‘Pelaburan KWSP dalam 1MDB hanya risiko amat rendah’ - Shahril Ridza Posted: 21 Feb 2016 09:23 PM PST Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi menyangkal dakwaan pembangkang bahawa pelaburannya dalam firma kontroversi, 1MDB menimbulkan risiko yang tinggi. Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, dari segi pendedahan ia hanya adalah risiko yang amat rendah. "Jika rakyat mahu, mereka boleh andaikan itu (pembelian loji kuasa 1MDB pada tahun 2012 dan 2013) sebagai pendedahan, tetapi dari sudut pandangan kami, ia adalah risiko yang amat rendah.  "Ia tidak berbeza daripada pendedahan kami dengan loji kuasa lain, seperti Malakoff atau yang pernah dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya pada taklimat media mengenai Dividen KWSP 2015. Menurut Shahril, aliran tunai 1MDB dibiayai daripada hasil jualan dan firma milik kerajaan itu tidak pernah terlepas bayarannya dan tidak pernah mengalami penurunan kredit. 1MDB pada tahun 2009 menerbitkan bon bernilai RM5 bilion dan KWSP terbabit dengan membeli sebanyak RM200 juta. Bon berkenaan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Pada Oktober tahun lalu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa pelaburan KWSP dalam 1MDB terdedah dengan risiko tinggi berdasarkan kadar faedah yang tinggi dan kuantum pelaburan sebanyak RM1.72 bilion. Shahril, bagaimanapun berkata keadaan akan berubah apabila 1MDB menjual aset tenaga kepada syarikat asing dan pemegang bon tidak akan kerugian. Malah katanya, tindakan itu adalah tidak berbeza daripada mana-mana amalan lain. |
Peningkatan 23 peratus rakyat lepaskan kewarganegaraan Posted: 21 Feb 2016 09:22 PM PST Rakyat Malaysia yang melepaskan kewarganegaraan mereka meningkat 23 peratus kepada 2,206 pada tahun lalu, berbanding 1,787 pada tahun 2014. Ini adalah mengikut perangkaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdasarkan jumlah yang mengeluarkan semua simpanan utama di KWSP. "Bagi tahun 2014, terdapat 1,787 permohonan atas alasan meninggalkan negara dan ini membabitkan RM99 juta.  "Pada 2015, jumlah yang memohon meningkat kepada 2,206 orang dan membabitkan RM134.6 juta," kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Sharil Ridza Ridzuan pada taklimat media mengenai Dividen KWSP 2015. "Betul, terdapat sedikit peningkatan, tetapi tiada yang drastik (dari segi pengeluaran)," katanya. Sharil Ridza juga pada sidang akhbar itu berkata sesetengah pencarum mungkin kehilangan sebanyak RM20,000 hingga RM25,000 jika mereka memilih untuk mengekalkan kadar caruman KWSP mereka pada lapan peratus. Kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa pekerja boleh memilih untuk menyumbang lapan peratus dan bukannya 11 peratus seperti sebelumnya. "Kami sentiasa galakkan ahli untuk menyimpan wang mereka untuk dilaburkan selama mana yang mungkin.  "Ia adalah pilihan setiap individu. Sukar bagi kita bercakap secara umum kerana keperluan setiap ahli adalah berbeza. "Perkara menarik adalah bahawa tindakan adalah secara sukarela. Ada yang mendapat manfaat dengan mempunyai lebih banyak wang dalam poket mereka," katanya. Beliau menjangkakan kira-kira separuh jumlah pencarum akan memilih terus membuat sumbangan 11 peratus. |
Muhyiddin bidas peguam negara takut ambil tindakan pada Najib Posted: 21 Feb 2016 09:21 PM PST Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana tidak berani mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu SRC International Sdn Bhd. Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang disifatkannya tidak berani mendakwa dan menjalankan siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd. Bekas timbalan perdana menteri itu mendedahkan, panel pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri mengkaji semula perkara tersebut dan mempunyai kes yang kukuh terhadapnya. "Tetapi pihak peguam negara beritahu, tak payah ambil kes. Tutup. Apa sebab? Peguam negara beritahu, perdana menteri tidak mengetahui tentangnya," kata Muhyiddin pada majlis di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu. Beliau berkata, Apandi sepatutnya memaklumkan kepada rakyat Malaysia, terdapat bukti mencukupi untuk tindakan diambil selanjutnya terhadap Najib. "Takkan dia (Najib) tak tahu, dia dah belanja pun. Ada bukti-bukti. 3 juta bayar kredit kad. Dan bayar yang lain-lain. "Dunia mempersoalkan kenapa peguam negara tidak mengambil tindakan," kata Muhyiddin dalam video yang dimuat naik di blog Din Turtle Original. Muhyiddin mendakwa, Apandi mengarahkan kes itu ditutup kerana beliau tidak ada keberanian merangka pendakwaan atas Najib. Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamed Noor Abdullah yang berkata, peguam negara tidak berani mendakwa perdana menteri kerana takut dipecat. Noor berkata, peguam negara sebenarnya dicalonkan perdana menteri walaupun dilantik Yang di-Pertuan Agong. "Saya rasa bekas hakim perlu menjelaskan ini dengan lebih lanjut," kata Muhyiddin. Read More / Baca Lagi >> |
JIKA BOLEH SABAR, TUNGGULAH PRU 14...JIKA TIDAK, MULAKAN DENGAN 27 MAC NANTI Posted: 21 Feb 2016 08:57 PM PST
Antara ayat-ayat candu yang dilafazkan Najib Razak sempena memperingati 40 tahun penglibatannya dalam politik, Sabtu lalu ialah, "Ayahanda saya membina UMNO dan takkan saya menjadi anak yang menghancurkan UMNO" dan "saya seorang yang penyabar tapi jangan melampaui batas."
