Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Selama ini Malaysia ditipu Mahathir - Anwar

Posted: 05 Mar 2016 07:27 PM PST






Selama ini kita ditipu. Kenapa pula kita mahu perccaya Dr Mahathir lagi?

Dan, mengapa pula kita mahu percaya kumpulan yang bersidang akhbar pada hari Jumaat boleh bersatu hati???? Tidor sama katil, dari dulu, sekarang dan semalamnya mimpi lain-lain. Baca Snapshot2016 di SINI.

Bolehkah penyamun, penipu, peliwat, pengkhianat, penggiat seks bebas, pensesat Islam, puak ultra liberal, pual pelampau ultra cina, puak ultra melayu, perasuah, pembelot kepada kuasa asing, pewakil (agen) Yahudi zionis, penggiat komunis, dan lain-lain "pe" bersatu membuat reformasi dan/atau transformasi untuk kemajuan sosial politik dan ekonomi Malaysia????

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAP TIDAK LAGI MAHU PANDANG PAS, SELEPAS TUBUH PAKATAN HARAPAN DAPTUBUH GC PULA

Posted: 05 Mar 2016 06:56 PM PST

Dua grand design untuk menawan Putrajaya pada PRU 14 adalah menggunakan platform Pakatan Harapan (PH) dan Grand Coalition (GC)

PH dibentuk pada 22 September 2015 yang menggabung tiga parti pembangkang, DAP, PKR dan PAN yang bakal bertanding melawan BN pada PRU 14.

Datuk Saifuddin Abdullah dilantik sebagai Ketua Sekretariat PH.

GC pula dihasilkan melalui retreat DAP Selangor Selasa lepas yang menghimpunkan tokoh-tokoh politik tertentu diklasifikasi mempunyai pengaruh yang mempunyai agenda sama untuk menyelamatkan Malaysia.

Salah seorang tokoh yang sudah dilantik dalam GC adalah Datuk Zaid Ibrahim ditugaskan mengetuai perhimpunan Anti-Najib, 27 Mac ini.

Platform GH ini bertujuan untuk mengikis sokongan terhadap BN dan meningkatkan sokongan PH.

Kedua-dua platform ini diilhamkan oleh pemimpin Diktator DAP, Lim Kit Siang bagi mencapai impian perjuangan parti itu untuk mewujudkan Malaysian Malaysia 

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Deklarasi Rakyat: ‘Ayuh anak muda lakukan perubahan’

Posted: 05 Mar 2016 09:45 PM PST


Deklarasi Rakyat: 'Ayuh anak muda lakukan perubahan'

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Dr Afif Bahardin menyeru agar anak muda seluruh negara bangkit untuk bersama-sama mengotakan deklarasi rakyat mengakhiri pentadbiran PM Najib Razak.
"Masanya telah tiba untuk perubahan. Hakikatnya Malaysia hari ini berada di dalam krisis yang cukup parah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walau pada awal pemerintahannya menjanjikan transformasi, akhirnya berubah menjadi pemerintah kuku besi demi terus berpaut pada kekuasaan di saat beliau terpalit dengan skandal kewangan dan krisis integriti paling buruk pernah negara ini saksikan.
"Ancaman dari tindak-tanduk Perdana Menteri ini telah menggugat asas-asas terbinanya negara ini Malaysia berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan dan demokrasi," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga menjemput anak muda dalam Umno agar melakukan perubahan dan menyatakan 'cukuplah' kepada penipuan dan pembohongan yang dilakukan Najib.
"Saya cukup yakin, majoriti anak muda hari ini, merentasi batas kaum, agama, ideloogi dan pegangan politik mengharapkan satu kerangka baru untuk membawa negara ini ke hadapan.
"Kami ingin menggajak seluruh anak muda Malaysia, terutamanya rakan-rakan di dalam Pemuda UMNO dan Barisan Nasional untuk bersama-sama di dalam agenda perubahan ini. Marilah kita muhasabah diri dan meletakkan semula kepentingan rakyat sebagai yang utama demi menyelamatkan masa depan Malaysia.
"Kami yakin majoriti rakyat juga bersedia untuk bersama melakukan perubahan ini. Anak muda dan sekalian rakyat bersedia untuk digerakkan bagi mencorak masa depan yang baru demi Malaysia yang tercinta," katanya lagi.

‘Najib sila contohi Husein Onn, buat usul undi percaya di Parlimen’

Posted: 05 Mar 2016 09:44 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran mendapatkan mandat baru dengan usul undi percaya di Dewan Rakyat setelah Deklarasi Rakyat yang turut ditandatangani dan disokong ahli Parlimen BN yang menggesa beliau disingkirkan diumumkan semalam, kata Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Perhimpunan bersejarah itu, ujar beliau turut menuntut perubahan dalam sistem demokrasi dan beberapa institusi negara.
Menurut Kit Siang, usul undi percaya di Dewan Rakyat pernah dikemukakan pada 27 Januari 1976 ketika Datuk Husein Onn baru dilantik sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Abdul Razak Husein yang meninggal dunia secara mengejut.
"(Jika ini dilakukan) Najib hanya mengikut dan bukan menjadi pendahulu (precedent)," kata ahli Parlimen veteran yang berpengalaman mengisi kerusi Dewan Rakyat sejak 1969.
Beliau menambah, Deklarasi Rakyat yang disokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri, orang kenamaan termasuk pemimpin politik dan masyarakat sivil adalah tamparan hebat kepada kredibiliti rapuh Najib sebagai Perdana Menteri di peringkat nasional dan antarabangsa.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menegaskan, Perdana Menteri boleh disingkirkan melalui apa sahaja kaedah demokratik dan sah di sisi undang-undang.
Sehubungan itu, beliau membidas kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mendakwa hanya proses pilihan raya boleh menukar kerajaan dan Perdana Menteri.
Berucap pada majlis forum "Media Disekat, Demokrasi Nazak" di Petaling Jaya malam tadi, Kit Siang menjelaskan terdapat pelbagai mekanisme lain boleh digunakan bagi menurunkan Perdana Menteri yang menyalahgunakan kuasa.
"Salah satu cara adalah dengan membawa Najib ke mahkamah melalui Peguam Negara.
"Jika Peguam Negara menjalankan siasatan dan berpuas hati bahawa Najib terlibat dalam rasuah, beliau tidak boleh terus menjadi Perdana Menteri dan perlu berhadapan dengan kes rasuah di mahkamah," katanya.
Menurutnya lagi, Najib kini sedang disiasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi seperti dilapor media, justeru beliau boleh disingkir jika didakwa bersalah.
Read More / Baca Lagi >>

Menukar Dato Seri Najib Atau Menukar Umno/Sistem ?

