Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Referendum bukan macam Papadom, Che Det

Posted: 15 Mar 2016 07:15 PM PDT


Hang ingat nak buat referendum itu macam makan popodom ka ...? DAP pun akui cara jatuhkan PM hanya tiga cara. Baca SINI .

Hairan kenapa Mahathir mahu dilakukan segera. Macam tahu PRU kelakkan pun Najib tak boleh jatuh. Dua cara lain dia dah gagal.

Terdesak sangat na ... atau nyanyuk kot.

Referendum: Mahathir dah nyanyuk?

Posted: 15 Mar 2016 05:15 AM PDT


Kalau sebut Dr Mahathir bapa kebodohan, nanti ada orang yang marah.

Padahal ternyata dia tahu hal sebenar tentang referendum, tapi masih cuba memutarbelit rakyat. Lebih sesuai kata dia sudah nyanyuk.

Baca kisah dia cuba perbodohkan rakyat di
http://snapshot2016.blogspot.my/2016/03/mahathir-tahu-tapi-perbodohkan-rakyat.html

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Menanti pengumuman kuasa ketiga politik Malaysia

Posted: 15 Mar 2016 09:23 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Hari ini seperti mana diuar-uarkan parti agama (Pas) akan mengumumkan bentuk blok ketiga politik negara yang juga akan menjadi kuasa ketiga politik Malaysia. Sejak ia diumumkan cadangan pembentukan itu, ramai yang tertunggu-tunggu apakah bentuk dan rupa kuasa ketiga berkenaan.

Ada yang konfius dan ada yang bingung dengan tindakan Pas. Cadangan parti itu dilihat tidak relevan dan membantu kepada pembangunan politik di negara ini terutamanya dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN yang dianggap korupsi, melakukan pelbagai kemungkaran serta sikap pemimpinnya yang tidak berair muka.

Mereka yang yakin politik Malaysia boleh berubah daripada tgerus dibajaki kuasa oleh Umno dengan sistem dua parti, tidak berkenaan dengan tindakan Pas itu, dan menganggap parti berkenaan tidak mursyid berpolitik.
Blok ketiga parti itu juga dikatakan akan memberi keuntungan kepada Umno dan pemimpinnya Najib Razak. Ia tidak menyumbang kepada kejatuhan Najib seperti mana diharapkan tetapi menjadi sebaliknya, pemangking kepada Najib dan UBN. Apakah pembentuk dengan niat sedemikian sebagai satu taubat nasuha Pas kepada Umno?

Pembentukan blok yang belum pasti apa benda itu juga seolah menentang arus dengan aspirasi oposisi sekarang ini yang mendapat sokongan atau bonos daripada tindakan Dr Mahathir Mohamad dan beberepa orang Umno yang lain. Sepatutnya Pas mengalu-alukan langkah Mahathir yang memberi markah kepada oposisi, tetapi tidak begitu nampaknya.

Walaupun Dr Mahathir pernah dilihat sebagai orang paling jahat dan tidak berhati perut terhadap pembangkang, tetapi tindakan terkini beliau yang membuang sokongan kepada Najib sepatutnya diambil kesempatan. Setengah yang tidak suka dengan Dr Mahathir beranggapan bekas PM itu mahu mencuri kesempatan. Dari prinsip Islam islaah yang berlaku ke atas diri Mahathir adalah juga kehendak dan gerak geri Tuhan, apakah parti agama tidak membaca keadaan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir menangis mengenang Soeharto

Posted: 15 Mar 2016 09:19 PM PDT

"Saya rapat, bukan sahaja (sebagai) pemimpin negara, tetapi sahabat."
mahathir_Soeharto_600
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitiskan air mata ketika mengenangkan bekas Presiden Indonesia, Allahyarham Jeneral Soeharto.
Dalam rancangan bual bicara 'Satu Jam Lebih Dekat' di stesen televisyen Indonesia, TV ONE, Dr Mahathir diminta menceritakan hubungannya bersama pemimpin republik itu.
"Saya rapat, bukan sahaja (sebagai) pemimpin negara, tetapi sahabat," katanya sambil menahan sebak.
Bagi Dr Mahathir, Soeharto ibarat seorang abang dan menjadi tempat beliau berbincang dan mendapatkan pandangan.
"Hubungan yang personal, saya anggap dia sebagai abang. Saya boleh berbincang dengannya secara terus-terang, dapat tahu pandangan masing-masing, dan apa tindakan yang perlu kami ambil," katanya lagi.
Soeharto adalah pemimpin paling lama mengemudi Indonesia iaitu selama 31 tahun, bermula pada tahun 1967 sehingga tahun 1998 selepas meletakkan jawatan ketika Reformasi.
"Kita semua akan pergi akhirnya. Walau berapa tinggi (kedudukan), ke situ juga. Itu masa dia, suatu hari masa saya pula," katanya lagi.

Pentingnya ‘tengku’ dan gelaran lain

Posted: 15 Mar 2016 09:05 PM PDT

Psikologi orang Melayu memperlihatkan mereka sering 'terkagum' dengan gelaran dan pangkat.
nameTindakan bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempersoalkan gelaran 'tengku' oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah laporan berita yang paling hangat di FMT kebelakangan ini.
Laporan serangan Khairuddin terhadap Tengku Adnan atau Ku Nan mengenai gelaran itu sering menarik puluhan ribu pembaca dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Begitu juga penjelasan Ku Nan berhubung gelaran 'tengku' pada nama beliau.
Kenapa laporan gelaran 'tengku' sangat menarik minat orang ramai untuk mengikutinya terutama orang Melayu kita? Selain faktor Ku Nan sendiri yang mempunyai nilai berita, pemerhatian mendapati orang Melayu sangat sensitif dengan gelaran, pangkat dan darjat. Setiap gelaran yang ada pada nama lazimnya menceritakan keturunan dan asal usul.
Syed, sharifah, tengku, tunku, tun, ungku, engku, megat, puteri, nik, wan dan raja adalah antara gelaran feudal yang diwarisi sejak ratusan lalu. Pada zaman moden ini, gelaran seperti dr, prof, datuk, datuk seri, tan sri serta tun menghiasi cetakan pada kad jemputan kahwin, laporan berita dan perbualan kita hari-hari.
Jika diteliti mengikut kerangka sosial pemikiran orang Melayu, gelaran sedemikian mencerminkan status dan kedudukan seseorang. Benar orang ada nama gelaran ini kalau lihat makan minum sama sahaja, malah tidak hairan warna tahi manusia ada pangkat 'tun' dengan 'lebai' di kampung tidak jauh bezanya.
Namun, psikologi orang Melayu memperlihatkan mereka sering 'terkagum' dengan gelaran dan pangkat ini. Bagi penerima atau yang memakai gelaran, mereka rasa dihargai, mungkin mendapat tumpuan dan suka atau tidak layanan yang diterima memang berbeza berbanding orang kebanyakan.
Ada yang cakap senang buat perniagaan dan mendapatkan pinjaman bank. Tidak pernah pula kita melihat kajian terperinci mengenai dakwaan itu, namun itulah yang sering diperkatakan tatkala seseorang itu mempunyai gelaran tertentu pada namanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sudahlah kos hidup tinggi, saman trafik pun nak naik?

Posted: 15 Mar 2016 09:03 PM PDT

Statistik menunjukkan kenaikkan kadar saman trafik tidak berjaya mengurangkan jumlah kemalangan di negara ini.
saman-pdrm
PETALING JAYA: Kerajaan tidak seharusnya menaikkan kadar kompaun terhadap pesalah trafik kerana ia memberi tekanan kepada rakyat yang kini menanggung kos sara hidup yang tinggi.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata kerajaan sepatutnya memberi diskaun kepada pesalah trafik untuk menggalakan mereka untuk membayar saman.
"Sepatutnya kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberikan diskaun kepada pesalah trafik khususnya bagi kesalahan kategori kedua dan ketiga dan mungkin juga patut memberikan pelepasan kepada pesalah trafik kategori keempat yang tidak menyumbang kepada kemalangan dan kesesakan.
"Tindakan memberikan diskaun ini adalah amat wajar sekali dalam keadaan peningkatan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini dan juga sangat berkesan untuk menggalakkan pembayaran saman," katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengulas lanjut kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan saman trafik yang masih belum dibayar bagi tempoh 2010 hingga 2015 adalah berjumlah RM1.46 bilion membabitkan 14.59 juta daripada 28.42 juta saman yang dikeluarkan.
Nik Abduh berkata, cadangan menaikkan kadar kompaun trafik itu akan mendatangkan banyak implikasi kepada rakyat.
"Faktanya, jumlah kemalangan yang direkodkan sepanjang Ops Selamat 8/2016 meningkat kepada 19,572 kes berbanding 19,094 kes sepanjang Ops Selamat 8/2015.
"Ini menunjukkan kadar saman itu sendiri sebenarnya tidak berjaya pun untuk mengubah sikap pengguna yang bermasalah di jalan raya. Oleh itu, adalah amat tidak patut sekali kerajaan menambah tekanan kepada rakyat," katanya.

