Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ingin jadi "darling of opposition" kerana surat tak laku

Posted: 29 Feb 2016 06:32 PM PST

Ketika Mahathir keluar UMNO, Pak Lah bersama Najib
Memetik dari Sarawakiana:
Dr Mahathir tidak rugi apa-apa lantaran beliau dan anggota keluarganya sudah punya segala-galanya, malah anggota keluarga beliau turut tersenarai dalam golongan billionaire terkaya di Malaysia.
"Membunuh UMNO juga satu jalan paling selamat buat Tun Mahathir untuk menjadikan beliau "darling of opposition" dan dengan itu beliau berjaya menukar (turn around) 23 tahun kebencian dan harassment pembangkang kepada dirinya yang selepas ini akan disokong dan dihargai pembangkang atas jasa besarnya meruntuhkan UMNO.
"Sebagai "true Michevellian", matlamat menghalalkan cara.
Semalam ada perkembangan yang menunjukkan Mahathir sudah menyedari pengaruhnya tidak lagi releven dan ketakutan. Baca Snapshot 2016 tentang surat Mahathir yang sudah tidak laku.

Mahathir keluar UMNO demi ego, kepentingan diri dan kroni

Posted: 29 Feb 2016 05:39 AM PST



Malah  sedia bersama pembangkang untuk kalahkan UMNO atas alasan kalahkan Najib. Baca di Snapshot2016 SINI

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:38 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Terima kasih Tun M keluar Umno

Posted: 29 Feb 2016 08:54 PM PST

Tidak ada apa-apa atau sesiapa yang rugi pun apabila Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi meninggalkan parti yang pernah dipimpinnya selama bertahun-tahun.
Ketika kerajaan Malaysia perlu memberi fokus kepada banyak isu penting dan mendesak, tindakan Dr Mahathir itu adalah rahmat kepada seluruh alam Melayu Malaysia sebenarnya.
Tanpa gangguan dan kritikan dari dalam parti, kabinet ampuh Datuk Seri Najib Razak sekarang mampu melaksanakan banyak tugasan yang selama ini terganggu kerana terpaksa melayan kerenah Dr Mahathir dan penyokongnya.
Terbukti suara Dr Mahathir bukan lagi suara keramat seperti yang pernah dimilikinya suatu ketika dulu.
Sudah entah berapa kali beliau menyeru supaya Najib diketepikan. Mula-mula secara lunak dan berkias, sehinggalah akhir-akhir ini apabila beliau mengambil pendekatan lebih berterus-terang dan tegas.
Hampir-hampir tiada sesiapa yang sudi mendengar, apa lagi menyahut seruan berkenaan. Jika ada yang berminat pun, mereka hanyalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya Datuk Seri Mukhriz.
Gambaran kekecewaan
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika ini - dan seperti selalu - nampaknya lebih banyak berdiam diri.
Selebihnya berjuta-juta ahli Umno kekal dengan keyakinan amat teguh kepada Najib. Keengganan mereka memberi reaksi jelas dan berani kepada seruan Dr Mahathir adalah bukti terang dan nyata terhadap sikap mereka itu.
Hakikatnya tindakan Dr Mahathir keluar Umno - sekali lagi - itu tidak lebih daripada gambaran kekecewaannya apabila kata-katanya tidak lagi dihormati.
Dr Mahathir tidak ada banyak pilihan sebenarnya. Pelbagai usaha dan ikhtiar sudah diusahakan, sama ada secara langsung atau tidak.
Kenyataan terbuka dalam sidang media, sudah. Berceramah di Kelab Sultan Sulaiman pun sudah. Memberi pandangan di blog lagilah sudah.
Tetapi apa hasilnya? Muhyiddin tersingkir. Mukhriz diketepi.
Kebijaksanaan Najib, Hadi
Read More / Baca Lagi >>

Pecat, keluar parti tidak selesai masalah UMNO – Rafidah Aziz

Posted: 29 Feb 2016 08:50 PM PST

Apa yang berlaku dalam UMNO telah memberikan imej yang buruk dan parti itu juga telah menyimpang jauh dari cogankata perjuangan asal.
Rafidah-umno
PETALING JAYA : Masalah yang berlaku dalam UMNO telah memberikan imej yang buruk kepada cara parti mentadbir kerajaan yang menyimpang jauh dari cogankata perjuangan asalnya iaitu "Bersatu..Bersetia..Berkhidmat"
"Dimanakah letaknya usaha untuk bersatu, apa yang terjadi pada setia kepada UMNO dan apakah yang dilakukan dalam konteks berkhidmat?," soalnya bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz.
Menerusi akaun Facebooknya, bekas menteri kabinet berkata, tidak pernah ahli-ahli UMNO disuruh bersatu untuk menentang sesama sendiri, kecuali bersatu untuk memperkukuhkan parti.
"Tidak pernah juga, ahli-ahli UMNO diminta setia kepada individu dalam parti, melainkan kepada UMNO.
"Begitu juga sama sekali tidak pernah UMNO tidak pernah meminta ahli-ahli berkhidmat untuk kepentingan sesiapa, kecuali hanya untuk parti.
"Supaya parti terus mampu menerajui kerajaan untuk bersama-sama dengan rakan-rakan dalam Barisan Nasional..membangunkan negara dan mentadbir untuk kepentingan rakyat," katanya
Rafidah berkata, masalah-masalah yang dihadapi UMNO kini tidak mungkin selesai hanya melalui pemecatan, keluar parti, mencela antara satu sama lain dan menunjukkan sifat yang tidak mencerminkan budaya parti itu.
"Mengapa kita biarkan UMNO dikeji oleh sebab karenah individu-individu? Mengapa parti yang telah sekian lama menaungi bangsa dan rakyat dijadikan mangsa kepada kegagalan individu-individu?," soalnya.
Sebaliknya, beliau berkata, UMNO perlu mencari jalan pendamaian, penyatuan dan perbincangan dengan fikiran terbuka.
Tegasnya, setiap kesilapan boleh dibaiki dan diperbetulkan jika mahu mengembalikan keyakinan bangsa dan rakyat.

