Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ramai komen hal pekerja asing

Posted: 14 Feb 2016 08:56 PM PST


Mula-mula Union timbulkan isu ini. Kemudian ini pula ...



Dan ada pula kata gaji orang asing pun mahal.

Baca dulu penjelasan pihak berwajib di SINI.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:00 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ASTAGAFIRULLAH AZIM KOTORNYA NEGERI SELANGOR

Posted: 14 Feb 2016 05:02 PM PST

    
    
    
   

SELAMAT DATANG ILUMUNITI FREEMASON KE PULAU PENANG

Posted: 14 Feb 2016 03:58 PM PST


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:42 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Graduan perubatan kecewa lama menunggu penempatan

Posted: 14 Feb 2016 07:49 PM PST

Ratusan bakal doktor terpaksa mencari rezeki dalam bidang tidak berkaitan dengan jurusan perubatan, apabila kes tertangguh selama 2 tahun bagi penempatan latihan praktikal di hospital awam. – Gambar fail flickr, 15 Februari, 2016.Ratusan bakal doktor terpaksa mencari rezeki dalam bidang tidak berkaitan dengan jurusan perubatan, apabila kes tertangguh selama 2 tahun bagi penempatan latihan praktikal di hospital awam. Walaupun berijazah dalam bidang perubatan Oktober tahun lalu, Muhammad Faiz Hassan, 29, melakukan pelbagai kerja rencam dan terlibat dalam fotografi bagi menanggung dirinya.
Beliau adalah antara ratusan bakal doktor yang terpaksa mencari rezeki dalam bidang tidak berkaitan dengan jurusan perubatan, ekoran kes tertangguh selama 2 tahun bagi penempatan latihan praktikal di hospital awam.
"Saya dengar kami mungkin terpaksa menunggu antara 6 bulan sehingga setahun untuk penempatan," katanya yang kini memohon pekerjaan sebagai pembantu pengajar di sekolah perubatan di Cyberjaya.

Berasal dari Batu Pahat, Johor, Faiz berkata beliau tertekan selepas menerima emel daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) untuk mula melunaskan pinjaman pengajiannya dalam masa 6 bulan daripada tarikh notis. Beliau meminjam RM150,000, jumlah maksimum yang dibenarkan PTPTN bagi menampung yuran pengajian sebanyak RM300,000.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Ashok Philips berkata, masalah itu berpunca daripada kekurangan tempat akibat pembekuan pengambilan doktor pelatih.
"Terdapat hanya 5,000 kekosongan setiap tahun di 43 hospital seluruh negara sedangkan bilangan graduan perubatan yang dihasilkan adalah sama.
Read More / Baca Lagi >>

MP DAP gesa IGP siasat pihak di sebalik video Sirul

Posted: 14 Feb 2016 07:33 PM PST


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa menyiasat pihak di sebalik rakaman video tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar yang disiarkan media.
Mengulas video yang dilaporkan Malaysiakini sejak beberapa minggu lalu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata pendedahan bekas anggota polis yang berdepan hukuman gantung itu telah meninggalkan soalan yang belum dijawab.
 Walaupun Sirul dilaporkan berkata beliau merancang untuk mendedahkan cubaan mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembunuhan itu, Lim berkata bekas pegawai polis itu perlu menjawab soalan mengenai identiti pihak yang memberikannya arahan.
"Saya juga ingin menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan tangkapan ke atas mereka yang berpakat dengan Sirul dalam menghasilkan video-video "pengakuan" itu untuk menyiasat siapa arah bunuh Altantuya," katanya dalam kenyatataan media.

TI-M kata orang paling berkuasa di M’sia ialah Peguam Negara

Posted: 14 Feb 2016 07:32 PM PST

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pendakwaan yang sangat luas kepada Peguam Negara termasuk mendakwa Raja-Raja dan Perdana Menteri.
AG
KUALA LUMPUR: Kuasa Peguam Negara mengikut Perlembagaan Persekutuan wajar disemak bagi memastikan risiko salah guna kuasa dan korupsi institusi itu diminimumkan.
Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar, berkata Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pendakwaan yang sangat luas kepada Peguam Negara.
"Pada saya, orang yang paling berkuasa di Malaysia ialah Peguam Negara. Peguam Negara berhak mendakwa sesiapa sahaja mengikut budi bicaranya.
"Ini termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, apatah lagi Perdana Menteri walaupun lantikannya dibuat Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri," katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT, di sini, baru-baru ini.
Katanya, kuasa adalah korup dan kuasa yang lebih luas bermaksud korupsi yang lebih teruk dan ia boleh menjejaskan aspek integriti dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia.
Akhbar turut menimbulkan situasi di mana Peguam Negara boleh memilih melindungi pesalah, meskipun kertas siasatan daripada agensi penguatkuasaan menunjukkan fakta kes adalah prima facie berlakunya jenayah.
"Bagaimana agensi penguatkuasaan kata ada kes dan bacaan Peguam Negara juga ada kes, tetapi Peguam Negara memilih untuk tidak mendakwa?
"Perkara ini boleh berlaku kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan Peguam Negara untuk berbuat demikian dan sekali lagi isu integriti menjadi perdebatan," katanya

