Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Betulkah ahli politik tidak boleh jadi Governor BNM?

Posted: 22 Feb 2016 07:15 PM PST


Demikian kata Zeti tapi adakah ini dipraktiskan di seluruh dunia? Lihat Snapshot2016 SINI

kalam Perantau

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

kalam Perantau


Politik Terengganu suam-suam kuku, kemana Ahmad Said selepas ini?

Posted: 22 Feb 2016 03:55 AM PST

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Kemunculan semula Kalam Perantau dalam akhbar harakah Edisi Jumaat (bil 2120; 5-7 Februari, 2016) menyebabkan rakan-rakan bertanya kenapa saya tidak menulis tentang politik Terengganu? Ada yabg hantar Private Message dan sebagainya.

Saya sendiri tidak ingat bila kali terakhir saya menulis tentang politik Terengganu?

Dalam satu artikel bertajuk Politik Terengganu Selepas Ahmad Said, Peluang PAS makin Sukar? dalam Kalam Perantau pada 24hb Februari, 2010 menyebut, "Bagi saya peluang PAS dan UMNO di Terengganu tetap seimbang, cuma peluang mungkin lebih berpihak kepada BN kerana beberapa faktor. Tetapi anak-anak muda yang baru kenal politik ini masih tidak berpuashati kerana mereka begitu yakin bahawa PAS Terengganu tidak ada peluang jika PAS tidak berani berubah setelah mereka melihat kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang mirip kepada politik perdamaian dan mesra PAS".

Setahun kemudian, sekali lagi saya menulis satu artikel pada 22hb Februari 2011 bertajuk Analisa Politik Terengganu, Mampukah PAS kembali memerintah? dalam Kalam Perantau menyebut, "PAS telah melepaskan satu peluang yang baik untuk berkuasa semula di Terengganu bagi kali ke-3 dalam PRU ke-12 dimana PAS berjaya mempertahankan Kelantan dan merampas Kedah bersama dengan Pakatan Rakyat serta membentuk kerajaan di Selangor dan Perak pada tahun 2008 yang lepas. Kegagalan PAS menawan Terengganu dalam PRU ke-12 adalah kerana kesilapan strategi atau ada sebab lain?"

Tulisan penuh berkaitan artikel diatas dan beberapa tulisan yang lain yang berkaitan dengan politik PAS Terengganu boleh dirujuk dan dibaca secara online dalam kalam perantau (https://kalamperantau.wordpress.com) tersebut.

Bila rakan-rakan media dan kenalan-kenalan politik meminta pandangan saya tentang politik Terengganu dalam pilihanraya umum ke-14 nanti, saya masih berpendirian seperti yang saya tulis beberapa tahun sebelum ini seperti sebelum PRU ke-13 yang lepas.

Pada saya, PAS telah 'terlepas' peluang untuk kembali ke Wisma Darul Iman dalam dua pilihanraya umum 2008 dan 2013 sebelum ini. Dalam tulisan kali ini saya tidak berminat untuk tulis berkaitan dengan politik PAS Terengganu kerana tiada apa yang baru untuk diperbincangkan di sini.

Malah seorang pemimpin kanan PAS (tak perlu saya sebutkan namanya) bertanya pandangan saya tentang kemampuan PAS tawan Terengganu pada PRU ke-14 nanti, secara jujurnya saya beritahu kepada pemimpin berkenaan untuk mencari 'wow factor?' atau mencari 'X factor' yang perlu ada untuk rakyat Terengganu beri undi kepada blok PAS dalam PRU ke-14 nanti.

UMNO Terengganu di hujung tanduk?

Politik UMNO Terengganu bergolak sebaik sahaja Ahmad Said yang membelakangkan kehendak kepimpinan UMNO Pusat dan Negeri menerima perlantikan Menteri Besar Terengganu selepas UMNO/BN menang semula Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008.

Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh. Sultan Terengganu tidak dapat menerima perlantikan semula Datuk Idris Jusoh untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Terengganu.

Sejak itu, UMNO Terengganu seolah-olah mempunyai dua blok dan dua nakhoda, satu team yang setia kepada Idris Jusoh (ADUN Jertih) dan satu team lagi yang 'menerima' jawatan exco kerajaan negeri dan bekerjasama Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu kemudiannya.

Dalam pilihanraya umum ke-13, kebangkitan semula PAS menyebabkan UMNO Terengganu dibawah teraju Ahmad Said kecundang lebih banyak kerusi, yakni 15 kerusi DUN (14 kepada PAS dan 1 kerusi kepada PKR) dan hanya tinggal 17 kerusi sahaja daripada 32 kerusi DUN.

Menjadi cakap-cakap politik dikalangan UMNO, Ahmad Said akan dilantik sebagai Menteri Besar sementara selama setahun selepas PRU ke-13 bagi membolehkan UMNO mengenal pasti pengganti yang sesuai bagi menghadapi PAS dalam PRU ke-14 nanti kerana UMNO yakin kecundang jika Ahmad Said masih menjadi peneraju UMNO Terengganu menjelang PRU ke-14 nanti.

Beberapa nama ADUN disebut-sebut untuk menggantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru, tetapi akhirnya Pengerusi Jawatankuasa Sains,  Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, ADUN Seberang Takir dan juga Ketua UMNO Kuala Nerus dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12hb Mei, 2014.

Untuk rekod, Menteri Besar Terengganu sejak 1959 ialah Mohd Daud Abdul Samad dari PAS (1959-1960), Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad dari Umno (1960-1970), Datuk Mahmood Sulaiman dari Umno (1970-1971), Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman  dari Umno (1971-1974), Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dari Umno (1974-1999), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS (1999-2004), Datuk Seri Idris Jusoh dari Umno (2004-2008) dan Datuk Seri Ahmad Said dari Umno (2008-2014).

Beberapa jam selepas berundur daripada tampuk kekuasaan pemerintahan negeri selaku Menteri Besar, Ahmad Said (Adun Kijal), mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas. Turut mengambil tindakan sama keluar parti adalah Adun Ajil, Ghazali Taib.

Disebabkan gara-gara Ahmad Said dan Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan menjadi Adun bebas, politik Terengganu bergolak dan tidak menentu selama 2 hari sebaik sahaja Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bila bilangan adun UMNO/BN mempunyai jumlah yang sama dengan pembangkang (PAS dan PKR) terikat pada kedudukan 15 – 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi setiap gabungan dalam DUN yang mempunyai majoriti 32 kerusi – pertama kali dalam sejarah Malaysia.

Sejarah hitam ini tentu sahaja bukan hanya memalukan Razif, Menteri Besar yang baru dlantik ketika itu tetapi juga memalukan UMNO itu sendiri yang sehari selepas hari ulang tahun Umno yang disambut pada 11Mei setiap tahun.

Rasanya itulah satu satu pilihan yang ada pada Ahmad Said melepaskan amarahnya kepada BN yang mengarahkannya meletakkan jawatan Menteri Besar ketika sedang mengadakan 'kenduri' perkahwinan anak beliau akan berlangsung pada 17hb Mei 2014 menyebabkan Najib dan UMNO 'panik' seketika ketika itu dan seterusnya menghadapi kocakan politik dalam 'cawan kopi' Ahmad Said sehingga DUN Terengganu dibubarkan untuk PRU ke-14 nanti.

Selepas tidak lagi menjadi pemimpin utama parti UMNO di peringkat negeri Terengganu dengan hanya menjadi Ketua UMNO Kemaman sahaja, sejauh mana kesan-kesan pengaruh Ahmad Said kepada politik UMNO di Kemaman khususnya di Kijal. Apa yang menarik untuk dilihat sekarang ini adalah kemana politik Ahmad Said selepas ini. Tentu sahaja ianya bukan lagi pilihan utama Umno Terengganu untuk bertanding semula di Kijal.

Sebagai anak Terengganu, saya juga mengikuti perkembangan politik Terengganu secara dekat dan jauh sejak kenal erti politik pertengahan dekad 1980'an yang lalu. Saya tidak dapat membuat kesimpulan pada peringkat ini tetapi membiarkan politik 'suam-suam kuku' di Terengganu ini kepada semua pihak yang berkepentingan bagi melihat perkembangan selanjutnya menjelang PRU ke-14 nanti.


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pak Samad bimbang negara huru-hara, darurat

Posted: 22 Feb 2016 09:13 PM PST


Pak Samad bimbang negara huru-hara, darurat

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said hari ini berkata, tindakan keras Putrajaya terhadap mereka yang berbeza pendapat dan keadaannya yang seperti terlalu bergantung kepada sokongan orang Melayu boleh membawa Malaysia ke arah keadaan yang huru-hara.
Anggota DAP itu berkata, beliau membayangkan kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Saya meramalkan mungkin akan ada keadaan darurat sebelum PRU akan datang. Jika tidak, jika kerajaan masih lemah selepas PRU akan datang, maka ia mungkin berlaku selepas pilihan raya," kata Samad.
Beliau yang mesra dikenali sebagai Pak Samad berkata demikian selepas melancarkan sebuah buku berjudul "Young and Malay" di Rumah Gerakbudaya hari ini.
Beliau berkata, amalan sebegitu tidak sihat dan juga berpendapat, Umno dan Barisan Nasional akan gagal mendapat sebarang sokongan bukan Melayu selepas apa yang berlaku baru-baru ini.
"Mereka mempertahankan kepentingan orang Melayu. Ia bukanlah sesuatu yang tidak baik, tetapi ia seolah-olah mereka lupa yang Malaysia bukan negara untuk orang Melayu sahaja," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Datuk Seri Azeez Abdul Rahim Perlu Letak Jawatan Dari Tabung Haji

Posted: 22 Feb 2016 09:05 PM PST

Letak Jawatan-01Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Azeez Abdul Rahim yang memberi maklumbalas yang pertama semalam (seperti dilaporkan BERNAMA) sejak isu kedudukan kewangan Tabung Haji mula timbul. Beliau dilaporkan meminta supaya pihak-pihak tertentu tidak mempolitikkan Tabung Haji dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan fitnah terhadap Tabung Haji.