Posted: 05 Mar 2016 09:43 PM PST

Oleh Rafizi Ramli

Saya telah menerima pelbagai maklumbalas berikutan komen saya bahawa Dato' Seri Abdul Hadi

Awang, Presiden PAS perlu menunjukkan sokongan kepada mana-mana usaha untuk menggantikan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri untuk menghentikan segera kemudharatan yang beliau bawa kepada masyarakat.

Pandangan saya ialah kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai berdolak-dalik boleh mengelirukan rakyat seolah-olah beliau mempertahankan Dato' Seri Najib Tun Razak pada ketika kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri memuncak.

Saya sengaja mengambil masa seminggu sebelum saya memberi reaksi untuk membolehkan saya mengkaji sebaik mungkin pandangan orang ramai terutamanya melalui media sosial. Saya boleh kategorikan reaksi kepada pandangan saya itu kepada 4 kumpulan utama seperti berikut:

1. Kumpulan penyokong tegar PAS: komen-komen yang diberikan oleh penyokong tegar PAS lebih mirip kepada kata-kata kasar. Antara komen paling biasa ialah "bodoh" dan "PAS mahu membuang Umno/sistem bukan Perdana Menteri" (yang saya akan huraikan selepas ini). Saya tidak mengambil hati dengan kata-kata kasar dan berdoa supaya mereka diberikan rahmat Allah SWT. Dari bancian rawak, saya boleh anggarkan kumpulan ini adalah sekitar 30% dari mereka yang memberi reaksi.

2. Kumpulan penyokong tegar Dato' Seri Najib Tun Razak: komen-komen adalah cacian dan pelbagai gelaran dan label. Hujah yang dimainkan masih lagi berkisar mengenai perkauman dan anti-DAP sementara memuji langkah PAS mengambil pendirian sedemikian. Saya selalunya terhibur dengan pelbagai usaha kumpulan penyokong tegar Dato' Seri Najib Tun Razak cuba memburukkan saya dan tidak pernah mengambil hati. Dari bancian rawak, saya boleh anggarkan kumpulan ini sekitar 5% dari mereka yang memberi reaksi.

3. Kumpulan atas pagar: komen-komen adalah bercampur-campur dari yang berbentuk luahan kekecewaan di atas pendirian PAS, kekeliruan atau yang marah dengan pendirian itu. Tema komen yang paling biasa ialah keperluan melawan kebejatan UMNO dan mereka tidak membezakan di antara Dato' Seri Najib Tun Razak dan UMNO. Dari bancian rawak, saya boleh anggarkan kumpulan ini sebagai kumpulan yang paling besar iaitu 45%. Latar belakang mereka berbeza dan kecenderongan politik mereka juga berubah-ubah jika dinilai dari pandangan mereka di media sosial bagi tempoh waktu tertentu.

4. Kumpulan penyokong tegar PH: komen-komen mereka bercampur-campur dari yang berbentuk kasar terhadap PAS kepada hujah-hujah anti-Najib/anti-UMNO yang biasa didengari. Dari bancian rawak, saya boleh anggarkan kumpulan ini sekitar 20% dari mereka yang memberi reaksi.

Memahami pola pendapat rakyat terbanyak seperti ini adalah cukup penting untuk memahami konteks pandangan saya kepada pendirian Dato' Seri Hadi Awang dan PAS setakat ini dalam usaha kita menumbangkan Umno/Barisan Nasional.

PRU14 kelak akan ditentukan oleh pengundi atas pagar Melayu/Islam. Sebab itu saya menumpukan sepenuhnya tenaga saya kepada mendekati dan meyakinkan pengundi atas pagar Melayu/Islam akhir-akhir ini kerana mereka adalah penentu. Majoriti pengundi atas pagar Melayu/Islam ini terbuka minda mereka walaupun mereka lebih cenderong kepada Umno sebelum ini kerana takut kepada DAP.

Oleh yang demikian, satu-satunya talian hayat kepada Umno (dan bukannya Dato' Seri Najib Tun Razak) ialah jika salah satu (atau beberapa) perkara berikut berlaku dari sekarang hingga PRU14:

1. Berlaku pertandingan 3 penjuru di antara Umno/BN, Pakatan Harapan dan PAS. Walaupun nampak ada peralihan undi Melayu/Islam yang ketara kepada Pakatan Harapan kerana konsistensi melawan Umno/BN sedangkan PAS dilihat memberi isyarat yang berbeza-beza, itu belum cukup untuk memastikan pembangkang dapat menewaskan Umno/BN jika ada pertandingan 3 penjuru.

2. Pengundi Melayu/Islam atas pagar dapat diyakinkan bahawa memerangi DAP/bukan Melayu itu lebih penting dari membuang pimpinan Umno/BN dan sistem Umno/BN yang korup dan menyusahkan rakyat. Sentimen inilah yang menyebabkan dalam PRU13 dahulu, Pakatan Rakyat kehilangan 30 kerusi Parlimen di bawah margin 5% kerana ramai pengundi Melayu/Islam merasakan mereka lebih rela ditadbir parti yang rasuah dan korup asalkan ia masih lagi parti Melayu.
3. Imej Dato' Seri Najib Tun Razak tidak merudum terlalu teruk di kalangan pengundi Melayu/Islam atas pagar walaupun dikaitkan dengan pelbagai skandal. Maknanya segala yang telah berlaku masih belum meyakinkan pengundi Melayu/Islam atas pagar untuk menukar Umno/BN (sekaligus menukar Perdana Menteri) kerana perkembangan-perkembangan lain yang menyebabkan mereka tidak menghukum Dato' Seri Najib sepenuhnya atas semua yang telah berlaku.

Teguran saya dibuat dalam konteks ini kerana saya berpandangan bahawa sejak lebih setahun yang lalu, pimpinan PAS dan anggota PAS (sedar atau tidak sedar) telah menyumbang sedikit sebanyak kepada ketiga-tiga faktor di atas seperti yang saya jelaskan di bawah.

