Followers

Nuffnang

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:38 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KU NAN SEORANG PEJUANG...KAHKAHKAH

Posted: 13 Mar 2016 04:23 PM PDT


Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menjelaskan, beliau adalah keturunan Tengku dari Acheh yang didakwanya merupakan pejuang agama dan bangsa.

"Lihat sejarah Acheh di mana Tengku Nyah Abu pergi dan inilah cucu dia, pejuang Islam dan pejuang yang mempertahankan tanahair.

"Datuk dan nenek saya tidak pernah tunduk kepada Belanda. Sebab itulah saya kuat, darah itulah yang mengalir," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu lagi.

Dengan menggambarkan demikian, tidak lain Ku Nan bermaksud untuk memberitahu bahawa beliau juga seorang pejuang sebenarnya, sama seperti nenek moyangnya dahulu.

Tetapi berdasarkan rekod Ku Nan selama ini, beliau hanya dikenali sebagai pembodek kepada pemimpin yang berkuasa semata-mata. 

Datuk dan neneknya tidak pernah tunduk kepada Belanda, tetapi beliau sepanjang masa hanya membiarkan dirinya tunduk kepada pemimpin yang ada kuasa sahaja.

Mereka yang berada dalam UMNO tentunya lebih mengetahui perkara ini.

Zaman Tun Mahathir, beliau bodek Tun Mahathir. Zaman Anwar Ibrahim, beliau bodek Anwar Ibrahim. Zaman Tun Abdulah Ahmad Badawi, beliau bodek Tun Abdullah Badawi dan zaman Najib, lagi kuat bodek Najib.

Jika selepas ini, Zahid Hamidi naik, Zahid Hamidi pula dibodeknya.

Maka, di mana yang dikatakan beliau  itu seorang pejuang?

Sebelumnya, Ku Nan lebih dikenali sebagai ahli perniagaan bersama seorang taikun Cina yang terkenal sebelum dilantik menjadi Setiausaha Kerja UMNO, Setiausaha Agung UMNO dan kemudian sebagai menteri.

Dan bila masa beliau pernah dikenali sebagai pejuang yang berani dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa?

Pembodek yang berani mungkin ya, tetapi adakah membodek itu suatu perjuangan? 

Apakah juga membodek pemimpin yang ada kuasa suatu perbuatan yang mendatangkan apa-apa manfaat untuk agama dan bangsa atau hanya untuk dirinya saja? (SH 13/03/2016).

Selamatkan Malaysia: Berbuat sesuatu lebih baik daripada tidak buat apa-apa

Posted: 13 Mar 2016 04:17 PM PDT


komentar rkini
Hari yang indah, keliru dan pilu.
Hari ini 8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia. Hari ini juga genap dua tahun hilangnya pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal, dan ia masih menjadi satu misteri besar di abad ini.
Di sebalik kesedihan itu, masih ada ruang untuk menepuk dada tanda sedikit lega. Kerana hari ini juga hari ulang tahun tsunami politik 2008 dalam Pilihan Raya Umum ke-12 di mana pengundi Malaysia membuat kejutan dengan menyingkirkan Barisan Nasional dari lima negeri, dan menafikan majoriti dua pertiga Parlimen.
Era Pakatan 2008 – 2013 (selain rampasan kuasa oleh BN di Perak) menonjolkan kemampuan kerajaan negeri "pembangkang" di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak (sehingga awal 2009) untuk membangunkan negeri.
Malah, di beberapa negeri Pakatan Rakyat, ia lebih baik daripada kebanyakan negeri tadbiran BN. Buktinya bukan angkat bakul Pakatan tetapi bersumber daripada laporan Ketua Audit Negara sepanjang tempoh berkenaan.
Namun, kejayaan pentadbiran pasca-PRU12 gagal dipertahankan oleh watak-watak utama politik apabila mereka mula bertikam lidah selepas PRU 2013. Walaupun BN juga mengalami krisis dalaman, media yang dikuasai BN seperti TV, radio dan akhbar hanya menyebarkan dakyah tentang kelemahan Pakatan tetapi menutup kemelut UMNO-BN.
Dengan itu, Pakatan Rakyat mati tak berkubur (walau serpihannya masih wujud di Selangor dalam keadaan yang unik) pada 2015. Maka hidup pula gabungan baru atas nama Pakatan Harapan.
Ini meresahkan jutaan akar umbi pembangkang yang sedar bahawa sementara pimpinan mereka bertelagah, BN semakin teruk dilanda skandal kewangan, semakin kuku besi menutup ruang kebebasan, semakin mempermainkan agama dan kaum untuk mempertahankan kuasa mereka.
Dalam kegelisahan itu, ada sesuatu yang tidak disangka pula berlaku.
Kebobrokan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak seolah-olah menjadi pencetus kepada perpaduan pembangkang seperti Lim Kit Siang (DAP), Azmin Ali (PKR), Mohamad Sabu (Amanah) dan Mustafa Ali (PAS) serta disokong Datuk Seri Anwar Ibrahim; malah, membawa bersama suara NGO, aktivis, pemimpin politik BN dan rakyat keseluruhannya.
Ini kerana Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin UMNO yang dimangsakan parti sendiri seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Paduka Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal sudi bersama pembangkang untuk memulakan usaha menyingkirkan Najib secara sah.
Lebih dari itu, aktivis seperti Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais dan ramai lagi sudi bersama orang-orang UMNO itu untuk membuka lembaran baru untuk Malaysia.
Bayangkan musuh politik boleh duduk bersama pada 4 Mac lalu untuk menandatangani Deklarasi Rakyat atau Citizens Declaration yang mempunyai empat matlamat asas:
1. Menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan;
2. Menyingkirkan semua mereka yang bersekongkol dengannya;
*3. Memansuhkan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih; dan
4. Memulihkan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC).
Ini sekadar langkah permulaan. Tiada siapa tahu bagaimana akhirnya nanti. Sudah tentu ada yang suka, ada yang benci, dan ramai pula yang mengakui terpaksa menerima hakikat ini walau hati berat dengannya.
Seperti kata Kit Siang: "Ia sesuatu yang patut dicuba. Belum tahu gagal atau tidak. Lebih baik kita cuba daripada tidak buat apa-apa."
Sudah tentu pelbagai fitnah dan pembohongan akan terus dilemparkan. Cuma kali ini, mungkin penyebar fitnah menghadapi "sedikit" masalah kerana Deklarasi Rakyat bukan milik Pakatan Harapan atau Pakatan Rakyat atau mana-mana parti.
Deklarasi Rakyat milik semua yang mahukan perubahan, dan ini termasuk tokoh besar UMNO/Melayu seperti Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Memang deklarasi itu tidak sempurna. Ia bukan kendi ajaib yang boleh menurunkan Najib esok atau minggu depan. Ia bukan boleh menamatkan penguasaan BN serta-merta. Ia penyambung perjalanan yang telah dimulakan sejak lama dulu.
Namun, ia adalah satu langkah baru untuk membawa Malaysia ke arah demokrasi yang sebenar, peluang ekonomi yang lebih adil, ruang pendidikan yang lebih terbuka, dan mungkin juga muhibbah yang selama ini dipencilkan atas nama kaum dan agama.
Walaupun tidak sempurna, rasanya ia lebih baik daripada sekadar syok sendiri menyalahkan orang lain yang mahu mencuba membawa perubahan, walau sekecil mana usaha itu. – Roketkini.com

