Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Razali menang kes Felda, bebas hukuman penjara

Posted: 20 Feb 2016 10:21 AM PST




Diterbitkan pada 18 Feb 2016
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membebaskan tuduhan ke atas Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ketua PKR Cabang Jerantut, Razali Ithnin berhubung ceramah mereka yang didakwa menghina mahkamah.

Mahkamah mendapati, ucapan dalam ceramah berhubung kes saman peneroka terhadap Felda di Markas Pas, Jengka 18, 27 Ogos 2014 bersifat umum dan tiada elemen yang boleh dikaitkan sebagai menghina mahkamah.

Berikutan keputusan itu, kedua-dua mereka dilepaskan daripada hukuman penjara.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG MENGAMOK

Posted: 20 Feb 2016 08:15 AM PST


Dua daripada lima wakil rakyat PKR yang tidak mengundi dalam usul tambakan laut pada sidang Dun Pulau Pinang tahun lalu ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) negeri itu.
Memetik laporan sebuah portal, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pihaknya sudah tidak mempunyai keyakinan dua Adun tersebut dapat berfungsi secara profesional dan berkesan.
"Apabila anda hilang keyakinan terhadap seseorang yang bersetuju dengan anda dan kemudian memungkiri janji mereka, bagaimana mereka boleh berfungsi dengan berkesan dan secara profesional, terutamanya apabila saya jadi pengerusi," katanya.
Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen, telah ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Sementara Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.
Namun menurut Guan Eng, tiga lagi Adun PKR, Lee Khai Loon (Machang Bubok), T Jayabalan (Batu Uban) dan Norlela Ariffin (Penanti) yang juga berkecuali daripada mengundi menentang usul Umno itu tidak terjejas.
Chin Wen mengesahkan menerima surat penamatan khidmatnya itu tetapi enggan mengulas lanjut sementara Kah Peng masih belum mengulas mengenai perkara itu.
Guan Eng menjelaskan bahawa kedua-duanya menimbulkan kemarahan rakan-rakan mereka dalam kerajaan negeri apabila mereka sebelum ini telah bersetuju untuk tidak menyokong usul Umno, yang dibentangkan oleh Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad November tahun lepas.
"Mereka kemudiannya menikam kami dari belakang apabila mereka berkecuali daripada mengundi menentang usul itu.
"Sekarang, kita tidak yakin mereka akan dapat berfungsi secara profesional dan berkesan dan jika saya, sebagai seorang pengerusi, tidak mempunyai keyakinan terhadap anda, maka anda perlu tahulah apa yang patut dibuat," katanya.
Sebelum ini, Chin Wen yang juga Whip PKR di Dewan Undangan Negeri berkata mereka mengundi berdasarkan suara hati, manakala Kah Peng ketika berucap di konvensyen PKR di Selangor berkata wakil PKR akan terus mempertahankan kepentingan awam.
Memetik laporan sama, Guan Eng berkata kedua-duanya telah dimaklumkan mengenai keputusan itu pada bulan Januari dan ia juga telah dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang 

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Wawasan 2020 gagal kerana Tun Mahathir sendiri' - Musa Hitam

Posted: 20 Feb 2016 08:56 PM PST

'Wawasan 2020 gagal kerana Tun Mahathir sendiri' - Musa HitamKUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam meramalkan Wawasan 2020 akan gagal dan menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Musa, Dr Mahathir lupa bahawa jika Wawasan 2020 mahu dijayakan beliau perlu melatih pemimpin di semua peringkat terutamanya pemimpin politik.

"Adalah ironik Wawasan 2020 pasti gagal kerana Dr Mahathir sendiri. Sebijak mana pun beliau, Dr Mahathir lupa bahawa untuk berjaya beliau perlu melatih pemimpin dari semua peringkat terutamanya di kalangan pemimpin politik.

Namun, Musa berpendapat rekod kepimpinan Dr Mahathir mempamerkan bekas Perdana Menteri Malaysia tersebut telah menyingkirkan ramai pemimpin berpotensi ketika beliau memegang tampuk pemerintahan negara.

"Dr Mahathir telah menyingkir kelompok pemimpin berpotensi seorang demi seorang dan berkumpulan ... dan hanya mengekalkan pengikut yang setia.

"Pengikut ini dilatih untuk berdedikasi dan setia kepada sesiapa yang duduk di bahagian paling atas. Prinsip itu mudah sahaja ... mereka hanya perlu setia jika mahu terus 'hidup'," kata Musa yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 1986.

Musa berkata demikian dalam ucapannya di majlis memperingati ulang tahun ke-113 Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, yang dianjurkan oleh Institut Hal Ehwal Demokrasi Dan Ekonomi (IDEAS) pada Sabtu.

Musa turut menzahirkan kekecewaannya dengan situasi politik dalam negara masa ini.

Musa berkata matlamat Malaysia ke arah Wawasan 2020 yang hanya tinggal empat tahun lagi berada di ambang kegagalan.

Wawasan 2020 diumumkan oleh Dr Mahathir ketika membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991 yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Read More / Baca Lagi >>

Najib ucap tahniah kepada KWSP umum dividen tinggi...

