Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Alasan prosedur bukan kuat buat TSMY

Posted: 27 Feb 2016 04:58 PM PST


Umno Bahagian Pagoh menolak keputusan Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang bertindak mengantung timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga pemilihan parti akan datang.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata kepada The Malaysian Insider, mereka menolak keputusan MT kerana ia tidak mengikut prosedur sepatutnya yang berperingkat seperti termaktub dalam Perlembagaan parti.

Baca sepenuh di http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/umno-pagoh-tolak-penggantungan-muhyiddin-mahu-tindakan-terhadap-nazri#sthash.yxuwVyPG.dpuf

Isu prosedur agak kurang kuat kerana TSMY telah akui secara tidak langsung terlibat dalam konspirasi. Baca di http://snapshot2016.blogspot.my

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:09 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


BN Pembangunan Kelantan (1978-1990)

Posted: 27 Feb 2016 06:21 PM PST





Beginilah sikap mereka yg tak bertanggungjwb. Susulan kekangan bajet seramai 156 profesor hilang kerja...

Posted: 27 Feb 2016 06:14 PM PST

RUPA-RUPANYA.. Malaysia memerlukan graduan yang tak abes sekolah untuk jawatan tinggi seperti menteri besar.

Yang mempunyai kelulusan belajar tinggi2 akan dibuang, senang jaga jenis ada SRP, UPSR ni, bagi rumput je diam lah lepas tu...

Produk Umno: Sukan tanpa GST...

Posted: 27 Feb 2016 06:12 PM PST


Tipu atau bohong ???

Posted: 27 Feb 2016 06:10 PM PST


"Kerajaan tangguh pengambilan pekerja asing termasuk Bangladesh" - Zahid Hamidi (19/2/2016)

Muhyiddin, berhenti berpencak di media dan mula bertindak 'mengasak Najib tanpa henti'

Posted: 27 Feb 2016 06:08 PM PST

Muhyiddin sepatutnya mula menyertai pihak lain untuk bersama-sama 'mengasak Najib tanpa henti'.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh lagi hanya 'berpencak di media, sebaliknya mula menyertai 'kumpulan-kumpulan' lain untuk bersama-sama menekan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata penulis Shabuddin Hussin.
Beliau berkata, selepas Umno menggantung kedudukannya sebagai Timbalan Presiden, tindakan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan tidak lagi memadai.
"Bersama pelbagai kelompok lain yang mempunyai kebimbangan yang sama seperti parti pembangkang, NGO dan tokoh seperti Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal.
"Beliau sewajarnya sudah menggerakkan program jelajahnya mulai sekarang untuk terus menekan dan mengasak Najib tanpa henti.
"Apatah lagi Rafizi Ramli sudah pun menghulurkan salam persahabatan kepadanya…Anwar Ibrahim juga menyebut perkara sama," katanya.
Dalam kenyataan media terbaru Muhyiddin hari ini, beliau antara lain menyebut perlunya reformasi menyeluruh bagi mengehadkan kuasa Perdana Menteri dan mengembalikan kebebasan institusi negara.
Malah bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata negara sedang "menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan diktator baharu".
Namun, kata Shahbudin lagi, kenyataan demi kenyataan tersebut sedikit pun tidak menjejaskan Najib.
"Jika jasad tetap terkepung dalam bilik berpenghawa dingin, Najib akan terus tersenyum meski pun dicop sebagai diktator atau melakukan jenayah.
"Muhyiddin, mulakanlah sekarang dan berhentilah sekadar berpencak di pentas media sahaja," katanya lagi.

Bangsa Johor tunggu masa PRU untuk berubah - Husam

Posted: 27 Feb 2016 06:05 PM PST


KULAI - Johor dijangka menjadi pusat perubahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana majoriti bangsa Johor kecewa dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, jangkaan orang Johor akan bangkit selepas keputusan Majlis Tertinggi Umno menggantung Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti ternyata meleset.
Menurutnya, Johor bakal bersama-sama dengan Kedah, Sabah, Kelantan, Pulau Pinang dan Perak untuk meneruskan perjuangan ke arah perubahan negara.
"Saya ingatkan selepas penggantungan Muhyiddin, orang Johor gagah, tapi diam kerana orang Johor memang 'cool'.
"Bangsa Johor hanya tunggu masa PRU akan datang insya-ALLAH akan jadi satu pusat katelis perubahan negara.
"Johor goncang sikit, Kedah ada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Sabah ada Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, saya tolong goyang Kelantan, Pulau Pinang dan Perak kita sama-sama goncang insya-ALLAH istiqamah meneruskan perjuangan perubahan negara pada PRU akan datang," katanya pada Pidato Selamatkan Malaysia Edisi Satu di Hotel Creator, di sini, malam tadi.
Hadir sama, Adun Senai, Wong Shu Qi; Bekas Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat; Pengerusi Gabungan Selamatkan Malaysia, Mazlan Aliman dan Selebriti, Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi.
Husam berkata, Muhyiddin dipecat dan digantung hanya salahnya menegur, sedangkan fitrah manusia menolak rasuah dan ketidakadilan.
"Muhyiddin dipecat apa salahnya? Kita manusia insan yang ALLAH jadikan fitrah yang tak nak kepada rasuah, kita bencikan pemimpin yang angkuh dan takbur.
"Fitrah kita sebagai manusia sukakan pemimpin yang boleh menerima pendapat orang lain, boleh terima tanggungjawab dan boleh menjaga majoriti rakyat, bukannya pemimpin yang mengaut keuntungan untuk diri sendiri," katanya.
Sementara itu, Mazlan berkata, melihat kepada kemelut yang semakin membara dengan isu politik, sosial dan pergolakan dalaman parti pemerintah yang akhirnya beban terpaksa dipikul rakyat antara sebab program itu dilaksanakan.
Read More / Baca Lagi >>

Sekat media: Kerajaan Umno@Bn pilih tindakan membakar diri

Posted: 27 Feb 2016 06:00 PM PST

Wall Street Journal (WSJ menyatakan bahawa duit derma RM2.6 billion adalah dari 1MDB, Datuk Seri Najib Razak bersama Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali hanya diam membisu.

Para menteri kabinet diketuai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Keruak sekadar mempersoalkan sikap kewartawanan dan membelasah WSJ.

Namun WSJ tidak disekat walaupun satu dunia 'terkeliru' dengan skandal derma RM2.6 bilion Datuk Seri Najib Razak yang menjejaskan nama negara.

Mengapa pula kerajaan mengambil sikap berbeza terhadap media tempatan?

Kalau tak setuju, belasahlah media itu melalui media-media yang dikawal kerajaan. Ajaklah rakyat pulaukan media itu, atau minta pihak berkenaan yang tidak puas hati untuk saman.

Tapi, kerajaan akhirnya memilih cara yang paling membakar diri iaitu dengan menyekat media.

