Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dah dipecat baru balik tengok kawasan

Posted: 07 Mar 2016 05:10 PM PST


Naik Firefly dan teruslah duduk di Kuala Lumpur, holiday London dan Paris!

Dah patut dipecat saja. Baca http://snapshot.blogspot.my

Dah patut pecat saja Muhyiddin

Posted: 07 Mar 2016 06:10 AM PST


Dah jelas sekongkol dengan pembangkang. Mukhriz sekali ... baca Snapshot 2016 di SINI

Kini giliran Wan Azizah malukan Mahathir

Posted: 07 Mar 2016 12:40 AM PST


Tun Mahathir silap dalam tuduhan rasuah terhadap pentadbiran sedangkan pentadbirannya yang paling banyak tuduhan dan suspek rasuah.

Memang Mahathir banyak silap ...

Najib: Mahathir, Muhyiddin's teaming up with opposition a 'very big mistake'
http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/najib-mahathir-muhyiddins-teaming-up-with-opposition-a-very-big-mistake#sthash.JVhYP0hh.dpuf

Mahathir's politics of fatigue - Leslie Lopez - http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/mahathirs-politics-of-fatigue

Pandangan luar melihat Mahathir tumpas di tangan Najib dan lari kepada pembangkang untuk cari nyawa politik.

Jika ada ahli politik DAP Charles Santiago sudah mengecam Mahathir, kini Wan Azizah pula malukan Mahathir. Baca di http://snapshot2016.blogspot.my

Mahathir mula keseorangan di hari tua.

kalam Perantau

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

kalam Perantau


Krisis Politik Umno Kedah hangat-hangat tahi ayam ?

Posted: 07 Mar 2016 05:00 PM PST

Oleh : Shuhaimi Almaniri

Dua minggu sebelum ini, saya menulis mengenai politik Terengganu suam-suam kuku dalam ruangan kalam Perantau ini . Kali ini saya menulis sedikit berkaitan politik Kedah pula khususnya krisis pertukaran Menteri Besar yang melibatkan Datuk Ahmad Bashah, Timbalan Pengerusi UMNO Kedah dan Mukhriz Mahathir, Pengerusi UMNO Kedah.

Apa yang menarik adalah kekecohan yang berlaku akibat pertukaran Menteri Besar di Kedah tidaklah seteruk yang berlaku di Terengganu dan juga Selangor yang hamper-hampir kepada pembubaran Dewan Negeri jika tidak diselesaikan dengan baik.

Kedah adalah negeri ketiga yang diambil tindakan untuk bertukar Menteri Besar yand dilantik ekoran keputusan Pilihanraya Umum ke-13 selepas Terengganu dan Selangor pada tahun sebelum ini.

Tidak dipastikan sama ada akan berlaku atau tidak lagi pertukaran Menteri Besar di negeri-negeri lain selepas ini sebelum Piliahnraya Umum ke-14 nanti.

Pelantikan Exco Kedah: Ahmad Bashah ikut cara MB Terengganu?

Mukhriz MahathirSebagaimana yang umum ketahui, Mukhriz Mahathir dilantik menjadi menteri Besar Kedah sebagai memenuhi janji Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kedah jika rakyat memberikan peluang kepada UMNO/BN semula dalam pilihanraya umum ke-13.

Bila Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah diumumkan Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Mukriz yang mengundurkan diri pada 3hb Februari dan beliau akan mengangkat sumpah pada 4hb Februari yang lepas, ramai pemerhati politik menjangkakan akan melakukan rombakan barisan exco kedah, setidak-tidaknya Ahamd Bashah akan menggugurkan yang dilihat memihak kepada Datuk Mukhriz Mahathir dalam krisis Menteri Besar selama beberapa minggu.

Tindakan Ahmad Bashah mengekalkan kesemua exco pada zaman Mukhriz menjadi Menteri Besar termasuk. mengekalkan tiga Exco yang dilihat setia dengan kepimpinan Mukhriz sebelum ini iaitu Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Norsabrina Mohd Noor.mengejutkan banyak pihak.

Mungkin juga Ahmad Bashah melihat kepada tindakan yang dilakukan oleh Razif diTerengganu yang Berjaya mengawal pemberontakan 'musuh-musuh politik dalaman ini dengan melekatakkanya di dalam kandang' yang dikawal sendiri oleh beliau lebih baik daripada meletakkannya diluar kandang yang tak terkawal.

Bila Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 12hb Mei, 2014, beliau kemudiannya mengekalkan semua exco yang dilantik oleh Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Ahmad Said.

Keadaan yang berlaku dalam UMNO ini dilihat tidak banyak berbeza dengan apa yang berlaku di Terengganu sebelum ini di mana hanya Menteri Besar Kedah dan Terengganu sahaja yang diganti tetapi mengekalkan semua exco dan UMNO /BN dilihat lebih mementingkan kestabilan politik parti mereka terlebih dahulu daripada kehendak politik mereka sendiri setelah dilantik sebagai Menteri Besar.

Berbeza dengan cara Azmin Momamed Ali (PKR) bila dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada 23hb September, 2014 menggantikan pendahulunya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau telah bertindak bukan sahaja menggugurkan 2 exco dari PAS sebelum itu, Dr Halimah Mohamad Ali dan Ustaz Salehin Mukyi tetapi 'kouta' exco PAS juga dikurang daripada 4 orang kepada 3 orang sahaja.

Bukan sahaja exco PAS yang ditukar, tetapi seorang exco PKR, Rodziah Ismail juga digugurkan dan digantikan dengan muka baru tetapi 3 exco DAP dikekalkan kerana Menter Besar mungkin tak berani 'usik' exco dari DAP.

Rakyat tidak 'buta politik' dan boleh faham kenapa DAP hendak sangat PAS di'keluar'kan dari kerajaan yang dibentuk oleh Azmin sebagai Menteri Besar. Tetapi rakyat memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 yang lepas adalah kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang dibentuk di Selangor adalah masih lagi kerajaan majoriti Melayu/Islam bukannya kerajaan minoriti Melayu/Islam seperti di Perak yang tidak dapat kekal setahun pun.

Jika PAS berjaya dikeluarkan dari kerajaan Selangor,apa yang kononnya dinamakan kerajaan Pakatan Harapan campuran PKR-DAP-PAN menjadikan DAP akan menjadi'berkuasa penuh' seperti yang berlaku diPerak pada tahun 2008 dahulu walaupun Azmin Ali (PKR) masih lagi menjadi Menteri Besar.


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Wan Azizah Sifatkan Tun Mahathir Sebagai Lemah

Posted: 07 Mar 2016 07:18 PM PST

Tun Mahathir Gadai Prinsip Bila Kerjasama Dengan DAP

Posted: 07 Mar 2016 04:00 AM PST

DAP tidak pernah gadai prinsipnya. DAP tetap sama, matlamatnya masih sama. Lihatlah apa yang telah DAP kerjakan di Pulau Pinang terhadap PAS dan PKR, penggal yang pertama PAS kena, penggal seterusnya PKR pula kena. DAP tetap DAP. 

