Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Petanda Guan Eng tertekan di Penang

Posted: 10 Mar 2016 06:35 PM PST



Kisah Guan Eng sapu duit developer dan kini sudah kemewahan dirinya dan keluarga sudah diketahui ramai.

Cakap DAP tentang pelbagai retorik tak boleh dipegang. Peristiwa sambutan Tahun Baru Cina di Chew Jetty menunjukkan tanda2 kaum cina sudah tak percaya on anything.

Petanda Guan Eng sudah rasa tertekan di Penang. Baca Snapshot 2016 di http://snapshot2016.blogspot.my


Cita-cita boboi besar tapi komen entah apa-apa

Posted: 10 Mar 2016 05:44 AM PST

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PENGERUSI FELDA MESTI DITUKAR, BUKAN CEO FGV

Posted: 10 Mar 2016 08:51 PM PST

Media telah melaporkan khabar angin, bahawa Datuk Zakaria Arshad bakal menggantikan Datuk Emir Mavani Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Felda Glober Venture Holdings Berhad (FGV) baharu.
Kami melihat perkembangan ini sebagai satu langkah memperkukuhkan kedudukan Tan Sri Isa Samad, bukan untuk memulihkan dan memacu FGV supaya bergerak di landasan yang betul.
Apabila terdapat beberapa babak perbezaan pendapat dalam urus tadbir antara Datuk Emir Mavani dengan Pengerusi Felda, terutamanya cadangan pengambilalihan 37 peratus kepentingan saham PT Eagle High Plantations yang melibatkan urusniaga bernilai RM2.55bilion menjadi isu,
Tan Sri Isa Samad mula bertindak menyikirkan Datuk Emir Mavani Abdullah yang dilantik sejak 2013 sebagai CEO FGVH dan sekarang ini bertugas secara kontrak bulanan.
Felda mula menjadi tidak stabil bila Tan Sri Isa samad dilantik menjadi Pengerusi Januari 2011 dan FGV disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur setahun kemudian . Dengan perkembangan terbaru, isu PT EHP , isu penjualan kilang TRT, isu pembelian Hotel dan Apartmen, isu KPF, isu Perumahan Generasi kedua Felda PGBF, isu kejatuahan komuditi sawit dan getah, isu tanam semula kedua peneroka Felda, pembelian saham perladangan yang dengan harga lebih tinggi dari pasaran dan berpuluh isu lain yang melanda Felda. Sewajarnya Kerajaan menukar Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dengan orang lain yang bebas pengaruh Politik untuk terus memacu Felda menghadapi cabaran global dan suasana iklim ekonomi dunia yang lebih mencabar.
Bukan menukar CEO FGV .
 Sekian.
NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS.

11 Mac 2016

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TAHNIAH UNIVERSITI MALAYA KE 48 RANKING DUNIA

Posted: 10 Mar 2016 04:59 PM PST

   

   Cabaran kepada University Selangor yang disebut-sebut.

PM NAJIB DI BANK NEGARA

Posted: 10 Mar 2016 06:16 AM PST

   

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bukan RM2.6 Bil TAPI RM3.53 Bilion Atau Lebih ! ? - Mukhriz

Posted: 10 Mar 2016 07:31 PM PST

TS Sanusi - Sayang Umno Adalah Membuat Supaya Umno DiHormati Orang !

Posted: 10 Mar 2016 07:31 PM PST

TNB, SYABAS, SPAN turun padang selepas pendedahan FMT

Posted: 10 Mar 2016 07:30 PM PST

Tuan tanah punca Orang Asli dekat Putrajaya dinafikan elektrik, air alasan Adun Umno

Posted: 10 Mar 2016 07:28 PM PST

Tuan tanah tidak membenarkan kabel elektrik melalui kawasan tanah mereka untuk disalurkan ke Kampung Orang Asli Bukit Tunggul.
Shahrum_tnb_orang-asli_600
PETALING JAYA: Pemilik tanah di Bukit Tunggul didakwa punca bekalan elektrik tidak dapat disalurkan ke Kampung Orang Asal di situ yang bersempadanan dengan Putrajaya.
Pendedahan itu dibuat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif berdasarkan maklumat diperoleh daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Masalah yang kita hadapi ialah apabila tuan tanah tidak membenarkan kabel elektrik melalui kawasan tanah mereka untuk disalurkan ke Kampung Orang Asli Bukit Tunggul," katanya kepada FMT, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Shahrum berkata, beliau dan TNB akan turun ke kawasan berkenaan untuk berjumpa dengan penduduk kampung terbabit bagi membolehkan projek penyaluran elektrik dapat dijalankan.
"Saya dan pihak TNB bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan berbincang dengan tuan tanah yang terlibat yang telah menyababkan projek TNB untuk memasukkan elektrik tertangguh.
"Sekiranya perkara tersebut diselesaikan, peruntukan daripada Kerajaan Pusat dapat disalurkan segera," katanya.
Tambah Shahrum, isu sama yang dihadapi penduduk Kampung Orang Asli Bukit Jenuk kini hampir selesai apabila TNB mengarahkan anak syarikatnya untuk menjalankan projek bekalan eletrik apabila Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan.
"Masalah bekalan elektrik di Bukit Jenuk hampir selesai apabila TNB sudah dapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk TNB menjalankan kerja-kerja awal.
Read More / Baca Lagi >>

Memalukan kampung sebelah Putrajaya tiada elektrik dan air...pemimpin terus bermewah..!!

Posted: 10 Mar 2016 07:26 PM PST

Pendedahan kampung Orang Asli terletak di sempadan Putrajaya yang langsung tiada bekalan air bersih dan elektrik.
Orang-Asli-PutrajayaBANGI: Keciciran masyarakat Orang Asli yang mendiami empat perkampungan bersempadanan dengan Putrajaya perlu ditangani segera.
Rata-rata Orang Asli yang di perkampungan terbabit hidup dalam keadaan daif tanpa bekalan elektrik dan air bersih.
Bagaimanapun, beberapa kilometer dari rumah mereka iaitu di Putrajaya wujud kawasan kejiranan serba moden dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Ia sekali gus membuktikan bahawa jurang sosio ekonomi dan perancangan bandar yang terlalu jauh dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Selain itu, ia juga menimbulkan persoalan akan kecekapan kerajaan dalam mengagihkan sumber negara untuk dinikmati secara saksama oleh rakyat Malaysia.
Aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohd Azlan Mohd Sharif, berkata perkara itu sama sekali tidak wajar berlaku dan disifatkan amat memalukan.
"Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak atau berpolitik, namun keadaan Orang Asli yang tinggal sebelah Putrajaya tetapi langsung tidak ada kemudahan asas memang tak boleh diterima.
"Bayangkan rumah sangat dekat, malah boleh dikatakan bersebelahan dengan Putrajaya tetapi tidak pernah mendapat akses elektrik dan air bersih," katanya kepada FMT di sini, semalam.
Azlan berkata, perkampungan itu terletak di Selangor dan bersempadanan dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya, yang mana kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan amat diperlukan bagi mengatasi masalah itu.
"Saya rayu agensi negeri dan Persekutuan supaya ketepikan perbezaan politik dan tolonglah bela nasib Orang Asli ini," katanya.

PAS lebih kuat bersendirian tanpa blok ketiga, kata penganalisis

Posted: 10 Mar 2016 07:20 PM PST

PAS akan lebih kuat jika kekal bersendiri tanpa bersekutu dengan parti lain dalam blok ketiga politik, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.PAS akan lebih kuat jika kekal bersendiri tanpa bersekutu dengan parti lain dalam blok ketiga politik, kata penganalisis. Profesor Dr Mohd Fuad Mat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yakin PAS akan lebih kuat jika kekal bersendiri tanpa bersekutu dengan parti lain dalam blok ketiga politik, menurut Sinar Harian hari ini.
Penganalisis politik itu dilaporkan berkata, ini kerana PAS boleh kekal menjuarai Islam secara bersendirian sewaktu Umno dan Pakatan Harapan berhadapan pelbagai masalah.
"Pada tahap ini, PAS tidak perlu memikirkan untuk bergabung, sebaliknya perlu memantapkan perjuangan mereka.

"Malah, dengan pelbagai isu melanda Umno dan Pakatan Harapan sekarang, PAS menjadi parti politik alternatif pilihan rakyat," belau dipetik berkata. Fuad berkata, sorotan sejarah membuktikan PAS sering kali gagal apabila bergabung dengan parti lain.
"PAS kena lihat suara akar umbi, adakah mereka suka PAS bekerjasama dengan pakatan lain? Sejarah juga membuktikan PAS boleh bersendirian, namun sering gagal apabila bergabung dengan parti lain," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
PAS pada 16 Mac ini dijangka mengumumkan senarai parti dalam blok ketiga yang digagaskan mereka.

PAS namakan sebagai bakal sekutu, Ikatan nafi

Posted: 10 Mar 2016 07:19 PM PST

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menarikan mendapat sebarang tawaran menyertai blok ke-3 politik yang akan diumumkan pada 16 Mac ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016. 
PAS menamakan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai salah satu parti yang berpotensi menjadi sekutunya bagi membentuk blok ke-3 politik di negara ini namun ia dinafikan pemimpin tertinggi Ikatan.
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyebut Ikatan sebagai parti tersebut sewaktu bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, semalam.
"Kita yakin ada lagi parti yang tidak bersedia bersama Pakatan Harapan dan Umno.

"Sebagai contoh, Ikatan dan di luar sana banyak lagi parti kecil di Sabah dan Sarawak. "Di samping itu ada organisasi bukan kerajaan (NGO) yang tidak masuk parti, seperti Kongres Rakyat," Khairuddin dipetik berkata Sinar Harian hari ini.
Namun, portal The Star Online semalam melaporkan penafian Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengenai perkara itu.
"Tidak, ia tak benar. Kami rapat dengan PAS tetapi kami tiada hubungan rasmi," katanya.
PAS semalam berkata mereka akan mengumumkan blok ke-3 politik itu pada 16 Mac ini.

15 Adun BN beri sokongan kepada Ahmad Razif...kedudukan kerusi kini 16 - 16...!!

Posted: 10 Mar 2016 06:36 PM PST

15 Adun BN beri sokongan kepada Ahmad Razif
KUALA TERENGGANU - Semua 15 Adun BN Terengganu menyatakan sokongan jitu dan padu kepada Menteri Besar, Datuk  Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Perkara itu dizahirkan Adun Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dalam satu sidang media bersama semua Adun berkenaan selepas Persidangan Dun ke-13, di Wisma Darul Iman di sini, kelmarin.
"Kami menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai perdana menteri dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebagai kepimpinan tertinggi di Negeri Terengganu.
"Ia tanpa apa-apa cabaran, tanpa apa-apa perasaan berbelah bahagi demi untuk memajukan negeri dan negara tercinta ini," katanya.
Selasa lalu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam  persidangan itu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.
Bagaimanapun, usul tersebut ditolak Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong berdasarkan Perkara 14(6) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu atas alasan Adun Kijal itu mengemukakan usul tersebut tanpa mengemukakan notis.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, BN yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Said pada ketika itu menang tipis 17 kerusi Dun daripada 32 kerusi manakala Pas menang 14 dan PKR hanya 1 kerusi.

TAMRIN TUMPANG TANYA, ADAKAH KU NAN KAUM KERABAT SULTAN MELAKA?

Posted: 10 Mar 2016 06:33 PM PST

Di sebalik Khairuddin Abu Hassan yang kerap mempertikaikan awalan nama  "Tengku" yang digunakan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar pula melahirkan rasa hairannya dengan gelaran yang dipakai pemimpin UMNO itu.

