Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Siapa orang kaya baru di #22 terkaya do Malaysia?

Posted: 26 Feb 2016 07:29 PM PST


SIla lihat di Snapshot 2016 di http://snapshot2016.blogspot.com

Pengerusi OPR bercanggah dengan kenyataan SPRM

Posted: 26 Feb 2016 01:59 AM PST





Kenyataan Pengerusi OPR SPRM, Tan Sri Hamid Bugo semalam bertarikh 25hb di atas menafikan kenyataan SPRM bertarikh 24hb dua hari lepas:


Tambah lagi, kenyataan rasmi SPRM yang dikeluarkan oleh Dato Rohaizad selari dengan laporan The Malaysian Insider yang bocor.


Jawapan Pesuruhjaya SPRM di Snapshot2016 di SINI sungguh pelik. Harap diperjelaskan percanggahan.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:55 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


FORUM AMANAH-SESATKAH KAMI? HOTEL DARULAMAN JITRA KEDAH

Posted: 26 Feb 2016 03:18 AM PST


Cukup bukti dakwa Najib – panel SPRM

Posted: 26 Feb 2016 03:12 AM PST

Cukup bukti dakwa Najib - panel SPRM

Cukup bukti dakwa Najib – panel SPRM


Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan "tertangguh" dan "tiada tindakan susulan".

"Penyiasat SPRM mengumpul 'bukti mencukupi' untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib," kata ahli panel itu kepada The Malaysian Insider.

"Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan."

Panel yang dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak Tan Sri Dr Hamid Bugo itu, menamatkan penggal mereka semalam selepas tidak menerima surat lantikan semula sebaik tempoh setahun mereka tamat.

Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.

Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, 'credible evidence' (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.
"Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh," katanya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya pada 26 Januari berkata tidak terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Najib berhubung isu SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan.

Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.

Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan dengan permintaan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.

The Malaysian Insider masih menunggu respons Apandi sama ada beliau akan mempertimbangkan keputusannya menutup siasatan terhadap Najib susulan kenyataan SPRM semalam.

SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.

Agensi itu membuka siasatan itu susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu, yang mendakwa daripada jumlah RM2.6 bilion itu, RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pindahan besar berjumlah AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib, daripada Syarikat British Virgin Islands dan melalui Falcon Private Bank di Singapura.

Apandi berkata, Najib mengembalikan AS$620 juta kepada penderma Arab Saudi kerana ia tidak digunakan.


Kerajaan baharu di Putrajaya selepas PRU 14 – Penganalisis

Posted: 26 Feb 2016 02:44 AM PST

Kerajaan baharu di Putrajaya selepas PRU 14 - Penganalisis

Kerajaan baharu di Putrajaya selepas PRU 14 – Penganalisis


Rakyat Malaysia, tidak kira tahap pendidikan mereka, semakin hilang kepercayaan terhadap Putrajaya, memungkinkan keadaan di mana kerajaan persekutuan digulingkan pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.

Mengulas mengenai Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia yang dikeluarkan semalam, mereka berkata, ia menunjukkan rasa tidak percaya itu boleh mencerminkan bagaimana rakyat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Walaupun terdapat jurang antara 2 segmen penduduk – lepasan universiti dan tidak – dalam kepercayaan mereka terhadap kerajaan, jurang ini makin mengecil, kata pemungut suara bebas Ibrahim Suffian.

Kajian Edelman menunjukkan kepercayaan keseluruhan terhadap kerajaan adalah pada 40%.

Mereka yang dikategorikan sebagai "bermaklumat", yang berpendidikan universiti dan menyumbang kepada 25% teratas daripada kumpulan umur mereka, kurang mempercayai kerajaan.
Hanya 34% daripada mereka yang mempercayai kerajaan, berbanding dengan 39% daripada kalangan "orang awam", menurut kajian itu.

Sebab utama kemerosotan kepercayaan ini ialah merebaknya Internet yang kini mendemokrasikan akses kepada maklumat.
Internet, serta skandal kewangan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma politik RM2.6 bilion dan pandangan yang Putrajaya melakukan salah urus ekonomi, membawa kepada kemerosotan kepercayaan ini, kata penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee.

Pakar media Prof Zaharom Nain berkata, peningkatan penggunaan Internet sebagai sumber maklumat berkebetulan dengan hakisan terhadap kredibiliti institusi di negara ini, seperti badan kehakiman dan media.

Trend ini bermula sejak zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Zaharom dari Universiti Nottingham (Malaysia).

"Ia semakin teruk sejak beberapa tahun lepas dan sejak kebelakangan ini, apabila banyak institusi dan kakitangannya terang-terangan mempamerkan ketiadaan profesionalisme, kebebasan dan neutraliti," kata Zaharom, yang mengajar kajian media dan komunikasi.

Tetapi, perbezaan 4% antara kepercayaan rakyat bermaklumat dan kepercayaan orang awam adalah kecil dan semakin berkurangan kerana lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada Internet, kata Ibrahim dari Merdeka Center.

Ibrahim berkata, kadar keseluruhan penembusan Internet pada 80% di seluruh negara manakala 60% daripada rakyat Malaysia kini menggunakannya sebagai sumber berita.

Perbezaan antara kedua-dua kumpulan itu, daripada segi kepercayaan mereka terhadap kerajaan, adalah dalam butirannya, kata Ibrahim.

"Sebagai contoh, seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pemandunya mungkin mempunyai anggapan lebih kurang sama terhadap kerajaan, walaupun seorang lebih berpendidikan daripada seorang lagi.

"Ini kerana, kedua-duanya mendapat maklumat daripada Internet dan media sosial."

Perbezaannya adalah, CEO itu mungkin memahami butiran mengenai 1MDB, tetapi pemandu itu tidak, kata Ibrahim, sambil menambah, pemandu itu bagaimanapun, tetap tahu yang isu itu ialah satu skandal besar.

Kemerosotan dalam kepercayaan di kalangan mereka yang dikategorikan sebagai "orang awam", termasuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, adalah satu perkembangan kritikal, kata Lim.

"Ia menunjukkan, perbezaan pendapat, yang bermula di kawasan bandar, kini merebak ke kawasan luar bandar."

