Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Blogger dan FBooker pro-UMNO sepatut bersatu dan fokus

Posted: 17 Feb 2016 08:40 PM PST


Ini realiti.

Walaupun anda ada pilihan, idola dan pelaburan politik anda, ini adalah realitinya.

Malangnya blogger dan FBooer pro UMNO lalai dan sibuk serang menyerang sesama sendiri. Serang menyerang ini turut berlaku dalam pejabat tertinggi kepimpinan hingga jentera kerajaan dan parti jadi lumpuh.

Baca kisah ini di Snapshot 2016 SINI

Ahli SSTDM Ratu Naga dihadapkan ke mahkamah

Posted: 17 Feb 2016 04:25 PM PST




Baca lagi kisah SSTDM di SINI

Banyak dah kegiatan sabotaj yang dilakukan oleh pelbagai pihak dalam BN.

Malah seorang blogger juga kini dipercayai dibiayai seorang Menteri yang merupakan pesaing politik yang kini macam dilihat cuba sabotaj secara halus seorang Menteri yang baru naik setapak dalam kerajaan.

Nampak macam dia menyerang polisi kerajaan demi untuk tutup malu salah silap polisi Menteri yang lepas. Blogger tersebut pun seolah-olah bekerja untuk kepentingan sindiket haram.

Banyak kisah orang yang konon sokong kerajaan tetapi membakar supaya membenci kerajaan melalui jalan lain. Ada yang mahu jatuhkan Najib dan ada yang sudah mula mahu serang Zahid.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HAMPIR 13 BILLION DISIMPAN DI SINGAPURA?

Posted: 17 Feb 2016 02:48 PM PST


Agenda DAP ialah menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua. Selepas lawatan Lee Kuan Yew ke Pulau Pinang sebagai permulaan tampuk kekuasaan DAP ia sudah menunjukkan hala tuju DAP di negara ini. Lihat sahaja cara DAP menutup kg Melayu di Singapura kini sudah berlaku di Pulau Pinang. 

Tahun 2011-2014 sepanjang pentadbirannya LGE  lebih 1,100 ekar tanah telah pun dijual oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak luar samada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Jumlah hasil jualan ini dianggarkan mencecah RM 12.5 bilion.

Segalanya bermula pada tahun 2011 dimana kerajaan negeri menjual sebidang tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri kepada Ivory Properties dengan nilai RM 1.07 bilion. Ini dikuti oleh pejualan 110 ekar lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM 6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM 600 juta kepada P. E Land.

Pada 2014, kerajaan DAP Pulau Pinang dengan 4 transaksi jual beli dilakukan. Sebidang tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM 2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission. Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM 57 juta kepada Paramount Group.

Sebidang lagi tanah berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan diakhiri dengan penjualan 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.09 bilion kepada Temasik Holding. 

Apa yang sebenarnya DAP lakukan?Pengumpulan dana besar-besaran? Mengapa dalam masa lima tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju proksi DAP?

Kemanakah wang RM 12.5 bilion ini pergi dan dibelanjakan?

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Because we're not Bangladeshi,' MTUC says after barred from ministries

Posted: 17 Feb 2016 09:22 PM PST

Rafizi: Sanggupkah rakyat melihat negara terus dilanda skandal

Posted: 17 Feb 2016 09:21 PM PST

'Dedahkan majikan perlukan 1.5 juta pekerja Bangladesh'

Posted: 17 Feb 2016 09:21 PM PST

Negara tidak mampu hilang wang di bawah Najib, kata Rafizi

Posted: 17 Feb 2016 09:19 PM PST

MTUC himpun bantah pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh

Posted: 17 Feb 2016 09:17 PM PST

Kira-kira 50 ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini berkumpul di luar pintu utama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia untuk menyuarakan bantahan terhadap rancangan kerajaan mengambil masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh.
Bagaimanapun kehadiran mereka di pintu utama pada pukul 10.30 pagi bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada kedua-dua kementerian itu dihalang oleh kakitangan keselamatan dan pegawai kementerian.
Ini menyebabkan ahli-ahli MTUC itu menukar rancangan dengan berhimpun di luar kementerian.
Pemangku Presiden MTUC Abdullah Sani Abdul Hamid ketika ditemui wartawan secara sinis menyindir bahawa rakyat asing dibenar masuk tetapi rakyat negara ini pula dihalang.
"Kalau kita Bangladesh, mereka mesti jumpa kita.
"Ini adalah pertama kali kita dihalang untuk masuk ke premis kementerian, ini amat memalukan kerana hak kita sebagai rakyat tidak diiktiraf.
"Kita berpiket di luar kawasan kementerian, kita ada placards dan poster," kata Abdul Sani.
Read More / Baca Lagi >>

Kesatuan sekerja gesa Putrajaya tubuh RCI pekerja asing

Posted: 17 Feb 2016 09:13 PM PST

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia N Gopal Krishnam berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan pekerja asing ditubuhkan perlu ditubuhkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2016.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia N Gopal Krishnam berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan pekerja asing ditubuhkan perlu ditubuhkan. Selain meminta Putrajaya menghentikan rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh ke negara ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) turut menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pekerja asing ditubuhkan.
Setiausaha Agung MTUC N Gopal Krishnam sebelum ini berkata, kemasukan pekerja asing itu akan memberikan kesan kepada pekerja separa mahir tempatan.
"MTUC mohon jasa baik, untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja pekerja asing dan menghentikan rancangan pengambilan pekerja asing ini bagi faedah rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Beliau sebelum ini berkata, sektor separa mahir kurang diminati penduduk tempatan kerana kadar gaji yang rendah dan masa kerja panjang. "Beribu pekerja dari Malaysia merantau ke Singapura setiap hari bagi menyara hidup. Kenapa, siapakah yang banyak melakukan kerja separa mahir ini di Singapura?" soalnya.
Beliau berkata, walaupun mereka bekerja dalam bidang separa mahir, disebabkan imbuhan yang dibayar adalah tinggi dan setaraf dengan kerja tersebut maka mereka sanggup berulang-alik ke negara jiran.
"Mereka ini bukan saja profesional malah terdiri daripada golongan yang terkandas dalam pelajaran dan pekerja am," katanya.
Beliau berkata, Putrajaya seharusnya mengehadkan kemasukan pekerja asing bagi mencapai status negara maju.
"MTUC merasakan jika kerajaan serius dengan pengiktirafan untuk mencapai negara berstatus pendapatan tinggi, maka mereka harus mengehadkan pekerja asing di tempat kerja seperti dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11 iaitu pengurangan pekerja asing ke paras 15%.
"Tetapi berdasarkan perkembangan semasa yang berlaku MTUC kurang yakin hasrat tersebut boleh dicapai," katanya.
Beliau berkata, sehingga hari ini kira-kira 7 juta pekerja asing berada di negara ini dengan hanya 2.1 juta saja yang memiliki dokumen sah.
Read More / Baca Lagi >>

Industri '3D': Tenaga tempatan perlu diberi latihan, gaji setimpal - MTUC

Posted: 17 Feb 2016 09:12 PM PST

Industri '3D': Tenaga tempatan perlu diberi latihan, gaji setimpal - MTUC
Ahli MTUC menyerahkan memorandum bantahan di hadapan kompleks Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya pada Khamis. 
 
PUTRAJAYA: Warga kerja tempatan patut diberi latihan serta gaji setimpal untuk bekerja dalam sektor yang dikategorikan sebagai 3D atau dirty, difficult and dangerous (kotor, sukar dan berbahaya).

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam berkata langkah ini yang seharusnya diambil kerajaan.

"Jika polisi yang terbaik digubal, kami percaya warga kerja tempatan mampu untuk mengisi permintaan industri-industri 3D ini," kata Gopal Kishnam.

Gopal Kishnam ditemui selepas mengetuai kumpulan ahli MTUC ke kompleks Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya pada Khamis untuk menyerahkan memorandum bantahan berkenaan pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh.

Walaupun tidak dibenarkan masuk, wakil dari kementerian tersebut hadir untuk menerima memorandum tersebut.
Kumpulan tersebut berkumpul sekitar jam 10.15 pagi dan bersurai selepas menyerahkan memorandum, kira-kira jam 11.30 pagi.

Sabitan menghasut, Adam Adli didenda RM5,000, tidak dihukum penjara

Posted: 17 Feb 2016 09:11 PM PST

Aktivis Adam Adli Abdul Halim yang disabitkan bersalah atas tuduhan menghasut dibebaskan daripada hukuman penjara dan dikenakan denda RM5,000. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2016.Aktivis Adam Adli Abdul Halim yang disabitkan bersalah atas tuduhan menghasut dibebaskan daripada hukuman penjara dan dikenakan denda RM5,000. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengetepikan hukuman penjara ke atas aktivis Adam Adli Abdul Halim yang disabitkan bersalah atas tuduhan menghasut.
Hakim Abdul Karim Abdul Jalil sebaliknya mengenakan hukuman denda RM5,000 ke atas Adam Adli.
Menerusi akaun Twitter, Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang hadir di mahkamah untuk memberi sokongan kepada Adam Ali berkata, hakim mengetepikan hukuman penjara kerana kenyataan aktivis itu tidak menyebabkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Adam Adli disabitkan atas kesalahan menghasut kerana menyeru perubahan dalam kerajaan menerusi cara tidak demokrasi, menerusi satu ucapannya pada 2013. Pada September 2014, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mensabitkan Adam Adli bersalah atas tuduhan menghasut dan menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara.
Adam Adli didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan pada satu forum pada 13 Mei, 2013 apabila dia dikatakan mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pada forum itu, Adam Adli dilaporkan mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata:"Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan lakukannya."

Dr M: Kenapa saya boleh kritik Najib tapi Liong Sik tak boleh?

Posted: 17 Feb 2016 09:10 PM PST


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata adalah aneh kerana beliau diberi kebebasan bersuara untuk mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik tidak boleh berbuat demikian.
Mahathir berkata demikian dalam afidavitnya untuk menyokong permohonan Ling untuk membatalkan saman fitnah Najib ke atas dirinya hari ini.
 Katanya, beliau menerima jawapan Najib berhubung tuntutan balas Ling bahawa beliau (Najib) menerima kritikan Mahathir sebagai '... amalan yang sihat, kebebasan bersuara di bawah kepimpinan plaintif sebagai perdana menteri Malaysia.
"PM adalah betul (sekurang-kurangnya berhubung perkara ini).
"Oleh itu ia seolah-olah pelik bagi saya kerana diberikan hak untuk kebebasan bersuara, tetapi bukannya Ling," katanya dalam afidavit.
Mahathir juga mengakui bahawa beliau berulang kali mendesak Najib supaya berundur kerana tidak layak menjadi PM.
Bekas perdana menteri berusia 91 tahun berkata di sebalik menuduh Najib berbohong di khalayak ramai dan mencuri, mengamalkan rasuah, terbabit dalam pengubahan wang haram dan menjejaskan sistem perlembagaan dan undang-undang negara, Najib tidak menyamannya.

AG batal pertemuan dengan panel SPRM hari ini..jeng...jeng..!!

Posted: 17 Feb 2016 09:10 PM PST


 Pertemuan yang dijadualkan antara Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibatalkan saat akhir.
Seorang ahli panel tersebut yang mengesahkan perkara itu berkata, Apandi membatalkan pertemuan itu yang dijadualkan berlangsung pukul 3 petang ini di Pejabat AG.
"Kita tidak tahu sama ada kita akan dapat menemui beliau (selepas ini), kerana penggal kami dijadualkan tamat sebelum akhir bulan ini," katanya.
Satu sumber mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa pertemuan itu telah ditangguhkan satu tarikh yang belum ditentukan.
"Bagaimanapun, kita tidak tahu sebab pembatalan (pertemuan hari ini)," kata sumber itu yang tidak mahu namanya disebut.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi AG untuk mendapatkan respon beliau.