"Saya berasal dari Melaka, setahu saya tidak ada orang Melaka yang bergelar "Raja"  atau "Tengku"  kerana Kesultanan Melaka sudah berakhir sejak kira-kira 500 tahun dulu lagi," katanya.

Lantaran itu, katanya, beliau benar-benar hairan bagaimana Tengku Adnan yang keluarganya dikatakan berasal dari Tengkera, Melaka ada gelaran "Tengku" tersebut.

"Adakah beliau sebenarnya merupakan keturunan atau ada hubungan darah dengan Sultan Melaka yang sekarang heboh diperkatakan mahu menuntut takhta di negeri itu?" soal Tamrin lagi.

Semalam Khairuddin membidas Tengku Adnan dengan mengatakan Setiausaha Agung UMNO itu tidak layak mempertikaikan kehadiran pemimpin-pemimpin UMNO yang menandatangani Deklarasi Rakyat berikutan gelaran "Tengku" yang digunakannya sendiri adalah palsu.

"Dengan rakyat pun dia menipu dengan menggunakan gelaran palsu, siapa dia untuk mengatakan tokoh-tokoh UMNO yang menandatangani deklarasi itu sebagai kebudak-budakan," kata bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu.
Menurut Tamrin, sebagai pemimpin kanan UMNO dan kerajaan, rakyat berhak mengetahui asal usul dan salasilah sebenar Tengku Adnan kerana ia mencerminkan intergriti dirinya di mata khalayak umum.
Read More / Baca Lagi >>

Universiti Nottingham: Petisyen untuk keluar potret alma mater Najib lepasi 2,000 tandatangan

Posted: 10 Mar 2016 06:32 PM PST


Satu petisyen dalam talian menggesa untuk mengeluarkan potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari dinding alma mater Universiti Nottingham di UK, telah mengumpul lebih 2,000 tandatangan, sejurus sebelum tarikh akhirnya.
Petisyen itu yang bermula pada 8 Mac, menyasarkan sekurang-kurangnya 100 tandatangan untuk menyokong usul untuk dikemukakan kepada Persatuan Pelajar Malaysia di Universiti Nottingham.
"Kami sedar bahawa usul itu mungkin tidak diluluskan untuk dibahaskan, oleh itu petisyen ini memerlukan lebih 100 tandatangan untuk menunjukkan kepada persatuan itu bahawa isu ini layak dipertimbangkan di AGM," demikian menurut petisyen itu di Change.org.
Kurang daripada 30 minit sebelum tarikh akhirnya pada jam 11.59 malam, untuk usul itu dikemukakan semalam, petisyen tersebut yang dimulakan oleh Cassandra Hooi, telah mengumpulkan 2,252 tandatangan.
Usul itu menggesa Persatuan Pelajar Malaysia itu melobi untuk mengeluarkan potret Najib setinggi dua meter dari salah sebuah dinding kampus (King Meadow).
Usul itu sebagai tanda protes terhadap dakwaan keengganan Najib untuk menjelaskan dengan memuaskan tentang deposit sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.
Tindakan tersebut, menurut petisyen itu, mampu menghantar mesej yang kuat kepada perdana menteri bahawa sudah tiba masanya untuk beliau menjawab secara benar dan jelas terhadap dakwaan tersebut.
Jika usul itu, dengan disokong oleh petisyen tersebut, diluluskan, ia akan dibahaskan semasa AGP Persatuan Pelajar Malaysia pada 16 Mac.

Saya sudah tua untuk jadi hipokrit, kata Lim pada pengkritik

Posted: 10 Mar 2016 06:30 PM PST


Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang menolak dakwaan yang melabelkannya sebagai a hipokrit kerana bersama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan 'Selamatkan Malaysia'.
Lim, yang telah berkecimpung dalam politik selama 50 tahun, berkata dia sudah terlalu tua untuk menjual prinsipnya.
"Hiprokit? Ada orang tuduh saya tidak mempunyai prinsip, bahawa saya oportunis.
"Selama 50 tahun, saya tidak pernah tertarik dengan jawatan dengan gaji besar. Saya sekarang 75 tahun, tidak banyak lagi masa untuk aktif, jadi tidak ada sebab mengapa saya akan terdorong dan tertarik sekarang," katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara Selasa lalu.
 Lim berkata beliau bekerjasama dengan Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tindakan itu demi kebaikan negara ini.
"Menjadikan rakyat lebih bersatu, masyarakat yang adil dan negara makmur adalah prinsip yang saya pegang seluruh hidup saya," katanya.
Menurutnya, bahawa bekerjasama dengan Mahathir tidak bermakna beliau telah melupakan mengenai tindakan lalu bekas perdana menteri itu.
Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, adalah penting untuk tidak dikekang oleh peristiwa lampau dalam usaha untuk menyelamatkan negara ini.
"Terdapat kesalahan pada masa lalu tetapi kita perlu putuskan apa yang lebih mendesak sekarang dan untuk masa depan atau pun memberi tumpuan kepada masa lalu," katanya.
Lim dan Mahathir adalah seteru politik ketat sejak beberapa dekad lalu.
Penampilan mereka bersama-sama pada majlis pelancaran gerakan Selamatkan Malaysia, Jumaat lalu mengejutkan ramai pihak dan kedua-dua mereka dituduh mengkhianati perjuangan masing-masing.

KERAJAAN HANYA KUTIP CUKAI ARAK & JUDI SAHAJA !!!

Posted: 10 Mar 2016 05:00 PM PST

Majlis Fatwa Kebangsaan dah lama fatwakan merokok itu haram. Fatwa 23 Mac 1995. Sampai kini walau HARAM KERAjaan TERUS KUTIP CUKAI ROKOK !!!

Terang2 dalam Islam ARAK ITU HARAM..
Terang2 dalam Islam JUDI ITU HARAM..
Sampai kini walau HARAM KERAjaan TERUS KUTIP CUKAI ARAK & JUDI !!!

KENAPA JADI BEGITU ??.. Kerana KERAjaan bukannya minum arak atau main judi.

HANYA YANG BODOH SAJA pilihan Najib..

Posted: 10 Mar 2016 05:00 PM PST

Patutler menteri2 sebegini rupa mng akan kekal lama dlm kabinet dapur Najib kerana...

Kalau pilih yg pandai susahlah nanti Najib nak kencingkan rakyat..

'BOTOL': Bodo + Tolol = BOTOL

Posted: 10 Mar 2016 04:59 PM PST

Beginilah tahap pemikiran kepala hotak Umno mengukur tahap susah & menderita rakyat kerana GST HANYA DENGAN dgn tengok kesesakan lebuhraya & berapa ramai rakyat M'sia yg pergi umrah..

Setelah habis keringat rakyat diperah, duit rakyat pula nak dikeringkan.

Posted: 10 Mar 2016 04:58 PM PST

Amanah yang rakyat berikan kepada kamu, kamu khianati. Haram ke atas kamu walau satu sen pon.

MASIH ANDA INGAT.. ada sekor tokoh isu ternakan babi kaki pendek kat negeri JE dulu yg pernah disabitkan kesalahan rasuah politik, masih gah berkuasa di GLC hingga kini...

ITUPUN MASIH TAK SEDAR2 DIRI LAGI NAK UNDI BN !!!

Posted: 10 Mar 2016 04:57 PM PST

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU.. setiap kali GLC hadapi kerugian atau masalah kewangan, dana keringat rakyat yg korang kerja siang mlm tu akan dirompak oleh 'mereka'..

Pelbagai alasan diberi dividen KWSP 2015 susut.. Rupa2nya dlm diam2 KWSP suntik RM1.3 bilion kpd MBSB...

MASIHKAH ANDA INGAT.. Apa dah jadi pada duit KWSP bagi pinjam pada..
1) RM6 bilion pada Felda/FGV
2) RM6 bilion pada syarikat MAS, last2 MAS jatuh bangkrap

Agaknya 'merkeka' ini bodoh atau goblok ??

Posted: 10 Mar 2016 04:52 PM PST

Inilah kata Menteri yang mencadangkan agar kerajaan dapat tutup jalan untuk MAT REMPIT berlumba...

MANA SATU YANG BETUL?

Posted: 10 Mar 2016 04:45 PM PST

Semalam Tuan Presiden cakap macam ini...

Hari ini Setiausaha Agung pula cakap begini. Mana satu yang betul? Atau kedua-duanya tak boleh pakai?

Bagaimana pula dengan yang ketiga ini? Kenapa mesti blok baru? Blok baru ini untuk menguntungkan siapa sebenarnya?

Desak Najib undur suruhan agama kata Husam

Posted: 10 Mar 2016 04:44 PM PST


Dato Husam MusaDato Husam Musa
Bekas naib presiden Pas Dato' Husam Musa berkata usaha mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan adalah bertepatan dengan ajaran agama Islam.
Menurut beliau perkara ini dinisbahkan kepada tindakan nabi SAW yang menyertai peristiwa "Hilful Fudhul" semasa baginda masih remaja lagi.
"Dalam peristiwa ini nabi SAW menyertai sekumpulan penduduk Mekah yang membuat perjanjian untuk membela peniaga yang dianiaya seorang pembesar yang enggan membayar hutang," kata beliau di majlis ceramah perdana mantan ahli parlimen Kubang kerian 10 Mac lalu.
Ceramah anjuran sebuah NGO itu diadakan  di bandar setelit Pasir Tumboh dan dipengerusikan Ahli Parlimen Kubang Kerian Ustaz Baihaki Atiqullah.
Menurut Husam Walaupun kumpulan yang membuat perjanjian tersebut adalah terdiri daripada penyembah-penyembah berhala baginda nabi tidak teragak-agak untuk menyertainya kerana ia melibatkan soal maruah dan integriti.
Beliau yang turut menandatangani deklarasi rakyat yang mendesak Najib berundur menyeru orang ramai menyertai kempen ini kerana ia tidak bercanggah dengan undang-undang negara dan bertepatan dengan ajaran Islam.
"Dalam kisah hilful fudhul pembesar Mekah itu hanya khianat kepada seorang peniaga sedang dalam kes Najib pengkhianatan dilakukan kepada sejumlah rakyat yang begitu ramai," jelasnya.
Beliau mengambil contoh kes Tabung Haji (TH) bagaimana badan yang dimiliki umat Islam itu diperalat untuk membeli sebidang tanah dengan harga berganda yang tidak masuk akal semata-mata untuk melindungi skandal 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Lebih afdal Mubarak Selangor pujuk Najib letak jawatan

Posted: 10 Mar 2016 04:43 PM PST


Datuk Seri Khairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu HassanYang Dipertua Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar sewajarnya lebih afdal memujuk Perdana Menteri Mohd Najib Razak melepaskan jawatan berbanding menjadi orang tengah sebagai pendamai antara Najib dan Tun Mahathir.
Cadangan itu dibuat bekas ahli Umno  Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang berkata,sesiapa sahaja yang berprinip tegas berteraskan hukum agama sudah pasti tidak mahu bersubahat dengan kemungkaran rasuah serta salah gunas kuasa.
"Mungkin Tan sri (Abu Hassan Omar) tak faham isu kot? Kami rakyat jelata di seluruh negara sedang melawan kemungkaran rasuah dan salahguna kuasa yang sedang membelenggu kepimpinan Najib.
"Atau pun lebih afdal bagi Tan sri menasihati Najib untuk buat laporan polis seterusnya menyaman The Wall Street Journal serta sarawak Report secara rasmi serta merta kerana menuduh Najib rasuah serta menyeleweng berbillion ringgit wang 1MDB
"Berita ini tersebar ke seluruh dunia. Ia amat memalukan perdana menteri Malaysia dan menjejaskan reputasi negara Malaysia di kacamata dunia luar.
"Bolehkah Tan Sri jadi orang perantaraan tanya Najib kenapa beliau tak mahu saman the wall street journal serta sarawak report?," soalnya kepada  Malaysia Dateline.
YDP Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar (duduk tengah) ketika sidang media diadakan semalam.YDP Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar (duduk tengah) ketika sidang media diadakan semalam.Semalam Bernama melaporkan Yang Dipertua Mubarak Selangor, Tan Sri Dr Abu Hassan bersedia menjadi 'orang tengah' dalam menyelesaikan pertikaian pendapat antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia akan kerjasama?

