Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Mahfudz buat tak faham pemimpin pengantin boleh diatur jadi PM

Posted: 09 Mar 2016 07:08 PM PST



Mahfudz pernah buat tak faham Sirul tidak boleh dihubungnya dalam tahanan Imigresen Australia.

Kali ini buat bangang tak faham Mukhriz boleh diletak dan diatur jadi PM sebagaimana pemimpin yang macam pengantin ini tidak pernah menang pertandingan jawatan dalam UMNO tapi Najib naikkan hingga jadi Ketua Bahagian dan MB.

Dr Puad Zarkashi sekolahkan SRP dropout ini di SINI

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PENDEDAHAN TAN SRI ANNUAR MUSA...

Posted: 09 Mar 2016 06:10 PM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempergunakan orang lain demi mencapai agenda politik peribadinya.

Annuar berkata, bekas perdana menteri itu merupakan seorang strategis dan sepanjang karier politiknya, matlamatnya sentiasa menghalalkan cara.

"Beliau seorang strategis. Kita perlu lihat beberapa langkah ke hadapan termasuk apa yang telah dilakukan baru-baru ini (Deklarasi Mahathir yang bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak).

"Bagi Dr Mahathir, (apabila bersekongkol dengan pembangkang), matlamat menghalalkan cara dan beliau sangat cekap dalam menggunakan orang lain demi merealisasikan impiannya," kata Annuar ketika menjadi tetamu program 'Soal Jawab' di TV3, Sri Pentas, Rabu.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata permainan politik itu juga dapat dilihat sepanjang beliau (Dr Mahathir) memimpin negara ini sebagai perdana menteri ke-4.

"Ada satu waktu, beliau tidak suka kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li kerana sebab tertentu. Bayangkan, Ku Li, orang yang bina PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra), urus perbelanjaan parti, juga Naib Presiden (ketika itu) tetapi Mahathir tidak suka caranya.

"Oleh kerana beliau tidak mahu mengambil Ku Li, maka atas kepintaran politiknya, jawatan itu dipertandingkan dan secara langsung dia beri sokongan kepada (Datuk Seri) Musa Hitam (kini Tun) untuk mengalahkan Ku Li," katanya.

Annuar mendakwa, namun selepas Dr Mahathir tidak selesa dengan pengaruh Musa, beliau mula mempergunakan Tun Ghafar Baba menyingkirkan Musa.

Namun selepas itu, Dr Mahathir berpaling tadah lagi dan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga memenangi jawatan menjadi timbalan presiden Umno dengan menyingkirkan Ghafar.

"Apabila perjalanan politik Anwar menjadi kuat malah membina kekuatannya sendiri yang akhirnya menimbulkan lagi kebimbangan, maka Dr Mahathir sekali lagi menggunakan strategi dan permainan yang sama untuk menyingkirkan Anwar," katanya.

Annuar berkata, Dr Mahathir kemudian sekali lagi mempergunakan Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang merupakan anak jati Pulau Pinang untuk menjadi Timbalan Presiden Umno yang seterusnya menjadi Perdana Menteri.

"Usaha itu dengan harapan kuasa masih di tangan Dr Mahathir sehingga di saat beliau tidak menyukai Paklah, Datuk Seri Najib pula digunakan. Dan terkini, beliau menggunakan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula untuk mengatur segalanya bagi memastikan usaha beliau menjatuhkan Najib berjalan lancar.  

"Memandangkan usaha tersebut gagal, Dr Mahathir menjelmakan pula Deklarasi Rakyat (Jumaat lepas). Malah beliau sanggup bekerjasama dengan pembangkang setelah tidak mendapat sokongan dari Umno sendiri termasuk dalam isu pemecatan anaknya, (Datuk Seri) Mukhriz," dakwanya.

Annuar berkata, apa yang dilakukan Mahathir itu jelas tidak melambangkan perjuangannya dalam parti tetapi lebih kepada dendam, kepentingan dan agenda peribadi. - Bernama

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[LIVE][090316] Stairway To Heaven - Bro Kamarudin Abdullah • Bro Firdaus Wong Wai Hung zonkita zonkuliah zonkita zonkuliah

Posted: 09 Mar 2016 05:39 AM PST

[LIVE][090316] BM21 - Ust Shamsuri Hj Ahmad

Posted: 09 Mar 2016 05:36 AM PST

Speaker Parlimen tak benar Ahli Parlimen tanya tentang skandal 1MDB

Posted: 09 Mar 2016 04:05 AM PST


lim kit siang
KUALA LUMPUR, 9 MAC: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, enggan membenarkan ahli-ahli Parlimen bertanya tentang skandal RM2.6 bilion dan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
Sedangkan dalam sesi yang lalu, beliau tidak menghalang mana-mana ahli Parlimen untuk membangkitkan isu berhubung skandal berkenaan.
Keadaan ganjil itu menyebabkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mempersoalkan sikap tidak konsisten Speaker Dewan, walaupun pihak parti pemerintah telah berjanji untuk bersikap terbuka dan adil.
Menurut Kit Siang, pada November tahun lalu, semua ahli Parlimen dan rakyat dijanjikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, bahawa kerajaan akan menjawab sebarang soalan berhubung skandal-skandal tersebut pada hari terakhir mesyuarat bajet pada 3 Disember.
Sejak mesyuarat Bajet bermula pada Oktober, tambah beliau, Azalina dilihat cuba mengelak dari menjawab soalan mengenai dua skandal mega melibatkan RM55 bilion 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Katanya, pada 3 Disember, wujud dua kali tindakan untuk melarikan diri dari menjawab soalan berhubung dua skandal mega itu.
"Pertamanya, Najib tidak ada dalam dewan untuk berikan jawapan kepada ahli-ahli Parlimen dan rakyat.
"Keduanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi pula mengambil masa tiga minit dan mengarut untuk menjelaskan bahawa beliau tidak boleh memberikan sebarang jawapan, yang mana pada waktu itu seluruh negara sedang menantikan jawapan sebenar yang dijanjikan oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini," ujar beliau dalam satu kenyataan.
Dalam sesi Parlimen terbaru ini, Kit Siang berkata, Speaker Dewan Rakyat pula tidak membenarkan soalan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan berhubung skandal derma RM2.6 bilion Najib itu.
"Speaker perlu memuaskan hati ahli-ahli Parlimen dan orang awam, rakyat Malaysia kerana tindakan pilih kasih ini sangat tidak boleh diterima seolah-olah berada di barisan hadapan menyekat segala persoalan berhubung dua skandal mega Najib itu," katanya lagi. – Roketkini.com

APA YANG HANG MERAPU NI TONTOWI.........

Posted: 09 Mar 2016 04:00 AM PST

AL HUSSEYN


Nasrudin Tantawi dengan kajian putar alamnya ...


