Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Syed Saddiq hanya burung kakak tua dan macai Muhyiddin

Posted: 03 Mar 2016 05:32 AM PST


Sebaik sahaja, Tun Mahathir keluar parti, anak muda yang dikatakan juara debat mengeluarkan kenyataan di bawah nama CHALLENGER. Namun hujahnya kelihatan kurang waras dan matang untuk diterima di media perdana dan hanya layak setakat perdebatan dalam kampus.

Syed Saddiq kelihatan sebagai burung kakak tua pada propaganda dan pemimpin politik tertentu. Hujahnya telah dipatahkan oleh anak muda lain. Baca SINI

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAFIZI MENANGIS LAGI, RAFIZI DESAK HJ HADI JAGA AKHLAK ORANG PAS

Posted: 03 Mar 2016 04:09 PM PST

    
    
    
    

PEMUDA SERBU PERDANA MENTERI

Posted: 03 Mar 2016 01:56 AM PST


Abang Mohd. Hafizie bin Abang Bunsu Presiden MPP UiTM 2013/2014 bersama G40, NGO Abata, Biro Pemuda IPT,  alumni MPP, NGO anak muda dan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan ( MPPK) 2015/2016 Farhan Khairuddin ( UKM) menjemput Rakan-rakan mahasiswa dan alumni aktivis ke program

Menyambut Kepulangan YAB Perdana Menteri dari Arab Saudi di TUDM Subang malam ini seperti berikut:

Tarikh: 3 Mac 2016 ( Khamis)
Masa: 9.30pm
Tempat : Airport TUDM Subang

Ayuh rakan-rakan tunjuk sokongan kepada YAB PM. 

#mana-mana NGO boleh menamakan didalam ini. masukan sahaja. Ayuh raikan kawan kawan bersama YAB PM

PAS SECARA RASMI TOLAK GERAKAN SINGKIR NAJIB

Posted: 03 Mar 2016 12:56 AM PST

1. PAS menghargai pelawaan YABhg. Tun Dr Mahathir untuk PAS sama-sama hadir dalam Majlis Menandatangani Deklarasi Menuntut Penyingkiran Perdana Menteri Malaysia yang dijangka diadakan pada hari Jumaat ini.

2. Sehubungan dengan perkara tersebut, PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam program  tersebut kerana PAS mempunyai pendekatan dan  gerakan tersendiri khususnya melalui Blok Politik Ketiga ke arah mengubah kepimpinan negara yang ada pada hari ini melalui saluran yang demokrasi dan berperlembagaan.

3. Melihat kepada suasana politik, ekonomi dan sosial negara yang amat gawat disebabkan urustadbir negara yang tidak keruan, maka PAS mengambil keputusan untuk menghadap Majlis Raja-Raja bagi menyembah cadangan supaya satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk bagi mengadakan siasatan yang menyeluruh terhadap isu-isu 1MDB, Dana Politik RM2.6 billion, Skandal SRC  International dan isu-isu lain yang berkaitan sebagaimana juga yang telah dititahkan oleh  Persidangan Majlis Raja-Raja baru-baru ini.

4. Dalam hal ini juga, PAS konsisten dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera sebagai suatu formula untuk melakukan perubahan total dalam sistem pemerintahan negara.

5. Bagi menyelesaikan polimik semasa yang tiada penghujungnya kini serta keengganan Kerajaan mengambil kira pandangan semua pihak, PAS menuntut supaya Parlimen Malaysia dibubarkan segera bagi membolehkan Pilihanraya Umum diadakan dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat bagi menggantikan Kerajaan Pusat hari ini yang terpalit dengan pelbagai skandal dan kelemahan urus tadbir.

6. Selaras dengan itu, PAS mengajak seluruh rakyat untuk bersama PAS dan Blok Politik Ketiga  sebagai Alternatif menggantikan kerajaan hari ini ke arah membina negara Malaysia yang lebih baik, sejahtera dan cemerlang.

DATO' TAKIYUDDIN HASSAN, 
Setiausaha Agung
Bertarikh: 3 Mac, 2016.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:37 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Langkah politik terakhir Dr Mahathir?

Posted: 03 Mar 2016 08:59 PM PST





"Lewat petang Jumaat ini nanti, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat dan paling banyak jasanya kepada negara akan mengadakan sidang media bersama musuh politiknya, demi hendak memaksa perdana menteri sekarang berundur dan meletakkan jawatan.

Khabarnya Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan tokoh masyarakat sivil dan pemimpin parti pembangkang kerana beliau secara tulus ikhlas 'sudah tidak tahu hendak buat apa lagi'.

Pemimpin pembangkang juga nampaknya berlapang dada dengan tawaran Dr Mahathir itu dan bersetuju untuk menyertai sidang medianya nanti.

Naib Presiden PKR yang juga anakanda kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar dilaporkan semalam sebagai berkata langkah yang diambil 'bukan isu peribadi, bukan isu dendam, dan marah'.

Bahkan Nurul Izzah berkata penggabungan dengan Dr Mahathir ialah tentang 'bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi'.

Nampaknya Dr Mahathir akan terus diasak sehingga tersudut, hatta menanggung sendiri agenda reformasi antara 2 pundak tuanya.

Selasa lalu, saya menulis mengenai dua jalur pemikiran tentang bagaimana kita harus menanggapi tawaran kerjasama daripada Dr Mahathir.

Saya beri penekanan tentang bagaimana liciknya beliau sebagai seorang ahli politik yang sudah begitu lama bersilat dan mengalahkan habis semua musuhnya.

Datuk Seri Najib Razak, barangkali sebagai musuh terakhirnya sebelum bersara daripada politik, nampaknya memerlukan kesaktian tahap tinggi untuk ditewaskan hatta terpaksa meminjam kaliber dan pengaruh pihak lain termasuk lawan politiknya sejak azali, antaranya tidak lain Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Benarlah kata-kata mendiang Karpal Singh, tidak ada kawan atau musuh yang kekal dalam politik. Bagi Dr Mahathir yang sudah begitu terdesak dan hilang punca, kalau terpaksa bersekutu dengan Kit Siang demi melengser Najib, maka bersekutulah.

Untuk siapa genta bergema

Semalam, Ketua Umno Bahagian Pagoh yang dahulunya dikenali sebagai timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk ke sekian kalinya menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Najib.

Beliau memberi penekanan sekiranya tidak wujud bukti yang cukup dan kukuh, Panel Penilaian Operasi SPRM tidak akan mencadangkan supaya kertas siasatan terhadap perdana menteri dikemukakan semula kepada peguam negara bagi tujuan menjalankan pendakwaan.

Muhyiddin sudah lebih daripada sekali menyatakan beliau ditunjukkan bukti tentang aliran wang ke akaun peribadi suami Datin Seri Rosmah Mansor, tidak lain mantan peguam negara sendiri Tan Sri Abdul Gani Patail.

Selasa lalu, sambil menanti tindakan saman, akhbar The Wall Street Journal sekali lagi membuat pendedahan tentang tuduhan korupsi terhadap Najib, yang bukan setakat disiasat pihak berkuasa dalam negara, bahkan sedang disiasat pihak-pihak berkuasa di beberapa negara lain.

Pendedahan terbaru itu memetik sumber siasatan antarabangsa yang mendakwa percaya Najib menerima lebih AS$1 bilion yang bersumberkan syarikat dana bermasalah negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diubah-alih berkali-kali entiti berbeza di luar negara.

Sekiranya Najib itu bukan perdana menteri negara ini, maksudnya beliau perdana menteri negara lain, sudah lama beliau meletakkan jawatannya tanpa perlu disuruh-suruh kerana berat rasa malu yang ditanggung.

Namun barangkali kerana begitu yakin apa yang dilakukannya betul dan tidak perlu malu melakukan perkara betul, maka beliau kekal di situ, dan disokong kuat para pengampu.

Bontot Najib sudah melekat kuat dengan kerusi empuk pejabat perdana menteri, dan hampir tidak ada kuasa yang akan mampu mengumpil bontot tersebut daripada kerusi miliknya; biar apa pun yang terjadi.