Posted: 10 Mar 2016 04:42 PM PST

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali KUALA LUMPUR - Pas mungkin bekerjasama dengan beberapa parti politik bagi mewujudkan blok politik ketiga pembangkang.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, Parti Ikatan Bangsa Malaysia merupakan antara parti yang dijangka bekerjasama dengan parti tersebut.
Menurut Khairuddin, blok ketiga yang bakal diwujudkan membawa kelainan dari Pakatan Harapan dan Umno.
"Kita yakin ada lagi parti yang tidak bersedia untuk bersama Pakatan Harapan dan Umno. Sebagai contoh, Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan di luar sana banyak lagi parti kecil di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, ada NGO (badan bukan kerajaan) yang tidak masuk parti seperti Kongres Rakyat," katanya.
Khairuddin berkata, Pas mengubah konsep bekerjasama dengan mana-mana pihak setelah terkuburnya PR.
"Sebenarnya perbincangan ke arah itu (bekerjasama) sudah lama dijalankan Pas iaitu sejak parti itu tidak menganggotai Pakatan Harapan.
"Mereka (pihak-pihak yang akan bekerjasama dengan Pas) menunggu masa untuk kita buat satu persefahaman dalam masa terdekat. Cuma saya tidak boleh umum kena tunggu pengumumannya," katanya.

Bingkas sebelum ‘Dutch Disease’ memusnahkan negara kita

Posted: 10 Mar 2016 04:39 PM PST

Malaysia hampir pasti akan menghadapi krisis ekonomi dengan kadar harga minyak yang rendah. Jika begitu, berapa sangatlah yang boleh dibantu Petronas?
petronas
Oleh Yeo Bee Yin
Saya rasa bimbang membaca kenyataan akhbar Petronas bertarikh 29 Februari 2016 yang mengumumkan keuntungan selepas cukai syarikat minyak negara itu bagi tahun 2015 ialah RM21 bilion, 56% lebih rendah berbanding tahun 2014. Menurunnya keuntungan Petronas bukanlah sesuatu yang tidak dijangka memandangkan kita telah melihat kejatuhan harga minyak mentah sehingga 75% sepanjang 18 bulan lalu, daripada US110 satu tong, ke tahap paling rendah sejak tahun 2003 pada harga USD27 satu tong, sebelum ia kembali meningkat dan terapung pada kadar USD35 satu tong.
Apa yang meresahkan saya ialah hakikat bahawa dengan pendapatan yang begitu rendah, Petronas mungkin terpaksa mengorek simpanannya untuk menepati komitmen dividen bagi tahun 2016 sebanyak RM16 bilion kepada Putrajaya. Wajar diperhatikan juga bahawa di kemuncak krisis ekonomi 2008 dan selepasnya, dividen yang dibayar oleh Petronas kepada Putrajaya masih lebih rendah berbanding pendapatannya, dengan dividen berbayar pada kadar 39.3% pada tahun 2008, 57.1% pada tahun 2009 dan 74.4% pada 2010.
Sejak Najib mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2009, beliau tekah menikmati tahun-tahun terbaik harga minyak. Kerajaannya telah memungut sebanyak RM426 bilion sejak 2009 sehingga 2014 daripada Petronas dalam bentuk dividen, cukai, tunai dan duti eksport (seperti jadual di bawah) berjumlah RM74 bilion pada 2009, RM57.6 bilion bagi tahun 2010, RM65.7 bilion pada 2011, RM80 bilion pada 2012, RM73.4 bilion pada 2013 dan RM75.3 bilion pada tahun 2014.
jadual
Read More / Baca Lagi >>

Ahli keluar PERKASA bantah kerjasama dengan DAP

Posted: 10 Mar 2016 04:37 PM PST

Selepas UMNO dan PAS, satu lagi gerakan Melayu mula bertelingkah dan bercerai-berai
perkasa
KLANG: Seramai 30 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Parlimen Kapar isytihar keluar daripada pertubuhan itu serta-merta.
Di satu sidang media di Dewan Johar, Sungai Udang Klang malam tadi, jurucakap kumpulan itu berkata mereka telah hilang kepercayaan terhadap Presiden, Datuk Ibrahim Ali dan pucuk pimpinan gerakan hak Melayu itu yang didakwa bersekongkol dengan seteru, DAP.
"Sebaik sahaja Deklarasi Rakyat ditandatangani kelihatan kehadiran presiden dan beberapa pimpinan tertinggi PERKASA mambuktikan sokongan mereka terhadap komplot jahat menjatuhkan pemimpin negara," kata bekas Pengerusi PERKASA Parlimen Kapar, Rahman Saat.
"Mereka sanggup menggadaikan maruah perjuangan manaiki kapal yang sama dan tidur bersebelahan dengan DAP di atas katil empuk hasil kerja tangan negarawan ulung, Tun Dr Mahathir Mohamad."
Rahman berkata tindakan Ibrahim menyertai 'Deklarasi Rakyat' bersama DAP telah menimbulkan pendebatan hebat di kalangan pengerusi PERKASA parlimen seluruh negara dimana rata-ratanya membantah tindakan itu.
"Sejak penubuhan 8 tahun lalu, PERKASA tanpa henti mencanang secara tegas bahawa NGO itu sampai mati akan memusuhi DAP yang secara terang-terangan memperjuangan fahaman chauvinist dan menindas masyarakat Islam dan Melayu di Negara ini."
Kumpulan tersebut memotong kad keahlian PERKASA simbolik mereka berpisah dengan pertubuhan itu.
Sebelum ini, Ibrahim berkata beliau tidak menandatangani 'Deklarasi Rakyat' kerana dasar PERKASA sebagai sebuah NGO ialah tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak.

Ramai penyokong tidak terima kerjasama dengan Dr Mahathir, kata ahli Pakatan

Posted: 10 Mar 2016 04:35 PM PST

Kerjasama parti pembangkang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Deklarasi Rakyat membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong terutama yang melalui era reformasi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016. 
Kerjasama parti pembangkang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Deklarasi Rakyat membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong terutama yang melalui era reformasi.

Ramai aktivis dan ahli parti Pakatan Harapan kini menggunakan pepatah Melayu "menjilat ludah sendiri" bagi menggambarkan rasa meluat mereka terhadap Deklarasi Rakyat yang dimeterai 4 Mac lepas, menurut sumber dalaman gabungan parti pembangkang itu.
Mereka memberi amaran, langkah ini boleh menghalang kumpulan itu mendapat sokongan diperlukan untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatan.
Sokongan daripada ahli Pakatan adalah penting terhadap deklarasi itu memandangkan ia tidak mendapat sokongan dari dalam Umno walaupun dengan kehadiran bekas presiden paling berpengaruh parti, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pepatah itu ditujukan mereka kepada ahli politik Pakatan yang tanpa segan silu berganding bahu dengan Dr Mahathir menandatangani deklarasi itu. "Ramai daripada aktivis itu, terutamanya daripada era reformasi masih ingat diserang dengan gas pemedih mata dan dikasari polis pada perhimpunan ketika pentadbiran Dr Mahathir," kata sumber dalaman Pakatan.
Pemimpin DAP Selangor Edry Faizal Eddy Yusof berkata, ramai yang masih tidak dapat menerima pemimpin mereka yang seolah-olah melupakan semua kesalahan Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016. 
Pemimpin DAP Selangor Edry Faizal Eddy Yusof berkata, ramai yang masih tidak dapat menerima pemimpin mereka yang seolah-olah melupakan semua kesalahan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

 "Mereka benar-benar marah kepada Dr Mahathir dan semua yang dilakukannya," kata sumber itu yang juga bekas aktivis reformasi pada era 1990-an.
Aktivis muda yang terlibat dengan parti Pakatan seperti DAP dan PKR selepas pilihan raya umum 2008, juga kecewa, kata pemimpin DAP Selangor Edry Faizal Eddy Yusof.
"Mereka ini tahu dan sedar masalah negara semuanya bermula dengan Dr Mahathir. Mereka tidak dapat terima melihat pemimpin mereka dengan mudah menyokong beliau," kata Edry Faizal yang juga antara aktivis lantang DAP berusia bawah 30an.
Pada majlis deklarasi bersama Dr Mahathir itu, antara pemimpin Pakatan yang hadir termasuk nama-nama paling dihormati seperti Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Chua Tiang Chang.
Ketiga-tiga individu ini pernah berpengalaman sebagai tahanan politik semasa 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir.

‘Kuasa ketiga’ PAS cabar pengaruh Pakatan Harapan, kata penganalisis

Posted: 10 Mar 2016 04:33 PM PST

Strategi PAS mewujudkan pakatan politik 'kuasa ketiga' dilihat bakal menarik pengundi yang berada di antara kemarahan kepada Umno dan sangsi kepada Pakatan Harapan, sekaligus menjejaskan peluang gabungan pemangkang itu mencabar dominasi BN, kata penganalisis politik, Prof Ahmad Atory Hussein.
Pada masa sama menurut beliau, blok pembangkang yang bakal ditubuhkan parti itu antara lain bertujuan cuba memujuk kembali sekumpulan penyokong PAS yang kini berpihak kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Strategi PAS adalah untuk berdepan pilihan raya akan datang, PAS mungkin memberi penawaran kepada pengundi melalui calon-calon yang akan diangkat bukan daripada tokoh PAS sendiri.
"Di kalangan pengundi khususnya orang Melayu ramai yang kecewa dengan Umno dan Pakatan Harapan, jadi kuasa ketiga ini akan memberi pilihan baru melalui calon yang tidak dipengaruhi parti politik," katanya kepada Malaysiakini.
Justeru menurut beliau, pihak yang bersekutu dengan PAS dalam kerjasama politik itu, tidak semestinya parti politik, sebaliknya mungkin lebih bersifat NGO.
Kerjasama dengan NGO
Apa yang saya nampak, kuasa ketiga ini adalah untuk mengurangkan pengaruh terhadap AMANAH melalui kerjasama dengan NGO-NGO seperti PERKASA (Pertubuhan Pribumi Melayu) misalnya.
"Seperti PERKASA mereka banyak pengaruh dan tidak mempunyai masalah dengan PAS, begitu juga pengaruh NGO lain," katanya.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan satu blok pembangkang baru bakal diwujudkan dengan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan parti sekutu yang akan menandatangani memorandum persefahaman dengan PAS itu.
Takiyuddin, yang juga ahli Parlimen Kota Bharu, turut menegaskan bahawa Umno atau parti disokong Umno, tidak akan dilibatkan dalam gabungan dinamakan "Blok Politik Ketiga".
Memecah undi
Read More / Baca Lagi >>

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Lunyai Rafizi Kena Balun Di Parlimen

Posted: 10 Mar 2016 07:40 PM PST


Deklarasi Rakyat, Satu Usaha Sia Sia Kata Presiden PAS

Posted: 09 Mar 2016 10:30 PM PST


wirawandesa

0

Posted by Unknown | Posted on 7:43 PTG | Posted in

sumber :-

wirawandesa


BOLASEPAK MALAYSIA: BETULKAH JURULATIH BERSALAH?