Rafizi cadang lantik Zeti pengerusi Tabung Haji, kembalikan kepercayaan rakyat

Posted: 17 Feb 2016 09:09 PM PST

Kajian selidik dilakukan PKR menunjukkan kepercayaan rakyat terhadap Lembaga Tabung Haji dapat dipulihkan jika Gabenor Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dilantik menjadi pengerusinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2016. 
Selepas pelbagai kontroversi melanda Lembaga Tabung Haji sehingga menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap institusi itu, satu kaji selidik secara rawak di media sosial menunjukkan rakyat mahukan pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditukar, kata Rafizi Ramli.
Kaji selidik yang diadakan setiausaha agung PKR dan dimuat naik dalam laman sosial Twitter menunjukkan imej Gabenor Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dipandang tinggi di mata rakyat Malaysia.
Disebabkan itu, Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan Zeti mengambil alih jawatan daripada Azeez.

"Sentimen umum rakyat melalui kaji selidik rawak di media sosial jelas menunjukkan rakyat mahukan pengerusi Tabung Haji ditukar. "Saya yakin langkah melantik Zeti menggantikan Azeez akan memulihkan keyakinan rakyat terhadap Tabung Haji dengan segera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi: Mahathir hilang lebih RM42b, tapi Najib tak mampu

Posted: 17 Feb 2016 09:08 PM PST

Malaysia semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin kehilangan lebih banyak wang daripada RM42 bilion, tetapi negara ketika itu mempunyai lebih banyak ruang fiskal.
Bekas-bekas perdana menteri sebelum Datuk Seri Najib Razak, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, mempunyai lebih 'kebebasan' kerana pendapatan yang stabil daripada minyak sawit dan minyak mentah, antara lain.
Keadaan itu menyediakan negara dengan penampan ekonomi untuk membuat pelbagai percubaan dan juga "skandal".
"Mereka (bekas perdana menteri) boleh melakukan skandal sebelum ini," kata Rafizi kepada kira-kira 1,000 hadirin pada forum bertajuk 'Twin Mega Scandals: Berakhirnya Pemerintahan Undang-undang' di Petaling Jaya, malam semalam.
Penyokong Najib, kata Rafizi yang juga adalah ahli parlimen Pandan, sentiasa mendakwa bagaimana skandal yang membabitkan Dr Mahathir adalah 'lebih besar'.
"Saya tidak pertikaikannya, itu adalahbetul. Jika kita ambil kira, apa yang berlaku pada zaman Mahathir dan mengambil kira inflasi, sudah tentu jumlah urus kewangan semasa pemerintahan Mahathir jelas jauh lebih besar daripada RM42 bilion.
"Tetapi bezanya, kita mempunyai ruang fiskal.
Bagi Rafizi, skandal RM42 bilion itu akan membawa kepada satu siri masalah yang terpaksa dipikul oleh generasi akan datang.

CHINA SLAPS NAJIB & UMNO IN THE FACE - DARE THEY RESPOND: ENVOY HUANG'S RM40K 'DONATION' & ROAMING MILITARY SHIPS

Posted: 17 Feb 2016 05:44 PM PST

CHINA SLAPS NAJIB & UMNO IN THE FACE - DARE THEY RESPOND: ENVOY HUANG'S RM40K 'DONATION' & ROAMING MILITARY SHIPS
SJKC, also known as "vernacular schools" in Malaysia for the Chinese have existed since independence and the vernacular education isprotected by the Federal Constitution, despite disagreement by some former judges. The fact that these judges chose to read the constitution to their liking only "after" retirement speaks volumes about their desire to impress and probably enter (UMNO) politics.
It's pretty simple – if SJK vernacular schools, particularly the Chinese were illegal and have allegedly been creating racial polarisation and of pariah standard, wouldn't former Prime Minister Mahathir Mohamad have had bulldozed and shut down such schools during his 22-year-rule from 1981 to 2003? The reverse is true, amusingly.
By Education Ministry's own admission, the enrolment of non-Chinese pupils in National Type Chinese Schools, or Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) nationwide shot up by 20.7% over the last five years from 2010-2014. In fact, the ratio of non-Chinese to Chinese pupils studying in SJKCs has doubled in the same period. There were a staggering 87,463 non-Chinese students in 2014 alone.
UMNO Red Shirts Rally Charming Message - Eliminate Chinese SJKC Vernacular Education
Non Chinese at SJKC Vernacular School
In a nutshell, this also means that not only vernacular schools are enshrined in the constitution, it also does what the UMNO government couldn't do –offering quality education to all Malaysians, regardless of race and religion. Hence, when China's ambassador to Malaysia – Dr Huang Huikang – donated some money to eight SJKCs, eyebrows were raised.
Ambassador Huang is no stranger to Malaysians, after he made a surprise visit to Petaling Street (Chinatown) over UMNO-sponsored Red Shirts' threat to riot and harm Chinese traders along the popular tourist hotspot last year. He had deliberately said Beijing opposes terrorism and any form of discriminationagainst races and any form of extremism.
Red Shirts Rioting at Petaling Street
Red Shirts Mohd Ali Baharom - Ali Tinju - and Jamal Md Yunos
With tail between legs, the Red Shirts mobs didn't show up and UMNO quietly let the issue fizzled out. But what was Beijing's agenda by giving away RM40,000 to 8 SJKCs? Ambassador Huang could easily justify his intervention at Chinatown last year as to protect China's investment and citizens, whom look no different from the local Chinese.
Read More / Baca Lagi >>

Tauhid tiga dilabel sebagai punca teroris

Posted: 17 Feb 2016 05:41 PM PST

Dr Muhamad Rozaimi Ramle
KUALA LUMPUR - Proses pembelajaran tauhid tiga serangkai di Malaysia iaitu Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' Walsifat dilabel sebagai punca kepada aktiviti terorisme.
Pensyarah dari Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, tafsiran tersebut tidak seharusnya berlaku kerana tiada sebarang bukti mengatakan tauhid tiga itu punca kepada lahirnya individu yang berpegang kepada ideologi itu.
"Apabila kita  bercerita tentang terorisme, sekarang ada usaha mengatakan tauhid tiga serangkai sebagai punca kepada terorisme.
"Belum ada kenyataan yang mengatakan tauhid tiga ini boleh membawa kepada keganasan.
"Selama berpuluh tahun kita belajar tauhid tiga di Malaysia, saya tidak pernah jumpa lagi orang di Malaysia dikaitkan dengan keganasan semata-mata kerana tauhid tiga ini," katanya dalam Diskusi Santai Ekstremisme Agama di Malaysia yang diadakan di Dewan Seroja, Kelab Golf Perkhidmatan Awam, malam tadi.
Katanya, tauhid tiga itu adalah metodologi dan tidak menjadikan seseorang itu sebagai pengganas.
"Ada sebab mengapa orang suka menjadi pengganas antaranya adalah mereka bersifat jahil.
"Selain itu, perasaan taksub kepada mazhab dan merasakan diri mereka sentiasa betul," katanya.
Dalam pada itu katanya, ada juga pandangan silap mengatakan bahawa tauhid tiga ini juga sebagai kredit mudah untuk mengkafirkan seorang Muslim.
Muhammad Rozaimi berkata, sebenarnya terdapat golongan yang mempunyai beberapa sikap yang sering mengkafirkan seseorang Muslim dan ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan tauhid tiga.
"Golongan itu antaranya jahil dan tidak bersetuju dengan pendapat bahawa perbuatan mereka silap.
"Jika dikritik, mereka akan halang individu itu dari terus bersuara dan dianggap sebagai kafir," katanya.

'Orang agama lebih bahaya daripada orang politik'

Posted: 17 Feb 2016 05:40 PM PST

Asri Zainul Abidin KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyeru semua pihak dan masyarakat untuk terus bersatu tidak kira dari segi agama dan fahaman.
Menurutnya, ia merupakan satu-satunya langkah untuk memelihara keamanan dan keharmonian negara.
"Kita semua perlu bersatu untuk kekalkan keamanan dalam negara. Pihak berkuasa perlu bertindak untuk atasi isu-isu sebegini," katanya ketika berlangsungnya wacana Ektremisme Agama di Malaysia di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengeluarkan kenyataan provokasi.
"Orang-orang seperti ini perlu diambil tindakan. Sebab orang-orang macam ini boleh memecahbelahkan masyarakat.
"Orang agama ni lebih bahaya daripada orang politik.  Orang politik ni kalau nak buang kawan, mereka hanya buang keahlian sahaja.
"Kalau buang keahlian (parti politik), mereka boleh masuk parti lain. Orang agama kalau buang rakan, mereka pecat daripada agama terus," katanya lagi.

Sejarah Tak Pernah Menipu..

Posted: 17 Feb 2016 04:19 PM PST

Kenalilah Zahid Hamidi... sepertimana yang dilaporkan Utusan pada suatu ketika dahulu !!

Utusan: Pemimpin bebal bererti bodoh dan tumpul otak

Majalah Massa : Berpotensi jadi pemimpin korup

Peningkatan sentimen perkauman terhadap pekerja Bangladesh membimbangkan

Posted: 17 Feb 2016 04:17 PM PST

KUALA LUMPUR: Lawyers for Liberty menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan sentimen xenofobia dan perkauman berikutan rancangan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini, dalam masa tiga tahun akan datang.

Pengarah eksekutifnya, Eric Paulsen berkata antara perkara tidak dapat diterima ialah kenyataan sesetengah pihak bahawa pekerja asing akan menjadi punca timbulnya pelbagai masalah sosial termasuk perbuatan mereka menjalin hubungan dengan wanita tempatan, peningkatan kes jenayah dan penyakit, isu keselamatan dan keganasan.

"Pekerja asing tidak datang ke Malaysia untuk melakukan jenayah, membawa penyakit atau mengganggu wanita tempatan. Mereka ke sini untuk bekerja, terutama kerja yang tidak mahu dilakukan orang tempatan.

"Kebanyakan mereka mempunyai latar belakang kemiskinan, meninggalkan segala-galanya dan menanggung banyak hutang dalam usaha mencari rezeki untuk keluarga dan diri sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata seperti di tempat lain juga, ada pekerja asing yang berkelakuan buruk atau melakukan jenayah, dan mereka ini akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.
 
Dalam kenyataan Khamis lepas, Kementerian Dalam Negeri menegaskan jumlah pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk ke negara ini, tidak ditetapkan secara khusus kerana ia bergantung kepada keperluan dan permintaan majikan.
Read More / Baca Lagi >>

Najib terima derma politik jelas kes rasuah, kata forum

Posted: 17 Feb 2016 04:11 PM PST

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata Perdana Menteri Najib Razak langgar undang-undang apabila tidak mengisytiharkan derma RM2.6 bilion itu sejak awal menerimanya pada Mac 2013. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 18 Februari, 2016.Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata Perdana Menteri Najib Razak langgar undang-undang apabila tidak mengisytiharkan derma RM2.6 bilion itu sejak awal menerimanya pada Mac 2013. Wujud kes rasuah yang jelas apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima derma RM2.6 bilion, kerana penjawat awam tidak sepatutnya menerima ganjaran, kata sebuah forum malam tadi.
Mengikut sekurang-kurangnya 2 undang-undang sedia ada, penjawat awam yang menerima wang dalam akaun bank peribadinya dianggap menerimanya bagi tujuan rasuah, kata 2 peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan dan Hanipa Maidin.
Dalam kes Najib, presiden Umno itu tidak secara sukarela mengisytiharkan RM2.6 bilion itu ketika ia dimasukkan ke akaun peribadinya pada Mac 2013, lebih sebulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, kata Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang.

