Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Mahfuz risau akan didedahkan Sirul

Posted: 13 Feb 2016 06:10 PM PST


Jangan hairan ada pihak lain yang akan rissau sama.





Ada hujah kata jangan pecaya penafian Sirul pembunuh. Sebelum ini pihak tu juga jaja Sirul macam wali ....



Sambil cuba buat cerita konon ada pendedahan baru tentang pembelian Scorpene padahal benda lama dari tahun 2012 lagi ...





 
Baca SnapShot2016 SINI

Suka AG lepaskan Azmi Sharom lepas, Masih tentang OSA

Posted: 13 Feb 2016 06:10 AM PST


Bila puak mereka lepas, AG bagus tapi bila AG nak baiki undang-undang, macam mereka kata.









Apa pandangan kamu tentang kaji semula OSA. Sila ke SnapShot 2016 dan komen SINI




Menghukum melalui media sudah tahap melampau

Posted: 13 Feb 2016 01:10 AM PST





Hingga Tabung Haji pun mahu dimusnahkan demi politik.



Baca kenyataan baru PM di Snapshot2016 SINI

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TS MOKHTAR TERSiNGKIR

Posted: 13 Feb 2016 09:15 PM PST

Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya di negara ini walaupun nilai kekayaannya dilaporkan menyusut kepada RM2.2 bilion pada tahun lalu.
Kekayaan Robert dilaporkan mencecah RM35.42 bilion, jauh mengatasi individu kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan yang memilki kekayaan mencapai RM22.89 bilion.
Enam individu paling kaya pada 2015 tidak berbeza dengan tahun sebelumnya iaitu Robert, Ananda, Tan Sri Lim Kok Thay, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow, Tan Sri Lee Shin Cheng dan Tan Sri Quek Leng Chan.
Portal FMT melaporkan analisis akhbar Nanyang Siang Pau menyenaraikan, kekayaan enam hartawan Malaysia ini telah menyusut walaupun mereka berjaya mengekalkan kedudukan enam tangga teratas.
Di tangga ketujuh hingga ke-10 ialah Tan Sri Lau Cho Kun, Tan Sri Yeoh Tiong Lay, Tan Sri G. Ganalingam dan Kuan Kam Hon.
Sementara itu, satu-satunya hartawan Bumiputera yang berada dalam senarai 10 individu terkaya pada 2014, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary terkeluar daripada senarai.
Selepas mengambil alih Proton dan berikutan suasana perniagaan semasa, kekayaan Syed Mokhtar dilaporkan menyusut sebanyak 22.9 peratus kepada RM4.43 bilion pada 2015.
Keadaan itu menyebabkan kedudukan Syed Mokhtar dari segi kekayaan menurun daripada tangga ke-10 kepada ke-11.
Akhbar itu melaporkan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia mencecah RM225 bilion pada 2015 iaitu meningkat sebanyak 3.5 peratus berbanding RM217 bilion pada tahun sebelumnya.
40 individu paling kaya itu juga dilaporkan mampu membeli satu perempat Malaysia yang mempunyai 30 juta penduduk.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:17 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Asyraf Wajdi perlu banyak belek kamus politik

Posted: 13 Feb 2016 08:46 PM PST

MSO

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki (foto) berharap supaya pelantikan Haron Din sebagai Ketua Kluster Sosial Dakwah Majlis Perundangan Islam (MPI) tidak dipolitikkan ini kerana . menurutnya Haron paling tepat bagi mengepalai kluster itu dan ia sebagai satu penghormatan kerajaan kepadanya.

Asyraf juga kata pelantikan itu bukan satu penghinaan kepada Haron Din seperti disifatkan oleh sesetengah orang. Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pesimis dengan pelantikan itu dan beranggap ia menghina Pas.

Sokongan Asyraf atas pelantikan Haron itu kerana dia mengenali Haron sebagai tokoh dakwah negara berbanding dengan politik. Tanggapan itu memang betul jika dilihat perjalanan perjuangan Haron yang tersekat-sekat dalam politik dan dakwah.


Waktu penguatkuasaan AUKU tahun 1974 Haron berihat dari politik kerana terbelenggu dengan akta berkenaan dan memilih untuk "beruzlah" mengasingkan diri daripada Pas. Beliau mendekati semula Pas selepas Pas subur dan hijau dibawah pimpinan almarhum Fadzil Noor. Semasa menjadi pensyarah Haron dilihat mengambil sikap play safe dalam politik. Ini berbeza dengan Daing Sanusi Mariok yang terus bersama Pas.

Apakah sikap itu menujukkan kejatian dirinya sebagai pejuang, atau sekadar pencari pengkalan dalam kehidupan? 

Niat Asyraf adalah baik untuk membawa satu pandangan jilah dalam politik. Mahu meredakan gelora politiking dihadapi Melayu. Tetapi anak bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir ini, ini terlupa barang kali apa yang tersirat di sebalik pelantikan Haron itu.