  Walaupun sudah empat hari Deklarasi Rakyat telah ditandangani tetapi Pas masih mengkaji sama ada Deklarasi Rakyat itu memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara atau sebaliknya kata Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan.

   Menurutnya, PAS mempunyai pendirian yang jelas bahawa perdana menteri mesti ditukar melalui proses demokrasi.

  Ahli Parlimen Temerloh itu juga menegaskan, tindakan Pas membenarkan empat anggotanya menghadiri majlis menandatangani deklarasi itu tidak bermakna Pas menyokong deklarasi.  Baca kenyataan penuhnya di sini

 Hoi! Kamu nak kaji berapa lama lagi Tantawi?? Apa yang jelas kepada kami, Pas mempunyai pendirian klu klek bukan sahaja dalam isu tersebut, malah dalam beberapa isu yang lain.Pas dalam banyak hal, dilihat lebih cenderung membela Najib.

  Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir dan pemimpin Umno-BN adalah pengakuan pemimpin parti pemerintah itu bahawa pentadbiran mereka merosakkan banyak institusi kerajaan.

  Deklarasi tersebut telah menyemarakan lagi hala tuju Pakatan Harapan untuk terus maju dengan  penganjuran Perhimpunan Mansuh GST pada 2 April 2016 dan perhimpunan-perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia.

  Setahu saya, Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar hadir dan menandatangani deklarasi itu atas insiatif dan kesedaran mereka sendiri sebagai warga negara yang prihatin dengan masalah rakyat.  Mereka tidak pernah meminta izin dari Pas untuk hadir seperti apa yang kamu dakwa.

  Tidak sebagaiman Datuk Mustafa Ali dan Datuk Khairuddin Aman Razali yang tiba-tiba tercongok di situ meskipun sebelum itu, PAS telah menyatakan mereka tidak akan bersama.  

   Pas membuat kenyataan bahawa kehadiran mereka mendapat izin presiden dan bertujuan untuk mengambil maklumat hanyalah kerana nak tutup kemaluan setelah parti mereka terlalu gelojoh dan gopoh membuat kenyataan.

"Menandatangani deklarasi itu inisiatif mereka dan kami tak nyatakan itu sebagai kesalahan sebab pergi secara peribadi dan majlis tak memberi kemudaratan kepada parti." - Kata-kata Tantawi ini mengingatkan kita kepada Adun Dewa Jadi-jadian yang pergi ke majlis Tahun Baru Cina  secara peribadi dan tidak memberi kemudaratan kerana tanpa niat! Kah!Kah! Kah!

  Dan Tantawi kata, "Membenarkan mereka hadir bukan bermaksud bersetuju dengan deklarasi."

 Tetapi bagaimana pula dengan kenyataan Presiden Pas yang menganggap Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu boleh diterima?

 Dan kalau benar tidak bersetuju, kenapa Mustafa Ali susahkan diri menandatangani deklarasi tersebut?

 Kenapa Mustafa  tidak bertindak sebijak Mohd Khairuddin yang memberi alasan terbaiknya, "ana (saya) hanya hadir tetapi tidak sign declaration kerana mandat dari Presiden hanya untuk hadir mendengar dan menemani Cikgu Pa…"

  Lalu kamu pun beri alasan, Mustafa menandatanganinya itu adalah atas kapasiti peribadi.... Tapi, kalau Hj hadi yang sain atau buat keputusan atas keputusan peribadi, korang boleh terima pula bahawa itu adalah keputusan Pas!!

   At-tantawi, teruskanlah dengan kajian putar alam politik matang kamu itu ! Permisi, kami maju dulu...

Ahmad Said Dakwa Simpan Rahsia Besar Najib

Posted: 09 Mar 2016 03:42 AM PST



Saya simpan rahsia besar Najib – Ahmad Said

Bekas Menteri Besar Terengganu, 
Datuk Seri Ahmad Said mendakwa 
beliau menyimpan satu rahsia besar
 Perdana Menteri, Datuk Seri 
Najib Tun Razak, demikian lapor 
FreeMalaysiaToday.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 
Kijal itu berkata, jika rahsia itu didedahkan, 

ia boleh memalukan Najib dan rakyat.

"Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya

 dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Najib Razak).


"Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya,
 saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu 'terhutang,"

 katanya kepada FMT.

Ahmad berkata, disebabkan rahsia besar itu beliau berjuang habis-habisan dan 
sanggup mengorbankan dirinya, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat di Terengganu.

Diminta menjelaskan lebih lanjut rahsia besar itu, Ahmad berkata, beliau hanya 
akan mendedahkan rahsia itu selepas melihat reaksi dan komen-komen pemimpin

 UMNO terhadap dirinya termasuk daripada Najib sendiri.

"Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada
 Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
 atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor).

"Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina," katanya.

Semalam, Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar 
Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membahaskan titah ucapan
 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan
 Negeri (DUN).

Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul tidak percaya
 terhadap Ahmad Razif kerana berkata usul itu dibuat tanpa notis sekaligus melanggar
 peraturan DUN.

Portal bicara.news melaporkan bahawa pada sesi petang, kelibat Dato' Seri 
Abdul Hadi Awang tidak kelihatan di dalam Dewan. 

"Ketiadaan Hadi telah mengambarkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan 

cara yang dibuat oleh Adun Kijal tersebut dan beliau tidak menghadirkan 
diri dalam dewan," lapor portal berkenaan.

Pembangkang (PAS) mempunyai 14 kerusi dun dan PKR satu kerusi tidak mungkin
 jika undian dibuat akan berpihak kepada pembangkang kerana Barisan 
Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi dun, tambahnya.

Jika ianya ditolak dengan kerusi dun Kijal maka BN mempunyai 16 kerusi dan 14
 kerusi di pihak pembangkang dimana satu kerusi dimiliki Abdul Hadi Awang dari Rendang.

PAS kononnya tidak sabar untuk mentadbir negeri Terengganu dengan menyebarkan
 kepada ahlinya bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu hari ini dengan 
undi tidak percaya kepada Ahmad Razif.

ULASAN GB

Tetapi Presiden PAS sendiri tak datang untuk mengundi sokong tidak usul 
Ahmad Said berkenaan, bagaimana kata ahli-ahli PAS bahawa PAS akan
 mengambil alih Terengganu hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif?

DEKLARASI RAKYAT BUKAN AGENDA DAP HANCURKAN UMNO

Posted: 09 Mar 2016 03:28 AM PST

DANA RM42 JUTA SRC : MANA BETUL, NAJIB ATAU PEGUAM NEGARA?

