Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GARA-GARA RASUAH LIM GUAN ENG, WAKIL RAKYAT DAP ISYTIHAR KELUAR PARTI

Posted: 27 Mar 2016 10:40 PM PDT

   

TONY PUA DESAK HAPUSKAN DISKAUN BUMIPUTERA, LIM GUAN ENG DAPAT DISKAUN 34%

Posted: 27 Mar 2016 06:15 AM PDT

Menurut Stop The Lies, pembelian kereta Mercedes-Benz untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Guan Eng telah menarik minat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak dari tahun 2014.
Difahamkan pembelian Mercedes-Benz S300L dari Lowe Motors Sdn Bhd itu ada kaitan dengan taikun Tan Sri Tan Kok Ping yang dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.
Harga asal kereta Mercedes-Benz adalah RM657,218, walau bagaimanapun, oleh kerana kereta itu akan digunakan Ketua Menteri, Guan Eng, kerajaan negeri hanya perlu membayar RM298,263.75 sahaja.
Pembelian Merz S300L itu adalah melalui syarikat Lowe Motors Sdn Bhd, di mana antara pemegang saham syarikat ketika itu ialah Tan Kok Ping.
Tan Kok Ping pernah menjadi Pengarah Urusan untuk syarikat Lowe Motor sehingga sebahagian daripada kepentingan syarikat itu dibeli oleh Cycle & Carriage Bintang (CCB).
Taikun itu dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Ketua Menteri, Guan Eng sendiri.
Namun, Tan Kok Ping menafikan bahawa beliau merupakan antara 'sumber kewangan' DAP Pulau Pinang, walaupun beliau mendapat 'keistimewaan' daripada kerajaan negeri apabila mendapat beberapa konsesi seperti membangunkan tanah di Bukit Relau.
Syarikat milik Kok Ping, General Accomplishment Sdn Bhd itu pernah didenda sehingga RM 30,000 pada bulan Julai 2014 kerana pembangunan tanah secara haram.
Kok Ping yang dikenali sebagai seorang wakil Berjaya Corp yang diasaskan oleh Tan Sri Vincent Tan juga dikatakan menjadi orang tengah untuk berunding pembelian Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang (Penang Turf Club) untuk Berjaya Land Bhd pada harga RM500 juta sedangkan nilaian sebenar ialah bernilai RM1.5 bilion.
Beliau telah menyumbang sehingga RM 1 juta untuk penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
Vincent dan adiknya Tan Sri Danny Tan yang kini telah mengambil alih kepentingan dalam pembangunan kasino di Bukit Bendera.
diskaunSudah menjadi viral di media sosial perbandingan polisi DAP yang disifatkan hipokrit.

DAP menentang polisi diskaun pembelian rumah untuk golongan Bumiputera, namun secara praktikalnya, parti itu memejamkan mata apabila Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng menikmati diskaun pembelian kereta Mercedes-Benz dan banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Guan Eng cabar Shabuddin buat tuduhan luar Parlimen

Posted: 27 Mar 2016 07:15 PM PDT


Jawab sajalah di Parlimen. Tidak payah cabar sebut luar Parlimen. Kenapa tidak jawab, tanya Stop That Lies SINI?

Mana dia kerajaan DAP Penang yang kononnya Competency, Accoountable and Transparent (CAT) meow meow ... baca SINI?

Bila tidak boleh jawab dan bersama minum kopi, dia sudah lari dari Parlimen. Baca SINI

Baca di Snapshot2016 SINI

Akauntan tidak tahu langsung mengenai penilaian hartanah?

Posted: 27 Mar 2016 07:10 AM PDT



Macam mana mereka buat odit dan balance sheet account? Baca panjang lebar kisah Akauntan yang tidak tahu langsung pasal penilaian hartanah di Snapshot2016 SINI.

kalam Perantau

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

kalam Perantau


Selepas Kedah, giliran politik Terengganu bergolak? 

Posted: 27 Mar 2016 08:58 PM PDT

Oleh: Shuhaimi Al Maniri

Belum pun pergolakan politik Kedah yang dicetuskan Ahmad Bashah terhadap Mukhriz Mahathir reda, tetiba Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahya pula melempar 'bom jangka' kepada politik Pulau Pinang dengan meminta SPRM menyiasat dakwaannya di Parlimen bahawa Lim Guang Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang melakukan rasuah dengan membeli rumah banglo dibawah harga pasaran semasa seperti yang dilakukan oleh mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo.

https://i1.wp.com/assets.nst.com.my/images/articles/irb27.transformed.jpgDilaporkan dalam pelbagai media, Lim Guang Eng membeli sebuah rumah banglo daripada Miss Phang pada harga RM 2.8 juta. Sebelum itu pada tahun 2008, hartanah tersebut dibeli pada harga RM 2.5 juta dan telah dilakukan ubahsuai sebelum disewakan kepada beliau dengan kadar RM5,000 sebulan sehingga dijualkan kepada beliau pada tahun 2015.

Ekoran kenyataan ini perdebatan di parlimen menjadi kecoh terutama dari blok Pakatan Harapan. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan jarang berada di parlimen  kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan media di Komtar, George Town, Pulau Pinang pada 18.3.2016 'menjemput' Datuk Shabudin Yahaya, Pengerusi PERDA merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk bersemuka secara satu-sama-satu "Mencari Kebenaran Daripada Fakta" di hadapan pihak media massa di pejabat saya di Komtar pada hari Ahad, 20 Mac ini jam 11am.

Sebagaimana yang dijangka, tidak ada keperluan untuk ahli politik UMNO Pulau Pinang tersebut untuk memenuhi jemputan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang daripada parti DAP. Malah Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula mencabar Lim Guan Eng memberi penjelasan secara gentleman di Parlimen yang akan bersidang Isnin ini berhubung pembelian rumah berkenaan yang jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa bukan mencabar Shabuddin pada Ahad ini kerana kenyataan Datuk Shahbudin di Parlimen meminta SPRM menyiasat dakwaannya bukan minta berdebat dengan Guan Eng.

