Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Rafizi menyotong setiap kali harga minyak turun

Posted: 01 Mar 2016 05:55 PM PST




Sampai left group.... hehehe.

Yang menjadi kehairanannya, Ibrahim Ali boleh sedia pertahankan Rafizi dalam fitnahnya terhadap Tabung Haji dalam isu surat jaminan TH untuk THHE Berhad.

Baca di Snapshot2016 di http://snapshot2016.blogspot.my



Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PART 2: RAFIZI NASIHAT HJ HADI SUPAYA JAGA AKHLAK !!!

Posted: 01 Mar 2016 03:23 PM PST

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menasihati PAS menjaga 'akhlak' ahlinya setelah beliau mendakwa diserang oleh sebuah kumpulan Whatsapp.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata kumpulan berkenaan memasukkan nama beliau tanpa persetujuannya lalu untuk memaki hamunnya.
Menurutnya kumpulan Whatsapp itu turut disertai ahli PAS termasuklah ketua pemuda parti itu, Nik Mohamad Abduh Nik Mat. 
Beliau bertindak meninggalkan kumpulan tersebut namun namanya dimasukkan semula - juga tanpa kebenarannya.
"Dalam Whatsapp yang maki hamun itu ada juga pimpinan PAS seperti @nikabduh (merujuk kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh), Razman PJ Perak dan lain-lain. Tolong nasihat akhlak ahli.
"Selepas diserang di media sosial oleh penyokong PAS, kini mereka sibuk add (masukkan) saya dalam Whatsapp untuk dimaki hamun. Bila keluar 'add' balik #getalife," tulis beliau dalam entri Twitternya.
"Dengan YB PH (Pakatan Harapan) lain boleh diorg buli macam ini. Saya akan kongsi akhlak penyokong PAS ini sambil diperhati pimpinan mereka," jelas Rafizi lagi.
Rafizi mengambil langkah itu ekoran nasihat rakan Twitternya yang mahu beliau mendedahkan kandungan mesej berkenaan kepada umum.
Antaranya Mamalia/Joni @_joni_joni_joni  yang mahu Ahli Parlimen Pandan itu supaya berbuat demikian.
"Printscreen la sikit. Biar orang tengok akhlak orang parti (jaja) Islam," katanya.

YB RAFIZI RAMLI LEFT GROUP, SEBUT LANCAULAH SOTONG

Posted: 01 Mar 2016 06:26 AM PST

      

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Harga Minyak Malaysia Ke-6 Termurah Di Dunia

Posted: 01 Mar 2016 01:14 AM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:03 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Al - Kisah Tun Mahahthir ...

Posted: 01 Mar 2016 08:40 PM PST

Oleh Pauzi Tahir
Dia bertindak keluar umno setelah berfikir. Bukan tindakan yg tidak sengaja. Untuk memberi faham bahawa Malaysia sekarang menjurus kepada kehancuran. Kalaulah Najib dan umno dibiarkan terus berkuasa, rakyat Malysia akan menerima padahnya.
Bagi orang yang jumud...Mahathir ni gila. Apa Mahathir gaduh-gaduh... duit dah banyak, umur dah lanjut, diam aja...buat bising sana, bising sini, nanti kena tangkap, kan teruk... dok dalam penjara tua-tua, buat siksa diri....

Tetapi bagi seorang pejuang, dia tidak boleh duduk diam mcm pak lah badawi, dia tidak boleh biarkan kemusnahan negara akibat dari kejahatan dan kebodohan Najib. Orang yg benci Mahathir pula berkata... hang pun serupa... hang tendang DSAI, hang tangkap Mat Sabu. ...dan. ..dan...dan...
Kalau kita nilai orang berdasarkan perangai yg terdahulu... kita tak boleh terima keislaman saidina umar r.a... Saidina pernah tampar adik dan adik iparnya hingga cedera kerana mereka masuk islam, Saidina umar pernah menghunus pedang mencari Rasulullah untuk dibunuh, Saidina Umar kaki minum... tetapi akhirnya dia masuk islam dia menjadi orang yg bertanggung jawab dan adil...
Tun hendak Najib berhenti bukan dengan kata-kata sahaja... dia buktikan dengan tindakkan... dia rela kalau jawatan-jawatan yg dia pegang sekarang dilucutkan... dia tak kisah..
Peluang inilah yg perlu ditangani dengan bijaksana oleh Pakatan Harapan. Lupakan dendam kesumat. DSAI dalam penjara, Mat Sabu pun diserang bertubi-tubi oleh pengkuliah-pengkuliah, moga -moga tindakan Tun Mahathir memberi motivasi baru kepada rakyat Malaysia yg mahu berfikir...

Deepak dapatkan khidmat Shafee untuk kes balu PI Bala

Posted: 01 Mar 2016 08:33 PM PST


Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kini akan mewakil ahli perniagaan permaidani kontroversial, Deepak Jaikishan dalam saman yang difailkan oleh balu penyiasat persendirian (PI), P Balasubramaniam.
Ini didedahkan apabila perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.
Peguam Americk Sidhu yang mewakili balu itu, A Santamil Selvi, mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa Shafee akan mewakili Deepak. Walau bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar kes berkenaan.
Deepak sebelum ini melantik peguam Wan Azmir Wan Majid untuk bertindak bagi pihaknya.
Pada 18 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan saman Santamil terhadap Deepak kerana konspirasi menyebabkan mereka hidup dalam 'buangan' sebagai mempunyai merit dan mengarahkan kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Hakim Mahkamah Rayuan, Vernon Ong berkata Santamil boleh menyaman Deepak kerana peranannya, dengan tujuh yang lain yang menghantar keluarga mereka ke India selama lima tahun bermula 2008 hingga 2013.
Tujuh lain yang disenaraikan itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik-beradik Najib - Datuk Ahmad Johari dan Datuk Nazim -, peguam kanan Cecil Abraham, peguam M Arulampalam dan Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat.
Santamil dan tiga anaknya pada 2014 memfailkan saman RM1.9 juta untuk ganti rugi terhadap Najib, Rosmah, Johari, Nazim, Cecil, Arulampalam, Deepak dan Zainal Abidin atas alasan berkonspirasi untuk menyebabkan mereka hidup dalam buangan dari 2008 hingga 2013.