Dia gagal membaca apakah motif dan tujuan Zahid Hamidi atau MPI melantik Haron. Haron waktu ini adalah Mursyudul Am Pas, pemegang jawatan tertinggi dalam Pas yang boleh memvetokan Pas menurut kehendaknya?

Tidakkah orang berkuasa dengan MPI itu ada menyimpan motif politik demi kepentingan Umno dan BN dengan melantik Haron itu? Kalaua hendak dikira masih banyak lagi tokoh-tokoh dakwah bebas handalan dan tulus serta melepasi mindanya melepasi sempadan dan ideologi politik layakan untuk mengetuai kluster berkenaan.

Read More / Baca Lagi >>

Rafidah terkenang kembali Malaysia seperti zaman ‘Ola Bola’

Posted: 13 Feb 2016 08:39 PM PST

Tan Sri Rafidah Aziz terkenang semasa rakyat bersama-sama bersorak untuk pasukan bola sepak negara, tanpa menyedari mereka daripada keturunan berbeza sebagaimana dipaparkan dalam filem Ola Bola. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Februari, 2016.
Walaupun masih belum menonton filem Ola Bola, pemimpin veteran Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengenang semula bagaimana beliau membesar pada zaman seperti filem itu ketika rakyat Malaysia daripada semua kaum hidup bersama dengan aman dan damai. Dalam tulisan Facebook terbaharu beliau, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu terkenang kembali semasa rakyat bersama-sama bersorak untuk pasukan bola sepak negara, tanpa menyedari mereka daripada keturunan yang berbeza.
"Ia merupakan sukan pertama negara yang membawa perpaduan dalam  kalangan kita.

"Pada ketika apabila kita semua tidak sedar kita merupakan keturunan yang berbeza, 'Rafidah' adalah sama seperti 'Kam Who' dan 'Jeya' dan 'Pak Bee'. "Kami hanya belia di negara kita," tulisnya hari ini.
Rafidah juga berkata semasa perayaan yang berbeza, mereka secara berkumpulan akan pergi ke rumah masing-masing.
"Ia merupakan satu pengalaman menggembirakan apabila tidak mempertikaikan tentang masyarakat kita yang berbilang kaum.
"Dan kami menghormati agama dan sensitiviti masing-masing.
"Tiada siapa yang mempengaruhi hidup kami tentang perbezaan itu," tulisnya.
Ola Bola yang ditayangkan di pawagam pada 28 Januari, berdasarkan kisah benar bagaimana pasukan bola sepak negara berjaya mengatasi kemungkinan dan mengalahkan Korea Selatan dalam perlawanan kelayakan pra-Olimpik pada 1980.
Filem diarahkan Chiu Keng Guan itu mendapat kutipan RM8 juta selepas 13 hari tayangan.
Rafidah berkata, pada masa dahulu sekolah melayan mereka dengan sama rata dan setiap orang memakai pakaian seragam sekolah yang sama.
Beliau berkata perkara sedemikian memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat yang lebih besar di luar sekolah.
Tambahnya, adalah menggembirakan apabila ramai anak muda Malaysia mempunyai rasa kekitaan terhadap negara dan sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Dengan itu, Rafidah berharap sifat kekitaan ini akan memberi motivasi kepada anak-anak muda hari ini untuk menjadi lebih baik daripada generasi sebelum mereka dalam setiap aspek.
"Lakukan yang diperlukan untuk menjadi warga Malaysia yang dihormati dunia... tambah nilai kepada negara.
"Dan kukuhkan ikatan persahabatan, itu yang perlu menjadi titik permulaan bagi daya tahan berbilang kaum di Malaysia dan terus berkembang dengan harmoni," tulisnya.

ISU BAHASA INGGERIS – APAKAH KITA MASIH ‘SYOK SENDIRI’

Posted: 13 Feb 2016 08:33 PM PST

YB Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dalam  satu kenyataan meminta masyarakat mengubah persepsi mereka yang memandang rendah penguasaan Bahasa Inggeris penuntut-penuntut university tempatan. Beliau selanjutnya mengatakan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan penuntut semakin baik. Beliau memberikan contoh tentang 'hebatnya' pelajar kita yang boleh menjadi juara debat peringkat antarabangsa di Cambridge baru-baru ini.

            Mungkin betul dan mungkin meragukan kenyataan demikian.

            Dan tidak pula tugas aku untuk mempertikaikan kenyataan sedemikian. Cuma yang agak membimbangkan aku ( kebimbangan aku tak boleh dibawa ke mana-mana pun sebab aku bukan menteri atau wakil rakyat) ialah kenyataan sedemikian akan 'diguna-pakai' oleh orang kampung yang merasa selesa dan 'bahagia' dengan kenyataan sedemikian. Dan mulalah para ketua cawangan UMNO berkempen di ceruk kampung mengatakan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar IPT (Melayu khususnya) sudah semakin baik. Dan sebagaimana biasa orang Melayu (termasuk aku ler tu) amat suka 'syok sendiri'.