Posted: 10 Mar 2016 12:06 AM PST

Sejak bermulanya sepakmula Liga Malaysia baru-baru ini hingga ke hari ini ada saja berita tentang kemelut manusia yang dipanggil JURULATIH. Ada-ada saja beberapa nama jurulatih yang disebut-sebut gagal menjalankan tugas dengan baik. Ada juga berita tentang seorang dua jurulatih yang bakal direhatkan dan diganti dengan jurulatih yang lain.

Begitulah bolasepak dan orang yang terlibat dengannya sama juga seperti bola. Sentiasa berputar turun naik, tidak tentu arah. Dan jurulatih yang dilihat bagus hari ini belum tentu bagus esoknya. Malah belum tentu bagus selamanya. Mungkin nasibnya baik musim ini, pada musim hadapan barangkali kecundang. Seperti juga bola itu sendiri, belum tentu di mana pusatnya.

Tetapi benarkah jurulatih tertentu memainkan peranan menaikkan prestasi sesebuah pasukan? Kalau dilihat sejarah bolasepak negara dan juga dunia, jurulatih hanyalah merencana tetapi pemain yang mewarnakan kegemilangan dan jurulatih hanya menumpang gahnya sesebuah pasukan.

Satu ketika dulu, Datuk Ahmad Shafie begitu hebat membimbing pasukan Kenari sehingga beberapa kali ke perlawanan akhir Piala Malaysia sehingga menjadi juara. Kerana kebolehananya itu dia diangkat menjadi jurulatih pasukan kebangsaan untuk bebrapa musim sehingga akhirnya kembali ke pangkuan Kenari. Dan kali kedua bersama kenari, beliau menemui kegagalan.

Begitu juga jurulatih kebangsaan Datuk Rajagobal. Jurulatih berwibawa seperti beliau boleh gagal membimbing Sarawak. Apa pula terjadi kepada Azrai khor? Begitu hebat membimbing Kenari sehingga juara berganda beberapa kali, akhirnya gagal juga di peringkat kebangsaan dan di beberapa negeri. Ahmad Yusof sudah merasainya apabila direhatkan oleh pasukan Penyu (Terengganu). Dan sekarang dalam senarai penyingkiran sudah ada beberapa nama jurulatih seperti Ahmad Shaharuddin Rosdi yang meletakkan jawatan di Pahang, K. Devan di Kelantan, Syamsul Saad di Perak serta Datuk Rajagobal sendiri di Sarawak.

Sebenarnya di Malaysia tercinta ini, faktor pemain sendiri yang menjadi punca merosotnya prestasi beberapa pasukan. Jika pemain tidak suka pada mana-mana jurulatih, macam-macam cara boleh dibuat untuk menjatuhkan jurulatih itu. Ini disokong pula dengan faktor wang yang ditaburkan kepada pemain. Kenari pernah turun dari Liga Super ke Liga Perdana angkara janji wang ringgit yang tidak tertunai. Tanyalah JDT berapa banyak wang yang mereka ada? Tidak hairanlah kejayaan demi kejayaan mereka kecapi.

Baru saja memasuki empat perlawanan kita sudah membuat andaian-andaian negatif tentang jurulatih. Masih jauh lagi perjalanan liga, masih banyak perlawanan yang harus ditempuh. Dan kalau kita asyik  memikirkan Kelantan harus menang, maka Kedah yang patut kalah? Bagaimana pula nanti petemuan antara Kedah dengan JDT? Masakan dua-dua pasukan akan memang. Salah satu pasukan mesti kalah dan yang kalah tentunya bukan kerana kelemahan jurulatih semata-mata.

Bersikap adillah terhadap para jurulatih. Beri peluang sewajarnya kerana mungkin pada perlawanan yang lain prestasi pasukan akan meningkat. Bagaimana jika bertukar jurulatih nasib pasukan masih juga serupa? Tentu kena tukar jurulatih lagi. Apa kesudahannya?


Di Malaysia, jurulatih yang paling selamat tentulah Datuk Ong Kim Swee sebab dia ada ONG.

DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:12 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


GUANE NI TUAN GURU, PECAT DR HASAN ALI BOLEH PULAKK?

Posted: 10 Mar 2016 06:13 AM PST

 shahbudindotcom

 



Berkata-katalah Presiden Pas, Hadi Awang yang sekarang sudah pandai memakai baju berwarna merah jambu, bukan lagi hijau seperti zaman dulu-dulu bahawa Islam tidak menggalakkan memecat pemimpin, sebaliknya hanya perlu membetulkan mereka.

"Budaya pecat pemimpin tidak digalak dalam Islam. Islam tak galak pecat pemimpin, perbetul boleh.

"Kita kena sabar memperbetulkan pemimpin," katanya ketika berucap di Parlimen.

Ehh...ehh...cantiknya kenyataan ini dan jika ada markah yang patut diberikan, sudah tentu boleh diberi lima bintang tanda "cemerlangnya" Hadi kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, sudah tentu yang paling gembira mendengar kenyataan Hadi itu ialah Najib Razak sendiri.

 Makna kenyataan itu sangat jelas bahawa Pas tidak akan setuju dengan sebarang usaha untuk menyingkirkan Najib, malah akan terus bersabar dengan segala macam karenah dan onar dalam kepimpinan Perdana Menteri yang bukan lagi rahsia kepada seluruh dunia.

Tetapi, ingin juga ditanya kepada Hadi Awang, tidakkah beliau lupa bahawa Najib jugalah yang mengetuai gerakan "memecat" Menteri Besar Perak dari Pas, Nizar Jamaluddin pada tahun 2009 dahulu?

Jika benar Islam tidak menggalakkan pemecatan pemimpin, bagaimana sekarang beliau boleh berkawan rapat dengan "ketua gerakan pecat-memecat" itu?

Lebih dari itu, dalam UMNO sendiri Najib juga sudah melakukan banyak pemecatan dan penyingkiran bagi tujuan mengekalkan kuasanya.

Tidakkah Hadi terasa "geli" ketika berbaik-baik, duduk-duduk  berdekatan atau semasa ketawa-ketawa bersama Najib?

Selain itu, kiranya benar Pas mengamalkan pendekatan membetulkan pemimpin atau dalam kata lain hanya memberi teguran, ingin juga ditanya, sudah berapa kali beliau cuba "memperbetulkan" Najib berhubung isu 1MDB dan wang berbilion-bilion yang diakui Perdana Menteri sendiri masuk ke akaun peribadinya?

Atau apa yang berlaku Najib yang sekarang sudah bergelar "bilionwan" itu yang sebenarnya sudah berjaya "memperbetulkan" Hadi Awang untuk condong kepadanya?



Satu perkara lagi sebelum terlupa dan kiranya Hadi Awang tidak lagi mengingatinya, bagaimana dengan Pas sendiri yang pernah memecat Dr Hasan Ali sebelum ini?

Kenapa dipecat? Kenapa tidak sekadar ditegur atau bersabar saja dengan karenah-karenah yang ditimbulkan oleh Dr Hasan Ali?

Guane ni Tuan Guru? 


SEORANG LAGI MENTERI "SAKIT" DALAM KABINET NAJIB

Posted: 10 Mar 2016 06:06 AM PST

shahbudindotcom

 

 
 
Apabila Hasan Malek digugurkan daripada kabinet dalam rombakan yang dilakukan Najib Razak pada 28 Julai tahun lalu, antara harapan ramai tentunya ialah mahukan menteri yang menggantinya itu lebih baik atau sekurang-kurangnya tidaklah kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak masuk akal yang menyakitkan hati rakyat.

Ini kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah yang paling dekat dengan pengguna atau rakyat, khususnya berkaitan turun naik harga barangan keperluan harian mereka.

Untuk itu, kalau pun menterinya gagal memainkan peranan dalam memuaskan hati pengguna atau memastikan harga barangan terus stabil, setidak-tidaklah janganlah memberi jawapan tidak masuk akal untuk menutup kelemahan sendiri.

Tetapi, nampaknya Hamzah Zainuddin yang dilantik menggantikan Hasan Malek bagi menerajui kementerian itu hampir sama dan lebih kurang saja "sakitnya".

Dalam kenyataan terbarunya, Hamzah berkata, hanya peniaga yang tidak percaya kepada Tuhan saja akan menaikkan harga barangan.

"Jika anda bertanya saya, Tuhan tidak pernah memberitahu sesiapa untuk menaikkan atau menurunkan harga barangan. Tetapi hanya mereka yang tidak percaya kepada Tuhan akan menaiklan harga jualan," ujarnya lagi.

Masya Allah...di mana menteri ini belajar agama. Kepada Hadi Awang pula, tolonglah beri nasihat, teguran dan panduan mengenai konsep Ketuhanan kepada menteri berkenaan ini.

Apa kaitannya kenaikan harga barang dengan percaya atau tidak percaya kepada Tuhan? 

Apakah peniaga tidak boleh menaikkan harga barang jika bekalan yang diperolehi sudah meningkat harganya semata-mata kerana ingin mempertahankan konsep percaya kepada Tuhan?

Kalau rugi dalam perniagaan yang disebabkan "kebodohan" sendiri iaitu tidak mahu menaikkan harga walaupun bekalan yang diterima sudah pun naik, apakah Tuhan akan menampung kerugian itu?

Jika begitu, apakah peniaga di kota Mekah dan Madinah tidak pernah sama sekali menaikkan harga barangan mereka?

Kalau mereka menaikkan harga yang disebabkan bekalan juga sudah meningkat, adakah mereka itu dianggap tidak percaya kepada Tuhan?

Bagaimana pula dengan tindakan kerajaan menaikkan cukai, memperkenalkan GST dan memotong subsidi subsidi yang secara langsung menyebabkan harga barang meningkat naik?

Apakah ini bermakna kerajaan dan menteri-menterinya terdiri daripada golongan yang tidak percaya kepada Tuhan?

Susah betul jika ada menteri "sakit" seperti ini. Lebih parah, yang dulu "sakit", yang mengganti juga "sakit". 

Apakah kerajaan dan yang melantik menteri-menteri juga sebenarnya "sakit" sama? 
 
 
 

Pandikar tidak konsisten halang ahli parlimen tanya skandal 1MDB, RM2.6 bilion

Posted: 10 Mar 2016 05:57 AM PST

MALAYSIA DATELINE Lim Kit SiangLim Kit Siang

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia,tidak konsisten apabila enggan membenarkan ahli-ahli Parlimen bertanya tentang skandal RM2.6 bilion dan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Sedangkan dalam sesi yang lalu, beliau tidak menghalang mana-mana ahli Parlimen untuk membangkitkan isu berhubung skandal berkenaan.

Keadaan ganjil itu menyebabkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mempersoalkan sikap tidak konsisten Speaker Dewan, walaupun pihak parti pemerintah telah berjanji untuk bersikap terbuka dan adil.

Menurut Kit Siang, pada November tahun lalu, semua ahli Parlimen dan rakyat dijanjikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, bahawa kerajaan akan menjawab sebarang soalan berhubung skandal-skandal tersebut pada hari terakhir mesyuarat bajet pada 3 Disember.

Sejak mesyuarat Bajet bermula pada Oktober, tambah beliau, Azalina dilihat cuba mengelak dari menjawab soalan mengenai dua skandal mega melibatkan RM55 bilion 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Katanya, pada 3 Disember, wujud dua kali tindakan untuk melarikan diri dari menjawab soalan berhubung dua skandal mega itu.

"Pertamanya, Najib tidak ada dalam dewan untuk berikan jawapan kepada ahli-ahli Parlimen dan rakyat.

"Keduanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pula mengambil masa tiga minit dan mengarut untuk menjelaskan bahawa beliau tidak boleh memberikan sebarang jawapan, yang mana pada waktu itu seluruh negara sedang menantikan jawapan sebenar yang dijanjikan oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini," ujar beliau dalam satu kenyataan.

Dalam sesi Parlimen terbaru ini, Kit Siang berkata, Speaker Dewan Rakyat pula tidak membenarkan soalan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan berhubung skandal derma RM2.6 bilion Najib itu.

"Speaker perlu memuaskan hati ahli-ahli Parlimen dan orang awam, rakyat Malaysia kerana tindakan pilih kasih ini sangat tidak boleh diterima seolah-olah berada di barisan hadapan menyekat segala persoalan berhubung dua skandal mega Najib itu," katanya lagi

Program DLP: Murid Melayu di SK jadi mangsa kezaliman

Posted: 10 Mar 2016 05:47 AM PST

 ARIF ATAN


Datuk Dr Zainal Abidin BorhanDatuk Dr Zainal Abidin BorhanPelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) yang majoritinya terdiri daripada anak-anak Melayu dibimbangi menjadi mangsa kezaliman Program Dwi Bahasa (DLP), kata Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan.

Beliau menyifatkan dasar menggunakan bahasa Inggeris dalam subjek berasaskan sains, matematik dan teknologi yang hanya dikuatkuasakan di SK itu sebagai satu bentuk kezaliman kebudayaan.

"Mengapa DLP hanya kena pada SK saja? SJK (Sekolah Jenis Kebangsaan) Cina dan Tamil diizinkan mengajar dalam bahasa mereka masing-masing.

"Ini kezaliman kepada anak-anak Melayu untuk belajar sains, matematik dan subjek berteraskan teknologi dalam bahasa Melayu," tegasnya pada sidang media bantah DLP di ibu pejabat Abim di Gombak hari ini.

Menurut bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) itu, berlaku penafian keadilan terhadap sejumlah besar murid Melayu yang menuntut di SK kerana dihalang belajar dalam bahasa ibundanya.

"Murid-murid Melayu jadi mangsa kezaliman Kementerian Pendidikan. Ramai murid Melayu yang gagal. Kita boleh lihat selepas keputusan PT3 tahun lalu. Difahamkan kelayakan bagi kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh terpaksa diturunkan ," ujarnya lagi.

Pesta rakyat

Dr Zainal Abidin Borhan dan AJK bertindak menuntut Pemansuhan DLPDr Zainal Abidin Borhan dan AJK bertindak menuntut Pemansuhan DLPMengulas himpunan membantah DLP yang dilihat sebagai langkah mahu menghidupkan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), beliau menganggap demonstrasi pada 26 Mac itu sebagai satu pesta rakyat.

"Sasterawan dan Seniman akan terlibat. Semua lapisan rakyat merentas parti politik dijemput hadir. Isu DLP ialah isu bahasa yang merupakan hal paling penting buat semua orang," tegasnya.

Terdahulu, Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain berkata, himpunan menuntut kerajaan memansuhkan DLP tersebut dijadual akan berkumpul di kompleks beli-belah Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

"Oleh sebab harapan kita sebelum ini untuk berunding dengan pihak berkuasa termasuk bertemu dengan Menteri Pendidikan tidak berjaya, rancangan kita untuk membuat himpunan bantahan diteruskan 26 Mac ini," jelasnya lagi.

Untuk rekod, sebanyak 300 sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara terlibat bagi peringkat pertama permulaan program rintis DLP bermula awal tahun ini.

Langkah Kajang pemula rosaknya Pakatan Rakyat, kata Idris

Posted: 10 Mar 2016 05:42 AM PST

MALAYSIA DATELINE


Naib Presiden Pas Ustaz Idris AhmadNaib Presiden Pas Ustaz Idris Ahmad
Langkah Kajang (Kajang Move) merupakan sejarah pemula rosaknya Pakatan Rakyat yang tidak boleh dilupakan, kata Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau melontarkan ingatan agar pihak Pakatan Harapan tidak menganggu pegangan Pas atas pandangan tersendirinya sebagaimana Pas tidak mengganggu pihak yang melaksanakan 'Kajang Move' walaupun akhirnya gagal.

Jelas Idris, Pas ada organisasi, pimpinan dan rujukan sendiri dan sepertimana Pas menghormati pandangan pihak lain, maka begitu juga mereka perlu menghormati pendirian dan sikap Pas.

Saya minta agar tolong hormati perlembagaan Pas, Pas sudah 65 tahun dan PAS bukan budak-budak lagi. Pas kaya pengalaman, Pas pernah duduk di takhta Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Campuran dan BN.

Pas pernah ditendang daripada BN, Pas pernah menguasai Kelantan 18 tahun, kalah 12 tahun, hanya tinggal batu nisan, bahkan Pas di Terengganu sekitar tahun 1978 kosong kerusi kemudian kita menang 5 kerusi.

"Akhir 1999 kita menang dan 2004 kita kalah, manakala di Kedah  Pas pernah tinggal satu kerusi Bukit Raya," ujarnya sebagaimana dipetik dari portal rasmi parti itu.

Tegasnya, jangan cuba tafsirkan tindakan dan menuduh Pas bersekongkol dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Idris berkata, politik adalah berkaitan dengan ijitihad iaitu berkemungkinan pandangan kita betul dan pandangan mereka salah.

Oleh itu, beliau mengharapkan agar saling menghormati pandangan satu sama lain.

Ahmad Zahid boleh jadi wira rakyat Malaysia jika berani

Posted: 10 Mar 2016 05:38 AM PST

MALAYSIA DATELINE


Bolehkah Ahmad Zahid (kanan) singkirkan Najib sebelum Muhyiddin lakukan.Bolehkah Ahmad Zahid (kanan) singkirkan Najib sebelum Muhyiddin lakukan.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan sebagai seorang wira penyelamat kepada rakyat Malaysia sekiranya beliau tahu mengambil peluang di atas krisis kepimpinan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dalam satu pandangan yang dipetik penulis blog Toffee Rozario menyebut, seandainya Perdana Menteri ditahan, disiasat dan didakwa di bawah undang-undang terhadap integritinya sebagai Perdana Menteri, maka Ahmad Zahid satu-satunya individu yang boleh menyandang jawatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun keseluruhan proses perlu telus dan setiap rakyat Malaysia perlu diberi peluang untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, dengan cara itu Ahmad Zahid akan dilihat sebagai `wira' penyelamat negara.

Dalam proses itu Ahmad Zahid juga boleh menghentikan usaha pihak tertentu seperti usaha Tun Mahathir yang bekerjasama dengan pembangkang untuk mendesak Najib melepaskan jawatannya.

Ahmad Zahid hanya perlu bergandingan dengan menteri yang berwibawa, dikalangan ahli akademi dan profesional yang berpengalaman, berimej bersih dan berintegriti untuk menyokongnya.

Ia bukan satu tugas yang mudah untuk Ahmad Zahid tetapi situasi ini tidak akan menjadi terlalu sukar memandangkan kedudukan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri, beliau sudahpun mempunyai kuasa mutlak untuk mendapat sokongan Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Imigresen.

Ahmad Zahid juga mempunyai kuasa untuk melihat perjalanan Angkatan Tentera yang diketuai Datuk Seri Hishamuddin Hussein Menteri Pertahanan (sepupu Najib) untuk mengimbangi bidang kuasa agensi kerajaan itu.

Dalam situasi ini ia tidak boleh disalah anggap sebagai satu rampasan kuasa yang tidak mengikut perlembagaan dan perundangan negara.

Ahmad Zahid tidak perlu bimbang tentang Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana dengan peralihan itu kedua-duanya dilihat mampu memimpin dan rakyat seluruh negara akan menyokongnya dari awal kecuali mungkin segelintir dari Pekan (Parlimen Pekan kawasan Najib).

Lagipun Ahmad Zahid mendapat sokongan terbesar dalam Umno dan telah diuji melalui pemilihan Umno, berbanding Najib pula tidak berdiri di atas kekuatan sendiri dalam mana-mana pilihan raya sejak hari beliau menyertai Umno lebih 40 tahun lalu, ia disokong Tun Mahathir dan dinaungi Anwar Ibrahim bahkan Najib sendiri kini  dilihat tidak mempunyai sokongan akar umbi.

Apabila Ahmad Zahid bergerak dari dalam untuk pengambilalihan kuasa, ia akan lebih mudah untuk membersihkan Umno dan menghapuskan politik wang, ramai orang Melayu yang telah keluar Umno  yang  menyertai dan menyokong PKR dan Pas akan kembali kepada Umno dapat dikenalpasti di kalangan yang bersih.

Satu perkara yang Ahmad Zahid boleh pasti adalah beliau akan memenangi undi majoriti daripada keyakinan Barisan Nasional jika beliau serius mengambilalih jawatan Najib dan konco-konconya.

Atau sebaliknya Ahmad Zahid boleh memilih untuk kekal setia kepada Najib dan dengan berbuat demikian dia meletakkan tali gantung di lehernya sendiri.

Kuasa ditangan rakyat bukan di pejabat Perdana Menteri atau Menteri dan Presiden yang telah menggunakan kuasanya secara salah. Kita perlu belajar daripada pemimpin negara lain seperti Muamar Ghadafi dan Saddam Hussein adalah contoh terbaik. Justeru bertindaklah sebelum terlambat.

Ini adalah waktunya apabila Malaysia memerlukan seorang wira sebenar dan satu-satunya orang yang mempunyai peluang adalah Ahmad Zahid Hamidi.

Jika Ahmad Zahid sedar peluang ini, hendaklah ia mengambil maklum  orang-orang seperti penyokong Muhyiddin di kalangan ketua-ketua cawangan untuk mendesak Najib letak jawatan dan kemungkinan Muhyiddin  akan berada di tangga teratas untuk muncul sebagai Perdana Menteri.

Apa yang berlaku pada masa ini ramai pemimpin Umno bersikap mendiamkan diri di setiap peringkat termasuk pergerakan wanita dan pemudanya.

Kita tidak mendengar banyak suara daripada Ketua Pergerakan Pemuda Khairy Jamaluddin dan juga Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kecuali suara yang mendatar.

Shahrizat cuba untuk meyakinkan dia masih setia dengan Najib sedangkan Mahathir lah yang membawanya dalam arena politik. Shahrizat ibarat seperti lalang.

Khairy pula adalah seorang oportunis yang sedang menunggu peluang untuk melihat keupayaannya.

Manakala Ahli Majlis Tertinggi  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menunjukkan dia membenci Tun Mahathir dan dia akan menolak semua pendapat Tun Mahathir dan berdiri teguh di belakang Najib dan kemungkinan dia juga boleh menjadi pengkhianat apabila melihat sokongan memihak kepada Ahmad Zahid.

Pada masa inilah Ahmad Zahid perlu menyambar peluang untuk sekian kali dan selamanya kerana dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal dan apa jua pakatan strategik boleh dibatalkan dalam tempoh yang singkat walaupun antara musuh dengan musuh (seperti Deklarasi Rakyat).

Semua yang dikatakan ini, sebenarnya Ahmad Zahid tidak mempunyai keupayaan mental untuk berfikir secara strategik, beliau tidak peduli, apa yang beliau peduli adalah dirinya dan kepentingan sendiri, kerana jika dia benar-benar mengambil berat tentang negara dan kepentingan negara Ahmad Zahid akan mahu bekerjasama dengan Muhyiddin sebagai permulaan untuk menyingkirkan Najib.

