Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bar Council subjudis?

Posted: 16 Mar 2016 09:15 PM PDT

Mahathir sudah buang tebiat?

Posted: 16 Mar 2016 07:55 AM PDT


Dari cakap-cakapnya, macam gitu nampaknya. Baca di http://snapshot2016.blogspot.my

Dari tindak tanduk, dah jelas pun.



Dulu cakap lain, sekarang buat lain. Atau pun ...


Saja buat lupa.


Baru duduk sebelah Mahathir, si rasis sudah lupa

Posted: 16 Mar 2016 01:15 AM PDT


Apa DAP cakap? Sila ke Snapshot2016 SINI


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SULTAN SELANGOR SANGAT MURKA KEPADA AZMIN ALI

Posted: 16 Mar 2016 12:32 AM PDT

    

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:09 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Peraturan 43 Oleh DAP Puchong

Posted: 16 Mar 2016 10:07 PM PDT

Baling buku peraturan, Otak udang gamatkan Dewan Rakyat

Posted: 16 Mar 2016 10:06 PM PDT

Larangan liputan Najib, kenapa portal berita jadi mangsa - MP

Posted: 16 Mar 2016 10:04 PM PDT

'Mengapa Najib terima derma politik jika sokong JKNMPP'

Posted: 16 Mar 2016 10:03 PM PDT

PAS lakukan eksperimen untuk kekal relevan kata Umno

Posted: 16 Mar 2016 09:56 PM PDT


Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kerjasama antara PAS dan parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN ) sebagai blok ketiga pembangkang sekadar satu lagi eksperimen baru.
Kata Annuar, kegagalan PAS mempertahankan kerjasama mengikut konsep tahaluf siyasi bersama DAP sebelum ini memang dapat diramal.
Katanya, PAS cuba mengorak langkah baru bersama IKATAN supaya terus kekal relevan bagi berhadapan pilihan raya umum ke -14 (PRU 14) kelak.
"Kita menghormati haluan PAS untuk mewujudkan blok baru dalam politik kerana setiap parti mempunyai strategi berbeza, namun apa yang penting adalah memastikan perpaduan masyarakat Melayu tidak terjejas.
"Jangan disebabkan kewujudan pakatan baru ini, Melayu tidak bersatu dan saling berbalah sehingga memberi peluang kepada segelintir pihak untuk menangguk di air keruh," kata Annuar seperti dilapor Berita Harian.
Semalam PAS mengesahkan pembentukan blok baru pembangkang dengan mengadakan kerjasama dengan IKATAN.
Pada sidang akhbar itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, blok baru pembangkang itu akan menyatupadukan Melayu dan semua kaum lain di negara ini.
IKATAN diketuai bekas menteri dan ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Sementara itu Annuar berkata Umno akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang memperjuangkan kebajikan rakyat.
Justeru katanya, 'perkahwinan' baru PAS itu tidak akan menjejaskan hubungan berkenaan.
"Sehingga kini ada kerjasama yang kita lakukan dengan DAP Pulau Pinang untuk menarik pelabur kerana ia berteraskan konsep federalisme (hubungan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri).
"Sehubungan itu, kerjasama Umno dan PAS untuk manfaat masyarakat menyeluruh, selain menjaga kemaslahatan (kepentingan) rakyat akan diteruskan," beliau dilaporkan sebagai berkata.

PKR kata Azalina bertindak macam Speaker

Posted: 16 Mar 2016 09:54 PM PDT


 Bekas Naib Presiden PKR R Sivarasa hari ini mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menghalang soalan berhubung 1MDB dibangkitkan di Parlimen.
Anggota Parlimen Subang itu berkata, arahan untuk menghalang soalan tersebut dibangkitkan di Dewan Rakyat sepatutnya dikeluarkan oleh speaker dan bukan menteri.
"Arahan itu sepatutnya tidak datang daripada seorang menteri. Dia tidak mengendali Dewan Rakyat. Dia sekarang berkelakuan seperti Speaker," katanya.
Sivarasa berkata demikian di sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman memberitahu soalan berhubung derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi dibangkitkan di Parlimen.
Menurut Azalina, ia kerana perbincangan tersebut bersifat subjudis berikutan semakan kehakiman yang difailkan oleh Majlis Peguam terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Tolak usul undi tidak percaya Peguam Negara mengecewakan – Wan Azizah

Posted: 16 Mar 2016 09:16 PM PDT

Meeting Wan Azizah isu banjir di Kajang (7)Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengemukakan surat rayuan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung penolakan usul tidak percaya semalam.
Berdasarkan penelitiannya, usul tidak ada kepercayaan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ditolak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sebab mempertikaikan kuasa Peguam Negara.
Katanya, Dewan Rakyat juga tidak mempunyai kuasa dalam menentukan kedudukan jawatan Peguam Negara.
"Saya mendapati alasan yang diberikan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak tepat dan merupakan salah tafsiran usul.
"Usul saya memang mengkritik keputusan Peguam Negara membubarkan Pasukan Petugas Khas Peringkat Tertinggi 1MDB, menutup siasatan Bank Negara dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuam Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion sebagai keputusan tidak munasabah serta tidak bertanggungjawab.
"Dewan Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.
Beliau berkata, budi bicara Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan dan menghentikan prosiding di mahkamah yang diberikan di bawah Perkara 145 Perlembagaan bukan satu budi bicara muktamad dan prinsip itu ditetapkan di keputusan mahkamah.
Wan Azizah turut melahirkan kekecewaan terhadap Tan Sri Pandikar kerana beliau seharusnya membenarkan usul membabitkan dana awam, reputasi Perdana Menteri dan imej negara.
"Ia seharusnya dibincangkan dalam Dewan Rakyat atas prinspi demokrasi berparlimen.
"Keputusan ini akan melemahkan lagi fungsi Parlimen sebagai institusi bebas dan berkecuali daripada pihak eksekutif yang mendaulatkan demokrasi di Malaysia," katanya.