Jangan jadikan OSA pelindung jenayah rasuah - SAMM

Posted: 14 Feb 2016 07:28 PM PST


CheGuBardCheGuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk cadangan Peguam Negara untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan sebagai hukuman.
Pengasasnya Badrul Hisham Shaharin atau Che'GuBard berkata, cadangan semberono itu tidak sepatutnya dikeluarkan sekiranya pemimpin negara benar-benar mempunyai iltizam politik yang tinggi untuk menghapuskan unsur-unsur korupsi dalam pentadbiran kerajaan.
"SAMM bersetuju sekiranya OSA ini hanya terpakai untuk perkara-perkara membocorkan maklumat yang bersifat pengintipan dan risikan, membocorkan rahsia sehingga boleh membahayakan nyawa orang ramai dan keselamatan dan pertahanan negara.
"Tetapi OSA tidak boleh digunakan untuk melindungi jenayah korupsi. Tidak kira sama ada korupsi dan salah urus tadbir itu berlaku di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan malahan dalam parti politik sekalipun, ia harus ditentang dan dilawan," tegas beliau.
Che'GuBard menyarankan Peguam Negara meminda dan memperkemaskan lagi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) bagi membasmi kegiatan korupsi dengan lebih tuntas agar kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah tidak terus merudum.
Peguam Negara juga, tambah beliau perlu mengemukakan kepada kabinet dan parlimen satu pindaan undang-undang yang melindungi pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pelaku rasuah.
"Jika kerajaan pemerintah tidak melakukan sebarang kesalahan atau korupsi, mengapa harus takut dengan pendedahan maklumat? Apa yang perlu disorokkan daripada pengetahuan umum?
Read More / Baca Lagi >>

Audit gaya hidup suspek untuk lawan rasuah, kata Dr Mahathir

Posted: 14 Feb 2016 07:27 PM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cara terbaik untuk suruhanjaya anti rasuah bertindak ialah dengan mengaudit cara hidup suspek. – Gambar fail The Malaysian Insider , 15 Februari, 2016.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan pihak berkuasa menjalankan audit ke atas gaya hidup suspek bagi memastikan sama ada mereka hidup di luar kemampuan atau tidak, menyatakan hanya itu caranya membawa ahli politik yang mengamalkan rasuah ke muka pengadilan.
Beliau berkata, tiada siapa yang akan tampil ke hadapan memberi keterangan terutamanya apabila sesuatu kes rasuah itu melibatkan bos mereka dan orang yang berkuasa.
"Cara terbaik untuk suruhanjaya anti rasuah bertindak ialah dengan mengaudit cara hidup suspek. Adakah mereka hidup mengikut kemampuan mereka? Jika ia di luar kemampuan mereka, satu siasatan menyeluruh perlu dibuat ke atas semua sumber pendapatan suspek," kata Dr Mahathir dalam posting terbaru di blog beliau.

"Persaingan mendapatkan kontrak oleh sektor swasta mewujudkan peluang rasuah. Semakin besar kontraknya, semakin besar jumlah suapan haram yang ditawarkan. "Pembuat keputusan mengutip banyak wang. Mendapatkan bukti atau keterangan untuk kes-kes rasuah sangat sukar. Tiada kontraktor akan tampil ke hadapan memberi keterangan kerana beliau akan 'ditanda' dan kontrak perniagaan dan masa depannya akan terjejas."

Beri agensi penguatkuasaan kuasa autonomi – Akhbar Satar

Posted: 14 Feb 2016 04:54 PM PST

Kuasa autonomi agensi penguatkuasaan termasuk kuasa mendakwa penting bagi memastikan adanya semak dan imbang dalam institusi kerajaan.
akbar-satarrasuah
KUALA LUMPUR: Transparency International-Malaysia (TI-M) mahu agensi penguatkuasaan diberikan kuasa autonomi menerusi undang-undang supaya dapat menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan.
Presidennya, Datuk Akhbar Satar, berkata kuasa autonomi sesebuah agensi penguatkuasaan termasuk kuasa untuk mendakwa penting bagi memastikan adanya semak dan imbang dalam institusi kerajaan.
Katanya, perkara berkenaan adalah sebahagian daripada isu integriti dalam kerangka sistem urus tadbir kerajaan yang perlu diberi perhatian.
"Selain kuasa autonomi, bajet yang bersesuaian perlu diberikan kepada agensi penguatkuasaan ini supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Tak perlu rujuk Peguam Negara.
"Ini bukan isu keperluan fikiran bebas Peguam Negara dalam menimbang sesuatu perkara dalam sistem keadilan jenayah, tetapi sekiranya fakta membuktikan ada kesalahan, tindakan segera boleh diambil," katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT di sini, baru-baru ini.
Akhbar berkata, kerangka operasi agensi penguatkuasaan sedia ada seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan lain-lain masih lagi di bawah kerajaan sepenuhnya.
Katanya, perkara sedemikian menyebabkan salah laku oleh kepemimpinan tertinggi kerajaan boleh berlaku akibat ketirisan sistem berkenaan.
"Bayangkan, gaji masih dibayar kerajaan dan pegawainya juga adalah lantikan kerajaan. Memang boleh ditukarkan bila-bila masa dan ini mengganggu siasatan seperti pertukaran pegawai kanan SPRM tahun lalu," katanya.