Kit Siang: Dengan Najib pun saya sudi bekerjasama, dengan syarat…

Posted: 13 Mar 2016 04:06 PM PDT






a570


PADANG BESAR, 13 MAC: Lim Kit Siang bukan saja sanggup bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah sudi bersama Datuk Seri Najib Razak, demi menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, beliau sanggup bekerjasama jika Perdana Menteri sanggup mengakui telah salah tadbir negara, dan menerima hakikat Malaysia perlu diselamatkan melalui reformasi demokrasi dan institusi.
Menurutnya, jika Najib setuju dengan kempen "Selamatkan Malaysia", beliau perlu melaksanakan lima perkara secepat mungkin:
  1. Bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kembalikan semua hak asasi dan politik beliau, seperti mana yang diperolehi Nelson Mandela selepas dibebaskan dari penjara, untuk membolehkan beliau menyertai proses reformasi demokrasi dan institusi.
  2. Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang bebas dan berwibawa bagi menyiasat skandal RM55 bilion 1MDB dan "derma" RM2.6 bilion yang melibatkan Najib, dengan memanggil semua yang terlibat termasuk Najib sendiri serta mereka yang terlibat dalam Pasukan Petugas yang asal, iaitu bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamad; dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali; selain itu, semua penderma RM2.6 bilion (di mana angkanya sudah meningkat RM4.2 bilion mengikut laporan media) dan watak-watak utama 1MDB serta personaliti pihak kerajaan, hartawan Jho Low, perlu dipanggil juga untuk siasatan.
  3. Lepaskan jawatan Perdana Menteri buat seketika untuk bercuti bagi membolehkan RCI menyiasat skandal mega berkembar Najib tanpa perlu ditekan atau dipengaruhi kuasa Perdana Menteri.
  4. Hentikan trend ke arah pemerintahan kuku besi, dengan menarik balik semua usul perundangan zalim, termasuk pindaan Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan; menarik balik Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara; dan menarik balik semua tuduhan dan siasatan terhadap pemimpin dan ahli pembangkang serta masyarakat sivil yang didakwa mengikut undang-undang yang zalim itu.
  5. Mansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan jimatkan perbelanjaan negara dengan membatalkan RM50 bilion yang hanya bersifat korup dan membazir termasuk mengurangkan separuh saiz Kabinet, serta mengutamakan sektor pendidikan, kesihatan dan perumahan yang diperlukan oleh semua rakyat Malaysia.
Kit Siang yang menyuarakan pandangannya itu dalam usaha mempopularkan kempen Selamatkan Malaysia kini dalam rangka jelajah ceramah di utara Semenanjung.
Sebelum mengunjungi Perlis hari ini, beliau berada di Kedah semalam dengan mengadakan pertemuan bersama rakyat di Sungai Petani, Semeling, Anak Bukit dan Alor Setar. – Roketkini.com

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Blok politik: Undi luar bandar terjejas

Posted: 13 Mar 2016 06:56 PM PDT

SHAH ALAM - Adalah amat penting penubuhan blok politik ketiga yang dirancang Pas perlu menunjukkan kemampuan bersaing secara demokratik dan kuat dengan blok sedia ada, sekali gus mencabar dalam pilihan raya.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, pembangkang mungkin tidak berpuas hati dengan kewujudannya dilihat bakal memecahkan undi mereka terutama di luar bandar.
Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani "Berlainan dengan BN yang agak selesa dengan keadaan ini kerana ia beri peluang meraih kemenangan. Namun, ia mungkin memecahkan undi BN terutama di kawasan bandar.
"Jadi blok politik ketiga ini harus memikirkan agenda bersama sebagai manifesto dan perjuangan kepada gabungan itu diterima ahli dan penyokong. Jika itu mampu dilaksanakan kemungkinan blok baharu ini akan menjadi lebih kuat," katanya.
Mohd Azizuddin berkata, penubuhan blok politik ketiga itu dilihat sebagai alternatif baharu kepada blok politik sedia ada iaitu BN dan Pakatan Harapan, timbul persoalan sejauh mana rasional kewujudan blok politik ketiga itu, walaupun dari segi demokrasi, penubuhannya adalah hak parti.
Beliau turut mempersoalkan sama ada blok politik ketiga itu mampu bersaing dengan blok sedia ada seperti BN dan Pakatan Harapan.
"Adakah blok politik ketiga itu nanti terdiri dari kalangan Melayu Islam atau pelbagai bangsa? Ini kerana gabungan politik melibatkan penyertaan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan dan tidak khusus kepada satu kaum atau bangsa sahaja.
"Ia juga harus mempunyai gabungan mantap yang boleh dijadikan alternatif kepada dua blok sedia ada," katanya.
Mengambil contoh politik di Amerika Syarikat dan United Kingdom, katanya, apabila parti baharu wujud, biasanya mereka berhadapan masalah bersaing dengan parti dominan.
Tetapi katanya, berdasarkan konteks dalam negara, gabungan politik diwujudkan sebelum pilihan raya.
"Bezanya, parti mana yang bakal bergabung dengan Pas belum diketahui bagi menilai kekuatan yang ada pada blok baru tersebut.
"Kebiasaannya blok politik ketiga mungkin berhadapan masalah mendapat sokongan rakyat, kerana sudah terbiasa dengan blok gabungan politik sedia ada. Ia mengambil masa untuk bersaing dengan blok politik yang lain," katanya.

Kenapa kerap sgt ke negeri 'fix deposit' BN ???

Posted: 13 Mar 2016 06:53 PM PDT


Takut Sarawak hilang 'fix deposit' BN ka ??!!
Hanya tangan undi yg bodoh saja akan tetap undi BN...
Najib Razak PM Paling Prihatin Terhadap Rakyat Di Sarawak. Sekolah untuk anak-anak Sarawak dalam keadaan paling selamat & canggih di Malaysia..

A 'WOLF' IN BANK NEGARA? ALL EYES ON NAJIB TO AGAIN SHOW HIS 1MDB 'GUILT': APANDI CLEARED HIM 'LEGALLY', SERIGAR TO CLEAR HIM 'FINANCIALLY'?

