Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Muhyiddin dedah Deklarasi dikarang Mahathir untuk tipu pembangkang

Posted: 11 Mar 2016 09:45 PM PST






Kononnya mereka akan jelajah satu Malaysia untuk dedah rahsia.

Muhyuddin turut dedahkan helah Mahathir tipu pembangkang, NGO dan masyarakat sivil untuk setuju, sependapat dan sokong deklarasi rakyat yang dikarang.

Padahal ia langsung tidak nyatakan reformasi yang mahu dilakukan oleh Mahathir dan Muhyiddin yang sering dikatakan sebagai ultra Melayu dan konservatif.

Tipah tertipu Mahathir lagi nampaknya. Baca cara penipuan itu di Snapshot2016 SINI

Lepas Petronas, letak jawatan Proton juga

Posted: 11 Mar 2016 05:14 AM PST


Tun M dihentikan dari jawatan Pengerusi Petronas.

Baik petronas, mahu pun Proton bertambah teruk. Dari #1 dah jatuh ke #4. Dulu cina tak beli, sekarang Melayu pun fed-up asyik rosak dan spare part mahal.

Baca di SINI

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MALAYSIAKINI HADAPI MASALAH ?

Posted: 11 Mar 2016 12:18 AM PST

    

Mogok? Gaji? Dana? 

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Balu PI Bala mohon maaf kepada Rosmah selepas dijanjikan bantuan RM20,000

Posted: 11 Mar 2016 09:40 PM PST

Kematian warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dikaitkan dengan beberapa individu berprofil tinggi termasuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. – Gambar fail Al-Jazeera, 12 Mac 2016.	 
Kematian warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dikaitkan dengan beberapa individu berprofil tinggi termasuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

 Balu kepada bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam hari ini memohon maaf kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menuduhnya terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu tetapi meninggalkan sidang media dengan tergesa-gesa.
A Santamil Selvi membacakan permohonan maafnya di pejabat Persatuan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pimpinan Ramesh Rao Naidu di Petaling Jaya, Selangor tetapi meninggalkan sidang media selepas tidak dapat menjawab soalan pemberita.
Selvi turut mengaku menemui Ramesh selepas dijanjikan bantuan bagi membiayai pendidikan anaknya sebanyak RM20,000 sebelum bersetuju mengadakan sidang media hari ini.

Dalam kenyataannya, Selvi menyalahkan beberapa individu termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana tidak menunaikan janji untuk membantu keluarganya selepas kematian suaminya pada 2013. Beliau kemudiannya berkata, akaun bersumpah (SD) suaminya mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah adalah benar. 

Deklarasi Rakyat, antara fakta dan auta sembang Najib

Posted: 11 Mar 2016 09:03 PM PST

Ia tidak boleh dilihat sebagai tuntutan rakyat kerana ia tidak dipersetujui keseluruhan rakyat negara ini.
najib_anti-najib_600
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat agar menilai di antara fakta dan auta oleh pihak yang memperjuangkan `Deklarasi Rakyat'.
Katanya, beliau melihat usaha itu sebagai satu gerakan yang hanya mahu memenuhi agenda dan kepentingan peribadi.
"Janganlah kelirukan rakyat dengan mendakwa apa yang mereka mahu lakukan itu adalah `Deklarasi Rakyat'. Itu tidak lebih hanya untuk memenuhi agenda peribadi. Janganlah heret rakyat dalam usaha itu," katanya yang dipetik dari bnbbc.my.
Menurut Najib lagi, pihak terbabit tidak boleh mendakwa apa yang mereka cetuskan itu sebagai tuntutan rakyat kerana ia tidak dipersetujui keseluruhan rakyat negara ini.

SAMM: Kenapa tidak lawan Najib, Tun M?

Posted: 11 Mar 2016 08:57 PM PST

SHAH ALAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempertikaikan tindakan pakatan pembangkang yang bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, pada PRU13, semua pihak terlibat melawan Najib yang disokong Tun Mahathir.
Najib Mahathir "Namun, apabila dua sosok ini berseteru di atas kepentingan menjarah tanahair, apakah kita terpaksa atau dipaksa memilih untuk menyokong salah satu antara mereka? Mengapa jika lawan Mahathir diiktiraf pula sebagai menyokong Najib?
"Tidak bolehkah kita ambil keputusan bersama untuk lawan kedua-dua belah pihak ini? Kerana kita nampak jelas di satu pihak ingin mengukuh kedudukkan dan terus berkuasa.
"Manakala sebelah pihak lagi pernah lebih teruk merosakkan negara menjadi punca apa yang berlaku hari ini malah merosakkan nama keadilan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berpendapat semua pihak harus berada dalam blok rakyat tanpa kompromi.
Beliau juga mendakwa bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong Deklarasi Rakyat berkenaan.
"Kenyataan Anwar sehari sebelum deklarasi tersebut diisytihar Mahathir telah dimanipulasi dan sengaja disalah tafsir oleh pihak yang terdesak menagih sokongan ramai sokong terhadap Mahathir, sedangkan yang menyokong hanya pemain politik opportunis.
"Kenyataan Anwar yang dimanipulasi itu mempunyai kesan tersendiri, bukan hanya rakyat yang mengharap perlawanan dari Anwar telah mengubah sikap menyokong Mahathir, malah ramai pemain politik terperangkap," katanya.

PAK LAH, KU LI, HADI AWANG - SIAPA BAKAL PENASIHAT PETRONAS?

Posted: 11 Mar 2016 08:51 PM PST

Berdasarkan perbualan serta tinjauan dengan beberapa pihak, sekurang-kurangnya tiga nama menduduki kebarangkalian paling tinggi untuk mengisi jawatan penasihat Petronas menggantikan Tun Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatannya semalam.

Mereka ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh Hamzah dan Hadi Awang.

Tun Abdullah atau Pak Lah mungkin menjadi pilihan jika tradisi pemegang jawatan itu daripada kalangan bekas Perdana Menteri ingin dikekalkan oleh Najib. 