Dr Mahathir masih berpengaruh dalam Umno, kata penganalisis

Posted: 01 Mar 2016 08:23 PM PST

Ketokohan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin mampu memberi pengaruh kepada landskap politik negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2016. 
Ketokohan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin mampu memberi pengaruh kepada landskap politik negara.

 Walaupun beberapa pemimpin Umno mengatakan pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menjejaskan parti, namun tindakan bekas perdana menteri itu mampu mengubah pengaruh dalam parti Melayu itu, kata penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat.
Samsul memberitahu akhbar Sinar Harian, ini kerana bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu merupakan seorang tokoh dan ikon pemimpin negara yang jelas memiliki pengaruh tersendiri.
"Namun begitu, kemungkinan juga pengaruh di dalam Umno pasti akan berubah bentuknya kerana ada juga yang menyokong Dr Mahathir, terutamanya dalam beberapa isu berkaitan perdana menteri," katanya kepada Sinar Harian.

"Sekarang ini dalam pergerakan Tun Mahathir, amat jelas beliau sebenarnya memprotes kepimpinan Najib, jadi secara terang-terangan mahu peralihan kuasa pucuk pimpinan dalam Umno." Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tindakan Dr Mahathir keluar daripada parti tidak menjejaskan kerana mereka menerima peningkatan keahlian pada setiap bulan.
Samsul berkata, pengaruh Dr Mahathir yang tersendiri itu jugalah yang akan memberi kesan pada situasi semasa politik negara jika beliau menubuhkan satu gerakan bagi menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Tetapi secara peribadi, saya merasakan kedudukan Najib tidak akan tergugat kerana ada kumpulan penyokong 'mainstream' (utama) akan terus mempertahankan beliau dan Umno," katanya.

Buat 'rakan seperdosaan' dalam Umno

Posted: 01 Mar 2016 08:16 PM PST


Keadaan Umno semakin gawat. Umno kini sebuah parti politik yang sakit tenat yang diurus tadbir oleh pemimpin-pemimpin sakit kurap korup.
Setelah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan Umno, akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil keputusan meninggalkan Umno.
Ini kerana beliau mendapati bahawa Umno dibarisi pemimpin yang mempunyai jiwa yang sakit.
Ramai di kalangan ahli dan masyarakat yang bertanya kepada Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) mengapa tiada suara dari kalangan pemimpin yang mahu bersuara atas salah laku presiden yang semakin lama semakin membukit.
Mengapa?
Kita tidak perlu mempunyai otak Albert Einstein untuk mendapatkan jawapannya.
Mana mungkin ada di kalangan Majlis Tertinggi (MT) yang berani bersuara menentang presiden kerana semua yang ada dianggap sebagai 'rakan seperdosaan' antara satu sama lain.
Jika kita amati barisan kepimpinan termasuk MT yang sewenang wenangnya menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden, kita pasti akan mendapat jawapannya.
Mereka semua mempunyai rahsia hitam yang hendak dirahsiakan sesama mereka sendiri.
Mereka tahu bahawa rahsia ini akan digunakan ke atas mereka jika mereka berpaling tadah.
Dari sudut sejarah pemimpin Melayu sering dikaitkan dengan masalah politik wang, rasuah, seks haram dan salah guna kuasa.
Apakah pemimpin Umno yang ada pada hari ini masih dibelenggu oleh masalah ini?
Apakah mereka takut rahsia ini akan terbongkar dan mereka akan kehilangan kuasa?
Apakah akan terjadi dengan keputusan Mahathir meninggalkan Umno?
Sudah pasti ahli dan masyarakat umum akan rasa sedih dan kecewa.
Namun 'rakan seperdosaan' dalam barisan kepimpinan Umno tidak langsung terkesan dengan tindakan Mahathir itu.
Malahan mereka lebih selesa selagi dosa mereka tidak diketahui umum atau tindakan diambil terhadap mereka.
Siapa yang meninggalkan isteri untuk bersama gadis yang selalu menemani ketika kesunyian?
Berapa jumlah yang ada dalam akaun?
Siapa yang membeli empat buah rumah sekali gus dalam perumahan yang sama ketika rakyat miskin hanya mampu melihat semua rumah tidak mampu dimiliki?
Read More / Baca Lagi >>

Mansuh Subsidi: Kedai mamak borong tepung satu kg?

Posted: 01 Mar 2016 08:12 PM PST

Kilang roti yang besar tidak menerima kesan dengan pemansuhan subsidi itu kerana mereka selama ini dilarang menggunakan tepung bersubsidi.
t
PETALING JAYA: Langkah kerajaan memansuhkan subsidi tepung 25 kilogram (Kg) dibimbangi akan mendorong pengusaha restoran mamak serta kedai menjual kuih memborong tepung satu kg yang masih menerima subsidi.
Perkara itu disuarakan oleh Presiden Persatuan Eksport dan Import Makanan Kering Malaysia, Datuk Chuah Poh Khiang yang memberitahu, tepung dengan kuantiti 25 kg digunakan oleh pengusaha kedai kek serta restoran mamak yang menjual roti canai.
"Kilang roti yang besar tidak menerima kesan dengan pemansuhan subsidi itu kerana mereka selama ini dilarang menggunakan tepung bersubsidi," katanya yang dipetik dari akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.
Mengulas lanjut, Poh Kiang berkata, disebabkan tepung 25 kg tidak lagi menjadi baeang kawalan, maka harganya akan turun naik mengikut permintaan.
"Harganya akan stabil jika bekalan mencukupi, tetapi jika permintaan meningkat terutamanya pada musim perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali, maka harganya mungkin lebih mahal," ujarnya.