Keputusan tidak konsisten dan sekata ini mencerminkan salah guna kuasa dan kekalutan yang amat sangat dari pihak kerajaan.

Menyekat akses kepada mana-mana media hanya melonjakkan nama media yang disekat dan membenamkan lagi kredibiliti kerajaan terutamanya kerajaan yang mempunyai skandal yang tidak terjawab seperti Malaysia.

Cukup-cukuplah bertindak memperbodohkan rakyat lagi kerana ingin mempertahankan yang silap dan apa yang sudah tidak boleh ditutup. Mana kertas boleh balut api?

Kebebasan media perlu dipertahan dan pada masa yang sama media diharap terus menjaga etika kewartawanannya dan kesahihan beritanya sebelum disiarkan untuk tatapan ramai.

Ambiga: Ia satu keberanian untuk Muhyiddin akui wujud masalah

Posted: 27 Feb 2016 05:56 PM PST


 Bekas Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga memuji keberanian Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengakui bahawa sistem di mana beliau adalah sebahagian daripadanya, dibelenggu dengan masalah.
Ini selepas Muhyiddin berkata hari ini bahawa desakan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berundur sahaja tidak cukup dan pembaharuan institusi diperlukan, termasuk sekatan ke atas kuasa perdana menteri.
Ambiga mengalu-alukan kenyataan Muhyiddin bahawa apa yang diperlukan bagi membetulkan negara yang tercinta ini adalah perubahan sistemik.
"Sebagai seorang yang merupakan sebahagian daripada sistem itu, ia satu keberanian untuk mengenal pasti masalah sebenar yang melanda negara ini.
"Inilah apa yang dilakukan oleh pemimpin yang bertanggungjawab," katanya kepada Malaysiakini.
Ambiga yang juga pengerusi Hakam menyuarakan keyakinan bahawa ada di kalangan mereka dalam Umno kini mula melihat masalah yang sama yang dibangkitkan oleh masyarakat sivil.
"Kami kini berada di laman yang sama bahawa kita perlu merawat punca dan bukan hanya gejala masalah," katanya.

Muhyiddin dan saya senasib, kata Mukhriz

Posted: 27 Feb 2016 05:35 PM PST

Datuk Seri Mukhriz Mahathir menganggap situasi dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin senasib dengannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Februari 2016.  
Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sebelum ini menyifatkan penyingkirannya sebagai menteri besar Kedah berpunca daripada kritikan lantangnya terhadap skandal membabitkan perdana menteri, menganggap situasi dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin senasib dengannya.
Katanya, ini kerana Muhyiddin digantung jawatannya sebagai timbalan presiden pada Jumaat lepas kerana mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
"Saya amat kecewa dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) yang menggantung Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno.

"Tindakan itu tidak ubah seperti apa yang saya alami, juga termasuk Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang digugurkan daripada jawatan kerajaan atas alasan yang sama," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian. Menurut anak kepada pengkritik lantang Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad itu, natijah daripada keputusan MT itu, Umno diramal bakal menerima padah pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
"Ini bukan pertama kali keputusan menjelikkan seperti itu dibuat.
"(Kali ini ia dibuat) semata-mata kerana kononnya Muhyiddin tidak membantu Najib selaku orang kanan dalam parti," katanya.
Mukhriz sebelum ini berkata alasan sebenar beliau disingkirkan sebagai menteri besar Kedah berpunca daripada isu yang dibangkitkan sebelum ini yang melibatkan skandal Najib dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion.

Transformasi bersiri bermula dari – kita!

Posted: 27 Feb 2016 05:31 PM PST

Kalau tidak kita hanya akan dapat menikmati sisa-sisa kulit buah labu Negara kita sahaja kerana isinya telah habis dikerjakan oleh perompak BERSIRI.
raja Bahrin
Oleh Raja Bahrin Shah
Kita rakyat Malaysia sedang melalui hari dan saat saat kritikal dalam beberapa hari ini. Tidak pernah sejak Merdeka Negara kita menjadi tunggang terbalik sebegini walaupun dulu maklumat terhad dan kita buta maklumat. Kini langit siber luas terbuka tetapi mereka yg bermaharajalela berkuasa cuba mengunci maklumat dari langit terbuka seolah pepatah Melayu- 'ingin menongkat langit yang hendak runtuh'. Internet mula ditutup dan diganggu.
Ada yang berkata tukar Perdana Menteri dan ada yang kata reformasi sekali lagi! Apa yg Malaysia perlukan ialah TRANSFORMASI BERSIRI melibatkan perubahan seluruh sistem Negara yang amat korup! Perdana Menteri seorang diri tidak boleh menguasai semuanya tanpa juak-juak menteri-menteri lain, pihak berkuasa peguam Negara, pihak berkuasa keselamatan serta pentadbiran yang begitu korup. Kalau Empayar Rom tidak dibina dalam satu hari, Malaysia juga tidak mungkin punah sebab seorang Perdana Menteri tanpa proses berterusan kehancuran nilai moral dalaman yang amat kronik oleh penyokongnya. Oleh itu menukar Perdana Menteri sahaja tidak menyelesaikan masalah. Akar umbi dan pucuk pokok mesti digantikan secara keseluruhan, secara TRANSFORMASI BERSIRI.
Kesemua rakyat mesti melibatkan diri dalam TRANSFORMASI ini. Yang muda, yang di pertengahan umur dan juga yang tua. Tiada yang selamat daripada kerakusan pimpinan Negara hari ini. Mahasiswa muda ditangkap, dipenjara, bajet pendidikan Negara di potong 18%, Universiti Malaya dipotong 28% dan bantuan murid miskin dipotong dari RM200 juta sehingga tinggal hanya RM10 juta. Baru-baru ini biasiswa murid cemerlang dibatalkan menjadi pinjaman sementara Negara lain memberi pendidikan percuma. Bagi warga tua yang mengharapkan wang pencen untuk sedikit keselesaan dihujung penghidupan mereka, wang KWAP- Kumpulan Wang Anggota Pencen disambar RM4 billion oleh SRC Syarikat berkait dengan 1MDB. Pelaburannya sehingga hari ini tidak tahu kemana. Tabung Haji pula dipaksa melalui kroni yang dilantik membeli tanah dari 1MDB dengan harga RM2,770 satu kaki persegi walaupun harga asal 1MDB beli daripada kerajaan hanya RM60 satu kakipersegi! Pendedahan terakhir termasuk pelaburan Tabung Haji yang rugi berpuluh juta dalam syarikat pembuat roti dan pelaburan rugi RM 1.4 billion dengan anak syarikat Tabung Haji Heavy Engineering. Mahasiswa muda disekat kemajuan hidup mereka dan yang tua dirampas simpanan hari tua mereka. Dimana peri kemanusiaan kerajaan rakus ini?
Read More / Baca Lagi >>

KEKAL PUN TIADA LAGI MAKNA, DIPECAT MUNGKIN LEBIH BANYAK BAIKNYA

Posted: 27 Feb 2016 05:29 PM PST

Jika Muhyiddin Yassin tidak berani buat hal, takut dengan gertakan Tengku Adnan dan seterusnya kekal dalam UMNO:- 

- Jawatan Timbalan Presiden UMNOnya tetap digantung dan tidak mungkin dikembalikan lagi, sebaliknya Zahid Hamidi yang "enjoy free" dengan jawatannya itu.