PAS bakal suara pinggiran PRU ke-14 – penganalisis politik

Posted: 15 Mar 2016 08:59 PM PDT

Prof Madya Dr Jeniri Amir setuju dengan Liew Chin Tong bahawa PRU ke-14 adalah pertembungan antara pihak pro-Najib dengan anti-Najib.
jeniri.chong
PETALING JAYA: Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir menyifatkan PAS akan menjadi suara pinggiran dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Beliau bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong bahawa 'jalur ketiga' tiada ruang dalam PRU-14 kerana ia adalah pertembungan antara pihak pro-Najib dengan anti-Najib.
"Saya setuju (dengan kenyataan Chin Tong), PRU-14 adalah persimpangan antara agenda untuk menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO-Barisan Nasional (BN).
"Jika gerakan pembangkang, iaitu Pakatan Harapan serta penyokong Deklarasi Rakyat dapat satukan semua pihak yang mempunyai keinginan sama, serta dapat meyakinkan rakyat, suara jalur ketiga akan menjadi suara pinggiran sahaja," katanya ketika dihubungi FMT, di sini, semalam.
Dalam sidang media kelmarin, Chin Tong yang merupakan Ahli Parlimen Kluang dilapor berkata, PAS tidak akan menjadi faktor utama dalam PRU-14.
Mengulas lanjut, pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu berkata, PAS akan berhadapan cabaran besar untuk mendapat sokongan rakyat, apatah lagi jika ia bergabung dengan parti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kecil.
"Ini kerana pihak yang jelas melawan UMNO-BN akan lebih mendapat perhatian rakyat, kerana matlamat mereka adalah untuk menumbangkan Najib dan UMNO-BN pada PRU akan datang," katanya lagi.

Rakyat sudah bosan politik celaru - Sivamurugan Pandian

Posted: 15 Mar 2016 08:57 PM PDT

 Sivamurugan Pandian
SHAH ALAM  - Hari ini Pas mengumumkan parti yang menjadi pilihannya untuk bekerjasama bagi membentuk pakatan pembangkang baharu.
Kerjasama yang dinamakan blok politik ketiga itu dilihat bukan sahaja mampu memberi keseimbangan kepada dua gabungan parti sedia ada, tetapi turut menawarkan alternatif kepada pengundi.
Tetapi sejauh manakah blok politik ketiga ini mampu memenangi hati rakyat masih jadi persoalan.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, perkembangan politik semasa turut menguji kematangan pengundi, sama ada mahu bersifat emosional, rasional atau praktikal dalam konteks pemilihan mereka.
"Persoalannya, sejauh manakah kestabilan diberikan keutamaan atau apakah ada faktor sampingan lain yang menjadi perhitungan. Dalam konteks lebih besar, didapati faktor penarik dan penolak ke atas pengundi ini berbeza mengikut demografi dan geografi.
"Dari segi geografi ia melibatkan pengundi di bandar dan luar bandar, manakala aspek demografi melibatkan kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu dan campuran. Semua faktor ini mempunyai pengaruh berbeza-beza," katanya.
Pergeseran dalam Umno membabitkan barisan kepimpinannya sehingga membawa kepada pembentukan Deklarasi Rakyat sudah pasti turut memperlihatkan sama ada masyarakat mahukan atau bersedia dengan perubahan itu.
Katanya, pergeseran dalaman Umno hanya boleh diminimumkan sekiranya kepimpinan parti kembali merapatkan barisan, namun, apakah kepimpinan mampu mendapatkan kepercayaan penyokong dan ahli di peringkat bawahan?
"Keyakinan dan kepercayaan itulah yang akan diuji sehingga ke hari pilihan raya nanti. Bukan Umno sahaja perlu merapatkan barisan, parti komponen lain juga harus berubah bagi mengimbangi kedudukan.
"Hal yang sama dengan Pakatan Harapan. DAP, PKR dan Amanah juga harus berubah. Sejauh mana mereka mahu meletakkan usaha menjatuhkan BN tanpa ideologi bersama? Sehingga kini masih tidak wujud kerangka dasar bersama Pakatan Harapan," katanya.
Menurutnya, semua yang berlaku boleh mempengaruhi pengundi.
"Mungkin mereka akan bosan dengan suasana politik yang berterusan, menyebabkan ada pengundi mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada bank pelaburan uruskan dana 1MDB di Cayman

Posted: 15 Mar 2016 08:54 PM PDT


Tiada bank pelaburan atau investment bank yang pernah atau masih menguruskan baki pelaburan 1MDB di Kepulauan Cayman, kata Kementerian Kewangan.
Jawapan bertulis parlimen itu merujuk kepada soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang ingin tahu jika bakinya AS$940 juta yang berbentuk "unit" sekarang di Kepulauan Cayman diuruskan oleh mana-mana firma pelaburan.
 Beliau juga meminta penjelasan sama ada pelaburan ini dijamin oleh firma British Virgin Islands, "Aabar Investments PJS Limited" atau firma Abu Dhabi, "Aabar Investments PJS".
Kementerian Kewangan tidak menjawab soalan kedua yang dikemukakan secara langsung.
"Baki pelaburan unit tersebut telah ditetapkan atau 'designated' untuk 'debt for asset swap' bersama IPIC, iaitu sebahagian daripada Pelan Rasionalisasi 1MDB," kata jawapan itu.

Najib selar 'Mahafiraun' bersama pembangkang

Posted: 15 Mar 2016 08:52 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini 'menyindir' Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini bekerjasama dengan pembangkang.
Malah, Najib berkata, beliau tidak hairan dengan kempen anti-Najib memandangkan semasa Mahathir menjadi perdana menteri, negarawan itu pernah dilabel dengan pelbagai 'nama'.
"Saya tak hairan perkara ini berlaku sebab masa Tun jadi perdana menteri juga macam-macam dilempar pada dia seperti Mahazalim, Mahafiraun dan lain-lain. Tapi sekarang nampak (Mahathir) duduk bersama (pembangkang) pula.
"Sebagai perdana menteri dan rakan dalam pentadbiran, kami tetap istiqamah dan fokus. Apa pun serangan kita jangan hilang hala tuju. Fokus kita tetap komited untuk laksanakan pelaburan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) yang bertanya tentang pendirian perdana menteri tentang kempen anti-Najib yang kini giat dilakukan.

Speaker minta PM tak jawab soalan kaitkan 1MDB dan RM2.6B

Posted: 15 Mar 2016 08:04 PM PDT


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya tidak menjawab soalan yang mengaitkan syarikat pelaburan 1MDB.
Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) hari ini bangun untuk bertanya kepada Najib sama ada keyakinan pelabur asing akan terjejas terhadap negara apabila isu 1MDB masih belum dijawab dan akan menyebabkan lebih banyak kesan negatif serta tumpuan dari media asing.
 Selepas soalan itu ditanyakan Pua, Pandikar kemudian meminta Najib tidak menjawab soalan tersebut kerana didakwa melencong dari soalan asal.
"Yang Berhormat tak perlu jawab, soalan ini amat melencong dari soalan asal.
"Yang berhormat kalau saya benarkan untuk bertanya sehingga tiga soalan, ambil kesempatan tanya soalan yang bukan politik. Ahli yang berhormat, terpulang pada perdana menteri nak jawab atau tak menjawab," kata Pandikar dalam Dewan Rakyat.
Selepas itu, Najib kemudian bangun dan berkata, pembangkang memang sering mengambil kesempatan.
Justeru itu, beliau berkata pencapaian ekonomi negara ini antara tertinggi di dunia dan isu yang melibatkan 1MDB diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Memang dia mencari kesempatan sepanjang masa tapi fakta pencapaian kita yang penting.
"Pencapaian ekonomi kita antara tertinggi di dunia. Maknanya isu ini, yang diwar-warkan secara tersusun, tapi kita akan beri jawapan sebab saya bertanggungjawab pada rakyat dan serah pada PAC untuk tentukan dan kita ada proses.
"Jadi tak ada apa yang patut risau. Proses akauntibiliti akan tetap berjalan di negara kita," kata Najib.