Sebagai Ahli Parlimen yang selalu memberi perhatian kepada kedudukan kewangan institusi milik kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk terus menyemak kedudukan kewangan dan pelaburan besar Tabung Haji. Apatah lagi rekod Datuk Seri Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji dalam menerangkan keputusan-keputusan pelaburan Tabung Haji yang mengundang kontroversi bukanlah baik.
Saya rujuk kepada penyata Dewan Rakyat bertarikh 16 Mac 2015 iaitu kali pertama saya menimbulkan risiko yang dihadapi oleh Tabung Haji jika terbabit dengan 1MDB. Penyata Dewan Rakyat mukasurat 79 adalah seperti berikut:
Read More / Baca Lagi >>

PRN Sarawak: Kalau Pas pun sukar, Amanah lagi gelap - Dr Jeniri Amir

Posted: 22 Feb 2016 08:52 PM PST

Jeniri Amir
Penganalisis politik melihat Parti Amanah Negara (Amanah) 'tiada harapan' di Sarawak melainkan parti serpihan Pas itu mempunyai sokongan akar umbi serta sokongan kewangan yang benar-benar kukuh.
Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, ia sukar kerana Amanah merupakan parti yang baharu.
"Kedudukan Amanah lebih sukar daripada Pas. Kalau Pas sudah sukar, tiada harapan, Amanah lagilah gelap masa depannya di Sarawak.
"Mudah sahaja alasannya. Sebab ini sebuah parti baharu dan seperti biasa parti baharu amat sukar untuk bertapak lebih-lebih lagi seperti Amanah tidak mempunyai jentera akar umbi yang kuat dan saya percaya mereka berdepan masalah kewangan," katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, Amanah telah mengumumkan untuk meletakkan calon pelbagai etnik bersesuaian dengan demografi pengundi di negeri itu.
Dalam pada itu, Dr Jeniri berkata, beliau turut percaya Amanah akan bertanding di kerusi yang bakal ditandingi parti tulang belakang BN, PBB yang tidak memungkinkan Amanah menang.
"PBB mempunyai pengaruh amat kukuh di Sarawak...yang mendapat sokongan kuat pengundi Melayu Melanau. Apa implikasinya?
"Kemudian, Amanah ini parti serpihan Pas, jadi, imej Pas itu masih melekat pada tubuh Amanah. Maka pengundi di sini akan mengaitkannya dengan Pas," katanya.
Beliau turut tidak menolak Amanah menyedari hakikat perjuangan mereka di Sarawak itu begitu mencabar dan penuh dengan kekangan.
Read More / Baca Lagi >>

SYARAT UTAMA jadi menteri BN..Ampu & Bodoh..!!

Posted: 22 Feb 2016 08:38 PM PST

Pasti pengundi2 Kota Belud berasa bangga kerana angkut punggah spesis camni sumbat masuk dlm kabinet Najib..

Himpunan 27 Mac adalah acara tertutup, kata Zaid

Posted: 22 Feb 2016 08:35 PM PST


Perhimpunan yang dijadualkan pada 27 Mac ini bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya yang dianjurkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bukan bantahan awam.
Sebaliknya, Zaid berkata acara 27 Mac itu adalah hanya perjumpaan tertutup.
"Saya lihat ramai pembaca masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac Ia satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.
"Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam.
"Saya bukannya seperti BERSIH," tulis Zaid dalam tweet hari ini.

Rakyat terpelajar lebih percaya sektor niaga, media berbanding kerajaan Umno@Bn.

Posted: 22 Feb 2016 08:20 PM PST


Lebih ramai rakyat bermaklumat di negara ini mempercayai media dan tidak mempercayai kerajaan, berbanding orang awam, menurut Laporan Edelman Trust Barometer Malaysia 2016.
Orang ramai juga menilai rakan mereka lebih dipercayai daripada ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat, wakil organisasi bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat.
Kajian itu menunjukkan individu paling berpengaruh dalam masyarakat juga merupakan yang paling kurang dipercayai antara semua individu memegang kuasa.

Kepercayaan kepada kerajaan secara keseluruhannya adalah kurang daripada 40%, dan bergantung kepada bagaimana bermaklumat dan berpendidikan responden tersebut. Berbanding majoriti penduduk negara ini, mereka yang mempunyai pendidikan universiti dan mengikuti secara serius perkembangan berita kurang mempercayai kerajaan.
Kaji selidik itu mendapati hanya 34% daripada apa yang disebut Edelman sebagai "orang awam yang bermaklumat" mempercayai kerajaan, berbanding 39% dalam kategori "penduduk umum".
Bagi institusi lain, 67% orang awam yang berpengetahuan mempercayai sektor niaga, 71% mempercayai NGO dan 59% mempercayai media.
Di kalangan penduduk umum, 58% mempercayai sektor niaga, 61% mempercayai NGO dan 45% mempercayai media.
Kaji selidik terkini mengenai kepercayaan masyarakat dijalankan Edelman itu, yang ke-5 untuk Malaysia, dikeluarkan hari ini bersama satu forum membincangkan kesan daripada dapatannya, bertujuan membimbing media, kerajaan, sektor niaga dan NGO dari segi perubahan dalam masyarakat.
Antara ahli panel forum itu ialah penganalisis politik Dr Oh Ei Sun.
Edelman, yang menjalankan kaji selidik itu dari 13 Oktober hingga 16 November tahun lepas, mentakrifkan "masyarakat bermaklumat" sebagai graduan universiti antara 25 hingga 64 tahun, dan di kalangan yang menyumbang kepada 25% daripada pendapatan isi rumah bagi kumpulan umur mereka.
Mereka membaca berita daripada pelbagai sumber media termasuk berita perniagaan, dan dianggap membentuk 15% daripada penduduk.
Kepercayaan terhadap kerajaan
Penurunan kepercayaan terhadap kerajaan di kalangan kategori rakyat bermaklumat adalah sebanyak 11% daripada kajian tahun sebelumnya iaitu 45%.
Bagaimanapun, dalam kategori penduduk umum, penurunannya tidak sebegitu drastik, pada 7%.
Secara global, penduduk umum Malaysia merekodkan 39% kepercayaan terhadap kerajaan, paling rendah berbanding negara lain yang dikaji di rantau ini.
Indonesia sebagai contoh, mencatatkan 58% kepercayaan terhadap kerajaan dan Singapura sebanyak 74%.
Populasi umum di Malaysia juga lebih yakin tentang masa depan, pada 57%, mempercayai yang "mereka dan keluarga akan menjadi lebih baik dalam tempoh 5 tahun akan datang", manakala hanya 51% daripada masyarakat bermaklumat merasakan perkara sama.
Media dan suara yang dipercayai
Kebanyakan mereka di kalangan masyarakat bermaklumat iaitu pada 59%, berkata mereka mempercayai media, meningkat daripada 46% sebelum ini, berbanding dengan kumpulan populasi umum di mana hanya 45% mempercayai media.
Kajian Edelman juga mendapati media sosial, penggunaan enjin carian dan televisyen merupakan 3 sumber utama yang selalu digunakan untuk mendapatkan berita, dengan 81% daripada kumpulan penduduk umum di Malaysia bergantung kepada media sosial beberapa kali dalam seminggu atau lebih.
Bagi media tradisional, 56% dalam kategori penduduk umum berkata mereka bergantung pada akhbar dan 41% terhadap majalah. Blog digemari 41% sebagai sumber berita.
Tahap kepercayaan terhadap suara-suara dalam media juga menunjukkan penurunan bagi mereka yang memegang kuasa, dengan hanya 35% daripada penduduk umum beranggapan pegawai kerajaan boleh dipercayai.
Read More / Baca Lagi >>

Bank Switzerland dikaitkan skandal 1MDB dijual AS$1.3 bilion

Posted: 22 Feb 2016 08:17 PM PST

 EFG International bersetuju membeli syarikat kewangan Brazil, Group BTG Pactual, BSI dengan harga AS$1.34 bilion dalam bentuk tunai dan saham. – Gambar fail Reuters, 23 Februari, 2016. 
EFG International bersetuju membeli syarikat kewangan Brazil, Group BTG Pactual, BSI dengan harga AS$1.34 bilion dalam bentuk tunai dan saham.