Posted: 13 Mar 2016 06:49 PM PDT

A 'WOLF' IN BANK NEGARA? ALL EYES ON NAJIB TO AGAIN SHOW HIS 1MDB 'GUILT': APANDI CLEARED HIM 'LEGALLY', SERIGAR TO CLEAR HIM 'FINANCIALLY'?
There's nothing much to elaborate here. The title of this article is self-explanatory. The Wall Street Journal's latest bombshell is to tell all and sundry two things. First, someone from the Bank Negara Malaysia (Malaysia Central Bank) is super pissed that a "wolf" is about to be appointed as the most powerful person in the country's financial institution.
Second, if this news is proven true next week, it simply means that whatever the Wall Street Journal has been exposing about Prime Minister Najib's involvement in the 1MDB scandal is the truth, the whole truth and nothing but the truth. So, will Najib Razak deliberately appoint someone else just to prove the WSJ lies (*grin*)?
It's safe to bet that outgoing Bank Negara Governor Zeti Akhtar Aziz, out of frustration, might be the person who leaked the information to the WSJ. And she's mad because to appoint Mr. Irwan Serigar Abdullah is like puttinga wolf in charge of the hen house. The jokes – "Serigar" really sound like "Serigala (wolf in Malay language)" hence there could be more scandals.
Bank Negara Malaysia - Central Bank - New Governor - Zeti Akhtar Aziz and Irwan Serigar Abdullah
Wall Street Journal - Najib Receives USD700 Million
But what's so bad about sending Mr. Irwan Serigar, presently the secretary-general of Ministry of Finance, to the hen house? That's because this guy is one of Najib Razak's greatest followers. Regardless whether it's GST, 1MDB scandal, Ringgit depreciation or bailing out of 1MDB using Tabung Haji's fund,his fingerprints are all over the place.
Irwan Serigar sits on the board of 1MDB as an advisor. That alone is sufficient to tell you why Zeti is freaking disappointed. If you still couldn't see why his appointment is such a big deal, consider this. Apparently, he also sits on the board of directors of at least 25 other companies (as end of 2014). That surely screams "conflict of interest", do they not?
Irwan Serigar Abdullah - New Malaysian Central Bank Governor - Wolf
His interest includes Malaysian Airline System Berhad, Cyberview Sdn Bhd, Padiberas Nasional Bhd, Islamic Development Bank, Malaysia Deposit Insurance Corporation (PIDM), AmanahRaya Real Estate Investment Trust, Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV), Petronas, FELDA, MRT Corp, Khazanah and Razak School of Government, among others.
He is also the Chairman of Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) or Inland Revenue Board (IRD). This might explain why Najib Razak was laughing his head off when former premier Mahathir repeatedly asked why the income tax department hadn't take any action against the prime minister's RM2.6 billion in donation. Now, we know it's non-taxable after all (*grin*).
Read More / Baca Lagi >>

Bukit Tunggul: Kalau dapat RM2j, kenapa rumah Orang Asal daif?

Posted: 13 Mar 2016 06:46 PM PDT

Orang Asal Bukit Tunggul nafikan kenyataan JAKOA bahawa penduduk kampung terima pampasan sebanyak RM2 juta untuk berpindah keluar.
JAKOA-1
SEPANG: Pemimpin komuniti Orang Asal dekat Putrajaya mendedahkan jumlah pampasan untuk Orang Asal mengosongkan Kampung Orang Asli Bukit Tunggul tidak sampai RM2 juta.
Pampasan diberikan adalah sangat sedikit dan kebanyakan keluarga Orang Asal didakwa menerima pampasan tidak sampai RM20,000 untuk berpindah keluar dari kampung itu pada tahun 1993.
Perkara berkenaan menyebabkan penduduk kampung terbabit yang terdiri daripada 11 keluarga bertekad untuk tidak mahu berpindah walaupun sedar tanah moyang mereka dimiliki swasta.
Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Buah dan Bukit Tunggul, Tan Jahmat, berkata keadaan hidup daif penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tunggul sudah menjelaskan mengenai nilai pampasan sebenar yang diterima.
"Kalau benar RM2 juta pampasannya, kenapa kami hidup susah? Rumah kami tak macam ini kalau duit banyak. Ini pun nasib baik ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bantu buatkan rumah.
"Kalau ada pemimpin kerajaan tak percaya, boleh turun padang dan lihat sendiri Kampung Orang Asli Bukit Tunggul. Bukan jauh pun. Tak sampai lima kilometer dari Putrajaya nun," katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT di sini, semalam.
Katanya, pada tahun 1993, beliau bersama penduduk kampung dimaklumkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bahawa urusan pampasan sudah selesai dirundingkan antara jabatan itu dengan Bukit Unggul Golf & Country Resort Sdn Bhd (BUGCR).
Tan berkata, penduduk kampung pada waktu itu terpinga-pinga dan terpaksa akur dengan 'arahan' daripada 'orang JAKOA' untuk menerima pampasan dan berpindah keluar daripada kampung berkenaan, sekali gus membolehkan padang golf dibina di kampung mereka.
"Rundingan ini orang kampung tak tahu apa. Selepas itu kita rasa ada yang tidak kena. Malah kita syak ada orang dalam JAKOA 'main silap mata' dengan penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tunggul.
"Ini membuatkan kami tekad tidak mahu berpindah. Kami tinggal di tanah ini lebih lama daripada mana-mana rakyat Malaysia. Kenapa kami mahu serahkan kepada kelab golf pula?" katanya.
Minggu lalu, JAKOA mengeluarkan kenyataan mendedahkan keseluruhan tanah di kampung terbabit sudah dimiliki BUGCR.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Asal dekat Putrajaya diugut lepaskan tanah

