Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TUDM BUKAN TERHEMPAS, HANYA MENDARAT CEMAS

Posted: 25 Feb 2016 06:50 PM PST

    
SIARAN AKHBAR : PESAWAT CN235 TUDM MENDARAT CEMAS BERHAMPIRAN KUALA SELANGOR

KUALA LUMPUR  -- Sebuah Pesawat pengangkut TUDM CN235 yang berpangkalan  di PU Subang telah membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada lebih kurang jam 8.50 pagi tadi.

Pesawat yang membawa lapan orang anak kapal adalah dilaporkan selamat dengan dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut.

TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. TUDM juga akan berusaha untuk membuat recovery pesawat tersebut.



THE MALAYSIAN INSIDER BANKRAP KER? DITUTUPKAH?

Posted: 25 Feb 2016 02:02 AM PST

    

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Namakan Bank diberi guarantee atau Rafizi hanya menipu!

Posted: 25 Feb 2016 05:10 PM PST


Cerita TH rugi dari pelaburan jual roti tidak mendapat sambutan. Dalam pelaburan banyak-banyak, mesti ada rugi. Pentingnya untung jauh melebihi rugi. Berniaga tiada yang pasti untung rugi, tidak macam ambil riba Bank.

Tambah lagi, persoalan yang ditimbulkan tentang kos haji nampaknya salah lagi. Baca CTS di http://khairulryezal.blogspot.my/2016/02/rafizibergurau-lagi-apabila-mendakwa.html

Kini Rafizi masih cuba menutup malu kepada pendedahan dia suruh orang keluarkan duit dari Tabung Haji tapi dia sendiri tidak keluarkan. Maka dia cuba cari cara lain untuk serang TH. Kali ini adalah isu TH Heavy Engineering Berhad yang mana dahulu dipanggil Ramunia.

THHE hanya syarikat bersekutu yang mana Rafizi kata TH ada beri corporate guarantee. Menurut Rafizi THHE bakal rugi RM1.4 billion dan rugi atas kertas RM200 juta.

Baca sepenuhnya di http://rafiziramli.com/2016/02/pelaburan-tabung-haji-di-syarikat-kejuruteraan-huluan-ramunia-holdings-berhad-catat-kerugian-atas-kertas-rm200-juta-risiko-kerugian-jangka-panjang-rm1-4-bilion/ Hal ini telah dinafikan TH

Tabung Haji sudah menafikan di http://snapshot2016.blogspot.my/2016/02/th-nafi-beri-jaminan-pada-th-heavy.html.

Jika benar ada corporate guarantee, cuba dedahkan nama Bank yang terlibat dalam susunan yang selalunya bertujuan untuk kumpulkan pembiayaan untuk syarikat. Bank mana yang financing THHE hingga perlukan corporate guarantee diberi pada Bank tersebut!

Jika teruk benar TH urus hal ehwal niaga mereka, silalah keluarkan simpanan TH anda, Rafizi!!!

Portal Msia Insider diblok

Posted: 25 Feb 2016 03:05 AM PST


Gov't blocks The Malaysian Insider

25 Feb 2016, PM 5:36
Updated 25 Feb 2016, PM 6:12

The Malaysian Insider news portal has been blocked by the Multimedia Communications and Multimedia Commission (MCMC).

Users of telco Celcom who tried to access the site were shown the official MCMC page for a blocked site, with the message saying the website was barred because "it violated national laws".

According to the notice, The Malaysian Insider violates Section 263(2) of the Communications and Multimedia Act which states that internet service providers (ISPs) must comply with MCMC or other authorities to prevent an offence.

The website is still accessible via other ISPs.

Read on https://m.malaysiakini.com/news/331711

TMI dipercayai ditutup kerana berita yang tidak betul dan bertujuan untuk putarbelit sesuatu yang tidak benar tentang SPRM.

Baca di http://snapshot2016.blogspot.my/2016/02/konspirasi-dalaman-sprmantara-tmi-lim.html


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Jawatan Perdana Menteri dua penggal, tiada pengikut fanatik tiada 'yes man'

Posted: 25 Feb 2016 08:40 PM PST


Tan Sri Muhammad Muhd Taib Tan Sri Muhammad Muhd Taib Sudah tiba masa Malaysia menghadkan jawatan Perdana Menteri hanya dua penggal, namun seorang pemimpin dapat menyambung ke penggal ke dua bergantung sama ada pemimpin itu dapat sokongan daripada rakyat atau tidak, kata bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Kata beliau pemimpin perlu berkhidmat dengan baik untuk rakyat dan negara. Untuk itu dia tidak perlu memegang jawatan tertinggi terlalu lama dan mewujudkan pengikut-pengikut yang ramai dan fanatik.
"Apa yang diperlukan oleh negara ialah pemimpin yang dipilih untuk memegang jawatan tertinggi ini menumpu sepenuh tenaga untuk memajukan rakyat dan negara. Dia tidak perlu kepada pengikut dan penyokong hardcore dan fanatik," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata Muhammad lagi, jika seseorang pemimpin itu sedar bahawa dia cuma akan menjawat jawatan tertinggi maksima dua penggal dia tidak perlu mencari dan mewujudkan begitu ramai pengikut yang setia.
"Dia boleh melantik ramai pemimpin yang cerdik dan boleh membantu beliau untuk memajukan negara. Sama ada seseorang itu pengikut beliau atau tidak, tidaklah penting. Yang lebih penting pimpinannya baik dan diterima oleh rakyat.
"Selepas beliau tamat tempoh maksima dua penggal orang lain boleh mengambil alih jawatan beliau.
"Orang yang mengambil alih jawatan ini juga kemudian boleh melantik orang-orang yang cerdik dan berkeliber ikut sama mentadbir negara. Dia tidak perlu risau sama ada dia mempunyai pengikut atau tidak. Cukup dua penggal dia boleh diganti dengan orang lain pula. Begitulah seterusnya.
"Di Malaysia ujarnya, mungkin di peringkat awal dahulu seseorang pemimpin boleh memegang jawatan Perdana Menteri selama dua puluh dua tahun," ujarnya.
Muhammad berkata demikian kerana beliau merujuk kepada banyak negara di dunia menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri atau Presiden kepada dua penggal sahaja iaitu Amerika Syarikat dan Indonesia.
"Contohnya Amerika Syarikat. Yang terdekat dengan negara kita di Indonesia juga sudah ikut memutuskan jawatan Presiden cuma boleh dipegang oleh seseorang maksima dua penggal.
"Presiden Obama akan tamat tempoh jawatan Presidennya awal tahun hadapan. Begitu juga Susilo Bambang telah diganti dengan Jokowi sebagai Presiden Indonesia.
"Sebenarnya kedua2 Obama dan Bambang masih muda dan masih mampu menjawat jawatan Presiden di negara masing-masing.Mengapa mereka tidak boleh meneruskan memegang jawatan Presiden ?
Read More / Baca Lagi >>

SPRM diminta perjelas kuasa sebenar PPO dalam Perlembagaan Persekutuan

Posted: 25 Feb 2016 08:38 PM PST


Dr Kamarul Zaman YusoffDr Kamarul Zaman YusoffKetua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed diminta perjelaskan tindakan mencabar kuasa Peguam Negara oleh Panel Penilaian Operasi (PPO) adakah merupakan satu tindakan yang sah dalam Perlembagaan Persekutuan.
Persoalan ini dibangkitkan oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, merangkap Felo Kanan Institut Kajian Strategik.
Dalam satu kenyataan media hari ini Dr Kamarul mempersoalkan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM sejak Januari lalu mengenai kuasa PPO dalam mendesk Peguam Negara membuka siasatan semula kes membabitkan SRC International dan dakwaan wang derma RM2.6 bilion yang telah dinafikan oleh Pengerusi dan Ahli PPO, Tan Sri Hamid Bugo dan Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, semalam, agak meragukan.
Dr Kamarul menjelaskan kenyataan SPRM pada 24 Februari bertajuk "Isu SRC International Dan RM2.6 Bilion: Panel Penilaian Operasi (PPO) Nasihati SPRM Supaya Ambil Tindakan Lanjut" adalah sangat mengejutkan.
"PPO bersetuju bahawa SPRM perlu mengemukakan kembali kertas siasatan berhubung SRC International kepada Peguam Negara untuk pertimbangan".
Kenyataan ini juga menyebut:
"Memandangkan siasatan SPRM berhubung dakwaan wang derma RM2.6 bilion masih belum lengkap, PPO telah mengesyorkan agar SPRM meneruskan siasatannya."
Kenyataan SPRM ini mengejutkan kerana ia bercanggah dengan kenyataan media Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob pada 27 Januari lalu yang menyebut:
"Keputusan merujuk kepada PPO ini merupakan prosedur yang diperuntukkan dalam mengurus kes sebelum mana-mana kes ditutup.
"Justeru tindakan merujuk kes Perdana Menteri kepada PPO ini adalah satu proses biasa dan tidak sepatutnya ditafsir sebagai menolak keputusan yang diputuskan Peguam Negara".
Kenyataan SPRM ini juga mengejutkan kerana ia bercanggah dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pada 28 Januari lalu yang menyebut:
"I would like to state once again that the MACC is in no way disputing or challenging the AG's clearance of the cases against the PM",
"As stated yesterday, our referral to MACC's ORP is a standard operating procedure as part of the process of closing any case", dan
"For the sake of clarity, the Attorney General's powers over all criminal proceedings are conferred on him by Article 145 (3) of the Federal Constitution. These powers are absolute and cannot be challenged by any authority."
Read More / Baca Lagi >>

