Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


LGE Exco tanah tapi tak tahu Jalan Manggis untuk PPRT?

Posted: 28 Mar 2016 08:30 PM PDT






Banyak kantoi Guan Eng. Baca di Snapshot2016 SINI. Ada dokumen, ada video dlll. Sah kantoi ...


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


WAJAH-WAJAH CURIGA LIM KIT SIANG

Posted: 28 Mar 2016 07:06 AM PDT

   
   
   

Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Fatwa Perlis anak tidak sah taraf canggah Fatwa Kebangsaan

Posted: 28 Mar 2016 07:43 PM PDT

AYER KEROH – Pusat Perkhidmatan BN Negeri Melaka (Pembela BN) mencadangkan supaya undang-undang syariah mengenai status anak tidak sah taraf di setiap negeri diseragamkan agar tidak berlaku kekeliruan di kalangan umat Islam terutama yang berdepan masalah sedemikian.

Pengarahnya, Amir Hamzah Aziz berkata definisi anak tidak sah taraf mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan adalah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

Menurutnya, ketika ini, Majlis Fatwa Perlis menetapkan anak yang lahir kurang enam bulan selepas ibunya berkahwin boleh dibinkan kepada suaminya, kecuali jika dinafikan si suami.

"Sedangkan mengikut majlis fatwa kebangsaan, anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh memusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali,” katanya ekoran Pembela BN Melaka menerima banyak kes seumpama itu di negeri ini.

Beliau berkata, perkara ini perlu diberikan pemahaman sejelasnya kepada rakyat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

"Sekiranya boleh digunakan pakai seperti Perlis justeru masing masing akan lari ke Perlis untuk mendaftar dan Majlis Fatwa Peringkat Kebangsaan perlu menyelaraskan supaya setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan yang sama.

image

"Penyelarasan ini memudahkan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) supaya sekiranya fatwa berkenaan boleh digunakan pakai, pihak berkenaan boleh mendaftarkan anak berstatus sedemikian," katanya.

Sementara itu, Mufti Melaka, Dr Mohd Muhadis Yasin turut menjelaskan negeri ini masih menggunakan pakai fatwa diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Anak yang dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh), ia  tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

"Anak itu juga tidak boleh pusaka memusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/selaraskan-status-anak-tak-sah-taraf-1.333079

image

 

Shahidan jangan cuba menggunakan nama YAB TPM dalam isu ini. Kerana belum ada sebarang kenyataan ditemui berkaitan dengannya.

Ini bukan kali pertama Perlis pro wahabi bercanggah pandangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan bahkan isu zikir menari juga Ia berbeza dengan Mufti yang lain seperti ditulis oleh Dato Zainul Rijal Abu Bakar di sini

Adab berbeza pandangan

OLEH DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
05 November 2015 4:00 PM

PERBINCANGAN mengenai perkara cabang dalam isu agama semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam ketika ini. Pada asasnya ia positif kerana dapat meningkatkan pemahaman kepada aspek agama itu sendiri. Namun sudah lumrah apabila bercakap tentang perkara cabang pasti akan muncul perbezaan pandangan sama ada dalam kalangan agamawan apatah lagi khalayak awam.

Perbezaan pandangan dalam isu khilafiah ini perlu diuruskan sebaik mungkin agar tidak menjadi barah dalam kalangan masyarakat Islam. Perkara pokok atau utama sudah disepakati bahawa perbezaan pandangan tidak boleh dibenarkan. Umpamanya dalam isu keesaan Allah tidak boleh ada perbezaan pandangan, begitu juga dengan kedudukan dalil-dalil yang bersifat definitif atau qatie perlulah diterima seadanya.

Namun fleksibiliti diberikan di dalam perkara cabang dengan meraikan pandangan yang berbeza selagi tidak melibatkan perkara akidah ataupun perkara pokok. Walaupun demikian penulis perhatikan terdapat kegagalan dalam kalangan orang Islam meraikan perbezaan pandangan sama ada pandangan antara mazhab atau ulama di sesuatu tempat.

KEGAGALAN RAI PERBEZAAN

Terkini apabila Mufti Kerajaan Negeri Perlis mengeluarkan fatwa zikir menari adalah haram di sisi hukum syarak, tetapi Mufti Negeri Sembilan pula memfatwakan sebagai harus. Maka, hebohlah seluruh negara membincangkan perkara ini dengan masing-masing memberi pelbagai hujah sama ada menyebelahi Mufti Perlis atau Mufti Negeri Sembilan.

Saya mengakui bukanlah seorang yang layak membincangkan hal fatwa ini kerana tidak mempunyai kelayakan formal di dalam bidang agama dan tidak ada kuasa memberi pandangan berkaitan hukum. Tetapi apa yang ingin dikupas di ruangan ini ialah dari sudut menguruskan perbezaan pandangan ataupun adab al ikhtilaf.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak perbezaan pandangan muncul dalam Islam. Ini sepatutnya bukan merupakan kelemahan tetapi kekuatan untuk agama Islam itu sendiri.

Sudah lazim kita ketahui terdapat empat mazhab fikah yang besar di dalam Islam iaitu Mazhab Shafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi. Kemunculan empat mazhab besar ini menzahirkan simbol perbezaan pandangan dalam kalangan ulama. Malah Imam Shafie pun mempunyai perbezaan pandangan yang disebut sebagai qaul al qadim dan qaul al jadid.

Dahulu perbezaan pandangan antara mazhab dan ulama ini diraikan dengan baik. Tidak timbul sumpah seranah, momokan atau hinaan terhadap suatu pandangan yang asing bagi seseorang itu. Namun sejak kebelakangan ini hilangnya penghormatan terhadap perbezaan pandangan ini semakin menjadi-jadi.

Perbezaan pandangan sebegini bukan hanya terjadi di dalam agama Islam sahaja. Kristian umpamanya juga mempunyai perbezaan dalam kalangan pengikutnya yang mengakibatkan munculnya pelbagai aliran Kristian seperti Katolik, Protestan, Ortodoks, Methodist dan banyak lagi.

Namun mereka semua mengakui mereka adalah Kristian. Antara perbezaan yang sangat ketara ia perayaan Krismas yang disambut pada 25 Disember setiap tahun.

Sayas dimaklumkan penganut Kristian Ortodoks tidak menyambut perayaan tersebut pada 25 Disember tetapi pada 7 Januari. Perbezaan sambutan selama dua minggu ini tidak menjadi masalah besar kepada penganut Kristian.

Bagi kalangan umat Islam pula apabila umat Islam di Malaysia menyambut hari raya lebih dahulu daripada umat Islam di Indonesia umpamanya ataupun sebaliknya pelbagai reaksi diperoleh dengan menghujahkan tidak ada kesatuan di dalam agama Islam.

TIDAK PERLU DIPERBESARKAN

Islam mengajar menghormati perbezaan pandangan dalam perkara berkenaan. Mungkin sebahagian golongan tidak lunak duduk bersama dengan orang yang berbeza pandangan dengan mereka tetapi haruslah disedari perbezaan pandangan inilah yang menjadikan agama Islam itu lebih anjal dan dapat diterima pelbagai lapisan masyarakat.

Di dalam kitab Jaami Bayan al ilm, Umar Abdul Aziz berkata: "Tidak aku sukai jika para sahabat tidak berbeza pendapat kerana jika mereka semuanya mempunyai pandangan yang sama maka manusia akan berada dalam kesempitan."

Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Mohd. Zin pernah menggariskan adab-adab berbeza pandangan di dalam perkara khilafiah di mana beliau merangkumkan ke dalam empat perkara besar iaitu:

Perbezaan pendapat janganlah membawa kepada perpecahan umat Islam.

Perbezaan pendapat dalam perkara ijtihad adalah perkara biasa dalam Islam, tetapi janganlah sampai merosakkan kasih sayang dan perpaduan umat Islam.

Menjaga hak-hak persaudaraan Islam

Hasan al-Banna menegaskan: "Perbezaan pendapat dalam masalah furu' (cabang) tidak boleh dijadikan sebab untuk berpecah dalam agama yang membawa kepada permusuhan dan pertengkaran kerana setiap mujtahid ada ganjarannya.

Menghormati pendapat berbeza

Imam al-Shafie adalah antara tokoh yang sangat terbuka, bertoleransi dan menghormati pendapat serta pandangan orang lain. Beliau sangat terkenal dengan ungkapannya 'pendapat kita betul, ada kemungkinan ia salah dan pendapat orang lain salah, ada kemungkinan betul.'

Boleh dianggap taksub melulu dalam kalangan umat Islam sekiranya terlalu menghendaki orang lain menerima pendapatnya. Kerana mereka percaya pendapat mereka sahaja yang betul, manakala pendapat orang lain semuanya salah dan tidak menepati kebenaran.

Golongan ini lupa bahawa pendapat mereka hanya satu ijtihad sahaja. Ijtihad mereka hanya merupakan satu pandangan yang boleh jadi salah dan boleh jadi betul. Oleh itu kenapa mereka fanatik dan memperbodohkan pendapat orang lain. Adakah mereka dijamin ismah (tidak melakukan kesalahan) seperti Rasulullah SAW.

Tidak menggunakan perkataan keras dan kasar

Orang Islam hendaklah menjadi orang beradab dengan adab-adab Islam dan berakhlak dengan akhlak-akhlak al-Quran dan al-Sunah. Antara adab dan akhlak tersebut ialah mengelakkan daripada membuat dakwaan palsu dan tuduhan liar dalam ucapan dan tulisan. Kata-kata kesat dan kasar boleh 'meliarkan' orang ramai. Gunakanlah perkataan yang lembut dan membuat takwilan yang wajar dan munasabah.

Menguruskan perbezaan pandangan ini amatlah penting bagi umat Islam kerana kegagalan menguruskannya mungkin akan menyebabkan umat Islam terjerumus ke kancah perpecahan.

– See more at: http://m.utusan.com.my/rencana/agama/adab-berbeza-pandangan-1.154949#sthash.5Y23MshL.dpuf

 

Baca juga laporan berita Mufti Perlis Di pentas anjuran NGO Sister in Islam isu nama anak tidak sah taraf ini

 

Kaji semula fatwa nasab anak bawah enam bulan – Mufti

25/02/2012 8:38pm
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengkaji semula fatwa melarang anak yang lahir kurang enam bulan selepas perkahwinan, dinasabkan (dibinkan) kepada bapanya.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, kajian semula itu perlu dilakukan kerana keputusan tersebut hanya disandarkan kepada dalil bersifat tafsiran (mafhum) dan bukannya ditetapkan (mantuq).

