Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Muhyiddin tolak transformasi, mahukan refomasi

Posted: 28 Feb 2016 05:13 PM PST


TSMY tidak mahu muncul diktator baru tapi sokong diktator lama. Demikian antara petikan kenyataan Muhyiddin:

Dalam menghadapi kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya, Najib menggunakan segalakuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik. Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baharu.

Saya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi (institutional reform) yang lebih menyeluruh. Kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan Peguam Negara mesti dihadkan. Oleh kerana Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, maka sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri boleh terlepas daripada pendakwaan jenayah dengan hanya menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan jawatan Peguam Negara.

Memanglah Muhyiddin adalah pilihan Timbalan PM buat Anwar Ibrahim dan Pak Lah, kenapa masih guna terma reformasi ketika kerajaan utamakan terma yang kurang retorik dan pelbih praktik iaitu transformasi?

Baca ulasan dan pandangan Snapshot2016 SINI

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAFIZI, MOHON MAAF ATAS KETERLANJURANNYA

Posted: 28 Feb 2016 05:14 PM PST


Pengkhianat ISLAM nombor 1 Negara, Rafizi telah membuat fitnah terbaru kepada Lembaga Tabung Haji kononnya pelaburan Tabung Haji di TH Heavy Engineering akan mendedahkan Tabung Haji kepada risiko kerugian RM1.4 bilion dan TH telah memberikan "corporate guarantee" sebanyak RM981 juta. 
Rafizi telah mendedahkan dua dokumen membuktikan dakwaannya iaitu surat kelulusan "corporate guarantee" Kementerian Kewangan dan laporan penuh Penilaian Risiko Pelaburan ("Investment Risk Assessment")yang disediakan oleh Jabatan Pengurusan Risiko dari mukasurat 1 hingga mukasurat 10. Laporan Risiko Pelaburan adalah perkara dan prosedur biasa.

Dan Rafizi menyimpulkan masalah kewangan THHE mempunyai risiko berjangkit kepada kedudukan kewangan Tabung Haji. Wah hebat cara Rafizi mencipta persepsi!

Hakikatnya Tabung Haji setiap tahun kekal mengumumkan keuntungannya serta pembayaran dividen yang tinggi kepada pendepositnya. 

Dimana-manapun setiap pelaburan ada untung ruginya. Cuma dengan segala macam pendedahan Rafizi mengenai THHE ia hanya memberi kesimpulan Rafizi sotong  tidak tahu hujung pangkal mengenai pelaburan THHE. TH Heavy mempunyai kontrak jangka panjang FPSO dengan Nippon Oil dan Petronas. Tapi hendak menyiapkan kapal tu melibatkan perbelanjaan yang besar. Sekiranya projek FPSO dibatal THHE terpaksa menghadapi pelbagai tindakan undang-undang termasuk ganti rugi yang berpuluh kali ganda lebih besar. 

Tapi jika diteruskan sudah tentu kedudukan kewangan THHE kembali positif walau pun kontrak kerja kerja fabrikasi terutama Petronas di tangguh. Kata seorang ahli Lembaga Pengarah THHE. 

Kesilapan Rafizi dengan mendedahkan dokumen Kementerian Kewangan yang dianggap sebagai kelulusan"corporate guarantee" sebanyak RM981 juta adalah satu kesilapan kerana surat dengan rujukan KK/BSBB (S) 10/72-1 Jld.16 sk.4 (8) bertarikh 8 Disember 2016 yang ditandatangani Dato' Dr Mohd Isa Hussain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) hanya dokumen biasa dari Kementerian Kewangan sebagai badan yang memberi perakuan serta kelulusan. Dari segi prosedur kerajaan Tabung Haji mengikut peraturan. Itu pun jika sekiranya Tabung Haji menggunakan kemudahan ini. 

Proses ini sama dengan Kementerian serta agensi lain yang memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) seperti permohonan pelaksanaan Projek Tender Terhad dimana nilai RM 10 juta ke atasmemerlukan perakuan dan kelulusan MOF. Sama ada laksana atau tidak ia terpulang kepada kementerian itu. Kementerian atau agensi boleh memulangkan semula jika tidak menggunakannya atau membatalkannya. Di sini saja membuktikan TH tidak melanggar Akta Tabung Haji.

Cuba baca surat MOF itu secara teliti. Rafizi mempunyai beban pembuktian berat

1. Surat itu hanya menunjukkan RM 981 juta (USD228.2) "corporate guarantee" jika sekiranya Tabung Haji menggunakannya. Adakah TH menggunakannya?

2. Surat ini juga bukan menunjukkan Tabung Haji telah memberi "corporate guarantee" kepada THHE. Boleh Rafizi tunjukkan surat dari TH kepada THHE? 

3. Jika berlaku sekali pun CG, Bank atau entiti apakah yang telah memberi CG kepada THHE?. Ada surat dan dokumen itu?
Surat perakuan dan kelulusan MOF seperti ini biasa kepada kementerian, agensi atau GLC. Lagipun ia hanya digunakan untuk projek FPSO. Tidak terpakai projek lain. Jadi terpulang kepada Tabung Haji sama ada beri kepada THHE atau tidak.
Sekiranya gagal maka Lembaga Pengarah TH akan bertanggungjawab. Bermakna bukan mudah. Jadi menggunakan CG ini perlu komitmen dan tanggungjawab 
Lembaga Pengarah TH
Sebagaimana Rafizi boleh mendapat dokumen MOF serta dokumen risiko pelaburan TH tentu Rafizi boleh mendapatkan bukti Bank atau entiti yang beri CG kepada THHE.

Dan penulis menjangka Rafizi akan bergelut kepada isu bukti ini apabila kini di media sosial FB Rafizi diganyang habis-habisan dan Rafizi berhempas pulas menjawabnya. 

serangan di media sosial kepada Rafizi meminta bukti.

Dan jika Tabung Haji tidak menggunakan atau melaksanakan CG ini maka lantaran itu Tabung Haji berani membuat laporan polis kepada Rafizi kerana memfitnahnya dengan dokumen bertaraf "Sampah". 

Tabung Haji membuat laporan polis dan mencabar Rafizi menamakan bukti pinjaman Bank. 

Apa helah Rafizi selepas ini? mari kita lihat sama-sama.

AHLI PAS DILARANG HADIRI KEMPEN ANTI NAJIB, ARAHAN PRESIDEN PAS

Posted: 28 Feb 2016 07:02 AM PST


Presiden Pas Tuan Guru Haji hadi dan  Tuan Guru Dr Haron Din Majlis syura Ulamak  Pas tidak benarkan Ahli Pas terlibat  Himpunan Anti Najib atau berdepan dengan tindakan dari badan disiplin Pas 




WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:58 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[LIVE][280216] Peristiwa Akhir Zaman -Ust Aswad •Ust Aiman •Ust Ferdaus •Ust Abdullah Khairi

Posted: 28 Feb 2016 05:20 AM PST





JAM 930 MALAM INI.


DULU DI KEDAH, KINI SUDAH MEREBAK KE JOHOR

Posted: 28 Feb 2016 02:21 AM PST

Satu-satunya pemimpin UMNO yang ternampak masih rasional dan berani mengakui wujudnya cabaran besar berikutan penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin ialah Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.
Saya akui keputusan itu menjadi cabaran besar bagi kami di Johor dan saya percaya UMNO perlu bekerja lebih keras, katanya lagi.

