Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ralyat Malaysia terus ditipu Yahudi terkutuk, Rupert Murdoch

Posted: 24 Feb 2016 05:56 PM PST


Sebagaimana yang Dr Mahathir pernah kata tentang Rupert Murdoch [baca SINI], Yahudi tua lagi terkutuk itu membohong lagi. Menurut Dato Salleh Keruak [baca Snapshot 2016 terbaru SINI], wujudkah maklumat dari sumber-sumber yang kononnya mereka ada tetapi tidak dedahkan???

Sedihnya ramai orang Malaysia sudah tertipu dengan permainan kata-kata putarbelit dari Rupert Murdoch Yahudi tua lagi terkutuk yang berperanan sebagai Dajjal akhir zaman yang menguasai dunia.

Dato Rahman Dahlan dilaporkan berkata dan dipetik dari NST berikut:
"The WSJ continues to ignore these facts, while continually failing to provide any evidence to back up their wild accusations – which all originated with the Prime Minister's opponents, who only care about their own political gain, no matter what the cost to Malaysia." he said in a statement, today.

Sepenuh di SINI

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KDN ADAKAH ANDA BERDIAM DIRI SAHAJA ???

Posted: 24 Feb 2016 03:53 PM PST


Ini terlampau kurang ajar. Kalau di Arab Saudi dia sudah dipancung ! Kalau di China dia sudah digantung! Kalau di Indonesia dia sudah dibakar hidup-hidup! Kalau di USA dia sudah mati dalam lokap! Kalau di Malaysia... Dibiarkan bermaharajalela !

FITCH RATING AKUI LANGKAH PM NAJIB TEPAT

Posted: 24 Feb 2016 05:04 AM PST

Lewat semalam,badan penarafan antarabangsa ,Fitch Ratings mengesahkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing kepada 'A-' dan 'A' dengan unjuran stabil DAN ini merupakan bukti jelas keyakinan masyarakat antarabangsa ke atas asas ekonomi dan kedudukan kewangan Malaysia. 

Paling menarik adalah penarafan yang baik oleh agensi penarafan antarabangsa ini turut memberi beberapa pengiktirafan besar ke atas dasar Dan kemampuan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengendalikan ekonomi negara.

Baru 28 Januari lalu Perdana Menteri mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 demi memastikan ekonomi dan kewangan negara kekal berada pada jajaran yang betul.

Berasaskan kepada sesi-sesi perundingan dengan pelbagai economic stakeholders, pihak-pihak NGO dan sebagainya, Perdana Menteri waktu itu menyebut betapa negara ini tidak dan bukannya berada dalam kegawatan ekonomi ataupun technical recession.  betapa dalam pengumuman tersebut, Perdana Menteri menegaskan meskipun situasi ekonomi global dan penurunan harga minyak mentah memberi kesan kepada hasil negara, Kerajaan tidak akan sesekali berkompromi terhadap apa yang betul untuk negara dan rakyat, khususnya dengan meneruskan langkah perbelanjaan berhemat dengan mengutamakan program dan projek yang berimpak tinggi berpasakkan falsafah people economy. 

Di antara lainnya, Perdana Menteri menyebut empat perkara berikut:

(1) Dengan mengambil kira senario ekonomi semasa, Kerajaan telah membuat keputusan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK tahun 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus dan andaian purata harga minyak mentah Brent pula pada 30 hingga 35 dolar Amerika setong.

(2) Kerajaan tetap komited mengekalkan langkah konsolidasi fiskal bagi tahun 2016, iaitu untuk mencapai sasaran 3.1 peratus kepada KDNK.

(3) Kadar hutang negara akan terus berkurangan dan tidak melebihi paras berhemat 55 peratus kepada KDNK.

(4) Kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan tambatan ringgit.

Di sebalik kecaman dan kritikan pembangkang, hari ini, 23 Februari, tidak sampai pun sebulan pengubahsuaian Bajet 2016 diumumkan oleh Perdana Menteri, tindakan ini telah diakui betul oleh Fitch, sekaligus menggambarkan pandangan jauh Perdana Menteri dalam menguruskan ekonomi negara.

Lihat sahajalah kata-kata pengiktirafan Fitch ini:

(1) The authorities have remained committed to their fiscal consolidation path, adopting a budget recalibration in January 2016 that cut 0.6% of GDP from spending to match a decline in oil revenues and other smaller revenue adjustments.

(2) Fitch views the macroeconomic assumptions in the recalibrated budget as broadly realistic: the budgeted oil price is expected to average USD30-35 per barrel in 2016 while Malaysian GDP is projected in a range of 4%-5%.

(3) Fitch expects the ratio of federal government debt to GDP to rise modestly to 2017 but to remain below the authorities' 55% policy ceiling. 

(4) The currency and reserves have stabilised since September 2015, despite a further decline in oil prices. 

Sudah tentu lapuran ini bukan BERITA gembira buat pengkritik dan pembenci PM.
Saya ingat lagi tatkala Fitch memberikan penarafan yang kurang positif kepada Malaysia pada tahun 2012 dan 2013 dahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAN Mohamad Sabu malah selewat Mac 2015 sekalipun Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pernah meramalkan bahawa Malaysia akan bankrap.

Bagaimanapun, setelah Fitch memberikan penarafan stabil kepada Malaysia pertengahan tahun lalu ada pula pemimpin pembangkang yang menyebut bahawa pujian tidak perlu diberikan kepada Kerajaan.

Kini kita lihat apa pula alasan yang akan digunakan oleh pemimpin pembangkang untuk memperkecil-kecilkan penarafan baik Fitch ke atas Malaysia ini.

Penarafan baik Fitch ini pada akhirnya adalah satu tamparan hebat ke muka siapa sahaja yang beria-ia mahu mencalar imej positif Perdana Menteri 

Kepada mereka "if it ain't broke, don't fix it."

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Usul gantung jawatan Muhyiddin dalam Umno dibentang esok, kata Nazri

Posted: 24 Feb 2016 07:08 PM PST

Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata beliau akan mengemukakan usul mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung sebagai timbalan presiden Umno pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti esok.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, beliau akan menyarankan MT untuk merujuk Muhyiddin kepada jawatankuasa disiplin parti.
"Saya mahu dia dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib dan digantung kerana serangannya baru-baru ini terhadap kepimpinan parti itu.

"Dia nampaknya sudah melanggar beberapa bahagian daripada perlembagaan parti dalam perkara ini," katanya kepada The Malaysian Insider. Ahli MT itu berkata, merujuk Muhyiddin kepada jawatankuasa disiplin merupakan satu daripada pilihan yang ada.