PENDIRIAN YANG BERTUKAR-TUKAR

Keadaan yang paling membimbangkan saya ialah apabila sejak enam bulan lepas, tumpuan serangan dan tindak balas politik PAS adalah lebih kepada menyerang DAP/AMANAH (serta KEADILAN dalam keadaan tertentu) berbanding dengan kritikan terhadap Dato' Seri Najib Tun Razak. Jika ada pun kenyataan yang mengkritik Umno, itu kritikan yang umum dan saya dapat gambaran bahawa pimpinan PAS mengelak dari mengkritik Dato' Seri Najib Tun Razak secara terang-terangan.
Jika dikaji kenyataan pimpinan PAS serta pembawaan penyokong-penyokong tegar PAS di bawah sepanjang enam bulan lepas, majoriti kenyataan dan pembawaan isu berkisar mengenai DAP/AMANAH dan Pakatan Harapan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS,Apa Sebenarnya Hala Tuju Kamu ?

Posted: 05 Mar 2016 09:42 PM PST

Pemerhati politik berpendapat kepimpinan tertinggi PAS perlu menyatakan secara jelas mengenai

hala tuju parti itu terutamanya kedudukan dalam Pakatan Rakyat supaya haluan mereka lebih difahami.

Mereka mempersoalkan mengenai perkara itu ekoran wujudnya perbalahan antara PAS dengan parti komponen dalam Pakatan dan pada masa yang sama parti Islam itu masih mahu berada dalam gabungan pembangkang itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

"PAS kena nyatakan dasarnya... hala tujunya ke mana. Sebab sekarang ini tidak jelas. Nampak macam ada perbalahan dengan rakan dalam Pakatan tapi dalam masa yang sama nampak bersama-sama dengan Pakatan untuk menyumbang dan sebagainya.
"Jadi sekarang ini apa sebenarnya hala tuju PAS selepas PRU-13 dan menuju ke PRU-14 nanti," kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dipetik.

Dalam laporan itu menyebut, Mohd Azizuddin berkata terdapat tiga pilihan untuk PAS ambil bagi menjelaskan pendirian mereka iaiatu sama ada bekerjasama dengan BN, supaya BN boleh dimantapkan atau bersama dengan Pakatan dan menegaskan menolak Umno.

"Ataupun PAS mahu ambil jalan ketiga iaitu tidak memilih kedua-duanya (dengan) menjadi parti yang bergerak sendiri tanpa dalam PR dan juga tanpa dalam BN," Azizuddin lagi.

Laporan itu juga memetik Penganalis Geopolitik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohd Fuad Mat Jali bersetuju dengan Mohd Azizuddin dan menegaskan teka-teki PAS hanya boleh dijawab parti tersebut.

'Pakatan longgar'

"Saya rasa masalah PAS untuk kembali bersama Umno atau Umno bersama PAS ini adalah sesuatu yang hanya PAS sahaja boleh jawab. Kerana akhirnya, kalau kita lihat, Pakatan ini adalah satu pakatan yang bukan lemah tapi longgar. Mereka tidak ada ikatan yang kukuh.

"Sebab itu kita lihat mereka tidak boleh ada manifesto yang mantap. Saya kira, PKR dan DAP ini memerlukan undi PAS terutama di kawasan-kawasan Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Negara ini memang GILA

Posted: 05 Mar 2016 09:41 PM PST

Oleh Ridzwan Abu Bakar

Seorang terima dana politik untuk partinya dan dimasukkan ke dalam akaun partinya: dibicara dan

didapati bersalah serta dihukum penjara 2 tahun beserta sebatan

Berapa dana yang diterima?

RM 50k 


Seorang lagi terima sumbangan (mula2 nafi) untuk pelbagai tujuan (berubah2 tujuan yang antara lain untuk dana politik partinya ) dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya : tidak didakwa, bahkan peguam negara pertahankan, dia bebas untuk buat apa saja......

Berapa dana yang diterima?

RM 2.6 Bilion

Diktator atau dia rasa 'tuhan'?

Rakyat!

Tunggu apa lagi?

Nak biarkan makhluk ini hancur negara?

Ayuh bangun!

Mengkhianati perjuangan Umno

Posted: 05 Mar 2016 09:40 PM PST

Oleh Abdul Halim Daud
Tindakan Tan Sri Muhyidin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menghadiri majlis yang dianjurkan Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin pembangkang jelas menunjukkan mereka mengkhianati Umno.
Saya secara pribadi berasa amat sedih dan sangat kecewa dengan tindakan ini kerana ia jelas menunjukkan mereka ini sanggup bersekongkol dengan pembangkang yang selama ini tidak pernah puas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan fitnah yang mereka lemparkan, saya boleh menyatakan tindakan Dr Mahathir ini ibarat meludah ke langit dan saya menyeru ahli parti tidak lagi untuk terus menghormati mantan pemimpin sebegini.
Tindakan ini seharusnya tidak boleh disokong kerana perdana menteri menerima mandat dan sokongan padu daripada rakyat dan ahli parti.
Banyak lagi ruang dan cara boleh dilakukan dan tidak perlu kita bersekongkol dengan pembangkang yang hanya mahu mengambil kesempatan di dalam permasalahan ini. Mana mungkin perjumpaan itu dibuat hanya untuk menjatuhkan perdana menteri tetapi terus menyokong kerajaan Barisan Nasional dan Umno walhal semua tahu DAP Dan PKR ini jelas tidak akan menyokong Barisan Nasional.
Maka saya mengharapkan pihak tertinggi kepimpinan Umno Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua kerana menjatuhkan imej parti keramat bangsa Melayu ini.
Tindakan ini jelas satu pengkhianatan kepada bangsa melayu terutama ahli parti dan mereka ini tidak layak lagi untuk terus berada di dalam Umno.

* Abdul Halim Daud adalah ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Alor Gajah.

Sah Umno parti feudal

Posted: 05 Mar 2016 09:39 PM PST

Oleh Subky Latif
TERLALU banyak simpton yang menunjukkan Umno adalah sebuah pertubuhan politik yang amat feudal sama dengan institusi istana yang belum mengenal demokrasi. Kesaksian terbaru itu adalah badan feudal ialah keterangan yang dibuat oleh menteri Datuk Nazri Aziz terhadap penampilan politik Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno yang dilihat tergantung.  

Nazri yang jarang membuat kenyataan politik menyarankan supaya Muhyiddin melepaskan jawatan Timbalan Presiden sekiranya tidak menyokong Presiden parti dan tidak mahu membantunya.
   
Kata Nazri, mereka menyokongnya dulu kerana dia dilihat menyokongnya untuk jadi Presiden. Apabila dia  tidak menyokongnya lagi, maka pilihannya ialah melepaskan jawatannya.
  
Yang menyokong Najib menjadi Presiden dulu bukanlah orang sependirian dengan Nazri dulu dan sekarang saja. Muhyidin dan penyokongnya juga adalah antara orang yang menyokongnya.
  