Sementara yang lain masih khayal dengan kenyataan-kenyataan  ampu, bodek dan puji yang menggambarkan sudah "kenyang termakan dedak"  atau dengan harapan diberikan lebih banyak lagi "tambahan dedak" berbanding mahu melihat realiti yang sebenar di depan mata.



Hanya beberapa hari setelah penggantungan Muhyiddin, tanda-tanda cabaran besar yang dibimbangi Khaled itu sudah muncul di Johor dan dipercayai akan terus membesar dari semasa ke semasa.

Jika sebelum ini pengguguran Mukhriz Mahathir menyebabkan banyak lambang BN diterbalikkan di Kedah sebagai tanda protes, sekarang ini perkara yang sama sudah berlaku juga di Johor.
Sama seperti Kedah, perubahan mungkin semakin sukar dielakkan di Johor. Dengan pembangkang sudah mempunyai 18 daripada 56 kerusi DUN, segala-galanya tidak mustahil berubah dalam pilihanraya akan datang ekoran ketidakadilan yang dimangsakan terhadap Muhyiddin. (SH 28/02/2016).

Ucapan Dato Husam Musa : Ceramah Perdana Pengkalan Chepa 12 Feb 2106

Posted: 28 Feb 2016 12:50 AM PST

Walauun kena hazam ni....




Modul baharu JPA rugikan bakat muda negara

Posted: 28 Feb 2016 12:38 AM PST


yeo_bee_yin
KUALA LUMPUR 28 FEB: Kerajaan UMNO BN digesa menyemak semula keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar modul biasiswa kepada pinjaman boleh ubah jika peminjam bekerja di sektor kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Menyifatkan ia tidak masuk akal, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata tindakan JPA yang hanya membenarkan 100 peratus pinjaman penuh dikecuali jika seseorang itu bekerja dalam sektor kerajaan, merugikan bakat tenaga muda.
"Peranan sektor swasta sama penting dengan sektor kerajaan. Untuk keluar dari kepompong gaji-kelas pertengahan, ekonomi Malaysia harus pantas berubah kepada pengetahuan-intensif dan ekonomi berteraskan inovasi.
"Mengikut sistem baharu JPA, kita akan membiarkan pelajar JPA yang berbakat, yang mungkin melakukan penyelidikan hebat dan membolehkan ia dikomersial, terpaksa membayar balik biasiswa itu disebabkan dia memulakan perniagaan, bukannya bekerja di sektor swasta," katanya.
Mengikut model baharu itu, pelajar yang bekerja di sektor kerajaan 100 peratus pengecualian bayaran balik pinjaman, manakala mereka yang bekerja di sektor GLC perlu membayar 50 peratus manakala yang bekerja di sektor swasta terpaksa membayar keseluruhan pinjaman.
Bee Yin berkata, model itu harus disasar kepada graduan yang mencapai prestasi baik dari segi akademik mahupun bukan akademik kerana ia lebih efektif dan adil berbanding sistem baharu itu, malah tidak merugikan wang pembayar cukai.
"Mengikut polisi baru JPA, pelajar yang memperoleh CGPA 2.8 tetapi tidak bekerja di sektor swasta, dan hanya menunggu untuk sektor kerajaan dapat pelepasan tetapi pelajar yang memperoleh CGPA tinggi tetapi bekerja dalam sektor swasta, terpaksa bayar semula.
"Terma dan syarat pinjaman boleh ubah itu tidak wajar kerana ia akan mengakibatkan wang pembayar cukai digunakan untuk menanggung pelajar tidak berpotensi," katanya pada kenyataannya hari ini.
Beliau berkata, kewujudan agensi kerajaan, Talen Corp yang melaksanakan program Scholarship Talent Attraction and Retention (STAR) bercanggah dengan tanggungjawab JPA, sekaligus mengakibatkan pembaziran dana kerajaan.
"Sukar dibayangkan, Talen Corp melakukan sebaliknya. Melalui program STAR membantu pelajar tajaan kerajaan untuk bekerja di syarikat sektor swasta "sebagai cara untuk menyumbang balik kepada kerajaan".
"Tetapi mengapa pula JPA mewajibkan pelajar tajaannya bekerja di sektor kerajaan sedangkan STAR melakukan sebaliknya? Kenapa buat dua kerja? Kenapa rugikan wang pembayar cukai untuk Talen Corp sedangkan JPA boleh melakukannya," katanya.
Justeru, beliau menggesa kerajaan menyemak semula keputusan itu untuk memastikan setiap bakat muda diberi hak saksama untuk mencapai potensi mereka.
"Untuk Malaysia menjadi berdaya saing di arena antarabangsa, kita harus segera menguruskan bakat yang ada dengan baik," katanya.

Cybertrooper Umno ubah artikel Forbes fitnah Guan Eng

Posted: 28 Feb 2016 12:35 AM PST


LKS
KUALA LUMPUR, 28 FEB: DAP yang sering kali dijadikan sasaran fitnah oleh media milik UMNO BN, kali ini sekali lagi menjadi mangsa berikutan penyebaran fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tersenarai kononnya antara 50 individu terkaya di Malaysia.
Mengutuk keras penyebaran fitnah yang jelas berniat jahat itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ia dipalsukan daripada senarai yang disiarkan majalah Forbes dan diubah secara tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan Ahli Parlimen Bagan itu.
"Saya melakukan carian pantas dan mendapati ia diubah dari artikel Forbes, 50 Individu Terkaya di Malaysia, dan kesemua senarai itu betul, kecuali di kedudukan ke-22, bukannya Guan Eng, tetapi Lim Wee Chai," katanya pada kenyataan media semalam.
Menurutnya, Guan Eng tidak tersenarai pun dalam kedudukan itu, malah beliau bukan antara 500 atau 5,000 atau 50,000 orang terkaya di Malaysia, tetapi cybertrooper UMNO sanggup merendahkan martabat mereka sendiri untuk mencipta fitnah keji tersebut.
Malah, katanya, fitnah mereka sama seperti pembohongan kononnya Israel memberi derma RM1.5 bilion kepada DAP untuk membina pangkalan tentera laut di Port Dickson, kononnya ada resolusi DAP untuk menjadikan Malaysia "negara Kristian", dan kononnya beliau (Kit Siang) berada di Kuala Lumpur dan mengetuai perarakan 13 Mei 1969 – yang mana semua itu tidak berasas dan palsu belaka.
Sehubungan itu, Kit Siang membidas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang didakwa mengamalkan dwi-standard dengan tidak menghiraukan penyebaran bahan palsu seumpama itu walaupun ia jelas satu fitnah yang tidak berasas.
Sedangkan, kata beliau lagi, portal berita The Malaysian Insider (TMI) yang mengeluarkan artikel atau berita yang sahih berkaitan salah laku yang dilakukan pemimpin tertinggi UMNO BN pula dikenakan tindakan keras sehingga menyaksikan laman itu disekat aksesnya.
"Pengalaman DAP dengan SKMM sering mengecewakan, walaupun banyak laporan sudah dibuat kepada SKMM terhadap penyebaran berita fitnah dan berbahaya oleh media milik UMNO, tidak ada sebarang tindakan diambil agensi itu," katanya.
Mengulas lanjut mengenai sekatan terhadap TMI, Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, kerajaan seharusnya meraikan kebebasan bersuara dan tidak menyekat amalan demokrasi di negara ini.
"Kerajaan UMNO BN tidak sepatutnya mengambil tugas dengan menentukan untuk rakyat Malaysia apa yang betul, separuh betul, fitnah dan pendapat untuk membuat pengadilan sendiri, sebaliknya harus terus jujur dan setia terhadap jaminan hak Perlembagaan untuk setiap rakyat Malaysia," katanya. – Roketkini.com