Cermin diri dulu sebelum beri ceramah – Sultan Johor

Posted: 24 Feb 2016 06:58 PM PST

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam di bawah kuasa negeri dan sultan adalah ketua agama di negeri masing-masing.
Sultan-Ibrahim_maij_johor_600
PETALING JAYA: Para pendakwah yang ingin berceramah di negeri Johor diingatkan supaya mendapatkan tauliah daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) terlebih dahulu.
Malah, mereka juga harus cermin muka sendiri terlebih dahulu sebelum memberi nasihat kepada orang lain.
Peringatan itu diberikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ketika bertitah pada Majlis Perasamian Tilawah al-Quran peringkat negeri Johor ke-60 di Dataran Tanjung Emas di Muar semalam.
Baginda bertitah, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam di bawah kuasa negeri dan sultan adalah ketua agama di negeri masing-masing.
"Kita akan mengawal mana-mana orang daripada mengajar agama Islam tanpa tauliah kerana ajaran sesat dan ceramah berbaur politik yang menjadi medan untuk mengata, memfitnah dan mencaci orang lain akan hanya mengelirukan masyarakat Islam dan meruntuhkan perpaduan rakyat," titah baginda, lapor Sinar Harian Online.
Baginda turut memberitahu, sejak kebelakangan ini, ada pihak-pihak yang suka mencampuri kuasa agama di neger-negeri sedangkan mereka hanya mempunyai bidang kuasa di negeri masing-masing.

Kami akan pantau himpunan 27 Mac, kata KPN

Posted: 24 Feb 2016 06:54 PM PST

Kami tak takut, jawab Zaid ringkas.
kahlid-abu-bakr_Zaid-Ibrahim_600
PETALING JAYA: Polis akan pantau himpunan anjuran bekas menteri Zaid Ibrahim pada 27 Mac depan meskipun ia dilakukan secara tertutup, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau memberitahu FMT bahawa anggota polis akan ditempatkan di kawasan yang akan dikenalpasti bagi memastikan tiada huru-hara berlaku. Polis juga akan memantau ucapan yang dibuat dalam himpunan itu nanti untuk sebarang unsur hasutan.
"Ya, sudah tentu kita akan pantau," tambahnya dalam satu pesanan ringkas malam tadi.
Zaid sebelum ini berkata himpunan itu merupakan perjumpaan 1,000 peserta daripada pelbagai parti politik, pemimpin siswa dan ahli persatuan awam. Kehadiran melalui jemputan sahaja.
Nama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiada dalam senarai jemputan dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan minat untuk turut serta.
Diminta mengulas kenyataan KPN, Zaid menjawab ringkas, "Beliau boleh melakukan apa sahaja yang beliau mahu, tapi beliau tidak akan berjaya menakutkan kami."
Zaid dalam blognya memaklumkan satu himpunan akan diadakan bulan depan atas sebab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meleraikan institusi awam dengan melantik "pak angguk" dalam badan-badan kerajaan.
Beliau menggesa rakyat Malaysia supaya bersama usaha Dr Mahathir mendesak Najib meletak jawatan daripada tampuk pemerintahan.

Saya pemimpin, Rafidah bukan pemimpin, kata Nazri

Posted: 24 Feb 2016 06:47 PM PST


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata sekiranya bekas ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz ingin bersuara, beliau hendaklah mewakili sesuatu kumpulan.
Sedangkan bekas menteri kabinet itu kini tidak lagi memegang sebarang jawatan, kata Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan.
 "Saya bukan marah Rafidah bercakap, saya kata dia bukan pemimpin lagi, jadi saya cakap dia punya pandangan bukan seperti pandangan saya, kerana saya pemimpin, dia bukan pemimpin.
"Kalau kita nak bercakap kena mewakili suatu kumpulan. Kita mesti dipilih oleh rakyat. (Tapi) kalau dia bercakap, dia mewakili siapa," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Nazri lagi, tidak ada siapa yang meminta pandangan dari Rafidah.
Nazri juga menyifatkan kenyataan Rafidah bahawa ketika dia memimpin, pemimpin muda sekarang masih ditadika, sebagai kebudak-budakan.
"Sampai masa (pemimpin) kena bagi orang muda. Yang tua pun kena hormat budak-budak," tambahnya.
Sebelum ini Nazri dilaporkan berkata Rafidah 'bukan lagi sesiapa' apabila mengingatkan rakan-rakannya tentang kisah 'maharaja tanpa baju' selepas mereka mengkritiknya kerana menegur kelemahan pentadbiran kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Kami profesional dalam kes babitkan PM, kata panel SPRM

Posted: 24 Feb 2016 06:41 PM PST


Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Tan Sri Dr Hamid Bugo berdepan tugas mencabar, terutamanya dalam mengendalikan siasatan melibatkan Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dalam 2 skandal kewangan, kata salah seorang ahlinya.
"Saya boleh simpulkan, semuanya individu berintegriti yang mahu mengikut undang-undang," kata ahli panel itu, bercakap kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Beliau berkata, tidak mungkin mereka akan dilantik semula, setelah tempoh setahun mereka berakhir, berdasarkan pendirian yang tidak berbelah bahagi diambil PPO terhadap perdana menteri.

"Malang sekali jawatankuasa ini terpaksa berdepan dengan perkara seperti ini ketika skandal itu pertama kali dihebahkan Julai lalu. "Tetapi, ahli PPO melakukan tugas mereka secara profesional dan ia kini disedari orang awam," katanya.
Ahli panel itu terdiri dari Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M Pathmanathan dan Lim Chee Wee.
Tempoh setahun mereka berakhir semalam.

Cukup bukti dakwa Najib isu SRC International, kata panel SPRM

Posted: 24 Feb 2016 06:39 PM PST

Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.
Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan "tertangguh" dan "tiada tindakan susulan".
"Penyiasat SPRM mengumpul 'bukti mencukupi' untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib," kata ahli panel itu kepada The Malaysian Insider.

"Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan." Panel yang dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak Tan Sri Dr Hamid Bugo itu, menamatkan penggal mereka semalam selepas tidak menerima surat lantikan semula sebaik tempoh setahun mereka tamat.
Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.   
Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, 'credible evidence' (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.
"Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh," katanya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya pada 26 Januari berkata tidak terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Najib berhubung isu SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan.
Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.
Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan dengan permintaan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat menilai Pakatan Harapan urus perselisihan pendapat

Posted: 24 Feb 2016 05:01 PM PST


Syukri Che Ab RazabSyukri Che Ab RazabRakyat bukannya terlalu naïf untuk menganggap Pakatan Harapan tidak boleh berselisih pendapat tetapi mereka mahu melihat sejauhmana perbezaan pandangan diuruskan, tegas Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razab.
 Menurutnya, pelbagai isu ekonomi dan penyelewengan antaranya seperti kejatuhan nilai ringgit, hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan skandal Tabung Haji tidak memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.
"Apakah kesedaran rakyat ini bonus untuk pembangkang? Saya kira tidak kerana bonus merupakan hadiah atas kerja kuat dan konsisten, sedangkan jika disoroti kisah empat tahun ke belakang, pakatan pembangkang diselangi dengan pelbagai polemik inter-pakatan sehingga menatijahkan terkuburnya Pakatan Rakyat.
"Amat menyedihkan jika rakyat pada PRU 14 (pilihan raya umum ke-14) mengundi pembangkang kerana terpaksa, akibat tersepit dan tidak tahan lagi dengan kebobrokan pemerintahan Umno-BN, bukannya kerana mereka senang dan yakin dengan pembawaan pakatan pembangkang," jelasnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Mengulas situasi semasa yang sedang melanda politik Malaysia khususnya mengenai pertelingkahan kecil antara Keadilan dan DAP, beliau berkata, isu berkenaan perlu ditangani sebelum menjejaskan kepentingan rakyat.
"Saya kira konflik ini lebih penting untuk disantuni dan diselesaikan segera oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan agar ianya tidak membarah dan merebak sehingga membayangi lain-lain agenda rakyat yang masih terlalu banyak untuk diperjuangkan.
"Saya tidak mahu menyentuh secara mendalam mengenai isu di Pulau Pinang yang telah mencetuskan polemik antara Keadilan dan DAP tetapi cukup untuk kita fahami bahawa rakyat hari ini sudah matang dalam menilai politik," ujarnya yang juga bekas Penyelaras Ngo Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Ragui kebijaksanaan 52 peratus rakyat?
Read More / Baca Lagi >>

Bekas Pengerusi Tetap Pas Pusat sertai Amanah

Posted: 24 Feb 2016 05:00 PM PST


Yusof menyerahkan borang keahlian kepadaUstaz Ahmad Awang sambil disaksikan Ustaz Hasanuddin dan Dr Ismail.Yusof menyerahkan borang keahlian kepadaUstaz Ahmad Awang sambil disaksikan Ustaz Hasanuddin dan Dr Ismail.
Ketika para pemimpin Pas sibuk membuat kenyataan kononnya ada di kalangan ahli parti itu yang menyertai Amanah ingin kembali semula ke pangkuan Pas, satu demi satu pemimpin Pas mula berhijrah menyertai Amanah.
Di POKOK SENA dekat sini, bekas Bendahari Pas Kawasan Pokok Sena Yusuf Ariffin telah menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang.
Penyerahan borang keahlian Yusuf disaksikan Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh dan Ketua Amanah Pokok Sena, Omar Awang.
Yusuf yang kini seorang usahawan produk herba tradisional pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau juga bekas pemberita Harakah.
Ustaz Abu Kassim berucap dalam majlis anjuran Amanah Kawasan Jerlun.Ustaz Abu Kassim berucap dalam majlis anjuran Amanah Kawasan Jerlun.
Di JERLUN, Majlis Hi-Tea dan Sembang Santai anjuran Amanah Kawasan Jerlun berlangsung di kediaman bekas Pengerusi Tetap Pas Pusat, Dato' Abu Kassim Lebai Abdullah di Kampung Kodiang Lama.
Program yang bermula jam 5.00 petang 19 Februari lalu dihadiri Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Hasanuddin.
Ustaz Abu Kassim ialah antara veteran Pas yang menyertai Amanah dan menjadi penggerak penubuhan Amanah di negeri jelapang padi itu khususnya di daerah Jerlun.
Semasa berkhidmat sebagai Pengerusi Tetap Pas Pusat, celoteh beliau sepanjang mengendalikan muktamar tahunan Pas menarik perhatian hadirin.
Beliau kerap menyelitkan pantun, kata-kata nasihat, sindiran dan usikan bagi menghidupkan suasana muktamar.
Kebijaksanaan Ustaz Abu Kassim dalam mengendalikan muktamar seringkali mendapat pujian bekas Presiden Pas, Ustaz Fadzil Mohd Noor.
Beliau dianugerahkan gelaran Datuk oleh Sultan Kedah ketika negeri Kedah ditadbir Pakatan Rakyat.

Sultan Johor tegur presiden IKHLAS

Posted: 24 Feb 2016 04:53 PM PST


 Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menegur Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah yang mempertikaikan keputusan baginda mengharamkan penjualan vape di Johor.
"Kepada pihak yang ingin mencabar keputusan saya iaitu Presiden IKHLAS yang katanya mengumpul satu juta nama dan tanda tangan, mana dia nama yang sudah dikumpul?
"Satu nama pun saya tak nampak lagi. Ingatlah, jangan letak otak di lutut sampai sanggup membahayakan kesihatan orang lain hanya untuk mengaut keuntungan wang ringgit.
"Sebelum keputusan itu dibuat, saya sudah mendengar pandangan pakar yang berkaitan dan ternyata penggunaan vape lebih banyak mudarat kepada manusia antaranya," katanya.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke-60 di Dataran Tanjung Emas malam tadi.

CERAMAH PAKATAN HARAPAN, INDERA SEMPURNA RESORT

Posted: 24 Feb 2016 04:39 PM PST

Sedikit demi sedikit hak warganegara diberi warga asing...

Posted: 24 Feb 2016 04:34 PM PST

Tidak mustahil kita bertukar jadi merempat menumpang di negara sendiri...

Beginilah nasib sebuah negara yg ditadbir urus oleh bijak pandai yg dah terlalu pandai menipu rakyat...

KENAPA MUHYIDDIN MESTI DIPAKSA UNDUR?

Posted: 24 Feb 2016 04:31 PM PST

Tidak cukup dengan usaha yang nampaknya kembali rancak mahu menggantung jawatan atau keahlian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin, terdapat juga antara pemimpin atasan parti yang mendesak beliau berundur daripada jawatannya.

Antara hujah mereka, jika ingin terus mengkritik Najib Razak selaku Presiden UMNO, Muhyiddin harus berundur kerana ia merosakkan parti dan memberi imej tidak baik kepada orangramai memandangkan peranan  orang nombor dua ialah membantu orang nombor satu.

Sebagai pemimpin yang dipilih oleh perwakilan, perlukah Muhyiddin didesak untuk berundur atau secara sukarela mengundurkan diri?

Kalau perwakilan yang memilih, bukankah hanya perwakilan juga yang boleh menggugurkannya?

Lebih tidak masuk akal bilamana yang membuat desakan itu antaranya ialah mereka yang mempunyai latar belakang undang-undang seperti Nazri Aziz dan Azalina Othman Said.

Apakah mereka tidak faham undang-undang atau sengaja tidak mahu memahaminya?