Jika Muhyiddin kini hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Presiden Umno belumlah boleh dikira Muhyiddin telah melanggar peraturan dan disiplin partinya. Dia belum dihadapkan ke badan disiplin parti. Selagi Umno belum mengesahkannya melanggar disiplin parti, maka dia belum diliha bersalah.
  
Jika dia menegur Presiden, ia adalah dikira langkah yan sihat dalam politik demokrasi. Setiap seorang Umno kepada ketuanya tidaklah mutlak seperti setia kepada Allah dan rasul-Nya. Setia kepada ketua itu tertakluk kepada setianya kepada partinya, kepada bangsanya dan kepada agamanya.
   
Najib bukan maksum dan kini yang mempertikainya lebih ramai daripada yang membodeknya.
   
Kedua, Umno bukan badan feudal yang ketuanya tidak boleh dikritik dan dibetulkan.
   
Ketiga, Umno bukan sebuah parti seperti parti komunis yang ketuanya tidak boleh ditegur baik secara terang mahupun secara tersembunyi.
  
Atas faktor-faktor itu maka tidaklah menjadi kesalahan jika orang Umno menegur Umno terutama pemimpin yang tidak popular yang dipertikai oleh semua.
  
Muhyiddin sekarang bukan menegur Najib kerana isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion saja, tetapi ia menegur Umno kerana merampas hanya sebagai Timbalan Presiden Umno. Sebagai Timbalan Presiden dia ada hak untuk bercakap sebagai Timbalan Presiden baik dalam Perhimpunan Agung atau mana-mana perjumpaan yang dianjurkan oleh parti dan penyokongnya.Read More / Baca Lagi >>

Deklarasi Rakyat adalah demi masa depan negara - Salahuddin Ayub

Posted: 05 Mar 2016 09:38 PM PST


Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah penting kerana ia merupakan penentu bagi masa depan negara, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Menurut Salahuddin, deklarasi rakyat itu adalah bagi membawa perubahan kepada negara yang pada masa kini semakin menekan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya sendiri turut hadir bagi menandatangani deklarasi rakyat tersebut sebagai tanda menolak kepimpinan perdana menteri.
"Saya rasa beliau (Najib)  patut melihat isyarat ini memandangkan perkara sebegini tidak pernah berlaku di dalam sejarah politik di mana tokoh-tokoh Umno menolak kepimpinan Perdana Menteri yang semakin membawa bahaya kepada negara,"katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.
Jumaat lepas, Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang sudah hilang maruah – Bung Moktar

Posted: 05 Mar 2016 09:37 PM PST

Pembangkang tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih oleh rakyat sebaliknya, hanya ahli UMNO sahaja boleh menukar pemimpin mereka.
bung-mokhtar,pembangkang
PETALING JAYA: Datuk Bung Moktar Radin hari ini menyifatkan pembangkang telah hilang maruah kerana mahu menentukan ketua kerajaan di negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut mempersoalkan adakah pembangkang tidak menyedari bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang dari ketua parti yang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang sah.
"Kenapa pembangkang dah hilang maruah nak menentukan pula siapa ketua kerajaan sedangkan mereka tahu yang parti gabungan mereka kalah dalam PRU buat kali ke-13.
"Mereka harus sedar kita bukan berada di Amerika Syarikat, British atau Eropah..ini negara Malaysia, bukan Filipina, bukan Indonesia atau Thailand," katanya menerusi kenyataan.
Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, pembangkang tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih oleh rakyat sebaliknya, hanya ahli UMNO sahaja boleh menukar pemimpin mereka.
"Pada saya pembangkang dah tak ada hala tuju perjuangan, mereka dah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat selain daripada menokok tambah fitnah dan andaian yang tak berfakta kepada Najib Razak selaku Perdana Menteri," katanya.
Dalam pada itu, Bung menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa pemimpin UMNO dan pemimpin pembangkang bergabung di bawah satu pentas mengetuai deklarasi rakyat menolak pentadbiran Najib disifatkan sebagai langkah orang-orang yang kecewa.
"Kita sedar perbuatan mereka ini adalah langkah orang-orang kecewa yang mempunyai niat tertentu untuk merosakkan minda rakyat agar menentang kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
Read More / Baca Lagi >>

Klasifikasi OSA dokumen audit 1MDB satu penghinaan kepada Parlimen

Posted: 05 Mar 2016 09:35 PM PST

Setelah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dokumen sokongan daripada laporan akhir ketua audit negara mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjadi dokumen awam dan tidak perlu tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ini kerana PAC adalah jawatankuasa Parlimen dan mengklasifikasikan laporan akhir audit mengenai 1MDB adalah "satu penghinaan bukan sahaja bagi PAC tetapi juga badan perundangan itu dan semua ahli Parlimen di dalam Dewan, katanya.
Lim berkata beliau "sangat kecewa" dengan kenyataan bekas pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed yang semalam berkata, hanya dokumen sokongan daripada Jabatan Audit Negara yang mengiringi rumusan laporan PAC akan berada di bawah OSA.

"Ini tidak boleh diterima sama sekali. Dokumen sokongan daripada ketua audit negara dibentangkan di PAC sudah menjadi dokumen Parlimen, dengan itu klasifikasi OSA itu sepatutnya tidak lagi wujud. "Jika tidak, ini menjadi satu penghinaan mutlak terhadap jaminan perdana menteri yang siasatan ketua audit negara dan PAC akan 'mendedahkan semua', tanpa meninggalkan sebarang maklumat," kata Lim dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Gelang Patah mempersoalkan jika kerajaan berhasrat mengatakan dokumen sokongan ketua audit negara mengenai 1MDB akan dinafikan untuk semua 222 ahli Parlimen.
"Perdana menteri perlu mengumumkan tanpa berlengah-lengah lagi yang beliau tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan dan tiada bantahan langsung untuk kedua-dua laporan ketua audit negara – interim dan akhir – dibentangkan di Parlimen oleh PAC tanpa sebarang pengelasan di bawah OSA," kata Lim.
Beliau yang kini masih digantung selama enam bulan daripada Parlimen dan akan terlepas persidangan pertama tahun ini yang bermula esok, juga mengulangi gesaannya supaya sebuah suruhanjaya diraja menyiasat "skandal mega kembar" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditubuhkan.
Skandal yang dimaksudkan ialah hutang besar 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang diterima Najib dalam akaun bank peribadinya.