RM2.6 bilion atau AS$681 juta itu didedahkan Wall Street Journal, 2 tahun selepas itu, pada Julai 2015. Akhbar itu melaporkan wang berkenaan daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sebulan selepas itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan ia adalah derma politik daripada penderma Timur Tengah tetapi tidak ada penjelasan diberikan bagaimana wang itu dibelanjakan.
Hanipa berkata mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961, wang diterima penjawat awam dianggap wang diterima bagi tujuan rasuah.
"Jadi mengapa tidak ada pendakwaan?" kata Hanipa dalam respons kepada keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari untuk membebaskan Najib daripada kesalahan salah laku kerana menerima RM2.6 bilion itu.
"Bila kita tanya siapa beri wang itu, peguam negara hanya kata orang awam tidak ada hak untuk tahu.
"Tetapi hujah saya ialah, hak untuk tahu mendahului hak kebebasan bersuara," kata Hanipa pada forum bertajuk "Skandal 1MDB dan RM2.6 bilion: berakhirnya kedaulatan undang-undang?" di Petaling Jaya, malam tadi.
Hanipa berkata Najib melanggar undang-undang apabila tidak mengisytiharkan wang itu sejak awal menerimanya pada Mac 2013.
"Beliau tidak sepatutnya terima. Ini kes yang jelas," katanya ketika ditemui selepas forum itu.
Read More / Baca Lagi >>

TERGAMAKKAH WAN AHMAD TERIMA "DERMA" MAT SABU?

Posted: 17 Feb 2016 06:36 AM PST

Inilah yang dinamakan solidariti.

Sekumpulan anak-anak muda yang menggelarkan diri mereka "Sahabat Mat Sabu" kini tampil memulakan inisiatif mengutip derma bagi membantu Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang berkemungkinan dijatuhkan muflis jika gagal membayar gantirugi sebanyak RM200 ribu kepada bekas Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar.

Tampilnya anak-anak muda itu berbuat demikian kerana merasakan Mat Sabu kini dalam kesusahan, selain menganggap isu yang dibangkitkannya sehingga diheret ke mahkamah, turut berkaitan kepentingan rakyat.

Isu yang menyebabkan Mat Sabu disaman dan kemudian dikehendaki membayar gantirugi kepada Wan Omar ialah berkaitan Projek IC di Sabah. Perkara itu dibangkitkannya ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Pas.

Menurut maklumat terkini, difahamkan hampir RM20 ribu berjaya dikutip pada hari pertama kempen diadakan.

Berdasarkan semangat kebangkitan rakyat, tidak mustahil derma untuk membantu Mat Sabu itu akan beroleh kejayaan dalam waktu yang tidak terlalu lama.

Jika setiap orang sedia menderma RM10 sekalipun, ia sebenarnya dapat menyumbang nilai yang bermakna dalam menyahut erti solidariti anak-anak muda itu.

Cumanya, oleh kerana ia merupakan kutipan daripada rakyat, tergamakkah Wan Ahmad menerima  "derma gantirugi"  itu atau beliau akan menyedekahkan wang tersebut kepada pihak-pihak lain?

MALAYSIA KINI KETANDUSAN ‘ORANG PERJUANGAN’

Posted: 17 Feb 2016 06:34 AM PST

Mungkin rakyat Malaysia sudah merasakan bahawa negara ini sudah ketandusan 'orang perjuangan' tidak seperti Tanah Melayu zaman penjajahan yang memiliki ramai 'orang perjuangan' seperti Dato' Maharajalela Perak, Dato Bahaman dari Pahang, Tok Janggut dari Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbung Terengganu. Sumbangan mereka terhadap bangsa dan negara tidak dapat dinilai dengan wang ringgit walaupun bernilai RM2.6 billion.
            Orang Melayu ketika itu terus menerus berasa bertuah kerana memiliki 'orang perjuangan' seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Ibrahim Haji Yaakub. Mereka sebenar-benarnya pejuang tulin yang sanggup mengabdikan diri kepada perjuangan bangsa tanpa rasa takut dan bimbang dan jauh daripada memikirkan tentang laba dan keuntungan seperti yang terdapat kepada pemimpin hari ini. Matlamat hidup dan perjuangan mereka adalah semata-mata membebaskan tanah air daripada penjajahan walaupun terpaksa ditebus dengan nyawa.
            Amat berbeza sekali dengan 'pemimpin' (jikalau masih boleh lagi digelar sebagai pemimpin) kini yang matlamat hidup mereka seolah-olah hanya mementingkan wang dan mengenepikan persoalan perjuangan menegakkan bangsa.
            Kaum guru pada zaman penjajahan lebih merupakan 'orang perjuangan' yang berjuang mendidik anak bangsa disamping memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari belenggu penjajahan. Sumbangan pelatih guru (yang kemudiannya menjadi guru dari Sultan Idris Trainning College –SITC) tidak ada tolak bandingnya dalam sejarah memperjuangan rakyat khususnya orang Melayu. Golongan guru inilah yang telah menyemaikan benih perjuangan dikalangan anak-anak bangsa yang kemudiannya tumbuh bercambah disegenap pelusuk tanah air. Benih yang ditanam oleh guru inilah yang telah mencetuskan semangat perjuangan menentang penjajahn yang kemudiannya menghasilkan kemerdekaan tanah air.
            Malang sekali bagi rakyat Malaysia kini. Walaupun peranan guru sebagai pendidikan masih berterusan namun kaum guru kini tidak merupakan 'orang perjuangan' seperti peranan yang telah dimainkan oleh guru-guru zaman penjajahan. Mungkin agaknya para guru sudah 'berpuas hati' dengan keadaan masyarakat Malaysia kini yang sudah pun dianggap 'merdeka' dan maju. Dan seolah-olah kaum guru sudah 'menyarungkan' semula segala senjata-senjata yang digunakan dalam zaman penjajahan dulu.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah saranan ini akan didengari & diikuti Najib ???.. Najib nak ikut kata Zeti...

Posted: 17 Feb 2016 06:26 AM PST

SIAPA TAK KENAL 'KUASA' Najib oooiii !!!

HAKIKATNYA.. dah byk pon 'LEMBAGA-LEMBAGA' kepala hitam-umno bersepah kat syarikat2 GLC di M'sia ni..

Tak terkejut pon jika AG Apandi sendiri pon ADA dlm Tabung Haji, PTPTN & Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)..

Tabung Haji dah rugi atas kertas RM933 juta sebab main saham FGV ???

Posted: 17 Feb 2016 06:24 AM PST

HEBAT TAK bila 'lembaga hitam' urustadbir Tabung haji.. Baru 3 tahun setengah dah rugi RM933 juta.. Tu blom lagi 22 tahun Najib jadi PM..

Apa lagi.. PANGKAH LAH LAGI BN TU !!!

‘Demi gaji lebih tinggi, makin ramai petik buah di Australia’

Posted: 17 Feb 2016 06:20 AM PST

Kerajaan gagal menyediakan pekerjaan yang memberikan gaji yang baik kepada tenaga kerja kita, kata Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha.
haniza-talh_zahid-hamidi_pekerja-asing_600
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh menyalahkan golongan belia yang tidak mahu melakukan kerja kasar dan bahaya yang bergaji rendah di saat kerajaan gagal menyediakan pekerjaan yang sesuai untuk mereka.
Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha berkata, Zahid gagal memahami betapa beratnya masalah yang dihadapi negara ini.
"Kerajaan telah gagal menyediakan pekerjaan yang memberikan gaji yang baik kepada tenaga kerja kita.
"Kini semakin ramai orang muda ke Australia untuk memetik buah, dan hidup sekadarnya. Malah ada yang menjadi tukang cuci dan pencuci pinggan. Anda tahu kenapa?
"Ini kerana gaji di sana jauh lebih baik di tanah air sendiri. Ini menunjukkan walau dengan keadaan sukar, orang sanggup bersusah hanya untuk mendapat gaji yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan.
Kata Adun Taman Medan itu lagi, lambakan pekerja asing tidak berkemahiran beserta kemerosotan nilai ringgit adalah "resipi kepada masalah besar".
Sebelum ini, Zahid berkata kerajaan terpaksa mengimport tambahan 1.5 juta tenaga kerja dari Bangladesh kerana warga tempatan enggan melakukan kerja 3D (dirty, dangerous, difficult).
Menurut laporan Astro Awani 16 Februari lalu pula, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau percaya industri seperti pembinaan dan perladangan belum dapat menawarkan gaji yang terlalu tinggi buat masa ini.

'Bukan saya yang cabar Zamihan' - Dr Asri

Posted: 17 Feb 2016 06:16 AM PST

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan beliau yang memulakan sesi cabar-mencabar dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin agar debat antara kedua-duanya diadakan.
Sebaliknya, Mohd Asri berkata, beliau hanya menyahut cabaran untuk berdebat setelah berdepan tuduhan kafir oleh Zamihan.
"Saya pernah dicabar berdebat dua kali dengan Astora Jabat sebelum ini. Saya beri kredit kepada Astora kerana dia hadir dalam dua siri debat di Pulau Pinang dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
"Sekarang apabila saya dicabar bertalu-talu, saya tak mahu sebab saya pun dah masuk umur 40-an, saya malas nak berdebat.
"Tapi bila nampak orang mengkafirkan saya, susah juga saya nak buat keputusan. Namun, bukan seperti yang dilaporkan secara meluas di media... saya tak cabar (Zamihan)," katanya dalam diskusi ilmiah bertajuk 'Ekstremisme Agama di Malaysia' anjuran Sinar Harian, di sini, malam ini.
Dalam pada itu, Mohd Asri turut menafikan beliau terlibat dalam pertukaran Zamihan dari Kementerian Dalam Negeri ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Saya tak terlibat, siapalah saya dari sebuah negeri yang kecil untuk terlibat. Ini semua ketentuan Tuhan.
"Dalam Facebook ada yang tuduh saya terlibat.  Kalau saya mampu buat begitu, baik saya jadi perdana menteri," katanya.

Pekerja Bangladesh Dapat 'Lesen Rogol'

Posted: 17 Feb 2016 04:35 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:12 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Rakyat Penang Sudah Jadi "Mayat Hidup"?

Posted: 17 Feb 2016 06:13 PM PST


DIALOG RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 3:16 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


SAMPAI BILA KITA HARUS TERTINGGAL BERBANDING NEGARA JIRAN?

Posted: 17 Feb 2016 03:33 AM PST

 shahbudindotcom

 

 
 
 
Apabila Tun Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak akan putus asa daripada berusaha mengundurkan Najib Razak, ia seharusnya merupakan berita gembira buat kita semua.

Ini kerana ia menunjukkan masih ada harapan untuk menyelamatkan negara ini dan memulihkan kepercayaannya di peringkat antarabangsa yang kita semua sedari telah terjejas teruk sejak timbulnya isu 1MDB dan derma ribuan juta yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Yang kita paling bimbang ialah jika Tun Mahathir tiba-tiba berhenti daripada mahu menyingkirkan Najib, malah lebih mendukacitakan jika ada khabar-khabar beliau pun terkulai sama dengan "umpan dedak" yang kini banyak ditaburkan di merata-rata sasaran.

Tetapi dengan bekas Perdana Menteri itu mengatakan, "akan terus bangun, cuba dan cuba lagi", sekurang-kurangnya perjuangan menyelamatkan negara ini masih lagi ada sinarnya.