Jumpa Mahathir untuk bersama selamatkan negara, kata Athirah

Posted: 01 Mar 2016 08:06 PM PST


Aiman Athirah Al JundiAiman Athirah Al JundiTindakan pemimpin Pakatan Harapan bertemu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertujuan mengajak tokoh negarawan itu untuk bersama menyelamatkan negara.
Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Aiman Athirah Aljundi berkata, ramai yang memberi respons terhadap tindakan pemimpin Pakatan Harapan khususnya Amanah yang bertemu Dr Mahathir sedangkan bekas presiden Umno itu bukanlah individu yang berkuasa.
"Kita tidak pun mengajak Tun untuk menyertai PH (Pakatan Harapan), sebaliknya mengambil ruang yang ada untuk mendengar sendiri apa isu sebenar yang diketahui Tun dan bagaimana Tun melihat ianya perlu diperbaiki demi kepentingan negara dan rakyat jelata yang semakin terhimpit. Pada masa yang sama kita juga tidak pernah lupa siapa dia Tun.
"Kita tidak pergi kepada Tun yang masih berkuasa untuk mendapatkan apa jua bentuk habuan sama ada secara terangan ataupun tersembunyi. Kita pergi sejujurnya sebagai rakyat yang cintakan negara dan mahu mengambil apa jua usaha bagi menyelamatkan negara dan rakyat yang kita cintai ini," jelas beliau.
Tambah beliau, dalam pertemuan itu Dr Mahathir diajak agar sama-sama bertindak dalam usaha menyelamatkan rakyat dan negara melalui proses yang diizinkan perlembagaan tanpa menunggu pilihan aya umum (PRU).
Tindakan menunggu PRU untuk melakukan perubahan, ujarnya memperlihatkan sikap mementingkan parti dan bukannya rasa kecintaan kepada negara dan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah buka pintu untuk Dr Mahathir, kata Mat Sabu

Posted: 01 Mar 2016 07:55 PM PST

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata jalinan kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dizahirkan menerusi penyertaan dalam pelbagai perkara seperti kenyataan bersama dan perhimpunan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2016. 
Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pengundurannya daripada Umno, Parti Amanah Negara (Amanah) "membuka pintu" kepada bekas perdana menteri itu dan mana-mana pihak bagi mengadakan sebarang rundingan atau menjalin kerjasama bersama mereka, lapor Utusan Malaysia.
Menurut Presiden Amanah Mohamad Sabu, tindakan Dr Mahathir meninggalkan Umno demi menyelamatkan Malaysia daripada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan satu perkara serius.
Mohamad yang lebih dikenali dengan Mat Sabu berkata, jalinan kerjasama antara Amanah dan pengkritik utama Najib itu boleh dizahirkan menerusi penyertaan dalam pelbagai perkara termasuk kenyataan bersama, perhimpunan dan sebagainya.

"Kita bersama, bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir. Rancangan itu sedang dibincangkan dan kita akan umumkan tentang program-program tersebut dari semasa ke semasa. "Cuma saya minta pihak Dr Mahathir dan lain-lain untuk umumkannya dan kita akan bincang perkara ini dari semasa ke semasa, sama ada perlu hadir atau membuat kenyataan secara bersama," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Sementara itu, mengulas mengenai sama ada pengunduran Dr Mahathir dalam Umno akan memberi kesan kepada parti berkenaan, Mohamad berkata, tindakan itu bakal menjejaskan undi rakyat terhadap  Barisan Nasional (BN).
"Itu kita tidak dapat nilai kesannya dalam jangka masa singkat.
"Kita akan lihat perkembangan dalam masa terdekat, tetapi Amanah yakin sebarang pergolakan akan beri kesan kepada rakyat dan kita terus menghasut rakyat supaya menolak kerajaan BN," katanya.

Mahkamah bebaskan Tian Chua lagi kerana kaitkan Umno dengan pencerobohan Lahad Datu

Posted: 01 Mar 2016 07:34 PM PST

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mendakwa tembak-menembak di Lahad Datu menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2016.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dibebaskan buat kali ke-2 dalam kes hasutan kerana mengaitkan Umno dengan pencerobohan pemberontak Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Nordin Hassan menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Chua pada 2014 selepas mendapati tiada bukti untuk mengatakan ahli Parlimen Batu itu mengeluarkan kenyataan menghasut.
"Rayuan pihak pendakwaan dalam kes ini ditolak. Pembebasan tertuduh dikekalkan," kata Hakim.

Pada 14 November 2014, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan Chua yang dikenali sebagai Tian Chua berhubung kenyataannya mengaitkan Umno dalam insiden pencerobohan Lahad Datu. Hakim Norsharidah Awang berkata, kenyataan Chua yang disiarkan portal Keadilan Daily pada 2013 sudah ditokok tambah dan tidak menggambarkan maksudnya untuk berkata demikian.
"Berdasarkan alasan yang dikemukakan, mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes berkenaan.
"Tiada keterangan lain dikemukakan pihak pendakwaan. Tulisan (wartawan yang mencatat) tidak dapat dibaca," katanya semasa membaca penghakimannya hari ini.
Chua pada 2 September 2014 mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan, denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Ahli parlimen Batu itu pada Mac 2013 mendakwa tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
Katanya, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
Kenyataan Chua itu disiarkan Keadilan Daily berdasarkan satu perbualan telefon dengan wartawan portal berkenaan, Siti Nooraishah Geoffery. 

KENAPA kalau masuk UMNO terus jadi bodoh ??

Posted: 01 Mar 2016 07:18 PM PST

Rupa2nya 'pakar ekonomi umno' kata selama ini niilai ringgit jatuh puncanya sbb Tun M serang Najib..

Agaknya slps Tun M keluar UMNO atau mati nanti ringgit pasti akan naik mencanak..

Inilah Malaysia ku....

Posted: 01 Mar 2016 07:16 PM PST

Hakikatnya.. The Malaysian Insider (TMI) disekat kerana berani lapor penyelewengan 1MDB..

SEDARKAH ANDA... Mengapa Tun M bermatian2 mahu Najib berundur/ letak jawatan sebelum PRU14..??

Posted: 01 Mar 2016 07:14 PM PST

JAWAPANNYA...
Jika Najib kekal PM sehingga PRU14, Tun M sudah menjangkakan BN akan kalah di PRU14 nanti.. kalau BN kalah, maka igauan pemimpin2 UMNO termasuklah kroni2 mereka adalah tirai besi menanti mereka !!!

dan jika Najib dapat diundurkan sebelum PRU14, PM baru pasti di kalangan UMNO jua.. UMNO/ BN tetap memerintah negara..

NAMPAK TAK !!!

Pakatan Harapan sedar risiko kerjasama dengan Dr Mahathir

Posted: 01 Mar 2016 07:12 PM PST

Walaupun sedar risiko bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, parti pembangkang melihat kerjasama dengan bekas perdana menteri itu penting untuk menyelamatkan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2016. 
Walaupun sedar risiko bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, parti pembangkang melihat kerjasama dengan bekas perdana menteri itu penting untuk menyelamatkan negara.