Lagikan Dr Mahathir keluar Umno pun Najib tidak goyang, ini kan pula sekiranya bersekutukan pembangkang.

Najib sesungguhnya tidak akan goyang, biar apa pun yang Dr Mahathir lakukan. Dan tidak ada apa yang boleh Dr Mahathir lakukan untuk membikin Najib goyang.

Sebenarnya apa sahaja yang boleh dibuat kartel Dr Mahathir bagi memaksa pelengseran Najib? Apa sahaja usaha Dr Mahathir yang belum diusahakan orang lain?

Bikin usul tidak percaya, usul pun tidak temukan cahaya matahari. Mahu dituntut letak jawatan dari jalan raya, diberi ancaman keras pihak keselamatan negara.

Mahu digagalkan belanjawannya, majoriti masih dipegang koalisi yang diketuainya. Malah mahu didakwa atas salah laku, dengan peguam negara sekali digantinya.

Jadi sambil kita menanti langkah politik terakhir Dr Mahathir petang nanti. Mari sama-sama kita fikirkan sebenarnya orang tua ini hendak buat apa?" - Izmil Amri, 4 Mac, 2016 ‪#‎tmi_voices‬
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

MASAKLAH NAJIB....

Posted: 03 Mar 2016 08:46 PM PST

MASAKLAH NAJIB....


Di bawah ini adalah kenyataan media oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung usaha Tun Mahathir Mohamad yang sedang mengumpul kekuatan pelbagai pihak bagi menyingkirkan Najib Razak yang dianggap telah membawa banyak kerosakan kepada negara ini.

Walaupun pernah dipecat dan dipenjarakan kerana perseteruan politiknya dengan Tun Mahathir, nyata Anwar seorang yang berjiwa besar dan mendahulukan kepentingan negara melebihi segala-galanya.

Apa pun, masaklah Najib kali ini....(SH 04/03/2016)
Saya menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu-individu​ termasuk Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan oleh Ketua Pembangkang baru-baru ini.

Persefahaman bersama ini ​akan​ menumpukan untuk menuntut perletakan jawatan Dato' Sri Najib selaku Perdana Menteri yang telah nyata gagal mentadbir negara. Beliau bertanggungjawab meneruskan tindakan-tindakan politik rakus, merosakkan institusi pemerintahan dan membebankan rakyat dengan kegawatan ekonomi yang berterusan.

​Pada masa yang sama, tuntutan perubahan ini semestinya akan melibatkan reformasi institusi utama dalam negara yang sudahpun retak dan parah di bawah pentadbiran Dato' Sri Najib.

Selama ini kita mewakili suara nurani hati rakyat  telah berikrar untuk memperjuangkan pengembalian hak rakyat di sebuah negara merdeka dan berdaulat. Tuntas dengan kesedaran ini maka hak rakyat harus dikembalikan melalui sistem pilihanraya yang bersih serta badan kehakiman dan media yang bebas. Dasar ekonomi harus diubah untuk mengutamakan semula usaha ke arah pertumbuhan yang segar dan pengagihan kekayaan yang saksama.

Skandal 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri adalah skandal terparah dalam sejarah dan turut menjejaskan imej negara. Ini hanya mungkin berlaku apabila terdapat pemusatan kuasa kepada seorang Perdana Menteri serta kegagalan institusi kewangan, keadilan dan penguatkuasaan menjalankan tugas dengan bebas.

Kita juga telah belajar dari pengalaman sejarah bahawa peralihan kuasa yang bermakna ​bukanlah peralihan tokoh semata tetapi perubahan sistem.

Justeru itu saya tegas menggesa rakan-rakan dan rakyat bersama dalam usaha ini tanpa membataskan ia sebagai agenda peribadi mahupun permusuhan peribadi. Kita harus merangka halatuju baru bagi menyelamatkan negara.

Dato' Seri Anwar​ Ibrahim​
3 Mac 2016.

Rafizi dakwa diserang dalam kumpulan Whatsapp PAS

Posted: 03 Mar 2016 07:23 PM PST

BAPAK BOREK ANAK RINTIK
Rafizi dakwa diserang dalam kumpulan Whatsapp PAS
Pada 01-03-2016 07:03
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menasihati PAS menjaga 'akhlak' ahlinya setelah beliau mendakwa diserang oleh sebuah kumpulan Whatsapp.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata kumpulan berkenaan memasukkan nama beliau tanpa persetujuannya lalu untuk memaki hamunnya.
Menurutnya kumpulan Whatsapp itu turut disertai ahli PAS termasuklah ketua pemuda parti itu, Nik Mohamad Abduh Nik Mat.
Beliau bertindak meninggalkan kumpulan tersebut namun namanya dimasukkan semula - juga tanpa kebenarannya.
"Dalam Whatsapp yang maki hamun itu ada juga pimpinan PAS seperti @nikabduh (merujuk kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh), Razman PJ Perak dan lain-lain. Tolong nasihat akhlak ahli.
"Selepas diserang di media sosial oleh penyokong PAS, kini mereka sibuk add (masukkan) saya dalam Whatsapp untuk dimaki hamun. Bila keluar 'add' balik ‪#‎getalife‬," tulis beliau dalam entri Twitternya.
"Dengan YB PH (Pakatan Harapan) lain boleh diorg buli macam ini. Saya akan kongsi akhlak penyokong PAS ini sambil diperhati pimpinan mereka," jelas Rafizi lagi.
Rafizi mengambil langkah itu ekoran nasihat rakan Twitternya yang mahu beliau mendedahkan kandungan mesej berkenaan kepada umum.
Antaranya Mamalia/Joni @_joni_joni_joni yang mahu Ahli Parlimen Pandan itu supaya berbuat demikian.
"Printscreen la sikit. Biar orang tengok akhlak orang parti (jaja) Islam," katanya.
Status berkenaan menerima komen daripada netizen.
Luqman Suharni @mlms_0711 turut menulis "Maaf YB, saya pun tak bersetuju dengan kenyataan YB, tapi tindakan daiorg (mereka) itu tidak patut sebenarnya, agree to disagree,no maki hamun," katanya.
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & PAS
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Teuku Zacharyah Iskandar's photo.

SWITZERLAND MINTA BANTUAN MALAYSIA SIASAT SKANDAL AS$4 BILION, LAPOR THE GUARDIAN

Posted: 03 Mar 2016 05:31 PM PST

SIAPAKAH PENGGANTI ANWAR IBRAHIM?’