- 99 peratus kebarangkalian tidak dicalonkan semula bertanding atas tiket UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.

- Berjuang dalam UMNO sudah dikira tamat buat Muhyiddin kerana nilai perjuangan kini hanya jika sedia membodek, mengampu, memuji dan memuja, bukan lagi untuk menyatakan kebenaran.

- Kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh, tetapi tidak mustahil  jika ada pemakan dedak daripada kalangan bekas penyokong dan orang kuatnya sendiri yang akan mencabar beliau dalam pemilihan pada 2018 nanti dan seterusnya mampu mengenepikannya.

- Kalau pun masih berjawatan dalam UMNO, persoalannya di mana dan apa jadi kepada UMNO selepas PRU 14 nanti?

- Lebih mungkin berada dalam kategori RTM iaitu "rehat tunggu mati" dan perlahan-lahan akan dilupakan.

- Tidak akan berlaku sebarang reformasi institusi sebagaimana yang dicita-cita mahu diperjuangkannya, malah "diktator baru" seperti yang didakwanya akan terus berkuasa dalam negara ini.

Sebaliknya jika tidak gentar untuk melawan, berani buat hal dan sedia dipecat daripada UMNO:- 

- Akan terus disanjung rakyat dan dianggap pejuang dalam membetulkan beberapa kelemahan dalam pentadbran negara.
Read More / Baca Lagi >>

Selamatkan Malaysia! Nabi Musa tak jadi penasihat Firaun !

Posted: 27 Feb 2016 05:24 PM PST


Husam MusaHusam Musa
Pidato sempena pelancaran Kempen Selamatkan Malaysia di Kulai malam tadi menyaksikan Datuk Husam Musa terus mengingatkan rakyat tentang masalah kepimpinan di negara ini.
Selain kepincangan di pihak rejim Umno-BN yang diketahui umum, bekas Naib Presiden Pas itu di depan hampir 1,000 hadirin turut mengkritik kepimpinan partinya yang pada masa ini diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Al-Quran datang kerana membetulkan masalah kepimpinan. Dalam Al-Quran nabi berhadapan pemimpin yang rosak dan bersifat diktator.
"Nabi Musa tidak jadi penasihat Firaun. Nabi Musa sampaikan mesej kepada Firaun yang memperhambakan Bani Israel. Nabi Musa tidak segan, tidak gerun," tegasnya serentak disahut teriakan 'Haji Hadi' oleh beberapa hadirin di dewan Hotel Creator.
Lebih berterus-terang, Husam menyebut tentang kepentingan istiqamah atau usaha berterusan untuk melakukan perubahan yang berbeza dengan pendekatan kepimpinan Pas yang dilihat lunak terhadap Umno-BN.
"Empat negeri kita 'goncang' (Kelantan, Johor, Kedah dan Sabah) Insya Allah. Istiqamah. Macam mana? Bukan istiqamah jadi penasihat. Istiqamah (ada) macam-macam. Saya ahli Pas tapi berbeza pendirian dengan pimpinan akhir-akhir ini," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan gejala tidak boleh menegur pemimpin yang wujud dalam Pas pasca pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tahun lalu seolah-olah menyamai sikap Umno.
"Saya mahu Islam dilihat indah lebih baik dari sistem lain. Kalau Pas tak boleh ditegur, Umno tak boleh ditegur, Pas dua kali lima," ujarnya dalam pidato selama 30 minit itu yang turut sempat memuji pendekatan politik berhemah dan bersama dengan hasrat rakyat oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Kita jalan terus"
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu pada sesi dialog seterusnya, peranan Pas penting dalam usaha melakukan perubahan bagi menyelamatkan Malaysia daripada kepincangan kepimpinan Umno-BN.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas 30 tahun, ‘Marcos’ muncul di Malaysia

Posted: 27 Feb 2016 05:23 PM PST

Filipina baru sahaja menyambut ulang tahun ke 30 "People Power Revolution" atau revolusi kebangkitan rakyat menjatuhkan regim Presiden Ferdinand Marcos yang berkuasa selama lebih 20 tahun.
Semasa pemerintahannya, Marcos terkenal dengan pemerintahan kuku besi dan rasuah.
Untuk mengukuhkan kekuasaannya, Marcos mengisytiharkan darurat dari 1972 sehingga 1981.

Isterinya, Imelda seorang yang boros berbelanja. Selain gemar mengumpul kasut, beliau juga membelanjakan banyak wang negara untuk meningkatkan imej suaminya. Di era Marcos, ramai penentangnya dipenjarakan. Ini termasuklah pemimpin politik pembangkang, wartawan dan aktivis mahasiswa.
Kemuncaknya ialah pembunuhan tokoh pembangkang, Benigno "Ninoy" Aquino pada 21 Ogos 1983 sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila selepas hidup dalam buangan selama beberapa tahun di Amerika Syarikat (AS).
Kematian Ninoy membangkitkan kemarahan rakyat Filipina. Jutaan rakyat menghadiri pengebumiannya.
Isterinya Corazon "Cory" Aquino diangkat menjadi tokoh pembangkang dan didesak rakyat untuk menjadi calon presiden bagi melawan Marcos dalam pilihan raya mengejut pada Februari 1986.
Cory hanya bersetuju menjadi calon untuk melawan Marcos selepas sejuta tandatangan menyokong pencalonannya didapatkan.
Cory berjaya mengalahkan Marcos dalam pilihan raya itu akan tetapi badan penggendali pilihan raya Filipina mengumumkan keputusan sebaliknya.
Rakyat Filipina akhirnya memilih untuk turun ke jalan raya selepas tidak percaya keputusan keputusan pilihan raya yang sekali lagi memenangkan Marcos.
Demonstrasi besar-besaran di Manila bermula 22 Februari 1986 akhirnya memaksa Marcos mengaku kalah.
Diktator itu akhirnya meletakkan jawatan pada 25 Februari 1986 dan meninggalkan Filipina untuk ke Hawai, AS.
Pemerintahan ala Marcos?
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan kerajaan pimpinannya tidak bersifat kuku besi dan mengamalkan "dictatorship", sebaliknya menyanjung tinggi prinsip demokrasi berparlimen.
"Setiap 5 tahun kita kembalikan kepada rakyat untuk pilih kerajaan yang dikehendaki rakyat. Tetapi antara 2 pilihan raya (umum) kita kena jaga kestabilan politik.
Read More / Baca Lagi >>

Wujud konspirasi peringkat tinggi mahu jatuhkan Najib, ampu Azalina

Posted: 27 Feb 2016 05:18 PM PST

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Azalina Othman berkata adanya konspirasi peringkat tertinggi yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam apa yang dikatakan sebagai rampasan proses demokrasi dan keputusan rakyat pada pilihan raya umum lepas.
Azalina yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mendakwa beliau diberi taklimat bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail apabila mereka masih menyandang jawatan masing-masing mengenai "bukti" dakwaan jenayah terhadap Najib.
Beliau berkata tindakan peguam negara itu yang secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan Muhyiddin, ahli Kabinet dan ahli UMNO yang jelas mempunyai kepentingan, adalah tidak beretika.