 Ahli politik pembangkang sedar akan konflik dan kesulitan jika bekerja dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi mendakwa menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan keutamaan yang lebih besar sekarang.
Risiko yang akan hadapi termasuk Umno lebih bersatu di bawah pengganti Najib dan Dr Mahathir akan menyertai semula parti itu untuk berkempen menentang Pakatan Harapan pada pilihan raya umum.
Pemerhati seperti Dr Wong Chin Huat daripada Institut Pulau Pinang juga menegaskan Pakatan Harapan perlu menuntut "deposit" daripada Dr Mahathir sebelum melakukan kerjasama lebih erat dengan bekas presiden Umno itu.

Ini termasuk Dr Mahathir menyuruh anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga keluar daripada parti dan membentuk sebuah parti politik atau jentera untuk merealisasikan matlamat beliau. "Beliau juga mesti bersetuju dengan beberapa pembaharuan asas institusi seperti menarik balik rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara, Akta Hasutan dan pembaharuan pilihan raya dan Parlimen," kata Wong yang mengetuai bahagian politik dan penyelidikan sosial.
Satu matlamat dengan agenda berbeza
Pemimpin Pakatan gembira kerana Dr Mahathir keluar daripada Umno pada Isnin dan berharap bekerjasama dengan lelaki berusia 90 tahun itu untuk menggulingkan Najib.
Pada zahirnya, Pakatan dan Dr Mahathir seolah-olah bersetuju dengan matlamat sama. Tetapi apa yang akan berlaku selepas matlamat utama dicapai menunjukkan konflik dalam gabungan itu.
Daripada mulutnya sendiri, Dr Mahathir berkata, "Umno masih di dalam hatinya". Beliau hanya tidak berfikir parti Umno di bawah Najib kini bukan seperti yang dimahukannya.
Dan seperti yang dilakukannya pada 2008, beliau kembali kepada Umno jika presiden semasa meletakkan jawatan.
Ketika itu Dr Mahathir keluar daripada Umno selepas menunjukkan bantahan terhadap penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menyertai kembali Umno pada 2009 selepas Najib mengambil alih.
Pada 2013, beliau aktif berkempen di seluruh negara untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) menentang parti-parti pembangkang PKR, DAP dan PAS.
Pakatan dalam aspek lain, mahu mengambil alih kuasa daripada Umno dan BN. Mereka juga mahu pembaharuan kepada Parlimen, pilihan raya dan cara kerajaan beroperasi.
Aspek-aspek ini tidak ada dalam agenda Dr Mahathir.
Najib merupakan keutamaan ‎
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara Datuk Mujahid Yusof Rawa yakin kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan membahayakan aspirasi rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2016 
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara Datuk Mujahid Yusof Rawa yakin kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan membahayakan aspirasi rakyat.

Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis tak jangka Muhyiddin buat keputusan dramatik esok

Posted: 01 Mar 2016 07:07 PM PST


Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung dari jawatan timbalan presiden Umno, sentiasa dilihat sebagai seorang yang setia kepada parti, melalui lebih 40 tahun penglibatan beliau dalam Umno dan malah menjadi orang kedua paling berkuasa dalam parti itu.
 Inilah sebabnya mengapa Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berpendapat bahawa Muhyiddin tidak akan mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Umno.
"Bagi beliau mengambil tindakan yang lebih dramatik, sebagaimana Mahathir, seperti tidak mungkin pada masa ini," kata Ibrahim kepada Malaysiakini.
Katanya, Muhyiddin telah pun menyatakan pandangannya mengenai perbezaan antara beliau dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak, dan mungkin bagi orang lain untuk "meneruskan perjuangan".
Apa yang tinggal sekarang, kata Ibrahim, ialah untuk menentukan sama ada beliau akan terus mengambil jalan penentangan terhadap parti atau sama ada beliau akan menerima perbezaan dan memainkan peranan yang kurang aktif.
Bagaimanapun ini akan menjadi permainan yang panjang, dan banyak perkara boleh berlaku, kata Ibrahim lagi, dengan menegaskan bahawa pilihan raya umum masih lama lagi, begitu juga dengan pemilihan kepimpinan Umno.
Muhyiddin, katanya, tidak menjana sokongan yang besar untuk dirinya selepas kemerosotannya dalam politik.
Bagaimanapun, Ibrahim mengakui bahawa Muhyiddin, sebagai anak jati Johor dan ketua Umno bahagian Pagoh, masih mempunyai pengaruh di negeri ini.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M kata beliau tidak lagi rasa bangga dengan M'sia

Posted: 01 Mar 2016 07:05 PM PST


 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak lagi merasa bangga dengan Malaysia selepas negara itu dilanda beberapa siri skandal kewangan yang melibatkan penggantinya, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Katanya, sebelum ini apabila beliau pergi ke luar negara, orang bercakap memuji Malaysia.
"Hari ini, jika kita pergi ke luar negara, kita berjumpa dengan orang, apa yang mereka kata ialah 'hey, apa yang berlaku kepada negara anda?
"Dan saya tak rasa bangga kerana saya tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku di negara ini," katanya dalam temu bual dengan Bloomberg di Kuala Lumpur pada 25 Februari
Dr Mahathir telah lmenjadi pengkritik lantang Najib, pentadbirannya dan firma dana pelaburan 1MDB yang diilhamkan oleh perdana menteri.
Pada hari Isnin, bekas perdana menteri itu mengumumkan keluar daripada Umno sebagai protes terhadap kepimpinan Najib.