Posted: 20 Feb 2016 08:53 PM PST

Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen tinggi bagi 2015 iaitu 6.40%, walaupun berdepan cabaran ekonomi.
Perdana menteri berkata beliau mahu KWSP meneruskan usaha untuk memberikan pulangan terbaik kepada semua pencarumnya.
"Tahniah KWSP berjaya umum dividen tinggi 6.4% bagi 2015 walaupun berdepan cabaran ekonomi. Teruskan usaha beri pulangan baik kepada pencarum," katanya menerusi Twitter terbaharunya hari ini.

Semalam, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.4% bagi 2015 dengan pembayaran keseluruhan berjumlah RM38.24 bilion. Sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar setiap 1% kadar dividen bagi tahun berkenaan, iaitu peningkatan 10.13% berbanding RM5.43 bilion pada 2014.

Mat Sabu: Kita Majoriti, Kenapa Kita Punya Jiwa Yang Kecil Jadi Penakut Begitu?

Posted: 20 Feb 2016 05:38 PM PST

Tak kan kecewa kot...

Posted: 20 Feb 2016 05:36 PM PST

Kenapa dgn tiba2 adik Zahid tau mau terlibat lagi dengan sebarang perniagaan yang melibatkan kemasukan pekerja asing ke negara ??

Presiden GKCM lagi sekali cabar Ku Nan berdebat

Posted: 20 Feb 2016 05:33 PM PST

Kamarulzaman Habbibur Rahman mendakwa sudah beberapa kali mencabar Ku Nan berdebat tetapi tiada respon.
gkcm
PORT DICKSON : Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarulzaman Habbibur Rahman, hari ini sekali lagi mencabar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berdebat.
Beliau membuat cabaran itu kerana Tengku Adnan atau Ku Nan masih belum memecatnya sebagai ahli UMNO, walaupun pernah diugut untuk dipecat.
"Sebenarnya saya dah beberapa kali mencabar Tengku Adnan untuk berdebat dengan saya secara terbuka berkenaan dengan UMNO.
"Dan Tengku Adnan, kalau kamu membaca berita ini, sekali lagi saya cabar kamu berdebat dengan saya," katanya pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2015 Yang Mengikuti Tuisyen Percuma di Balai Raya Taman Duyong Intan.
Dalam perkembangan lain, Kamarulzaman mendedahkan ada pihak-pihak tertentu cuba menggagalkan program itu dengan mengarahkan beliau membatalkan program berkenaan pada saat-saat akhir.
"Saya tanya kepada orang yang ingin batalkan program ini. Adakah anda sedar bahawa Tan Sri Muhyiddin yang bagi sumbangan," tegasnya.

1.5 Juta Bangladesh: Rakyat keliru tindakan kerajaan

Posted: 20 Feb 2016 05:33 PM PST

Perubahan maklumat dan tindakan yang sering berubah-ubah oleh kerajaan dalam isu pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh hanya akan mengelirukan rakyat.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, penarikan balik keputusan setelah pengumuman dibuat memperlihatkan seolah-olah kerajaan tidak ada sistem.
"Masalah kerajaan hari ini ialah penyaluran maklumat sering berbeza-beza dan tindakan yang juga berubah-ubah. Rakyat akan melihat seolah-olah kerajaan yang ada ini lemah.
"Keputusan serta ulasan yang berbeza antara seorang menteri dengan menteri lain hanya akan menjadikan rakyat keliru. Ini boleh membawa kepada masalah dari segi dasar dan pelaksanaan," katanya.
Menurut Md Shukri, sudah tiba masanya kerajaan membentuk sekretariat jurucakap dasar dan pengumuman penting kerajaan.
"Jika banyak menteri dan tokoh bercakap, lagi banyak kesilapan fakta boleh berlaku.
"Kabinet pula perlu konsisten dalam pengumuman dasar dan tindakan. Jangan biarkan isu seperti ini berterusan kerana pembangkang mudah memanipulasi isu sebegini bagi mencemarkan imej  menteri dan kerajaan," jelasnya.
Katanya, kerajaan Persekutuan bukan seperti program Akademi Fantasia yang berkisar soal undi dan siapa yang popular.
"Perdana menteri dan timbalannya tidak boleh dilihat seolah-olah bersaing antara satu sama lain dalam hal siapa popular.
"Mereka berdua harus saling membantu. Jika ada tindakan dilaksanakan seolah-olah hendak menjatuhkan seseorang pemimpin, maka ia akan merosakkan BN itu secara keseluruhan," katanya.

Dasar pekerja asing Malaysia acuh tak acuh

Posted: 20 Feb 2016 05:30 PM PST

Kemelut baru-baru ini mengenai cara Putrajaya mengendalikan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang kononnya akan dibawa masuk ke Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan.
Ia sekali gus menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana keberkesanan dan tersusunnya polisi prosedur pengambilan pekerja asing negara ini.
Kesatuan dan kumpulan perdagangan berkata kegagalan yang berlaku sekali lagi menunjukkan betapa Putrajaya tiada polisi jangka panjang yang jelas dan konsisten dalam kes pekerja asing.