Posted: 13 Mar 2016 06:44 PM PDT

Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tunggul mendakwa diugut 'orang JAKOA' pada tahun 1993 untuk melepaskan tanah yang diduduki mereka.
JAKOA-3
SEPANG: Pemimpin komuniti Orang Asal Bukit Tunggul, di sini mendakwa Orang Asal di sini, diugut oleh 'orang Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)' pada tahun 1993 untuk melepaskan tanah yang diduduki mereka.
Perkara itu menyebabkan penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tunggul di sini, merasa ditindas dan 'makan hati' dengan JAKOA, sekali gus menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kerajaan.
Mengimbau kejadian yang berlaku kira-kira 23 tahun lalu, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Buah dan Bukit Tunggul, Tan Jahmat, berkata perkara itu diingati sebagai satu peristiwa hitam dalam kalangan Orang Asal Bukit Tunggul.
"Dahulu ada orang JAKOA datang cakap kepada Orang Asal di kampung ini. Ambil duit dan pindah ke Kechau di Semenyih. Kalau tidak tanah dan rumah akan kena tolak.
"Ini kes ugut. Tapi kami tak pandai dan tak tahu hendak diadukan kepada siapa kerana yang buat begitu adalah orang JAKOA sendiri. Inilah cerita lama yang kami pendam sejak 20 tahun lalu.
"Orang JAKOA sepatutnya jaga kami, tetapi mereka jaga penyangak yang rampas tanah kami," katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT di sini, semalam.
Tan berkata, Orang Asal Bukit Tunggul turut dijanjikan sebidang tanah dan rumah sekiranya berpindah ke Semenyih, namun ia tidak ditunaikan.
Katanya, selain itu, Orang Asal di Semenyih juga enggan menerima kehadiran Orang Asal Bukit Tunggul dan perkara itu menyebabkan mereka kekal di perkampungan Orang Asli bersempadanan dengan Putrajaya itu.
"Logik Orang Asal di Kechau, Semenyih tak terima. Orang luar datang ke kampung mereka, tanah mereka, buat rumah, buat kebun. Sesiapa pun marah.
"Janji mahu bagi sebidang tanah untuk berkebun selain rumah, tapi mana ada. Tak bagi apa-apa pun. Niat hanya mahu kami mengosongkan tanah di Bukit Tunggul," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kempen #respectMyPM dah jadi #crazyMyPM.....

Posted: 13 Mar 2016 05:27 PM PDT

UMUR DAH LEPASI 72 TAHUN, tak kan masih lagi nak perbodohkan rakyat.. Masih tak puas2 nak jilat ka !!!

Satu2nya PM kat dunia dicadangkan jadi PM sampai kiamat. KAH!! KAH!! KAH!!.. Makin gila...

'Deklarasi Rakyat': Pakatan Harapan dapat tembusi pengundi Melayu atas pagar

Posted: 13 Mar 2016 05:24 PM PDT

'Deklarasi Rakyat': Pakatan Harapan dapat tembusi pengundi Melayu atas pagar
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan berharap dapat menembusi 40 peratus pengundi Melayu atas pagar dengan menandatangani 'Deklarasi Rakyat' bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata ini adalah antara keuntungan kepada gabungan itu ekoran tindakan tersebut.

Rafizi berkata menurut bacaannya, pengundi tegar Melayu 20 peratus menyokong UMNO, 20 peratus menyokong PAS dan 20 peratus menyokong Pakatan Harapan.

Katanya terdapat 40 peratus pengundi Melayu atas pagar yang sah telah menolak UMNO kerana pelbagai sebab tetapi tidak dapat dipastikan golongan ini menyokong parti mana.

"Kita tahu pembangkang kalah sebab 5 hingga 10 peratus pengundi Melayu akan tetap dengan Barisan Nasional (BN) kerana naratif perkauman UMNO BN.

"Pengundi bukan Melayu terutamanya orang Cina ada tempoh masa untuk beri sokongan padu hampir 90 peratus kepada pembangkang. Kalau pembangkang tiada perubahan, mungkin sokongan itu akan diberi kepada pihak lain. Jadi, sokongan padu undi bukan Melayu bukan untuk selama-lamanya.

"Dengan kehadiran Tun Mahathir atas pentas kita dan membaca 'skrip' kita, kita ada peluang tembusi sekurang-kurangnya 2 ke 5 peratus daripada 40 peratus pengundi Melayu atas pagar," katanya dalam Forum "Pembangkang + Pasukan Mahathir : Berbaloikah untuk rakyat?" anjuran Angkatan Muda Keadilan.

Tambahnya lagi Dr Mahathir yang mencari pihak pembangkang untuk menandatangani 'Deklarasi Rakyat' dan bukan sebaliknya.

"Tun Mahathir yang datang kepada kita, kita tidak pergi kepada Tun Mahathir.

"Sebab itu daripada 58 orang yang menandatangani 'Deklarasi Rakyat', kebanyakkannya dari pihak pembangkang," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

11 Mac 1978 tarikh yang tidak pernah dilupakan

Posted: 13 Mar 2016 05:22 PM PDT

Kelmarin 11 Mac 1978, yakni tepatnya 38 tahun lalu merupakan detik paling malang dan tragis kepada parti agama (Pas) negeri Kelantan. Pada hari inilah diadakan pilihan raya umum ke-5, yang menyaksikan kerajaan Pas yang menguasai Kelantan selama 18 tahun telah tumbang.


Keributan yang dicipta Umno untuk jatuhkan
Kerajaan Pas Kelantan.
Menjelang detik 12: 00 malam 12 Mac kerajaan Pas Kelantan diumumkan tewas. Saat itu juga RTM mengadakan interview dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang mengumumkan BN menang dan serentak itu memansuhkan tol di Jambatan Sultan Yahya Petra. Antara manifesto atau janji BN ialah akan memansuhkan tol di jambatan itu sekiranya Umno menang.

Pengambilan kerajaan Kelantan oleh Umno (BN), daripada Pas ini sesuatu yang ditangisi oleh para pejuang Pas dan juga mereka yang percaya dan yakin Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan agama. Tidak sedikit yang mengira Pas akan berkubur selepas itu.

Di sini saya tidak mahu mencatat sebab dan musabab kenapa kerajaan Pas tumbang, semua itu sudah menjadi bahan sejarah dan kajian sarjana politik. Tetapi apa yang ingin membangkitkan peristiwa selepas itu. Betapa selepas kalah Pas semacam tidak bermaya. Hanya beberapa orang pemimpin sahaja bangkit untuk menyambung semula kerajaanya dan terus melawan Umno. Sebahagian yang lain seakan tidak mahu meneruskan lagi perjuangan. Sudah berputus asa.

Pas tidak mengambil masa lama untuk mengobarkan semangat rakyat, untuk terus menghidupkan Pas dan melawan Umno. Satu kenduri besar diadakan di Bukit Abal Pasir Puteh Kelantan, dengan mengorbankan beberapa ekor lembu. Saya selalu menyebutkan kenduri itu sebagai majlis "semahan" semangat orang Pas. "Semah" bermaksud membangkitkan semangat yang telah hilang atau lemah.

Kenduri itu diadakan secara gotong royong di kalangan orang Pas dengan Pas Bukit Abal sebagai tuan "kija".

Masih ingat hampir semua tokoh Pas hadir pada majlis itu, dengan pemidato utamanya ialah Allahyarham Mohd Asri Muda. (Nik Aziz dan Haji Hadi belum tokoh penting dan tidak pun berceramah). Kehadiran mencecah puluhan ribu, yang hadir dari segenap penjuru, termasuk dari Besut.