UMNO tetap berjuang walaupun Mahathir keluar parti – Najib

Posted: 01 Mar 2016 07:04 PM PST

Usaha memujuk Dr Mahathir untuk masuk semula ke dalam parti UMNO bukannya satu perkara mudah.
najib-umno_600JEDDAH: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO bukan mengejutkan dan ia tidak seharusnya mengalihkan tumpuan kepada agenda kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang diperjuangkan parti itu.
"Bagi UMNO, kita akan teruskan agenda kita sebab banyak tugas yang perlu kita sempurnakan.
"Saya harap kita akan memberi fokus kepada perkara yang kita nak perjuangkan supaya UMNO lebih kukuh dalam berdepan pelbagai cabaran terutama sekali persediaan menghadapi pilihan raya akan datang," kata Perdana Menteri.
Najib yang juga Presiden UMNO menjawab soalan pemberita mengenai perkara berkenaan di Jeddah pada Selasa malam. Beliau kini melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi.
Dr Mahathir pada 29 Februari lepas mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada UMNO kerana dilaporkan tidak puas hati dengan parti.
Bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO itu sebelum ini keluar daripada parti berkenaan pada 19 Mei 2008 selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.
Dr Mahathir menyertai semula UMNO pada 4 April 2009 apabila Najib mengambil alih kepimpinan negara dan parti.
Ditanya sama ada tindakan Dr Mahathir itu memberi kesan kepada UMNO, Najib berkata: "Mungkin tidak, kerana biasanya kalau kita nak keluar daripada parti, kesannya (bila ia dilakukan) kali pertama.
"Tapi bila dah buat dua kali, banyak orang anggap ini sebagai tidak sangat memberi impak yang boleh menggugat kedudukan UMNO.
Beliau turut ditanya sama ada UMNO bimbang akan ada pemimpin lain yang mengikut langkah Dr Mahathir.
"Itu terserah kepada mereka tapi keutuhan UMNO ini akan kita pastikan.
Maknanya pemimpin yang komited kepada UMNO dan (terus) bersama saya akan teruskan usaha untuk memperkukuhkan UMNO," tegasnya.
Kepada pertanyaan sama ada usaha memujuk Dr Mahathir akan dibuat, Najib berkata, ia bukan perkara mudah.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan Mahathir keluar Umno bukan mengejutkan, kata Najib

Posted: 01 Mar 2016 06:54 PM PST

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno bukan mengejutkan dan ia tidak seharusnya mengalihkan tumpuan kepada agenda kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang diperjuangkan parti itu.
"Bagi Umno, kita akan teruskan agenda kita sebab banyak tugas yang perlu kita sempurnakan.
"Saya harap kita akan memberi fokus kepada perkara yang kita nak perjuangkan supaya Umno lebih kukuh dalam berdepan pelbagai cabaran terutama sekali persediaan menghadapi pilihan raya akan datang," kata Perdana Menteri.
Najib yang juga Presiden Umno menjawab soalan pemberita mengenai perkara berkenaan di Jeddah pada Selasa malam. Beliau kini melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi.
Dr Mahathir pada 29 Feb lepas mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada Umno kerana dilaporkan tidak puas hati dengan parti.
Bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno itu sebelum ini keluar daripada parti berkenaan pada 19 Mei 2008 selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.
Dr Mahathir menyertai semula Umno pada 4 April 2009 apabila Najib mengambil alih kepimpinan negara dan parti.
Ditanya sama ada tindakan Dr Mahathir itu memberi kesan kepada Umno, Najib berkata: "Mungkin tidak, kerana biasanya kalau kita nak keluar daripada parti, kesannya (bila ia dilakukan) kali pertama.
"Tapi bila dah buat dua kali, banyak orang anggap ini sebagai tidak sangat memberi impak yang boleh menggugat kedudukan Umno."
Beliau turut ditanya sama ada Umno bimbang akan ada pemimpin lain yang mengikut langkah Dr Mahathir.
"Itu terserah kepada mereka tapi keutuhan Umno ini akan kita pastikan. Maknanya pemimpin yang komited kepada Umno dan (terus) bersama saya akan teruskan usaha untuk memperkukuhkan Umno," tegasnya.
Kepada pertanyaan sama ada usaha memujuk Dr Mahathir akan dibuat, Najib berkata ia bukan perkara mudah.
"Tapi kita bukanlah parti yang menolak dia, dan saya bukanlah pemimpin yang memikirkan tentang kedudukan saya sahaja seperti yang didakwa kerana yang perlu kita fahami ialah saya dipilih oleh proses demokrasi yang paling terbuka dalam sejarah Umno.
Read More / Baca Lagi >>

SELEPAS BN DITERBALIKKAN, UMNO SEPARUH TIANG PULA MUNCUL DI JOHOR

Posted: 01 Mar 2016 04:50 PM PST

Jika sebelum ini, sebagai tanda protes atas apa yang dipercayai sebagai ketidakadilan terhadap Muhyiddin Yassin, banyak lambang BN diterbalikkan di beberapa kawasan di Johor, kini penyokong-penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu mula mengibarkan bendera UMNO separuh tiang pula.

Ia bukan saja sebagai tanda sokongan berterusan kepada Muhyiddin Yassin, malah juga membayangkan seolah-olah UMNO "sudah mati" di hati mereka.

Kenapa Terus Relakan Diri Diperbodohkan Mahathir?

Posted: 01 Mar 2016 04:43 PM PST

Untuk ke sekian kalinya, Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatan. Taktik sama yang pernah dibuat semasa protes terhadap Tun Abdullah Badawi dahulu. Apa pula yang bakal dilakukan selepas ini, kita pun sukar untuk menjangka. Tapi keluar masuk parti bukanlah perkara besar bagi dirinya. Cuma bagi yang cetek jangkauan amat politiknya sahaja melihat ia satu tsunami gergasi.

Orang tua itu memang licik berpolitik. Tak padan dengan usianya yang hampir mencecah satu kurun. Langkahnya sentiasa mengejutkan dan kontroversial. Sampaikan yang muda pun boleh terkena 'serangan jantung' dan tersentak urat otak. Terus terpukau dengan gerak tarinya, dan terus lupa siapa diri dia sebenar.

Tun M perlu diakui sebagai antara pencatur utama politik negara. Walaupun tanpa kuasa politik, tetapi pengaruhnya berjaya menundukkan ramai pemegang kuasa. 22 tahun sebagai PM, pasti dimana-mana sahaja orang kuatnya wujud. Anwar, Najib, Mat Sabu, Lim Kit Siang mahupun siapa sahaja pasti tenggelam apabila Tun memainkan peranannya.

Siapa yang kenal Tun M sebenarnya, nescaya dia akan tahu apa matlamat beliau dalam politik. Walaupun lidahnya sentiasa mengungkap keprihatinan terhadap negara, tetapi di sebalik itu adalah cita-cita pengukuhan terhadap dinasti kroninya sendiri.

Sepanjang karier politik Tun M, sudah banyak kali Umno dipergunakannya. Tahun 1969, beliau pernah dipecat dari Umno atas surat protesnya terhadap Tunku Abdurrahman. Namun tahun 1972 selepas Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau kembali menyertai Umno.

