ini Mohd Najib tak saman lagi. Macam-macam sebab dia bagi dan berdolak-dalik dia buat.

Sampai la tak saman lagi Utusan ooi!
Kalau tak buat salah dan WSJ auta samanlah cepat-cepat. Minta ganti rugi RM2.6 bilion dan kongsi dengan rakyat jelata yang tengah susah.


Rezeki Terpijak Ala Aladin 


Cerita dermawan Arab ini lebih hebat daripada cerita Ali Baba Dengan Lampu Ajaib. Mula-mula sembunyi. Lepas itu kata seorang Arab derma. Kemudian beberapa orang Arab. Lepas tu Raja Arab (Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz A Saud yang mangkat Januari 2015). Yang paling baru seorang bernama Saud Abdulaziz Al Saud. Jabatan Perdana Menteri pun turut sahkan cerita terbaru ini.

Yang peliknya, mula-mula semua penyokong Mohd Najib kutuk program televisyen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pasal skandal duit dia. Ada yang kata fitnah. Ada yang kata dendam. Ada yang kata karut.

Tapi dok tak dok semua lompat macam kera kena belacan bila rancangan itu siarkan sepucuk surat tahun 2011 yang kononnya dari seorang bernama Prince Saud Abdulaziz Al-Saud.

Surat kononnya dari penderma Arab


Dalam surat itu, Al-Saud kata dia yang bagi derma kepada Mohd Najib pasal kagum dengan cara Mohd Najib tegakkan syiar Islam. Hebat. Dua tahun jadi Perdana Menteri dah diiktiraf juara Islam.

Pasal selalu sangat ubah jalan cerita dan banyak sangat dolak-dalik, ramai orang tak percaya plot amal jariah Arab ini.

Sampai hari ini pun tak ada seorang Arab yang tampil mengaku dialah Al-Saud. Tak seorang pun ahli keluarga Raja Arab yang boleh dikaitkan dengan sedekah itu.

Yang paling dekat adalah kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel bin Ahmed al-Jubeir, Februari lepas yang kata, ia bukan derma keluarga di-raja tetapi pelaburan. Takkanlah Menteri Raja Arab berani auta?
Ramai Syak Duit 1MDB

Pasal itulah lebih orang yang faham perniagaan, pemindahan antarabangsa wang dan pengubahan wang haram (money laundering) tak percaya duit yang masuk akaun peribadi Mohd Najib di AmBank itu derma Arab.

Mereka lebih berat percaya duit itu dari 1MDB atau melalui kegiatan pemindahan wang yang babitkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, sebuah lagi anak syarikat Kementerian Kewangan. WSJ kata Mohd Najib terima lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) dalam akaun peribadi dia.

Pada 29 Disember lepas, Peguam Negara Switzerland kata, sehingga AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB mungkin telah dilesapkan (misappropriated).

Peguam Negara Switzerland kata duit 1MDB dilesapkan


 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan Jun tahun lepas dakwa dana 1MDB sebanyak RM27 bilion tak dapat dikesan. Tentulah 1MDB jawab tak betul. Tapi kalau ikut surat Peguam Negara Switzerland, mungkin betul dakwaan Dr Mahathir itu cuma jumlahnya tak sama.

Bukan Switzerland saja siasat 1MDB. Banyak negara dan agensi luar yang siasat dan bekukan duit yang bersangkut paut dengan 1MDB. Mereka syak ada kegiatan rasuah, melesapkan wang dan pengubahan duit haram.

Selain Switzerland, negara-negara lain yang siasat 1MDB adalah Singapura, China (Hong Kong), Amerika Syarikat, United Kingdom, Abu Dhabi, Australia dan terbaru, Luxembourg.

Malah pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) dah sekat perjalanan dan beku akaun dua orang eksekutif Arab yang berurusan dengan 1MDB. Mereka adalah bekas Pengerusi Aabar, Khadem Al Qubaisi, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny. 


Al-Husseiny hadapi kemungkinan dihantar ke Amerika Syarikat atas permintaan Jabatan Kehakiman Amerika berhubung siasatan pengalihan wang haram.

Aabar dan induknya, PetroSaudi International, pernah jadi rakan kongsi 1MDB.

Al-Husseiny kiri sekali


Paling menekan bagi Mohd Najib, isterinya (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno) Rosmah Mansor, anak Rosmah Riza Shahriz Abdul Aziz, pengurusan 1MDB dan sekutu mereka Jho Low adalah siasatan Juri Agung (Grand Jury) yang sedang berjalan di Amerika Syarikat.

Tujuan siasatan kehakiman itu adalah bagi memastikan sama ada kegiatan perniagaan, termasuk pembelian apartmen mewah dan pembiayaan filem "The Wolf of Wall Street" oleh Riza dan Jho Low libatkan duit haram.

Soalnya, berapa lama lagi pemakan dedak Mohd Najib boleh mengabui mata rakyat jelata dengan cerita penderma Arab ini?

Kewujudan pemakan dedak pro-Mohd Najib ini disahkan sendiri oleh Ketua Penerangan Umno yang baru, (Datuk Seri Panglima) Annuar Musa dalam temu ramah dengan akhbar Sinar Harian baru-baru ini.

Annuar sahkan ada pemakan dedak PM

Dalam perang siber yang sekarang dikepalai oleh Datuk Ahmad Maslan mereka sudah kalah. Setiap kali mereka membuat tampalan mempertahan atau menyokong Mohd Najib mereka kena belasah teruk.

Di pihak lain pula, audiens media arus perdana yang terdiri khususnya daripada orang Melayu semakin menguncup.