TI-M: AG should not be Public Prosecutor

Posted: 16 Mar 2016 09:00 PM PDT

The Attorney-General's (AG) role should be apolitical and no one should be able to doubt his decision in the interest of the nation and that should be paramount.
Apandi-Ali-TIMKUALA LUMPUR: Transparency International Malaysia (TI-M) has called for other functions of the Attorney-General, also the government's lawyer, to be separated from the position of Public Prosecutor (PP) to ensure the independence of the criminal prosecution branch of the government. "This separation of powers would be a method of check and balance."
"It will ensure that prosecution decisions can be made without any fear or favour and protected from political interference."
The position of PP should be made answerable to Parliament and not to the Executive arm of the Government, added TI-M President Akhbar Satar in a statement. "Also, the AG as PP is a public servant."
"Any decisions made by him should not only be independent, transparent, impartial and fair but also must be seen to be so.
The AG's role should be apolitical and no one should be able to doubt his decision in the interest of nation and that should be paramount, stressed Akhbar. "There should never be an accumulation of power by a single person or body of government."
"From time immemorial, this has always been the greatest threat to liberty and the life of a nation."
Since the PP is also the AG, greater concern on his independence and integrity was demanded by the public to ensure that criminal justice was enforced fairly and impartially, said Akhbar. "Based on the current situation, the candidate for the post of AG does not require the confidence of the judiciary or the public as to his capabilities and integrity."
The current justice system merely requires the candidate for the AG to gain confidence from his appointer, who is the Prime Minister, pointed out the TI-M President. "This has made it easier for unchecked and inappropriate decisions to be made in relation to cases involving high profile individuals."
Read More / Baca Lagi >>

AMK desak polis tahan Jamal, Armand Azhar

Posted: 16 Mar 2016 08:56 PM PDT

Dua pemimpin UMNO itu sepatutnya tidak terlepas tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan serius termasuk menakutkan secara jenayah.
amk-armand-jamalPETALING JAYA : Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dan EXCO Pemuda UMNO, Armand Azhar.
Setiausaha AMK Chang Lih Kang berkata, dua individu itu telah melakukan kesalahan vandalisme dengan melekat sekeping kain rentang di atas papan tanda milik kerajaan tempatan (PBT) dan mengasari seorang Pegawai kepada Ahli Parlimen Batu, Rozan Azen Mat Rasip.
Tambahnya, Jamal dan Armand juga mengancam akan membakar papan-papan tanda sekiranya gambar bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diturunkan dalam tempoh tujuh hari yang terbukti menyalahi undang-undang dengan kesalahan "menakutkan secara jenayah".
"Pihak polis harus menahan mereka dengan serta-merta. Kegagalan pihak polis untuk mengambil tindakan akan menyebabkan rakyat kehilangan kepercayaan terhadap institusi penguatkuasa ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja bagaimanapun berkata, perbuatan samseng pemimpin UMNO hanya sandiwara untuk mengaburi mata rakyat jelata mengenai skandal yang dikaitkan dengan Presiden UMNO
"Dalam sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang, tiada sesiapa yang harus diberi kekebalan. Jamal Yunos dan Armand Azhar telah melakukan beberapa kesalahan jenayah yang jelas," katanya.
Beliau menambah, pihakya akan memantau kes ini dan memastikan orang yang bersalah dihadapkan ke muda pengadilan.

Jumlah pengangguran lebih tinggi di lapangan sebenar

Posted: 16 Mar 2016 08:54 PM PDT

SHAMSUL ISKANDARSeramai 54,867 graduan masih belum mendapat pekerjaan dalam tempoh tiga bulan sebelum konvokesyen tidak mencerminkan keadaan sebenar di lapangan.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Islandar Mohd Akin, berkata angka mewakili 23.9 peratus berdasarkan kajian penanda aras keboleh pasaran graduan itu sebenarnya lebih besar jika dilihat lebih teliti di lapangan.
Katanya, graduan pendidikan dan kedoktoran merupakan antara sektor yang mencatatkan jumlah pengangguran tinggi di negara ini.
"Penanda aras dikemukakan tadi tidak mencerminkan keadaan di bawah. Sebagai contoh graduan kedoktoran, dahulu terdapat laporan media menyebut 'From doctor to waiter'.
"Bukan sedikit mereka yang menceburi dalam bidang (pekerjaan) yang tidak sama dengan apa yang dipelajari," katanya mengulas jawapan menteri berhubung jumlah angka pengangguran sehingga Februari 2016.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datul Seri Idris Jusoh dalam sesi jawab lisan Dewan Rakyat memaklumkan Malaysia menetapkan tempoh tiga bulan untuk kajian penanda aras keboleh pasaran graduan.
Namun, tempoh setahun digunakan kebanyakan negara luar bagi kajian sama.
Katanya, jumlah kajian graduan tidak mendapat pekerjaan akan lebih tinggi jika tempoh setahun digunakan di Malaysia.

