UMNO parti politik rasis.. !! Posted: 18 Mar 2016 09:09 PM PDT FAKTA & Sejarah Tak Pernah Menipu.. UMNO Sahaja Yang Kuat Menipu.. UMNO parti politik rasis.. !! Orang BN sendiri yang kata... |
Adakah menteri 'pompuan' ni buta Perlembagaan Persekutuan ?? Posted: 18 Mar 2016 09:07 PM PDT Senang betoi jadi menteri. Bila kantong perbendaharaan negara kontang pelbagai cara & taktik licik KERAjaan rompak duit rakyat dgn ALASAN KERAJAAN JIMAT... |
Dalam UMNO, putar belit & khianat amanah rakyat bukan satu dosa bagi mereka... !!! Posted: 18 Mar 2016 09:05 PM PDT TAHUKAH ANDA.. "Tajaan biasiswa pelajar Malaysia di luar negara tidak akan terjejas WALAUPUN NILAI RINGGIT JATUH.." kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh. TETAPI SETELAH RINGGIT NAIK SEMULA, tiba2 kerajaan batalkan tajaan pelajar ke luar negara dpt jimatkan RM240 juta, kata Azalina Othman. NAMPAK TAK !!!.. Pemimpin Umno Bodoh, Rakyat & Pelajar Jadi Mangsa.. |
Hudud memang boleh dilaksanakan di Malaysia Posted: 18 Mar 2016 09:03 PM PDT Pelaksanaan hudud yang tertangguh sejak sekian lama di negara ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk umat Islam melaksanakan perintahNya.  Sekali lagi hudud menjadi tajuk utama arena politik tanah air susulan pengumuman penubuhan blok ketiga pembangkang iaitu PAS-IKATAN. Sana sini penagih politik tegar memperkatakan perkara itu, termasuk mempersoalkan pendirian PAS, malah ada memperlekehkan hudud. Sakit hati kita apabila hudud dipermainkan. Hudud jelas dinyatakan menerusi firman Allah SWT dalam Al-Quran dan juga hadis dan pada kita ia adalah satu tuntutan melaksanakannya menerusi undang-undang. Bagaimanapun, untuk menjadikan hukum hudud sebagai sebahagian daripada undang-undang negara adalah cabaran yang cukup besar dan berat. Benar kata Rasulullah SAW dan ulama terdahulu. Bukan mudah melaksanakan perintah Allah SWT dan kita sebagai umat Islam sememangnya akan diuji dalam melaksanakan perintahNya. Kita yakin, pelaksanaan hudud yang tertangguh sejak sekian lama di negara ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk umat Islam. Berdasarkan sejarah, hudud sememangnya antara kaedah perundangan dan keadilan dalam adat Melayu seperti yang termaktub dalam Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Kanun 99 Perak, Undang-undang Kedah dan pelbagai lagi undang-undang di negeri Melayu. Apabila British campur tangan dalam pentadbiran negeri Melayu pada abad ke-19, undang-undang yang berasaskan English Common Law diperkenalkan dan dijadikan 'kitab' sistem keadilan di negeri Melayu. Sistem perundangan diperkenalkan British itu terus digunapakai sehingga tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian membentuk Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Sarawak dan Sabah. Pada kita, hukum hudud ini boleh dilaksanakan di Malaysia kerana faktor sejarah, adat resam Melayu sejak ratusan tahun lalu dan faktor penduduk yang majoritinya Muslim. Halangan timbul kerana ketidakfahaman orang ramai terutama yang bukan Islam berhubung pelaksanaan dan objektifnya. Lebih malang, hudud ini dikaitkan dengan undang-undang yang digunakan pengganas seperti Kumpulan Militan Negara Islam (Daesh). Read More / Baca Lagi >> |
Hati Najib terubat lihat sokongan 'askar berbaju merah' Posted: 18 Mar 2016 09:00 PM PDT KUANTAN - Kira-kira 5,000 ahli komponen Barisan Nasional dari seluruh negeri Pahang membanjiri Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pagi ini bagi menghadiri Himpunan Solidariti yang bertujuan menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rata-rata mereka mengenakan baju berwarna merah dan hadir seawal pukul 8.30 pagi serta melaungkan slogan seperti Hidup Perdana Menteri dan Respect My PM. Najib yang tiba pada pukul 9.50 pagi dalam ucapannya melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada hadirin yang menunjukkan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan kepada beliau. "Walaupun saya diserang pelbagai pihak namun saya rasa terubat melihat askar-askar (penyokong) saya pada setiap hari. Hari ini saya sedar saya bukan keseorangan," katanya. Hadir sama ialah Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan tertinggi Umno Negeri. |