Wallahuaklam. http://kadirjasin.blogspot.my 


Antara Bukti Dan Pengakuan

Posted: 04 Apr 2016 03:14 AM PDT




Oleh Tun Mahathir


1. ​Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Dan konco-konconya pun dilapor dalam akhbar arus perdana bahawa tuduhan yang dibuat oleh media asing seperti Wall Street Journal, ABC TV Australia, Financial Times, dll akhbar-akhbar terkemuka di Amerika (Sila lihat senarai media, akhbar dan TV yang dilampirkan, 53 kesemuanya, serta senarai negara dan agensi penyiasatan mereka) semuanya berhasrat memburuk imej Najib.

Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen. Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya. Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah.

2.​Kerana penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.

3. ​Pendirian mereka luar biasa. Ia seolah-olah menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukanya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, maka ini bermakna ia tidak salah. Jika penafian sahaja diterima sebagai asas kepada pendakwaan, maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan didakwa di negara ini.

4.​Ketua Bahagian UMNO dan Wakil Rakyat UMNO mempunyai pendirian seperti ini. Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO tetap percaya yang Najib tidak bersalah.

5.​Negara-negara Islam, setakat yang diketahui tidak pernah menunjuk penghargaan tinggi mereka terhadap sumbangan Najib kepada Islam. Setakat yang kita tahu hanya "HRH Prince Saudi Abdulaziz Al-Saud" yang begitu menghargai jasa Najib kepada Islam sehingga sanggup derma US 375 juta Dolar kepada Najib untuk disimpan dalam akaun peribadinya, dirahsiakan dan diguna mengikut kehendaknya.

6.​Sekarang ini pula AG Apandi mengatakan RM 2.03 billion dari RM 2.6 billion yang dilapor berada dalam akaun peribadi Najib sudah dipulang balik pada penderma. Benarkah? Apa bukti ia dipulang kepada HRH atau Arab lain? Tak mungkinkah wang ini masih ada disini untuk disuap kepada pemimpin UMNO. Shahrir mungkin menerima RM 1 juta dan Ahmad Maslan RM 2 juta. Tak mungkin mereka sahaja yang mendapat sumbangan wang dari Najib. Berapa juta ringgitkah yang diterima oleh Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat yang lain.

7.​ Nampaknya kita sedang melihat pertandingan antara CASH (wang tunai) dengan semangat kebangsaan Melayu. Ramai ahli dan Ketua Cawangan UMNO memberi kemenangan kepada semangat kebangsaan, kepada bangsa, agama dan tanahair. Tetapi bagi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO dedak mendapat kemenangan besar sehingga tertutup mulut, telinga dan mata. Mereka rela menggadai bangsa dan negara untuk CASH atau dedak. Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu. Nazir Razak sendiri mengaku ia diberi US 7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13. Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu; yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia.

SENARAI MEDIA, AKHBAR DAN TELEVISYEN YANG MELAPORKAN TENTANG DATO' SERI NAJIB, SKANDAL 1MDB DAN WANG RM2.6 BILLION DI DALAM AKAUN PERIBADINYA

1. South China Morning Post
2. The Australian
3. Australia Broadcasting Corporation
4. Sydney Morning Herald
5. Herald Tribune

6. Herald Tribune Latin America
7. International Business Times
8. International Business Times Singapore Edition
9. Wall Street Journal
10. International New York Times
11. TIME Magazine

12. The Guardian
13. The Daily Mail
14. Sun Daily (UK)
15. Euronews

16. Deutsche Welle
17. Singapore Straits Times
18. TODAY
19. Today Online
20. India Today

21. ​Business Standard (India)
22. India Times
23. Fortune
24. EJ Insight (Hong Kong)
25. Anadolu (Turkey)

26. Bangkok Post
27. ​Chiang Rai Times
28. BBC
29. New Zealand Herald
30. Reuters

31. ​Bloomberg
32. Channel News Asia
33. Al-Jazeera
34. PAKISTAN FIRST
35. Swissinfo.ch

36. MWC News
37. ​East Asia Forum
38. Radio New Zealand
39. CNBC
40. The Independent

41. ​NewsX (Pakistan)
42. StateoftheStateKS (USA)
43. Asian Correspondent
44. Times of London
45. Financial Times

46. Asia Sentinel
47. Courier Mail
48. Jawa Post
49. Tempo
50. Waspada

51. The Telegraph
52. The Diplomat
53. Myanmar Times

AGENSI ANTARABANGSA YANG MENYIASAT KES 1MDB:

1. LUXEMBOURG ​: Public Prosecutor's Office, Luxembourg
2. SWITZERLAND ​: Swiss Attorney General's Office
3. SINGAPORE ​ : Singapore Police Commercial Affairs Department ​ Monetary Authority of Singapore
4. USA : U.S. Department of Justice Federal Bureau of Investigation
5. HONG KONG ​ : Hong Kong Police
6. UNITED KINGDOM : Serious Fraud Office
7. UNITED ARAB EMIRATES : The UAE authorities have issued travel bans and frozen the assets of Khadeem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny two top executives of the Abu Dhabi sovereign wealth fund closely linked to the 1MDB.
8. FRANCE​ : French national prosecutor's office (in relation to the purchase of two submarines)
http://chedet.cc/?p=2035 

PAS Tak Sertai Himpunan Bantah GST Kerana Ada Program Lain Di Kedah

Posted: 04 Apr 2016 03:09 AM PDT

Oleh: D. KANYAKUMARI
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: PAS menyatakan bahawa mereka sentiasa konsisten dengan pendirian menentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

PAS sebelum ini telah mendiamkan diri tentang mengapa parti itu tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan bantah GST pada Sabtu lalu yang dianjurkan oleh Parti Amanah Negara.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen jika beliau menyokong pelaksanaan GST.

Ditanya mengapa PAS tidak menyertai perhimpunan pada Sabtu lalu, Hadi hanya diam.

Hadi juga tidak mengulas sama ada PAS akan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain dalam menentang GST.