Kerajaan Umno@Bn batal tajaan pelajar ke luar negara untuk jimatkan RM240 juta

Posted: 16 Mar 2016 08:48 PM PDT

Kos penajaan bagi pelajar luar negara adalah antara RM38,115 hingga RM277,515 setahun.
azalina-student-malaysiaKUALA LUMPUR: Kerajaan menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM240 juta setahun selepas menarik semula tajaan biasiswa pelajar Malaysia ke luar negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kos penajaan berkenaan membabitkan seramai 744 pelajar.
"Jumlah kos yang dijimatkan bila kerajaan membatalkan 744 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah sebanyak RM240 juta setahun," katanya menerusi jawapan lisan di Parlimen, hari ini.
Terdahulu, Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta kerajaan menyatakan anggaran kos dijimatkan apabila kerajaan membatalkan biasiswa pelajar ke luar negara serta jumlah pelajar di luar negara di bawah tanggungan kerajaan.
"Sehingga kini, jumlah pelajar yang belajar di luar negara di bawah tanggungan kerajaan adalah seramai 7,736 orang.
"Antara kos penajaan bagi seorang pelajar dalam negara adalah antara RM10,350 hingga RM12,690 setahun. Anggaran kos penajaan bagi pelajar luar negara pula adalah antara RM38,115 hingga RM277,515 setahun," tambah Azalina.

Tidak perlu ugut pendeposit TH, segera tangani krisis keyakinan - Abim

Posted: 16 Mar 2016 08:42 PM PDT

Kerajaan harus segera menangani krisis keyakinan dan kepercayaan rakyat di kalangan pendeposit Tabung Haji (TH) bukan dengan mengeluarkan kata ugutan kepada pencarum, kata Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Muhd Faizal Abdul Aziz.
Muhd Faizal Abdul AzizMuhd Faizal Abdul AzizBeliau berkata, TH adalah milik rakyat bukan milik mana-mana individu termasuk menteri.
"Sepatutnya krisis kepercayaan dan keyakinan rakyat atau pendeposit harus ditangani dengan penjelasan yang jelas dan 'good faith' bukan dengan ugutan.
"Ini penting kerana TH adalah milik umat bukan milik mana-mana individu termasuk menteri," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pada Isnin dipetik sebagai berkata pendeposit yang mengeluarkan simpanan kerana percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH akan secara automatik keluar daripada giliran menunaikan haji, jika mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji sebanyak M1300.
Pendeposit juga, kata Jamil Khir tidak akan menerima dividen lima peratus dan bonus tiga peratus jika mengeluarkan semua wang simpanan.
Pencarum yang mendaftar semula juga terpaksa menunggu giliran lebih 70 tahun untuk menunaikan haji, kata beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) di Dewan Rakyat.
Ditanya adakah perlu Lembaga Tabung Haji mempunyai mekanisme baru untuk mengembalikan keyakinan 8.8 juta pencarum terhadap kredibiliti institusi haji umat Islam itu, Muhd Faizal berpandangan ia amat perlu.
""Menunaikan haji adalah kewajipan dan ia adalah rukun Islam, maka institusi haji seperti TH perlu dijaga sebagai amanah dan milik umat Islam.
"Bagi saya perlu tingkatkan mekanisme yang membawa kepada ketelusan. Sebagai contoh hak-hak pendeposit tidak dinyatakan secara nyata dalam akta berkaitan TH dalam mempersoal tindakan TH menguruskan pelaburan wang-wang pendeposit.
"Sebaliknya menurut akta TH kuasa penuh diberikan kepada ahli lembaga pengarah hanya dengan kelulusan menteri sebagaimana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini.
"Malah tiada mekanisme jelas untuk halang isu 'conflict of interest'," ujarnya.

AMANAH K'tan masih doakan PAS sertai Pakatan Harapan

Posted: 16 Mar 2016 08:35 PM PDT


Parti Amanah Negara (AMANAH) khusunya di Kelantan masih mendoakan agar PAS terbuka hati untuk menyertai Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Pengerusi AMANAH Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Malah, tegasnya, AMANAH akan menyertai PRU bukan untuk menewaskan PAS, tetapi sebaliknya untuk mengelak pentadbiran negeri itu jatuh kembali ke tangan BN.
"Sebagai sebuah parti pembangkang yang pernah bersama, dasar buka pintu Pakatan Harapan adalah untuk menerima PAS dan lain-lain parti politik yang sudi bekerjasama dan akhirnya menjadinya pertandingan melibatkan dua penjuru menentang BN," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kota Bharu, semalam.
Justeru, katanya, masih ada lagi harapan dan doa semoga PAS akan sampai ke peringkat bersedia bersama parti dalam kompenan Pakatan Harapan.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu berkata, semua parti (pembangkang) perlu mengambil pengajaran daripada sejarah politik lampau untuk meneruskan perjuangan mereka.
"Contohnya di Kelantan kita mempunyai pengalaman dalam PRU 1978, pada waktu itu Umno meraih banyak kemenangan disebabkan parti serpihan PAS iaitu BERJASA menyertai pilihan raya untuk mengalahkan PAS.
"Berbeza dengan BERJASA, AMANAH tidak sertai pilihan raya untuk menewaskan PAS tetapi menyertai pilihan raya untuk mengalahkan BN. Keadaan itu berbeza," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, AMANAH akan memastikan supaya tidak berlaku pertandingan tiga perjuru melibatkan parti itu dan PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Syarat wajib utk jadi menteri ialah WAJIB BODOH..