 Selain dedak, mungkin ada yang terus terkhayal serta percaya dengan kata-kata itu, tetapi realitinya UMNO dan negara sedang menuju kehancuran di bawah kepimpinan Najib yang terlalu banyak masalah dan karenah peribadi sejak menjadi Perdana Menteri.
Tidak seperti beberapa Perdana Menteri terdahulu yang turut tidak terlepas daripada krisis dan masalah, tetapi beban mereka hanyalah berkaitan kepimpinan serta masalah politik dan bukannya tentang skandal peribadi yang kemudian seluruh negara dipaksa memikulnya.
Oleh itu, jika Najib mengatakan beliau seorang yang penyabar tetapi jangan melampaui batas, yang perlu beliau sedari juga ialah kesabaran rakyat pun ada had dan sempadannya.
 Berbanding Najib, jika dinilai sejak 2009 lagi, kesabaran rakyat melihat pelbagai karenah yang ditimbulkannya dalam negara ini, ternyata amat mengkagumkan dan layak diberikan "anugerah sabar peringkat dunia".
Tetapi, adakah rakyat boleh selamanya sabar, sabar dan sabar saja?
Bagi yang sudah lama "sesak dada" dan "sakit mata" melihat pelbagai permasalahan dalam negara yang ditimbulkan oleh Najib, namun masih ingin bersabar, mereka mungkin boleh menunggu tarikh PRU 14 untuk menunjukkan hilangnya sabar itu di peti-peti undi.
Berbekalkan penolakan yang sudah ada sebanyak 52 peratus, kiranya penolakan itu dapat ditingkatkan sehingga ke tahap 60 atau 65 peratus, menyimpan kesabaran selama ini tentunya amat berbaloi. Read More / Baca Lagi >> |
Nazri nasihat Muhyiddin tutup mulut atau digantung Posted: 21 Feb 2016 08:55 PM PST Beliau bersedia mengusulkan supaya Muhyiddin Yassin digantung pada mesyuarat MT akan datang jika berterusan menyerang Najib Razak.  PETALING JAYA: Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tutup mulut daripada mengkritik Perdana Menteri atau berdepan digantung jawatan dalam parti. Memetik laporan Malay Mail Online, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, beliau memberi peluang terakhir kepada Muhyiddin untuk berhenti mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak. "Ini amaran terakhir kepada Muhyiddin. Kita tidak lagi terima sikapnya. "Jika beliau tidak boleh bekerja sebagai satu pasukan dan berterusan menyerang Presiden parti, saya akan usulkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang supaya menggantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden," kata Nazri seperti dilaporkan portal itu. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, sebagai pemimpin nombor dua, tugas Muhyiddin adalah membantu Presiden menjalankan tugas dan tanggungjawab. Nazri juga menasihatkan Muhyiddin, yang digugurkan daripada Kabinet Julai lalu supaya berhenti menyifatkan dirinya sebagai 'pemimpin yang diutuskan tuhan' untuk menyelamatkan Malaysia. Katanya, sikap angkuh Muhyiddin menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak disukai dalam parti. "Jangan terlebih yakin anda kuat. delegasi UMNO yang mengundi anda dalam pemilihan lalu tidak ambil peduli pun apabila anda digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. "Saya salah seorang daripadanya (delegasi yang mengundi Muhyiddin). Kebenarannya ialah Muhyiddin tidak berfungsi sebagai Timbalan Presiden seperti yang diharapkan," kata Nazri. Sabtu lalu, Muhyiddin memberi amaran kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan MT agar tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap dirinya jika tiada bukti beliau melanggar peraturan dan Perlembagaan parti. |
Zaid soal IGP: Sudahkah kamu siasat Najib? Posted: 21 Feb 2016 08:41 PM PST  Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mahu penjelasan daripada polis sama ada mereka telah menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan pelbagai skandal. "Pertama, saya berharap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjadi anggota polis yang profesional. "Beliau sepatutnya memberitahu kita sama ada pihaknya telah menjalankan sebarang siasatan berhubung laporan polis yang dibuat ke atas PM. "Tugas pegawai polis seperti IGP bukannya untukmelindungi Najib atau sesiapa," kata Zaid dalam tulisannya di blog hari ini. Beliau merujuk laporan polis yang dibuat ke atas Najib berfubung 'derma' RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya dan skandal wang RM42 juta SRC International. Najib menafikan sebarang salah laku mahupun menggunakan wang awam itu untuk tujuan peribadinya. |