"Hakikatnya peguam negara secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan (Tan Sri) Muhyiddin, ahli Kabinet dan ahli UMNO yang jelas mempunyai kepentingan, bukan sahaja tidak beretika tetapi juga melanggar Akta Rahsia Rasmi," katanya dalam kenyataan kepada media semalam. Azalina berkata Muhyiddin bukan sahaja melanggar Akta Rahsia Rasmi tetapi juga bersubahat dalam 1 konspirasi bermotifkan politik untuk memanipulasi dan menyalah guna sistem perundangan bagi menggulingkan perdana menteri yang dipilih secara demokratik.
Berdasarkan kenyataannya itu, Muhyiddin juga secara tidak langsung mempersoal kredibiliti peguam negara sekarang dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Azlina berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung wang derma.
"Jadi, jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan peguam negara dalam menjalankan pendakwaan, mereka tidak mempunyai sebarang asas untuk mencabarnya," katanya.
Azalina juga mempersoalkan mengapa Muhyiddin membuat pengakuan itu sekarang iaitu selepas beliau digantung jawatan sebagai timbalan presiden.
"Adakah tindakannya boleh dianggap sebagai bersubahat kerana beliau mendakwa mempunyai maklumat mengenai tindakan jenayah yang dikatakan dilakukan tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa sehingga hari ini," katanya.

Selepas berpisah dengan DAP, PAS dekati Cina secara solo

Posted: 27 Feb 2016 05:15 PM PST

PAS kini sedang berusaha memenangi pengundi Cina selepas berpisah dengan DAP yang memberi kesan kepada sokongan kaum Cina kepada parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Februari 2016.  
PAS kini sedang berusaha memenangi pengundi Cina selepas berpisah dengan DAP yang memberi kesan kepada sokongan kaum Cina kepada parti Islam itu. 

Pemimpin PAS sibuk ketika sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, menyertai masyarakat Tionghua tempatan di Perak, di mana presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggaul "yee sang", manakala di Selangor seorang pemimpinnya memakai pakaian Dewa Kwangyin dan di Johor mereka berpakaian merah.
Parti Islam itu kini memulakan langkahnya sendiri untuk mendekati masyarakat bukan Islam khasnya Cina dalam usaha mendapatkan sokongan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), kata penganalisis.
Mohamad Hisomuddin Bakar percaya PAS sedar undi masyarakat Cina menyebabkan mereka menang di banyak kerusi pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.

"Jadi PAS terpaksa kaunter sokongan undi Cina secara bersendirian selepas berpisah dengan DAP sebelum ini," kata pengarah eksekutif Ilham Centre itu kepada The Malaysian Insider. Selepas berpisah dengan bekas sekutu DAP tahun lepas disebabkan isu hudud, PAS mengadakan pelbagai program bersama bukan Islam terutamanya masyarakat Cina dengan menjanjikan hak mereka tidak akan dinafikan sekiranya parti Islam itu menang pada PRU14.
Dalam dialog di Kuantan baru-baru ini, Hadi sendiri memberi jaminan tidak akan mengubah Perlembagaan jika PAS diberi kesempatan memerintah Malaysia.
Katanya, PAS hanya akan meminda bahagian yang perlu sahaja untuk memenuhi maksud Islam adalah sebagai cara hidup (Ad-Deen) dan bukan agama semata-mata.
Beliau juga memberi jaminan PAS tidak akan menutup sekolah Cina, "malah akan menaik tarafnya. Di Kuantan, isu sekolah Cina merupakan di antara isu penting.
Bagaimanapun Hisomuddin berkata, usaha PAS untuk memenangi undi Cina tidak akan berjaya.
"Ini bagi saya usaha yang sia-sia sahaja.
"Jadi untuk membolehkan PAS mendapat sokongan pengundi Cina semula, PAS perlu bersama blok yang kini menyokong DAP, bukan bergerak sendiri-sendiri," kata Hisomuddin.
Read More / Baca Lagi >>

Artis grafik lancar kempen poster atas talian sokong kebebasan media

Posted: 27 Feb 2016 05:30 AM PST

Poster terbaharu kumpulan Grupa dengan penggunaan permainan kata yang bijak dan grafik yang menggambarkan sokongan kepada penyiar berita yang digantung atau disekat pihak berkuasa. – Gambar  Facebook Grupa, 27 Februari 2016. 
Poster terbaharu kumpulan Grupa dengan penggunaan permainan kata yang bijak dan grafik yang menggambarkan sokongan kepada penyiar berita yang digantung atau disekat pihak berkuasa.

Artis Grafik Rebel Untuk Protes & Aktivisme (Grupa) melancarkan kempen kebebasan media, menjemput rakyat Malaysia untuk menentang sekatan Putrajaya terhadap media dengan meluahkannya melalui seni dan kerja-kerja kreatif.
Poster terbaharu kumpulan tanpa nama itu dengan penggunaan permainan kata yang bijak dan grafik yang menggambarkan sokongan kepada penyiar berita yang digantung atau disekat pihak berkuasa, seperti majalah mingguan The Heat, akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily dan terbaharu, The Malaysian Insider.
Salah satu poster berbunyi, "Pertama, mereka tidak boleh menahan 'panas', kemudian kami semua di pinggir, sekarang kita adalah orang luar" - rujukan terakhir permainan kata pada halaman altenatif The Malaysian Insider di www.themalaysianoutsider.com.

The Malaysian Insider disekat pengawal selia Internet Malaysia sejak Khamis selepas laporan memetik ahli panel pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak mahu namanya disiarkan mengatakan  terdapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan salah laku jenayah dalam firma milik Kementerian Kewangan SRC International. Kementerian Dalam Negari pada 2013 menggantung The Heat dipercayai disebabkan cerita mengenai Najib bertajuk "Semua tertumpu kepada perbelanjaan besar PM Najib".
Penggantungan itu ditarik balik pada 2014 dan akhbar harian itu dibenarkan meneruskan operasi tanpa sebarang perubahan kepada permit penerbitannya.
Akhbar kewangan, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung tahun lalu kerana melaporkan mengenai dakwaan rasuah di firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di mana Najib merupakan pengerusi lembaga penasihat.
Penggantungan kedua-dua akhbar milik The Edge Media Group  ditarik balik pada September tahun lalu atas perintah Mahkamah Tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa sebenarnya dalang penyingkiran Muhyiddin?!