Atas percaturannya, pada tahun 1981 Tun Hussein Onn meletakkan jawatan Perdana Menteri menjadikannya PM paling singkat dalam sejarah iaitu tidak sampai 6 tahun. Tun Hussein menyerahkan jawatan PM kepada Mahathir.

Bermulalah era autokratiknya dengan kekebalan yang dicipta sendiri. Pada zamannya dipinda Akta AUKU, akta keselamatan dalam negeri, diaktifkan ISA, sekatan kebebasan akhbar, tangakapan politik besar-besaran, memansuhkan hak raja-raja melayu hinggalah kepada tragedi pembunuhan musuh politiknya di Memali. Dengan tindakannya itu, beliau berjaya menyandang gelaran PM paling lama berkuasa.

Read More / Baca Lagi >>

Tun M hanya ulangi sejarah lama

Posted: 01 Mar 2016 04:41 PM PST


KOTA BHARU – Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad mengakui tindakan keluar parti oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah sesuatu yang baharu.
Katanya,  Umno sebelum ini pernah melalui sejarah hampir sama dan Mahathir hanya mengulangi sejarah tiga Presiden Umno lalu iaitu Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn, malah tindakan dua daripada mereka adalah disebabkan tidak bersetuju dengan Mahathir sendiri.
"Sejarah sentiasa berulang, hanya watak yang berbeza. Setakat ini, enam daripada bekas Presiden Umno, hanya dua yang kekal bersama Umno sehingga ke akhir hayat iaitu Tun Abdul Razak dan Insya-ALLAH, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Jadi sikap Tun Mahathir bukanlah sikap yang baharu. Presiden, Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mengambil iktibar peristiwa pada zaman Tun M, ditinggalkan oleh bekas-bekas presiden dan bekas perdana menteri secara serentak. Jalan terus," katanya kepada Sinar Harian  ketika diminta mengulas mengenai tindakan Mahathir yang mengumumkan keluar Umno, kelmarin, selepas mendakwa Umno kini tidak lagi sama seperti sebelumnya kerana parti itu seolah-olah telah menjadi parti penyokong untuk Najib.
Md Alwi berkata, Najib perlu menggunakan ilmu Mahathir sebelum ini, baiki kelemahan kerana pada waktu itu, bukan sahaja kehilangan dua bekas perdana menteri dan presiden, tetapi juga sebahagian besar ahli Majlis Tertinggi, menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin akar umbi.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri tak setuju PAS dan Umno bergabung

Posted: 01 Mar 2016 04:33 PM PST


Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz tidak bersetuju sekiranya parti Melayu itu bergabung dengan PAS.
Ia kerana, katanya, kedua-dua parti tersebut merupakan parti politik dan sudah tentu berlaku percanggahan kerusi dalam pilihan raya akan datang.
 "Saya tak setuju sebab PAS adalah parti politik, Umno juga parti politik. Pilihan raya nanti, kita bertanding di atas kerusi yang sama iaitu Parlimen dan negeri. Jadi macam mana nak bagi-bagi kawasan?
"Macam kawasan saya, PAS mesti nak Lubuk Merbau. Kalau saya bagi Lubuk Merbau marahlah orang saya yang selama ni berentap lawan PAS di situ.
"Nak kerjasama lepas pilihan raya itu lain. Tapi nak hadapi pilihan raya saya tak setuju," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini dan FMT.
Sebelum ini Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan parti itu hanya bekerjasama dengan Umno dalam beberapa perkara melibatkan kepentingan Islam, masyarakat serta negara, dan bukannya menyertai BN sebagai parti komponennya.
Mengulas lanjut, Nazri berkata, sekiranya PAS ingin bergabung untuk kepentingan Islam beliau mempertikaikan siapakah musuh yang dimaksudkan oleh parti Islam itu memandangkan kedua-dua parti terbesar itu ahlinya beragama Islam.
"Saya rakyat Malaysia. Saya seorang manusia yang menghormati kemanusiaan.
"Bila kata PAS dengan Umno kena bersatu untuk kepentingan Islam. Bila anda cakap macam tu, siapa musuh anda ni? Musuh anda bukan Islamlah kan? kenapa kita nak bermusuh? kita semua rakyat Malaysia," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bagaimanakah cara untuk jadi anti Umno tapi tidak anti orang Umno?

Posted: 01 Mar 2016 04:32 PM PST


Bagaimanakah cara untuk jadi anti Umno tapi tidak anti orang Umno?

Presiden Pas Hadi Awang mengejutkan para penyokongnya yang ditarbiyah agar anti Umno dengan hujah: "Saya anti Umno tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik".
Dari penoreh getah hinggalah tokoh koporat dalam Pas, rasanya tidak akan faham falsafah terbaharu Hadi. Adakah Hadi masih seorang ahli politik dan berbicara berdasarkan kenyataan politik semasa atau beliau pencen politik dan hanya bercakap sebagai seorang ustaz?
Politik berkenaan hal-hal semasa dan bukannya berasaskan akidah. Misalnya, ahli Pas anti Syiah kerana mereka Sunnah Wal Jamaah. Namun ahli Pas wajib mendakwah pengikut Syiah agar mengikuti aliran Sunnah. Di sana wujud keadaan yang disebut Hadi 'anti pergerakan tetapi tidak anti ahlinya'.
Sebab itu Hadi tiada masalah untuk ke Iran dan berseminar bersama ulama-ulama Syiah atas tujuan dakwah atau perbincangan ilmu. Namun politik tidaklah seperti akidah. Dalam politik sekiranya pemimpin parti menyeleweng maka wajib pengikut meninggalkan parti.
Ubah penyelewengan
Umno digerakkan oleh ahli dari peringkat bawah sehingga ke pemimpin atasan. Sekiranya parti itu menyeleweng maka tanggungjawab orang bawahan untuk menegur dan mengubahnya dengan melantik pemimpin lain. Umno bukan agama yang termaktub dalam kitab suci yang tidak boleh diubah. Bawahan Umno yang tidak mahu mengubah penyelewengan adalah orang yang tercela dan sepatutnya ditentang.
Usaha berbaik-baik dengan ahli parti yang tidak mempedulikan halal atau haram hanyalah perbuatan sia-sia. Bolehlah diibaratkan ahli Pas berkawan dengan ahli maksiat sekiranya terus bersama golongan berkenaan. Apatah lagi ahli Umno yang sedar telah pun meninggalkan parti dan menyertai perjuangan pembangkang melawan Najib.
Adakah Pas yang dibina dengan tradisi ulama akhirnya akan menjadi kawan kepada penjudi, peminum arak, konspirator, tukang fitnah dan pelaku segala jenis maksiat? Untuk apakah serban dan title ustaz serta keilmuan yang mereka miliki jika akhirnya berkawan dengan golongan jahil dan sesat?
Paling lemah
Inilah era paling lemah dalam perjuangan Pas. Pemimpin utama parti tidak lagi dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Penasihat pemimpin pula dari kalangan berfikiran asabiyah. Mereka amat anti Anwar dan sanggup bersama golongan mungkar hanya untuk menyempurnakan nafsu amarah terhadap Anwar.
Ke manakah Pas akan membawa pengikutnya dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang? Untuk bersekongkol dengan Umno, penyokong setia tidak akan menerima dengan mudah. Mereka masih sayangkan perjuangan ustaz Fadhil Noor dan Nik Aziz. Untuk terus mengundi Pas mereka tidak sanggup menggadaikan akidah anti Umno. Maka pengikut Pas akan mempunyai perasaan yang sama dengan ahli Umno yang waras pemikirannya.
Read More / Baca Lagi >>