Need for a separate office of Public Prosecutor

Posted: 14 Feb 2016 04:52 PM PST

Conflict of interest in Attorney-General's post means whoever is appointed will also suffer Apandi's fate
Wan-Saiful-Wan-jan,apandi-ali
By Wan Saiful Wan Jan
Lately the Attorney-General Tan Sri Apandi Ali has been in the news quite a lot. Just a few days ago he was quoted in Sin Chew Daily saying that he is unhappy about leakages of government secrets.
He was even quoted to have said "in some countries leaking official secrets is a serious offence such as China where it carries the death sentence."
It is understandable that official secrets must be protected. But targeting just those who leak sensitive information is the wrong move. Let me remind Apandi that China executes not just those who leak official secrets. The list includes those found guilty of financial fraud and illegal fund raising too.
However to be fair, I think Apandi's challenges are much bigger. He has to climb a very steep mountain to gain public trust because the trust deficit against him is enormous.
It does not matter if he is the most honest and the most professional person on earth. Public perception is not with him. Many are alleging that he was appointed solely to close the investigations surrounding the Prime Minister.
It does not matter if this allegation is slander. The criticisms against Apandi are getting louder by the day and no matter what he does some people will continue to not trust him.
To me the root cause of this situation is the potential conflict of interest that exists in the office of the Attorney-General. It is not about Apandi personally. I am pretty sure that whoever is appointed as the Attorney-General will suffer the same fate as Apandi today because of that conflict.
The conflict of interest is caused by the fusion of two roles into one office. The Attorney-General provides legal advice to the government and at the same time decides whether or not to prosecute a case. The conflict would occur if the person being investigated is in government. If the Attorney-General is advising that person in government, many people will doubt his independence when deciding whether or not to prosecute that same person.
Read More / Baca Lagi >>

Mencari Mat Tunjang Enterprise

Posted: 14 Feb 2016 04:45 PM PST

A Kadir Jasin
LAMA sudah tidak berseloka
Gurindam pantun penghibur lara
Ramai pembahas tertanya-tanya
Mat Tunjang Enterprise ke mana perginya.
Saya pun rasa bimbang juga
Mat Tunjang lama tak bercerita
Tiada pesan, khabar dan berita
Menghilangkan diri entah ke mana.
Kita hanya boleh berdoa
Mat Tunjang sihat sejahtera
Kuat badan akal sempurna
Cari makan pelihara keluarga.
Nak tanya Mat Tunjang pasai Danok
Tempat ramai dok pi seronok-seronok
Betoi ka duit kita depa tak berapa tengok
Pasai nilainya dah banyak terperonyok?
Dulu duit kita bukan main hebat
Depa terima ringgit tolak baht
Tak kira leguh atau sakit urat
Abang mai duduk adik buat ubat.
Ada orang buat cerita
Abang seronok adik gembira
Duit kita mereka tak berapa suka
Baht dah balik jadi pilihan utama.
Teringat cerita seorang kawan
Hal berlaku di negeri Kelantan
Kepada dua orang kawan taulan
Yang sangat suka seberang sempadan.
Pergi Golok makan tomyam
Rasanya sedap tidak terkira
Tidur malam asyik meragam
Chef tomyam amatlah menggoda.
Pergi Golok waktu malam
Sembunyi sini sembunyi sana
Bila dah puas makan tomyam
Kahwin pula dengan pembuatnya.
Perdana Menteri pula ke Southern California
Ikut cerita jumpa pelajar kita di sana
Ada sebuah lagu zaman saya muda
Read More / Baca Lagi >>

Politik pemimpin bebal kepada pemimpin berilmu

Posted: 14 Feb 2016 04:38 PM PST

Saufi Arif

Masyarakat Malaysia perlu sentiasa diingatkan akan kehancuran dan kemusnahan yang berlaku dalam seisi masyarakat adalah kesan daripada kepimpinan pemimpin bebal. Hal ini terjadi kesan daripada proses pembuat keputusan melalui kejahilan dan kebebalan manusia yang diangkat menjadi pemimpin manusia.
Pernyataan di atas bersamaan dengan hadis daripada Abu Hurairah; Nabi Muhammad bersabda: "Apabila amanah dipersia-siakan,tunggulah saat kehancuran. Maka sahabat bertanya, "Bagaimanakah amanah itu dipersiakan?
Jawab baginda:"Apabila diserahkan urusan kepimpinan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak), maka tunggulah saat kehancuran." (Riyawat al-Bukhari)

Oleh itu, sudah tiba masanya kini, demi merubah Malaysia ke arah yang lebih baik, jawatan dalam persekutuan, negeri dan juga peringkat kerajaan tempatan perlu diisi pemimpin berilmu bukannya jawatan tersebut diberikan kepada orang politik yang hanya kerana kepentingan politik. Politik pemimpin berilmu adalah proses meletakkan golongan ilmuwan sebagai ketua kerana faktor keluasan pengetahuan untuk mentadbir dan memahami resah gelisah rakyat marhaen. Sifat utama yang harus ada sebagai seorang pemimpin berilmu adalah rajin membaca serta tangkas dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.
Jujur dapat kita lihat pada hari ini, ramai pemimpin banyaknya daripada golongan bisnes. Jadi perkara ini menjadi bual mulut masyarakat di mana, mereka menjadi pemimpin hanya untuk mengumpulkan kekayaan sepanjang memegang amanah rakyat.
Perkara ini tidak dapat dihindarkan menjadi bual mulut masyarakat selagi mana ramai pemimpin kita pada hari ini masih duduk selesa di dalam rumah yang tersergam indah namun masyarakat masih terkial-kial mencari makna perkataan keselesaan kehidupan. Ye, tidak dinafikan kita sudah maju berbanding dengan tahun permulaan pembangunan negara Malaysia, namun di sebalik kemajuan tersebut, masih terselit di celahan bangunan mewah wujudnya masyarakat miskin yang berjuang mencari sesuap nasi.
Read More / Baca Lagi >>

1.5 juta lagi warga Bangladesh bakal ‘rampas’ rezeki rakyat Malaysia

Posted: 14 Feb 2016 04:35 PM PST

Bersungguh-sungguh pemimpin negara mempertahankan tindakan membawa masuk 1.5 juta lagi rakyat Bangladesh untuk bekerja di Malaysia.
Ironinya, pemimpin yang beria-ia mahu membawa warga Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia datangnya daripada parti berideologikan nasionalisme Melayu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Putrajaya membawa masuk lagi 1.5 juta lagi warga Bangladesh kerana rakyat Malaysia tidak mahu bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan.