Keadaan ini terjadi walaupun pentadbiran Najib berulang kali berikrar mahu mengekang syarikat Malaysia daripada ketagihannya mengambil pekerja asing yang murah. Apabila beberapa menteri memberi pendapat berbeza-beza mengenai rancangan itu, ia menimbulkan kesangsian wujud "state capture" – keadaan di mana wujud rasuah politik yang sistemik di mana kepentingan peribadi dengan ketara mempengaruhi proses membuat keputusan sesebuah negara bagi meraih faedah untuk diri mereka sendiri melalui saluran tidak ketara, yang mungkin tidak menyalahi undang-undang.
Kelihatan seperti, kepentingan swasta yang rapat dengan Putrajaya sedang mempengaruhi dasar kerajaan bagi memperoleh berbilion ringgit dalam industri bekalan tenaga kerja yang lumayan.
Kenyataan bercanggah
Setelah kini orang ramai dimaklumkan tidak semua 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia, persoalan utama yang timbul adalah mengapa Putrajaya tidak menghebahkannya lebih awal, apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi buat pertama kali mengumumkan rancangan itu pada Jun tahun lepas.
Sehingga minggu lepas, Putrajaya menerima kritikan terhadap rancangan itu dari pelbagai kumpulan, termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) – 2 kumpulan yang selama ini sering tidak sependapat berkaitan dengan isu buruh.
Mereka mendakwa Malaysia mempunyai kira-kira 2 juta pendatang asing tanpa izin (Pati) dan lebih 143,000 pelarian yang boleh diserap ke dalam sistem bagi mengisi kekosongan pekerjaan dalam pelbagai industri seperti perladangan, pembuatan dan perkhidmatan.
Terdapat juga dakwaan individu yang rapat dengan Umno cuba mendapat keuntungan daripada pengambilan ini melalui pemilikan sistem dalam talian bagi memproses pengambilan pekerja ini.
Setiausaha Agung MTUC N Gopal Kishnam juga menegaskan rancangan itu bertentangan dengan Rancangan Malaysia Ke-11 ini yang mahu mengehadkan jumlah warga asing dalam sektor buruh kepada 15% pada 2020.
Pelan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh itu sebaliknya boleh meningkatkan jumlah pekerja asing sehingga 20%.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Presiden MEF Datuk Shamsuddin Bardan menganggarkan pekerja asing menghantar RM30 bilion keluar dari negara ini pada 2014.
Namun, Putrajaya tidak mempedulikan kritikan itu selama lebih 6 bulan dan terus mempertahankan rancangan itu, sehingga Jumaat lalu apabila Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot memberikan penerangan yang paling jelas – 1.5 juta itu, katanya, bukan semua akan dihantar ke Malaysia.
Jumlah itu, katanya, merupakan bilangan warga Bangladesh yang mendaftar dengan kerajaan mereka untuk dibekalkan kepada 139 negara.
Read More / Baca Lagi >>

Satu lagi video parodi CNY dari DAP - kali ini mengenai RM2.6b

Posted: 20 Feb 2016 04:48 PM PST


 Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan Teo Nie Ching dalam video Tahun Baharu Cina mereka menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memaparkan seorang lelaki Arab sedang memegang cek berjumlah RM2.6 bilion. – Gambar dari YouTube, 20 Februari, 2016.
DAP telah menerbitkan satu lagi video muzik lucu Tahun Baru Cina (CNY), kali ini parodi mengenai RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang kemudiannya beliau dakwa sumbangan dari Timur Tengah.
Dalam video muzik itu, menjelang kempen pilihan raya Sarawak, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dilihat menyanyi lagu klasik CNY Cai Shen Dao (Dewa kekayaan ada di sini).
Mereka membuat rujukan kepada apa yang didakwa derma RM2.6 bilion dari penderma Arab, dengan seorang lelaki berpakaian seperti seorang Arab bersama wang yang banyak dalam video itu, serta Teo membawa beg tangan mewah dan cincin berlian.
Mereka juga membuat jenaka mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada April tahun lepas, dengan Teo membawa tanda GST dan meleret wang dari Pua dan dewa kekayaan.
Pada akhir video itu, kedua-dua pemimpin DAP itu mendedahkan pengharapan mereka untuk tahun baru.
"Mari kita bawa perubahan kerajaan dan ucap selamat tinggal kepada penyalahgunaan dan rasuah," kata Pua.
Teo pula mengingatkan bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan tiba tidak lama lagi pada bulan April dan menyeru orang ramai untuk menderma kepada DAP untuk kempen pilihan raya di sana.
"DAP tidak seperti Najib - kita tidak mempunyai rakan di Timur Tengah.
"Tetapi itu ok, kerana kita mempunyai sokongan anda," katanya.