Bagi Muhyiddin pula, apakah semata-mata kerana mengkritik Perdana Menteri, beliau mesti meletak jawatannya, tambahan lagi teguran yang dibuatnya bukanlah sesuatu yang palsu dan direka-reka?

Terdapatkah klausa dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Timbalan Presiden tidak boleh mengkritik Presiden dan jika ingin menegur juga, maka haruslah berundur terlebih dahulu?
Read More / Baca Lagi >>

Kemungkinan pengaruh politik melantik Gabenor BNM

Posted: 24 Feb 2016 04:25 PM PST

Satu lagi teka-teki yang masih belum terjawab, Gabenor BNM yang baharu. Siapa sekalipun biarlah 'dia' seorang yang benar-benar layak dan tidak berpihak kepada sesiapa tetapi hanya kepada keadilan dan kebenaran.
zeti
Siapakah yang paling layak ganti tempat Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr. Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada April ini?
Anggap ini satu permainan, untuk meneka bakal individu yang akan bertanggungjawab mengendalikan urusan dan hal ehwal bank mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah.
Siapa yang layak, selayak Zeti atau mungkin lebih daripada beliau?
Saban hari, Awang Selamat dalam kolumnya menamakan tiga tokoh yang menurutnya berkemampuan menggantikan tempat Zeti.
Mereka adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Walaupun ia kontra dengan kenyataan Zeti sendiri bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) perlu kekal sebagai badan bebas daripada sebarang pengaruh politik sepertimana institusi perbankan lain, nampaknya masih ada nama-nama (calon) orang politik dalam senarai tersebut.
Terdahulu Zeti berkata, bagi sebuah bank yang mewakili negara, langkah tidak mengambil individu dengan pengaruh politik penting bagi mendapatkan kepercayaan pelabur.
"Setiap negeri memerlukan sebuah organisasi seperti bank pusat yang tidak terikat dengan perkembangan politik atau agenda politik dan perlu kekal fokus untuk memastikan kestabilan ekonomi.. supaya polisi kewangan akan menjadi yang terbaik kepada negara," petik kata Zeti.
Tetapi perseoalannya di sini, sejauh mana nasihat dan cadangan Zeti bakal digunapakai oleh kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menentukan Gabenor BNM yang baharu?
Jika orang politik dalam senarai pendek Gabenor BNM, apa impaknya?
Apakah melantik orang politik dalam badan seperti BNM ini khususnya pada waktu seperti ini, akan menjadi satu langkah kiri kepada kerajaan yang sudah sedia terpalit dalam pelbagai tuduhan dan skandal? Ikutkan, seeloknya kerajaan mempertimbangkan cadangan Zeti serta tradisi BNM selama ini. Tiada pengaruh politik, bebas dan independent.
Namun, masih ada ura-ura yang menamakan orang politik, lagi-lagi mereka yang rapat dengan pemimpin nombor satu kerajaan sebagai calon yang sesuai.
Persoalannya bagaimana pilihan ini akan memberi kesan kepada kewangan dan ekonomi negara serta kementerian yang berurusan dengan kewangan negara dan juga pemimpin negara?
Saya tidak mengerti membuat analisis, cuma saya sudah mula merasa kepanasan kerusi gabenor yang selama ini tidak pernah menjadi perhatian sebesar ini.
Kehebatan Zeti menerajui kerusi tersebut sejak Mei 2000 hingga sekarang tidak boleh dipersoal. Beliau telah meletakkan satu standard baharu dan tinggi dalam kalangan Gabenor dunia apabila pernah memenangi pelbagai anugerah ekoran kejayaan dan kemampuan beliau menerajui BNM.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri: Muhyiddin kena belajar dari Ismail untuk pertahan ketua

Posted: 24 Feb 2016 04:24 PM PST


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menggesa Ketua Umno bahagian Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya belajar dari timbalannya, Ismail Mohamed untuk mempertahankan pemimpin sendiri.
 "Banyak pengajaran yang dia (Muhyyiddin) kena belajar dari timbalannya, tapi sudah jadi tugas timbalan untuk pertahankan ketua, jadi Muhyiddin perlu belajar dari timbalan," katanya kepada Malaysiakini.
Oleh itu, Nazri menggesa Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno supaya turut mempertahankan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak seperti yang dilakukan oleh Ismail.
Semalam Ismail menyelar kenyataan Nazri yang menyifatkan tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini ibarat 'anjing yang sibuk menggigit kaki' sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya.
Sebaliknya Ismail pula mendakwa Nazri ''suka menyodok membabi buta" dan tidak perlu dilayan.
Mengulas lanjut, Nazri berkata, Ismail tidak mempunyai sebarang fakta untuk menangkis hujahnya terhadap Muhyiddin.
Malah jelasnya, sudah menjadi kewajipan orang kanan untuk mempertahankan pemimpin sendiri.
"Sebenarnya, dia cakap menyodok tu dia cakap pasal diri dia, sebab dia tak ada fakta untuk menangkis hujah saya.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan Melayu catat rugi sebelum cukai RM17.49 juta

Posted: 24 Feb 2016 04:23 PM PST

Pendapatan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd jatuh kepada RM248.38 juta berbanding RM291.20 juta sebelum ini, kata Utusan Melayu dalam makluman kepada Bursa Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Februari, 2016. 
Pendapatan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd jatuh kepada RM248.38 juta berbanding RM291.20 juta sebelum ini, kata Utusan Melayu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai RM17.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 berbanding kerugian sebelum cukai RM83.65 juta pada 2014.
Pendapatan jatuh kepada RM248.38 juta berbanding RM291.20 juta sebelum ini, kata syarikat dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Bagi suku keempat, syarikat penerbitan itu merekodkan keuntungan sebelum cukai RM25.57 juta berbanding kerugian pracukai RM45.20 juta dalam suku sama sebelumnya manakala pendapatan merosot kepada RM67.45 juta berbanding RM76.51 juta sebelum ini.

"Pendapatan bagi suku dalam semakan jatuh 11.8% daripada suku sama tahun sebelumnya disebabkan penurunan dalam segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan," katanya. Utusan Melayu mengunjurkan cabaran berterusan pada 2016 disebabkan isu-isu yang menjejaskan sentimen pengguna termasuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta kelembapan ringgit yang akan menyaksikan kenaikan kos bahan mentah tertentu.
"Bagaimanapun kami akan berusaha untuk mempertahankan penguasaan pasaran kami dalan edaran akhbar dan pendapatan pengiklanan sambil menyusun strategi mencari aliran pendapatan baharu dengan mempelbagaikan porfolio perniagaan kami.
"Kumpulan akan terus melaksanakan langkah kawalan kos yang ketat dan menambah baik kecekapan operasi bagi mengekalkan kelangsungan kami.
"Kami akan sentiasa menumpukan kepada pengukuhan struktur dalaman kami bagi memastikan asas yang kuat untuk kumpulan melaksanakan pelan masa depan," katanya.