Sedangkan, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebelum ini mencadangkan, lebih baik Putrajaya membekalkan latihan secukupnya dan gaji setimpal kepada pekerja separa mahir tempatan untuk diserapkan ke dalam sektor yang ketika ini kurang diminati warga Malaysia. Menurut MTUC, langkah membawa masuk 1.5 juta lagi warga Bangladesh bertentangan dengan polisi negara untuk hanya mempunyai 15% pekerja asing dalam tenaga kerja menjelang 2020.
"Beribu-ribu pekerja dari Malaysia merantau ke Singapura setiap hari bagi menyara hidup. Kenapa?
"Siapakah yang banyak melakukan kerja-kerja separa mahir ini di Singapura?" soal Setiausaha Agung MTUC N. Gopal Kishnam.
Gopal berkata, walaupun bekerja dalam sektor separa mahir, disebabkan imbuhan yang dibayar tinggi dan setaraf dengan kerja tersebut, maka rakyat Malaysia sanggup berulang-alik ke negara jiran.
"Mereka ini bukan sahaja profesional, malah juga terdiri daripada golongan yang terkandas dalam pelajaran dan pekerja am," katanya.
Jadi adakah motivasi membawa 1.5 juta lagi warga Bangladesh ke Malaysia hanya kerana keuntungan semata-mata?
Apabila kampung diambil alih Bangla
Beberapa minggu lalu penulis dan beberapa orang teman sempat menjenguk kehidupan masyarakat Melayu di kawasan pedalaman di Selangor.
Selain daripada bergelumang dengan kemiskinan, di antara yang masalah utama mereka kini ialah punca rezeki sudah mula diambil alih warga asing.
Seorang lelaki berusia 50 an yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Mat berkata, kedai runcit kecil miliknya kini terpaksa bersaing dengan 4 lagi kedai milik warga asing di kampungnya.
Disebabkan itu, jualannya kini semakin berkurangan dan keuntungan yang diperolehnya terlalu kecil hanya sekadar cukup makan.
Lebih mengejutkan lagi, seorang pemuda menceritakan kepada kami, warga asing kini turut bersaing dengan mereka sebagai nelayan!
Read More / Baca Lagi >>

Tak perlu terkejut dengan permintaan terhadap warga asing

Posted: 14 Feb 2016 04:32 PM PST

Pekerja asing ada di sekeliling kita.Siapa yang menyapu daun-daun pokok dan sampah di tepi jalan? Siapa yang menjadi juruwang di kedai-kedai makanan segera? Siapa yang sedang panjat tinggi itu di kawasan pembinaan MRT? Siapa yang tengah baiki jalan berlubang di jalan raya? Siapa yang sedang mencuci tandas di RnR lebuhraya? Siapa yang sedang bersidai panas mengangkut konkrit membina sekolah dan hospital? Siapa yang sedang menjual barang-barangan ciplak di Petaling Street dan sekitar Sogo dan Kuala Lumpur? Siapa yang sedang menghantar makanan pesanan ke rumah ketika hujan? Siapa yang sedang menjadi tukang kutip sampah di kawasan perumahan? Siapa yang sedang menjadi tukang masak dan bancuh air di kedai-kedai makan biasa? Siapa yang sedang menjaga kedai serbaneka 24 jam seperti 7-Eleven? Ada siapa orang Malaysia yang mahu anak mereka bekerja di bawah panas terik? Ada siapa orang Malaysia yang tidak mahu anak mereka kerja senang-lenang – sekurang-kurangnya duduk di ofis? Ada siapa orang Malaysia yang mahukan anak dia terima gaji rendah, selain kerja dengan kerajaan? Hakikatnya, rakyat Malaysia kini, dalam kata yang lebih sedap didengar, lebih mementingkan gaji dan di mana seseorang akan bekerja. Rakyat Malaysia, jika terpaksa, lebih suka mencari pendapatan berniaga di pasar malam dan online, skim-skim ala-cepat kaya dan kerja bergaji rendah di tempat berhawa dingin daripada kerja-kerja pembinaan dan membersih yang susah dan kotor. Jadi, tak perlu terkejut kalau kerajaan menyatakan bahawa negara ada permintaan tinggi untuk warganegara Bangladesh bagi memenuhi pekerjaan rendah yang ada.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Bank Rakyat: Sabbaruddin Chik nafi diberi jawatan supaya tutup mulut

Posted: 14 Feb 2016 04:12 PM PST

Tan Sri Sabbaruddin Chik yang baru dilantik sebagai pengerusi Amanah Raya Berhad nafi jawatan tersebut diberikan untuk menutup mulutnya selepas pendedahan skandal hutang Bank Rakyat 2 tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Februari, 2016.Tan Sri Sabbaruddin Chik yang baru dilantik sebagai pengerusi Amanah Raya Berhad nafi jawatan tersebut diberikan untuk menutup mulutnya selepas pendedahan skandal hutang Bank Rakyat 2 tahun lalu. Tan Sri Sabbaruddin Chik yang baru dilantik pengerusi Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) berkata beliau akan terus mengkritik kerajaan menafikan jawatan tersebut diberikan untuk menutup mulutnya selepas pendedahan skandal hutang Bank Rakyat 2 tahun lalu.
"Tidak jadi masalah, kalau ada salah, saya gasak juga," katanya yang menjadi tumpuan pada 2014 apabila mendedahkan skandal itu melibatkan seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan orang kuat Umno.
Sabbaruddin, pengerusi Bank Rakyat ketika itu, mendedahkan bagaimana peniaga usahawan permaidani, Deepak Jaikishan cuba membayar pinjamannya menggunakan 120 "backdated cheque" (cek undur tarikh).