Jika seorang bekas Presiden UMNO bertindak keluar parti untuk bekerjasama dengan DAP membuat deklarasi untuk jatuhkan pemimpin itu adalah satu tindakan yang amat memalukan sama sekali. DAP tetap DAP. Mereka akan terus dengan agenda mereka. 

Cuba Tun Mahathir tanya DAP, apakah mereka mahu mengorbankan prinsip mereka terhadap negara Islam? Jika jawapannya tidak, bermakna DAP masih begitu juga. Yang berubah adalah Mahathir. 

Oleh kerana itu, kenapa Tun M tidak menyerang dan menghentam DAP dalam isu RM1.2 billion dana dari Israel. Bukankah perkara itu lebih besar ancaman dan bahayanya terhadap umat Islam negara ini.

Mahathir sanggup membiarkan dirinya diperkuda DAP untuk membolehkan pakatan itu tawan Putrajaya? 

Bila DAP Hendak Saman Razali Isu Dana Israel?

Posted: 07 Mar 2016 12:37 AM PST

Jahat Sungguh DAP Tabur Fitnah, Bila Kantoi Terus Delete Tanpa Mohon Maaf

Posted: 05 Mar 2016 10:57 PM PST


Ahli Challenger Tiada Integriti, Pernah Kantoi Meniru Di Universiti

Posted: 04 Mar 2016 10:27 PM PST


Bukti, Ekonomi Malaysia Berada Pada Landasan Yang Tepat

Posted: 18 Feb 2016 10:35 PM PST


Prestasi Ringgit Malaysia Adalah Yang Terbaik Di Asia

Posted: 14 Feb 2016 10:37 PM PST


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tuntutan Pas adakan pilihan raya : Pemimpin BN tidak berpijak dibumi nyata, kata Iskandar

Posted: 07 Mar 2016 08:46 PM PST


Dtuk Iskandar Abdul SamadDtuk Iskandar Abdul SamadJawapan pemimpin Barisan Nasional (BN) kepada tuntutan Pas agar diadakan pilihan raya umum dengan segera menunjukkan betapa BN tidak lagi berpijak di bumi yang nyata, kata Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Samad.
Beliau mendakwa terdapat pemimpin BN yang menempelak Pas dengan berkata bukan Pas yang patut menuntut pilihan raya diadakan tetapi rakyat.
"Pemimpin tersebut nampaknya tidak nampak bahawa Pas juga mewakili rakyat.
"Pemimpin Pas adalah rakyat, ahli-ahli Pas adalah rakyat dan wakil-wakil rakyat Pas sudah tentu mewakili rakyat.
"Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin tersebut merupakan sikap BN hari ini yang merasakan mereka terlalu besar sehingga tidak boleh ditegur." ujarnya dipetik di portal rasmi parti itu hari ini.
Kata beliau pandangan rakyat hanya diketepikan begitu sahaja. Tidak ada lagi rasa hormat kepada rakyat.
"Rakyat Malaysia telah menyatakan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka.
"Imej negara di peringkat antarabangsa teruk tercemar. Tetapi pemimpin BN telah memekakkan telinga mereka dan membutakan mata seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku walhal rakyat terus menderita.
"Oleh itu tuntutan agar Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan adalah paling wajar. Imej negara perlu dibersihkan dan rakyat perlu diselamatkan dengan segera."katanya.

Taja Umrah Ketua Umno: KJ perlu dedah sumber tajaan RM1.4 juta

Posted: 07 Mar 2016 08:45 PM PST

SPRM digesa menjalankan sisatan terhadap Khairy berhubung tajaan umrah berkenaan.
Sany Hamzan
PUTRAJAYA: Parti AMANAH menggesa Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mendedahkan sumber tajaan RM1.4 juta yang diberikan kepada 191 Ketua UMNO Bahagian dan EXCO UMNO untuk mengerjakan umrah.
Ketua Pemuda AMANAH, Sany Hamzan berkata, pendedahan itu penting bagi membuktikan tidak ada penyelewengan yang berlaku lebih-lebih lagi Khairy adalah seorang menteri yang mempunyai tanggungjawab dan akauntabiliti kepada negara dan umum.
"Khairy Jamaludin perlu mendedahkan sumber tajaan tersebut sama ada ia daripada pendapatan beliau sebagai menteri atau sumbangan mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa kepentingan bagi menjamin integriti dan ketelusan pentadbiran negara.
"Ini adalah penting memandangkan jumlah yang terlibat itu adalah satu jumlah yang besar serta Khairy Jamaludin pula boleh dianggap mempunyai kepentingan dengan penerima tajaan berdasarkan kepada status beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan salah seorang anggota jemaah menteri Malaysia," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.
Sany berkata demikian mengulas mengenai dakwaan EXCO Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin yang mengakui Khairy telah menaja rombongan ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian untuk mengerjakan umrah di tanah suci.
Dalam pada itu, Sany turut menggesa SPRM menjalankan sisatan terhadap Khairy berhubung tajaan umrah itu.
"Saya membuat laporan ini bagi menggesa satu siasatan bebas dan menyeluruh dijalankan segera oleh pihak SPRM untuk menyiasat sumber dan tujuan tajaan ini," ujarnya.
Sebelum itu, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail, menggesa SPRM menyiasat sumber dana yang digunakan Khairy untuk menaja 191 ketua Pemuda UMNO Bahagian untuk melaksanakan umrah.
"Dari manakah Khairy Jamaluddin mendapatkan wang sebanyak itu?
"Berapa gaji seorang ahli Parlimen dan menteri. Ini boleh menimbulkan banyak keraguan di kalangan rakyat, ahli-ahli UMNO dan pembangkang," katanya yang mendakwa ia boleh mewujudkan persepsi rasuah.