Posted: 03 Mar 2016 05:24 PM PST

PEMIMPIN BELIA KATA NAJIB AKAN MUSNAHKAN NEGARA

Posted: 03 Mar 2016 05:19 PM PST

Sarawak: BN lama perintah, negeri masih mundur

Posted: 03 Mar 2016 05:15 PM PST


juliantankokping_sarawak
KUCHING, 4 MAC: Walaupun sudah lebih setengah abad memerintah, Sarawak di bawah kekuasaan Barisan Nasional masih merupakan negeri yang mundur berbanding negeri-negeri lain meskipun kaya dengan sumber asli.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping, menempelak dakwaan seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang yang mendakwa cabaran DAP supaya parti itu tidak menggunakan logo BN dalam pilihanraya negeri akan datang sebagai tidak peduli terhadap nasib rakyat Sarawak.
"Saya terkejut dengan tuduhan beliau yang dilihat cuba mengelirukan rakyat. Kegagalan membela kebajikan rakyat bukan sahaja dari kerajaan persekutuan BN tetapi juga dari kerajaan negeri.
"Malah sebab itu selama ini DAP terus menjuarai isu-isu melibatkan pembelaan terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat Sarawak khususnya mereka di luar bandar," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam satu laporan media sebelum itu, Idris mendakwa cabaran DAP supaya komponen BN Sarawak  tidak menggunakan logo BN merupakan sebuah perangkap yang boleh menjerumuskan rakyat Sarawak kepada kesusahan sambil menegaskan bahawa isu yang melanda UMNO di Semenanjung tidak kena mengena dengan Sarawak.
"Apa yang beliau tidak faham ialah apa yang berlaku bukan sekadar pertelingkahan dalaman tetapi mempunyai kesan besar terhadap rakyat seluruh negara dan dunia. Beliau cuba mengalihkan perhatian rakyat.
"Perdana Menteri yang merupakan pengerusi Barisan Nasional (dan presiden UMNO) telah terpalit dengan banyak dakwaan salah laku dan skandal  mega termasuk 1MDB, skandal derma RM2.6 bilion dan  dakwaan terbaru melibatkan USD1 bilion dimasukkan dalam akaunnya," ujar beliau.
Dengan segala isu yang timbul, kata Julian, ia secara langsung memberi kesan terhadap keyakinan pelabur dalam dan luar negara sekaligus memberi impak negatif terhadap pertumbuhan negeri.
"Semasa Perdana Menteri Najib Razak melawat Sarawak, beliau dipuji oleh Ketua Menteri Adenan Satem dengan mengatakan bahawa beliau merupakan Perdana Menteri yang terbaik kerana hatinya dekat dengan Sarawak.
"Tetapi adakah kita lupa bahawa beliau (Adenan) juga mengkritik peruntukan Bajet 2016 yang disifatkannya tidak mencukupi untuk (Sarawak) bersaing dengan Semenanjung?" soal beliau.
Bagi Julian, satu undi untuk BN Sarawak adalah satu undi untuk BN Najib yang telah menyebabkan negara dilanda krisis kerana skandal kewangan dan salah urustadbir negara oleh BN pimpinan Najib.
Menjelaskan lanjut, beliau berkata,  jika Najib benar-benar jujur kepada Sarawak, beliau sepatutnya memberi peruntukan yang mencukupi dan bukan sekadar datang dan menabur janji.
"Tetapi, apa yang berlaku, janji hanya tinggal janji. Begitulah yang banyak terjadi.
"Mereka hanya bercakap tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikan segala janji," ujarnya lagi. – Roketkini.com

DAP gesa Petronas pertimbang semula keputusan untuk buang 1,000 pekerja

Posted: 03 Mar 2016 05:12 PM PST


Teo_Nie_Ching_16072013_620_412_100
KULAI, 4 MAC: Petronas perlu menimbang kembali keputusannya untuk menamatkan perkhidmatan hampir 1,000 pekerjanya di bawah rancangan penstrukturan semula kerana ia akan memburukkan ekonomi keluarga serta menambah masalah pengangguran.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching, berkata tindakan Petronas tidak wajar kerana syarikat milik kerajaan itu patut mengambil langkah alternatif, dan bukan menjadikan pekerja sebagai mangsa, untuk terus berdaya saing ketika kejatuhan harga minyak mentah dunia hari ini.
"Apa yang dilakukan Petronas itu terlalu drastik dan bakal memberi kesan buruk kepada ramai pekerja. Sepatutnya Petronas cari alternatif lain seperti melakukan penjimatan dan pengurangan bonus kepada kakitangan, bukan bertindak membuang pekerja.
"Semasa harga minyak tinggi sebelum ini, Petronas sepatutnya mengambil langkah berhati-hati dengan menjimatkan perbelanjaan. Situasi melanda Petronas hari ini amat sesuai dengan bidalan 'disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari," katanya kepada Roketkini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai mengulas pengumuman Petronas baru-baru ini bahawa syarikat itu akan menghentikan perkhidmatan hampir 1,000 pekerjanya di bawah rancangan penstrukturan semula dalam tempoh enam bulan akibat penurunan harga minyak mentah dunia dan kelembapan ekonomi negara.
Sementara kakitangannya akan dibuang, Petronas mengumumkan pula bahawa ia akan terus membayar RM16 bilion dalam bentuk dividen kepada Kerajaan Persekutuan walaupun harga minyak mentah dunia kian rendah.
Menurut Nie Ching, Kerajaan Persekutuan dan Petronas patut menjangkakan kejatuhan harga minyak mentah itu dan tidak harus terlalu bergantung kepada sumber minyak negara.
"Sampai bila kerajaan mahu bergantung kepada sumber minyak sahaja. Kita tahu sumber itu pasti habis satu hari nanti.
"Kerajaan dan Petronas sepatutnya meneroka dan mencari alternatif lain bagi menjana pendapatan tambahan negara, lebih-lebih lagi dalam kelembapan ekonomi seperti hari ini," katanya. – Roketkini.com

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tun Mahathir, pemimpin pembangkang bakal tandatangani deklarasi bersama

Posted: 03 Mar 2016 08:20 PM PST

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan satu pertemuan dengan pemimpin pembangkang dan wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan NGO petang ini.

Ia bakal disusuli dengan sidang media serta menandatangani deklarasi bersama.

Pertemuan dan sidang media itu disifatkan sebagai manifestasi muafakat pelbagai pihak terhadap isu-isu semasa.

Menurut sumber, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan turut hadir ke sidang media tersebut.

Astro AWANI difahamkan beberapa pemimpin pembangkang daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR juga dijangka hadir.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub turut mengesahkan kehadiran beliau dan presiden parti esok.

"Saya dan Mohamad Sabu akan hadir ke majlis tersebut," katanya ringkas.

Pertemuan dan sidang media itu disifatkan sebagai manifestasi muafakat pelbagai pihak terhadap isu-isu semasa.
Pertemuan dan sidang media itu disifatkan sebagai manifestasi muafakat pelbagai pihak terhadap isu-isu semasa.

Pada Khamis, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata pertemuan dengan Dr Mahathir hari ini bertujuan bagi membentuk muafakat bagi 'menyelamatkan Malaysia' susulan masalah politik semasa negara.

Mengulas lanjut perkara berkenaan, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata ia tidak boleh berasaskan dendam terhadap perdana menteri Datuk Seri NajibTun Abdul Razak tetapi keikhlasan untuk menyelesaikan kemelut politik.Read More / Baca Lagi >>

Anwar berjiwa besar hulur tangan pada Dr Mahathir, kata Mahfuz

Posted: 03 Mar 2016 08:17 PM PST


Anwar Ibrahim2Anwar Ibrahim2
Kesediaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bekerjasama dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi melakukan perubahan politik menggambarkan beliau seorang yang berjiwa besar, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz melahirkan rasa terharu apabila Anwar dalam satu kenyataan melalui peguamnya dari penjara Sungai Buluh mendukung penggemblengan kekuatan merentasi ideologi politik bagi tujuan menggerak usaha menuntut Datuk Seri Najib Razak mengundurkan diri daripada jawatan Perdana Menteri.
"Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperlihatkan betapa berjiwa besarnya beliau menghulurkan tangan kepada orang seperti Tun Mahathir yang pernah menyingkir, memecat dan menganiayainya dalam konspirasi politik menjatuhkan beliau sebagai TPM dan kemudiannya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
"Kesediaannya sebagai lambang kesatuan hati bersama rakyat dan rakan-rakan hanya semata-mata demi negara dan rakyat tercinta yang memerlukan perubahan, penambahbaikan dan pembelaan untuk suatu kehidupan yang damai dan sejahtera," ujarnya.
Mahfuz menyifatkan kesediaan Anwar itu sebagai pengorbanan yang sangat tinggi untuk terus menggerakkan perjuangan mereformasi institusi yang dicengkam oleh salah guna kuasa.
Pengorbanan Anwar, katanya perlu disambut oleh semua peringkat rakyat dengan mendesak Najib berundur daripada tampuk kuasa seterusnya menggerakkan reformasi institusi bagi menegakkan keadilan untuk semua.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia kini bahan ketawa dunia, kata Kit Siang

Posted: 03 Mar 2016 07:50 PM PST

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata DAP tolak alasan Wisma Putra kepada Amerika Syarikat (AS) susulan sekatan laman portal The Malaysian Insider demi mengekalkan keamanan, kestabilan dan harmoni. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Mac, 2016.Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata DAP tolak alasan Wisma Putra kepada Amerika Syarikat (AS) susulan sekatan laman portal The Malaysian Insider demi mengekalkan keamanan, kestabilan dan harmoni. DAP menolak alasan Wisma Putra kepada Amerika Syarikat (AS) susulan sekatan laman portal The Malaysian Insider demi mengekalkan keamanan, kestabilan dan harmoni dan menggelarnya "sampah".
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata respons Wisma Putra itu menjadikan Malaysia bahan ketawa seluruh dunia.
Beliau berkata, kenyataan itu antara yang paling teruk pernah dikeluarkan kerajaan Malaysia.