Sebelum Tun Mahathir, seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Hussein juga pernah duduk di kerusi tersebut.

Selain itu, dengan perlantikan Pak Lah juga dipercayai dapat mengukuhkan lagi hubungan Najib dengan Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO yang dilihat agak "suam-suam kuku"  sejak timbulnya isu 1MDB dan derma RM2,600 juta.

Tengku Razaleigh atau Ku Li, jika dilantik, tidak lain bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan Najib dan mengecilkan lagi kumpulan Tun Mahathir yang menentangnya.

Ku Li sebelum ini pernah duduk semeja dengan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin ketika membantah Sosma, tetapi pendirian Ahli Parlimen Gua Musang itu bagaimanapun tidak sehaluan dengan bekas Perdana Menteri itu berkaitan Deklarasi Rakyat.

Ku Li bukanlah asing dengan Petronas, selain menubuhkan syarikat minyak negara itu, beliau juga merupakan Pengerusi Petroleum yang pertama sebaik ia ditubuhkan.

Dalam perkembangan politik mutakhir ini, Ku Li juga dikatakan beberapa kali dipanggil bertemu Najib, tetapi tujuan dan topik perbincangannya tidak dapat dipastikan.
Read More / Baca Lagi >>

Petisyen turunkan potret Najib di universiti UK hampir cecah 4,000 tandatangan

Posted: 11 Mar 2016 08:33 PM PST

Petisyen meminta Universiti Nottingham di United Kingdom (UK) menurunkan poster Datuk Seri Najib Razak menerima hampir 4,000 tandatangan sejak 3 hari ia dilancarkan. – Gambar www.change.org, 12 Mac, 2016. 
Petisyen meminta Universiti Nottingham di United Kingdom (UK) menurunkan poster Datuk Seri Najib Razak menerima hampir 4,000 tandatangan sejak 3 hari ia dilancarkan.

 Apabila Cassandra Chung memuat naik petisyen agar Universiti Nottingham di United Kingdom (UK) menurunkan poster Datuk Seri Najib Razak kerana sikap berdiam diri perdana menteri itu berkaitan sumbangan RM2.6 bilion, beliau menganggarkan akan hanya mendapat sekitar 100 tandatangan.
Tetapi dalam masa 3 hari, pelajar undang-undang itu menerima hampir 4,000 tandatangan bagi menyokong usul untuk dikemukakan kepada University of Nottingham Malaysian Society.
"Kita sebenarnya sudah kemukakan usul dan buat masa ini, kita tidak akan menarik balik," Chung memberitahu The Malaysian Insider, ketika ditanya mengenai status gerakan beliau.

"Pada masa ini, kita sedang menunggu di Persatuan Malaysia meluluskan usul untuk dibahaskan di AGM minggu depan (mesyuarat agung tahunan)." Tetapi Chung berkata, walaupun Persatuan Malaysia "selalunya sangat terbuka kepada kebanyakan cadangan ahli " beliau tidak pasti mereka akan menerima usul itu, memandangkan persatuan itu harus kekal neutral.
Katanya, beliau hanya ahli biasa dalam persatuan itu walaupun pernah sekali mencuba bertanding jawatan setiausaha kebajikan.
Bagaimanapun, mahasiswa itu gembira atas sambutan menggalakkan sejak petisyennya dimuat naik pada 8 Mac.
"Apabila petisyen di peringkat penggubalan, saya diberitahu beberapa kali yang petisyen itu tidak boleh mendapat banyak sokongan. Jadi ketika bermula, harapan adalah sekurang-kurangnya 100 tandatangan.
"Jadi bayangkan kejutan semua orang (termasuk Justin dan saya) apabila kami mencecah 1,000 dalam masa kurang 24 jam dan apabila pelbagai portal akhbar mengesan petisyen itu," kata Chung, merujuk kepada penyokong gerakan ini, Justin Ong.
Menangani tindak balas
Tetapi petisyennya itu walaupun popular, ada kemudaratannya.
Chung memberitahu, beliau menerima ancaman di atas talian dan nampaknya mendapat perhatian pihak berkuasa.
"Kira-kira 2 atau 3 jam selepas petisyen itu dimuat naik, saya dimaklumkan seorang anggota jawatankuasa Persatuan Nottingham Malaysia yang Suruhanjaya Tinggi (Malaysia di Singapura) mencari mencari nombor saya.
"Saya menggeletar hingga akhirnya saya dapat tidur hanya 2 jam pada malam itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Amanah lapor polis dakwaan BN belanja RM1.5 bilion PRU13

Posted: 11 Mar 2016 07:27 PM PST

Semalam, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani susulan kenyataan Datuk Seri Idris Haron yang jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. – Gambar ihsan Pemuda Amanah, 12 Mac 2016. 
Semalam, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani susulan kenyataan Datuk Seri Idris Haron yang jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) semalam membuat laporan polis susulan kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang mempertahankan tindakan Barisan Nasional (BN) yang didakwa berbelanja RM1.5 bilion pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Jumlah itu pada mulanya disebut bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa dimaklumkan mengenainya dalam satu taklimat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada ketua perhubungan Umno negeri tidak lama dahulu.
"Saya membuat laporan ini merujuk kepada peruntukan Seksyen 19(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang menyatakan seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya atau ejen pilihan rayanya tidak boleh membelanjakan wang melebihi RM200,00 bagi kerusi Dewan Rakyat dan tidak melebihi RM100,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.

"Pengesahan Datuk Seri Idris Haron tersebut adalah jelas menunjukkan calon-calon BN di dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu berbelanja melebihi had yang dibenarkan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan oleh itu melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 19 (2) akta yang sama. "Laporan ini dibuat bertujuan agar polis menyiasat pihak-pihak yang berkaitan tentang pelanggaran Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang merupakan suatu kesalahan jenayah," laporan Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil dipetik.