Berjalan dengan pembangkang timbul persoalan

Posted: 07 Mar 2016 08:35 PM PST

Berjalan dengan pembangkang timbul persoalan
  Foto Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjalan seiringan dengan kumpulan Pakatan menuju Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur pagi semalam dilaporkan menjadi viral.
Difahamkan, gambar tersebut diambil selepas tamat perbarisan di Parlimen lebih kurang jam 10.30 pagi.
Gambar tersebut dipetik menerusi laporan portal www.suara.tv.com, semalam.
Menurut laporan itu, situasi itu tidak menggambarkan kenyataan Muhyiddin yang sebelum ini ingin menyelamatkan parti keramat Melayu itu.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dilihat berjalan seiringan bersama Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; serta beberapa ahli parlimen pembangkang lain. ‎
Bagaimanapun menurut pendapat penganalisis politik Universiti Selangor (Unisel), Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, perbuatan Muhyiddin yang berjalan beriringan bersama pembangkang tidak perlu diperbesarkan.
Ini kerana menurutnya, adalah menjadi perkara biasa bagi ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan untuk duduk semeja selepas tamat 'perbalahan' panjang dalam Dewan Rakyat.
"Saya pernah terserempak dengan dua ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan yang boleh minum dan boleh ketawa bersama-sama di luar Parlimen. Itu normal, bukan perkara luar biasa.
"Saya rasa Muhyiddin hanya ingin menunjukkan kematangan berpolitik. Muhyiddin melakukan perkara yang betul," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Menurut beliau lagi, tingkah laku dan tindak tanduk Muhyiddin hanya boleh dipersoal sekiranya pemimpin Umno itu muncul dan bercakap dalam majlis pembangkang.
"Kalau beliau bercakap dalam program pembangkang, yang itu pelik. Kalau beliau hanya berjalan bersama, itu dikira biasa sahaja," katanya lagi.

Rakyat tak kan lupa janji Najib.. NAK SAMAN WSJ HARI SELASA !!!!

Posted: 07 Mar 2016 08:33 PM PST

Harini DAH Selasa yg ke-37... Kenapa tak saman2 lagi..

Dulu bukan main menyalak seluruh alam kata nak saman. Kononnya nak saman WSJ atas sbb WSJ tabur fitnah terhadap Najib..

Kalau takut nak saman maknanya......................

KETUA PEMBANGKANG BARU...!!!

Posted: 07 Mar 2016 08:31 PM PST

Siapa ahli parlimen yg duduk paling akhir kanan tu ??.. Sejak bila ahli parlimen tu angkat sumpah jadi MP ??.. Kawasan mana dia bertanding dlm PRU13 tempohari ??

Rosmah ni ikut protokol mana ??.. NI GILA KUASA ka atau gila glamour ??..

MUHYIDDIN: KALAU NAJIB BOLEH SEPENTAS DENGAN HADI AWANG, KENAPA SAYA TAK BOLEH?

Posted: 07 Mar 2016 08:29 PM PST

Ini adalah kenyataan media terbaru oleh Muhyiddin Yassin yang dipetik daripada laman Facebooknya berhubung kehadirannya menandatangani Deklarasi Rakyat bersama Tun Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin pembangkang pada Jumaat lalu.

Penyertaan saya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa bekas pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam sidang akhbar upacara menandatangani Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengundang kritikan daripada segelintir pemimpin UMNO. Mereka nampaknya tidak senang dengan kejayaan Tun Dr Mahathir menghimpunkan tokoh-tokoh BN, Pakatan Harapan, PAS dan masyarakat sivil untuk duduk bersama mendesak Datuk Seri Najib supaya berundur. 

Agak malang apabila mereka menggunakan kehadiran Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam upacara tersebut untuk menggambarkan seolah-olah Deklarasi Rakyat adalah agenda DAP untuk menghancurkan UMNO dan seterusnya melabel Tun Mahathir sebagai pengkhianat perjuangan UMNO.

Tuduhan ini sama sekali tidak benar. Deklarasi Rakyat bukan agenda mana-mana parti politik. Ia terbit daripada kesedaran individu daripada pelbagai latar belakang sosial dan politik yang sedar bahawa kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri sudah tidak wajar lagi memandangkan beliau terpalit dengan pelbagai skandal kewangan yang menjejaskan keyakinan rakyat kepada beliau untuk memimpin Malaysia. Malah imej negara kita juga terjejas teruk di peringkat antarabangsa. Hakikatnya, Deklarasi Rakyat adalah perjuangan rakyat yang merentasi ideologi politik, kaum dan agama untuk menentang kemungkaran, menyelamatkan Malaysia dan menebus kembali maruah negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah tokoh-tokoh seperti Tun Ling Liong Sik, Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Aziz Yassin, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Mustafa Ali, Dato' Dr Khairuddin Al-Takiri, Datuk Kadir Jasin, Hj Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan ramai lagi. Jika Najib boleh duduk sepentas dengan Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi Awang atas nama kerjasama politik, mengapa pula Tun Mahathir, saya dan Mukhriz tidak boleh duduk semeja dengan tokoh-tokoh di atas untuk menyelamatkan Malaysia? Mengapa perlu digunakan standard yang berbeza untuk kami berbanding Najib? 

Pada hemat saya orang-orang di sekeliling Najib sebenarnya bimbang akan kesan inisiatif Tun Mahathir terhadap kedudukan ketua mereka sebagai Perdana Menteri. Deklarasi Ini bukan sahaja mendapat sokongan tokoh daripada pelbagai latarbelakang politik, malah turut disokong oleh pelbagai lapisan rakyat yang mula menandatangani dokumen ini secara atas talian. Saya percaya lebih ramai rakyat akan tampil menyatakan sokongan mereka terhadap Deklarasi Rakyat dalam masa terdekat. Sudah pasti perkembangan ini amat membimbangkan Najib dan orang-orang sekelilingnya.

Sebaliknya, yang tidak demokratik adalah mereka. Terbaharu, maklumat berkaitan 1MDB tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Kita tahu bahawa skandal 1MDB telah menjadi isu besar yang menarik perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa. Malah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga sepatutnya membentangkan hasil siasatan mereka ke atas 1MDB di Dewan Rakyat, iaitu institusi demokrasi tertinggi negara, untuk pengetahuan umum. Adakah kerajaan pimpinan Najib ingin menyorok lebih banyak penyelewengan berhubung skandal 1MDB daripada pengetahuan rakyat? Adakah ini satu tindakan yang demokratik?
Read More / Baca Lagi >>

Hala tuju Deklarasi Rakyat tidak jelas, kata Takiyuddin

Posted: 07 Mar 2016 08:23 PM PST


Datuk Takiyuddin HassanDatuk Takiyuddin HassanPas tidak menyertai deklarasi pada 4 Mac kerana parti itu tidak jelas dengan hala tuju yang ingin digerakkan oleh kumpulan yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata deklarasi Mahathir itu tidak memaklumkan tentang tindakan seterusnya yang akan diambil oleh kumpulan yang menandatanganinya terutama tentang siapa pengganti sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan daripada jawatan Perdana Menteri.
"Kami tidak boleh sertai sehingga kami jelas mengenai apa yang sedang berlaku, mesti ada kesinambungan daripada itu tapi kita tidak dimaklumkan tentang apa seterusnya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-13, semalam
Anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata Pas turut menolak tindakan menyingkirkan perdana menteri melalui kaedah itu yang menurutnya tidak pernah dilakukan dalam sistem pemerintahan negara ini.
"Tidak pernah berlaku dalam sistem negara ini yang kita boleh tukar perdana menteri melalui cara itu, tidak pernah, malah melalui pungutan suara sekali pun...bukan itu caranya.
"Kita boleh adakan usul untuk undi tidak percaya dalam Parlimen, cara itu boleh. (Tapi) Pas mahu tahu siapa calonnya," katanya.
Takiyuddin berkata Pas akan memanggil semua anggotanya yang hadir pada majlis deklarasi Mahathir minggu lepas untuk mendengar penjelasan berhubung tindakan mereka.
"Kami akan minta mereka beri penjelasan kenapa mereka berada di sana. Saya sebagai setiausaha agung tak tahu kenapa mereka ada di situ. Bukan saya kata kita akan ambil tindakan, tapi kita akan dapatkan penjelasan mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Soalan Ditolak?? - Lim Guan Eng