Harus disedari bahawa sejak merdeka pada tahun 1957, inilah kali pertama negara dibelenggu dengan imej paling buruk yang berpunca daripada skandal peribadi melibatkan seorang pemimpin yang kemudian diletakkan seluruh negara untuk menanggung bebannya.

Lantaran itu, untuk memulihkan kembali imej negara, tiada lain caranya selain memastikan Najib tidak lagi duduk di kerusi empuk yang didudukinya sekarang.

Selagi ada Najib, segala-galanya akan bertambah buruk dan terus buruk tanpa kesudahannya.

Penyingkiran Najib boleh dilakukan sama ada melalui tekanan dalaman sebagaimana yang sedang diusaha-gigihkan oleh Tun Mahathir sekarang atau jika ia berlarutan sehingga ke tarikh PRU 14 akan datang, maka tiada pilihan lain selain memastikan UMNO dan BN ditanggalkan kuasanya daripada mentadbir negara ini.

Tiada sesiapa, kecuali pencinta dedak, yang sanggup melihat Najib terus menjadi Perdana Menteri selepas tahun 2018 nanti kerana ia hanya akan menjadikan negara terus terperosok dalam ketidaktentuan yang memeritkan semua orang.

Jika kita terus gagal menyingkirkan Najib, kita seharusnya malu dengan negara-negara jiran seperti Filipina, Indonesia dan Thailand yang lebih dulu ada kesedaran berbuat demikian.

Marcos, Suharto dan beberapa Perdana Menteri Thailand yang dipenuhi skandal dan kebejatan sehingga busuknya menerobos ke seluruh dunia, lebih awal disingkirkan dan ditolak demi satu tujuan iaitu menyelamatkan negara.

Malah beberapa negara di rantau Arab dan Afrika juga sudah pun berbuat demikian sejak beberapa tahun yang lalu.

Apakah kita bangsa Melayu dan beragama Islam yang sembahyang lima waktu, puasa, selalu berumrah serta menunaikan haji, masih juga tidak dapat menilai antara pemimpin yang baik dengan pemimpin yang penuh dengan masalah?

Apakah juga, melalui sembahyang, puasa, umrah dan haji, kita masih tiada kesedaran dan kekuatan dalam  mentafsir betapa hitamnya imej dan masa depan negara disebabkan pemimpin yang dipenuhi skandal peribadi itu?

Apa sebenarnya masalah sebahagian kita sehingga pemimpin penuh masalah peribadi seperti Najib masih mahu dikekalkan lagi?

Menolak dan bersama-sama menyingkirkan Najib bukanlah untuk memberi kemenangan kepada Tun Mahathir atau sesiapa, tetapi segala-galanya untuk kepentingan dan masa depan negara serta anak cucu kita juga.


Gabenor Bank Negara baru bebas agenda politik, kata Zeti

Posted: 17 Feb 2016 03:30 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mempertahankan penggantinya, mengatakan Bank Negara melaksanakan proses ketat untuk memilih calon paling layak.
 
Gabenor Bank Negara itu berkata, pengganti sesuai penting ketika Malaysia berdepan dengan keadaan ekonomi yang lembap pada hari ini.
 
"Kita melaksanakan proses dan memastikan gabenor baru mempunyai latar belakang dan kemampuan relevan terutamanya dalam keadaan seperti hari ini supaya peralihan dapat diuruskan dengan baik.
 
"Dan saya percaya bank pusat sudah menjadi organisasi kukuh dengan kekuatan institusi dan patuh kepada undang-undang ... yang memberikan kita kuasa luas dan kebebasan.
 
"Dan dengan itu, terdapat akauntabiliti," kata Zeti di Kuala Lumpur hari ini.
 
Walaupun tidak mendedahkan siapa penggantinya, Zeti berkata gabenor baru seharusnya bebas daripada sebarang agenda politik, demi kestabilan kewangan dan ekonomi.
 
"Saya menikmati kebebasan walaupun sebelum (enakmen Akta Perkhidmatan Kewangan 2013).
 
"Semasa saya menjadi gabenor, kita (Bank Negara) sudah berkhidmat dengan 5 menteri kewangan dan 3 perdana menteri – dan bank pusat sentiasa dilayan dengan baik. Dan saya harap ini akan berterusan," katanya.
 
Zeti bakal bersara pada April dan spekulasi mengatakan calon penggantinya akan dipilih dari dalam Bank Negara.
 
Selain timbalan kepada Zeti, antara yang disebut bakal menggantikannya termasuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin.
 
 

Tiga pelajar kolej, seorang penganggur ditahan ragut pelancong asing

Posted: 17 Feb 2016 03:20 AM PST

BERNAMA

 

gari-m
Semua suspek direman sejak 9 Februari lalu sehingga hari ini.


KUALA LUMPUR,  Empat remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan jenayah ragut, dengan menyasarkan pelancong asing di sekitar ibu kota, ditahan Selasa lepas.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, mereka ditahan susulan laporan seorang wanita warga Korea Selatan yang beg tangannya cuba diragut dua lelaki bermotosikal di Jalan Raja Chulan, pada jam 6.30 petang hari sama.

Katanya, dalam kejadian itu, dua lelaki berkenaan gagal meragut beg mangsa, setelah terjatuh bersama mangsa, sebelum bertindak melarikan diri, apabila kejadian itu disedari orang ramai.

Polis kemudiannya menahan dua remaja lelaki yang mencurigakan di Jalan Nagasari, pada jam 7.20 malam dan mendapati mereka adalah rakan dua suspek yang cuba meragut beg warga Korea itu.

Zainol berkata, hasil pemeriksaan mendapati, dua lelaki yang ditahan itu ada menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada dua suspek untuk mengambil mereka, kerana tidak mempunyai kenderaan untuk pulang, selepas meninggalkan motosikal di lokasi kejadian.

"Susulan itu, polis menahan dua suspek itu di Jalan Bukit Bintang. Mangsa ragut warga Korea berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan pada lengan kiri dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur," katanya pada sidang media hari ini.

Zainol berkata, hasil pemeriksaan ke atas empat remaja itu mendapati, tiga daripada mereka adalah pelajar kolej, manakala seorang lagi penganggur.

"Tiga daripada mereka juga positif dadah dan mereka dipercayai telah aktif menjalankan jenayah ragut sejak setahun lepas," katanya.

Zainol berkata, polis turut merampas pelbagai wang kertas negara asing, seperti Arab, Indonesia dan Korea yang bernilai RM1,000, dipercayai hasil daripada kegiatan ragut menyasarkan pelancong asing di sekitar KLCC, seperti di Jalan Raja Chulan, Jalan P. Ramlee dan Jalan Pinang.

Katanya, tangkapan itu berjaya menyelesaikan beberapa kes ragut di daerah Dang Wangi dan Brickfields, namun polis masih mengesan dua lagi rakan suspek yang turut menjalankan kegiatan itu.

Semua suspek direman sejak 9 Februari lalu sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, iaitu samun berkumpulan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

100,000 unit Exora, Preve, Suprima dipanggil balik

Posted: 17 Feb 2016 03:18 AM PST

BERNAMA

 

TRP040315-4
Proton akan menghubungi pemilik tiga model kenderaan itu, dengan keutamaan diberikan kepada kereta dengan perbatuan 40,000km dan ke atas. - Foto arkib TRP/ Daniel Chan


SHAH ALAM,  Proton Holdings Bhd akan memanggil balik hampir 100,000 unit model Exora, Preve dan Suprima untuk membaiki hos penyejuk minyak CFE, mulai hari ini.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, model-model terbabit menghadapi masalah hos penyejuk minyak yang akan pecah, selepas  kereta mencapai perbatuan purata sebanyak 40,000 kilometer (km), disebabkan degradasi bahan hos tersebut.

"Kami akan menghubungi para pemilik dan keutamaan akan diberikan kepada kereta dengan perbatuan 40,000km dan ke atas. Kami berharap masalah ini akan selesai dalam tempoh enam bulan akan datang," katanya  pada majlis pratonton Proton Perdana yang baru, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau turut mengumumkan, tempahan telah dibuka untuk model Perdana baru yang dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun ini dan berharga RM100,000 hingga RM150,000.

Kos pembangunan untuk model itu juga agak rendah, iaitu kira-kira RM200 juta, berikutan penggunaan platform sedia ada.

Jelasnya, model baru itu diharap dapat membantu pengeluar kereta nasional itu mencapai sasaran jualan 2016 antara 100,000 hingga 150,000 unit.

"Dengan Perdana baru yang akan datang ini (kepada pasaran), bersama model-model lain dalam perancangan (yang akan dilancarkan tahun ini), kami percaya, kami boleh mencapai sasaran jualan kami pada tahun ini," katanya.

Belia tetap mampu berdikari

Posted: 17 Feb 2016 03:09 AM PST

SINAR HARIAN


Belia tetap mampu berdikari
Muhammad Afzan memulakan perniagaan nasi kukus sejak dua tahun lalu selepas berhenti bekerja sebagai operator kilang.


SHAH ALAM - Gaji tidak setimpal dengan kerja dan kesukaran mendapatkan pekerjaan, itu antara keluhan golongan belia dalam menempuhi realiti kehidupan di Malaysia pada masa sekarang.

Turut mendapat tempias bagi belia yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma terpaksa berhenti kerja kerana menerima gaji yang tidak setimpal dan tidak mampu meneruskan hidup di bandar-bandar besar.

Di sebalik lambakan pekerja asing di pelbagai sektor terutama bagi kerja separuh mahir menyebabkan pekerja tempatan terpaksa berputih mata melihat warga asing memonopoli pekerjaan namun terdapat segelintir belia yang sanggup berusaha dengan berniaga mencari rezeki masing-masing.

Susulan situasi berkenaan ia menyebabkan golongan belia ini terpaksa mengambil inisiatif menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar Lembah Klang mendapati ada kebenaran bahawa golongan belia terpaksa bekerja sendiri, berniaga dan sebagainya.

Bagi Muhammad Afzan Ismail, 27, walaupun mempunyai ijazah daripada universiti tempatan, dia terpaksa bekerja sebagai operator kilang kerana tidak mendapat kerja dalam bidang yang dipohonnya.

"Saya berhenti kerja sebagai operator kilang kerana gaji yang tidak setimpal untuk menampung kos sara hidup. Sekarang saya telah buka perniagaan nasi kukus secara kecil-kecilan dan pendapatan purata bulanan tinggi sedikit berbanding di kilang," katanya.

Kata Muhammad Afzah, seharusnya kerajaan lebih prihatin dengan masalah belia terutama dalam memulakan hidup selepas tamat belajar.

Bagi peniaga kelapa muda, Jamaluddin Mohd Zain, 30, menyatakan komitmen pekerja tempatan berbanding pekerja warga asing adalah sangat berbeza.

"Macam mana nak kerja kilang kalau gaji tak cukup untuk menampung kehidupan sebulan dengan rumah sewa, pengangkutan dan makan minum.

"Warga asing datang ke Malaysia, niat mereka memang untuk kerja semata-mata dan makan mereka catu sebab nak hantar wang pulang ke negara asal. Takkan kita di negara sendiri terpaksa catu makan," katanya.

Katanya, lambakan pekerja asing turut mengundang peningkatan masalah sosial di negara ini.

"Cuba pergi buat pemantauan di kawasan-kawasan tumpuan. Saya sendiri rasa seram sebab warga asing ini buat macam perkampungan mereka sendiri," katanya.

Menurut penjaja air, Mohd Hafiz Mohd Jaafar, 31 meminta kerajaan membantu golongan belia yang mahu memulakan perniagaan.

"Mungkin dengan cara memudahkan pemberian lesen berniaga dan tapak untuk memulakan perniagaan.
"Jangan hanya cabar golongan belia untuk ambil alih tugas pekerja asing, tetapi inisiatif dan pendekatan tidak ada," katanya.