Bank swasta Switzerland terlibat dalam skandal pengubahan wang haram yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad dijual pada harga AS$1.34 bilion (RM5.6 bilion), lapor Reuters.
Agensi berita itu melaporkan semalam yang bank berpangkalan di Zurich, EFG International bersetuju membeli syarikat kewangan Brazil, Group BTG Pactual, BSI dengan harga CHF1.33 bilion (AS$1.34 bilion) dalam bentuk wang tunai dan saham.
EFG merupakan pemain ke-12 terbesar dalam pasaran di mana ramai penganalisis menjangka untuk melihat penggabungan bank-bank lebih kecil yang bergelut di bawah peningkatan peraturan dan hakisan undang-undang kerahsiaan bank Switzerland.

Salah satu faktor utama dalam rundingan itu ialah bagaimana untuk mengendalikan kemungkinan penalti daripada isu-isu undang-undang yang sedang dihadapi BSI, termasuk skandal pengubahan wang haram berkaitan 1MDB. Urus niaga itu, yang dilaporkan Reuters minggu lepas, termasuk penubuhan akaun escrow "penting" di mana EFG percaya akan melindunginya daripada sebarang penalti, katanya, tanpa memberi maklumat tertentu.
Pihak berkuasa Singapura sedang menjalankan siasatan pengubahan wang haram ke dalam akaun bank yang dikaitkan dengan 1MDB, yang aktivitinya mencetuskan tindakan undang-undang di 3 benua.
Read More / Baca Lagi >>

BAEEKKK PUNYA LAMBUNG!!

Posted: 22 Feb 2016 08:16 PM PST

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa menyifatkan Perdana Menteri, Najib Razak seorang pemimpin yang memiliki ramuan lengkap yang diperlukan untuk terus mentadbir parti dan negara serta sama sekali bukan seorang "penyamun" seperti yang digambarkan oleh musuh-musuh politiknya.

Malahan, tegas  Ahli Parlimen Ketereh dan bekas menteri itu, keyakinan terhadap Perdana Menteri masih kukuh untuk terus menguruskan negara, ekonomi dan parti keramat UMNO.

"Najib memiliki segala "ingredients"  untuk melakukannya.

"Saya tidak fikir Najib seorang watak "penyamun"  seperti yang cuba digambarkan atau beliau seorang yang mencari jalan nak menghancurkan UMNO bila naik jadi presiden....tidak," katanya lagi.

Ulasan Annuar mengenai watak "penyamun"  yang sering dikaitkan dengan Najib tidak lain tentunya berkaitan dengan wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang mengalir masuk ke akaun peribadinya, tetapi telah dibersihkan oleh Peguam Negara sebagai tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Selain derma berbilion ringgit yang dikatakan daripada keluarga Diraja Arab Saudi itu itu masih menimbulkan banyak misteri, yang lebih menjadi "lawak antarabangsa"  ialah bila Najib dikatakan tidak mengetahui dana RM42 juta yang diterimanya itu datang daripada SRC, sebuah anak syarikat milik Kementerian Kewangan.

Orang kata, inilah kelebihan pemimpin veteran bila berkata-kata. Hujah dan cara mereka berbicara serta melontarkan idea untuk menggembirakan "boss yang berkuasa" memang tak terlawan dek pemimpin-pemimpin muda.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri Aziz pengampu, berlagak seperti penyangak – GKCM

Posted: 22 Feb 2016 08:14 PM PST

Nazri mungkin tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan di garisan terakhir untuk mengampu Presiden yang menanti masa untuk rebah.
nazri-gkcm
PETALING JAYA: Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) menuduh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai pengampu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi kenyataan hari ini, GKCM membidas Nazri susulan tindakannya yang mencadangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO supaya menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin jika enggan melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti secara sukarela susulan kritikannya terhadap Perdana Menteri secara berterusan.
"Selepas Tengku Adnan, Ahmad Maslan dan dua budak Sabah, kini muncul pula Nazri Aziz yang tampil dengan kenyataan bacul mengampu Presiden UMNO.
"Nazri mungkin tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan di garisan terakhir untuk mengampu Presiden yang menanti masa untuk rebah. Tuduhan Nazri terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah melampau," kata kenyataan itu.
Gerakan anti Perdana Menteri turut menyifatkan Nazri sebagai perosak dalam UMNO kerana perjuangannya adalah untuk mendapat ganjaran berbanding mahu membangunkan parti.
"Nazri adalah antara karektor perosak dalam sejarah UMNO. Jika kita kaji sejarah keruntuhaan empayar Rom, kita akan dapati bahawa sebab utamanya ialah rasuah yang diamalkan oleh pembesar istana.Tindakan Nazri ini sama dengan pembesar Rom yang mengampu untuk mendapatkan sesuatu," dakwanya.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri Aziz ‘kucing kurap’, tak layak kritik Muhyiddin

Posted: 22 Feb 2016 08:13 PM PST

Sebagai Timbalan Presiden yang dipilih secara sah, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai hak untuk bercakap mengenai apa saja isu rakyat dan negara.
nazri-khairuddin-muhyidin
PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak layak membuat kritikan kepada Tan Sri Muhyiddin kerana beliau hanya dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, bukannya menang pemilihan.
Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Nazri tidak ubah seperti 'kucing kurap' kerana lantang mendesak Muhyiddin meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.
"Sedarlah diri tu sikit. Inilah budaya kurang ajar yang sedang menyusup serta merosakkan parti UMNO. Pemimpin haprak macam Nazri Aziz inilah yang membuatkan UMNO semakin dibenci dan ditolak oleh rakyat jelata.
"Sebagai Timbalan Presiden yang dipilih secara sah Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai hak untuk bercakap mengenai apa saja isu-isu yang sedang membelenggu pemikiran rakyat di negara kita.
"Rakyat mahukan kebenaran. Rakyat nak tahu secara sahih, terang, jelas serta mendalam khususnya kes skandal yang berkaitan dengan skandal 1MDB," katanya menerusi posting terbaharu Facebooknya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan akan senasib Pakatan Rakyat kata Menteri Umno....

Posted: 22 Feb 2016 05:16 PM PST

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan tidak ubah seperti Pakatan‎ Rakyat dan tiada jaminan ia tidak akan menerima nasib seperti bekas pakatan pembangkang sebelum ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, walaupun parti dalam gabungan Pakatan Harapan - Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), cuba menunjukkan ia adalah berlainan dan lebih baik daripada Pakatan Rakyat, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Salleh Said Keruak "Jadi, tiada jaminan Pakatan Harapan tidak akan menerima nasib sama seperti Pakatan Rakyat," kata beliau dalam catatan terbarunya dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my‎.‎
Beliau berkata, perdebatan terbuka antara DAP dan PKR mengenai penyingkiran dua wakil PKR daripada syarikat milik kerajaan Pulau Pinang membuktikan parti itu (DAP) memutuskan apa yang berlaku.
"Tapi itu bukan bahagian yang paling menarik. Ia menjadi semakin menarik apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata DAP memutuskan apa yang berlaku di negeri itu dan anggota Pakatan Harapan harus akur.
"Tidak lama dulu, Rafizi Ramli (PKR) mengumumkan Pakatan Harapan tidak lagi bergerak dengan asas setuju untuk tidak bersetuju. Ini kerana Pakatan Rakyat yang beroperasi atas asas itu, mendapati sukar setuju untuk tidak bersetuju dalam banyak perkara dan ia mengakibatkan perpecahan," katanya.
Salleh berkata, sebelum ini Rafizi menyatakan untuk mengelak Pakatan Harapan menerima nasib seperti Pakatan Rakyat, kewujudan Pakatan Harapan akan berlandaskan atas asas persetujuan bersama.
Bagaimanapun, kata Salleh, apabila menyentuh mengenai Pulau Pinang, DAP tidak beroperasi atas persetujuan bersama, sebaliknya atas apa yang DAP mahu.
"Pada dasarnya, Lim Guan Eng kini berkata DAP memutuskan apa yang berlaku di Pulau Pinang dan PKR perlu mematuhi keputusan DAP. Lim Guan Eng mengingatkan Menteri Besar Selangor (Datuk Seri) Azmin Ali, ia sama seperti keputusan PKR menyingkirkan (Tan Sri) Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
"Lim Guan Eng secara tidak langsung mengesahkan keputusan menyingkirkan Khalid sebagai Menteri Besar adalah keputusan PKR, bukannya Pakatan Rakyat.
Jadi, ia bukan berlandaskan persetujuan bersama tetapi setuju untuk tidak bersetuju.
Read More / Baca Lagi >>

Ujian Mukhriz tak sehebat Anwar

Posted: 22 Feb 2016 04:31 PM PST

Oleh Subky Latif
TENTUNYA apa yang dialami Datuk Seri Mukhriz adalah satu ujian yang terkesan pada hati dan politiknya, malah ia juga menyentuh jiwa dan perasaan kedua ibu bapanya, Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah.Apa jua, besar kecilnya ujian itu tentulah dihadapi dengan tabah dan tenang bagi setiap yang berjiwa besar. Ketiga anak-beranak itu tentu tahan menghadapi asam garam politik dunia itu.