EPF umum dividen 6.40 peratus bagi 2015 susut 0.35% dari 2014

Posted: 20 Feb 2016 04:40 PM PST

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.40 peratus bagi 2015 dengan pembayaran keseluruhan berjumlah RM38.24 bilion.
Sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi tahun berkenaan, iaitu peningkatan 10.13 peratus berbanding RM5.43 bilion pada 2014, katanya dalam satu kenyataan.
Peningkatan itu seiring dengan pertumbuhan aset pelaburan KWSP kepada RM684.53 bilion setakat 31 Disember 2015 manakala pendapatan kasar tumbuh 13.18 peratus kepada RM44.23 bilion berbanding RM39.08 bilion pada 2014.
"Pendapatan pelaburan kasar yang dicapai adalah menerusi strategi kepelbagaian merentasi kelas aset di beberapa negara dan pasaran.
"Walaupun kolerasi dalam kalangan pasaran-pasaran global adalah tinggi, strategi kepelbagaian ini membuka peluang kepada kami untuk menjana keuntungan dan mengenal pasti pelaburan berpotensi pada pentaksiran menarik," kata Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman.
Beliau berkata langkah kepelbagaian dalam pasaran modal dan mata wang membolehkan KWSP mengaut pulangan signifikan daripada sumber bukan ringgit yang merangkumi 48 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP sepanjang tahun berkenaan.
"Sebagai dana simpanan persaraan, pelaburan kami sentiasa bertumpu kepadausaha untuk mendapatkan pulangan pendapatan jangka panjang yang mampan berbanding pulangan jangka pendek, dan kami berbesar hati mengumumkan kadar dividen 6.40 peratus yang menunjukkan prestasi membanggakan sekalipun berdepan cabaran," katanya.
Lebih penting lagi katanya, KWSP berupaya mencapai dua sasaran pelaburan strategik iaitu sekurang-kurangnya 2.5 peratus dividen nominal setiap tahun seperti yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991, dan sekurang-kurangnya dua peratus dividen sebenar untuk purata tiga tahun berturut-turut.
Bagi 2015, Samsudin berkata dividen sebenar untuk purata tiga tahun berturut-turut ialah 4.05 peratus iaitu 205 mata asas lebih tinggi daripada sasaran.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin soal sebab 1MDB takut saman WSJ

Posted: 20 Feb 2016 04:37 PM PST

1MDB sepatutnya mengambil tindakan dengan menyaman Wall Street Journal dan Pengarang Kewangannya Ken Brown berhubung tuduhan terbaru mereka.
muhyidin-1mdb
PORT DICKSON : Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoal sebab di sebalik ketakutan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap syarikat terbabit.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, syarikat tersebut sepatutnya mengambil tindakan dengan menyaman WSJ dan Pengarang Kewangannya, Ken Brown.
"Apahal takut? Ambil tindakan dan saman. Bukan sebab suka-suka nak dia ambil tindakan, kita nak tahu apakah cerita ini betul.
"Selagi tiada tindakan, yang akan bermasalah ialah parti dan kerajaan kerana orang hilang kepercayaan..betul tak?," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2015 Yang Mengikuti Tuisyen Percuma di Balai Raya Taman Duyong Intan di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri mengimbas bahawa sebelum ini juga 1MDB pernah menyatakan mahu menyaman WSJ tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian.
"Dulu dah kata nak saman, tak saman. Bila keluar berita tak betul tak saman. Orang sana dok menunggu. Dia kata bila kamu nak saman saya?," katanya.
Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia baru-baru ini berkata, wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB.
"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB."

What I would do with RM2.6 billion

Posted: 20 Feb 2016 04:34 PM PST

Instead of returning such a huge donation, the beneficiary could have used the money to help the needy.
money_ringgit_2-6bil_600
by Mariam Mokhtar
The interest rates that banks offer are pitiful. So I keep most of the money I have under my mattress. I earned whatever I have with sweat and lots of tears. No one has donated any money to me; so I can only imagine what it would be like to have RM2.6 billion.
How many suitcases would RM2.6 billion fill? If it were to come in the old RM1,000 notes, RM2.6 billion would fill several truckloads of suitcases. If piled up, they would reach the roof of the Petronas Twin Towers.
I once had to carry RM10,000 for an elderly relative who did not believe in banks. She wanted to buy something expensive and I must have shed a few kilograms walking from her car to the shop. I looked at everyone who passed me with suspicion, afraid that he would clobber me over the head and steal the money.
I was dripping with sweat, and it was not from the hot KL sun. I was consumed with fear and anxiety.
When an old lady stopped me to ask for directions, I jumped in fright. I assumed the worst. I suspected that she was a decoy for a snatch thief. The old makcik must have thought I was ill. She asked, "Are you all right? You look so pale. Why are you sweating and trembling?"
I know that if I were given RM2.6 billion, I would not return it, especially if the donor did not ask for it back.
My bank account does not look healthy these days. I am not alone, and most Malaysians are in the same boat. If someone had deposited even RM42 in my account, I would have noticed it. So, anyone who says that he does not notice a RM42 million deposit must be obscenely rich and must be careless with money.
If I had RM2.6 billion, I would not even buy a new car. Anyone who has been with me will know that I do not like speeding and that I am very happy with my old jalopy. It gets me from A to B.
If I had an imported car, just think of the cost of insurance and spare parts. But then, with RM2.6 billion in the bank, if the car were to develop a fault, I might as well ditch it and buy a new one, right? It is alleged that most people who win lotteries in the west do this sort of thing. They buy designer clothes, shoes and watches, and throw them out when they get dirty or scratched.
Read More / Baca Lagi >>

Kelab sahabat Najib berterima kasih pada Rosmah jadikan Najib 'hebat'