Menurutnya, terdapat satu dalil mantuq iaitu sebuah hadis dalam sahih Bukhari dan Muslim yang menyebut bagaimana Rasulullah mengiktiraf nasab seorang anak selepas bapanya mengakui bahawa anak itu adalah anaknya tanpa mempersoalkan apa-apa.

"Saya menimbulkan isu ini bukan mahu menggalakkan zina kerana zina bukan sahaja diharamkan oleh Allah malah mendekatinya juga dilarang.

"Namun, apa yang saya mahu timbulkan ialah kewajaran kita menghukum anak yang lahir tidak cukup enam bulan selepas ibu bapanya berkahwin dilarang daripada dinasabkan kepada bapanya sendiri.

"Adakah ini yang syarak tetapkan sedangkan ada satu hadis yang boleh kita jadikan panduan iaitu hadis yang mengisahkan pertikaian dua sahabat terhadap seorang kanak-kanak.

"Asas kandungan hadis itu nasab anak adalah berasaskan kepada perkahwinan dan diakui bapanya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam forum `Ada Apa Pada Nama' anjuran Sisters In Islam di sini hari ini.

Turut menjadi ahli panel pada forum tersebut ialah Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya dan pengamal undang-undang, Nizam Bashir.

Panel itu dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (Kanita), Prof. Dr. Rashidah Shuib.

Pada 1971, persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan, tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

Juanda berkata, atas sebab itu juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 2009 mengeluarkan fatwa bahawa anak yang lahir di bawah enam bulan selepas ibunya berkahwin boleh dinasabkan kepada suaminya kecuali ia dinafikan oleh suaminya itu.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada hadis Rasulullah. Ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan kira-kira 20 sahabat.

"Oleh itu, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu melihat semula soal ini supaya masalah nasab ini dapat segera diselesaikan. Soal nasab ini amat penting kerana ia melibatkan maruah dan nama baik semua yang terlibat," ujarnya.

Beliau berkata, akibat daripada fatwa tersebut juga menyebabkan bayi yang lahir di bawah enam bulan selepas perkahwinan tidak boleh dinasabkan kepada bapanya walaupun bapa berkenaan mengaku bayi itu adalah anaknya.

"Satu lagi masalah yang dihadapi, bapa terbabit tidak boleh `berbin' atau `berbinti' pada dirinya apabila melakukan pendaftaran di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) kerana dikatakan `terikat' dengan fatwa tersebut," ujarnya.

Ismail pula ketika membicarakan isu sama berkata, keputusan yang dibuat oleh hakim dalam menentukan satu-satu kes termasuk nasab adalah bersandarkan kepada sumber syarak dan tidak tertakluk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Sebelum keputusan dibuat pihak hakim akan buat siasatan dan penelitian dengan berdasarkan sumber-sumber hukum syarak yang sedia ada," katanya. – UTUSAN

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0225&pg=bt_32.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&y=2012#ixzz44FyTNZn4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan anda boleh baca di sini :

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/jakim-anak_tak_sah_taraf.pdf


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:03 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Najib... lebih baik undur jika tak tahu tadbir negara' - Abdullah Sani

Posted: 28 Mar 2016 08:27 PM PDT

Saya hanya dapat kitab, Najib RM2.6 bilion, kata Dr Mahathir

Posted: 28 Mar 2016 08:15 PM PDT

Kit Siang: Isu banglo Guan Eng diperbesarkan alih perhatian rakyat

Posted: 28 Mar 2016 08:15 PM PDT

'Budaya bodek' gagalkan institusi negara ini, kata Maria Chin

Posted: 28 Mar 2016 08:14 PM PDT

Husam : PAS must stand against Najib now

Posted: 28 Mar 2016 08:11 PM PDT

Party firebrand is sole PAS man at Save Malaysia campaign tour.
pas
KUALA LUMPUR: PAS firebrand Husam Musa wants the Islamic party to make a stand against Prime Minister Najib Razak now, instead of giving a chance to the embattled leader to stay until the next general election.
Saying the Islamic party was losing out on the people's movement, Husam criticised his president, Abdul Hadi Awang, for not actively opposing Najib's leadership.
"I am puzzled with my party. My president (Abdul Hadi) says he wants Najib to stay until (the next) general election, lest chaos would erupt.
"When Mahathir (Mohamad) quit, there was no chaos. When Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) quit, there was no chaos. What is so special about Najib? Is he better than Mahathir?," he asked a 1,000 strong crowd at the "Save Malaysia" movement's first stop on its nationwide tour at the Ampang Jaya City Council field last night.
The former PAS vice-president was the sole PAS leader to turn up for the event, alongside Pakatan Harapan leaders and former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad.
The Salor Assemblyman also accused Hadi of having wanted to form the state government with Umno during the Selangor Menteri Besar crisis in 2014.
Hadi had on many occasions stated that he would stand by his party's "opposition through advice" stance towards Umno and had even said he would support Umno if it "returned to Islam".
Husam's fate in PAS is under review by the party's disciplinary body, after he was booked for criticising the party's leadership and the Kelantan state government over logging concessions.

Dosa lampau Mahathir urusan beliau dengan tuhan – Tian Chua

Posted: 28 Mar 2016 08:08 PM PDT

Dr Mahathir mendengar suara rakyat untuk berundur selepas 22 tahun berkuasa dan beliau mengaku pernah membuat silap.
tian-chua-mahathir
KUALA LUMPUR: Dosa dan kesalahan lampau yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mentadbir negara selama 22 tahun merupakan urusan beliau dengan tuhan, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua
Beliau berkata, pembangkang mahu melupakan peristiwa lampau dan memberi fokus kepada masa depan negara menerusi usaha menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, keutamaan pembangkang ketika ini ialah memastikan kejayaan Deklarasi Rakyat.
"Bukan Mahathir yang penjarakan saya tetapi sistem yang dipanggil Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA), satu sistem yang menekan kita. Oleh kerana itulah kita sering melaungkan tukar sistem bukan tukar orang.
"Ini semua bukan soal Dr Mahathir. Jika anda kata beliau seorang yang jahat, sekarang beliau sudah letak jawatan. Sepatutnya keadaan negara menjadi lebih baik tetapi ia tidak berlaku.
"Sekurang-kurangnya orang tua ini mendengar suara rakyat untuk berundur. Beliau mengaku pernah membuat salah tetapi itu adalah urusan beliau dengan Tuhan," katanya kepada FMT.
Tian Chua berkata, pembangkang mahu Najib berundur dan menukar sistem kerana Perdana Menteri itu bertanggungjawab dalam banyak skandal dan telah merosakan nama negara di mata dunia.
Ahli Parlimen Batu itu menjelaskan, serangan terhadap Najib bukan peribadi tetapi Najib telah melakukan banyak kesilapan dan perlu berundur untuk kebaikan negara.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang dari AMANAH, Hanipa Maidin berkata, fokus pembangkang sekarang bukan kepada Dr Mahathir kerana beliau tidak lagi berkuasa.
"Lebih penting sekarang ini beliau sedia bekerjasama dengan pembangkang untuk Selamatkan Malaysia dan menyingkirkan Najib. Ini lebih penting," katanya.

'Kebanyakan ahli, pemimpin Umno kini bisu, pekak, buta'

Posted: 28 Mar 2016 07:59 PM PDT


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas ahli dan pemimpin bawahan Umno yang marah kerana dirinya bersama pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 Sambil mengakui kerjasama itu memang pelik dan aneh kerana mereka adalah musuh ketat, namun katanya, beliau dan Lim mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.
"Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh Umno.
"Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin Umno sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib.
"Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong," tulisnya di laman blog.

Kemunculan Mahathir di Pandan malam tadi mengejutkan

Posted: 28 Mar 2016 07:51 PM PDT

Tun Dr Mahathir di Pandan Jaya malam tadiTun Dr Mahathir di Pandan Jaya malam tadi
Kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamed di Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di Pandan malam tadi mengejutkan pelbagai pihak kerana bekas perdana menteri selama 22 tahun itu tidak dijadualkan untuk datang.
Sebuah laman online, Malaymail Online (MMO) sebelum ini melaporkan, PKR berpecah ekoran perebutan untuk mendapatkan Tun Mahathir antara timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan naib presiden Rafizi Ramli.
Azmin dikatakan oleh MMO menyekat Tun Mahathir dari datang ke majlis di kawasan Rafizi malam tadi kerana beliau mahu Tun Mahathir datang ke majlis yang di kawasannya iaitu Gombak.
Namun dengan kedatangan Tun Mahathir malam tadi, pelbagai tanda tanya timbul, antaranya apakah laporan pertembungan dalam PKR itu palsu atau Tun Mahathir tidak mendengar kata-kata Azmin.
Tun Mahathir datang dan memberikan ucapan yang mendapat perhatian ramai malam tadi di Pandan Jaya.
Semasa memberikan ucapan malam tadi, antara lain Tun Mahathir berkata, ada orang berbisik kepada beliau, "Awak sudah tua. 22 tahun sudah jadi Perdana Menteri. Nak jadi perdana menteri lagi buat apa."
Tun Mahathir menjawab, "Saya kata saya sebelum ni letak jawatan. Ingin bagi peluang kepada generasi muda. Tetapi ini tidak berlaku.
"Kita berada di sini kerana negara bermasalah. Negara tidak ditadbir dengan baik. Pemimpin hidup belanja mewah yang bukan duitnya sendiri," kata Tun Mahathir.
Menurutnya, GST dikutip untuk membayar hutang kerajaan.
"Tu pun tak cukup. Kerajaan tak ada duit. Negara kita ini sudah rosak," kata Tun Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah Azmin canggah Hadi di Kongres Rakyat?

Posted: 28 Mar 2016 07:50 PM PDT


Azmin berucap di Kongres RakyatAzmin berucap di Kongres Rakyat
Apakah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sudah tidak bersama PAS lagi apabila beliau menyifatkan pihak yang tidak mahu bersama gerakan menurunkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perosak harapan rakyat.
"Kita mahu Najib turun sekarang," kata Azmin ketika berucap di Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam Ahad lepas yang secara langsung bertentangan dengan sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yanhg mahukan Najib dipertahankan untuk dijatuhkan menerusi pilihan raya umum.
Menurut Azmin, petaka yang sedang dihadapi rakyat akibat salah urus pentadbiran Najib tidak mampu lagi untuk ditanggung rakyat.
"Saya, parti Keadilan Rakyat, Tun Mahathir dan kita semua mungkin masih boleh menerima kalau Najib terus berkuasa sehingga berlaku pilihanraya tapi rakyat tidak sanggup lagi menanggung," kata beliau diringi tepukan gemuruh di majlis itu.
Perhimpunan kongres rakyat menurut beliau amat bersejarah kerana buat pertama kali pihak-pihak yang saling bertentangan dalam politik dapat duduk bersama.
"Saya sendiri tidak pernah terfikir detik bersejarah seperti ini akan berlaku," katanya.
Sebelum ini, Hadi sering menegaskan, PAS akan melaksanakan politik matang iaitu mahukan pemimpin dijatuhkan semasa pilihan raya.