Pada PRU13, Barisan Nasional dapat terus berkuasa walaupun mengutip hanya 47% undi popular kerana mendapat sokongan terutamanya di kawasan luar bandar di utara semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ibrahim berkata, walaupun penduduk luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan media tradisional untuk maklumat, mereka masih boleh mendapatkan pandangan alternatif daripada anak mereka yang pergi ke bandar untuk bekerja.

"Tidak ramai lagi masyarakat yang benar-benar terpencil di Malaysia ini dan sudut pandangan alternatif juga kini merebak, terima kasih kepada Internet," kata Ibrahim.

Sekiranya tahap ketidakpercayaan terhadap kerajaan juga rendah di kalangan penduduk luar bandar, kata Lim, dan keadaan ini tidak bertambah baik, mungkin akan ada kerajaan baru di Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

MUHYIDDIN DIGANTUNG, NAJIB ATAU ZAHID YANG UNTUNG?

Posted: 26 Feb 2016 02:20 AM PST

Kemungkinan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin digantung daripada jawatannya dalam mesyuarat MT petang ini semakin sukar dielakkan.

Selain Nazri Aziz yang berdegar-degar mahu membawa usul penggantungan itu, beberapa pemimpin yang lain juga nampaknya tidak keberatan untuk memberi sokongan kepada cadangan itu.

Untungkah Najib Razak jika Muhyiddin digantung dan tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan UMNO?

Selain isu berkaitan 1MDB, derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta yang masih belum selesai, tidak dinafikan penggantungan Muhyiddin mungkin menyebabkan Najib lebih diserang, dikecam dan dibenci rakyat.

Dari segi UMNO, kalau pun tidak berpecah dua, penggantungan pemimpin nombor dua itu sedikit sebanyak akan menjadikan parti tambah bergolak dan menyukarkan lagi penyatuan bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Dalam keadaan itu, Najib tentu akan terus cemas dan terumbang-ambing untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang berpihak kepadanya.

Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal tanpa ragu-ragu melihat tindakan menggantung Muhyiddin hanya untuk kepentingan pemimpin tertentu sahaja.

Dalam hal ini, seperti Shafie dapat merasakan penggantungan Muhyiddin bukan semata-mata untuk menyelamatkan Najib, meskipun luarannya seolah-olah begitu.

Untuk kepentingan siapakah penggantungan Muhyiddin itu jika bukan untuk mengukuhkan Najib?
Lihat...belum pun sah Muhyiddin digantung, siapa yang bakal untung sudah pun mula ditunjukkan secara terang-terangan.

Untung kepada Najib tidak pernah diperkatakan, tetapi rezeki kepada Zahid Hamidi awal-awal lagi sudah mula dikompangkan ke seluruh kampung.

Bagaimana jika dengan penggantungan Muhyiddin, kedudukan Najib terus lemah, goyang dan semakin sukar untuk menggapai kemenangan, tidak mustahilkah gerombolan yang sama yang menolak Muhyiddin ini akan melakukannya kepada Najib pula? (SH 26/02/2016).
 
 
Shahnudin Hussein

‘Sekat The Malaysian Insider, Malaysia jadi Korea Utara’ – Tun M

Posted: 26 Feb 2016 02:17 AM PST



'Sekat The Malaysian Insider, Malaysia jadi Korea Utara' - Tun M

'Sekat The Malaysian Insider, Malaysia jadi Korea Utara' – Tun M


 

Membidas tindakan itu, bekas perdana menteri itu berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sanggup melakukan apa sahaja bagi menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat kerana takut dengan kebenaran.

"Kerajaan takut orang ramai tahu perkara sebenar. Sebab itu mereka perlu sekat.

"Ia bagi melindungi tindakan yang mereka buat, menyembunyikan apa yang mereka lakukan," kata Dr Mahathir kepada wartawan ketika ditemui selepas merasmikan Ehime Fair di KLCC hari ini.
Beliau menyifatkan kerajaan Najib sedang mengikut jejak negara diktator yang menyekat maklumat kepada rakyatnya dengan mengambil langkah sama.

"Mereka tidak benarkan orang (media) memberitahu orang ramai apa yang sedang berlaku dalam negara.

"Sama seperti Korea Utara, kita sedang menuju ke arah itu," katanya.

PKR pertahan dakwaan Tabung haji bantu TH Heavy Engineering

Posted: 26 Feb 2016 02:14 AM PST

PKR pertahan dakwaan Tabung haji bantu TH Heavy Engineering

PKR pertahan dakwaan Tabung haji bantu TH Heavy Engineering


PKR hari ini tetap bertegas dengan dakwaan terdapat jaminan korporat Lembaga Tabung Haji (TH) kepada syarikat bersekutunya TH Heavy Engineering Bhd (THHE).
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga berkata beliau terkejut dengan penafian "bulat-bulat" bahawa TH memberi jaminan itu dan menafikan risiko kerugian RM1.4 bilion.
Dalam kenyataan medianya, anggota parlimen Pandan turut melampirkan salinan sepucuk surat didakwa daripada kerajaan kepada pegawai kanan TH pada 8 Disember 2015 berkaitan perkara itu, yang berjumlah sehingga AS$228.2 juta.
Beliau mendakwa kerajaan meluluskan permohonan itu, yang tertakluk kepada beberapa syarat digariskan.
"Saya kecewa kerana sikap pengurusan tertinggi Tabung Haji masih lagi mahu menyembunyikan perkara sebenar dari berterus terang sedangkan banyak dokumen-dokumen telah pun bocor kepada orang ramai," katanya.

TH semalam turut menafikan tuduhan bahawa pelaburan TH dalam THHE akan mengalami kerugian sebanyak RM1.4 bilion dan menyifatkannya tidak berasas.

Katanya sebagai pemegang saham terbesar dalam THHE, yang bergiat dalam industri minyak dan gas, TH memahami sepenuhnya pelbagai cabaran industri tersebut, lapor Bernama.

TH juga meminta orang ramai agar tidak mudah percaya terhadap tuduhan-tuduhan berdasarkan dokumen yang dipaparkan di laman sosial.