Posted: 20 Feb 2016 04:32 PM PST

Sudah 40 tahun sejak Perdana Menteri Najib Abdul Razak mula melibatkan diri dalam politik dan pencapaian beliau mendapat pujian yang tinggi melangit dari para penyokongnya malam ini.
Pengerusi Kelab Sahabat Najib Razak (N87), Datuk Suleiman Mohamad pertamanya mengucapkan terima kasih kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor kerana telah menjaga Najib dengan baik dan menjadikan seorang yang hebat.
Mengenai Najib pula, Suleiman menganggap perdana menteri sebagai seorang "ahli politik yang jarang ditemui" dan layak menjadi "seorang negarawan yang besar".
Suleiman menegaskan demikian ketika berucap di majlis kesyukuran untuk 40 tahun penglibatan Najib dalam politik, anjuran kelab itu di PWTC malam ini.
Menurutnya, selagi hayat dikandung badan, perjuangan untuk mempertahan Umno dan Najib akan terus diperkasakan.
"Sebarang usaha untuk menjatuhkan pemimpin nombor satu Umno, adalah usaha untuk menghancurkan Umno.
"Adalah tugas dan tanggungjawab setiap ahli Umno bersatu memerangi anasir-anasir ini, baik dari dalam atau luar.
"Kepada Datuk Seri Najib, kami kumpulan sahabat setia N87, menggesa, teruskan perjuanganmu. Kami bersamamu dulu, kini dan selamanya," tegas Suleiman yang disambut tepukan 1,000 hadirin malam ini.

Muhyiddin beri amaran kepada Ku Nan

Posted: 20 Feb 2016 04:30 PM PST

Jangan sesekali berani mengambil tindakan terhadapnya jika tidak mempunyai bukti kukuh beliau telah melanggar peraturan parti.
muhyidin-kunan
PORT DICKSON : Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Majlis Tertinggi (MT) agar jangan sesekali berani mengambil tindakan terhadapnya jika tidak mempunyai bukti.
Katanya, beliau tidak takut dikenakan tindakan tindakan kerana menyuarakan kebenaran tetapi mestilah dibuktikan beliau telah melakukan kesalahan dan melanggar Perlembagaan parti.
"Saya nak cakap terus terang dia (Setiausaha Agung ) dah ugut saya macam-macam dengan bukti-bukti mahu singkirkan saya, untuk buang saya. Saya tak takut.
"Saya nak ingatkan Setiausaha Agung dan semua yang berada di atas, jangan berani-berani mahu ambil tindakan ke atas saya melainkan cukup bukti menyatakan apa saja yang saya lakukan salah dari segi pandangan dan Perlembagaan," kata Timbalan Presiden UMNO itu.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2015 Yang Mengikuti Tuisyen Percuma di Balai Raya Taman Duyong Intan di sini hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau dan Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarulazman Habibur Rahman bersuara kerana ingin mencari kebenaran.
"Saya bersetuju dengan Kamarulazman yang mana kita perlu mencari kebenaran dan kita tidak takut berdepan dengan apa saja ancaman baik kedudukan dan jawatan.
"Kita nak cari kebenaran dan dari kebenaran itu rakyat akan kembali yakin dan percaya kepada kita serta parti kita akan mendapat manfaatnya untuk terus bertahan dalam pilihan raya akan datang.
"Tetapi jika keadaannya terus begini, (sokongan terhadap UMNO) merosot dan terus merosot untuk tempoh yang akan datang apa lagi harapan untuk kita?," soalnya.

Najib: Saya penyabar tapi jangan melampaui batas

Posted: 20 Feb 2016 04:26 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mungkin dipuji oleh ramai orang kerana kesabaran beliau, satu sifat yang beliau sendiri akui dimilikinya.
Tetapi di bawah semua kesabaran dan sifat toleransi yang dikatakan itu, Najib mengakui bahawa beliau juga ada hadnya dan akan bertindak kalau ia melampaui batas.
Bercakap di majlis memperingati 40 tahun penglibatan beliau dalam politik, Najib menjelaskan bahawa keupayaannya untuk meneruskan kerjanya dalam politik mungkin disebabkan oleh sifat kesabarannya.
"Tetapi saya nak bagitau, saya penyabar tetapi ada had juga.
"Jangan fikir boleh buat sesuka hati. Jangan fikir saya tak akan bertindak kalau melampaui batas," katanya di majlis itu anjuran Kelab Sahabat Najib Razak (N87).
Najib menegaskan bahawa apabila beliau bertindak, "ia mestilah berdasarkan kepada fakta, parti dan kerajaan".
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, tetapi beliau dengan jelas merujuk kepada pengkritiknya dalam Umno.
Selepas kritikan semakin meningkat terhadap pengendalian Najib dalam krisis 1MDB, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal telah dipecat daripada jawatan masing-masing pada tahun lepas.
Manakala bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga disingkirkan daripada jawatannya sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri kerana kritikan yang sama terhadap Najib.
Manakala Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), pula sedang menunggu tindakan disiplin daripada parti kerana mendesak pengunduran Najib.
Sementara itu, Najib berkata kalau hendak menegur, ada tempat dan caranya untuk berbuat demikian.
"Jangan tegur merosakkan parti. Dah lah cukup dengan musuh di luar.
"Jangan pula ada musuh dalam selimut, musuh dalam seluar lagi teruk," katanya.
Najib juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah cuba untuk "menjatuhkan" sesiapa semasa pemilihan parti.
"Bila ada kekosongan baru tawarkan diri untuk bertanding."
Najib juga berkata bahawa beliau tidak pernah membeli undi untuk mendapatkan sokongan ahli parti.
"Kalau tak percaya, tanyalah (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau adalah setiausaha politik saya pada tahun 1986," kata Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Najib kata Pemuda pimpinannya selamatkan Umno pada 1987