Pengkritik mendakwa Deepak mempunyai hubungan rapat dengan ahli keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Dalam temu bualnya dengan The Malaysian Insider, Sabbaruddin menafikan cakap-cakap yang jawatan baru di AmanahRaya itu merupakan satu cara menutup mulutnya susulan skandal Bank Rakyat itu.
Sabbaruddin mengakui tawaran tersebut dibuat Najib sendiri, namun menyifatkan ia bukan isu besar kerana beliau tidak mempunyai masalah dengan pemimpin nombor satu negara itu.
Beliau menegaskan hanya tidak berpuas hati dengan Deepak yang mengakibatkan penyingkirannya sebagai pengerusi Bank Rakyat.
"Saya tidak mempunyai isu atau masalah dengan Najib. Saya hanya mempunyai masalah dengan Deepak.
"Saya hanya mengkritik kerana peranan Deepak semasa isu hutang Bank Rakyat dulu," katanya.
Sabbaruddin berkata, sebelum dilantik pengerusi AmanahRaya, pihak Agro Bank juga pernah menawarkannya jawatan pengerusi, tetapi kes mahkamah yang sedang berjalan menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak meluluskan pelantikannya.
Mengulas mengenai jawatan yang diterimanya, Sabbaruddin yang juga bekas setiausaha agung Umno itu berkata, beliau tidak dapat duduk diam dan memandangkan kesihatannya masih mengizinkan untuknya bekerja, beliau menerima jawatan tersebut.
"Saya tidak cara (tidak boleh duduk diam). Boleh saudara bayangkan selama ini saya sentiasa bekerja tetapi tiba-tiba saya tidak bekerja selama setahun lebih.
"Saya ini orang yang sentiasa bekerja, tidak boleh duduk diam," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Zamihan cadang debat tertutup dengan Dr Asri di Bukit Aman

Posted: 14 Feb 2016 04:07 PM PST



Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin Al-Ghari bersetuju agar debat antara beliau dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin diadakan secara tertutup.
Beliau turut mengesyorkan agar debat itu dilakukan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Debat Zamihan Dr AsriBeliau berkata demikian sebagai menjawab gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa program perdebatan tersebut tidak perlu diadakan.
Sebaliknya, beliau meminta diskusi itu diadakan secara tertutup sekiranya wujud keperluan mendesak untuk berbuat demikian.
"Ya, Saya setuju. Disyorkan debat dilakukan sempena persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan atau di Majlis Keselamatan Negara atau di Bukit Aman secara tertutup," kata beliau kepada Malaysia Dateline.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menafikan beliau menjadikan diskusi ilmiah sebagai medan perdebatan antara Asri dan Zamihan.
Shahidan berkata diskusi itu yang bertajuk 'Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Diskusi' mengundang Asri dan Zamihan sebagai anggota panel bagi membincangkan isu berbangkit berkaitan agama secara ilmiah.
Zamihan turut berkata, beliau masih belum menerima surat jemputan diskusi yang akan diadakan pada Rabu ini di Dewan Jabatan Pertahanan Awam, Kuala Lumpur.
"Saya masih belum menerima surat jemputan debat 17 Februari ini. Sambil Shahidan menggunakan kuasa Menteri agar saya dikenakan tindakan tatatertib oleh pegurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana membuat kenyataan media selaku penjawat awam," katanya.
Minggu lalu, Zamihan berkata, beliau akan membongkar segala penyelewengan agama yang menyebabkan Asri dilarang berceramah di Kedah, Selangor dan Johor.

Inilah muka bakal PM Malaysia korang tak lama lagi..

Posted: 14 Feb 2016 10:06 AM PST


Nampaknya makin menjadi-jadi pe'elnya skrg..

JANGAN LUPA pengundi2 Parlimen Bagan Datoh tu... Bila PRU14 nanti jgn lupa undi BN lagi yer...

Biar rakyat M'sia dapat gaji ciput ajer kerana rakyat M'sia MALAS, TAKUT KOTOR & BAHAYA !!!

Posted: 14 Feb 2016 10:02 AM PST


WOWWW !!!... Untung ler gaji pekerja asing BANGLADESH antara RM3,000 - RM3,600 SAHAJA...

Ayuh Zahid !!!.. Punggah jangan tak punggah 1.5 juta pekerja Bangladesh msuk M'sia.. Biar pekerja2 bangla kaya raya, mereka 'rajin' , lebih amanah & lebih taat setia..

ZAHID HAMIDI BERMAIN POLITIK?

Posted: 14 Feb 2016 09:59 AM PST

Menyelesaikan masalah pekerja asing di negara ini bukan dengan cara mencabar belia-belia agar segera menceburi bidang pekerjaan yang kotor, bahaya dan sukar sebagaimana yang dilakukan oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Melontarkan cabaran itu hanya memperlihatkan beliau cuba bermain politik dan terlindung kesungguhan untuk tetap membawa masuk 1.5 juta pekerja daripada Bangladesh ke negara ini.

Isunya ialah selesaikan dulu persekitaran pekerjaan yang memuaskan dan gaji minumum yang munasabah untuk golongan belia dan orang muda menceburi bidang pekerjaan itu sebelum melontarkan cabaran kepada mereka.

Contohnya, ada majikan sendiri yang melakukan diskriminasi dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pengangkutan dan penginapan kepada pekerja asing, tetapi tidak berbuat demikian kepada orang tempatan.

Dalam hal ini, pekerja tempatan yang tidak disediakan kemudahan itu sepatutnya diberikan gaji yang lebih tinggi berbanding pekerja asing.