Tun M mahu UMNO kalah PRU 14 – Pemimpin UMNO

Posted: 29 Feb 2016 08:47 PM PST

Dia (Dr Mahathir) sudah lama sebenarnya menikam UMNO kerana tindakan mengganggu kepimpinan Najib adalah sama seperti mensabotaj UMNO untuk kalah dalam PRU ke-14.
mahathirPETALING JAYA: Beberapa pemimpin UMNO mendakwa, langkah Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan keluar dari parti itu adalah disebabkan beliau mahu melihat parti Melayu tersebut kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Memetik laporan laman portal bnbbc.my, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, tindakan bekas Perdana Menteri itu jelas menunjukkan beliau bukan sahaja mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak malah, sudah lama menikam UMNO dan mahu ia kalah dalam PRU akan datang.
"Tun Mahathir sebenarnya sudah lama hilang pertimbangan, maka tindakan beliau keluar UMNO tidak lagi mengejutkan bahkan tidak lagi relevan. Dia sudah lama sebenarnya menikam UMNO kerana tindakan mengganggu kepimpinan Najib adalah sama seperti mensabotaj UMNO untuk kalah dalam PRU ke-14.
"Tindakan Tun M adalah betul, kerana lebih baik dia berjuang dari luar untuk menyerang Najib setelah gagal hampir setahun untuk menumbangkan Najib dari dalam." katanya.
Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyifatkan, tindakan Dr Mahathir itu adalah tindakan seorang pemimpin yang kalah pada pertembungannya dengan Najib.
"Tun M sudah mula kecewa dengan ahli UMNO yang sentiasa melindungi Najib dan tidak bagi sokongan pada dia, dia lihat orang UMNO semuanya berada di belakang Perdana Menteri, ini bermakna dia sendiri merasakan yang pemimpin UMNO sudah jelek dengan tindakan Tun Mahathir itu sendiri," tambahnya.
Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menasihatkan agar semua pihak tidak mempedulikan tindakan Dr Mahathir yang dianggapnya bukanlah sebagai astu langkah yang baik untuk dicontohi generasi yang bakal menjadi pemimpin kelak.
"Saya tidak nampak cara yang dilakukan oleh beliau boleh menjadi tauladan kepada generasi baru dalam UMNO.
"Ini kerana Tun Mahathir sepatutnya memikirkan kesan pada parti melebihi yang lain," ujarnya.

Jangan bersubahat dengan pemimpin korup – Khairuddin

Posted: 29 Feb 2016 08:42 PM PST

Hanya dengan cara itu sahaja dapat 'mengajar' pemimpin UMNO untuk mengambil kira suara rakyat dan tidak bertindak sesuka hati.
khairuddin,umno
PETALING JAYA: Ahli-ahli UMNO yang mempunyai mempunyai prinsip dalam perjuangan dinasihatkan supaya keluar dari parti itu agar tidak bersubahat dengan pemimpin yang korup.
Nasihat itu diberikan aleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan menerusi catatan di Facebooknya hari ini.
"Ahli UMNO yang mempunyai prinsip untuk tidak bersubahat dengan kemungkaran pemimpin korup sekarang, secara jujur dan ikhlas saya ingin sarankan agar keluar dari parti buat masa ini.
"UMNO sudah lingkup, tiada peraturan lagi. Kalangan kaki bodek minda lemah otak udang sedang mengurus tadbir seolah-olah UMNO milik mereka," tulisnya.
Khairuddin menambah, hanya dengan cara itu sahaja dapat 'mengajar' pemimpin UMNO untuk mengambil kira suara rakyat dan tidak bertindak sesuka hati.
"Mereka sudah lupa bahawa kedudukan mereka adalah dipilih oleh rakyat. Inilah masanya untuk kita ajar pemimpin-pemimpin bangang yang dok syok sendiri untuk mereka mengetahui langit itu tinggi atau rendah.
"Selagi rakyat takut untuk bertindak selagi itulah kita bakal dibelenggu oleh pelbagai kemungkaran yang bakal meranapkan negara tercinta ini," kata suami kepada pelakon Umie Aida itu.
Khairuddin semalam mengikut jejak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang mengumumkan keluar dari UMNO.
Berikutan pengumuman Mahathir semalam, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang dianggotai ketua-ketua cawangan UMNO seluruh Malaysia turut berkata akan menimbang untuk keluar daripada parti.

Mahathir akan terus dedah salah laku Najib

Posted: 29 Feb 2016 08:36 PM PST

Mahathir juga tidak menolak akan menimbang semula untuk kembali kepada UMNO apabila Najib meletakkan jawatan atau disingkir daripada kedudukan Presiden parti.
mahathir,-najib,-umno
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan terus bersuara dan mendedahkan salah laku Najib walaupun berada di luar parti UMNO.
"Saya tidak mahu melihat negara diuruskan oleh seseorang yang telah banyak melakukan kesalahan," katanya dalam sidang media Proton Centre of Excellence, di sini hari ini.
Beliau juga menegaskan ia tidak bermakna beliau akan menyertai mana-mana parti pembangkang untuk berbuat demikian.
In kerana, Mahathir akui jiwanya masih bersama UMNO dan sebab beliau keluar parti adalah kerana ia menjadi parti milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya tidak berkongsi pandangan dan apa yang dijuangkan mereka (parti pembangkang). Perjuangan saya hanyalah UMNO tetapi ia kini sudah menjadi parti milik Najib," katanya dalam sidang media Proton Centre of Excellence, di sini hari ini.
Mahathir juga tidak menolak akan menimbang semula untuk kembali kepada UMNO apabila Najib meletakkan jawatan atau disingkir daripada kedudukan Presiden parti.
Susulan kepada pengumuman Mahathir untuk keluar Umno semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri menjemput bekas perdana menteri itu untuk menyertai parti itu jika "berminat untuk bersama memperjuangkan Islam sebagai dasar bernegara".

Pertemuan 'selamatkan Malaysia' dalam masa terdekat - Wan Azizah

Posted: 29 Feb 2016 08:35 PM PST


Sebuah pertemuan bagi membincangkan program asas bagi 'menyelamatkan Malaysia' akan diadakan dalam masa terdekat, kata ketua pembangkang.
Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata beliau akan bertemu dengan pimpinan Pakatan Harapan, parti-parti politik lain, NGO dan beberapa individu, bagi membincangkan panduan bersama dalam sebuah 'muafakat nasional'.

Beliau juga berkata, dalam tempoh beberapa hari terakhir, telah tercipta sejarah apabila ramai pihak yang bersama Umno dan BN kini lantang bersuara menyatakan kesediaan bergerak secara muafakat untuk mereformasikan institusi-institusi di negara ini.
"Sebagai ketua pembangkang parlimen Malaysia, dan memandangkan masalah kepimpinan serta skandal yang terus melanda negara tanpa henti, saya amat mengalu-alukan malah menggesa semua ahli parlimen tanpa mengira parti atau fahaman politik untuk bersama di dalam usaha untuk menyelamatkan Malaysia," katanya.
Beliau mengingatkan kenyataan tokoh pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sistem negara sedia ada perlu ditukar, dan bukan sekadar perdana menterinya.
"Maka semangat inilah yang perlu kita jiwai," katanya.
Gesaan reformasi Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam respon selepas digantung daripada jawatan timbalan presiden Umno, menekankan perlunya reformasi institusi politik di negara ini.
Politik dalaman Umno sekarang menjadi perhatian susulan terkeluarnya beberapa pemimpin kanannya yang kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Misi selamatkan negara: Amanah sedia beri kerjasama

Posted: 29 Feb 2016 08:35 PM PST

Misi selamatkan negara: Amanah sedia beri kerjasama
SELAYANG - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyatakan kesediaan untuk bersama dengan mana-mana pihak yang sedang merancang misi selamatkan negara.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, ia bagi membantu merealisasikan perjuangan reformasi yang dibawa Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan selama ini.
"Kami bersama dalam mana-mana gerakan yang menolak penyelewengan dan salah guna kuasa.
"Pada waktu yang sama, kami mendesak agak reformasi institusi negara secara menyeluruh dapat disegerakan dengan menukar kerajaan sedia ada secara demokratik," katanya ketika sidang media di Wisma Amanah, di sini, hari ini.
Beliau dalam pada itu meminta semua pihak mengambil serius gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap apa yang berlaku dalam negara pada masa kini.
Menurut Mohamad, gesaan Mahathir yang meminta semua pihak bangkit menyelamatkan negara merupakan langkah wajar memandangkan negara kini berada dalam keadaan kritikal.
"Krisis kepercayaan terhadap kepimpinan dan kedaulatan negara sudah sampai ke kemuncaknya.
"Semalam, Dr Mahathir telah melahirkan rasa kesalnya ke atas apa yang berlaku dan menyeru ahli-ahli Umno supaya meninggalkan kepentingan parti demi menyelamatkan negara dari kepincangan. Gesaannya perlu dipandang serius memandangkan beliau merupakan seorang tokoh," katanya lagi.