Posted: 20 Feb 2016 04:25 PM PST


Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengingatkan pengkritik nombor satunya, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimana sayap Pemuda Umno yang dipimpinnya, telah 'menyelamatkan' Umno selepas pendaftarannya dibatalkan pada 1987.
Sambil menegaskan bahawa "80 peratus" parti menolak kepimpinan Mahathir, yang menyelamatkan Umno adalah sayap Pemuda yang dipimpinnya, dakwa perdana menteri.
"Pemuda Umno adakan majlis, di mana saya telah menyerahkan ribuah ahli baru kepada Mahathir.
"Mula lah sejarah Umno baru dapat kita bangunkan
"Kalau tak, Umno Baru akan tergugur, orang putih kata 'stillborn'. Tetapi kerana jasa Pemuda, Umno selamat," kata Najib dalam ucapannya di majlis yang diadakan malam ini untuk memperingati 40 tahun penglibatan beliau dalam politik anjuran Kelab Sahabat Najib Razak (N87) di PWTC.
Umno Baru telah ditubuhkan pada tahun 1988 selepas Umno diisytiharkan haram ekoran satu keputusan mahkamah. Dalam pemilihan parti pada 1987, Umno telah berpecah kepada dua pasukan dan Mahathir menang tipis jawatan presiden parti.
Kemenangan Mahathir. bagaimanapun, membuat pencabarnya Tengku Razaleigh Hamzah tidak puas hati dan menubuhkan parti serpihan Semangat 46. Peristiwa ekoran perpecahan itu kemudiannya membawa kepada pembatalan pendaftaran.
Sementara itu, ketika menyingkap 40 tahun pengalaman politiknya, Najib mengakui banyak kisah pahit, manis, getir dan suka duka yang telah dilaluinya.
Namun, katanya, tidak ada satu profesyen lain yang boleh menyaingi profesyen sebagai seorang ahli politik sekiranya hasrat seseorang itu adalah untuk membantu rakyat dan untuk mengubah masa depan negara.
"Sebab itulah saya anggap profesyen sebagai seorang ahli politik satu profesyen yang banyak keistimewaan," katanya.
Doktor mungkin boleh menyembuhkan orang sakit dan jurutera membina jambatan, kata Najib, tetapi ahli politik mempunyai kemampuan untuk mengubah masa depan bangsa, agama, dan negara.
Najib mengakui bahawa dia berada di persimpangan sama ada mahu menyertai politik selepas kematian bapanya pada tahun 1976.
Read More / Baca Lagi >>

KAHKAHKAH BUAT SALLEH SAID KERUAK

Posted: 20 Feb 2016 04:21 PM PST

Dalam usaha membela dan mempertahankan Najib Razak berhubung kenyataan terbaru Pengarang Kewangan The Wall Street Journal, Ken Brown bahawa wang RM2,600 juta itu bukan datang daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya berpunca daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB, Salleh Said Keruak menyifatkannya sebagai suatu tuduhan melulu.

Katanya, Peguam Negara, Apandi Ali sudah menyatakan dana itu sumbangan peribadi keluarga Diraja Arab Saudi dan Najib tidak melakukan kesalahan jenayah berhubung wang tersebut.

"Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang menyerahkan dirinya "bulat-bulat" untuk disiasat SPRM dengan memberi keterangan dan kerjasama sepenuhnya.

"Peguam Negara dengan jelas menyatakan Najib tidak melakukan sebarang kesalahan. Maka, beliau bebas daripada sebarang tuduhan," katanya Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Kahkahkah...suatu jawapan pembodekan tahap klasik apabila Salleh mengatakan Najib merupakan Perdana Menteri yang pertama menyerahkan dirinya "bulat-bulat" untuk disiasat SPRM serta sudah dibebaskan daripada sebarang pertuduhan jenayah oleh Peguam Negara.

Tiadakah hujah lain yang di luar "kepompong Kota Belud" untuk menyanggah kenyataan Ken Brown itu?
Read More / Baca Lagi >>

"DENGAR BOLEH, PERCAYA NANTI DULU"

Posted: 20 Feb 2016 04:20 PM PST

Daripada beberapa komen dalam blog ini,  berbual dengan rakan-rakan dan luahan yang didapati di media sosial, ternyata banyak sekali keraguan berhubung pembekuan pengambilan pekerja asing sebagaimana yang diumumkan oleh Ahmad Zahid Hamidi,  semalam.
Kesimpulan yang boleh diambil daripada semua suara-suara itu ialah, "dengar bolehlah, nak percaya nanti dulu."