            Melalui perbincangandan 'sembang-sembang' dengan para peneraju syarikat (para CEO) samada di masjid ataupun di majlis khenduri  kahwin mereka sentiasa mempersoalkan tentang penggunaan bahasa Inggeris dikalangan para graduan yang memohon sesuatu jawatan dalam syarikat. Rata-rata mereka mengatakan 'amat membimbangkan' dan amat jauh bezanya dengan para graduan bukan Melayu yang begitu fasih dalam penggunaan bahasa Inggerisnya.

            Lantas ramai para graduan Melayu 'tercicir' dalam merebut peluang pekerjaan dalam syarikat-syarikat terutama yang ada bekerjasama dengan syarikat luar negara. Tidak harus dipersalahkan syarikat berkenaan kerana mereka memerlukan seseorang yang sesuai dengan kehendak syarikat mereka demi kemajuan syarikat mereka. Lalu mereka akan dituduh dengan berbagai tohmahan. Antara yang biasa dilemparkan ialah bahawa syarikat asing mengenepikan kaum Bumiputera. Mungkin ada sikap yang sedemikian tetapi apakah itu merupakan amalan kebanyakan syarikat asing itu atau kaum Bumiputera yang tidak mahir dalam penggunaan Bahasa Inggerisnya.

            Menekankan penggunaan Bahasa Inggeris bukan bermakna mengenepikan Bahasa Melayu. Mungkin kebanyakan orang Melayu sudah tersilap dan tersasar dari segi penumpuan mereka dalam hal menyekolahkan anak-anak. Seingat aku selepas sahaja negara mencapai kemerdekaan para pemimpin negara terus menerus berusaha mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Seolah-olah bagi kebanyakan orang Melayu (nasionalis melulu) Bahasa Melayu harus dipertahankan dan langsung semacam tidak 'bersebut' tentang pentingnya penggunaan Bahasa Inggeris.
Read More / Baca Lagi >>

Dilema Pas: Antara survival politik atau maruah parti

Posted: 13 Feb 2016 08:22 PM PST

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman berpendapat, satu kelebihan kepada Pas sekiranya mereka menerima semula ahli- ahli Amanah jika benar mereka mahu kembali kepada Pas.
Beliau berkata, Pas sedang dalam proses pengukuhan semula setelah berlaku perpecahan dengan Amanah, pastinya kemasukan semula bekas ahli akan memberi kekuatan pada Pas khususnya bagi politik Kelantan.
"Pas sebagai suatu parti lama pastinya pandai menilai sejauh mana kekuatan Amanah kerana Amanah adalah serpihan Pas.
"Kelebihan kepada Pas sekiranya mereka terima kembali. Lagi pun, fenomena lompat parti ini adalah lazim dalam politik.
Mungkin ini masanya untuk Pas menunjukkan kekuatan sebenar ketika PRU14 nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Mohd Fuad berkata, Amanah adalah parti baharu dan ia pasti akan melalui fasa penubuhan dan pengukuhan dengan menerangkan kepada umum apakah dasar serta perjuangan mereka.
"Pastinya rakyat juga memerlukan masa untuk mengenalinya (Amanah). Pada masa sama, tidak mustahil sekiranya ahli mereka akan kembali ke asal jika mereka kurang yakin dengan dasar dan perjuangan Amanah," katanya.
Dalam kenyataan lain, Pensyarah Kanan dan Penganalisis Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib berpendapat sebaliknya.
"Jika Pas menerima semula bekas ahli yang berpaling tadah kepada Amanah, ia jelas menggambarkan sikap murah dan dayusnya Pas.
"Pas usah lagi berharap kepada mereka yang pernah mengkhianati perjuangan parti itu kerana jika tidak, Pas adalah sebuah parti yang tiada prinsip," katanya.
Dalam perkembangan sama, Md Shukri berkata, beliau melihat perkara lebih penting di mana peranan Datuk Dr Haron Din dalam Pas harus diperkasakan.
Katanya, golongan ultra Pakatan merosakkan Pas dari dalam serta tidak amanah dan Islamik hingga sanggup mengganggu kestabilan kepimpinan Pas hingga Presiden yang bergelar Tok Guru turut dijadikan lawan.
"Adakah itu yang dikatakan jujur dan baik dalam perjuangan Islam yang Pas mahukan?
Pas perlu mengasingkan tokoh, pemimpin serta ahlinya yang berpaling kepada Amanah dan Pro Amanah supaya tidak menjejaskan Pas dari dalam.
"Bebaskan Pas dari anasir anti ulama dan anti perjuangan Pas yang mahukan Islam.
Read More / Baca Lagi >>

IMAM PUN BOLEH DISALAHKAN, BAGAIMANA ZAHID BOLEH KATA "JANGAN SALAHKAN SAYA"

Posted: 13 Feb 2016 08:15 PM PST

Agak menjengkelkan apabila Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dan kerajaan tidak harus disalahkan berhubung rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja daripada Bangladesh untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Habis, kalau bukan menteri yang membuat keputusan dan kerajaan yang memerintah yang harus disalahkan, siapa lagi?

Adakah Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang harus diletakkan kesalahan itu?