Posted: 16 Mar 2016 08:30 PM PDT

Menteri mcm nilah yg menjadi kesukaan Najib utk dibawa masuk sumbat dlm kabinetnya agar mudah rakyat diTOLolkan KERAjaan...

Satu2nya dlm sejarah PM di M'sia paling kuat kencingkan rakyat..

Posted: 16 Mar 2016 08:28 PM PDT

HAKIKATNYA.. Salah satu projek kerajaan UMNO untuk langsaikan hutang #1MDB Najib.

DAH NAK MASUK 3 TAHUN... apa dah jadi ngan janji2 BN pd PRK Kuala Besut tempohari pada projek2 yg berjumlah RM400 juta ???

Posted: 16 Mar 2016 08:26 PM PDT

Tak lama lagi BN akan tabur janji & dedak sbyk mungkin pada PRN Sarawak kerana Sarawak satu2nya talian hayat BN selain Sabah utk BN kekal berkuasa...

RM 250 Juta - Mendalamkan muara/ sungai Besut
RM 35 Juta - Empangan Lawvier , Pengkalan Nangka
RM 28 Juta - Bina Sek. Men. Alor Perodi Tok Saboh
RM 28 Juta - 200 unit Program Perumahan Rakyat
RM 12 Juta - Lain2 projek kecil -kontraktor kelas F
RM 12 Juta - Masjid Terapung
RM 10 Juta - Bina 72 unit pangsapuri 4 tingkat
RM 10 Juta - Projek pengairan & tapisan kumbahan
RM 10 Juta - Jeti khas serta jalan2 perkampungan di pulau
RM 4 Juta - 10 unit rumah kedai di Pulau Perhentian
RM 343 Ribu - Naik taraf masjid Hj Ishak , Kg. Dengir
RM 147 Ribu - Anak & makanan ayam, kambing & motor roda-tiga

Najib & TV3suku akan terus perbodohkan rakyat...

Posted: 16 Mar 2016 08:23 PM PDT

KALAU BENARLAH BEGITU, kenapa bila wartawan tanya pada kamu soalan derma RM2.6 bilion haritu tiba2 tangkap & tahan wartawan tersebut ??!!

KALAU BENARLAH BEGITU, kenapa soalan berhubung 'derma politik' RM2.6 bilion tidak lagi boleh dibangkitkan di Parlimen ??

KALAU BENARLAH BEGITU, kenapa Speaker nasihat Najib tidak perlu jawab soalan 1MDB ??

Cadangan pungutan suara akan 'membunuh' BN - Shahrir

Posted: 16 Mar 2016 08:18 PM PDT

KUALA LUMPUR - Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan mengadakan pungutan suara bagi membandingkan sokongan rakyat antara beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan 'membunuh' BN.
Pengerusi Majlis Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, usaha Mahathir itu bertentangan dengan kenyataannya yang mahu mempertahankan Umno.
Shahrir Abdul Samad
"Kalau sebelum ini desakan beliau adalah secara berseorangan tetapi sekarang beliau (Mahathir) bersama pembangkang mendesak Najib melepaskan jawatan. Apa jaminan bahawa BN tidak akan terjejas?
"Mahathir perlu tahu pembangkang sejak dari 2013 sehingga sekarang melalui Dewan Rakyat dan luar dewan begitu agresif mahu menukar parti memerintah," katanya, semalam.
Isnin lalu, Mahathir menerusi blognya mencadangkan kerajaan mengadakan satu pungutan suara bagi mengukur sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib atau menyokong pendirian beliau yang mendesak Najib melepaskan jawatan.
Mahathir berkata, beliau akan berhenti mendesak Najib berundur sekiranya mendapat sokongan yang kurang daripada Najib.
Dalam pada itu, Shahrir berkata, kesahihan sumber pungutan suara juga diragui kebenarannya.
"Sebagai contoh, Bersih pernah ambil dan memaklumkan surat daripada pengundi berkaitan ketelusan pilihan raya dan saya lihat 30 peratus surat itu bukan daripada kawasan saya.
"Mereka mendesak kita tetapi akhirnya kesahihan itu diragui," katanya.
Menurutnya, sebarang usaha menukar pemimpin perlulah melalui pilihan raya.
"Pas sendiri tidak bersetuju dengan cara Mahathir desak Najib melepaskan jawatannya. Lihat sahaja Arab Spring, apa yang berlaku. Tidak ada kebaikannya sebaliknya keadaan negara itu lebih teruk dari sebelumnya," katanya.
Shahrir berkata, sebarang usaha untuk melemahkan parti tidak boleh dibenarkan.
"Beliau (Mahathir) pernah melalui zaman kemarahan rakyat terhadap beliau. Tetapi pemimpin-pemimpin di bawahnya mempertahankan parti," katanya.