Ramai yang tanpa ragu-ragu menyatakan penangguhan itu sebenarnya tiada kaitan sama sekali dengan sebarang kajian mengenai keperluan pekerja asing, sebaliknya hanya untuk "menanti kabus berlalu pergi" sahaja.

Paling-paling dua tiga bulan selepas ini, kata mereka, akan keluarlah semula kenyataan kononnya banyak industri kekurangan pekerja dan belia kita masih tidak minat merebutnya. Walhal, tiada usaha pun yang dibuat untuk menggalak dan merangsang golongan belia dan anak muda tempatan mengambil alih ruang pekerjaan itu.

Jika ada yang rajin, simpanlah keratan kenyataan atau rakaman video Zahid sejak beberapa hari yang lalu dan cuba bandingkan dengan apa yang bakal dikatanya dua atau tiga bulan akan datang nanti.

Secara umumnya,  beberapa aspek yang menimbulkan keraguan rakyat berhubung pengumuman Zahid itu, antaranya:-

- Pengumuman penangguhan itu diumumkan oleh Zahid di Sarawak di ketika beliau dalam rangka lawatan bertemu rakyat yang ada kaitan dengan tarikh pilihanraya negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi. 
Read More / Baca Lagi >>

Polis bakal panggil anak Muhyiddin gara-gara ubah logo polis

Posted: 20 Feb 2016 04:10 PM PST

Polis bakal panggil anak Muhyiddin gara-gara ubah logo polis
KUALA LUMPUR: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipanggil oleh pihak polis untuk memberi penjelasan berkenaan gambar memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah disunting dengan imej karung wang yang dimuat naik ke akaun Instagramnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Facebook dan Twitternya menyatakan "PDRM akan panggil Farhan Yassin untuk dia jelaskan apa yang dimaksudkan dengan tanda karung wang di Crest PDRM yang beliau siarkan di Instagramnya."

Imej tersebut bagaimanapun telah dipadam dari akaun Instagram Farhan.

MAJLIS 40 TAHUN NAJIB HAMBAR, TAWAR DAN BANYAK MEJA KOSONG....PRESIDEN UMNO MAKIN DISISIH...!!!

Posted: 20 Feb 2016 04:08 PM PST

Malam ini berlangsung majlis meraikan penglibatan Najib Razak selama 40 tahun dalam dunia politik di PWTC, Kuala Lumpur.

Sayangnya, melalui gambar-gambar yang dibekalkan  oleh "Spy Leman" kepada saya, didapati majlis yang sepatutnya begitu bermakna bagi Najib, telah berlangsung dengan begitu hambar, tawar dan kira-kira 60 peratus daripada kira-kira 2,000 jemputan tidak menghadirkan diri.

Malah, salah satu gambar memperlihatkan Najib sedang berucap yang di depannya menunjukkan lebih banyak meja kosong daripada yang dipenuhi hadirin.

Apa sudah jadi?

Saksikanlah gambar-gambar yang disiarkan ini sebagai satu lagi inspirasi perubahan.

Najib halang saya menjalankan tugas – Muhyiddin

Posted: 20 Feb 2016 04:05 PM PST

Muhyiddin kesal Najib mempersoalnya tentang tugas seorang Timbalan Presiden walaupun beliau mempunyai pengalaman selama enam tahun tanpa sebarang masalah.
najib-muhyidin
PORT DICKSON: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menghalangnya daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden parti terbabit.
Muhyiddin berkata menurut Najib, tanggungjawab seorang Timbalan Presiden ialah hanya memberikan pandangan dan nasihat bukan menunjuk ajarnya .
"Jadi, apakah sebagai orang nombor dua parti, saya memberi nasihat itu tak betul?," soalnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2015 Yang Mengikuti Tuisyen Percuma di Balai Raya Taman Duyong Intan di sini hari ini.
"Presiden parti tanya masa perhimpunan (Perhimpunan Agung UMNO) tahu tak tugas-tugas Timbalan Presiden? Eh, saya Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan tak payahlah tanya saya, memang pun saya tahu.
"Dua sahaja, yang pertama membantu presiden, yang kedua mempengerusikan mesyuarat sewaktu ketiadaan Presiden. Yang pertama itu walaupun pendek, membantu Presiden tetapi ditafsirkan pelbagai-bagai.
"Menjalankan urusan-urusan parti mengepalai jentera pilihan raya, pergi lihat daftar pemilih, pergi menangani masalah-masalah bahagian yang ada. Itu tanggungjawab saya yang saya telah jalankan sejak saya jadi Timbalan Presiden UMNO sejak enam tahun, tiada masalah," tegasnya.

Bila lagi mahu saman WSJ, tanya Muhyiddin

Posted: 20 Feb 2016 04:03 PM PST

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap kerajaan untuk tidak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) selepas mengumumkan akan berbuat demikian menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 20 Februari, 2016.	 
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap kerajaan untuk tidak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) selepas mengumumkan akan berbuat demikian menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan undang-undang harus segera diambil terhadap The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya kenyataan terbaru pengarang akhbar itu, yang menafikan sumber wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri datangnya daripada keluarga diraja Arab Saudi, adalah tidak benar.
Timbalan presiden Umno itu berkata, ketiadaan sebarang tindakan berhubung perkara itu menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai sama ada penafian itu benar atau tidak.
Ini kerana katanya, peguam negara sebelum ini mengumumkan yang wang dalam akaun Datuk Seri Najib Razak datang dari Saudi dan tidak melibatkan unsur rasuah.