Saya tidak bercadang untuk membincangkan hal pembelian rumah ini dengan lebih mendalam sama ada berlaku rasuah atau tidak. Biarlah perkara ini diselesaikan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan selanjutnya.

Mungkinkah DUN Terengganu dibubarkan sebelum PRU14?

Dalam kolum Kalam Perantau pada dua minggu lepas, saya ada menulis, "Tidak dipastikan sama ada akan berlaku atau tidak lagi pertukaran Menteri Besar di negeri-negeri lain selepas ini sebelum Pilihanraya Umum ke-14 nanti".

Sejak pertukaran Menteri Besar pada 2014, politik negeri Terengganu kembali tenang dan sesekali berlaku 'suam-suam kuku' dipermukaan, tetiba mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal dalam ucapannya pada 8hb Mac, 2016 ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah membawa usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyebabkan DUN Terengganu menjadi kelam kabut seketika.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Datuk Abdul Razif Abdul Rahman yang lebih terkenal dengan jolokan "Menteri Besar Seberang Takir" ini mampu atau tidak bertahan hinggga akhir penggal ini. Ura-ura untuk beliau membubarkan DUN Terengganu tidak dapat ditolak jika kerajaannya yang ibarat 'telur dihujung tanduk' tidak dapat dipertahankan daripada serangan dalaman UMNO sendiri.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah status ADUN Kijal tersebut, sama ada masih menjadi ADUN UMNO dan penyokong kerajaan ataupun sudah bertukar menjadi ADUN Bebas kerana peruntukan beliau sebagai ADUN Kerajaan telah ditarik balik dan diuruskan sendiri oleh Pejabat Menteri Besar.

Jika usul undi tidak percaya kepada Datuk Seri Razif dibenarkan oleh DUN Terengganu baru-baru ini, belum tentu Datuk Razif Abdul Rahman tidak mengalami nasib yang sama seperti Daud Samad, Menteri Besar Terengganu.

Ternyata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong "menyelamatkan" Datuk Razif dari kerusi Menteri Besar dengan menolak usul itu dan kemudian menangguhkan sidang DUN.

https://kalamperantau.files.wordpress.com/2016/03/c7226-razifmatsaid.png?w=320&h=225Ianya bukan lagi ibarat 'telor dihujung tandok' tetapi merupakan 'mimpi ngeri' kepada Razif kerana Ahmad Said tidak akan duduk diam bila Razif juga telah berndak balas. Jika ADUN Kijal bukan lagi ADUN Umno dan Penyokong kerajaan maka DUN Terengganu terikat 16 (UMNO) dan 16 (14 PAS, 1 PKR dan 1 Adun Kijal) disebelah pembangkang.

Percaturan politik di Terengganu sekarang ini adalah bergantung kepada usaha Ahmad Said (ADUN Kijal) untuk menjadi 'kuasa politik ketiga' di DUN Terengganu yang terdiri dari UMNO (16 kerusi) dan PAS (14 kerusi) serta PKR (1 kerusi) setelah ADUN Kijal ditolak oleh Menteri Besar Terengganu.

Kalau 'kuasa politik ke3' dalam DUN Terengganu yang bakal diusahakan Ahmad Said dapat mengumpulkan lebih daripada 3 orang ADUN, kuasanya tawar menawar mantan Menteri Besar (yang bukan pilihan UMNO sebelum ini) menjadi lebih besar daripada beliau bersendirian sahaja menjelang PRU ke-14 akan datang.

Tidak dapat dipastikan sama ada politik Datuk Razif di Terengganu sekarang ini mampu bertahan sehingga hujung penggal atau pun terpaksa dibubar DUN lebih awal bagi diadakan pilihanraya negeri yang baru sekiranya beliau tidak berjaya menangani 'api dalam sekam' politik UMNO di negeri tersebut.

Setakat ini Menteri Besar yang paling singkat dalam sejarah kerajaan negeri Terengganu adalah Daud Samad dari PAS yang mampu bertahan dari PAS pada 1959 – 1961, iaitu selama 2 tahun lebih sahaja.


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LIVE: People's Congress 2016 - The fall of Najib?

Posted: 27 Mar 2016 04:43 AM PDT


PENGANTAR DWI BAHASA: ‘PELAJAR HADAPI KRISIS PENGUASAAN ILMU’ – PROFESOR

Posted: 26 Mar 2016 10:06 PM PDT

PEMILIK RUMAH TIADA KAITAN DENGAN KERAJAAN NEGERI – GUAN ENG

Posted: 26 Mar 2016 09:43 PM PDT

SUKU PERTAMA 2016, 400 RIBU RAKYAT MENGANGGUR

Posted: 26 Mar 2016 09:39 PM PDT

MUHYIDDIN DEDAH PINJAMAN DARI ANANDA KRISHNAN

Posted: 26 Mar 2016 06:04 AM PDT



Muhyiddin dedahkan lepas pinjam RM2 Bilion dari Ananda, 1MDB nak pinjam lagi RM3 bilion

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Putrajaya pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, tindakan itu bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan.



"Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa bilion kita nak pinjam ni?" soal Muhyiddin merujuk kepada RM2 bilion yang dipinjamkan hartawan itu bagi membantu 1MDB menyelesaikan hutang banknya.
"Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani kerana benar' anjuran akhbar Sinar Harian di Johor Baru hari ini.
Julung-julung kali bercakap di hadapan umum selepas pemecatannya pada Julai selain platform parti, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, syarikat itu kemudiannya hanya diberikan kredit tersedia sebanyak RM950 juta.
"Bila timbul hal begini, bila dibangkitkan kepada jemaah menteri, mulalah saya bangkitkan, saya nyatakan pandangan dan kebimbangan saya.
"Saya sebutkan berkali-kali, saya tidak ada niat jahat. Kerana nak membantu, supaya perdana menteri mencari jalan nak selesaikan keadaan itu. Kalau tidak, jadi beban kepada kita," katanya.
"Saya tidak pernah mendoakan 1MDB jatuh. Kalau mereka jatuh, kita akan jatuh... Pandangan saya ikhlas."
Beliau berkata, setiap pinjaman yang dipinjam dari bank oleh 1MDB akan menjadi beban kepada kerajaan dan menjadi tanggungan kepada generasi akan datang.
"Ini serius. Setiap pinjaman dari bank akan jadi tanggungan beban kerajaan. Dan kita terbeban kepada rakyat, anak cucu kita, yang akan menanggungnya kalau tidak diselesaikan," kata ahli Parlimen Pagoh itu lagi.
Beliau turut mendedahkan, pihaknya turut membuat permohonan kepada Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya memberikan penjelasan kepada Kabinet, namun penerangan yang diberikannya agak mengecewakan.
"Saya minta kepada jemaah menteri, panggil Arul Kanda, berikan penerangan. Tetapi, beliau datang tidak bawa apa-apa pun.
"Bercakap dalam 10 hingga 15 minit. Sehelai kertas pun tiada," kata Muhyiddin.
The Malaysian Insider pada Februari tahun ini mendedahkan Kabinet tidak meluluskan cadangan untuk memberikan suntikan tunai sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB.
Sumber berkata, pilihan semakin sempit untuk Kementerian Kewangan kerana 1MDB tidak lagi mampu mengumpul dana sendiri dan ia memerlukan wang daripada satu-satunya pemegang saham, iaitu kerajaan.
Dalam program hari ini, Muhyiddin berkata, pihaknya juga pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memecat mana-mana pegawai 1MDB yang gagal melaksanakan tugas mereka sehingga menyusahkan kerajaan.
"Saya cakap dengan perdana menteri, kalau 1MDB ini beri masalah, buang mereka. Sampai hari ini mereka tidak dibuang, saya yang kena buang," katanya.
Muhyiddin juga mendakwa, turut menasihati Najib supaya tidak lagi menjadi penasihat kepada 1MDB kerana sekiranya salah laku dikesan dalam transaksi syarikat itu, beliau akan turut menerima kesannya.
"Saya rasa itu tidak betul. Saya kata jangan duduk situ. Kalau ada apa-apa salah laku, (Najib) akan terlibat.
"Tapi dia duduk situ, macam mana nak siasat?" soalnya merujuk kedudukan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Shafie tak risau dipecat, tapi takut Umno hilang kuasa

Posted: 27 Mar 2016 09:12 PM PDT


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal menafikan dakwaan beliau mengambil sikap berhati-hati dalam setiap perkara yang melibatkan kepimpinan parti itu bagi mengelak dipecat dari jawatan yang disandangnya kini.
Sebaliknya, bekas menteri kemajuan luar bandar itu menegaskan beliau tidak akan digugurkan dari jawatannya sebelum ini jika bersikap seperti yang didakwa.
 "Kalau saya bersikap berhati-hati tidaklah saya dibuang dari kabinet. Kamu tidak masuk dalam mesyuarat, jadi kamu tidak tahu apa yang saya nyatakan dalam kabinet," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program santai dan sesi penerangan isu semasa di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, lewat malam semalam.
Malah, ketika diminta mengulas lanjut apakah beliau bimbang akan dipecat Shafie berkata tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.
"Risau pasal apa? Saya tidak risau dan jangan bimbang sangatlah," kata Shafie ringkas.
Bagaimanapun, apa yang menjadi kebimbangan bekas menteri kemajuan luar bandar itu kini adalah Umno semakin hilang kuasanya.
"Ketakutan saya bila hilang kuasa, saya tidak takut hilang jawatan kerana sudah biasa.
"Tetapi yang saya bimbang adalah apabila kuasa hilang, jauh lebih berat. Kita hilang jawatan tak mengapa kita yang terasa tapi kalau hilang kuasa semua merasa," kata Shafie.
Kata Shafie, beliau bertungkus lumus berkempen di Selangor namun Umno-BN gagal meraih sokongan pengundi di negeri termaju itu.
Malah, Shafie berkata perkara sama pernah berlaku di Sabah hingga menyebabkan empat kerajaan berubah di negeri di bawah bayu itu.
Justeru beliau menyeru kerajaan menjaga mandat dan kuasa yang diberikan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO pecat Presiden GKCM

Posted: 27 Mar 2016 09:10 PM PDT

Kamarul Azman memaklumkan dia telah menerima surat daripada Ku Nan pada Jumaat lalu memaklumkan dia dipecat UMNO.
Kamarul-Azman-Habibur-Rahman-ku-nan-GKCM-achehPETALING JAYA: Presiden Gabungan Ketua Cabang Malaysia (KGCM), Kamarul Azman Habibur Rahman telah dipecat sebagai ahli UMNO secara rasmi sejak Jumaat lalu.
Ketua UMNO Cawangan Telok Kemang, Negeri Sembilan berkata, dia menerima surat memaklumkan perkara itu daripada 'orang yang paling berkuasa' dalam UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Saya menerima surat daripada Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat lalu memaklumkan penyingkiran saya.
"Biar saya beritahu anda Ku Nan, saya tidak mempunyai rasa hormat terhadap anda. Anda tidak mempunyai hak untuk menyingkir saya kerana anda tidak mempunyai integriti," katanya ketika berucap pada Kongres Rakyat di Shah Alam, semalam.
Kamarul Azman berkata, ahli UMNO sudah berasa menyampah dengan kebodohan pemimpin-pemimpin parti itu.
Dia yang juga seorang guru menyatakan tidak takut kehilangan kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan.