Dana AS$1b - 'Mesti ada kebenaran jika Najib tak saman WSJ'

Posted: 29 Feb 2016 08:34 PM PST

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk menyaman akhbar kewangan Amerika Syarikat, The Wall Street Journal berhubung dakwaan lebih AS$1 bilion disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.
Menurut Mahathir, jika Najib tidak berbuat demikian, ini hanya menunjukkan bahawa laporan WSJ itu "'mesti mempunyai beberapa kebenaran".
"Jika ini tidak benar, maka PM mesti bertindak untuk saman mereka kerana buat laporan palsu.
"Tetapi jika PM tidak saman, (sedangkan) mereka boleh didakwa di negara sendiri, maka mesti ada kebenaran dalam apa yang diperkatakan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Proton di Shah Alam, Selangor, hari ini.

SUPER CASH !!!

Posted: 29 Feb 2016 08:14 PM PST


'More than US$1 billion in Najib's accounts'

Posted: 29 Feb 2016 08:02 PM PST

Sue WSJ if their report is not true says Tun M

Posted: 29 Feb 2016 08:02 PM PST

Deposit dalam akaun peribadi Najib lebih AS$1 bilion

Posted: 29 Feb 2016 07:29 PM PST

The Wall Street Journal (WSJ) meneruskan siri pendedahan mereka berhubung akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, melaporkan perdana menteri sebenarnya menerima lebih AS$1 bilion – beberapa ratus juta lagi daripada yang dikenal pasti sebelum ini.
Akhbar perniagaan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu melaporkan, sumber mereka berkata penyiasat antarabangsa percaya kebanyakan dana itu berasal daripada syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
WSJ mula mendedahkan berhubung akaun peribadi Najib Julai tahun lalu tetapi masih lagi belum disaman perdana menteri yang menafikan semua tuduhan itu.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengatakan pada Januari "tidak terdapat bukti yang cukup" untuk mendakwa Najib bagi sebarang kesalahan membabitkan hampir AS$700 juta ditemui dalam akaun peribadinya. Tetapi WSJ mengatakan maklumat penyiasat antarabangsa itu berbeza dengan kesimpulan peguam negara Malaysia. Peguam negara mengatakan AS$681 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib merupakan derma sah daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan sebahagian besar daripada dipulangkan semula.
Apandi berkata, ini merupakan salah satu daripada sebab mengapa Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku berkaitan deposit ke dalam akaun peribadinya.
Tetapi hari ini WSJ turut melaporkan penyiasat daripada 2 negara yang tidak dinamakan bersetuju hampir semua daripada AS$681 juta dikembalikan seperti diumumkan peguam negara.
Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat percaya wang itu berasal daripada 1MDB yang dinafikan secara konsisten digunakan untuk tujuan lain selain pelaburan.
WSJ berkata penyiasat percaya wang itu bergerak menerusi transaksi web kompleks dalam beberapa negara dan dengan bantuan 2 bekas pegawai Abu Dhabi, sebuah emiriah Teluk Parsi yang ada ikatan kuat dengan 1MDB.
"Penyiasat memfokuskan kepada entiti yang mereka percaya menjadi saluran penting; syarikat dengan nama hampir sama dengan syarikat milik Abu Dhabi bernama Aabar Invesments PJS," lapor WSJ.
Dalam pemfailannya, 1MDB dilaporkan membayar lebih sebilion dolar kepada Aabar – tanpa menyatakan nama penuh.
Tidak masuk ke syarikat milik Abu Dhabi itu, sebaliknya penyiasat percaya wang berkenaan ke syarikat yang mempunyai nama hampir serupa, didaftarkan di British Virgin Islands, dan selepas berpusing-pusing, AS$681 juta dapat dimasukkan ke akaun Najib, lapor akhbar itu.
1MDB ditubuhkan pada 2009 sebagai syarikat pelaburan strategik tetapi menjadi fokus beberapa penyiasatan tahun lalu selepas ia mengumpul hutang sehingga RM42 bilion. Siasatan bermula bukan saja di Malaysia tetapi juga di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Abu Dhabi, menurut WSJ.
Tahun lalu, WSJ melaporkan sebahagian wang itu untuk projek yang membantu parti pemerintahan Najib, Barisan Nasional mengekalkan kuasa menjelang pilihan raya umum pada 2013.

WSJ dakwa lebih AS$ 1 bilion dalam akaun Najib

Posted: 29 Feb 2016 07:16 PM PST


Akhbar The Wall Street Journal dalam laporan terbaru mendakwa deposit ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjumlah lebih daripada AS$ 1 bilion.
Ini termasuk desposit AS$ 681 juta (RM2.6 bilion) yang menurut Najib dan pihak berkuasa Malaysia sebagai sumbangan politik.
Walau bagaimanapun, laporan WSJ itu tidak memperincikan bagaimana baki AS$ 1 bilion itu disalurkan ke dalam akaun bank Najib dan dari mana dana itu berasal.
Memetik sumber, laporan WSJ itu hanya berkata baki jumlah wang yang tidak didedahkan itu didepositkan ke dalam akaun Najib sebelum pemindahan RM2.6 bilion berkenaan.
"Sebahagian besar wang di luar daripada dana AS$681 juta yang dikenal pasti sebelum ini datang pada tahun 2011 dan 2012, kata dua orang yang biasa dengan aliran wang ke akaunnya dan seorang yang rapat dengan siasatan di luar negara," petik laporan WSJ.
Ia juga mendakwa bahawa sebahagian besar wang AS$ 1 bilion itu berasal dari 1MDB, dan bukannya dari Arab Saudi.