Sementara itu, peniaga ayam goreng, Rashid Abdullah Sani, 30 mendakwa, lambakan pekerja asing yang menjadi pesaing kepada pekerja tempatan berpunca daripada permintaan tinggi majikan.

"Majikan tidak mahu gajikan pekerja tempatan kerana terpaksa membayar gaji lebih tinggi berbanding pekerja asing.

"Tidak hairan jika sejumlah 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh akan datang bekerja di negara kita," katanya.

Jelasnya, majikan perlu memberi peluang kepada pekerja tempatan dan bersedia memberi gaji lebih tinggi.

"Sekarang ini nak kerja di pusat beli belah, kedai serbaneka dan stesen minyak pun pekerja tempatan susah nak dapat," katanya.

Manakala bagi peniaga air, Mohd Shahrizal Kidam,38 pula berpendapat, dalam suasana hari ini, gaji bekerja di kilang dan sektor pembersihan tidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kalau bujang mungkin masih boleh teruskan kehidupan, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang sudah berkeluarga?

"Kalau gaji setakat RM800 hingga RM900 apa boleh dibeli masa sekarang dengan harga semakin meningkat. Kenaikan sikit, tetapi impak dia kepada warga kota cukup tinggi," katanya.

Mukhriz diminta tidak belakangkan parti

Posted: 17 Feb 2016 03:05 AM PST


Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir


KUALA TERENGGANU – Veteran Umno di negeri ini berharap bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bertindak membelakangkan parti serta melakukan perkara yang boleh merugikan Umno dan BN.

Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Terengganu, Datuk Ahmad Sidi Ismail berkata, ia berikutan kenyataan Mukhriz sebelum ini bahawa beliau tidak akan berdiam diri yang seolah-olah menggambarkan Mukhriz akan terus lantang mengkritik kepimpinan.

Beliau berkata, Mukhriz sepatutnya menerima hakikat dan tidak sepatutnya mengkhianati parti dengan cara yang boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Umno dan BN.

"Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tetapi kita harap terimalah hakikat kerana ada masa kita naik dan turun. Situasi yang berlaku kepada Mukhriz ini turut berlaku di tempat lain. Apa pun yang berlaku, kita pandang demi kepentingan parti.

"Mukhriz masih muda dan kita harap politik beliau tidak berakhir dengan tindakan meletak jawatan.
Sebagai pemimpin muda, kita harap beliau beri keutamaan kepada parti," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, apa yang berlaku di Kedah baru-baru ini memperlihatkan keputusan ramai khususnya dari semua ketua Umno bahagian di Kedah yang mendesak beliau supaya berundur.

"Walaupun ada orang kata mereka yang menentang Mukhriz itu dibayar, saya rasa tidak semudah itu kerana jika dibayar, tidak semua akan bertindak begitu kerana sebagai pemimpin, kita juga ada maruah. Tidak semudah itu.

"Jadi, saya harap orang muda kena belajar dalam politik. Sebagai orang parti, tidak boleh bertindak bertentangan dengan parti," katanya.

Beliau turut berharap pemimpin muda tidak cepat berputus asa terhadap cabaran dalam politik kerana masa depan mereka masih jauh.

Jelasnya, walaupun hari ini terpaksa berdepan dengan cabaran sedemikian, tidak mustahil seseorang itu akan mendapat tempat lebih baik pada masa akan datang.

Apa yang penting katanya, semua pihak perlu bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan yang berlaku dalam politik.

"Jangan kita ingat kita boleh pegang jawatan sampai bila-bila. Macam nyawa, bila-bila sahaja kita boleh mati. Kita mesti ada keyakinan macam itu. Kalau kekal alhamdulillah kerana kita bergantung pada sokongan orang dan pucuk pimpinan," katanya.



Zeti tidak akan sambung khidmat sebagai gabenor BNM

Posted: 17 Feb 2016 03:03 AM PST

SINAR HARIAN


Zeti Akhtar
Zeti Akhtar Aziz


KUALA LUMPUR - Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata beliau tidak akan menyambung khidmat untuk satu lagi penggal sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Proses mencari pengganti sedang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga BNM yang terdiri daripada pengarah bebas daripada sektor swasta.

"Saya tidak mempunyai kebebasan untuk membincangkan perkara itu. Pengumuman mengenai pengganti saya akan dibuat tidak lama sekali. Ia sudah tentunya akan berlaku," kata Zeti kepada pemberita selepas melancarkan Platform Akaun Pelaburan (IAP), di sini, hari ini.

Menurutnya, meskipun proses pengganti beliau sedang dijalankan, beliau tidak menerima sebarang permintaan agar terus kekal memegang jawatan itu.

"Sudah pastinya Gabenor seterusnya perlu mempunyai latar belakang dan keupayaan berkaitan, terutamanya pada waktu seperti ini agar peralihan boleh diuruskan dengan baik.

"Individu boleh datang dan pergi," katanya sambil menambah beliau merancang untuk berehat seketika dan kemudiannya mula menulis.

Zeti juga berkata beliau akan terus menyokong inisiatif pendidikan seperti Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Kewangan Islam, Pusat Kepimpinan dan Tadbir Urus dan sekolah perniagaan baharu yang akan bermula tahun ini.

"Saya tidak akan memegang apa-apa jawatan sudah tentunya," katanya.

Mengenai soalan sama ada ahli politik boleh menjadi Gabenor akan datang, Zeti berkata tidak ada ahli politik yang menganggotai lembaga pengarah mana-mana institusi kewangan, "apatah lagi bagi Bank Negara.

"Setiap negara memerlukan organisasi seperti bank pusat yang tidak mempunyai sebarang agenda politik. Ia harus kekal fokus memastikan kestabilan makroekonomi, kewangan dan ekonomi.

"Jadi dasar ekonomi dan kewangan akan ditumpukan untuk mencapai apa yang menjadi kepentingan terbaik negara," katanya, sambil menambah BNM sentiasa dihormati dan beliau menjangkakan tanggapan ini akan berterusan.

"Saya percaya bank pusat telah menjadi satu organisasi yang kukuh. Ia mempunyai kekuatan institusi, daya tahan dan diasaskan kepada undang-undang yang sah.

"Akta Bank Pusat memberikan kuasa yang luas dan juga kebebasan. Dengan itu, kami bertanggungjawab bagi keseluruhan mandat seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Akta tersebut," katanya.

Mengenai Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Zeti berkata, notis nasihat yang dikeluarkan oleh BNM kepada institusi kewangan bukan bank adalah bertujuan untuk memastikan institusi ini terus diurus dengan baik dan melaksanakan peranan tujuan penubuhannya dengan efektif.

"Kami mengeluarkan notis nasihat dari semasa ke semasa. Biasanya, notis-notis ini dikeluarkan sebelum berlaku masalah, jadi sekiranya terjadi masalah, ia boleh ditangani," katanya.

Tabung Haji bukan satu-satunya institusi yang menerima notis nasihat daripada BNM kerana institusi lain turut dikeluarkan notis yang sama, katanya.

"Mereka tidak berada di bawah rangka kerja kawal selia dan rejim kawal selia kami tetapi apa yang berlaku dalam organisasi mereka mungkin akan membawa implikasi sistemik dan berkait dengan institusi kewangan lain," katanya.

Mengenai ringgit, Zeti berkata, prestasi mata wang tempatan itu bergantung kepada perkembangan domestik dan antarabangsa.

"Kami akan mengeluarkan data Keluaran Dalam Negara Kasar suku keempat esok.

"Apa yang penting adalah ekonomi terus berkembang.

"Asas pendasar penting lain ialah kita mempunyai lebihan perdagangan, kita mempunyai lebihan akaun semasa dan rizab kita kukuh.

"Hutang luar kita juga berada pada paras yang sangat terkawal," katanya sambil menambah semua ini merupakan faktor-faktor yang menyokong ringgit.  - Bernama

Wacana ekstremisme agama di Malaysia malam ini

Posted: 17 Feb 2016 03:01 AM PST

Wacana ekstremisme agama di Malaysia malam ini
Wacana ekstremisme agama di Malaysia malam ini


SHAH ALAM – Satu program diskusi ilmiah akan berlangsung pada malam ini yang akan menampilkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Rozaimi Ramli sebagai ahli panel.

Program wacana yang bertajuk 'Ekstremisme Agama di Malaysia' ini akan dikendalikan oleh Amin Idris.

Program ini akan berlangsung di Dewan Seroja, Kelab Golf Perkhidmatan Awam pada jam 8.30 malam ini.

Anda boleh ikuti siaran secara langsung diskusi ilmiah ini menerusi www.sinar.tv dan juga menerusi Twitter @SinarOnline.

Selain itu anda juga boleh layari laman web www.sinarharian.com.my untuk mendapatkan berita terkini tentang diskusi ini.


Misteri kehilangan empat pemuda terjawab

Posted: 17 Feb 2016 02:59 AM PST

Misteri kehilanagan empat pemuda terjawab
Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan selepas terbabas ke dalam parit berkenaan. 
 

SKUDAI - Penemuan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dijumpai terbalik di dalam parit di Kilometer 42 Jalan Mersing-Kota Tinggi, dekat sini merungkai misteri kehilangan empat pemuda yang dilaporkan gagal dihubungi keluarga mereka sejak seminggu lalu.

Kesemua mereka ditemui mati di dalam kenderaan berkenaan selepas dijumpai pekerja ladang kelapa sawit kira-kira jam 8.10 pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, kenderaan berkenaan yang dipercayai dinaiki keempat-empat mangsa disyaki terlibat dalam kemalangan sebelum terbabas ke dalam parit berkenaan.

"Kes disiasat mengikut kes orang hilang dan kita menolak sebarang unsur jenayah di dalam kejadian ini.
Kita juga masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti punca kemalangan.

"Kesemua mayat dibawa ke Hospital Mersing untuk siasatan lanjut dan keluarga mangsa akan membuat pengecaman bagi mengenalpasti identiti mayat," katanya.

Sebelum ini pihak polis menerima empat laporan di Balai Polis Seri Alam pada 11, 12, 15 dan 16 Februari berhubung kehilangan empat pemuda berkenaan yang sedang dalam perjalanan bercuti ke Terengganu.

Kesemua mereka dikatakan bertolak dari Bandar Seri Alam pada 10 Februari menaiki kereta jenis Honda Accord namun gagal dihubungi keluarga kira-kira dua jam selepas perjalanan.


Lelaki cedera ditetak 5 lelaki bertopeng ala samurai

Posted: 17 Feb 2016 02:56 AM PST

Lelaki cedera ditetak 5 lelaki bertopeng ala samurai
Mangsa (terbaring) alami kecederaan parah selepas ditetak dalam kejadian malam tadi.


KOTA BHARU - Seorang lelaki cedera di kepala, tangan dan beberapa bahagian badan ditetak lima lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dan pedang ala 'samurai' di Jalan Kampung Parit, Seterpa Peringat di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Yusoff Sidek, 37, yang bekerja sebagai penjaga rumah didatangi lima lelaki tidak dikenali.

Dipercayai semasa kejadian mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang menjaga rumah milik majikannya sebelum suspek memakai topeng yang digunakan pemotong rumput datang dari sebelah kiri rumah terbabit dan menyerang mangsa dan rakannya.

Rakan mangsa berjaya melarikan diri manakala mangsa ditetak oleh suspek berkali-kali di kawasan belukar berhampiran rumah majikannya.

Mangsa sempat menghubungi salah seorang adiknya memaklumkan kejadian tersebut sebelum dia ditemui terbaring di halaman rumah majikannya dalam keadaan berlumuran darah dan lemah.