Jika Ahmad Zahid terus melangkah sendirian beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan bukannya Wira Malaysia.

WSJ: Goldman siasat anak bekas pembantu Najib

Posted: 10 Mar 2016 05:35 AM PST

MALAYSIAKINI




Firma pengurusan pelaburan, Goldman Sachs sedang mengkaji pengambilan anak perempuan kepada seorang pembantu kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika firma itu mengadakan rundingan dengan 1MDB, dakwa akhbar Wall Street Journal.

Memetik sumber, WSJ berkata ini adalah sebahagian daripada siasatan dalaman berhubung urusan Goldman dengan 1MDB dan ke atas bekas pengerusi syarikat itu bagi operasi di Asia Tenggara, Tim Leissner.

Ia melaporkan bahawa Leissner telah mencadangkan supaya Goldman Sachs mengupah anak perempuan ahli politik itu sebagai penganalisis bank pada tahun 2010.

Wanita itu dikatakan melalui proses temuduga yang sama seperti calon-calon lain dan jabatan undang-undang dan pematuhan Goldman 'membersihkannya'.

Sumber WSJ berkata Leissner bukanlah hubungan utama bank itu dengan 1MDB pada masa wanita itu diambil bekerja.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama individu yang diambil bekerja itu sementara menunggu reaksinya.

Leissner terlibat dalam urusan 1MDB, termasuk penawaran bon AS$3 bilion pada awal tahun 2013 dengan syarikat itu mendapat bayaran sebanyak hampir AS$300 juta.

Beliau menamatkan perkhidmatannya di Goldman Sachs pada Februari lalu dan sejak itu telah disepina oleh Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) bagi membantu siasatan 1MDB.

Perdana menteri menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Beliau juga telah menuduh WSJ bersubahat dengan mereka yang ingin menjatuhkannya tetapi sehingga hari ini masih belum menyaman akhbar itu walaupun mengugut untuk berbuat demikian.

Serpihan disyaki milik MH370 dianalisis di Malaysia

Posted: 10 Mar 2016 05:30 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KARAK: Serpihan pesawat yang disyaki milik pesawat MH370 yang ditemui di Mozambique, tiba di negara ini hari ini.
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lain yang dipetik The Star Online berkata, serpihan yang mengandungi perkataan 'No Step' itu akan dianalisa oleh pakar bagi menentukan sama ada ia milik pesawat malang berkenaan.
 
"Kita akan menghantarnya ke Australia untuk pemeriksaan lanjut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang di SMK Karak Setia, tadi.
 
Pesawat malang itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China dari penerbangan dari KLIA pada pagi 8 Mac 2014

'Kata susah, kata menderita, saya tengok lebuh raya sesak'

Posted: 10 Mar 2016 05:28 AM PST

Kow Gah Chie

 


Kesesakan di lebuh raya dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat, jumlah orang ramai yang melancong ke luar negara serta kemampuan umat Islam menunaikan umrah adalah bukti bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membuktikan bahawa rakyat tidak menderita seperti yang didakwa oleh pembangkang, kata seorang wakil rakyat BN.

Sebaliknya, kata Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) kerajaan telah melakukan sebaik mungkin membantu rakyat tetapi pembangkang pula 'memusing cerita' dengan mendakwa GST sebagai punca rakyat menderita dan hidup susah.

"Kata susah, kata menderita, saya tengok lebuh raya sesak.

"Kata menderita, kata susah, saya tengok dekat lapangan terbang bukan KLIA (sahaja), lapangan terbang Terengganu, tahun ini saja 40,000 pergi umrah.

"Susah, susah melancong di Vietnam dan Indonesia. Sebenarnya, Pakatan (Harapan) mengatakan GST membuat penderaan pada rakyat adalah bohong, semata-mata karut. Ini adalah persepsi semata-mata," katanya.

Derma RM10 untuk Selamatkan M'sia, rayu Zaid

Posted: 10 Mar 2016 05:18 AM PST

MALAYSIAKINI




Gerakan Selamatkan Malaysia memohon bantuan kewangan daripada orang ramai untuk membiayai operasinya, kata seorang anggotanya, Datuk Zaid Ibrahim.

Ini, katanya, juga akan membantu kumpulan itu memecahkan kitaran rasuah di negara ini, di mana ahli perniagaan memberi bantuan kewangan sebagai mendapatkan balasan pada kemudian hari.

"Kita tidak akan dapatkan bantuan kewangan daripada jutawan atau Jho Lows yang ada di dunia atas sebab yang mudah iaitu mencari bantuan daripada ahli perniagaan sebagai pertukaran untuk sesuatu adalah punca rasuah sistemik.

"(Jadi) saya seru rakyat Malaysia untuk membuat komitmen peribadi yang kecil - walaupun RM10 - untuk menunjukkan bahawa mereka ambil berat tentang masa depan kita bersama," tulis beliau di blog hari ini
Zaid berkata beliau akan memberikan maklumat lanjut mengenai sumbangan itu kemudian.

Bekas isteri Bekir ikrar derma sebahagian mutaah RM30 juta

Posted: 10 Mar 2016 05:16 AM PST

Hafiz Yatim





Shahnaz A Majid, bekas isteri Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, berikrar akan menyumbangkan sebahagian daripada wang RM30 juta berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini yang memutuskan beliau berhak menerima tuntutan mutaah.

Katanya, walaupun menuntut bayaran nafkah sebanyak RM100 juta daripada bekas suaminya itu, namun dirinya bersyukur dengan jumlah yang diberikan.

Shahnaz berkata penghakiman hari ini bukan semata-mata mengenai tuntutannya tetapi mengenai haknya sebagai bekas isteri dan juga untuk memastikan bekas suaminya tidak akan dihukum pada akhirat nanti kerana tidak menyelesaikan hal berkenaan.

"Saya berjanji untuk menderma sebahagian daripada jumlah mutaah itu kepada pertubuhan ibu tunggal dan anak yatim.

"Selepas ditolak kos guaman dan perbelanjaan lain, saya akan menderma satu pertiga daripada wang itu kepada pertubuhan seumpama itu kerana saya tahu bagaimana rasanya menjadi ibu tunggal," katanya.






Shahnaz, kakak kepada ratu jazz Sheila Majid, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Ijazah Sarjana Kewangan dari Amerika Syarikat.

Katanya, beliau akan meneruskan tuntutan sebanyak RM500 juta dalam satu lagi saman harta sepencarian bersama.

Shahnaz mengucapkan terima kasih kepada peguam, hakim dan media yang bersamanya dan mengiktiraf hakikat bahawa dirinya telah digantung tidak bertali selama 10 tahun sebelum perceraian mereka.

Sementara itu, peguam Bekir, Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din, berkata mereka akan memfailkan rayuan dan penagguhan keputusan hari ini, esok.

MP BN: WSJ seperti ratu cantik, tapi selak-selak ada panau

Posted: 10 Mar 2016 05:11 AM PST

Zulaikha Zulkifli  

 


Seorang ahli parlimen BN hari ini mendakwa, akhbar Wall Street Journal (WSJ) hanya menyajikan laporan berita sensasi sehingga memberi gambaran bahawa Malaysia sedang menghadapi masalah ekonomi yang teruk.

Dr Noor Azmi (BN-Bagan Serai) berkata, WSJ yang adalah sebuah akhbar perniagaan hanya melaporkan berita sensasi berbanding perkara yang benar.

Menurutnya, berdasarkan agensi rating antarabangsa Fitch, ekonomi negara ini tidak seteruk yang digambarkan oleh WSJ.

"WSJ adalah surat khabar perniagaan. Surat khabar perniagaan ini dia cari berita yang sensasi. Berita yang sensasi, dia suka orang baca. Lebih ramai orang baca lebih bagus.

"Apa-apa pun agensi rating ini akan diguna oleh pelabur sama ada untuk membeli atau menjual. Orang tak buat keputusan dengan WSJ atau surat khabar yang cari berita sensasi.

"Saya tidak kata WSJ yang salah dan sebagainya, saya cakap apabila kita buat keputusan, kita nak percaya WSJ ke atau nak percaya pada agensi rating?" soalnya dalam Dewan Rakyat hari ini ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu menyebabkan Dewan riuh seketika apabila Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) bangun dan memberitahu bahawa WSJ bukan akhbar sensasi seperti Kosmo!

Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang) turut bangkit dan meminta Noor Azmi tidak menyamakan WSJ dengan akhbar Utusan Malaysia.

Selain itu, Noor Azmi turut memberi gambaran bahawa akhbar kewangan itu umpama seorang ratu cantik - walaupun berpakaian menarik namun mempunyai panau dan kayap.

"Saya nak bagi gambaran seolah-olah WSJ ini seperti ratu cantik. Ratu cantik, pakai cantik, semua cantik, (tetapi) selak-selak ada panau. Ada panau tak apa kalau kayap? Sebab kalau kayap, nasib tak baik boleh mati.

"(WSJ) nak bagi sensasi nak bagi laku surat khabar dan cerita benda yang sensasi," katanya lagi.

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR- Kuala Langat) kemudian turut mencelah dengan mengatakan bahawa beliau malu mempunyai 'orang kampung' seperti Noor Azmi.

"(Cakap) kurap, panau. Malu dekat pelajarlah. Awak tu doktor, asal (dari) kampung aku. Malu kita nanti," kata Abdullah Sani yang kemudian mengundang ketawa di dalam Dewan.

Selepas itu, Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said berkata: "Sebenarnya Kuala Langat malu juga pada pelajar. Tak dibenarkan Yang Dipertua untuk berucap pun, bangun berucap. Tak ikut peraturan."

Akibat teguran itu Abdullah Sani sekali lagi bangun dan menjelaskan bahawa beliau ingin membetulkan 'fakta' yang diberi oleh Noor Azmi.

"Kita nak betulkan fakta dia sebab dia sekampung dengan saya, malu saya. (Cakap mengenai) selak-selak, panau, kurap. Tak pernah dibuat oleh orang kampung saya," kata Abdullah Sani lagi sambil ketawa.


Ruang tari didakwa kosong bila anak PM putar lagu

Posted: 10 Mar 2016 05:07 AM PST

MALAYSIAKINI




Ruang tari di Zouk Singapura didakwa kosong hanya dalam tempoh lima minit selepas Norashman, anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memutarkan set lagunya di kelab malam itu.

"Tetamu VIP (Norashman) mulakan set beliau dengan lagu trance klasik.

"Selepas itu, kedengaran seperti radio hits dan hampir semua peminat Fila meninggalkan kelab itu," kata seorang DJ sambilan 27 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nuwan kepada akhbar Singapura New Paper.

"Mendengar Fila memainkan setnya di sini adalah satu keistimewaan, tetapi beliau diminta berkongsi pentas dengan amatur. Ini benar-benar memalukan komuniti muzik Singapura," tambahnya.

Sebuah video menunjukkan DJ Fila memberitahu orang ramai bahawa beliau diminta berhenti memainkan set lagunya bagi memberi laluan anak seorang perdana menteri dikongsi meluas di Internet.

Zouk Singapura menafikan DJ itu diganggu separuh jalan semasa persembahan.

Datuk Rizal Mansor, pembantu Rosmah Mansor berkata Norashman tidak pernah meminta membuat persembahan dan hanya datang atas jemputan.

Juseru, katanya, mana mungkin Norashman boleh memaksa sesiapa untuk membuat persembahan.
Di Facebook, DJ Aly dan Fila dari Mesir tetap mempertahan dakwaan bahawa mereka diminta berhenti untuk memberi laluan kepada Norashman.

Zouk diambil alih oleh konglomerat Genting Hong Kong (Genting HK) tahun lalu dengan jumlah bayaran yang tidak diumumkan.

