Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bukan pemaju maka LGE kata boleh diskaun tapi ada kaitan

Posted: 23 Mar 2016 09:00 PM PDT


Khir Toyo pun kata willing buyer dan willing seller. Namun sebenarnya ada kitan kepentingan antara Guan Eng dan Phang Li Koon melalui beberapa syarikat dan exco Phee Boon Poh.

Baca panjang lebar di Snapshot2016 siap dengan gambar dan video di SINI

Lim Kit Siang macam orang bersalah

Posted: 23 Mar 2016 05:00 AM PDT


Hari ini, Guan Eng lari dari wartawan.

Sebelum ini, dia lari dari menjawab soalan di Dewan Rakyat dan dalam sidang akhbarnya. Kenapa macam orang bersalah?

Baca Snapshot2016 SINI.



Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HJ HADI SERU BERSATU HADAPI KURANGAJAR DAP

Posted: 23 Mar 2016 07:04 PM PDT

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menyeru umat Islam supaya bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu yang berhasrat untuk memerintah negara ini.
Beliau berkata, DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam adalah 60 peratus.
"DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.
"Selain itu, kita juga telah mengingatkan UMNO supaya kembali kepada Islam demi penya­tuan dan kekuatan ummah ke­rana memulihkan agenda politik merupakan satu sumbangan yang besar," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Pusat Tarbiyah dan Dakwah Pas Bandar Tun Razak di sini malam tadi (Ahad)
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad.
Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mempersoalkan peranan PAN yang dipimpin Pre­sidennya, Mohamad Sabu dalam memperjuangkan agenda politik di negara ini bersama DAP dan PKR.
Sementara itu, Abdul Khalid berkata, beliau bimbang berhubung situasi politik sekarang yang berpecah-belah dan menggugat kestabilan po­litik orang Melayu.
"Saya lihat DAP yang diwakili oleh kaum Cina telah berjaya walaupun mereka hanya terdiri daripada 30 peratus, lebih-lebih lagi mereka telah menguasai penda­patan per kapita yang lebih tinggi serta ada cita-cita lebih daripada itu.
"Kita akan tubuhkan unit tertentu seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memantau orang Islam yang bersekongkol dengan DAP tidak menang pada pilihan raya umum akan datang. Perjuang­an kita merupakan satu perjuangan yang berterusan," ujarnya 

LIM GUAN ENG BALAS DENDAM

Posted: 23 Mar 2016 07:05 AM PDT

chalet6

chalet7
chalet3
chalet1
chalet4
Adakah usaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) meroboh berberapa premis di tepi laut di Bayu Senja Batu Feringghi semalam sebagai usaha untuk menutup skandal banglo Ketua Menteri Lim Guan Eng, soal Azman Haj.
Ia merujuk kepada beberapa premis milik Melayu di belakang Condominium By The Sea telah diroboh MBPP yang didakwa tidak mengikut peraturan.
"Chalet Wave Runner yang dimiliki oleh Hj Ismail Din dan Rosli Bakar dan empat lagi pengusaha sukan air dirobohkan.
"Perobohan adalah atas alasan chalet dan perniagaan-perniagaan di situ tidak mempunyai lesen perniagaan dan pembinaan bangunan tersebut juga adalah secara haram.
"Pengusaha terkejut kerana tidak dimaklumkan atau diberi notis sebelum mereka merobohkan premis,"lapor Azman Haj.
Tambahnya lagi kehidupan golongan bawahan di Pulau Pinang sentiasa dilanda masalah akibat polisi pilih kasih MBPP.
"Ada maklumat yang menyatakan terdapat aduan daripada pihak Condominium By The Sea kepada MBPP bahawa premis-premis tersebut telah mencemari keindahan kawasan pantai di sini.
"Sekarang ni semakin susah untuk mencari rezeki di negeri Pulau Pinang atas ketegasan pihak MBPP, sedangkan banyak lagi premis bukan milik Melayu dibiarkan beroperasi, padahal status mereka juga meragukan dan haram,"lapornya lagi.
chalet2
chalet5

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


AMPU & JILAT...MAZHAB UMNO..!!