Usul untuk keluarkan potret PM di Universiti Nottingham tewas

Posted: 16 Mar 2016 08:14 PM PDT



Usul menggesa potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikeluarkan dari dinding alma mater di Universiti Nottingham di UK, tewas dengan majoriti yang besar.
Usul itu dibentangkan di mesyuarat tahunan Persatuan Pelajar Malaysia Nottingham pada hari Rabu.
Difahamkan perbahasan mengenai usul itu berpusat di sekitar kesannya ke atas pelajar tajaan kerajaan sekarang dan akan datang di Universiti Nottingham.
Usul itu adalah untuk mendesak persatuan itu melobi pihak universiti supaya mengeluarkan potret tersebut ekoran dakwaan rasuah terhadap perdana menteri.
Cassandra Chung, yang mengemukakan usul itu berkata, mungkin insiden itu menjadi satu langkah kecil dalam mengubah keseluruhan landskap aktivisme di kalangan rakyat Malaysia di UK dan Eire.

AMK gesa polis bertindak banteras budaya samseng Umno

Posted: 16 Mar 2016 08:01 PM PDT

Pergelutan berlaku antara Rozan Azen (kiri) dan sekumpulan samseng di Ampang semalam.Pergelutan berlaku antara Rozan Azen (kiri) dan sekumpulan samseng di Ampang semalam.Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam keras tindakan samseng sekumpulan pemuda diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos dan Exco Pemuda Umno Armand Azhar di Ampang semalam.

Menurut Setiausaha AMK Chang Lih Kang, kumpulan pemuda samseng yang diketuai Jamal dan Armand telah melakukan vandalisme dengan melekat sekeping kain rentang di atas papan tanda milik kerajaan tempatan.
"Mereka juga telah mengasari saudara Rozan Azen Mat Rasip, pegawai kepada Ahli Parlimen Batu, yang cuba menghalang perbuatan jenayah mereka," katanya.

Chang menambah, selepas melakukan vandalisme, Armand telah mengulangi ancaman yang dibuat Jamal untuk membakar papan-papan tanda kempen 'Bebaskan Anwar' sekiranya gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpapar di papan-papan tanda tersebut tidak diturunkan dalam tempoh tujuh hari.
"Kedua-dua pemimpin Umno ini jelas telah menyalahi undang-undang dengan melakukan kesalahan 'menakutkan secara jenayah' (criminal intimidation)," tegasnya.

Read More / Baca Lagi >>

Perang maskot menjelang p'raya negeri S'wak

Posted: 16 Mar 2016 07:52 PM PDT

Menjelang pilihan raya Sarawak yang semakin hampir, perang maskot telah bermula dengan pelancaran maskot Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - Lebah.
Lebah berwarna kuning yang memegang sebuah perisai bulat, dilancarkan oleh SUPP pada 14 Mac.
Ini selepas DAP Sarawak melancarkan maskot rasminya bernama 'Pahlawan Ubah' baru-baru ini.

Menurut laman web rasmi SUPP, Presidennya, Senator Datuk Sim Kui Hian berkata lebah dipilih kerana ia melambangkan kerja keras, perpaduan, dan kerja berpasukan.
"Mereka yang membuli SUPP, kami akan sengat mereka.
Lebah, katanya, selalu bekerja dalam perpaduan.
"Jangan membuli kami, atau kami akan sengat anda. Ini adalah maskot kami," kata Sim di majlis pelancaran maskot tersebut.
Selepas SUPP melancarkan maskot lebah, ADUN DAP Pending, Violet Yong Wui Wui memuat naik gambar burung memakan lebah, sebagai bayangan bahawa maskot burung kenyalang DAP "Ubah" akan memakan maskot SUPP, lebah.
Beliau juga berkongsi gambar racun serangga dan seekor lebah dari laman Facebook 'DAP mesti menang dalam pilihan raya Sarawak' dan bertanya sama ada lebah boleh menang pilihan raya Sarawak memandangkan racun serangga boleh membunuhnya.
Terdapat juga grafik yang diedarkan di Facebook menunjukkan seekor lebah dengan kapsyen "jangan buli SUPP atau kami akan sengat kamu." Kemudian muncul maskot DAP 'Ubah' dan membuka mulutnya untuk makan lebah.
Terdapat satu lagi gambar orang hutan dan lebah dengan kapsyen 'burung kenyalang dan orang hutan adalah haiwan yang mewakili negeri Sarawak, mengapa pilih lebah dan bukan orang hutan?'

Setiausaha Penerangan dan Publisiti Pemuda SUPP pusat, Milton Foo dalam temu bual dengan See Hua Daily News membidas serangan DAP terhadap SUPP, dengan menganggapnya sebagai "kebudak-budakan".
"Apa yang kita usahakan adalah agenda politik kita dan ia bukan satu jenaka.
"Saya tidak fikir rakyat ambil berat dengan serangan ke atas maskot kami. Apa yang rakyat lebih ambil berat dalam tempoh lima tahun akan datang ialah apa jenis pembangunan yang kita boleh bawa kepada mereka," kata Foo.
Beliau berkata SUPP tidak akan menyerang maskot lawan atau berjenaka mengenainya.
DAP pada awalnya melancarkan maskot burung kenyalang 'Ubah' dan dinaik taraf kepada 'Ubah pahlawan' untuk menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang.