Dr M malu, tak sampai sepenggal Mukhriz kena buang, kata Nazri

Posted: 24 Feb 2016 04:22 PM PST


Ekoran Datuk Seri Mukhriz Mahathir dibuang dari jawatan menteri besar Kedah, maka Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad kini malu dengan kejadian tersebut.
 Malah dakwanya, berikutan perkara tersebut, Dr Mahathir kini sedang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari tampuk kepimpinan negara.
"Sekarang dia panggil orang semua bersatu sebab dia marah anak dia kena buang. Dia nak Najib turun sebab anak dia kena buang. (Itu perkara) yang memalukan dia sebab anak dia tak sampai sepenggal kena buang.
"Dan apabila kena buang, rakyat tak memberontak pun, bermakna rakyat tak kisah, jadi dia malu anak dia tak perform," katanya kepada Malaysiakini.
'Dia dah tua, tak perlu siasat'
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan polis yang merakam percakapan Dr Mahathir berhubung tulisan di blognya, Nazri berkata, pihak berkuasa tidak perlu berbuat demikian memandangkan beliau telah terlalu tua.
Malah kata Nazri lagi, Dr Mahathir kini berhadapan dengan 'karma' apabila sebelum ini didakwanya cuba menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, dan bekas perdana menteri keempat itu kini pula berhadapan perkara yang sama.
"Dia dah tua, tak perlu siasat, lantak dialah, (Tun Dr Mahathir) kalau dia nak baling batu kat tingkap pun, tingkap tak pecah, jadi tak payah.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli PAC persoal rakan tidak hadir pembentangan laporan akhir ketua audit

Posted: 24 Feb 2016 04:21 PM PST

Seorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyalahkan rakannya kerana pergi ke luar negara biarpun mereka tahu 2 minggu sebelum ini ketua audit negara dijadualkan memberi penerangan berhubung laporan akhir syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli PAC itu, yang merupakan sebahagian daripada 14 ahli jawatankuasa pilihan Parlimen tersebut, mempersoalkan adakah ini sengaja dilakukan untuk mengganggu rancangan menerima laporan akhir ketua audit negara.
Ketua audit negara sudah mengemukakan laporan awal kepada PAC pada 10 Julai tahun lepas.

Ahli PAC yang enggan namanya disiarkan, mendakwa Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin dan sekurang-kurangnya 2 ahli lain, adalah antara mereka yang berada ke luar negara. The Malaysian Insider cuba menghubungi Hasan melalui khidmat pesanan ringkas dan panggilan telefon untuk mengesahkan perkara itu namun telefon bimbitnya dimatikan.
Empat belas ahli PAC terdiri daripada Hasan (Rompin), Timbalan Pengerusi Dr Tan Seng Giaw (Kepong), Datuk Ahmad Hamzah (Jasin), Datuk Liang Teck Meng (Simpang Rengam), Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baru), Datuk Wee Jeck Seng (Tanjong Piai), Datuk Koh Nai Kwong (Alor Gajah), Hasbi Habibollah (Limbang), Datuk Nawawi Ahmad (Langkawi), Datuk Dr Marcus Mojigoh (Putatan), Tony Pua (Petaling Jaya Utara), William Leong Jee Keng (Selayang), Datuk Kamarul Baharin Abas (Telok Kemang) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Baru).
Ahli PAC yang bercakap kepada The Malaysian Insider itu berkata, beliau terkejut apabila mendapat tahu ketiadaan beberapa ahli, termasuk Hasan, sedangkan mesyuarat pada 24 dan 25 Februari itu dipersetujui pada sesi PAC sebelum ini iaitu pada 11 Februari lepas.
"Mesyuarat yang dijadualkan (pada 24 dan 25 Februari) tidak dapat diteruskan tanpa pengerusi walaupun korum mencukupi," kata ahli PAC itu kepada The Malaysian Insider.
Sekurang-kurangnya 7 ahli, termasuk pengerusi, perlu hadir untuk bermesyuarat.
"Ramai kini melihat mesyuarat yang ditangguhkan sebagai usaha menyembunyikan isu 1MDB dari pengetahuan ahli Parlimen dan orang ramai untuk seberapa lama yang boleh," kata ahli PAC itu.
Beliau berkata dalam mesyuarat terakhir pada 11 Februari lepas, sudah diputuskan PAC akan diberi taklimat ketua audit negara selepas menerima laporan mengenai 1MDB itu pada 24 Februari, sambil menambah ia juga memutuskan PAC akan mengkaji laporan itu sebelum memutuskan jika terdapat saksi lain yang akan dipanggil.
Read More / Baca Lagi >>

GST: Isi rumah berpendapatan rendah paling teruk terjejas

Posted: 24 Feb 2016 06:49 AM PST

Oleh Dzulkefly Ahmad


Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan isi rumah berpendapatan rendah paling teruk terjejas akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), tidak memeranjatkan sesiapa kecuali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Putrajaya.

Apakah baru sedar dan celik? Tentunya tidak. Mungkin buat-buat terkejut.

Mengambil kira kadar sebenar kenaikan kos (inflasi) setelah pelbagai kenaikan dibuat Najib mutakhir ini, seperti tol dan kos pengangkutan awam, kedudukan adalah sebenarnya lebih parah.


Indeks Harga Pengguna (IHP) rasmi tidak membayangkan keperitan kehidupan rakyat menanggung perbelanjaan harian sebenarnya.

Termasuk kenaikan levi pekerja asing (100%-300%) rakyat perlu tahu siapa yang membayarnya nanti adalah rakyat/pengguna sebab pemilik industri dan pengilang akan 'memindahkan' tambahan levi kepada pengguna.

Mereka tidak mahu menanggung segalanya sebab mahu mengekalkan margin keuntungan. Maka satu lagi sebab kenaikan kos inflasi. Mujurlah harga petrol turun buat masa ini.

Bagi mereka yang dibuang kerja dan kini menganggur, sementara menantikan kerja dan perlu bersaing dengan pekerja asing yang tidak lagi hanya berkerja di bidang 3D - maka bertambahlah kesengsaraannya.

Petronas saja akan memberhentikan 51,000 pekerja mereka. Yang diberhentikan sejak kebelakangan ini pun sudah mencecah puluhan ribu.Read More / Baca Lagi >>

Najib patut lantik Nazri jadi ‘jeneral perang’

Posted: 24 Feb 2016 06:32 AM PST

Oleh Nazuri
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dikecam hebat kerana kritikan pedas dan tajam terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ramai pemimpin UMNO yang 'gila talak' menyerang dan memanggil dengan pelbagai gelaran seperti kucing kurap, pengampu dan penyangak.
Ia gara-gara desakan terbuka Nazri supaya Muhyiddin melepaskan jawatan Timbalan Presiden UMNO jika mahu terus mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak. Nazri juga sedia membuat usul pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang supaya Muhyiddin digantung jawatan Timbalan Presiden.