Isu rumah Guan Eng: Kit Siang alu-alukan siasatan SPRM terhadap anaknya Posted: 18 Mar 2016 08:57 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas transaksi pembelian banglo bernilai RM2.8 juta oleh anaknya Lim Guan Eng. Katanya, sebarang dakwaan mengenai salah guna kuasa wajar disiasat. "Apa yang penting ketika ini ialah pastikan SPRM mengambil serius semua dakwaan yang dibuat terhadap ahli politik tanpa mengira parti," katanya kepada media dalam Majlis Sambutan 50 tahun DAP di sini pada Jumaat. Dalam nada sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah setuju dengan tindakan menyiasat Guan Eng tetapi SPRM perlu membuat tindakan sama ke atas ahli Parlimen Barisan Nasional jika terdapat dakwaan berkaitan. Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang dalam satu kenyataan memberitahu telah menerima aduan berkaitan isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng, beralamat No. 25 Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dan keterangan pengadu berhubung isu ini turut dirakam. Read More / Baca Lagi >> |
Jangan lupa skandal Najib, Pakatan ingatkan SPRM ketika Guan Eng disiasat Posted: 18 Mar 2016 08:56 PM PDT Pemimpin Pakatan Harapan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tetapi turut mengingatkan suruhanjaya itu tentang skandal yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ketua Parlimen DAP yang juga bapa Guan Eng, Lim Kit Siang berkata, SPRM mesti menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih. "Jika ada sebarang aduan salah guna kuasa, buka (siasatan). Tetapi kita juga mahu siasatan dibuka dalam sebarang aduan terhadap Umno dan BN. "Setakat ini, kita tidak melihat apa-apa mengenainya. Masalahnya ialah skandal mega berkembar Najib, sama ada 1MDB atau sumbangan. Tidak ada hasil," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur malam tadi. Kit Siang kelihatan seperti tidak sedar mengenai siasatan itu sehingga diberitahu oleh pemberita selepas sesi sulung Kuliah Lim Kit Siang malam tadi, yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 Kit Siang dalam politik, dan ulang tahun ke-50 DAP. Sebelum itu pada sebelah petangnya, SPRM Pulau Pinang berkata ia telah menerima aduan berhubung pembelian rumah banglo Guan Eng dan suruhanjaya itu menjanjikan penyiasatan yang adil. Ini berikutan dakwaan hari sebelumnya oleh MP Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, yang mendakwa bahawa rumah itu dibeli Guan Eng pada 25 Oktober tahun lalu pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran sebanyak RM6 juta hingga RM6.5 juta. Read More / Baca Lagi >> |
Red2Green perlu sukarelawan doktor dan paramedik bantu pejalan kaki Posted: 18 Mar 2016 08:55 PM PDT Pejalan kaki red2green meneruskan laluan mereka menuju ke Karak hari ini Risiko cuaca panas fenomena Equinox ke atas pejalan kaki Red2Green dari Kuantan ke Parlimen dalam misi membawa Memorendum Rayuan Menentang Pencemaran Bauksit kini memerlukan doktor dan pramedik untuk tampil membantu pejuang rakyat ini. Seramai 30 pejalan kaki yang telah memulakan destinasi mereka dari Kampung Kubang Badak, Beserah pada 12 Mac lalu, kini dilaporkan sudah tiba di Lancang. Hari ini mereka akan meneruskan berjalan kaki menuju ke Karak sejauh 22km yang akan mengambil masa lebih kurang 4 jam dalam misi sejauh 254km untuk tiba di Parlimen Malaysia pada 28 Mac ini. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, beliau amat mengambil berat berkenaan kebajikan para pejalan kaki Red2Green di dalam keadaan cuaca panas dalam keadaan fenomena equinox. "Justeru itu di atas sifat kekuatiran tersebut saya terpanggil untuk menyeru dan merayu kepada seluruh warga Malaysia yang prihatin terutama para doktor dan paramedik untuk tampil membantu pejuang rakyat ini. "Supaya ada pemerhatian rapi dari mereka yang pakar keatas pejuang-pejuang ini sepanjang perjalanan mereka." ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Ujar Fuziah lagi beliau amat khuatir terdedahnya mereka dengan risiko strok haba yang di sebut di dalam kenyataan yang di keluarkan oleh Menteri Kesihatan semalam. Read More / Baca Lagi >> |
MOA garis langkah tangani kesan El Nino Posted: 18 Mar 2016 04:20 PM PDT KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggariskan 13 langkah perlu diambil sektor agro makanan bagi menangani kesan fenomena El Nino yang sedang melanda negara ketika ini. MOA dalam kenyataan berkata pelbagai langkah diambil bagi menangani kesan cuaca panas terutama di utara Semenanjung, Sabah dan Timur Sarawak yang memberi kesan berbeza terhadap tanaman, ternakan dan perikanan.  "Bagi tanaman terutama padi, kementerian menjalankan penyelenggaraan dan pembinaan telaga tiub melibatkan 281 telaga tiub sedia ada di seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak," menurut kenyataan itu. Sebanyak 1,718 pam bergerak berkapasiti 85 hingga 140 liter sesaat akan digunakan di samping menaik taraf kolam takungan sedia ada, dan pembinaan 'screw pump' yang baharu serta membangunkan Projek Pemindahan Air Jeniang, Kedah dengan kos projek sebanyak RM455 juta. "Kekurangan air semasa cuaca panas boleh membantutkan pertumbuhan tanaman, mengurangkan produktiviti dan peningkatan beberapa penyakit seperti bintik perang dan 'blast'. "Secara umum, pertumbuhan tanaman jangka pendek yang mempunyai akar cetek seperti sayur-sayuran, jagung, padi dan kacang tanah lebih mudah terjejas akibat cuaca panas atau kemarau walaupun dalam jangka masa singkat," menurut kenyataan itu. Bagi sektor perikanan, kementerian menghentikan eksport ikan rakyat seperti kembung, selayang, selar, cencaru dan pelaling serta membenarkan pukat jerut dari Pantai Timur Semenanjung beroperasi di perairan Sarawak, di mana sumber ikan pelagik kurang dieksploitasi. Read More / Baca Lagi >> |
Sekolah tutup jika suhu lebih 37 darjah celcius lebih 72 jam Posted: 18 Mar 2016 04:16 PM PDT Jawatankuasa khas mengenai cuaca panas mengeluarkan garis panduan tetap mengenai pelan tindakan menangani gelombang haba merangkumi tiga peringkat amaran yang berkuat kuasa serta-merta.  Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia melibatkan semua pihak berkaitan termasuk tindakan oleh Kementerian Pendidikan untuk menutup sekolah di sesuatu kawasan jika suhu melebihi 37 darjah celcius selama lebih 72 jam, iaitu dalam amaran peringkat kedua. Beliau berkata 'Kecemasan Gelombang Haba' pula akan diisytihar di sesuatu kawasan jika suhu meningkat melebihi 40 darjah celcius selama atau lebih tujuh hari. "Bagaimanapun, pelan tindakan bagi menghadapi situasi buruk seperti itu akan diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal melibatkan semua kementerian dan agensi terlibat pada Isnin depan," katanya dipetik BERNAMA. Beliau berkata pada amaran peringkat pertama, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengeluarkan amaran gelombang haba jika suhu sesuatu kawasan melebihi 37 darjah celcius selama 72 jam. "Kementerian Pendidikan seterusnya boleh mengeluarkan arahan untuk menghentikan aktiviti pelajar di luar kelas seperti aktiviti kokurikulum, perhimpunan, perkhemahan dan sebagainya," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
TH kedua perlu untuk tingkat kebajikan jemaah haji, kata Salahuddin Posted: 18 Mar 2016 04:12 PM PDT Salahuddin AyubKetika dihubungi Malaysia Dateline, Salahuddin berkata penubuhan TH kedua yang berteraskan kebajikan semakin mendesak memandangkan TH sedia ada lebih bercirikan perniagaan. Kewujudan dua badan pengendali haji juga, tambah beliau mewujudkan persaingan yang sihat malah membantu meningkatkan pegangan ekuiti umat Islam dalam ekonomi negara. "TH yang baru juga boleh menjadi penanda aras (benchmarking) kepada pengurusan TH sedia ada yang kini menghadapi pelbagai kemelut yang menggugat keyakinan pelabur dan pencarum," tegasnya. Salahuddin menambah, pengurusan TH sekarang dilihat sudah menyimpang daripada matlamat asal untuk memberi kemudahan kepada jemaah haji malah menguatkuasakan peraturan yang tidak memihak kepada bakal jemaah seperti sistem kuota haji yang meragukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, Isnin lalu menyebut pencarum TH yang mengeluarkan deposit daftar haji berjumlah RM1300 bersama wang simpanan akan kehilangan giliran menunaikan haji dan mungkin terpaksa menunggu sehingga 70 tahun apabila membuat pendaftaran baharu. Salahuddin menambah, campur tangan politik dalam pengurusan TH sekarang mengakibatkan institusi itu terlibat dalam pelaburan yang tidak menguntungkan seperti isu pembelian plot tanah projek Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB. Sehubungan itu, beliau mencadangkan TH kedua perlu diberikan autonomi, diuruskan secara profesional dan bebas daripada campur tangan politik. Read More / Baca Lagi >> |