Asri sendiri memuji daya usaha Pas Bukit Abal, khasnya individu tertentu yang mengadakan majlis berkenaan. Individu yang berjasa besar kepada Pas atau menjadi master-mind majlis itu antaranya ialah Pak Mud, Mat Tonik, Haji Sahir, Mat Laksamana, Kak Chik Wan Asma Abdul Kadir, Abang Soh,Tok Penghulu Dollah dan beberapa yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi disenarai 500 muslim paling berpengaruh

Posted: 13 Mar 2016 05:19 PM PDT

Beliau muka baru yang dipilih pusat kajian antarabangsa bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani
hadi
PETALING JAYA : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disenarai antara 500 muslim paling berpengaruh di dunia oleh sebuah pusat kajian Islam antarabangsa.
The Royal Islamic Strategic Studies yang berpangkalan di Amman, Jordan, menerusi penerbitan edisi ketujuh, The Muslim 500 2016 memberi pengiktirafan kepada Hadi bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani.
Hadi antara tiga muka baharu yang diberi penghormatan menduduki senarai dalam kategori itu.
Pemilihan individu termasuk Hadi berdasarkan pengaruh kepada dunia dan masyarakat Islam.
Seorang lagi wakil Malaysia, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim telahpun berada dalam senarai itu.
The Muslim 500 diterbitkan setiap tahun dengan kerjasama Pusat Pemahaman Muslim-Kristian Putera Al-Waleed bin Talal di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Penerbitan itu mengiktiraf 50 muslim paling berpengaruh di dunia manakala 450 muslim lain dipecahkan dalam 15 kategori.
Raja Jordan, Raja Abdullah ll diiktiraf muslim paling berpengaruh di dunia, diikuti Imam Masjid Al-Azhar, Sheikh Ahmad Muhammad Al-Tayed dan ketiga, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz.
Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang telah dinobatkan sebagai antara muslim yang paling berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpengkal…an di Amman, Jordan. Beliau telah diberikan pengiktirafan ini menerusi kategori Pendakwah & Pembimbing Rohani (Preachers & Spritual Guides) di dalam keluaran terbaru The Muslim 500; The World's 500 Most Influential Muslims edisi 2016.

"Mereka cuba gertak dan diamkan saya," kata Syed Saddiq

Posted: 13 Mar 2016 05:15 PM PDT


Syed Saddiq Syed Abdul RahmanSyed Saddiq Syed Abdul RahmanPengasas dan jurucakap Challenges Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 23, mendakwa beliau tidak gentar dengan gertakan pihak tertentu di kalangan kumpulan pro Umno-BN dengan penyebaran beberapa keping gambar lamanya di internet.
Beliau mengakui beberapa keping gambar yang tersebar di internet dan dicemuh netizen adalah gambarnya.
"Jawaban saya kepada Pro Umno/DS Najib blog.
"Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Bukan kali pertama saya diugut dengan perkara ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.
"But, I won't do that (tetapi saya tidak akan berbuat demikian). Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.
"Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won't deny that (Saya tidak menafikannya)," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline malam tadi.
Foto Syed Saddiq yang disebarkan blogger pro-Umno.Foto Syed Saddiq yang disebarkan blogger pro-Umno.Blog truthvaccine.blogspot.my menerusi entrinya hari ini mendakwa aktiviti tersebut dirakam di kelab malam Palladium, Manila sewaktu Syed Saddiq mengikuti program debat di sana.
Gambar dimuat naik di blog itu kemudian menjadi viral di laman sosial yang kebanyakannya melahirkan rasa terkejut apabila Syed Saddiq di dakwa sebagai kaki clubbing, kaki mabuk dan kaki perempuan.
Kata Syed Saddiq lagi, memang benar gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia.
"Saya bukan 'kaki clubbing/disko' dan seperti mana yang dituduh.
"Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang.
"Tanya sahaja pada ibu-bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya; mereka kenal siapa saya.
Read More / Baca Lagi >>

"PEMBANGKANG + PASUKAN MAHATHIR" BERBALOIKAH UNTUK RAKYAT?

Posted: 13 Mar 2016 04:53 PM PDT

Orang Asli dakwa diugut pegawai JAKOA

Posted: 13 Mar 2016 04:50 PM PDT

'Siapa menentang Tun M pengecut', kata Mat Sabu

Posted: 13 Mar 2016 08:57 AM PDT


'Siapa menentang Tun M pengecut', kata Mat Sabu

IPOH - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan mana-mana pihak yang menentang Tun Mahathir Mohamad sebagai pengecut.

Menurutnya, tiada sebarang kepentingan menentang Mahathir kerana negarawan itu bukan individu yang mengetuai tampuk pentadbiran negara pada ketika ini.

"Kalau kita terus hentam Mahathir, kita bukan hebat, kita bukan jantan bahkan kita lebih teruk daripada pondan.

"Dan konsep kita jelas, kita lawan mereka yang berkuasa, yang memiliki kuasa. Bukan lawan orang pencen," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Malam Solidariti Mat Sabu di Jalan Pemimpin, Gugusan Manjoi, di sini, semalam.

Mohamad berkata, meskipun Mahathir dikaitkan dengan beberapa isu salah laku ketika mengetuai pentadbiran negara namun bukan tanggungjawab pihaknya untuk mendakwa mantan Perdana Menteri itu.

"Kalau Mahathir jahat, Mahathir zalim, Mahathir mencuri, pemerintahlah yang kena dakwa Mahathir. Kita ada kuasa apa? Kita sendiri pun tiap-tiap tahun kena dakwa," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerjasama yang dijalinkan dengan Mahathir serta beberapa tokoh pimpinan BN dalam Deklarasi Rakyat bertujuan untuk menukar kepimpinan negara.

"Kita bersama mereka semuanya semata-mata untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN," katanya.

Katanya, beliau optimis perkara itu dapat direalisasikan sekiranya semua pihak komited dan fokus terhadap perjuangan.

"Dalam perjuangan kita, kita mungkin tidak tahu dimana penamatnya tetapi yang penting kita terus berjuang untuk mencapai matlamat itu," katanya.

KU NAN SEORANG PEJUANG...KAHKAHKAH

Posted: 13 Mar 2016 08:19 AM PDT

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menjelaskan, beliau adalah keturunan Tengku dari Acheh yang didakwanya merupakan pejuang agama dan bangsa.

"Lihat sejarah Acheh di mana Tengku Nyah Abu pergi dan inilah cucu dia, pejuang Islam dan pejuang yang mempertahankan tanahair.

"Datuk dan nenek saya tidak pernah tunduk kepada Belanda. Sebab itulah saya kuat, darah itulah yang mengalir," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu lagi.
Dengan menggambarkan demikian, tidak lain Ku Nan bermaksud untuk memberitahu bahawa beliau juga seorang pejuang sebenarnya, sama seperti nenek moyangnya dahulu.

Tetapi berdasarkan rekod Ku Nan selama ini, beliau hanya dikenali sebagai pembodek kepada pemimpin yang berkuasa semata-mata. 

Datuk dan neneknya tidak pernah tunduk kepada Belanda, tetapi beliau sepanjang masa hanya membiarkan dirinya tunduk kepada pemimpin yang ada kuasa sahaja.