Posted: 07 Mar 2016 08:11 PM PST

Parlimen tolak soalan berkaitan derma RM2.6 bilion Najib

Posted: 07 Mar 2016 08:00 PM PST



Parlimen menolak pertanyaan jawab lisan dua anggota pembangkang berkaitan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.
Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dalam suratnya berkata "Pertanyaan-pertanyaan diarahkan kepada menteri-menteri berkenaan dengan: (a) hal-hal dalam urusan jawatan mereka".
Surat itu ditunjukkan kepada media di parlimen hari ini.
Jawapan sama diberikan kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) dan Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal) yang membangkitkan soalan berkaitan.
Bagaimanapun, ia dinyatakan dalam surat yang berbeza, yang masing-masing bertarikh 4 Mac.
Mansor meminta Perdana Menteri menyatakan status baki wang diterimanya dan sama ada ia telah dibelanjakan atau disimpan di bank.
Manakala Shamsul pula mahu tahu perincian kaedah pemulangan termasuk kepada siapa dan bentuk pemulangan sama ada ia dibayar secara tunai.
Beliau juga mahu tahu bank yang digunakan perdana menteri dan apakah Bank Negara dimaklumkan berkaitan perkara itu.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali sebelum ini berkata AS$620 juta (RM2.4 bilion) telah dikembalikan semula kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
Beliau juga membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam isu itu serta kontroversi sekitar bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
Shamsul berkata akan mengemukakan usul bagi mendapatkan penjelasan lanjut dalam hal itu.
Beliau berkata perdana menteri perlu menjawab soalan itu untuk rekod parlimen.
Katanya, beliau membangkitkan perkara itu kerana bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak tahu menahu berkaitan perkara itu.
"Saya tidak faham kenapa soalan kita ditolak," kata naib presiden PKR itu.

Isis rancang cuba culik Najib, Hishammuddin, kata Zahid

Posted: 07 Mar 2016 07:56 PM PST

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kumpulan pengganas militan Negara Islam Iraq dan Syria rancang culik beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac, 2016.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kumpulan pengganas militan Negara Islam Iraq dan Syria rancang culik beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Kumpulan pengganas militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) merancang menculik pimpinan tertinggi negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat hari ini.
Termasuk dalam senarai mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan beliau sendiri selaku menteri dalam negeri, kata Zahid.
Katanya, kumpulan militan itu juga merancang memusnahkan masjid Syiah dan rumah ibadat penganut Buddha serta memusnahkan pusat hiburan dan perjudian di dalam negara.

"Tiga belas elemen Isis merancang untuk menculik pemimpin negara termasuk perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan," kata Zahid pada sesi soal jawab lisan di Parlimen hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) yang meminta kerajaan menyatakan kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggagalkan plot rancangan serangan pengganas Isis di negara ini.

PAS tegas ada hala tuju sendiri tak sertai 'deklarasi' - Nasrudin Hassan

Posted: 07 Mar 2016 07:49 PM PST


PAS menegaskan keengganannya turut serta dalam deklarasi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur bukan kerana bimbang usahanya membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di parlimen 'terganggu'.
 Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, parti Islam itu mempunyai pendirian serta hala tujunya yang tersendiri dan ia tidak terikat dengan pihak lain, lapor Sinar Harian.
"Bukan begitu maksudnya (enggan sertai deklarasi rakyat kerana usul persendirian).
"Memang pada dasar umumnya, kita akan memberi respon, sokongan kepada apa jua tindakan yang membawa kepada kebaikan. Tetapi kita kena kenal pasti dulu, apa tujuannya, objektifnya, matlamatnya.
"Jadi, kita tidak mudah menyertai mana-mana yang dibuat pihak lain," beliau dipetik berkata akhbar itu.
Sebelum ini, PAS dilapor menolak jemputan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turut serta dalam majlis menandatangani deklarasi bagi menyingkirkan Najib, bersama pemimpin Pakatan Harapan dan masyarakat sivil.
Malah, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam dilaporkan mengulangi pendirian partinya menggunakan saluran demokrasi sekiranya mahu menyingkirkan kedudukan Najib.
Hadi berkata, PAS tetap dengan pendirian itu walaupun pemimpin Pakatan Harapan dan bekas perdana menteri itu mendesak Najib berundur melalui Deklarasi Rakyat.
Bagaimanapun, tiga pemimpin PAS turut hadir pada majlis itu Jumaat lalu, iaitu Datuk Mustafa Ali, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Khairudin Aman Razali.
Blok Politik Ketiga
Nasrudin berkata, parti Islam itu mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri melalui "Blok Politik Ketiga", ke arah mengubah kepimpinan negara melalui saluran demokrasi dan berperlembagaan.
"Blok Politik Ketiga ini maksudnya, kita mempunyai rakan ganding tersendiri tanpa kita melibatkan diri dengan BN dan juga Pakatan Harapan.
"Jadi kita ada parti politik dan NGO tetapi (identiti mereka) masih kita tak boleh umum lagi," katanya.

Husam cadang Tuan Ibrahim ambil alih daripada Hadi selamatkan PAS

Posted: 07 Mar 2016 07:47 PM PST

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man perlu ambil alih jawatan presiden daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memulihkan parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac, 2016.Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man perlu ambil alih jawatan presiden daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memulihkan parti Islam itu. Pemimpin berpengaruh PAS Kelantan Datuk Husam Musa mengutarakan 1 cadangan radikal dalam usaha membawa kembali parti Islam itu ke pentas utama politik negara, yang pasti mencetuskan kemarahan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bekas naib presiden itu mencadangkan timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih kepimpinan daripada Hadi, yang katanya perlu berundur dan menggantikan tempat mursyidul am atau timbalannya.
Husam yang juga salah seorang tokoh PAS paling dikenali di peringkat nasional berkata ia pernah berlaku sebelum ini apabila bekas presiden Yusof Rawa dilantik menjadi mursyidul am PAS pada 1989 dan jawatan pemangku presiden diberikan kepada Datuk Fadzil Mohd Noor.