Ulama TULEN Ni Dia Tak KONDEM Orang..Dia RESPECT Orang - Ustaz Shamsuri Terbaru

Posted: 28 Feb 2016 12:31 AM PST

HUSAM SERTAI KEMPEN ‘SELAMATKAN MALAYSIA’

Posted: 28 Feb 2016 12:25 AM PST

REFORMASI TOTAL: ‘MUHYIDDIN CONTOHILAH ANWAR’ – RAFIZI

Posted: 28 Feb 2016 12:22 AM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:50 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Mahathir ikut himpunan Zaid kerana malu Mukhriz disingkir – Nazri

Posted: 28 Feb 2016 09:31 PM PST

Himpunan anti Najib tak akan berkesan, kata Nazri

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menempelak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dengan mengatakan bekas pemimpin itu menyertai himpunan anti-Najib kerana malu anaknya dilucutkan jawatan Menteri Besar Kedah.
Nazri menyatakan bekas ketuanya itu menyertai himpunan tertutup anti Najib anjuran bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim untuk membalas dendam terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
"Anda kena ingat Mahathir ni pendendam. Jadi dia malulah. Anak dia tak sampai sepenggal pun telah hilang jawatan Menteri Besar. Itu suatu perkara yang memalukan keluarga dia. Apa yang lebih malu bila digugur tak ada siapa pun nak demonstrasi. Jadi mungkin bukan saja untuk balas dendam terhadap Najib, beliau menyertai Zaid Ibrahim, seorang lagi political failure.
"Pada sayalah, dia nak buat sesuatu tunjuk orang marah nak gugurkan Mukhriz," kata beliau dalam satu wawancara di sini, semalam.
Jumaat lalu, Mahathir menyatakan beliau akan menyertai himpunan tersebut kerana tiada lagi jalan lain bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan pimpinan Najib.
Nazri mengalu-alukan himpunan tersebut yang menurut beliau tidak akan berjaya seperti mana himpunan yang dilakukan sebelum ini.
Beliau dengan sinis menyatakan Mahathir tidak mampu melakukan apa-apa setelah MT membuat keputusan menggantung bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Alah bisa tegal biasa. berpuluh kali dah dia buat himpunan begini. Asalkan dia ikut peraturan sudahlah. Bagilah kebebasan.
"Waktu dia jadi Perdana Menteri dia tak bagi kita demonstrasi… jadi biarlah. Dia teringin nak demonstrasi. Saya sudah cakap dulu bukan dia boleh buat apa pun. Baling batu dekat gelas pun tak pecah. Biarlah dia," kata beliau.

Politiknya, Muhyiddin ‘tewas’ di tangan Anwar kata Macai Umno

Posted: 28 Feb 2016 09:30 PM PST


Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan dan Umno pada 1998, negara terjerumus dalam keadaan huru-hara, dengan ribuan turun ke jalanan sebagai tanda protes.
 Walau bagaimanapun, senario sama berlaku sekarang yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal mencetuskan keadaan seumpama itu.
Membandingkan kedua-dua insiden itu, satu artikel dalam laman web pro-Umno Mykmu.net berhujah bahawa apa yang berlaku membuktikan bahawa Muhyiddin tidak memiliki pengaruh seperti Anwar.
"Mungkin perbandingan dua reaksi itu boleh disimpulkan sebagai Muhyiddin tidaklah terlalu hebat sangat pengaruhnya jika dibandingkan dengan Anwar.
"Politiknya, Muhyiddin 'tewas' di tangan Anwar," kata penulisnya.
Menurut artikel itu, jika Anwar pun Muhyiddin tidak mampu tewaskan, apatah lagi berdepan dengan Najib dan majoriti warga Umno di seluruh negara.
"Jika bersandarkan 200-300 ketua cawangan dari lebih 20,000 ketua cawangan, dan hanya dibantah 2-3 Umno bahagian saja, apakah Muhyiddin fikir beliau terlalu besar pengaruh politiknya?
"Mungkin kerana Muhyiddin merasakan (Tun) Dr Mahathir dan anaknya (Datuk Seri) Mukhriz, serta Datuk Seri Shafie Apdal berada di kemnya maka beliau boleh memaksa Najib turun sebagaimana Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu?
Henti melatah
Sebagai ahli politik yang berpengalaman, Mykmu menasihatkan bekas timbalan perdana menteri itu supaya menjadi lebih matang dan tidak melatah yang bukan-bukan sehingga memalukan diri sendiri.
"Cuba belajar dari Allahyarham Tun Ghafar Baba dulu. Ada beliau bersikap seperti Muhyiddin? Belajarlah dari Tun, Tan Sri…," katanya.
Mengambil contoh bekas pemimpin nombor dua PAS Mohamad Sabu, Mykmu juga berkata, adalah menjadi tradisi politik di Malaysia, mana-mana timbalan presiden yang 'serang' presiden selalunya tidak lama jangka hayat politik mereka.
Menurut artikel itu, apabila Anwar berseteru dengan Mahathir, "habis dikorek dan didedahkan segala kesalahan dan jenayahnya bagi mencari jalan supaya dipecat segera".
"Sekurang-kurangnya Muhyiddin belum lagi diperlakukan sebegitu dan khabarnya beliau tidaklah sesuci mana," katanya.

Alasan gantung Muhyiddin demi kaburi mata rakyat - ZAM

Posted: 28 Feb 2016 09:28 PM PST



SHAH ALAM –  Dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung kerana tidak menjalankan tugasnya sebagai timbalan presiden Umno adalah sengaja dibuat untuk mengaburi mata rakyat terhadap realiti yang sebenarnya.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, sekiranya tiada kepercayaan daripada parti dan presiden selain digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, bagaimana Muhyiddin hendak menjalankan tugasnya, sebagai timbalan presiden Umno.
Tan Sri Zainuddin Maidin "Ahli parti sendiri mengetahui bahawa Muhyiddin sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa. Takkan beliau nak jadi seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
"Itu hanya alasan (tidak menjalankan tugas) yang digunakan mengaburi mata rakyat daripada hal yang sebenarnya. Tapi kita tidak bolehlah anggap rakyat sebodoh itu untuk menerima penggantungannya yang kononnya dilakukan tanpa campur tangan perdana menteri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Zainuddin turut mempersoalkan pendirian Pemuda dan Puteri Umno yang seakan sepi dalam isu berkenaan.
"Sepatutnya mereka ke depan pertahankan tindakan menggantung Muhyiddin. Tetapi suara mereka seakan sepi. Kenapa? Adakah ini bererti mereka tidak menyokong tindakan itu?
"Pemuda dan Puteri sayap kanan Umno, tetapi mereka tidak menunjukkan pendirian tegas. Sedangkan mereka wakili golongan muda," katanya.
Menurut Zainuddin, sikap 'senyap' Pemuda dan Puteri seolah-olah menggambarkan tindakan itu sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh parti dan dakwaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau mendapat sokongan penuh parti boleh dipersoalkan.