Tolak jawatan: Muhyiddin ada prinsip diri

Posted: 27 Mar 2016 09:08 PM PDT


Tolak jawatan: Muhyiddin ada prinsip diri

KUALA TERENGGANU – Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai seorang yang berpegang teguh dengan prinsip apabila menolak tawaran sebagai Yang Dipertua Pulau Pinang dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu, Othman Endut tidak menolak bahawa tawaran itu berkemungkinan usaha untuk menutup mulut pemimpin itu yang lantang mengkritik kerajaan ketika ini.
"Tawaran itu tidak boleh tutup kesalahan. Bagi pihak Muhyiddin, beliau menganggap ia adalah maruah kerana kalau beliau terima, secara automatik orang akan kata dia sudah 'dibeli'. Bagaimanapun jawatan itu bagus dan penolakan itu dilihat tepat dengan apa diperjuangkan beliau ketika ini.
"Apa yang kita lihat, dia bukan mahukan jawatan itu apatah lagi dia pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Apalah sangat jawatan itu. Kalau ditawarkan jawatan Perdana Menteri, itu lainlah," katanya, di sini.
Dalam laporan Sinar Harian Rabu lepas, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pendedahan beliau ditawarkan jawatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Pengerusi PNB, namun menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu mengorbankan prinsip perjuangannya.
Memetik laporan itu, Muhyiddin berkata, penolakan tawaran itu kerana ia melibatkan maruah dirinya.
Muhyiddin turut menjelaskan bahawa perkara dibincangkan bukan soal tawaran jawatan sebaliknya apa yang dipersoalkan tentang kabinet dan beliau sendiri perlu menolak tawaran tersebut.
Mengulas lanjut, Othman memberitahu Muhyiddin tidak mahu menerima jawatan tersebut kerana merasakan wujud unsur politik di sebalik tawaran itu.
Sebagai orang lama dalam 'sepak terajang' politik katanya, Muhyiddin sudah tentu memahami dengan jelas sebarang taktik untuk mengalih perhatian beliau terhadap isu diperjuangkan.
"Kalau dia terima tawaran itu dan memberi alasan ia bertujuan untuk menjaga perpaduan di kalangan Melayu khususnya, orang tetap akan kata dia 'dibeli'," katanya.

ABC dakwa ada maklumat baru mengenai dana di akaun Najib

Posted: 27 Mar 2016 09:06 PM PDT


Program Four Corners terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) akan menyiarkan episod terbaru malam ini dengan memberi tumpuan kepada skandal kewangan yang didakwa ada kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
ABC dalam satu laporan berkata siasatan Four Corners akan menyiarkan maklumat baru mengenai dana yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Antara lain, ia berkata, Four Corners telah menyaksikan rekod bank yang menunjukkan deposit yang dibuat antara 2011 dan 2014 daripada "individu dan syarikat misteri" di Malaysia dan di luar negara melalui pemindahan wayar dan secara tunai.
Menurut rekod bank itu, pada pertengahan tahun 2013, bank tersebut membuka tiga akaun baru atas nama Najib dan juga terdapat ikrar janji wang tetap daripada seorang putera Saudi, termasuk janji sebanyak 50 juta pound Britain selewat-lewatnya pada Jun 2014.
Ini, dakwanya adalah di sebalik derma AS$681 juta (RM2.6 bilion) derma dari seorang penderma Timur Tengah yang tidak dinamakan tetapi menurut Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, Najib telah memulangkan sebanyak AS$620 juta.
Apandi mengumumkan bahawa tiada dakwaan akan diambil terhadap Najib dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup tiga kertas siasatan berasingan yang berkaitan dengan dakwaan berkenaan.
ABC, bagaimanapun, melaporkan bahawa Four Corners mengesahkan bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail merancang mengenakan tuduhan penyelewengan jenayah terhadap Najib sebelum beliau dipecat daripada jawatannya tahun lalu.
Pasukan Four Corners - wartawan Linton Besser dan juruvideo Louie Eroglu - telah dihalau keluar dari Malaysia selepas cuba menyoal Najib pada sebuah majlis awam di Kuching, Sarawak awal bulan ini.
Babak kejadian itu juga akan dipaparkan dalam episod terkini Four Corners itu dengan tajuk State of Fear.
Menurut laporan ABC, episod itu juga akan menampilkan temu bual dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Gani untuk mendapatkan reaksinya.

Ulama muda Pas lebih sudu dari kuah

Posted: 27 Mar 2016 07:26 PM PDT

Oleh DR FAUZI ZAKARIA 


Dikalangan bekas aktivis Pemuda sejak awal 1980-an seperti Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa telah terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kepada Jamaah (Pas).

Berjuang sejak daripada zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yang tidak seberapa. Tetapi mereka inilah yang berjuang sejak zaman kelam, sejak umum masyarakat Malaysia tidak faham sangat apa itu Islam.

Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf ulama melainkan hanya sebagai tukang baca doa selamat.

Dikalangan bekas aktivis Pemuda inilah yang berjuang menegakkan politik Islam, mereka inilah yang memperjuangkan kedudukan ulama sehingga kepimpinan ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dalam Jemaah.

Kini nama-nama mereka ini dijaja oleh sekumpulan ulama muda pendatang baru dalam jemaah, sebagai munafiq jemaah.

Apakah ahli Pas boleh melabel sahabat dengan label begitu? Saya sezaman dengan Husam zaman tidur-bangun di Pejabat Pas Jalan Dato Pati.

Husam baru grad Universiti Malaya (UM) pada 1984. Saya pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah bersama menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah.

Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.

Sebagai "orang Mekkah" saya mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jemaah di Malaysia hatta dapat berbincang dengan sebebasnya dengan bekas pimpinan Umno.
Saya mendengar kenaikan taraaf Husam di dalam jemaah.

Di satu majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah, saya berbicara dengan Tan Sri Sanusi Junid pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh.( jam 3.00 pagi waktu Saudi). Beliau nampak potensi pimpinan masa depan politik Melayu Islam dalam barisan muda Pas.

Antara yang kerap disebutnya, Husam Musa. Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya sertai semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lebih jadi pemerhati akademik.

Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis-majlis akademik di kampus. Memang zaman semesra bersama melepak di Pejat Pas Jalan Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia "Datuk" sukarnya dia nak panggil saya "Doktor".

Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat-sahabat lama ini. Sebagai orang akademik yang tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya, hati saya semacam mengesahkan apa yang pernah disebut oleh Tan Sri Sanusi Junid 2008 di Jeddah dulu.

Namun orang akademik berhadapan dengan realiti hanya boleh berharap dan mengimpikan.

Para pemain politikus lebih cekap mengelecekkan bola politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yang mungkin ideal.

Tiba-tiba akhir-akhir ini petaka apakah yang menimpa, pemimpin yang kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kepada kami bekas anak-anak muda yang telah mendokong begitu lama.

Apakah dengan gara-gara kemunculan kumpulan anak-anak muda baru yang menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami dikalangan bekas Pemuda ( bukan ulama) tidak di kasihi lagi.