Minta Najib buka mulutnya luas-luas, boleh tengok jenis apa lidah yang beliau ada

Posted: 01 Mar 2016 04:26 PM PST

Mungkin kah Tun Mahathir akan sama keadaannya dengan Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn? Maksud saya Tun Mahathir jika ditakdirkan meninggal dunia beliau tidak berada dalam UMNO seperti kedua-dua bekas Perdana Menteri itu. Kalau begitu hanya Abdullah Badawi sahaja yang akan meninggal berada dalam UMNO, dan Tun Razak meninggal semasa beliau masih dalam UMNO dan masih dalam jawatan Perdana Menteri.
Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn tidak mati dalam UMNO kerana mereka tidak bersetuju dengan penubuhan UMNO Baru ini. Kepada Tunku dan Hussein penubuhan UMNO baru sememangnya dirancang dengan membunuh UMNO lama itu. Tun Mahathir pula meninggalkan UMNO kerana tidak bersetuju dengan Perdana Menteri Najib Razak kerana beliau berpendapat UMNO itu sekarang bukan lagi UMNO dan ianya hanyalah parti 'Najib' dan segala identiti UMNO itu sudah hilang dipandang mata. Sifat dan rupa bentuk UMNO itu sudah hilang samasekali dan tidak berguna lagi untuk berada dalam parti itu.
UMNO sekarang terlalu sarat dengan penyalahgunaan kuasa oleh pucuk pimpinannya dan juga setiap peringkat kepimpinannya. Malah pemimpin UMNO sekarang sedang ketagih dengan rasuah dan salah guna kuasa. Jika tidak makan rasuah seolah-olah nya ia bukan lagi pemimpin UMNO. Pendeknya UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar di antara satu dengan lain. Rasuah tidak akan berkembang tanpa UMNO dan UMNO tidak akan berjaya tanpa rasuah dan salah guna kuasa.
UMNO itu merupakan parti yang rendah moral pemimpinnya. Tidak seperti dahulu kala. Pelajaran tinggi tidak berjaya menjadikan seseorang pemimpin UMNO itu berfikir secara baik dan sentiasa memilih kerja 'cari duit luar' yang banyak sebagai perjuangan utama mereka. Kos untuk menanggung pemimpin hari ini amat tinggi dan yang menjadi mangsa adalah perbendaharaan negara. Dulu kita  menganggapkan apabila seseorang itu mempunyai pelajaran yang tinggi mereka akan tahu untuk membuat penilaian kepada diri masing-masing. Tetapi sebaliknya mereka yang belajar tinggi pun akan menjadi bodoh bila menyertai UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

KPPHM: Selamatkan Malaysia, Turunkan Najib!

Posted: 01 Mar 2016 04:24 PM PST

 1) Umum mengetahui bahawa kepincangan yang berlaku di dalam sistem politik, ekonomi dan sosial di dalam negara adalah hasil dari kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan pelbagai skandal seperti 1MDB, Isu derma RM2.6 bilion, pelaburan dalam perlombongan arang batu di Mongolia yang mencurigakan dan lain-lain skandal.

2) Pemecatan Peguam Negara, pemindahan dan penangkapan beberapa pegawai SPRM, penggantian ahli-ahli PAC sehinggalah kepada penyingkiran Datuk Seri Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO yang sebelum ini berani tampil untuk mengkritik Najib adalah bukti nyata Najib kini begitu terdesak untuk melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasanya.


3) Rasuah semakin menjadi-jadi dengan berteraskan prinsip Najib "I help U, U help me" menyebabkan lahir begitu ramai para menteri dan pegawai kerajaan yang sanggup menjadi pengampu, pembodek dan pak turut . Rasuah dan ketirisan wang negara seakan tidak terbendung lagi.

4) Dibawah kepimpinan Najib juga, dunia sinis terhadap Malaysia, media dan akhbar luar negara melabelkan Malaysia "The Most Corrupt Country In The World".

5) Rakyat semakin tertekan dan menderita. Dasar-dasar kerajaan yang dirangka lebih bermotifkan kepada pengekalan kuasa kerajaan UMNO BN dan bukan bertujuan untuk mensejahterakan rakyat. Peruntukan sektor penting kehidupan rakyat dipotong di pelbagai kementerian, tetapi peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri dinaikkan sebanyak RM1.1 bilion adalah langkah keterlaluan.

Justeru itu, Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) menyokong segala usaha bagi tujuan menyelamatkan Malaysia daripada terus terjebak dalam pelbagai masalah dan kepincangan sehingga menyebabkan negara menjadi rosak binasa lantarannya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan sokong muafakat rakyat 'Selamatkan Malaysia'

Posted: 01 Mar 2016 04:22 PM PST


Pakatan Harapan mendokong kempen 'Selamatkan Malaysia'.Pakatan Harapan mendokong kempen 'Selamatkan Malaysia'.
Pakatan Harapan menyifatkan pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negara memerlukan reformasi institusi dan keputusan Tun Mahathir Mohamad keluar dari Umno sebagai perkembangan positif yang perlu dialu-alukan.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam, PKR, DAP dan Amanah menyifatkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir dan Muhyiddin memperlihatkan kecenderungan mereka menerima hakikat bahawa sistem kerajaan yang memusatkan kuasa di tangan Perdana Menteri adalah berbahaya.
"Pendirian itu secara umumnya mirip kepada dasar yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan selama ini yang menuntut reformasi institusi yang menyeluruh," ujar kenyataan media bersama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu itu.