Rafizi hari ini membangkitkan sama ada bantuan kewangan itu diubah dan distrukturkan semula dalam bentuk lain yang kurang kontroversi seperti pegangan saham, pinjaman atau instrumen kewangan lain.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bekas peguam negara tunjuk bukti derma 2.6 bilion, SRC sah jenayah, kata Muhyiddin

Posted: 26 Feb 2016 08:36 PM PST

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hari ini bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu derma RM2.6 bilion di dalam akaun Datuk Seri Najib Razak merupakan 1 perbuatan jenayah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Februari 2016.  
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hari ini bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu derma RM2.6 bilion di dalam akaun Datuk Seri Najib Razak merupakan 1 perbuatan jenayah.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, lebih menghairankan, walaupun yang didakwa melakukan kesalahan ialah Najib, Umno menggantung keahliannya.
"Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

"Yang menjadi punca segala masalah Umno hari ini bukan saya, tetapi Najib. "Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Muhyiddin turut mempersoalkan adakah membantu presiden itu bermaksud mempertahankan kesalahannya.
"Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam Umno menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti.
"Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam Umno bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada Umno," katanya.
Sebelum penggantungannya semalam, beberapa pemimpin Umno mendesaknya agar setia membantu kepimpinan presiden parti.

Skandal SRC: Bekas AG tunjuk bukti kepada saya, kata Muhyiddin

Posted: 26 Feb 2016 08:33 PM PST


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau telah ditunjukkan bukti mengenai wang yang dikatakan dimasukkan ke dalam akuan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dari syarikat milik negara, SRC International.
"Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan peguam negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!" katanya dalam kenyataan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat deposit RM42 juta daripada SRC International dan AS$681 juta dari satu akaun luar pesisir ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Peguam Negara yang baru, Tan Sri Mohamed Apandi Ali awal bulan ini berkata tidak ada kes tetapi SPRM merayu keputusan tersebut.

Apa sudah jadi dengan sistem nilai di dalam UMNO?

Posted: 26 Feb 2016 08:11 PM PST

Oleh MUHYIDDIN YASSIN
Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menggantung saya daripada jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini telah saya jangka. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan.
Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.
Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan Timbalan Presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu Presiden. Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka Presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu Presiden? Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan UMNO, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu Presiden dalam mentadbir dan mengurus parti.
Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada Presiden serta menegur Presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan UMNO. Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur Presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion.
Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya UMNO terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu Presiden.
Adakah membantu Presiden itu bermaksud menyokong Presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam UMNO menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam UMNO bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada UMNO.
Hari ini tercatat dalam lipatan sejarah UMNO, seorang Timbalan Presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur Presiden. Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden.
Ketika pindaan perlembagaan UMNO dibuat untuk membolehkan ahli-ahli di akar umbi memilih pemimpin utama parti, UMNO dicanang sebagai sebuah parti yang paling demokratik di negara ini. Tidak ada mana-mana parti di Malaysia yang membuka ruang seluas-luasnya kepada lebih 140,000 perwakilan dari seluruh negara memilih pemimpin-pemimpin utama parti.
Namun, keputusan MT hari ini langsung tidak memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik. Suara majoriti ahli, malah majoriti rakyat, diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh MT semata-mata untuk mempertahankan seorang individu yang terpalit dalam skandal rasuah dan penyelewengan yang amat memalukan.
MT gagal menangani krisis kepimpinan parti yang berpunca daripada penglibatan Najib dalam skandal IMDB dan derma RM2.6 bilion yang tidak dijelaskan dengan sepenuhnya oleh beliau. MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, kemana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013. MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib. Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat.
Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!
Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya.
MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan UMNO dan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Umno tercemar kerana Najib bukan Muhyiddin, selar Mukhriz

Posted: 26 Feb 2016 08:08 PM PST


Mukhriz Mahathir2Mukhriz Mahathir2
Kecewa dengan tindakan Majlis Tertinggi Umno (MT Umno) menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengingatkan parti itu bahawa pemimpin yang mencemar imej Umno di persada dunia ialah Datuk Seri Najib Razak dan bukannya Muhyiddin.
Dalam satu kenyataan media, beliau melahirkan kekecewaan dengan keputusan MT Umno itu dan menyifatkannya sebagai 'menjelekkan'.
"Saya amat kecewa dengan keputusan MT menggantung YB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden.
"Sekali lagi keputusan menjelekkan seperti itu dibuat semata-mata kerana kononnya Tan Sri tidak membantu dan mengkritik Dato Seri Mohd Najib selaku Presiden, sepertimana Dato' Seri Mohd Shafie Apdal dan saya sendiri juga digugurkan jawatan kerajaan atas alasan yang sama.
"Kononnya juga tindakan Tan Sri itu menjejas nama baik Umno, walhal umum tahu skandal-skandal melibatkan Presiden parti sebenarnya punca Rakyat mulai menolak Umno malah imej negara juga tercemar dipersada dunia," tegas beliau.
Beliau juga mempersoalkan sama ada tindakan terkini MT Umno itu mampu menarik semula sokongan rakyat terhadap parti itu.
"Saya percaya yang sebaliknya berlaku. Umno dan BN bakal menerima padah di PRU14 (pilihan raya umum ke-14) nanti," kesal beliau.

Gantung Muhyiddin kukuhkan Umno?

Posted: 26 Feb 2016 08:07 PM PST

Datuk Seri Najib Razak mengukuhkan kedudukannya di dalam Umno selepas menggantung Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun persoalannya kekal sama ada ia mengukuhkan parti Melayu itu dan menerima sokongan ramai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Februari 2016.  
Datuk Seri Najib Razak mengukuhkan kedudukannya di dalam Umno selepas menggantung Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun persoalannya kekal sama ada ia mengukuhkan parti Melayu itu dan menerima sokongan ramai.
Penganalisis berpendapat, tindakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung Muhyiddin merupakan petanda Najib berjaya mengumpulkan sokongan kepimpinan tertinggi di sebelahnya walaupun terpalit dakwaan rasuah.
Apa yang belum jelas sama ada 3 juta ahli Umno akan menerima keputusan MT memandangkan Muhyiddin kini menjadi simbol perpecahan kecil ahli parti Melayu itu yang menentang Najib.