Kemelut politik Terengganu sudah berakhir – Razif

Posted: 28 Mar 2016 07:48 PM PDT

Hanya provokasi politik sahaja yang disebar luas menerusi media sosial mengenai politik negeri, kata Menteri Besar Terengganu.
Ahmad Razif
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata isu politik yang timbul di Terengganu telah berakhir dan kemelut yang disebar luas di media sosial hanyalah spekulasi semata-mata.
Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri turut menafikan akan ada Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti yang diviralkan sejak beberapa minggu lepas.
Isu berkenaan timbul setelah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan undi tidak percaya ke atas Razif pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), 8 Mac lepas namun ditolak Speaker DUN, Datuk Mohd Zubir Embong.
"Kita tak ada isu di Terengganu, ianya hanya viral dan kita tak ada masalah… Terengganu masih lagi 17 BN (Barisan Nasional), 14 PAS dan satu PKR.
Kalau berlaku apa-apa keadaan di DUN Kijal, kita masih lagi 16 BN, 14 PAS, satu PKR, satu Bebas dan kita masih lagi kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan kira-kira 100 pengamal media pada Majlis Makan Malam Santai Menteri Besar bersama Media Terengganu di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Ahmad Razif turut meminta kepada semua pihak untuk menghentikan segala provokasi yang hanya boleh merugikan rakyat.
"Saya tak nampak akan terjadi apa-apa…saya rasa banyak provokasi yang mungkin cuba menggagalkan apa yang sedang kerajaan buat sekarang ini," katanya.
Beliau berkata, tidak ada isu serius yang berlaku dan jangan lagi dijadikan isu ini sebagai tajuk utama yang hanya boleh membawa kerugian dan kebimbangan kepada rakyat hingga menyebabkan segala pembangunan yang dirancang dan sedang dilaksanakan gagal.
"Jadi saya rasa kita tak perlu layan sangat tentang isu-isu ini dan kita perlu pandang ke depan…apa yang penting ialah kepentingan rakyat dan apa yang berlaku hanyalah seperti ribut dalam cawan," katanya.
Ahmad Razif berkata, beliau akan terus memandang positif dan meneruskan segala pembangunan yang telah dirancang bagi memastikan setiap projek yang dirangka untuk kepentingan rakyat akan dilaksanakan.
"Saya akan terus bergerak ke depan kerana Terengganu sekarang sudah berada di atas landasan yang betul dan kita tak boleh menjadikan apa yang berlaku sebagai penghalang untuk kita laksanakan pembangunan yang dirancang termasuk projek yang dirancang oleh bekas-bekas Menteri Besar dahulu, yang mana apa sahaja untuk rakyat akan menjadi keutamaan bagi saya," katanya.

Saya disiasat makan duit banyak mana, sewa pejabat mewah - kata Tun M

Posted: 28 Mar 2016 07:44 PM PDT

Ulamak patut contohi khalifah berani tegur pemerintah, kata Mat Sabu

Posted: 28 Mar 2016 07:43 PM PDT

Zaid: Buat apa ada pimpin cerdik, tapi menipu rakyat

Posted: 28 Mar 2016 07:42 PM PDT

'Kerajaan sekarang 'muka tak malu', anggap mereka kebal' - Dr Hatta

Posted: 28 Mar 2016 07:42 PM PDT

Saifuddin: UMNO sekarang seperti beruang tampar semua orang

Posted: 28 Mar 2016 07:41 PM PDT

State of Fear: Murder and Money in Malaysia - ABC

Posted: 28 Mar 2016 05:54 PM PDT


BERAPA LAMA LAGI NAJIB MAMPU BERTAHAN?

Posted: 28 Mar 2016 05:34 PM PDT

Sesuatu yang luar biasa mengenai Tun Mahathir Mohamad ialah tentang kesungguhan dan komitmennya yang tinggi terhadap perkara yang diperjuangkan dan ingin dicapainya.

Sebagaimana beliau telah menunjukkan hakikat itu ketika membina dan membangunkan negara ini serta ketika memimpin UMNO sehingga kemenangan dua pertiga sentiasa menjadi dakapannya meskipun diranjau dengan pelbagai cabaran, begitulah kesungguhan dan komitmennya dalam memastikan pengunduran Najib ini.

Setelah keluar UMNO, menggerakkan Deklarasi Rakyat, menghadiri Kongres Rakyat di Shah Alam pada Ahad lalu, pada Isnin malam pula beliau terus di pentas ceramah rakyat  untuk menghadiri Muafakat Selamatkan Malaysia di Pandan Indah.

Walaupun tiada jadual asal untuk bersetuju hadir, tetapi demi komitmen untuk memastikan pengunduran Najib menjadi kenyataan, Tun Mahathir muncul akhirnya.

Petunjuk yang jelas ialah sebagaimana yang dipersetujui bahawa selepas Kongres Rakyat, program-program Selamatkan Malaysia ini akan turun ke negeri-negeri dan seluruh pelusuk tanahair, Tun Mahathir tidak berlengah lagi untuk menunjukkan komitmen sanggup "mengotorkan tangannya"  demi menyelamatkan negara ini.

Beradanya Tun Mahathir sepentas dan duduk sebaris dengan pemimpin-pemimpin pembangkang tidak lagi dilihat rakyat sebagai perbuatan janggal atau bersekongkol dengan musuh, tetapi lebih dianggap sebagai perjuangan untuk menyelamatkan negara yang semakin rosak dek angkara Najib.

Difahamkan juga, dalam waktu terdekat ini Tun Mahathir telah memberi persetujuan untuk turun sekurang-kurangnya ke lima bagi program Selamatkan Malaysia ini iaitu di Selangor, Johor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.
Read More / Baca Lagi >>

Ini baru betul yang berkiblatkan Islam Wasatiyyah Umno..

Posted: 28 Mar 2016 05:31 PM PDT

Buat maksiat tak JIJIK.. tapi kalau kempen bersama rakyat utk selamatkan M'sia dianggap JIJIK !!!

‘Kemarahan rakyat memuncak hadapi badai ganas inflasi, GST’ – Rafizi

Posted: 28 Mar 2016 05:22 PM PDT


Read More / Baca Lagi >>

Muafakat Selamatkan Malaysia: ‘Selangi Najib PM, rakyat sensara’ – Dr M

Posted: 28 Mar 2016 05:20 PM PDT

Lebih 5000 orang membanjiri Padang Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah dalam siri pertama jelajah Muafakat Selamatkan Malaysia.
Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia ini telah menekankan tiga isu utama iaitu mereformasikan institusi, membebaskan Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim dan Undur Najib.
Lebih kurang jam 10.30 malam, pentas tersebut dikejutkan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad serta isterinya Dr Siti Hasmah yang telah mendapat perhatian dari rakyat yang hadir.
Tun Mahathir menyeru supaya rakyat Malaysia menandatangani Deklarasi Rakyat sebagai petisyen terhadap Najib yang akan diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong membukyikan penolakan rakyat ke atas rejim Najib.
"Kita kena jatuhkan Najib, kalau tidak boleh dengan undi tidak percaya, ahli UMNO, rakyat perlu tandatangan deklarasi rakyat untuk undur Najib.
"Kita perlu hidup lebih baik dari zaman penjajah. Selagi Najib jadi PM, hidup rakyat sengsara," katanya.
Antara pemimpin lain yang hadir ialah Mohamad Sabu (Presiden Amanah), Lim Kit Siang (Pengerusi DAP), Datuk Saifuddin Abdullah(Sekretariat Pakatan Harapan) dan Zaid Ibrahim.
Selain itu, Maria Chin (pengerusi Bersih), Datuk Husam Musa dan beberapa pemimpin dari KEADILAN, DAP dan Amanah turut kelihatan di atas pentas.
Dalam ceramah malam itu, kebanyakkan pemimpin menyeru supaya semua rakyat Malaysia turun pada 2 April depan bagi menunjukkan bantahan selepas perlaksaan GST dan secara tidak langsung menggesa PM berundur.
Pentas ini juga turut diserikan dengan nyayian penyanyi Aishah dari parti Amanah dengan lagunya Tanah Pusaka.

Save Malaysia must face the hard truth

Posted: 28 Mar 2016 05:16 PM PDT

Only a political entity can take down PM Najib.
najib-mahathir
Despite the enthusiastic support it has received from the public, the Save Malaysia movement is unlikely to meet its objective of ousting Prime Minister Najib Razak, at least not until the general election.
The campaign is being pushed by some strange bedfellows who, if not for their common opposition to Najib's leadership, would be at each other's throats.
Still, a month after they first held hands for the cameras, the people behind the movement did so again at the much anticipated People's Congress last Sunday. The movement has since garnered more than 100,000 signatures for its Citizens' Declaration.
At the Sunday meeting, the movement's leader, former prime minister Dr Mahathir Mohamad, said that if millions signed the declaration, then the Yang diPertuan Agong would have to accept it. However, he acknowledged that the Malay rulers did not have the power to remove Najib and that the movement was asking for something extra-constitutional. He said he hoped the rulers would listen to the movement's "extraordinary" petition.
It is not impossible for Mahathir and his new found friends to get more than a million signatures, perhaps even a few million, but is there a magic number that will compel the King to ask Najib to resign?
Will it even matter?
Najib's enemies have thrown the sink at him and still he stands. He is in for the long haul and the bulk of Umno's more than three million members have shown no sign that they are going to abandon their president.
It must be pointed out that removing Najib alone will not fix the country's problems. Real reforms are needed in this country and it does not start with Najib's removal because Najib's replacement would come from the same system that produced him. At the end of the day, Umno will still be the biggest party around, with or without Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya Peguam Negara boleh tetapkan kadar denda, bukan BNM - Johari Ghani