Posted: 09 Mar 2016 03:25 AM PST

PEGUAM NEGARA, POLIS PERLU SIASAT PENGELUARAN BON AS$6.5 BILION 1MDB – DAP

Posted: 09 Mar 2016 03:23 AM PST

DEKLARASI RAKYAT PERLU PAMER KESEPADUAN PIMPINAN UMNO – PH

Posted: 09 Mar 2016 03:19 AM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:24 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Isu Mukhriz jadi PM : Puad jawab Mahfuz

Posted: 09 Mar 2016 04:38 PM PST


Datuk Dr Mohd Puad ZakarshiDatuk Dr Mohd Puad ZakarshiAhli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi membidas kenyataan Mahfuz Omar yang mempertikai kenyataannya iaitu tindakan Tun Mahathir mengadakan Deklarasi Rakyat  untuk memastikan anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri setelah Najib berjaya dijatuhkan.
Semalam   dalam satu kenyataan Mahfuz mendakwa, takkan Mohd Puad bangang sangat sampai tidak tahu syarat untuk menjadi PM seseorang itu mestilah ahli Parlimen sedangkan Mukhriz hanyalah seorang Adun. Menurut Mahfuz lagi kalau pun hendak serang Tun M biarlah bagi hujah yang munasabah dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang membengong dirinya sendiri.
Mohd Puad menjawab,  adakah Ahli Parlimen Pokok Sena itu  lupa dalam politik tiada yang mustahil, seperti tidak mustahilnya Mahfuz mempertahankan DAP yang anti Hudud sehingga sanggup menghina Presiden Pas yang dia masih menjadi ahlinya.
"Mahfuz juga lupa pada dirinya sendiri yang kini berkata Hudud bukan keutamaan dan menjadi pengemis di sana sini sama ada mahu memilih Amanah, Pas dan kini menumpang Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang.
" Mahfuz gagal membaca perkara taktikal dalam kenyataannya itu, iaitu tindak tanduk Mahathir termasuk Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang adalah untuk dijadikan sebagai 'bargaining power' menekan Najib supaya memberi laluan mudah kepada Mukhriz agar akhirnya nanti menjadi PM.
"Sebelum keluar Umno, Mahathir amat kecewa kerana Najib gagal membantu Mukhriz menang jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti 2013. Justeru mulalah Mahathir membuat kerenah menganggu pentadbiran Najib supaya Najib ikut telunjuknya bagi memastikan agenda Mukhriz menjadi PM tercapai.
"Kemarahan Mahathir terhadap Najib memuncak apabila Zahid dilantik menjadi TPM kerana itu dianggap semakin menyulitkan agenda Mahathir dan Muhkriz . Sebagai tindak balas Mahathir keluar Umno dan mempelopori Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang sebagai bargaining power agar Najib reconcile balik dengan beliau untuk pastikan di masa akan datang Mukhriz akhirnya jadi PM.
"Itu yang Mahfuz tidak faham. Maka tidak timbul isu Mukriz seorang Adun dan bukan ahli Parlimen. Itu bukan penghalang dan mungkin Mahfuz terlupa beberapa peristiwa yang dia sendiri terlibat kerana ia amat berkaitan.
Read More / Baca Lagi >>

'Saya cuma tercuit tangan dengan Kit Siang' - Ibrahim Ali

Posted: 09 Mar 2016 04:09 PM PST

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata isu beliau bersentuh tangan dengan veteran DAP Lim Kit Siang di Majlis Deklarasi Rakyat sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu.
Katanya, isu tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana pemimpin negara ini turut pernah bergambar dan bersalam dengan pemimpin DAP dan beberapa pihak lain.
Malah jelasnya, ketika kejadian itu berlaku, Lim terserempak dengannya di dalam majlis tersebut, lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.
Ibrahim berkata, sebagai seorang Islam, beliau harus menyambut salam berkenaan.
"Saya cuma tercuit tangan dengan Lim Kit Siang, terus keluar surat khabar Cina muka depan, bukan main, gambar ini tinggi nilainya, isu ini menjadi begitu popular.
"Kalau soal bersalam dengan Kit Siang, ia bukan baru, saya dah bersalam tahun 1986 ketika itu saya menjadi ahli Parlimen," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.
Sebelum ini akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily memaparkan gambar berkenaan di halaman depan akhbar itu.
Katanya, kini DAP tidak lagi dipelopori oleh kaum Cina, sebaliknya terdapat juga ahli mereka yang berbangsa Melayu.
"Adakah mereka lupa, dalam DAP sekarang ini ramai Melayu, Profesor Aziz Bari merupakan tokoh perundangan, Sasterawan Negara A Samad Said juga masuk DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dah masuk DAP kenapa tidak hentam mereka? Saya ni belum masuk DAP lagi" katanya.
Read More / Baca Lagi >>

DEKLARASI RAKYAT SETIDAK-TIDAKNYA MESTI DAPAT SEJUTA TANDATANGAN

Posted: 09 Mar 2016 04:06 PM PST

Analogi yang diberikan oleh Tun Mahathir Mohamad untuk menjelaskan kerjasama yang diambilnya bersama parti-parti pembangkang, khususnya DAP berkaitan Deklarasi Rakyat barangkali tidaklah terlalu sukar untuk difahami.

Dengan memberikan contoh permusuhan antara Sunni dengan Syiah, Hamas dengan Fatah dan Iran dengan Arab sedangkan musuh sebenar yang harus mereka hadapi ialah Israel yang dibantu Amerika Syarikat, gambarannya ialah bekas Perdana Menteri itu juga mahu rakyat yang gelisah, gundah gulana dan celaru ketika ini turut memberikan tumpuan kepada musuh mereka yang satu yang harus dihadapi berbanding hal-hal lain.

Mengambil kira musuh yang satu yang harus dihadapi kini ialah Najib Razak, ideologi dan pendirian politik masing-masing, bagi Tun Mahathir, haruslah dilupakan buat seketika sehingga matlamat yang ingin dituju itu benar-benar tercapai.

Katanya, mereka yang hadir dan menandatangani deklarasi itu bukan atas kapasiti ahli dan pemimpin politik, sebaliknya sebagai rakyat Malaysia yang khuatir akan kesan buruk atas perlakuan Najib sebagai Perdana Menteri.

Bagi semua rakyat Malaysia, hanya penyingkiran Najib sahaja yang boleh memulihkan demokrasi dalam negara, kata Tun Mahathir lagi.

Bagi mereka yang benar-benar ingin melihat negara ini dipulihkan berikutan imej buruk yang ditimbulkan Najib, baik di dalam dan luar negara serta kelumpuhan pelbagai institusi awam yang diakibatkan olehnya, inilah masanya untuk menunjukkan pendirian dan kecekalan hati.
Read More / Baca Lagi >>

Inilah bahananya bila jahil agama nak berbicara ttg agama..