GPMS kepada Azalina: Beri peluang kepada Bumiputera lanjut pengajian ke luar negara Posted: 18 Mar 2016 04:10 PM PDT Hak Bumiputera dalam biasiswa pelajaran termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Oleh Zambri Mohd Isa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) merasa sangat dukacita dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Azalina Othman Said di Parlimen semalam bahawa kerajaan akan dapat menjimatkan sehingga RM240juta setahun apabila membatalkan dan mengurangkan bilangan sejumlah 744 biasiswa kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. GPMS berpegang kepada prinsip yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan sama sekali mengurangkan bajet bagi sektor pendidikan dalam pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan pada Januari lalu, selain berikrar untuk menambahbaik peruntukan bagi sektor pendidikan dan pengajian tinggi, termasuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). GPMS berpendapat pembatalan biasiswa berkenaan adalah tidak releven memandangkan terdapat ramai pelajar terutama pelajar Bumiputera yang telah berusaha keras bagi melayakkan mereka memperoleh biasiswa JPA untuk belajar ke luar negara. Pembatalan biasiswa ini merugikan pelajar Bumiputera yang berpotensi untuk menyambung pengajian diluar negara, apatah lagi majoriti mereka tidak mampu untuk menanggung sendiri kos pengajian dan perbelanjaan ke luar negara. GPMS memahami keperluan kerajaan untuk menstrukturkan semula perbelanjaan negara, namun pembatalan biasiswa tidak kena pada masanya kerana ianya merupakan satu keperluan memandangkan tempat di Universiti Awam yang agak terhad. Selain itu, kerajaan juga perlu untuk melabur dalam sektor pembangunan modal insan dan perlu menghantar lebih ramai pelajar ke luar negara terutama negara maju sebagai persediaan akhir menuju negara maju menjelang 2020. Justeru, GPMS berharap agar Dato' Seri Azalina dan kerajaan Malaysia menimbang semula keputusan untuk TIDAK mengurangkan bilangan biasiswa JPA ke luar negara serta tidak sama sekali mengurangkan jumlah peruntukan sedia ada kerana ia memberi impak besar dan merugikan pelajar Bumiputera, apatah lagi perkara ini termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak Bumiputera termasuk dalam biasiswa pelajaran. |
MTUC cadang pekerja setuju potong 3% KWSP isi borang Posted: 18 Mar 2016 03:49 PM PDT Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan pekerja yang bersetuju mengurangkan tiga peratus daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mengisi borang khas. Pemangku Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid, berkata peraturan mensyaratkan pekerja mahu mengekalkan caruman sebanyak 11 peratus perlu mengisi borang KWSP17A (Khas2016) menyulitkan golongan pekerja.  Katanya hasil kajian MTUC mendapati majoriti pekerja tidak bersetuju pengurangan caruman KWSP sebanyak tiga peratus apatah lagi memaksa pekerja mengisi borang khas jika mahu mengekalkan caruman. Abdullah Sani berkata pengurangan caruman KWSP merugikan pekerja sektor swasta yang hanya mengharapkan wang berkenaan sebagai simpanan tanpa pencen, lapor BERNAMA. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 28 Jan lepas mengumumkan kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan sebanyak tiga peratus bermula Mac sehingga Disember 2017. Bagaimanapun, kadar caruman majikan dikekalkan. |
Panglima ATM nafi AS bina pangkalan tentera di Sabah Posted: 18 Mar 2016 03:48 PM PDT  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan khabar angin kononnya Amerika Syarikat sedang membina sebuah pangkalan tenteranya di Sabah. Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata dalam satu kenyataan bahawa khabar angin itu "tidak benar". Beliau berkata Kementerian Pertahanan dan ATM tidak berhasrat membenarkan sebuah pangkalan tentera asing dibina di Malaysia. Rabu lepas, sebuah portal dalam talian melaporkan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengemukakan pertanyaan di Dewan Rakyat sama ada Putrajaya membenarkan Amerika Syarikat membina sebuah pangkalan tentera di Sabah. Menurutnya jika khabar angin itu benar, ini menunjukkan Malaysia tidak mampu mempertahankan dirinya. |
SEKARANG UMNO PULA BOLEH MINTA PRESIDEN PAS BERUNDUR Posted: 18 Mar 2016 03:40 PM PDT Oleh Zainuddin Maidin Saya menyangka bahawa PAS mempunyai kekuatan tersembunyi apabila Datuk Seri Haji Hadi Awang menghebahkan rancangan untuk suatu kerjasama politik dengan parti politik pembangkang dan NGO. Tetapi debaran dan keghairahan rakyat menunggu pengumunan itu runtuh dalam kekecewaan dan pandangan rendah sebaik sahaja diumumkan kerjasama itu ialah antara PAS dengan IKATAN sebuah parti yang tidak ternama, yang boleh dikatakan tidak mempunyai pengikut malah integriti pimpinannya menjadi persoalan masyarakat khususnya ahli dan pemimpin UMNO sendiri yang pastinya tersenyum kambing dengan pengumuman itu. Dari sebuah parti yang dianggap berwibawa tiba-tiba PAS hilang identiti Islamnya yang menjadi kelebihan dan kekebalannya untuk membawa perpaduan Islam dan Melayu. Imejnya lebih kuat ketika bersendirian. Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bukan Anwar Ibrahim yang walaupun tercalar parah moralnya tetapi masih mempunyai pengikut fanatik yang setia buta kepadanya. Apapun kriteria,perhetongan PAS atau presidennya dalam memileh IKATAN tetapi jika stratiji ini PAS anggap sebagai langkah pertama kearah mencetuskan gelombang besar kebangkitan semula PAS, ternyatalah tidak meninggalkan impak yang besar sebaliknya memperkecilkan imejnya sendiri sebagai sebuah parti politik Islam. Langkah ini memperlihatkan PAS benar-benar berada dalam keadaan "putus asa" sehingga mahu bergantung di dahan yang busuk dan reput. Read More / Baca Lagi >> |
Pengguna mahu harga siling lebih rendah untuk rumah mampu milik Posted: 18 Mar 2016 03:35 PM PDT Kawasan perumahan mampu milik juga perlu ada akses pengangkutan awam dan tidak jauh dengan pusat bandar.  PETALING JAYA: Persatuan pengguna menggesa Majlis Perumahan Negara (MPN) memutuskan harga siling yang lebih rendah bagi perumahan mampu milik, berbanding RM400,000 yang ditetapkan untuk projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), harga bagi sebuah rumah mampu milik tidak boleh melebihi RM200,000, terutama di negeri itu. "Dasar ini untuk mereka yang memerlukan. RM400,000 bukanlah harga yang mampu milik (untuk golongan berpendapatan rendah). Harga sepatutnya tidak melebihi RM200,000," kata Presiden SM Mohamed Idris ketika dihubungi. Beliau berkata lagi, harga yang mampu milik tidak seharusnya menyebabkan kualiti dan keluasan rumah menjadi lebih kecil. "Selain itu, kawasan perumahan mampu milik mestilah tidak terlalu jauh dengan pusat bandar dan tempat mereka bekerja agar kos pengangkutan tidak terlalu tinggi," katanya lagi. Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Chan Kim Loong pula berpendapat harga rumah mampu milik tidak boleh melebihi RM300,000 di kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Di kawasan luar bandar seperti di Kelantan dan Terengganu pula, katanya lagi, harga siling sepatutnya sekitar RM200,000. Read More / Baca Lagi >> |
TANDAS AWAM PUN ADA PERASMIAN, MUNGKIN SEBABNYA KERANA.... Posted: 18 Mar 2016 03:33 PM PDT
Mungkin kerana bimbang kesan penolakan rakyat yang terus membuak terhadap Najib Razak turut memberi kesan kepada pengundi di Sarawak, lantas membuatkan apa saja perkara mahu diambil kesempatan oleh para pemimpinnya untuk mendekatkan diri dengan rakyat.
Suatu sejarah agaknya yang bukan saja di Malaysia, malah barangkali di dunia, maka tandas awam pun mahu diadakan majlis perasmian juga. Jika difikirkan, dengan Adenan Satem mengetuai negeri itu, tiada apa yang perlu dibimbangi sangat dari segi untuk mencapai kemenangan di Sarawak.
Kenapa tiba-tiba seperti panik semacam sehingga tandas awam pun mahu dirasmikan?
Mesti ada sebabnya?
Kuang, kuang, kuang.... |
Blok ketiga meriahkan politik demokrasi negara Posted: 18 Mar 2016 07:56 AM PDT ALOR SETAR - Pembentukan blok ketiga pembangkang oleh Pas dengan kerjasama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak memberi kesan besar kepada Pakatan Harapan. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, usaha itu sebaliknya memeriahkan lagi politik demokrasi di Malaysia. "Itu hak mereka untuk menentukan arah tuju politik masing-masing tapi saya tidak mahu menyetuh banyak hal mereka. Cuma saya akan tumpu untuk berkempen kepada Amanah dan Pakatan Harapan. "Saya rasa kewujudan blok ketiga ini tidak ada masalah sebab rakyat tahu pilih. Misalnya dalam PRK Bukit Selambau pernah sehingga 15 calon, tapi rakyat memilih sama ada BN atau PR," katanya kepada media. Menurutnya, rakyat hanya akan memilih parti yang dianggap boleh memerintah negara sama ada BN mahupun Pakatan Harapan. "Saya tak nampak apa-apa kesan besar. Soal kacau daun itu boleh ditafsir masing-masing. Tapi kita boleh tengok kehadiran orang menyertai Amanah begitu memberangsangkan, bahkan untuk pendaftaran kami terpaksa memperlahankan aliran orang untuk sertai. "Ahli Amanah yang berdaftar sekitar 40,000 orang sahaja. Tapi borang pendaftaran yang dalam proses terlalu banyak lebih 100,000 orang termasuk dari ahli Umno," katanya. Ditanya sama ada Amanah menawarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai parti itu, beliau menafikannya. "Tak ada, dia (Tun Mahathir) orang bijak. Bagilah dia memilih. Begitu juga dengan (bekas Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan (bekas Timbalan Perdana Menteri), Tan Sri Muhyiddin Yassin mereka orang yang ada pemikiran.