Posted: 28 Mar 2016 05:14 PM PDT

Timbalan menteri jelaskan 1MDB perlu membayar denda yang dikenakan
1mdb
KUALA LUMPUR: "Tindakan pentadbiran" oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bukan bersifat jenayah, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, beliau menjelaskan bahawa tindakan pentadbiran selalunya bermaksud mengenakan denda.
"Bank Negara tidak diberi hak untuk menetapkan (kadar) denda.
"Mereka perlu menghantarnya kepada Peguam Negara. Terpulang kepada Peguam Negara untuk menentukannya."
Guan Eng mencelah dan meminta Johari menjelaskan samada denda akan dibayar oleh pegawai bertanggungjawab atau 1MDB.
Pemimpin besar DAP itu berkata sekiranya 1MDB yang perlu menjelaskan denda itu, maka wang pembayar cukai yang akan digunakan, walaupun orang awam tidak melakukan kesalahan.
"Menurut tatacara, apabila siasatan dilakukan, maka syarikat itu yang perlu membayar denda, bukan individu," jawab Johari, dan menambah tindakan itu hanya bagi memastikan semua syarikat mematuhi syarat-syarat untuk pelaburan asing.
Pada 23 Mac, Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengumumkan BNM akan mengambil tindakan pentadbiran terhadap 1MDB selepas syarikat itu gagal mematuhi tarikh akhir penyerahan dokumen yang menjelaskan alasan untuk tidak menyalurkan ASD$ 1.83 bilion dari luar negara pulang ke Malaysia.
Tahun lalu, BNM mengarahkan 1MDB supaya menghantar balik wang itu, susulan pembatalan kebenaran daripada BNM kepada 1MDB di bawah Akta Pertukaran Kawalan 1953 (ECA) untuk pelaburan luar negara.
1MDB menjawab mereka tidak boleh menghantar balik wang itu kerana ia telah diperuntukkan untuk pengurusan hutang.

Perjuangan Tun Mahathir bukan lagi untuk Melayu, dakwa Rais Yatim

Posted: 28 Mar 2016 05:06 PM PDT


Dr Rais YatimDr Rais Yatim
Veteran Umno Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan perjuangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini bukan lagi perjuangan untuk orang Melayu, sebaliknya lebih bersifat peribadi.
Beliau berkata sebagai pemimpin yang telah lama dikenalinya, beliau berasa sedih dengan tindakan yang diambil Dr Mahathir yang jelas bercanggah dengan perjuangannya sebelum ini.
"Saya tak nampak ia (Kongres Rakyat) berjaya sebab amat jelas bahawa Tun mengadakan program-program ini sekali gus menidakkan apa yang dia buat dahulu. Dahulu beliau mempunyai keyakinan dan kesabaran untuk menaikkan UMNO semula dan orang Melayu, sekarang politik beliau bukan untuk orang Melayu lagi, bukan untuk semerbak perjuangan dalam BN (Barisan Nasional) lagi.
"Beliau menjadikan arena politiknya sebagai arena peribadi dan apa sebab, tentulah ada kaitan dengan rentetan peristiwa yang membawa kepada (pemecatan) Datuk Seri Muhkriz di Kedah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas majlis Santapan Minda anjuran Yayasan Budi dan Biro Penerangan BN Parlimen Jelebu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan Kongres Rakyat pada Ahad di Shah Alam, Selangor yang turut disertai oleh Dr Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengulas lanjut, Rais yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan berkata beliau tidak tertarik untuk menyertai atau memberi sokongan kepada hujah-hujah yang disambut baik oleh pembangkang dan pihak yang mahu menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
"Perlu ditegaskan dalam sistem demokrasi dan perundangan negara bahawa memang boleh seseorang itu seperti Tun Mahathir seru agar perdana menteri meletak jawatan. Namun, kesemua ini perlu diasaskan kepada undang-undang negara (yang mana) ada dua perkara yang seharusnya difikirkan.
"Ia ialah apabila Majlis Tertinggi Umno memutuskan tidak percaya kepada beliau (Najib) atau apabila anggota Parlimen di Dewan Rakyat meluluskan undi tidak percaya terhadap beliau. Jika sebarang langkah ini tidak dapat dilaksanakan, maka Najib tidak boleh diseru untuk letak jawatan waima dengan sejuta tandatangan diperoleh oleh Tun Mahathir dan sekutunya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sayang sungguh pak Arab pada Najib, kata Mahathir

Posted: 28 Mar 2016 05:03 PM PDT


Ucapan Dr Mahathir di Ampang Jaya mendapat perhatian hadirin.Ucapan Dr Mahathir di Ampang Jaya mendapat perhatian hadirin.
Sehari selepas berucap di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Tun Dr Mahathir terus tampil menggesa seluruh rakyat menandatangani deklarasi menyingkirkan Najib Razak.
Beliau memanggil Najib sebagai menggadaikan negara tetapi sukar dijatuhkan melalui undi tidak percaya di Parlimen dan tindakan di pihak Umno ekoran gejala suapan dedak.
"Saya harap kita semua tandatangan deklarasi. Mudah saja. Bubuh nama, bubuh IC. Kita kena tandatangan seberapa banyak, lebih banyak lagi baik.
"Saya tiada dedak (habuan wang). Dedak guna untuk (bagi) ayam," ujarnya di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) malam tadi.
Menurutnya, siasatan harus dilakukan terhadap sejumlah wang yang diakui Najib diterima melalui akaun peribadi.
"Pak Arab mana nak bagi (derma)? RM2 pun tak bagi. Saya pernah minta untuk penubuhan universiti Islam, saya dapat kitab. Duit tak dapat pun. Mereka punya sayang pada Najib bagi RM2.6 bilion. Sayang sungguh.
"Bila kita tanya dari mana datang duit ini, dia mula nafi. Kalau tidak Sarawak Report lapor, saya pun tak tahu," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

PARLIMEN :RAFIZI RAMLI AJAR MENTERI CARA KUTIP CUKAI

Posted: 28 Mar 2016 10:26 AM PDT

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 3:39 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Tengku Razaleigh pun sanggup makan dedakdedak akhrnya

Posted: 28 Mar 2016 04:29 AM PDT

Dedak juga jadi pilihannya....
     Ternyata dakwaan Mahathir bahawa Tengku Razaleigh Hamzah adalah individu yang mencadangkan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan melalui undi tidak percaya di Parlimen bukan rekaannya sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Dakwaan Mahathir bahawa Tengku Razaleigh membuat cadangan supaya Najib disingkirkan melalui usul undi tidak percaya di Parlimen, namun beliau kini menukar pendiriannya untuk menyokong Najib.

 Mahathir juga memberitahu Tengku Razaleigh sebelum ini memberitahunya bahawa undi tidak percaya dapat menjatuhkan Najib.

 Tengku Razaleigh kemudian mengedarkan deklarasi undi tidak percaya di kalangan wakil rakyat namun tidak mendapat sokongan majoriti, kata Mahathir.

 Datuk Tajuddin Abdul Rahman telah menafikan dakwaan Mahthir tersebut.

 "Saya akan tahu kalau ia memang ada (tapi) tak ada langsung. Semua berita ini dicipta oleh Mahathir," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Bagaimana pun petang tadi, Liew Chin Tong seorang ahli parlimen DAP telah memuat naik akuan bersumpah (SD) yang tidak ditandatangani di Fesbuk yang dipercayai diedarkan kepada wakil rakyat.

"SD dilampir sini adalah khas untuk perhatian Tajuddin Abdul Rahman" tulisnya dalam status fesbuknya.




    Dokumen itu menyatakan hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menyokong pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tampuk kepimpinan.

  Liew Chin Tong bagaimanapun enggan mendedahkan butirannya.

 "Ini benar-benar berlaku. Ku Li (Tengku Razaleigh) sedang dineutralkan. Saya akan lihat apa yang diperkatakan selepas ini dan saya akan dedahkan lagi," Katanya.

  Siapa sangka, orang macam Tengku Razaleigh pun sanggup makan dedak juga akhirnya.....

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:16 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


"Najib lebih teruk daripada Pak Lah," tegas Mahathir

Posted: 28 Mar 2016 07:23 AM PDT

 ARIF ATAN


Ucaptama Tun Dr Mahathir di Kongres Rakyat ditunggu-tunggu ramai.Ucaptama Tun Dr Mahathir di Kongres Rakyat ditunggu-tunggu ramai.


Berulang-kali Tun Mahathir menggesa seluruh rakyat bangkit menjatuhkan Najib Razak ekoran pelbagai kepincangan kepimpinan Perdana Menteri itu.

Beliau dalam ucaptamanya selama 49 minit di Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam hari ini berkata, usaha menyingkirkan Najib juga dapat dilakukan dengan campur tangan pihak istana.

"Masing-masing dengan NGO, kesatuan sekerja yang ada 14 juta anggota. Dapat 13 juta (tandatangan Deklarasi Rakyat) pun jadilah (nada seloroh). Semua harus tandatangan deklarasi ini.

"Kalau kita dapat berjuta-juta tandatangan, kita dapat tunjukkan pada raja-raja. Moga dapat dilakukan sesuatu usaha untuk menyingkirkan Najib," jelasnya.

Mengulas dakwaan suara yang menuntut Najib berundur kononnya hanya usaha menjatuhkan kerajaan, beliau berkata, itu tuduhan yang diputar belit.
"Ini negara kita. Bukan milik Najib seorang. Saya tinggalkan Umno sebab tak mahu jadi ahli parti Najib. Saya tak rela sebab tujuannya hanya memastikan Najib terus jadi Perdana Menteri," ujarnya.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu turut menyifatkan kepimpinan Najib sebagai lebih teruk daripada Tun Abdullah Badawi.

"Tingkah laku dia (Najib) tak macam Perdana Menteri. Dia suka guna wang untuk pikat rakyat.

"Bila pilihan raya tak berapa baik (keputusan), tambahkan BR1M. Ini semua rasuah nak beli rakyat dengan wang.

"Itu pun saya masih sokong Najib tapi cakap juga janganlah bagi duit pada orang tapi jawabnya, 'cash is king'.

"Saya nampak ini penyakit. Dia (Najib) sembah duit. Dia bagi duit pada orang, nak jadi popular. Bagi sikit-sikit tak dapat sokongan," ujarnya yang sebelum itu merapatkan kedua-dua tangan menggayakan cara orang menyembah.

'Nasihat tak dengar'

Ucaptama Mahathir yang dinantikan ramai hadirin itu turut mendedahkan pelbagai pembaziran dilakukan Najib selain sindiran kepada Rosmah Mansor.