Posted: 09 Mar 2016 04:05 PM PST

Korang tau ker tak... DOSA POLITIK lagi bahaya & besar dosanya drpd berbuat dosa pada Allah SWT... heee seramnya..

Kan dah kena 'sound' ngan Mat Said..

Posted: 09 Mar 2016 04:04 PM PST

Ada 'manusia dua alam' tu kata 'gila talak' rujuk pada lelaki/ suami ???.. KAH!! KAH!! KAH!!. Kitab mana ntah dia belajar kata begitu.. Patutler Mat Said sound..

"Jangan cakap soal talak. Dia (Azalina) belum kahwin, dia tak tahu talak itu apa. Talak ini hak lelaki bukan perempuan," kata Ahmad Said..

Patutler tak kawen2... bab agama (ilmu talak) pon failed !!!.. tu blom lagi masuk bab NAJIS MUGHALLAZAH..

Fakta:
UMNO = bodoh
bodoh = UMNO

MB Terengganu yakin tindakan Ahmad Said didorong pihak tertentu

Posted: 09 Mar 2016 04:01 PM PST

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengakui pernah diingatkan agar berhati-hati kerana ada gerakan luar mahu menjatuhkannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.
Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadapnya sebagai menteri besar Terengganu, dibuat atas dorongan pihak tertentu.
"Saya diingatkan supaya berhati-hati dan akan ada gerakan luar mahu menjatuhkan saya.
"Saya mendapat maklumat tersebut dari Kuala Lumpur," kata Razif ketika berucap pada majlis perjumpaan khas Barisan Nasional (BN), Veteran Umno dan Mubarak Terengganu di Kuala Terengganu, malam tadi.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang kecoh kelmarin berikutan cadangan usul undi tidak percaya itu, bagaimanapun berjalan lancar semalam. Malah, Adun Kijal yang mengemukakan cadangan itu tidak langsung kelihatan sehingga selesai sesi penggulungan titah ucapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan DUN ke-13 itu.
Razif dalam ucapannya berkata agendanya kini adalah untuk memastikan BN Terengganu terus kuat dan mencipta sebanyak mungkin kejayaan agar BN mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi: Yang penting pemerintah jangan mengacau rakyat

Posted: 09 Mar 2016 04:00 PM PST

Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang mengingatkan pemerintah agar tidak mengganggu kemaslahatan rakyat.
'Berceramah' di dalam Parlimen hari ini, Hadi berkata setiap pemerintah perlu menjaga 'periuk nasi' rakyat.
"Pas menyertai arena politik sejak sebelum merdeka sehingga hari ini, parti lain banyak ditubuhkan kemudian, kita bangun dan  jatuh, kita tidak kerusi langsung, itu kita tidak kisah yang penting ‎ ialah jangan mengacau  rakyat itu yang perlu kita  jaga betul-betul," katanya di Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, Hadi menegaskan bahawa Islam tidak menggalakkan budaya memecat pemimpin.
"Islam tidak menggalakkan memecat pemimpin, tetapi Islam menggalakkan membetulkan pemimpin," katanya.

Pas tidak konsisten dengan usul undi tidak percaya MB Terengganu

Posted: 09 Mar 2016 03:56 PM PST

Usul undi tidak percaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said terhadap Menteri Besar Terenggaanu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman merupakan peluang kepada pembangkang untuk mengambil alih kerajaan negeri, namun Pas tidak konsisten menyatakan pendirian.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, beliau yakin usul itu bukan datang secara tiba-tiba sebaliknya selepas berlakunya beberapa krisis kepercayaan terhadap Umno Terengganu.

"Ahli Umno sendiri tidak berpuas hati dengan pentadbiran menteri besar sekarang yang tidak membela rakyat terbanyak.

"Saya minta Adun-adun pembangkang khususnya Pas mengambil langkah yang sewajarnya untuk menukar kerajaan.

"Ahmad Said telah menunjuk jalan dengan penyokongnya dan PKR pun ada dan inilah peluang Pas untuk membela rakyat.

"Amanah menyokong kalau Pas mengambil langkah menukar kerajaan yang sekarang ini banyak mengenepikan kepentingan rakyat biasa," katanya ketika ditemui di parlimen semalam.

Datuk Seri Abdul Hadi AwangDatuk Seri Abdul Hadi AwangBagaimanapun usul undi tidak percaya yang dibawa Ahad Said ditolak oleh  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Mohd Zubir Embong yang  membuat keputusan menolak usul undi tidak percaya terhadap menteri besar dengan alasan tiada notis dikemukakan lebih awal.
Raja Baharin yang juga Pengerusi Amanah Terengganu turut membidas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan terlibat dalam usaha menukar menteri besar Terengganu jika ia hanya melibatkan isu perebutan jawatan.
Beliau berkata, tidak timbul isu perebutan kuasa dalam perkara ini sebaliknya inisiatif Adun sendiri yang mahu membela rakyat negeri itu yang semakin ditindas selepas berlaku pertukaran menteri besar.

Read More / Baca Lagi >>

Deklarasi Rakyat: Umno tidak panik, kata Annuar Musa

Posted: 09 Mar 2016 03:55 PM PST


Umno tetap tenang dan tidak akan terburu-buru mengambil tindakan terhadap anggota parti itu yang terbabit dalam "Deklarasi Mahathir" baru-baru ini, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.
 Bagaimanapun, beliau berkata parti itu tidak memandang remeh isu itu dan akan mengambil kira segala aspek termasuk pandangan akar umbi sebelum bertindak terhadap ahlinya yang jelas bersekongkol dengan pihak pembangkang itu.
"Lagipun kita ada pelbagai biro dan jawatankuasa di dalam parti untuk menilai apa yang telah berlaku.
"Umno tidak panik. Kita akan tenang tapi ambil serius serta tidak pandang remeh apa yang berlaku.
"Pada masa yang sama, disiplin dan ketegasan itu sentiasa ada dalam parti. Biarlah rakyat menilai apa yang telah berlaku," katanya ketika menjadi tetamu program 'Soal Jawab' di TV3, Sri Pentas malam tadi.
Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh mengulas mengenai tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.
Deklarasi itu turut ditandatangani bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Annuar berkata apa sahaja isu yang dibangkitkan termasuk usaha menjatuhkan kerajaan, perlu ditangani dengan bijak.
"Walaupun apa jua masalah yang timbul, kita jangan tinggalkan dan lupa amanah yang diberikan rakyat. Lihatlah masalah rakyat, negara, masalah dalam dan juga masalah dari luar.
"Pada masa yang sama, harus diiingati, perdana menteri Malaysia tidak boleh diturunkan atau dijatuhkan dengan deklarasi atau kempen tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Izzah: Najib produk ‘sistem’, lagi sepertinya akan datang