Dalam hal ini Zahid seharusnya sedar bahawa menteri dan kerajaan bukannya "maksum"  sehingga semua perkara yang diputuskan seolah-olah betul belaka, malah imam surau pun akan ditegur dan dipersalahkan kalau bacaannya meragukan atau suaranya tidak berapa jelas kedengaran.

Jadi, apa masalahnya kalau ada teguran atau meletakkan kesalahan kepada beliau dan kerajaan berhubung kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh itu?

Terimalah hakikat bahawa kemasukan itu terlalu melampau dan hanya menimbulkan persepi semata-mata untuk memberi pendapatan kepada kerajaan melalui kutipan levi dan keuntungan berganda kepada syarikat yang diberi lesen membawa masuk pekerja terbabit.

Harus disedari bahawa kita bukan saja berhadapan dengan lambakan warga asing daripada Bangladesh, tetapi juga daripada Indonesia, China, Myanmar, Filipina, Nepal, Afrika dan sebagainya.

Itu pun sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, masih tiada perasaan apa-apa berkata, " jangan salahkan saya, jangan salahkan kerajaan".

Akuilah, ia memang salah menteri dan kerajaan yang sedang berkuasa, bukan salah sesiapa yang lain.

Muhyiddin sudah lama dipecat jika di zaman Dr Mahathir, kata Annuar Musa

Posted: 13 Feb 2016 07:46 PM PST

Tan Sri Annuar Musa berpendapat jika dibandingkan dengan zaman Tun Dr Mahathir, pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah lama dikenakan tindakan. – Gambar fail The Malaysian Insider , 14 Februari, 2016. 
Tan Sri Annuar Musa berpendapat jika dibandingkan dengan zaman Tun Dr Mahathir, pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah lama dikenakan tindakan.

Tan Sri Annuar Musa menyifatkan krisis politik yang berlaku di Kedah tidak menjejaskan imej Umno meskipun kesan skandal derma RM2.6 bilion sebelum ini masih membayangi mereka.
Ketua penerangan Umno itu berkata, penyingkiran pemimpin dalam parti adalah sesuatu yang biasa dan pernah dilalui parti Melayu itu.
Katanya, di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, individu seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin akan lebih cepat disingkirkan.

"Sebagai orang lama, bagi saya ia adalah keadaan yang kita pernah lalui, malah kalau dibandingkan dengan zaman Tun Dr Mahathir, saya berpendapat pemimpin seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah lama dikenakan tindakan. "Tun Mahathir lebih tiada toleransi, kalau sesiapa dilihat sebagai menentangnya, beliau tidak akan teragak-agak ambil tindakan," kata Annuar dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.
Katanya, beliau masih ingat apa yang dikatakan Dr Mahathir kepada Datuk Haron Idris dan Tunku Abdul Rahman apabila menentang kepimpinannya.
Annuar bagaimanapun tidak mendedahkan kata-kata Dr Mahathir dalam wawancara disiarkan edisi Ahad Utusan Malaysia itu.
Beliau berkata, apa yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah tepat kerana perlu menjadi pemimpin yang tegas dan kuat.
"Apa yang saya bimbangkan jika perdana menteri tidak ambil tindakan ke atas timbalannya kerana takutkan bekas perdana menteri, ini akan menjadikan beliau pemimpin tidak kuat.
"Cuba fikirkan bagaimana Tun M begitu kuat ketika dia memimpin, ini kerana beliau mempunyai ketegasan dan keberanian," katanya kepada akhbar milik Umno itu.
Anuar turut membangkitkan Dr Mahathir tetap menjadi presiden Umno meskipun tidak punyai sokongan penuh.
"Sesiapa sahaja yang menentang akan dikenakan tindakan malah Tun Mahathir terus bertahan walaupun separuh ahli Umno tidak menyokong beliau apabila hanya menang dengan majoriti 43 undi dalam pemilihan parti 1987.
"Itulah caranya, presiden Umno yang juga perdana menteri mesti tegas," katanya.
Pada masa sama beliau menegaskan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah bukanlah kerana tidak sehaluan dengan Najib semata-mata.
Katanya, kerajaan tidak punyai masalah jika dikritik dan ditegur.
"Itu tidak betul, semua orang kritik kerajaan. Semua pemimpin Umno dalam mesyuarat akan mengkritik dan menegur presiden.
"Saya juga berbuat demikian termasuklah apabila tidak menyokong tindakan untuk menggantikan Pak Lah sebagai perdana menteri," katanya merujuk kepada Tun Abdullah Badawi.
"Malah dalam mesyuarat MT yang terakhir sebelum keputusan dibuat, saya tetap mempertahankan pendirian saya berhubung perkara itu, saya bukan kaki bodek," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan Johor sedia bekerjasama dengan Muhyiddin