Dalam ucapan terakhir pemimpin yang kami kasihi ini kedengarannnya macam menghalau saja kami dari lengkongan jemaah yang tercinta ini.

Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...."
Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dalam muktamar. Tidak ada siapa berhak menghalau sesiap daripada jemaah ini. Allah dan Rasulnya yang meminta umat ini bersatu dalam jemaah.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin sedia dipecat kerana hadir Kongres Rakyat

Posted: 27 Mar 2016 07:20 PM PDT

SHAH ALAM – Risiko pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ahli Umno bukan penghalang untuk beliau menghadiri Kongres Rakyat 2016 walaupun sedar ia bertentangan Perlembagaan parti.
Muhyiddin mendakwa, kehadiran beliau ke perhimpunan itu adalah hak beliau sebagai warganegara malah dijamin oleh Perlembagaan, sekalipun bekerjasama dengan pembangkang untuk menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Muhyiddin Yassin "Itu hak saya sebagai warganegara untuk berhimpun dan mengambil bahagian. Mengikut Perlembagaan, tiada apa yang boleh menghalang saya.
"Saya sudah dipecat daripada kerajaan, saya digantung oleh parti (Umno). Apa yang lebih penting bukan kedudukan saya (Timbalan Presiden Umno), tapi untuk menyelamatkan Malaysia," katanya pada sidang media selepas Kongres Rakyat 2016 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebuah sekretariat khas akan dibentuk bagi menyelaraskan segala usaha untuk menukar kepimpinan perdana menteri daripada pelbagai pihak walaupun berbeza ideologi politik.
"Selagi mana ia menyokong pendirian kita supaya Najib letak jawatan, atau menyingkirkan Najib, kita tiada masalah dengan mereka.
"Sama ada mereka bersama dengan kita atau tidak, asalkan objektifnya sama," katanya pada sidang media sama.

Video Sirul tidak dirakam ketika tahanan, kata Imigresen Australia

Posted: 27 Mar 2016 07:17 PM PDT


Siasatan Jabatan Imigresen Australia mendapati bekas komando polis Sirul Azhar Umar tidak merakam atau mengedarkan apa-apa video kepada media ketika ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood (VIDC) di Sydney.
Ini adalah berdasarkan kepada pemeriksaan ke atas rakaman CCTV, rupa Sirul dalam video dan latar belakang yang digunakan dalam video itu, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu disiarkan oleh program 60 Minutes Australia di laman webnya hari ini.
"Faktor-faktor ini menyokong pandangan Jabatan ini bahawa video itu dibuat antara masa keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia dan masa individu itu dimasukkan ke tahanan imigresen," kata jabatan itu.
Dalam beberapa rakaman video dibocorkan kepada Malaysiakini, Sirul antara lain berkata telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memfitnah orang lain, tetapi tidak menyebut nama.
Peguam Americk Sidhu berhujah bahawa Sirul merakamkan video berkenaan selepas penahanannya kerana beliau dalam salah satu klip merujuk sidang media oleh peguam Kamarul Hisham dan Hasnul Rezua Merican (gambar), yang berlaku pada 31 Dis, 2015.
Sirul juga merujuk kepada permohonannya untuk mendapatkan taraf penduduk tetap di Australia, kata Americk.

Tun M: Sepatutnya mereka benci saya, tapi…

Posted: 27 Mar 2016 07:15 PM PDT

SHAH ALAM – "Sepatutnya mereka yang pernah ditahan ketika di bawah bidang kuasa saya berasa benci kepada saya," demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Mahathir, mereka yang pernah dipenjarakan ketika beliau memegang jawatan dalam kerajaan berhak menyimpan perasaan benci dan marah kepadanya.
Tun M: Sepatutnya mereka benci saya, tapi… Bagaimanapun demi perjuangan terhadap rakyat, kebencian dan kemarahan tersebut mampu diatasi dengan baik dan kini mereka semua mampu bergandingan bersama-sama di atas pentas Kongres Rakyat 2016.
"Ada orang yang (pernah) berada dalam tahanan semasa saya memegang jawatan dalam kerajaan. Sepatutnya mereka tidak boleh duduk sepentas (dengan saya), jauh sekali nak duduk tepi (sebelah) saya.
"Kebencian orang yang pernah ditangkap di bawah bidang kuasa saya (pada waktu itu) tentulah begitu tinggi. Tetapi mereka sanggup berada pentas bersama dengan saya," ujarnya dalam ucapan di Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, semalam.
Sebelum itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam program yang sama meluahkan perasaan pernah ditahan dan dipenjarakan ketika Mahathir memegang jawatan dalam kerajaan.

Shafie nafi dakwaan bersikap hati-hati untuk elak dipecat Umno

Posted: 27 Mar 2016 07:14 PM PDT


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal menafikan dakwaan bahawa beliau mengambil sikap berhati-hati dalam setiap perkara yang melibatkan kepimpinan parti itu bagi mengelak dipecat daripada jawatan yang disandang beliau sekarang.
 Sebaliknya, bekas menteri kemajuan luar bandar itu menegaskan beliau tidak akan digugurkan dari jawatannya sebelum ini jika bersikap seperti yang didakwa.
"Kalau saya bersikap berhati-hati, tidaklah saya dibuang dari kabinet. Kamu tidak masuk dalam mesyuarat, jadi kamu tidak tahu apa yang saya nyatakan dalam kabinet," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program santai dan sesi penerangan isu semasa di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, lewat malam tadi.
Malah, ketika diminta mengulas lanjut apakah beliau bimbang akan dipecat, Shafie berkata tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.
"Risau pasal apa? Saya tidak risau dan jangan bimbang sangatlah," kata Shafie ringkas.
Bagaimanapun, apa yang menjadi kebimbangan bekas menteri kemajuan luar bandar itu sekarang ialah Umno semakin hilang kuasanya.
"Ketakutan saya bila hilang kuasa, saya tidak takut hilang jawatan kerana sudah biasa.
"Tetapi yang saya bimbang adalah apabila kuasa hilang, jauh lebih berat. Kita hilang jawatan tak mengapa kita yang terasa tapi kalau hilang kuasa semua merasa," kata Shafie.
Kata Shafie, beliau bertungkus lumus berkempen di Selangor namun Umno-BN gagal meraih sokongan pengundi di negeri termaju itu.
Malah, Shafie berkata perkara yang sama berlaku di Sabah hingga menyebabkan empat kerajaan berubah di negeri di bawah bayu itu.
Justeru beliau menyeru kerajaan menjaga mandat dan kuasa yang diberikan rakyat.
"Empat kerajaan berubah di Sabah dan ia bukan senang. Dah ada kuasa jaga kuasa dengan baik kerana kuasa datangnya bukan dari atas tapi dari bawah, dari akar umbi.
"Jadi dengar suara dan rintihan rakyat, jangan tak dengar. Itu yang penting," kata Shafie.
Sementara itu mengulas deklarasi rakyat yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Shafie berkata bekas perdana menteri itu berpandangan jauh.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin: 'Memang Tun M pernah penjarakan kami, tetapi…'