Blok ketiga bantu meriahkan politik negara, pilihan tetap BN atau PH

Posted: 15 Mar 2016 07:58 PM PDT

Presiden Amanah Mohamad SabuPresiden Amanah Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (Amanah) menganggap usaha mewujudkan pakatan politik sebagai suatu kebiasaan dalam politik Malaysia dan menyifatkan usaha Pas untuk mewujudkan gabungan politik baru atau 'blok politik ketiga' boleh memeriahkan politik negara.
Presiden  Amanah Mohamad Sabu berkata, tindakan Pas mewujudkan gabungan politik baru itu juga membuktikan parti itu menyedari perlunya kerjasama dalam politik negara khususnya bagi menghadapi BN dan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.
Dalam wawancara dengan Malaysia Dateline di Shah Alam, semalam, Mohamad bagaimanapun yakin bahawa pertembungan politik sebenar dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang adalah antara Pakatan Harapan (PH) dan BN.
"Kuasa ketiga, keempat, kelima tak penting (tidak relevan) kerana rakyat akan pilih antara dua (PH atau BN)," ujarnya.
Beliau turut meyakini kemampuan DAP, PKR dan Amanah dalam meraih sokongan rakyat berdasarkan sambutan yang diterima setakat ini.
Menurutnya, walaupun Amanah baru enam bulan ditubuhkan namun perkembangannya sungguh membanggakan.
Amanah ujar beliau bukan sahaja dianggotai bekas ahli Pas, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Abim dan Ikram malah oleh bekas anggota Umno.
"Minggu lalu di Pulau Pinang kita tubuhkan cawangan Amanah dengan 70 ahlinya ialah bekas ahli Umno," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama Tun M dengan Kit Siang bukan paling mencabar – Annuar Musa

Posted: 15 Mar 2016 07:56 PM PDT

Beliau sudah berumur lebih 90 tahun dan sepatutnya membantu UMNO, namun tidak berbuat demikian sebaliknya menentang Najib.
annuar-musa-kit-siang-umno-fade
PETALING JAYA: Kerjasama yang dijalinkan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan cabaran besar buat UMNO.
Namun, ia bukanlah satu perkara yang dianggap paling mencabar.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan perkara itu menerusi wawancara dengan Nanyang Siang Pau turut menjelaskan, kedudukan Dr Mahathir dalam UMNO juga sudah berlainan dengan satu ketika dahulu.
Malah, katanya daripada 191 bahagian UMNO yang ada, mungkin hanya terdapat tiga yang menyokong Dr. Mahathir manakala, yang lain teguh di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Dr. Mahathir sudah berumur lebih 90 tahun, beliau sepatutnya membantu UMNO. Dr. Mahathir tidak berbuat demikian, beliau sebaliknya menentang Najib. Ini bukan masalah kecil.
"Namun begitu, parti telah melalui banyak cabaran dan ujian, ini bukan yang paling mencabar.
"Semasa zaman Dr. Mahathir, pelucutan kekebalan Raja-Raja Melayu dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menimbulkan cabaran besar buat UMNO," katanya.
Bagaimanapun, Annuar mengakui, isu Dr. Mahathir itu perlu ditangani dengan cara berhemah dan berhati-hati kerana beliau mempunyai jasa yang sangat besar kepada negara.

70 tahun tunggu giliran tunai haji tunjuk kelemahan Tabung Haji

Posted: 15 Mar 2016 07:49 PM PDT

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyangkal jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang seolah-olah menuduh beliau menyebabkan jemaah terpaksa menunggu lama untuk membuat haji.
Jamil Khir pada sidang Dewan Rakyat semalam menyatakan, pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka, akan hilang giliran menunaikan haji sehingga 70 tahun.
Menteri Agama turut berkata, punca pendeposit mengeluarkan simpanan mereka kerana disebabkan percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini.
Rafizi berkata, Jamil Khir seperti cuba untuk menutup kelemahan TH yang gagal untuk mendapatkan kuota lebih untuk rakyat Malaysia.
"Jawapan beliau semalam tidak tepat dan cuba menyembunyikan kelemahan di pihak beliau sendiri dengan memberi gambaran seolah-olah timbal balik terhadap kedudukan kewangan TH adalah punca bakal haji terpaksa menunggu masa yang lama," katanya.
"Tempoh masa yang lama tidak ada kena mengena dengan komen-komen saya mengenai Tabung Haji tetapi disebabkan kegagalan Kerajaan Malaysia mendapatkan kuota tambahan dari Kerajaan Arab Saudi," kata Naib Presiden KEADILAN itu lagi.
Merujuk jawapan Jamil Khir, Rafizi berkata, seramai 2.023 juta pemegang akaun TH mendaftar untuk menunaikan haji sedangkan kuota haji setiap tahun hanya 0.1% sahaja (30,000 orang) dari jumlah penduduk Malaysia.
Oleh itu, beliau dengan sinis mengusulkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berunding dengan Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan kuota haji sehingga 50,000 setahun berikutan beliau didakwa mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan di sana.
"Jika keluarga DiRaja Saudi boleh mendermakan RM2.6 bilion kepada beliau, saya yakin beliau begitu rapat dengan keluarga DiRaja Saudi dan boleh mendapatkan pertambahan kuota haji bagi rakyat Malaysia," kata Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen.

Najib Perlu Melepaskan Jawatannya

Posted: 15 Mar 2016 07:27 PM PDT

Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. Perlucutan Tun M sebagai Penasihat Petronas tidaklah mengejutkan. Ini sudah dijangka atas sifat

dan amalan politik bebal, panas baran dan degil PM dan pimpinan kerajaan yang memiliki OTAK SELUT dalam membuat keputusan. Perlucutan Tun M tidak membantu menyelesai atau mengurang masalah yang sedang dihadapi negara dan rakyat yang berpunca daripada kedegilan seorang iaitu PM Najib.

2. Yang melucukan ialah alasan perlucutan hanya berkisar pada Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang diusaha dan digerakkan oleh Tun M dianggap oleh Kabinet yang diPengerusikan oleh Najib sebagai hendak menjatuhkan kerajaan secara yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan. Tun M dianggap tidak lagi mendokong kerajaan.

3. Saya hairan bagaimana ketetapan Deklarasi Rakyat yang bersetuju penyingkiran Najib sebagai PM Malaysia menerusi saluran damai dan mengikut saluran undang-undang yang dibenarkan dianggap bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara? Adakah dengan Najib sendiri melepaskan jawatan atau undi tidak percaya di kalangan Ahli Dewan Rakyat atau tuntutan desakan serta rayuan daripada rakyat untuk Najib melepaskan jawatan dianggap menyalahi undang-undang negara?

4. Apakah peristiwa penyingkiran Mukhriz sebagai MB Kedah dengan akuan bersumpah yang dipaksa ke atas Adun Umno Bn mengikut saluran undang-undang? Apakah Peguam Negara memberikan tafsiran ini kepada kabinet yang akhirnya menghasilkan keputusan melucutkan Tun M?

Keputusan Kabinet melucutkan Tun M dengan alasan yang tersebut menunjukan PEMIKIRAN OTAK SELUT pemimpin Umno Bn. Bukankah Tun M sendiri pernah meletakkan jawatan? Begitu juga Tun Abdullah melepaskan jawatan selepas diminta dan didesak oleh banyak pihak untuk beliau melepaskan jawatan PM kerana kelemahan dan kegagalan beliau mentadbir negara?