Posted: 13 Feb 2016 07:30 PM PST

Mesej paling penting adalah Pakatan Harapan mahu menjadikan Johor sebagai negeri barisan hadapan dalam pertempuran pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti
Lim Kit Siang
PETALING JAYA: Pakatan Harapan Johor bersedia untuk bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi program `Selamatkan Malaysia'.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kerjasama itu turut akan dilakukan bersama pemimpin UMNO, MCA dan Barisan Nasional di peringkat negeri.
"Mesej yang paling penting adalah Pakatan Harapan Johor menerusi ketiga-tiga parti politik iaitu DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan AMANAH (Parti Amanah Negara) berazam untuk menjadikan Johor sebagai negeri barisan hadapan dalam pertempuran untuk perubahan politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
"Tetapi jadual politik telah berubah dan cabaran yang besar adalah sama ada Pakatan Harapan boleh berjaya menumbangkan UMNO-BN di Johor," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Muar, Johor semalam.
Dalam pada itu beliau berkata, Muhyiddin pernah mengeluh mengenai masalah besar yang dihadapi di Malaysia pada masa ini apabila ketiadaan semangat untuk memastikan pemimpin berpegang teguh kepada nilai-nilai murni dan bersifat jujur.
"Rekrut terbaru kepada agenda Selamatkan Malaysia adalah menerusi Tan Sri Muhyiddin di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pagoh ini agar rakyat Malaysia dapat bersatu untuk menyelamatkan negara daripada menjadi sebuah negara yang gagal," ujarnya.

Rasuah: 2015 tahun teruk buat Malaysia – Paul Low

Posted: 13 Feb 2016 07:27 PM PST

Paul Low berharap tahun 2016 akan menjadi lebih baik dan tiada lagi skandal besar menimpa negara.
Paul Low
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low mengakui bahawa tahun 2015 adalah tahun yang teruk buat Malaysia dalam aspek integriti.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan negara yang merosot ke tangga ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2015 Transparency International, berbanding tempat ke-50 untuk tahun 2014.
"Tahun 2015 adalah tahun yang buruk buat Malaysia. Terlalu banyak perkara yang terjadi dan memberi kesan kepada (indeks) persepsi. Anda pasti tahu perkara-perkara ini," katanya merujuk skandal 1MDB dan pelbagai dakwaan lain melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menteri bertanggungjawab dalam soal ketelusan dan integriti ketika dihubungi FMT di sini, baru-baru ini berkata, segala dakwaan itu juga memberi persepsi buruk dalam komuniti perniagaan yang penting kepada negara.
Justeru, katanya lagi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memulihkan keadaan pada tahun 2016.
"Banyak penstrukturan semula perlu dilakukan dalam kerajaan. Saya khususnya, sedang bekerja keras dalam beberapa isu teras."
Katanya lagi, antara beberapa langkah yang telah dan akan diambil kerajaan adalah meningkatkan kebebasan auditor dalaman, menempatkan pegawai integriti di semua kementerian dan mengurangkan jumlah projek yang bermasalah.
"Ini bukan kerja jangka pendek, untuk mengubah budaya dalam kerajaan di setiap peringkat.
"2015 adalah tahun yang sukar. Kita boleh pulihkan keadaan pada tahun ini, dengan syarat tiada perkara yang serius berlaku," katanya lagi.

Kemerosotan CPI cerminan situasi rasuah di Malaysia

Posted: 13 Feb 2016 07:25 PM PST

Indeks Persepsi Rasuah memang mencerminkan keadaan sebenar dalam negara. Persepsi lahir daripada apa yang terjadi.
Paul-Low-Seng-Kuan,rasuah
KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia yang kian merosot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) mencerminkan keadaan sebenar di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.
Beliau berkata, CPI yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) itu memang boleh dipercayai dan menjadi rujukan antarabangsa.
"Saya percaya kepada indeks oleh TI ini, ia digunakan oleh masyarakat antarabangsa," katanya ketika dihubungi FMT, di sini, baru-baru ini.
"Ia memang mencerminkan keadaan sebenar dalam negara. Memang indeks ini tentang persepsi, tetapi persepsi lahir daripada apa yang terjadi," katanya sambil merujuk pepatah Melayu 'masakan tiada angin pokok boleh bergoyang'.
Malaysia berada pada kedudukan ke-54 dalam CPI 2015, merosot empat kedudukan berbanding tahun sebelumnya.
Dalam wawancara eksklusif bersama FMT, Presiden TI-Malaysia, Datuk Akhbar Sattar dilapor berkata, campur tangan kerajaan dalam institusi penguatkuasaan menyumbang kepada kemerosotan tersebut.
Antaranya adalah penukaran Peguam Negara dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, serta pemindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketika diminta mengulas perkara itu, menteri yang bertanggungjawab dalam soal ketelusan dan integriti bersetuju dengan Akhbar dan menyifatkannya sebagai satu hakikat.
"Institusi penguatkuasaan dalam negara memang perlu bebas dan kuat," katanya lagi.