Kebangkitan kumpulan itu yang diketuai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) kini mencetuskan tekanan terhadap Umno untuk menyingkirkan Najib melalui pemilihan dalaman parti. "Semuanya bergantung kepada justifikasi penggantungan beliau," kata Datuk Seri Prof Dr Mohamad Mustafa Ishak daripada Majlis Professor Negara (MPN).
"Memang akan berlaku rasa ketidak puasan hatian. Tetapi jika alasannya kukuh dan munasabah, mereka akan menerimanya, kata Mustafa.
Beberapa ahli MT Umno yang menyokong penggantungan itu yakin apabila ditanya kesannya kepada akar umbi.
"Ini persoalan sama ada kita mahu parti dirosakkan konflik dalaman atau disatukan untuk berhadapan masa hadapan yang lebih mencabar," kata Ahli MT Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa turut berpendapat, keputusan itu akan mengukuhkan parti yang bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pemimpin GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman bagaimanapun menolak alasan berkenaan dan berkata penggantungan itu menunjukkan Umno kini tiada lagi demokrasinya.
"Ini bermakna tiada lagi ruang demokrasi dalam Umno dan juga hal untuk memberikan pendapat. Keputusan itu dibuat untuk MT," kata Kamarul Azman, ketua cawangan di Umno bahagian Teluk Kemang di Negeri Sembilan.
Read More / Baca Lagi >>

Jawatan Muhyiddin digantung: Apa reaksi barisan pemimpin UMNO?

Posted: 26 Feb 2016 08:05 PM PST

Jawatan Muhyiddin digantung: Apa reaksi barisan pemimpin UMNO?
KUALA LUMPUR: Pergantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung serta-merta mendapat pelbagai reaksi pemimpin parti UMNO.

Antaranya, mereka berharap keputusan yang mendapat persetujuan ahli Majlis Tertinggi (MT) akan memperkasakan parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Berikut adalah kenyataan beberapa pemimpin UMNO setelah ahli MT UMNO berbincang selama lebih dua jam untuk usul penggantungan Muhyiddin.
"Harapan peribadi saya dengan keputusan yang dibuat secara concensus dapat membantu kita untuk bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan tanpa kita sesama kita mempertikaikan gerakan-gerakan yang saya tengok penting dalam kita nak berhadapan dengan rakyat."

- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
"Keputusan yang pahit dan bukan mudah dibuat ini terpaksa dibuat demi kemenangan pada PRU akan datang dan melaksanakan tugas penting terhadap rakyat."

- Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa
"Ini hari yang baik untuk UMNO. Kita ada dua tahun lagi untuk berkerja kuat memperkasakan parti dan paling penting di dalam mana-mana organisasi adalah disiplin."

- Ahli MT UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan
"Ada juga orang yang tidak setuju atau memberi pandangan yang berbeza tetapi kita perlu timbang antara menghadapi suasana parti kita lemah disebabkan pergeseran dalaman atau lebih baik kita bersatu dan menghadapi respon daripada luar, ataupun ancaman daripada luar."

- Ahli MT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
"Saya percaya apa pun keputusan dibuat akan ada yang suka dan tidak suka, tetapi hakikatnya, kita perlu bergerak dalam parti dan keputusan sudah dibuat MT. Saya percaya dan akur."

- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
"Saya percaya parti menyediakan ruang secukupnya untuk mereka yang melanggar peraturan parti membuat rayuan dalam tempoh tertentu."

- Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
"Ini bukan keputusan Presiden atau seorang individu saja dalam parti. Ia adalah keputusan sebulat suara dan saya yakin ia sudah difikirkan dengan semasak-masaknya demi kepentingan parti."

- Timbalan Ketua UMNO Sipitang, Datuk Kamarlin Ombi

Umno lebih berminat hukum saya berbanding tangani krisis kepimpinan, kata Muhyiddin

Posted: 26 Feb 2016 08:04 PM PST

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar tindakan tatatertib Umno yang menyaksikan keahliannya digantung semalam, mengatakan beliau tidak diberi peluang mempertahankan dirinya mengikut prosedur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Februari 2016.  
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar tindakan tatatertib Umno yang menyaksikan keahliannya digantung semalam, mengatakan beliau tidak diberi peluang mempertahankan dirinya mengikut prosedur.
Terlucut jawatan timbalan presiden Umno, Muhyiddin juga berkata beliau tidak akan merayu keputusan dan memberikan amaran kepada kepimpinan parti agar tidak mengendahkan perkara dibangkitkannya mengenai Presiden dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Nampaknya Majlis Tertinggi (MT) tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Bagaimanapun, saya tidak akan merayu.

"MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan Umno dan negara," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. Muhyiddin yang terlucut jawatan timbalan presiden selepas digantung sebagai ahli berkata, Umno gagal menangani krisis kepimpinan dengan penglibatan Najib dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion.
"MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, ke mana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013.
"MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib.
"Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat," katanya.

Selepas digantung, Muhyiddin ikrar terus bersuara, desak reformasi institusi

Posted: 26 Feb 2016 08:03 PM PST

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung daripada Umno semalam memberi jaminan tidak akan berdiam diri sebaliknya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi yang lebih menyeluruh. Beliau berkata, kuasa perdana menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan peguam negara juga mesti dihadkan. "Oleh kerana Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan bertindak atas nasihat perdana menteri, maka sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri boleh terlepas daripada pendakwaan jenayah dengan hanya menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan jawatan peguam negara," katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhyiddin: Saya tidak akan merayu

Posted: 26 Feb 2016 08:01 PM PST

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak akan merayu terhadap tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatannya sebagai timbalan presiden Umno, walaupun beliau mempertikai cara MT dalam membuat keputusan tersebut.
"Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri.
"Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT.
"Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan merayu," kata Muhyiddn dalam satu kenyataan.
Menurutnya, MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap dirinya "daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan Umno dan negara".

Saya tetap bersuara walaupun digantung keahlian UMNO – Muhyiddin

Posted: 26 Feb 2016 07:57 PM PST

Ia berlaku ekoran niatnya yang mahu melihat kesempurnaan perjalanan parti dan mahu mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya parti itu terus diterima oleh rakyat.
Muhyiddin-Yassin,-umno
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran serta menuntut reformasi meskipun beliau digantung keahlian di dalam UMNO.
Menerusi kenyataan di Facebook hari ini, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau tidak berduka dengan keputusan yang sememangnya telah dijangka namun, tidak menafikan tetap merasa jengkel.
Katanya, apa yang berlaku ke atas dirinya itu adalah disebabkan beliau niatnya yang mahu melihat kesempurnaan perjalanan parti dan mahu mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya parti itu terus diterima oleh rakyat.
"Hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas. Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup.
"Mereka yang lantang mengkritik Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan.
"Dalam menghadapi kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya, Najib menggunakan segalakuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik. Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baharu," katanya.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, Mereka yang berkepentingan di dalam UMNO tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.
Katanya, apa yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, sebaliknya lebih kepada kepentingan diri.
"Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita. Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan.
"Ia bukan sekadar mendesak Perdana Menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti," ujarnya.