Berani kerana benar, BENAR KERANA ALLAH..

Posted: 05 Mar 2016 09:31 PM PST

Berkatalah benar walau terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko.. Dibuang kerja serta-merta atau dilucutkan jawatan...

Sesungguhnya Allah s.w.t. pemberi rezeki,
BUKANNYA KERAjaan mahupun pemimpin yg bongkak pertahankan 'putarjaya'...

Yang kejam harus disanggah dan ditegur silapnya.. Yang baik dan bagus harus dicontohi dan diikuti caranya..

Angkara si Tikus Garang

Posted: 05 Mar 2016 09:29 PM PST


Dr Mahathir lawan NajibDr Mahathir lawan Najib
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maiden menyifatkan apa yang berlaku sekarang adalah angkara si Tikus Garang yang menyebabkan rakyat riuh rendah berbincang.
Dalam sajak satiranya, pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) itu menyifatkan, Tikus Garang ini sudah banyak menyusahkan orang.
Berikut adalah nukilah penuh beliau.
TIKUS YANG GARANG#
Arakian di sebuah negara yang malang, Ditadbir tikus yang garang, Sudah gigit ramai orang, Sudah rosak banyak barang,
Rakyat gelisah penuh bimbang, Mengharap pendekar tak kunjung datang, Muncul memanda tua, hulubalang terbilang, Dulunya sama seperti sitikus garang,
Riuh rendah gegak gempita rakyat berbincang, Perlukah bersama hulubalang tua merancang, Bagi menangkap sitikus garang,
Kedengaran dari jauh suara dari penjara berkemundang, Suara yang matang redakan bimbang, Katanya kucing putih atau hitam jangan dibincang, Selagi mana tikus garang bisa ditangkap sekarang.
Nukilan :  Mohamed Hanipa Maidin  Ahli Parlimen Sepang

Umno Johor bimbang dengan kempen 'Selamatkan Malaysia'

Posted: 05 Mar 2016 09:28 PM PST


Akhbar Sinar jadikan laporan muka depannya tentang Umno Johor bimbang kempen Selamatkan Malaysia.Akhbar Sinar jadikan laporan muka depannya tentang Umno Johor bimbang kempen Selamatkan Malaysia.
Walaupun menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Umno Johor melahirkan kebimbangan dengan kempen "Selamatkan Malaysia" yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir bersama dengan sebahagian pimpinan Umno dan pembangkang semalam.
"Kita jangan nafikan tindakan Dr Mahathir tidak berbahaya kerana atas nama 'deklarasi rakyat' juga, dia (Tun Dr Mahathir) akan mendapat sokongan daripada 'prominent Malays' yang akan mempengaruhi masyarakat," katanya.
Menurutnya, BN dan Umno perlu memberikan perhatian serius terhadap tindakan Dr Mahathir memandangkan beliau percaya tindakan Tun Dr Mahathir tidak akan berhenti setakat memeterai deklarasi tersebut.
Deklarasi Selamatkan Malaysia yang dilancarkan Mahathir semalam adalah yang kedua selepas kempen Selamatkan Malaysia dilancarkan oleh Datuk Husam Musa, bekas naib presiden PAS di Kulai Johor sebelum ini.
Selepas ini, Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia pula akan diadakan di mana-mana 16 tokoh besar negara akan memberikan ucapan di majlis itu.
Ia dijangka akan diadakan di Shah Alam mulai jam 2 hingga 7 petang.

Tindakan tegas terhadap Muhyiddin, Tun M makin tidak rasional – Pemimpin UMNO

Posted: 05 Mar 2016 09:27 PM PST

Deklarasi itu membuktikan politik terdesak di Semenanjung akibat ketandusan idea oleh pakatan pembangkang dan dendam peribadi Dr Mahathir.
hamzah,muhyiddin,mahathir
PETALING JAYA: UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran langkahnya yang bekerjasama dengan pembangkang menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Menurut beliau, bekas timbalan perdana menteri itu bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersekongkol menerusi deklarasi tersebut hanyalah kerana untuk kepentingan diri sahaja.
"Muhyiddin pernah menjadi timbalan presiden UMNO serta anggota Kabinet.Sepatutnya dia gunakan saluran yang betul untuk meluahkan ketidakpuasan hati dan bukan bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri.
"Tindakan Muhyiddin itu amat dikesali dan tidak mungkin dapat diterima oleh mana-mana ahli UMNO," katanya yang dipetik dari sebuah laman portal.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Seri Fadzillah Yusof berkata, deklarasi tersebut membuktikan politik terdesak di Semenanjung akibat ketandusan idea oleh pakatan pembangkang dan dendam peribadi oleh Dr Mahathir.
"Adalah menjijikkan untuk melihat PKR dan DAP kehilangan saki baki integriti politik untuk bergabung tenaga dengan seorang pemimpin yang PKR dan DAP Sarawak berulang kali mengutuk kerana mengabaikan pembangunan negeri itu.
"Adalah satu fakta yang jelas bahawa tida ada bekas perdana menteri yang menjaga atau melakukan sumbangan besar kepada kebajikan dan pembangunan Sarawak berbanding Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir lupa sejarah, dakwa Awang Selamat

Posted: 05 Mar 2016 09:26 PM PST


Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno dan bekerjasama dengan pembangkang disifatkan sebagai 'satu kesilapan besar' dalam sejarah politik pemimpin veteran itu.
Menerusi ruangan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini, akhbar itu mendakwa Dr Mahathir sebagai lupa sejarah politik beliau dengan pimpinan DAP dan PKR yang begitu tebal permusuhannya.
"Meskipun dalam politik segala-galanya berkemungkinan namun realiti untuk padamkan episod hitam bukanlah mudah. Mereka akan terus dihantui rasa curiga dan waspada termakan jerat muslihat politik.
"Apatah lagi Dr Mahathir, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat PKR (Datuk Seri) Anwar Ibrahim makin dimamah usia. Dimalukan dan gagal besar pada penghujung usia lagi sakit rasanya," tulisan Awang dipetik daripada akhbar edisi mingguan itu.
Malah, Awang juga mendakwa, selama ini Dr Mahathir merupakan pemimpin yang bertanggungjawab menjadikan DAP 'jijik' pada kaca mata orang Melayu.
"Lim tidak kurang dahsyatnya menghina, mentohmah dan mempersoalkan Dr Mahathir sepanjang perseteruan mereka.
"DAP menjadi hidup kerana anti Dr Mahathir yang dilabelkan zalim, menerajui kerajaan rasuah dan sebagainya.
"Malah DAP yang beliau kuasai mahu menangkap dan memenjarakan Dr Mahathir jika berkuasa satu hari nanti," katanya.
Perseteruan Mahathir - Anwar
Dalam ruangan pojok berkenaan, Awang turut mengungkit perseteruan Dr Mahathir dengan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjarakan atas tuduhan liwat.
Beliau membangkitkan persoalan adakah bekas presiden Umno yang baru meninggalkan parti itu akan menarik kembali segala kenyataan dan label terhadap bekas ketua umum PKR itu.
Read More / Baca Lagi >>