Saya tidak mahu kata, kejadian terhadap Mukhriz itu adalah balasan Allah atas tindakan politik Dr. Mahathir terhadap DS Anwar Ibrahim hujung tahun 1990-an dulu. Tetapi ia adalah giliran keluarga itu untuk merasai sedikit pengalaman yang dihadapi oleh Anwar, ayahnya dan bondanya.
   
Memang yang terjadi pada Mukhriz itu meributkan politik Kedah dan mengganggu sedikit sebanyak pentadbiran kerajaan dan kehidupan rakyat. Tetapi ia adalah seperti setitik air jatuh ke secawan kopi dibanding dengan badai dan ribut yang keluarga Anwar, rumah tangga Umno dan politik negara alami.
    
Tidak dapat hendak diagak berapa lama apa yang Mukhriz itu akan mengganggu dunia politik kita, tetapi semua tahu ujian dan cabaran yang Anwar hadapi adalah yang tebesar dan terperit yang politik dan pentadbiran negara pernah alami. Sudah hampir 20 tahun politik Anwar terus bergolak dan ia mengganggu perjalanan hidup keluarganya dan penyokongnya.
   
Tuduhan yang dikenakan kepada Anwar adalah sebesar-besar tuduhan yang pernah dialami oleh manusia. Nabi Musa a.s. telah menghadapi fitnah konspirasi Qarun. Ada perempuan mendakwa dimaksiat Nabi Musa. Apabila perempuan itu berdepan dengan kenabian Nabi itu, dia mengaku telah diupah Qarun. Atas daulat Nabi Musa dengan izin Allah, Qarun dan kekayaannya telah ditelan bumi.
   
Anwar bukan Nabi dan tohmah yang dihadapinya terpaksa melalui keadilan mahkamah dunia hingga hari ini. Dia tidak sekadar dipenjara dua kali, bondanya mati semasa dalam penjara dan bapanya mati semasa dalam duka nestapa tohmah terhadap Anwar belum berakhir.
   
Anwar terpaksa berpisah dengan isteri, anak-anak dan ibu bapa bertahun-tahun. Mukhriz hanya dibuang daripada Menteri Besar dan ketua Umno Kedah, tapi dapat terus bersama isteri, anak-anak dan bertemu ibu bapa dari semasa ke semasa.
   
Dr. Mahathir dengan fitnah yang dihadapi Mukhriz tidak merasa apa yang ayah Anwar rasa atas ujian terhadap anaknya, dan Dr. Hasmah belum mengalami apa yang dialami oleh bonda Anwar.
   
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu tidak keseorangan

Posted: 22 Feb 2016 04:21 PM PST

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekali lagi menjadi perhatian umum terutama media apabila muncul isu beliau perlu membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Omar.
Tokoh politik veteran itu akan diisytiharkan muflis jika tidak membayar jumlah tersebut kepada Wan Ahmad.
Isu ini dengan segera menarik perhatian umum di mana serentak itu para simpatisan, generasi tua dan muda, khususnya daripada "rakan Mat Sabu" – seluruh negara – dengan segera melancarkan tabung derma untuk membantu presiden Parti Amanah Negara (Amanah) ini melunaskan bayaran tersebut.

Untuk menyelaraskan urusan pungutan derma ini, Amanah di mana beliau menjadi presidennya, meminta pihak melancarkan "Tabung Solidariti Mat Sabu" berurusan dengan Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur bagi mengelakkan sebarang pertikaian. Kini hampir semua program Amanah di seluruh negara melancarkan pungutan derma tersebut dan sambutan sangat menggalakkan, menggambarkan tokoh politik yang satu ini menjadi kesayangan rakyat.
Mat Sabu sangat istiqamah dengan perjuangan, membela rakyat, demokrasi, keadilan dan kebebasan. Inilah tag-linenya selama ini.
Kehidupannya sangat luar biasa, menjelajah ke seluruh negara untuk menemui rakyat siang dan malam di mana saja, tanpa penat. Beliau biasa naik mahkamah turun mahkamah, dibuang daerah 2 tahun di Kuala Pilah juga ditahan di bawah ISA.
Tenaga dan namanya digerakkan untuk mengumpul pelbagai dana parti lamanya. Undang saja Mat Sabu berceramah maka orang akan ramai datang dan menderma.
Arahkan sajalah beliau ke mana saja dan tugas apapun diberi akan dilakukannya dengan sungguh-sungguh siang dan malam, walau di tengah hujan dan guruh petir. Demikianlah perjuangan tokoh yang satu ini.
Keringat dan penat lelahnya benar-benar untuk rakyat.
Ketika beliau dikalahkan sebagai timbalan presiden PAS dalam muktamar parti itu di Kuala Selangor tahun lalu bersama rakan progresifnya, beliau masih tetap tenang dan senyum lebar, melambai tangan kepada perwakilan, yang menyokong dan menolaknya.
Beliau tetap berdiri di pentas itu. Wajahnya tetap meriah dan matanya tetap bersinar, senyumnya lebar. Ia kemudian duduk sementara dengan rakan-rakannya, mendengar dengan tenang keputusan pemilihan selanjutnya. Hinggalah selesai baru beliau beredar bersama rakannya.
Wajah itu, wajah orang yang tidak merasa kehilangan apa-apa. Namun tentu terlalu sulit untuk menduga apa yang ada di lubuk hatinya.
Namun sikap ceria timbalan presiden yang dikalahkan itu – di antara kerusi di pentas muktamar itu – menjadi citra baru mengenai politik Malaysia, khususnya gerakan Islam di negara ini.
Kalah menang akhirnya tidak selamanya ditentukan siapa yang kehilangan.
Di sinilah Mat Sabu, justeru dalam kekalahannya meneguhkan lagi perjuangannya untuk membela rakyat dan kebebasan serta keadilan bersama rakannya yang lain.
Beliau memang tidak terkalahkan. Beliau bukan harimau sarkas yang sentiasa dalam kurungan dan hanya keluar sangkarnya apabila diarahkan oleh tuannya untuk menjadi bahan tontonan. Beliau adalah jeneral perang yang sentiasa di front line perjuangan. Ini status yang dimilikinya selama ini.
Dalam beberapa bulan ini beberapa kali saya bertemu dengannya dan isteri, Normah Alwi di beberapa program Amanah dan majlis lain. Dia tetap senyum dan ceria, wajah yang sentiasa optimis akan kemenangan perjuangan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

DAP-PKR, jangan sampai rakyat meluat!

Posted: 22 Feb 2016 04:18 PM PST

Wan Ji Wan Hussin


Dalam laporan berita, 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR ditamatkan perkhidmatan mereka dalam GLC kerajaan Pulau Pinang.
Dilaporkan juga, penamatan itu punyai kaitan sikap berkecuali mereka daripada mengundi menentang usul Umno untuk menghentikan semua projek penambakan di Pulau Pinang sewaktu sidang Dewan Undang Negeri (DUN) pada November lalu.
Kesan daripada berita ini, berlaku serangan balas daripada pihak PKR yang dikepalai timbalan presiden, dan disambut sebilangan pimpinan tertinggi dalam AMK.

Dari sudut pandangan penyokong Pakatan Harapan, kejadian sebegini bukan perkara yang selesa. Terutama, melihat perpecahan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini berpunca daripada peperangan media antara parti-parti dalam PR tanpa berjaya diselesaikan dalam mesyuarat ekoran keegoan setiap wakil parti untuk atasi perbezaan secara matang. Kerosakan yang berlaku tidak wajar berulang kembali. Justeru, perbezaan yang melahirkan pertembungan perlu diatasi dalam mesyuarat Pakatan Harapan, bukan melalui serangan media.
Pihak setiap parti perlu menampilkan sifat yang matang dan sikap berjiwa besar dan berhujah berdasarkan kebijaksanaan sehingga melahirkan keputusan yang matang dan ternyata memberi kebaikan kepada rakyat.
Jika pihak parti-parti dalam Pakatan Harapan tidak bertindak sebegini, walaupun kegagalan seperti PR dahulu mungkin tidak berulang kembali, kebimbangannya rakyat yang  melihat akan melahirkan perasaan meluat kepada gabungan ini. Sudah pasti, ia tidak menguntungkan kepada Pakatan Harapan juga.
Setiap pimpinan parti perlu ingat, cukup-cukuplah angkuh dan ego dalam permainan politik. Yang paling penting, usahalah agar tindakan memberi kebaikan kepada rakyat, bukan sebaliknya.