Letak Jawatan: Mukhriz dedah pernah ditawar jadi menteri oleh Najib

Posted: 13 Feb 2016 04:35 PM PST

Mukhriz dedah pernah ditawar jadi menteri
JERLUN - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menawarkan jawatan menteri di peringkat Pusat sekiranya beliau melepaskan jawatan menteri besar ketika Kedah berdepan krisis politik,
akhir Januari lalu.
Namun demi amanah yang diberikan rakyat Kedah, Adun Ayer Hitam itu tidak tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan setelah menang dalam PRU13 lalu.
"Perdana Menteri berjanji melantik saya sebagai timbalan menteri dan selepas beberapa bulan ditawarkan jawatan menteri penuh, sekiranya saya setuju melepaskan jawatan menteri besar ketika itu.
"Saya tolak demi kepentingan parti, kerana mahu pastikan rakyat masih sokong BN pada PRU14 nanti," katanya, ketika berucap pada program bersama Yayasan Prihatin sempena penyampaian zakat oleh Pharmaniaga kepada 125 asnaf di  Dewan Kampung Kuala Jerlun, semalam.
Menurutnya, walaupun ditawarkan ganjaran sedemikian, beliau memutuskan untuk terus bersuara mewakili rakyat dengan membangkitkan isu-isu berkepentingan rakyat.
"Saya tahu pucuk pimpinan mahu saya digantikan atas sebab-sebab tertentu, namun saya pilih untuk tidak mengkhianati amanah rakyat Kedah. Jika saya terima, seolah-olah saya jual maruah. Saya tak tergamak," katanya, yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Mukhriz turut memperjelaskan antara punca berlakunya krisis politik Kedah, antaranya berkisar kepada ucapannya membangkitkan kelemahan pucuk pimpinan dan parti pada sebuah program di Saloma Bistro, Disember lalu.
"Itu antara sebab saya disingkirkan, kritikan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion. Perkara ini membimbangkan kerana berkait dengan integriti pemimpin kita," katanya.
Menurutnya, bukan niatnya untuk menjatuhkan kerajaan, sebaliknya mahu mengukuhkan kedudukan BN yang kini dianggap lemah berikutan beberapa tindakan oleh pucuk pimpinan dipertikaikan rakyat.
"Sekiranya pelbagai isu itu tidak diatasi sebelum PRU14, BN akan berdepan masalah dan tidak mustahil pembangkang akan naik kelak. Saya akan berjuang habis-habisan walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran dan halangan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas 'Pantai Kasih', penulis cadang 'Shit' dipelajari di sekolah

Posted: 13 Feb 2016 04:32 PM PST


Novel Shit karya Shahnon Ahmad

Keputusan Kementerian Pendidikan untuk mengekalkan penggunaan novel kontroversi, Pantai Kasih yang memuatkan gambaran perlakuan seksual di antara doktor dan jururawat sebagai teks komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mengundang reaksi sinis golongan penulis.
Razali EndunRazali Endun
Pengarang Razali Endun menyarankan supaya novel Shit oleh Sasterawan Negara kedua, Prof Emeritus Dato' Dr Shahnon Ahmad selepas ini turut diiktiraf sebagai teks Komsas memandangkan karya satira politik era Reformasi itu juga mengungkapkan proses biologi tubuh dalam gaya penulisan sastera seperti ditekankan oleh pihak kerajaan.
"Kalau Kementerian Pelajaran kata novel lucah itu (Pantai Kasih) masih boleh diterima oleh para pelajar, saya cadangkan novel Shit juga diangkat kerana bukan mudah nak mengarang novel seperti Shit.
Bahkan karya itu pun hasil tulisan seorang Sasterawan Negara," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Shahidan nafi jadikan diskusi Maza, Zamihan medan debat

Posted: 13 Feb 2016 04:30 PM PST

KANGAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menafikan beliau menjadikan diskusi ilmiah sebagai medan perdebatan antara Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Maza)‎ dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin.
Shahidan nafi jadikan diskusi Maza, Zamihan medan debat Shahidan berkata diskusi itu yang bertajuk 'Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Diskusi' mengundang Asri dan Zamihan sebagai anggota panel bagi membincangkan isu berbangkit berkaitan agama secara ilmiah.
"Saya mahu jelaskan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan ingin mengadakan debat antara mereka berdua, melainkan hanya diskusi ilmiah secara tertutup atau boleh dikatakan lebih kepada perbincangan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Shahidan berkata demikian sebagai menjawab gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya tidak mengadakan program itu.
"Program ini bukannya dianjurkan untuk mencari siapa kalah siapa menang tetapi bagi menyelesaikan permasalahan semasa ummah dan telah mendapat persetujuan di peringkat atasan.
"Tiada siapa yang mahu tampil ke hadapan untuk menyelesaikan masalah maka, saya rasa bertanggungjawab dan perlu melakukan sesuatu supaya permasalahan ini dapat diselesaikan secara muzakarah, bukannya untuk saling menyalahkan," jelasnya.
Diskusi itu akan diadakan pada Rabu ini di Dewan Jabatan Pertahanan Awam, Kuala Lumpur.
Terdahulu, Shahidan menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada kira-kira 300 masyarakat Tionghua yang kurang bernasib baik di kawasan Dewan Undangan Indera Kayangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2016 di Dewan Bukit Kaya, Taman Bukit Kaya di sini.