Persepsi buruk menanti Muhyiddin kalau keluar Umno

Posted: 28 Feb 2016 09:27 PM PST

SHAH ALAM - Meskipun diketepi dalam parti, Tan Sri Muhyiddin tidak akan sesekali mengundur diri dari Umno dan menyertai parti lain, jangka penganalisis politik, Dr Shamsinoor Abdul Azzis.
Ini kerana Timbalan Presiden Umno itu mempunyai semangat dan kesetiaan yang tinggi kepada parti keramat itu.
Muhyiddin Yassin "Secara peribadi, saya tidak rasa yang Muhyiddin akan melangkah keluar parti. Itu akan mengundang persepsi tidak baik kepada beliau. Kalau beliau undur (daripada Umno) mungkin rakyat dan penyokong akan melihat beliau sebagai pemimpin yang lemah.
"Bagaimanapun sekiranya beliau disingkir (daripada Umno), ia akan mengundang simpati daripada ramai pihak, sekaligus menguatkan sokongan terhadapnya," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel) itu juga turut berpendapat yang Muhyiddin bakal kesukaran dalam menentang Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan pemimpin itu mempunyai barisan penyokong yang setia kepada pemimpin itu.
"Sebelum beliau (Muhyiddin) digantung pun beliau sudah ada sokongan daripada akar umbi. Sekarang pun banyak menunjukkan orang Umno menyokong beliau.
"Bagaimanapun, Najib akan tetap kekal kerana yang menyokongnya bukan hanya ahli biasa, sebaliknya orang yang mempunyai kepentingan. Najib hanya boleh diturunkan sekiranya ahli Umno yang berjuta ini menunjukkan kesungguhan untuk menggantikan Najib," katanya.

Penggantungan Muhyiddin bakal sebabkan perpecahan Umno Johor

Posted: 28 Feb 2016 09:22 PM PST

Penganalisis menjangka penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Umno akan menyebabkan keresahan dalam parti terutama di Johor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Februari, 2016.Penganalisis menjangka penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Umno akan menyebabkan keresahan dalam parti terutama di Johor. Penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Umno sudah pasti akan menyebabkan keresahan dalam parti, terutama sekali di tempat kelahiran parti pemerintah Melayu itu di Johor, kata peninjau pendapat awam bebas Ibrahim Suffian, hari ini.
Bercakap dalam ruangan bual bicara di radio BFM pagi ini, pengarah eksekutif Merdeka Center itu berkata, pasti akan ada rasa tidak selesa terutama di kawasan yang setia pada bekas timbalan perdana menteri itu, seperti di Pagoh yang juga kawasan Parlimen beliau dan di sekitarnya.
"Saya tidak fikir akan berlaku pemberontakan di seluruh negara, tapi ia pasti berlaku keresahan di dalam Umno Johor dan kita perlu lihat bagaimana ia berkembang dalam tempoh 2 tahun.

"Sama ada ia akan menjejaskan dan memecahkan dalaman parti itu di Johor," kata Ibrahim kepada pengacara rancangan itu Sharaad Kuttan. Ibrahim berkata, ini kerana Johor merupakan kubu kuat Umno, tetapi dengan kekuatan itu sekalipun pembangkang sudah mengorak langkah masuk ke negeri itu.
"Sebarang jenis ancaman akan menyebabkan pembangkang peroleh lebih banyak undi pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Pada Jumaat, Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keahlian Muhyiddin sehingga pemilihan akan datang.
Kesannya ialah beliau hilang jawatannya sebagai timbalan presiden Umno.
Ibrahim berkata penggantungan itu juga bermakna Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lebih berpeluang mendapatkan jawatan timbalan presiden Umno.
Zahid menggantikan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri selepas beliau digugurkan dalam rombakan Kabinet pada Julai lalu.
Zahid kini semakin menghampiri kedudukan nombor satu dalam Umno, kata Ibrahim.
"Penggantungan Muhyiddin dan pelantikan Zahid sebagai pemangku timbalan presiden meletakkan beliau di tempat yang sangat tepat untuk menggantikan Najib jika dan apabila presiden parti sekarang mengambil keputusan bersara daripada politik," kata Ibrahim.
Seluruh episod ini juga menggambarkan Umno efektif dalam memastikan kelangsungannya tetapi ia masih perlu mengambil langkah menangani persepsi pengundi.
"Mereka mungkin akan mengambil langkah menangani persepsi pengundi terhadap kepimpinan parti.
"Siapa tahu, Zahid mungkin bersedia menjadi orang nombor 1 satu hari nanti, tetapi saya fikir, dalam keadaan sekarang, Najib akan kekal di kedudukan itu," kata Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Tengku Adnan guna gelaran palsu – Khairuddin

Posted: 28 Feb 2016 08:17 PM PST

Adnan juga didesak supaya memberi penjelasan kepada 30 juta rakyat negara ini dari keturunan mana beliau mendapat gelaran 'tengku".
Khairuddin-Abu-HassanPETALING JAYA: Gelaran 'tengku' yang digunakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipersoal.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan.
Beliau berkata demikian membidas kenyataan Adnan semalam kononnya dirinya tidak boleh membuat laporan terhadap UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana keahliannya dalam parti Melayu itu dicurigai.
"Adnan Mansor tolong jangan curiga sama ada saya ahli UMNO yang sah ataupun tidak, tetapi curigailah dari mana dapat gelaran 'tengku palsu' tu?
"Tolonglah jawab dan terangkan dulu kepada 30 juta rakyat Malaysia dari mana awak dapat gelaran 'tengku' palsu ini dulu??. Hakikatnya juga Adnan Mansor ni bukan cerdik sangat pun. Dia adalah kaki bodek minda lemah otak udang.
"Kenapa Adnan Mansor bangang sangat? Kalau saya bukan ahli UMNO macam mana pada pemilihan UMNO tahun 2014 saya boleh bertanding jawatan naib ketua UMNO bahagian?," soalnya menerusi kenyataan Facebooknya.
Semalam Adnan menyindir tindakan Khairuddin yang mahu membuat laporan terhadap parti itu kepada ROS susulan kemelut yang melanda parti Melayu itu sebagai "tidak boleh pakai".
"Saya pun banyak benda nak berceloteh pasal Adnan Mansor ni. Dia sebenarnya penyangak yang tak boleh dipercayai serta dapat diibaratkan seperti 'gergaji dua mata'.
"Parasit macam inilah yang paling bahaya apabila berada di dalam parti politik. Tolong cakap kat 'tengku palsu' ni jangan cakap banyak," tambah Khairuddin.