Akibat kecederaan yang dialami mangsa, dia kemudiannya di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, polis tidak menolak kemungkinan motif berpunca daripada satu pergaduhan mulut dan tolak menolak antara suspek kira-kira lima jam sebelum kejadian.

"Sebelum itu, lima lelaki menaiki kenderaan pelbagai guna kompak jenis Perodua Alza telah datang ke rumah terbabit untuk menarik kereta majikannya.

"Semasa kumpulan lelaki itu menarik kereta terbabit berlaku pergaduhan mulut dan tolak menolak antara beberapa suspek dengan mangsa dan tuan rumah sebelum suspek melarikan diri," ujarnya.

Beliau berkata, usaha memburu suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan parah.


Terlalu Ramai Tenaga Buruh Asing Boleh Mengancam Keselamatan Negara

Posted: 17 Feb 2016 02:49 AM PST



Oleh : Jofri Jaraiee

 

Industri pembinaan dan juga sektor pertanian di Malaysia amat memerlukan ramai tenaga buruh yang mahir dan separa mahir untuk menjanakan ekonomi negara. Permintaan guna tenaga yang tinggi amat diperlukan dalam semua sektor ekonomi negara.

Memang tidak dinafikan masalah tenaga buruh dalam negara ini amat diperlukan kerana kebanyakan orang tempatan terutama graduan lepasan pendidikan tinggi lebih suka bekerja ditempat yang berhawa dingin dibanding dengan bekerja dibawah terik matahari.

Ini adalah antara masalah yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk bekerja sebagai tenaga buruh walaupun sekarang ini untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat swasta dalam bidang pentadbiran pun susah kerana kebanyakan syarikat memerlukan tenaga mahir dalam bidang industri.

Mungkin disebabkan industri pembinaan dan sektor pertanian amat memerlukan tenaga buruh maka kerajaan Malaysia mengambil tenaga buruh asing dari Bangladesh seramai 1.5 juta orang untuk memenuhi permintaan tersebut.

Sarawak juga tidak terlepas dari masalah kekurangan tenaga buruh terutama dalam sektor pertanian dan juga industri pembinaan. Banyak projek-projek baru yang memerlukan tenaga buruh yang mahir dan separa mahir dalam bidang tersebut. Walaupun ada juga penduduk tempatan yang bekerja dalam bidang tersebut tapi ianya amat sedikit kerana ramai yang bekerja di luar negara seperti negara jiran yang menawarkan gaji yang lumayan dibanding tawaran bekerja di negara sendiri.

Lebih-lebih lagi sekarang ini nilai matawang Malaysia jatuh kalau dibandingkan dengan nilai matawang asing yang tinggi. Kebanyakan penduduk tempatan yang bekerja di luar negara adalah yang mahir dalam bidang industri. Mereka lebih suka bekerja di luar negara kerana pendapatan mereka yang tinggi yang dapat menampung pembelanjaan hidup yang semakin meningkat di dalam negara.

Pengambilan tenaga buruh asing yang terlalu ramai boleh menjejaskan keselamatan negara terutamanya apabila mereka datang beramai-ramai dan menjejaskan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

Mereka yang datang beramai-ramai boleh menubuhkan kumpulan atau persatuan diantara mereka yang boleh menyebabkan mereka jadi berani dan boleh bertindak sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi suatu hari nanti.

Apabila perkara ini tidak dikawal dengan baik menyebabkan penduduk tempatan yang sukar mendapatkan pekerjaan akan ramai jadi pengangur dan boleh menyebabkan berlaku pergaduhan antara penduduk tempatan dengan buruh asing.

Mungkin buruh asing itu sanggup menerima gaji yang rendah berbanding dengan penduduk tempatan maka akan berlaku ketidakpuasan hati diantara penduduk tempatan dengan buruh asing boleh mencetuskan rusuhan antara kaum.

Buruh asing yang terlalu ramai datang ke negara ini juga boleh menyebabkan gejala sosial yang tidak terkawal. Apabila mereka ini bebas bergerak dan tidak dikawal dengan baik maka mereka akan bebas melakukan jenayah sekiranya mereka menghadapi tekanan jiwa akibat tekanan hidup dan sebagainya.

Kita mengesa kerajaan Sarawak perlu menggunakan kuasa autonomi imigrasi untuk menghalang perkara ini terjadi kerana masih ramai lagi penduduk tempatan di Sarawak terutama di luar bandar yang ke bandar mencari pekerjaan. Mereka ini juga sanggup bekerja sebagai buruh sekiranya kerajaan memberi insiatif dan juga latihan tenaga buruh yang mahir dalam bidang yang diceburi.

Kerajaan Sarawak perlu mengawal buruh asing mengawal sektor pertanian dan juga industri pembinaan di Sarawak kerana ramai lagi penduduk Sarawak yang boleh dilatih sebagai pekerja mahir dalam bidang berkaitan dengan diberi gaji yang berpatutan dengan kemahiran mereka.

Kita yakin apabila kerajaan Sarawak dapat memberi kemudahan asas serta latihan yang sewajarnya kepada penduduk tempatan yang memerlukan pekerjaan maka kerajaan Sarawak tidak memerlukan terlalu ramai tenaga buruh asing untuk bekerja di Sarawak apabila penduduk tempatan sendiri dapat memenuhi pemintaan dalam bidang tersebut.

Kita mengesa kerajaan pusat mengkaji semula pengambilan buruh asing datang ke Malaysia dengan pengambilan yang terhad agar peluang rakyat Malaysia untuk bekerja tidak terjejas dengan kedatangan mereka yang terlalu ramai.

Kesimpulannya pengambilan tenaga buruh asing yang terlalu ramai dari Bangladesh tidak diperlukan bekerja di negara ini sekiranya kerajaan dapat memberi peluang serta latihan kemahiran yang sewajarnya kepada penduduk tempatan yang masih ramai menganggur dengan gaji yang berpatutan agar mereka inilah yang boleh digunakan sebagai menjanakan ekonomi negara.

Lagu ‘Kami Nak Najib Undur’ bergema lagi di Stadium Darul Aman

Posted: 17 Feb 2016 12:49 AM PST

 
Meskipun penyokong Helang Merah diberikan 10,000 tiket percuma, peminat bola sepak negeri itu masih memprotes penyingkiran Mukhriz.
 
 
 
najib-undur,tiket


PETALING JAYA: Perlawanan persaingan Liga Super antara Kedah menentang Terengganu di Stadium Darul Aman di Alor Setar malam tadi, digamatkan dengan nyanyian lagu `Kami Nak Najib Undur' oleh penyokong Kedah.

Aksi mereka yang menyanyikan lagu itu dapat dilihat menerusi sebuah rakaman video yang menjadi viral di media sosial.

Visual itu turut dikongsi di laman Facebook chedet.cc dan ditonton lebih 100,000 kali dan mendapat 1,500 perkongsian ketika artikel ini ditulis.

Pengendali laman sosial itu mendakwa, walaupun pada perlawanan itu penyokong Helang Merah diberikan sebanyak 10,000 tiket percuma oleh kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Kedah baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, namun peminat bola sepak negeri itu masih lagi memprotes penyingkiran bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan iringan lagu mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.

fake-tiket

Sebuah laman portal melaporkan antara sebab lain yang menjadi punca lagu itu dinyanyikan ekoran terdapat gambar Ahmad Bashah pada tiket percuma yang diberi.

Bagaimanapun, tiket yang mempunyai imej Ahmad Bashah itu dikatakan palsu dan telah diubah suai.

Dalam perlawanan tersebut pasukan Helang Merah berjaya menewaskan Skuad Penyu itu dengan gol 1-0 hasil jaringan Carlos Kahe pada minit ke-41.

LIHAT VIDEO DI SINI

RAPAT: Isunya gaji, bukan rakyat malas

Posted: 17 Feb 2016 12:40 AM PST

Anne Muhammad

 


Kaji semula gaji kepada pekerja tempatan yang sebahagiannya dibelenggu hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) atau berdepan protes massa, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini.

Jurucakap Pertubuhan RAPAT Malaysia (RAPAT) S Bharathidasan berkata isu kemasukan warga Bangladesh yang dicadangkan kerajaan sepatutnya tidak timbul.

Sebaliknya kata beliau apa yang perlu dilakukan kerajaan adalah menilai semula gaji yang diberikan kepada warga tempatan supaya mencukupi bagi menampung kos sara hidup di negara ini.

"Kita nak kerajaan kaji semula gaji yang diberikan. Anak muda kita bukan malas bekerja tetapi gaji yang diberikan tidak mencukupi. Pada masa sama mereka perlu membayar pinjaman PTPTN.

"Lihat semula gaji macam mana, kaji semula gaji mininum. Jangan kata warga tempatan malas, tetapi harus dikaji.

"Kalau kerajaan tetap mahu bawa warga asing masuk ke Malaysia, kami akan adakan protes," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Singapura mahu, Malaysia tidak

Kerajaan baru-baru ini mempertahankan tindakan mahu membawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, kemasukan pekerja itu dibuat secara berperingkat-peringkat berdasarkan permintaan pasaran.

Jelas Bharathidasan sebenarya ramai rakyat di negara ini sanggup bekerja sebagai buruh dan ia dibuktikan dengan sesetengah mereka mencari nafkah di Singapura.

Walaupun menjadi buruh, katanya, mereka sanggup kerana bayaran yang diterima di negara luar berbaloi berbanding apa yang diterima di Malaysia.

"Lihat rakyat kita di Singapura, mereka bekerja biasa-biasa saja di sana tetapi gaji yang diterima jauh lebih baik dari apa yang mereka peroleh di sini.

"Ia membuktikan bahawa rakyat kita bukan pemalas," katanya.

Ditanya mengenai butiran protes yang dirancang itu Bharathidasan berkata RAPAT sedang mengkaji perkembangan semasa isu berkenaan sebelum membuat sebarang langkah lanjut.

Hadir sama pada sidang media tersebut Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).


Ditukar tanpa alasan, Zamihan mahu bertemu menteri

Posted: 17 Feb 2016 12:38 AM PST



OLEH NABIHAH HAMID


Selepas diarahkan tidak meneruskan perdebatan dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Zamihan Mat Zin kini menerima arahan ditukar serta-merta ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa Khamis ini.

Bagaimanapun, menurut Zamihan, beliau akan mendapatkan kepastian daripada KDN dengan berjumpa menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga timbalan perdana menteri, kerana ditukar tanpa alasan.

Malah katanya, sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan di KDN, beliau tidak teragak-agak untuk secara sukarela menamatkan khidmatnya sebagai penjawat awam.


"Saya ditukar serta-merta lapor diri 18 haribulan ini. Saya tidak buat rayuan apa-apa. Saya akan merayu kepada Allah dan Rasul. Mereka tukar saya tanpa alasan.

"Saya akan tanya bos saya dahulu (Zahid). Kalau beliau perlukan khidmat saya di KDN, saya akan kekal. Kalau dia tidak perlu khidmat saya, saya keluar angkat kakilah. Saya keluar sebagai penjawat awam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambahnya, yang sebelum ini ditugaskan khusus menangani isu pelampau agama, meskipun tidak menjadi penjawat awam, beliau masih lagi boleh meneruskan perjuangan sebagai pendakwah.

"Saya tetap boleh berdakwah secara proaktif. Kita ini kerja dengan Allah bukan kerja dengan manusia.

"Saya aktif dengan badan bukan kerajaan (NGO), kita pun banyak program serta tak menang tangan.

"Kita buat program dakwah dan banteras ajaran menyeleweng ini," katanya yang juga presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja).