Zaid Ibrahim seorang yang keliru, kata IGP

Posted: 29 Feb 2016 07:15 PM PST


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar percaya bahawa bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim sedang dalam kekeliruan.
Khalid mengulas gesaan bekas MP Umno itu kepada rakyat Malaysia supaya menyertai perhimpunan pada 27 Mac sebagai protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Saya fikir dia seorang yang keliru," kata Khalid kepada Malaysiakini.
 Sebelum ini, Zaid, selepas mengundang amaran dari IGP berhubung perhimpunan yang dicadangkan itu, telah menjelaskan bahawa ia bukan satu perhimpunan awam dan akan diadakan di tempat tertutup.
Bagaimanapun, dalam catatan terbaru di blog terbarunya, bekas menteri itu sekali lagi menggesa rakyat Malaysia untuk berani tampil menghadiri perhimpunan itu.
Sementara itu, Khalid mengulangi bahawa Zaid akan berdepan dengan tindakan jika perhimpunan itu merebak ke jalanan.
Khalid berkata, beliau telah memberi amaran kepada Zaid bahawa, sebagai seorang peguam, beliau sepatutnya tahu hanya ada dua cara yang sah untuk menukar seorang perdana menteri, iaitu melalui pilihanraya atau undi tidak percaya di Parlimen.
Beliau juga menasihatkan Zaid supaya menggunakan prosedur yang betul jika beliau berhasrat untuk mengadakan perhimpunan di sebuah tempat tertutup.
Dalam perkembangan yang sama, Khalid mendedahkan bahawa polis akan memantau ucapan.
"Jika apa yang dikatakan adalah menghasut, kami akan mengambil tindakan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang," katanya.

Keluar dari jalan mati politik atau Malaysia jadi negara gagal

Posted: 29 Feb 2016 07:14 PM PST

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa rakyat, sama ada di tampuk kuasa atau di luar lingkungan kuasa harus keluar dari jalan mati (cul-de-sac) politik semasa agar Malaysia tidak terus menjadi sebuah negara gagal.
Kit Siang berkata, jika rakyat masih bersikap mementingkan diri sendiri dan hanya menegakkan kepentingan parti politik masing-masing, mereka terpaksa menunggu Pilihan Raya Umum ke-14 untuk mengubah keadaan politik negara yang semakin memburuk di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Tetapi ia bukan cara yang paling tepat, kerana Malaysia akan terus menjunam untuk dua tahun berikutnya ke arah negara yang gagal dan dipenuhi penyangak," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk pelbagai skandal melibatkan kepimpinan tertinggi negara yang meletakkan Malaysia di kedudukan ketiga dalam senarai 'Skandal Rasuah Terburuk 2015' yang dikeluarkan laman web antarabangsa, Foreignpolicy.com pada 29 Disember tahun lalu.
Di bawah pemerintahan Najib, imej negara terjejas teruk ekoran isu 'derma' 2.6 bilion yang menjadi tumpuan media antarabangsa dan tempatan.
Justeru, Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, beliau akan meneruskan kempen 'Selamatkan Malaysia', sebuah kempen kesedaran yang merentasi kaum, agama, wilayah, dan fahaman politik bagi mengelakkan negara terus menjunam menjadi negara gagal.
"Adakah negara bersedia untuk penyusunan semula tenaga progresif dan kuasa politik yang patriotik untuk menyelamatkan Malaysia, sekaligus mengembalikan keyakinan terhadap visi membentuk sebuah Malaysia yang bersatu, inklusif, sederhana, demokratik dan makmur?
"Minggu-minggu berikutnya akan memberi jawapan kepada persoalan ini," katanya.

Biar parti politik berbeza, singkirkan Najib untuk selamatkan Malaysia

Posted: 29 Feb 2016 07:02 PM PST

Tumpuan harus diberi terhadap usaha memastikan Datuk Seri Najib Razak berundur dengan melepaskan jawatan Perdana Menteri pada kadar segera, tegas Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Ujarnya, usaha bagi tujuan menyelamatkan Malaysia daripada terus terjebak dalam pelbagai masalah dan kepincangan perlu melibatkan sokongan semua pihak tanpa mengira fahaman politik.
"Kita yakin dan percaya dengan menjatuhkan Najib dan BN saja rakyat dapat melaksanakan agenda reformasi dalam ekonomi, politik dan sosial di negara ini. Kita mahu menggunakan saluran demokrasi supaya Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
"Walau berbeza parti politik tetapi tentunya kita mahu melihat perubahan lebih baik buat tanah air kita dan tentunya kepada generasi masa depan," jelasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline, hari ini.
Mengulas pidato pemimpin Pas, Datuk Husam Musa dalam pelancaran kempen Selamatkan Malaysia di Kulai, 27 Februari lalu, beliau berkata, gagasan besar melibatkan gabungan banyak pihak termasuk agamawan, ahli akademik, NGO dan aktivis itu, satu langkah permulaan bagi mencapai hasrat Malaysia yang lebih baik dan sejahtera pada masa depan.
"Sambutan orang ramai begitu menggalakkan. Bahkan difahamkan, ahli dan penyokong Pas, Umno serta mereka yang di atas pagar juga turut hadir. Sebabnya, kita semua tidak mahu Malaysia terus terdedah kepada ancaman bahaya akibat salah guna dan penyelewengan kuasa kepimpinan sedia ada.
"Kita mahu kempen Selamatkan Malaysia menjadi satu fenomena. Rakyat mahu melihat satu perubahan besar kepada negara. Bukan hanya disuarakan pihak pembangkang tetapi termasuk daripada tokoh pemimpin Umno serta bekas pegawai tinggi kerajaan," tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

"Ahli Umno sanggup gadai negara, taksub pada pengkhianat bangsa," kata Tamrin

Posted: 29 Feb 2016 07:01 PM PST

Dalam satu kenyataan media penuh emosi, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Tamrin Tun Ghafar menyelar kelompok bangsa Melayu yang masih mahu terus bersama Umno dan mempertahankan pemimpin yang digelar beliau sebagai 'pengkhianat bangsa'.
Anak bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyifatkan mereka yang masih setia bersama Umno sebagai 'hilang akal' dan bukannya bodoh.
"Mereka tidak fikir apa akan terjadi kepada anak bangsa apabila pemimpin Umno menganiaya, khianat dan menipu bangsa Melayu, dulu dan sekarang.
"Apa yang telah diusahakan pemimpin terdahulu musnah angkara beberapa individu demi kepentingan mereka sahaja tanpa mengira kesusahan rakyat dan masa depan negara tergadai," katanya.
Beliau hairan kerana masih ada anggota dan pemimpin Umno yang sanggup mempertahankan tindak-tanduk pemimpin utama Umno yang jelas merugikan bangsa dan menghancurkan negara.
"Di manakah kesetiaan kita pada agama bangsa dan negara? Parti boleh ditadbir oleh individu lain. Malangnya ahli dan penyokong Umno sangat taksub kepada pengkhianat bangsa," tegasnya.

AYAT APA NI?

Posted: 29 Feb 2016 07:00 PM PST

Di ketika Najib Razak dipertikaikan di seluruh dunia, malah diperkatakan ramai persamaan kepimpinannya dengan pencapaian cemerlang bapanya hampir tidak ada sama sekali, agak menghairankan apabila tiba-tiba Tun Abdullah Badawi boleh berkata sebaliknya pula.

"Saya sebagai seorang ayah, yakin dan percaya, bahawa jika Allahyarham Tun Razak masih ada bersama kita pada hari ini, beliau pasti cukup berbangga dengan apa yang dicapai oleh anak sulungnya dalam mengisi sebuah ruang yang cukup besar ditinggalkan oleh beliau," kata bekas Perdana Menteri itu.

Apa agaknya yang Tun Razak boleh berbangga dengan pencapaian Najib?

Apakah mungkin Tun Razak boleh berbangga dengan 1MDB, derma berbilion-bilion dan dana sebuah syarikat milik kerajaan yang masuk ke akaun peribadi Najib?