Hari Ini PAS Dikafirkan Diri Sendiri Enam Bulan Lalu

Posted: 16 Mar 2016 07:38 PM PDT

Oleh ramziredang

"Tajuk yang berbelit. Tapi itulah betapa berbelitnya PAS. Tertubuhnya PASIK(PAS+Ikatan) dengan sendiri menunjukkan kata kata PAS beberapa bulan yang lalu, barangsiapa menolak hudud maka kafir, maka itulah yang dibuat PAS sendiri pada hari ini. Andai lidah biawak bercabang dua, lidah PAS bercabang lima. Ketua Urusan Ulama PAS permatang pauh pernah mengeleuarkan fatwa ketika pilihanraya perrmatang pauh, haram undi calon tolak hudud. Ianya disokong oleh hadi dalam satu temuramah selepas itu. Tiba tiba selepas terrtubuhnya PASIK, rupanya haram yang disebut PAS itu adalah PAS. Aneh tetapi betul.Beberapa bulan yang lalu, musuh musuh PAS (yang PAS anggap musuh Islam) pada masa itu telah berhujah mereka tidak menolak hudud. Mereka semua hanya berbeza pendekatan. Tetapi PAS melompat menghulur keris menikam semua orang. Rumusan PAS pada ketika itu adalah, mereka semua ini adalah penentang hudud. Kafir
DAP tentang hudud. PKR tentang hudud. Mat Sabu, Salahudin, Khalid samad, Hanifa, Dr Zul dan gugusan yang setandan dengannya semua tolak hudud.
Biarpun mereka (musuh PAS ini) membawa hujah fiqh auliyat Dr Yusuf Qardawi sebagai perisai membela dan untuk meleraikan kesalahfahaman PAS terhadap mereka, PAS tetap menghukum mereka tolak hudud.
16 mac 2016. Cubalah teliti betul betul jawapan Hadi Awang (PAS) dengan jawapan Kadir (Ikatan) apabila ditanya oleh wartawan tentang hudud di malaysia. Kadir menjawab dengan lebih terang, jelas dan ikhlas. Tetapi hadi awang menjawab dengan persepsi betapa seorang ulama sangatlah pembelit. Penjual agama. Analoginya adalah, nak laksanakan udang undang jalanraya kena ada kereta. Itu kata hadi awang. Putar belit ini sama belit dengan yang biasanya di jawab yang dulu dulu dulu tu. 'Nak laksanakan hudud kena gaji minima' ketika ingin menghalalkan hubungan dengan DAP.
Bagi walaun, memang jawapan itu hebat dan tidak ada salahnya. Tetapi bagi orang yang terang ingin lari dari fitnah dajal di akhir zaman, itu hanyalah satu pembohongan orang orang yang ingin menjual agama dengan harga yang sedikit.
Read More / Baca Lagi >>

Tahaluf siyasi PAS-Ikatan

Posted: 16 Mar 2016 07:36 PM PDT

Oleh  USTAZ SATIFUL BAHRI MAMAT
Badan Perhubungan PAS Terengganu mengucapkan tahniah kepada para pemimpin tertinggi PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang telah berjaya memulakan langkah tahaluf siyasi antara kedua pihak.

Saya mewakili saf kepimpinan PAS Terengganu mengucapkan syabas khususnya kepada PAS Pusat yang berani meneruskan agenda tahaluf meskipun setelah terputusnya hubungan DAP. 

PAS Terengganu yakin dengan pengalaman panjang dan liku-liku perjuangan yang telah dilalui oleh PAS, kerjasama politik tersebut, pasti akan terus maju serta mendepani politik negara. 

Tahaluf itu akan membawa aspirasi rakyat untuk satu penyelesaian jangka panjang dengan agenda Islam yang bermatlamatkan kejayaan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat.

PAS sudah berada di atas landasan yang betul dan perlu menjadi parti teras bagi masyarakat majoriti Melayu-Islam yang hari ini sudah hilang keyakinan kepada Umno-BN.

Kepercayaan yang diberikan oleh Ikatan dan para NGO di bawah Kongres Rakyat kepada PAS, insya Allah sebagai 'blok ketiga', bakal merubah lanskap politik negara ini. 

Keberanian dalam membawa pendekatan terbaru ini pastinya dapat mengisi lompang sokongan daripada pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, bahasa, agama, kaum dan warna kulit.

PAS Terengganu sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua-dua parti, semoga ianya dapat terus berani menerajui politik negara dengan dimensi baru.

Allahu Akbar!

Gabungan Pas, Ikatan tidak kukuh - Dr Mohd Azizuddin

Posted: 16 Mar 2016 07:33 PM PDT


Mohd Azizuddin Mohd Sani

SHAH ALAM – Blok politik ketiga antara Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bukanlah gabungan yang kukuh yang boleh menjadi alternatif kepada BN dan Pakatan Harapan.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, hala tuju gabungan kedua-dua parti itu tidak cukup jelas, malah kekuatannya  boleh dipersoalkan.
"Ikatan adalah sebuah parti baharu, tidak cukup kuat. Bahkan Ikatan dianggap sebagai parti  'serpihan'  Umno, yang kecewa lalu menubuhkan sebuah parti.
"Kita juga tidak tahu sejauh mana kekuatan Ikatan di peringkat akar umbi, berapa jumlah keahliannya. Rakyat juga tidak mengenali parti ini," katanya.
Selain itu, katanya, isu yang bakal diperjuangkan juga tidak bermatlamat untuk mencapai kuasa, sebaliknya memilih pendekatan politik lebih matang dan menasihati kerajaan dengan mengemukakan pandangan bukan sahaja di Parlimen tetapi dengan cara berdepan dan bukan secara ekstrem.
"Jika isu yang dijadikan agenda perjuangan tidak bermatlamat mencapai kuasa, saya rasa baik bubar sahaja Pas menjadi NGO dan perjuangkan isu yang bercorak keislaman," katanya.
Beliau turut mempersoalkan kerjasama kedua-dua parti itu yang lebih menumpukan agenda umum berbanding isu hudud seperti yang diperjuangkan Pas sebelum ini.
"Soalnya, apa bezanya ketika Pas bersama dengan PR sebelum ini?
"Gabungan ini tidak jelas apa hala tujunya. Ia dilihat seolah-olah Ikatan mahu mengambil kesempatan ke atas Pas. Persoalannya di mana kekuatan gabungan ini, adakah mereka boleh menjadi kekuatan kepada BN dan Pakatan Harapan?" katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS akui teori pakatan politik anjuran Mat Sabu, kata Pemuda AMANAH S'gor