Hak sebagai warganegara seharusnya berbeza dengan orang asing. Tetapi apabila banyak majikan mengambil sikap pukul rata, sudah tentu menyebabkan anak-anak muda tempatan hilang minat dengan sendirinya.
Jika gaji memuaskan, suasana bekerjanya selesa dan kemudahan sebagai pekerja berpatutan, sebenarnya tidak ada sebab anak-anak muda yang kurang kelulusan tidak sanggup bekerja di sektor 3D iaitu dirty, dangerous, difficult  di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tolak Najib Atas Nama Rakyat !

Posted: 14 Feb 2016 09:53 AM PST

Tun Mahathir - Yang Penting Najib Turun ....Siapa Pengganti, itu Kemudian.

Posted: 14 Feb 2016 09:53 AM PST

Husam Musa : Ceramah Perdana Pengkalan Chepa 12 Feb 2016

Posted: 14 Feb 2016 09:50 AM PST

Mohamad Sabu : Ceramah Perdana : 12 Feb 2016 Pengkalan Chepa

Posted: 14 Feb 2016 09:50 AM PST

PKR gesa Putrajaya laksana gaji minima RM1,500 sebelum suruh belia sertai sektor 3D

Posted: 14 Feb 2016 05:29 AM PST

Putrajaya seharusnya melaksanakan gaji minina sebanyak RM1,500 sebulan dan mengukuhkan kesatuan sekerja sebelum menggesa anak-anak muda menyertai bidang pekerjaan berbahaya, kotor, dan susah (3D), kata PKR.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seharusnya menyedari faktor yang menyebabkan anak-anak muda enggan menyertai bidang yang kini didominasi pekerja asing.
"Gesaan Zahid hari ini agar anak muda mengambil alih kerja-kerja yang diisi pekerja asing cukup menarik tetapi pra-matang.

"Adakah Zahid benar-benar memahami sebab kenapa anak muda hari ini enggan bekerja di sektor perladangan atau mana-mana sektor yang disebut '3D' atau 'Dirty, Difficult and Dangerous' atau 'Kotor, Susah dan Berbahaya'?" katanya, dalam satu kenyataan hari ini.  Fahmi berkata, Putrajaya seharusnya meningkatkan pelaksanaan gaji minima seperti yang dicadangkan pembangkang iaitu RM1,500 sebulan.
Beliau juga mencadangkan Putrajaya perlu memastikan hak pekerja bukan sahaja terjamin tetapi diperkukuh terutamanya dengan menguatkan kesatuan-kesatuan sekerja.
"Memastikan sistem pendidikan vokasional yang menyediakan golongan muda dengan rangkaian atau jaringan industri yang lebih menyeluruh.
"Dan memberi insentif kepada pemodal, pemilik syarikat dan paling penting anak muda untuk mengambil alih kerja-kerja yang dimonopoli pekerja asing, terutama melalui geran untuk meningkatkan teknologi yang diguna dalam bidang-bidang kerja tersebut," katanya dalam kenyataan itu.
Read More / Baca Lagi >>

"UMNO dipenuhi lebih ramai ORANG BODOH.." PENYOKONG UMNO LAGI LAH BODOH !!!

Posted: 14 Feb 2016 03:00 AM PST


Nak tanya kamu... kenapa anak2 muda Malaysia sanggup berkotor, berpanas, berhujan, jammed hingga 2, 3 jam 'jammed' di tambak cari rezeki berkerja di SINGAPURA ??

Cabaran Zahid itu satu cabaran bodoh dan tidak bertanggungjawab sebagai pemimpin No.2 negara.

Posted: 14 Feb 2016 02:59 AM PST


Sebelum anda suruh & cabar rakyat, pemimpin terlebih dahulu sepatutnya berbuat sedemikian utk dijadikan cth kpd rakyat. Kepimpinan melalui teladan..

Belia cabar Zahid hidup bergaji minimum RM920.00 sebulan sptmana yg disarankan oleh PM Najib Razak...

'Kebijaksanaan' PM Malaysia memang tiada tolok bandingannya..

Posted: 14 Feb 2016 02:56 AM PST


Kenapa wajah Mark Zuckerberg tampak lebih 'ceria' bila berjumpa dgn penerima derma RM2.6 bilion berbanding PM S'pore ??...