Posted: 09 Mar 2016 05:47 AM PST


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya produk sesuatu 'sistem'.
Oleh itu, katanya, peletakan jawatan Najib hanya akan membuka jalan kepada lebih ramai pemimpin sepertinya untuk menggantikan beliau.
"Akan ada banyak lagi seperti dia - mungkin seorang graduan Oxford yang lebih bergaya - kerana sistem membenarkan seseorang sepertinya muncul," katanya semasa ditemu-bual oleh saluran radio perniagaan BFM 89.9.
"Bagi saya, saya minta maaf, saya tidak boleh membuta tuli menerima peletakan jawatan tetapi tidak tahu apa yang akan jadi selepas itu," katanya
Nrul Izzah berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada perletakan jawatan dengan imuniti adalah lebih baik daripada membiarkan Najib untuk terus berkuasa.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, bagaimanapun, mempersoalkan apa yang akan tercapai dengan perletakan jawatan Najib.
"Katakan dia letakkan jawatan dan digantikan oleh timbalannya, apakah perubahan yang bakal berlaku?
"(Bekas ketua pembangkang) Anwar Ibrahim masih di penjara. Sebahagian besar daripada kita masih menghadapi tuduhan, mungkin (akan) disabitkan dan kehilangan kerusi kami.
"Kita perlu jelas; apa yang dimaksudkan dengan perubahan? Itulah sebabnya saya selalu berkata ia mesti ditambah dengan melaksanakan pembaharuan institusi, " katanya.

ADUN BN sokong Razif, hanya Ahmad Said tak hadir...adakah kini 16-16..??

Posted: 09 Mar 2016 05:45 AM PST


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang kecoh semalam berikutan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, berjalan lancar hari ini.
 Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang mengemukakan cadangan itu tidak langsung kelihatan sehingga selesai sesi penggulungan titah ucapan Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan DUN ke-13 itu.
Ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, Ahmad Razif melahirkan rasa syukur kerana persidangan hari terakhir itu berjalan lancar, selain mendapat sokongan padu anggota DUN Barisan Nasional.
"Saya ucap terima kasih lah kepada semua yang terlibat dalam memastikan sidang DUN berakhir dengan baik, terima kasih dan syabas kepada Speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong yang berjaya mengawal suasana dengan begitu baik sekali.
"Begitu juga dengan media, saya ucap terima kasih atas laporan berita yang dibuat kerana ini dapat menangkis berita-berita yang tak betul dan tersebar tentang keadaan di Terengganu.
"Ini penting kerana dalam keadaan kita hendak menyambut Tahun Melawat Terengganu 2017, sudah pasti suasana yang aman dan tenang diperlukan untuk menarik kedatangan pelancong," katanya.
Mengulas mengenai sokongan semua 15 ADUN Barisan Nasional kecuali Ahmad Said, beliau berkata semua ADUN terlibat telah menyatakan ikrar sokongan kepada kepimpinannya secara sukarela, dan turut menandatangani surat ikrar itu dalam satu mesyuarat semalam.
Awal pagi tadi, hampir 300 orang berkumpul di perkarangan Wisma Darul Iman bagi menyatakan sokongan terhadap Ahmad Razif.
Mereka turut membawa sepanduk dan melaungkan sokongan terhadap Menteri Besar.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA kedua2 kenyataan Menteri Kerja Raya BN bercanggah satu sama lain ???

Posted: 09 Mar 2016 05:18 AM PST

ADAKAH ini satu 'modus operandi' BN nak menipu & perbodohkan rakyat terutamanya setiap kali tibanya pilihanraya ???

WAHAI RAKYAT SARAWAK & SABAH !!!.. MASIH TAK NAMPAK LAGI KA penipuan & putar belit mereka... Nak sedar bila lagi... Nak tunggu Rosmah jadi Piem baru nak ubah ka...

Saya akan lawan untuk rakyat, ikrar MB Terengganu

Posted: 09 Mar 2016 05:12 AM PST

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sentiasa menjadikan 3 menteri besar terdahulu sebagai ikon beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mac 2016.
"Saya akan lawan! Saya akan lawan dengan berusaha supaya mencipta lebih banyak kejayaan, lebih banyak kebaikan untuk rakyat!
"Saya akan lawan dengan berusaha keras supaya Terengganu dihormati kawan dan lawan.
Saya akan lawan dengan berusaha supaya kita dapat hapuskan sebarang bentuk rasuah dan penyelewangan. Kalau saya mati sekalipun, saya mati melawan."

Demikian ikrar Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung tindakan bekas menteri besar dan juga Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadapnya (Ahmad Razif) semalam tetapi ditolak speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong. Ahmad Razif berkata sejak awal mengambil tugas sebagai menteri besar, beliau sentiasa menjadikan 3 bekas menteri besar iaitu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ahmad Said sebagai ikon.
"Saya raikan mereka dalam satu majlis semata-mata bertujuan memperingati dan menunjukkan rasa hormat saya terhadap jasa dan sumbangan mereka, namun malangnya Adun Kijal tidak hadir.
"Saya mahu rakyat tahu saya menyambung kerja-kerja baik dan asas yang mereka letakkan untuk pembangunan Terengganu. Siapalah saya berbanding mereka. Saya hanya cikgu sekolah.
"Saya mengharapkan ketiga-tiga bekas MB ini dapat bersama-sama membantu saya dan kerajaan dalam memajukan negeri. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan, itu adalah dendam," katanya.
Ahmad Razif turut menyatakan beliau merasa pelik apabila dikatakan membuat konspirasi untuk menafikan sumbangan Ahmad Said sewaktu beliau menjadi menteri besar.
Katanya, sekiranya terdapat kebaikan yang disebut pihak lain ketika beliau menjadi menteri besar, ia sebenarnya adalah kebaikan yang dimulakan Barisan Naisonal (BN) terdahulu.
"Misalnya, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sudah siap ketika saya menjadi MB namun kerja-kerja awal sudahpun bermula ketika zaman Wan Mokhtar lagi. Begitu juga stadium, ITC Kemaman, Sekolah Menengah IMTIAZ dan pelbagai projek yang sebelum ini terbengkalai atau dibiarkan lesu.
"Saya sambung dan selesaikan. Saya tidak menafikan sumbangan sesiapa, malah saya selesaikan apa yang tidak selesai dan tambah nilai apa yang belum selesai.
Read More / Baca Lagi >>

MT Umno putuskan nasib Muhyiddin, Mukhriz Mac 25 ini

Posted: 09 Mar 2016 05:10 AM PST


Majlis Tertinggi Umno akan membuat keputusan mengenai nasib timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini digantung jawatan dan pemimpin pemberontak lain apabila ia bermesyuarat pada Mac 25 ini.
Mengikut satu artikel dalam akhbar bahasa Cina Sin Chew Daily, nasib Muhyiddin akan diputuskan pada mesyuarat bulanan parti yang akan datang.
 Akhbar itu memetik Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh yang mengesahkan bahawa agenda mesyuarat berkenaan termasuk perbincangan mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap mereka.
Walau bagaimanapun, sama ada atau tidak mereka akan dipecat hanya akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang, lapor akhbar itu.
Ini kali kedua, Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berdepan tindakan pemecatan apabila kedua-dua mereka menandatangani Deklarasi Rakyat yang menuntut penyingkiran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Kali pertama, mereka berdepan dengan masalah adalah selepas mereka mengkritik Najib mengenai skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang berada dalam akaun perdana menteri.