PAS mahu tipu siapa dengan ‘kuasa ke-3’, soal pemerhati

Posted: 11 Mar 2016 07:24 PM PST

Para pemerhati politik tempatan berpendapat pakatan pembangkang ke-2 yang ingin ditubuhkan PAS tidak akan memperbaiki landskap politik negara malah ia hanya akan memberi manfaat kepada Barisan Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.
Cadangan parti Islam PAS untuk membentuk sebuah lagi pakatan baharu  "kuasa ke-3" menimbulkan keraguan, dengan penganalisis dan pemerhati berkata mengundi untuk parti ke-3 tidak memberikan kesan terhadap keputusan pilihan raya.
Di bawah sistem pilihan raya "first-past-the-post "(FPTP) pengundi mungkin memilih hanya antara 2 calon teratas di sesuatu kawasan itu, kata penganalisis politik Dr Wong Chin Huat.
Ini kerana mengundi bagi calon lain tidak akan mempunyai sebarang kesan kepada keputusan pilihan raya.

"Ramai pengundi lebih mengambil berat mengenai parti mana yang boleh membentuk kerajaan berbanding calon yang mewakili kawasan mereka. Bagi pengundi ini, mengundi untuk parti ke-3 tidak memberikan kesan kepada keputusan pilihan raya," kata Wong kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata, jarang bagi sistem pilihan raya FPTP mempunyai lebih daripada 2 gabungan, tidak seperti negara menggunakan sistem pilihan raya perwakilan berkadar atau "proportional" seperti Jerman, New Zealand dan Ireland yang mempunyai lebih daripada 3 parti utama, dan di mana sistem pelbagai parti, berdaya saing dan stabil.
Wong, yang juga penganalisis di Institut Pulau Pinang, mempersoalkan sama ada PAS atau gabungan baharu dicadangkan boleh menjadi kuasa ke-3 pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, ia bergantung kepada sama ada mereka boleh mencari cukup kawasan di mana PAS atau gabungan baharu merupakan salah satu daripada 2 peserta terbaik.
Pada pilihan raya lalu, PAS memenangi 21 kerusi Parlimen dan sekurang-kurangnya 40% undi dalam 31 kawasan lain, katanya.
"Prestasi memberangsangkan itu, bagaimanapun, dicapai sebagai komponen Pakatan Rakyat. Daripada jumlah 52 kawasan pilihan raya, sekurang-kurangnya 16 mempunyai 30% pengundi bukan Melayu pada ketika itu.
"Jelas sekali, cakap-cakap PAS membentuk satu lagi gabungan pelbagai etnik didorong antara lain, keinginan mengekalkan sekurang-kurangnya 16 kerusi ini dalam pertandingan 3 penjuru bersama Amanah (Parti Amanah Negara).
"Bagaimanapun, disebabkan kepimpinan Hadi terumbang-ambing,  kerjasama dengan Umno dan pandangan konservatif PAS mengenai isu-isu kepelbagaian budaya dan jantina, parti Islam itu ditolak kebanyakan bukan Melayu.
"Dan tidak ada sekutu bukan Melayu yang boleh dipercayai untuk bersekutu dengan PAS," katanya merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Wong berkata, dengan atau tanpa rakan bukan Islam, PAS akan terlibat dalam pertandingan 3 penjuru melawan Amanah dan DAP di kawasan-kawasan lain juga.
Beliau berkata, parti Islam itu mungkin mempunyai kelebihan di beberapa kawasan tradisi mereka tetapi di kerusi lain, terdapat satu soalan, walaupun di kalangan pengundi  Melayu muda, sama ada PAS perlu diberi perhatian serius untuk memimpin Malaysia atau tidak.
Beliau juga berkata, masalah paling besar bagi PAS ialah sikap tidak jelas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dicemari dengan dakwaan pelbagai skandal.
"Hadi peluk dia, (Datuk) Tuan Ibrahim (Tuan Man) menentangnya, (Datuk) Mahfuz (Omar) mahu menjatuhkannya. Mengapa pengundi anti Najib perlu mengundi PAS?" soalnya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata baru-baru ini, parti Islam itu akan menubuhkan gabungan pembangkang ke-2, bekerja dengan sebuah parti berbilang kaum dan bukan dengan Umno.
Takiyuddin berkata, PAS akan menandatangani memorandum persefahaman dengan parti pelbagai kaum yang baharu itu pada 16 Mac.
Undi Melayu berpecah
Penganalisis Prof Madya Samsu Adabi Mamat berkata, langkah PAS akan mempelbagaikan parti-parti pembangkang dan memecahkan undi Melayu.
Beliau berkata, walaupun ia merupakan suatu eksperimen, menggunakan simpulan bahasa Melayu "untung sabut timbul, untung batu tenggelam".
"Jika 'untung sabut', PAS dan pakatan baharu akan menjadi alternatif untuk menggantikan Umno sebagai parti Melayu utama. Jika 'untung batu', mereka hanya akan meningkatkan bilangan parti Melayu," katanya.
Samsu Adabi berkata kemunculan gabungan kedua dipimpin  PAS akan memberi manfaat kepada Barisan Nasional (BN), kerana ia akan memecahkan undi pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

GKCM wujud bagi perbetulkan perjalanan Umno

Posted: 11 Mar 2016 07:17 PM PST



SHAH ALAM - Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) wujud bukan sekadar bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya, tetapi bertujuan untuk membetulkan perjalanan Umno.
Pengerusinya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, GKCM akan terus bertindak sebagai pendesak kepada kepimpinan Umno, dan memastikan perjuangan Umno sentiasa berada pada landasan asalnya.
GKCM wujud bagi perbetulkan perjalanan Umno "Kecintaan terhadap Umno semakin terhakis. Apa yang kami lakukan adalah demi memperjuangkan parti agar ia terus relevan dan diterima rakyat serta tidak menyimpang daripada landasannya.
"Kami melihat, amanah yang diberikan kepada pemimpin untuk mengemudi Umno tidak dilaksanakan sebaiknya. Kerana itu kami akan terus beri tekanan supaya mereka tidak terlalu selesa dengan kedudukan yang ada sehingga boleh melakukan apa sahaja yang disukai," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, GKCM akan memainkan peranan terutama di barisan hadapan dalam menegakkan kebenaran termasuk sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Mereka meminta Muhyiddin menyatakan kebenaran, tetapi apabila perkara itu dilakukan, tiada siapa mahu menyokongnya malah tiada yang berani tampil ke hadapan.
"Kerana itu kami mengambil peranan tersebut. Kita tidak boleh biarkan, bila ada pemimpin yang bersuara tentang kebenaran, kemudian ditinggalkan, atas dasar itu GKCM menghulurkan tangan sebagai tanda sokongan (kepada Muhyiddin)," katanya.
Beliau turut menafikan GKCM lahir dan mendapat tajaan daripada Muhyiddin.
Read More / Baca Lagi >>