"Majlis perkahwinan (anak Najib) di lima tempat, angkut 300 orang ke Kazakhstan. Masa anak saya dulu kahwin, ada sesiapa di sini tahu?

"Bunga saja RM3 juta. Dah dapat banyak duit, masih nak duit lagi. Saya nasihat Najib, dia tak dengar.

"Perbuatan Najib semua inilah, saya berpendapat dia tak boleh jadi Perdana Menteri. Banyak sangat kesalahan, sampai esok hari pun tak habis. Panjang sangat," tambah Mahathir lagi.

Terdahulu, seramai 18 pembahas mewakili parti pembangkang dan NGO mengambil bahagian dengan dimulai Datuk Zaid Ibrahim selepas nyanyian lagu Negaraku tepat jam 2 petang.

Akhbar Melayu, Inggeris remehkan berita Kongres Rakyat

Posted: 28 Mar 2016 06:52 AM PDT

MALAYSIAKINI




Berita mengenai Kongres Rakyat di Shah Alam semalam yang disertai Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil 'hilang' daripada muka hadapan akhbar-akhbar harian pagi ini.

Utusan Malaysia yang dikuasai Umno menyiarkan isu mengenai banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan aktiviti pembalakan di Perak, manakala jeti haram, iklan elektronik dan Menteri Besar Terengganu menjadi isu muka hadapan New Straits Times, The Star dan Berita Harian.

Hanya akhbar harian Cina menjadikan perhimpunan yang disertai Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam sebagai tajuk utama.

NST membawa satu laporan mengenai himpunan itu di muka surat 12 dengan tajuk 'Dr M Admids to being dictator' (Dr M mengaku jadi diktator), manakala Berita Harian di muka surat 11 bertajuk 'Bertentangan perlembagaan'.

Laporan penuh The Star dengan berhati-hati menulis 'Still trying to warm up' (Masih cuba untuk memanaskan).

Sinar satu-satunya akhbar Melayu 

Utusan menyiarkan laporan mereka mengenai perhimpunan itu di muka 8 dengan artikel enam perenggan bertajuk 'Mahathir akui turunkan Najib tiada dalam perlembagaan'.

Satu-satunya laporan lain Utusan terhadap acara sehari suntuk itu ialah laporan pendek yang menumpukan kepada ucapan MP Seputeh Teresa Kok mengenai isu pembelian banglo Guan Eng.

Sinar Harian merupakan satu-satunya akhbar harian bukan berbahasa Cina yang menyiarkan muka depan dengan tajuk 'Rakyat Sudah Hilang Sabar' dan gambar menunjukkan Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjulang tangan dengan musuh-musuh politik mereka seperti Datuk Seri Azmin Ali, Lim Kit Siang dan Datuk Mahfuz Omar.

Akhbar harian berbahasa Melayu itu membuat liputan dengan tiga laporan halaman penuh.

Akhbar harian Cina kebanyakannya menonjolkan gambar yang bersejarah dengan Sin Chew Daily menampilkan Lim berjabat tangan dengan Muhyiddin Yassin dan Mahathir dengan tajuk 'Umno menentukan PM baru'.

Oriental Daily memilih tajuk 'Perjumpaan tertutup serang Najib' manakala Nanyang Siang Pau bertajuk 'Tandatangani Deklarasi Rakyat tanpa Takut', dengan memetik ucapan Mahathir semalam yang menggesa orang ramai menyokong gerakan menyingkirkan Najib.


ABC dakwa ada maklumat baru dana di akaun Najib

Posted: 28 Mar 2016 06:38 AM PDT

MALAYSIAKINI





Program Four Corners terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) akan menyiarkan episod terbaru malam ini dengan memberi tumpuan kepada skandal kewangan yang didakwa ada kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

ABC dalam satu laporan berkata siasatan Four Corners akan menyiarkan maklumat baru mengenai dana yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Antara lain, ia berkata, Four Corners telah menyaksikan rekod bank yang menunjukkan deposit yang dibuat antara 2011 dan 2014 daripada "individu dan syarikat misteri" di Malaysia dan di luar negara melalui pemindahan wayar dan secara tunai.

Menurut rekod bank itu, pada pertengahan tahun 2013, bank tersebut membuka tiga akaun baru atas nama Najib dan juga terdapat ikrar janji wang tetap daripada seorang putera Saudi, termasuk janji sebanyak 50 juta pound Britain selewat-lewatnya pada Jun 2014.

Ini, dakwanya adalah di sebalik derma AS$681 juta (RM2.6 bilion) derma dari seorang penderma Timur Tengah yang tidak dinamakan tetapi menurut Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, Najib telah memulangkan sebanyak AS$620 juta.

Apandi mengumumkan bahawa tiada dakwaan akan diambil terhadap Najib dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup tiga kertas siasatan berasingan yang berkaitan dengan dakwaan berkenaan.

ABC, bagaimanapun, melaporkan bahawa Four Corners mengesahkan bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail merancang mengenakan tuduhan penyelewengan jenayah terhadap Najib sebelum beliau dipecat daripada jawatannya tahun lalu.

Pasukan Four Corners - wartawan Linton Besser dan juruvideo Louie Eroglu - telah dihalau keluar dari Malaysia selepas cuba menyoal Najib pada sebuah majlis awam di Kuching, Sarawak awal bulan ini.

Babak kejadian itu juga akan dipaparkan dalam episod terkini Four Corners itu dengan tajuk State of Fear.

Menurut laporan ABC, episod itu juga akan menampilkan temu bual dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Gani untuk mendapatkan reaksinya.



Rafizi dedah dokumen OSA kaitkan LTAT dengan 1MDB

Posted: 28 Mar 2016 04:27 AM PDT

Anne Muhammad

 


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini bertindak nekad dengan mendedahkan dokumen yang menurutnya tertakluk bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi membuktikan kaitan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dakwanya, kaitan itu mungkin menjejaskan keupayaan LTAT untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara.

Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan bertindak demikian, walaupun sedar risiko undang-undang akibat mendedahkan dokumen rahsia kerajaan, termasuk hukuman penjara mandatori sehingga maksimum tujuh tahun.

Namun, pada sidang media di lobi parlimen hari ini, katanya ia terpaksa dibuat kerana LTAT tidak berterus terang menjawab dakwaannya.

Malaysiakini tidak memiliki dokumen itu dan tidak dapat melaporkan penjelasan lanjut Rafizi pada sidang media hari ini kerana kekangan undang-undang.

Rafizi sebelum ini membangkitkan isu pesara tentera yang didakwa masih belum dibayar caruman mereka sejak tahun 2014.

Menurutnya, beliau menerima aduan daripada pesara tentera yang memaklumkan bahawa mereka masih belum menerima bayaran pampasan itu walapun selepas enam bulan bersara.

Beliau percaya sehingga 12,000 bekas kakitangan tentera turut terjejas dan menuntut Ketua Eksekutif LTAT Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin meletakkan jawatan daripada lembaga itu kerana didakwa mempunyai konflik kepentingan.

Lodin juga memegang jawatan sebagai pengerusi 1MDB.

'Selamat berjaya, wartawan'

Sementara itu, Rafizi berkata kepada pemberita bahawa beliau sudah beberapa kali membuat pendedahan berkaitan tetapi tidak berhadapan dengan tindakan.

"Selamat berjaya buat kamu (wartawan) semua, mereka (pihak berkuasa) tidak akan dapat tahan kita.

"Saya tak pasti bagaimana anda semua nak tulis mengenai perkara ini, saya sudah banyak kali buat (dedahkan) perkara (seperti) ini. Kita lihat bagaimana," katanya.

Beliau berkata dirinya hanya menunggu maklum balas 1MDB susulan langkahnya hari ini.

"Saya tunggu kenyataan dari 1MDB dan maklum balas dari mereka," katanya.


Selangor digesa pinda enakmen elak salahguna Darjah Kebesaran

Posted: 28 Mar 2016 04:09 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan membuat pindaan terhadap Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) 1962 dalam sidang kali ini.
 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian bagi menangani perbuatan dan pemakaian Darjah Kebesaran tanpa pengiktirafan.
 
Baginda menyifatkan kegiatan memberi, menjual dan menggunakan Darjah Kebesaran yang tidak diiktiraf sebagai satu penipuan dan salah dari segi undang-undang.
 
"Seperti yang termaktub dalam Perkara 38 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, Beta sahajalah sebagai Sultan Negeri Selangor yang berhak menganugerahkan dan mewujudkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat di dalam negeri Selangor.
 
"Beta telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan negeri bahawa pindaan yang dicadangkan melalui Rang Undang-Undang Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) (Pindaan) 2016 ini meliputi pindaan yang berkaitan dengan pencegahan penganugerahan Darjah Kebesaran yang tidak diiktiraf di samping penetapan kadar hukuman yang lebih berat bagi kesalahan yang dilakukan di bawah enakmen tersebut," demikian titah Baginda ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat DUN Selangor yang ke-13, pagi tadi.
 
Kegiatan memberi, menjual dan menggunakan darjah kebesaran daripada pihak-pihak yang tidak diiktiraf dan mengakui dirinya sebagai Sultan atau Raja menjadi polemik di kalangan rakyat negara ini. 
 
Individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Tuah sebelum ini dikenali sering memberikan darjah kebesaran kepada beberapa individu termasuk aktivis, yang membolehkan mereka memakai gelaran 'Datuk'.
 
Kegiatan tersebut juga berlaku di Perak, apabila seorang individu mendakwa dirinya sebagai 'Maharaja Kinta' dan menggunakan gelaran 'Yang Mulia Dato' Seri Paduka Raja'.
 
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, sembilan Raja-Raja dan empat Yang Dipertua Negeri sahaja yang berhak memberi darjah kebesaran dan gelaran di negara ini.
 
 

ADUN DAP Duyong diisytihar wakil rakyat Bebas

Posted: 28 Mar 2016 04:06 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
AYER KEROH: ADUN Duyong dari DAP, Goh Leong San diisytiharkan sebagai wakil rakyat Bebas, berkuat kuasa hari ini. 
 
Perkara itu diumumkan Speaker DUN, Datuk Wira Othman Muhammad, dalam ucapan pembukaannya pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-13, di Seri Negeri, di sini, sebentar tadi. 
 
"Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentang perkara ini," katanya.
 
Leong San sebelum ini digantung keahlian selama selama setahun sejak Februari lalu kerana berulangkali membuat kenyataan merosakkan reputasi parti.
 