Posted: 27 Mar 2016 07:13 PM PDT

SHAH ALAM – "Memang Tun (bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad) pernah penjarakan kami, tetapi sekarang itu semua sejarah," demikian ujar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Tun Dr Mahathir Mohamad Menurutnya, meskipun pernah dipukul, ditahan dan dipenjarakan di bawah bidang kuasa Mahathir, beliau sanggup mengetepikan semua detik hitam itu demi perjuangannya untuk rakyat.
Kata Mohamed Azmin lagi, berdirinya beliau di sisi Mahathir pada Kongres Rakyat 2016 hari ini sebagai bukti yang beliau sudah melupakan peristiwa lalu.
"Saya pernah digari, ditahan di penjara dan dipukul oleh enam orang anggota polis dan pada ketika itu, Tun Mahathir memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.
"Itulah sejarah. Sejarah ajar saya untuk menghayati makna perjuangan rakyat. Kami mahu jadi orang yang lebih baik bukan orang yang lebih teruk daripada sebelumnya," katanya ketika memberikan ucapan di Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.
Dalam masa yang sama, Presiden Amanah, Mohamad Sabu turut berkongsi pengalaman ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah pemerintahan Mahathir.
Menurut Mohamad, meskipun pernah ditahan di bawah ISA, namun hari ini beliau sanggup mengetepikan dendam silam demi selamatkan negara dan boleh sepentas dengan bekas perdana menteri itu.
"Saya gementar berceramah di depan bekas pemimpin yang pernah memerintah negara 22 tahun.
"Dua kali saya ditahan ISA. Seperti kata-kata yang lain, kita bukan di sini bercakap untuk dendam," katanya dalam kongres yang sama.

Kita masih perlukan Najib, ampu Bung Moktar

Posted: 27 Mar 2016 07:12 PM PDT

Semua pihak yang menentang Najib Razak perlu menggunakan proses demokrasi melalui pilihan raya atau Pemilihan UMNO 2018.
bung
PETALING JAYA: Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak masih diperlukan untuk mentadbir negara ini, kata Datuk Bung Moktar Radin.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, pihak yang mahu Najib berundur daripada kedua-dua jawatan itu, mereka perlu tunggu sehingga pilihan raya akan datang atau Pemilihan UMNO pada 2018.
Beliau menjawab Gerakan Selamatkan Malaysia yang tidak putus-putus mendesak Najib berundur kerana didakwa tidak layak memerintah negara lantaran dikaitkan dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Katanya, tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid membuktikan mereka terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri sehingga sangup bersekongkol dengan pembangkang.
"Tunggu la pilihanraya atau pemilihan UMNO untuk membawa perubahan, buat masa ini Najib masih diperlukan," katanya kepada FMT.
Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan tegas kepada Muhyiddin, Mukhriz dan pemimpin UMNO lain yang bertindak melanggar Perlembagaan parti.
"Buat masa ini UMNO perlu meneliti langkah-langkah yang perlu diambil kepada mana-mana ahli parti yang melanggar batas perlembagaan parti, ini penting untuk kemantapan parti," katanya.
Mengulas mengenai kecaman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani Deklarasi Kelantan menyokong Najib, Bung Moktar berkata, apa yang dilakukan veteran UMNO itu adalah ikhlas tanpa adanya niat terselindung di sebalik sokongan itu.

Mahathir akui diktator tapi tidak seteruk Najib

Posted: 27 Mar 2016 05:57 PM PDT

Beliau tidak berdepan dengan demonstrasi rakyat yang mendesaknya berundur seperti yang berlaku kepada Najib Razak.
mahathir-malaysia-1
SHAH ALAM: "Ya saya pemimpin diktator, tetapi rakyat tidak berdemontrasi mendesak saya berundur seperti yang berlaku kepada Najib (Datuk Seri Najib Razak)," akui bekas Perdana Menteri yang memerintah negara ini selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Negarawan itu mengakui, biarpun beliau seorang pemimpin diktator, namun pemerintahannya adalah lebih baik berbanding Najib yang menghadapi tentangan rakyat kerana lemah memerintah negara sehingga didesak berundur.
Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sejak 1981 menggantikan Tun Abdul Razak sebelum bersara pada 2003.
Bercakap kepada media selepas menghadiri Kongres Rakyat Gerakan Selamatkan Malaysia di sini, Dr Mahathir menjelaskan gerakan itu tidak menamakan siapa bakal Perdana Menteri kerana tujuan utama adalah menyingkirkan Najib.
Beliau berkata, UMNO yang mempunyai kerusi majoriti berkuasa melantik Perdana Menteri baharu tetapi tidak semesti memilih Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika Najib berjaya disingkirkan.
Katanya, Najib perlu disingkirkan kerana beliau merupakan penghalang kepada reformasi pentadbiran dan sistem di negara ini.
Beliau berkata, Najib telah menyalahguna kuasanya untuk menghalang siasatan dana RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya dan skandal 1MDB.