"Adakah kadar intelektual 'Mandarin' dalam kalangan penjawat awam Malaysia menjadi begitu cetek sehinggakan kenyataan seperti itu boleh dikeluarkan atas nama kerajaan Malaysia? "Lebih penting lagi, adakah Wisma Putra benar-benar percaya sampah ini dengan menyekat The Malaysian Insider untuk mengekalkan keamanan, kestabilan nilai kepelbagaian kaum dan amalan di Malaysia?" soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Facebook Johor Southern Tigers ditegur pengikut

Posted: 03 Mar 2016 07:43 PM PST

Ia bagi mengelakkan nama baik kerabat Diraja Johor diburukkan oleh pihak-pihak tertentu.
Puan-Khaleeda,-TMJPETALING JAYA: Facebook Johor Southern Tigers yang sebelum ini dipuji kerana menjadi penghubung di antara peminat dengan pasukan boleh sepak JDT, mendapat teguran pengikutnya gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik di laman itu.
Gambar yang menunjukkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim semasa berada di Valencia bersama isteri, Che Puan Khaleeda dikatakan tidak sesuai untuk ditatap oleh masyarakat umum.
Keprihatinan netizen terhadap perkara-perkara yang mampu memburukkan nama baik kerabat diraja Johor itu terserlah apabila ramai di antara mereka menggesa agar gambar berkenaan dipadam.
"Johor Southern Tigers tolong remove pic ni ye.. x (tidak) sesuai diupload..terima kasih," ujar pengguna Facebook Farhana Zainal Prudential.
Manakala, Mamajie Zie menasihati agar gambar-gambar yang berkaitan dengan kerabat diraja Johor ditapis terlebih dahulu sebelum dimuat naik.
"Ya, admin sama-samalah kita menjaga nama negeri Johor.. sebelum post sesuatu gambar.. sila tapis dahulu gambar-gambar yang berkaitan dengan kerabat negeri Johor..," tulisnya.
Bagaimanapun, setelah dinasihat oleh netizen melalui komen-komen di Facebook, penggendali laman berkenaan akhirnya memadam salah satu gambar yang dikatakan `menjolok mata' itu.
Sebelum ini, laman berkenaan dipuji ekoran memaparkan perkembangan pembangunan sukan bola sepak selain menjadi wadah utama untuk peminat mengetahui perkembangan terkini pasukan bola sepak yang mencipta sejarah sebagai pasukan Malaysia pertama yang menjuarai Piala AFC.

Keluarga juruterbang MH370 terus dihukum

Posted: 03 Mar 2016 07:42 PM PST

Kakak sulung Zaharie menambah, adiknya itu dituduh sebagai seorang jihad, mempunyai masalah dalam perkahwinan dan atas sebab-sebab politik, mendorong Zaharie menjatuhkan pesawat malang berkenaan.
MH370
PETALING JAYA: Walaupun dua tahun berlalu, keluarga Juruterbang Kanan pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah masih dihukum dengan pelbagai tuduhan.
Kakak kepada Zaharie, Sakinab Shah meminta agar tidak menuduh sebarangan sehingga belum ada sebarang kepastian tentang apa yang berlaku sewaktu pesawat itu hilang.
"Dua tahun berlalu, derita hanya kami yang tanggung. Usahlah terus menghukum adik saya atas kesalahan yang belum pasti dia lakukan," luah Sakinab Shah kepada The Associated Press dalam temu bual eksklusifnya, lapor Astro Awani.
Kakak sulung Zaharie menambah, adiknya itu dituduh sebagai seorang jihad, mempunyai masalah dalam perkahwinan dan atas sebab-sebab politik, mendorong Zaharie menjatuhkan pesawat malang berkenaan.
"Tiada apa yang nyata dan membuktikan dia (Kapten Zaharie) bersalah. Ia sama seperti menjangkakan dia bersalah sehingga dia dibuktikan tidak bersalah," katanya.
Tambahnya lagi, segala teori dan spekulasi yang dibuat hanya menambah duka kepada keluarganya selain mengajar dia dan keluarganya untuk lebih bersabar menghadapi segala dugaan itu.
Di sebalik tuduhan dan tohmahan, masih tiada sebarang bukti yang menunjukkan kehilangan pesawat itu mempunyai kaitan dengan Zaharie mahupun pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid melakukan sebarang kesalahan.
Read More / Baca Lagi >>

Keputusan Muhyiddin kekal Umno mampu cetus tekanan dalam parti

Posted: 03 Mar 2016 07:34 PM PST

Penganalisis berkata keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal bersama Umno akan cetus simpati dan sokongan terhadapnya di dalam parti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 4 Mac, 2016.Penganalisis berkata keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal bersama Umno akan cetus simpati dan sokongan terhadapnya di dalam parti. Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal bersama Umno akan mencetuskan rasa simpati dan sokongan terhadapnya di dalam parti, kata penganalisis kerana bekas timbalan presiden itu akan meluaskan lagi kempennya menyingkirkan presiden Datuk Seri Najib Razak.
Taktik itu juga membolehkan Muhyiddin mengekalkan moral yang tinggi dalam parti dan meningkatkan tekanan untuk Najib meletak jawatan.
Tekanan dari dalam parti juga berkemungkinan akan mencetuskan tekanan dari luar Umno yang kini sedang dilakukan bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang.

Namun ia juga boleh memberikan kesan buruk, kata penganalisis, Dr Wong Chin Huat sekiranya akar umbi merasakan Muhyiddin berkira. Muhyiddin semalam mengesahkan akan kekal dalam Umno namun akan menghadiri himpunan 27 Mac dengan pemimpin anti Najib bagi menggesa perdana menteri itu meletak jawatan.
Pengumuman itu dibuat Muhyiddin 4 hari selepas Dr Mahathir memutuskan untuk keluar Umno yang dipimpinnya selama 22 tahun.
"Ini taktik mendapatkan sokongan daripada Umno bagi mencapai matlamatnya menggantikan Najib," kata penganalisis politik Universiti Selangor (Unisel) Prof Shaharuddin Badaruddin.
Muhyiddin perlu mengambil pendirian tegas dalam Umno atau kelihatan tunduk kepada tekanan Najib selepas parti itu menggantung jawatannya sebagai timbalan presiden bulan lalu, kata Shaharuddin.
Muhyiddin mungkin tidak berupaya merubah minda kepimpinan tertinggi parti dalam Majlis Tertinggi (MT), kata penganalisis Dr Lim Teck Gee, namun status veterannya mampu memujuk ahli di peringkat pertengahan dan akar umbi.
"Perancangan beliau seakan-akan disasarkan untuk mendapat perhatian media yang perlu bagi merancakkan kedudukannya dalam parti dan negara," kata Lim.
Read More / Baca Lagi >>

'Tan Sri masih kawan dengan Najib tak?'