Selepas Haron Din sertai kluster dakwah MPI, Perkasa ramal Pas jadi parti alternatif Melayu

Posted: 13 Feb 2016 04:25 PM PST

Ibrahim AliIbrahim AliPerkasa menyambut baik perlantikan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sebagai Pengerusi Kluster Dakwah, Majlis Perunding Islam (MPI) yang ditubuhkan kerajaan BN dan yakin Pas mampu menjadi parti alternatif menggantikan Umno yang kini 'sakit'.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan lewat petang semalam berkata, Umno yang sedang sakit amat memerlukan Pas dan perlantikan Dr Haron Din akan dijadikan modal kempen oleh Umno bahawa ia sebuah parti yang prihatin untuk 'menaikkan syiar Islam'. 
"Pas pula jika tunjuk mahal atau bersikap jumud tentu tidak dilihat parti yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam.
"Pas telah sedar apabila berpisah dengan DAP, Pas akhirnya tidak menjual prinsip perjuangan Islamnya saperti mempertahankan hukum hudud yg diperjuangkan Pas berpuluh tahun lamanya. Berjaya atau tidak soal lain tapi tetap tegas dengan prinsip," ujar Ibrahim.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga menyelar kenyataan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian yang juga Adun Salor, Datuk Husam Musa bahawa perlantikan Dr Haron Din itu sebagai "satu penghinaan yang dahsyat kepada Pas" kerana Mursyidul Am Pas itu akan berada di bawah pengarahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sarat dengan skandal seperti isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Beliau menyifatkan Husam sebagai menyimpan perasaan marah kepada Pas keraana kalah dalam pemilihan parti dengan undi yang rendah serta keilangan cita-cita untuk menjawat Timbalan Menteri Besar atau Menteri Besar Kelantan.
"Kekecewaannya dapat kita kongsi bersama," kata Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal TH: Rakyat sekarang bukannya bodoh seperti dulu wahai Najib !!!

Posted: 13 Feb 2016 04:24 PM PST

Adakah pembongkaran merungkai segala bukti & data2 dari Laporan Tahunan Tabung Haji utk tatapan rakyat itu dianggap FITNAH ??

Adakah rakyat tidak 'RESAH' jika baki rizab TH negatif buat 3 tahun berturut-turut yg pertama kali dlm sejarah Tabung Haji ??

1,000 pelajar 33 kolej swasta mungkin berhenti kerana tiada pinjaman Mara

Posted: 13 Feb 2016 04:18 PM PST

Kajian mendapati kira-kira 80% daripada 945 pelajar penuntut di kolej tajaan Majlis Amanah Rakyat yang sudah dijanjikan pinjaman pelajaran tidak menerima pinjaman seperti dijanjikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Februari, 2016. 
Kajian mendapati kira-kira 80% daripada 945 pelajar penuntut di kolej tajaan Majlis Amanah Rakyat yang sudah dijanjikan pinjaman pelajaran tidak menerima pinjaman seperti dijanjikan.
Hampir 1,000 pelajar baharu di 33 kolej swasta didapati sukar untuk meneruskan pengajian disebabkan tindakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menamatkan pemberian pinjaman pelajaran, dedah kajian yang dijalankan Biro Mahasiswa Pemuda PKR.
Dapatan itu, sekali lagi menguatkan dakwaan yang bantuan ke atas agensi berkaitan kerajaan bagi pendidikan tinggi dikurangkan tahun ini.
Sementara itu, Mara pada Jumaat lepas berkata sejumlah RM264 juta sudah diperuntukkan kepada pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mengadu mereka tidak menerima pinjaman seperti dijanjikan.

Kajian itu juga mendapati kira-kira 80% daripada 945 pelajar berkenaan yang merupakan penuntut di kolej tajaan Mara yang sudah dijanjikan pinjaman pelajaran. Ini termasuk pelajar yang menuntut di UniKL. Mereka yang sedang menuntut di kolej bukan tajaan Mara turut berharap agar pemberian pinjaman pelajaran mereka dikekalkan, kata penulis kajian itu, Fahmi Zainol, dalam temu ramah bersama The Malaysian Insider.
Kira-kira 80.7% daripada mereka mungkin akan menamatkan pengajian sekiranya tidak menerima pinjaman Mara, manakala 82% pelajar secara peribadi mengetahui rakan mereka sudah berhenti belajar kerana gagal mendapatkan pinjaman.
"Kesimpulan daripada kajian kami ialah Mara mempunyai masalah untuk memberikan pinjaman. Kemudahan permohonan pinjaman atas talian mereka juga sudah tidak lagi menerima permohonan baharu," kata Fahmi yang juga ketua Biro Pelajar Pemuda PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan politikkan pelantikan Dr Haron Din dalam MPI kata Timb Menteri Umno