Berbanggakan juga Tun Razak dengan segala macam kemewahan serta pembaziran Najib bersama isteri dan anak-anaknya yang bertahun-tahun sudah menjadi bualan ramai?

Lebih-lebih lagi lafaz kata Tun Abdullah itu dilakukan hampir serentak dengan tindakan Tun Mahathir Mohamad keluar UMNO yang bukan saja dilihat terus mengancam kedudukan  Najib di singgahsana Perdana Putra, malah juga menjadikan "hari-hari terakhir" BN semakin di penghujungnya.

Adakah ini merupakan ayat sindiran atau barangkali tanda-tanda sudah termakan dedak juga?

GRAND THEFT BOMBSHELL: WHAT 2.6BIL? OVER RM4 BILLION DIVERTED TO NAJIB'S A/CS & APANDI SAID NO CRIME?

Posted: 29 Feb 2016 06:57 PM PST



Deposits into personal accounts of Malaysia's prime minister totaled more than $1 billion (around RM4.2 billion) —hundreds of millions more than previously identified—and global investigators believe much of it originated with a Malaysian state fund, people familiar with the matter say.
The investigators' belief contradicts a conclusion reached recently by Malaysia's attorney general.
GRAND THEFT BOMBSHELL: WHAT 2.6BIL? OVER RM4 BILLION DIVERTED TO NAJIB'S A/CS & APANDI SAID NO CRIME?The attorney general said $681 million deposited to Prime Minister Najib Razak's account—identified by The Wall Street Journal last year—was a legal donation from a member of Saudi Arabia's royal family, and most was returned. The attorney general said there was nothing improper and it was time to stop scrutinizing the deposits, a notion echoed by Mr. Najib.
Investigators in two other countries, while agreeing most of the $681 million ultimately was returned, believe the money originated with aMalaysian state development fund called 1MDB that the prime minister founded, according to people familiar with the probes.
The investigators believe the money moved through a complex web of transactions in several countries and with the help of two former officials of Abu Dhabi, a Persian Gulf emirate with which 1MDB has deep ties.
The investigators are focusing on an entity they believe was a crucial conduit: a firm with a name almost identical to that of a state-owned Abu Dhabi company called Aabar Investments PJS.
In filings, the 1MDB fund has reported paying more than a billion dollars to Aabar—not specifying a full name. Rather than going to the state-owned Abu Dhabi company, investigators believe the money flowed to the similarly named firm, which was registered in the British Virgin Islands, and $681 million made its way circuitously from there to Mr. Najib's account.
Prime Minister Najib set up 1MDB—short for 1Malaysia Development Bhd.—several years ago to spur economic growth. He heads its board of advisers and often has been involved in its decision making, according to board minutes from several years.
The fund became the subject of investigations about a year ago after it ran up $11 billion of debt. Probes began not just in Malaysia but eventually also in the U.S., Switzerland, Singapore, Hong Kong and, said people familiar with the matter, in Abu Dhabi too.

The Journal reported last year that some of the fund's money went for projects that helped Mr. Najib's party retain power in a close 2013 election. Mr. Najib dismissed this description as a claim by political foes, and 1MDB denied playing a role in politics.
In a rare public comment about an active investigation, the Swiss attorney general said in January he suspected that $4 billion had been misappropriated from 1MDB through "complex financial structures." The 1MDB fund said it hadn't been contacted by any foreign investigators but stood ready to cooperate.
Mr. Najib has denied wrongdoing or taking any money for personal gain.
His office declined to comment on the assertion the money deposited in his accounts exceeded $1 billion. Most money beyond the previously identified $681 million arrived in 2011 and 2012, said two people familiar with flows into his accounts and a person familiar with one overseas probe. The $681 million arrived in 2013.
Mr. Najib's office also wouldn't comment on overseas investigators' belief that the $681 million originated with 1MDB. That description of its origin is based on bank transfer and loan documents, on interviews with people familiar with the probes in two countries, and on interviews with one of the people familiar with the flows into Mr. Najib's accounts.
The 1MDB fund declined to comment for this article. It said in a separate statement Feb.19 it "has not paid any funds to the personal accounts of the Prime Minister."
Malaysia's attorney general, Mohamed Apandi Ali, didn't respond to requests for comment.
Mr. Najib unveiled 1MDB during a 2009 visit to Abu Dhabi. Aabar Investments PJS, the state company there, later pledged to help 1MDB acquire power plants and build a finance center in Kuala Lumpur.
Little of that investment flowed, according to financial statements of Aabar's parent company, International Petroleum Investment Co., or IPIC, which is an Abu Dhabi sovereign-wealth fund. IPIC guaranteed billions of dollars of 1MDB bonds, though.
The Journal in December reported the transfer of some money from 1MDB into the firm with a name similar to Aabar's. The 1MDB fund then said it stood by its financial reports, which show payments to Aabar.
The fund's website and financial filings said it paid $1.4 billion to Aabar—without specifying a full name—as a cash deposit in 2012. The fund also paid nearly $1 billion in 2014 to extinguish options given to IPIC for guaranteeing bonds, according to a draft report by Malaysia's auditor general.
IPIC has denied to 1MDB that either IPIC or Aabar ever received this nearly $2.4 billion, said people familiar with the matter.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir keluar Umno jadi aset pembangkang, lapor akhbar

Posted: 29 Feb 2016 06:55 PM PST

Pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad daripada Umno berkemungkinan akan membuka ruang lebih luas untuknya terus lantang bersuara mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memandangkan beliau bukan lagi ahli parti itu, kata penganalisis politik Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali.
Fuad dilaporkan akhbar Sinar Harian berkata, kempen turun padang menjelaskan keputusannya mungkin dijadikan "senjata" untuk terus menyerang Najib.
"Sudah tentu kali ini suaranya lebih lantang kerana beliau bukan lagi ahli Umno. Tambahan, beliau bukan dipecat, tetapi merelakan dirinya keluar parti itu.

"Kelantangan suara Dr Mahathir juga pastinya akan turut diraikan parti pembangkang yang mahukan presiden Umno itu turun daripada jawatannya, selain peluang buat segelintir pihak yang mahu lihat Barisan Nasional (BN) berpecah," katanya. Katanya, pengunduran Dr Mahathir mengundang pelbagai implikasi seperti kemungkinan akan ditubuhkan parti baharu yang mahukan beliau bertindak sebagai penasihat atau presiden.
"Jika tidak ditubuhkan parti baharu sekali pun, Dr Mahathir tetap akan menjadi aset buat parti pembangkang yang akan cuba mendekatinya demi kepentingan politik.
"Orang ramai pula masih melihatnya sebagai negarawan tersohor," beliau dipetik berkata akhbar itu.
Mengulas lanjut mengenai pengunduran bekas perdana menteri itu, Fuad berkata tindakannya itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kelantangannya mengkritik Umno dan pucuk kepimpinan negara sebelum ini.
Katanya, Dr Mahathir mungkin merasakan ia keputusan terbaik dan terakhir.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir lebih berbisa di luar Umno, kata penganalisis

Posted: 29 Feb 2016 06:53 PM PST

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno tidak membawa banyak perbezaan terhadap parti dalam tempoh terdekat kecuali jika beliau mampu mencetuskan kesan berkait sehingga mengakibatkan lebih ramai meninggalkan parti itu, kata penganalisis.
Impak daripada tindakannya itu bagaimanapun lebih dirasai di luar Umno sekiranya beliau terus-terusan menyerang kepimpinan Umno yang boleh mengakibatkan parti Melayu itu merana menjelang pilihan raya akan datang.
Namun, tindakannya meninggalkan Umno masih lagi dilihat tindakan solo, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Wan Saiful Wan Jan.