5. Kini, kepimpinan Najib lebih buruk daripada Pak Lah. Kerosakan kepada negara dan kehidupan rakyat dengan salah guna kuasa, rasuah, 1MDB, GST dan sebagainya telah sampai pada tahap yang kritikal. Keputusan Kabinet hanya atas asas "Demi Najib" dan terus mempertahankan kepentingan seseorang bukannya demi negara dan rakyat. Jika mereka berjuang atas dasar demi negara dan rakyat sewajarnya anggota kabinet bersama Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia sekaligus meminta Najib melepaskan jawatan PM. Menyingkir dan Meminta Najib melepaskan jawatan bukannya menggulingkan kerajaan. Deklarasi Rakyat tersebut bertujuan untuk memperbetulkan kerajaan dan mengembalikan Malaysia pada landasan yang sebenar.
Read More / Baca Lagi >>

Awasi kemunculan sekular generasi baharu

Posted: 15 Mar 2016 07:22 PM PDT

Oleh ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
SENARIO hari ini, gerakan Islam semakin mendapat tempat manakala gerakan sekular semakin dipandang jijik terutamanya oleh masyarakat muslim. Maka Barat melalui anak-anak muridnya mula menjenamakan semula ajaran sekular agar terus diterima oleh masyarakat muslim.

Bahkan proksi sekular di medan politik pun dilihat turut mengalami perubahan penstrukturan semula terutamanya sejak akhir-akhir 90-an dan menjelma meraih perhatian ramai di pertengahan millennium.

Antara tulisan popular kritikan Barat terhadap Islam adalah 'The Failure Of Political Islam' tulisan Olivier Roy. Buku tersebut sekaligus menjadi signal arahan polisi perubahan Islam tajaan Barat yang disambut oleh agen-agen mereka. Roy membidas golongan Islamis yang beliau labelkan sebagai neo-fundamentalis yang dilihat konsisten membawa agenda perlaksanaan undang-undang Islam.

Secara berterus terang Olivier Roy mengungkapkan tentang golongan Islamis yang diwujudkan untuk menentang golongan neo-fundamentalis. Islamis yang Barat maksudkan perlu mengamalkan Islamisasi bermodelkan Barat;

"Yang lain, mereka boleh berkompromi mereka kemodenan Barat. Membawa ulama menerima kemodenan di mana pada asalnya Islam menolaknya, termasuklah menerima konsep pemisahan agama dan politik, yang semestinya membawa kepada sekularisasi"

Kini ancaman umat Islam berhadapan dengan proksi-proksi Barat di kalangan umat Islam sendiri. Mereka menjalankan tugas Barat menentang agenda perlaksanaan Islam secara syumul. Pada masa yang sama mendabik dada kononnya menjadi pejuang kepada nilai-nilai baik Islam yang dakwa mereka mempunyai titik temu antara anutan-anutan lain. Akhirnya dinobatkan perjuangan nilai, ditinggalkan perjuangan perlaksanaan Islam.
 
SEKULAR YANG BAIK?

Pemuka Liberal Indonesia, Nurcholis Madjid telah memperkenalkan bid'ah kononnya ajaran sekular merupakan akar kepada ajaran Islam. Di dalam ucapannya pada 2 Januari 1970 yang bertajuk 'Keharusan Pembaharuan Pemikiran Islam dan Masalah Integrasi Umat', begitu juga dalam artikelnya yang lain bertajuk 'Sekali Lagi Tentang Sekularisasi', beliau telah memperkenalkan istilah 'sekularisasi' kepada masyarakat Islam Indonesia dengan mendakwa bahawa sekularisasi tidaklah dimaksudkan penerapan sekularisme.

Bahkan menurutnya proses sekularisasi itu merupakan proses Islami seperti tertuang dalam permulaan kalimah syahadah (La Ilaha..) itu sendiri. Beliau secara terang-terangan mengatakan bahawa;

"Agama Islam bila diteliti benar-benar dimulai dengan proses sekularisasi lebih dahulu. Justeru ajaran tauhid itu pangkal tolak proses sekularisasi besar-besaran." (Dr. Ugi Suharto, Pemikiran Islam Liberal, m/s 7-8)

Yang telah berlaku di Indonesia pada era 70-an, kini melanda Malaysia. Jika diamati kebelakangan ini, sudah ada ucapan-ucapan yang bersahaja mengatakan bahawa sekular merupakan ajaran yang baik bahkan ada kaitan dengan konsep syahadah.

NEO-MU'ATTILAH

Dalam menyentuh soal sekular generasi baharu, penulis suka melampirkan beberapa pendedahan dan ingatan dari Syeikh Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitab-kitabnya.

Walaupun beliau tidak menggunakan istilah 'sekular generasi baharu', penerangan beliau jelas menyingkap pemikiran bahaya yang semakin menular di kalangan umat Islam yang dibahasakannya sebagai golongan 'al-Mu'attilah al-Judud'.

"Mereka menyangka bahawa mereka berpegang dengan Maqasid al-Syariah dan ruh (nilai) agama. Sehingga melupakan nas al-Quran dan Hadis Sahih. Mereka mendakwa bahawa agama itu hanyalah pada nilai isinya bukan pada luarannya. Apabila kamu berhadapan dengan mereka berbekalkan nas-nas yang muhkamat, pasti mereka berdolak-dalih dan menyeleweng dari konteks sebenar. Mereka gemar berpegang dengan perkara mutasyabihat dan menolak perkara yang muhkamat. Mereka mendakwa diri mereka sebagai agen perubahan, realitinya mereka adalah agen pembaratan." (Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Siyasah a-Syar'iyyah, m/s 228)

Dalam tulisan yang lain, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mendedahkan asal usul mereka;

"Antara pemuka pemikiran ini adalah Muhammad Arkun yang berasal dari Algeria. Dia mengemukakan pemikiran yang kononnya fokus kepada maqasid syariah." (Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dirasah Fi Feqh Maqasid al-Syariah, m/s 87)
 Read More / Baca Lagi >>

PAS tubuh blok ketiga, peluang baru atau ancaman?

Posted: 15 Mar 2016 07:20 PM PDT

Oleh SYED AHMAD FADHLI
SEMENJAK diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PAS akan bekerjasama dengan parti lain dan NGO bagi membentuk blok ketiga parti di Malaysia ini, terdapat pelbagai maklum balas yang disuarakan oleh pihak BN mahupun PH.

Adakah Blok Ketiga ini hanya sekadar pengacau sahaja atau secara strategiknya ia mampu memberi ancaman yang menggugat sokongan terhadap BN mahupun PH.? Masih terlalu awal untuk membuat unjuran dan jangkaan tetapi berasaskan realiti semasa, ia tetap akan memberi impak kepada para pengundi menjelang PRU 14 nanti.

Sebagai contoh, di kerusi majoriti Melayu di kawasan luar bandar dan pinggir bandar, secara tradisinya di sinilah berlaku pertarungan antara Umno dan PAS berlangsung. Umum mengetahui, di kerusi sebeginilah juga akan menjadi sasaran impian PAN sebagai wakil PH untuk merampas kerusi tersebut daripada PAS.
Pengundi akan mempunyai tiga pilihan iaitu untuk terus menyokong Umno pimpinan PM Najib yang kian lemah itu atau mengalihkan sokongan mereka kepada PAS atau menyokong PAN yang merupakan wakil PH yang didominasi oleh DAP?

Bagaimana pula Blok Ketiga ini boleh memberi ancaman kepada BN dan PH pada PRU 14 nanti? Sekiranya PAS melalui Blok Ketiga berjaya meraih sokongan daripada pengundi Umno yang berpaling tadah dan pengundi atas pagar, PAS akan berjaya mengurangkan jumlah kerusi Umno menangi sekarang iaitu 88 kerusi. Hasilnya, Umno kian lemah dan tidak mampu untuk terus kekal dominan dalam BN bagi membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Pada masa sama, Pakatan Harapan yang mempunyai kerusi yang tidak kurang banyaknya juga akan menghadapi masalah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Hal ini kerana kerusi yang dimenangi oleh PH kebiasaannya di bandar dan campuran kaum yang akan diwakili oleh Ahli Parlimen bukan Islam dan bukan Melayu. Bagaimana mungkin PH mahu mentadbir Malaysia dalam keadaan Kerajaan Pusat yang didominasi oleh Ahli Parlimen bukan Islam?