Ahli Parlimen Bukit Gantang (PAS) Idris Ahmad berkata parti itu tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut kerana sebelum itu satu program telah diatur di Kedah.

"Kami tetap dengan pendirian kami dalam menentang GST tetapi pada hari itu kami mempunyai program berkaitan penoreh getah di Sik, Kedah.

"Kami konsisten mengenai pendirian kami menentang GST dan kami tidak akan meluluskannya," kata Idris.

Idris juga tidak dapat menjelaskan mengapa tiada wakil daripada parti itu menghadiri perhimpunan tersebut.

Malah beliau juga tidak menjawab sama ada parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan DAP untuk menentang GST yang telah setahun dilaksanakan.

Bagaimanapun beliau berkata PAS telah mengadakan perhimpunan bantah GST tahun lepas yang mendapat sambutan baik dan mewakili pendirian parti.

Usul Hadkan Tempoh Jawatan Ketua Menteri Akan Disemak Pejabat Speaker DUN

Posted: 04 Apr 2016 03:04 AM PDT

MSTAR ONLINE




GEORGE TOWN: Usul seorang wakil rakyat DAP berhubung pindaan Perlembagaan Undang-undang negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri akan disemak Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum memutuskan sama ada akan dibahas atau tidak pada sidang dewan bulan depan.

Speaker DUN Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang berkata pihaknya menerima usul anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Bungah Teh Yee Cheu dan ia akan dibincang selepas tamat tempoh pemberitahuan usul dikemukakan iaitu 14 hari sebelum DUN bersidang.

"DUN Pulau Pinang akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abas pada 10 Mei ini...jadi semua wakil rakyat masih mempunyai masa sehingga 25 April ini untuk mengemukakan usul mereka kepada pejabat DUN.

"Semua usul yang dihantar akan disemak dan diteliti dalam tempoh 14 hari sebelum persidangan DUN sebelum ia (usul) dibenarkan untuk dibahas.

"Jadi sama juga untuk usul oleh Adun Tanjung Bungah itu, ia akan disemak dan diteliti pejabat Speaker DUN terlebih dahulu sebelum boleh dibahas pada persidangan dewan, sama ada usul itu akan dibahas atau tidak, saya akan maklumkan kepada media sebelum persidangan DUN nanti," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Khamis lepas, Teh menyerahkan surat usul bagi pindaan Perlembagaan Undang-undang negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal sahaja dan Adun Tanjung Bungah itu dilapor berkata, usul itu demi kepentingan rakyat dalam proses reformasi dan pendemokrasian bagi memberi peluang kepada pemimpin yang berkebolehan untuk menerajui tampuk pemerintahan negeri.

Choo Kiang berkata, usul itu bukan isu yang baharu kerana selain Yee Cheu, perkara itu pernah dibangkitkan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid pada persidangan dewan tahun lepas tetapi ia ditolak kerana terdapat kesilapan teknikal.

"Teh juga pernah membangkitkan dan mengemukakan isu itu tetapi turut ditolak kerana ia (usul) tidak dihantar untuk pemberitahuan usul iaitu 14 hari sebelum persidangan DUN.

"Kali ini, beliau menghantar usul berkenaan awal serta mahu diteliti dan dikaji Jawatankuasa Perlembagaan yang dipengerusikan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum dibentangkan pada persidangan (dewan)," katanya. Beliau berkata jika usul itu diluluskan pada persidangan DUN Mei ini, ia akan diteliti dan dibincangkan oleh Jawatankuasa Perlembangaan itu sekali lagi sebelum sebarang keputusan untuk membuat pindaan perlembangan berhubung perkara itu.-- Bernama

Yang tidak patriotik adalah pemimpin korup, salahguna kuasa dan rosakkan ekonomi

Posted: 04 Apr 2016 02:57 AM PDT

Lim Guan Eng

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan dasar yang membebankan serta penyelewengan dana wang rakyat yang dilakukan kerajaan UMNO-Barisan Nasional adalah faktor utama lebih ramai rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini memilih untuk menetap dan bekerja di luar negara.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas tindakan sesetengah pemimpin parti pemerintah itu yang lantang melabel mereka yang meninggalkan negara demi mencari kestabilan ekonomi dan politik sebagai bersikap tidak patriotik.

"Ia adalah kerana rasuah dan mereka yang mempertahankan tindakan rasuah, dan bukannya rakyat yang tinggal di luar negara, yang harus digelar sebagai tidak patriotik," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Guan Eng menjelaskan, tindakan yang diambil sebahagian besar rakyat Malaysia itu adalah disebabkan oleh pelbagai skandal kewangan yang melibatkan pemimpin tertinggi UMNO-BN, malah turut dilakukan pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk menjaga dana awam.

"Malaysia sudah amat menderita dengan pelbagai amalan rasuah seperti skandal 1Malaysia Development Berhad(1MDB), "derma" RM2.6 bilion, skandal lembu dan kondo, penyelewengan RM107 juta dana kerajaan melibatkan Kementerian Belia dan Sukan dan skandal kehilangan RM52 bilion saham bumiputera.

"Kesemua skandal kewangan berkenaan telah mengakibatkan kerugian amat besar kepada negara sehingga menyaksikan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kemerosotan 30 peratus nilai matawang ringgit," katanya.

Malah, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, tindakan pihak UMNO-BN yang dilihat cenderung menyalahkan mereka yang meninggalkan negara ini untuk pekerjaan dan gaji yang lebih baik akan mengakibatkan lebih ramai lagi rakyat negara ini mengambil langkah yang sama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang menyifatkan rakyat yang meninggalkan negara ini untuk menetap dan berkhidmat di negara luar sebagai tidak patriotik.