Beri belia peluang insentif, galak isi kekosongan 3D

Posted: 22 Feb 2016 04:15 PM PST

Golongan belia perlu diberi peluang dan insentif lebih menarik bagi mendepani persaingan dengan tenaga kerja dari luar untuk mendapatkan pekerjaan.
Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Mohamad Raimi Abdul Rahim, berkata inisiatif yang memberi manfaat kepada golongan itu diperlukan bagi menarik minat mereka mengisi sebarang pekerjaan meskipun berbeza latar pendidikan.
ABIM RAIMI"Kalau ada kaedah insentif terhadap peluang pekerjaan tersebut, saya percaya golongan belia bersedia mengisi kekosongan itu.
"Isunya kini, ramai tidak terlibat dalam kerjaya berlainan daripada pendidikan mereka disebabkan faktor kebajikan, latihan dan peluang kerjaya.
"Jadi keutamaannya, sistem dan aliran itu perlu ditambah baik," katanya ketika dihubungi SelangorKini.
Beliau berkata, dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa kononnya golongan belia terlalu memilih pekerjaan sekaligus membuka ruang kepada warga asing bekerja di negara ini adalah tidak relevan.
Bukan menggambarkan realiti sebenar, katanya masih ramai rakyat negara ini yang memilih untuk bekerja di negara luar kerana imbuhan lebih besar walaupun bekerja dalam sektor kemahiran 3D (kotor, sukar dan merbahaya).
"Dakwaan itu perlu dipastikan kerana dalam konteks untuk tangani kemelut ekonomi yang membebankan kini, masih ada golongan belia yang bekerja di luar bidang kepakaran mereka.
"Sebab itulah, pemerkasaan dan tumpuan untuk bantu golongan ini perlu dilaksanakan dan bukan sekadar menambah masuk tenaga kerja luar," katanya lagi.
Pada masa sama beliau berkata golongan belia pula disarankan untuk lebih berdaya saing dengan menyertai pelbagai program keusahawanan dan kerjaya dan tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata.

Program penempatan semula Pati kurang dapat sokongan majikan, kata MTUC

Posted: 22 Feb 2016 04:14 PM PST


Gopal Krishnam berkata majikan mengadu Pati mula minta gaji tinggiGopal Krishnam berkata majikan mengadu Pati mula minta gaji tinggiProgram Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) susulan penangguhan pengambilan pekerja asing dari negara sumber kurang mendapat sambutan majikan, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),
Setiausaha Agungnya  N. Gopal Krishnam berkata pihaknya menyokong inisiatif kerajaan memberi peluang kepada Pati di negara ini diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi keperluan di sektor pekerjaan yang dibenarkan.
Namun, menurutnya majikan dilihat kurang berminat menyertai program itu yang telah dilaksanakan secara dalam talian mulai 15 Februari lalu.
"Saya difahamkan terdapat majikan kurang berminat menyertai program ... ini kerana mereka (majikan) berpendapat Pati yang tinggal lama dan faham dengan persekitaran ekonomi dan sosial negara ini mula 'demand' tentang gaji," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata majikan yang memerlukan tenaga kerja asing perlu mempertimbangkan untuk berdaftar dalam program itu untuk memberi peluang kepada Pati mengisi kekosongan dalam sektor pekerjaan yang tidak diminati rakyat tempatan.
Dalam pada itu, Gopal berkata tindakan Jabatan Imigresen melaksanakan penguatkuasaan menerusi Op Hari Hari Operasi dilihat sebagai kurang tepat dan tidak adil kepada majikan dan Pati yang dalam tempoh mendaftar bagi program penggajian dan penempatan semula itu.
"Kerajaan melaksanakan program rehiring Pati tetapi pada masa sama mereka (Jabatan Imigresen) hari-hari menjalankan operasi menangkap Pati. Tindakan ini dilihat seperti tidak seiring dengan pelaksanaan program rehiring ini," katanya
Read More / Baca Lagi >>

RM4.3 bilion hilang setahun jika 1.5 juta Bangladesh dibawa masuk

Posted: 22 Feb 2016 04:13 PM PST

Jumlah pengaliran keluar wang ke luar negara dijangka meningkat kepada RM4.38 bilion apabila langkah menambah 1.5 juta lagi pekerja asing daripada Bangladesh dilaksanakan.
Mantan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob, berkata langkah ini mampu memburukkan lagi keadaan ekonomi negara ekoran pertambahan itu menyebabkan imbangan pembayaran negara menjadi difisit.
"Secara purata jika 5.8 juta pendatang asing yang ada menghantar pulang wang kepada keluarga di negara asal masing-masing dianggarkan RM3.48 bilion setahun, bermakna pertambahan 1.5 juta pekerja Bangladesh menyebabkan pertambahan RM900 juta lagi dibawa keluar.
"Keadaan ini sudah tentunya memberi kesan buruk kepada ekonomi negara terutamanya di saat kita sedang berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
"Keadaan ini dapat diatasi dengan langkah kerajaan memanfaatkan sepenuhnya tenaga kerja tempatan bagi mengelakkan pengaliran keluar wang secara besar-besaran apabila pekerja tempatan membelanjakan upah diterima di dalam negara sahaja," kata Dr Rosli ketika dihubungi SelangorKini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pembentangan laporan akhir 1MDB ketua audit negara PAC ditangguh lagi..!!

Posted: 22 Feb 2016 04:09 PM PST

Walaupun Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata ia memberi keutamaan pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara berhubung 1MDB, ia tetap tidak berjaya dibentangkan pada tarikh sepatutnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Februari, 2016. 
Walaupun Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata ia memberi keutamaan pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara berhubung 1MDB, ia tetap tidak berjaya dibentangkan pada tarikh sepatutnya.

Menggunakan alasan komitmen ahli, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menangguhkan pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
Ketua audit negara seharusnya membentangkan laporan audit Jabatan Audit Negara berhubung syarikat pelaburan strategik negara itu esok dan Khamis pada mesyuarat PAC akan tetapi ahli diberitahu sebaliknya dalam satu mesej lewat malam tadi.
"Salam hormat Dato'/Datuk/YB, adalah dimaklumkan memandangkan ramai ahli PAC berada di luar negara, ada yang menunaikan umrah dan mempunyai komitmen penting, pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara berhubung 1MDB yang dijadualkan 24 dan 25 Februari ini, ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, terima kasih – Johan Afandi, KS PAC," kata mesej diterima ahli PAC lewat malam tadi.

Tidak dapat dipastikan siapa di kalangan ahli PAC yang berada di luar negara atau mengerjakan ibadah umrah memandangkan Parlimen hanya akan bersidang pada 7 Mac. PAC mempunyai 14 ahli ketuai pengerusinya, Datuk Hasan Arifin, ahli Parlimen Rompin daripada Barisan Nasional (BN) yang menggantikan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed kerana dilantik menjadi timbalan menteri dalam negeri Julai lalu.
Empat ahli Parlimen BN menggantikan Nur Jazlan dan 3 lagi yang menyertai pentadbiran Datuk Seri Najib Razak selepas rombakan Kabinet mengejut menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal disingkirkan.
Ahli Parlimen PAS juga menggantikan seorang lagi yang meletakkan jawatan kerana menyertai PKR.
Pada 11 Februari, pengerusi PAC berkata, keutamaan pada ketika ini ialah pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara berhubung 1MDB kepada jawatankuasa bi partisan itu pada 24 dan 25 Februari.
"Selepas daripada pembentangan laporan akhir ketua audit negara ini, jika sangat perlu dan ada kewajaran dalam membantu PAC bagi mendapatkan maklumat membuat laporan berhubung pengurusan kawalan urus tadbir 1MDB ke Parlimen, barulah jawatankuasa ini akan menimbang memanggil saksi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri minta Muhyiddin letak jawatan Timbalan Presiden Umno

Posted: 22 Feb 2016 04:07 PM PST


Datuk Seri Mohamed Nazri AzizDatuk Seri Mohamed Nazri AzizAnggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno jika beliau tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.
Semasa membuat gesaan itu, beliau berkata Perlembagaan Umno menyatakan dengan jelas bahawa tugas Timbalan Presiden parti itu adalah untuk membantu Presiden.
"Adalah menjadi satu kesalahan, jika Timbalan Presiden melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan tugasnya itu," kata Mohamed Nazri, yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Menurutnya Muhyiddin juga silap bila beliau menyatakan bahawa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak mengambil tindakan terhadap beliau kerana tiada bukti tentang kesalahannya itu.
"Sebelum Perhimpunan Agung Umno yang lepas, beliau (Muhyiddin) bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan perjumpaan terbuka yang digunakan untuk menghentam Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Read More / Baca Lagi >>

Sultan Johor: Negara tidak maju jika rakyat berpecah belah

Posted: 22 Feb 2016 03:56 PM PST


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan bahawa tiada negara mampu mencapai kemajuan sekiranya rakyat berpecah-belah dan tidak membentuk perpaduan.
Justeru itu, baginda meminta rakyat negeri itu terus mengukuhkan perpaduan demi menjadikan Johor sebagai sebuah negeri yang maju dan aman damai.
 "Apabila kita melihat orang sekeliling sebagai sebuah keluarga, perasaan iri hari dan hasad dengki itu dapat dijauhkan dan disemai pula dengan perasaan sayang dan saling hormat menghormati.
"Oleh demikian, beta menyeru kepada semua rakyat, walaupun berbeza agama dan kepercayaan, mereka harus hidup bersatu dan bekerjasama demi memastikan kemakmuran negeri ini terjamin," titah baginda.
Sultan Johor bertitah demikian dalam majlis makan malam sambutan perayaan Chap Goh Meh 2016 di Stadium Mini Pontian malam tadi.
Sambutan yang disertai kira-kira 3,000 jemputan itu, turut dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Ismail Karim.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional masyarakat Cina dan nyanyian oleh artis tempatan Pei Bei.