"Tuan Ibrahim perlu ambil alih jawatan presiden secara lunak dan presiden ganti mursyidul am atau timbalannya secara rundingan dalaman. "Jika ini berlaku, saya yakin PAS ada peluang masuk kepada aliran tengah dan penting politik negara semula," kata Husam kepada The Malaysian Insider.
Fadzil dikenang ahli PAS sebagai orang yang bertanggungjawab "mengarusperdanakan" parti dengan menjadikan ia lebih menarik kepada profesional di luar organisasi itu yang tidak berlatarbelakangkan pendidikan agama.
Membuat teguran pedas terhadap status PAS ketika ini, Husam yang juga bekas ahli Parlimen Kubang Kerian selama 2 penggal berkata, parti itu kini hanya menjadi "kuasa ketiga" dalam landskap politik negara.
"Saya lihat sekarang ini PAS ditadbir umpama persatuan pelajar universiti saja oleh orang yang kurang pengalaman.
"PAS sudah bertukar daripada seekor singa gagah kepada seekor kucing yang tidak tahu ke mana mahu pergi," kata Husam kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada kenyataan berputar-putar daripada pucuk kepimpinan parti itu.
Tetapi, nasib parti itu boleh diubah jika Tuan Ibrahim, yang juga bekas pesuruhjaya PAS Pahang, mengambil alih.
Husam adalah antara pemimpin golongan "progresif" berhaluan kiri dalam PAS yang menyaksikan kebanyakannya meninggalkan parti itu untuk membentuk Parti Amanah Negara (Amanah) selepas kepimpinan konservatif PAS di bawah Hadi memutuskan hubungan dengan DAP tahun lepas, yang membawa kepada kejatuhan pakatan pembangkang sebelum ini, Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Kain rentang `Mahathir pengkhianat’ di kesan di Johor

Posted: 07 Mar 2016 07:46 PM PST

Kain rentang itu turut diletakkan imej Tun M bersama pemimpin pembangkang semasa Deklarasi Rakyat Jumaat lepas.
mahathir-pengkianat
PETALING JAYA: Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan kemarahan rakyat di Johor.
Buktinya, sebuah kain rentang yang dipasang di tepi jalan bertulis `Mahathir Pengkhianat' ditemui di satu lokasi di negeri berkenaan.
Dalam Imej kain rentang tersebut, Dr Mahathir dilihat berpegangan tangan bersama beberapa pemimpin dari pihak pembangkang dan gambar itu dirakam ketika mereka mengadakan sidang media untuk menandatangani Deklarasi Rakyat pada Jumaat lepas.
Laman portal suara.tv yang berkongsi maklumat itu.
Pada Jumaat, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir adalah antara 50 orang yang menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Najib yang diketuai oleh Dr Mahathir.
Penandatangan lain termasuk Lim Kit Siang daripada DAP, Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali dan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Saya sedia dikenakan tindakan – Mukhriz

Posted: 07 Mar 2016 07:44 PM PST

Sebarang tindakan yang akan diambil perlulah mengikut Perlembagaan dan peraturan ditetapkan.
mukhriz-deklarasi-rakyat
PETALING JAYA : Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersedia dikenakan tindakan oleh UMNO selepas dituduh bersekongkol dengan pembangkang gara-gara menyertai Deklarasi Rakyat baru-baru ini.
Ketua UMNO Bahagian Jerlun itu berkata, terpulang kepada Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk membuat keputusan, namun, sebarang tindakan yang akan dikenakan perlulah mengikut Perlembagaan dan peraturan ditetapkan.
"Saya faham, tindakan saya, Tan Sri Muhyiddin (Yassin) dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang pegang jawatan dalam parti mengambil risiko kerana mengundang reaksi serta tindakan seperti itu daripada pucuk pimpinan.
"Terpulang, jika MT ingin usulkan demikian (mahu parti bertindak), tetapi biarlah mengikut peraturan, kalau untuk sesetengah orang boleh ikut peraturan, kenapa tidak kepada yang lain, nampak sangat ketidak adilan yang berlaku dalam pengurusan parti," katanya lapor Sinar Harian Online.
Pada 6 Mac lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada MT UMNO dan Jawatankuasa Disiplin parti mengambil tindakan ke atas pemimpin UMNO yang menyertai pembangkang dalam Deklarasi Rakyat termasuk Muhyiddin.