Othman dalam masa yang sama turut mengumumkan Khoo Poey Tiong (DAP-Ayer Keroh) sebagai Ketua Pembangkang baharu, manakala Tey Kok Kiew (DAP-Banda Hilir) sebagai Ketua Whip. 
 
Spekulasi kedudukan Leong San yang juga bekas Ketua Pembangkang bersama kepemimpinan DAP negeri hangat diperkatakan selepas beliau dilihat lebih memihak kepada beberapa keputusan yang dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. 
 
Sementara itu, kedudukan kerusi Leong San turut berubah apabila ditempatkan bersebelahan dengan Dr Md Khalid Kassim (PAS-Bukit Baru), manakala Poey Tiong mengambil alih tempat Leong San.
 
 

KEMASKINI] BN Selangor sangkal dakwaan 'Ketua Umno Cawangan Teratai'

Posted: 28 Mar 2016 04:05 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor menepis dakwaan kononnya kepimpinan akar umbi Umno negeri itu dipaksa menandatangani deklarasi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
 
"Kita menafikan sekeras-kerasnya bahawa Cawangan Umno Teratai menolak ataupun tidak bersama di dalam hasrat kerajaan atau Umno negeri menolak deklarasi atau membuat deklarasi yang dimaksudkan," tegas Penyelaras ADUN BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan.
 
Malah Mat Nadzari yang juga ADUN Batang Kali itu berkata Cawangan Umno Teratai juga tidak pernah wujud.
 
"Tidak ada cawangan itu, tidak wujud. Jadi, itu adalah bohong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pagi tadi.
 
Tegasnya juga, pimpinan parti tidak pernah mengambil pendekatan sedemikian semata-mata mahu menonjolkan sokongan terhadap Najib.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Ketua Umno Cawangan Teratai, Hashim Abdul Karim seperti yang dilaporkan sebuah portal hari ini. 
 
Mat Nadzari dalam pada itu menegaskan Umno akan terus menyuburkan prinsip demokrasi di dalam parti.
 
Hal itu dipersetujui ADUN Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias ketika diajukan perkara yang sama.
 
"Beliau dipilih secara demokrasi, malah gerakan untuk menjatuhkan Najib juga tidka melalui proses demokrasi. Dari dahulu pendirian kita menentang gerakan atau desakan jalan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin," ujarnya. 
 
Dalam laporan berkenaan, Hashim mendakwa cawangannya baru saja menerima surat satu deklarasi yang disediakan oleh Umno Selangor. 
 
Hashim juga berkata, difahamkan kira-kira 5,000 ketua cawangan di seluruh Selangor telah menandatangani deklarasi itu sebagai menyokong kepimpinan perdana menteri dan presiden parti.
 
Namun Hashim mendakwa bahawa ahli akar umbi cawangannya sebulat suara menolak deklarasi tersebut. 
 
Hashim mendedahkan perkara itu ketika berucap dalam program santai dan penerangan isu-isu semasa bersama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal, di Kampung Bukit Lanchong, Laman Bistari, Shah Alam, malam tadi.
 
 

Web pro-Najib: Editor Utusan tak 'dipaksa' berhenti

Posted: 28 Mar 2016 04:02 AM PDT

MALAYSIAKINI




Editor kanan Utusan Malaysia Ku Seman Ku Hussain yang menamatkan perkhidmatannya di akhbar Umno itu semalam tidak dipecat atau diberhentikan.

Sebaliknya, kata sumber pengurusan utusan kepada MYKMU, beliau telah membuat permohonan untuk berhenti.


Portal yang mendukung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu mendakwa Malaysiakini cuba membuat andaian bahawa Ku Seman "dipaksa" berhenti kerana menulis rencana berkaitan isu derma RM 2.6 bilion.

MYKMU juga menegaskan bahawa pengarang kelahiran Perlis itu lebih popular dengan penulisan kritikal dalam sastera dan sosial.

Menulis dalam kolum terakhirnya di Mingguan Malaysia semalam, Ku Seman mengakui "Utusan Melayu universiti saya" menjadi artikel terakhirnya, tanpa menyebut secara langsung sebab-sebabnya.

Bagaimanapun, sumber-sumber memaklumkan beliau meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan syarikat memindahkannya keluar daripada bahagian akhbar kepada sebuah anak syarikat.

Perkara itu dikaitkan dengan tulisan lantang beliau tahun lalu yang mempersoalkan integriti Umno dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma yang diterima Najib.

'Selamat maju jaya'

Sementara itu, MYKMU juga melaporkan Jabatan Komunikasi dan Korporat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad telah pun menulis ucapan persaraan mereka kepada Ku Seman.

"Selamat bersara buat Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain yang telah menamatkan tugasnya di Utusan Melayu pada 26/03/16, terima kasih di atas segala komitmen dan sumbangan yang telah diberikan selama 32 tahun berkhidmat di Utusan Melayu.

"Selamat maju jaya dan semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini," menurut jabatan itu, seperti disiarkan MYKMU.

Ku Seman tidak dapat dihubungi buat masa ini bagi mendapatkan sebab sebenar beliau berbuat demikian.

Usaha menghubungi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak juga belum berhasil.


SEKITAR KONGRES RAKYAT YANG PENUH GEMILANG

Posted: 28 Mar 2016 03:54 AM PDT

shahbudindotcom


Kongres rakyat yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre pada petang tadi dianggap penuh dengan kejayaan dan kegemilangan serta mencipta satu lagi detik bersejarah bagi politik tanahair.

Ia bukan saja berjaya membariskan ahli-ahli politik daripada UMNO, pembangkang dan mereka yang tidak berparti untuk berada di pentas yang sama, dengan tujuan yang sama dan bercakap juga dengan satu nada yang sama.

Pentad, tujuan dan nadanya tidak lain ialah untuk memaksa Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri dengan seberapa segera.

Sebanyak 1,500 tag nama untuk perwakilan yang disediakan juga habis diserahkan kepada para peserta daripada pelbagai kelompok, usia dan latar belakang yang datang seawal jam 10 pagi serta sekurang-kurangnya antara 200 hingga 300 peserta lagi tidak memperolehi sebarang tag nama, tetapi tetap dibenarkan masuk dengan sanggup berdiri sepanjang program.

Bermula pukul 2.00 petang apabila Zaid Ibrahim memulakan pembukaannya sehinggalah Tun Mahathir menamatkan ucapannya pada kira-kira 6.45 petang, para peserta tetap tidak berganjak daripada dewan untuk mendengar dengan penuh teliti dan ghairah setiap hujah-hujah yang dilontarkan oleh para pembahas.

Ini sekaligus menandakan rakyat bukan saja tetap dahagakan perubahan dan begitu teringin melihat pengunduan Najib, malah seperti tidak sabar juga untuk mendapat seorang Perdana Menteri yang baru untuk negara ini.

Bukan saja tekad untuk memberi penerangan ke seluruh negara akan diperhebatkan lagi selepas ini, malah seruan agar rakyat beramai-ramai menandatangani Deklarasi Rakyat juga akan terus diberi penekanan.

Ia kemudian akan dipersembahkan kepada Istana Negara agar Majlis Raja-Raja bertindak sesuatu berdasarkan suara hati rakyat.

Jika kertas deklarasi yang mengandungi tandatangan rakyat itu penuh satu lori, saya sedia memandu lori tersebut untuk pergi ke Istana Negara, kata Tun Mahathir.

Di bawah ini antara gambar yang sempat dirakam untuk tatapan pembaca blog ini. Selain semua jurucakap yang disenaraikan dalam posting sebelum ini hadir dan memberi ucapan mereka, ramai lagi tokoh-tokoh yang turut memeriahkannya, namun hanya sebahagian yang sempat dirakam fotonya.

Apa pun, tahniah kepada semua yang menjayakan Kongres Rakyat ini. Selepas ini, program yang sama akan bergerak ke negeri dan kawasan-kawasan terpilih pula. 
 

Tun Mahathir ketika menyampaikan ucapannya.

Zaid Ibrahim selaku penganjur dan penginisiatif Kongres Rakyat wajar diberikan penghargaan atas kejayaan ini.

Tun Mahathir dan Muhyiddin ketika tiba memasuki dewan.

Azmin Ali yang ucapannya disambut hangat oleh peserta kongres.

Aziz Yassin dan Kamaruddin Jaafar antara yang terawal hadir.

Arif Sabri Abdul Aziz atau Sakmongkol juga hadir agak awal.

Anuar Tahir, Mohd Nor Manuty dan Tengku Puji.

Sanusi Junid dan isteri serta Tamrin Ghafar.

A Kadir Jasin dan Hishammuddin Rais.

Ratusan wartawan, jurugambar dalam dan luar negeri hadir seawal jam 11 pagi lagi.

Jurugambar menanti kehadiran Tun Mahathir memasuki dewan.

Kehadiran Tun Mahathir tetap menjadi kegilaan media untuk merakam detik-detiknya.

Peserta kongres tidak berganjak daripada dewan daripada mula hinggalah akhir.

Petugas di meja pendaftaran mula bertugas sejak 10.30 lagi.
 
 
 

Guan Eng 'lari' dari media, beri alasan ada temu janji

Posted: 28 Mar 2016 03:51 AM PDT

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi 'melarikan diri' dan menimbulkan rasa berang wartawan yang menunggu untuk mendapatkan penjelasannya berhubung pembelian sebuah rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di tanah Taman Manggis.  
 
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu diasak wartawan ketika beliau cuba keluar dari Dewan Rakyat.
 
Beliau bagaimanapun berjalan laju menuju ke keretanya dan memberi alasan ada temujanji lain di luar.
 
"Saya ada temujanji, sila beri laluan kepada saya," katanya sambil menuju ke keretanya dan terus beredar dari Parlimen.
 
Selain isu banglo mewah dan Taman Manggis, wartawan juga ingin mendapatkan maklum balas pemimpin itu mengenai ADUN Duyong dari DAP, Goh Leong San yang diisytihar sebagai wakil rakyat Bebas berkuat kuasa hari ini.  
 
Ketua Menteri itu pada minggu lepas telah ingkar arahan Speaker Dewan agar tidak menganggu perbahasan sidang Parlimen.
 
Ahli Parlimen Bagan itu dilihat cuba menganggu Dewan selama satu jam ketika perbahasan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan, yang mahu mendedahkan tentang skandal Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenai penyelewengan Taman Manggis.
 
Sejurus Guan Eng dihalau keluar dari Dewan, Rahman mendedahkan bahawa perbuatan menganggu perbahasan itu sengaja dilakukan pemimpin DAP itu agar boleh 'terlepas' daripada menjawab pendedahan mengenai Taman Manggis. 