Tuan Guru Presiden PAS sudah berulang kali menyebut berkenaan peri-pentingnya kita memahami realiti politik Malaysia iaitu orang Melayu-Islam adalah teras penentu arus sokongan parti yang memerintah Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Blok ketiga: Pas perlu muktamar khas

Posted: 15 Mar 2016 07:15 PM PDT

KOTA BHARU - Pas perlu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan peranan Pas dalam blok ketiga supaya perpecahan seperti tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah) hingga melemahkan Pas pada ketika ini, tidak berlaku lagi.
Pemangku Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, pengumuman yang dibuat mengenai kerjasama blok ketiga tersebut telah mengejutkan banyak pihak.
Pas "Sejurus itu juga beberapa parti  membuat penafian akan penglibatan mereka dengan blok ini. Malah, pengumuman itu pastinya juga menyebabkan ahli di akar umbi terpinga-pinga.
"Selepas terkuburnya Pakatan Rakyat pada Muktamar Pas Pusat yang terakhir di Kuala Selangor, bila pula kita mahu bincangkan secara serius akan penubuhan blok pembangkang yang baharu ini? Bukankah menjadi kebiasaan kepada Pas untuk mengadakan muktamar khas bila mana satu keputusan besar ingin dibuat?" katanya.
Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat kuasa dalam sebarang keputusan dan pertimbangan berdasarkan Fasal 26 (9) Perlembagaan Pas, perbincangan juga perlu diadakan,
"Fasal itu memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat ''embuat pertimbangan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan Pas dan membuat keputusan mengenainya setelah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama.'' Namun begitu, perlulah diambil kira bahawa Muktamar Pas Pusat adalah kuasa tertinggi dalam parti Islam ini sejajar dengan perlembagaannya," katanya.
Katanya, Pas  perlu mengambil iktibar pengalaman tahaluf sebelum ini dalam membuat sebarang keputusan.
"Mungkin banyak pertimbangan telah dibuat dan memerlukan keputusan yang cepat sejajar dengan cepatnya perkembangan politik tanah air sehari dua ini, namun pengalaman daripada tahaluf dan usaha sama lepas hingga berlaku perpecahan dalaman perlu dijadikan pedoman.
"Dan tentunya yang paling banyak menyimpan kenangan pahit manisnya adalah ahli-ahli di akar umbi," katanya.

SELAMA 51 TAHUN BN BUAT APA ?? SONGLAP KA !!!

Posted: 15 Mar 2016 05:46 PM PDT

Biar Fakta Berbicara...

KENAPA masa tempoh 51 tahun BN memerintah P.Pinang hanya mampu simpan rizab negeri sbyk RM373.6 juta berbanding DAP memerintah dgn hanya 7 tahun shj dah boleh kumpul simpan rizab negeri sbyk RM507.2 juta ???

TETAPI DAP juga yg disalahkannya...

Carta Graf Menunjukkan Hutang Kerajaan Negeri Kepada Kerajaan Persekutuan Berjumlah RM16.82 Bilion.

Posted: 15 Mar 2016 05:44 PM PDT


KENAPA MEREKA SANGGUP BOHONG SATU DUNIA !!!

Posted: 15 Mar 2016 05:43 PM PDT

KENAPA TV3 & RTM tak berani nak siarkan keadaan sebenar semasa wartawan Australia yg cuba menemubual Najib Razak..??

ADA TAK wartawan itu merempuh kawalan keselamatan Najib sebagaimana yg didakwa oleh Ketua Polis Negara !!!

ANDA KENAL BUKAN peranan TV3 & RTM pada UMNO/BN & kuncu2nya..

Kalau didedahkan pasti satu Malaysia tahu pembohongan mereka itu...

Rakyat Bukan Bodoh Macam Umno...!!!

Posted: 15 Mar 2016 05:40 PM PDT

Beratus-ratus orang mengeliling PM tu ada juga polis, logik kah takut PM diculik oleh seorang 'reporter' yang hanya bawa mikrofon BUKANNYA PISTOL nak tanya soalan ? Jangan cuba perbodohkan rakyat !!

'Sampai satu tahap kita tak boleh bertoleransi lagi' - Mukhriz

Posted: 15 Mar 2016 05:36 PM PDT

Mukhriz Mahathir PUCHONG - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sampai satu tahap dirinya tidak boleh bertoleransi dengan pihak atasan lagi.
‎Oleh sebab itu katanya, beliau memberanikan diri untuk menandatangani Deklarasi Rakyat bertujuan untuk menyelamatkan negara.
"Skandal yang berlaku ke atas negara kini mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan kita kerana yang terima bahananya bukan kita sahaja tetapi sampai ke anak cucu kita.

"Hutang skandal RM42 bilion  bukan satu angka yang kecil hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) RM30 bilion sebahagian terpaksa pergi ke arah beban hutang GLC kerajaan,  duit yang  sepatutnya dibelanjakan ke arah yang lebih penting iaitu bina sekolah, bina lebuh raya tanpa tol tapi...
"Oleh itu, sampai satu tahap saya tidak boleh berteloransi dengan penyelewengan yang berlaku di peringkat atas. Apa yang kita lakukan adalah mahu menyelamatkan keadaan daripada terus rosak," katanya dalam program Sepetang Bersama Mukhriz di sini, hari ini.
‎Deklarasi Rakyat yang ditandatangani awal bulan ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan kerosakan kepada negara di bawah pentadbirannya.
Najib didakwa telah menyebabkan negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013.

Paul Low: Semua derma politik kena maklum kepada 'pengawal'

Posted: 15 Mar 2016 05:34 PM PDT

Paul Low Seng Kuan
KUALA LUMPUR -  Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) mencadangkan agar larangan dikenakan terhadap derma politik daripada pihak berkepentingan dari luar negara, kepada parti politik dan calon individu.
Dalam kenyataan semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, yang juga pengerusi jawatankuasa itu, berkata cadangan tersebut bertujuan melindungi politik tempatan dan kedaulatan negara daripada pengaruh asing.
Katanya, mana-mana individu atau perbadanan yang ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia, boleh menderma kepada parti politik dan ahli politik individu dengan syarat tertentu.
"Ini termasuk perbadanan berkenaan bukan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ia mestilah tidak mendapat manfaat daripada sebarang kontrak atau konsesi penting kerajaan," katanya.
‎Tambahnya lagi, semua derma yang diterima mestilah dimaklumkan kepada 'pengawal' dalam tempoh 14 hari dan perlu dihebahkan kepada orang ramai menurut cara yang ditetapkan Akta berkenaan.
Kata beliau sekiranya derma itu tidak dihebahkan, maka ia akan dianggap suatu suapan dan pemberi serta penerimanya hendaklah didakwa mengikut undang-undang anti rasuah negara ini.
"Penderma tanpa nama dibenarkan menderma tidak melebihi RM1,000. Ini secara khusus bertujuan memudahkan inisiatif 'crowdfunding' melalui Internet," katanya.
Beliau berkata cadangan tersebut adalah antara keputusan awal yang diambil pada mesyuarat ketiga jawatankuasa itu. - Bernama

Najib guna kejayaan ayah tarik sokongan warga Felda

Posted: 15 Mar 2016 05:33 PM PDT

Persatuan anak peneroka bersyukur pada Tun Razak, bukan pada Najib kerana mereka ibarat langit dan bumi
Mazlan Aliman
PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berasa kesal dengan sikap Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Razak menggunakan nama ayahnya, Tun Abdul Razak untuk menarik sokongan warga Felda.
Walhal hakikatnya, kepimpinan UMNO hari ini menghancurkan sumbangan dan kejayaan negarawan itu, kata Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman.
Malah, beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa AMANAH berkata kepimpinan Tun Abdul Razak dan Najib ibarat langit dan bumi.
"Memang betul zaman Tun Abdul Razak memberi tanah dan rumah menepati kehendak rakyat tidak dinafikan. Tetapi diingatkan kemelut berlaku terhadap Felda masa ini amat mengecewakan.
"Yang jahanamkan Felda adalah zaman dia (Najib). Pemimpin UMNO kini sedang menghancurkan Felda dan bagaimana warga Felda mahu membanggakan nama dia," kata Mazlan.
Beliau berkata demikian menjawab peringatan Najib bahawa UMNO yang menubuhkan dan membangunkan Felda, dan akan terus membela nasib warga Felda merentasi generasi sehingga 100 tahun atau lebih daripada itu.
Semasa berucap melancarkan Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) di ibu negara semalam, Najib mahu mengingatkan warga Felda kepada jasa ayahnya.
Read More / Baca Lagi >>

Usul minta Peguam Negara letak jawatan cabar prerogatif Agong - Hafarizam

Posted: 15 Mar 2016 05:30 PM PDT


Usul minta Peguam Negara letak jawatan cabar prerogatif Agong - Hafarizam
KUALA LUMPUR: Seorang peguam berkata cadangan Badan Peguam Malaysia meminta Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan sebagai Peguam Negara samalah seperti mencabar prerogatif diraja Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata Peguam Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan penyingkirannya juga atas perkenan baginda sekiranya baginda memutuskan Peguam Negara tidak layak atau tidak mampu menunaikan tugasnya.