Pembantu Rosmah nafi anak Najib paksa Zouk henti persembahan

Posted: 07 Mar 2016 07:42 PM PST

Ia dikatakan berpunca akibat salah faham mengenai masa persembahan deejay jemputan dan pihak pengurusan Zouk yang tidak ada kena mengena dengan Ashman.
rizal-mansor-zouk
PETALING JAYA : Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menafikan dakwaan bahawa anak Perdana Menteri, Norashman Najib memaksa Zouk Singapura atau deejay memberhentikan persembahan.
Menceritakan mengenai kejadian tersebut, Rizal berkata, Ashman mula membuat persembahan selepas tamat sesi deejay jemputan oleh Zouk.
"Bagaimanapun berlaku sedikit salah faham antara pihak pengurusan Zouk dengan deejay jemputan tersebut mengenai masa mula dan tamat persembahan.
"Salah faham itu adalah antara pengurusan Zouk dengan deejay jemputan mereka dan tidak ada kena mengena dengan Ashman.
"Berita yang mengatakan bahawa Ashman memaksa pihak Zouk atau DJ memberhentikan persembahan adalah tidak benar sama sekali," katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook miliknya.
Rizal berkata, Ashman tidak pernah meminta untuk membuat persembahan dan beliau hanya datang atas jemputan yang dibuat oleh pihak pengurusan Zouk bagi membuat persembahan penutup.
"Mana mungkin Ashman boleh memaksa sesiapa," katanya.
Sebelum ini, Zouk Singapura didakwa menghentikan set (senarai) lagu pilihan deejay Mesir yang terkenal Aly dan Fila supaya set lagu anak Perdana Menteri, Norashman dapat dimainkan.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada Sabtu lepas dan kini menjadi viral di media sosial dengan video berkenaan disiarkan di Facebook dan You Tube.
Ia dikatakan berpunca akibat salah faham mengenai masa persembahan deejay jemputan dan pihak pengurusan Zouk yang tidak ada kena mengena dengan Ashman.
VIDEO INSIDE
rizal-mansor-zouk
PETALING JAYA : Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menafikan dakwaan bahawa anak Perdana Menteri, Norashman Najib memaksa Zouk Singapura atau deejay memberhentikan persembahan.
Menceritakan mengenai kejadian tersebut, Rizal berkata, Ashman mula membuat persembahan selepas tamat sesi deejay jemputan oleh Zouk.
"Bagaimanapun berlaku sedikit salah faham antara pihak pengurusan Zouk dengan deejay jemputan tersebut mengenai masa mula dan tamat persembahan.
"Salah faham itu adalah antara pengurusan Zouk dengan deejay jemputan mereka dan tidak ada kena mengena dengan Ashman.
"Berita yang mengatakan bahawa Ashman memaksa pihak Zouk atau DJ memberhentikan persembahan adalah tidak benar sama sekali," katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook miliknya.
Rizal berkata, Ashman tidak pernah meminta untuk membuat persembahan dan beliau hanya datang atas jemputan yang dibuat oleh pihak pengurusan Zouk bagi membuat persembahan penutup.
"Mana mungkin Ashman boleh memaksa sesiapa," katanya.
Sebelum ini, Zouk Singapura didakwa menghentikan set (senarai) lagu pilihan deejay Mesir yang terkenal Aly dan Fila supaya set lagu anak Perdana Menteri, Norashman dapat dimainkan.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada Sabtu lepas dan kini menjadi viral di media sosial dengan video berkenaan disiarkan di Facebook dan You Tube.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/08/pembantu-rosmah-nafi-anak-najib-paksa-zouk-henti-persembahan/#sthash.m8lOUhT6.dpuf
Ia dikatakan berpunca akibat salah faham mengenai masa persembahan deejay jemputan dan pihak pengurusan Zouk yang tidak ada kena mengena dengan Ashman.
VIDEO INSIDE
rizal-mansor-zouk
PETALING JAYA : Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menafikan dakwaan bahawa anak Perdana Menteri, Norashman Najib memaksa Zouk Singapura atau deejay memberhentikan persembahan.
Menceritakan mengenai kejadian tersebut, Rizal berkata, Ashman mula membuat persembahan selepas tamat sesi deejay jemputan oleh Zouk.
"Bagaimanapun berlaku sedikit salah faham antara pihak pengurusan Zouk dengan deejay jemputan tersebut mengenai masa mula dan tamat persembahan.
"Salah faham itu adalah antara pengurusan Zouk dengan deejay jemputan mereka dan tidak ada kena mengena dengan Ashman.
"Berita yang mengatakan bahawa Ashman memaksa pihak Zouk atau DJ memberhentikan persembahan adalah tidak benar sama sekali," katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook miliknya.
Rizal berkata, Ashman tidak pernah meminta untuk membuat persembahan dan beliau hanya datang atas jemputan yang dibuat oleh pihak pengurusan Zouk bagi membuat persembahan penutup.
"Mana mungkin Ashman boleh memaksa sesiapa," katanya.
Sebelum ini, Zouk Singapura didakwa menghentikan set (senarai) lagu pilihan deejay Mesir yang terkenal Aly dan Fila supaya set lagu anak Perdana Menteri, Norashman dapat dimainkan.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada Sabtu lepas dan kini menjadi viral di media sosial dengan video berkenaan disiarkan di Facebook dan You Tube.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/08/pembantu-rosmah-nafi-anak-najib-paksa-zouk-henti-persembahan/#sthash.m8lOUhT6.dpuf

Petisyen ‘Deklarasi Rakyat’ catat lebih 32,000 tandatangan

Posted: 07 Mar 2016 04:11 PM PST


Satu petisyen dalam talian untuk menyokong 'Deklarasi Rakyat' telah mencatatkan lebih 32,000 tandatangan selepas hanya dilancarkan pada Sabtu lalu.
Aktivis Azrul Mohd Khalib yang membuat petisyen itu berkata semakin hari semakin ramai rakyat yang menyokong deklarasi itu seperti yang terbukti melalui tandatangan mereka.
Katanya, petisyen bertajuk 'Rayuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur' itu bertujuan untuk mendapatkan 100,000 tandatangan.
 Sambil mengakui sesetengah pengkritik mendakwa bahawa mereka yang menuntut supaya perubahan dilakukan adalah semata-mata golongan 'minoriti', Azrul mempersoalkan berapa jumlah yang diperlukan sebelum pihak berkuasa akur untuk melaksanakan perubahan dan pembaharuan.
"Kami beritahu mereka, berikan kami nombor supaya kami boleh berusaha keras untuk mendapatkan jumlah tandatangan itu," katanya.
Sambil berhujah bahawa petisyen itu adalah satu bentuk ungkapan demokrasi, Azrul menggesa ahli Parlimen untuk menandatanganinya juga.
"(Ahli Parlimen perlu juga) bersuara di Parlimen menentang penyelewengan yang berterusan di negara ini, bagi pihak pengundi mereka.
"Kita tidak boleh, tidak seharusnya dan tidak akan berdiam diri," katanya.
Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pelbagai pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil menandatangani Deklarasi Rakyat yang menggesa peletakan jawatan Najib sebagai perdana menteri.

Lapan tahun, selepas 8 Mac

Posted: 07 Mar 2016 04:10 PM PST

Kepada Mahathir, rasailah dunia penuh kekangan yang kamu dirikan!
rakyat_malaysia_600
Oleh Mandeep Karpall
Siapa pernah terfikir bahawa UMNO-BN akan hilang majoriti 2/3 di Parlimen. Malah, ia seperti mimpi di siang hari apabila melihat 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang. Dari utara ke tengah Semenanjung, semuanya ditadbir oleh pembangkang.
Buat pertama kalinya juga, Malaysia melihat mendiang Karpal Singh duduk bersebelahan dengan arwah Tok Guru Nik Aziz. Dan beberapa bulan selepas 8 Mac, Anwar Ibrahim kembali di Parlimen Malaysia dan menjadi Ketua Pembangkang.
Kini, selepas 8 tahun, Anwar Ibrahim kembali ke 'tempat' lamanya di Sg Buloh. Karpal Singh dan Tok Guru Nik Aziz sudah pergi meninggalkan kita buat selamanya sama seperti Pakatan Rakyat.
Harapan menukar rejim berterusan ke 5 Mei 2013. Kini, UMNO-BN bukan hanya kekal hilang majoriti 2/3 di Parlimen, tetapi ditambah dengan kehilangan undi popular. Tetapi, malangnya disebabkan sistem sedia-ada, maka UMNO-BN kekal bergelar kerajaan.
Hari ini, 8 tahun selepas 8 Mac dan Malaysia sedang menuju ke Negara gagal. Pembangkang masih tidak nampak sudah bersatu. Tidak ada susuk yang dilihat dapat menggantikan Anwar Ibrahim. PAS pula sudah menjadi parti Pantai Timur Semenanjung dan sedang dalam proses bersatu bersama musuh tradisi mereka, UMNO-BN.
Politik baru
Kini Malaysia sedang menuju ke alam politik baru. Siapa pernah sangka, seorang yang pernah digelar 'mahazalim' dan 'mahafiraun' akan mengetuai satu gerakan menjatuhkan Najib Razak. Siapa sangka, Mahathir Mohamad akan turun ke jalanraya pada himpunan BERSIH 4. Bukan sehari, tetapi dua hari berturut-turut.
Mahathir Mohamad kini bulan lagi ahli UMNO. Ada yang mengelarnya sebagai ketua pembangkang Malaysia pada ketika ini. Tidak ada seharipun tidak ada berita tentang Mahathir. Malah, untuk kali pertamanya dalam sejarah politik Malaysia, kita menyaksikan Mahathir Mohamad bersatu dengan musuh tradisinya dalam satu bilik dan meja yang sama.
Mahathir dilihat bekerja 'lebih masa' dari pembangkang untuk menjatuhkan Najib Razak. Sebenarnya, hari ini Mahathir sedang melawan satu sistem yang dibina oleh beliau sendiri berdekad lalu. Mahathir boleh mengulang sejuta kali bahawa beliau tidak pernah bersalah dalam hal ini, tetapi beliau harus terima realiti ini.
Siapa pernah sangka, dua musuh ketat politik Malaysia akan bersatu. Anwar Ibrahim pada 3 Mac yang lalu menyeru rakyat Malaysia bersatu dengan Mahathir untuk menjatuhkan Najib Razak. Siapa sangka bekas tahanan ISA era Mahathir dan bersalaman dengan beliau dan tidak mengungkit langsung perkara lama.
Inilah politik baru. Semua menepikan perbezaan atas nama Negara. Semua ini tidak akan terjadi jikalau tsunami 8 Mac tidak berlaku. Walaupun, keadaan Negara makin jahaman dari saat ke saat, namun pemikiran politik antara rakyat sedang matang.
Read More / Baca Lagi >>