Pernah serah telaga minyak Malaysia pada Brunei, pelantikan Pak Lah dipertikai

Posted: 27 Mar 2016 05:56 PM PDT


Tun Abdullah Ahmad BadawiTun Abdullah Ahmad Badawi
Perlantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penasihat Petronas tidak disenangi ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kerana bekas perdana menteri itu pernah menyerahkan telaga minyak Malaysia kepada Brunei.
Sambil mempertikaikan pelantikan itu, Mahfuz berkata ketika menjawat perdana menteri, Abdullah telah menyerahkan telaga minyak di blok L dan M kepada Brunei meskipun sebelum itu ia menjadi milik Malaysia.
Malah ujarnya, Petronas telah menyerahkan usaha carigali minyak di kawasan tersebut kepada Murphy Oil.

"Tidak mungkin Petronas begitu bodoh dan tidak tahu block L & M bukan berada dalam EEZ (Zon Ekonomi Eksklusif) Malaysia.
"Mengikut penjelasan Murphy Oil, Petronas telah memaklumkan melalui surat penamatan kontrak perkongsian pengeluaran untuk block L dan M kerana padang minyak tersebut bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.
"Surat tersebut dihantar kepada Petronas pada 21 April 2010. Penyerahan block L dan M diserahkan kepada Brunei sebagai pertimbangan untuk Limbang terus kekal menjadi milik Malaysia," jelasnya.
Mahfuz turut memetik laporan Bernama bertarikh 16 Mac 2009 yang menyiarkan kenyataan Abdullah di Bandar Seri Begawan bahawa Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutan ke atas Limbang.
Read More / Baca Lagi >>

'Jangan bermusuh dengan Kit Siang, Tun M, Anwar' - Azmin

Posted: 27 Mar 2016 05:55 PM PDT

'Jangan bermusuh dengan Kit Siang, Tun M, Anwar' SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bermusuh dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, Gerakan Selamatkan Malaysia adalah ibarat pelangi dan walaupun mempunyai ideologi dan perjuangan berbeza, gerakan ini ditubuhkan bagi menyatukan pemimpin yang mempunyai semangat patriotik dan cintakan tanah air.
"Hari ini adalah hari yang amat bersejarah kerana belum pernah ada muafakat sebegini di kalangan rakyat yang merangkumi semua golongan dan lapisan umur.
"Namun ada yang takut dengan deklarasi ini. Deklarasi ini bukan soal individu. Ini bukan deklarasi Tun M dan Kit Siang, tapi ini deklarasi rakyat," katanya ketika Kongres Rakyat 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.

Angkat individu baru ganti PM pulihkan sistem pentadbiran

Posted: 27 Mar 2016 05:54 PM PDT

SHAH ALAM, 27 MAC: Individu baru dan sesuai perlu diangkat sebagai Perdana Menteri bagi memulihkan sistem pentabiran negara menggantikan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
RafiziAhli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi sasarannya kerana penyalahgunaan kuasa dan tabiat berbelanja mewah membabitkan wang rakyat.
"Saya tak kan kacau kamu kalau kamu tak makan duit rakyat.
"Saya tak kacau Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi kacau Najib dan Rosmah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.
Beliau berkata, negara kini mempunyai barisan pemimpin 'pak lawak' yang sering menggunakan ungkapan 'tak tahu' bila terbongkar sesuatu kes.
Katanya antaranya adalah penyelewengan lebih RM100 juta membabitkan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan.
"Saya kira kita boleh mengubah pepatah Melayu menjadi 'Perdana Menteri borek, menteri rintik'.
"Dulu saya ingat Tun Abdullah Ahmad Badawi sahaja yang tidur tetapi sekarang berjangkit pada menantunya (Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin)," katanya.

Lawan pemerintah zalim, bukan pencen yang zalim – Mat Sabu

Posted: 27 Mar 2016 05:52 PM PDT

Islam mengajar supaya bercakap benar di hadapan pemerintah yang zalim dan bukannya pencen yang zalim.
mat-sabu
PETALING JAYA: Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menggesa rakyat supaya melawan pemerintah yang zalim dan bukannya seseorang yang tidak lagi memiliki kuasa.
Beliau menyebut perkara itu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya rasa nervous berceramah di hadapan Perdana Menteri (bekas) yang berkuasa lebih 22 tahun (Dr Mahathir). Dua kali saya ditahan di bawah ISA, di bawah rejim Tun Mahathir Mohamad.
"Seperti rakan-rakan yang lain kita datang bukan dalam hal peribadi, sebab Islam mengajar kita berkata benarlah di hadapan pemerintah yang zalim dan bukannya pencen yang zalim.
"Kalau kita berani mengkritik orang yang telah pencen, itu bukan jantan namanya," katanya dihadapan lebih 1,000 orang yang menghadiri Kongres Rakyat Gerakan Selamatkan Malaysia di Shah Alam semalam.
Menurut Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, ketika beliau menjadi Ahli Parlimen, ramai dalam kalangan anggota dewan bising apabila hutang negara mencecah RM100 bilion, hingga menyebabkan Dr Mahathir dihentam kerana mengizinkan hutang sebanyak itu.
Bagaimanapun, hutang itu semakin bertambah menjadi RM300 bilion apabila negara diterajui oleh Perdana Menteri pengganti (Tun Abdullah Ahmad Badawi) selepas Dr Mahathir melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
"Lepas itu digantikan dengan Perdana Menteri yang nak buat reform (reformasi) hutang negara meningkat RM800 bilion. Inilah dia Malaysia tanah airku," sindirnya.

SEKITAR KONGRES RAKYAT YANG PENUH GEMILANG

Posted: 27 Mar 2016 05:51 PM PDT

Kongres rakyat yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre pada petang tadi dianggap penuh dengan kejayaan dan kegemilangan serta mencipta satu lagi detik bersejarah bagi politik tanahair.

Ia bukan saja berjaya membariskan ahli-ahli politik daripada UMNO, pembangkang dan mereka yang tidak berparti untuk berada di pentas yang sama, dengan tujuan yang sama dan bercakap juga dengan satu nada yang sama.

Pentad, tujuan dan nadanya tidak lain ialah untuk memaksa Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri dengan seberapa segera.