"Saya tidak rasa tindakannya keluar Umno akan memberikan impak, kecuali jika beliau mampu mencetuskan lebih banyak pemimpin bertindak keluar Umno. Jika ini kekal sebagai protes bersendirian, tiada perbezaan akan berlaku. "Bagi mencetuskan impak, perlu ada rangkaian protes yang lebih besar," katanya kepada The Malaysian Insider.
Wan Saiful bagaimanapun berkata ia tidak akan berlaku kerana pengaruhnya tidak sebesar sebelum ini.
"Sukar bagi beliau untuk melakukannya kembali."
Dr Mahathir semalam mengumumkan keluar Umno, dan berkata parti itu bukan lagi Umno yang dikenalinya kerana ia begitu cuba untuk mengekalkan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Beliau pernah meninggalkan Umno pada Mei 2008 kerana tidak gembira dengan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengakibatkan kekalahan teruk Barisan Nasional hingga kehilangan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen.
Dr Mahathir kembali semula menyertai Umno tahun berikutnya.
Kali ini, tindakannya itu sudah dijangka dan berkemungkinan usaha terakhir yang boleh dilakukannya, kata Wan Saiful.
Tindakan Dr Mahathir sudah dijangka susulan kritikan dilemparkannya terhadap Najib tidak memberikan kesan mengejutkan, kata felo Penang Institute Dr Wong Chin Huat.
Wong berkata, ini kali ketiga Dr Mahathir meninggalkan Umno jika pemecatannya oleh Tunku Abdul Rahman diambil kira pada 1969.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir rancang tubuh gerakan bersama Pakatan Harapan singkir Najib

Posted: 29 Feb 2016 06:52 PM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad merancang menubuhkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang dalam Pakatan Harapan bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Matlamat utama gerakan itu ialah untuk menyingkirkan Najib, kata Dr Mahathir tetapi beliau tidak berhasrat menubuhkan sebuah parti politik baharu.
"Ia belum lagi ditubuhkan. Saya berharap sebuah gerakan utama dapat menunjukkan komitmen mereka dengan menandatangani deklarasi bersama.

"Kita bersetuju untuk satu perkara, iaitu menyingkirkan Najib," kata beliau pada sidang media di Putrajaya merujuk kepada parti pembangkang jika mereka bersetuju untuk bersama-sama dalam gerakan tersebut. Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Terdahulu, Dr Mahathir juga mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Amanah dan PKR di pejabatnya.
Antara yang hadir ialah pemimpin Amanah, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa.
Selain itu turut hadir ialah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan Tamrin Ghafar.
Dr Mahathir juga baru-baru ini mengesahkan menjadi penaung kepada kumpulan penentang Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dalam usaha mendesak peletakan jawatannya.
Dr Mahathir hari ini mengumumkan keluar Umno atas alasan parti utama kaum Melayu itu sudah lari daripada landasan perjuangan sebenar.

Penasihat Najib pegang amanat Rosmah agar percaya qada dan qadar Allah

Posted: 29 Feb 2016 06:50 PM PST

Penasihat kepada perdana menteri, Datuk Seri Dr Khairil Annas Jusoh berpegang kepada amanat Datin Seri Rosmah Mansor yang menggesa agar beliau berserah diri kepada Allah dalam kehidupan.
Khairil berkata, pesanan itu disampaikan Rosmah kepadanya sebelum menghantar buku tulisannya tentang kerjaya politik Datuk Seri Najib Razak selama 40 tahun untuk dicetak.
"Hari itu saya tanya Datin (Seri Rosmah) apa 2 perkara Datin hendak beritahu sebelum saya muktamadkan buku saya. Dia sebut, percayalah kepada qada dan qadar dan rezeki daripada Allah.

"Orang tak kenal kita Nas (nama mesra Khairil pada Rosmah), orang boleh cakap macam-macam. "Itulah dia ketabahan seorang isteri," katanya semasa pelancaran buku meja kopinya tentang kerjaya politik perdana menteri selama 40 tahun bertajuk "Najib Razak Berjiwa Besar: Empat Dekad Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976 - Kini), di Kuala Lumpur petang ini.
Buku setebal 467 halaman itu dijilid dengan kulit keras dan setiap halamannya dicetak menggunakan kertas berkilat.
Ia diterbitkan Yayasan Penyelidikan Transformasi (FORT) yang dipengerusikan Khairil sendiri.
Dalam ucapan sama, Khairil turut menceritakan pengalamannya bekerja dengan Najib yang disifatkan sebagai seorang yang sangat budiman dan amat susah marah.
Katanya, sejak mula bertugas pada 1997, beliau hanya pernah dimarahi Najib yang dirujuknya sebagai "bos" sebanyak 3 kali.
"Datuk Seri Mohd Najib ini saya amati secara dekat, secara harian dalam tugas saya selama berbelas tahun, 3 kali saja marah dekat saya.
Read More / Baca Lagi >>

Perjuangan PAS bukan rebut kuasa, kenyataan paling pelik Hadi – Mat Sabu

Posted: 29 Feb 2016 06:44 PM PST

Tak guna kita buat makan malam, kita buat kutipan derma, bertanding pilihanraya tapi tak mahu kuasa.
mat-sabu-hadi
KUALA LUMPUR: AMANAH menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang pemimpin politik yang pelik.
Persidennya, Mohamad Sabu berkata demikian susulan kenyataan Abdul Hadi bahawa PAS tidak kemaruk kuasa perintah negara.
"Parti AMANAH bersama dengan rakan rakan dalam Pakatan Harapan akan bertanding dan ambil alih pentadbiran Malaysia.
"Sebab presiden parti lama saya (PAS) berkata tidak bertujuan untuk berebut kuasa. Kami (AMANAH) nak rebut kuasa.
"Tak guna kita buat makan malam, kita buat kutipan derma, bertanding pilihanraya tapi tak mahu kuasa. Ini ucapan yg paling pelik dalam dunia sebagai ahli politik," katanya semasa ucapan majlis makan malam muhibah anjuran AMANAH Wilayah Persekutuan, malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M, Muhyiddin bukan Anwar, UMNO kekal kuat