Label ahli sertai Amanah pengkhianat: Pas perlu ubah perlembagaan parti

Posted: 14 Feb 2016 02:54 AM PST


Pas tidak wajar melabelkan ahli parti itu yang menyertai Amanah sebagai pengkhianat selagi peruntukan yang membenarkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas termaktub dalam perlembagaannya.
Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang berkata, Fasal 15 perlembagaan Pas jelas menyebut tiga sebab yang membolehkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytihar diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.
Ustaz Ahmad Awang"Keluar (Pas) sudah jadi pengkhianat, ini jadi masalah. Kita kena jawab sebab dari segi hukum bukan begitu. Kita bebas nak masuk parti mana pun. Perlembagaan Pas membenarkan.
"Kalau betul itu keputusan Pas, saya berulang kali katakan Majlis Syura atau Dewan Ulamak mesti keluarkan satu keputusan rasmi yang mengatakan bahawa di Malaysia hanya Pas saja jemaah Islam. Siapa yang sudah sertai (Pas) tidak boleh keluar.
"Kalau memang ada keputusan rasmi sudah dibuat, maka Fasal 15 Perlembagaan Pas itu kena diubah. Kalau tidak, buang peruntukan dalam perlembagaan itu, baru selari dengan apa yang diucap. Usah terus beretorik," tegasnya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas program ceramah, Kicau Deeni di Restoran Amjal dekat Universiti Malaya (UM), tengah hari semalam.
Mengulas fenomena 'perang' siber antara ahli Amanah dan baki penyokong tegar Pas di media sosial termasuk di kumpulan WhatsApp, Ustaz Ahmad berkata, serangan emosional mereka dalam banyak keadaan tidak perlu dilayan tetapi persoalan melibatkan hukum memang perlu diberi perbahasan sewajarnya.
"Mereka hukum kita sebagai pengkhianat, terkeluar dari jemaah Islam, mati jahiliah dan halal darah. Itu perlu kita jawab. Kita katakan tuduhan itu semua tidak betul dari segi hukum.
"Inilah cabaran getir buat kita di Amanah. Sentiasa sabar dalam memberi pencerahan kepada mereka yang masih dalam kegelapan. Kita memang sejak awal penubuhan Amanah sebagai wadah baru perjuangan Islam sentiasa menegaskan yang kita bukan nak berperang dengan parti sejarah (Pas).
"Namun tuduhan yang sampai melampaui soal hukum bahkan akidah, itu sama sekali tidak dikompromi. Pas hanya satu parti politik Islam, salah satu daripada jemaah Islam. Tidak lebih daripada itu. Pas bukan agama.
"Sebelum ada Amanah pun, ada parti lain wujud seperti Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia), Hamim (Parti Hizbul Muslimin Malaysia) sebelum ini tahun 70-an, 80-an. Kenapa dulu-dulu, mereka tidak dicop pengkhianat?
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:04 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kekhilafan Sekitar Pelaksanaan 'Hudud' Melalui Usul Bil Persendirian Akta 355

Posted: 13 Feb 2016 10:03 PM PST

Kekhilafan Sekitar Pelaksanaan 'Hudud' Melalui Usul Bil Persendirian Akta 355
Kekhilafan Sekitar Pelaksanaan 'Hudud' Melalui Usul Bil Persendirian Akta 355
1. Membawa usul meminda Akta 355 menerusi Bil Persendirian adalah tindakan di luar keputusan Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah Persekutuan (Bersama Pusat Dan Negeri).
Kenapa tindakan di luar keputusan Jawatankuasa Teknikal Bersama itu dibuat?
Adakah Saudara Mohd Amar dan Saudara Taki tahu dan faham apa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa berkenaan?
Jika anda tahu, mengapa anda berdua tidak menasihati Presiden supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan Jawatankuasa berkenaan?
Anda lebih hebat dari mereka?
Anda tidak merujuk lebih dahulu kepada anggota Jawatankuasa berkenaan?
Kenapa?
2. Usul dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat tanpa dirundingi mahu pun dimaklumkan kepada mana-mana peringkat Pas Pusat, melainkan Presiden yang juga MP Marang yang telah dinasihatkan sebagai pembawa usul.
Oleh kerana itu, tindakan sedemikian tidak dapat diberikan pandangan kedua.
Bagaimana kegagalannya, jika berlaku, hendak dikongsikan dengan parti atau orang lain pada hal ia dibuat secara pintu belakang?
Sehinggakan draf usul itu sendiri mempunyai kesalahan berkait samada kuasa yang hendak dipinda terletak di bawah Senarai Pertama atau Senarai Kedua Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia!
Salah se orang Penolong SUA Pas di waktu itu telah memainkan peranan merangka draf itu, mendapatkan tandangan Presiden dan menyerahkan usul itu ke Parlimen.
Pakar undang-undang juga tidak dirujuk.
3. Kesegeraan itu berlaku kerana dua orang pemimpin Kelantan telah didatangi oleh wakil salah se orang Menteri Pusat yang memberi jaminan usul itu akan diizinkan untuk dibentangkan dalam sidang Parlimen yang sedang berjalan di waktu itu, Mac/ April 2015.
Kedatangan wakil Menteri membawa pesan Menteri untuk bertindak sedemikian ialah sewaktu sidang Dun Kelantan untuk pembentangan Enakmen Jenayah Syariah II(1993) 2015 sedang berjalan pada tarikh 17 hingga 19 Mac.
Sebaik pindaan dibawa iaitu pada 18 Mac, draf usul itu terus ditandatangani!
5. Bahkan, Bil Persendirian berkenaan terus dibawa tanpa menunggu Enakmen yang baru diluluskan itu digazetkan terlebih dahulu.
Satu kegopohan luar biasa tetapi setakat ini, berakhir dengan ketidaksampaian.
5. Sefaham saya, Jawatankuasa Teknikal Bersama Pusat Dan Negeri menetapkan pindaan Akta 355 hendaklah dibawa oleh Menteri atas nama Kerajaan Pusat selepas mendapat perkenan Raja-Raja terlebih dahulu.
Tujuan pindaan diputuskan dibentangkan oleh Menteri atau atas nama Kerajaan Pusat kerana beberapa pertimbangan, yang saya tidak akan panjangkan di sini atas dasar kemaslahatan jangka panjang.
Pertimbangan dan pandangan yang hampir sama telah timbul semasa mesyuarat Pas Pusat.
Termasuk, cukup bilangan MP yang menyokong, perkenan Raja-Raja dan laluan yang paling tepat, berhemah, bukan untuk political mileage dll.
Adakah individu-individu terlibat tidak merasa bersalah kerana mengabaikan pandangan jamaah mereka sendiri?
Selain membelakangkan keputusan Jawatankuasa Teknikal Bersama.
Jika pandangan mereka lebih tepat, kenapa sampai kini usaha itu nampaknya tidak kesampaian?
6. Bagaimana Presiden pada waktu itu begitu yakin usul yang dibawanya akan diizinkan untuk dibentangkan?
Melainkan ada pihak yang memberikan keyakinan itu kepada beliau.
Keyakinan itu sudah pasti dalam bentuk pihak berautoriti dari Kerajaan Pusat.
Soalnya:
A. Siapa pemimpin Pas yang memberikan info tidak tepat dan memberikan keyakinan yang tidak benar itu kepada Presiden?
B. Dari mana pemimpin Pas berkenaan mendapatkan jaminan itu?
C. Apa bentuk jaminan itu? Bertulis, lisan atau apa?
D. Ketepatan atau kekhilafan pemimpin atau pemimpin-pemimpin itu menilai jaminan yang diberi
E. Apakah wujud tipu daya politik dalam jaminan itu?
F. Jika ia tipu daya politik, siapa perlu bertanggung jawab kerana terperangkap dengan tipu daya itu?
7. Usul Bil Persendirian meminda Akta 355 tidak boleh bersandar atas 'tugas kita berusaha membentangkan sahaja. Berjaya atau gagal dibawa bukan tanggungjawab kita' kerana senario dan keadaan adalah berbeza dari Bil Persendirian mengenai isu yang sama yang pernah dibawa oleh MP Marang tidak lama dulu.
Premis kini, adanya laluan oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno berikutan wujudnya Jawatankuasa Teknikal Bersama dan semangat yang ianya akan berjaya yang telah ditunjukkan oleh ucapan sekian ramai pimpinan Pas Pusat.
'Nak beli rempah kena pergi kedai rempah......', katanya.
8. Implikasi dari membawa Bil Persendirian Akta 355 adalah besar;
A. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama terus terhenti sejak usul MP Marang dimasukkan.
Kenapa?
Mesyuarat terakhir Jawatankuasa berkenaan adalah pada 12 - 14 Februari 2015, iaitu kira-kira sebulan sebelum Sidang Dun Kelantan pada bulan Mac tahun itu.
Sejak itu, Jawatankuasa berkenaan tidak lagi bersidang.
Pada hemat saya adalah kerana kekecewaan sesetengah pihak atas kegopohan Pas yang mungkin didorong oleh pertimbangan politik yang singkat.
Sesuatu yang malang.
B. Pas dilihat begitu mudah dipermainkan.
C. Tindakan Pas dilihat tidak matang.
9. Meletakkan jawatan sebagai cagaran atas gagal berjalannya Enakmen Jenayah Syariah yang diwar-warkan sebagai Hudud bukan ciptaan saya.
Ia adalah janji Saudara MB Kelantan sendiri.
Saya tidak menggesa beliau menunaikan janjinya atas dasar ada orang lain yang lebih ke depan mengambil peranan sehingga apa yang direncanakan gagal pada waktu ini.
Namun, jika orang itu enggan meletakkan jawatan dan enggan pula mengambil tanggungjawab atas kegagalan yang ditempah atas salah perhitungan mereka sendiri, saya tidak dapat berbuat apa-apa.
10. Ada pun isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Saudara Mohd Amar Dan Saudara Taki, saya letakkan respon saya dalam helai yang lain untuk lebih mudah isu ini dinilai dengan pertimbangan yang lebih 'cool'.
Husam Musa 22 Rabiul Akhir 1437/ 1 Februari 2016