Posted: 27 Feb 2016 05:28 AM PST

Satees Muniandy


Seperti yang diramal kebanyakkan pemerhati politik tanahair, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan daripada Umno.
Laporan media menyatakan Muhyiddin digantung keahlian serta merta, sehingga pemilihan Umno 2018. Setiausaha agung Umno mengumumkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Zahid Hamidi akan mengambil alih tugas timbalan presiden.
Penyingkiran Muhyiddin dilihat sebagai 1 tindakan terakhir untuk menghukum pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak isu derma RM2.6 Billion ke akaun peribadi Najib mula dilaporkan.

Muhyiddin mula mengkritik Najib, dengan kedudukannya sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Najib membalas serangan Muhyiddin dengan menyingkirkan timbalan presiden Umno itu daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kini menyingkirkannya dari jawatan timbalan presiden Umno. Pemerhati politik pernah menjangka pemecatan Muhyiddin daripada kabinet akan menimbulkan kemarahan ahli Umno dan akan mempercepatkan kejatuhan Najib.
Sebaliknya, dengan penyingkiran 2 orang pengkritiknya daripada kabinet, Najib mengukuhkan kedudukanya dalam Umno. Seorang timbalan presiden dan seorang naib presiden yang dipilih majoriti ahli Umno dilucutkan jawatan mereka dalam kerajaan, tetapi tiada bantahan ataupun tentangan hebat daripada ahli Umno sendiri.
Cukup berbeza dengan situasi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan. Seluruh ahli Majlis Tertinggi Umno dilihat menyokong Najib dalam keputusan itu. Yang membuat bising adalah segelintir kecil ahli Umno yang masih setia kepada mantan perdana menteri Tun Mahathir dan Muhyiddin sendiri.
Najib tidak pernah tergesa-gesa untuk menyingkirkan Muhyiddin, tetapi lebih berhati-hati dalam percaturan politiknya.
Satu persatu pengkritik Najib disingkirkan tanpa sebarang tentangan. Karisma Mahathir dilihat tidak efektif lagi di kalangan ahli Umno.
Cara Najib mengendalikan seluruh isu skandal 1MDB, SRC International dan derma politik RM2.6 Billion nyata membawa satu imej negatif terhadap perdana menteri itu.
Pengkritik dalam parti disingkirkan, penjawat awam ditamatkan perkhidmatan, diganti, media diharamkan dan rakyat terus diberi amaran.
Segala tindakan ini tidak akan membantu Najib untuk terus menerajui Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Namun begitu, Najib dilihat begitu agresif dalam percaturan politiknya. Apakah sebabnya?
Sedang kita semua membuat kesimpulan, Najib menjadi penggerak penyingkiran Muhyiddin, kita mungkin terlepas pandang satu lagi individu yang menjadi pemain utama dalam drama Umno ini.
Dalam pemilihan Umno yang lalu, kita melihat bagaimana Zahid menjadi naib presiden Umno dengan sokongan yang kuat. Kedua-dua presiden dan timbalan presiden Umno dipilih tanpa bertanding. Jawatan tertinggi dalam hierarki Umno yang melihat persaingan sengit adalah jawatan naib presiden. Zahid muncul sebagai pemenang dalam pemilihan tersebut dan mencatatkan nama sebagai pemimpin utama Umno.
Najib memilih Zahid untuk menggantikan Muhyiddin, kerana Najib memang sedar populariti Zahid di kalangan ahli Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada lagi persempadanan semula seperti Sarawak, Bersih 2.0 beritahu SPR

Posted: 27 Feb 2016 05:26 AM PST

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata mereka mahu SPR untuk berterus terang dengan maklumat mengenai persempadanan semula. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 27 Februari 2016.
Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 berharap pelan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) untuk negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan mengulangi cara di Sarawak.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, mereka mahu SPR untuk berterus terang dengan maklumat mengenai pelan persempadanan semula.

"Kita tidak mahu lagi kes seperti Sarawak Rakyat tidak diberi maklumat yang cukup tentang pelan persempadanan semula. "Kita berharap SPR tidak akan menyembunyikan maklumat. SPR harus menjadi telus dan bertanggungjawab," katanya kepada The Malaysian Insider.
Pengerusi SPR Datuk Seri Hashim Abdullah dilaporkan berkata mereka dapat menyelesaikan persempadanan semula kawasan pilihan raya di seluruh negara dengan PRU14 pada 2018 jika tiada cabaran undang-undang.
Beliau berkata persempadanan semula untuk Sabah akan dilakukan selepas pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang, selepas itu ia akan dijalankan di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata semua negeri akan dinilai, dan tidak ada jaminan setiap negeri akan melalui persempadanan semula ataupun tidak.
Persempadanan semula SPR di Sarawak dikritik pembangkang, kumpulan masyarakat sivil dan Bersih 2.0 yang berkata langkah itu adalah untuk melindungi undi Barisan Nasional (BN).
Cabaran undang-undang untuk kawasan pilihan raya yang dicadangkan SPR di Sarawak akhirnya ditolak mahkamah, yang membuat keputusan memihak kepada suruhanjaya itu.
Cadangan SPR untuk menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak 71-82 kemudiannya diluluskan Parlimen dengan majoriti mudah.
"Kita tidak mahu satu lagi kes di Sarawak, dan SPR tidak boleh mengatakan mereka tidak mahu terima bantahan terhadap persempadanan semula mereka, kerana sesiapa saja boleh membantahnya.
"Sesiapa di kawasan pilihan raya mempunyai hak untuk memfailkan bantahan terhadap persempadanan semula, "katanya.
Penganalisis pilihan raya dan ahli Bersih 2.0 Dr Wong Chin Huat berkata, jika SPR tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang apabila menjalankan persempadanan semula, ia mungkin akan menghadapi lebih cabaran undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

Jika Anwar itu Muhyiddin, dia akan pimpin gerakan tuntut reformasi

Posted: 27 Feb 2016 05:17 AM PST


Muhyiddin dan Anwar pernah menjadi regu politikMuhyiddin dan Anwar pernah menjadi regu politik
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memimpin gerakan besar membabitkan semua pihak untuk melaksanakan reformasi jika ditakdirkan mengalami situasi serupa seperti apa yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang.
Beliau yakin Anwar akan berjiwa besar dan mengenepikan perbezaan lampau untuk mengalu-alukan sesiapa pun menyertai gerakan besar ini sementara terus kekal pada prinsip menuntut reformasi dan perubahan sistem secara keseluruhan.
Mengulas keputusan Majlis Tertinggi Umno (MT Umno) menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno petang semalam, beliau melahirkan rasa sedih setelah meneliti kenyataan Muhyiddin yang dikeluarkan hari ini.
"Sesiapa pun yang telah menghabiskan masa dewasanya menyumbang kepada parti yang dianggotai tidak wajar diperlakukan begitu, apatah lagi setelah beliau cuba membetulkan sesuatu yang beliau rasa adalah salah.