60% Orang Asal tolak BN pada PRU-14 kerana tertindas

Posted: 11 Mar 2016 07:15 PM PST

Orang Asal sudah hilang kepercayaan kepada karajaan ketika ini, kerana terpalit pelbagai skandal, ditambah pula dengan pelbagai janji sebelum pilihan raya gagal ditunai.
Yusri-Ahon_umno_bn_600
PETALING JAYA: Lebih 50% masyarakat Orang Asal di seluruh negara akan menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon membuat rumusan itu berdasarkan keluhan yang dibuat kebanyakan masyarakat Orang Asal apabila banyak janji yang ditabur kerajaan BN gagal ditunaikan
Perkara itu diburukkan lagi dengan pelbagai dakwaan skandal serta rasuah yang dihadapi kepemimpinan kerajaan ketika ini sehingga memaksa rakyat menanggungnya.
"Orang Asal akan tolak UMNO dan BN, saya yakin walaupun bukan 100% tetapi 50 hingga 60% akan menolak dan tidak menyokong kerajaan sedia ada pada PRU-14.
"Antara sebab lain mereka hilang kepercayaan kepada kerajaan ialah banyak janji tidak ditunaikan dan nasib mereka tidak terbela, antaranya tiada elektrik, air, hak tanah serta pendidikan," katanya kepada FMT, di sini, semalam.
Mangulas isu Orang Asal tiada bekalan elektrik dan air di Dengkil yang bersempadanan Putarajaya, beliau berkata, banyak lagi masyarakat Orang Asal menerima nasib yang sama.
"Banyak lagi, contoh, di Bera, Pahang, di Kelantan dan lain-lain. Antara sebabnya ialah kerajaan tidak pernah mahu mendengar suara Orang Asal.
"Banyak kawasan Orang Asal diambil oleh pihak tertentu untuk aktiviti pembangunan sehingga terpaksa lari mencari tempat baharu. Kalau kerajaan mengutamakan Orang Asal mereka seharusnya mendidik Orang Asal, bukannya menindas dan menghalau begitu sahaja," katanya.

Mampukah Orang Asal bayar bil elektrik, air? – Dr Zainal Kling

Posted: 11 Mar 2016 07:12 PM PST

Kebanyakan Orang Asal tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada bantuan pihak kerajaan semata.

PETALING JAYA: Kebanyakan kawasan penempatan Orang Asal berhampiran bandar tidak mempunyai kemudahan elektrik dan air lantaran masalah kewangan yang membelenggu golongan itu.
Pensyarah Pusat Pengajian Kerajaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata kebiasaannya penduduk kampung Orang Asal tidak mempunyai pendapatan tetap, sekaligus menyukarkan mereka membayar bil kemudahan asas yang disediakan.
"Masukkan elektrik itu ke kampung (Orang Asal) barangkali senang, tarik tiang, tarik wayar boleh la pasang, tetapi kebanyakan penduduk kampung Orang Asal biasanya tidak mempunyai pendapatan tetap.
"Mereka (Orang Asal di pedalaman) masih lagi menjalankan aktiviti pekerjaan di hutan, (Orang Asal berhampiran bandar) sudah tidak ada hutan untuk mereka mencari hasil, tetapi kalau tidak diberi percuma mereka tidak dapat membayar bil air dan elektrik.
"Kalau kerajaan melalui Kementerian Luar Bandar dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak bantu mereka untuk membayar segala kos ini, maka nak masukkan segala kemudahan awam (air dan elektrik) ini menjadi masalah," katanya kepada FMT.
Tinjauan FMT di perkampungan Orang Asal berhampiran Putrajaya mendapati penduduknya bekerja sebagai buruh di sekitar Bangi, Kajang, Dengkil dan Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Deklarasi Rakyat dan mereka yang takut