Ini petanda Umno bakal dikuburkan di PRU14 nanti...

Posted: 07 Mar 2016 04:05 PM PST

Gambar ketika Najib sedang berucap merasmikan UTC Johor kelmarin.

Ramainya halimunan !!!

Tahniah Bangsa Johor yang menghantar ramai halimunan ke program Najib.

Berjalan dengan pembangkang, menunjukkan kematangan politik Muhyiddin, kata penganalisis

Posted: 07 Mar 2016 04:03 PM PST

Foto yang menjadi viral  Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) dilihat berjalan bersama ahli parlimen pembangkang di Parlimen semalam.Foto yang menjadi viral Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) dilihat berjalan bersama ahli parlimen pembangkang di Parlimen semalam.Viral foto Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin berjalan seiringan dengan kumpulan ahli parlimen Pakatan menuju Dewan Rakyat di Parlimen, semalam menunjukkan kematangan berpolitik kata penganalisis politik.
Difahamkan, gambar tersebut diambil selepas tamat perbarisan di Parlimen lebih kurang jam 10.30 pagi. Gambar tersebut dipetik menerusi laporan portal www.suara.tv.com semalam.
Menurut laporan yang dipetik situasi itu tidak menggambarkan kenyataan Muhyiddin yang sebelum ini ingin menyelamatkan parti keramat Melayu itu.
Muhyiddin dilihat berjalan seiringan bersama Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; serta beberapa ahli parlimen pembangkang lain. ‎
Bagaimanapun lapor Sinar Harian, penganalisis politik Universiti Selangor (Unisel), Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, berkata, perbuatan Muhyiddin yang berjalan beriringan bersama pembangkang tidak perlu diperbesarkan.
Ini kerana menurutnya, adalah menjadi perkara biasa bagi ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan untuk duduk semeja selepas tamat 'perbalahan' panjang dalam Dewan Rakyat.
"Saya pernah terserempak dengan dua ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan yang boleh minum dan boleh ketawa bersama-sama di luar Parlimen. Itu normal, bukan perkara luar biasa.
"Saya rasa Muhyiddin hanya ingin menunjukkan kematangan berpolitik. Muhyiddin melakukan perkara yang betul," katanya.
Menurut beliau lagi, tingkah laku dan tindak tanduk Muhyiddin hanya boleh dipersoal sekiranya pemimpin Umno itu muncul dan bercakap dalam majlis pembangkang.
"Kalau beliau bercakap dalam program pembangkang, yang itu pelik. Kalau beliau hanya berjalan bersama, itu dikira biasa sahaja," katanya lagi.

u help me, i help u...

Posted: 07 Mar 2016 07:26 AM PST


DEKLARASI RAKYAT BUKAN DEKLARASI PEMBANGKANG

Posted: 07 Mar 2016 07:24 AM PST

Deklarasi rakyat yang matlamanya adalah untuk mensejahterakan keadaan negara sudah diputar-belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seolah-olah deklarasi itu merupakan deklarasi pakatan pembangkang. Hasratnya yang murni untuk menyelamatkan keadaan negara juga sudah dipesongkan. Walaupun ramai yang menyedari hakikat yang matlamat itu  telah dipesongkan , masih ada juga segelintir yang merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh Tun Mahthir itu sebagai sesuatu yang tidak kena, apatah lagi apabila digambarkan yang Tun Mahathir sanggup bersekongkol dengan dengan DAP dan PKR.
            Sepatutnya Tun Mahathir duduk 'diam-diam' di rumah, 'bermain' dengan cucu-cucu. Ataupun pergi melancong dan makan angin sambil menghabiskan sis-sisa hidup yang masih ada. Itulah antara saranan yang selalu diutarakan oleh mereka yang amat 'cemburu' denga penglibatan Tun Mahathir dalam menerajui Deklarasi Rakyat yang sedang diperkatakan ini.
            Ada segolongan pemimpin UMNO yang begitu marah dengan sikap Tun Mahathir bersekongkol dengan sekumpulan rakyat yang mahu menyingkirkan DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Belum reda kemarahan mereka terhadap Tun Mahathir yang keluar dari UMNO disambung pula dengan usaha beliau menerajui gerakan untuk menyingkirkan DS Najib itu. Bertambah meluap-luaplah kemarahan golongan ini terhadap Tun Mahathir.
            Tidak salah bagi aku untuk mengkritik tindakan Tun Mahathir itu. Yang aku rasa tidak berapa kena ialah menggunakan bahasa kasar untuk mengkritik 'orang tua' yang bukan sahaja patut dihormati sebagai orang tua, tetapi ini bukan calang-calang 'orang tua' yang pernah memimpin negara ini selama 22 tahun. Rekod kejayaannya memimpin negara ini tidak siapa yang boleh menafikannya, walaupun ada terdapat cacat celanya. Kejayaannya meletakkan negara ini dipersada dunia tidak siapa yang boleh mempertikaikannya. Tidak ada Perdana Menteri yang lebih berjasa kepada negara ini berbanding dengan sumbangan yang diberikan oleh Tun Mahathir.
            Pemimpin UMNO yang masih 'lembut bubunnya' mengkritik 'secara biadap' tindakan Tun Mahathir menyertai gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan DS Najib Tun Razak. Pemimpin UMNO yang masih 'setahun jagung' menempelak tindakan Tun Mahathir. Pemimpin UMNO yang baru 'sejengkal tanduk' nya marah-marah dan mengutuk tindakan Tun Mahathir. Dan ramai juga pemimpin UMNO yang pernah mencium tangan Tun Mahathir dan 'melutut' kepadanya suatu ketika dulu turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Tun Mahathir kini. Betul juga agaknya kata Tun Mahathir bahawa 'orang Melayu mudah lupa'.
            Tidak ramai pemimpin di negara ini yang sanggup mengambil risiko seperti Tun Mahathir. Betul apa yang dikatakan oleh kebanyakan orang bahawa Tun Mahthir sepatutnya menghabiskan sisa-sisa hidupnya 'bermain' dengan cucu-cucunya atau pun melancong makan angin seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Sepatutnya Tun Mahthir berbuat begitu dan bukan bersama-sama menyertai gerakan untuk menyingkirkan DS Najib dan membetulkan keadaan negara yang dalam keadaan kemelut sebegitu.
Read More / Baca Lagi >>