"Sudah tentu pihak media bertanyakan reaksi saya kepada kenyataan beliau kerana saya pantas melahirkan kebimbangan apabila Dato' Zaid Ibrahim menyeru rakyat Malaysia bersatu menyokong Tun Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

"Antara perkara pertama yang terlintas di fikiran saya setelah membaca kenyataan Tan Sri Muhyiddin itu adalah Anwar Ibrahim. Saya terfikir tindakan bagaimana agaknya Anwar Ibrahim akan ambil dalam keadaan unik sekarang yang membuka ruang besar untuk melaksanakan reformasi (tetapi ruang itu juga penuh dengan risiko dan ketidaktentuan)," ujarnya yang mengulas atas kapasiti aktivis reformasi 1998.
Menurut Rafizi, beliau yakin Anwar akan mengambil kesempatan ini untuk membawa semua pihak di dalam satu gerakan besar menuntut perubahan dan melaksanakan idea reformasi yang beliau perjuangkan selama ini.
"Sebelum ini, beliau gigih berusaha mencari titik temu di antara pihak-pihak yang berbeza pandangan dan berlainan puak agar dapat membina kekuatan bersama memperjuangkan reformasi.
"Banyak perubahan dan kesedaran politik yang ada dalam masyarakat kita hari ini dimungkinkan dek kerana jiwa besar Anwar Ibrahim dan kesabaran beliau membina gerakan besar yang memberi ruang kepada semua pihak itu," katanya.

Menurut Rafizi, rakyat kini berada di persimpangan yang unik kerana buat pertama kalinya negara berada di kedudukan kritikal apabila sebahagian rakyat sudah memahami bahawa perubahan dan reformasi dalam negara tidak boleh ditangguhkan.

Tan Sri Muhyiddin, ujar beliau menekankan keperluan mengembalikan kebebasan dan integriti kepada institusi utama di negara ini selari dengan tuntutan yang dilaungkan pembangkang selama ini.
Muhyiddin, tambah Rafizi telah menyatakan secara terbuka bahawa kuasa membuat lantikan ketua-ketua institusi utama yang kini dipusatkan di tangan Perdana Menteri mesti dirungkai.

Read More / Baca Lagi >>

Modul baharu JPA rugikan bakat muda negara

Posted: 27 Feb 2016 05:16 AM PST


KUALA LUMPUR 27 FEB: Kerajaan UMNO BN digesa menyemak semula keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar modul biasiswa kepada pinjaman boleh ubah jika peminjam bekerja di sektor kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
yeo_bee_yinMenyifatkan ia tidak masuk akal, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata tindakan JPA yang hanya membenarkan 100 peratus pinjaman penuh dikecuali jika seseorang itu bekerja dalam sektor kerajaan, merugikan bakat tenaga muda.
"Peranan sektor swasta sama penting dengan sektor kerajaan. Untuk keluar dari kepompong gaji-kelas pertengahan, ekonomi Malaysia harus pantas berubah kepada pengetahuan-intensif dan ekonomi berteraskan inovasi.
"Mengikut sistem baharu JPA, kita akan membiarkan pelajar JPA yang berbakat, yang mungkin melakukan penyelidikan hebat dan membolehkan ia dikomersial, terpaksa membayar balik biasiswa itu disebabkan dia memulakan perniagaan, bukannya bekerja di sektor swasta," katanya.
Mengikut model baharu itu, pelajar yang bekerja di sektor kerajaan 100 peratus pengecualian bayaran balik pinjaman, manakala mereka yang bekerja di sektor GLC perlu membayar 50 peratus manakala yang bekerja di sektor swasta terpaksa membayar keseluruhan pinjaman.
Bee Yin berkata, model itu harus disasar kepada graduan yang mencapai prestasi baik dari segi akademik mahupun bukan akademik kerana ia lebih efektif dan adil berbanding sistem baharu itu, malah tidak merugikan wang pembayar cukai.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi kekal pendirian TH bakal rugi RM1.4 bilion

Posted: 27 Feb 2016 05:15 AM PST


Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli mengulangi pendiriannya bahawa Tabung Haji bakal berdepan risiko kerugian sehingga RM1.4 bilion membabitkan pelaburan syarikat bersekutunya, Tabung Haji Heavy Engineering (THHE).
Beliau berkata, surat bertarikh 8 Disember tahun lalu yang diluluskan Kementerian Kewangan membolehkan Tabung Haji membuat jaminan korporat berjumlah USD228.2 kepada THHE adalah bukti bahawa Tabung Haji kini berisiko menangung kerugian itu.
"Maka, risiko kewangan yang ditanggung Tabung Haji sehingga RM1.4 bilion berkenaan pelaburannya di dalam THHE seperti yang saya timbulkan sebelum ini adalah benar.
"Saya kecewa ekoran sikap pengurusan tertinggi Tabung Haji masih lagi mahu menyembunyikan perkara sebenar daripada berterus terang sedangkan banyak dokumen sudah pun bocor kepada orang ramai," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata demikian mengulas penafian Tabung Haji berkenaan risiko kerugian terbabit dengan menegaskan kononnya THEE bergiat aktif dalam industri minyak dan gas memahami sepenuhnya pelbagai cabaran dihadapi industri itu.
Rafizi berkata, institusi itu seharusnya mematuhi Akta Tabung Haji yang tidak membenarkan mana-mana urusan jaminan korporat kepada bukan anak syarikatnya.
Namun, proses jaminan korporat itu diterukan yang mana THEE kini berdepan tindakan undang-undang daripada kontraktornya ekoran kegagalan membayar hutang.
Jumlah hutang tertunggak yang mungkin perlu dibayar THHE dianggarkan mencecah RM109.7 juta.

ITULAH DASAR KE LAUT.

Posted: 27 Feb 2016 03:42 AM PST

Di zaman Mahathir jadi PM, rakyat Malaysia yang hanya berkelulusan SPM merasa juga lah kerja di kilang² yang tumbuh merata ceruk negara...

TETAPI..

Zaman Najib jadi PM, rakyat Malaysia yang ada phD, profesor pun kena buang kerja. Apatah lagi yang ada ijazah ataupun diploma. Lagi la tak ada kerja. Yang tiada kelulusan tapi terjamin kerja.. Dapat kerja jadi menteri besar lagi..

Kalau nak kekal lama, mesti tahu ukuran sedut cium tangan bos.