Posted: 11 Mar 2016 07:02 PM PST

Di kalangan penyokong anti kerajaan, Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan perdana menteri yang ditandatangani Jumaat lalu mencetuskan pelbagai reaksi dan tanggapan.
Tidak semua di kalangan mereka bersetuju dengannya. Sebahagian besar menyifatkan kerjasama pembangkang dan Mahathir sebagai mengkhianati kepercayaan rakyat.
Sesetengah individu ini tidak dapat menerima tindakan parti-parti pembangkang seperti PKR, DAP dan AMANAH duduk semeja dengan Mahathir - individu yang pernah mereka gelar sebagai 'Mahazalim' atau 'Mahafiraun' itu.
Mereka mengungkit 'dosa-dosa silam' Mahathir dan pencabulannya terhadap institusi-institusi utama negara, yang didakwa menjadi punca kebobrokan dan krisis politik yang berterusan hingga hari ini.
Tragedi Memali, campurtangan badan kehakiman, penggunaan akta kuku besi seperti ISA, amalan kronisme dan skandal menyelubungi pentadbiran bekas perdana menteri itu terus digali semula bagi mengingatkan 'dosa-dosa Mahathir'.
Di laman-laman sosial, mereka meluahkan emosi marah dengan menyatakan betapa pemimpin pembangkang yang dahulu menggelar Mahathir sebagai Mahazalim, kini mengangkat Mahathir sebagai 'mahahero baru' pula.
Selain tidak dapat menerima dosa-dosa lampau Mahathir, mereka juga meragui keikhlasan bekas perdana menteri itu untuk melakukan reformasi penuh terhadap institusi negara.
Mereka bimbang sekiranya Mahathir cuma memperalatkan pembangkang semata- mata demi mencapai kepentingan politik untuk menjatuhkan Najib, meskipun hakikatnya Mahathir sendiri kini terpaksa bergantung hayat di luar Umno.
Siapa lemahkan siapa?
Satu perkara yang harus diakui adalah rata-rata penyokong Mahathir kini cuma merupakan ahli biasa dan penyokong Umno. Hakikatnya mereka menentang Najib dan bukannya Umno.
Bukan mudah juga bagi mereka untuk menerima tindakan Mahathir bersekongkol dengan pembangkang khususnya DAP yang dianggap sebagai musuh.
Mungkin kerana menyedari kebimbangan itu Mahathir dalam catatan di blognya baru-baru ini mengaitkan kerjasama itu dengan krisis yang berlaku di Timur Tengah. Beliau mengingatkan bahawa negara-negara Arab berperang sesama sendiri kerana tidak mengenali 'musuh sebenar' mereka iaitu Amerika dan Israel.
Bekas presiden Umno itu juga dilihat cuba meyakinkan penyokongnya bahawa persahabatan dengan DAP dan PKR hanyalah dalam rangka sementara untuk menyingkirkan Najib dan bukannya Umno.
Perkara sama juga ditegaskan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengatakan Deklarasi Rakyat itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN tetapi hanya sekadar menggantikan Najib.
Justeru Deklarasi Rakyat itu hanya menyebabkan penyokong pembangkang dan pendukung Mahathir sendiri semakin menjadi keliru.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan lantik individu cenderung politik calon baru Gabenor Bank Negara

Posted: 11 Mar 2016 06:59 PM PST


Bank Negara MalaysiaBank Negara Malaysia
Kerajaan diingatkan melantik Gabenor Bank Negara yang baru mengikut apa yang disaran oleh bank pusat itu, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Tuan Ibrahim berkata Bank Negara Malaysia (BNM) khususnya penyandang jawatan gabenor sekarang, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz lebih mengetahui calon yang layak untuk mengisi jawatan itu.
"Semestinya BNM sendiri dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz tahu siapa yang lebih layak menggantikannya dari segi kelayakan, kepintaran, kebolehan dan terutamanya mereka yang bebas politik dan berani menentang gangguan politik ke atas BNM," ujar beliau.
Tuan Ibrahim menambah, kejayaan yang dicapai BNM dan Zeti dengan pengiktirafan pelbagai pihak sangat perlu dikekalkan, apa lagi dalam suasana negara berhadapan dengan pelbagai kemelut ekonomi serantau.
Menurutnya, kepakaran dalam menerajui kegawatan ekonomi semasa dan masa depan negara khasnya memerlukan kepakaran mengatasi tuntutan politik kepartian.
"Demi kebaikan negara dan BNM, PAS memohon BNM dan kerajaan mendedahkan kepada umum nama calon yang dikemukakan untuk memastikan kerajaan tidak bermain politik dalam hal ini.
"PAS tidak mahu insiden berulang di mana Peguam Negara mengumumkan tiada pendakwaan terhadap PM, manakala SPRM membayangkan adanya cukup bukti," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Tamat jawatan Mahathir bukti GLC di bawah kuasa PM

Posted: 11 Mar 2016 04:41 PM PST


Penamatan khidmat Tun Mahathir sebagai penasihat Petronas sudah dijangka.Penamatan khidmat Tun Mahathir sebagai penasihat Petronas sudah dijangka.
Keputusan kerajaan menamatkan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas menggambarkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kuasa Perdana Menteri, kata penyokong-penyokong Deklarasi Rakyat.
Pejabat Perdana Menteri semalam menyebut, keputusan menamatkan jawatan Tun Mahathir sebagai Penasihat Pertronas dibuat setelah kabinet berpendapat bekas Perdana Menteri itu tidak mendokong kerajaan sedia ada.
Ini kerana Deklarasi Rakyat yang diisytihar 4 Mac lalu, bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Malaysia Dateline malam tadi berkata, deklarasi itu bertujuan hanya untuk menukar seorang Perdana Menteri yang dilihat tidak lagi berintegriti dan bukan untuk menjatuhkan kerajaan.
"Bagi kami deklarasi yang diketuai Tun Mahathir berhasrat untuk membaiki negara dan tidak bersifat mengulingkan kerajaan, tidak wajar untuk diletakkan sebagai satu alasan untuk melucutkan jawatannya.
"Ini menunjukkan kita tidak boleh ada perbezaan pandangan. Ini bermakna semua mereka yang dilantik dalam sektor kerajaan terutama GLC dalam setiap peringkat jawatan tidak boleh berbeza pendapat dengan perdana menteri.
" Saya yakin penamatan jawatan Penasihat Petronas itu akan beri kesan buruk kepada ekonomi negara
"Masyarakat antarabangsa yang berada dalam sektor minyak dan gas akan hilang kepercayaan kepada syarikat Malaysia kerana telah dipolitikkan oleh kepentingan seorang perdana menteri," ujarnya.
Manakala bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim pula mengatakan beliau tidak terkejut dengan keputusan kabinet untuk menamatkan jawatan Tun Mahathir.
"Saya tidak terkejut kerana sudah dijangka. Itulah Umno mudah lupa jasa orang.
"Mereka kata Tun Mahathir nak guling kerajaan kenapa perlu guna perkataan begitu?
" Pada saya mereka tidak bertanggungjawab. Apa salahnya jika mereka memikirkan Tun Mahathir sudah lama menjadi perdana menteri, tokoh yangg banyak berjasa kepada negara sebab itu beliau dilantik sebagai penasihat," komen Zaid ringkas.
Read More / Baca Lagi >>

PEMECATAN MAHATHIR RUGIKAN NAJIB

Posted: 11 Mar 2016 04:40 PM PST

Tun Mahathir Mohamad akhirnya ditamatkan perkhidmatannya sebagai penasihat Petronas berikutan perbezaan pendapatnya yang berterusan dengan Perdana Menteri, Najib Razak.