Mungkinkah pemakan dedak jadi gabenor baru Bank Negara?

Posted: 25 Feb 2016 08:33 PM PST


Sebuah lagi institusi teras negara sedang dalam ujian. Siapa yang akan dilantik menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara akan menentukan sama ada ia terus menjadi institusi yang berwibawa dan dihormati atau menjadi sebuah lagi institusi pemakan dedak.
Logik konvensyen: negara didahulukan.
 Mengikut landasan ini, pengganti Zeti haruslah sama kaliber dengan beliau atau berpotensi menjadi sehebat beliau. Lebih-lebih lagi sekarang apabila situasi ekonomi dan pengurusan mata wang (monetary management) negara memerlukan seorang gabenor yang berwibawa dan diyakini.
Maka pengganti Zeti wajarlah seorang ahli profesional yang pakar dalam bidang mata wang, ekonomi dan perakaunan. Seorang tidak dicemari oleh sebarang bentuk skandal atau konspirasi.
Atas landasan itu nama yang datang ke fikiran kita adalah Datuk Muhammad Ibrahim, Timbalan Gabenor. Walaupun berprofil rendah, dia dikatakan berintegriti dan dihormati.
Logik politik: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diutamakan.
Pengganti Zeti wajiblah seorang yang telah termakan dedak atau boleh disuapkan dedak. Ciri-ciri integriti, kewibawaan dan kemerdekaan minda bukan syarat.
Seelok-eloknya orang itu adalah dalam acuan yang sama seperti pelantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail – seorang profesional yang menganggotai Umno dan cergas dalam politik.
Apandi adalah peguam Umno, pemegang jawatan Umno Kelantan dan bekas calon pilihan raya BN.
Pelantikan Politik
Dalam kaitan inilah nama Datuk Awang Adek Hussin disebut-sebut sebagai calon pilihan. Bukan sahaja dia orang Kelantan macam Apandi tetapi dia juga cergas dalam politik Kelantan seperti Apandi.
Macam Apandi, dia pernah bertanding pilihan raya di Kelantan. Tapi tidak seperti Apandi, Awang Adek pernah menang dan jadi Timbalan Menteri.
Kalau Apandi pernah menjadi peguam Umno dan hakim, Awang Adek pernah menjadi Penolong Gabenor Bank Negara dan Ketua Pengarah pertama Pusat Perkhidmatan Kewangan Luar Pantai Labuan (Lofsa).
Dia menang kerusi Parlimen Bachok dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Pada tahun 2006 dia menjadi Timbalan Menteri Kewangan.
Dalam PRU 2008 dia bertanding Parlimen dan DUN tetapi kalah kedua-duanya. Kononnya kalau Umno/BN rampas Kelantan tahun itu, dia akan dilantik menteri besar.
Pada tahun 2009 dia dilantik senator dan diberikan semula jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Dia dilantik duta ke Amerika Syarikat pada tahun 2014.
Kalau tidak kerana pembabitannya dalam politik atau sekiranya tidak ada skandal kewangan membabitkan perdana menteri, dia sesuai dipertimbangkan sebagai pengganti Zeti.
Namun seandainya dia dilantik juga menggantikan Zeti maka secara semula jadi dia akan membawa imej yang sama seperti Apandi iaitu melindungi Najib daripada tindakan undang-undang.
Adalah amat memeranjatkan (mind boggling) kalau Awang Adek yang dilantik oleh Najib tiba-tiba melawan tauke dengan meneruskan siasatan dan memberi kerjasama telus kepada agensi-agensi luar negara yang kini menyiasat 1MDB dan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Mahu kuasa, pengaruh? Tingkatkan integriti – TI-M

Posted: 25 Feb 2016 08:30 PM PST

Tahap integriti dan kredibiliti parti pemerintah serta pembangkang masih menjadi perdebatan rakyat Malaysia.
akhbar-satar_ti_malaysia_600
PETALING JAYA: Aspek kredibiliti dan integriti sesebuah parti berupaya meningkatkan kuasa politik dan pengaruhnya di negara ini.
Sehubungan itu, semua parti politik di negara ini perlu meningkatkan tahap integriti dan lebih telus ketika berpolitik dalam menjalankan kempen pilihan raya
Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar, berkata tahap integriti parti politik sama ada parti pemerintah atau pembangkang masih diperdebatkan dalam kalangan orang ramai.
"Parti politik hendaklah berusaha meningkatkan tahap integriti, ketelusan dan lebih bertanggungjawab dan mereka mesti buat semua itu. Jangan cakap sahaja.
"Aspek integriti dan keinginan politik yang kuat untuk memerangi rasuah akan menaikkan lagi pengaruh dan kuasa parti ini," katanya kepada FMT di sini, hari ini.
Katanya, perkara berkenaan penting supaya dapat memupuk ahli politik yang akan menjadi negarawan demi kelangsungan negara dan generasi akan datang.
"Kita perlu lebih ramai negarawan yang memikirkan generasi akan datang dan bukannya ahli politik yang memikirkan pilihan raya akan datang," katanya.
Sementara itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini harus kekal sebagai 'non partisan' dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Akhbar berkata, NGO sewajarnya memberi kritikan membina dan hanya menyokong perkara benar dan menolak perkara yang salah.

TH ubah bantuan kewangan ke bentuk kurang kontroversi?

Posted: 25 Feb 2016 08:29 PM PST

Walaupun dinafikan, PKR hari ini tetap bertegas bahawa terdapat jaminan korporat Lembaga Tabung Haji (TH) kepada syarikat bersekutunya TH Heavy Engineering Bhd (THHE).
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga berkata beliau terkejut dengan penafian "bulat-bulat" bahawa TH memberi jaminan itu dan menafikan risiko kerugian RM1.4 bilion.
Dalam kenyataan medianya, anggota parlimen Pandan turut melampirkan salinan sepucuk surat didakwa daripada kerajaan kepada pegawai kanan TH pada 8 Disember 2015 berkaitan perkara itu, yang berjumlah sehingga AS$228.2 juta.
Beliau mendakwa kerajaan meluluskan permohonan itu, yang tertakluk kepada beberapa syarat digariskan.
"Saya kecewa kerana sikap pengurusan tertinggi Tabung Haji masih lagi mahu menyembunyikan perkara sebenar dari berterus terang sedangkan banyak dokumen-dokumen telah pun bocor kepada orang ramai," katanya.
TH semalam turut menafikan tuduhan bahawa pelaburan TH dalam THHE akan mengalami kerugian sebanyak RM1.4 bilion dan menyifatkannya tidak berasas.
Katanya sebagai pemegang saham terbesar dalam THHE, yang bergiat dalam industri minyak dan gas, TH memahami sepenuhnya pelbagai cabaran industri tersebut, lapor Bernama.
TH juga meminta orang ramai agar tidak mudah percaya terhadap tuduhan-tuduhan berdasarkan dokumen yang dipaparkan di laman sosial.
Rafizi hari ini membangkitkan sama ada bantuan kewangan itu diubah dan distrukturkan semula dalam bentuk lain yang kurang kontroversi seperti pegangan saham, pinjaman atau instrumen kewangan lain.