Mereka yang berada dalam UMNO tentunya lebih mengetahui perkara ini.

Zaman Tun Mahathir, beliau bodek Tun Mahathir. Zaman Anwar Ibrahim, beliau bodek Anwar Ibrahim. Zaman Tun Abdulah Ahmad Badawi, beliau bodek Tun Abdullah Badawi dan zaman Najib, lagi kuat bodek Najib.

Jika selepas ini, Zahid Hamidi naik, Zahid Hamidi pula dibodeknya.

Maka, di mana yang dikatakan beliau  itu seorang pejuang?
Read More / Baca Lagi >>

Dakwaan kepincangan dalam urus tadbir berasas - BN Kelantan

Posted: 13 Mar 2016 07:04 AM PDT

Mustapa Mohamed KOTA BHARU - BN Kelantan menyifatkan dakwaan terdapat kepincangan dalam urus tadbir kerajaan Pas Kelantan oleh Adun Salor, Datuk Husam Musa rasional dan berasas.
Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kelemahan kerajaan negeri dari aspek dasar- dasar yang berkaitan alam sekitar, pembalakan, pelaksanaan lebuh raya rakyat, pembinaan rumah kos rendah dan projek Lembah Sireh sudah lama diketahui.
"Husam pernah pernah memegang jawatan sebagai Exco kanan kerajaan negeri, malah pernah menjadi antara individu penting dalam Pas pasti lebih tahu segala permasalahan yang berlaku.
 "Bagi saya, tidak boleh salahkan sesiapa dalam kepincangan yang berlaku, sebaliknya ia tanggungjawab yang perlu diletakkan kepada kerajaan itu sendiri," katanya  kepada media selepas merasmikan majlis kajian pertengahan penggal Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di sini, hari ini.
Hadir sama, Presiden NUTP, Hashim Adnan; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda dan Pengarah Pendidikan Kelantan, Datuk Ab Aziz

Menyokong Najib itu melemahkan UMNO sebenarnya

Posted: 13 Mar 2016 06:56 AM PDT

Oleh Aspan Alias
Pemimpin-pemimpin UMNO sepatutnya mencari pemimpin gantian kepada kepimpinan Najib dan jalan yang terbaik ialah dengan memberikan sokongan kepada Deklarasi Rakyat yang di umumkan pada 4hb yang lepas. Kita bukan tidak tahu yang ramai dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO sekarang amat susah untuk mempertahankan Najib kerana Najib sekarang berada dalam keadaan yang tidak boleh dipulihkan lagi imej dan kredibilitinya sebagai pemimpin utama negara.
Mahu tidak mahu Najib wajar bersara untuk menyelamatkan Malaysia dan memilih untuk menentang Deklarasi Rakyat itu adalah penentang terhadap UMNO itu sendiri. Mereka yang menyokong Deklarasi Rakyat itu merupakan kumpulan yang berusaha hanya untuk menggulingkan Najib dan bukannya untuk menjatuhkan kerajaan seperti tuduhan ramai ahli-ahli kabinet dan pemimpin pemimpin yang berada dalam Majlis Tertinggi.
Tentulah jika berjaya Deklarasi Rakyat itu dan Najib dapat diketepikan tentulah penggantinya dari pemimpin UMNO yang berwibawa dan bukankah itu memudahkan UMNO untuk memulihkan imejnya dimata rakyat. UMNO itu tidak sepatutnya dipandang rendah tetapi oleh kerana parti itu dipimpin oleh seorang yang tidak boleh dipercayai maka UMNO itu sendiri menanggung beban keyakinan dimata rakyat.
Kita faham dalam kabinet itu sendiri ramai yang tidak berkeyakinan dengan Najib  tetapi oleh kerana takut usaha untuk menumbangkan Najib itu tidak berjaya mereka merasakan yang mereka akan terkorban dan hilang mata pencarian mereka, kerana memegang jawatan dalam kerajaan dan kabinet itu mereka anggap sebagai tempat mencari makan.
Dalam situasi sekarang sesiapa yang berani menentang Najib itulah yang akan menjadi pemimpin masa depan negara. Telah dibuktikan oleh sejarah pemimpin yang berani sahaja yang akan menjadi pemimpin yang baik dimasa depan sesebuah negara. Jika tidak mereka akan menjadi yang lemah fikiran seperti Najib Razak yang kita ada sekarang ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pengguguran Najib syarat kerjasama PAS dan Umno

Posted: 13 Mar 2016 06:55 AM PDT

Oleh Tan Sri Zainudin Maidin
Umno seolah-olah mendapat suatu kepercayaan besar dan kekuatan baru apabila Tun Dr Mahathir Mohamad berkonspirasi dengan pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kepercayaan inilah yang memberikan keberanian kepada kabinet untuk menyingkirkan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas.

Dr Mahathir, walaupun sedar beliau seharusnya meletak jawatan tetapi menunggu tindakan bagi meraih simpati terhadapnya dan menambah sokongan rakyat. Memang wajar bagi kerajaan bertindak membuang Dr Mahathir kerana beliau tidak lagi mendokong kerajaan.
Bagaimanapun, satu komen ringkas di Facebook mengenai pembuangan Dr Mahathir itu menjadi viral dengan tiba-tiba yang membuktikan bercanggah dengan sentimen rakyat dan betapa salahnya perhitungan kerajaan dan pemimpin Umno.
Banyak yang saling bertanya sudahkah membaca komen ini yang menunjukkan selari dengan sentimen mereka? Saya tidak tahu penulis asalnya. Inilah komennya: "Petronas yang tidak bermasalah, penasihatnya dipecat tetapi 1MDB bermasalah besar penasihat masih memegang jawatan."
Apabila dipetik 'tweet' saya, di 'retweet' pula ramai orang yang mendatangkan tidak kurang 30,000 orang pembaca dalam masa hanya sekejap saja. Ini menunjukkan sikap majoriti rakyat di lapangan pada masa ini.
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan lain-lain agensi sokongan kerajaan yang membuat tinjauan di lapangan berasaskan pada penemuan mereka, sewajarnya memberikan laporan sejujurnya kepada menteri masing-masing untuk dilaporkan kepada kabinet iaitu Najib sedang menghadapi masalah kredibiliti dan integriti yang sukar sekali untuk diperbaiki kembali, sekalipun dalam pekara yang benar.
Read More / Baca Lagi >>

Deklarasi Rakyat akan gagal jika hanya harapkan Dr Mahathir

Posted: 13 Mar 2016 06:54 AM PDT

Oleh Amin Iskandar
Sudah hampir 2 minggu selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mencipta sejarah menggabungkan pemimpin Umno, pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersatu bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Selepas Deklarasi Rakyat dilancarkan, tidak kelihatan atau kedengaran momentum untuk menggerakkannya bagi menyampaikan mesej kepada rakyat di bawah.