Genting HK adalah sekutu kepada konglomerat Malaysia Genting Group, yang mana Genting Singapura juga sebahagian daripadanya.

Letak jawatan: Hadi serah kepada akar umbi

Posted: 10 Mar 2016 05:04 AM PST

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada ahli akar umbi parti itu berhubung gesaan agar jawatan beliau diserahkan kepada Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Itu tanya orang Pas, tanya akar umbi. Pas ada muktamar kita," katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Adun Salor, Datuk Husam Musa agar jawatan Presiden Pas diserahkan kepada Tuan Ibrahim.

Husam dilaporkan berkata, Abdul Hadi sebaiknya memegang jawatan mursyidul am atau timbalan mursyidul am bagi memastikan Pas dapat memasuki 'aliran tengah' dalam kepentingan politik negara.

Gesaan Husam itu dibuat susulan hasil kajian Ilham Centre yang mendapati ahli Pas merasakan mereka tiada arah tujuan kerana kenyataan berbeza yang dikeluarkan pemimpin tertinggi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi mengesahkan tidak akan membawa Rang Undang-undang persendirian berkenaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ke sidang Parlimen kali ini kerana kesuntukan masa.

"Sidang ini tidak sempat," katanya.


'Jawapan PM mengenai skandal SRC mengejutkan Parlimen'

Posted: 10 Mar 2016 05:02 AM PST


Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen
Wong Chen
 
 
KUALA LUMPUR - Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa SRC International tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu skandal dana RM42 juta ‎mengejutkan Parlimen.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, jawapan Najib itu juga bercanggah dengan kenyataan Peguam Negara,Mohamad Apandi Ali berkaitan isu SRC tersebut.

"Jawapan Najib mengenai isu ini amat mengejutkan kerana ia merupakan penyangkalan menyeluruh mengenai kewujudan pemindahan wang sebanyak RM42 juta ke dalam akaun peribadi PM.

"Penyangkalan ini juga bercanggah dengan kenyataan Mohamad Apandi berkaitan isu SRC dimana beliau mengaku bahawa penyaluran wang ini wujud tetapi perdana menteri tidak perlu didakwa.

"Apandi juga telah membentangkan satu 'flowchart' yang telah menunjukkan penyaluran wang SRC tersebut," katanya dalam kenyataan media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Najib dalam jawapan bertulisnya kepada Parlimen memaklumkan bahawa SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran dana RM42 juta.

"Isu ini adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesasihan sumber beritanya.

"Sehubungan dengan itu dibawah Peraturan Mesyuarat 23 (1) (I), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar," petik jawapan bertulis Najib mengenai pertanyaan tentang isu penyaluran dana RM42 juta tersebut.

Tiada rancangan semak semula kadar GST

Posted: 10 Mar 2016 04:57 AM PST

SINAR HARIAN


GST


KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memandangkan kadar enam peratus yang ditetapkan adalah munasabah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata sebelum GST dilaksanakan, kajian terperinci telah dibuat bagi memastikan kadarnya paling sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

"Ia mengambil kira kedudukan kadar cukai sebelum GST iaitu 10 peratus bagi barangan dan enam peratus bagi perkhidmatan.

"Di samping itu pelbagai faktor lain termasuk komposisi sumbangan hasil sektor tertentu, beban cukai ke atas pengguna, struktur cukai pendapatan dan pakej bantuan kepada pengguna dan perniagaan diambil kira selaras objektif untuk mewujudkan sistem percukaian yang berdaya saing," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Johari menjawab soalan Wong Tien Fatt@Wong Nyuk Foh (DAP-Sandakan) yang bertanya sama ada kerajaan akan menimbang untuk menyemak semula kadar GST memandangkan pendapatan kerajaan semakin menurun akibat kejatuhan harga minyak antarabangsa.

Mengenai cadangan Wong agar kerajaan menurunkan kadar GST bagi Sabah memandangkan penduduk membayar kadar harga barangan lebih tinggi berbanding di Semenanjung, Johari berkata kadar semasa masih sesuai.

"Ini kerana banyak keperluan yang tidak dikenakan GST (sifar GST) seperti barangan makanan asas, ternakan seperti ayam dan daging, produk pertanian, makanan laut serta pengangkutan awam, perumahan dan pendidikan.

"Kerajaan juga sentiasa menambah kemudahan bantuan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia dan bantuan terus seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hasil daripada kutipan cukai GST," katanya.

GST mula dikuatkuasakan di negara ini mulai 1 April 2015, pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan pada kadar 16 peratus. -Bernama


Jangan hingga lupa‘matahari naik turun’ di mana

Posted: 10 Mar 2016 04:53 AM PST




Oleh ZULKIFLI JALIL


ORANG UMNO terutama orang Melayu tidak sepatutnya terbawa-bawa sehingga gagal melihat gambaran menyeluruh kesan pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan pembangkang yang sebenarnya menguntungkan DAP.

Mereka jangan hanyut dengan 'jalan cerita' sebaliknya mampu 'membaca' dua tiga lapis insiden itu di sebalik tabir.

Seorang ketua penerangan atau mungkin juga ketua bahagian barangkali menerima mesej WhatsApp daripada ahli yang menghentam atau bergaduh semasa sendiri disebabkan 'deklarasi atau kesepakatan' itu baru-baru ini.

Mereka kemudian menyebar atau berkongsi mesej itu sehingga akhirnya parti sendiri terjebak dalam perangkap `mental block' yang tidak menemukan jalan keluar.

Sedangkan cabaran sebenar dihadapi UMNO bukanlah Pas, PKR, waima Dr. Mahathir mahupun bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi DAP yang meraih laba politiknya.

Akibat ini, mungkinkah DAP sedang menunggu untuk melihat perpecahan Melayu?

Tindak-tanduk Dr. Mahathir yang 'merunsingkan' UMNO bukanlah baharu. Ini permainan politik terbaharu Dr. Mahathir yang tetap merupakan `real' mastermindnya. Muhyiddin pula cuma pelakon jemputan dan bukanlah `real person' yang menyusun atur kesepakatan dengan pembangkang.

Kemunculan pemimpin pembangkang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta yang lain bersama Dr. Mahathir pun ada objektif mereka tersendiri.

Orang UMNO jangan pandang remeh. Dr. Mahathir biasanya bila beri reaksi kepada sesuatu, beliau sudah berfikir tiga atau empat kali ke depan. Beliau tahu hujung jatuhnya (seseorang yang diserangnya) bagaimana.

Bukan sahaja orang UMNO, bahagian penerangan parti juga wajib keluar dari kepompong lama dan keluar buat kerja `assessment' (penilaian). Jangan kerana kita kerajaan, kita fikir benda ini mudah.

Ketua Penerangan UMNO yang baru sebulan masuk pejabatnya, Tan Sri Annuar Musa sendiri mengakui kepada penulis semalam yang petunjuk prestasi utama (KPI) operasi penerangan yang ditinggalkan kepadanya di tingkat 38 Menara Dato' Onn dalam keadaan 'daif'.

"Kita jauh ketinggalan dengan orang yang nak cabar kita," katanya ringkas.

Menghadapi insiden 'kesepakatan' Dr. Mahathir dengan pembangkang umpama kita menonton wayang. Mungkin kita sampai menitis air mata kerana amat teruja dengan jalan cerita sehingga terlupa kita berada dalam panggung.

Ada sesetengah penonton pula menyerahkan jiwa raganya kepada si hero dan terus 'hanyut'. Ada pula yang seronok tetapi mencari pengajarannya. Dia tahu siapa pengarahnya, pelakon utama serta pelakon tambahan.

Jangan keterlaluan bersengketa sesama sendiri kerana isu 'deklarasi'.

Orang muda mungkin tidak berapa suka kita 'menyerang' Dr. Mahathir dalam bentuk yang kasar.

Ini kerana wajah Dr. Mahathir sudah dibina negara sebagai ikon sedangkan kita terlupa sasaran utama adalah DAP.

Jangan sehingga akhirnya kita orang UMNO tidak tahu matahari naik turun di mana. - utusan.com.my

Pemberontak Umno macam budak-budak

Posted: 10 Mar 2016 03:36 AM PST

Tengku Adnan Tengku Mansor


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan tindakan pemberontak Umno adalah bersifat kebudak-budakan.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tindakan sesetengah pemimpin Umno yang menghadiri Deklarasi Rakyat.

"Kenapa saya perlu komen tentang mereka yang bersikap seperti budak-budak," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Deklarasi Mahathir' hanya pecah belahkan rakyat]

Antara pemimpin Umno yang hadir dalam Deklarasi Rakyat itu adalah Timbalan Presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan juga bekas Anggota Kabinet, Datuk Seri Shafie Apdal.

Deklarasi yang diumumkan itu menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.


Pas bakal tubuh blok politik ketiga

Posted: 10 Mar 2016 03:34 AM PST

Pas


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pas mendedahkan pihaknya akan membentuk blok politik ketiga dalam landskap politik negara.

Mengulas perkara tersebut, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU 14.

"Pas akan ada blok pembangkang dia sendiri. Saya akan umumkan pada 16 Mac depan kita akan ada satu kerjasama dengan satu badan politik negara.

"Di Malaysia, ada lebih 20 parti politik yang berdaftar, jadi ada yang milik satu kelompok dan ada parti milik satu bangsa, tapi tujuan untuk menghadapi pilihan raya. Sebab itu kita dah umumkan kita adalah blok pembangkang iaitu blok politik ketiga," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut Takiyuddin, Perlembagaan Pas tidak menghalang parti tersebut untuk bekerjasama dengan mana- mana pihak yang mempunyai arah tuju sama dengan parti berkenaan.

"Blok baharu ini bagi memastikan Pas kekal relevan bagi menghadapi PRU 14 nanti," katanya.

Ditanya adakah parti yang bakal bekerjasama dengan Pas itu adalah dengan sebuah Parti dari Pakatan Harapan, beliau berkata parti itu telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan gabungan berkenaan.
"Kami masih lagi PR dengan bekerjasama baik dengan PKR," katanya.

Ditanya lagi oleh wartawan supaya memberikan bayangan mengenai parti yang akan bekerjasama dengan Pas, Takiyuddin enggan mengulas lanjut.

Jelas Takiyuddin, kerjasama itu mengetengahkan budaya politik matang.

"Kerjasama itu adalah langkah terbaharu Pas dalam mengorak langkah selepas tidak menyertai Pakatan Harapan yang kini disertai serpihan parti itu Parti Amanah Negara (Amanah) bersama PKR dan DAP," katanya," katanya.

Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno.

"Kita tidak akan bekerjasama dengan Umno dalam membentuk kuasa baharu dalam arena politik negara,"

Deklarasi Yang Bukan Kerana Mahathir Tapi ...

Posted: 10 Mar 2016 03:32 AM PST



Oleh WFAUZDIN NS
DEKLARASI YANG BUKAN KERANA MAHATHIR TAPI ITU TUNTUTAN ANWAR Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ


DEKLARASI Rakyat termeterai sudah. Najib mesti berundur atau diundurkan. Ini bukan masalah Mahathir yang suruh atau Anwar yang suruh. Jika ditanya pada rata-rata rakyat termasuk ahli-ahli Umno sendiri sependapat bahawa sudah sampai masanya Najib bersara atau dibicarakan.

Pakatan Harapan sudah berusaha untuk melakukan ini sebelum Mahathir bersuara lagi. Bukan kerana Mahathir jauh sekali kita mahu bergantung kepada Mahathir. Mahathir ayam pencen.

Bukan selayaknya kita bertarung dengan PM pencen yang tiada lagi kuku.