Posted: 27 Feb 2016 03:40 AM PST

Tahu cara membodek bos merupakan satu kelebihan yang membuka peluang rekomendasi pelbagai jawatan penting..

Jangan lawan cakap bos. Apa dia buat, jilat jer semua. Membodek mesti konsisten. Jika tak.. pendek umur!

Betullah tu bukan Kuku Besi sebab dah upgrade pada Tukul Besi...

Posted: 27 Feb 2016 03:39 AM PST


8 penerbangan DHAKA-KUL dlm masa satu hari ??..

Posted: 27 Feb 2016 03:36 AM PST

JANGAN RISAU.. pada tanggal 22 Feb. 2016 pihak Jabatan Imigresen M'sia, KLIA pernah kata.. ".. ada dikalangan penumpang dalam pesawat tersebut adalah mereka yang sudah bekerja di Malaysia dan mereka kembali ke Malaysia setelah bercuti di negara mereka".

KAH!! KAH!! KAH!!.. Ingat rakyat bodoh ka apa...

Asal aja di bawah KERAjaan BN mesti kuat jilat, KENAPA ??!!

JURI RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 7:04 PTG | Posted in

sumber :-

JURI RAKYAT


5 Cara Mengurangi Lemak Di Dalam Perut

Posted: 26 Feb 2016 08:49 PM PST

5 Cara Mengurangi Lemak Di Dalam Perut – Dengan memiliki badan yang sangat lah ideal merupakan idaman bagi setiap seseorang , Tetapi tidak lah memiliki lemak yang sangat lah berlebihan . Jika memiliki lemak yang sangat lah lebih maka akan menggangu penampilan anda dan bahkan akan mengakibatkan penyakit diabetes dan jantung .


Dengan menghilangkan lemak di dalam perut , maka melakukan sebuah program diet rendah lemak yang di sertai dengan olahrag yang dapat membantu menurunkan dan membakar lemak di dalam tubuh . Berikut cara mengurangi lemak yang ada di dalam perut menurut anjuran para ahli .

Melakukan diet sehat

Diet sehat merupakan sebuah program diet dengan banyak mengonsumsi makanan yang kaya serat , protein dan karbohidrat komplek . Dengan menghindari makanan yang berlemak seperti makanan gorengan , makanan bersantan , kue coklat , ku keju dan kue lainnya serta memakan makanan sipa saji .

Sebaiknya dalam prgram diet ini memakan buah dan sayuran yang kaya serat dan protein yang cukup seperti gandum , sereal , dan beras merah .

Melakukan olahraga kardio

Olahraga kardio merupakan olahraga yang sangat lah bagus untuk di jadikan program diet yang sederhana seperti melakukan jogging , jalan cepat serta bersepeda santai yang akan membakar lemak yang berlebihan .

Serta melakukan sit up setiap rutinnya yang akan mengurangi lemak dan juga di imbangi dengan olahraga kardio . Selain itu dengan olah raga sit up ini akan juga mengencangkan perut , dan juga membentuk jika di lakukan secara rutinnya .

Mengurangi Minum Larutan Gula

Jika anda ingin melakukan sebuah diet dan mengurangi lemak dalam tubuh anda maka anda mengurangi larutan gula yang akan menimbulkan lemak dalam tubuh anda . Sebaiknya anda mengunakan gula yang rendah kalori atau dengan memberikan sedikit madu pada minuman anda .

Memperbanyak minum air putih

Dengan memperbanyaknya meminum air putih akan juga meningkatka sebuah metabolisme pencernaan yang baik serta akan membantunya pembakaran lemak yang berlebihan dalam tubuh secar efektif . Air putih ini sangat lah berfungsi juga untuk membersihkan racun yang terdapat dalam tubuh .

Dalam peminuman air putih ini sebaiknya anda mengonsumsinya 8 gelas dalam satu hari yang akan memberikan hasil yang maksimal untuk pembakaran lemak anda .

Mengonsumsi lemak baik

Lemak yang baik adalah yang terdapat pada ikan salmon dan juga alpukat yang kaya kandungan omega 3 dengan begitu akan mengurangi lemak yang akan menimbun pada tubuh anda .

Banyak mengonsumsi kandungan vitamin C

Kandungan vitamin C merupakan membantunya peningkatan kekebalan tubuh dari penyakit yang akan menyerang serta kandugan ini akan membantu pembakaran pada lemak dalam tubuh , kandungan yang membantu adalah senyawa karnitin yang di hasilkan oleh kandungan vitamin C.


ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 3:33 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Kenali dalang sebenar penyingkiran Muhyiddin ...

Posted: 27 Feb 2016 08:38 AM PST

Satees Muniandy

  Seperti yang diramal kebanyakkan pemerhati politik tanahair, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan daripada Umno.

 Laporan media menyatakan Muhyiddin digantung keahlian serta merta, sehingga pemilihan Umno 2018. Setiausaha agung Umno mengumumkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Zahid Hamidi akan mengambil alih tugas timbalan presiden.

 Penyingkiran Muhyiddin dilihat sebagai 1 tindakan terakhir untuk menghukum pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak isu derma RM2.6 Billion ke akaun peribadi Najib mula dilaporkan.

 Muhyiddin mula mengkritik Najib, dengan kedudukannya sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Najib membalas serangan Muhyiddin dengan menyingkirkan timbalan presiden Umno itu daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kini menyingkirkannya dari jawatan timbalan presiden Umno.

 Pemerhati politik pernah menjangka pemecatan Muhyiddin daripada kabinet akan menimbulkan kemarahan ahli Umno dan akan mempercepatkan kejatuhan Najib.

 Sebaliknya, dengan penyingkiran 2 orang pengkritiknya daripada kabinet, Najib mengukuhkan kedudukanya dalam Umno. Seorang timbalan presiden dan seorang naib presiden yang dipilih majoriti ahli Umno dilucutkan jawatan mereka dalam kerajaan, tetapi tiada bantahan ataupun tentangan hebat daripada ahli Umno sendiri.

 Cukup berbeza dengan situasi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan. Seluruh ahli Majlis Tertinggi Umno dilihat menyokong Najib dalam keputusan itu. Yang membuat bising adalah segelintir kecil ahli Umno yang masih setia kepada mantan perdana menteri Tun Mahathir dan Muhyiddin sendiri.

 Najib tidak pernah tergesa-gesa untuk menyingkirkan Muhyiddin, tetapi lebih berhati-hati dalam percaturan politiknya.

 Satu persatu pengkritik Najib disingkirkan tanpa sebarang tentangan. Karisma Mahathir dilihat tidak efektif lagi di kalangan ahli Umno.

 Cara Najib mengendalikan seluruh isu skandal 1MDB, SRC International dan derma politik RM2.6 Billion nyata membawa satu imej negatif terhadap perdana menteri itu.