WAYANG NAJIB KELUAR MESYUARAT MT

Posted: 26 Feb 2016 04:58 PM PST

Sekonyong-konyongnya Najib Razak meninggalkan mesyuarat MT UMNO semalam kerana tidak mahu dirinya terlibat dalam membuat keputusan berhubung penggantungan jawatan Muhyiddin Yassin.

Sekonyong-konyongnya juga Zahid Hamidi turut keluar daripada bilik mesyuarat itu kerana sebab yang sama.

Lalu diserahkan pengendalian mesyuarat kepada Hishammuddin Hussein yang akhirnya menjadikan "orang Johor jadi kepala menggantung pemimpin Johor sendiri".

Tetapi yang mendapat manfaat secara langsung daripada penggantungan Muhyiddin sebagai timbalan presiden UMNO ialah Najib dan Zahid, manakala balanya terpaksa dipikul oleh Hishammuddin.

Yang paling terkesan, Hishammuddin akan berdepan dengan kebencian orang UMNO Johor sendiri selepas ini dan jika politik negeri itu terus bergolak, apatah lagi jika jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya akan datang, beliaulah yang paling diungkit kesalahannya.

Walaupun Najib cuba menunjukkan beliau tidak terlibat mahu dalam keputusan menggantung Muhyiddin itu, ia sebenarnya tidak bermakna apa-apa kerana Zahid juga "diajaknya" meninggalkan mesyuarat itu.

Dengan Hishammuddin, sepupu Najib yang mempengerusikan mesyuarat, keputusan yang berpaksikan "taat setia" dan "tidak derhaka"  tentunya sudah boleh dijangka.
Read More / Baca Lagi >>

Keputusan gantung jawatan Muhyiddin berat sebelah, cemar imej Umno

Posted: 26 Feb 2016 04:55 PM PST


Muhyiddin YassinMuhyiddin Yassin
Keputusan sebulat suara Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Presiden Umno semalam dilihat sebagai satu proses demokrasi berat sebelah yang boleh menjejaskan reputasi parti.
Keputusan menggantung jawatan bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga akan turut menjejaskan reputasi parti khususnya dalam krisis membabitkan Muhyiddin dan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Dr Siva Murugan PandianDr Siva Murugan PandianPensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Sivamurugan Pandian berkata, Muhyiddin harus diberi peluang untuk mempertahankan dirinya daripada usul yang dicadangkan ahli MT untuk memecat beliau daripada memegang jawatan Timbalan Presiden.
"Beliau harus diberikan peluang untuk mempertahankan jawatannya untuk membela diri supaya pendemokrasian dalam parti dihormati malah tidak dilihat berat sebelah dan boleh menjejaskan reputasi parti yang akan menjadi lebih teruk," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Keputusan sebulat suara ahli-ahli MT itu dibuat dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Namun Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat itu kerana dilaporkan berada di luar negara.
Ahli MT sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta semalam.
Pengumuman berhubung perkara tersebut dibuat Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.
Dr Sivamurugan berkata, ahli MT dan Muhyiddin harus mengambil pendekatan musyawarah dalam suasana politik yang lebih harmoni dalam menghadapi krisis dalaman parti.
"Saya tidak nafikan usul yang dibawa ke dalam mesyuarat MT itu salah satu proses demokrasi, namun jika Muhyiddin diberikan peluang untuk membela diri terlebih dahulu, sebelum usul dikemukakan dan keputusan sebulat suara diambil, menunjukkan demokrasi itu berlangsung secara dua hala.
"Ramai yang akan mempersoalkan keputusan dibuat MT dan Umno. Umno perlu melihat kesan jangka panjang dan pendek terhadap keputusan pengantungan jawatan Timbalan Presiden itu.
"Ini kerana Umno sudah lalui pelbagai dugaan. Sesuatu keputusan yang jitu dan rasional perlu diambil kira dalam suasana persekitaran politik hari ini terhadap krisis keyakinan pemimpin," ujarnya.
Dalam sidang media semalam, Tengku Adnan turut mengumumkan bahawa Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.
Jawatan Muhyiddin sebagai Ketua Umno Bahagian Pagoh masih kekal.

MT Umno terdesak, kes Muhyiddin patut dibawa ke jawatankuasa disiplin

Posted: 26 Feb 2016 04:54 PM PST


Abdul Aziz RahmanAbdul Aziz Rahman
Kes disiplin membabit Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya dibawa ke jawatankuasa disiplin parti sebelum diserahkan kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT Umno), kata Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
Bagaimanapun Abdul Aziz mengakui MT Umno mempunyai bidang kuasa yang luas dan penggantungan Muhyiddin dibuat kerana ianya 'perkara mendesak' dan perlu disegerakan.
Beliau berkata, jika tindak-tanduk Muhyiddin disifatkan bercanggah dengan struktur perlembagaan dan displin ahli terhadap parti, perkara itu boleh diperdebatkan kedua pihak.
"Perlu ada laporan untuk dibawa ke peringkat jawatan kuasa disiplin terlebih dahulu sebelum dibawa kepada ahli MT.
"Dalam hal ini mungkin MT terdesak dan nak buat cepat kerana melihat kepada tindak tanduk Muhyiddin kebelakangan ini menyerang Presiden," ujarnya.
Beliau juga menjelaskan bahawa ada kemungkinan Muhyiddin boleh merayu untuk membela diri bagi mempertahankan jawatannya.

"Kena lihat juga apa peraturan yang ada dalam perlembagaan parti itu yang boleh memihak kepada isu membabitkan Muhyiddin," ujarnya lagi.
Beliau yakin keputusan menggantung jawatan Muhyiddin tidak dibuat dengan mudah oleh MT Umno.
MT Umno, katanya mungkin berada dalam keadaan 'terdesak' untuk membuat keputusan drastik tanpa perlu Muhyiddin diberikan ruang mempertahankan diri.
Usul untuk memecat Muhyiddin sebelum ini telah dicadangkan secara terbuka oleh Datuk Seri Nazri Aziz dengan sokongan beberapa ahli MT.
Ia kemudian dibawa ke mesyuarat MT Umno semalam.
Nazri dalam kenyataan yang dipetik media mengusulkan Muhyiddin dipecat daripada parti berikutan tindakannya mempertikaikan pelbagai perkara berkaitan presiden parti dan kerajaan secara terbuka.