Terdahulu hari ini, Zamihan mendedahkan wacana ilmu mengenai ekstremisme agama yang menggandingkan beliau dan Asri dibatalkan pada saat-saat akhir ekoran arahan daripada pimpinan tertinggi negara.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim pun sedia maklum, (debat) pada 17 haribulan itu, atas arahan pimpinan tertinggi negara, dibatalkan," katanya yang enggan mendedahkan siapa kepimpinan tertinggi yang dimaksudkan.

Sementara itu, Zamihan berkata, beliau mengesyaki punca penukaran beliau ke Jakim adalah kerana ada pihak yang mahu menutup suaranya.

"Puncanya, ada orang guna kuasa politik dia untuk menekan ketua jabatan saya, supaya saya ini jangan bersuara dan jangan lawan menteri.

"Apa yang saya hendak bincangkan, wacana ilmiah ini, untuk ilmu. Bukan saya pertahankan hak peribadi atau benda yang remeh temeh," katanya.

Sebelum ini, Zamihan dan Asri dilihat sering berhujah dan bertikam lidah di media sosial dan ketika berceramah.

Ia membuatkan Shahidan mengambil inisiatif cuba meredakan keadaan yang meruncing dan menimbulkan kegusaran umat Islam dengan menemukan mereka dalam satu perdebatan terbuka.

DAP saran ahli Umno hadir kelas bahasa Inggeris

Posted: 17 Feb 2016 12:20 AM PST

MALAYSIAKINI




Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini membidas kelemahan linguistik bahasa Inggeris yang dikuasai oleh pemimpin Umno dan tentera siber parti itu yang salah tafsir kenyataannya mengenai bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Sambil menyindir beliau berkata apa yang dikenali sebagai "graduan Universiti Umno", sama ada menteri, ketua-ketua biro kebangsaan atau tentera siber parti itu perlu mengikuti pelajaran Bahasa Inggeris dan menggilap tahap pemahaman mereka supaya tidak terus membuat kesilapan itu pada masa depan.

Beliau merujuk laporan di blog Umno yang mendakwa timbalan presiden Umno itu adalah rekrut terbarunya dalam agenda 'Selamatkan Malaysia' sehingga yang mendorong Muhyiddin membuat penafian.

"Saya tidak pernah kata bahawa Muhyiddin adalah rekrut terbaru saya semasa ucapan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Pakatan Harapan, Johor pada malam Ahad lalu," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Lim, hanya mereka yang paling bodoh dan tidak memahami bahasa Inggeris akan membuat kesimpulan seumpama itu.

Mengimbas kembali ucapannya, Lim berkata, beliau berkata "Rekrut terbaru untuk agenda Selamatkan Malaysia adalah tidak lain daripada bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pagoh yang mahu rakyat negara ini supaya bersatu untuk Selamatkan Malaysia daripada menjadi negara gagal."

Menurut Lim yang juga adalah ahli parlimen Gelang Patah, dirinya tidak mempunyai monopoli terhadap konsep dan jenama "Selamatkan Malaysia" sambil menambah bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat yang patriotik termasuk tiga juta ahli Umno untuk melindungi negara.

"Sama ada kempen Selamatkan Malaysia dari dalam atau luar Umno boleh mencari titik pertemuan, hanya masa akan menentukan," katanya.

Muhyiddin semalam membuat penafian bahawa beliau adalah antara rekrut terbaru DAP dalam perjuangan parti itu untuk "Selamatkan Malaysia" dan berkata kenyataan berkaitan perkara itu oleh Lim adalah pandangan peribadi beliau.

"Saya tidak pernah direkrut oleh sesiapapun untuk menegakkan kebenaran.

"Apa yang saya suarakan selama ini adalah lahir daripada kesedaran saya sendiri mengenai nasib yang menimpa rakyat dan negara.

"Saya amat memahami perasaan rakyat yang bimbang dengan apa yang akan terjadi kepada Malaysia sekiranya pelbagai krisis yang melanda negara ekoran masalah kepimpinan perdana menteri berterusan. Kerana itulah saya mengambil pendirian untuk bersuara," katanya.


Isu ahli majlis sengaja diperbesar, kata SU Azmin

Posted: 17 Feb 2016 12:13 AM PST

Shakira Buang  




Dakwaan sekumpulan pemimpin cabang PKR bahawa Datuk Seri Azmin Ali tidak mengikut garis panduan bagi pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disifatkan tidak berasas.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata ini kerana semua lantikan ahli majlis telah selesai dan tiada isu melainkan ia sengaja diperbesarkan pihak tertentu.

"Tuduhan tak berasas. Semua pelantikan ahli majlis telah selesai dan mereka dilantik pada 16 Januari lepas.

"Ada 15 lagi yang masih belum di beri watikah kerana urusan pentadbiran seperti pertukaran nama calon baru oleh parti, pertukaran alamat dan insolvensi. Tiada isu pun melainkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini sekumpulan pimpinan cabang PKR Selangor mendakwa Azmin tidak mengikut garis panduan dalam melantik ahli majlis.

Setiausaha PKR cabang Kelana Jaya Murali Subramaniam mendakwa, Fasal 4 Pekeliling Setiausaha Kerajaan Selangor menyatakan bahawa ahli majlis mestilah bermastautin di kawasan mereka berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun.

Murali bagaimanapun mendedahkan seorang ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dilantik walaupun namanya tidak dicadangkan oleh Cabang Kelana Jaya dan bermastautin di SS 2, Petaling Jaya.

Dakwanya, garis panduan PKR turut menyatakan cabang sepatutnya menamakan calon mereka kepada pimpinan negeri sebelum disahkan oleh pimpinan pusat, namun ia tidak berlaku.

Selain itu, bekas ketua Pemuda PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin mendakwa Azmin membelakangkan cadangan ahli majlis daripada cabang tertentu kerana sifat dendam akibat tidak mendapat sokongan mereka.


Isu pekerja asing: NGO mahu anak TPM tutup mulut

Posted: 17 Feb 2016 12:11 AM PST

Geraldine Tong  




Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS) mahu anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berhenti mengulas mengenai isu pekerja asing atas alasan beliau bukannya mewakili kerajaan.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kenyataan Nurulhidayah itu boleh juga memberi kesan buruk kepada Umno.

"Dia bukan mewakili kerajaan, baik tutup mulut (dan) duduk diam.

"Ayahnya adalah seorang ahli politik. Jangan rosakkan imej parti politik tersebut. Duduk diam.

"Dah cari makan, cukuplah tu, jangan cakap banyak," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Ridzuan berkata, IKHLAS adalah NGO pro-kerajaan tetapi akan bersuara jika isu yang disentuh itu menjejaskan majoriti.

Nurulhidayah sebelum ini berkata memberi pendapatnya bagi menyokong kenyataan bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar belia di negara ini melakukan 'kerja kotor' jika tidak mahu pekerja asing di bawa masuk.

Kerajaan sebelum ini dipalit kontroversi selepas dilapor hendak membawa masuk ramai 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh.

Kementerian Dalam Negeri tidak berapa lama selepas itu bagaimanapun menjelaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.

Zahid Hamidi, malulah sikit

Posted: 17 Feb 2016 12:07 AM PST



Oleh Nik Aziz Afiq Bin Abdul


Melihat kenyataan demi kenyataan "TPM payung terjun" hari demi hari meyakinkan saya sememangnya posisi utama seperti PM, TPM dan MB bagi negeri perlu dilantik melalui mandat rakyat dalam pilihan raya berasingan seperti negara maju.

Bila posisi utama dilantik ikut sedap selera syahwat parti politik tertentu maka yang naik hanyalah para pengampu pada yang lebih atas.

Akibatnya lahirlah peribahasa moden seperti "biar jahat asal menteri" "biar bodoh asal pandai mengipas".


Itu lumrah dan trend bila melihat ramai menteri yang agak cerdik dan berani mengkritik dipecat kerana tak reti buat kelakar.

Kadang-kadang saya rasakan ada satu konspirasi di sebalik tabir antara mereka untuk membuat rakyat ketawa.

Imaginasi saya kuat mengatakan di kalangan menteri ini lakukan undian untuk siapa yang keluarkan kenyataan dan idea kelakar yang boleh menghiburkan rakyat setiap minggu dan bertanding siapa lagi viral.

Atas sebab itu kita mendengar dari mulut mereka jenaka seperti "harga gula dinaikkan sebagai langkah mengawal diabetes", "nasi goreng tanpa GST kerana masak sendiri", "bangun awal pagi jika ingin elak tol", "negara maju akui kehebatan kita kerana itu mahu adakan TPPA dengan kita" dan paling terbaru cabaran untuk anak muda bekerja keras jika tak setuju kemasukan 1.5 juta pendatang asing dari Bangladesh.

Lawak kali ini betul-betul kena "punchline" dan menghiburkan.

Ternyata bakat komedi itu jelas terserlah dan membuatkan rakyat mampu relaks daripada tekanan dan ketawa terbahak-terbahak. Syabas!

Saya tidak anti Bangladesh, malah saya mencintai semua manusia terutama golongan pekerja.
Mereka berhak mencari rezeki dan dibantu.

Namun saya anti pada pencabulan hak mereka ketika bekerja di sini.

Dilayan dengan penuh kezaliman seperti bekerja keras lebih 16 jam sehari, kemudian tekanan kerja tinggi hingga bukan sedikit yang mati ketika dalam tidur akibat jantung berhenti mengejut angkara kerja berat yang melampau,

Belum lagi dilondehkan yang mati di tapak pembinaan, mati dan tersimpan lama dalam peti mayat hospital tanpa diuruskan, juga dahsyat bila majikan merampas pas perjalanan hanya kerana ingin menyekat pekerja ini dari bekerja di tempat lain hingga menimbulkan masalah bila pekerja sakit dan ingin dapatkan rawatan di hospital kerajaan terpaksa ditangkap dan diheret ke imigresen kerana tidak dapat tunjukkan pas pengenalan.

Mereka dilayan bagai binatang maka kemudian kamu kata anak muda manja dan cabar untuk dilayan seperti binatang juga?

Kamu tidak kuatkuasakan hukuman pada majikan yang membayar gaji minima pada pekerja asing yang menyebabkan pekerja asing ada yang mendapat gaji sekitar RM 400 sebulan.

Mereka tak reti nak bersuara dan tuntut hak kerana takut nanti dihantar pulang maka kerana itu menggaji mereka lebih baik daripada menggaji anak muda negara sendiri yang tidak sebodoh menteri.

Ayuh kita ambil masa sejenak dan menyelami pemikiran kapitalis terkutuk iaitu para majikan dan kerajaan boneka payung terjun ini; sekiranya kita temuramah 2 orang anak muda, seorang dari Bangladesh dan seorang dari Semenyih (Selangor).

Anak muda Bangladesh setuju terima RM 400 sebulan dengan kerja berat lebih 16 jam sehari di tempat tinggal penuh kotor dan risiko denggi serta malaria tinggi malah tidak berhak dapatkan rawatan di hospital serta pakej mayat dibiarkan berbulan-bulan sekiranya mati.

Anak muda Semenyih membahaskan mengapa dasar gaji minima tidak dilaksanakan, hak pekerja terabai dan bercadang menubuhkan kesatuan sekerja bagi mengangkat masalah ini ke khalayak umum.

Ayuh fikir jika anda seorang majikan kapitalis terkutuk maka anak muda manakah yang patut anda gajikan?
Maka ini bukan isu anak muda manja, ini isu anak muda tidak sebodoh menteri.

Anak muda hingga hari ini masih berkabung mengenang bulan Mei yang akan tiba tak lama lagi.