MT Umno mahu Muhyiddin dipecat bukan gantung - Nazri

Posted: 28 Feb 2016 08:16 PM PST


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan bahawa sebilangan besar di kalangan mereka pada mesyuarat Jumaat lalu mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilucutkan keahliannya dari parti, sekaligus menyebabkannya hilang semua jawatan parti.
 Bagaimanapun, katanya ada yang tidak bersetuju, termasuk dirinya yang mempertahankan supaya Muhyddin tidak pecat tetapi hanya digantung memandangkan bekas timbalan perdana menteri itu tidak menjalankan tugasnya sebagai orang nombor dua parti yang sepatutnya membantu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
"Saya tak kisah, nak cerita apa yang berlaku, yang dua jam bincang… ada yang cadang supaya dia dipecat terus (dan) nak gantung terus keahlian dia.
"Ada yang MT nak pecat dia tapi saya pertahankan usul saya kerana dia tak jalankan tugas dia sebagai timbalan presiden, jadi gantung sahaja jawatan dia," katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Nazri, ada juga di kalangan ahli MT yang tidak bersetuju dengan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya digantung jawatan.
Senang 'gantung' Muhyiddin
Pada mesyuarat Jumaat lalu, Muhyiddin serta-merta digantung jawatannya sebagai timbalan presiden Umno.
Nazri juga mengakui usul penggantungan jawatan Muhyiddin dibawanya pada mesyuarat berkenaan.
Sebelum ini, Nazri menyifatkan tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini ibarat "anjing yang sibuk menggigit kaki" sehingga menyukarkan parti melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat.
Muhyiddin dalam reaksinya menegaskan bahawa beliau tidak akan merayu mengenai penggantungan jawatannya sebagai timbalan presiden Umno, walaupun beliau mempertikai cara MT membuat keputusan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Pemecatan Muhyiddin, Majlis Tertinggi UMNO patut panggil Perhimpunan Agong Khas

Posted: 28 Feb 2016 08:14 PM PST

Oleh Aspan Alias
Majlis Tertinggi UMNO telah menggantung jawatan Muhyiddin Yassin, Timbalan Presidennya dengan begitu mudah tanpa merujuk kepada Jawatan Kuasa Disiplin parti dan apa-apa lagi yang perlu dibuat sebelum menggantung jawatannya itu. Yang digantung itu adalah Timbalan Presiden parti yang dipilih oleh perwakilan. Maka adalah wajar UMNO memanggil perhimpunan agong khas bagi merujuk tindakan Najib dan Majlis Tertinggi kepada ahli melalui perwakilan dari setiap bahagian UMNO dari seluruh negara.

Dalam perhimpunan agong itu Presiden parti perlu memberikan penerangan dan beri sebab Timbalannya digantung dan Muhyiddin sendiri wajar hadir dan memberikan pandangan dan jawapan kenapa beliau bertindak menegur Presiden parti berhubung dengan isu terbesar dalam dunia ini yang dikaitkan dengan Presiden parti. Perhimpunan Agong Khas ini amat wajar diadakan jika UMNO mahu melihat parti itu tidak menghadapi masalah besar yang lain dan Najib sendiri boleh mempertahankan diri beliau dalam parti selain dari menggunakan kuasa eksekutif memecat Muhyidn secara 'unilateral' dan mengikut sesuka hatinya tanpa merujuk kembali kepada ahli yang memilih Muhyiddin dahulu.
Jika kita hendak bercerai dengan isteri amatlah penting dan wajar bagi kita menghantarkan si isteri kepada ibu bapa mereka yang telah membenarkan kita memperisterikan anak mereka dahulu. Memanggil Perhimpunan Agong Khas ini merupakan cara yang paling bermoral dan demokratik sejajar dengan waktu dan zaman serta mempertahankan moral pucuk pimpinan parti. Mana boleh kita ceraikan isteri dan membiarkan isteri itu melata. Najib perlu menghantar kembali Muhyiddin kepada ahli-ahli UMNO dan beritahu kenapa Najib menceraikan Muhyiddin dan tunjukkan kebertanggungjawaban sebagai seorang pemimpin nombor satu parti pemerintah itu.
Perhimpunan Agong Khas ini boleh mengelakkan Najib dipanggil dengan nama seperti 'pemimpin pariah, pemimpin diktator dan pemimpin rasuah'  atau nama-nama buruk yang lain terhadap diri beliau. Najib patut berani membersihkan nama beliau dari persepi buruk masyarakat yang dipimpinnya serta pandangan masyarakat antarabangsa yang sedang melihat perlakuan kepimpinan negara kita itu. Perlu diingat Najib adalah Perdana Menteri negara kita yang mewakili sebuah negara yang dikatakan negara yang berdaulat. Pemimpin negara berdaulat tidak boleh mempunyai nama buruk dan persepsi kotor di peringkat antarabangsa. Pemimpin negara berdaulat perlu mempunyai nama yang bersih dan tersisih dari noda dan dosa rasuah dan amalan buruk yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang sudah lama cakap apa yang Muhyiddin kata

Posted: 28 Feb 2016 08:12 PM PST


Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Gesaan reformasi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin disambut hambar oleh rakyat memandangkan ia dilaungkan terlebih dahulu oleh pembangkang, demikian menurut penganalisis politik, Dr Shamsinoor Abdul Azzis.
Shamsinoor yang merupakan Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel) berkata, jadi ia bukan perkara baharu dalam arena politik negara dan kenyataan itu dibuat dalam keadaan beliau sedang tertekan.
"Saya rasa (Muhyiddin) tidak mendapat sambutan sangat sebab rakyat akan nampak bahawa kenyataan tersebut hanya dikeluarkan ketika dia sedang tertekan.
"Sedangkan dahulu ketika beliau masih kuat dalam Umno, itulah (reformasi) yang dilaungkan oleh pembangkang berkali-kali," katanya  ketika dihubungi Sinar Online.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam mengalu-alukan kenyataan tegas Muhyiddin terhadap gesaan reformasi yang dinyatakan oleh pemimpin  Umno itu.
Menurut Azmin, pendirian Muhyiddin itu selaras dengan perjuangan PKR, parti pembangkang dan masyarakat selama ini.
Tambahnya lagi, Muhyiddin mungkin bakal berhadapan dengan situasi sukar dalam mendapatkan sokongan memandangkan beliau menentang Presidennya sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebelum ini, Majlis Tertinggi Umno sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden berkuat kuasa serta-merta.

'Dr M nak demo? Baling gelas pun tak pecah' - Nazri

Posted: 28 Feb 2016 08:11 PM PST


 Tun Dr Mahathir Mohamad mahu hadir dalam himpunan 27 Mac ini bagi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya kerana malu dan dendam kerana anaknya digugurkan sebagai menteri besar Kedah.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa tindakan Mahathir itu hanya ingin membangkitkan kemarahan rakyat kerana tiada bantahan mana-mana pihak mengenai pemecatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar).
"Kamu kena ingat, Mahathir ini pendendam. Dia malu anak dia tak sampai sepenggal hilang jawatan menteri besar. Itu memalukan keluarga dia dan tidak ada sesiapa nak demo (bantah).
"Jadi (dia) turut demo untuk balas dendam pada Najib.
"Pada saya (Mahathir) hanya nak buat orang marah," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini dan sebuah lagi portal di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.
Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau tiada pilihan lain selain turun berhimpun pada 27 Mac ini kerana saluran lain bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan sudah disekat.
Perkara tersebut memaksanya menyertai perhimpunan yang tidak dipersetujui dan ditentangnya semasa menjadi perdana menteri.
Mengulas lanjut, Nazri berkata, ketika Dr Mahathir menjawat jawatan perdana menteri, beliau menghalang mana-mana pihak untuk berdemonstrasi.
'Pergilah, asal ikut peraturan'
Bagaimanapun, kini Dr Mahathir mungkin mengakui bahawa beliau telah membuat satu kesilapan yang besar menyebabkan beliau bertindak sebaliknya.
"Waktu dia jadi perdana menteri, dia tak bagi demo. Tetapi sekarang dia nampak dia buat silap besar (dengan berdemonstrasi).
"Sekarang dia nak baling batu dekat gelas pun gelas tidak pecah," kata Nazri, menyindir bekas perdana menteri keempat yang sudah berusia 90 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Apandi perlu bersumpah al-Quran - Lajnah Dakwah Pas Terengganu