Posted: 23 Mar 2016 05:54 PM PDT

Sesungguhnya Pe'el Menjilat Pemimpin Adalah Satu Amalan Paling Mulia Lagi Dituntut Yang Bertuhankan Umno..

Korang boleh bayangkan tak...

Posted: 23 Mar 2016 05:51 PM PDT

Jika Dengan Kehendak Illahi... APA AKAN JADI pada Rosmah & Najib jika mereka masuk dlm kandang mahkamah ???

SIAPA PENIPU BESAR !!!

Posted: 23 Mar 2016 05:49 PM PDT

1MDB nyatakan tidak menerima sebarang pemberitahuan rasmi daripada Bank Negara Malaysia (BNM)..

DAN..

BUKTI kenyataan rasmi BNM pada Oktober tahun lepas lagi..

Putar belit & penipuan 1MDB terus beterusan..

Beginilah kejayaan TransforBASI Najib selama ini..

Posted: 23 Mar 2016 05:47 PM PDT

Dulu dah lah syarikat MAS bungkus muflis, diganti dgn MAB.. coz rugi berbilion2 ringgit setiap tahun.

Kini Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pula catat REKOD TERBURUK dlm sejarah Malaysia Airports !!!

LGE ejected from Parliament

Posted: 23 Mar 2016 05:42 PM PDT

Belanjawan Tambahan Untuk Tanggungan Pencen 2015: Kedudukan Kewangan KWAP

Posted: 23 Mar 2016 05:38 PM PDT

7 Activists add signatures to Citizen's Declaration

Posted: 23 Mar 2016 05:36 PM PDT

Ambiga: If we thought about it, it would not have happened

Posted: 23 Mar 2016 05:35 PM PDT

Citizen's Declaration not about forgiving and forgetting

Posted: 23 Mar 2016 05:34 PM PDT

Khairuddin: Najib lied to the parliament twice

Posted: 23 Mar 2016 05:33 PM PDT

"In every war there can only be one enemy"

Posted: 23 Mar 2016 05:33 PM PDT

Rafizi: Bayaran Caruman Pencen LTAT Pesara Tentera Lewat: Perkaitan Dengan 1MDB

Posted: 23 Mar 2016 05:32 PM PDT

Bank Negara to pursue action against 1MDB over US$1.8bil repatriation

Posted: 23 Mar 2016 08:09 AM PDT

Kewangan beberapa negeri dikhuatiri hampiri muflis, dedah Rafizi

Posted: 23 Mar 2016 07:52 AM PDT


Kewangan beberapa negeri dikhuatiri hampiri muflisKewangan beberapa negeri dikhuatiri hampiri muflis

Pertambahan perbelanjaan sebanyak RM240 juta kepada Kumpulan Wang Pendahuluan Negeri memberi gambaran kedudukan kewangan sesetengah kerajaan negeri yang lemah dan bergantung sepenuhnya kepada suntikan dana dari Kerajaan Persekutuan, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Malah beliau melahirkan kekhuatiran bahawa sesetengah kerajaan negeri mungkin menghampiri taraf muflis sekiranya tidak mendapat suntikan kewangan Kerajaan Persekutuan.
Naib Presiden PKR itu mengulas dua 'perkara besar' yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Belanjawan Tambahan 2015 yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong di Dewan Rakyat 21 Mac lalu.
Dua 'perkara besar' itu adalah peruntukan tambahan untuk tanggungan pencen Kerajaan Persekutuan berjumlah RM2.3 bilion dan peruntukan tambahan kepada
Kumpulan Wang Pendahuluan Negeri berjumlah RM240 juta.
Rafizi juga berjanji akan mengkaji dan meneliti kedudukan kewangan kerajaan-kerajaan negeri dan membentangkannya kepada umum sebelum berakhirnya sidang Dewan Rakyat penggal ini.
Langkah ini penting bagi menilai risiko kemuflisan sesetengah kerajaan negeri sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak lagi mampu menyuntik dana secara berterusan.
Dalam kenyataan media yang sama, beliau turut menyentuh peruntukan tambahan RM2.3 bilion bagi tanggungan pencen Kerajaan Persekutuan.
Menurut beliau, Akta 672 (Retirement Fund Act) memperuntukkan tanggungan dan pengurusan pencen Kerajaan Persekutuan dan badan-badan kerajaan diuruskan oleh Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Kerajaan Persekutuan jelas beliau diwajibkan menyumbang 5% dari jumlah keseluruhan emolumen (belanja penggajian, gratuiti dan kos kakitangan awam yang
lain) sementara badan berkanun, agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diwajibkan menyumbang 17.5% dari gaji pokok bulanan setiap kakitangan di
bawah skim pencen kepada KWAP.