Tambah Guan Eng, skandal kewangan yang dihadapi negara bukanlah satu-satunya faktor utama kepada masalah terbabit, isu seperti penghakisan kuasa perundangan, penindasan terhadap hak asasi, diskriminasi, pemusnahan alam sekitar dan rasa tidak hormat terhadap maruah manusia juga adalah faktor penyumbang kepada permasalahan berkenaan.

Lebih ironi lagi, menurutnya, langkah yang diambil kerajaan dengan menandatangi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang berobjektif untuk menggalakkan rakyat dari pelbagai negara bergerak dan menyertai pertumbuhan ekonomi negara lain juga dilihat tidak selaras dengan kenyataan yang dibuat pemimpin UMNO-BN itu.

"Jika tindakan mereka itu tidak patriotik, mengapa kerajaan Malaysia masih mahu menyertai TPPA?" soalnya.

Mengambil kira faktor-faktor berkenaan, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa supaya Tajuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO supaya membuat permohonan maaf terhadap rakyat ekoran kenyataan yang "tidak bertanggungjawab dan berbaur ekstremis itu". – Roketkini.com


Tuduh Deklarasi Rakyat tak berperlembagaan: Ku Li mudah lupa

Posted: 04 Apr 2016 02:55 AM PDT

Lim Kit Siang

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: 'Deklarasi Rakyat' adalah tuntutan untuk mengembalikan semula prinsip asas demokrasi dan kedaulatan undang-undang berdasarkan Perlembagaan Merdeka 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963 secara aman lagi demokratik.

Justeru, mengatakan ia adalah tidak berperlembagaan sebagaimana dakwaan semberono Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, adalah tidak benar dan dangkal semata-mata.

"Tidak ada apa yang salah atau tidak berperlembagaan atau tidak demokratik mendesak seseorang Perdana Menteri meletak jawatan, sama ada di Malaysia atau di mana-mana negara dalam dunia yang mempraktikkan demokrasi berparlimen.

"Negara seperti Australia, United Kingdom, New Zealand, Kanada, India malah Amerika Syarikat juga mendesak perdana menteri atau presiden mereka meletak jawatan," kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, sekiranya desakan untuk meletak jawatan ketua eksekutif sesebuah negara itu kuat, jelas dan mustahak, maka, kehendak demokrasi dan rakyat perlulah diutamakan melalui perlembagaan sedia ada sama ada meletak jawatan secara sukarela atau undi tidak percaya.

Selanjutnya kata beliau, "Deklarasi Rakyat" juga komited kepada sebuah proses yang aman, tanpa kekerasan, demokratik seperti mana terkandung dalam empat tuntutan asasnya iaitu:

1) Penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan
2) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya
3) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan
4) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.

Katanya, "Deklarasi Rakyat" yang dilancarkan 4 Mac lalu malahan untuk mengembalikan negara kepada prinsip Perlembagaan Merdeka 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963 terhadap demokrasi, kedaulatan undang-undang, asas kebebasan dan doktrin pengasingan kuasa seperti yang terkandung dalam perenggan ke 37 deklarasi itu.

"Deklarasi Rakyat perenggan ke-37 menyatakan: Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.

"Apa yang dinyatakan dalam Deklarasi Rakyay perenggan akhir ke-37 ini sebenarnya adalah kesimpulan dan inti dalam ucapan-ucapan yang pernah dibuat oleh Tengku Razaleigh sendiri sepanjang dekad kerjaya politiknya," kata beliau. – Roketkini.com


DAP kecewa penculikan rakyat Malaysia oleh lanun Filipina masih berlaku di perairan Sabah

Posted: 04 Apr 2016 02:51 AM PDT

esscom_sabah

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP kecewa, sedih dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden penculikan empat rakyat Malaysia oleh lanun Filipina dilengkapi senjata di perairan Sabah baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, berkata insiden malang itu mengingatkan rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga mangsa culik dari Sarawak itu bahawa perairan negara di Sabah dan sekitarnya masih tidak selamat.

"Meskipun semua langkah keselamatan diambil Kerajaan Persekutuan dengan mengeluarkan ratusan juta peruntukan, malah dikunjungi menteri, rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah berasa marah kerana kita tidak berdaya dan tidak berkesan mengekang penculikan dan pencerobohan berdarah pengganas, lanun Filipina.

"Rakyat Sabah dan pengunjung sudah tentu tidak berasa selamat selagi kerajaan Malaysia tidak mampu mengekang tindakan tidak bertamadun dan kejam oleh penceroboh ini," katanya.

Persoalannya, sampai bilakah kerajaan harus menunggu untuk menghentikan segala pencerobohan ke atas kedaulatan dan ancaman terhadap keselamatan negara, soal Ahli Parlimen Bagan itu.

"Tanggungjawab kerajaan adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara. Oleh itu, DAP menggesa Kerajaan Persekutuan supaya mengambil semua langkah untuk membebaskan keempat-empat mangsa culik itu meskipun terpaksa melibatkan wang.

"Buat saat ini, kita bersama dengan ahli keluarga mangsa yang sudah tentu terkesan dengan insiden ini.
"Tiada kata yang dapat mengurangi kesedihan dan ketakutan mereka terhadap keselamatan mangsa. Doa kita semoga mereka selamat kembali ke pangkuan keluarga," ujar Guan Eng.

Pada 1 April lalu, empat rakyat Malaysia dari Sarawak telah diculik dipercayai oleh lapan lanun bersenjata di perairan Semporna ketika pelayaran balik dari Filipina ke Malaysia sekitar 7 malam.

Mangsa yang terlibat ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29; dan Johnny Lau Jung Hien, 21. Kejadian berlaku berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah.

Jung Hien adalah sepupu Ahli Parlimen DAP Lanang, Alice Lau.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, pihaknya masih mengumpul maklumat bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

Pada 7 Mac 2013, Pusat Kawalan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM) ditubuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertujuan mengukuhkan lagi keselamatan perairan Sabah susulan insiden pencerobohan berdarah pengganas Sulu di Lahad Datu.