Keyakinan pelabur tanggung akibat jangka panjang kemelut 1MDB

Posted: 25 Feb 2016 08:26 PM PST

Generasi muda mungkin mewarisi kelembapan ekonomi Malaysia akibat daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), meskipun syarikat pelaburan negara yang bermasalah itu mula membayar semula hutangnya bernilai RM42 bilion, kata wakil rakyat dan penganalisis.
Mereka berkata, kesan jangka panjang akibat 1MDB yang mungkin berlaku ialah, ia akan melunturkan keyakinan pelabur dalam negara dan menyukarkan lagi Malaysia menarik pelaburan atau mendapatkan wang daripada pasaran kewangan menerusi bon kerajaan.
Pelaburan yang perlahan akan menghalang kemampuan negara untuk bebas daripada keadaan kos rendah, nilai rendah dan ekonomi intensif buruh dan beralih kepada nilai kecekapan tinggi dan pendapatan tinggi, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

"Ketika hasil komoditi dan minyak menurun, kita dengan cepat kekurangan ruang fiskal untuk melakukan perubahan sistemik yang kita perlukan. "Jika kita diuruskan dengan baik, kita masih boleh ke pasaran untuk mendapatkan wang," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Tetapi kerana 1MDB sudah menghakis sentimen pasaran dan keyakinan terhadap negara ini, tidak ada sesiapa mahu meminjamkan kita wang. Dan jika mereka beri pinjam, kadar faedahnya akan terlalu tinggi."
Hilang peluang untuk membangun sebagai negara berpendapatan tinggi akibat kekurangan dana akan bermakna, pada masa depan, Malaysia akan kekal terkebelakang sementara negara jirannya jauh ke depan, kata Rafizi.
Skandal 1MDB mencetuskan siasatan dalaman mengenai bagaimana syarikat itu mengumpul hutang hingga RM42 bilion – sejumlah besarnya dijamin kerajaan – dalam tempoh 6 tahun.
Syarikat milik kerajaan itu juga kini disiasat kerana tuduhan rasuah membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dituduh menerima wang daripada syarikat berkaitan 1MDB.
Najib yang juga menteri kewangan, turut mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Polis siasat pengarang TMI berhubung laporan panel SPRM

Posted: 25 Feb 2016 08:23 PM PST

Polis akan menyiasat pengarang dan wartawan The Malaysian Insider berhubung laporan berita yang diterbitkan semalam mengenai Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata ketua polis negara hari ini.
Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan perkara itu menerusi akaun Twitternya, mengatakan laporan itu "mengelirukan" orang ramai.
"PCIRC @PDRMsia panggil Ketua Editor @tm_insider dan siasat laporan yg mengelirukan org ramai berkenaan Panel MACC," katanya dalam Tweet itu.

PCIRC ialah singkatan untuk Police Cyber Investigation Response Centre atau Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis. Ketua Pengarang The Malaysian Insider Jahabar Sadiq berkata beliau dan pengarang lain serta wartawan yang menulis laporan itu akan hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 3 petang ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis.
"Mereka memanggil kami untuk memberi keterangan dan kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
"Mereka panggil saya, wartawan yang menulis berita itu, pengarang, penyunting berita... semuanya lebih kurang 6 orang.
"Kami mempertahankan laporan kami," katanya.
The Malaysian Insider semalam melaporkan seorang ahli PPO berkata SPRM perlu mengemukakan semula kertas siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd kepada peguam negara kerana terdapat cukup bukti untuk melakukan pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pada petang semalam, akses kepada laman web The Malaysian Insider disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana kandungannya yang didakwa mengancam keselamatan negara mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
SKMM berkata, langkah itu dibuat berikutan aduan yang diterima daripada beberapa orang.
Dua ahli PPO kemudiannya mengeluarkan kenyataan akhbar malam tadi menafikan terlibat dengan laporan dan sumber yang tidak dinamakan The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

'Kadar kemiskinan Orang Asli jauh lebih tinggi dari angka PBB'

Posted: 25 Feb 2016 05:03 PM PST

Laporan berkaitan kadar kemiskinan melibatkan Orang Asli yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah jauh lebih rendah dari jumlah terkini.
Penyelars Kampung Orang Asli Pahang Shafie Deris berkata kadar kemiskinan tersebut bukanlah 34 peratus isi rumah Orang Asli, sebaliknya ia mencecah 70 peratus.
"Bagi saya laporan yang PBB keluarkan, jumlahnya lebih rendah, sebenarnya jumlah peratus kemiskinan lebih tinggi mengikut kadar yang sebenarnya.
"Saya ingat dalam 70 peratus kemiskinan di kalangan Orang Asli," katanya yang merujuk kajian dari Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Sebelum ini, laporan PBB menyebut, walaupun kadar kemiskinan turun secara menyeluruh di Malaysia, kaum tertentu adalah amat ketara dalam statistik kemiskinan.
Data dalam laporan itu menunjukkan sebanyak 34 peratus isi rumah Orang Asli adalah miskin.
Pada 2010, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerajaan telah meluluskan Dasar Pembangunan dan Pemberimilikan Tanah Kepada Orang Asli (DPPTOA).
Di bawah dasar tersebut, hanya seluas 4,000 kaki persegi tapak rumah, dua ekar hingga enam ekar tanah ladang yang diberi kepada Orang Asli mengikut kemampuan negeri, manakala lebihan tanah tidak boleh dituntut di mahkamah.
Mengulas lanjut, Shafie berkata, kerajaan hendaklah mempertimbangkan gesaan pihak yang memperjuangkan hak-hak Orang Asli, terutamanya berkaitan inkuiri hak tanah Orang Asli.
Menurutnya tindakan kerajaan mengecilkan jumlah pemberian tanah kurang daripada enam ekar kepada mereka, hanya akan memiskinkan Orang Asli berikutan setiap keluarga masyarakat itu memiliki sekurang-kurangnya sepuluh ekar tanah.
"Kita sedang berusaha berbincang dengan kerajaan yang ingin mengisytiharkan tanah Orang Asli, sebab apabila kerajaan beri dua, tiga ekar dan paling banyak adalah enam ekar, ia dilihat hanya memiskinkan Orang Asli.
"Orang Asli banyak tanah dan paling sedikit yang mereka ada adalah sepuluh ekar, jadi apabila jumlahnya dikecilkan, mereka akan jadi lebih miskin.
"Kalau kerajaan meneruskan dasar pemilikan tanah ini, maksudnya lebih ramai lagi Orang Asli yang miskin dan yang kaya akan miskin kerana dulu Orang Asli memiliki tanah paling sedikit sepuluh ekar," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

HSR: 3 daripada 10 penduduk rela jual tanah kepada pelabur asing

Posted: 25 Feb 2016 04:59 PM PST

Lapan daripada 10 penduduk di Labu, Ayer Keroh dan Muar tidak tahu mengenai pelaksanaan projek HSR yang akan melalui kawasan kediaman mereka.
HSR-1
MUAR: "Bila tanah ini boleh dijual?" Itulah soalan dilontarkan penduduk luar bandar di sini, yang mahu menjual tanah kepada pelabur asing.
Soalan berkenaan dikemukakan kepada wartawan ketika melakukan tinjauan berhubung kesanggupan penduduk kampung melepaskan aset di sekitar Labu, Ayer Keroh dan Muar.
Tinjauan mendapati, tiga daripada 10 penduduk luar bandar di kawasan terbabit yang majoritinya Melayu, rela menjual tanah kepada pelabur dari Singapura dan China, demi mendapatkan keuntungan segera.
Penduduk luar bandar yang sanggup menjual tanah itu adalah berumur 50 tahun ke bawah dan memberitahu, tekanan ekonomi serta kos sara hidup yang mahal sebagai alasan penjualan tanah kepada pelabur negara asing.
Bagi penduduk yang enggan menjual tanah, ada antaranya berumur 50 tahun ke bawah, namun semua penduduk berumur 60 tahun ke atas menegaskan, tidak akan menjual tanah atas sebab memikirkan generasi keluarga akan datang yang memerlukan tanah dan tempat tinggal.
Selain itu, sikap mahu mempertahankan pegangan tanah daripada terlepas ke tangan rakyat negara asing turut menjadi faktor tujuh daripada 10 penduduk di Labu, Ayer Keroh dan Muar tidak mahu menjual tanah mereka.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesedaran berhubung pelaksanaan projek landasan Keretapi Laju (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura yang akan melalui sekitar Labu, Ayer Keroh dan Muar, seramai lapan daripada 10 penduduk kawasan terbabit memberitahu bahawa mereka tidak tahu menahu akan perkara berkenaan.
Difahamkan, nilai tanah sekitar Labu, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Nusajaya diramalkan meningkat lebih 100% daripada harga semasa apabila projek HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura dilaksanakan kelak.
Read More / Baca Lagi >>