Posted: 03 Mar 2016 07:28 PM PST

KUALA LUMPUR - Suasana sidang media bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diadakan selepas penggantungan jawatannya bertukar gamat seketika apabila beliau diajukan satu soalan.
"Tan Sri, masih kawan dengan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tak?" tanya seorang wakil media.
Muhyiddin Yassin Muhyiddin kelihatan hanya tersenyum lebar sambil memandang wakil media yang mengajukan soalan tersebut tanpa berkata apa-apa.
Beliau kemudiannya ditanya soalan tentang kemungkinan adanya mana-mana pemimpin kerajaan dan parti yang bertemunya mengadu tentang isu melibatkan Perdana Menteri itu.
"Ini bukan sesuatu yang luar biasa. Sewaktu saya dalam kerajaan pun beberapa pemimpin dalam parti dan kerajaan berjumpa dengan saya kerana saya orang nombor dua dalam parti.
"Yang menyentuh soal kepimpinan negara, menyentuh soal Datuk Seri Najib, masalah isteri beliau dan lain-lain," katanya.
Dakwanya, banyak pemimpin yang mengadu kepadanya itu disarankan mengatur usaha bertemu dengan Najib dan menegur Presiden Umno itu supaya segala kepincangan dapat dibetulkan, namun katanya, mereka tidak berani berbuat demikian.
Read More / Baca Lagi >>

TMI disekat kerana langgar undang-undang – SKMM

Posted: 03 Mar 2016 07:22 PM PST

Malaysia berpegang kepada kebebasan bersuara dan hak memperoleh maklumat namun, hak dan kebebasan itu hendaklah diamalkan secara berhemah dan bertanggungjawab
TMI
PETALING JAYA: Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman The Malaysian Insider (TMI) bulan lepas adalah disebabkan ia telah melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia.
Kementerian Luar menerusi kenyataan hari ini berkata, tindakan itu diambil selepas pertimbangan teliti mengenai kesan terhadap sekatan laman web berkenaan ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar di negara ini.
"Malaysia berpegang kepada kebebasan bersuara dan hak memperoleh maklumat, namun, hak dan kebebasan itu hendaklah diamalkan secara berhemah dan bertanggungjawab," kata kenyataan berkenaan.
Ia merujuk kepada kenyataan Jabatan Negara, Amerika Syarikat yang bimbang dengan tindakan kerajaan Malaysia menghadkan akses laporan dalam dan luar negara mengenai hal ehwal semasa di negara ini.
Menurut Wisma Putra, kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian negara ini serta memelihara nilai dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: Adakah Umno-BN parti bermaruah?

Posted: 03 Mar 2016 07:18 PM PST

Iskandar Samad PAS hari ini menuntut Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan segala pertikaian membabitkan pentadbiran Umno Barisan Nasional (BN).
Naib Presidennya, Dato' Iskandar Abdul Samad, berkata gesaan itu perlu dilaksanakan bagi membuktikan Umno BN sebagai parti bermaruah.
"Apabila berhadapan keadaan seperti hari ini, mana-mana kerajaan bermaruah memanggil pilihan raya untuk membuktikan mereka masih mendapat sokongan rakyat.
"Tetapi adakah pentadbiran Umno BN sekarang adalah kerajaan bermaruah?" katanya dalam kenyataan pagi ini.
Iskandar berkata, hanya dengan pilihan raya semula sahaja dapat memulihkan imej negara apabila rakyat diberi peluang memilih kerajaan baru bebas rasuah dan korupsi.
"Tuntutan PAS ini jelas menunjukkan PAS mahu PM dan Umno BN ditukar," katanya.

Liputan laporan audit 1MDB kepada PAC hanya untuk media rasmi

Posted: 03 Mar 2016 07:17 PM PST


Setelah ditangguhkan beberapa kali, laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai siasatan terhadap 1MDB akhirnya dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini.
Bagaimanapun, kebanyakan media tidak dibenarkan masuk melalui pintu Parlimen, kecuali media rasmi RTM dan Bernama.
"Jadi maaf, media tidak dibenarkan. Hanya RTM boleh masuk," kata seorang pengawal keselamatan yang ditempatkan di pintu itu.
Kemudian, wartawan Bernama dibenarkan masuk ke Parlimen.
Semua wartawan dari pelbagai organisasi media tidak mempunyai pilihan melainkan menunggu di luar pintu pagar.

Mohon Viral: Wanita Tipu Ibu Tunggal RM 51K

Posted: 03 Mar 2016 07:14 PM PST

Saya selaku anak kepada Puan Ruby (mangsa) ingin mencari Normala binti ismail. No KP: 800531095180.

Normala binti Ismail ini menggunakan  nama samaran Puteri Jasmin binti Tan Sri Ismail semasa berurusan dengan ibu saya.
Beliau meminjam dan menjadi orang tengah dalam urusan jual beli barang kemas, beg tangan dll.

Kononnya barang barang tersebut di tahan di kastam padir gudang johor.
Dan perlu wang untuk mengeluarkan barang tersebut katanya.

Keseluruhan duit yang beliau ambil sebanyak RM51.600.00
Sehingga hari ini barang tidak dapat dan duit ibu saya juga tidak dapat balik.

Repot polis telah di buat di ipd ampang jaya di transfer ke bahagian jenayah komersil.
Sudah hampir 4 bulan polis belum lagi dapat menyelesaikan masaalah ini. Mungkin dalam proses mahkamah atau lain lain.

Saya berharap warga netizen dapat mencari normala binti ismail ini dan bawa berjumpa kami sekeluarga.
Beliau telah tukar no tel dan menghilangkan diri.

Sekiranya berjumpa beliau boleh lah dibawa bertemu dengan saya dengan SMS 0163576010.

Normala ini menggunakan psikologi penipuan semasa menipu ibu saya hingga ibu saya percaya pada beliau.

Diharap sesiapa yang mengenali beliau, boleh beritahu dimana beliau tinggal sekarang.
Saya membuat viral di laman sosial ini kerana tidak mahu ada orang lain menjadi mangsa penipuan Normala dan ingin wang Rm51.600.00 di kembalikan pada ibu saya segera.

Sekian terima kasih.







Tabung pemberhentian kerja – pelindung dari kemiskinan

Posted: 03 Mar 2016 06:50 PM PST



Selepas pemberhentian lebih kurang 30,000 pekerja tahun lepas, dengan bilangan signifikan 6,000 pekerja syarikat penerbangan MAS, sekali lagi kita dikejutkan dengan makluman Petronas akan memberhentikan lebih 1,000 pekerja.
 Begitu mudah sekali, hampir 1,000 pekerja Petronas akan terkesan akibat penstrukturan yang diumumkan syarikat gergasi minyak dan gas itu atas alasan harga minyak sedunia yang semakin merudum.
Pekerja tersebut akan dilepaskan dalam masa enam bulan terdekat.
Berikutan dengan itu juga, syarikat Samsung Electronics Display (M) Sdn Bhd (SDMA) juga akan membuang lebih 600 pekerjanya akibat senario ekonomi yang muram.
Apakah yang akan terjadi dengan semua pekerja ini yang sewenang-wenangnya dibuang kerja oleh majikan sebaik sahaja mereka ingin mengurangkan kos?
Pengalaman pekerja MAS yang dibuang kerja membangkitkan pelbagai isu kritikal yang akan dialami pekerja apabila kehilangan mata pencarian.
Pekerja mahir yang dihentikan daripada MAS gagal memperoleh kerja yang berpadanan selepas enam bulan berusaha dan terpaksa berniaga di pasar malam dan gerai untuk menampung keluarga.
Begitu juga, dengan sebahagian besar pekerja yang berkemahiran ini.
Mereka akan menghadapi masalah mendapatkan kerja yang setimpal dengan kebolehan mereka apabila keseluruhan industri petroleum dan gas dalam proses mengurangkan kos dan menghentikan pekerja memandangkan harga minyak dunia yang semakin menjunam.
Laporan The Wall Street Journal pada April 2015 menyebut, dengan penurunan harga minyak mentah dunia, kebanyakan syarikat dalam industri eksplorasi dan penghasilan minyak mengumumkan perancangan memberhentikan 100,000 pekerja di seluruh dunia.
Ia akan dilaksanakan terutamanya di kalangan pekerja pelantar minyak dan syarikat penggerudian minyak.
Kelembapan sektor ini juga akan menyebabkan banyak lagi industri sampingan hiliran 'downstream' juga memberhentikan pekerja untuk menampung peningkatan kos.
Tuntutan buat kementerian
Justeru itulah Parti Sosialis Malaysia (PSM) menuntut Kementerian Sumber Manusia menubuhkan tabung khas 'Tabung Pemberhentian Pekerja' demi menjaga kebajikan pekerja.
Antara cadangan seperti berikut:
Read More / Baca Lagi >>

PAS Bertanding Nak Lawan Siapa Dalam Pilihanraya?