Diakui, dalam pemimpin UMNO, Nazri seorang yang hebat dan berani. Tiada siapa boleh menolak hakikat itu. Beliau sudah lali dikecam dan dihina, namun sedikitpun tidak menjadi kudis padanya. Kerana Nazri, Gobing Sigh Deo pernah digantung beberapa minggu lalu di Parlimen sehingga Gobind kehilangan semua hak keistimewaannya sebagai ahli parlimen untuk tempoh setahun.
Beliau juga pernah memanggil Lim Kit Siang dengan gelaran "otak bodoh", "otak benak", "bohong" dan pernah juga melabelkan ahli parlimen pembangkang sebagai pondan. Tidak hebatkah Nazri?
Seorang pengikut yang setia dan baik sudah pasti membela bosnya. Itu yang ditunjukkan oleh Nazri. Di saat pemimpin UMNO memilih untuk berdiam diri kerana mahu menyelamatkan kedudukan, tetapi tidak bagi Nazri.
Ketika di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau mempertahankan Dr Mahathir daripada serangan pembangkang. Beliau banyak membela Dr Mahathir.
Jika istilah 'penjilat' sudah ada ketika itu, tentu Nazri digelar penjilat tegar Dr Mahathir. Begitu juga di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau juga 'penjilat' atau membodek tetapi beliau tidak kisah kerana menjadi tanggungjawabnya untuk membela dan mempertahankan bosnya.
Jika kita berada dalam sebuah kapal, ada anak kapal yang tidak mahu bekerjasama dengan kapten? Apakah yang kita perlu buat? Diamkan saja 'anjing itu terus mengigit kaki tuannya' atau humban saja ke laut?
Kalau kita diamkan,, lama-lama kapal akan tenggelam. Jadi pilihan kedua lebih rasional untuk menyelamatkan kapal dan anak-anak lain daripada mati lemas.
Tindakan Nazri adalah mempertahankan bosnya sekaligus menyelamatkan negara daripada tenggelam dek kerana segelintir pemimpin politik yang hipokrit.
Read More / Baca Lagi >>

Kurangkan kadar GST kerana kutipan hasil langkaui jangkaan

Posted: 24 Feb 2016 06:22 AM PST

11078105_1147384771945126_1419325989808168380_n
PERAK 24 FEB: Kerajaan Persekutuan dicadang sekurang-kurangnya mengurangkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada tiga peratus jika berdegil enggan memansuhkannya sebagaimana desakan pembangkang.
Menyatakan pendapatan kerajaan melalui GST melangkaui jangkaan, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Taiping, Chong Zhemin, berkata pengurangan itu dapat mengurangkan beban golongan isi rumah B40 yang terjejas teruk akibat pelaksanaan cukai itu.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dedahkan bulan lalu bahawa GST yang terkumpul ketika ini ialah RM51 bilion. Angka itu terkumpul sejak sembilan bulan lalu sejak pelaksanaannya, secara purata ia berjumlah kira-kira RM68 bilion setahun.
"Pada bajet tahun lalu, kerajaan menjangka mengumpul RM39 bilion keuntungan GST. Jumlah RM68 billion itu hampir dua kali ganda dari jangkaan dan empat kali ganda dari hasil RM18 billion cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 2014.
"Ia bermakna, kadar enam peratus cukai amat tinggi dan tidak munasabah. Adalah adil untuk kerajaan mengurangkan kadar GST. Langkah itu akan mengurangkan beban isi rumah B40," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas Laporan Matlamat Pembangunan Milenium Malaysia 2015 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menunjukkan isi rumah berpendapatan bawah 40 peratus (B40) paling terjejas teruk akibat pelaksanaan GST.
Ia sekaligus menunjukkan dakwaan kerajaan UMNO BN kononnya GST tidak memberi kesan regresif terhadap rakyat berpendapatan rendah di negara ini disangkal laporan pertubuhan antarabangsa itu.
Walaupun kerajaan mendakwa GST di negara ini ada senarai Barangan Berkadar Sifar (Zero rated) GST, Zhemin berkata, kesannya tetap dirasai rakyat berpendapatan rendah.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan perlu henti berbalah demi rakyat – Tamrin Ghafar

Posted: 24 Feb 2016 06:21 AM PST

Pakatan HarapanPakatan Harapan
Pertelingkahan dalam Pakatan Harapan (PH) mesti dihentikan ketika majoriti rakyat telah menyedari amalan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dilakukan pemimpin Umno-BN, tegas Tamrin Tun Ghafar.
Bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu menyifatkan perbalahan antara anggota Pakatan Harapan yang dilihat begitu membimbangkan tidak membantu hasrat perubahan rakyat yang sudah terang lagi bersuluh menyaksikan penipuan kerajaan Umno-BN.
"Zaman kini anjing dan kucing pun boleh berbaik. Rata-rata majoriti rakyat mulai sedar yang mereka terang-terang ditipu oleh Najib dan konco-konconya. Malangnya, dalam masa sama PH bercakaran sesama sendiri," ujar beliau dalam kenyataannya hari ini.
Menganggap rakyat ditaburkan dedak seperti ayam di belakang rumah, Tamrin berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi kononnya sebagai bukti keprihatinan Umno-BN walhal rakyat dibebankan dengan peningkatan kos barangan keperluan akibat pelaksanaan GST (cukai barang dan perkhidmatan), kenaikan tol dan tarif elektrik.
"Bayangkan harga sekilo getah skrap lebih rendah dari harga sekilo ikan kembung atau ikan temenung. Kelapa sawit jatuh menjunam. Dulu janji makcik dan pakcik Felda saham FGV (Felda Global Ventures Holdings Bhd) akan mengkayakan mereka. Najib mengharamjadahkan mereka yang membantah pengapungan FGV.
"Kira-kira 600,000 graduan tidak ada pekerjaan yang agak sesuai dengan ijazah yang mereka pelajari. Ramai pula pensyarah universiti yang berkhidmat secara kontrak akan diberhentikan. Bantuan kewangan untuk universiti (awam) dipotong dengan mendadak. Pemberian biasiswa pun mula dikurangkan," ujarnya.
Cuba menutup pekung
Read More / Baca Lagi >>