~ DAULAT TUANKU ~

Posted: 22 Feb 2016 03:54 PM PST

"Saya tidak mencuri daripada rakyat saya dan saya sentiasa bercakap benar.
Saya berani untuk bersuara apa yang orang lain tidak berani lakukan kerana masing-masing mempunyai kepentingan peribadi mereka sendiri." - DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim adalah Tunku Mahkota Johor.

Bagaimana AMANAH berinteraksi dengan Bukan Islam di Malaysia

Posted: 22 Feb 2016 03:48 PM PST

Presiden Amanah tidak menerima duit sumbangan di Akaun Peribadi

Posted: 22 Feb 2016 03:47 PM PST

Bekas Naib dan Ketua Muslimat PAS, Ustazah Jamilah Ibrahim jelaskan kenapa sertai Amanah

Posted: 22 Feb 2016 03:46 PM PST

Hj Mat Sabu jelaskan sikap tidak ambil peduli kaum Melayu terhadap rasuah

Posted: 22 Feb 2016 03:46 PM PST

JURI RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 7:21 PTG | Posted in

sumber :-

JURI RAKYAT


Fungsi Vitamin K bagi Tubuh

Posted: 22 Feb 2016 06:28 PM PST

Fungsi Vitamin K bagi Tubuh - Vitamin K memang mungkin jarang sekali kita dengar dan kita ketahui manfaatnya. Tapi sebenarnya vitamin K merupakan salah satu vitamin yang dibutuhkan oleh tubuh dalam jumlah yang cukup. 

Vitamin ini dapat kita peroleh dari makanan- makanan yang sering kita jumpai dalam kehidupan sehari hari seperti sayur kangkung, brokoli, kubis, dan juga dalam kuning telur vitamin K ini cukup tersedia banyak. 



Oleh sebab itu kita tidak pelu repot mencari suplemen produk kesehatan untuk memenuhi asupan vitamin K dalam tubuh. Berikut beberapa manfaat vitamin K dalam tubuh :

Menghentikan Pendarahan

Darah merupakan salah satu bagian tubuh yang berbentuk cairan dan memiliki fungsi yang sangat vital. Apabila bagian kulit terluka akibat terkena sayatan benda tajam tentu darah akan keluar. Namun, bagaimana apabila darah yang keluar tersebut sulit untuk dihentikan tentunya akan mengakibatkan resiko yang sangat berbahaya. 

Dalam keadaan tersebut disinlah peran vitamin K sangat penting. Karena vitamin ini berperan dalam menghentikan pendarahan apabila kita mengalami luka tersebut sehingga darah akan cepat berhenti dan lukapun akan cepat mengering.

Pembentukan Tulang

Vitamin K juga sangat berperan dalam pembentukan dan kesehatan tulang. Dengan mengkonsumsi vitamin K, seseorang akan minim beresiko mengalami osteoporosis atau yang kita sebut juga pengeroposan tulang. Seseorang yang mengalami osteoporosis akan mengakibatkan aktivitas orang tersebut menjadi terbatas dalam melakukan berbagai aktiviotas. 

Bahkan apabila tulang rapuh maka resiko mengalami cacat akan terjadi. oleh sebab itu menjaga kekuatan dan kesehatan tulang snagatlah penting karena tulang merupakan organ yang sangat vital yang berfungsi menopang tubuh.

Membunuh Sel Kanker

Sama seperti manfaat vitamin yang lainnya, vitamin K juga berperan dalam membunuh sel- sel kanker yang ada di dalam tubuh. 

Memang setiap manusia memiliki sel kanker di dalam tubuh yang dapat tumbuh dan berkembang menjadi penyakit kanker yang sangat sulit diobati. Oleh sebab itu melakukan pencegahan lebih penting yang salah satunya dengan menjaga pola hidup tetap sehat seperti mengkonsumsi makanan yang banyak mengandung vitamin K tersebut.

Mencegah Penuaan Dini

Penuaan dini merupakan kondisi dimana cirri- cirri penuaan muncul pada umur yang sebenarnya relative muda. Biasanya penuaan dini ini lebih terlihat secara fisik seperti munculnya kerutan pada area wajah.

Tentunya hal ini akan sangat menggangu penampilan seseorang karena dapat menurunkan rasa percaya diri. Oleh sebab itu menjaga asupan vitamin K dalam tubuh perlu diperhatikan karena vitamin ini berkhasiat mencegah penuaan dini terjadi.


ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 3:28 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Bodoh, Bangang Punya Polis Trafik Kata Penceramah Agama

Posted: 22 Feb 2016 08:00 AM PST

Nahar Afandi Ghazali, pengasas Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq, 
tuduh  polis bodoh dan bangang ?? 
Kuala Lumpur - Disebabkan klip video pendek yang dikatakan menghina anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebar di laman media sosial, Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras membatalkan hasrat menjemput Nahar Afandi Ghazali untuk menyampaikan kuliah agama.

 Nahar yang merupakan penceramah bebas itu ketika dihubungi SuaraTV berkata, penyebaran rakaman kuliah Subuh yang disampaikan di sebuah masjid di Pulau Pinang Sabtu lalu, telah menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap dirinya.

 "Kalau ikut jadual, saya sepatutnya menyampaikan ceramah di IPD Ceramah, tapi disebabkan klip video tersebut menjadi viral di laman media sosial mereka telah membatalkannya di saat akhir tapi penganjur menghubungi dan memarahi saya kerana merasa terguris.

 "Mereka kata buat apa nak jemput lagi kerana kenyataan bodoh dan bangang itu teah membuatkan mereka rasa terhina sedangkan apa yang saya maksudnya adalah segelintir di kalangan anggota polis dan bukan secara keseluruhannya… apa yang boleh saya katakan mereka mengambil kenyataan tersebut di luar konteks," katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

 Menurut anak kepada pengasas Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq itu, walaupun masyarakat mencerca kenyatan tersebut namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk berkata benar bagi menyampaikan ajaran Islam.

 "Saya tak kisah pun kalau mereka (penganjur) nak batalkan, itu adalah hak mereka namun saya percaya rezeki di bumi Allah yang luas ini ada dimana-mana. Apa yang penting saya telah menunaikan tangungjawab untuk menyampaikan kebenaran.

 "Kerana apa yang saya sampaikan itu adalah merupakan rungutan dan aduan anggota PDRM sendiri yang sebelum ini mengadu dan mengeluh kerana tidak dapat menunaikan solat Jumaat kerana terpaksa bertugas… namun mereka (masyarakat) yang tidak faham maksud kenyataan tersebut terus menjatuhkan hukum dengan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap diri saya" ujarnya pula.

 Nahar sebelum ini mendakwa tindakan anngota polis yang bertugas ketika solat Jumaat adalah bertentangan dengan hukum Islam dan gaji yang diperolehi oleh mereka adalah haram.

 Di dalam ceramah yang sama, beliau turut menyifatkan kenderaan yang dinaiki oleh rakyat di negara ini seperti babi kerana mengunakan perkhidmatan bank yang mengamalkan amalan riba.

 Rata-rata pengguna Facebook kemudiannya menyifatkan kata-kata nista yang dituturkan itu bukan merupakan sebahagian daripada Islam sambil menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan.  ~ sumber

Memang patut pun orang marah kat Ustaz Longkang nih! Cer korang dengar sendiri apa mangkuk ni kata dalam vdo berikut :



Mangkuk ni buat report polis...Entah apa tujuannya pun tidak ada siapa yang tahu.....


Lalu mangkuk ni mendapat komen yang selayaknya dari fesbuker di Fesbuk :

Dasyatidae Hunter Asc : Kerana mulut diri binasa...harap2 ustaz ni bertaubat2lah... menyiar ajaran islam bukan lah dgn kata2 cacian dan kejian...Allah maha kuasa dan mengetahui...semuga pintu hatinya terbuka...

AAdi Macho :  kerosakan telah berlaku... apa hukuman kpd mrk yg sebar fitnah atas nama agama?... betul dia nak jd contoh masyarakat? mulakan dr diri dia sendiri 

Kamal Bin Besah Mitt : X brmaksud polis Malaysia Ko buat lawak ke oosstad Yg ko ckp ko kena speed trap tu apa,bukan kat Malaysia ke...Ke ko kena saman kat siam ke Jgn buat lawak la Klau nk mlawak masuk MLM la Ko ingat PDRM bodo mcm ko ke? 

HB Isa Ar Rifa'i : die maksudkan polis uganda tu...hahaha..

Topik Topik Salim Salim : ustad x guna haha. sedap2 mulut kata hram.. puihhh.. dia tuhan ke. 

Pahlawan Belantara Dia kne speeptrap kt brazil..tu 

Allecstong Sing : Lidah ustaz ada tiga cabang ..... 

Ross Hanny Lorenz Sanin : Polis kt amarika kot dia maksudkan ni

Honda Selatan : Polis banglasia tu
Mre Em pns xbrtempat ni la jdinya....alasan xmsuk akai.. 

Yang Pertama Adam :  Kata2 kuar dari mulut mencerminkan seseorg...wak tu mengaku wak ustaz..jadi jaga perilaku ngan mulut lebih dari org yg bukan ustaz..jgn dok guna agama tok cover diri sendiri.. 