Kampung sebelah Putrajaya, tapi tiada air, elektrik

Posted: 09 Mar 2016 04:00 AM PST

Apa gunanya ERL bagi mereka yang hidup tanpa elektrik dan air bersih? Ikuti siri pertama pendedahan kampung Orang Asal yang diabaikan sejak Merdeka.

BANGI: Tak patut! Itulah ungkapan yang keluar daripada mulut apabila berada di kawasan perkampungan di Dengkil yang bersempadanan dengan Putrajaya.
Ini kerana, kawasan berkenaan yang penduduknya terdiri daripada Orang Asal dan sedikit orang Melayu masih lagi belum menikmati kemudahan asas iaitu bekalan elektrik dan air bersih.
Meskipun terletak di negeri paling maju di Malaysia serta jarak dalam radius lima kilometer dari pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, kawasan berkenaan tidak sempurna dan terdapat beberapa kampung masih dalam keadaan daif.
Tinjauan FMT ke Dengkil mendapati sekurang-kurangnya tiga kawasan penempatan – Kampung Orang Asal Bukit Tunggul Blok A, Blok B dan Blok C – tidak mendapat akses elektrik dan air walaupun rumah mereka berdekatan dengan Jalan Kajang-Dengkil.
Manakala penempatan berhampiran, Kampung Orang Asli Bukit Jenuk pula baharu mendapat bekalan air bersih, tetapi tiada bekalan elektrik disalurkan.
Kesemua penempatan itu diduduki Orang Asal yang majoriti daripada suku Temuan, sedikit daripada suku Mah Meri, orang Melayu dan kaum India.
Walaupun kawasan perkampungan terbabit langsung tiada bekalan elektrik atau air, namun landasan Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibina melalui kawasan itu.
Kampung Orang Asal Bukit Tunggul yang dibahagikan kepada tiga blok adalah yang paling daif, di mana kemudahan asas hampir tiada termasuk bekalan air bersih selain tiada sistem perparitan sempurna.
Kebanyakan tandas atau bilik air penduduk kampung terbabit terletak di luar rumah dan berdindingkan kain kanvas.
Penduduknya pula hidup dalam serba kekurangan dan bekerja sebagai buruh di sekitar Bangi, Kajang, Dengkil dan Putrajaya.
Tinjauan ke kawasan tiada bekalan elektrik atau air sejak negara ini merdeka turut mendapati beberapa menara bangunan Kerajaan Persekutuan di Presint 4, jelas kelihatan daripada kampung Orang Asal itu.
Perkara itu sekali gus menimbulkan persoalan berhubung komuniti Orang Asal yang tinggal bersempadanan dengan Putrajaya, yang mana jelas tercicir daripada arus pembangunan.

Isu culik PM tidak mustahil hanya sandiwara Umno – Azmin

Posted: 09 Mar 2016 03:58 AM PST

MOHAMED AZMINIsu cubaan menculik pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mustahil 'sengaja diadakan' bagi menutup kontroversi pengganti Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tanggapan isu itu 'sengaja diadakan' ada asasnya kerana sandiwara Umno sering berlaku dalam pelbagai perkara.
Malah, beliau mencabar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk memperjelaskan di Parlimen langkah-langkah keselamatan diambil dalam menangani masalah keganasan itu sekiranya benar-benar wujud.
"Isunya sekarang soal keyakinan masyarakat terhadap Kerajaan Pusat kerana berulang kali insiden-insiden berlaku atas pertimbangan tertentu dan tujuan lain bagi politik Umno.
"Sekiranya Timbalan Perdana Menteri mendakwa ada percubaan itu, saya kira beliau bertanggungjawab memperjelaskan di dalam parlimen tentang langkah-langkah keselamatan, sedang dan akan diambil kerajaan," katanya kepada SelangorKini.
Mohamed Azmin berkata, penjelasan itu juga penting kerana soal keselamatan milik semua pihak termasuk rakyat dan bukan hanya Perdana Menteri dan tokoh tertentu sahaja.
"Rakyat ingin tahu apakah langkah diambil dan jika Zahid gagal kemukakan satu hujah yang kuat dan menyakinan dalam parlimen, maka tidak mustahil tanggapan itu berlaku kerana sandiwara Umno ini memang sering terjadi," katanya.
Sebelum ini, PAS turut menuntut penjelasan kerajaan berhubung perkembangan lantikan gabenor BNM bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat perkhidmatan bulan depan.
Dalam masa yang sama, parti Islam itu berharap tiada cubaan dilakukan bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penting itu.
Zahid semalam memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS.
Katanya, pada 30 Januari lalu, seramai 13 orang "dengan elemen IS" merancang menculik Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mana duit 5 sen saya?