Desakan hidup punca rela jual tanah kepada pelabur

Posted: 25 Feb 2016 04:58 PM PST

Ada penduduk kampung sanggup jual tanah di jajaran HSR untuk wang segera demi kelangsungan hidup dan kaedah mengatasi tekanan ekonomi.
keretapi,hsr
MUAR: Tekanan ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan penduduk di Labu, Ayer Keroh dan Muar rela melepaskan tanah kepada pelabur asing.
Rata-ratanya berpendapat, bayaran ditawarkan pelabur untuk mendapatkan aset milik mereka berdekatan jajaran projek Keretapi Laju (HSR) pasti tinggi dan wajar dilepaskan.
Meskipun mengakui sedih tanah yang diwarisi terpaksa dilepaskan, ia perlu akibat desakan hidup selain memerlukan wang segera.
Penduduk Muar, Ezam Ahmad, 48, berkata penawaran harga tinggi untuk membeli tanah oleh pelabur, sama ada warga asing atau tempatan tidak harus dilepaskan.
"Bila lagi kita boleh merasa wang yang banyak? Kalau ia kena dengan harganya, sudah tentu saya sanggup jual tidak kiralah warga Singapura atau China.
"Sayang akan tanah itu memanglah sayang, tetapi siapa yang tidak mahu kaya? Lagi-lagi keadaan ekonomi sekarang ini yang tidak memberangsangkan, kita memang perlu duit," katanya ketika ditemui FMT di sini, baru-baru ini.
Penduduk Labu, Zulkifli Talib, 40, berkata tanah di sekitar Labu diumpamakan seperti 'lombong emas' dan bernilai sekurang-kurangnya RM5 juta untuk tanah seluas 0.4 hektar.
Katanya, dia tiada masalah untuk melepaskan aset asalkan harga yang dibayar pelabur berbaloi dan akan melabur wang hasil jualan tanah itu untuk membeli tanah yang lebih murah di tempat lain.
Sementara itu, Azmi Amar, 62, yang menetap di Tehel berdekatan Ayer Keroh berkata, dia tidak akan sesekali menjual tanah miliknya.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau rakyat bodoh mudahlah KERAjaan BN kekal berkuasa sampai kiamat...

Posted: 25 Feb 2016 04:15 PM PST

PETALING JAYA : Buku berjudul 'Najib Razak, 40 Years, 40 Pictures' boleh diedar di sekolah-sekolah kerana ia bukan buku politik tetapi merupakan profil seorang tokoh politik.
Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan tidak mempunyai halangan jika mana-mana pihak yang ingin mengedarkan buku berkenaan di sekolah-sekolah seluruh negara.
"Ia baik. Sangat baik. Ia (buku) bukan politik tapi adalah profil tokoh," kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan di sini hari ini.
Kerajaan Pahang bercadang mengedarkan 2,000 naskah buku 'Najib Razak, 40 Years, 40 Pictures' ke semua sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi di negeri itu.
Buku terbitan, The New Straits Times Press (NSTP) berharga RM140 itu diterbitkan sempena 40 tahun pembabitan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam politik.
Berhubung cadangan kerajaan Pahang menjadikan buku terbabit sebagai bahan rujukan di perpustakaan negeri, Mahdzir berkata;
"Banyak buku Nelson Mandela, Lee Kuan Yew ada dalam perpustakaan..semua ada. Macam-macam tokoh ada. Sebagai Perdana Menteri Malaysia, saya ingat tak salah untuk letak.
"Tunku Abdul Rahman ada, Tun Razak ada, Tun Hussein Onn ada, Tun Mahathir ada, Tun Abdullah ada. Sekarang, Perdana Menteri yang terkini nak letak buku, saya ingat takkan itu menjadi masalah," katanya.

MUHYIDDIN DIGANTUNG, NAJIB ATAU ZAHID YANG UNTUNG?

Posted: 25 Feb 2016 04:07 PM PST

Kemungkinan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin digantung daripada jawatannya dalam mesyuarat MT petang ini semakin sukar dielakkan.

Selain Nazri Aziz yang berdegar-degar mahu membawa usul penggantungan itu, beberapa pemimpin yang lain juga nampaknya tidak keberatan untuk memberi sokongan kepada cadangan itu.

Untungkah Najib Razak jika Muhyiddin digantung dan tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan UMNO?

Selain isu berkaitan 1MDB, derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta yang masih belum selesai, tidak dinafikan penggantungan Muhyiddin mungkin menyebabkan Najib lebih diserang, dikecam dan dibenci rakyat.

Dari segi UMNO, kalau pun tidak berpecah dua, penggantungan pemimpin nombor dua itu sedikit sebanyak akan menjadikan parti tambah bergolak dan menyukarkan lagi penyatuan bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Dalam keadaan itu, Najib tentu akan terus cemas dan terumbang-ambing untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang berpihak kepadanya.

Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal tanpa ragu-ragu melihat tindakan menggantung Muhyiddin hanya untuk kepentingan pemimpin tertentu sahaja.

Dalam hal ini, seperti Shafie dapat merasakan penggantungan Muhyiddin bukan semata-mata untuk menyelamatkan Najib, meskipun luarannya seolah-olah begitu.

Untuk kepentingan siapakah penggantungan Muhyiddin itu jika bukan untuk mengukuhkan Najib?
Lihat...belum pun sah Muhyiddin digantung, siapa yang bakal untung sudah pun mula ditunjukkan secara terang-terangan.

Untung kepada Najib tidak pernah diperkatakan, tetapi rezeki kepada Zahid Hamidi awal-awal lagi sudah mula dikompangkan ke seluruh kampung.

Bagaimana jika dengan penggantungan Muhyiddin, kedudukan Najib terus lemah, goyang dan semakin sukar untuk menggapai kemenangan, tidak mustahilkah gerombolan yang sama yang menolak Muhyiddin ini akan melakukannya kepada Najib pula?

Buku 1MDB untuk pelajar universiti bertujuan jelaskan keadaan, sembang JASA

Posted: 25 Feb 2016 04:00 PM PST

Unit propaganda Putrajaya, Jabatan Hal Ehwal Khas edar buku mengenai 1Malaysia Development Bhd kepada pelajar universiti bagi menangkis dakwaan terhadap firma milik Kementerian Kewangan itu. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Februari, 2016.Unit propaganda Putrajaya, Jabatan Hal Ehwal Khas edar buku mengenai 1Malaysia Development Bhd kepada pelajar universiti bagi menangkis dakwaan terhadap firma milik Kementerian Kewangan itu. Unit propaganda Putrajaya, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) mula mengedarkan buku mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada pelajar universiti bagi menangkis dakwaan terhadap firma milik Kementerian Kewangan itu.
Panel pemikir Jasa, Lokman Adam berkata buku kecil itu perlu bagi pelajar mendapatkan "gambaran jelas" mengenai pelabur kontroversi itu dan diedarkan sebagai susulan kepada program anjuran jabatan itu, Jelajah Kampus.
Buku kecil yang mengandungi 79 muka surat, bertajuk "1MDB: Siapa Kata tidak dijawab?" diedarkan kepada semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

"Sebelum ini kami terima banyak rungutan daripada pelajar universiti sendiri, bertanya kenapa kerajaan tidak beri penjelasan. "Kami ada beri penerangan dalam program Jelajah Kampus. Tetapi, terlalu ramai (pelajar bertanya), kami tidak mampu untuk berjumpa dengan semua.
"Jadi, kerana itu kami buat keputusan untuk mengedarkan buku tersebut," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Akar umbi UMNO sokong Muhyiddin digantung