Posted: 28 Feb 2016 07:52 PM PST


Mohamed Apandi Ali

KUALA TERENGGANU – Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi kesan besar sehingga dikatakan turut mewujudkan krisis kepercayaan masyarakat terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, bukan hanya Tun Mahathir Mohamad sahaja yang sukar untuk percaya terhadap pendedahan Jabatan Peguam Negara itu, bahkan beliau tidak menolak ramai pihak yang turut mempersoalkan perkara sama.
"Apabila berlaku krisis kepercayaan masyarakat terhadap Peguam Negara, ia mewujudkan suasana yang tidak bagus, apatah lagi ia melibatkan pemimpin di peringkat jawatan tertinggi," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Berhubung gesaan bekas Perdana Menteri keempat itu supaya Mohamed Apandi bersumpah dengan al-Quran, Azman berkata bahawa isu 1MDB dilihat sesuatu yang sukar dan tidak dapat menyelesaikan masalah dengan hanya bersumpah dengan al-Quran.
Beliau berpendapat, perlu ada badan tinggi yang boleh menyoal siasat Mohamed Apandi dan Mahathir berhubung kenyataan beliau mengenai 1MDB sebelum ini untuk membuktikan kebenaran antara kedua-dua pihak.
"Isu ini adalah melibatkan pihak tertinggi. Jadi, ia perlu kepada badan yang lebih tinggi untuk menyoal peguam negara dan juga Mahathir dengan teliti apa yang tidak puas hati dan sebagainya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Bekas AG membisu buktikan urusniaga SRC ada unsur jenayah’

Posted: 28 Feb 2016 07:50 PM PST


Tindakan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang memilih untuk menutup mulut menguatkan hujah bahawa beliau ada memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam isu dana RM42 juta milik SRC International yang disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
 Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataannya itu berdasarkan hakikat bahawa Gani tidak menafikan dakwaan Muhyiddin yang berkata wujudnya salah laku dalam urus niaga berkenaan.
"Pendirian Ghani mendiamkan diri membuktikan kenyataan Muhyiddin yang mendedahkan beliau memberitahu Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri semasa masih menjawat jawatan peguam negara adalah benar.
"Jika pendedahan Muhyiddin itu adalah fitnah terhadap Ghani sudah tentu beliau boleh menafikan kenyataan Muhyiddin dan mengambil tindakan saman fitnah terhadap Muhyidin," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

NAJIB AKAN 'DIBOM' LAGI ESOK DI KLIA?

Posted: 28 Feb 2016 07:45 PM PST

Di bawah ini adalah antara petikan menarik yang dilontarkan oleh Muhyiddin Yassin dalam kenyataan medianya dua hari lalu sebaik saja MT UMNO membuat keputusan menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandangnya sehingga pemilihan 2018 yang akan datang.
Gambaran petikan itu seolah-olah dunia sudah terbalik di mana yang bersalah dan terpalit dengan skandal dipertahan dan dikekalkan, manakala yang menegur untuk kebaikan bersama, disingkir dan dibuang.

Esok 1 Mac pula, Muhyiddin akan kembali daripada luar negara dan dijangka tiba di KLIA pada jam 6.00 petang. 

Hebahan kepada rakan-rakan dan penyokong untuk menyambut kepulangannya sudah disebarkan sejak malam tadi dengan tujuan agar seramai mungkin dapat memberi sokongan terus menerus kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Apakah esok petang ada lagi "bom" yang akan dilemparkan oleh Muhyiddin khususnya tentang dana RM42 juta daripada SRC International, setelah dalam kenyataannya sebelum ini mengatakan telah ditunjukkan bukti oleh Gani Patail mengenai wujudnya perlakuan berunsur jenayah melibatkan Najib?

Muhyiddin disaran jangan patah semangat

Posted: 28 Feb 2016 07:44 PM PST


Husam Musa

KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak patah semangat selepas penggantungan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Umno.
Katanya, penggantungan yang dihadapi Muhyiddin bukanlah pengakhiran dalam perjuangan untuk Ketua Umno Bahagian Pagoh itu.
"Saya berharap Tan Sri Muhyiddin dapat terus mara bersama saf perjuangan seluruh lapisan rakyat yang cintakan perubahan tanpa ragu.
"Saya percaya beliau  adalah seorang pejuang yang telah memperhitungkan segala langkahnya dan tidak sama sekali patah semangat," katanya.
Husam yang juga Adun Salor berkata, selagi kemungkaran ekonomi dan politik makin membarah, di situ terletak tanggung jawab seorang pemimpin Muslim berdiri membetulkannya.
"Saya sependapat dengan Tan Sri Muhyidin, bahawa dayungan Islah berdepan kepimpinan yang sedang membesar menjadi 'monster', memerlukan paduan tenaga mengatasi batasan parti, pegangan perjuangan dan kaum. Islah adalah tuntutan Islam ke atas penganutnya," katanya.
Tambahnya, huraian panjang lebar kemelut 1MDB oleh Muhyiddin dalam kenyataannya adalah pelengkap kewajipan menangani isu berkenaan.
"ALLAH memberi janji, jika pemimpin dan rakyat yang cintakan negara yang bersih dari penyelewengan dan salah guna kuasa bagi memacu kemajuan, kemakmuran dan kesaksamaan untuk seluruh rakyatnya, berusaha bersama, mereka akan mendapatkan apa yang mereka impikan pada akhirnya," katanya.

'Perang elit dalam Umno'

Posted: 28 Feb 2016 07:43 PM PST


Seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) berpendapat bahawa apa yang berlaku dalam Umno sekarang ialah perang elit dalam Umno antara kem Datuk Seri Najib Razak dan Kem Tan Sri Muhyddin Yassin.
 Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib dipetik oleh Sinar Online sebagai berkata bahawa BN harus berwaspada, kerana situasi genting ini bukan ujian oleh pihak luar, tetapi ini dalam parti.
"Ini bukan krisis parti, tetapi ini perang elit dalam Umno iaitu antara kem Datuk Seri Najib Razak dan Kem Tan Sri Muhyddin Yassin. Perang ini yang menyebabkan Umno dipandang rendah oleh orang luar," beliau dipetik sebagai berkata.
Katanya, penggantungan Muhyiddin daripada jawatan timbalan presiden Umno mendedahkan lagi konflik kepimpinan Umno, yang selama ini tidak nampak secara ketara.
Menurutnya, apabila berlaku tindakan terhadap Muhyiddin, rakyat akan nampak secara ketara akan konflik dalaman Umno.
"Masyarakat di bawah tertanya-tanya siapa yang betul dan salah. Umno harus bersedia, perang persepsi dalam kalangan masyarakat," beliau dipetik oleh Sinar Online sebagai berkata.
Menurut beliau lagi, paling dibimbangi wujudnya revolusi dalam kalangan ahli Umno yang mahu mensabotaj parti.
"Dalam satu sudut, itu hak Majlis Tertinggi Umno untuk tentukan (penggantungan). Tetapi perlu diingat, Umno itu milik ahli," beliau dilapor berkata.
Katanya, protes secara senyap dalam kalangan ahli boleh berlaku apabila tibanya pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Read More / Baca Lagi >>

2 tahun lagi di bawah Najib, Malaysia jadi negara gagal

Posted: 28 Feb 2016 07:15 PM PST

Cabaran terbesar Malaysia adalah mengelak daripada menjadi "negara gagal" ekoran rasuah dan kejatuhan tadbir urusnya akibat pelanggaran demokrasi, kedaulatan undang-undang, kebebasan bersuara dan egalitarianisme, kata Lim Kit Siang.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, persoalan sekarang ialah sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mentadbir negara selama 2 tahun lagi.
"Umno dan Barisan Nasional akan datang di bawah kepimpinan Najib tidak boleh menjadi lebih lemah dan lebih terdedah.