Bulan Mei ini genaplah setahun tragedi maruah negara tercalar teruk dengan sikap penuh zalim para menteri kartun apabila 1018 orang pelarian Rohingya dan Bangladesh yang kelaparan dan kebuluran mengharapkan bantuan dihambat keluar menteri kita kembali ke lautan menunggu mati.ini krisis kemanusiaan yang serius.

Maaf ini krisis identiti samada ingin menjadi manusia atau syaitan yang serius dilakukan dan dibiarkan.

Mengapa ketika itu kalian tidak berikan ruang pada 1000 orang ini bekerja sedang mereka hanyalah 0.15% daripada apa yang kamu cuba bawa kali ini?

Seribu orang kamu tak sanggup tolong dan rela tangan kamu basah dengan darah mereka kenapa kali ini terhegeh-hegeh.

Kamu memang tak reti malukah?
 
*Nik Aziz Afiq Bin Abdul merupakan AJK pusat pemuda sosialis PSM.

'Orang Bangladesh dan kita sama di sisi tuhan'

Posted: 16 Feb 2016 11:54 PM PST

MALAYSIAKINI





Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Begitu yang mungkin terjadi di alam maya apabila orang ramai memperolok-olokkan warga Bangladesh selepas kerajaan dilapor mahu membawa masuk 1.5 juta pekerja negara itu.

Tidak selesa dengan perkembangan yang "merendahkan martabat" itu, speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini mengingatkan tentang sasaran sebenar kemarahan itu harus dilepaskan.

"Kebanyakan pekerja hijrahan ini korbankan segala-gala untuk masa depan lebih baik untuk keluarga mereka.

"Eksploitasi pekerjalah yang patut kita kutuk, bukan pekerja-pekerja.

"Tuhan jadikan mereka sama seperti saya dan kamu juga," katanya.



Menulis di Facebook, beliau mahu kritikan itu dilontarkan kepada pihak yang betul.

"Kami mahu cakap tentang punca masalah?

"Boleh saya cadangkan kamu mula dengan Putrajaya," kata anggota Dewan Undangan Negeri Subang Jaya itu.

Kerajaan sebelum ini terpalit kontroversi selepas dilapor hendak membawa masuk ramai 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh.

Kementerian Dalam Negeri tidak berapa lama selepas itu menjelaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan.

Cenderung xenofobia

Sementara itu, pendebat terbaik Asia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (gambar) juga turut meluahkan rasa kesalnya dengan perkembangan itu, yang kini dilihat cenderung ke arah xenofobia atau rasa prejudis terhadap warga luar.

"Tidak salah untuk kita menyuarakan pendapat tentang kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh ke dalam negara kita.

"Tetapi janganlah kita memanggil mereka dengan nama seperti bangsa 'perogol', 'perompak', 'sampah'.

"Perbuatan sedemikian adalah sangat tidak bermoral dan tidak melambangkan nilai seorang rakyat Malaysia," tulisnya di Facebook.


4 remaja hilang ketika dalam perjalanan bercuti ke T'ganu

Posted: 16 Feb 2016 10:26 PM PST

MALAYSIAKINI




Empat remaja lelaki dilaporkan hilang sejak Rabu lepas, ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Alam di Johor Bahru ke Terengganu untuk bercuti.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kesemua mereka yang berusia 21 tahun, dikenali sebagai Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa.

"Siasatan mendapati kesemua mereka bertolak dari Seri Alam di Johor Bahru pada Rabu kira-kira 9.30 malam dengan menaiki sebuah kereta Honda Accord untuk bercuti di Terengganu.

"Mereka dipercayai melalui jalan Johor Baharu-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk ke lokasi percutian yang masih belum diketahui lokasinya secara tepat.

"Namun, selepas dua jam bertolak, mereka gagal dihubungi melalui talian telefon bimbit masing-masing," katanya dalam kenyataan semalam.

Berikutan kejadian itu, Wan Ahmad berkata kesemua keluarga mangsa terbabit membuat laporan di Balai Polis Seri Alam, semalam.

Sehingga semalam, katanya, kesemuanya masih belum dapat dikesan dan di peringkat ini, tiada sebarang maklumat yang boleh menjurus berkemungkinan ada kaitan dengan unsur jenayah.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa agar tampil membantu siasatan atau menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 dan Hotline Polis IPD Seri Alam di talian 07-3864222.- Bernama


Sumbangan duta China pada SRJK (C) pula tarik perhatian

Posted: 16 Feb 2016 10:22 PM PST

Adrian Wong

 


ANALISIS Selepas lawatan kontroversinya ke Jalan Petaling tahun lepas, sumbangan RM40,000 oleh Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang kepada lapan Sekoleh Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK Cina) pula telah menarik perhatian.

Sekolah-sekolah tersebut terletak dalam kawasan Parlimen Sembrong di Johor dan sumbangan itu dibuat semasa lawatannya ke sebuah bandar kecil berhampiran - Paloh.

Menurut akhbar berbahasa Cina, Huang telah dijemput oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga ahli Parlimen Sembrong, untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di situ Ahad lepas.

Huang menyerahkan cek sumbangan untuk sekolah-sekolah tersebut kepada ADUN MCA Paloh, Teoh Yap Kun, dengan disaksikan oleh Hishammuddin dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong.

Kedua-duanya mengalu-alukan sumbangan itu dengan tepukan dan senyuman.

Bagaimanapun, ada yang merasakan sumbangan itu "yang tidak pernah berlaku sebelum ini" oleh seorang duta asing kepada sekolah Cina tempatan, mungkin terikat dengan pertimbangan strategik oleh sesebuah kuasa asing.

Bagi penganalisis politik Tang Ah Chai, sumbangan berprofil tinggi oleh duta tersebut adalah satu isyarat mesra "wow" masyarakat Cina dan mungkin juga "saranan" kepada kerajaan Malaysia untuk ikut jejak.

Berikutan kebangkitan China sebagai sebuah kuasa ekonomi, Tang berkata, China menghadapi persaingan sengit dari Amerika Syarikat dan Jepun, dan telah bertindak balas dengan secara aktif mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat Cina di luar negara melalui kedutaannya.

Mengetahui bahawa masyarakat Cina amat prihatin dengan pendidikan tetapi kurang sokongan kerajaan, Huang memberi sumbangan kepada SJKC dalam usaha untuk memenangi hati mereka, katanya.

"Selepas melawat Petaling Street, duta itu pergi ke Pulau Pinang. Bukan sahaja Ketua Menteri Lim Guan Eng bertemu dengan beliau, tetapi juga bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon. Ini menunjukkan Huang menjaga hubungan dengan kedua-dua belah pihak.

"Beliau juga telah melawat sekolah persendirian Cina di seluruh negara. Dalam lawatan beliau ke Sekolah Tinggi Chong Hwa di Kuala Lumpur, Huang berkata China boleh memberi sokongan kepada pelajar yang belajar di republik itu.

"Ini boleh dilihat sebagai satu peringatan halus bahawa kerajaan perlu memberi layanan yang adil kepada pendidikan Cina.

"Dia menggunakan cara yang lembut untuk mengingatkan mereka, sambil mengukuhkan hubungan antara masyarakat di China dengan masyarakat Cina Malaysia," kata Tang.

'1MDB, RM2.6b tiada kesan besar pada pilihan raya S'wak'

Posted: 16 Feb 2016 10:20 PM PST

MALAYSIAKINI




Skandal 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion adalah isu yang panas di Semenanjung Malaysia, tetapi tidak ada kaitan langsung dengan Sarawak, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Oleh itu, katanya, isu berkenaan tidak akan mempunyai kesan yang besar pada pilihan raya negeri akan datang.

"Pembangkang sentiasa suka kaitkan isu-isu ini dengan Sarawak, dengan hujah bahawa sokongan kepada Adenan adalah ibarat menyokong (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak).

"Faktanya, isu-isu ini tidak ada kaitan dengan Sarawak atau diri saya.

"Saya tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku itu," kata Adenan ketika ditemu bual dengan Media Chinese International Limited, menurut laporan mysinchew.

Bercakap tentang masyarakat Cina, ketua menteri itu yakin pengundi Cina akan kembali memberi sokongan kepada BN.

"Kawan-kawan saya beritahu terdapat tanda-tanda pengundi Cina akan kembali kepada BN. Kuantiti adalah soalan lain."

Bagaimanapun, katanya, beliau berbuat baik kepada masyarakat Cina bukan kerana mahu memuaskan hati mereka tetapi kerana ia adalah dasar kerajaan negeri.

Dasar itu merujuk kepada pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sijil UEC, peningkatan peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina dan penerimaan graduan sekolah tinggi persendirian menyertai perkhidmatan awam negeri.

‘Hidup Mukhriz’ terpampang di Stadium Darul Aman

Posted: 16 Feb 2016 10:19 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Meskipun Datuk Seri Mukhriz Mahathir bukan lagi menteri besar Kedah, mahupun presiden persatuan bola sepak, namun sentimen penyokongnya nampaknya masih terbawa-bawa.

Pada perlawanan Liga Super antara Kedah dan Terengganu di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam semalam, penyokongnya menaikkan sepanduk "Hidup Mukhriz".

Facebook Mukhriz Mahathir FC memuat naik gambar sepanduk tersebut sejurus perlawanan tamat.

Berang isteri kena raba, buskers terajang warga asing

Posted: 16 Feb 2016 10:13 PM PST

Anne Muhammad



 

Gara-gara kerana terlalu berang dengan seorang lelaki yang dipercayai warganegara Nepal yang didakwa mencabul kehormatan isterinya, vokalis pemuzik jalanan Genji Buskers, Mustam Mustapa membelasahnya sehingga pengsan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan dalam membanteras jenayah yang melibatkan warga asing.
Katanya, kejadian yang berlaku terhadap isterinya itu membuktikan bahawa kebanjiran warga asing di Malaysia menyebabkan negara ini sudah tidak lagi aman.

"Bini (isteri) aku kena raba, korang (menteri) buat apa?

"Isteri saya yang bertudung litup ini menjadi mangsa dipeluk, dicabul," katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Dang Wangi selepas selesai membuat laporan polis malam semalam.

Malaysiakini sedang menghubungi Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi bagi mendapatkan ulasan mereka.

Zamihan ugut letak jawatan jika tiada reaksi positif daripada Zahid

Posted: 16 Feb 2016 09:59 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Belum sempat bersemuka dengan mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, kedudukan Zamihan Mat Zin sebagai pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah pun terjejas.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia baru saja menerima notis pertukaran ke bahagian sumber manusia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan diminta melapor diri Khamis ini.
 
"Jakim sudah keluarkan surat kepada saya, arah bertukar 24 jam ke bahagian sumber manusia.
 
"Bahagian itu tidak ada apa. Tidak ada kerusi dan meja. Yang ada, budak-budak kerani saja. Mereka hendak bekukan saya sebenarnya.
 
"Debat malam 17 Februari. Esok pagi saya kena tukar. Maknanya mereka sudah susun rancangan," katanya dipetik Malay Mail Online.
 
Zamihan berkata buat masa ini beliau menunggu pandangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pertukarannya ke Jakim.
 
Pegawai agama itu, yang terlibat dalam menentang ekstremisme agama, jika Zahid tidak memberikan respon positif, beliau sedia berhenti sebagai penjawat awam.
 
"Kalau beliau tidak respons, saya angkat kaki, saya berhenti sebagai penjawat awam. Saya buat kerja saya sendiri.
 
"KDN menyokong saya kuat sebab saya banyak buat pemulihan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pengedaran dadah, pengganas, melawan militan Islam (IS), Syiah dan banyak lagi.
 
"KDN pun terhutang budi dengan saya. Saya boleh kata begitu," katanya