Najib, jangan ‘buat-buat lupa’ titah Majlis Raja-raja Posted: 21 Feb 2016 08:39 PM PST Kerajaan perlu menunjukkan komitmen dengan memperincikan pindaan yang dijangka akan dibuat serta tarikh pembentangan semula di Parlimen.  PETALING JAYA: PAS mengingatkan kerajaan agar tidak 'buat-buat lupa' titah Majlis Raja-raja untuk mengkaji semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN). Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah pun menyatakan komitmen untuk berbuat demikian. "Pada 18 Februari, Apandi berkata beliau akan mengkaji semula beberapa seksyen dalam RUU itu. Najib pula berkata beliau mengambil maklum desakan Majlis Raja-raja. "Diharap Perdana Menteri dan Peguam Negara tidak menggunakan taktik membisu sehingga saranan Majlis Raja-Raja dilupakan sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau mendesak Perdana Menteri dan Peguam Negara menunjukkan komitmen mereka terhadap titah tersebut dengan memperincikan pindaan yang dijangka akan dibuat serta tarikh pembentangan semula di Parlimen. Menurut laporan Bernama 17 Februari lalu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan berkata, Majlis Raja-Raja berpendapat beberapa peruntukan dalam RUU MKN perlu diperhalusi. RUU MKN yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember 2015 dirangka bertujuan mengukuhkan aspek keselamatan negara, namun dikritik kerana didakwa memberikan kuasa yang terlalu besar kepada Perdana Menteri. |
Bila tokeh udang dah terlalu 'otak udang..' Posted: 21 Feb 2016 08:39 PM PST Memang tepat lagi benar kata2 Tun M.. "UMNO dipenuhi lebih ramai ORANG BODOH.." |
Menjilat Nyawa: Sembilan nyawa ker 2.6 bilion nyawa ker... !!! Posted: 21 Feb 2016 05:05 PM PST Sampai begitu sekali tahap kejilatan kucing ampu jilat Najib.. Patutla Najib sukar nak ditumbangkan.. Rupa2nya dia nyawa dia mcm nyawa kucing.. ada 9 nyawa... |
NAJIB SUKAR DITANDINGI... Posted: 21 Feb 2016 05:03 PM PST Bekas Pm Israel terima 'derma' US$600k (RM2.5j) dihukum penjara 19 bulan.. Bekas PM Korea Selatan dpt 'derma' RM3.1j dihukum penjara 2 tahun.. Bekas Presiden Perancis dihadapkan ke mahkamah terima dana politik.. TETAPI NAJIB TERIMA DERMA RM2.6 BILION relax jer, malah AG 'tolong' bersihkan serta bebas cukai !!! |
HANYA YANG BODOH SAJA ADA DALAM UMNO !!! Posted: 21 Feb 2016 05:02 PM PST Kenapa masih ada lagi tangan2 bodoh undi mereka ini ??? |
'Siapa yang bayar semua bil Sirul di Australia?' Posted: 21 Feb 2016 04:59 PM PST Dengan sebuan pasukan yang besar menyokong bekas anggota unit tindakan khas polis, Sirul Azhar Umar, siapakah yang membayar semua bilnya?  Inilah soalan yang dibangkitkan oleh The Weekend Australian - edisi hari Ahad akhbar The Australian - dalam sebuah analisis berita tentang Sirul dan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, di mana Sirul telah disabitkan atas kesalahan tersebut. Menurut The Weekend Australian, Sirul mengekalkan khidmat seorang peguam cara, peguambela dan konsultan migrasi - sekurang-kurangnya sehingga bulan lepas. The Weekend Australian melaporkan semalam bahawa Sirul juga menggunakan khidmat seorang kerani Australia yang berpangkalan di Malaysia, yang mengendalikan kewangannya dan perbelanjaan anaknya yang juga berada di Australia. Beliau juga mempunyai peguam yang bertindak bagi pihaknya di Malaysia. Selama ini Sirul ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney. Di situ, Sirul juga mempunyai komputer sendiri, telefon dan akses ke sebuah dapur, lapor akhbar itu. Undang-undang Australia menghalang negara itu mengusir mereka yang akan menghadapi hukuman mati di negara sendiri. Sirul telah dijatuhi hukuman mati atas tuduhan membunuh Altantuya, bersama-sama dengan bekas rakan setugasnya, Azilah Hadri. "Siapakah yang menanggung bil Sirul?" tanya akhbar itu, sambil menambah ia mungkin satu soalan yang dijangka ditanya oleh pihak berkuasa Australia. Sejak beberapa minggu lalu, Sirul telah mengeluarkan beberapa video yang berkaitan dengan kes itu. Ini termasuk satu ancaman untuk mendedahkan senarai nama orang yang didakwa cuba untuk merasuah beliau bagi mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam kes pembunuhan Altantuya pada 2006. Sirul dan rakannya Azilah ketika itu merupakan pengawal peribadi kepada perdana menteri. Rakan Najib, Abdul Razak Baginda juga didakwa bersubahat dengan pembunuhan penterjemah Mongolia itu tetapi telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Najib telah berkata bahawa beliau tidak kenal langsung siapakah Altantuya. |