Syafiq Akram : Ada mengeluarkan kata kata tersebut tetapi saya tidak ditujukan kepada anggota2x polis malaysia. Agaknya dia egt dia dok zimbabwe kot. 😅 

Aby Kumang : Apa yg nak d nafikan lg tu ustaz...jgn nak putar belit pulak...

Lana Lane : Nya kena speedtrap kat brazil cha .. masanya nak solat jumaat kat brazil aduh ... 

Aby Kumang : Yalah..bangang n bahlol....masih juaknya nk mnegakkan benang yg basah 

Lana Lane : Takut punya crita cha... belakang bukan main bilq kat depan boleh tukar topik hahha

Octovian Eyon : Tdk bermaksud?tai palat la....sdh cakap dgn keadaan marah..siap dlm ceramah lagi..lps tu tdk tuju pada anggota pdrm...terang terang dlm video...mengaku nda bermaksud..pa sdh jd ni...bgs ko berenti jd ustaz 

Mohd Nor Hafizi : Sudah goyang kew 

Fitri Muhammad : Dah guna bahaya kesat semasa ceramah..lepas tu kutuk2...then bila dh kantoi menipu pulak...bukan.polis malaysia katanya..haha

SitiAida Samsuri : Kalau x tuju kt pdrm malaysia, nak tuju kat polis bangla ke pak ustad???????......ko pny ceramah jgn kata yg haram, mulut celupar ko tu pon blh bwk masuk neraka ko tau x.....nak jd ustaz bkn maki org...tp didik org dgn bahasa yg sopan...stakat maki cmtu jgn bangga nk pgl ko ostad......boleh blah 

Rezduan Shah: Ustaz bodo piang....kayu puihhhh 

Man Potatoes : Mnampakan 2x kbodohan d situ... #wtf Bkn kamu... Tuuuu kat gunung everest aku maksudkn... Puiii 

Rosli Jusoh : Ustaz bodohhhhhhhhh, kau minpi ke,bahaloi 

Suresh D Muniandy : takut la tu 

Toh Abdil : Manusia akhir zaman 

Farid Ghani : Lau aku la jd pnerima report tu,aku gelak hbis2an dlu,bru taip...haha wahabi pn xmcm ni ustad oiii 

Asee Hasan : ustaz otak udang 

Syaf Ayne : dalam report dia dah nampak yg dia bersalah,xpayah naik court

Balqies Qies : X tuju kt polis m'sia tuju kt sapa lg ustaz oiiii...xkan la mu g smbhyg jumaat kt thailand lak...agak2 la nk undur blk apa yg mu dh keluarkn...kata2 mu hanya mimpi.... Bodoh!!!! 

Arshad Hussin ; Betul ler bukan ditujukan kepada PDRM tapi,kepads polis kerajaan alam Bunian hehehe....putar belit lagi nooooo!Allecstong Sing "Semalam semasa dilraya polis trafik punya bodoh buat speedtrap....perkataan itu sdh menampakkn dia kantoi....masih lagi nak elak.bkn tuju polis malaysia...ha ha 

Rizal Saibeh : Ai pesa empedu kian yo tu...pait kian sedi bua ni. Semoga Allah beri dia petunjuk. 

Hasrul Nizam : Buat malu ustaz je.. 

Suhaimi Ismail : Oh ... kalo gitu dia ceramah di Bangladesh kot masa kena saman tu 

Rogayah Ahmad : APABILA MARAH MENGUASAI DIRI... 

Muhammad Hj Ibrahim : Kalau nak buat ceramah tu tengok2 juga kiri kanan dan hadapan..bukan buat ceramah dlm hutan...buat malu. 

Arshad Hussin : Dah ler riak angkuh pulak lepas tu putar belit kenyataan lagi,bijak sangat ler tu nak menipu...liat ler sendiri youtube tu ustaz Nahar hahahaha. 

Arissa Uzma Syukry Jbs : betap ceteknye...die 

Elben Eyzairey Hj Laleh : Sebenarnya ustaz ne tinggal kat bumi ka pluto..

Hafiz Md Yusof Ustaz : tu pekerjaan ke? Camner nak apply? 

Jebat Durhaka : Mana dia dapat gelaran ustaz ni..ustad beli kot.. 

Mous Zainbidin : Kata2 ustazni ditujukn kt polis negara mana? Zimbabwe? Uzbeskistan? Tula,sebelum nk ckp,kita pikir dulu...andai kata polis seluruh malaysiani,cuti 1hari,tutup semua,kite pikir2la... 

Ahmad Shah : Sembang je lebih pak smuta ni....pkai alasan mntri jugok.huhu.alasan lasung xleh blah 

Ahmad Radzi : Aku ase cm nk maki jer ustat ni.....eeeiii geram nya....klu la aku yg amik kes dia mmg masak... Kaw2 punya la dia kena psyko

Hasmadihassan Ramli : Bersangka baik sesama insan... 

Pam Mimi : Da tu nak tujukan pada sapa. 

Peace Hill Lord : Mula la gelabah..tak semestinya tuju pd polis malaysia ye..huh

Mahdar Akbar : ooo. tak tuju kepada polis Malaysia.. abis tu masa nk otw g buat ceramah kena tahan dgn polis trafik buat roadblocks tu polis mne China ke? Thailand ke? nampak kebodohan sendiri disitu.. bertingkek2 yg awak dpt dr apa yg keluar dr mulut awak.. mengaku jer la. baru hukuman dunia tad.. Allah tau niat sebenar awak..

Sirul Azhar Umar ugut Najib $ 17 juta ?

Posted: 22 Feb 2016 03:24 AM PST

  Sirul Azhar Umar , pembunuh yang disabitkan di pusat tahanan Villawood di Sydney nampaknya telah membuat video mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada masa yang sama dia cuba untuk memeras ugut Najib.

 Tentera Sempadan Australia telah memberitahu Fairfax Media Sirul merakam video tersebut sebelum dia ditahan dan dibawa ke Villawood pada Januari tahun lepas.

 Hanya beberapa hari sebelum dia ditangkap, Sirul cuba untuk memeras ugut kerajaan Malaysia untuk $ 17 juta untuk berdiam diri terhadap pembunuhan kejam wanita Mongolia Altantuya di Kuala Lumpur pada tahun 2006. 

 "Salam Bos , saya dalam kesukaran di sini, saya memerlukan $ 2 juta untuk menjamin anak saya. Selepas itu saya mahu $ 15 juta dan saya tidak akan kembali lagi ke Malaysia, saya tidak akan menjatuhkan PM," Sirul menghantar sms kepada orang tengah Malaysia yang ada hubungan dengan pegawai peringkat tinggi Malaysia.

 Orang tengah itu, telah melawat Sirul tiga kali dalam Villawood, menghantar balasan yang mengatakan "mereka mahu berbincang.

 Sirul menghantar mesej teks merujuk kepada $ 17 juta itu pada 17 Disember 2014, hanya empat hari sebelum beliau ditangkap di Queensland berdasarkan notis merah Interpol menyedarkan polis di seluruh dunia.

   Satu posting Facebook oleh seorang pengguna yang mengaku sebagai anak lelaki Sirul berusia 19 tahun, Shuk Sz pada Januari 2015 berkata: 

"Secara jujur, saya adalah anak Koperal Sirul Azhar Umar Kepada mereka yang tidak tahu tentang hal ini, jangan berkata ikut suka anda sahaja. Awas mulut anda. Jika saya bercakap kepada media, Malaysia akan jatuh. PM juga akan jatuh. "

 Sirul melarikan diri ke Australia sebelum mahkamah Malaysia menjatuhkan hukuman gantung kerana menembak Altantuya dua kali di kepala yang merayu demi bayi dalam kandungannya , dan kemudian meletupkannya dengan bahan letupan tentera C-4, jelas untuk menghilangkan apa-apa bukti yang boleh menunjukkan sibapa.

 Selama bertahun-tahun khabar bertiup bahawa Altantuya telah dibunuh untuk menutup tentang sogokan kepada pegawai peringkat tinggi Malaysia berhubung pembelian berbilion dolar Malaysia kapal selam buatan Perancis / Sepanyol ketika Najib adalah Menteri Pertahanan.

 Najib menegaskan dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan tidak memperoleh faedah dari mana-mana rasuah daripada perjanjian itu, yang menjadi subjek siasatan di Perancis.

 Sebelum video itu diterbitkan, Sirul mengancam untuk mendedahkan siapa yang mengarahkan beliau melakukan pembunuhan itu.

 "Saya bertindak di bawah perintah," katanya kepada Fairfax Media di Villawood tahun lepas. Orang-orang yang mahu membunuh Altantuya masih bebas.

"Saya mahu peluang untuk menebus maruah keluarga saya ... Saya kambing hitam." 

 Dalam video itu, Sirul memakai ketayap putih, menggambarkan dirinya sebagai mangsa dalam kes itu walaupun mengakui bahawa dia telah membunuh Altantuya dengan satu lagi komando polis yang memohon pengampunan diraja selepas dia juga dihukum gantung.

 Sirul mendakwa Altantuya tidak mengandung apabila dia membunuhnya, bertentangan dengan kenyataan awal yang beliau buat.