Beliau menambah, Menteri Kewangan sepatutnya tidak mempunyai masalah dalam membuat anggaran tepat jumlah tanggungan yang perlu diperuntukkan bagi tujuan pencen untuk dicarum di dalam KWAP setiap tahun.
"Asasnya adalah mudah, jika jumlah keseluruhan emolumen tidak berubah sepatutnya tidak ada peruntukan tambahan bagi tujuan tanggungan pencen," ujarnya.

Tambah beliau, Kerajaan Persekutuan hanya perlu menyuntik dana baru sekiranya kedudukan kewangan tabung KWAP (caruman oleh Kerajaan Persekutuan dan keuntungan dari pelaburan dana oleh KWAP) dirasakan tidak mencukupi untuk membayar pencen kakitangan kerajaan di masa hadapan.

Read More / Baca Lagi >>

Perang mulut "bohong" di parlimen, Lim diarah keluar dewan

Posted: 23 Mar 2016 07:43 AM PDT


Penggunaan perkataan "bohong" mencetuskan perang mulut selama sejam di parlimen malam ini, yang berakhir dengan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) diarah keluar dewan.
Kekecohan bermula apabila Lim menuntut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menarik balik satu kenyataan yang dibuat minggu lepas, yang menuduhnya berbohong.
Rahman bagaimanapun, mempertahankan dirinya dengan mengatakan beliau bermaksud kenyataan Lim mengenai kadar rumah mampu milik berharga RM400,000 ditetapkan oleh kerajaan pusat sebagai satu pembohongan.
Timbalan speaker Datuk Ismail Mohamad Said bersetuju dengan Rahman, mengatakan bahawa perkataan "bohong" tidak ditujukan kepada Lim.
Ia menyebabkan perang mulut selama sejam dalam dewan, dengan Lim menegaskan bahawa perkataan "bohong" adalah tidak berparlimen dan Rahman harus menarik balik kenyataannya.
Ia berakhir apabila Ismail mengusir Lim dari Dewan Rakyat.
Juga diarahkan keluar ialah Teo Kok Seong (DAP-Rasah) apabila timbalan speaker mengatakan beliau merakamkan kekecohan itu dengan telefon bimbitnya.

“Saya tak benarkan BNM terheret dalam isu politik.” – Zeti

Posted: 23 Mar 2016 07:39 AM PDT

"Saya tidak akan terheret untuk buat kenyataan politik dan benarkan BNM terheret dalam politik isu ini," kata Zeti.
zeti-BNM
KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan khusus dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang pemindahan wang ASD$1.103 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari Kepulauan Cayman ke Singapura.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, bahawa beliau memberitahunya yang wang itu tidak dipindahkan ke BSI Bank di Singapura, seperti yang didakwa.
"Saya tidak pernah mengadakan pertemuan (dengan Muhyiddin) khusus untuk membincangkan soal itu.
"Saya juga tiada bawa apa-apa dokumen tentang perkara itu kepada beliau," katanya dalam sidang media Laporan Tahunan dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Bank Negara 2015, di sini, hari ini.
Namun, katanya, beliau memang banyak berurusan dengan Muhyiddin ketika beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dan antaranya ialah ketika dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Kos Sara Hidup.
"Daripada segi itu, jika saya ada berbincang (perkara ini) dengannya, ia secara meluas tentang apa yang berlaku. Ia sudah lama. Dan mungkin ketika itu pun saya tiada maklumat berkaitan apa yang anda (wartawan) sebut," katanya lagi.
Dalam pada itu, Zeti bertegas tidak akan sesekali membenarkan BNM terheret dalam politik berhubung isu 1MDB.
"Saya tidak akan terheret untuk buat kenyataan politik dan benarkan BNM terheret dalam politik isu ini. Saya hanya mahu menegakkan peraturan dalam sistem kewangan," katanya lagi.