SMH: Orang Umno lawat Sirul di Sydney Posted: 21 Feb 2016 04:51 PM PST Pihak berkuasa imigresen berkata siri video online Sirul Azhar Umar yang disiarkan baru-baru ini dibuat olehnya sebelum ditahan dan dibawa ke Villawood, lapor akhbar. Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah kerana membunuh dan kini ditahan di pusat tahanan imigresen Australia, menerima lawatan bukan saja daripada pembangkang, tetapi individu dikaitkan dengan Umno, lapor The Sydney Morning Herald (SMH). "Di Villawood, Sirul hidup selesa dengan kawasan yang ada akses kepada dapur, telefon dan Internet serta dibenarkan menerima pelawat dengan kebenaran daripada Pasukan Sempadan," kata akhbar itu, merujuk kepada pusat tahanan imigresen di Sydney. "Peguamnya dari Malaysia ada kaitan dengan Umno. Sepanjang tahun lalu Sirul menerima lawatan pelbagai individu daripada Umno dan pembangkang." Pada Mac tahun lalu, bekas ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengatur pertemuan antara Sirul dan ibunya, walaupun beliau gagal menepati janjinya kepada media untuk "beritahu semuanya" dalam satu telesidang untuk menjelaskan peranan Sirul dalam pembunuhan Altantuya. Sirul dan bekas anggota polis Azilah Hadri disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006. Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap kedua-duanya pada Januari tahun lalu, tetapi Sirul melarikan diri ke Australia dan kemudiannya ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood selepas Interpol mengeluarkan notis merah. Laporan SMH juga memetik kenyataan pihak berkuasa imigresen yang berkata siri video online Sirul yang disiarkan baru-baru ini dibuat olehnya sebelum ditahan dan dibawa ke Villawood. Al Jazeera tahun lalu melaporkan Sirul, menerusi seorang ahli perniagaan yang ada kaitan dengan pemimpin Malaysia, cuba memeras ugut kerajaan Malaysia dengan jutaan dolar untuk merahsiakan mengenai pembunuhan Altantuya. Tetapi, polis Australia memberitahu SMH sebarang penyiasatan hanya boleh diteruskan atas persetujuan Putrajaya. |
Surat terbuka untuk anak Zahid Hamidi Posted: 21 Feb 2016 04:48 PM PST Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kerana dapat pangkat Datuk dalam usia yang begitu muda. Berdasarkan pemerhatian saya, mendapat Datuk di negara ini adalah semudah kentut jika kamu anak menteri atau tokoh korporat. Berbanding rakyat biasa seperti saya, atau jutaan lagi rakyat yang bekerja keras setiap hari, tak cukup tidur, tak cukup rehat dan tak cukup duit untuk meneruskan kehidupan sehari-hari, bukan nak jadi Datuk macam anda.  Saya ingin memberi pandangan di Instagram berkenaan gambar selfie kamu, maaf, saya kurang berminat, tapi saya ingin komen tentang status kamu di Instagram tentang kenyataan "rakyat Malaysia sekarang semakin malas" yang menimbulkan kemarahan jutaan rakyat di media sosial. OK, saya akui saya memang malas. Saya bangun tidur pagi dan malas kemas katil. Saya malas bangun sepagi boleh untuk kejar bas kerana saya tidak mempunyai kenderaan sendiri. Mungkin anda kata "siapa suruh malas kerja, kan dah tak mampu beli kereta" tapi hakikatnya saya ada kenal seorang kawan yang bekerja 18 jam sehari di restoran mamak dan dia masih tidak mampu membeli sebuah motor, apa lagi sebuah kereta. Saya tak tahulah kalau kerja 18 jam sehari dan dapat cuti cuma 2 hari setahun (hari raya saja) masih lagi tidak rajin. Baiklah, mungkin benar pandangan kamu, rakyat Malaysia ini malas. Sebab itu ayah kamu terpaksa memanggil 2 juta warga Bangladesh ke negara ini. Dua juta ini adalah mereka yang baru datang – ini belum termasuk yang sedia ada di sini. Saya tidak ada pendirian rasis di sini. Mereka datang untuk bekerja. Saya tidak ada masalah jika mereka datang ke sini untuk bekerja. Mungkin kamu berkata rakyat Malaysia malas kerana mereka tidak berminat untuk bekerja buruh, atau membancuh teh, atau menebar roti canai, atau mentar jalan raya, atau menanam pokok kelapa sawit. Mungkin mengikut pemerhatian kamu, ada 2 juta pekerja kerajaan dan kebanyakan yang kamu hanya nampak, mereka cuma online Facebook, sibuk dengan projek tepi dan berborak tentang drama Melayu acah-acah Korea yang bertajuk Cinta Teruna Kimchi malam semalam. Ya, mungkin kerana itu, kamu rasa rakyat Malaysia pemalas. Read More / Baca Lagi >> |