MT UMNO tidak lagi mampu hadapi kritikan ahli parti

Posted: 26 Feb 2016 04:52 PM PST

Aziz Bari berpendapat parti Melayu itu telah melakukan suatu tindakan yang dahsyat dan pelik!

Prof-Dr-Abdul-Aziz-Bari
PETALING JAYA: Penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO berkuatkuasa serta-merta menandakan kepimpinan tertinggi parti itu tidak lagi mampu menghadapi kritikan ahli parti sendiri.
Ahli akademi, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan tindakan MT itu sesuatu yang dahsyat lagi pelik.
"UMNO menafikan pilihan perwakilan, kenapa tidak ditunggu sehingga ke pemilihan akan datang selain tindakan ini juga dilihat agak drastik. UMNO sudah tidak mampu berhadapan dengan ahli mereka sendiri.
"Ini memberi gambaran bahawa Datuk Seri Najib Razak kini dalam kedudukan yang cukup genting sehingga tidak mampu menghadapi kritikan dari dalam parti dan luar parti," ujarnya ketika dihubungi FMT, malam tadi.
Seorang lagi ahli akademi, Dr Maszlee Malik pula berpendapat penggantungan Muhyiddin itu merupakan pilihan yang lebih selamat.
"Jika Muhyiddin dibuang UMNO, beliau tidak bersendirian, pastinya gelombang reformasi 1998 akan berulang.
"Keputusan menggantungnya adalah strategi untuk meletakkan beliau di dalam 'cold storage'," kata beliau, ketika dihubungi FMT.
Sementara itu, Aziz berkata penggantungan Muhyiddin itu membuktikan Najib bukanlah pemimpin berjiwa besar seperti yang diuar-uarkan.
"Itu cakap mulut sahaja. Nampak dia (Najib) tidak bersedia mengotakan janjinya. Tidak mampu 'walk the talk'," kata beliau lagi.
"Kalau UMNO sudah tidak bagi ruang untuk kebenaran, takkan masih nak bersama UMNO. Kalau dia kata masih bersama UMNO, itu tidak masuk akal. Jika Muhyiddin sanggup jadi ahli biasa, lain cerita, tetapi apa yang dia boleh lakukan?" soalnya.
Bagi Maszlee pula, Muhyiddin perlu mendampingi seorang lagi penentang Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad jika mahu kekal relevan dalam kancah politik.

Rakyat lebih marah bila Dr M buang Anwar, kata Nazri

Posted: 26 Feb 2016 04:50 PM PST


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, sampai sekarang, rakyat masih marah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan tindakannya melucutkan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada tahun 1998.
 Nazri berkata, keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti itu tidak sampai menjejaskan rakyat berbanding apa yang berlaku ke atas Anwar.
"Muhyiddin bukan seperti zaman Tun Dr Mahathir buang Anwar, reaksi rakyat sangat kuat, kita lihat banyak demonstrasi.
"Tapi sekarang kita tengok bila Muhyiddin di gugur sebagai timbalan presiden, tak ada apa-apa pun, jadi saya ingat Umno tak terjejas.
"Dulu (masa) Anwar (dipecat) teruk, sampai sekarang kita kena hadapi dia. Tapi Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz tidak ada apa-apa yang terjejas," katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed berkata, rakyat Johor sangat sedih sekiranya Muhyiddin digantung dari jawatannya.
Mengulas lanjut, Nazri berkata rakyat Johor langsung tidak marah mahupun sedih dengan keputusan tersebut.
Malah, tambahnya, Muhyddin bukan mewakili negeri itu sebaliknya hanya bahagian Pagoh sahaja.
"Kita lihat rakyat Johor tak marah, sedih… tak ada orang Johor yang marah, kita ada orang Johor yang juga MT seperti Datuk Seri Azalina Othman (Pangerang), Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat), Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Sri Gading)…
"Kita tahu banyak lagi bahagian yang tidak jadi MT di Johor, mereka tidak suarakan tidak puas hati. Muhyiddin tidak wakili Johor tapi Pagoh je.
"Kita dengar yang bising cuma ketua pemuda bahagian dan timbalan dia, semua yang cari makan dari tangan Muhyiddin itu biasalah mereka bela ketua," katanya.
Semalam Muhyiddin digantung jawatan sebagai timbalan presiden Umno berkuat kuasa serta-merta.
Penggantungan Muhyiddin itu berkuat kuasa sehingga pemilihan parti akan datang.

Nazri: Cakap pada Mukhriz, dulu saya pengampu bapa dia

Posted: 26 Feb 2016 04:49 PM PST

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz dengan sinis berkata dirinya merupakan 'pengampu' Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri.

Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa beliau tidak menaruh harapan tinggi kepada Majlis Tertinggi Umno yang bertindak menggantung jawatan Tan Sri Muhyddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno.
Ia kerana, Mukhriz menganggap mereka sebagai "kaki ampu" atas alasan kononnya melakukannya demi kebaikan Umno.
"Bagi tahu Mukhriz, saya dulu pengampu bapa dia masa bapa dia jadi presiden dulu. Mengapa pada ketika itu dia tidak kata MT ni pengampu," kata Nazri yang mendakwa Dr Mahathir dulu seorang diktator.
"Ada benda yang dia buat kita tak setuju tapi oleh kerana kita setia pada parti, walau susah macamana, kita pertahankan dia (Mahathir)," katanya kepada Malaysiakini.
Malah, jelas Nazri lagi, Mukhriz seharus nya menggelarkan sebilangan MT Umno sebagai pengampu sejak dari dulu lagi kerana mempertahankan bapanya sebagai presiden parti Melayu itu.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim tu kawan baik saya, bila Mahathir gaduh dengan Anwar dia usulkan supaya Anwar dibuang, kenapa pada ketika itu tak kata saya pengampu bapa dia," soalnya.
Mukhriz dalam kenyataannya semalam berkata sekiranya Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno, ia bakal menjadi paku terakhir buat keranda parti Melayu berkenaan.
Mengulas lanjut Nazri berkata, sebenarnya keranda Mukhriz telah dipaku kerana kini tidak lagi memegang jawatan menteri besar Kedah.
"keranda dia yang yang dipaku, masa kita umum sebagai menteri besar, kita tak paku lagi keranda dia, tapi gantung jawatan muhyiddin iaitu penyokong kuat bapanya, maknanya keranda dia yang kita paku," katanya.