Dalam tindakan yang diputuskan sebulat suara oleh kabinet, bekas Perdana Menteri itu dianggap tidak layak lagi memegang jawatan tersebut kerana sikapnya yang dilihat tidak mendukung kerajaan sedia ada.

Asas utama penamatan khidmat Tun Mahathir ialah kerana Deklarasi Rakyat yang dilancarkannya minggu lalu bersama tokoh-tokoh ternama negara, termasuk daripada parti-parti pembangkang yang disifatkan kabinet sebagai suatu percubaan untuk menjatuhkan kerajaan.

Walaupun tindakan terhadap Tun Mahathir ini dipercayai disebabkan desakan banyak pihak dalam UMNO sendiri mengenai perkara itu, tetapi ini bukanlah tindakbalas pertama Najib terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, Tun Mahathir juga sudah beberapa kali disiasat oleh pihak polis di bawah Akta Hasutan berikutan kenyataan-kenyataan kerasnya untuk menyingkirkan Najib daripada kerusi Perdana Menteri.

Sama ada Tun Mahathir akan dihadapkan ke mahkamah atau sebaliknya, ia akan banyak dipengaruhi oleh apa yang dilakukannya selepas ini.

Jika Deklarasi Rakyat telah menyebabkan Tun Mahathir dibuang sebagai penasihat Petronas, tidak mustahil deklarasi itu juga akan menyebabkan "kandang tertuduh"  di mahkamah pula bakal menantinya selepas ini.

Bagi Tun Mahathir, penamatan khidmatnya di Petronas ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sendiri pernah menawarkan diri untuk berundur daripadanya pada Disember 2013 yang lalu.

Bagaimanapun, hasrat Tun Mahathr itu ditolak oleh Najib yang merasakan masih ada keperluan bagi bekas Perdana Menteri itu untuk terus kekal memberi sumbangan kepada pembangunan dan kejayaan di syarikat minyak utama negara itu.

Maka, penamatan ini dipercayai tidak akan memberi apa-apa kesan kesan psikologi dan emosi kepada Tun Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

Will #SaveMalaysia get a chance to set sail?

Posted: 11 Mar 2016 04:36 PM PST

Or will the iron fist punch holes in the vessel even before the voyage begins?
selamatkan-malaysia_600
The characters in the team assembled under Mahathir Mohamad are so diverse in their backgrounds and perspectives that it's hard to imagine how they could agree on anything. They stand for so much variety that we wonder if they can agree on where North is. It's cute and funny, hopeful and sad all at once.
What on earth could possibly possess these grandpas grandmas, uncles and aunts to even attempt such a feat of bridge building? Even if they do not succeed in their stated goals, the lesson we should take from this is that whether we be rich men, poor men, beggars or kings, what unites us is our abiding love for this land we call home.
Isn't it irony of the highest order that the sprightly old man should come closest to showing us what 1Malaysia politics can be? The young Mahathir wouldn't even recognise the man he has become. He would have been the first to laugh at this kind of cooperation. That, it seems, is now history and he is intent, as are the others, to write a new playbook.
For those of us over the hill, Mahathir stood as the paragon of all that was mean and oppressive in an apex leader. He was all that and more long before George Bush Junior made famous the phrase "If you're not with us, then you're against us."
We've all heard before that leopards and tigers never change their spots and stripes and that jackals and vultures are always waiting to feast on the carrion. However, we are all wiser and smarter than we have ever been. We have, with the click of a button, the wealth of the world's information in our hands, but what we don't have is an alternative browser that will show us our backyard for what it is. Censorship has carefully filtered away all the warts and blemishes that would be contrary to the officially sanctioned image.
How can we not notice the resemblance of this initiative to the Najib and Hadi cooperation revealed at the Al Azhar Alumni meeting last December 17? But the campaign to #SaveMalaysia is distinct from that because it doesn't limit itself to any ethnic or religious subset but instead appeals to the largest possible group of all Malaysians who want accountability and transparency, and are against corruption and abuse at any level of government.
To many of us, such a team is welcome and long overdue, not only for the achievement of their stated immediate purpose, but also for finding inventive solutions to other issues of national importance. The rigidity of current party culture prevents any meaningful dialogue across party lines while searching for workable solutions for all Malaysians. People want leadership, not coercion.
Read More / Baca Lagi >>

HELLO NAJIB, IS THIS WHERE THE MISSING BILLIONS WENT? POSH NEW YORK BUILDING ONE57 FUNDED BY 1MDB-LINKED ARAB FIRM

Posted: 11 Mar 2016 04:35 PM PST

HELLO NAJIB, IS THIS WHERE THE MISSING BILLIONS WENT? POSH NEW YORK BUILDING ONE57 FUNDED BY 1MDB-LINKED ARAB FIRM
New York's first billionaires' building, ONE57, was funded by a subsidiary of an Abu Dhabi company linked to a global money-laundering investigation, The Post has learned.
Gary Barnett, of Extell Development, started to build the 75-story skyscraper, at 157 W. 57th St., during the height of the recession when Western funding was scarce.
Barnett owns only a small piece of the $1.6 billion tower, which was mainly funded by Aabar Investments and a second, privately held Abu Dhabi-based investor, Tasameem Real Estate Co., sources said.
"Gary Barnett used this Abu Dhabi connection to bail him out," one source familiar with the situation said.
Aabar is a subsidiary of International Petroleum Investment Co. (IPIC), one of the biggest backers of a state-owned Malaysian investment fund that is at the center of a growing corruption scandal.
ONE57 - billionaires building
That fund, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), had $6.5 billion in bonds guaranteed by IPIC, according to reports.
1MDB made two payments to IPIC — a $1.4 billion cash deposit in 2012 and a nearly $1 billion payment to extinguish options given to IPIC for guaranteeing bonds, according to a report.
Read More / Baca Lagi >>