"Tetapi ini bukanlah demi kepentingan terbaik negara, kerana Malaysia akan jatuh lebih lagi dalam tempoh 2 tahun akan datang ke arah kegagalan" katanya pada majlis makan malam DAP Pulau Pinang meraikan ulang tahun ke-50 parti itu dan ulang tahun ke-75 Lim di Dewan Sekolah Hang Chiang malam tadi. Beliau berkata kedudukan Najib dalam politik semakin kukuh walaupun beliau membawa negara hingga menduduki tempat ke-3 di dunia dalam carta "skandal rasuah paling teruk 2015", jatuh 4 anak tangga dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun lalu.
Ia adalah kerana kontroversi yang dikaitkan dengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion didepositkan ke dalam akaun beliau.
"Skandal mega kembar" itu juga menjadi disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan 7 negara, termasuk Singapura, Switzerland, Perancis dan Hong Kong.
"Najib seolah-olah menjadi lebih kuat dari segi politik, dengan tindakan keras terhadap kebebasan demokrasi dan hak asasi manusia seperti tindakan baru-baru ini terhadap The Malaysian Insider walaupun imej dan kredibiliti beliau tidak pernah sebegini rendah bagi seorang perdana menteri Malaysia, sama ada di peringkat negara atau antarabangsa."

BN menang besar jika Najib undur sebelum PRU14 - Dewan Ulama PAS

Posted: 28 Feb 2016 07:01 PM PST

Pengalaman pada 2004 di mana Tun Abdullah Ahmad Badawi menang besar selepas mengantikan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dijadikan pengajaran kepada pembangkang.
MAHFODZ_MOHAMED,najib
PETALING JAYA: PAS berpendirian sebarang usaha untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan memberi peluang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mendapat sokongan lebih besar.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, pengunduran Najib sebelum PRU14 tidak akan memberi kelebihan kepada pembangkang.
Sehubungan itu, beliau berkata, usaha menjatuhkan Najib dan BN perlu dilakukan menerusi pilihan raya umum bukannya perhimpunan.
"Kalau macam yang lepas-lepas pun, buat himpunan macam mana pun, pihak pemerintah takkan berundur.
"Sebab itu maka kita lebih suka Najib habiskan penggalnya dan kita bertanding melawan Najib.
"Umpamanya Najib turun dan naik pula orang lain, ia (UMNO) akan mendapat sokongan yang lebih lagi. Seperti masa Tun Mahathir turun yang kemudiannya digantikan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), Pak Lah dapat majoriti lebih kuat lagi," katanya yang dipetik daripada portal AntaraPos.
Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak akan menyertai perhimpunan anti Najib pada 27 Mac nanti yang dianjurkan bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.
"Mungkin pandangan Presiden PAS yang tidak akan sertai himpunan anti-Najib itu kerana lebih suka kalau Najib habiskan penggal dan kita ikut saluran demokrasi," kata Mahfodz.

PAS tidak mahu rampas kuasa Umno, sedia sokong BN, kata Hadi

Posted: 28 Feb 2016 06:59 PM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak berhasrat untuk merampas tampuk pemerintahan daripada Umno, lapor Utusan Malaysia.
Menurut akhbar milik Umno itu, Hadi juga mengakui PAS bersedia menjadi pendokong kuat kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS bukanlah parti yang kemaruk kuasa kerana agenda sebenar mereka ialah untuk menegakkan syiar dan undang-undang Islam mengikut hidayah Allah.

"Macam mana kita nak cari pemerintahan begini iaitu balik kepada Islam. Justeru, PAS mengajak kembali kepada Islam khususnya orang Melayu, tidak kira PAS atau Umno dan PAS tak tamak kuasa. "Kalau Umno kembali pada Islam laksanakan Islam mengikut hidayah Allah, bukan kerana Islam untuk dapatkan sokongan rakyat kerana serta benar-benar ikhlas kerana Allah.
"Kita akan dokong agar Islam ditegakkan. PAS tak berebut jawatan atau kuasa. Apa yang PAS mahu hanya Islam ditegakkan," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Ini bukan pertama kali PAS menunjukkan sokongan terbuka kepada musuh tradisinya Umno.
November lalu Hadi mengeluarkan kenyataan mahu menjadi penasihat kepada kerajaan.
Beliau berkata perjuangan PAS kini berpaksi kepada mengubah dasar pemerintahan kerajaan dan bukannya lagi ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara.

Hanya Pagoh tolak keputusan gantung Muhyiddin, kata Ku Nan

Posted: 28 Feb 2016 06:55 PM PST

Hanya Umno Bahagian Pagoh menolak keputusan Majlis Tertinggi menggantung keahlian Tan Sri Muhyyidin Yassin, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Februari, 2016.Hanya Umno Bahagian Pagoh menolak keputusan Majlis Tertinggi menggantung keahlian Tan Sri Muhyyidin Yassin, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata hanya Bahagian Pagoh menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) menggantung keahlian Tan Sri Muhyyidin Yassin, lapor akhbar Berita Harian.
Beliau berkata, 190 Umno Bahagian lain menyokong penggantungan keahlian Muhyiddin, sekali gus melucutkan jawatan timbalan presiden disandangnya.
Umno mempunyai 191 Bahagian di seluruh negara.

Mengulas mengenai penolakan Umno Bahagian Pagoh berhubung penggantungan Muhyiddin, Adnan berkata mereka bebas untuk berbuat demikian. "Setakat ini Muhyiddin hanya digantung bukan dipecat dan dia masih ahli Umno.
"Saya tidak kisah jika Umno bahagiannya mahu menolak keputusan itu, mereka boleh berbuat demikian," katanya dipetik berkata akhbar itu.
Sabtu lalu, Umno Bahagian Pagoh menolak keputusan MT kerana mendakwa ia tidak mengikut saluran berperingkat seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti itu.
Muhyiddin merupakan ketua Umno Bahagian Pagoh.
Read More / Baca Lagi >>

Jika buruh impot diberi “mycard”, yang berkuasa dapat sambung hayat.

Posted: 28 Feb 2016 04:35 PM PST


...ADA FAHAM KER TAK !!!

SENI AMPU DALAM UMNO...!!!

Posted: 28 Feb 2016 04:33 PM PST

Kalau nak kekal lama dlm parti haram-Umno, mesti tahu ukuran sedut dan adab cium tangan bos.

Tahu cara membodek bini bos merupakan satu kelebihan yang membuka peluang rekomendasi pelbagai jawatan penting dalam GLC..

Jangan lawan cakap bos. Apa dia buat, setuju saja semua. Membodek mesti konsisten. Jika tak.. pendek umur!

SATU DUNIA TAHU... New York Post yang tulis yer. Bukannya Utusan.