Perjuangan 50 tahun DAP dan Lim Kit Siang

Posted: 05 Mar 2016 09:25 PM PST

Perjalanan hidup Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang selama 5 dekad dalam politik dipenuhi kenangan pahit dan manis yang terus kekal dalam ingatan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 6 Mac, 2016. 
Perjalanan hidup Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang selama 5 dekad dalam politik dipenuhi kenangan pahit dan manis yang terus kekal dalam ingatan.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berbual dengan THOR KAH HOONG, mengimbas kembali parti politik yang diterajuinya selama 50 tahun seiring dengan tempoh 5 dekad beliau sebagai seorang ahli politik, yang melihat banyak kenangan suka dan duka (termasuk pernah ditahan pihak berkuasa 3 kali), ketika pembangkang politik memusuhinya, meramalkan apa yang dijangka akan menjelang dan pendapatnya mengenai kemungkinan mencari titik persamaan dengan bekas musuh, Tun Dr Mahathir Mohamad.
TMI: Bila anda berminat dalam politik dan di mana ia mula berakar umbi?
Lim: Sejak zaman persekolahan saya.

TMI: Zaman persekolahan?Lim: Dalam erti kata lain, kami sangat berminat dengan peristiwa – zaman sekolah tahun 50-an, saya berada di sekolah menengah 1955-1959 – itu adalah masa di mana terdapat banyak perkembangan yang menarik di dalam dan luar negara – '55 ada Persidangan Bandung, '56 ada nasionalisasi Terusan Suez dan revolusi Hungary, dan '57 tahun kemerdekaan kita – dan di dalam kelas saya, terdapat satu kumpulan yang mengikuti semua peristiwa ini.
Saya masih ingat tahun akhir saya di sekolah, '59, menunggu keputusan peperiksaan tingkatan 5 kami, zaman di mana kami tidak ada IT untuk mengalihkan perhatian kami, yang ada hanya kami berbasikal sekitar bandar. Kami akan pergi ke sekolah yang sunyi pada malam, duduk di tepi longkang dan bendang, dan seseorang akan berkata, 'mari kita pergi ke dunia luar dan tubuhkan parti politik'.
TMI: Jadi, semasa saya bermimpi untuk menjadi Robin Hood atau Hercules, anda bermimpi untuk menjadi seorang ahli politik?
Lim: (Ketawa) Tidak, tidak begitu, bukan menjadi seorang ahli politik. Ia lebih kepada berminat dengan apa yang berlaku di negara ini. Persidangan Bandung – saya katakan ia adalah acara politik pertama yang menarik perhatian saya.
(NB: Persidangan Bandung adalah mesyuarat 29 negara-negara Asia dan Afrika yang berlangsung pada April 18-24, 1955 di Bandung, Indonesia. Tujuan persidangan adalah untuk menggalakkan hubungan ekonomi dan kebudayaan dan menentang neo/penjajahan. Persidangan ini adalah peristiwa penting dalam pembentukan Pergerakan Negara-negara Berkecuali.)
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama Dr Mahathir-pembangkang dugaan paling berat Najib

Posted: 05 Mar 2016 09:23 PM PST

Kerjasama yang terjalin antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang disifatkan seorang pengarang akhbar milik Umno sebagai dugaan paling berat dalam perjalanan 40 tahun politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Zulkefli Hamzah, pengarang kanan Utusan Malaysia, berkata, tindakan kumpulan yang dibentuk Dr Mahathir dan pemimpin pembangkang serta beberapa tokoh masyarakat sivil itu, menggoncang kedudukan Najib begitu teruk sekali.
"Sewaktu berada di puncak, kedudukan beliau digoyang sedemikian rupa. Politik budiman tidak menjatuhkan orang lain dan sentiasa menghulur salam perpaduan, tidak bersambut," katanya hari ini.

Dalam ruangan beliau bertajuk "Akhirnya masa yang menentukan siapa betul" hari ini, Zulkefli merujuk kepada 2 isu utama, Projek Langat 2 di Selangor dan derma RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri. Beliau mendakwa, pakatan pembangkang dahulunya begitu membenci projek bekalan air tersebut yang menjadi alasan penyingkiran bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun katanya, kini pembangkang mengubah sehingga 180 darjah nada mereka, daripada benci menjadi sayang.
"Jelaslah, masa menentukan Langat 2 penting untuk Selangor. Tiada isu pembaziran, atau projek yang sengaja diwujudkan untuk kroni Umno.
"Masa mengesahkan, kerajaan pusat berada di pihak betul. Masa juga sebenarnya mengesahkan, dana RM2.6 bilion adalah daripada keluarga diraja Arab Saudi.
"Kumpulan ini tidak pula berasa curiga dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang berulang kali memetik sumber kononnya dana itu bukan daripada keluarga diraja Arab Saudi.
"Kalau bukan, tentu sekali Raja Arab Saudi akan murka, tetapi sebaliknya Najib dijemput khas dan disambut dengan penuh penghormatan," katanya.
Beliau merujuk kepada pertemuan Najib dengan Penjaga 2 Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz al Saud ketika lawatan kerja beliau ke Arab Saudi selama 4 hari awal minggu ini, termasuk menyampaikan ucaptama di Forum Ekonomi Jeddah 2016.
Read More / Baca Lagi >>

Layakkah Mahathir ketuai 'reformasi'?