Posted: 09 Mar 2016 03:48 AM PST

Wujud trend di mana wang berbaki 5 sen digantikan dengan sebiji gula-gula. Apakah saya patut menerimanya sahaja atau bersuara demi hak saya sebagai pengguna? Anda bagaimana?
5-sen
Pagi tadi sebelum ke kerja, dalam perjalanan ke sekolah anak saya, saya berhenti sebentar di kedai serbaneka untuk membeli roti, bekalan sekolah anak. Dua roti ban, air teh bunga dan surat khabar, jumlahnya, RM4.63, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan dibundarkan menjadi RM4.65 sen.
Duit baki yang saya terima daripada juruwang kedai serbaneka itu ialah RM0.30 dan sebiji gula-gula kecil.
Dalam situasi ini, apakah yang sepatutnya saya lakukan?
Pulang sahaja mengambil wang 30 sen dan gula-gula tanpa berkata-kata atau salahkah jika saya tetap menuntut 5 sen yang sepatutnya dipulangkan itu?
Akhir-akhir ini, perkara ini sangat kerap berlaku. Kalau ia berlaku kepada saya seorang, mungkin ia kes terpencil, saya pun tak kisah sangat. Tetapi kebetulan apabila berkongsi pengalaman ini dengan rakan-rakan, rupanya trend 5 sen ganti gula-gula, sudah menular dan dirasai segelintir besar rakan-rakan yang saya hubungi.
Ia dikatakan lebih ketara berlaku sejak pelaksanaan GST, mungkin selepas harga barang dibundarkan dengan GST menyebabkan harga berakhir dengan nilai 1, 2, 3 4, 6, 7, 8 dan 9 sen.
Pada kebanyakan masa, itulah harga yang perlu dibayar bukan? RM1.66, RM4.88, RM7.12…
Lebih menjengkelkan apabila juruwang atau pekedai yang bertindak menggantikan 5 sen dengan gula-gula berkelakuan ia seperti ia perkara biasa dan kita pula yang bersalah dan dipandang murah kerana menuntut kembali duit 5 sen itu.
Lima sen pun, tetap duit juga dan sekali hilang 5 sen, 10 kali sudah berapa?
"Saya tanya, kenapa selalu sangat tak pulang baki lima sen, juruwang itu tengking saya pula. Dahlah dia pekerja warga asing, saya minta duit saya, dan saya pula kena marah," kata seorang rakan sekerja yang turut berkongsi pengalamannya di sebuah restoran dekat pejabat kami di Damansara.
Nampaknya, isu ini memang isu konsumer tetapi mungkin kerana nilainya hanya 5 sen, tidak diperbesarkan, atau tidak mahu diperbesarkan.
Read More / Baca Lagi >>

GUANE NI TUAN GURU?

Posted: 09 Mar 2016 03:46 AM PST

Berkata-katalah Presiden Pas, Hadi Awang yang sekarang sudah pandai memakai baju berwarna merah jambu, bukan lagi hijau seperti zaman dulu-dulu bahawa Islam tidak menggalakkan memecat pemimpin, sebaliknya hanya perlu membetulkan mereka.

"Budaya pecat pemimpin tidak digalak dalam Islam. Islam tak galak pecat pemimpin, perbetul boleh.

"Kita kena sabar memperbetulkan pemimpin," katanya ketika berucap di Parlimen.

Ehh...ehh...cantiknya kenyataan ini dan jika ada markah yang patut diberikan, sudah tentu boleh diberi lima bintang tanda "cemerlangnya" Hadi kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, sudah tentu yang paling gembira mendengar kenyataan Hadi itu ialah Najib Razak sendiri.

 Makna kenyataan itu sangat jelas bahawa Pas tidak akan setuju dengan sebarang usaha untuk menyingkirkan Najib, malah akan terus bersabar dengan segala macam karenah dan onar dalam kepimpinan Perdana Menteri yang bukan lagi rahsia kepada seluruh dunia.

Tetapi, ingin juga ditanya kepada Hadi Awang, tidakkah beliau lupa bahawa Najib jugalah yang mengetuai gerakan "memecat" Menteri Besar Perak dari Pas, Nizar Jamaluddin pada tahun 2009 dahulu?

Jika benar Islam tidak menggalakkan pemecatan pemimpin, bagaimana sekarang beliau boleh berkawan rapat dengan "ketua gerakan pecat-memecat" itu?

Lebih dari itu, dalam UMNO sendiri Najib juga sudah melakukan banyak pemecatan dan penyingkiran bagi tujuan mengekalkan kuasanya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib bohong pulang derma RM2.03 bilion – Mukhriz

Posted: 09 Mar 2016 03:28 AM PST

Terlalu banyak pembohongan sehingga sukar untuk menentukan kebenaran tetapi Mukhriz percaya isu derma itu 100 peratus tidak betul.
mukhriz-najib-general-election-13
PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbohong apabila mengaku telah memulangkan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion yang diterimanya daripada keluarga Diraja Arab Saudi.
Ini kerana kata bekas Menteri Besar Kedah itu, Najib pernah mengaku dalam mesyuarat UMNO bahawa beliau telah membelanjakan RM1.5 bilion dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"RM2.6 bilion yang dia (Najib) terima katanya dari derma Arab. Kalau tolak RM1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal RM1.1 bilion. Macam mana dia boleh kata dia pulangkan RM2.03 bilion balik dekat Arab itu?
"Daripada RM1.1 bilion naik jadi RM2 bilion? Benda itu saya ingat budak kecil pun boleh faham yang angka-angka ini semua tak betul.
"Bohong punya bohong. Sudah jadi bertimbun-bertimbun, kita pun sudah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar. Tapi yang saya ingat, lebih kurang 100 peratus tidak betul," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cawangan dan ahli UMNO sekitar Kota Bharu pada Isnin.
Rakaman ucapan beliau itu dimuatnaik di blog dinturtle.blogspot.com.
Mukhriz berkata, walaupun Najib membelanjakan duit yang banyak namun keputusan PRU13 lebih teruk daripada PRU12.
"Saya terkejut bila saya dengar Presiden kata begitu, sebab saya kata RM1.5 bilion dan kita kalah 7 kerusi Parlimen? Kita tak boleh nak menyamai ataupun dapat keputusan lebih baik daripada PRU12.
"Saya duk (duduk) fikir balik, RM1.5 bilion, ke mana pergi duit itu? Saya tidak nampak yang kita dah belanja banyak macam itu. Dan hasilnya tak berapa memberangsangkan. Dulu-dulu kita tidak pernah belanja duit macam itu pun kita boleh menang dua per tiga," katanya.
Mukhriz berkata, beliau telah dimarah oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana membangkitkan perkara itu.
"You tahu apa, you orang muda lagi," kata Tengku Adnan.
Mukhriz menjawab "Saya kata orang muda ini telah menawan balik negeri Kedah. Kita telah menyumbang daripada empat kerusi naik jadi 10 kerusi Parlimen. Dan kita berjaya menawan balik hati rakyat Kedah daripada PAS. Jadi jangan nak perlekehkan keupayaan UMNO Kedah".