Pakatan Harapan, ujar mereka menghormati suara rakyat yang mahukan kepentingan dan perbezaan politik diketepikan demi menyelamatkan negara.
"Pakatan Harapan juga mempertahankan kehendak rakyat supaya sebarang perubahan mestilah melibatkan reformasi institusi yang menyeluruh (termasuklah pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa salahguna kuasa), bukannya setakat menukar Perdana Menteri tetapi mengekalkan sistem sedia ada," kenyataan media itu dipetik.
Sehubungan itu, Pakatan Harapan mengalu-alukan semua pihak untuk merangka kempen bersama yang akan digerakkan secara bersepadu melibatkan semua golongan dan kumpulan rakyat.
"Untuk tujuan itu, Pakatan Harapan akan memanggil satu sidang rundingan dengan semua pihak yang mahu turut serta dalam usaha menyelamatkan negara ini.
"Butir-butir sidang rundingan ini akan diumumkan selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 7 Mac 2016 di Bangunan Parlimen," ujar kenyataan tersebut.

WSJ jadi alat 'pelakon politik' untuk musnahkan PM, sembang Putrajaya

Posted: 01 Mar 2016 04:14 PM PST


Laporan WSJ tentang Perdana Menteri dan kaitannya dengan dana 1MDB.Laporan WSJ tentang Perdana Menteri dan kaitannya dengan dana 1MDB.
Kerajaan Malaysia membidas Wall Street Journal kerana terus cuba mengaitkan dana yang didepositkan ke akaun Perdana Menteri dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun selepas "pelbagai pihak berkuasa sah" telah mengesahkan bahawa wang itu adalah dari Arab Saudi.
Dalam satu kenyataan, seorang jurucakap kerajaan berkata: "Seperti yang dinyatakan oleh Peguam Negara Malaysia, dana yang diterima adalah sumbangan dari Arab Saudi.
"Ini telah disahkan oleh pelbagai pihak berkuasa sah yang menjalankan siasatan menyeluruh dan lengkap. Ini termasuklah pihak berkuasa Malaysia pergi ke Arab Saudi untuk memeriksa dokumentasi dan menemu bual anggota keluarga diraja dan pegawai-pegawai yang mentadbir sumbangan itu.
"Menteri Luar Arab Saudi juga telah mengesahkan bahawa dana itu adalah dari Arab Saudi," katanya semalam.
Jurucakap itu berkata demikian bagi menjawab artikel WSJ yang mendakwa bahawa lebih daripada US$1 bilion telah didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri dan kebanyakannya adalah daripada 1MDB.
Jurucakap kerajaan itu berkata ia telah memberitahu bahawa Wall Street Journal dan syarikat sekutunya terus melakukan serangan dan cuba mengaitkan 1MDB dengan sumbangan itu.
"Mereka terus mengulangi dakwaan lama yang sama tanpa memberikan bukti; mereka terus bergantung semata-mata kepada sumber-sumber tanpa nama yang mungkin tidak wujud; dan mereka terus memilih untuk mengugurkan fakta utama yang telah pun diketahui. Ini tidak beretika dan tidak diterima dalam amalan kewartawanan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

wirawandesa

0

Posted by Unknown | Posted on 7:38 PTG | Posted in

sumber :-

wirawandesa


JK PENGADIL KFA: CERITA LAMA BERULANG KEMBALI

Posted: 01 Mar 2016 02:56 PM PST

Kalau tidak silap pada Julai 19 2015 saya pernah ceritakan beberapa perkara tentang JK Pengadil KFA dan penglibatan saya sebagai ahlinya sehinggalah saya mengundurkan diri dan menyepi buat beberapa tahun. Selama hampir 12 tahun saya tidak bercakap tentang bolasepak dan juga tentang pengadilan bolasepak kecuali sekali atau dua, itupun sekadar bersantai di akhbart-akhbar.

Saya jemu dan kecewa dengan kaedah dan perlaksanaan dan juga sistem yang diamalkan di KFA. Bukannya salah persatuan itu tetapi jelak dengan kerenah beberapa individu tertentu yang pastinya berpengaruh dalam persatuan bolasepak negeri. Dan kemasukan kembali diri saya pada 2015 hanyalah memenuhi harapan beberapa orang sahabat yang mengharapkan sedikit sumbangan saya kepada bidang yang amat saya cintai ini iaitu 'pengadilan bolasepak'.

Biarlah apapun pandangan orang, kecintaan terhadap bidang itu tidak dpat saya buang malah sentiasa tertanam di sanubari. Kerana dorongan itulah saya menerima pelawaan beberapa individu yang saya anggap sahabat-sahabat saya yang juga menganggap saya ini sahabat mereka juga. Dan awal-awala lagi saya sudah beritahu bahawa saya tidak akan senang jika saya dikhianati. Maksudnya, jika kita bersahabat, kita akan dihargai. Bukan hanya mengharapkan sumbangan semata-mata tetapi segala manfaat hanya untuk mereka saja.

Rupanya sejarah tetap berulang.

Yang nyata hanyalah orang-orang yang berkepentingan sahaja yang memperolehi manfaat dari perjuangan yang direncana bersama. Ketika mempunyai kuasa, kerana dendam sanggup pula menjahanamkan reputasi orang lain. asal berkuasa sahaja, mula lupa diri dan mementingkan diri sendiri.

Kasihan nasib beberapa individu dan pengadil yang berbakat besar yang terpaksa 'beku' begitu sahaja akibat balasan dendam dan juga kuasa. Dan saya menerima tempiasnya kerana selama ini rupanya bersekongkol dengan mereka yang beremosi demikian. Daan yang paling malang akhirnya saya tersisih buat kali kedua biarpun pengalaman dan ilmu serta reputasi melebihi mereka. mungkin saya bukan kroni orang-orang ini.

Akhirnya barangkali saya terpaksa undur diri sekali lagi.

Adios!