Mahathir sendiri gagal selamatkan anaknya dari dipecat sebagai MB Kedah, mana mungkin kita berselera dengan Mahathir?

Tapi kalau Mahathir mahu memberikan senjata kepada kita yang beliau sendiri tak terdaya mahu gunakan senjata itu untuk jatuhkan Najib, apakah kita menolaknya?

Terima senjata Mahathir bukan bermakna kita maafkan segala salah laku beliau sewaktu beliau berkuasa.

Sesiapa pun tidak akan terlepas dari menanggung akibat sekiranya melakukan kesalahan sewaktu berkuasa, tidak terkecuali Mahathir. Anwar menyokong Deklarasi Rakyat bukan kerana adanya Mahathir.

Bukankah Anwar telah berpesan kepada kita sebelum beliau masuk penjara bahawa teruskan perjuangan dan lakukan reform.

Anwar tidak suruh kita hanya berjuang untuk bebaskan beliau dari penjara. Anwar mahu kita selamatkan Malaysia.

Apabila Malaysia selamat, tiada lagi orang yang teraniaya berada di dalam penjara seperti Anwar.
Salahkah Deklarasi itu? Atau, pendekatan kita itu salah kerana Mahathir menyokong kita turunkan Najib?

Takkan kerana Mahathir sokong perjuangan kita maka kita kena hentikannya?

Jika itu berlaku, memang benarlah kita berjuang ini kerana berpaksikan kepada Mahathir. Aku tidak setuju kita kena hentikan cita-cita kita hanya kerana Mahathir setuju atau tidak.

Tiada dalam kepala otak aku Mahathir walaupun sedikit. Apa yang ada hanyalah pesanan Anwar bahawa lakukan segera reform. Do It Now!!~http://wfauzdin.blogspot.my 

Gesa SPR jelas dakwaan BN belanja lebih RM1.5 juta

Posted: 10 Mar 2016 03:27 AM PST

Shamsul Iskandar Mohammad Akin


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang BN membelanjakan RM1.6 bilion dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13.

Jelasnya, sekiranya dakwaan tersebut didapati benar, maka ia merupakan satu bentuk pelanggaran kepada undang-undang pilihan raya.

"Jika kiraan kasar dibuat bagi setiap kerusi yang ditandingi BN dalam PRU13, maka BN telah membelanjakan wang sebanyak RM94.4 juta.

"Apakah kewajaran untuk BN berbelanja lebih dari RM1.5 bilion," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz dakwa Najib belanja RM1.5b untuk PRU13]

Menurut Naib Presiden PKR  itu lagi, RM1.5 bilion adalah nilai yang teramat besar serta mencecah 16 kali ganda dari jumlah yang dibenarkan SPR.

"Seksyen 19 Akta Pilihan Raya 1954 hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dun.

"Selain, mengikut akta itu, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan," katanya.

Ujarnya lagi, pendedahan yang dibuat oleh Mukhriz itu jelas membuktikan bahawa BN telah melanggar garis panduan yang telah ditetapkan secara terbuka.


Ampun rasuah: Boleh hantar surat rayuan ke FAM

Posted: 10 Mar 2016 03:25 AM PST

Ampun rasuah: Boleh hantar surat rayuan ke FAM
Yusoff menerima cenderahati dari Hamidin (tengah) yang mewakili FAM dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar (kiri) yang mewakili Kedah.
 
 
"216 pemain digantung akibat skandal rasuah bolasepak pada tahun 1994 boleh menghantar surat rayuan kepada Bolasepak Malaysia (FAM)," kata  Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata demikian selepas melawat bekas penjaga gol kebangsaan, Datuk Yusoff Bakar di Taman Syed Mohamad Alor Setar, petang tadi.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah tersebut dan meminta surat rayuan disertakan bersama alasan kukuh dihantar ke badan induk bolasepak negara untuk diputuskan.

Beberapa hari lalu, Presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd Faridzul Kassim berkata, sehingga hari ini selepas 22 tahun program pembasmian besar-besaran skandal rasuah dilakukan, FAM bagaikan menutup mata di atas apa yang berlaku kepada bekas-bekas pemain yang dikenakan tindakan.

Pada tahun 1994 negara digemparkan dengan skandal rasuah apabila lebih 100 pemain serta jurulatih disyaki mengatur keputusan perlawanan Piala Malaysia dan Liga Perdana ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat.

Akhirnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjatuhkan hukuman dibuang daerah kepada 26 pemain di bawah Akta Kediaman Terhad manakala 57 pemain serta seorang penolong jurulatih digantung penyertaan antara setahun hingga lima tahun di bawah Lembaga Disiplin FAM.

Antara nama-nama besar yang terpalit dengan skandal ini adalah Matlan Marjan , Azizol Abu Haniffah, Faridzuan Che Hamid, Karim Pin, P Ravindran dan lain-lain lagi.


Pegawai bank direman 7 hari, bantu siasatan rasuah RM2j

Posted: 10 Mar 2016 03:20 AM PST

SINAR HARIAN


Rasuah


KOTA KINABALU - Seorang pegawai bank berumur 49 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah berjumlah RM2 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Jassica Ombou Kakayun selepas membenarkan permohonan dikemukakan pegawai SPRM.

Lelaki itu ditahan di pejabat SPRM di sini pada kira-kira 2.40 petang semalam bagi membantu siasatan kes rasuah daripada syarikat-syarikat untuk meluluskan permohonan pinjaman beberapa syarikat perniagaan pada tahun 2013.

Semalam, seorang pegawai bank berumur 31 tahun dan seorang orang awam berumur 41 tahun turut direman tujuh hari bagi membantu siasatan SPRM berkaitan kes berkenaan.

Kedua-duanya ditahan di pejabat SPRM di sini pada 8 Mac lalu. - Bernama


Kabinet kaji penubuhan jawatankuasa baharu Parlimen

Posted: 10 Mar 2016 03:19 AM PST

SINAR HARIAN


Datuk Seri Azalina Othman Said
Datuk Seri Azalina Othman Said


KUALA LUMPUR - Kabinet memerlukan lebih banyak masa untuk‎ mengkaji penubuhan jawatankuasa baharu pilihan khas parlimen yang dicadangkan Jawatankuasa Dewan Rakyat mengenai Transformasi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.

Beliau berkata, kajian terperinci perlu dilakukan memandangkan sesetengah jawatankuasa yang dicadangkan itu bersifat sensitif.

"Sebagai contoh, mereka (Parlimen) mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa mengenai keselamatan; keselamatan adalah isu sensitif...sama seperti hal ehwal luar negara, ia juga amat sensitif.

Jawatankuasa tertentu mungkin 'OK', tapi sesetengahnya adalah sensitif, jadi Kabinet perlu menelitinya lagi," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan pada satu sidang akhbar semalam bahawa Parlimen bercadang menubuhkan jawatankuasa pilihan khas, antaranya Jawatankuasa Pindaan Undang-undang, Jawatankuasa Bajet, Jawatankuasa Pengangkutan dan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara.

Ketika ini, Parlimen mempunyai lima jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, Jawatankuasa Pilihan Raya, Jawatankuasa Mesyuarat dan Jawatankuasa Dewan.

Cadangan penubuhan jawatankuasa baharu adalah antara empat pindaan utama yang dicadangkan bagi Arahan Tetap Dewan Rakyat yang dijadual dibentangkan pada persidangan semasa Dewan Rakyat, sejajar dengan inisiatif transformasi Parlimen.

Pindaan yang dicadangkan termasuk Waktu Khas Bertanya Menteri pada Selasa dan Khamis untuk memberi peluang kepada Anggota Parlimen bertanya soalan mengenai isu semasa.

Azalina berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat akan membentangkan cadangan pindaan itu dalam bentuk laporan sebelum ia dibahaskan Ahli Parlimen.

Sambil menyebut Waktu Khas Bertanya Menteri sebagai contoh beliau berkata, inisiatif itu akan memberi kesan positif kerana lebih banyak menteri akan hadir di Parlimen bagi menjawab soalan dan tidak hanya menghantar timbalan untuk mewakili mereka. - Bernama


Umno dan DAP

Posted: 10 Mar 2016 03:11 AM PST



Oleh Tun Mahathir


1. Ramai ahli UMNO yang rasa terkilan dan tidak senang melihat Kit Siang dan DAP berada diatas pentas yang sama dengan UMNO dan pemimpinnya, yang lama dan yang baru.
2. Kenapakah ahli dan pemimpin UMNO sanggup bersama dengan DAP dan Kit Siang?

3. Soal yang sama juga ditanya oleh ahli dan pemimpin DAP yang benci dan bermusuh dengan UMNO terutama dengan saya sendiri sebagai bekas pemimpin UMNO sejak DAP ditubuh.

4. Amat sukar bagi ramai dalam kedua-dua parti yang bermusuh ini menerima bahawa mereka yang menghadiri dan menandatangani deklarasi menolak Najib, menghadiri bukan sebagai ahli dan pemimpin parti politik atau gerakan, tetapi mereka hadir sebagai "citizen", rakyat Malaysia yang khuatir akan kesan buruk perlakuan Najib sebagai Perdana Menteri.
5. Bagi pemimpin UMNO, jika UMNO seperti UMNO dahulu dan segala saluran untuk menghentikan perbuatan yang salah masih ada, penyelesaian boleh dicari dalam parti. Tetapi Najib sudah tutup semua saluran ini. Hak ahli dalam UMNO, Mesyuarat Agong UMNO, Majlis Tertinggi UMNO sudah tidak berfungsi lagi. Mulut anggota dan badan-badan dalam UMNO sudah ditutup rapat oleh Najib dengan berbagai-bagai cara, dengan melumpuh bukan sahaja badan-badan tertentu dalam parti tetapi melalui institusi-institusi Kerajaan seperti polis, Peguam Negara, Surhanjaya Pencegahan Rasuah, PAC dan lain-lain.

6. Tindakan Najib menekan bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga keatas semua rakyat tanpa mengira kaum atau parti.

7. Dalam keadaan ini rakyat yang menjadi mangsa sudah lumpuh dan tidak lagi dapat bergantung kepada parti politik mereka sendiri untuk perlindungan, dan tidak pun melalui institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi keselamatan rakyat.

8. Bagi semua rakyat Malaysia hanya penyingkiran Najib sahaja yang boleh memulihkan demokrasi negara. Tetapi rakyat tidak ada apa-apa jentera yang boleh diguna untuk menyuara pendapat mereka pun.

9. Oleh itu tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang, terpaksa membelakangkan pertubuhan dan perjuangan mereka supaya suara mereka dapat diperdengarkan kepada semua. Mereka perlu bertindak sebagai "citizen" (rakyat) dan bukan lagi sebagai parti atau badan-badan tertentu.

10. Kesedaran inilah yang menyebabkan mereka yang bermusuh membelakangkan permusuhan mereka buat sementara untuk menyelamatkan negara tercinta. Mengutama parti masing-masing bermakna menyokong dan mengekal rejim Najib.

11. Apabila demokrasi dan kebebasan di kembalikan maka perbezaan pendapat antara mereka bolehlah diteruskan.

12. Jika kita tidak faham, lihatlah keadaan dikalangan orang Islam di Timur Tengah. Musuh mereka ialah Israel yang dibantu oleh Amerika Syarikat.

13. Malangnya mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka, permusuhan antara Sunni dengan Syiah, antara Fatah dengan Hamas, antara Iran dengan Arab sehingga mereka lupakan musuh sebenar mereka, iaitu Israel, dan mereka berperang sesama orang Islam.

14. Maka bertepuk tanganlah Yahudi dan Amerika.