Posted: 16 Mar 2016 07:29 PM PDT


Pemuda AMANAH Selangor menyifatkan kepimpinan PAS secara tidak langsung memperakui kewibawaan dan ijtihad Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang menganjurkan teori pakatan politik.
Sehubungan itu, pergerakan itu mengucapkan tahniah kepada PAS ekoran pengumuman rasmi kerjasama politik dengan parti Ikatan yang lebih dikenali sebagai 'blok ketiga'.
"Sebagai parti politik, Pemuda AMANAH Selangor mengalu-alukan pembentukan blok ketiga itu di atas menjunjung semangat demokrasi dan menunjukkan bahawa demokrasi akan terus mekar di Malaysia," kata pengarah pilihan rayanya, Mohamed Azlan Ahmad Zambry.
"Pemuda AMANAH Selangor juga menyifatkan bahawa kepimpinan PAS, secara tidak langsung memperakui kewibawaan dan ijtihad Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, yang menganjurkan teori pakatan politik yang berkeupayaan mengambil alih pemerintahan di Putrajaya," tegasnya.
Justeru itu, katanya, pergerakan itu tidak berasa gentar dan gerun dengan pengumuman terbaru itu, kerana keyakinan rakyat terhadap AMANAH semakin meningkat setiap hari.
Pergerakan itu, katanya, menyeru semua pihak agar mengamalkan politik matang, sederhana dan berakhlak "agar generasi akan datang dapat di bentuk sejajar dengan konsep Islam Rahmat Untuk Semua".
"Pemuda AMANAH Selangor mengucapkan selamat datang kepada parti Ikatan ke dalam landskap politik Malaysia," katanya.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Usul Turunkan Potret PM Di Nottingham University Gagal

Posted: 16 Mar 2016 07:23 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:05 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BARU BERSAMA IKATAN, DAH KATA HUDUD TAK SESUAI....

Posted: 16 Mar 2016 03:46 PM PDT

BANYAK KRITIKAN DARI FACEBOOKERS DAN JUGA BLOGGERS JUGA ORANG RAMAI TENTANG TINDAKAN PAS YANG KINI DILIHAT MEMAKAN DIRI SENDIRI.......



AMARAN.......JANGAN PAS KELUARKAN FATWA KERANA IANYA AKAN DILIHAT PAS MENGGUNAKAN AGAMA SETELAH MENYINGKIRKAN KAWAN DALAM MUKTAMAR LEPAS......UNTUK AKU...PAS KINI TELAH LEMAH ......
Dulu...Pas mengatakan hudud adalah nyawa parti itu dan ia akan tetap dilaksanakan biar pun mendapat tentangan daripada DAP.

Malah hudud juga menjadi antara punca Pas berbalah dengan DAP dan banyak pihak lain sehingga akhirnya keluar daripada pakatan itu. Tapi itu dulu...
Kini...baru bersama Ikatan yang tak ketahuan  siapa barisan kepimpinan dan berapa ramai ahli berdaftarnya, Pas  sudah pun bersetuju bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Menerusi Presiden Ikatan Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Hadi Awang dikatakan memberitahu, "hudud kita fikir kemudian dan apa yang dibentangkan di Parlimen bukannya hudud, tetapi untuk meningkatkan lagi kuasa mahkamah syariah."

Ehhh, boleh pulak fikir kemudian? Itu baru bergabung dengan Ikatan...belum lagi bersama dengan UMNO?

Alahai....kesian pakcik, lebai dan orang tua kampung yang terus memberi sokongan, sanggup hadir ceramah dan mencampak seringgit dua ke dalam tin milo semata-mata kerana percaya hudud dan hukum Islam akan dilaksanakan oleh Pas.( SH 16/03/2016).

SHAHBUDIN HUSIN.....


PULAKKKK....PAS KANTOI LAGI SOAL HUDUD?????

Posted: 16 Mar 2016 06:24 AM PDT


KAH...KAH...KAH....DAH KONA LAGI KALI NI...AWAT LA........WALAUN JANGAN SASAU YA....