Namun, agensi keselamatan itu sering mendapat kecaman hebat rakyat apabila insiden pencerobohan dan penculikan terus berlaku.

Pada 27 Ogos tahun yang sama, sembilan nelayan diculik di Pulau Mabul. Tiga bulan kemudian seorang warga Taiwan ditembak mati dan isterinya diculik di Pulau Pom Pom, begitu juga dengan insiden di Pulau Singamata serta insiden-insiden serupa berlaku sekitar kawasan ESSCOM.

Pada 14 Mei 2015 pula, dua warga Malaysia diculik oleh pengganas Abu Sayyaf di Restoran Ocean King, Sandakan. Mangsa adalah Thien Nyuk Fun, 50, dan Bernard Then Ted Fen, 39, dari Sarawak. Meski Nyuk Fun telah dibebaskan, tetapi Bernard telah dipancung.

ESSCOM mendapat peruntukan hampir RM700 juta dengan suntikan tambahan RM75 juta dalam Bajet 2014 termasuk RM11 juta untuk baik pulih 65 pos keselamatannya. Pada tahun ini, agensi itu mendapat anggaran perbelanjaan sebanyak RM16.4 juta. – Roketkini.com


Beli kain RM55 juta di Jakel: DAP buat laporan polis minta siasat Najib

Posted: 04 Apr 2016 02:49 AM PDT

lipeng_reportpolis

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Wakil DAP hari ini sekali lagi membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – kali ini berhubung pendedahan akhbar Wall Street Journal (WSJ) bahawa beliau memindahkan lebih AS$14 juta (RM 55 juta) kepada peruncit pakaian mewah Jakel Trading dari 2011 hingga 2014.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bersama veteran DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew dan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman, membuat laporan polis berkenaan di IPD Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Menyifatkan jumlah wang dipindahkan oleh Najib ke akaun Jakel itu sebagai tidak masuk akal, Lip Eng berkata Najib perlu memberitahu rakyat sama ada laporan WSJ itu benar atau tidak kerana ia mungkin melibatkan unsur rasuah, pengubahan wang haram atau pelarian cukai.

"Saya tidak faham dari mana Najib mampu membelanjakan RM55 juta hanya untuk membeli kain dalam masa empat tahun. Gaji Najib hanya RM60,000 sebulan, bermakna dia menerima gaji kurang dari RM1 juta setahun.

"Wang dibelanjakan untuk membeli kain adalah lebih banyak dari gajinya. Perkara ini tidak masuk akal dan menimbulkan persoalan dari mana dia dapat wang sebanyak itu," katanya kepada Roketkini.

Sementara itu, Ronnie ketika dihubungi berkata, laporan polis itu dibuat bagi menggesa polis dan pihak terlibat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat akaun Najib secara terperinci.

"Selepas pendedahan WSJ, kini rakyat tahu bahawa Najib dan isterinya berbelanja mewah sehingga menghabiskan RM55 juta hanya untuk membeli kain. Jadi, pelbagai pihak harus siasat sama ada wang itu diperoleh dengan cara yang betul atau tidak.

"Saya, Lip Eng dan Rara (Syefura) memeriksa harga kain di Jakel dan mendapati satu helai kain secara maksimumnya mencecah RM10,000. Adakah Najib membeli 5,500 helai kain untuk Rosmah dalam masa empat tahun?

"Jika ia benar, bermakna Rosmah adalah lebih teruk dari Imelda Marcos, isteri bekas Presiden Filipina yang dikecam rakyat kerana perbelanjaan mewahnya dan memiliki 3,000 pasang kasut," katanya.

Syefura yang juga dikenali sebagai Rara pula berkata apa dilakukan Najib itu salah dari sudut moral dan etika sebagai pemimpin memandangkan beliau berbelanja mewah ketika hidup rakyat semakin terhimpit akibat pelbagai dasar ekonomi kerajaan yang membebankan.

"Adakah patut pemimpin tidak putus berbelanja mewah sedangkan hidup penduduk Malaysia kini semakin susah kerana tindakan urusan ekonomi negara yang tidak mesra rakyat?

"Rakyat terpaksa membayar cukai GST dan subsidi mereka ditarik kembali. Peruntukan untuk rakyat juga dipotong sana-sini, termasuklah biasiswa pendidikan untuk golongan cerdik pandai dalam negara. Di manakah hati perut mereka?" katanya. – Roketkini.com

PRN Sarawak: Menteri muda titis air mata serah nasib pada Adenan

Posted: 03 Apr 2016 05:48 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Rakyat di Simunjan dan Gedong perlu bersatu untuk meneruskan legasi Simunjan sebagai kubu kuat BN serta meneruskan pembangunan


Naroden,satem.


SIMUNJAN: Bakal calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais menitiskan air mata hari ini bila berkata, beliau menyerahkan kepada Ketua Menteri untuk menentukan nasibnya dalam pilihan raya negeri akan datang.

Berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pekan Simunjan, Mohd Naroden dengan nada sebak berkata, "Sekiranya saya tidak dipilih untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, saya akan tetap menyokong BN.

"Saya serta isteri mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakyat di Simunjan yang selama ini memberi sokongan kuat kepada diri saya sebagai wakil mereka," kata penyandang kerusi Simunjan itu.

Beliau yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) berkata,
rakyat di Simunjan dan Gedong perlu bersatu untuk meneruskan legasi Simunjan sebagai kubu kuat BN serta meneruskan pembangunan.

Katanya, sudah banyak pembangunan dilaksanakan di Simunjan dan beliau berazam meneruskan pembangunan yang sudah dirancang sekira dicalon bertanding di kerusi Gedong dan seterusnya memenangi kerusi berkenaan.