BN perdaya Orang Asal untuk menang PRU – Tuan Ibrahim

Posted: 11 Mar 2016 04:31 PM PST

Kerajaan sebenarnya tidak serius mengatasi masalah Orang Asal kerana janji yang ditabur hanyalah penyedap kata menjelang pilihanraya.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ma
PETALING JAYA: Orang Asal telah diperdaya dengan taburan segala macam janji bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya, kata PAS.
Sehingga kini, dakwa Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, janji kerajaan untuk menyediakan kebajikan yang selasa untuk masyarat itu masih belum ditunaikan.
"Kerajaan sebenarnya tidak serius mengatasi masalah Orang Asal. Segala bentuk janji sekadar penyedap kata menjelang pilihanraya umum (PRU).
"Undi mereka diguna hanya diperlukan pada musim pilihan raya sahaja dengan pelbagai janji," katanya kepada FMT.
Katanya, isu utama yang membelenggu Orang Asal ketika ini apabila hak mereka untuk mendapat Tanah Adat disamping bekalan air dan elektrik yang masih belum disediakan secara menyeluruh.
"Isu besar yang membelanggu Orang Asal ketika ini adalah hak milik Tanah Adat. Kelemahan isu tanah orang asal mesti diselesaikan segera.
"Malah kerajaan juga perlu menyediakan program pembangunan bersepadu bagi mengatasi permasalahan masyarakat orang asal melibatkan pembangunan spiritual dan fizikal," katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon mendakwa lebih 50 peratus masyarakat Orang Asal seluruh negara akan menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya akan datang apabila banyak janji-janji yang ditabur kerajaan BN gagal ditunaikan.

Cara Najib.. Buat rakyat bertambah benci Umno.

Posted: 11 Mar 2016 04:29 PM PST

Petronas yg tidak bermasalah: Penasihat dipecat.
1MDB bermasalah besar: Penasihat masih gila pegang jawatan.

Penasihat Petronas: Mahathir ex-PM dipecat.
Penasihat PM: Paul Stadlen ex-APCO kekal.

Ini baru betul ULAT BUKU... baca sambil jilat UTUSAN..

Posted: 11 Mar 2016 04:27 PM PST

UTUSAN DAH BANYAK KALI KALAH SAMAN FITNAH..

[FAKTA No.1] - rugi 4 tahun berturut-turut
2015 - Rugi RM17.49 juta
2014 - Rugi RM82.64 juta
2013 - Rugi RM20.39 juta
2012 - Rugi RM15.5 juta

[FAKTA No.2]
Hanya yang bodoh saja baca Utusan

Jangan layan kerenah Mahathir, terus istiqamah - Veteran Umno

Posted: 11 Mar 2016 04:25 PM PST


Mustapha YaakubMustapha Yaakub
Veteran Umno Malaysia menyeru kepimpinan Umno di semua peringkat supaya fokus dan istiqamah kepada penyelesaian masalah rakyat berbanding melayan kerenah Tun Dr Mahathir Mohamed dan pembangkang.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata Umno tidak boleh terperangkap dengan strategi mereka yang mahu melekakan parti dengan provokasi dan serangan sehingga terlupa agenda 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'
"PRU14 (Pilihanraya Umum ke 14) hanya tinggal 21 bulan lagi. Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu melangsaikan hutang lama yang dijanjikan kepada rakyat semasa PRU13.
"Segala usaha hendaklah diambil untuk menghilangkan keresahan rakyat bagi mendapat keyakinan rakyat sekiranya mahu mempertahankan Putrajaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Justeru, katanya, Veteran Umno mencadangkan kerajaan mengambil tindakan seperti menurunkan harga barangan dan kos sara hidup, pengawalan yang lebih berkesan dan tindakan tegas terhadap peniaga degil yang menaikkan harga barang keperluan, menurunkan kadar caj elektrik dan kadar tol di seluruh negara malah jika perlu kerajaan boleh mengambil alih konsesi tol yang sudah lama beroperasi dan menghapuskan bayaran tol.
Kerajaan juga disaran menambah jumlah biasiswa dan pinjaman kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera di dalam dan luar negara serta menaikkan taraf Mahkamah Syariah setanding dengan Mahkamah Sivil.
Read More / Baca Lagi >>

Marah Najib, rakyat Kedah sokong Dr Mahathir

Posted: 11 Mar 2016 04:22 PM PST



 Rakyat Kedah masih menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad dan sesetengahnya turut menyokong Deklarasi Rakyat kerana pentadbirannya tidak banyak skandal serta tidak menyusahkan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016. 
Tun Dr Mahathir Mohamad kekal popular di negeri kelahirannya Kedah, ketika Umno menyerang dan mengkritiknya kerana bekerjasama dengan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun Putrajaya menghukum Dr Mahathir dengan menamatkan khidmatnya sebagai penasihat Petronas, rakyat Kedah masih lagi mengingati legasinya di negeri utara itu.
Memori penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah masih segar dalam ingatan dan mereka menyalahkan Najib terhadap langkah yang disifatkan sebagai percaturan politik semata-mata.