Posted: 05 Mar 2016 09:20 PM PST


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi membuka lembaran baru dalam sejarah politik negara apabila mengambil keputusan bersama barisan pembangkang dalam usahanya 'menggulingkan' perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.Langkah yang diambil Mahathir mengejutkan sesetengah orang, sama ada di kalangan pendukungnya atau pembencinya sendiri. Namun bagi mereka yang memahami realiti dan sepak terajang politik, kemunculan Mahathir untuk duduk semeja dengan pemimpin pembangkang bukanlah suatu perkara aneh.
Seperti ungkapan Inggeris, in politics, there is no permanent friends or enemy. Only permanent interests. Tidak ada musuh yang kekal di dalam politik, yang kekal hanya kepentingan bersama. Hari ini boleh menjadi kawan, esok boleh menjadi lawan dan begitulah sebaliknya.
Lama dahulu, Mahathir juga pernah melakukan perkara sama apabila berada sepentas dengan PAS dalam menggasak perdana menteri pertama ketika itu, Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatannya.
Mahathir sekali lagi dilihat 'bersetuju' dengan pembangkang ketika mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak dinaikkan.
Maka tindakannya keluar Umno baru-baru ini bukan perkara baru bagi tokoh yang mempunyai pengalaman politik dan pernah menerajui negara selama lebih dua dekad itu.
Tetapi tidak seperti Abdullah, Najib nampaknya terlalu liat untuk dikalahkan Mahathir. Asakan demi asakan Mahathir terhadap skandal menyelubungi Najib - daripada isu 1MDB sehingga kepada derma politik RM2.6 bilion seakan-akan tidak lut kepada batang tubuh Najib.
Tindakan Najib terhadap pengkritiknya dilihat keras dan drastik, bahkan ada yang berpendapat meniru gaya pemerintahan Mahathir sendiri.
Dengan penukaran Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, tekanan terhadap penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Gabenor Bank Negara, Najib dianggap terlalu kebal daripada tindakan.
Tiada cara lain bagi Mahathir.
Maka Mahathir tidak mempunyai cara lain untuk 'menggulingkan' Najib melainkan bersama-sama gerakan pembangkang, bermula dengan mengisytiharkan dirinya keluar Umno. Ramai melihat ini kemuncak kemarahan Mahathir selepas anaknya Mukhriz dipaksa berundur sebagai menteri besar Kedah.
Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang 'sekapal' dengan Mahathir juga menerima nasib yang sama apabila digantung jawatannya sebagai orang nombor dua dalam Umno.
Kejutan-kejutan politik terus berlaku kemudiannya.
Seruan Mahathir untuk 'Selamatkan Malaysia' disambut pula oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh. Bagi sesetengah orang, ia mungkin ironi bagi Anwar untuk memberikan sokongan kepada individu yang pernah menyebabkan dia didakwa dan dipenjarakan.
Read More / Baca Lagi >>

NAMPAK TAK !!!.. SIAPA yg penipu sebenarnya...

Posted: 05 Mar 2016 03:54 PM PST

Berhujah dengan fakta kajian boleh mendedahkan auta lawan.

FAKTA NO.1.. Dlm senarai Forbes 2013, hanya 4 orang putera sahaja berada dalam senarai 100 terkaya. Yang paling kaya kepada seorang raja adalah Putera Mutaib Abdulaziz dengan kekayaan AS$110.1 juta pada ranking ke-98. YANG PELIKNYA.. boleh lagi derma AS$681 juta pada Najib ???

FAKTA NO.2.. Jika benar Najib pulangkan balik AS$620 pada Ogos 2013, sepatutnya beliau akan berada di ranking lebih tinggi dalam senarai Forbes. YANG PELIKNYA kenapa beliau tidak pula tersenarai pada Forbes 2014 ???

Bertuah badan bernama Tuan Haji Najib Razak..

Posted: 05 Mar 2016 03:52 PM PST

Kebal undang2 rupanya...

Kecuali tak kebal dgn undi2 rakyat PRU14 yg mahukan perubahan Malaysia nanti..

#SelamatkanMalaysia

SOKONG DEKLARASI RAKYAT INI

Posted: 05 Mar 2016 03:43 PM PST

Seronok juga melihat pro Najib Razak "terlompat" ke sana sini dengan pelbagai gaya sejak Jumaat lalu berhubung Deklarasi Rakyat yang digerakkan oleh Tun Mahathir Mohamad bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dan peneraju masyarakat sivil negara ini.

Dengan seawalnya gah mengatakan keluarnya Tun Mahathir meninggalkan UMNO tidak mungkin memberi sebarang kudis kepada Najib, reaksi sehari dua ini jelas menampakkan mereka jauh lebih "menggelupur"  berbanding cacing yang tengah kepanasan.
Selain berbagai kata-kata kecaman dan bidasan terhadap bekas Perdana Menteri itu, cacian dan makian juga turut menjadi mainan yang membuktikan tidak lain tanda-tanda sudah ada ketakutan dalam diri mereka itu.

Ketua blogger dedak yang kini sudah menteri, Salleh Said Keruak pula cuba berhujah untuk menggembirakan Najib dengan mengatakan deklarasi itu bukan suara 30 juta rakyat Malaysia dan ini menunjukkan beliau seolah-olah lupa Perdana Menteri sendiri hanya ada 47 peratus sokongan popular saja.

Kalau 47 peratus pun boleh jadi Perdana Menteri, bermakna tidak perlu sehingga 30 juta suara untuk membuangnya ke tepi.

Oleh itu, untuk menjadikan usaha menyingkirkan Najib lebih mudah menjadi kenyataan dan agar puak-puak pronya lebih "terlompat-lompat", kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan sayangkan negara ini tidak harus berlengah lagi dalam memberi sokongan kepada deklarasi itu.


Terima kasih buah bidara, ajaklah juga kawan-kawan dan saudara-mara.