Tun M gagal dalam pertempuran politik lawan Najib – Annuar

Posted: 23 Mar 2016 07:35 AM PDT

Annuar Musa menyifatkan kegagalan Dr Mahathir terserlah apabila isu dana RM2.6 bilion difailkan ke mahkamah.
 annuar-musa-mahanthir
KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak merupakan langkah untuk mempolitikkan isu dana RM2.6 bilion, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
"Bila Tun Mahathir memilih untuk ke mahkamah, bermakna beliau telah gagal dalam medan pertempuran politik ini.
"Nampak begitu ketara sekali beliau mahu politikkan isu seperti RM2.6 bilion," katanya selepas mengadakan pertemuan muhibbah bersama Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan MCA, Datuk Chai Kim Sen di Wisma MCA, di sini, hari ini.
Annuar, yang juga Anggota Parlimen Ketereh, berkata beliau tidak menafikan hak Dr Mahathir untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana negara ini mempunyai sistem perundangan yang adil dan telus.
Beliau bagaimanapun menasihatkan rakyat supaya tidak membuang masa melayan kerenah bekas Perdana Menteri itu.
"Banyak lagi masalah seperti ekonomi dan kebajikan rakyat yang perlu diberi perhatian… kalau kita terlalu tertumpu pada isu ini, kita akan gagal dalam menjaga hak dan kebajikan rakyat.
"Jadi saya nak nasihatkan, jangan disebabkan gangguan daripada Tun Mahathir, kita lupa tanggungjawab kepada rakyat," katanya.
Dr Mahathir, 90, bekas naib ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas anggota UMNO, Anina Saadudin, 41, hari ini memfailkan saman terhadap Najib berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lim: Saya tak lari, mahu berdepan Rahman Dahlan

Posted: 23 Mar 2016 07:32 AM PDT


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan beliau melarikan diri daripada media ketika di parlimen awal hari ini.
Ketika ditemui pemberita sebaik kembali ke parlimen pada jam 7 malam, Lim segera bertanya di mana wartawan News Strait Times berada.
Beliau tidak berpuas hati dengan artikel mereka awal hari ini yang bertajuk 'Guan Eng flees Parliament, avoids questions on RM2.8 mil bungalow'.
(Guan Eng melarikan diri dari parlimen, elak soalan banglo bernilai RM2.8 juta).
"Saya tak melarikan diri. Saya ada temujanji.
"Saya kembali sekarang dan saya di sini untuk berdepan (Datuk) Abdul Rahman Dahlan. Beliau mencabar saya untuk datang dan saya di sini.
"Saya tidak melarikan diri, saya di sini, jadi biar dia datang, tanya saya sebarang soalan dan saya akan jawab," kata Lim.
Beliau mengulangi rasa tidak senang dengan NST dengan menyatakan beberapa kali bahawa beliau mempunyai temujanji.
Lim terdahulu dilihat berdiam diri apabila media menanyakan soalan kepadanya beberapa jam sebelum itu.
Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan, sebelum ini terlibat dalam perang Twitter dengan Lim berhubung pembelian banglo kontroversi oleh setiausaha agung DAP itu.
Rahman dijadualkan berucap dalam dewan malam ini bagi menggulung titah Yang di-Pertuan Agung.