Posted: 28 Feb 2016 04:32 PM PST


Musa Lebih Gentlemen Dari Muhyiddin

Posted: 28 Feb 2016 04:29 PM PST

Oleh Zabidi Hj Saidi
Bekas Timbalan Presiden Umno, Musa Hitam lebih gentleman dari Muhyiddin Yassin. Apabila Musa tidak setuju dengan Dr Mahathir Mohamad, beliau meletakkan jawatan sebagai TPM dan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1986. Sebaliknya apabila Muhyiddin tidak setuju dengan Najib Razak, beliau terus mengkritik Najib setelah kehilangan jawatan TPM pada Julai 2015.

 Sepatutnya apabila Muhyididn tidak bersetuju dengan Najib, beliau meletakkan jawatan timbalan presiden dan bukannya menunggu majlis tertinggi mengantung jawatannya. Semalam secara rasmi MKT menggantung Muhyididn Yasin dari jawatan Timbalan Presiden Umno sehingga pemilihan akan datang.
Ini bermakna Musa lebih gentleman dari Muhyiddin. Ahli ahli Umno Johor mengamuk dan marah kepada Dr Mahathir ketika itu. MKT terpaksa menghantar empat wakilnya ke London untuk memujuk Musa menarik balik keputusannya. Musa menarik balik peletakan jawatan timbalan presiden Umno.
Pada tahun yang sama, Muhyiddin Yasin selaku MB Johor bekerja keras menerangkan tindakan Musa kepada rakyat Johor dan Umno Johor tidak tergugat dalam PRU 1986. Semalam Naib Presiden Umno dari Johor, Hishamuddin Hussein mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi untuk menggantung Muhyiddin.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad mengucapkan tahniah kepada pemimpin Umno Johor yang mempengerusikan mesyuarat MKT menggantung Muhyiddin. Ini bukan soal Johor seperti kata MB Johor, Khaled Nordin tetapi ini soal timbalan presiden yang tidak sebulu dengan presiden Umno lagi.
MKT terpaksa membuat keputusan ini walaupun berat memandangkan PRU semakin hampir. Itu pun mujur Muhyiddin tidak dipecat dari Umno. Seperti kata Nazri Aziz, kesan pemecatan Anwar sebagai TPM lebih kuat dari kesan pemecatan Muhyiddin dari jawatan TPM.
Setiap minggu penyokong Anwar mengadakan reformasi di masjid Kg Baru sebaliknya pemecatan Muhyiddin dari jawatan TPM tidak menimbulkan sebarang protes daripada rakyat. Betul juga kata Nazri yang mengulas kenyataan Mukhriz bahawa pemimpin Umno semuanya mengampu Najib. Menurut Nazri, masa Anwar dipecat dari Umno, walaupun Anwar sahabat baik Nazri tetapi oleh kerana Dr Mahathir adalah boss Umno, maka beliau patuh kepada boss. Ketika itu Nazri pun mengampu ayah Mukhriz.
Read More / Baca Lagi >>

Khairuddin gesa ‘kaki bodek’ dalam MT Umno bawa usul gantung keahlian Najib

Posted: 28 Feb 2016 04:28 PM PST

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan melalui catatan Facebooknya menggesa golongan kaki bodek dalam Majlis Tertinggi membawa usul menggantung jawatan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak. – Gambar Facebook, 28 Februari 2016. 
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan melalui catatan Facebooknya menggesa golongan kaki bodek dalam Majlis Tertinggi membawa usul menggantung jawatan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.
 
Sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung keahliannya , bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggesa golongan "kaki bodek" dalam Majlis Tertinggi (MT) membawa usul menggantung jawatan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.
Khairuddin berkata, keseluruhan ahli MT sepatutnya mengusulkan perkara itu sekurang-kurangnya buat sementara, sehingga selesai siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wang derma RM2.6 bilion serta wang syarikat SRC RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib tamat secara rasmi.
"Imej Najib Razak kini amat tercemar dan terpalit dengan belenggu rasuah serta salah guna kuasa dengan begitu teruk sekali.

"Puak bangang kaki bodek minda lemah yang menduduki Majlis Tertinggi Umno sepatutnya membawa usul untuk menggantung jawatan presiden Umno kerana ianya benar-benar mencemarkan reputasi baik parti Umno! "Pandangan rakyat begitu jelek sekali terhadap parti Umno," tulis bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu di laman Facebook semalam.
Beliau turut menyifatkan MT tidak lagi menghormati kehendak ahli-ahli Umno yang sentiasa mahukan pemimpin melawan rasuah dan penyelewengan.
Katanya, jawatan yang sepatutnya digantung bukanlah jawatan timbalan presiden disandang Muhyiddin sebelum ini kerana beliau berjuang menegakkan kebenaran.
"Inilah akibatnya sekiranya Umno ditadbir kalangan bangang! Ianya bukan saja merosakkan imej peribadi mereka, tapi juga menjahanamkan reputasi Umno secara langsung.
Read More / Baca Lagi >>

DENGAN ALASAN PELIK SEPERTI INI, JANGAN-JANGAN...

Posted: 28 Feb 2016 04:17 PM PST

Pendirian Hadi Awang enggan menghadiri perhimpunan anti Najib pada 27 Mac depan mungkin tidak begitu memeranjatkan, tetapi yang membuat ramai terpinga-pinga ialah alasan yang diberikannya.

"Saya anti UMNO, tetapi tidak anti orang UMNO. Orang UMNO kita hendak berbaik. Ada pun parti UMNO sudah banyak buat kesilapan, oleh itu saya tidak mahu terlibat dalam perhimpunan itu," katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Lagu mana ni Tuan Guru? Hujah ini bukan saja kelihatan pelik, tetapi berbelit-belit?

Sejak bila Pas hanya memusuhi UMNO, tetapi ingin berbaik-baik dengan orang UMNO?

Tidakkah dalam fatwa dan ceramah-ceramahnya sebelum ini, semua ahli UMNO selalu dibakulkannya sekali dengan gelaran-gelaran seperti kafir, taghut, tidak Islamik dan macam-macam lagi?

Kenapa sekarang nampak tidak konsisten?

Orang UMNO yang mana pula yang Tuan Guru ingin berbaik-baik itu? 

Adakah ianya orang UMNO yang sedang memegang jawatan dan mengemudi parti, orang UMNO yang ada wang berbilion-bilion, orang UMNO peringkat bawahan, orang UMNO yang diperkatakan di seluruh dunia ada skandal di sana sini atau orang UMNO yang ingin menentang kemungkaran?

Bukankah apabila mengambil sikap anti UMNO, orang yang patut lebih dahulu dijauhi oleh Pas dan Hadi ialah para pemimpin tertingginya, apatah lagi jika pemimpin tersebut turut terpalit dengan skandal kewangan yang memalukan negara di mata dunia?

Adakah dengan pendirian ini bermakna Pas tidak lagi berjuang melawan kemungkaran, penyelewengan, salah laku, rasuah dan hal-hal berkaitan moral yang seumpamanya?

Selain itu, alasan Hadi tidak mahu menghadiri perhimpunan 27 Mac nanti kerana tidak anti orang UMNO juga tidak boleh pakai sebenarnya kerana dipercayai ramai ahli-ahli UMNO, termasuk Tun Mahathir Mohamad juga akan turut menghadirinya.
Read More / Baca Lagi >>