Mengapa perlu pecahkan kawan? Posted: 21 Feb 2016 04:45 PM PST Saya memerintah sebuah negeri yang mempunyai 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Untuk menjadi ketua, saya memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 21 Adun. Malangnya, parti saya hanya mempunyai 19 orang Adun sahaja. Saya perlu bergantung pada rakan lain untuk sekurang-kurangnya 2 Adun lagi.  Ada seorang sahabat saya dulu, ia hanya mempunyai seorang Adun. Sahabat ini saya tak kisah sangat. Kalau saya perlu bergaduh dengan dia, saya pun tak risau. Kalau saya perlu menuduh dia untuk menjaga politik saya, saya tidak akan berlembut tangan mahupun mulut, kerana dia tidak dapat menggugat saya secara langsung. Seorang sahabat saya lagi mempunyai 10 Adun. Dengan sokongannya, kedudukan saya sangat kukuh walaupun saya kini bermusuh dengan sahabat satu lagi yang hanya mempunyai seorang Adun. Namun, saya mula risau apabila ada sekumpulan Adun dipunyai sahabat saya mula berani melawan saya. Mereka berani tidak sependapat dengan saya. Mereka tidak takut menyatakan saya ada silap. Ada sekali, golongan ini tidak mengundi membantah usul yang dibawa musuh saya. Bagi saya, ini satu pengkhianatan walaupun usul itu ada benarnya. Saya bimbang 10 Adun sahabat saya ini akan bersatu menentang saya. Ini tidak boleh berlaku kerana saya masih memerlukan sekurang-kurangnya dua orang Adun daripada sahabat saya ini untuk kekal sebagai pemerintah. Pendek kata, mereka tidak boleh bersatu. Kedudukan saya boleh tergugat jika mereka bersatu kerana saya hanya mempunyai 19 Adun. Bagi menjaga kedudukan saya, saya mula melancarkan serangan bertubi-tubi pada mereka yang tidak mengundi untuk membantah usul musuh. Saya melabelkan mereka sebagai penyokong musuh. Saya mahukan rakyat jelata saya mempercayai bahawa saya betul dan mereka salah. Saya juga memastikan ada sebahagian Adun daripada sahabat saya ini turut mencemuh tindakan Adun mereka sendiri yang menyokong musuh. Matematik saya mudah. Asalkan 10 Adun saya berpecah kepada 2 kumpulan dalam nisbah sekurang-kurangnya 2:8, saya boleh mengekalkan kuasa. Asalkan mereka berterabur dan bergaduh sesama sendiri di mana sebahagian masih menyokong saya, saya akan selamat. Saya pernah pecahkan kumpulan bekas sahabat saya yang mempunyai seorang Adun. Saya mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden tapi bukan timbalannya. Ya, timbalannya tetap kalah, tapi sekurang-kurangnya kumpulan bekas sahabat ini dapat dipecahkan. Kini, saya mengambil langkah drastik membuang 2 dari 10 Adun sahabat saya ini daripada beberapa jawatan lantikan. Read More / Baca Lagi >> |
Umat Islam atau menteri keliru? Posted: 21 Feb 2016 04:44 PM PST Apabila menteri atau timbalan menggunakan hujah "mengelirukan umat Islam", persoalan sering kali timbul dalam sanubari penulis, apakah benar umat Islam begitu lemah sehingga mudah dikelirukan atau pemimpin itu sendiri yang sering keliru?  