INI SEMASA DALAM PAKATAN RAKYAT....KEMUDIAN KELUARKAN KUMPULAN PROGREIF..KENA TIPU DENGAN UMNO...LEPAS TU BLOK 3 DAN KEMUDIANNYA TANGGUH PULAKKKKK......WEIIIII,,,,,





‘KUASA RAKYAT, KUASA KERAMAT’, JANGAN PANDANG RENDAH – RAFIZI

Posted: 16 Mar 2016 06:00 AM PDT

Aktivis seni budaya sokong Deklarasi Rakyat

Posted: 16 Mar 2016 02:41 AM PDT




deklarasirakyat_senimanbudayawanLKS

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Usaha menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara gagal bukan sahaja tugas ahli politik dan aktivis, ia juga melibatkan golongan budayawan dan aktivis seni.
Budayawan, Che Samsudin Othman yang juga lebih mesra dipanggil Dinsman, berkata penglibatan golongan seni dan budaya itu dalam gerakan politik di negara ini semakin mengecil sejak era 1990-an.
Sehubungan itu, beliau menyeru supaya budayawan dan aktivis seni menyatakan sokongan terhadap gerakan rakyat dengan menandatangani Deklarasi Rakyat, yang antaranya menuntut pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari tampuk pemerintahan.
"Saya tidak aktif dalam mana-mana parti politik, tetapi saya aktif dalam seni budaya. Apabila saudara Lim Kit Siang meminta supaya saya ikut serta (tandatangan Deklarasi Rakyat), saya bersetuju," katanya dalam satu majlis tandatangan Deklarasi Rakyat di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.
Terdahulu, Dinsman bersama antaranya Sasterawan Negara, A. Samad Said; pakar undang-undang, Tommy Thomas; aktivis undang-undang, K. Arumugam; serta wakil-wakil DAP seperti Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; pakar undang-undang Perlembagaan Persekutuan, Dr. Abdul Aziz Bari; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran; Adun Nilai, Arul Kumar Jambunathan; dan Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong; turut menandatangani deklarasi tersebut.
Dinsman berkata, keputusan untuk menandatangani deklarasi berkenaan diambil selepas mengadakan pertemuan meja bulat bersama para aktivis seni yang merumuskan perlunya penglibatan luas budayawan seni dalam pembangunan dan perubahan negara.
"Sejak reformasi dilancarkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim pada tahun 1998, penyertaan golongan seniman dan budayawan sampai sekarang ini masih terlalu minimum, masih terlalu sedikit.
"Ini adalah satu fenomena yang pelik di negara ini sebab, kalau kita membaca sejarah, zaman kebangkitan atau zaman negara kita mula mengalami perubahan awal kurun ke-20, yang menggerakkannya adalah penulis, budayawan.
"Tetapi sekarang, rakyat sudah berubah, tetapi golongan ini (budayawan) masih tidak mahu berubah," katanya. – Roketkini.com

BLOK POLITIK KETIGA: AHLI PAS TERPINGA-PINGA, MAHU MUKTAMAR KHAS

Posted: 16 Mar 2016 02:32 AM PDT

Sasterawan Negara sifatkan BN yang tidak peduli undang-undang sebagai kerajaan “haram”

Posted: 16 Mar 2016 02:29 AM PDT

Sasterawan Negara sifatkan BN yang tidak peduli undang-undang sebagai kerajaan "haram"

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Sasterawan Negara, A. Samad Said, menyifatkan usaha gabunganraya Selamatkan Malaysia untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kuasa negara adalah wajar ekoran daripada penglibatan Perdana Menteri dalam pelbagai skandal mega.
Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, Najib bukan sahaja menyebabkan dunia mengenali Malaysia melalui imej buruk, malah imej dalam negara juga sudah kotor, termasuk perbuatan melanggar undang-undang dengan berbelanja berbilion ringgit dalam pilihanraya umum yang lalu.
Justeru, beliau menganggap kerajaan yang ditubuhkan oleh Barisan Nasional selepas PRU13 adalah tidak mengikut laras undang-undang, dan menyifatkan kerajaan kini sebagai sebuah "kerajaan haram".
"Setakat ini, rekod demokrasi kita sangat buruk. Contohnya antara soal ulang-alik pelbagai tafsiran aliran dana dari negara luar, kononnya sebagai dana simpati daripada golongan kaya Arab.
"Yang merunsingkan adalah dana 'rahsia' ini mengalir ke dalam kempen pilihanraya dan perbelanjaan yang berleluasa, sedikit-sebanyak telah dimaklum bahawa RM1.5 billion digunakan Barisan Nasional, yang mana melanggar syarat sebanyak 16 kali ganda yang dibolehkan untuk satu-satu pilihanraya.
"Bererti kerajaan yang ada ini sebenarnya adalah kerajaan haram," tegasnya, menambah kerajaan juga sudah mula memperkenalkan pelbagai akta dan undang-undang yang membataskan pergerakan serta pengucapan rakyat dalam mengkritik pentadbiran negara.
Tokoh sastera negara itu menyuarakan pandangannya dalam satu sidang media bersama aktivis budaya dan undang-undang yang dianjurkan DAP di ibu pejabat parti di sini hari ini.
Menurut Pak Samad lagi, dengan keghairahan pentadbiran Najib mahu memperketatkan undang-undang bagi menghalang kebebasan rakyat bersuara, tidak mustahil segala akta dan pindaan akta zalim akan digunakan terhadap kelompok pembantah.
"Kita sudah pun ada undang-undang yang merisaukan, SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)) dan POTA (Akta Pencegahan Keganasan) contohnya, yang dalam situasi terdesak bakal dimanfaatkan secara total (oleh kerajaan).
"Malah, pada April ini, Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara juga akan dihidupkan memberi kuasa yang penuh kepada kerajaan untuk menangkap atau menahan seseorang tanpa perbicaraan," katanya. – Roketkini.com

TEMURAMAH MAHATHIR DENGAN TV ONE INDON.....DIA TETAP HENTAM NAJIB

Posted: 15 Mar 2016 11:50 PM PDT