Posted: 25 Feb 2016 03:56 PM PST

Sebagai orang nombor dua dalam parti Muhyiddin sepatutnya membantu Presiden bukannya menjatuhkan beliau.
Muhyiddin UMNo
PETALING JAYA: Pemimpin akar umbi UMNO yang ditemui bersetuju Timbalan Presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perlu digantung sebagai jawapan kepada kelantangan beliau mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara terbuka.
Naib Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Bahtiar Adnan berkata, Muhyiddin patut meletak jawatan secara terhormat tanpa memaksa Majlis Tertinggi UMNO mengambil keputusan berat memecat beliau.
"Selepas Perhimpunan Agung UMNO yang lepas sepatutnya mereka bersatu tidak timbul isu lagi. Apabila Datuk Najib dah hulur tangan, semua sepatutnya bersatu," katanya ketika ditemui FMT.
"Tetapi apabila orang nombor dua nampak tidak bersungguh payah nak teruskan agenda parti sebab cabaran yang kita hadapi ketika ini bukan boleh buat main-main."
Bagi Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim pula, beliau melahirkan rasa kecewa akan tindakan Muhyiddin menyerang Najib bertubi-tubi.
"Sepatutnya dia kena bersama Presiden, kenapa hari ini cerita macam-macam pula, dulu boleh duduk satu meja, tetapi hari ini kenapa ada perbalahan? Sepatutnya tidak berlaku kerana tugas kita adalah bekerja untuk rakyat," katanya.
Sementara itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Khairuddin Yaakob pula menyokong sekiranya Muhyiddin digantung atau dipecat kerana Timbalan Presiden itu tidak lagi mampu memberi sumbangan kepada parti.
Malahan juga, di matanya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan individu yang paling layak menduduki kerusi nombor dua parti itu ketika ini.
Namun Naib Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Abdul Razak pula berpandangan Muhyiddin perlu diberi peluang kedua.
"Saya setuju kalau Muhyiddin digantung tetapi kalau dipecat saya tidak setuju, kalau dia kena pecat saya ingat terlalu kasar mungkin dia akan insaf.
"Memang saya kecewa kerana dia (Muhyiddin) telah merosakkan badan UMNO, kalau dia sayangkan UMNO jangan bersuara lagi di khalayak ramai," katanya.
Bagi Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Anuar Mohd Yunus berkata tindakan Muhyiddin itu sebenarnya menambahkan lagi kemarahan rakyat dibawah terhadap dirinya.
Apapun, bagi ADUN Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob, tindakan Muhyiddin tidak menjejaskan sokong rakyat kepada UMNO, kerana hujah yang dibawa beliau tidak disertakan dengan bukti yang kukuh.

Pandangan panel penilaian SPRM bukan cabar kuasa peguam negara, kata SPRM

Posted: 25 Feb 2016 03:53 PM PST

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed menegaskan, kuasa pendakwaan terletak pada peguam negara mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Februari, 2016. 
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed menegaskan, kuasa pendakwaan terletak pada peguam negara mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Saranan Panel Penilaian Operasi (PPO) untuk mengemukakan semula kertas siasatan SRC International Sdn Bhd dan mengumpul bukti dari luar negara berhubung wang RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi perdana menteri tidak boleh dianggap sebagai mencabar kuasa peguam negara, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya ingin menegaskan, kuasa pendakwaan terletak pada peguam negara mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam satu kenyataan petang ini.
Semalam, PPO lapan anggota yang bermesyuarat buat kali terakhir menasihatkan badan anti-rasuah itu menghantar semula kertas siasatan berhubung SRC International Sdn Bhd kepada Peguam Negara Tan Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya, untuk semakan beliau.

Panel itu, yang memuji SPRM kerana profesionalisme, dedikasi dan integritinya, juga mencadangkan kepada penyiasat meminta bantuan Peguam Negara mengeluarkan bantuan undang-undang bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan di luar negara dalam siasatan mereka ke atas derma RM2.6 bilion itu. Pada 26 Januari lalu, Apandi berkata tidak terdapat bukti mencukupi mendakwa Datuk Seri Najib Razak berhubung kes SRC International, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.
Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Apandi juga berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.
Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan dengan permintaan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.
SPRM sebelum ini merakamkan percakapan daripada lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

CERAMAH PELANCARAN PAKATAN HARAPAN PERINGKAT NEGERI KEDAH

Posted: 25 Feb 2016 03:37 PM PST

Kapar MP lodges report against Prime Minister

Posted: 25 Feb 2016 06:23 AM PST

Kenapa UMSKAL kenakan yuran tidak masuk akal ?

Posted: 25 Feb 2016 05:02 AM PST

Yuran itu dikenakan secara penuh dengan hanya mengecualikan yuran kolej kediaman sahaja ke atas pelajar semester akhir yang sedang menjalani Latihan Industri.
yuran-mahalOleh Ashraff Nazrin
Selepas isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin dibekukan, kemudian beberapa pelajar terpaksa berhenti kerana tidak mampu menyelesaikan yuran akibat daripada status tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang tergantung, kali ini Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pula menyusul dengan tindakan mengenakan yuran servis yang langsung tidak digunakan.
Yuran ini dikenakan secara penuh dengan hanya mengecualikan yuran kolej kediaman sahaja ke atas pelajar semester akhir yang sedang menjalani latihan industri.
Pelajar semester akhir Fakulti Komputer dan Informatik Labuan (FKI) yang sedang menjalani latihan industri ini dikenakan yuran servis seperti yuran komputer, khidmat kesihatan, sukan dan sebagainya. Ironinya, pelajar ini langsung tidak berada di kampus untuk menggunakan servis-servis ini.
Apabila sedang berada di tempat Latihan industri mereka menggunakan komputer sendiri, apabila sakit, mereka ke klinik dengan wang poket sendiri, apabila bersukan langsung tidak menggunakan fasiliti universiti kerana berada jauh dari kampus.
Ada yang menjalani latihan industri di semenanjung, dan mustahil pihak Pentadbiran tidak nampak perkara seperti ini dan masih merasakan mereka masih ada peluang menggunakan fasiliti universiti.
Alasan-alasan seperti perkara ini termasuk dalam perjanjian yuran, adalah tidak boleh diterima sama sekali. Pihak pentadbiran terutamanya pengarah kampus perlu membawa usul ini dalam mesyuarat tergempar senat kerana alasan sebegini adalah tidak munasabah. Pelajar ini membayar perkara yang mereka tidak gunakan.
Sekitar isu profesor yang dipecat, mahasiswa lapar dan kenaikan yuran universiti membawa kita kepada satu persoalan iaitu apakah isu pokok untuk permasalahan ini?
Di UMSKAL, satu projek dewan kuliah dan perpustakaan yang dilancarkan pada tahun 2010 yang lalu sehingga kini masih tidak siap-siap sedangkan projek tersebut dikatakan salah satu daripada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Read More / Baca Lagi >>

Beranikah peguam negara seret Mahathir ke mahkamah?

Posted: 25 Feb 2016 04:54 AM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar
Polis selesai mengambil keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung laporan polis dibuat beberapa pihak ke atas bekas perdana menteri itu. Dr Mahathir disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Mengikut kanun ini jika didapati bersalah Dr Mahathir boleh dihukum penjara selama 2 tahun, atau denda atau kedua-dua sekali.
Dalam satu laporan Dr Mahathir berkata beliau tidak gentar dengan keterangannya dirakam polis dan akan menyatakan kebenaran di mahkamah kelak. Beliau sengaja tidak menjawab beberapa pertanyaan secara spesifik kepada pertanyaan pegawai polis yang merakam keterangannya kerana beliau ingin jelas dan nyatakan di mahkamah.
Kita berharap kertas siasatan itu disegerakan untuk diserahkan kepada peguam negara. Dan kalau boleh peguam negara segera pula mendakwa Dr Mahathir di mahkamah.
Kita mahu mahkamah mendengar penjelasan Dr Mahathir di mahkamah, kemudian hakim mengadili dan membuat keputusan apakah kritikan beliau kepada peguam negara itu tepat, relevan atau bagaimana. Seluruh rakyat ingin mengetahui sejauh mana tatacara seseorang peguam negara itu boleh dikritik ataupun tidak. Paling penting apakah seorang peguam negara itu mempunyai kekebalan daripada dikritik walaupun kesalahan dan tingkah lakunya jelas jelak.
Dengan adanya kes dilalui Dr Mahathir ini ia akan menjadi precedent atau kes panduan pada masa akan datang. Ia juga boleh dijadikan neraca untuk melihat sejauh mana undang-undang negara kini adil dan masuk akal?
Cuma saya sedikit kurang yakin apakah peguam negara sedia untuk mendakwa Dr Mahathir. Apakah tidak dianggap berlaku konflik kepentingan apabila kes itu membabitkan peguam negara dan dia sendiri akan memutuskan apakah ada kes atau tidak?
Read More / Baca Lagi >>