Perketat OSA: Satu lagi sumpahan badut

Posted: 24 Feb 2016 06:19 AM PST

KEBELAKANGAN ini, Malaysia seolah-olah terkena sumpahan badut apabila semakin ramai pemimpin negara mempamer sisi kelakar mereka melalui kenyataan dan perilaku sarkas termasuk Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Alasan membebaskan Datuk Seri Najib Razak dari skandal derma RM2.6 bilion atas alasan kononnya derma itu telah dipulangkan, benar-benar menggeletek hati rakyat. Apandi seolah-olah menjadi badut pelindung kepada Perdana Menteri dan siri skandalnya.
Gambar hiasanNamun, persoalan itu terjawab apabila baru-baru ini, Apandi bercadang memperketat hukuman mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) kepada penjara seumur hidup dan 10 sebatan, kononnya untuk mengelak kebocoran rahsia kerajaan.
Bukan itu sahaja, beliau dengan bangga menyatakan hukuman itu akan turut dikenakan ke atas pengamal media terutama mereka yang enggan mendedahkan sumber maklumat. Sahlah bahawa Apandi adalah penghibur terbaru dalam arena politik Malaysia.
Mungkin Apandi lupa, tugas Peguam Negara bukanlah menjaga periuk nasi wakil rakyat tetapi menegakkan prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang secara bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak termasuk pemimpin tertinggi kerajaan.
Justeru, rakyat melihat cadangan Apandi meminda OSA itu sebagai cara terbaru menutup segala ketirisan, rasuah, skandal kewangan dan rahsia gelap pemimpin kerajaan UMNO BN serta mengelabui mata rakyat dari melihat wajah sebenar mereka.
OSA merupakan undang-undang pinjaman dari penjajah British yang pertama kali diperkenal di Negeri-negeri Selat pada 1920-an menggunakan Akta Rahsia Rasmi United Kingdom. Sejak dulu, ia menjadi alat pemerintah bagi mengawal dan melarang penyebaran maklumat berkaitan rahsia rasmi.
Sebelum ini, parti pembangkang seperti DAP dan yang lain konsisten lantang mengkritik undang-undang drakonian itu. Begitu juga badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat media, antaranya Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Gerakan Media Marah (GERAMM), Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).
Pelbagai lapisan rakyat juga menyokong cadangan memansuh OSA kerana ia tidak lagi relevan dipraktik di negara demokrasi seperti Malaysia.
Ia lantaran definisi 'rahsia rasmi' mengikut akta itu terlalu luas hingga membolehkan mana-mana agensi kerajaan memfailkan sesuatu dokumen itu sebagai dokumen rahsia. Perkara itu menghalang rakyat dari memperoleh maklumat berkaitan kerajaan dan wakil rakyat yang dipilih mereka.
Malah, dokumen rasmi kabinet juga diklasifikasi sebagai rahsia kerajaan. Walhal yang dibincang berkait rapat dengan masa depan rakyat. Bukankah rakyat ada hak mengetahui sama ada keputusan sekumpulan menteri itu bakal memberi kesan baik buruk kepada kehidupan mereka?
Read More / Baca Lagi >>

Cadangan daftar blog jadikan Malaysia negara autokrasi

Posted: 24 Feb 2016 06:17 AM PST


rara3


KUALA LUMPUR 24 FEB: Undang-undang mewajibkan penulis blog mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) seperti cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dikhuatiri mendorong ketidakadilan terhadap hak rakyat bersuara.
Malah, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman berkata ia boleh disalah guna bagi menghentikan kritikan umum terhadap kerajaan sekaligus cuba menutup skandal wakil rakyat UMNO BN.
"Apa jaminan kerajaan undang-undang itu tidak akan disalah guna dengan mengambil tindakan terhadap penulis blog yang tidak memihak kepada kerajaan?
"Bagaimana pihak berkuasa mahu mentakrif sesuatu tulisan sebagai fitnah dan tidak bertanggungjawab? Atau hanya kena ikut cita rasa dan telunjuk pemimpin sahaja?" katanya kepada Roketkini.
Beliau mengulas cadangan KDN baru-baru ini untuk menggubal undang-undang supaya penulis blog wajib mendaftar dengan KKMM, kononnya bagi mengekang penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab di internet.
Beliau yang mesra dikenali sebagai Rara turut mempersoal sama ada kerajaan mahu menuju ke arah negara diktator apabila mahu memantau penulisan di internet seperti amalan di China, Vietnam, Arab Saudi dan negara autokratik lain.
"Undang-undang itu tidak patut ada di Malaysia kerana ia patut berasaskan prinsip demokrasi, bukannya autokrasi. Adakah langkah itu mengesahkan pandangan betapa negara ini sebenarnya dipimpin secara autokratik oleh diktator?
Read More / Baca Lagi >>

BERITA BAIK BUAT RAKYAT MALAYSIA..

Posted: 24 Feb 2016 06:00 AM PST

Yang dlm buang tak sampai 20 ribu TAPI SANGGUP KUTIP DARI LUAR sampai 1.5 juta !!!.. mmg jilakak punya gomen..

Terima kasih lah kpd pengundi2 BN.. Bila sampai PRU14 nanti JANGAN LUPA pangkah lagi BN yer....

DRAMA MAKIN MENARIK...

Posted: 24 Feb 2016 05:58 AM PST

Wow...sungguh menarik apabila Tun Mahathir Mohamad mengambil sikap enggan menjawab secara spesifik soalan-soalan polis terhadapnya dengan alasan ingin menjawabnya secara penuh di mahkamah nanti.

Ini baru betul, mahkamahlah tempat paling unggul mencari kebenaran di dunia ini.
Wow...wow...tambah menarik apabila Tun Mahathir juga menyatakan kesediaannya untuk ke penjara berikutan kritikan berterusannya terhadap Najib Razak serta perjuangannya demi rakyat.

Jika kita hulurkan kepala, kita akan kena pancung. Jika hidup saya berakhir dalam penjara...okay saja, kata bekas Perdana Menteri itu lagi.
Wow...wow...wow...ini lagi menarik. Apakah berjirannya Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim di penjara bakal menjadi saksi mata rakyat Malaysia  suatu hari nanti?

Cuma....yang mungkin tak menariknya ialah masih menjadi pertanyaan ramai, beranikah Najib dan Peguam Negara mengheret Tun Mahathir sampai ke peringkat itu?

DUNIACACAMARBA

0

Posted by Unknown | Posted on 3:50 PTG | Posted in

sumber :-

DUNIACACAMARBA


Inilah 8 Alasan Minum Air Hangat Lebih Sehat Daripada Air Dingin

Posted: 24 Feb 2016 03:41 PM PST

Ngopo.com - Pada umumnya kita lebih menyukai minum air dingin ketika sedang kehausan apalagi kalau sedang kepanasan. Setelah beraktifitas memang akan terasa segar jika kita minum air dingin atau air es. Tapi sobat ngopo, tahukah kamu bahwa minum segelas air hangat lebih sehat dibandingkan air dingin?