Posted: 03 Mar 2016 06:38 PM PST

PAS tak sertai Dr Mahathir tumbangkan Najib, mahu jadi 'blok ketiga'

PAS tidak akan menyertai majlis menandatangani perisytiharan bagi menuntut penyingkiran Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri, yang dijangka berlangsung esok atas inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu lebih selesa menjadi "blok politik ketiga" dalam mengubah kepimpinan negara.




"PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam program tersebut kerana PAS mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri khususnya melalui blok politik ketiga, ke arah mengubah kepimpinan negara melalui saluran demokrasi dan berperlembagaan," kata Takiyuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PAS memilih jalan menyembah cadangan kepada Majlis Raja-raja agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana politik RM2.6 bilion dan isu semasa yang lain.

"PAS konsisten dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera sebagai suatu formula untuk melakukan perubahan total dalam sistem pemerintahan negara."

PAS juga mencadangkan agar Parlimen Malaysia dibubarkan segera bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan bagi membentuk kerajaan baharu.

Siang tadi, Pakatan Rakyat juga menjarakkan diri daripada majlis perisytiharan menuntut penyingkiran Najib esok kerana gabungan pembangkang itu mahukan reformasi menyeluruh sistem politik tanah air dan bukan sekadar menggantikan seorang perdana menteri semata-mata. -TMO


Kenapa PAS mahu satu liang lahad dengan UMNO? – Khairuddin

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diselar kerana mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO yang sudah ditolak rakyat dan hampir karam.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, tindakan Hadi itu tidak cerdik kerana mahu bekerjasama dengan UMNO di saat parti Melayu itu berada di tahap paling teruk.

"Saya agak hairan sikit dengan pembacaan serta pendirian politik Presiden PAS di dalam menzahirkan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

"Dulu Hadi Awang tolak mentah-mentah sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO!! Tapi kini di saat imej UMNO berada pada tahap yang paling teruk ditolak oleh rakyat jelata, Hadi tunjuk sikap intim pula dengan UMNO.

"Saya rasa Presiden PAS tidak sedar bahawa beliau juga berkemungkinan sedang nak menurunkan keranda PAS bersama keranda UMNO ke dalam satu liang lahad," katanya menerusi satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Umno ibarat kapal hampir pecah kata PAS Kelantan

Posted: 03 Mar 2016 06:29 PM PST


Umno ibarat kapal hampir pecah

TANAH MERAH - Mengibaratkan Umno seperti bahtera yang hampir pecah, Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berharap 'penumpang' kapal itu membuat pertimbangan sewajarnya untuk bersama dengan perjuangan Pas.
Ahmad berkata, pertimbangan itu wajar kerana Pas bukan semata-mata parti politik tetapi juga parti dakwah yang sentiasa mengajak manusia ke arah jalan yang diredai ALLAH, termasuk pemerintahan mengikut cara dikehendaki Islam.
"Isu besar sekali di hadapan kita ialah kapal Umno sudah hampir pecah. Jadi, anak muda di samping nak pertahan Kelantan, kita nak panggil seramai mungkin 'penumpang' atas kapal Umno untuk bersama kita.
"Setelah kita lihat pemimpin mereka bertengkar dan 'kapal' sudah hampir pecah, maka kita harap mereka dapat buat pertimbangan sewajarnya (bersama perjuangan Pas)," katanya ketika melancarkan Gerakan Mempertahan Kerajaan Kelantan (Pertahan), kelmarin.
Majlis pelancaran gerakan yang dianjurkan Pemuda Pas Kelantan itu berlangsung di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di Markas Tarbiah Pas Tanah Merah (Mattam) Bukit Tebu, di sini.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran turut berucap pada majlis pelancaran itu.
Hadir sama selaku 'tuan rumah', Yang Dipertua Pas Tanah Merah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, timbalannya, Mejar (B) Datuk Mohd Anizam Ab Rahman dan Ketua Pemuda Pas Tanah Merah, Mohd Darulhisham Kamaluddin.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah 1MDB: Kerajaan Malaysia harus pulihkan imej Malaysia di mata dunia

Posted: 03 Mar 2016 06:25 PM PST

Malaysia sedang menghadapi waktu yang sukar akibat keadaan ekonomi semasa, lihat sahaja keputusan mengejutkan dari Petronas yang terpaksa mengadakan penstrukturan semula dan memberhentikan 1,000 pekerja dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.
1MDBBerikutan penurunan harga minyak mentah, Petronas mengambil langkah potongan dividen untuk tahun 2016 sebanyak RM16 Billion berbanding RM26 Billion pada tahun 2015. Tambahan,yang lebih membimbangkan adalah PETRONAS akan melaksanakan satu lagi pusingan kajian semula bagi perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasinya (OPEX) dengan menyasarkan untuk mengurangkan hingga RM50 bilion dalam tempoh empat tahun.
Kebarangkalian Malaysia akan berhadapan ancaman krisis ekonomi adalah sesuatu yang nyata berikutan keadaan ekonomi global semasa serta harga minyak mentah. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara juga turut menyatakan isu-isu skandal dalam negara memberi impak kepada ekonomi negara. Tambah beliau, ekonomi Malaysia akan pulih jika kemelut 1MDB dan persoalan yang berbangkit tentang RM2.6Billion derma yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia dapat dijawab dengan segera.
Risiko kewangan yang dihadapi Malaysia ini merupakan antara topik yang dibincang kan dalam siri lawatan kerja bersama Hugo Swire, Menteri Foreign Commonwealth Office , United Kingdom, Speaker House of Commons UK John Bercow, serta Ahli-Ahli Parlimen United Kingdom iaitu Fiona Bruce, Jeremy Lefroy, John Glen dan Khalid Mahmood yang turut hadir dalam pertemuan tersebut.
Pemimpin-pemimpin ini turut menyuarakan kebimbangan kepada penahanan bekas Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini telahpun dipenjarakan hampir 10 tahun oleh kerajaan Malaysia. Hal ini lebih membimbangkan apabila terdapat senarai 20 orang ahli parlimen Malaysia yang telah menjadi mangsa kepada salah guna kuasa undang-undang lapuk kerajaan Malaysia. Semua ini hanya kerana mereka lantang bersuara membongkar isu rasuah di Malaysia.
Dalam sesi pertemuan bersama Prince Zeid Ra'ad Zeid Al Hussein, Pengerusi badan PBB, beliau memaklumkan bahawa PBB akan terus mengeluarkan kenyataan berkenaan isu-isu hak asasi di Malaysia serta mengambil tindakan lanjut berkenaan laporan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Kerja Penahanan Haram, PBB yang mendesak agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan serta merta. Pada tahun 1999 saya telah buat pertama kali nya berjumpa dengan Mary Robinson yang ketika itu menjawat Pengerusi UNHCR. Alangkah sedia nya apabila tahun silih berganti namun isu yang dihadapi di Malaysia tetap sama.
Krisis yang dihadapi Malaysia merupakan simbol bahawa dengan pengabaian berterusan tentang jenayah merentasi sempadan ini hanya akan membuka ruang kepada jenayah kolar putih di peringkat antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan hanya protes kosong di media sosial, cabar Pemuda Amanah pada anak muda