Tukar sistem, langkah terbaik selamatkan negara

Posted: 26 Feb 2016 09:48 AM PST

DSWALangkah terbaik menyelamatkan Malaysia adalah menukar seluruh sistem negara dan bukannya sekadar seorang individu sahaja, pesan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesanan Anwar itu disampaikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berucap pada program Halaqah Ilmu, di kediamannya di Bukit Segambut.
Katanya, Anwar juga mengingatkan masalah dihadapi negara ketika ini menekan rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk isu keadilan.
"Anwar kata, janganlah tetapkan jatuh seorang sahaja kita dapat perbaiki keadaan. Jangan katakan seorang dah jatuh sistem kita akan baik, tidak! Inilah yang kita laung-laungkan reformasi itu.
"Pada 1998, kita laung 'undur Mahathir', 'jatuh Mahathir' tetapi apa yang berlaku sekarang ini? Lagi teruk," katanya semalam.

Umno Johor akur penggantungan Muhyiddin

Posted: 26 Feb 2016 09:43 AM PST

PASIR GUDANG - Umno Johor akur dengan penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti, berkuat kuasa serta-merta.
Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau percaya pasti ada yang suka dan tidak dengan keputusan dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno.‎
Bagaimanapun, menurutnya, ahli Umno perlu terus bergerak dalam parti sekali gus menerima keputusan yang sudah dibuat MT.
Mohamed Khaled Nordin "Dari awal saya mengiringi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan saya tidak hadir mesyuarat MT berikutan menggantikan Tuanku yang tidak berkesempatan hadir di sini (Perasmian Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang).
"Saya tidak tahu apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu, tetapi kalau diambil dari kenyataan dibuat akhbar dan juga MT, ia merujuk pada soal betapa perlunya Timbalan Presiden itu membantu menjayakan tanggungjawab Presiden parti.
"Saya percaya apa pun keputusan dibuat akan ada yang suka dan tidak suka, tetapi hakikatnya, kita perlu bergerak dalam parti dan keputusan sudah dibuat MT. Saya percaya dan akur," katanya ketika diminta mengulas keputusan sebulat suara MT Umno menggantung jawatan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden parti, hari ini.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berharap Umno negeri ini, dapat terus melaksana dan meletakkan keutamaan dalam agenda penyatuan parti.
Ditanya sama ada prestasi Umno Johor terjejas dengan keputusan berkenaan, Adun Permas itu memberitahu jawatan Timbalan Presiden dipilih dari seluruh negara dan bukan dari Johor semata-mata.
Terdahulu, beliau hadir menyempurnakan perasmian Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang kali ke-21, di sini, hari ini.

Mukhriz: Umno akan terima padah dalam PRU14

Posted: 26 Feb 2016 09:42 AM PST


 Umno diramal bakal menerima padah dalam pilihan raya umum akan datang susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung tugas timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
"Adakah tindakan terkini MT itu mampu menarik semula sokongan rakyat terhadap parti?
"Saya percaya yang sebaliknya berlaku.
"Umno dan BN bakal menerima padah di PRU14 nanti," kata bekas menteri besar Kedah itu yang jugu menjadi mangsa pengguguran sebelum ini.
Dalam kenyataannya, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam berkata beliau amat kecewa dengan petang tadi dan menyifatkannya sebagai "keputusan menjelikkan".
"Kononnya juga tindakan Tan Sri itu menjejas nama baik Umno, walhal umum tahu skandal-skandal melibatkan presiden parti sebenarnya punca rakyat mulai menolak Umno, malah imej negara juga tercemar di persada dunia," katanya.

Pakatan diminta kembali ke meja rundingan, pulihkan harapan rakyat

Posted: 26 Feb 2016 07:13 AM PST

Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, meja rundingan adalah saluran terbaik membincangkan sebarang pertembungan pendapat antara parti dalam Pakatan. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 26 Februari 2016. 
Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, meja rundingan adalah saluran terbaik membincangkan sebarang pertembungan pendapat antara parti dalam Pakatan.

Para pemimpin Pakatan Harapan perlu kembali kepada perjanjian ditandatangani mereka 9 Januari lepas, iaitu membuat keputusan secara bersama, jika mereka masih mahu rakyat memberikan harapan kepada mereka.
Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad berkata, meja rundingan adalah saluran terbaik membincangkan sebarang pertembungan pendapat antara parti dalam Pakatan, bukannya menerusi media.
"Semua perlu kembali kepada meja rundingan dan korum yang sesuai adalah Majlis Presiden Pakatan Harapan," katanya ketika media hangat menyiarkan mengenai perbalahan yang dilihat antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR.

Dalam konvensyen pertama Pakatan Harapan di Shah Alam awal tahun ini, keputusan bersama menjadi perkara pertama dalam senarai perjanjian antara 3 parti yang menyertai gabungan pembangkang baharu itu selepas berkuburnya Pakatan Rakyat. Tujuh perjanjian berkenaan adalah prinsip dalam membuat keputusan bersama, pembinaan kesatuan politik, prinsip penyelesaian pertikaian, dasar bersama, perjalanan pilihan raya, perjalanan kerajaan dan pembangkang dan keabsahan pakatan.
Perjanjian ini ditandatangani Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Ia pula dibentangkan secara rasmi dalam konvensyen pertama Pakatan Harapan oleh Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke dan Setiausaha Organisasi Amanah Suhaizan Kaiat.
Pakatan Harapan dibentuk pada 22 September 2015 selepas persidangan meja bulat antara parti dan NGO pro-pembangkang kecuali PAS.
Bagi Pengetua Sekolah Demokrasi (SekDem) DAP, Wan Hamidi Hamid, harapan tetap ada kepada Pakatan Harapan, menyifatkan apa yang terjadi sebagai "percakaran biasa."
"Yang sedang berlaku ini, percakaran biasa. Dalam Barisan Nasional (BN) pun biasa, cuma mereka boleh tutup berita tu," kata Wan Hamidi kepada The Malaysian Insider.
Bagi bekas pengamal media yang berasal dari Pulau Pinang dan kini bekerja di ibu pejabat DAP ini, selagi ahli Amanah serta para pemimpin pelapis dalam PKR dan DAP bertenang, harapan tetap ada.
Sementara itu, Zainul Faqar Yaakub, petugas media rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang pula berkata, ketika Lim mengulas isu itu buat kali pertama, beliau melahirkan rasa terkejut kerana ia dibangkitkan di dalam media dan bukannya di meja rundingan.
Pergeseran terbuka antara Lim dan Azmin bermula apabila pemimpin PKR itu tidak berpuashati dengan pemecatan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dari jawatan mereka dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin tidak akan dapat tewaskan Najib pada pemilihan akan datang..!!