Read More / Baca Lagi >> |
"Balaci DAP", Wirid PAS Kepada AMANAH... PAS Perlu Mohon Maaf! Posted: 18 Mar 2016 07:54 AM PDT Isu hudud: AMANAH tuntut PAS minta maafTahniah blok ketiga PAS-IKATAN. Tergantung kepada usaha dan pendekatan blok baru ini, jangka usianya akan ditentukan. Sebagai ingatan, parti berdasarkan ideologi dan kuat pula doktrinnya bukan mudah untuk bergabung dengan pihak lain, tambahan kalau mereka mengakui "western-educated liberal". PAS wajar segera dewasa dengan realiti. Pun begitu, ramai yang terkejut dengan laporan sidang akhbar mereka semalam (FMT dan lain-lain). Kejutan tercetus kerana tajuk yang diberikan portal berita FMT "PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia". Pada awalnya saya jangka FMT silap lapor atau ada 'spin' tajuk oleh wartawan. Setelah mendengar dengan teliti sendiri video sidang akhbar itu, saya yakin laporan itu adalah benar dan tepat dengan maksud penerangan yang dibuat oleh kedua-dua presiden parti itu. Dengan ini maka jelas kepada semua bahawa pendirian dan sikap PAS terhadap kedudukan hudud telah berubah. PAS yang sebelum ini menganggap, bahkan menuduh pelbagai pihak yang menolak perlaksanaan hudud di Malaysia – dengan hujah memerlukan suasana kondusif, tidak bertepatan dengan keutamaan dan umat yang belum bersedia – sebagai golongan yang menolak hudud.Bahkan ada sesetengah pimpinan dan ulama PAS langsung menuduh pihak-pihak tersebut sebagai liberal, sekular serta menentang syariah. Lebih berat lagi, ada di kalangan ustaz-ustaz PAS ini yang mengajar di masjid-surau, telah menjatuhkan hukuman murtad dan kafir ke atas mereka yang didakwa perlu bertaubat.Ternyata mengikut video ini, PAS telah menggunakan hujah yang sama untuk memberi alasan mengapa hudud tidak boleh dilaksanakan ketika ini di Malaysia.Sikap melampauJusteru PAS wajar menjelaskan kedudukan sebenarnya serta segera menarik balik tuduhan dan memohon maaf kepada semua pihak yang telah mereka zalimi dengan sikap melampau (al-ghuluw). Antara yang tertuduh adalah Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin yang telah pun mengeluarkan kenyataan beliau dalam Facebooknya semalam. Mengandaikan mereka sebenarnya faham prasyarat perlaksanaan hudud (termasuk keperluan pindaan perlembagaan), maka tidak dapat dielakkan tanggapan dan persepsi umum bahawa PAS telah secara sengaja, menekankan agenda perlaksanaan hudud sebelum ini, demi untuk mencetuskan pertelingkahan di kalangan pemimpin dan parti-parti Pakatan Rakyat, bagi akhirnya memecahkan gabungan pembangkang ini. Perkara ini telah pun menjadi rakaman sejarah. Pimpinan ulama PAS juga telah menggunakan isu pelaksaan hudud bagi berkempen untuk menyingkirkan golongan aktivis-profesional, yang kononnya menolak perlaksanaan hudud dalam muktamar Pas lalu.Berdepan dengan suasana kemelut kepimpinan politik yang hampir memusnahkan negara ini, saya secara peribadi dari pimpinan AMANAH menyeru seluruh kepimpinan politik daripada semua parti-parti politik pembangkang mahupun kerajaan supaya menumpu agenda besar reformasi dan penambahbaikkn (al-lslah) dalam rangka memenuhi gagasan #SelamatkanMalaysia. Wajar ditamatkan segera dan selama-lamanya mempolitikkan agama, khususnya persoalan hudud, bagi menjatuhkan lawan dan seteru politik dengan tuduhan dan hukuman mengkafirkn lawan. Sebaliknya kami menganjurkan supaya persaingan politik di pentas demokrasi dengan cara penganjuran (advokasi) dasar-dasar dan polisi serta program masing parti dan gabungan. Pemangsaan rakyatIni bagi memacu dan menjamin pembinaan kembali maruah, kedaulatan dan daya saing negara ini yang amat terjejas dewasa ini. AMANAH menekankan perjuangan menggapai matlamat dan cita-cita yang terangkum dalam maqasid al-syariah, yang antara lainnya bermatlamatkan mengangkat 'kemuliaan insan' (karamah insaniyyah), sekali gus membanteras segala bentuk diskriminasi dan pemangsaan rakyat atas apa jua pemahaman agama dan perkauman yang sempit dan salah.Segala matlamat dan tujuan syariah yang untuk memelihara dan mengembangkan kesejahteraan, kemakmuran dan kedamaian individu rakyat dan masyarakat dengan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan dan kebertanggungjawaban adalah kemestian yang harus diperjuangkan semua. Kami bercita-cita untuk mewujudkan satu konstruk politik yang sihat dan vibrant, di mana semua institusi kritikal negara dapat berperanan menjalani tugasan menyemak-imbangi serta mencegah pemusatan kuasa eksekutif. Hanya ketika penyalahgunaan kuasa oleh penguasa politik dapat dicegah serta pembanterasan amalan rasuah, ketirisan, pembolotan dan pembaziran dapat dijayakan, barulah negara mampu memacu pembangunan yang adil dan mapan serta rakyat seluruh mengecapi kekayaan dan pertumbuhan yang bermakna. Semua kebejatan rasuah, ketirisan dan salah-guna kuasa, sama ada yang berlaku di pihak kerajaan Persekutuan mahupun mana-mana kerajaan negeri, wajib dibanteras segera dan rakyat yang celik dan mempunyai maklumat serta informasi, tidak lagi boleh diperkotak-katikkan serta dibelenggui oleh pimpinan kerajaan pusat dan negeri.Semoga Allah merahmati rakyat dan negara tercinta ini! DR DZULKEFLY AHMAD pengarah strategi, Parti Amanah Negara (AMANAH). "Pendirian kami mengenai hudud terbukti benar"- Raja Bahrin KUALA LUMPUR: Keputusan PAS menangguhkan perlaksanaan hudud membuktikan pendirian yang diambil AMANAH berhubung isu itu adalah tepat.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata bekas wakil-wakil rakyat PAS yang menyertai AMANAH berpendirian bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu ditekankan dalam perkiraan perlaksanaan hudud di negara ini.