Posted: 29 Feb 2016 06:42 PM PST

Tan Sri Muhyiddin tiada kemampuan seperti Datuk Seri Anwar dan Tun Musa untuk melawan ketuanya.
anwarNegara 'bergegar' dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan kemudian penggantungan sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Sana sini orang bercakap mengenainya dan ada pihak merasakan UMNO akan lemah dan menerima akibat akan polemik Tan Sri Muhyiddin pada pilihan raya akan datang.
Tan Sri Muhyiddin pula menerusi kenyataan demi kenyataan, cuba menekan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan dibantu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada masa yang sama, anak Tun Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah ke-11, bekas menteri Kabinet zaman Mahathir dan juak-juaknya turut berpadu tenaga 'mengenakan' Datuk Seri Najib.
Tidak cukup dengan itu, semalam Tun Dr Mahathir bertalak sekali lagi dengan UMNO, atas alasan mahu menekan Datuk Seri Najib berhenti jadi Perdana Menteri.
Jika dilihat pada permainan penentang Datuk Seri Najib, memang nampak anak Tun Razak ini akan tamat karier politiknya tak lama lagi, kononnya kemarahan rakyat membahang dan UMNO akan terjelepuk jatuh.
Berdasarkan perkembangan politik tanah air ini, kita mencuba membandingkan pertembungan politik antara Perdana Menteri dengan orang nombor duanya, berdasarkan situasi dan kehangatannya mengikut sejarah.
Ikut rekod, pertembungan itu pernah membabitkan Tunku Abdul Rahman Putra dengan Tun Razak, Tun Mahathir dengan Tun Musa, Tun Mahathir dengan Tun Ghafar Baba dan Tun Mahathir sekali lagi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seingat kita, dalam banyak-banyak pertembungan Perdana Menteri dengan timbalannya, Datuk Seri Anwar yang paling 'ganas', diikuti Tun Musa.
Ingat lagi kes pemecatan Datuk Seri Anwar, memang menggugat kestabilan UMNO sehinggakan ketika pilihan raya, ramai orang Melayu memprotes dan meninggalkan UMNO, sehingga terpaksa mengharapkan pengundi Cina dan India serta Sabah dan Sarawak untuk kekal berkuasa. Kesannya, Barisan Nasional hilang Terengganu.
Tidak cukup dengan itu, pada 2008 dan 2013, sekali lagi UMNO Barisan Nasional 'panas' sebab hilang majoriti 2/3 sebab taktik politik Datuk Seri Anwar. Pembangkang memang bersatu melawan UMNO Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Anwar. Kesannya sampai sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 3:40 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Pas sedang bergelut cari alasan untuk perbetulkan kenyataan Hj Hadi

Posted: 29 Feb 2016 08:00 AM PST

Kenyataan Hj Hadi tidak lama dulu
    Dr Ahmad Shamsuri, Setiausaha politik Hj Hadi cuba nak selamatkan Pas dari kenyataan Hj Hadi yang lok-lak.

 Ahmad Shamsuri tuduh kenyataan yang dilaporkan itu "sekerat-sekerat hinggqa memberikan maksud yang sangat salah kononnya Presiden Pas setuju untuk Pas memberikan sokongan kepada Umno BN"
 
Kenyataan Hj Hadi yang terbaru
   Begitulah juga dengan mangkuk-ayun. Mereka kata kenyataan Hj Hadi itu diputar belit atau di spin begitu rupa....

  Hoi mangkuk! kitaorang semua masih ingat kenyataan yang hampir sama yang pernah Hj Hadi buat ketika Pakatan Rakyat 2.0 berura-ura untuk membentang undi tidak percaya terhadap Najib dan mencadangkan 'Kerajaan Transisi'.

 Hj Hadi memandang sinis dan menyindir terhadap tindakan pihak pembangkang itu.

 Hj Hadi enggan menyatakan sokongannya terhadap langkah Pakatan Rakyat 2.0 untuk membawa usul tidak percaya terhadap Najib. 

 Hj Hadi kata, "PAS bukan parti yang berebut kuasa. PAS ialah parti yang nak menunaikan amanah! Itu membela rakyat! Kita tak rebut kuasa!" 

 Memang kenyataan yang lok-lak! Apasal PAS selama ini ikut menyertai pilhanraya kalau tidak mahu rebut kuasa? Ada vdonya untuk membuktikannya:

Najib perlu disingkirkan!

Posted: 29 Feb 2016 06:16 AM PST

Mahathir mencadangkan sebuah gerakan utama bersama parti 
pembangkang untuk menyelaraskan usaha memerangi Najib.
  Umno perlu digulingkan daripada kuasa jika terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

 "Parti itu perlu digulingkan.

 "Tetapi pembangkang tidak mempunyai majoriti," kata Mahathir ketika ditanya sama ada Umno perlu disingkirkan.

 Mahathir juga menolak sebarang harapan mengenai usul undi tidak percaya terhadap Najib kerana katanya, ahli parlimen Umno tidak mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.

 Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini ketika mengumumkan bahawa dirinya akan keluar Umno.

 Sebelum majlis itu, Mahathir berjumpa dengan beberapa pemimpin pembangkang termasuk, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli, dan Hanipa Maidin dari AMANAH dan naib presiden PKR Tian Chua.

 Beliau berkata mereka berbincang dan bersetuju bahawa Najib perlu disingkirkan.

Ditanya apa langkah seterusnya, Mahathir mencadangkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang untuk menyelaraskan usaha memerangi Najib.

 "Ia belum lagi ditubuhkan. Saya berharap sebuah gerakan utama dapat menunjukkan komitmen mereka dengan menandatangani deklarasi bersama.

 "Kita bersetuju untuk satu perkara, iaitu menyingkirkan Najib," katanya.

 Namun, menurut Mahathir, dirinya tidak akan mengetuai kumpulan teras itu.

 "Saya akan jadi seorang daripada (ahli) mereka bukannya ketua," kata Mahathir.

 Mahathir hari ini mengumumkan keluar Umno atas alasan parti itu sudah lari daripada landasan perjuangan sebenar.

Adakah cerita karut ini Pasma yg buat?

Posted: 29 Feb 2016 02:00 AM PST

MENGAPA HAJI HADI WAJIB BERUNDUR DARIPADA PRESIDEN PAS PUSAT TAHUN INI (2015), ANTARANYA (ini antaranya sahaja, ada lagi dalil2 yang lain yang lebih sulit):-

1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.

 2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008. 

3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.

4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.

5. Bertembung di dun Kota Damansara dan tiga dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS). 

6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.

7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain). 

8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14). 

9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS. 

10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu). 

11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno). 

12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang. 

13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz. 

14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan. 

15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN. 

16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan. 

17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa). ~ sumber

Muhd Mufiz Tuan Hj Ismail : ..berat tuduhan CIM dih? Tak wajar ditolak mentah-mentah. Kena siasat dulu. Kena tabayun......sebahagian besar masaalah PAS bercelaru hari ini adalah berpunca drp HH....kepimpinan yang lemah. 

 Kita terima hakikat yang kecelaruan yang berlaku dalam PAS hari ini berpunca dari pemilihan. Pemilihan dah 9 bulan berlalu. Jadi sepatutnya sudah ada usaha untuk merapatkan saf. Sudah ada usaha untuk membina balik persaudaraan dan silaturahin yang terenggang didalam PAS disebbkan oleh p3milihan lepas. Tapi xde usaha kearah itu. PAS dulu kuat kerana ikatan persaudaraan dan silaturahim kukuh sesama ahli.