Sebanyak 1,500 tag nama untuk perwakilan yang disediakan juga habis diserahkan kepada para peserta daripada pelbagai kelompok, usia dan latar belakang yang datang seawal jam 10 pagi serta sekurang-kurangnya antara 200 hingga 300 peserta lagi tidak memperolehi sebarang tag nama, tetapi tetap dibenarkan masuk dengan sanggup berdiri sepanjang program.

Bermula pukul 2.00 petang apabila Zaid Ibrahim memulakan pembukaannya sehinggalah Tun Mahathir menamatkan ucapannya pada kira-kira 6.45 petang, para peserta tetap tidak berganjak daripada dewan untuk mendengar dengan penuh teliti dan ghairah setiap hujah-hujah yang dilontarkan oleh para pembahas.

Ini sekaligus menandakan rakyat bukan saja tetap dahagakan perubahan dan begitu teringin melihat pengunduan Najib, malah seperti tidak sabar juga untuk mendapat seorang Perdana Menteri yang baru untuk negara ini.

Bukan saja tekad untuk memberi penerangan ke seluruh negara akan diperhebatkan lagi selepas ini, malah seruan agar rakyat beramai-ramai menandatangani Deklarasi Rakyat juga akan terus diberi penekanan.

Ia kemudian akan dipersembahkan kepada Istana Negara agar Majlis Raja-Raja bertindak sesuatu berdasarkan suara hati rakyat.

Jika kertas deklarasi yang mengandungi tandatangan rakyat itu penuh satu lori, saya sedia memandu lori tersebut untuk pergi ke Istana Negara, kata Tun Mahathir.

Di bawah ini antara gambar yang sempat dirakam untuk tatapan pembaca blog ini. Selain semua jurucakap yang disenaraikan dalam posting sebelum ini hadir dan memberi ucapan mereka, ramai lagi tokoh-tokoh yang turut memeriahkannya, namun hanya sebahagian yang sempat dirakam fotonya.

Apa pun, tahniah kepada semua yang menjayakan Kongres Rakyat ini. Selepas ini, program yang sama akan bergerak ke negeri dan kawasan-kawasan terpilih pula.

Presiden Pas nasihati ahli tidak sertai Deklarasi Rakyat

Posted: 27 Mar 2016 05:38 PM PDT


Abdul Hadi Awang 1Abdul Hadi Awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan anggota parti itu agar tidak menyertai "Deklarasi Mahathir" kerana proses perubahan negara mesti dilakukan secara positif serta tidak menghuru-harakan negara.
"Kita hendaklah memilih demokrasi yang adil secara baik dan tidak (berlaku) ketegangan kaum dan kerana itu kita kawal pemuda kita.
"Tidak perlu campur tangan asing kerana dalam semua kegiatan kita kena berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Anak Muda Istiqamah Perak di Kampung Batu 20, Batu Kurau di Larut, semalam.
Ketika ditanya mengenai tindakan anggota PAS menyertai Parti Amanah Negara (PAN) kemungkinan menggugat parti itu pada pilihan raya akan datang, Abdul Hadi berkata ia tidak menggugat PAS kerana hanya satu peratus sahaja anggota PAS yang menyertai PAN.

Terdesak: Pimpinan akar umbi Umno S'gor dakwa diarah tandatangan deklarasi sokong Najib

Posted: 27 Mar 2016 05:36 PM PDT


Seorang ketua cawangan mendakwa kepimpinan Umno akar umbi di Selangor kini diarahkan menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Umno Cawangan Teratai, Hashim Abdul Karim mendakwa cawangannya baru saja menerima surat satu deklarasi yang disediakan oleh Umno Selangor.
 "Deklarasi yang sama dibacakan kira-kira 5,000 ketua cawangan di seluruh Selangor bagi menyokong kepimpinan perdana menteri dan presiden parti," kata Hashim.
Beliau mendedahkan perkara itu ketika berucap dalam program santai dan penerangan isu-isu semasa bersama Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal, di Kampung Bukit Lanchong, Laman Bistari, Shah Alam, malam tadi.
Bagaimanapun, Hashim mendakwa bahawa ahli akar umbi cawangan beliau sebulat suara menolak deklarasi tersebut.
"Kami sebulat suara dari Cawangan Teratai menolak deklarasi yang memberi sokongan kepada kepimpinan Najib sebagai presiden Umno dan perdana menteri Malaysia," tegas Hashim sambil disambut tepukan hadirin.
Khamis lalu, kepimpinan Umno Kelantan menandatangani deklarasi yang menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Najib.
Mengulas lanjut Hashim berkata adalah menjadi harapan untuk setiap presiden yang dilantik menerajui parti itu ke arah kecemerlangan terutamanya apabila menghadapi pilihan raya umum sebagaimana presiden Umno terdahulu.
Namun, Hashim mendakwa perkara tersebut tidak berlaku.
Sebalikya, dakwa Hashim lagi, ahli akar umbi didedahkan dengan terlalu banyak cerita negatif mengenai kepimpinan presiden parti sehinggakan mereka merasa seperti diperbodohkan kepimpinan parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu.
"Kita bukan bodoh, buta dan pekak. Sebelum ini saya telah ingatkan bahawa rakyat akan bangkitkan kes Altantuya, cincin berlian, kapal selam scorpene dan hari ini ditambah pula dengan isu 1MDB.
"Tak habis isu 1MDB, timbul pula soal wang derma RM2.6 bilion yang kita sedia maklum cerita mengenainya," tegas Hashim.
Read More / Baca Lagi >>

Kongres Rakyat 2016: Press conference

Posted: 27 Mar 2016 09:59 AM PDT

Kongres Rakyat 2016: Rafizi Ramli's Speech

Posted: 27 Mar 2016 09:58 AM PDT

Kongres Rakyat 2016: Azmin Ali's speech

Posted: 27 Mar 2016 09:58 AM PDT

Kongres Rakyat 2016: Kamarul Azman's speech

Posted: 27 Mar 2016 09:57 AM PDT

Kongres Rakyat 2016: Mat Sabu's speech

Posted: 27 Mar 2016 09:47 AM PDT

Kongres Rakyat 2016: Lim Kit Siang's speech

Posted: 27 Mar 2016 09:46 AM PDT