Badan Peguam Malaysia akan membahaskan pada mesyuarat agung tahunannya Sabtu ini, satu usul meminta Mohamed Apandi mengundur diri sebagai Peguam Negara.

Usul itu juga meminta Peguam Cara Negara melaksanakan peranan sebagai Pendakwa Raya dalam kes-kes di mana Badan Peguam Malaysia berpendapat Peguam Negara tidak lagi layak untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya.

"Apa jua perbincangan akan diertikan sebagai mencabar prerogatif diraja Yang di-Pertuan Agong," kata Mohd Hafarizam ketika dihubungi pada Selasa, untuk mendapatkan komen beliau tentang usul itu.

Beliau berkata usul untuk mencela dan menuntut peletakan jawatan Mohamed Apandi tidak pernah berlaku sebelum ini, serta tidak perlu kerana Peguam Negara tidak terlibat dengan salah laku sebagai Pendakwa Raya atau melakukan sebarang salah laku besar berkaitan tugas berkanunnya.
Read More / Baca Lagi >>

MP Amanah Kota Raja Bahas Titah DiRaja 2016

Posted: 15 Mar 2016 05:26 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:06 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BLOK KETIGA PAS PENYAMBUNG HAYAT NAJIB?

Posted: 15 Mar 2016 05:40 PM PDT

ARTIKEL SHAHBUDIN SEMALAM.




Esok 16 Mac, Pas dijangka mengumumkan penubuhan blok baharu pembangkang bersama  satu parti pelbagai kaum dan juga sebuah NGO yang kedua-duanya belum lagi dikenalpasti.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, blok itu akan menjadi kuasa ketiga yang diharapkan setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Ia adalah gabungan pembangkang. Kami adalah kuasa ketiga, ujar beliau minggu lalu.

Walaupun belum dikenalpasti siapa yang akan terlibat, sumber-sumber memberitahu, kemungkinan parti yang akan bekerjasama dengan Pas itu ialah Ikatan, sebuah parti yang dipimpin oleh bekas menteri, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Namun, apakah makna kuasa ketiga yang mahu dikejar Pas itu?

Dengan hanya dianggotai satu parti lain dan sebuah NGO, apa pula kekuatannya?
Dalam mana-mana politik dunia, yang terbaik selalu kita dengar ialah sistem dua parti yang boleh bertukar ganti iaitu satu pihak menjadi pemerintah dan satu pihak lagi menjadi pembangkang. 

Lebih baik lagi jika pemerintah dan pembangkang itu sama-sama kuat, fleksibel dan seimbang yang akhirnya menjadikan kedua-dua parti berebut-rebut menawarkan perkhidmatan dan program yang terbaik untuk rakyat.

Mana-mana parti yang diberi peluang untuk berkuasa, mereka sentiasa bersedia untuk dipintas oleh pesaingnya dalam satu persaingan yang akhirnya akan menguntungkan rakyat.

Dengan ini,  parti yang berkuasa akan cuba sedaya upaya mempertahankan kuasanya melalui khidmat dan program yang dapat memberi kepuasan maksimum kepada rakyat. 

Yang gagal akan memperbaiki kelemahan dan kesalahan mereka agar di lain-lain masa dapat diterima semula. Yang pernah berkuasa tetapi kemudian ditewaskan pula akan dapat belajar erti kelemahan dan cuba memperbaikinya.

Dalam sesebuah negara, tidak ada peranan ketiga yang boleh ditawarkan oleh mana-mana parti. Yang ada sama ada menjadi pemerintah atau pembangkang saja. 

Blok ketiga selalunya menjadi picisan, kacau daun atau untuk mengambil kesempatan semata-mata. Blok ketiga bukan sebuah perjuangan sebenarnya.

Oleh itu, hasrat Pas menubuhkan blok ketiga ini agak menghairankan dan menimbulkan lebih kekeliruan.

Jika Pas berhasrat mahukan perubahan dalam sistem dan institusi pentadbiran negara yang dilihat tidak betul dalam kerajaan sekarang, pilihan mereka seharusnya ialah bersama-sama dengan blok pembangkang sedia ada.

Dengan itu, jika menang dan berjaya mengambil alih kuasa, Pas dapat sama-sama menyumbang apa yang diperjuangkan itu.

Kiranya bersetuju dan ingin "cium mulut"  dengan kerajaan sedia ada, Pas tidak harus malu-malu untuk mengaku dan berterus-terang untuk menyertai parti pemerintah.

Oleh kerana BN dan PH boleh dikata hampir seimbang kekuatannya, kewujudan blok ketiga Pas ini tidak ternampak ada kebaikannya dari segi mewujudkan perubahan, melainkan memberi kelebihan untuk kekalnya kerajaan sedia ada untuk terus berkuasa atau melompat kepada sesiapa yang menang selepas pilihanraya.

Walaupun Pas turut mengatakan mereka adalah juga pembangkang yang bukan saja ingin menumbangkan Najib, malah mahu merubah sistem dalam negara, tetapi perbuatan menubuhkan blok baharu ini seratus peratus bertentangan dengan matlamat tersebut.
Dengan pembangkang lagi berpecah, maka pemerintahlah yang dapat untungnya.

Mungkinkah ini yang menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pantas menyambut baik penubuhan blok ketiga itu sebagai suatu kematangan dan mewarnai lagi dunia politik negara? (SH 15/03/2016).

PKR DAKWA DEWAN MALAYSIA DI AUSTRALIA DIBELI 58% LEBIH MAHAL

Posted: 15 Mar 2016 04:05 PM PDT

SETIAUSAHA AGUNG AKUI PERKASA ADA DUA KEM

Posted: 15 Mar 2016 04:02 PM PDT

HUSAM PENGGANTI ANWAR PALING BERWIBAWA?