Salah satunya adalah, minuman air dingin kemasan umumnya mengandung kalori yang tak dimiliki oleh air hangat. Sehingga, usaha untuk menurunkan berat badan akan lebih mudah tercapai jika minum dengan air hangat.

Selain itu juga, minuman air dingin juga adiktif. Minuman dingin akan membuat kamu mengkonsumsinya lagi dan lagi.


Selain itu, air hangat jauh lebih murah. Kamu tidak perlu mengeluarkan uang banyak untuk mendapatkannya.

Banyak penelitian yang telah menyebutkan bahwa minum air hangat lebih sehat ketimbang minum minuman lain, seperti minuman dingin bersoda.

Berikut ini adalah 8 alasan minuman hangat lebih sehat untuk tubuh kamu yang dikutip dari kompas.com

1. Menjaga Kestabilan Tubuh

Air hangat akan membuat kondisi tubuh lebih stabil dan seimbang. Tak akan ada lonjakan kadar tertentu dalam tubuh, seperti yang bisa ditimbulkan oleh minuman dingin kemasan.

2. Mencegah Penyakit Diabetes

Sebuah studi menunjukkan bahwa konsumsi satu minuman dingin sehari sudah dapat membuat gula darah melonjak. Cobalah segelas air hangat dan kamu akan merasa lebih segar. diabetes pun akan menjauh.

3. Membuat Tubuh Berkeringat

Minuman hangat akan membuat kamu berkeringat dengan baik. Seperti yang kita tahu, berkeringat adalah salah satu proses penting tubuh. Keringat membantu proses detoksifikasi tubuh, membersihkan pori-pori kulit, melancarkan peredaran darah, dan sebagainya. Ini semua takkan didapat jika kamu mengonsumsi minuman hangat.

4. Menghangatkan Tubuh

Ketika tubuh dalam kondisi kedinginan, kamu tentu tak akan memilih minuman dingin untuk menghilangkan dahaga bukan? Segelas air hangat atau secangkir teh jahe akan membuat tuh lebih hangat dan segar.

5. Menjauhkan Infeksi

Air hangat yang dinikmati sesaat setelah dimasak mendidih akan lebih aman untuk kesehatan tubuh, karena mikrooraganisme berbahaya dalam air telah terbunuh. Sehingga, risiko untuk terinfeksi pun jauh lebih minim.

6. Meningkatkan Metabolisme Tubuh

Minum segelas air hangat baik untuk meningkatkan metabolisme tubuh. Bahkan, banyak studi yang mengatakan bahwa air hangat dapat merangsang titik-titik kenikmatan tertentu yang ada di otak.

7. Membuat Gigi Lebih Sehat

Kebanyakan minuman dingin, apalagi minuman dingin kemasan tinggi gula sering menyerang gigi dan menyebabkan berbagai masalah kesehatan gigi dalam jangka panjang. Berhenti mengonsumsinya dan menggantinya dengan minuman hangat, bisa menyelamatkan kesehatan dan kekuatan gigi kamu.

8. Melancarkan Pencernaan

Beberapa hasil studi menunjukkan bahwa minum air hangat saat makan ataupun setelah makan, dapat melancarkan pencernaan. Inilah mengapa para ahli gizi sering menyarankan untuk mengonsumsi air hangat sebelum atau sesudah makan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Nah itulah  8 alasan mengapa minum air hangat lebih menyehatkan untuk tubuh kamu daripada minum air dingin. Semoga bermanfaat.

Jaq, Inilah Power Bank Unik Bertenaga Air dan Garam

Posted: 23 Feb 2016 07:47 PM PST

Ngopo.com - Sebuah kongres dunia dibidang teknologi mobile yang bernama Mobile World Congress (MWC) 2016 ternyata tak hanya terkait smartphone atau laptop terbaru saja karena ada juga perusahaan yang memperkenalkan aksesori terbaru untuk smartphone. Salah satunya adalah MyFC yang memperkenalkan sebuah power bank berkonsep unik.

Power bank bernama Jaq ini menawarkan konsep pengisian daya yang baru. Listrik dari power bank ini dihasilkan dari air dan garam. Kedua komponen itu akan berubah menjadi hidrogen dalam sebuah proses kimiawi untuk menghasilkan tenaga listrik. Selain itu, untuk melakukan pengisian ulang, power bank ini tidak perlu dicolokkan ke sumber listrik terlebih dulu.


Hal ini dimungkinkan karena Jaq dibekali PowerCard yang berisi air dan garam tadi sebagai sumber daya yang dapat diganti. Jadi, ketika ingin melakukan pengisian ulang, pengguna cukup memasang PowerCard tersebut dan Jaq dapat digunakan seperti power bank pada umumnya. Sebagai gambaran, konsep PowerCard sendiri tak ubahnya cartridge pada printer.

Untuk itu, setelah kapasitas daya PowerCard habis, pengguna cukup menggantinya dengan PowerCard baru. Konsep yang ditawarkan MyFC ini diklaim memudahkan pengguna memakai power bank tersebut. Selain itu, dengan konsep ini, pengguna tak perlu lagi memikirkan pengisian ulang power bank miliknya.

"Salah satu yang terbaik dari Jaq adalah pengguna dapat mengetahui daya yang dibutuhkan untuk pengisian. Jadi, pengguna tidak perlu repot-repot mengisi ulang power bank miliknya, " ujar Chief Executive MyFC Bjorn Westerholm dalam sebuah wawancara, seperti dikutip dari laman BBC, Rabu (24/2/2016).

Di sisi lain, dia juga tak menampik bahwa penggunaan kartu yang diganti tersebut awalnya menimbulkan perdebatan. Terlebih, Jaq memang menggunakan konsep material sekali pakai. Kendati demikian, ia meyakinkan teknologi yang digunakan pada Jaq bersumber dari energi bersih. Selain itu, material yang digunakan pun dipastikan dapat didaur ulang.

MyFC juga memastikan Jaq dapat kompatibel dengan semua merek ponsel dan tablet, termasuk iOS. Di sisi lain, meskipun mengusung teknologi baru, Jaq tak hadir dengan kapasitas daya cukup besar. Satu PowerCard hanya berkapasitas 1800 mAh.

Jaq sendiri akan hadir dengan tiga pilihan warna, yakni putih, hitam dan ungu. Sayangnya, MyFC belum membeberkan informasi mengenai tanggal rilis dari power bank tersebut. Kendati demikian, perusahaan asal Swedia tersebut sudah membuka pre-order dan menawarkannya melalui sistem berlangganan dengan biaya US$ 5,5 atau sekitar Rp 73 ribu.  Apakah sobat ngopo berminat?