Posted: 03 Mar 2016 06:23 PM PST


Sany HamzanSany Hamzan
Pemuda Amanah Nasional turut menggerakkan kempen "Selamatkan Malaysia" dan memberi fokus kepada perbincangan dengan kelompok anak muda yang menolak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Pemuda Amanah Sany Hamzan berkata, usaha merawat negara yang rosak harus menjadi agenda nombor satu anak-anak muda di Malaysia.
Perubahan sistem yang menyeluruh wajib bermula dengan turunnya Najib dan disusuli pilihan raya umum yang bersih dan adil.
"Pemuda Amanah menyeru warga muda negara untuk bangkit dan bertindak. Keluar daripada protes kosong di media-media sosial dan berpencak langsung dalam realiti perubahan yang mampu menurunkan Najib," katanya dalam satu kenyataan media.
Bagaimanapun, Pemuda Amanah masih belum membuat keputusan sama ada akan menyertai himpuan menolak Najib pada 27 Mac ini atau tidak.
"Kami sedang menilai dari sehari ke sehari perkembangan dan kejujuran gerakan pasukan Mahathir yang digerakkan oleh Zaid Ibrahim.
"Sejujurnya, kami lebih cenderung perubahan asli yang digerakkan oleh rakyat dan anak-anak muda," katanya.
Sementara itu, sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai 'Challenger' dalam satu kenyataan mengumumkan sudah hilang kepercayaan terhadap Najib.
Jurucakap kumpulan itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, mereka tidak akan menutup mulut melihat masa depan mereka dirompak.
Syed Saddiq dipercayai merujuk kepada salah guna dana awam dan 'derma' RM2.6 bilion yang melibatkan Najib.
Mengalu-alukan pendirian kumpulan anak muda itu, Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Wong Kah Woh, berkata setelah pelbagai skandal kewangan dan salah guna dana awam dilakukan pemimpin tertinggi negara itu, adalah wajar bagi rakyat menolak Najib.
Ahli Dewan Undangan Negeri Canning itu berkata, tindakan Perdana Menteri yang melumpuhkan pelbagai agensi kerajaan demi menutup kesalahan yang dilakukannya mengakibatkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin nombor satu negara itu semakin terhakis.
"Skandal RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah berlaku sekian lama. Sebenarnya tidak ada seorang pun yang mempunyai pemikiran yang logik akan percaya bahawa tidak ada salah laku yang terlibat dalam isu berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Militan sulu ancaman utama Malaysia, bukan DAESH – Penganalisis

Posted: 03 Mar 2016 06:19 PM PST

Mereka boleh beri ancaman itu, tapi ia tidak begitu 'real' kerana kemampuan mereka tak seperti Al-Qaeda.
Maszlee-MalikKUALA LUMPUR: Kumpulan Militan Sulu merupakan pengancam utama di negara ini berbanding pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) atau DAESH, kata Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.
Beliau yang menidakkan perkara yang sering disebut oleh pihak keselamatan negara apabila mengaitkan DAESH sebagai ancaman terbesar di Malaysia bagaimanapun tidak menolak bahawa kumpulan itu turut mampu menjadi pengancam.
"Mereka boleh beri ancaman itu, tapi ia tidak begitu 'real' kerana kemampuan mereka tak seperti Al-Qaeda. Kalau Al-Qaeda mereka ini dilatih , tapi kalau ISIS bukan mereka tak dilatih namun, ia terhad tidak mampu nak pergi ke situ.
"Malaysia bukan sasaran utama mereka (ISIS) , memang mereka nak letupkan Asia Tenggara , tapi tidak sasarkan Malaysia , kerana negara kita cuma dianggap sebagai transit," katanya dalam forum ISIS, Islam dan Ektremisme Global , di Kelab Bangsar Utama, malam tadi.
Mengulas lanjut, Maszlee yang juga seorang penganalisis politik berkata, pihak keselamatan negara seharusnya memberi fokus kepada pengganas di kepuluan Sulu yang diketuai oleh kumpulan Abu Sayyaf disamping turut membuat kawalan terhadap ISIS.
Read More / Baca Lagi >>

4 syarat Otai Reformis sertai kerjasama dengan Dr M

Posted: 03 Mar 2016 06:14 PM PST


Otai Reformis menetapkan empat syarat untuknya menyokong pendirian Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 Pertama, Mahathir mesti menyokong perjuangan untuk membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua, katanya, Mahathir juga perlu menyokong segala langkah untuk memulihkan sistem kehakiman.
Ketiga, Mahathir hendaklah menolak semua akta yang masih digunapakai.
Keempat, Mahathir hendaklah berusaha untuk mengembalikan hak rakyat termasuk lambang dan identiti keagamaan mereka, kata Saari yang juga ADUN Hulu Kelang dari Parti Amanah Negara (AMANAH).
HARAPAN telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Mahathir dalam usaha untuk menyingkirkan Najib, tetapi berkata ia tidak akan membentuk satu pakatan untuk tujuan tersebut.
Mahathir, yang keluar dari Umno yang diterajuinya selama dua dekad minggu lepas, akan bersama beberapa pemimpin HARAPAN menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Najib hari ini.
Anwar juga menggesa rakyat menyokong usaha ini dan mengetepikan "dendam peribadi".

‘Boleh blah’, Umno tidak akan berubah dari dalam

Posted: 03 Mar 2016 04:48 PM PST

Pernah ada persoalan sama ada "bolehkah" Umno, parti yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya, berubah dalam usia 70 tahun ini. Jawapan yang pasti ialah... "boleh blah".
Sama ada jawapan itu diterima dengan hati terbuka 25 Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan 191 ketua Umno Bahagian, ia sebenarnya langsung tidak penting disebabkan banyak tindakan yang dilakukan ketika ini, langsung tidak menunjukkan Umno akan berubah.
Sebaliknya, parti pasca merdeka ini dilihat semakin hilang arah dengan tindakan yang dianggap menjurus kepada kepentingan peribadi tanpa memikirkan betapa rakyat semakin "celik" dalam pemerhatian politik mereka.

Sememangnya benar jangkaan pemimpin Umno dan BN dalam keadaan ketika ini, rakyat tidak mempunyai banyak pilihan selain terus memilih Umno/BN memerintah negara. Ini kerana parti pembangkang juga dalam keadaan bercelaru dengan masing-masing boleh diibaratkan seperti "tidur sebantal, mimpi lain-lain" dan tidak menampakkan persepakatan menjadi satu barisan alternatif bagi menerajui negara.
Namun, ia bukan satu alasan kepada pimpinan Umno dan BN untuk tidak berubah sejajar kemahuan rakyat yang mahukan kepimpinan parti sentiasa relevan dengan kehendak serta kepentingan rakyat secara keseluruhan.
Perubahan dan peremajaan yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Umno ke-7 dan perdana menteri ke-6 apabila memegang tampuk pemerintahan pada 2009 dilihat semakin kelam daripada laungan semangat yang sebelum ini, menjadi harapan rakyat.
Dengan bersandarkan slogan "Dulu, Kini dan Selamanya", Umno yang akan menghadap ujian rakyat dalam tempoh 2 tahun lagi apabila Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dijangka diadakan, pasti berdepan laluan sukar penuh getir.
Pengumuman bekas perdana menteri dan presiden Umno yang paling lama berada di tampuk pemerintahan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad Isnin lalu, untuk keluar parti ini, sekali lagi sudah pasti memberikan kesan besar terhadap 3 juta ahli parti Melayu itu.
Memang "jeneral" perang Najib akan memperlekehkan keputusan Dr Mahathir kerana bukan perkara asing buat pemimpin berusia 92 tahun berkenaan keluar Umno.
Beliau pernah keluar Umno ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 sehingga mengakibatkan BN hilang majoriti dua per tiga buat pertama kalinya dalam PRU12.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah Najib, hakis kredibiliti negara di peringkat antarabangsa

Posted: 03 Mar 2016 04:45 PM PST

Najib-WSJ-1MDB Skandal dan penyelewengan kewangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meruntuhkan kredibiliti negara di peringkat antarabangsa.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Awnar berkata, krisis tersebut sekaligus membuka ruang kepada pelbagai bentuk jenayah kolar putih di peringkat luar yang akhirnya mencemarkan intergriti negara.
"Isu terkait ini bukan hanya tentang membuka pekung di dada negara sendiri kepada mata dunia.
"Sudah tiba masanya Malaysia memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu kaitan rasuah merentasi sempadan dan berusaha memulihkan imej dan kredibiliti negara di mata dunia," tulisnya dalam laman blog nurulizzah.com.
Beliau berkata, kegagalan Kerajaan Persekutuan membersihkan kembali imej tersebut bakal mengundang risiko ekonomi lebih besar dan terpaksa ditanggung rakyat.
Kebimbangan itu katanya turut dizahirkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zety Aziz yang menjelaskan pertikaian membabitkan 1MDB dapat diselesaikan sekiranya isu derma RM2.6 bilion diperjelaskan Perdana Menteri.
"Banyak persoalan timbul tanpa jawapan tuntas dan ramai terlibat merentasi sempadan antarabangsa. Bahkan, banyak risiko terpaksa ditanggung ekonomi Malaysia dan rakyat," katanya.
Sebelum ini, skandal kewangan Najib didedahkan media antarabangsa, Wall Street Journal yang mengaitkan sejumlah wang RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Bagaimanapun Najib menafikan sekeras-kerasnya dana tersebut diterima daripada syarikat beban hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

MASAKLAH NAJIB....