Mungkin juga ini merupakan strategi untuk "menggelirukan pihak lawan" memandangkan pentadbiran Najib kini memberikan reaksi keras terhadap mana-mana penentangan. Akan tetapi, bagi penyokong pergerakan ini, mereka ternanti-nanti apakah yang sedang berlaku dan kemakah hala tuju Gerakan Selamatkan Malaysia ini.
 Ini kerana di media sosial, Gerakan Selamatkan Malaysia kelihatan bersikap seperti "sebuah kerajaan" yang tenang sahaja membiarkan penentang-penentang mereka menyerang.
Penentang Gerakan Selamatkan Malaysia sama ada menyokong Najib atau tidak kelihatan lebih agresif "menghina" Deklarasi Rakyat.
Sedangkan, yang menyokong Dr Mahathir tidak kurang hebatnya seperti bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, aktivis Hishamuddin Rais, Maria Chin Abdullah dan ramai lagi.
Walaupun ramai "pemain berpengalaman" dalam Gerakan Selamatkan Malaysia, mereka mungkin terlupa sesebuah momentum dan mood sesuatu pergerakan itu harus "dicipta" dan ianya tidak akan terjadi dengan sendirinya.
Atau sebenarnya mereka hanya mengharapkan Dr Mahathir melakukan semua perkara? Mereka mungkin terlupa bekas perdana menteri itu sudah berusia 91 tahun!
Tindak balas Najib
Sudah tentu Najib, Umno dan Barisan Nasional (BN) panik. Tidak mungkin mereka akan biarkan Gerakan Selamatkan Malaysia bergerak mudah.
Mana tidaknya pada Pilihan Raya Umum ke 12 (2008), disebabkan Dr Mahathir menentang perdana menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi, BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan negeri-negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Dan pada ketika itu, Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang kerjasama rasmi bersama pembangkang.
Bayangkan jika terdapat kerjasama rasmi Dr Mahthir dan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang ketika sentimen pengundi bukan Melayu masih anti BN? Sedikit perubahan kepada trend pengundian Melayu akan menyebabkan BN jatuh.
Read More / Baca Lagi >>

Menanti rakan baharu Pas

Posted: 13 Mar 2016 06:53 AM PDT

Oleh ZUL BAKAR
SEJARAH perjalanan politik Pas sejak tahun 1990 mencatatkan, parti itu telah bekerjasama dengan pelbagai parti bagi mencapai cita-cita politiknya. Pada tahun 1990, Pas bekerjasama dengan Parti Semangat 46 sehingga mampu menawan Kelantan daripada Barisan Nasional (BN).
Kejayaan itu kekal sehingga ke hari ini, biarpun Semangat 46 sudah tidak lagi wujud dalam arena politik negara. Tidak berapa lama kemudian, apabila PKR diwujudkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999, Pas menjalin pula kesepakatan dengan parti itu. Kerjasama itu 'diperkukuhkan' dengan kehadiran DAP.

Walaupun berbeza ideologi dan matlamat, namun Pas terus kekal dalam pakatan pembangkang sehinggalah pada awal tahun ini, parti itu mengucapkan 'selamat tinggal' kepada pakatan tersebut berikutan perbalahan yang tidak berkesudahan dengan DAP. Biarpun masih menjalinkan kerjasama dengan PKR tetapi Pas tidak mahu berada dalam gabungan berkenaan.Tambahan pula, mana mungkin parti itu akan duduk semeja dengan bekas pemimpin-pemimpin yang meninggalkan perjuangan Pas selepas tewas dalam pemilihan parti pada Jun 2015. Kelompok bekas pemimpin tersebut menubuhkan parti PAN yang diketuai oleh Mohamad Sabu.
Biarpun sebelum ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas sudah biasa berjuang sendirian, tetapi politik semasa tidak mengizinkan parti itu untuk berbuat demikian. Mahu tidak mahu, Pas terpaksa mencari rakan kongsi bagi meneruskan perjuangannya.
Justeru pengumuman Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa parti itu akan mewujudkan pakatan baharu pembangkang agak menarik untuk diperbincangkan. Apatah lagi, Takiyuddin menyatakan, pakatan itu 'mampu menggerunkan' pakatan sedia ada.
Persoalannya, siapakah rakan baharu Pas itu? Bagaimanakah hubungan Pas dengan PKR? Apakah maksud pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bermakna, Pas turut akan menentang PKR?
Kalau begitu bagaimana dengan kerjasama sedia ada di Selangor, contohnya? Apakah PKR masih mahu bekerjasama dengan Pas yang sudah diketahui akan menjadi musuh mereka dalam pilihan raya umum akan datang?
Semua persoalan itu perlu dijawab oleh Pas supaya ia tidak mewujudkan kekeliruan bukan sahaja dalam kalangan ahli dan penyokongnya tetapi juga rakyat. Bagaimanapun apa yang lebih penting, benarkah kerjasama itu akan mampu melaksanakan apa yang dipanggil 'budaya politik matang dan sejahtera' seperti mana dikatakan oleh Takiyuddin.
Berdasarkan perbualan penulis dengan beberapa pemimpin Pas, mereka gembira dengan perkembangan baharu itu. Mereka menganggap ia detik terbaik untuk memberi isyarat khususnya kepada DAP dan PAN bahawa Pas berkemampuan menubuhkan blok baharu pembangkang tanpa perlu bergantung kepada kedua-dua parti tersebut.
Bagaimanapun apa yang mereka harapkan ialah Pas berhati-hati dalam tindakan politiknya. Ini memandangkan sejak tidak lagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas jarang sekali terlibat dalam politik kontroversi sehinggakan dianggap 'mahu menjadi sekutu' UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Tinggalkan Umno jika ragui pemimpin - Idris Haron

Posted: 13 Mar 2016 06:20 AM PDT

JASIN - Umno Melaka mencadangkan agar mana-mana pemimpin atau ahli Umno meninggalkan parti itu sekiranya masih berasa ragu-ragu dengan kepimpinan sedia ada, kata Pengerusinya, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata tindakan itu perlu bagi memastikan parti itu kukuh dan memiliki anggota yang bersatu hati.
Idris Haron "Kita mestilah bersatu dalam segala-segalanya...mesti semuanya bersatu hati, bersatu fikiran dan bersatu tindakan, barulah parti boleh memenangi pilihan raya akan datang.
"Kita tidak mahu ada yang separa hati dalam perjuangan ini kerana itu mungkin akan menjadi pencetus kepada kekecewaan parti di masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan Berkelompok Umno Bahagian Jasin 2016 di Lipat Kajang di sini yang dihadiri lebih 300 ahli Umno bahagian tersebut.