Posted: 26 Feb 2016 07:07 AM PST

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berpendapat Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan dapat bertanding dalam pemilihan akan datang untuk menewaskan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Itu tidak akan berlaku. Beliau akan dihalang sebelum pertandingan lagi," katanya yang yakin Muhyiddin tidak akan tunduk pada desakan ahli-ahli MT.
Menurutnya, desakan tersebut muncul setelah melihat Muhyiddin bertindak di luar jangkaan iaitu kembali melawan dan melebarkan pengaruh di kalangan cawangan-cawangan Umno.
"Selagi Muhyiddin masih menjawat Timbalan Presiden, gerakan beliau bertemu Ketua Cawangan adalah sesuatu yang sah dan suaranya di media juga masih laku.
"Hal ini membahayakan Najib dan kumpulannya di dalam tempoh yang tidak terlalu lama. Maka suara-suara mendesak Muhyiddin datangnya dari mereka yang bergantung survival politik dan jawatan mereka pada Najib," katanya kepada Sinar Online.
Petang tadi, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin berkuat kuasa hari ini serta merta.
Bagaimanapun, Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel), Dr Shamsinor Abdul Azzis menolak keperluan Muhyiddin menurut desakan beberapa ahli MT yang mahukan beliau meletakkan jawatan.
"Tidak perlu kerana beliau mempunyai kem sendiri. Kadang-kadang sokongan secara senyap pun banyak dan kalau lihat kepada keadaan Umno sekarang ini, boleh dikatakan hanya MT sahaja yang lebih menyokong kepimpinan Umno.
"Tapi tidak di peringkat akar umbi. Sebagai contoh sudah wujud gerakan ketua-ketua cawangan (GKCM). Jadi, saya tak rasa beliau (akan) tunduk berdasarkan desakan ahli MT itu," katanya.

Lambung, jangan tak lambung selagi hayat dikandung badan.

Posted: 26 Feb 2016 06:53 AM PST

Tak berdosa pon lambung.. Janji Muhyiddin dah kena gantung..

APA NAK HERAN... barang siapa masih lagi degil nak kritik Najib maka beliau akan DI'BANNED' SERTA-MERTA..

Posted: 26 Feb 2016 06:51 AM PST

Begitulah lumrah dlm Umno.. Hanya yg kuat jilat saja akan kekal didalamnya..

Peperangan kini bermula, kata pemberontak UMNO

Posted: 26 Feb 2016 06:46 AM PST

Muhyiddin tidak lagi mempunyai alasan untuk terus berdiam diri. Dia boleh buat apa sahaja sekarang ini.
anina-khai-1KUALA LUMPUR: Pemberontak UMNO kini mengisytiharkan perang keatas parti itu dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak selepas menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah mengabaikan pandangan akar umbi sehingga tergamak menggantung Muhyiddin yang bersuara demi kepentingan rakyat dan negara.
"Saya setuju dengan penggantungan ini, dan dia (Muhyiddin) tidak lagi mempunyai alasan untuk terus berdiam diri. Dia boleh buat apa sahaja sekarang ini.
"Peperangan kini telah bermula. Jika ini yang mereka (UMNO) mahukan, ia perkara yang baik memandangkan kami kini bebas untuk berkata apa-apa sahaja.
"Muhyiddin dan kami tidak lagi terikat dengan undang-undang dan peraturan parti. Saya berpegang pada kata-kata saya, kami akan pergi ke seluruh negara untuk menyedarkan masyarakat mengenai rasuah dan kelakuan salah yang Najib lakukan," katanya ketika dihubungi FMT.
Bekas ahli UMNO, Anina Saaduddin pula menyatakan Najib dan MT UMNO telah melakukan kesilapan besar dengan menggantung Muhyiddin. Hal ini kerana, mereka terpaksa berhadapan dengan 30 juta rakyat Malaysia.
"Rakyat dan akar umbi sayangkan Muhyiddin. Mereka tahu bahawa keputusan menggantung beliau bukan kerana beliau melakukan sebarang kesalahan, tetapi hanyalah Najib cuba menutupi kesalahan sendiri.
"Hanya kerana seorang individu yang panik, ramai tergugur. Muhyiddin tidak perlu bersedih kerana beliau tidak dihukum oleh orang yang ikhlas, tetapi seorang penjahat," ujarnya kepada FMT.
Penyokong Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak perlu bersedih dengan penggantungan itu, sebaliknya ia harus menjadi pembakar semangat buat mereka.
"Ini bukan perjuangan Muhyiddin seorang atau perjuangan pemberontak, tetapi perjuangan rakyat," katanya.

GKCM: Najib patutnya tak boleh tidur malam

Posted: 26 Feb 2016 06:05 AM PST

Dengan penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatannya dalam Umno Datuk Seri Najib Razak didakwa "tidak boleh tidur malam".
Pengerusi Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) Kamarulazman Habibur Rahman berkata, tanpa jawatan dalam partinya bekas timbalan presiden Umno itu akan lebih mudah membuat pendedahan mengenai skandal pemimpin mereka.
"Kalau saya jadi Najib, sekarang saya tak boleh tidur malam, sebab sekarang Muhyiddin akan buat pendedahan, satu demi satu," katanya kepada Malaysiakini.
Petang tadi, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden serta-merta dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ditugaskan mengambil alih peranan berkenaan sehingga pemilihan akan datang.
Ia satu lagi tindakan Umno ke atas Muhyiddin - yang lantang mengkritik Najib - selepas digugurkan daripada tugasnya sebagai timbalan perdana menteri.
Kata Kamarulazman ketika ini Umno sepatutnya "benar-benar bimbang" kepada Muhyiddin.