Ke mana peruntukan RM900 juta projek luar bandar hilang?

Posted: 13 Feb 2016 10:03 PM PST


CCJ pelancaran jentera

KERIAN, 13 FEB: Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mempersoal mengenai peruntukan pembangunan bagi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk penduduk di negeri ini berikutan ia seolah-olah hilang.
"Pada 2015, sebanyak RM900 juta diperuntuk bagi MRP. Setiap DUN  mendapat sekitar RM15 juta. Misalnya di kawasan Kedup ada 100 kampung, setiap kampung atau JKKK sepatutnya dapat RM150,000. Ini bukan isunya, soalnya ke mana semua dana itu pergi?" katanya.
Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata, perkara itu sudah dibangkit pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tetapi gagal dijawab, malah DAP pula dituduh sebagai menghalang pembangunan luar bandar.
"Bila DAP ajukan pada sidang DUN, Ketua Menteri tak mahu jawab dan cuba alihkan isu ini menuduh kita pula menentang pembangunan luar bandar," katanya pada pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN  Kedup dan Bukit Kemuja di Kampung Sungai Empani, baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa itu juga menempelak kerajaan BN yang mementingkan syarikat kroni dengan membiarkan rakyat berhadapan dengan bebanan akibat kadar inflasi yang tinggi.
"Tidak kira harga minyak dunia meningkat atau turun, hakikatnya rakyat tetap susah. Bila harga minyak naik, kroni dapat untung besar. Bila harga turun, rakyat tetap susah kerana inflasi tinggi.
"Hakikatnya, tidak kira apa sahaja  kebaikan yang konon dibawa BN, kehidupan rakyat tetap teruk terjejas akibat dasar BN. Aktiviti perniagaan semakin lembap manakala golongan pekerja terpaksa menanggung beban kenaikan kos hidup," katanya
Beliau juga menyarankan rakyat Sarawak supaya melakukan perubahan dengan meluahkan kekecewaan mereka melalui kertas undi akibat kenaikan kos hidup berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Katanya,  perubahan yang dilakukan dalam pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka April hadapan akan mengukuhkan lagi kedudukan blok pembangkang yang menjadi asas kepada perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
"Kita perlu hantar mesej yang jelas kepada BN betapa kita membantah GSTInilah buat pertama kali rakyat negeri ini boleh meluahkan kekecewaan mereka terhadap pelaksanaan GST dalam pilihan raya negeri akan datang kepada Barisan Nasional (BN).
"Inilah juga masanya kita mengukuhkan kedudukan kita dan meletakkan asas kepada perubahan dalam pilihan raya akan datang," katanya.