Deklarasi sokong Najib: Cawangan Teratai tidak wujud, kata Umno Pandan

Posted: 28 Mar 2016 03:49 AM PDT

 Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Pandan, Datuk Mohd Haniff Koslan menafikan kewujudan Umno Cawangan Teratai sambil menambah individu yang mengaku sebagai 'ketua cawangan' berkenaan langsung tidak dikenali oleh kepimpinan bahagiannya. 
 
"Sehingga hari ini, saya tidak ketahui dan AJK bahagian (Pandan) pun tidak ada maklumat. Ditakuti entah daripada mana datang, buat kenyataan seperti itu. 
 
"Di dalam Umno Bahagian Pandan tidak ada cawangan Teratai, (tapi) DUN Teratai ada. Cawangan Umno di DUN Teratai semuanya kami kenal. Tapi cawangan Teratai tidak ada," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian merujuk kepada pendedahan seorang individu yang didakwa sebagai Ketua Umno Cawangan Teratai, Hashim Abdul Karim seperti yang dilaporkan sebuah portal hari ini. 
 
Dalam laporan portal berkenaan, individu itu mendedahkan kepimpinan akar umbi Umno di Selangor dipaksa menandatangani deklarasi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
 
Individu itu juga mendakwa cawangannya baru saja menerima surat satu deklarasi yang disediakan oleh Umno Selangor.
 
Perkara itu didedahkannya ketika berucap dalam program santai dan penerangan isu-isu semasa bersama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal, di Kampung Bukit Lanchong, Laman Bistari, Shah Alam semalam.
 
Sangkal Mohd Haniff lagi, pihaknya langsung tidak mendapat maklumat mengenai deklarasi terbabit.
 
"Kami di bahagian Pandan, tidak ada dengar apa pun," ulas Mohd Haniff lagi.
 
"Saya sebagai Ketua Bahagian, tidak pernah pula dengar kita (Umno) desak cawangan untuk tandatangan sokong (Datuk Seri) Najib. 
 
"Tidak pernah saya dengar dalam mesyuarat perhubungan negeri. Pengerusi (Datuk Seri Noh Omar) tidak pernah mendesak sesiapa dalam cawangan untuk membuat sokongan, dia datang daripada cawangan sendiri. Kawasan Pandan tidak pernah mendapat mandat supaya membuat deklarasi menyokong Najib," jelas beliau.
 
Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata ahli parti di negeri itu langsung tidak dipaksa untuk menandatangai deklarasi berkenaan.
 
Tegasnya, ia berlandaskan kepada kerelaan setiap ahli untuk berbuat demikian atau sebaliknya.
 
"Sebenarnya menandatangani (Deklarasi Sokong Perdana Menteri) tidak pernah dipaksa. Cuma kita orang Umno di Selangor yang setia kepada parti membuat resolusi bersama. Bersetuju  atau tidak terpulang kepada dia. 
 
"Kalau tidak bersetuju dia (ahli Umno) sendiri sudah tidak setuju dengan parti. Maknanya tidak bersetuju dengan Presiden dan dia sendiri rasa ragu-ragu,"katanya.
 
 

Azmin sengaja tuding jari kelewatan Projek Langat 2 kepada kerajaan pusat - BN Selangor

Posted: 28 Mar 2016 03:47 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengkritik Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilihat cuba menyalahkan kerajaan pusat apabila mengaitkan bekalan air kritikal di negeri itu berpunca daripada kelewatan Projek Langat 2.
 
Penyelaras ADUN BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan menegaskan kerajaan pusat tidak pernah berlengah dalam menyiapkan Projek Langat 2 demi memberi kemudahan air kepada rakyat negeri itu.
 
ADUN Batang Kali itu juga memaklumkan, sebaliknya Azmin sendiri yang seolah-olah sengaja tidak mahu mempercepatkan proses menandatangani perjanjian Projek Langat 2.
 
"Pada saya, beliau membuat satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, saya menafikan bahawa kerajaan pusat melambatkan atau melewatkan usaha memberikan kemudahan air kepada rakyat Selangor.
 
"Sedangkan semua orang tahu di dalam beberapa Sidang DUN sebelum ini kita telah membangkitkan isu air dan hari ini beliau (dilihat) agak tersepit dengan keadaan cuaca yang agak panas dan mungkin akan berlaku sekali lagi krisis air.
 
"Maka Azmin cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap kerajaan pusat, hendak menampakkan kerajaan pusat pula yang salah," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat DUN Selangor Yang ke-13, pagi tadi.
 
Terdahulu, Azmin pada Jumaat lalu mendakwa Selangor akan menghadapi masalah bekalan air pada 2017 hingga 2019, gara-gara kelewatan menyiapkan Projek Langat 2.
 
Keadaan itu memaksa kerajaan negeri menggunakan sebahagian peruntukan dari Projek Langat 2 untuk membina dua loji rawatan lain.
 
Dua loji berkenaan yang berjumlah hampir RM800 juta ditempatkan di Labohan Dagang dan Semenyih dan dijangka siap pertengahan 2017.
 
 

Saya masih ahli DAP atau dipecat? – Ahli Parlimen Kota Melaka

Posted: 28 Mar 2016 03:44 AM PDT

 
Sim Tong Him tidak pasti kedudukannya sama ada masih ahli DAP atau sudah dipecat sejak digantung 6 Februari lalu kerana mengkritik kepimpinan parti itu.


sim-tong-him,DAP


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Melaka dari DAP, Sim Tong Him yang digantung keahlian sejak 6 Februari 2016 masih tertanya-tanya statusnya sama ada kekal sebagai ahli parti itu atau telah dipecat.

Tong Him berkata, beliau akur jika pucuk pimpinan parti memutuskan beliau bukan lagi Ahli Parlimen DAP.

"Saya tidak diberitahu tentang kedudukan sebagai Ahli Pparlimen DAP masih kekal atau tidak? saya tidak diberitahu. apa maknanya gantung keahlian? tidak jadi ahli atau gantung hanya 1 tahun? dan apa tugas saya?

"Yang saya hanya tahu saya ahli parlimen yang dipilih rakyat dan teruskan perkhidmatan saya bagi menjaga kebajikan rakyat," katanya di Lobi Parlimen hari ini.

Pada 6 Februari lalu, DAP telah menggantung keahlian Tong Him dan ADUN Duyong, Goh Leong San selama setahun kerana mengkritik kepimpinan parti itu.

Bagaimanapun hari ini, Leong San memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka beliau telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memaklumkan beliau kini mewakili ADUN Bebas.

Tong Him berkata, belau telah memberitahu masalah yang yang dihadapinya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi meminta penjelasan tentang kedudukannya di Parlimen sama ada mewakili DAP atau Bebas.

Katanya, Speaker telah memaklumkan kepadanya bahawa keputusan itu bergantung kepada pimpinan DAP.

Kerajaan belanja RM280.5 juta dalam operasi pencarian MH370

Posted: 28 Mar 2016 03:43 AM PDT

 
Operasi pencarian pesawat itu dilaksanakan di kawasan seluas 86,752 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.


mh370


KUALA LUMPUR: Setakat Februari ini, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM280.5 juta dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, menurut Kementerian Pengangkutan.

Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu bagi tempoh itu juga, operasi pencarian pesawat itu dilaksanakan di kawasan seluas 86,752 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Ia menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mengenai status terkini pencarian MH370 serta jumlah yang dibelanjakan sehingga kini bagi operasi pencarian pesawat malang itu.

Pesawat MAS itu dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pesawat itu kemudiannya diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi dengan usaha pencarian di kawasan seluas 120,000 kolimeter persegi dijangka selesai Jun ini.

Menjawab soalan Liang mengenai siasatan nahas pesawat MH17 serta usahaterkini kerajaan dalam mengambil tindakan terhadap dalang yang menembak jatuh pesawat itu, kementerian itu menjelaskan siasatan jenayah masih dijalankan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang diterajui Belanda dan dianggotai Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.

"Siasatan dijangka berterusan sehingga pertengahan 2016. Usaha untuk mengenal pasti pihak bertanggungjawab dalam nahas pesawat MH17 adalah bergantung kepada hasil siasatan tersebut," menurutnya.

Menurut kementerian, Malaysia bersama-sama negara yang diwakili dalam JIT sedang meneruskan perbincangan bagi dua opsyen pendakwaan iaitu pendakwaan di peringkat nasional oleh satu daripada negara anggota JIT dan pendakwaan oleh suatu tribunal antarabangsa yang diwujudkan khas oleh negara anggota JIT.

"Bagi maksud keputusan antara kedua-dua opsyen itu, hasil siasatan jenayah perlu diperoleh terlebih dahulu kerana ia akan menjelaskan tempat pemastautin orang yang disyaki, kewarganegaraan dan tempat terbaik untuk mereka dibicarakan.

"Sebarang opsyen pendakwaan dan perbicaraan akan diputuskan kelak serta keupayaan memulakan pendakwaan terhadap mana-mana tertuduh adalah tertakluk kepada adanya keterangan mencukupi yang boleh diterima mahkamah," katanya.

Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 menyebabkan kesemua 298 orang penumpang dan anak kapal terkorban.– Bernama

Ku Li akui Malaysia hadapi krisis pemerintahan

Posted: 28 Mar 2016 03:40 AM PDT

MALAYSIAKINI




Sehari selepas Kongres Rakyat berlangsung di Shah Alam semalam, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengaku negara ini sedang mengalami 'krisis pemerintahan'.

Katanya, keadaan itu menyebabkan negara kini mengalami masalah 'ekonomi yang dahsyat' terutamanya berkaitan isu hutang negara.

"Negara kita kini sedang mengalami krisis genting mengenai pemerintahan dan kepimpinan.

"Ini menyebabkan kita mengalami masalah ekonomi yang dahsyat terutamanya berkaitan dengan isu hutang negara

"Ia mengakibatkan beberapa masalah ekonomi serius seperti kenaikan mendadak kos sara hidup yang membawa kesan buruk kepada rakyat," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menyedari desakan terhadap perubahan semakin lantang, Tengku Razaleigh berkata sekiranya cara berpolitik tidak ditukar, Malaysia akan terus menghadapi krisis seperti berlaku sekarang.

"Saya konsisten dan berkali-kali menyatakan bahawa kita pasti tidak dapat mengelak perubahan.