Adenan sebaik memulakan ucapan pada majlis itu segera menenangkan Naroden dan berkata: "Tanpa ragu-ragu lagi saya mengesahkan bahawa Datuk Mohd Naroden Majais sebagai calon BN bagi kerusi Gedong pada pilihan raya negeri akan datang".

Pengumuman beliau itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 10,000 hadirin.

Kerusi Simunjan dipecah dua untuk mewujudkan sebuah kerusi baharu, iaitu Gedong dalam persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini.

Persempadanan semula itu menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu, menjadikan 82 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya negeri.

Adenan bagaimanapun tidak mengumumkan calon BN bagi kerusi Simunjan.-Bernama

Tiada pelaburan dana daripada1MDB

Posted: 03 Apr 2016 05:43 PM PDT

 
Sebarang kenyataan yang bercanggah dengan fakta tersebut adalah palsu


1mdb


PETALING JAYA: Syarikat pelaburan startegik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menafikan pernah melabur atau memindahkan dana kepada Red Granite Pictures sama ada secara langsung atau melalui orang tengah.

Sebarang kenyataan yang bercanggah dengan fakta tersebut adalah palsu, tegas firma pelaburan yang dilanda kontroversi itu.

"Kami dengan ini menafikan bahawa 1MDB telah membiayai penerbitan filem The Wolf of Wall Street atau terlibat dengan mana-mana filem di dalam apa jua kapasiti seperti mana yang didakwa oleh sesetengah laporan media," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Majalah Vanity Fair menyiarkan satu artikel bertajuk "In Thematically Appropriate Twist, The Wolf of Wall Street Financiers Are Under Federal Investigation" yang mendakwa 1MDB terlibat dengan produksi tersebut.

Saya berminat membeli PM daripada membeli pengadil -TMJ

Posted: 03 Apr 2016 05:39 PM PDT

 
Beliau menjawab tuduhan pengguna media sosial yang mendakwa TMJ membeli pengadil untuk menang perlawanan bola sepak.


tmj


PETALING JAYA: Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim lebih berminat membeli Perdana Menteri dan jadikan dirinya Perdana Menteri menggunakan wang yang dimilikinya berbanding membeli pengadil bola sepak untuk memenangi perlawanan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab komen pengguna media sosial yang mendakwa JDT membeli pengadil.

"Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak.

"Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit," katanya seperti yang disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers.

TMJ juga menafikan tuduhan semua berkenaan JDT melibatkan wang sebaliknya beliau mengajak rakyat berfikir banyak wang telah hilang dalam negara tetapi tiada siapa yang menyiasat termasuk RM100 juta dana Kementerian Belia dan Sukan yang dilaporkan diseleweng.

"Anda sepatutnya lebih bimbangkan perkara tersebut berbanding terhadap kewangan JDT. JDT hanyalah sebuah kelab kecil dengan impian yang besar," katanya.

Menjawab tuduhan beliau suka menunjuk harta, TMJ berkata, beliau lebih kasihan dengan individu 'buta' dan berfikiran sempit seperti itu yang terpaksa membayar GST.

"Saya lebih risau dan kasihan anda kena bayar GST tapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta. Tahniah! Anda adalah rakyat yang kerajaan paling suka. Kerana anda buta," katanya.

TMJ berkata, salah untuk mengatakan pasukan Harimau Selatan sentiasa menang perlawanan kerana JDT pasukan paling kaya di negara ini.

"Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya," katanya seperti menyindir.

TMJ juga berkata, JDT akan 'terus membunuh' bola sepak tempatan dengan meraih lebih banyak kejayaan peringkat antarabangsa dan membiarkan FAM 'membantu bola sepak' dengan mendapatkan sumber kewangan dan hanya memberi tumpuan Piala Suzuki.

Tidak hadir himpunan, PAS ada inisiatif tersendiri tolak GST - Khairuddin

Posted: 03 Apr 2016 05:34 PM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata parti itu mempunyai strategi tersendiri bagi menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
 
Khairuddin berkata demikian mengulas ketidakhadiran pimpinan PAS di Himpunan Tolak GST yang diadakan di Dataran Merdeka, petang semalam.
 
"Kita tidak 'one-off', pergi berhimpun kemudian balik tidur. Sebagaimana menurut Pesuruhjaya PAS Selangor (Datuk Iskandar Abdul Samad) tindakan menentang GST adalah menerusi kawasan-kawasan.
 
"Tidak ada arahan (pimpinan pusat) untuk tidak hadir. Kita tidak hadir tidak bermakna kita tidak menentang GST, sebaliknya kita ada cara kita tersendiri. Kerana prinsipnya kita tidak bersetuju dengan GST," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Khairuddin mengambil contoh pendekatan yang diambil Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang mengadakan program menolak cukai GST itu secara terus kepada masyarakat.
 
Ini ujarya sekaligus menolak andaian ketiadaan wakil parti itu di himpunan semalam seolah-olah 'merestui' tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
 
"Pesuruhjaya PAS Selangor terlebih dahulu membuat himpunan menentang GST pada Jumaat di sebuah masjid di DUN Chempaka. Kata-kata (dakwaan PAS sokong GST) tidak betul, apa sahaja kaedah yang membebankan rakyat kita tidak bersetuju," katanya lagi.
 
Pakatan Harapan (PH) semalam menganjurkan Himpunan Tolak GST sempena setahun pelaksanaannya.
 
Demonstrasi jalanan itu bertumpu di Dataran Merdeka selepas empat lokasi utama Masjid Jamek Kampung Baru, Pasar Seni, Jalan Sultan dan Kompleks Beli Belah SOGO dijadikan tempat berkumpul peserta dan pemimpin pembangkang.
 
Bagaimanapun himpunan tersebut dilihat gagal apabila jumlah kehadiran peserta hanya sekitar 2,000 orang meskipun mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir memberi ucapan sebelum himpunan ditamatkan.
 