"Baru-baru ini, seorang daripada editor utama WSJ menyatakan dia ada banyak bukti menunjukkan RM2.6 bilion itu datang daripada pelbagai sumber, dan ada kaitannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Soalannya sekarang, siapa yang betul dan siapa yang salah? Kita hendak cari kebenaran. Tolong jawab.
"Dulu sudah kata hendak saman, tak saman. Apabila keluar berita tak betul, tak saman. Orang sana (WSJ) menunggu. Dia kata, bila awak mahu saman saya?
"Sekarang ini, kalau tak betul apa yang disebut Ken Brown, saman dia dan saman WSJ. Kenapa takut?" kata Muhyiddin merujuk kepada pengarang kewangan WSJ.
Muhyiddin tidak menyebut sebarang nama dalam ucapannya tetapi banyak pihak sebelum ini mengatakan Najib harus menyaman WSJ bagi membersihkan namanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada program anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.
Kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipertikai beberapa pihak apabila WSJ menyangkal kenyataannya yang mendapati tiada bukti menyokong dakwaan Najib terlibat dalam salah laku berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M Sedia Bersumpah Dengan Al-Quran

Posted: 20 Feb 2016 03:16 PM PST

Tun M: Tak Perlu Empat Saksi

Posted: 20 Feb 2016 03:16 PM PST

Ulang Tahun Ke-40: Tun M Harap Najib Contohi Tun Razak

Posted: 20 Feb 2016 03:15 PM PST

Tun M: Polisi Kerajaan Sentiasa Berubah

Posted: 20 Feb 2016 03:15 PM PST

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:16 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Ini Caranya Rafizi Bodohkan Penyokongnya

Posted: 20 Feb 2016 06:21 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:03 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


NAJIB BAKAL TUMBANG IKUT PAK LAH ?????

Posted: 20 Feb 2016 05:41 PM PST


Shahbudin.com




MAJLIS 40 TAHUN NAJIB HAMBAR, TAWAR DAN BANYAK MEJA KOSONG

Malam ini berlangsung majlis meraikan penglibatan Najib Razak selama 40 tahun dalam dunia politik di PWTC, Kuala Lumpur.

Sayangnya, melalui gambar-gambar yang dibekalkan  oleh "Spy Leman" kepada saya, didapati majlis yang sepatutnya begitu bermakna bagi Najib, telah berlangsung dengan begitu hambar, tawar dan kira-kira 60 peratus daripada kira-kira 2,000 jemputan tidak menghadirkan diri.

Malah, salah satu gambar memperlihatkan Najib sedang berucap yang di depannya menunjukkan lebih banyak meja kosong daripada yang dipenuhi hadirin.

Apa sudah jadi?

Saksikanlah gambar-gambar yang disiarkan ini sebagai satu lagi inspirasi perubahan. (20/02/2016)

WSJ: DANA RM2.6 BILION BUKAN DARIPADA ARAB SAUDI

Posted: 20 Feb 2016 02:51 PM PST

Pekerja Bangladesh: Kenyataan bercanggah menteri kelirukan rakyat

Posted: 20 Feb 2016 02:46 PM PST



Lip Eng

KUALA LUMPUR 21 FEB: Kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) digesa berhenti mengelirukan rakyat dengan memberi kenyataan bercanggah berhubung isu kemasukan 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh ke negara ini.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata ia menunjukkan tahap kecekapan pemimpin kerajaan BN kian membimbangkan sehingga bertindak membuat penjelasan bercanggah kepada rakyat.
"Dua menteri yang ada PhD pun tidak dapat menentukan apakah angka sebenarnya. Tahap kecekapan mereka kian membimbangkan.
"Kabinet mesti memberi kata putus dan menjelaskan angka manakah yang betul? 1.5 juta ke Malaysia atau untuk dihantar ke 139 negara? Atau adakah Malaysia membolot kuota 139 negara?" katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot pagi tadi yang menafikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini bahawa seramai 1.5 juta pekerja asing akan dibawa masuk dalam masa tiga tahun.
Richard menyatakan jumlah 1.5 juta itu merujuk kepada pekerja berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk dihantar ke 139 negara yang memerlukan khidmat mereka, bukan ke Malaysia semata-mata.
"Menteri yang didapati membuat kenyataan salah berhubung isu 1.5 juta tenaga kerja Bangladesh itu wajar meletak jawatan dan meminta maaf kerana mengelirukan rakyat selama 8 bulan.
"Malah, kurang 24 jam selepas penandatangan perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Bangladesh, Zahid pula mengumumkan kerajaan telah membekukan kemasukan 1.5 juta pekerja asing itu tadi.
"Ia jelas membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak berpegang kepada janji mahupun tahu menghormati kontrak," katanya.