Katanya, DAP juga turut mengambil pendirian yang sama seperti AMANAH.
"Tentang polisi dan persetujuan untuk melambatkan pelaksanaan hudud ini tidak ada beza apa kami dahulu lakukan, semasa dalam PAS kami (bekas pemimpin PAS) berpendapat kalau mahu laksanakan hudud Perlembagaan Persekutuan mesti diperhalusi," katanya dalam sidang media di ruang legar Parlimen hari ini.
Raja Kamarul turut mempertikaikan sikap berbeza PAS berdepan dengan AMANAH dan IKATAN.
"Dulu kami dituduh menjadi penentang kami tidak nampak apa bezanya bertahun-tahun masa dulu. Perkara yang datang dari mulut kami tidak diterima tapi kini bersama IKATAN diterima pula," katanya.
Read More / Baca Lagi >> |
Selamatkan Malaysia: Mat Sabu sedia kongsi pentas dengan Mahathir Posted: 18 Mar 2016 07:49 AM PDT ALOR SETAR - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu bersedia berkongsi pentas yang sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada suatu hari nanti. Menurutnya, kesediaan itu bukan bersifat kepentingan politik semata-mata tetapi untuk 'Selamatkan Malaysia'. "Selepas 22 tahun (Tun Mahathir) jadi Perdana Menteri, dia berhenti dan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ganti dia. Kemudian dia hentam Pak Lah pula. "Mahathir kritik dan keluar Umno, dia bukan boleh duduk diam. Akhirnya naik Datuk Seri Najib Tun Razak, orang kesayangannya dengan harapan dapat membetulkan keadaan. Tapi semakin teruk," katanya. Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian pada ceramah Selamatkan Malaysia di Dewan Orang Ramai Kampung Kelompang, Tok Keling, Alor Mengkudu, di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh; Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Gooi Hsiao Leong; bekas exco Kedah, Fadzil Hanafi dan aktivis, Adam Adli. "Kita boleh kata dia (Mahathir) jahat, tapi dia lebih tahu siapa lebih jahat daripada dia. Najib lebih teruk apabila hutang negara beratus bilion ringgit. Sekarang Malaysia jadi negara penuh dengan pembohongan. "Kemudian dia tak tahan dan keluar Umno untuk kali kedua. Dia kata kita perlu lawan Najib dan BN juga perlu ditolak semasa PRU14. Saya sedia satu pentas dengan Tun Mahathir, Inysa-ALLAH," katanya. Mat Sabu berkata, sekiranya Mahathir mahu menjatuhkan BN, maka Amanah dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan sedia bersamanya dan rakan lain. "Parti politik kena tegas, jangan kata hari ini masuk politik bukan untuk jadi pemerintah. Kalau macam itu baik jadi Tabligh. "Kita juga tak mahu hukum hudud jadi bahan permainan. Tiba-tiba buat kenyataan hudud bukan agenda pula. Kita tak mahu hal syariat Islam jadi mainan," katanya. Menurutnya, rakyat wajar memberi peluang dan sokongan kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negara ini demi menyelamatkan Malaysia. "Kalau lima tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan baik dan bersih, sokong lagi untuk lima tahun kemudian. "Tapi kalau penggal seterusnya berlaku rasuah, kita tukar balik kepada kerajaan sebelum ini. Sebab sekarang rakyat terlalu susah dan terbeban dengan kenaikan kos sara hidup dan GST (cukai barangan dan perkhidmatan)," katanya. |
Lebih 1,000 ahli Umno Pagoh sokong Deklarasi Rakyat Posted: 18 Mar 2016 05:52 AM PDT Pada hari sama Tun Dr Mahathir Mohamad merayu anggota Umno mengemukakan usul tidak percaya kepada presiden parti itu, di Pagoh lebih 1,000 tandatangan diturunkan untuk menyokong Deklarasi Rakyat.  Dengan slogan Selamatkan Malaysia, Deklarasi Rakyat itu dibuka untuk delegasi ahli Umno yang menghadiri mesyuarat cawangan dalam bahagian Pagoh hari ini. Perasmian mesyuarat itu dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin, diadakan di Kompleks Pekembar tengah hari tadi. Tandatangan itu kemudian diserahkan kepada Muhyiddin - bekas timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno yang sedang digantung tugasnya. Difahamkan sejumlah 1,052 tandatangan dikumpul sebagai simbolik menyokong desakan terkandung dalam deklarasi berkenaan. Kali pertama Deklarasi Rakyat dibacakan kepada umum adalah pada 4 Mac lalu diketuai Dr Mahathir. Antara lain ia menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur daripada