RM2.6 bilion urusan peribadi Najib, bukan mengikut OSA, kata Dr Mahathir

Posted: 07 Mar 2016 07:12 AM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada perdana menteri sebelum Datuk Seri Najib Razak yang pernah menguruskan dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac, 2016. 
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan sama ada menguruskan dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi merupakan sebahagian tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Melalui laman blog miliknya, www.chedet.cc Dr Mahathir berkata, tiada perdana menteri sebelum Najib yang pernah melakukan perkara itu.
"Saya mempersoalkan sama ada Najib dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya melaksanakan tugas sebagai perdana menteri.

"Adakah beliau kini dalam penggalnya untuk memperolehi dana rahsia dan menyimpannya di dalam akaun peribadi beliau. "Tiada perdana menteri Malaysia pernah melakukannya," kata Dr Mahathir, dalam blog milik mereka.
Dr Mahathir berkata, di dalam kerajaan terdapat prosedur dan peraturan untuk menerima dan menguruskan dana.
"Najib tidak mematuhi peraturan ini. Malah beliau mengakui dana itu adalah hadiah yang diberikan kepada beliau secara peribadi, bukan kepada kerajaan.
"Beliau tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa kerajaan berkenaan dana itu," katanya.
Dr Mahathir berkata, Najib turut merahsiakannya daripada kerajaan, dan kelihatannya tidak membayar cukai terhadap dana itu.
"Jelas memiliki dan menguruskan dana RM2.6 bilion bukan sebahagian daripada tugasnya sebagai perdana menteri," katanya.
Dr Mahathir minggu lepas mewujudkan kerjasama dengan pembangkang dan kumpulan sivil melalui Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.
"Duit itu bukanlah rahsia kerajaan yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA)," katanya.
Laporan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Dr Mahathir, juga dengan itu menyatakan berkenaan salah laku Najib sebagai individu dalam kerajaan.
"Salah laku itu harus disiasat dan dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan supaya tindakan boleh diambil berlandaskan lunas undang-undang.
"Polis dan pihak berkuasa yang lain perlu bertindak dan menyiasat laporan itu," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata, Peguam Negara juga mempunyai hak untuk memutuskan sama ada kes itu perlu di bawa ke mahkamah atau tidak.
"Hak itu perlu dilakukan dengan mengambil kira elemen yang terlibat dalam kes yang melibatkan kepentingan umum.
Read More / Baca Lagi >>

Deklarasi Rakyat Dr Mahathir akui penganiayaan terhadap Anwar, kata Wan Azizah

Posted: 07 Mar 2016 07:10 AM PST

Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah penerimaan tidak langsung yang institusi kerajaan tidak bebas, memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menjadi ancaman politik kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac, 2016. 
Deklarasi Rakyat yang diusahakan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu perakuan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa sistem, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya, ia terkandung dalam pengakuan personaliti pembangkang dan kerajaan institusi-institusi yang kini dirosakkan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN).
"Pengakuan Dr Mahathir ini tidak mengubah hala tuju Pakatan Harapan terutamanya berhubung pendirian mengenai bentuk-bentuk reformasi undang-undang, politik, media, ekonomi, kewangan, pendidikan dan sosial yang akan dilaksanakan Pakatan Harapan.

"Malah, pengakuan Dr Mahathir itu adalah satu penerimaan secara tidak langsung yang institusi kerajaan tidak bebas, memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak," kata Dr Wan Azizah. Beliau membuat kenyataan itu pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di pejabat ketua pembangkang di Parlimen, hari ini.
Menurut Dr Wan Azizah lagi, deklarasi itu perlu dilihat berdasarkan persepsi yang betul iaitu ia adalah satu bantuan sokongan daripada Pakatan Harapan kepada Dr Mahathir dan ia bukannya satu bentuk bantuan dari bekas perdana menteri itu kepada mereka.
"Dr Mahathir tidak kuat dan beliau memerlukan bantuan kami," katanya ketika ditanya tentang dinamik hubungan pembangkang dan Dr Mahathir selepas pemeteraian Deklarasi Rakyat.
Pada sidang media mesyuarat bersama pimpinan tertinggi DAP dan Parti Amanah Nasional (Amanah) itu, Dr Wan Azizah turut menegaskan yang Pakatan Harapan akan terus memperjuangkan pembebasan Anwar.
"Pakatan Harapan pada hari ini menetapkan agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama-sama agenda reformasi yang lain dalam usaha menyelamatkan Malaysia.
"Strategi 3 serampang ini - menuntut reformasi institusi, membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan - akan digerakkan secara bersepadu Pakatan Harapan dalam kempen kami di seluruh negara," katanya.
Sementara itu, Dr Wan Azizah pada sidang media sama turut mengumumkan satu himpunan bagi menuntut pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diadakan pada 2 April sempena setahun pelaksanaannya.

Adakah ingin kekalkan Najib jadi PM & BN kekal memerintah negara..???

Posted: 07 Mar 2016 05:47 AM PST

Nampaknya semenjak Ahmad Maslan dilantik sbg Jeneral Perang Cyber IT Umno oleh Najib, serangan balas UMNO/BN pertahankan Najib tampak hebat..

Sembang & sorak di hadapan penyokongnya, mmglah tampak gempak & hebat...

Posted: 07 Mar 2016 05:43 AM PST

Jika benar BN kukuh & dilihat dgn keadaan Barisan Netanyahu skrg, beranikah Najib adakan pilihanraya dlm masa terdekat skrg ini ???