Posted: 03 Mar 2016 04:43 PM PST

Di bawah ini adalah kenyataan media oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung usaha Tun Mahathir Mohamad yang sedang mengumpul kekuatan pelbagai pihak bagi menyingkirkan Najib Razak yang dianggap telah membawa banyak kerosakan kepada negara ini.

Walaupun pernah dipecat dan dipenjarakan kerana perseteruan politiknya dengan Tun Mahathir, nyata Anwar seorang yang berjiwa besar dan mendahulukan kepentingan negara melebihi segala-galanya.

Apa pun, masaklah Najib kali ini....
 
Saya menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu-individu​ termasuk Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan oleh Ketua Pembangkang baru-baru ini.

Persefahaman bersama ini ​akan​ menumpukan untuk menuntut perletakan jawatan Dato' Sri Najib selaku Perdana Menteri yang telah nyata gagal mentadbir negara. Beliau bertanggungjawab meneruskan tindakan-tindakan politik rakus, merosakkan institusi pemerintahan dan membebankan rakyat dengan kegawatan ekonomi yang berterusan.

​Pada masa yang sama, tuntutan perubahan ini semestinya akan melibatkan reformasi institusi utama dalam negara yang sudahpun retak dan parah di bawah pentadbiran Dato' Sri Najib.

Selama ini kita mewakili suara nurani hati rakyat  telah berikrar untuk memperjuangkan pengembalian hak rakyat di sebuah negara merdeka dan berdaulat. Tuntas dengan kesedaran ini maka hak rakyat harus dikembalikan melalui sistem pilihanraya yang bersih serta badan kehakiman dan media yang bebas. Dasar ekonomi harus diubah untuk mengutamakan semula usaha ke arah pertumbuhan yang segar dan pengagihan kekayaan yang saksama.
Read More / Baca Lagi >>

M’sia diancam ‘pembunuhan besar-besaran’ kerana denggi

Posted: 03 Mar 2016 04:41 PM PST

Seramai 602 rakyat Malaysia direkodkan kehilangan nyawa akibat denggi sejak tahun 2014 sehingga hari ini.
denggi-malaysia
SERDANG: Pakar perubatan kini sudah mengkategorikan wabak denggi yang melanda negara sebagai antara bencana perubatan paling dahsyat yang pernah berlaku.
Ini kerana, trend kes jangkitan denggi dan kematian akibatnya, meningkat secara mendadak sejak tahun 2014 sehingga sekarang dan memeningkan pakar perubatan serta kerajaan.
Kadar rebakan wabak denggi juga disifatkan terlalu cepat dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dan pesakit boleh maut dalam tempoh dua minggu selepas terkena demam akibat virus denggi sekiranya tidak mendapat rawatan segera.
Sehingga kini, tiada vaksin virus denggi yang terbukti berkesan secara saintifik dan ia masih perlu dikaji ke tahap pembuktian yang kukuh untuk dilaksanakan, manakala kajian berhubung wabak berkenaan tidak banyak selain kekurangan dana penyelidikan.
Perkara berkenaan didedahkan pakar perunding perubatan dalaman dan hematologi klinikal, Dr Bahariah Khalid yang menyifatkan situasi denggi di Malaysia sangat membimbangkan.
"Masyarakat harus sedar keadaan denggi di Malaysia sangat berbahaya dan kita sama sekali tidak boleh memandang remeh situasi ini.
"Saya belum rasakan situasi denggi di Malaysia hampir sama dengan wabak bubonik atau Black Death di Eropah ketika dahulu, tetapi sekiranya tidak dibendung, masalah depopulasi mungkin berlaku," katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT di sini, baru baru ini.
Katanya, kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan bersetuju bahawa situasi denggi sudah masuk tahap bencana yang menyebabkan kematian pada kadar yang tinggi.
"Saya fikir kerajaan telah pun mengisytiharkan virus atau wabak denggi ini sebagai musuh negara, kerana ancamannya terlalu berbahaya.
Read More / Baca Lagi >>

Kesilapan Dr M tak pilih Muhyiddin tapi Najib, kata Zam

Posted: 03 Mar 2016 04:37 PM PST



Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ialah memilih Datuk Seri Najib Razak dan bukannya Tan Sri Muhyddin Yassin sebagai pengganti Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.
Zainudin berkata antara kelemahan bekas perdana menteri itu ialah beliau teramat mudah mempercayai individu yang 'dilihat bijak, kacak dan berkarisma'.
"Dr Mahathir mudah percaya kepada orang yang berkarisma, dia senang terpengaruh…
"Dia (Dr Mahathir) lihat (pada) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib yang nampak sangat bijak dan dia (Najib) kelihatan kacak tapi dia tidak pilih Muhyiddin, sebaliknya dia pilih Najib.
"Itu kelemahan Dr Mahathir, dia mudah terpengaruh," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, FMT dan Berita Daily.
Sebelum ini Dr Mahathir mendesak pengunduran Tun Abdullah sebagai perdana menteri dan digantikan dengan Najib.
Manakala Muhyiddin pada ketika itu dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Bagaimanapun, tahun lalu Muhyiddin digugurkan dari kabinet dan digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Malah Jumaat lalu, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden parti Melayu itu kerana dilihat gagal melaksanakan tanggungjawabnya.
Muhyiddin antara pemimpin yang lantang menegur Najib mengenai syarikat pelaburan negara 1MDB dan juga derma politik RM2.6 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

Suara lantang Muhyiddin dianggap ada agenda peribadi, kata Annuar Musa

Posted: 03 Mar 2016 04:36 PM PST

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba-tiba bersuara lantang di luar mesyuarat Majlis Tertinggi kini, menimbulkan tanggapan beliau ada agenda peribadi sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insider 4 Mac, 2016.Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba-tiba bersuara lantang di luar mesyuarat Majlis Tertinggi kini, menimbulkan tanggapan beliau ada agenda peribadi sendiri. Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba-tiba bersuara lantang di luar mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno kini, menimbulkan tanggapan beliau mempunyai agenda peribadi sendiri.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu timbul kerana Muhyiddin sebelum ini, tidak banyak bersuara dalam mesyuarat MT, jauh sekali bersikap lantang.
"Saya menjadi ahli MT lebih 25 tahun lalu dan memang Muhyiddin bukan seorang yang banyak bersuara dalam MT. Ini jauh berbeza daripada apa yang beliau cuba gambarkan sekarang," katanya.

Beliau berkata sebab itulah ramai kalangan sahabat hairan kerana Muhyiddin tiba-tiba bersuara lantang termasuk mengungkit isu yang beliau sendiri tidak pernah bawa dalam mesyuarat MT secara terus terang. "...dan inilah menyebabkan beliau ditolak hampir semua ahli MT, dan bahagian Umno," katanya.
Annuar berkata tindakan Muhyiddin menyatakan beliau menegur dengan ikhlas tidak mencukupi,"tetapi keikhlasan itu harus ternampak jelas dan mesti bersulamkan kebijaksanaan, hikmat dan hasanah".
"Tindakan yang jelas mengikut rentak musuh dan nyata membawa keburukan sudah tentu bakal ditolak jutaan ahli Umno lain yang ikhlas ingin melihat parti ini tidak menjadi mangsa musuh yang ingin memporak-perandakan (Umno)," katanya.        
Beliau berkata kesilapan percaturan Muhyiddin membawa padah kepada dirinya sendiri, apabila cara itu ditolak sama sekali saf kepimpinan Umno semua peringkat.
Read More / Baca Lagi >>

PAK ARAB BERI LAYANAN VVIP TUE..!!!

Posted: 03 Mar 2016 04:34 PM PST

Kuang hajak punye pak arab.... kamu memalukan pemimpin kesayangan kami... kamu turunkan pangkat darjat pemimpin kesayangan kami...!!!