Di sebuah negara di mana majoriti penduduknya beragama Islam, pemimpinnya Islam, media arus perdana dikuasai orang Islam jika mereka masih lagi mudah dikelirukan, ertinya, umat Islam di Malaysia merupakan yang paling lemah di dunia. Ketika mengharamkan penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam satu ketika dulu, hujah "mengelirukan umat Islam" turut digunakan. Terbaru dalam isu restoran menggunakan tanda "tiada babi", Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan akan diambil kepada pengusaha kerana mengelirukan umat Islam. "Umat Islam harus sentiasa peka kepada kehendak undang-undang syariah apabila membabitkan soal makanan. "Meletakkan tanda tiada babi tidak bermakna ia adalah halal," katanya. Mengikut pengalaman hidup penulis yang tidaklah begitu panjang, umat Islam di Malaysia sebenarnya di antara paling "strict" di dunia dalam bab makanan. Jika ke luar negara, baik yang kaya mahupun miskin, mereka akan membawa banyak makanan kerana takut tidak berjumpa dengan restoran halal. Sehinggakan jika ke negara majoriti Islam seperti Indonesia sekalipun, mereka akan tetap memenuhkan bagasi dengan makanan seperti "mi maggi"! Sebab itu penulis mempersoalkan siapakah umat Islam mudah terkeliru dengan premis perniagaan menggunakan tanda "tiada babi" atau sebenarnya Asyraf sendiri yang keliru? Percubaan mengalihkan isu? Seperti yang dikatakan penulis Turki Mustafa Akyol ketika datang ke Malaysia awal tahun ini, mengapa sentiasa "orang lain mengelirukan orang Islam" tetapi tidak pernah terjadi "orang Islam mengelirukan orang lain". "Saya tertanya-tanya mengapa kita umat Islam tidak mengelirukan orang lain, tetapi sentiasa orang lain mengelirukan kita. Read More / Baca Lagi >> |
Jika semua mahu dikekang, apa lagi yang tinggal? Posted: 21 Feb 2016 04:36 PM PST  Tidak cukup dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan berkaitan kandungan jelik di internet, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan mencadangkan undang-undang baru digubal bagi membolehkan penulis blog mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau KKMM.
Katanya, langkah itu sebagai usaha mengekang penulisan tidak bertanggungjawab dan berunsur fitnah, selain bertujuan untuk memastikan mutu penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika dan tidak menyalahgunakan kemudahan internet.
Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ( Akta 588), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah pun mempunyai dua peruntukan penguatkuasaan berhubung kandungan internet iaitu Seksyen 211 (Larangan terhadap pemberian kandungan jelik) dan Seksyen 233 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll).  Melalui kedua-dua seksyen itu, sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Apakah masih tidak cukup dengan dua seksyen tersebut untuk mengawal serta mengawasi penulis blog dan pengguna laman sosial?
Dalam keadaan yang lain, sekatan terhadap blog juga sudah biasa dilakukan oleh SKMM terhadap beberapa laman yang dianggap melanggar undang-undang.
Oleh itu, dengan segala undang-undang sedia ada, apa perlunya lagi dikuatkuasakan peraturan agar mereka mendaftar dengan KKMM?
Apakah kerana UMNO dan kerajaan kerapkali tewas dalam persaingan di internet, maka undang-undang itu mahu diwujudkan?
Tidakkah ini bertujuan mengekang lagi kebebasan bersuara rakyat setelah sebelum ini Peguam Negara turut bercadang mengetatkan undang-undang Akta Rahsia Rasmi atau OSA sehingga hukuman penjara seumur hidup terhadap mereka yang terlibat membocorkan rahsia kerajaan serta media yang melaporkannya?
Apa sudah jadi dengan negara ini dan di mana lagi letaknya kebebasan rakyat dalam bersuara?
Jika semua mahu dikekang, apa lagi yang tinggal? |
Parti Amanah tidak akan tahan lama - Hassan Mahmood Posted: 21 Feb 2016 04:34 PM PST KOTA BHARU - Parti Amanah tidak akan bertahan lama memandangkan ia berjuang atas dasar 'tidak sebulu' (selisih pendapat) antara pimpinan Pas dan bukan atas tiket perjuangan. Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Datuk Hassan Mahmood berkata, penubuhan parti itu adalah hasil daripada serpihan pimpinan Pas terdahulu yang tidak berpuas hati menyebabkan wujudnya Amanah. "Banyak pengalaman menunjukkan jika sesebuah parti ditubuhkan kerana selisih pendapat dan bukan perjuangan, maka akan berlaku perpecahan dan kembali kepada parti asal atau sebaliknya. "Namun ia bukan perkara pelik dan saya yakin parti Amanah tidak akan bertahan lama kerana ia wujud bukan berdasarkan perjuangan, tetapi lahir akibat perasaan tidak puas hati terhadap Pas itu sendiri," katanya. Terdahulu, beliau merasmikan gimik pelancaran mengagihkan pelekat kenderaan sempena Program Islamic Wedding Festival (IWF) sempena Tahun Melawat Kelantan 2016 di pekarangan Hotel Perdana semalam.