Selepas setahun cukai GST diperkenalkan, pembangkang masih menolak pelaksanaannya walaupun terbukti kutipan cukai itu benar-benar membantu mengukuhkan kedudukan kewangan negara di kala harga minyak dunia jatuh merudum.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan berkata pihak kastam berjaya mengutip hasil lebih RM51 bilion sejak pelaksanaan GST, berbanding kutipan RM37.2 bilion pada 2014 tanpa GST.
 
Kutipan itu yang lebih tinggi daripada jangkaan asal itu membolehkan kerajaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia pada masa ini,
 
 

Najadi: Jika PM mudah pindah berbilion, begitu juga pengganas

Posted: 03 Apr 2016 05:24 PM PDT

MALAYSIAKINI




Pascal Najadi, anak pengasas AmBank Hussain Najadi yang terbunuh, menimbulkan kebimbangan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak memindahkan berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya di AmBank, membayangkan kaedah-kaedah yang cukup longgar untuk organisasi pengganas melakukan perkara sama .

"Kami mempunyai sebab untuk bimbang melihat skala (pemindahan) wang besar-besaran yang seolah-olah bebas dibersihkan oleh pentadbiran Malaysia, undang-undang, dan keadilan.

"Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa keseluruhan pengubahan wang haram dalam skala besar berbilion dolar AS adalah mungkin dianjurkan di Malaysia.

"Kami mengingatkan dunia bahawa ini menimbulkan, pada pendapat kami, menambahkan risiko yang tidak diingini pertubuhan pengganas yang menggunakan Malaysia sebagai hab pengubahan wang haram di Asia Tenggara," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Pascal menyatakan bahawa dalam kes Najib, wang dari Timur Tengah kelihatan seolah-olah mengalir tanpa disedari pengawal selia dan Bank Negara selama bertahun-tahun.

"Ini adalah jelas dan menghadirkan bahaya kepada Malaysia dalam ujian terhadap pertempuran global menentang keganasan dan jenayah terancang.

"Tabung kewangan antarabangsa dan pendakwa antarabangsa yang berusaha mendedahkan [dakwaan] rompakan besar 1MDB patut memberi tekanan kepada Putrajaya agar benar-benar membersihkan jenayah pengubahan wang haram di Malaysia," katanya.

Najib saksi perjanjian antara Sarawak dan Petronas

Posted: 03 Apr 2016 05:21 PM PDT

BERNAMA




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan pemeterian Perjanjian Utama antara Sarawak dan Petronas bagi pembekalan 450 juta standard meter padu sehari (mmscfd) gas asli untuk sektor tenaga dan bukan tenaga di Sarawak.

Beliau turut menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalankan kajian bersama Pelan Induk Petrokimia Sarawak.

Mengikut Perjanjian Utama, Petronas akan membekalkan 250 mmscfd gas asli kepada Sarawak Energy Bhd (SEB) untuk loji tenaga sedia adanya Tanjung Kidurong, Bintulu, dan loji tenaga baharu 1,200 MW di Taman Perindustrian Samalaju.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) (Huluan) Petronas Datuk Mohd Anuar Taib.

Pada majlis yang sama Najib turut menyaksikan pemeteraian Jualan Gas (GSA) baharu untuk tempoh 20 tahun antara SEB dan Petronas bagi membekalkan 100 mmscfd gas aslu ke lojinya di Bintulu.

Perjanjian itu ditandatangani oleh CEO Kumpuan Datuk Torstein Dale Sjotveit dan anggota Lembaga Pengarah Datuk Fong Joo Chung bagi Sarawak Energy, manakala Petronas diwakili Mohd Anuar.


Jerebu: 77 sekolah di Sabah ditutup esok

Posted: 03 Apr 2016 05:12 PM PDT

BERNAMA




Sebanyak 77 sekolah rendah dan menengah di kawasan daerah Papar, Kuala Penyu dan Beaufort ditutup esok disebabkan masalah jerebu.

Pemangku Pengarah Pendidikan Sabah, Maimunah Suhaibul berkata daripada jumlah itu 53 sekolah di daerah Beaufort, Papar (10) dan Kuala Penyu (14).

"Jumlah 77 sekolah ini melibatkan 9,365 pelajar sekolah menengah dan 11,648 murid sekolah rendah," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Menurut Maimunah, berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar, Indeks
Pencemaran Udara (IPU) di Membakut yang terletak dalam daerah Beaufort semalam ialah 279.

Beliau berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa keadaan jerebu esok, bagi menentukan tindakan seterusnya yang bakal diambil.-Bernama


Lim: Bagaimana agresif SPRM siasat Najib berbanding Guan Eng?

Posted: 03 Apr 2016 05:09 PM PDT

MALAYSIAKINI




Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang mahu tahu bagaimana sikap agresif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbanding siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kit Siang mendakwa agensi itu segera bertindak apabila BN mengenakan tuduhan rasuah terhadap Guan Eng, dan menghantar pegawainya secepat kilat untuk mencari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

"Kerana skandal RM4.2 bilion derma Najib ialah 1,500 kali lebih besar daripada yang dikatakan skandal banglo RM2.8 juta Guan Eng, manakala skandal RM55 bilion 1MDB adalah 20,000 kali lebih besar daripada skandal yang dikatakan itu, adakah SPRM telah mengarahkan ratusan pegawainya untuk menyiasat skandal mega Najib, mencari sepantas kilat pejabat perdana menteri di Putrajaya dan mengangkut dokumen-dokumen?

"Jika tidak, kenapa?" Kit Siang menyoal pada satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah membangkitkan persoalan itu sambil menggesa SPRM membuktikan bahawa ia bukan merupakan bidak politik yang digunakan untuk mensasarkan pembangkang.