Pada sisi lain, mereka masih menghormati Dr Mahathir dan sesetengahnya turut menyokong Deklarasi Rakyat – gerakan bersama di antara pemimpin Umno, pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyingkirkan Najib.  "Tidak ada orang bercakap buruk berkaitan langkah Dr Mahathir yang menjalin kerjasama dengan pembangkang. Orang di Kedah ini majoriti tidak senang dengan Najib.
"Tindakan Najib menukar Mukhriz sebagai menteri besar tidak mendapat sokongan rakyat Kedah dan kami berdendam dengan tindakan orang Umno yang membodek Najib," kata Mohd Herman Rahim, 33, kepada The Malaysian Insider.
Herman yang merupakan pengundi di kawasan Parlimen pernah disandang Dr Mahathir, Kubang Pasu, berkata mereka menyanjung tinggi negarawan itu kerana pentadbirannya tidak banyak skandal dan tidak menyusahkan rakyat.
"Semasa zaman Dr Mahathir, kami tidak dengar skandal peribadi dan kewangan seperti terpalit dengan Najib.
"Di bawah Najib, pelbagai skandal dan isu kami baca yang tidak menyenangkan dengan kerajaan.
"Kemudian ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat di bawah pemerintahan Najib menyebabkan rakyat semakin susah," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Hazriq Hamid, 31, juga berkongsi sentimen sama apabila menyalahkan tindakan Najib menukar Mukhriz yang juga anak Dr Mahathir sebagai punca rakyat Kedah semakin menolak Umno.
"Krisis MB lalu menyedarkan orang Kedah Najib cuba bermain politik dan menyelamatkan karier politiknya hingga menyebabkan Mukhriz tersingkir.
"Mukhriz merupakan anak Dr Mahathir, seorang negarawan yang disegani dan dihormati majoriti orang Kedah.
"Tindakan Najib itu pada masa sama menyebabkan orang ramai bersimpati kepada Dr Mahathir dan kecewa dengan tindakan pemimpin Umno yang bersekongkol," katanya.
Hazriq berkata, isu Dr Mahathir menjalin kerjasama dengan pembangkang seperti DAP yang menjadi musuh utama Umno bukan suatu isu besar kerana isu lebih penting ialah memastikan peletakan jawatan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Irwan Serigar bakal ganti Zeti terajui Bank Negara ?

Posted: 11 Mar 2016 04:21 PM PST

Jika pemilihan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah menjadi kenyataan, ia merupakan 'satu tamparan' bagi usaha Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz untuk melantik orang dalaman sebagai penggantinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016. 
Jika pemilihan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah menjadi kenyataan, ia merupakan 'satu tamparan' bagi usaha Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz untuk melantik orang dalaman sebagai penggantinya.

Tan Sri Irwan Serigar Abdullah akan menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai gabenor Bank Negara, walaupun bank pusat itu berusaha menamakan calon dalamannya, laporThe Wall Street Journal (WSJ) hari ini.
Akhbar harian kewangan Amerika Syarikat (AS) yang memetik sumber berkata, Putrajaya akan menamakan Irwan, ketua setiausaha perbendaharaan sebagai gabenor Bank Negara baharu minggu depan.
Penggal perkhidmatan Zeti berakhir pada April dan semalam beliau berkata, Bank Negara sudah mengemukakan nama pengganti beliau.

"Kami sudah membuat cadangan dan kerajaan akan membuat keputusan serta mengemukakan nama kepada (Yang di-Pertuan) Agong," kata Zeti kepada pemberita semasa majlis Forum Wharton Global 2016 di Kuala Lumpur semalam. "Hanya bersabar. (Ia akan diumumkan) tidak lama lagi," katanya ketika ditanya siapa yang akan menjadi pilihan beliau di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Mohamed Ibrahim.
WSJ melaporkan, Pejabat Perdana Menteri, Bank Negara dan Irwan tidak mengulas mengenai kemungkinan pelantikan itu.
Irwan menyertai Kementerian Kewangan pada 2003 dan merupakan ahli lembaga Bank Negara.
WSJ berkata, jika Irwan dilantik, ia "mungkin satu tamparan kepada usaha (melobi) Zeti" untuk mengisi jawatan itu dengan calon dalaman.
Akhbar itu memuji Zeti kerana "pengurusan ekonomi beliau yang stabil", menarik pelabur kepada saham dan bon.
Pada tahun akhir tempoh perkhidmatannya, beliau terpaksa bergelut dengan penyusutan ringgit dan kesan daripada skandal berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan Irwan turut menganggotai lembaga itu.
Read More / Baca Lagi >>

3 Mantan MP: Ceramah YB Dato Husam Musa

Posted: 11 Mar 2016 04:14 PM PST

MACC keeps mum on SRC, RM2.6 bil donation

Posted: 11 Mar 2016 06:58 AM PST

Tun M tidak boleh menentang dan memegang jawatan sekaligus kata Menteri Umno

Posted: 11 Mar 2016 06:19 AM PST

Terpulang pada Proton untuk meneruskan khidmat Mahathir atau tidak, kata BN
rahman dahlann
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata dalam keadaan sekarang ini, jawatan Penasihat Petronas yang disandang Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh diteruskan.
Ahli politik Sabah itu menjelaskan Mahathir tidak boleh menentang kerajaan dan dalam masa yang sama berharap untuk terus menyandang jawatan lantikan kerajaan.
Beliau berkata demikian melalui Twitter, susulan laporan Jemaah Menteri menamatkan perlantikan bekas Perdana Menteri itu sebagai penasihat kepada syarikat petroleum itu.
Keputusan itu sebagai jawapan kepada tindakan tokoh politik Kedah itu melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pembangkang baru-baru ini, bagi mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.
Menyentuh nasib Mahathir sebagai Pengerusi Proton Holdings, Rahman berkata keputusan terletak pada pemegang saham kerana syarikat perusahaan kereta itu merupakan syarikat swasta.
"Saya mengucapkan good luck kepada Proton."
Selain daripada jawatan di Petronas dan Proton Holdings, Mahathir juga merupakan pengerusi di Yayasan Kepimpinan Perdana.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Sudah Tersongsang Jauh Bila Pejuang LGBT Dianggap Sebagai Heroin

Posted: 10 Mar 2016 11:30 PM PST


Amat memalukan buat seorang mahasiswa Islam mengangkat seorang yang mendukung pluralisme, pembela kes murtad, penentang mahkamah syariah dan penganjur kebebasan seks sebagai seorang heroin.  

Sudah terlupa siapa Ambiga? Atau sengaja mahu bersekutu dengan Ambiga semata semata untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sedia ada.