Read More / Baca Lagi >> |
PAS Kelantan kata Amanah parti ‘kacau daun’ Posted: 21 Feb 2016 04:32 PM PST KOTA BHARU - Pas Kelantan mengingatkan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya tidak terlalu bercita-cita tinggi kerana jelas tidak berupaya merampas Kelantan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah hanya wujud sebagai pihak 'kacau daun' dan hanya memberi ruang kepada pihak lawan Barisan Nasional (BN) untuk menakluk negeri ini.  "Lagipun Amanah tidak akan bertahan lama sama ada di Kelantan malah di luar Kelantan dan ia hanya wujud atas rasa kecewa dari pimpinannya yang juga dari Pas. Perjuangan mereka juga rapuh dan tiada hala tuju," katanya. Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hadir majlis pelancaran jentera Pas Kelantan sempena PRU-14 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa di sini semalam. Sebelum ini Presiden Amanah, Muhammad Sabu ketika berceramah di negeri ini menyatakan keyakinan parti itu mampu mengambil alih Pas Kelantan kerana rakyat negeri ini bijak dalam membuat percaturan politik. Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, Pas Kelantan menyerahkan nasib bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang secara lantang mengkritik parti terbabit kepada jawatankuasa tatatertib bagi sebarang tindakan lanjut. "Kita tunggu sebarang tindakan daripada jawatankuasa terbabit untuk sebarang keputusan. Segalanya ditentukan pihak berkenaan dan kita hanya tunggu maklumat susulan memandangkan aduan telah dilaporkan," katanya. Ditanya mengenai masa depan Husam dalam Pas, Mohd Amar berkata, kini terserah kepada parti selain Husam sendiri sendiri dalam menentu hala tuju perjuangannya. "Kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian atau keputusan lagipun isu beliau dalam parti masih belum selesai lagi," katanya. |
Najib on trials, tribulations of 40 years in politics Posted: 21 Feb 2016 04:31 PM PST The prime minister says he ventured into politics in 1976 as it was the only way to help the poor and destitute.  PEKAN: Prime Minister Najib Razak regarded his 40-year political journey since Feb 21, 1976 as tortuous and replete with stories of grief and happiness and the spices of life. Najib said, since he was picked to be a member of parliament at the age of 22 years seven months, he was beset with a myriad of ordeals including almost losing his life when the helicopter he was in went into a spin due to a mechanical problem prompting a forced landing in Janda Baik in 1987. "During the 40 years, definitely I have been forced to go through a lot and if it was not due to Allah's protection, I would not have lived to this day. I was almost killed on several occasions but not many people know this. "On one occasion, the helicopter I was on almost crashed in the Janda Baik area, but thank god, I was safe," he said when sharing his trials and tribulations in the 40 years of being a politician. Najib said he had also experienced some unnerving moments when he almost fell when changing boats during an area visit to Pulau Tioman when Rompin was still under the Pekan parliamentary constituency. "The car I was travelling was once involved in an accident and overturned during a downpour. At that time, my wife (Rosmah Mansor) was pregnant and before we knew it, water began to seep into our car, but Alhamdulillah (All praises be to Allah), we were safe," he said. The prime minister said the ceremony last night was indeed apt to celebrate his 40-year involvement in politics because without the blessings of Allah, he wouldn't be in the position he is in today. He also regarded yesterday as a nostalgic and an extremely touching day for himself and that he personally wanted the ceremony to be held in Pekan because this was where his political career began. Najib said without the aid and support of the people of Pekan he would not have been able to persevere in politics until today. He also revealed that during the early years of his involvement in politics, he was not confident of himself as he was young and had just returned from abroad. Read More / Baca Lagi >> |