Masalah Kewangan: Putrajaya ambil langkah khusus berjimat cermat

Posted: 05 Mar 2016 03:37 PM PST


Putrajaya telah mengambil langkah-langkah khusus untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh perbendaharaan ekoran hasil negara merosot kerana kejatuhan harga minyak.
"Perkembangan semasa ekonomi serantau dan global memberi kesan kepada kedudukan kewangan kerajaan persekutuan berikutan kutipan hasil kerajaan yang terjejas.
 "Bagi memastikan sasaran fiskal yang ditetapkan dapat dicapai, maka langkah mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dilaksanakan secara menyeluruh agar sumber dapat diurus dengan lebih cekap dan berkesan," demikian menurut pekeliling itu yang berkuatkuasa pada 1 Mac.
Antara langkahnya termasuk memansuhkan jawatan kosong yang tidak diisi melebihi dua tahun.
Manakala perbelanjaan bagi kerja lebih masa dikawal dan arahan kerja hendaklah dikeluarkan secara bertulis sebelum ia dimulakan.
Pekeliling itu juga melarang jawatan baru diwujudkan kecuali melalui kaedah tukar ganti dan pindah butiran serta tiada implikasi kewangan tambahan.
Bagaimanapun, ia membenarkan pewujudan jawatan yang kritikal dalam bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan dan kutipan hasil negara tetapi perlu dilaksanakan dengan kawalan ketat.
Malah, Putrajaya menawarkan insentif kepada jabatan kerajaan yang berjaya melaksanakan langkah-langkah tersebut bagi meningkat penjimatan hasil atau simpanan kerajaan.
"Kementerian, jabatan, agensi yang berjaya meningkatkan hasil kerajaan atau mengurangkan kos operasi dengan signifikan akan dipertimbangkan insentif yang bersesuaian melalui bajet tahunan," tambahnya.
Langkah-langkah lain termasuk:
- Potongan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri.
- Perjalanan domestik hendaklah dihadkan kepada yang benar-benar perlu sahaja dengan bilangan pegawai yang minimum.
- Perbelanjaan bertugas di luar negara hanya dibenarkan jika telah diluluskan dalam bajet atau telah diluluskan oleh jemaah menteri.
- Pegawai Pengawal digalakkan untuk mewakilkan kehadiran ke mesyuarat atau persidangan tertentu kepada Duta/Ketua Perwakilan Malaysia di negara berkenaan atau negara yang berhampiran, tanpa penyertaan pegawai dari Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz: Deklarasi hanya untuk ganti Najib dengan PM lain dari BN

Posted: 05 Mar 2016 03:36 PM PST


Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mempertahankan Deklarasi Rakyat yang menurutnya tidak bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN tetapi hanya bertujuan untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak dengan seorang perdana menteri lain dari parti pemerintah itu.
Deklarasi Rakyat menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dari pembangkang dan masyarakat sivil menyeru penyingkiran Najib berhubung dakwaan skandal yang menyelubunginya dan untuk melaksanakan pembaharuan institusi.
"Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun Mahathir ini akan menguntungkan pembangkang termasuk DAP.
"Adakah BN akan tumbang jika Najib undur? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat.
"Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan PM yang baru - dari kalangan ahli-ahli Parlimen BN, bukan dari pembangkang," katanya dalam satu kenyataan.
 Mukhriz berkata pembangkang turut serta kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kepimpinan Najib.
"Kalau ikut lojik, pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan rakyat terhadap Najib bermakna BN juga ditolak secara total.
"Tapi sebaliknya, pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa?
"Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa," katanya.
Mukhriz mengulangi bahawa deklarasi itu tidak akan membawa kepada kejatuhan BN dan pembangkang faham dan menerima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU.
"Kenyataan beberapa pemimpin Umno bahawa rakyat perlu tunggu PRU14 untuk tukar PM sangat membahayakan kepentingan BN
"Adakah maksudnya PM baru itu akan datang dari kalangan pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut?
"Itu sama sekali bukan matlamat Tun Mahathir.
"Untuk selamatkan negara, malah untuk pertahankan kedudukan BN sebagai kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai PM sebelum PRU14," katanya.

MP HARAPAN pertahan kerjasama dengan Dr M: Kami bukan oportunis

Posted: 05 Mar 2016 03:35 PM PST


Ahli Parlimen (MP) Pakatan Harapan yang menandatangani Deklarasi Rakyat atas kapasiti peribadi mereka semalam mempertahankan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pada masa lalu tertuduh mengamalkan autoritarianisme.
Semalam Dr Mahathir telah membawa bersama sekutu dan bekas musuh untuk menandatangani deklarasi itu yang menyeru penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan untuk pembaharuan institusi.
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke menolak tuduhan bahawa pembangkang mengambil kesempatan, dengan menegaskan bahawa semua pihak mengambil risiko untuk bersama berdepan dengan kemungkinan seruan untuk pembaharuan yang sudah berdekad lamanya, akan akhirnya dapat dicapai.
Katanya, ada orang yang berkata ia seperti mengambil kesempatan 'tetapi kita perlu melihatnya secara pragmatik".
Malah, katanya, Mahathir sendiri turut dituduh mengkhianati Umno.
Loke berkata setiap orang mengambil risiko dari segi kedudukan politik "tetapi saya rasa dengan duduk bersama, itu menunjukkan apa yang penting sekarang".
Objektif bersama, tambahnya, ialah untuk menyingkirkan Najib dan pada masa yang sama untuk melaksanakan pembaharuan institusi.
Loke yang juga setiausaha organisasi Kebangsaan DAP berkata, beliau menghormati pandangan yang berbeza, termasuk dari PSM, tetapi berkata pembangkang terpaksa mengakui ia menghadapi satu tugas yang sukar untuk menangani sendiri soal Najib dan krisis yang sedang berlaku.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau memahami kebimbangan sekutu tertentu tetapi berkata matlamatnya adalah untuk melihat perubahan di negara ini.
"Pada akhirnya, kita mahu melihat perubahan di negara ini dan sudah tentu itulah fokus," kata Shamsul yang juga naib presiden PKR.

“Tunggulah PRU14, BN akan kalah” – Mukhriz Mahathir

Posted: 05 Mar 2016 03:32 PM PST

Mengikut logik, pembangkang akan menang PRU14 kerana rakyat menolak kepimpinan Najib Razak sekaligus menolak BN/UMNO.
mukriz
PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) akan menerima kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang jika Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, penolakan rakyat kepada kepimpinan Najib secara langsung menyebabkan BN/UMNO ditolak secara total.
Katanya, hanya satu jalan bagi menyelamatkan BN iaitu pengunduran Najib dan diganti dengan pemimpin BN lain, seperti yang dituntut menerusi Deklarasi Rakyat.
"Jika Najib masih memimpin BN hingga PRU-14, BN akan menerima padahnya. Amarah rakyat sudah tidak boleh dibendung lagi. "Tunggulah PRU nanti. Kami tahulah apa nak buat". Itu yang kedengaran rata-rata di kalangan rakyat sekarang," katanya menerusi kenyataan.
Mukhriz berkata, kenyataan beberapa pemimpin UMNO bahawa rakyat perlu menunggu PRU-14 untuk menukar Perdana Menteri amat membahayakan kepada kepentingan BN.
"Adakah maksudnya Perdana Menteri baru itu akan datang dalam kalangan pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut? Itu sama sekali bukan matlamat Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Untuk selamatkan negara, malah untuk pertahankan kedudukan BN sebagai kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai Perdana Menteri sebelum PRU-14," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam berkata, jika mengikut logik, pihak pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan rakyat terhadap Najib yang turut menyebabkan BN ditolak.
"Tapi sebaliknya, pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa? Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa, iaitu Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>