kerajaan dan rakyat bersatu menyelamatkan Malaysia dengan membuka jalan melakukan reformasi terhadap proses demokrasi, memulihkan prinsip pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman. Menurut sumber, tandatangan di kalangan ahli Umno Pagoh itu dikumpul kira-kira sejam. Difahamkan, tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat juga dikumpul semasa mesyuarat tahunan cawangan di bahagian Jerlun semalam. Umno Jerlun kini diketuai Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Sementara itu Dr Mahathir - melalui surat terbukanya - menyeru ahli Umno di seluruh negara berpakat mengemukakan usul tidak percaya kepada Najib untuk menyelamatkan parti itu tanpa menunggu pilihan raya umum akan datang. "Kita tidak boleh tunggu PRU14 (pilihan raya umum ke-14) kerana Umno yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali Umno kalah ia tidak dapat dipulih semula," tulis perdana menteri selama 22 tahun itu. |
Wartawan Australia mangsa 'soalan maut' RM2.6 bilion - Dr Mujahid Posted: 18 Mar 2016 05:50 AM PDT Linton Besser (kanan) dan jurukamera ABC Louie Eroglu sebelum berlepas pulang ke Australia. Negara kini terpaksa menjawab di peringkat antarabangsa dua isu besar yang biasanya terpaksa dijawab oleh negara diktator dunia iaitu kebebasan maklumat dan salah guna polis dalam menyekat kebebasan media, kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof. Dr Mujahid YusofIni ekoran insiden dua wartawan Australia yang ditahan polis di Sarawak kerana bertanyakan soalan sensitif kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berhubung isu derma RM2.6 bilion. "Negara kita mungkin tersenarai dalam liga negara diktator yang semakin pupus dan semakin tercorot kedudukan kebebasan media. "Dua wartawan ABC dari Australia menjadi mangsa terkini Perdana Menteri Datuk Seri Najib apabila ditahan dan dihantar balik. Mereka membuat liputan dari program TV 'Four Corners'. "Tahukah apa salah mereka? Kalau tanya polis, mereka ditahan kerana kononnya menceroboh kepungan keselamatan ke atas PM. Betulkah dakwaan ini?" soal Dr Mujahid. Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar itu, wartawan terbabit Linton Bresser bukan menceroboh kepungan keselamatan tetapi bertanyakan 'soalan maut' berkenaan wang derma berbilion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM. "Soalan itu jadi damak beracun seolah ia satu cubaan bunuh pada PM. Tindakan polis menahan dan mengarahkan kedua wartawan pulang membawa petanda buruk buat negara," kesalnya. Mujahid menambah, insiden itu mendatang tiga implikasi negatif kepada negara iaitu kebebasan media yang mengundur ke belakang; tanda kediktatoran yang semakin ketara dan isu 2.6 bilion derma ke akaun peribadi PM memang sah satu skandal yang cuba disembunyikan. Beliau menambah, rakyat perlu berasa malu dengan skandal 2.6 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB serta sikap membisu ahli kabinet dan sebahagian Ahli Parlimen mengenainya. "Lebih memalukan ialah dua anggota kabinet dan seorang Menteri Besar dari Umno dipecat kerana menyoalkan soalan maut yang sama oleh wartawan Australia. "Soalan maut ini turut ditagih oleh rakyat awam namun malangnya PM dan kabinetnya memilih untuk membiarkan isu 2.6 bilion dalam akaun peribadi PM terus menjadi misteri," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Makin Kayo...Pejalan Kaki Berbayar..!! Posted: 18 Mar 2016 04:59 AM PDT Pandai2 ler yg miskin tu cari lah jalan alternatif lain JIKA TAK NAK BAYAR, kata menteri UMNgOK. |
Siapa Pengkhianat negara sebenarnya... Posted: 18 Mar 2016 04:58 AM PDT The Daily Star media Bangladesh 10/10/2015 pernah laporkan Synerflux Sdn Bhd sbg syarikat dgn rekod yg meragukan. Kemudian... Terus KDN rahsiakan bawah OSA kontrak Putrajaya dgn Synerflux Sdn Bhd bagi menguruskan pengambilan 1.5 juta |
Ingat JamBaN, Ingat BN !!! Posted: 18 Mar 2016 04:55 AM PDT Kalau BN Sarawak boleh rasmi jamBaN di Sarawak, BILA LAGI BN SEMENANJUNG yg dikepalai Najib buat upacara majlis kencing & berak beramai2 dalam jamBaN di HQ BN di KL tu. Kalau boleh buat lah secara LIVE agar rakyat boleh tahu bagaimana pemimpin BN KENCINGKAN RAKYAT !!! |