Posted: 15 Mar 2016 03:59 PM PDT

HIMPUNAN MUAFAKAT MALAYSIA BERMULA 23 MAC – MAT SABU

Posted: 15 Mar 2016 03:44 PM PDT

Jelajah Selamatkan Malaysia bermula 23 Mac, himpunan Mansuh GST 2 April

Posted: 15 Mar 2016 03:40 PM PDT


SUFI0876
KUALA LUMPUR, 15 MAC:  Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir memeriahkan pesta demokrasi dalam beberapa siri Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia di seluruh negara mulai 23 Mac ini, dan perhimpunan aman mega Mansuh GST bertemakan 'Undur Najib, Mansuh GST' bertempat di Dataran Merdeka di sini pada 2 April ini.
Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia dan Perhimpunan Aman Mansuh GST ini menggariskan tiga tuntutan utama Pakatan Harapan:
  • Reformasi menyeluruh ke atas sistem dan institusi negara untuk memastikan kebebasan, keadilan dan keluruhan undang-undang;
  • Pembebasan segera Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan
  • Peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia, Mohamad Sabu  berkata, siri jelajah himpunan yang pertama akan diadakan pada 23 Mac ini bermula jam 8 malam di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah, Selangor.
"Sekretariat Muafakat Selamatkan Malaysia telah pun memanjangkan jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal untuk turut serta dalam himpunan muafakat pada 23 Mac dan sedang menunggu maklumbalas mereka.
"Himpunan kedua pula akan dianjurkan di Gelang Patah, Johor pada 16 April 2016 dan seterusnya ke Kedah pada 7 Mei 2016," umum beliau dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Mohamad yang juga Presiden Amanah berkata, bagi perhimpunan aman Mansuh GST yang akan diadakan di Dataran Merdeka, pihak penganjur memperkenalkan logo, kemeja-T dan iklan media sosial sebagai promosi menjelang himpunan tersebut.
"Pelbagai acara untuk menghebahkan demonstrasi ini telah disusun oleh sayap-sayap pemuda Pakatan Harapan dan NGO selain dari siri-siri ceramah," ujar beliau.
Beliau menambah, satu ceramah besar juga akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada 31 Mac yang melibatkan semua pimpinan Pakatan.
"Saya yakin, pengisian-pengisian sebegini akan membina gelombang rakyat yang meningkatkan tekanan kepada Perdana Menteri Najib Razak meletak jawatan," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa semua himpunan yang dirancang adalah terbuka untuk semua rakyat Malaysia, dan tidak sama dengan satu acara tertutup yang dianjurkan oleh Datuk Zaid Ibrahim pada 27 Mac depan kerana majlis tersebut hanya terhad kepada kepada jemputan.
Turut hadir dalam sidang akhbar di Parlimen itu adalah Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke; Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah; dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. – Roketkini.com

Kembalikan kuasa Mahkamah Persekutuan sebagai pemutus muktamad isu undang-undang

Posted: 15 Mar 2016 03:37 PM PDT



Persoalan Perlembagaan
Tuan yang dipertua,
Sepertimana yang kita sedia maklum, Perlembagaan Persekutuan merupakan sebuah perjanjian keramat yang memaktubkan hak dan kebebasan asasi setiap rakyat Malaysia. Kanun tertinggi negara kita ini ibarat payung yang melindungi setiap warganegara dengan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang dinafikan keadilan dan kesaksamaan di sisi undang-undang.
Pun begitu, adalah amat mendukacitakan sekali apabila terdapat rakyat Malaysia yang tidak terbela oleh sistem perundangan negara kita, sepertimana yang sering berlaku dalam isu hak penjagaan anak antara Muslim dan bukan Muslim.
Terkini, kes-kes S. Deepa dan Indira Gandhi Mutho telah menarik perhatian negara. Pada hemat saya, kedua-dua kes ini bukan sahaja semata-mata berkenaan dengan penafian hak ibu ke atas anak, atau persoalan penukaran agama secara unilateral, atau salah guna sistem (abuse of the system) oleh bapa yang memeluk Islam untuk mendapatkan hak penjagaan. Lebih penting lagi, kes seumpama ini turut menimbulkan persoalan besar mengenai Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa kehakiman dan hak rakyat Malaysia untuk mendapat remedi daripada mahkamah.
Sebagaimana yang kita maklum, dua kes berasingan ini melibatkan dua orang ibu beragama Hindu yang dipisahkan daripada anak-anak kecil mereka setelah bekas suami memeluk Islam dan menukar agama anak-anak kepada Islam tanpa persetujuan dan pengetahuan ibu. Kemudian, si bapa bertindak mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan.
Saya pasti, jika kita mengenepikan sentimen dan emosi kita buat sejenak dan kembali kepada pemikiran rasional, sudah tentu kita akan melihat tindakan sebegini sebagai ketidakadilan dan penyalahgunaan sistem.
Walaupun Seksyen 88(3) Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 mengandungi anggapan (presumption) bahawa adalah lebih afdal bagi seseorang kanak-kanak bawah tujuh tahun untuk dijaga oleh ibunya (apatah lagi apabila anak berkenaan itu kecil dan masih menyusu, seperti dalam kes Indira Gandhi), namun peruntukan ini berjaya dipintas apabila si bapa bertindak melalui Mahkamah Syariah dan bukan mahkamah sivil.
Jadi, oleh kerana Perlembagaan Persekutuan menentukan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa ke atas Muslim, maka si ibu bukan Muslim tidak mempunyai locus standi dan tidak mempunyai hak untuk mencabar perintah Mahkamah Syariah yang memberi hak penjagaan kepada bapa, di samping penukaran agama anak secara unilateral. Justeru, dengan begitu mudah sahaja, seorang ibu kehilangan anaknya.
Demikianlah yang terjadi dalam kedua-dua kes ini. Akibat tiada pilihan lain, si ibu terpaksa ke Mahkamah Tinggi untuk mendapat perintah hak penjagaan (custody order). Namun begitu, setelah berjaya di Mahkamah Tinggi, perintah tersebut langsung tidak dihiraukan oleh pihak polis atas alasan bahawa terdapat perintah berlainan daripada Mahkamah Syariah. Malah, perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk memaksa Ketua Polis Negara untuk melaksanakan waran penangkapan serta perintah mendapatkan kembali (recovery order) terhadap bekas suami juga diabaikan.
Sudah tentu, saya tidak menyalahkan pihak polis dalam hal ini. Mereka pastinya keliru berkenaan perintah mahkamah manakah yang harus mereka patuhi – mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah. Kekalutan ini menjadi dilema besar yang mempunyai kesan mendalam terhadap sistem kehakiman dan keadilan negara kita.
Bagi kes Indira Gandhi, Mahkamah Rayuan kemudiannya telah menterbalikkan perintah-perintah Mahkamah Tinggi dengan memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengkaji semula keputusan pentadbiran di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, yakni dalam kes ini, penukaran agama kepada Islam. Kini, kes yang sudah berlarutan selama tujuh tahun ini masih tidak selesai dan sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Namun, isu yang paling kritikal sekali adalah keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan bahawa hakikat Indira Gandhi itu bukan Muslim dan tidak boleh mendapat remedi dalam Mahkamah Syariah, tidak bermaksud bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk memberi remedi kepadanya. Keputusan sedemikian sudah tentu bertentangan dengan prinsip ubi jus ibi remedium (setiap hak berhak mendapat remedi – where there is a right there is a remedy). Sebagai warganegara Malaysia, Indira Gandhi mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendapat remedi daripada sistem kehakiman. Namun, dalam kes ini, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa beliau tidak mempunyai remedi di mana-mana mahkamah! Ini adalah suatu keadaan yang langsung tidak masuk akal. Bagaimanakah mungkin seseorang warganegara boleh dinafikan hak secara sewenang-wenangnya?
Dalam kes S. Deepa pula, jalan ceritanya agak sama, cuma kes telah sampai kepada Mahkamah Persekutuan yang memutuskan untuk memisahkan hak penjagaan, di mana anak lelaki diberikan kepada bapa Muslim dan anak perempuan kepada ibu Hindu.
Pada masa yang sama, Mahkamah Persekutuan juga memutuskan bahawa masalah hak penjagaan atau perceraian perkahwinan sivil hanya boleh dikendalikan oleh mahkamah sivil dan bukan syariah, kecuali kedua-dua suami dan isteri itu Muslim. Sekurang-kurangnya hal ini telah dijelaskan. Namun begitu, Mahkamah Persekutuan tidak menjelaskan sama ada mahkamah sivil atau syariah yang mempunyai kuasa untuk menentukan status keagamaan anak yang ditukar agama secara unilateral kepada Islam.