 Bila parti masih bercelaru akibat pemilihan yang sengit dan xde usaha untuk memulihkan keadaan - ini tanda paling asas dan utama menunjukkan kelemahan kepimpinan.

Muhd Mufiz : Bukan sahaja melanggar perjanjian...dah jadi satu pengkhianatan....pengkhianatan kpd amanah jawatan sebagai Presiden, pengkhianatan kepada dasar dan perlembagaan PAS....yang sedihnya beliau seorang ulamak yg hebat dan mempunyai ijazah sarjana bidang politik Islam dari Al Azhar!!!!!!!....kalau pakmat kapit yg buat kita boleh paham sbb dia buta sejarah perjuangan PAS dan perlembagaan parti...pakmat kapit buts huruf...

Hj Hadi sedia jadi pendokong kuat Barisan Nasional?

Posted: 29 Feb 2016 01:12 AM PST

Hj Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak berhasrat untuk merampas tampuk
 pemerintahan daripada Umno dan sedia jadi pendokong kuat Barisan Nasional. 
  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak berhasrat untuk merampas tampuk pemerintahan daripada Umno, lapor Utusan Malaysia.

 Menurut akhbar milik Umno itu, Hadi juga mengakui PAS bersedia menjadi pendokong kuat kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.

 Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS bukanlah parti yang kemaruk kuasa kerana agenda sebenar mereka ialah untuk menegakkan syiar dan undang-undang Islam mengikut hidayah Allah.

 "Macam mana kita nak cari pemerintahan begini iaitu balik kepada Islam. Justeru, PAS mengajak kembali kepada Islam khususnya orang Melayu, tidak kira PAS atau Umno dan PAS tak tamak kuasa.

 "Kalau Umno kembali pada Islam laksanakan Islam mengikut hidayah Allah, bukan kerana Islam untuk dapatkan sokongan rakyat kerana serta benar-benar ikhlas kerana Allah.

 "Kita akan dokong agar Islam ditegakkan. PAS tak berebut jawatan atau kuasa. Apa yang PAS mahu hanya Islam ditegakkan," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia. 

 Ini bukan pertama kali PAS menunjukkan sokongan terbuka kepada musuh tradisinya Umno.

 November lalu Hadi mengeluarkan kenyataan mahu menjadi penasihat kepada kerajaan.

 Beliau berkata perjuangan PAS kini berpaksi kepada mengubah dasar pemerintahan kerajaan dan bukannya lagi ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara. – 29 Februari, 2016.~ sumber

Saya benci rasuah, tapi bukan orang yang rasuah

Posted: 28 Feb 2016 05:22 PM PST


  Nampaknya kenyataan Presiden PAS, Hj Hadi "Saya anti Umno .... tetapi tidak (anti) orang Umno" menjadi viral dan mengundang pelbagai reaksi netizen dengan pelbagai komen.

ZnaLim Kushairi  : "Saya benci rasuah, tapi bukan orang yang rasuah"

Abe Awang Malaya : Mahathir nak jatuhkan Najib untuk selamatkan UMNO..... Hadi Awang nak lawan UMNO untuk selamatkan Najib.

Rasid Jamaldin : Laluan UMNO & AHLI UMNO . Hadi tak anti ahli umno tetapi umno. Najib ahli umno bukan umno. Rm2.6 bilion siapa yang ambik hadi oiiii.. Ahli ke parti. 

Ketawa Mat : KAHKAHKAH.. Ade jee cara nak bodek Najeb.. Ada yg cium tangan sampai menonggeng laa.. Ada yg puji kentut Rosmah wangi laa.. Yg klr stament bangang membodoh diri pun ramaiii.! Tapi itu semua tak leh chelenge bodek win Haji Hadi nii.. Nii namanya mem B.O.D.E.K putus skru, urat putusss.. Benci dgn UMNgOk..tapi T.A.K benci dgn mrk yg memimpin UMNgOk.! 

Kahkahkah.. Ingat UMNgOk nii dipimpin oleh org utan kee.? UMNgOk nii dipimpin oleh org laa..O.R.G..bukannya haiwan.! Tapi takpee laaa.. Pengerusi GMM pun dah dlm tangan..Ketua Kluster MPI pun dah ditatang.. Bodek punnn..bodekkk laaaaa.. Walaon terus bodoh, jadi pak angguk, jual taik unta.. KAHKAHKAH.. 

Saje nak tanya.. Kalau laaa Haji Hadi pegi ke himpunan Anti Najeb 27hb nanti.. Nasha & Harun nak makan apa.? Kahkahkah.. Nasib baik awal2 ckp x pegi.. Selamat jawatan pengerusi GMM & Kluster MPI.. KAHKAHKAH..

Zulkiply Ishak : Menjadi tanda tanya.....kalau kenyataan begini apa maksud sebenarnya. Bukankah Parti Umno didokong oleh orang Umno.

Mana mungkin tanpa orang Umno,Parti Umno boleh tertegak di Malaysia ini...

Abe Awang Malaya : Ana nak lawan UMNO je, tapi ana bukan nak lawan orang UMNO----- Lebai Biawak.
*Nota kepala lutut :

Kalau setakat nak lawan UMNO, tak susah.... UMNO bukan ada nyawa... Pergi cabut papan tanda UMNO tengah malam atau pergi bakar pejabat UMNO.... selesai.

Akram YusofYang bunuh mamali bukan umno..tapi org umno..yang rasuah bukan umno..tapi orang umno..yg tindas rakyat bukan umno..tapi org umno..yang salah guna kuasa bukan umno tapi org umno..yang penjarakan anwar pun bukan umno..tapi org umno..tiba2 mari sapa tah macam tak betul skit, kata kita anti Umno..tpi bukan orang umno..MUNG TELANG PIL KUDER BERAPO BUTIR SYIKH?

Penarik Beca : Saya anti Umno, tapi saya tak anti org2 Umno spt Rosmah Mansor, Najib Razak (sedondon hari tu), Zahid Hamidi, Adnan Mansor, Azalina Othman..

Rafizi Ramli : Saya lebih banyak tumpukan serangan kepada sosok tubuh Najib Razak dan isterinya kerana saya percaya beliau membawa lebih banyak kerosakan dan mudharat kepada rakyat. Malah beliau juga membawa kerosakan kepada Umno sehingga Umno berpecah belah dan dibenci rakyat.

 Keputusan-keputusan beliaulah yang menindas rakyat sekarang. Banyak kesengsaraan rakyat yang ada sekarang hanya berlaku di zaman beliau menjadi presiden Umno.

  Sebab itu usaha-usaha untuk menggantikan Perdana Menteri ini (walaupun dari kumpulan yang berbeza) saya fikir wajar disokong. 

 Sebab itu saya akan hadir ke pertemuan tokoh-tokoh untuk menyatakan persetujuan bersama bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak perlu meletakkan jawatan pada 27 Mac 2016 ini.

  Saya harap Dato' Seri Hadi Awang juga akan turut sama, supaya rakyat tidak terkeliru seolah-olah beliau/PAS mempertahankan Dato' Seri Najib Tun Razak pada kala kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri makin memuncak.

Catatan : Ulasan YB Rafizi agak panjang dan memang menarik untuk dibaca. Baca komen sepenuhnya di sini