Kita lupa perbezaan politik untuk jatuhkan Najib – Tun M

Posted: 09 Mar 2016 03:26 AM PST

Beliau mengaku ahli UMNO dan DAP kurang senang dengan kerjasama tetapi ia dilakukan atas dasar 'citizen' kerana tiada pilihan demi selamatkan negara.
mahathir-umno-dap
PETALING JAYA: Tun Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan pemimpin UMNO dan DAP terpaksa melupakan seketika perseteruan mereka untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tiada pilihan lain.
Katanya, beliau sedar ramai ahli UMNO dan juga DAP yang sekian lama memusuhi antara satu sama lain tidak senang pemimpin mereka berada dalam pentas yang sama.
"Amat sukar bagi ramai dalam kedua-dua parti yang bermusuh ini menerima bahawa mereka yang menandatangani deklarasi menolak Najib berbuat demikian bukan sebagai ahli parti, tetapi sebagai rakyat Malaysia," katanya dalam tulisan terbaru di blognya hari ini.
Namun, katanya lagi, tindakan Najib yang sudah menutup segala jalan penyelesaian dalam UMNO serta menekan parti politik lain menyebabkan tiada lagi ruang untuk bersuara.
"Oleh itu tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang terpaksa membelakangkan pertubuhan dan perjuangan mereka supaya suara mereka dapat diperdengarkan kepada semua. Mereka perlu bertindak sebagai "citizen" (rakyat) dan bukan lagi sebagai parti atau badan-badan tertentu.
"Kesedaran inilah yang menyebabkan mereka yang bermusuh membelakangkan permusuhan buat sementara. Mengutamakan parti masing-masing bermakna menyokong dan mengekal rejim Najib," tegasnya lagi.
Bekas Perdana Menteri itu membangkitkan apa yang berlaku kepada umat Islam di Timur Tengah, yang gagal melupakan perbezaan sesama mereka bagi menentang musuh bersama.
"Mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka, permusuhan antara Sunni dengan Syiah, antara Fatah dengan Hamas, antara Iran dengan Arab. Mereka lupakan musuh sebenar mereka. Maka bertepuk tanganlah Israel dan Amerika. " katanya lagi.

Dr M ibaratkan 'kerjasama DAP' seperti isu Timur Tengah

Posted: 09 Mar 2016 03:22 AM PST


 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ada cara tersendiri untuk menjelaskan kerjasamanya dengan DAP menerusi Deklarasi Rakyat yang dimeterai Jumaat lalu.
Menulis di blog hari ini, Mahathir berkata bukan sahaja ahli Umno merasa terkilan, malah anggota DAP sendiri tidak senang dengan kerjasama tersebut.
Beliau bagaimanapun memberikan analogi isu di Timur Tengah bagi menjelaskan hubungan itu dan siapakah pihak yang sepatutnya dijadikan 'musuh sebenar' dalam usahanya menyingkirkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Jika kita tidak faham, lihatlah keadaan di kalangan orang Islam di Timur Tengah. Musuh mereka ialah Israel yang dibantu oleh Amerika Syarikat.
"Malangnya mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka, permusuhan antara Sunni dengan Syiah, antara Fatah dengan Hamas, antara Iran dengan Arab sehingga mereka lupakan musuh sebenar mereka, iaitu Israel, dan mereka berperang sesama orang Islam.
"Maka bertepuk tanganlah Yahudi dan Amerika," kata Mahathir.

Dalam tulisannya, bekas perdana menteri itu mengakui ramai ahli Umno merasa terkilan dan tidak senang melihat beliau duduk sepentas bersama pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang.
"Kenapakah ahli dan pemimpin Umno sanggup bersama dengan DAP dan Kit Siang?
"Soal yang sama juga ditanya oleh ahli dan pemimpin DAP yang benci dan bermusuh dengan Umno terutama dengan saya sendiri sebagai bekas pemimpin Umno sejak DAP ditubuh," tulis Mahathir.
Najib tutup semua saluran
Menurut Mahathir, mereka yang hadir menandatangi deklarasi itu bukan atas kapasiti ahli dan pemimpin parti politik, sebaliknya sebagai rakyat Malaysia yang khuatir akan kesan buruk perlakuan Najib sebagai Perdana Menteri.
Justeru itu tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang, terpaksa membelakangkan pertubuhan dan perjuangan mereka supaya suara mereka dapat diperdengarkan kepada semua.
Read More / Baca Lagi >>

Jawapan RM27 juta SRC ke akaun Najib 'hina' Parlimen

Posted: 09 Mar 2016 03:20 AM PST


Keengganan Kementerian Kewangan untuk menjelaskan bagaimana wang RM27 juta dari SRC International berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah satu penghinaan kepada Parlimen, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini berkata syarikat milik negara itu tidak mempunyai maklumat mengenai wang RM27 juta yang disalurkan kepada akaun bank menteri kewangan dan bahawa ia hanya spekulasi media.
Bagaimanapun, Pua berkata, laporan media mengenai perkara itu adalah berdasarkan carta jejak wang oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendedahkannya pada sidang akhbar untuk membersihkan Najib daripada sebarang salah laku pada bulan Januari lalu.
"Tetapi PM sekarang enggan menjelaskan wang RM27 juta itu atau pun menafikan kewujudannya.
"Memalukan! Ini satu penghinaan kepada Parlimen," kata Pua dalam Facebook.
Pua dalam soalan bertulisnya di Parlimen menyoal mengapa wang RM27 juta itu dimasukkan ke dalam akaun bank Najib.
"SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu penyaluran wang ke akaun Menteri kewangan dan ia juga adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesahihan sumber beritanya.
"Sehubungan dengan itu, di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(i), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaaan perkara di dalam surat khabar," petik jawapan kementerian kewangan.
Pua juga meminta kerajaan menyatakan tujuan SRC International membuat bayaran sebanyak RM170 juta antara 8 Julai sehingga 8 Ogos 2014 kepada Syarikat Putra Perdana Consturction,

KM Melaka: BN belanja RM1.5b, tapi tak semestinya dari RM2.6b

Posted: 09 Mar 2016 03:19 AM PST


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan bahawa BN membelanjakan lebih daripada RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 lalu.
Bagaimanapun, katanya, jumlah itu tidak semestinya daripada derma politik yang berjumlah RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 Beliau mengulas dakwaan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa Najib pada pertemuan dengan ketua perhubungan Umno mengakui bahawa BN membelanjakan RM1.5 bilion untuk pilihan raya umum yang lalu.
Bercakap kepada Malaysiakini, Idris berkata, adalah jelas pada mesyuarat itu mereka dimaklumkan bahawa lebih RM1.5 bilion dibelanjakan.
"(Tetapi) saya tidak ingat perdana menteri berkata RM1.5 bilion (adalah) dari sumbangan RM2.6 bilion.
"Dia tak kata dari jumlah RM2.6 bilion itu, RM1.5 bilion telah dibelanjakan. Saya tak fikir begitu.
"Terpulang untuk berfikir sama ada ia dari sumbangan RM2.6 bilion atau dari sumber lain," katanya.
Mukhriz dalam video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle mempersoalkan bagaimana Najib boleh mengembalikan sejumlah RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion jika RM1.5 bilion dibelanjakan pada pilihan raya.

Notis jawapan lisan Dewan Rakyat dipendekkan, kata Speaker

Posted: 09 Mar 2016 03:11 AM PST

Tok Him: Tak wajar usul undi tidak percaya ke atas MB Terengganu dihalang

Posted: 09 Mar 2016 03:10 AM PST