 Idris berkata parti itu sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan meminta agar mana-mana pihak yang cuba mencemar kedudukan presiden atau institusi presiden, diambil tindakan.
Beliau berkata mereka itu bukan sahaja perlu dipecat dan disingkirkan jawatan serta keanggotaan mereka, bahkan sepatutnya melepaskan jawatan mereka.
"Hari ini kita tidak boleh menoleh kiri kanan, tidak boleh mendengar tohmahan dan fitnah yang menjurus kepada permainan persepsi ini.
"Kita perlu terus berhadapan dengan musuh dan memastikan parti ini menang pada pilihan raya akan datang dan terus relevan," katanya. - Bernama

Politik ibarat perang semua terlibat suka atau tidak

Posted: 13 Mar 2016 06:19 AM PDT

Semua pihak perlu prihatin perkembangan politik ekoran ia memberi kesan terhadap dasar pentadbiran dan corak kehidupan masyarakat.
Datuk Saifuddin aPanelis forum Akademi Politik, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata arena politik diibaratkan seperti medan perang yang memberi kesan kepada semua lapisan rakyat termasuk pengamal perubatan.
"Keputusan dibuat oleh orang politik juga memberi kesan terhadap kehidupan rakyat.
"Suka atau tidak, kena ambil tahu pasal politik sebab walaupun kita tak suka peperangan tetapi bila perang semua orang terlibat, jadi kita kena sama-sama pastikan tidak terjadi peperangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada program Akademi Politik di Hotel Carlton di sini, semalam.
Katanya lagi, antara isu melibatkan pengamal perubahan adalah kerajaan memutuskan doktor tidak lagi dibenarkan memberi diskripsi ubat-ubatan kepada pesakit sebaliknya ditentukan ahli farmasi.
Katanya, keadaan ini menyebabkan pemilik klinik persendirian menanggung kos tambahan menggaji ahli farmasi bertauliah.
"Selepas saya berikan penerangan kepada mereka, semua mengubah fikiran untuk mengambil tahu isu politik bagi memastikan ahli politik dipilih mampu membentuk dasar tidak membebankan rakyat ," katanya.

Ku Nan dedah strategi gerakan ketua cawangan anti Najib

Posted: 13 Mar 2016 06:16 AM PDT

Gerakan berkenaan akan memperdaya Ketua-ketua UMNO Cawangan supaya menolak kepimpinan Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.
ku-nan-gkcm
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan strategi Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang mahu memperdaya Ketua-ketua UMNO Cawangan supaya menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
"Sebagai Setiausaha Agung UMNO, saya dapat makluman ada puak-puak GKCM. Dia akan jumpa ketua cawangan, Pemuda dan Puteri. Kemudian, mereka akan keluarkan memorandum.
"Memorandum itu beritahu supaya kita (Ketua UMNO Cawangan) cuba bersetuju Presiden meletakkan jawatan, jadi berhati-hatilah," ujarnya sewaktu berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu, hari ini.
Jelas Menteri Wilayah Persekutuan itu, daripada analisa yang beliau lakukan, 70 peratus ahli cawangan tidak mengetahui tindakan ketua mereka menentang Najib.
"Daripada analisa yang saya lakukan, ada lebih kurang 70 cawangan, yang buat ini (menolak Najih) tetapi ahli cawangan tak tahu. Bila kata itu tidak boleh dipakai, dia marah," ujar beliau lagi.
Tengku Adnan atau Ku Nan juga mendedahkan terdapat Ketua UMNO Cawangan yang secara senyap berhasrat untuk menyingkirkan Ketua UMNO Bahagian.
"Mesti ingat, ada 40 peratus Ketua Cawangan yang tidak sehaluan. Kita tidak tahu siapa yang tidak sehaluan.
"Mereka akan cuba malukan kita dan kita di cawangan mesti maklumkan apa yang betul dan tidak betul," katanya.

Adakah MoU 1.5 juta pekerja Bangladesh terbatal?

Posted: 13 Mar 2016 06:13 AM PDT

Kerajaan perlu memberi penjelasan status MoU itu susulan keputusan Kabinet menghentikan pengambilan pekerja asing.
idris-ahmad-zahid-mou
PETALING JAYA: Kerajaan dituntut memberi penjelasan berhubung status Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Bangladesh susulan keputusan Kabinet menghentikan pengambilan pekerja asing berkuatkuasa Jumaat lalu.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu menjelaskan adakah MOU itu terbatal begitu sahaja?
"Apa reaksi di pihak kerajaan Bangladesh? Apakah kerajaan dikenakan apa-apa bayaran ganti rugi kerana membatalkan MoU ini?, soalnya menerusi kenyataan media, hari ini.
MoU itu ditandatangani pada pertengahan Februari lalu untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun.
Perjanjian itu ditandatangani di Dhaka antara Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Seri Richard Riot dan Menteri Pekerjaan Luar Negara dan Kebajikan Ekspatriat Bangladesh Nurul Islam.
Pada Sabtu, Zahid memberitahu Kabinet membuat keputusan menghentikan pengambilan pekerja asing berkuatkuasa serta merta kecuali pembantu rumah.
Idris berkata, kerajaan mesti mengotakan janji itu dan bukan sekadar janji bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak atau bertujuan meredakan kemarahan rakyat yang berdepan masalah pengangguran yang semakin serius.
"Memandangkan banyak sektor yang boleh melibatkan orang tempatan di sektor 3D (kotor, bahaya dan susah) maka kerajaan mesti membuat saringan semula untuk memastikan tenaga asing yang diperlukan sahaja untuk bekerja di negara ini. Selebihnya perlu dihantar balik ke negara mereka dan ditempatkan penduduk tempatan di sektor tersebut," katanya.

Pakatan Harapan tidak tergugat dengan pakatan baharu PAS, kata Wan Azizah

Posted: 13 Mar 2016 05:34 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya tidak berasa gusar kerana PAS masih bertindak sebagai pembangkang dan bukan sebaliknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016. 
Pembentukan pakatan baharu pembangkang oleh PAS tidak akan menggugat Pakatan Harapan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat Parlimen Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini, beliau berkata pihaknya tidak berasa gusar kerana PAS masih bertindak sebagai pembangkang dan bukan sebaliknya.
Ketika ditanya sama ada akan wujud kerjasama dengan pakatan pembangkang baharu itu, Dr Wan Azizah berkata: "Belum lagi... kita tunggulah (PAS umum) 16 Mac ini... sabar."

Khamis lepas, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata PAS akan membentuk pakatan pembangkang yang baharu pada 16 Mac ini. Parti itu akan menjalin kerjasama dengan sebuah parti yang tidak dinamakan bagi memperkukuhkan kedudukannya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Adakah usul2 seperti ini berani nak dilakukan di Malaysia ???

Posted: 13 Mar 2016 03:40 AM PDT