Syarikat akhbar dikuasai UMNO terus catat kerugian besar

Posted: 25 Feb 2016 04:52 AM PST

Syarikat akhbar dikuasai UMNO, Utusan Melayu Malaysia Berhad terus mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM17.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Laporan Bernama menyatakan, pendapatan syarikat akhbar itu juga jatuh kepada RM248.38 juta berbanding 290.20 juta sebelum ini, merujuk kepada kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia.
Dalam kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia, penurunan pendapatan bagi suku pertama sebanyak 11.8 peratus adalah kerana penurunan segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.
Bagi suku keempat, syarikat itu mencatatkan kerugian pracukai sebanyak RM45.20 juta berbanding keuntungan sebelum cukai RM25.57 juta dalam suku yang sama.
Pendapatan syarikat pada suku itu juga mencatatkan kerugian sebanyak RM9.06 juta iaitu penyusutan kepada RM67.45 juta berbanding RM76.51 juta sebelum ini.
Laporan Bernama turut menyatakan Utusan Melayu Malaysia Berhad akan terus berhadapan dengan unjuran cabaran berterusan pada 2016 disebabkan isu yang menjejaskan sentimen pelanggan termasuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan akibat kelembapan ringgit yang akan mempengaruhi kenaikan kos bahan tertentu.
Pada Mei 2015 lalu, The Edge melaporkan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mencatat kerugian berpanjangan untuk tempoh suku pertama tahun itu.
Kerugian syarikat penerbit akhbar Utusan Malaysia itu bertambah kepada RM19.97 juta berbanding RM19.81 juta pada suku pertama 2014.
Antara penyebab utama kerugian ialah kemerosotan jualan akhbar dan majalah terbitannya.

Isu JPA: Sudahlah tak dapat belajar luar negara, biasiswa pula ditukar jadi pinjaman

Posted: 25 Feb 2016 04:43 AM PST


KUALA LUMPUR, 25 FEB: Semua biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun 2016 ditukar kepada pinjaman boleh ubah, berbeza dengan keputusan pengecilan bajet 2016 Januari lalu yang hanya menyentuh penajaan biasiswa kepada pembelajaran dalam negara.
Kecewa dengan model baharu penajaan JPA itu, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook, berkata kerajaan Persekutuan bersikap tidak jujur dan tidak adil terhadap mahasiswa yang menerima tawaran biasiswa JPA sebelum ini.
anthony loke"Mahasiswa bukan sahaja tidak dapat belajar luar negara tetapi biasiswa JPA pula ditukar kepada pinjaman,"" katanya merujuk pengumuman model baharu penajaan JPA di laman sesawangnya,mahasiswa diberi tiga mekanisme perjanjian pinjaman.
Pertama, mahasiswa tidak perlu membuat bayaran balik jika berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
Kedua, graduan dikehendaki membayar balik 50 peratus pinjaman jika memilih untuk bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ketiga, graduan dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman jika tidak memilih untuk berkhidmat dengan sektor awam mahupun GLC.
Anthony Loke juga mempersoal sama ada kerajaan mahupun syarikat GLC mempunyai jumlah perjawatan yang mencukupi bagi semua graduan JPA.
"Adakah kerajaan mampu menyerap 11,000 pelajar JPA dalam perkhidmatan awam, lebih-lebih lagi bilangan perjawatan sudah ditetapkan. Berapa peratuskah mereka misalnya mahasiswa dari luar negara mendapat tawaran bekerja dalam sektor awam?
Read More / Baca Lagi >>

RM2.6 bilion: 10 soalan dihantar ke Kedutaan Arab Saudi

Posted: 25 Feb 2016 04:42 AM PST

Kedutaan Arab Saudi berjanji akan menjawab 10 soalan yang dikemukakan GKCM berkenaan wang derma RM2.6 billion.
kamarul,saudi
PETALING JAYA: Gabungan Ketua Cawangan UMNO (GKCM) hari ini menghantar satu surat kepada wakil kedutaan Arab Saudi bagi meminta penjelasan berhubung wang derma RM2.6 bilion.
Presidennya, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, surat itu mengandungi 10 soalan meminta bantuan kerajaan Arab Saudi untuk memulihkan kembali maruah negara yang telah tercemar gara-gara isu derma RM2.6 bilion itu.
"Kita hantar surat kepada kedutaan Arab Saudi untuk menjawab beberapa soalan keresahan yang berlaku di Malaysia ekoran wang derma RM2.6 bilion yang menjadi isu tidak sudah di Malaysia.
"Kita mohon agar mereka berikan jawapan kepada kami dan rakyat Malaysia melalui persoalan yang kita ajukan berhubung dana RM2.6 bilion. Semoga jawapan diberikan dengan jujur dan ikhlas," katanya kepada pemberita di hadapan Kedutaan Arab Saudi di sini.
10 soalan kepada Kedutaan Arab Saudi berhubung RM2.6 bilion ialah;
  1. Siapa yang beri wang itu
  2. Bila wang itu dimasukkan ke dalam akaun itu?
  3. Apakah tujuan wang itu diberikan?
  4. Apakah jenis derma itu?
  5. Adakah wang itu untuk kegunaan peribadi Najib?
  6. Apakah baki derma itu telah dikembalikan sebagaimana didakwa?
  7. Kenapa terlalu banyak ketidakpastian dan keraguan berkaitan wang itu?
  8. Siapakah Putera Raja Saudi yang menjadi penderma itu?
  9. Apakah jenis hubungan antara Putera Raja Saudi itu dengan Najib?
  10. Kenapa banyak penjelasan yang bercanggah mengenai wang itu?
Kamarul berkata, Kedutaan Arab Saudi menerima baik kedatangan mereka dan mereka berjanji untuk menjawab ke semua soalan yang dikemukakan.
Jelasnya lagi, tindakan GKCM menghantar surat itu kerana tidak mempercayai keputusan siasatan yang telah dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"Kami pendapat, isu ini tak berjaya selesaikan untuk selamanya. Masih ada ruang menyebabkan orang ramai masih lagi bertanya isu ini dan tentang kedudukan dana ini. Kenyataan sebelum ini amat bercanggah satu sama lain," katanya.

Amaran Adenan, hudud dilaksana jika undi PAS

Posted: 25 Feb 2016 04:40 AM PST

Ada segelintir anggta komuniti Cina yang bertindak mengundi PAS dalam pilihan raya negeri yang lalu.
Adenan-Satem_pas_hudud_600
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memberi amaran mengenai akibat yang perlu ditanggung jika parti Islam seperti PAS diberi mandat mewakili rakyat.
Borneo Post melaporkan, Adenan sebagai berkata, beliau mengetahui ada segelintir anggta komuniti Cina mengundi PAS dalam pilihan raya negeri yang lalu.
"Jika kamu mahu hukum hudud di Malaysia, maka undilah PAS. Jadi fikirlah betul-betul sebelum kamu membuang undi dalam pilihan raya negeri nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi bertemu pemimpin yang diadakan di SJK Chung Hua Lundu bersempena sambutan Tahun Baru Cina di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, Adenan berkata, kerajaan negeri mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) walaupun Kerajaan Persekutuan belum berbuat demikian.
"Saya tidak peduli apa Kerajaan Persekutuan kata. Jika pemegang UEC mahu memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam negeri, mereka boleh.
"Sama juga untuk mereka yang mahu memohon biasiswa atau pinjaman daripada Yayasan Sarawak, kita akan terima UEC juga," katanya.

Mahdzir: Mana boleh Muhyiddin kritik presiden Umno?