Zeti refuses to be dragged into ongoing political feud

Posted: 23 Mar 2016 07:27 AM PDT

Memahami "Tort of Misfisen" dan "Fidusiari"

Posted: 23 Mar 2016 07:26 AM PDT

PKR buat laporan polis terhadap IGP kerana salah guna kuasa

Posted: 23 Mar 2016 07:22 AM PDT

Calon Gabenor Bank Negara perlu pengetahuan luas

Posted: 23 Mar 2016 07:21 AM PDT

Mengata Orang...Dia Ni Apa Pulak..!!

Posted: 23 Mar 2016 06:42 AM PDT

Kes RM100 juta kementerian Khairy, Najib arah siasat segera.

Kes RM2.6 bilion sendiri, Najib lantik AG baru yg siasatan ditutup segera.

Saman Najib tunjukkan Mahathir benar-benar terdesak kata pengampu

Posted: 23 Mar 2016 06:26 AM PDT

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan betapa terdesaknya beliau melalui tindakan terbarunya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
"Beliau dalam keadaan terdesak," katanya merujuk kepada saman yang difailkan oleh Dr Mahathir dan dua pihak lagi di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil hari ini terhadap Perdana Menteri.
Tun Mahathir "Tun Mahathir cuba untuk menggulingkan Perdana Menteri melalui Umno. Beliau gagal. Tun Mahathir cuba mengemukakan usul undi tidak percaya di Parlimen. Beliau gagal. Sekarang Tun Mahathir cuba untuk menyaman. Tuduhannya adalah palsu, jadi beliau akan gagal lagi," kata Salleh dalam satu kenyataan.
Dr Mahathir, 90, bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas anggota Umno, Anina Saadudin, 41, memfailkan saman terhadap Najib berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mereka memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Najib telah melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dengan menggunakan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri, pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno.
Mereka memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya Najib yang dinamakan sebagai defendan tunggal, membayar ganti rugi teladan berjumlah RM2.6 bilion dan ganti rugi teruk berjumlah RM42 juta kepada Kerajaan.
Mengulas lanjut mengenai tindakan saman itu, Salleh berkata: "Tun Mahathir telah kehabisan opsyen. Tindakan ini menunjukkan beliau sudah tidak adalagi saluran politik untuk digunakan."

Bekas pegawai Bernas hadapi 6 tuduhan rasuah

Posted: 23 Mar 2016 06:23 AM PDT


Bekas pegawai Bernas hadapi 6 tuduhan rasuah


ALOR SETAR: Bekas pegawai kanan Padi Beras Nasional (Bernas) dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Alor Setar pagi ini atas enam pertuduhan rasuah berkaitan beras ST15 membabitkan nilai suapan RM73,000 pada 2013 dan 2014.

Tertuduh, Hassin Mad Zain, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Hassin dituduh menerima rasuah RM9,000 melalui akaun peribadinya daripada pemilik perniagaan WH Awana Enterprise, Wan Helmy Wan Darus pada 6 Ogos 2014 bagi mendapatkan kuota beras 30 tan metrik.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 April bagi sebutan semula kes.

Bagi lima lagi pertuduhan lain, dia dituduh menerima rasuah daripada pemilik syarikat Berkat Zairul Enterprise Rusli Abdullah dari September 2013 hingga Januari 2014 untuk mendapatkan kuota beras 40 tan metrik bagi setiap pertuduhan.

Zanol Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 April untuk sebutan semula kes.Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:01 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MAJALAH TIME LAPOR MALAYSIA ‘TOP 5’ RASUAH DI DUNIA

Posted: 23 Mar 2016 02:39 AM PDT

PAS BERBAIK DENGAN NAJIB: TUAN IBRAHIM SINDIR HADI?

Posted: 23 Mar 2016 02:34 AM PDT

‘ANWAR MAAFKAN SEMUA MUSUH POLITIK’

Posted: 23 Mar 2016 02:32 AM PDT

‘PEMIMPIN PAS JUMPA NAJIB LAGI ..PERJUANGAN SIKU LUTUT DAN BERSIMPUH

Posted: 23 Mar 2016 02:29 AM PDT