Sarawak 'fix-deposit' Umno-BN, punca tangguh kemasukan pekerja asing, kata Tamrin Posted: 21 Feb 2016 04:30 PM PST Tamrin TunGhafarTamrin Tun Ghafar mendakwa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberi amaran keras kepada kerajaan Pusat berkaitan pengambilan pekerja asing Bangladesh masuk ke negeri itu. Beliau berkata, penangguhan pengambilan pekerja warga asing oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi yang diumumkan pada Jumaat lalu, sepatutnya tidak berlaku. "Mengapa tiba-tiba pula buat pengumuman di Sarawak? Ini kerana Adnan Satem telah beri amaran keras kepada Kerajaan Pusat bahawa Sarawak tidak akan membenarkan walau seorang Bangla pun berkerja di sana. "Jadi Zahid terpaksa tunjuk dia kononnya perihatin terhadap pandangan orang Sarawak. Mengapa? Ini kerana Sarawak ialah "fix deposit" UMNO-BN. Tanpa sokongan Ahli Parlimen Sarawak kerajaan pusat akan tumbang," ujarnya dalam satu kenyataan. Dakwa Tamrin lagi kini terdapat kira 2.5 juta rakyat asing di Malaysia dan hampir separuh daripada jumlah tidak berdaftardan majoriti pula Bangladesh dan Indonesia. " Zahid hanya kata penggambilan 1.5 juta warga Bangla di tangguh bukan dibatalkan sehingga satu kajian keperluan dibuat. "Soalnya mengapa lulus dan umum sebelum kajian menyeluruh dibuat. Inilah bangang dan bodohnya kerajaan Umno-BN. "Menteri Sumber Manusia kata 1.5 juta warga Bangla itu bukan semuanya akan datang ke Malaysia. Dia ni pun cuba nak menipu juga sedangkan gambar-gambar menunjukan dialah yg mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian 1.5 juta itu di Dacca, India," ujarnya. Read More / Baca Lagi >> |
Kajian dedah kepimpinan tanpa hala tuju ulama PAS punca ahli keliru Posted: 21 Feb 2016 04:22 PM PST Ahli akar umbi PAS kini terkontang-kanting dalam pelbagai isu kerana tidak mendapat penjelasan sikap sebenar parti dalam banyak hal, menurut kajian Ilham Centre. Selepas 8 bulan kumpulan konservatif mengambil alih kepimpinan PAS, ahli akar umbi kini terkontang-kanting dalam pelbagai isu kerana tidak mendapat penjelasan sikap sebenar parti dalam banyak hal, menurut satu kajian. Kajian terbaru Ilham Centre mendapati, ahli akar umbi turut keliru disebabkan kenyataan bercanggah kepimpinan PAS terutamanya mengenai kerjasama dengan Umno. Kajian juga mendapati ramai pemimpin di peringkat kawasan di utara semenanjung tidak berpuas hati dengan kepimpinan negeri yang dilantik PAS. Pengarah Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Abu Bakar berkata, kepimpinan PAS di peringkat nasional juga tidak begitu aktif bertemu dengan ahli akar umbi dalam ceramah atau program. Selain itu, ahli PAS juga merungut tentang kepimpinan nasional yang tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun tentang strategi parti untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Hisomuddin. "Mereka mula mempertikaikan apa yang dibuat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang menang besar muktamar lalu dalam menjelaskan isu ini kepada mereka. "Pada masa sama, kenyataan media yang dibuat pemimpin bercanggah antara satu sama lain," kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider. Pemilihan PAS pada Jun tahun lalu antara yang paling memecahbelahkan dalam sejarah 55 tahun penubuhannya. Kumpulan konservatif berjaya menyapu bersih semua jawatan utama dan menyingkirkan golongan progresif. Kumpulan progresif – terdiri daripada ahli Parlimen PAS yang terkenal meninggalkan parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah). PAS pada masa sama menolak untuk menyertai gabungan baharu Pakatan Harapan tetapi mengekalkan kerjasama dengan PKR. Hala tuju PAS tidak jelas Sejak itu, terdapat persoalan mengenai hala tuju PAS. Sesetengah pemimpinnya mahu hubungan lebih rapat dengan Umno sementara yang lain mahu PAS kekal sebagai parti pembangkang independen. Hisomuddin berkata, rungutan terbesar ahli akar umbi ialah berhubung kenyataan bercanggah kepimpinan nasional. Read More / Baca Lagi >> |
TS Muhyiddin Tabik GKCM ! Posted: 21 Feb 2016 04:07 PM PST |
Mat Sabu: Malaysia Jadi Negara Pembohong, Siapa Nak Mari Melabur Dalam Keadaan Begini? Posted: 21 Feb 2016 04:06 PM PST |
KDN syor gubal undang-undang daftar penulis blog Posted: 21 Feb 2016 05:31 AM PST Ia bagi membantu KKMM menggubal undang-undang baharu bagi tujuan mengekang penulisan berunsur fitnah  JOHOR BAHARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan undang-undang digubal supaya penulis blog wajib mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai usaha mengekang bahan penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab. Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, cadangan kepada KKMM itu bertujuan memastikan mutu bahan penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika serta tidak menyalahgunakan internet. Beliau berkata, KDN hanya mengawal penerbitan akhbar melalui Akta Mesin Cetak tetapi ia tidak cukup untuk mengawal penulisan blog berunsur fitnah dan tidak beretika. "Jadi kita (KDN) hendak bantu kementerian berkaitan dalam usaha mereka menggubal undang-undang baharu bagi tujuan tersebut," katanya kepada pemberita pada majlis rumaah terbuka Terbuka Tahun Baharu Cina 2016 di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat, di sini hari ini. Beliau berkata, banyak negara termasuk Singapura turut menguatkuasakan pendaftaran itu dan tidak menolak kemungkinan model yang diguna pakai di negara jiran terbabit dijadikan panduan dalam menggubal undang-undang baharu tersebut. – BERNAMA |