Posted: 25 Feb 2016 04:39 AM PST


Timbalan presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bekerjasama dengan pemimpin lain dalam parti itu sebagai satu pasukan padu, bukannya mengkritik pemimpin tertinggi, kata anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Ketika menyuarakan sokongannya terhadap saranan agar tindakan diambil terhadap Muhyiddin, Mahdzir berkata kritikan yang dibuat berulang kali oleh Muhyiddin tentang cara pihak pentadbiran negara menangani kontroversi 1MDB, boleh melemahkan kerajaan.
Menteri Pendidikan itu berkata: "Untuk membina sebuah pertubuhan politik yang kuat, kita perlu bersatu sebagai sebuah pasukan yang mempunyai hubungan kerja yang kukuh antara pemimpin parti dan anggota peringkat akar umbi.
 "Mana boleh anda mengkritik presiden parti sendiri? Apa jua masalah perlulah diselesaikan dengan cara sewajarnya melalui perbincangan di dalam parti, bukan secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas melawat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan di Petaling Jayahari ini.
Isnin lepas, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Muhyiddin perlu berundur sekiranya beliau tidak lagi boleh menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau dengan sewajarnya.
Ditanya sama ada tindakan perlu diambil terhadap Muhyiddin, Mahdzir berkata: "Saya menyokong penuh saranan agar Muhyiddin dirujuk kepada jawatankuasa disiplin. Beliau sering menyuarakan komen (terhadap kepimpinan tertinggi) sejak kebelakangan ini dan sebarang perbuatan yang boleh merosakkan parti, perlulah dihentikan."

Derma 2.6B: Gabungan Ketua Umno minta penjelasan Arab Saudi

Posted: 25 Feb 2016 04:35 AM PST


Gabungan Ketua Cawangan Umno (GKCM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Arab Saudi ke Malaysia bagi menuntut penjelasan berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Presidennya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata memorandum tersebut diserahkan sekitar jam 12 tengah hari kepada wakil Duta Arab Saudi.
 "GKCM telah meminta pihak Arab Saudi untuk bantu memulihkan semula maruah negara kita yang telah tercemar teruk gara-gara isu RM2.6 bilion dan menjadi bahan tawa masyarakat antarabangsa," kata Kamarulazman ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut Kamarulazman, pihaknya juga telah menggariskan 10 soalan kepada kedutaan tersebut.
Antara lain ia menimbulkan siapakah yang memberikan wang itu, bilakah wang tersebut dimasukkan serta apakah jenis derma dan tujuan wang itu diberikan.
Memorandum itu juga menyoal apakah wang itu untuk kegunaan peribadi Najib dan sama ada baki derma itu telah dikembalikan sebagaimana didakwa.
Selain itu, ia juga meminta Arab Saudi mendedahkan putera Raja Saudi yang mendermakan wang berkenaan dan hubungannya dengan Najib.
Mengulas lanjut, Kamarulazman berkata, Kedutaan Arab Saudi menerima baik kedatangan mereka dan berjanji untuk menjawab kesemua soalan yang dikemukakan.
Kata Kamarulazman lagi, tindakan GKCM menghantar surat itu kerana tidak mempercayai keputusan siasatan yang dibuat Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Apandi sebelum ini memutuskan bahawa Najib bebas daripada sebarang salah laku jenayah dalam isu derma berkenaan.

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 3:30 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Kerajaan Teknokrat : Nik Abduh,Nasarudin Tantawi, Haron Din, Hj Hadi nak letak di mana?

Posted: 25 Feb 2016 08:00 AM PST

 Berikut merupakan tulisan yang pernah blog ini keluarkan ketika mengulas lontaran idea Hj Hadi yang mencadangkan Negara Teknokrat.

  Saya ulang siar semula kerana TITM cuba membawa semula idea mengarut Hj Hadi tersebut.

Pernah dengar  Negara Teknokrat ??Ha! Ha! Ha! Korang kliklah link tu.

Sebelum dibuat diperingkat negara, suruh dia buat diperingkat pentadbiran parti PAS terlebih dahulu.

Sekiranya istem teknorasi, dimana hanya kalangan profesional sahaja layak dilantik sebagai pentadbir dibuat diperingkat pentadbiran PAS, maka kita semua akan bergembira  untuk melambaikan tangan ucap selamat jalan kepada toklebai-toklebai yang mentadbir PAS sekarang ini!

Nik Abduh,Nasarudin Tantawi, Haron Din, Hj Hadi nak letak di mana?

 Apakah mereka yang berkelulusan agama ini perlu berada di bawah Institusi Agama seperti Jakim, Jawi, IKIM, Yadim.....

  Kita akan ucapkan selamat bersara kepada Hj Hadi, Harun Din , Nasarudin Velfire, Nik Abduh....moga PAS akan kembali ke landasan perjuangannya yg asal dengan ketiadaan mereka....

Siapakah lagi profesional yang tinggal dalam PAS setelah kumpulan profesional dicantas setandan sewaktu muktamar yang baru lalu?

Nampak merapu bila baca ayat nih : Sebelum ini pemimpin parti politiklah yang biasa menjawat jawatan PM dan Menteri. Tetapi idea kerajaan teknokrat ini meletakkan penjawat tersebut berdasarkan kelulusan akademik tertentu yang tidak terlibat dengan pilihanraya.

Agaknya apalah yang Hj Hadi maksudkan dengan 'kelulusan akademik tertentu' itu? 

  Lazimnya dinegara kita, kalau nak jadi guru, kita masuklah kolej atau universiti perguruan. Kalau mahu jadi doktor prubatan, kita kena masuk universiti perubatan....

 Tapi kalau nak jadi Perdana Menteri atau Tim Perdana Menteri, kita belum ada lagi tempat pengajian untuk itu. Maka kita minta Hj Hadi sila buat universitinya boleh?? Kah!Kah! Kah!

  Pendidikan bukanlah penentu segalanya. 
Kita memerlukan seorang pemimpin yang arif dan bijaksana yang dapat mententeramkan suasana, bukan pemimpin yang justru memperkeruh suasana. 

  Seorang pemimpin seperti Hj Hadi sendiri terbukti gagal mententeramkan keadaan dalaman PAS sehingga berlaku kegawatan dalam parti hingga membawa kepada perpecahan. 

Ini semua dedak punya pasal!

Posted: 25 Feb 2016 05:02 AM PST

Bukan kepalang marahnya bila ada fesbuker edit  gambar pak Menteri Komidi ...... 

"Meletakkan mukanya pada gambar anjing, sangat biadap. Haiwan itu haram kepada orang Islam. Ia satu penghinaan.

 "Ia juga satu cabaran terhadap kepimpinan beliau, terhadap orang Melayu, kerajaan dan Umno. Ia menghasut kebencian terhadap pemimpin, parti dan pentadbiran.

 Berombongan pula buat repot polis satu Malaysia ! Kah! Kah! Kah! - Baca  di sini

 Gerombolan ini lupa apa yang Nazri Aziz kata kepada Tan Sri Rafidah Aziz dengan kata-kata terbaiknya, "Rafidah bukannya sesiapa pun. Kita amalkan kebebasan bersuara. "Dia nak menyalak pun lantaklah...." 

  Apakah gerombolan ini lupa apa yang Nazri Aziz katakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan tindakan Muhyiddin ibarat 'anjing yang sibuk menggigit kaki' ??

  "Kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap macam anjing yang duduk gigit kaki kita susah lah," katanya di sini

  Beginilah nasib bekas pemimpin-pemimpin umno yang sudah tidak ada kuasa lagi. Apabila mereka sudah kehabisan dedak untuk diberikan kepada para pengampu yang selama ini diupah dengan dedak...

  Kalaulah Muhyiddin Yassin itu masih lagi Timbalan PM, beranikah Nazri tu nak kata macam itu kepadanya?

  Kalau Muhyiddin masih lagi PM, Nazri buat dia macam tu, sudah tentu Ali Tinju dan Rani Kulup berhambat ke balai polis untuk nak dapat dedak masing-masing!

   Apakah seorang pemimpin Melayu seperti Nazri Aziz itu dikira 'tidak mengapa' bila menyelar dan mengutuk orang lain sebagai anjing? 

   Bila Shafie Apdal suruh dia minta maaf kepada Muhyiddin, dia tengking pula Shafie Apdal dan menafikan dia gelar Muhyiddin anjing.

"Dia (Shafie) harus dengar betul-betul. Dia seorang Naib Presiden yang bodoh," kata Nazri.

Nazri kata, " Tapi kalau Muhyiddin bersikap macam anjing duk gigit kaki kita, kita nak buat kerja pun susah...!" Cer korang dengar rakaman berikut :

  
  Bila rakyat biasa dengan hanya mengedit gambar anjing berkepalakan manusia dikira sangat biadab, pung-pang, pung-pang!

  Ini semua kerja gerombolan tukang ampu, tukang kipas, kaki bodek, penerima dan pengharap dedak semua suka dan bergembira... Menteri macam Nazri Aziz pun sanggup menyodok untuk dapat dedak!

Cukup bukti dakwa Najib isu SRC International, kata panel SPRM

Posted: 25 Feb 2016 12:23 AM PST

Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.

 Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan "tertangguh" dan "tiada tindakan susulan".

 "Penyiasat SPRM mengumpul 'bukti mencukupi' untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib," kata ahli panel itu kepada The Malaysian Insider.

 "Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan."

 Panel yang dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak Tan Sri Dr Hamid Bugo itu, menamatkan penggal mereka semalam selepas tidak menerima surat lantikan semula sebaik tempoh setahun mereka tamat.

 Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

 Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara. 

 Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, 'credible evidence' (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.

 "Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh," katanya. 

 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya pada 26 Januari berkata tidak terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Najib berhubung isu SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan.

 Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

 Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.

 Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan dengan permintaan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.

 The Malaysian Insider masih menunggu respons Apandi sama ada beliau akan mempertimbangkan keputusannya menutup siasatan terhadap Najib susulan kenyataan SPRM semalam.

 SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.

 Agensi itu membuka siasatan itu susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu, yang mendakwa daripada jumlah RM2.6 bilion itu, RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Pindahan besar berjumlah AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib, daripada Syarikat British Virgin Islands dan melalui Falcon Private Bank di Singapura.

 Apandi berkata, Najib mengembalikan AS$620 juta kepada penderma Arab Saudi kerana ia tidak digunakan. – 25 Februari, 2016. ~ sumber

Idea kerajaan teknokrat, syabas buat PAS

Posted: 24 Feb 2016 07:00 PM PST

- Muammar Qaddafi 
Timbalan presiden PAS,Tuan Ibrahim Tuan Man baru baru ini mengutarakan kembali pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kerajaan teknokrat.

 Kerajaan teknokrat secara mudahnya adalah pemimpin eksekutif negara akan dipilih dalam kalangan mereka yang benar-benar mampu dalam bidangnya oleh parti politik yang menang pilihan raya,misalnya Tan Sri Zeti Aziz, dilantik parti yang menang, menjadi menteri kewangan tanpa beliau perlu menyertai pilihan raya.

 Ini kerana beliau dilihat mampu untuk mengurus dalam bidang itu berbanding ahli politik yang tiada latar belakang ekonomi.

 Dalam membaik pulih keadaan ekonomi dan sosial negara, sememangnya cadangan ini wajar diperhalusi dan dilaksanakan dengan kadar segera.

 Tetapi sedikit ironi apabila cadangan ini keluar dari PAS. Teknokratik pada asasnya adalah berdasarkan meritokrasi dan PAS adalah parti yang gagal daripada sudut ini.

 PAS sendiri gagal meletakkan kepimpinan eksekutif dalam negeri yang mereka menang berdasarkan merit, tidak hairanlah setiap negeri yang ditadbir PAS akan caca merba dan menemui kegagalan termasuklah yang sedang berlaku di Kelantan.

 Kepakaran PAS adalah pada slogan parti, namun tidak pada perlaksanaan.Bahkan lebih teruk, mereka candukan rakyat dengan doktrin agama.

 Sheikh Maududi meletakkan kelompok ini sebagai golongan theokrat demokrasi iaitu yang menganggap mereka sebagai wakil tuhan di bumi menggunakan slogan mereka.

 Idea meletakkan golongan yang layak sebagai eksekutif sebenarnya tidak perlu sehingga pelaksanaan konsep kerajaan teknokrat walaupun asasnya ia cadangan yang baik, hatta dalam parti politik sendiri ada pemimpin yang mampu mentadbir, malangnya orang ini tidak dihargai sepenuhnya. 

 Lihat sahaja di Kelantan hari ini, timbul isu isu kegagalan kerajaan negeri kerana tidak mengutamakan meritokrasi dalam memilih kepimpinan negeri.

 Datuk Husam Musa yang berjasa besar ketika pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz disingkirkan terus selepas berlaku perubahan kepimpinan walaupun beliaulah yang dilihat lebih berkemampuan mentadbir negeri.

 Maka tidak hairanlah Husam selaku exco kanan diberi kepercayaan menteri besar ketika itu untuk membentangkan bajet kerajaan negeri yang selalunya dibentangkan menteri besar. 

 Namun begitu kegagalan PAS sebagai pentadbir boleh dikurangkan melalui konsep kerajaan teknokrat. Cadangan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar agar Kelantan menjadi pelopor konsep ini wajar diambil tindakan segera memandangkan cadangan ini dari PAS, sekaligus menjadikan PAS Kelantan sebagai guru politik di Malaysia.

 PAS juga dahulunya tidak pernah kekurangan tokoh yang layak mentadbir negara berdasarkan kepakaran masing-masing.

 Malang sekali pasca muktamar tahun lepas mereka ini tersingkir dan digantikan pemimpin berlatar belakang agama yang tidak mempunyai kemampuan mentadbir negeri mahupun negara.

 Namun begitu nama-nama "bekas PAS" seperti Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa tentu sekali mampu mengisi pentadbiran negara satu masa kelak sekiranya rakyat Malaysia lebih mengutamakan merit individu berbanding candu parti politik menggunakan agama dan kaum semasa memilih pemimpin.

 Apa pun, syabas diucapkan buat PAS atas cadangan yang sememangnya baik untuk negara ini.

 Sekurang-kurangnya pandangan kita sama iaitu kepimpinan negara harus berdasarkan meritokrasi bukanlah pada slogan dan idealogi parti semata-mata. ~ SUMBER

Pakatan Harapan perlu henti berbalah demi rakyat – Tamrin Ghafar

Posted: 24 Feb 2016 04:30 PM PST

OLEH : ARIF ATAN
Pertelingkahan dalam Pakatan Harapan (PH) mesti dihentikan ketika majoriti rakyat telah menyedari amalan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dilakukan pemimpin Umno-BN, tegas Tamrin Tun Ghafar.

 Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu menyifatkan perbalahan antara anggota Pakatan Harapan yang dilihat begitu membimbangkan tidak membantu hasrat perubahan rakyat yang sudah terang lagi bersuluh menyaksikan penipuan kerajaan Umno-BN.

 "Zaman kini anjing dan kucing pun boleh berbaik. Rata-rata majoriti rakyat mulai sedar yang mereka terang-terang ditipu oleh Najib dan konco-konconya. Malangnya, dalam masa sama PH bercakaran sesama sendiri," ujar beliau dalam kenyataannya hari ini.

 Menganggap rakyat ditaburkan dedak seperti ayam di belakang rumah, Tamrin berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi kononnya sebagai bukti keprihatinan Umno-BN walhal rakyat dibebankan dengan peningkatan kos barangan keperluan akibat pelaksanaan GST (cukai barang dan perkhidmatan), kenaikan tol dan tarif elektrik.

 "Bayangkan harga sekilo getah skrap lebih rendah dari harga sekilo ikan kembung atau ikan temenung. Kelapa sawit jatuh menjunam. Dulu janji makcik dan pakcik Felda saham FGV (Felda Global Ventures Holdings Bhd) akan mengkayakan mereka. Najib mengharamjadahkan mereka yang membantah pengapungan FGV.

 "Kira-kira 600,000 graduan tidak ada pekerjaan yang agak sesuai dengan ijazah yang mereka pelajari. Ramai pula pensyarah universiti yang berkhidmat secara kontrak akan diberhentikan. Bantuan kewangan untuk universiti (awam) dipotong dengan mendadak. Pemberian biasiswa pun mula dikurangkan," ujarnya.

Cuba menutup pekung 

 Tamrin yang juga anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba turut membangkitkan kontroversi membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta salah guna dana dalam Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP), Tabung Haji dan Amanah Raya.

 "Apa sudah jadi dengan RM45 bilion duit 1MDB , RM4 bilion duit Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) malah duit simpanan orang kampung di Tabung Haji pun dirobek. Begitu juga dengan wang Amanah Raya.

 "Walaupun media cetak dan elektronik kerajaan begitu bersungguh-sungguh cuba menutup pekung pemimpin-pemimpin tapi sebenarnya rakyat sudah mula meluat dengan sandiwara mereka," katanya.

 Menyedari pelbagai penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan Umno-BN, beliau mengingatkan Pakatan Harapan supaya mengukuhkan perpaduan dan bekerjasama dalam membela kepentingan rakyat.

 "Nasihat saya hentikan perbalahan-perbalahan ini demi kepentingan negara dan rakyat yang amat dahagakan satu perubahan yang lebih baik," tambahnya lagi. ~ SUMBER