Dilema sistem kehakiman
Tuan yang dipertua,
Daripada kes-kes yang dinyatakan tadi, jelas terdapat beberapa persoalan besar yang belum diselesaikan. Pertama, bagaimana untuk menangani penukaran agama kanak-kanak bawah umur secara unilateral. Kedua, perintah mahkamah manakah yang sepatutnya dituruti oleh pihak penguatkuasa apabila terdapat perintah bercanggah daripada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah. Ketiga, di manakah hak remedi seorang bukan Muslim dalam kes yang membabitkan Mahkamah Syariah. Akhir sekali, dan saya kira paling pokok sekali, bagaimana untuk menyelesaikan masalah bidang kuasa mahkamah yang timbul ini.
Kekusutan yang melingkari persoalan-persoalan ini memerlukan penyelesaian tuntas yang tidak boleh lari daripada akar kepada permasalahan ini sendiri, iaitu bidang kuasa mahkamah yang tidak jelas. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku jika kita memegang kepada semangat asal Perlembagaan.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara kita, terdapat pemisahan kuasa yang jelas dalam tiga badan utama. Setiap badan mempunyai kuasa mutlak (plenary authority) ke atas bidang kuasa masing-masing, yakni kuasa eksekutif Persekutuan di bawah Yang di-Pertuan Agong, kuasa legislatif Persekutuan di bawah Parlimen, dan kuasa kehakiman Persekutuan di bawah "dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya," iaitu satu di Malaya dan satu di Borneo, serta "mana-mana mahkamah bawahan yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan."
Namun, dalam pindaan Perlembagaan pada tahun 1988, berikutan krisis kehakiman yang dicetuskan oleh penyingkiran Ketua Hakim Negara dan beberapa Hakim Mahkamah Agung, kuasa mutlak kehakiman Persekutuan telah dilucutkan daripada mahkamah. Setelah dipinda, Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan kini menyebut bahawa mahkamah hanya mempunyai "apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan."
Dalam erti kata lain, sebelum pindaan, kuasa mutlak kehakiman Persekutuan terletak di bawah Mahkamah. Kini, kuasa mahkamah terletak di bawah atau diperolehi daripada undang-undang Persekutuan. Ini bukan sahaja merampas kuasa badan kehakiman tetapi juga merosakkan taraf salah sebuah badan utama Perlembagaan yang sepatutnya berkuasa mutlak ke atas bidang kuasanya.
Sekali dengan pindaan ini, maka Perkara 121(1A) telah ditambah bagi memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi "tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah." Hal ini lantas mewujudkan dua sistem keadilan yang selari (parallel systems of justice) di Malaysia, di mana Mahkamah Syariah kini beroperasi secara selari dengan mahkamah sivil.
Sistem selari ini menimbulkan pelbagai masalah, khususnya dalam kes seperti yang dinyatakan di atas, apabila melibatkan bukan Muslim dalam kes syariah. Persoalan yang timbul adalah, bagaimana untuk memastikan hak keadilan dan pembelaan saksama?
Jika kita kembali kepada Perlembagaan, Perkara 75 menyatakan bahawa undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang Negeri, manakala Perkara 4 menyatakan Perlembagaan Persekutuan mengatasi semua undang-undang lain. Hal ini jelas dan tidak dipertikaikan. Namun dalam kes Indira Gandhi, umpamanya, kelihatannya tiada undang-undang yang dapat membela ibu malang ini – Mahkamah Syariah tidak boleh, mahkamah sivil juga tidak boleh. Oleh yang demikian, ke manakah harus si ibu ini tujukan nasibnya?
Inilah persoalan besar yang timbul ekoran pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat pada tahun 1988, iaitu masalah akibat kewujudan dua sistem keadilan yang selari. Persoalannya – siapa menjadi pemutus muktamad (final arbiter) dalam segala isu pertikaian undang-undang, termasuk dalam kes di mana bidang kuasanya tidak jelas?
Di bawah Perkara 128(1) dan (2) Perlembagaan, Mahkamah Persekutuan merupakan kuasa kehakiman tertinggi dan seharusnya menjadi pemutus muktamad dalam "apa-apa soal sama ada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan sesuatu Negeri adalah tidak sah" berdasarkan kepada bidang kuasanya, pertikaian antara Negeri dengan Negeri atau antara Negeri dengan Persekutuan, serta dalam memutuskan soal yang berkaitan dengan Perlembagaan apabila dirujuk kepadanya oleh mana-mana mahkamah lain.
Pada masa yang sama, jika Perkara 121(1A) diteliti, pengasingan bidang kuasa Mahkamah Syariah itu jelas hanya tertakluk kepada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah bawahan, dan tidak kepada Mahkamah Rayuan dan Persekutuan. Maka, sepatutnya, tidak timbul isu di mana mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes-kes seperti di atas, dan bukan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Indira Gandhi.
Namun begitu, masalah bidang kuasa yang tidak jelas ini timbul akibat peruntukan di bawah Seksyen 81 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang menyatakan bahawa bidang kuasa asal Mahkamah Persekutuan yang termaktub dalam Perkara 128(1) dan (2) Perlembagaan "hendaklah mempunyai bidang kuasa yang sama dan boleh menjalankan kuasa yang sama seperti yang dipunyai dan boleh dijalankan oleh Mahkamah Tinggi."
Ini sekaligus mengehadkan kuasa Mahkamah Persekutuan! Sepatutnya, sepertimana kita tahu, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan mengatasi undang-undang Persekutuan. Maksudnya, Perkara 128 Perlembagaan sepatutnya mengatasi Seksyen 81 Akta Mahkamah Kehakiman. Tetapi, oleh kerana pindaan pada tahun 1988, kuasa mahkamah kini terhad kepada "apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan." Dalam erti kata lain, oleh kerana kuasa mahkamah kini dihadkan kepada apa yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan, maka Seksyen 81 Akta Mahkamah Kehakiman kini mengekang Mahkamah Persekutuan daripada fungsi dan bidang kuasa sebenarnya.

Kembalikan status Mahkamah Persekutuan
Tuan yang dipertua,
Pindaan semberono yang dibuat pada tahun 1988 telah meninggalkan warisan yang buruk kepada negara kita dan mencetuskan krisis Perlembagaan dan penafian hak dan kebebasan asasi rakyat seperti yang berlaku dlm kes-kes S. Deepa dan Indira Gandhi.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Mahkamah Persekutuan dikembalikan tarafnya sebagai pemutus muktamad dalam segala isu undang-undang, yakni sebagai Mahkamah Perlembagaan. Malah, ini boleh dibuat dengan mudah tanpa pindaan Perlembagaan atau apa-apa perubahan kepada Perkara 121.
Penyelesaian kepada masalah ini boleh dicapai melalui pindaan kepada Akta Mahkamah Kehakiman dalam dua perkara. Pertamanya, pendefinisian bidang kuasa Mahkamah Persekutuan harus menyatakan dengan jelas bahawa Mahkamah Persekutuan tidak dihadkan kepada bidang kuasa yang sama dengan Mahkamah Tinggi.
Kedua, satu prosedur harus diperkenalkan bagi membenarkan pengemukaan petisyen secara langsung kepada Mahkamah Persekutuan dalam hal-hal yang melibatkan hak dan kebebasan asasi, termasuk dalam kes-kes yang melibatkan Perkara 121(1A) di mana Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa.
Prosedur ini boleh mengikut tatacara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan India, iaitu model rujukan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, di mana Perkara 32 Perlembagaan India memberi hak untuk mengemukakan petisyen secara langsung kepada Mahkamah Agung bagi menguatkuasakan hak dan kebebasan asasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Tambahan pula, Mahkamah Agung diberi kuasa untuk mengeluarkan perintah termasuk writ habeas corpus, mandamus, prohibition, quo warranto and certiorari, atau apa-apa yang sesuai, bagi penguatkuasaan hak tersebut.
Pindaan sedemikian boleh dengan mudah ditambah kepada Akta Mahkamah Kehakiman, sekaligus menyelesaikan kemelut kehakiman yang sedia ada. Dengan pindaan ini, masa tidak perlu dibazir, seperti dalam kes Indira Gandhi, di mana selepas menderita tujuh tahun, kes beliau masih belum sampai ke Mahkamah Persekutuan. Jika sudah jelas bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa ke atas isu yang melibatkan Perkara 121(1A), maka mengapakah beliau terpaksa melalui segala prosedur yang tidak mendatangkan hasil? Tidakkah lebih baik diwujudkan mekanisme untuk mendapat remedi secara langsung daripada Mahkamah Persekutuan?
Lebih penting lagi, pindaan sedemikian juga akan mengembalikan status Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah Perlembagaan yang dapat mempertahankan hak semua rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan memastikan tidak ada lagi warganegara yang tidak terbela.
Sekian, terima kasih.

Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera. Ini adalah ucapan beliau dalam perbahasan usul Junjung Kasih Titah Diraja 2016 di Parlimen baru-baru ini.