"Tanpa perubahan dalam tatacara pemerintahan negara dan cara kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab awam, tidak mungkin kita dapat selesaikan masalah yang dihadapi itu," kata bekas menteri kewangan itu.

Bertindak ikut perlembagaan

Bagaimanapun bekas seteru politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata sebagai pengamal politik, beliau bertindak berlandaskan perlembagaan persekutuan dan kehendak parti.

"Seperti juga orang lain yang inginkan perubahan, saya juga sentiasa mencari jalan munasabah dan sah dari segi undang-undang untuk maksud ini, termasuklah meneliti peranan yang boleh dimainkan oleh Dewan Rakyat.

"Yang demikian isu menyokong kerajaan yang memerintah dan sekaligus memberi sokongan kepada ketua kerajaan tidak timbul," katanya dalam kenyataan media.

Ku Li minggu lalu menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perisytiharan itu dianggap sebagai tindak balas kepada Deklarasi Rakyat yang dianjurkan Mahathir Mohamad bagi menyingkirkan Najib.

Susulan itu, Mahathir mendakwa Ku Li sendiri memberi cadangan supaya Najib disingkirkan dengan cara undi tidak percaya di parlimen.

Bagaimanapun menurut Mahathir, Ku Li kini menukar pendiriannya untuk menyokong Najib.


Bekas tentera tuntut kenaikan pencen mahu jumpa Agong

Posted: 28 Mar 2016 03:36 AM PDT

Terence Tang  




NGO Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) akan menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara jika kementerian pertahanan tidak menghiraukan rayuannya yang menuntut penambahbaikan kebajikan pesara tentera.

"Sekiranya itu berlaku, kami akan kumpulkan tandatangan daripada setiap pesara tentera, polis dan bomba serta menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan raja-raja Melayu," kata presidennya Asri Buang pada sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, cadangan utama Pahlawan adalah peningkatan kadar bayaran pencen kepada bekas anggota tentera selaras dengan kenaikan gaji anggota tentera semasa.

Asri mengulas mengenai pengumuman Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bulan lalu mengenai kenaikan gaji anggota tentera.

Hishammuddin pada 15 Februari lalu dilaporkan berkata RM58.89 juta diperuntukkan sebagai sebahagian daripada kenaikan gaji bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia bermula 1 Julai ini.

Beliau juga berkata veteran pasukan itu yang perkhidmatan mereka berakhir atau akan tamat pada 1 Januari 2013 hingga 30 Jun 2016, akan mendapat bayaran 'one-off' daripada dana RM56.62 juta yang diperuntukkan.

"Pencen kami untuk operasi 50an, 60an, 70an, 80an mestilah diselaraskan dengan kenaikan gaji askar baru.

"Kami mununtut hak berpatutan kami saja. Tentera yang besara termasuk prebet sehingga jeneral. Pencen tertinggi sekarang RM1600," katanya.

Menurut Asri yang juga seorang veteran perang, Pahlawan mencadangkan agar jeneral bersara diberi pencen sebanyak RM3,500 sebulan, iaitu separuh daripada apa pendapatan yang diperolehi oleh jeneral yang masih dalam perkhidmatan.

"Pesara (tentera) dilabelkan 'miskin bandar' di bandar kecil dan 'miskin tegar' di ibukota KL, tahu tak?" soalnya.

Menurutnya, sama seperti tentera hari ini, bekas askar juga mengorbankan masa dan sentiasa berjauhan dari keluarga tercinta untuk melindungi negara daripada pengganas komunis.

Cadangan lain yang dikemukakan pada sidang akhbar hari ini adalah supaya kementerian pertahanan menyediakan sehingga RM6,000 sebagai pampasan tahunan kepada anggota yang telah bersara tetapi tidak memilih skim pencen.

Menurut undang-undang semasa, balu seorang pesara boleh menuntut pencen bulanan, bermula dari hari pembayaran pencen pertama suaminya, untuk tempoh 20 tahun.

Pahlawan juga berharap pesara tentera yang hilang keupayaan ketika perkhidmatan akan dapat menuntut bayaran ex-gratia, tanpa mengira tempoh perkhidmatan mereka.

"Kita buat ini untuk pihak beuniform, tak beruniform, yang berpencen dan tak berpencen.

"Semasa beroperasi, saya memang tak ada masa bersama keluarga. Apa yang terjadi kepada rakan-rakan kita yang cacat (akibat pertempuran demi negara)?

"Itu sahaja yang kami (Pahlawan) mahu," kata Asri lagi.

'Umno tak terbabit baling telur ke arah pemimpin DAP'

Posted: 28 Mar 2016 03:33 AM PDT

MALAYSIAKINI




Wakil rakyat Umno Ahmad Nazlan Idris menyifatkan kejadian membaling telur ke arah pemimpin DAP yang berlaku di kawasan parlimennya adalah sebagai amaran keras kepada mereka agar tidak bersikap angkuh.

Turut hadir pada sesi ceramah kedai kopi di Jerantut pada 21 Mac adalah pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang.

Ahmad Nazlan berkata, kejadian itu perlu dijadikan pengajaran, terutama bagi Lim yang terlalu yakin bahawa ahli mereka akan sentiasa bersama walau apapun yang terjadi.

"Kejadian ini jelas membuktikan bahawa kehadiran mereka ke Jerantut ditolak oleh ahli sendiri.

Pemimpin DAP bukan sahaja dibaling telur tetapi papan tanda pusat khidmat DAP parlimen Jerantut turut diturunkan.

"Inilah tanda protes ahli DAP yang mula bosan dan muak dengan sikap dan penipuan kepimpinan DAP," katanya yang dipetik oleh portal Umno Online.

Menurut ahli parlimen Jerantut itu, masyarakat kawasan itu, khususnya yang bangsa Cina semakin dapat menilai bahawa kepimpinan DAP hanya indah khabar dari rupa dan tindakan mereka seringkali tidak serupa bikin.

Ahmad Nazlan turut menegaskan bahawa kejadian tersebut tidak ada kena mengena langsung dengan Umno mahupun ahlinya.

"Umno sama sekali tidak terlibat dengan perkara ini malah saya sendiri berada di parlimen ketika kejadian tersebut.

"Jadi jangan ada pihak yang cuba untuk mengaitkan Umno dengan kejadian ini. Saya difahamkan bahawa ini adalah kerja ahli mereka sendiri," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah mendakwa kejadian itu didalangi oleh ahli yang kecewa dengan parti itu kerana menyerahkan kerusi pilihan raya kepada PKR.

Katanya, pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008, DAP telah melepaskan kerusi DUN Damak, Pahang kepada PKR.

"DAP bertanding di Damak pada tahun 2004. Pada tahun 2008, kita tidak mempunyai calon jadi PKR bertanding di kerusi itu.

"Sekarang adalah sangat susah untuk mengambil semula kerusi itu," kata ADUN Tanah Rata itu, sambil menambah bahawa ahli akar umbi mahukan calon kegemaran mereka bertanding kerusi itu.


Pecat Undang: Kerajaan tak boleh campur tangan – Mat Hassan

Posted: 28 Mar 2016 03:28 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Pemecatan Datuk Mohd Jan Abdul Ghani sebagai Undang Luak Johol akan dibincangkan dalam Dewan Keadilan dan Undang di Negeri Sembilan.


hasan,undang-luak


SEREMBAN: Apa juga masalah berhubung adat di Negeri Sembilan, biar adat yang menyelesaikannya, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan mengenai masalah adat.

"Kerajaan negeri sebagai pentadbir dan adat memang berdiri bersama-sama tetapi kita tak campur mencampuri antara satu sama lain.

"Jika berlaku perkara sebegitu kita serahkan kepada orang adat atau pun di luak tersebut… malah antara luak pun kita tak boleh campur.

"Kalau Luak Johol biar Undang Luak Johol yang tentukan," katanya kepada pemberita hari ini, ketika mengulas desas-desus kononnya berlaku konflik Undang Luak Johol.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sebagai pentadbir, kerajaan negeri juga akan menjalankan siasatan sama ada ia berjalan selaras dengan hukum adat.

Katanya, beliau yakin perkara ini akan dibincangkan dalam Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan – dewan tertinggi bagi membincangkan perkara itu.

"Jadi, untuk buat masa sekarang kita tak boleh kata apa dan tak boleh nak campur atau buat apa-apa keputusan," katanya.

Dalam struktur pemerintahan beraja di Negeri Sembilan, institusi Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin mempunyai fungsi kuasa secara mutlak di luak masing-masing.

Undang Yang Empat adalah bertanggungjawab melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bagi menaiki takhta menggantikan baginda Yang di-Pertuan Besar yang mangkat.

Fungsi berkenaan diperjelaskan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan iaitu Undang Yang Empat (Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol dan Undang Luak Rembau serta Tunku Besar Tampin) adalah pemerintah (the Rulers) bagi Negeri Sembilan bersama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.-BERNAMA

Penasihat UMNO: AMANAH dakwa PAS Terengganu berdolah-dalih

Posted: 28 Mar 2016 03:22 AM PDT

 
Tuduhan itu susulan PAS Terengganu menafikan kenyataan parti itu hanya berminat untuk menjadi Penasihat UMNO bukan ambil alih kerajaan Terengganu.


Raja-Bahrin3KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas PAS Terengganu kerana didakwa berdolah-dalih dan membuat pusingan U berhubung kesediaan parti Islam itu menjadi Penasihat UMNO.

Malah, Pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mendakwa Pesuruhjaya PAS Terangganu, Saiful Bahri Mamat berbohong apabila sedangkan PAS pernah menawarkan diri untuk menjadi penasihat UMNO pada November tahun lepas.

"Presiden PAS sendiri membuat kenyataan ingin menjadi Penasihat UMNO. PAS tidak berhasrat untuk mengambil alih atau menukar kerajaan kerana memadai menasihati saja.

"Kenapa apabila media perdana melaporkan isu PAS jadi penasihat kepada kerajaan UMNO tiada reaksi atau tindakan? Apabila saya sebut perkara ini dianggap fitnah?" katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli pula mendakwa penafian PAS itu dibuat kerana mahu meredakan kemarahah ahli PAS dan rakyat di negeri itu.

"Saya percaya ahli PAS dan rakyat Terengganu sudah mula menyampah dengan parti yang berdolak dalih ini. Saya yakin Presiden tidak gembira dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini.

"Sebab itu Pesuruhjaya PAS Terengganu membuat u-turn dalam isu ini dan menafikan apa yang disebut oleh Presiden mengenai peranan PAS menjadi Penasihat UMNO?, katanya.