 "Saya faham bahawa adalah menjadi hasrat pihak tertentu yang berkepentingan untuk menjatuhkan orang tertentu," kata Sirul dalam salah satu video. 

"Saya menyatakan di sini ... demi Allah, ... yang paling mulia Perdana Menteri Najib Abdul Razak tidak pernah terlibat dan tidak mempunyai kaitan dengan kes itu." ~ sumber

Muhyiddin terima taklimat SPRM, Bank Negara, Gani mengenai RM2.6 bilion sebelum dipecat

Posted: 21 Feb 2016 10:59 PM PST

OLEH V. ANBALAGAN,

  Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau dimaklumkan mengenai siasatan terhadap wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes SRC International Sdn Bhd sebelum pemecatannya pada Julai lalu.

 Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mendapat taklimat daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang turut dipecat daripada jawatan tahun lalu.

 "Saya tahu lebih daripada yang anda tahu (penonton). Saya mempunyai keberanian kerana saya mengatakan kebenaran.

 "Saya tidak berbohong," katanya dalam satu video yang dimuat naik di blog Din Turtle Original. Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno berkata demikian pada satu majlis di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

 Beliau berkata Gani, Bank Negara dan SPRM menerangkan kepadanya mengenai siasatan itu kerana mereka sedar, sebagai timbalan kepada Najib, beliau (Muhyiddin) berhak tahu terutama ia melibatkan perdana menteri yang juga presiden Umno.

 "Saya mendapat malu jika orang ramai kemudian mengetahui saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Itulah sebabnya saya meminta taklimat," katanya.

 Beliau juga membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang disifatkannya tidak berani mendakwa Najib susulan siasatan terhadap SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

 Katanya, panel pengawasan SPRM sendiri mengkaji semula perkara tersebut dan mendapati wujud kes yang kukuh terhadapnya.

 "The question is, whether he is brave enough to do it or not (Soalannya ialah, sama ada dia cukup berani melakukannya atau tidak).

 "Pasal hakim kata, kalau dia ambil tindakan, dia akan dipecat. Tetapi kalau dia amanah dan bertanggungjawab, dia ambil tindakan," kata Muhyiddin. 

 Beliau berkata, Apandi sepatutnya memaklumkan kepada rakyat Malaysia, terdapat bukti mencukupi untuk tindakan selanjutnya diambil terhadap Najib.

 "Takkan dia (Najib) tak tahu, dia dah belanja pun. Ada bukti-bukti. 3 juta bayar kredit kad. Dan bayar yang lain-lain.

 "Dunia mempersoalkan kenapa peguam negara tidak mengambil tindakan," kata Muhyiddin dalam video berkenaan.

  Muhyiddin mendakwa, Apandi mengarahkan kes itu ditutup kerana beliau tidak ada keberanian merangka pendakwaan atas Najib.

  Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamed Noor Abdullah yang berkata, peguam negara tidak berani mendakwa perdana menteri kerana takut dipecat.

 Noor berkata, peguam negara sebenarnya dicalonkan perdana menteri walaupun dilantik Yang di-Pertuan Agong.

 "Saya rasa bekas hakim perlu menjelaskan ini dengan lebih lanjut," kata Muhyiddin.

 Katanya, Najib tidak sepatutnya lepas daripada tindakan pendakwaan hanya kerana Yang di-Pertuan Agong melantik Apandi atas nasihat perdana menteri.

 "Saya rasa itu bukan tafsiran yang betul dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

 Beliau berkata, rakyat Malaysia juga tidak sabar-sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan peguam negara dan panel SPRM itu mempunyai pandangan berbeza.

 Dua panel pengawasan SPRM juga mahu berjumpa Apandi berhubung keputusan beliau tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Najib tetapi pertemuan itu dibatalkan baru-baru ini.

 Pada 26 Januari, Apandi berkata pihaknya tidak mempunyai bukti mencukupi menyokong tindakan pendakwaan diambil terhadap Najib atas sebarang kesalahan jenayah dalam kes RM2.6 bilion dan SRC International. – 22 Februari, 2016. ~ sumber

Kepimpinan tanpa hala tuju konservatif PAS punca ahli keliru

Posted: 21 Feb 2016 03:39 PM PST

OLEH ZULKIFLI SULONG 

  Selepas 8 bulan kumpulan konservatif mengambil alih kepimpinan PAS, ahli akar umbi kini terkontang-kanting dalam pelbagai isu kerana tidak mendapat penjelasan sikap sebenar parti dalam banyak hal, menurut satu kajian.

 Kajian terbaru Ilham Centre mendapati, ahli akar umbi turut keliru disebabkan kenyataan bercanggah kepimpinan PAS terutamanya mengenai kerjasama dengan Umno.

 Kajian juga mendapati ramai pemimpin di peringkat kawasan di utara semenanjung tidak berpuas hati dengan kepimpinan negeri yang dilantik PAS.

  Pengarah Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Abu Bakar berkata, kepimpinan PAS di peringkat nasional juga tidak begitu aktif bertemu dengan ahli akar umbi dalam ceramah atau program.

 Selain itu, ahli PAS juga merungut tentang kepimpinan nasional yang tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun tentang strategi parti untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Hisomuddin.

 "Mereka mula mempertikaikan apa yang dibuat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang menang besar muktamar lalu dalam menjelaskan isu ini kepada mereka.

 "Pada masa sama, kenyataan media yang dibuat pemimpin bercanggah antara satu sama lain," kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider.

 Pemilihan PAS pada Jun tahun lalu antara yang paling memecahbelahkan dalam sejarah 55 tahun penubuhannya.

 Kumpulan konservatif berjaya menyapu bersih semua jawatan utama dan menyingkirkan golongan progresif.

 Kumpulan progresif – terdiri daripada ahli Parlimen PAS yang terkenal meninggalkan parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

 PAS pada masa sama menolak untuk menyertai gabungan baharu Pakatan Harapan tetapi mengekalkan kerjasama dengan PKR.

 Hala tuju PAS tidak jelas

 Sejak itu, terdapat persoalan mengenai hala tuju PAS.

 Sesetengah pemimpinnya mahu hubungan lebih rapat dengan Umno sementara yang lain mahu PAS kekal sebagai parti pembangkang independen.

 Hisomuddin berkata, rungutan terbesar ahli akar umbi ialah berhubung kenyataan bercanggah kepimpinan nasional.

 Ini termasuk kenyataan daripada presiden, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung.

 Mesej dihantar kepada orang ramai menggambarkan PAS tidak mempunyai pendirian rasmi terhadap sesuatu isu, tetapi lebih kepada pandangan peribadi yang kemudiannya bercanggah sesama sendiri, kata Hisomuddin.

 Dalam isu kerjasama dengan Umno, rata-rata ahli PAS sukar menerima pendirian parti untuk bekerjasama dengan Umno melalui konsep "taawun" (bekerjasama untuk kebaikan).

 "Tiada penjelasan tuntas terhadap satu polisi besar ini. Ahli di bawah berbalah dan bertengkar atas perkara yang tidak difahami dengan jelas. Lebih malang pimpinan tertinggi tidak membuat pekeliling atau penjelasan rasmi parti.

 "Bayangkan selama ini ahli PAS bertembung sengit dengan ahli Umno di kedai kopi, tiba-tiba sesi ini mereka diminta 'bekerjasama' dengan Umno yang dahulunya musuh politik kepada mereka.

 "Sebahagian memberikan gambaran akan tawaqquf (tangguhkan) sementara daripada gerak kerja parti ekoran pendirian PAS dengan Umno ini," kata Hisomuddin. 

 Bahagian pertama kajian Ilham Centre dilakukan sejak 2 bulan lalu dengan menemui pemimpin akar umbi PAS di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak. Bahagian kedua akan dilakukan di kalangan ahli PAS di Kelantan dan Terengganu.

 Pemimpin "hilang"

 Di antara rungutan diterima ialah ahli akar umbi tidak dapat bertemu secara langsung dengan kepimpinan pusat sejak pemilihan Jun lalu. 

 Sebagai perbandingan Hisomuddin berkata, ahli yang ditemui mengatakan kepimpinan sebelum ini lebih menonjol dan rajin memenuhi ceramah anjuran kawasan.

 "Ceramah hanya kepada ahli PAS saja. Gagal menarik minat pihak yang lain. 

"Lebih malang, nama sebesar ketua Pemuda, ketua penerangan, kehadiran sekadar mereka yang hadir ke majlis tahlil saja," katanya.

 Menurut Ilham Centre, pelantikan kepimpinan negeri di Kedah dan Perak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli akar umbi.

 "Pemimpin yang dilantik untuk memimpin di negeri ini tidak dikenali atau bersifat kontroversi," kata Hisomuddin.

 Terakhir yang menjadi rungutan di kalangan ahli ialah PAS masih belum melakukan persiapan untuk menghadapi PRU14.

 "Ada beberapa sebab antaranya aktivis atau penggerak sebenar jentera sudah berhijrah menyertai Amanah. "Tinggallah mereka yang tiada pengalaman mengurus kendali modus operandi pilihan raya," katanya. – 22 Februari, 2016.~ sumber