SPRM kini menyiasat anak Kit Siang selepas seorang ahli parlimen BN mendakwa Guan Eng membeli banglo jauh lebih rendah daripada nilai pasaran pada tahun lepas.

Agensi pembanteras rasuah itu sebelum ini juga mengemukakan dua kertas siasatan berhubung derma RM2.6 bilion dan skandal RM42 juta wang SRC International yang dikaitkan dengan Najib.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagaimanapun memutuskan tiada tindakan lanjut berhubung kedua-dua kes itu, dan membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang kesalahan.
Sama ada Guan Eng dan Najib, kedua-duanya menafikan melakukan kesalahan rasuah.


'Kehadiran rendah di demo anti-GST bukti PAS kuat'

Posted: 03 Apr 2016 05:05 PM PDT



Kehadiran kurang memberansangkan di himpunan anti-GST semalam adalah bukti kekuatan PAS, kata Timbalan Presiden parti Islam itu Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Dalam konteks dari jumlah kehadiran mungkin gagal, sebab PAS tak menyertai. Kalau PAS sertai (himpunan itu) jumlahnya lebih besar," katanya di Putrajaya hari ini.

Lebih 2,000 berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri protes itu.

Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding himpunan terakhir anjuran PAS bagi menentang Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang menarik kehadiran kira-kira 4,500 peserta.

Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata perhimpunan anti-GST semalam tidak bermaksud ia gagal.

"Tengok pada jumlah tak berjaya tapi tengok pada isu, ia satu kejayaan. Sebab isu itu walaupun rakyat tak demo, bukan bermakna rakyat tak sokong," katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan PAS Putrajaya hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, pemimpin nombor dua PAS itu berkata kurangnya peserta Melayu pada Perhimpunan Bersih 4 turut membuktikan keupayaan parti itu dalam menggerakkan peserta.

Katanya, beliau sendiri mahu parti itu menggerakkan protes Bersih selama dua hari, tetapi presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan sebaliknya.

"Kurang 10 peratus yang turun. Tanpa PAS himpunan akan gagal.

"Masalahnya kita tak sedar kita kuat. Kita tak sedar kita kuat. Kita rasa kita lemah," katanya.


Pemuda BN S'wak diminta sokong calon pilihan Adenan

Posted: 03 Apr 2016 05:00 PM PDT

BERNAMA





Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak diminta agar menerima keputusan pemilihan calon oleh BN Negeri pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) akan datang.

Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata keputusan kepimpinan tertinggi BN perlu diterima dengan hati terbuka dan memberikan sokongan padu kepada calon-calon dalam pasukan Adenan.

"Kalau diumumkan sahaja siapa calon BN, calon itu mesti kita dekati dan sokong penuh supaya BN dapat menang dengan majoriti besar," katanya ketika berucap di pelancaran Armada Pemuda BN Zon Sibu - Misi Kemenangan di Dewan MUC, di Sibu semalam.

Hadir sama, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee.

Fadillah, yang juga menteri kerja raya, berkata kemenangan dengan majoriti besar pada PRN kali ini perlu bagi memastikan Adenan dapat membawa suara yang kuat ke peringkat kerajaan persekutuan.

Katanya dengan kemenangan dengan majoriti besar akan memberi manfaat besar kepada negeri dan rakyat Sarawak kerana akan dapat menikmati lebih banyak lagi pembangunan yang disalurkan oleh ker
ajaan pusat.
Kemenangan besar BN pada PRN-11 adalah isyarat kepada pembangkang seperti DAP, PKR, PAS dan AMANAH bahawa majoriti rakyat Sarawak tidak menerima dan menyokong mereka, katanya.

Beliau berkata Pemuda BN Sibu perlu mempertahankan kerusi DUN Nangka dan DUN Bawang Assan dengan majoriti besar di samping merampas kembali tiga kerusi BN yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya negeri lepas iaitu Dudong, Pelawan dan Bukit Assek.- Bernama


Amanah hantar surat kepada Ketua Menteri Sarawak

Posted: 03 Apr 2016 04:54 PM PDT

Penyiasat MH370 periksa penemuan serpihan terbaharu

Posted: 03 Apr 2016 04:51 PM PDT

SINAR HARIAN


MH370


SYDNEY - AUSTRALIA. Serpihan yang ditemui di Pulau Rodrigues, Mauritius akan diperiksa oleh penyiasat bagi mengenalpasti sama ada ia adalah milik pesawat MH370, kata pegawai Australia.

Serpihan terbaharu yang ditemui kurang dua minggu selepas pegawai mengesahkan dua keping serpihan di pantai Mozambique hampir pasti adalah pesawat yang hilang 8 Mac 2014 lalu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

[ARTIKEL BERKAITN: Hampir pasti serpihan dari MH370]

"Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan pegawai dari Mauritius untuk mengambil serpihan itu bagi tujuan pemeriksaan," kata Menteri Pengangkutan Australia, Darren Chester dalam satu kenyataan dipetik AP.

Bagaimanapun, Chester tidak mengeluarkan apa-apa maklumat lain seperti bila ia ditemui atau individu yang menjumpai serpihan itu serta tidak mengesahkan samada serpihan itu adalah kelihatan seperti milik pesawat itu.

Sebelum ini, satu serpihan dipercayai bahagian dalam pesawat MH370 ditemui di sebuah pulau di Mauritius, timur Afrika.

Pakar Bebas MH370 (IG), Don Thompson memberitahu news.com.eu, melalui penelitian gambar serpihan tersebut, ia kelihatan padan dengan dinding penghadang kelas perniagaan pesawat Boeing 777.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lagi serpihan dipercayai MH370 ditemui]

Sementara itu, kedua-dua keping serpihan yang dijumpai di Mozambique telah diterbangkan ke Australia dan diperiksa oleh sepasukan penyiasat dari Australia, Malaysia dan Boeing.