 Pengkritik dalam parti disingkirkan, penjawat awam ditamatkan perkhidmatan, diganti, media diharamkan dan rakyat terus diberi amaran.

 Segala tindakan ini tidak akan membantu Najib untuk terus menerajui Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

 Namun begitu, Najib dilihat begitu agresif dalam percaturan politiknya. Apakah sebabnya?

 Sedang kita semua membuat kesimpulan, Najib menjadi penggerak penyingkiran Muhyiddin, kita mungkin terlepas pandang satu lagi individu yang menjadi pemain utama dalam drama Umno ini.

 Dalam pemilihan Umno yang lalu, kita melihat bagaimana Zahid menjadi naib presiden Umno dengan sokongan yang kuat. Kedua-dua presiden dan timbalan presiden Umno dipilih tanpa bertanding. Jawatan tertinggi dalam hierarki Umno yang melihat persaingan sengit adalah jawatan naib presiden. Zahid muncul sebagai pemenang dalam pemilihan tersebut dan mencatatkan nama sebagai pemimpin utama Umno.

 Najib memilih Zahid untuk menggantikan Muhyiddin, kerana Najib memang sedar populariti Zahid di kalangan ahli Umno.

 Dengan penyingkiran Muhyiddin semalam, Zahid secara automatik menjadi pengganti Muhyiddin dalam hierarki parti. Dilaporkan semasa pengundian untuk penggantungan Muhyiddin dibuat, Najib dan Zahid meninggalkan mesyuarat.

 Najib difahamkan meninggalkan mesyuarat kerana tidak mahu dilihat mendesak Majlis Tertinggi Umno. Tetapi, kenapa Zahid perlu meninggalkan mesyuarat itu?

 Walaupun Najib dilihat dan ditonjolkan sebagai penggerak utama penyingkiran Muhyiddin, yang sebenarnya menjadi penggerak dan penyebab utama penyingkiran tersebut bukanlah Najib.

 Penggerak utama di sebalik tabir sebenarnya adalah Pemangku Timbalan Presiden Umno, Zahid Hamidi. Kebanyakkan daripada kita tidak sedar tentang proses peralihan kuasa yang sedang berlaku dalam Umno dan Najib sedang bersiap sedia untuk mengundur diri.

 Umno sendiri sedar, jika dipimpin seorang presiden yang penuh dengan skandal, mustahil untuk Umno mengekalkan kuasa.

 Najib sendiri sedar akan kenyataan itu. Satu-satunya kebimbangan Najib, bukanlah tentang Umno tetapi dirinya.

 Jika Najib mengundur diri dengan dibelenggu skandal kewangan-politik terbesar, kemungkinan besar dirinya akan diburu penentang dalam parti dan pembangkang setelah pengunduranya juga.

 Satu-satunya cara untuk melepaskan diri dari segala kepincangan ini adalah melalui cara "strike a deal" dengan penggantinya.

 Menurut hierarki Umno, apabila presiden meletak jawatan, secara automatiknya timbalan presiden akan mengambil alih tugasnya.

 Walaupun, penyingkiran Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri tidak menjadi masalah besar kerana kuasa mutlak tersebut di bawah perdana menteri, situasinya berbeza dalam parti, di mana timbalan presiden akan menjadi pemangku presiden sejurus presiden mengundur dan mula melaksanakan tugasnya.

 Najib memang tidak boleh mengundur diri tatkala Muhyiddin masih menjadi timbalan dalam parti.

 Penyingkiran Muhyiddin kini adalah hasil daripada persefahaman antara Najib dan Zahid untuk peralihan kuasa.

 Peralihan kuasa itu bakal berlaku dalam beberapa bulan lagi.

 Rasanya, keseluruhan MT Umno setuju dengan pelan peralihan kuasa Najib-Zahid.

 Mereka hanya menunggu masa untuk menyingkirkan Muhyiddin dari parti dan mantan timbalan itu masuk jerat seperti yang dimahukan kepimpinan Umno.

 Penyingkiran Muhyiddin dari jawatan timbalan presiden Umno bukanlah dirancang Najib, tetapi bakal penggantinya dan orang kuat bakal perdana menteri.

 Bukankah penyingkiran Muhyiddin akan meningkatkan tentangan? Kenapa Umno atau Najib mahukan serangan berterusan?

 Sebenarnya, penyingkiran Muhyiddin adalah untuk mewujudkan laluan kepada Zahid, bukan untuk melindungi Najib atau Umno daripada diserang.

 Sejak sebulan yang lalu, beberapa orang pegawai kerajaan dalam jawatan tertinggi dinaikkan pangkat atau ditukar jawatanya. Walaupun, perubahan sedemikian dikatakan urusan pentadbiran, tetapi dapat dilihat sebilangan daripada mereka melaporkan terus kepada timbalan perdana menteri.

 Menurut sumber dalaman, bakal perdana menteri akan mencanangkan "Perubahan Dari Dalam" sebagai motonya untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya.

 Diperkatakan juga beliau sudahpun melantik beberapa orang pegawai khas yang tidak berasal dari parti politik yang akan menjadi penasihat hal ehwal orang bukan Melayu, untuk mengendalikan mengembalikan kepercayaan mereka kepada Umno-BN.

 Malah, keputusan untuk membekukan pengambilan warga asing termasuk 1.5 juta warga Bangladesh untuk berkerja di Malaysia juga diperkatakan sebagai salah 1 gimik yang menonjolkan imej "bakal perdana menteri mendengar kepada rakyat".

 Perubahan besar dalam landskap politik negara dijangka bakal berlaku selepas pilihanraya Sarawak dan tamatnya perkhidmatan gabenor Bank Negara.

 Adakah perubahan sedemikian dapat membawa impak kepada Malaysia dan rakyat?9 Kita perlu tunggu dan lihat. – 27 Februari, 2016.

 *Satees Muniandy ialah Setiausaha DAP Batu Kawan dan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai ~ sumber

Bekas peguam negara tunjuk bukti derma 2.6 bilion, SRC sah jenayah, kata Muhyiddin

Posted: 26 Feb 2016 10:36 PM PST

  Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hari ini bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu derma RM2.6 bilion di dalam akaun Datuk Seri Najib Razak merupakan 1 perbuatan jenayah.

 Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, lebih menghairankan, walaupun yang didakwa melakukan kesalahan ialah Najib, Umno menggantung keahliannya.

 "Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

 "Yang menjadi punca segala masalah Umno hari ini bukan saya, tetapi Najib.

 "Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

 Muhyiddin turut mempersoalkan adakah membantu presiden itu bermaksud mempertahankan kesalahannya.

 "Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam Umno menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti.

 "Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam Umno bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada Umno," katanya.

 Sebelum penggantungannya semalam, beberapa pemimpin Umno mendesaknya agar setia membantu kepimpinan presiden parti. – 27 Februari, 2016.~ sumber