Posted: 13 Feb 2016 06:14 AM PST


Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) bukan satu bentuk penghinaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau yang juga Ketua Kluster Sosial MPI berkata Haron adalah tokoh paling tepat bagi mengepalai kluster terpenting MPI itu dan menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan pelantikan tersebut.
Katanya pelantikan itu adalah penghormatan tertinggi kerajaan kepada Haron yang akan memperinci segala pandangan dan cadangan berkaitan hal ehwal dakwah Islamiah sebelum diangkat bagi dibincang dan diputuskan oleh MPI.
 "Hakikatnya, ramai mengenali dan menghormati Dr Haron sebagai tokoh dakwah negara berbanding tokoh politik, lama sebelum beliau dilantik sebagai Mursyidul Am PAS.
"Bahkan sehingga hari ini kawan mahupun lawan yg berbeza fahaman politik pun tetap merujuk buah fikiran beliau dalam hal-hal berkaitan dakwah," kata Asyraf Wajdi dalam laman Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata agenda dakwah Islamiah seharusnya diangkat sebagai agenda ummah dan merentasi ideologi politik kepartian yang rigid dan sempit.
"Sesekali alangkah molek untuk kita melihat sesuatu dalam kerangka yang lebih besar berbanding cuba menafsirkan setiap perkara daripada kaca mata politik yang memecah-belahkan," tegasnya.
Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata, pelantikan Haron dalam MPI oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada dua hari lepas merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan itu, PAS perlu membuat satu keputusan politik bagi membetulkan perkara itu.

PERGHHH...BILION-BILION JUGAK!!

Posted: 13 Feb 2016 04:36 AM PST

Hampir tidak ada yang setuju dan gembira dengan keputusan kerajaan membenarkan kemasukan 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh bekerja di negara ini untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Selain ramai yang menyifatkan keputusan itu seolah-olah menjadikan negara ini "lambakan hamba abdi", yang lebih dirisaukan ialah kesan sosial daripadanya yang mungkin jauh lebih buruk dan menggerunkan.

Ini berikutan sekarang ini pun dikatakan terdapat lebih 5 juta pekerja asing di negara ini di mana 2.2 juta daripadanya berdaftar secara sah, manakala selebihnya adalah tanpa izin.

Membenarkan kemasukan 1.5 juta lagi, bermakna dalam tempoh tiga tahun akan datang, jumlah pekerja asing di negara ini akan meningkat kepada kira-kira 7 juta orang.

Maka, apa rasionalnya lagi menambah masalah sedia ada?

Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi dalam mempertahankan kemasukan itu berkata, ia bukanlah kehendak kerajaan, tetapi untuk memenuhi permintaan pasaran dalam sektor perkilangan, perladangan, pembinaan dan sebagainya.

Hari ini pula beliau sekali lagi mempertahankan keputusan itu dengan menegaskan, ahli FMM atau Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia sendiri yang meminta kemasukan pekerja asing tersebut kerana menghadapi masalah kekurangan pekerja.

Ehhh...ehh...ehh, sejak bila kerajaan mempunyai sikap tunduk seratus-peratus kepada kehendak pasaran semata-mata dalam membuat keputusannya?
Apa gunanya sebuah kerajaan yang mengaku bertunjangkan rakyat jika akhirnya kepentingan kapitalis saja yang ingin dipenuhi?
Read More / Baca Lagi >>

Ahli UMNO sudah tidak gentar ancaman disiplin parti

Posted: 13 Feb 2016 04:34 AM PST

Mukhriz Mahathir mendedahkan ada ahli UMNO sanggup berselfie ketika memasang secara terbalik bendera BN walaupun diancam dikenakan tindakan disiplin.
mukhriz-barisan
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa ahli UMNO tidak lagi gentar dengan ancaman tindakan disiplin yang dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi parti terbesar Melayu itu kepada ahlinya.
Mukhriz mengaitkan dakwaan itu dengan pengakuan beberapa ahli UMNO yang sanggup merakam gambar 'selfie' sambil memasang bendera Barian Nasional (BN) secara terbalik sebagai tanda protes walaupun berisiko dikenakan tindakan disiplin.
"Ada yang hantar mesej pada saya, menyatakan kalaupun Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) memberi amaran untuk mengantung ahli-ahli UMNO yang didapati memasang bendera terbalik ini, mereka sanggup ambil selfie sambil memasang bendera-bendera terbalik," katanya.
Mukhriz mendedahkan perkara itu bagi mengulas mengenai tindakan penyokong BN memasang secara terbalik bendera parti itu di Kedah baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mukhriz yang juga ADUN Ayer Hitam berkata, pendedahan itu sebagai cabaran kepada pimpinan tertinggi parti yang membuat keputusan tanpa mengambil kira kesan kepada ahli parti.
"Saya pun agak terkejut dengan keadaan itu. Sebenarnya itu satu tanda protes bagi apa yang telah berlaku.
"Ini satu cabaran kepada pihak pengurusan untuk ambil tindakan terhadap mereka. Inilah keadaannya jika tidak fikir panjang kesan-kesan akibat daripada keputusan-keputusan yang dibuat pucuk pimpinan mengenai apa berlaku itu mestilah berpada-pada kerana ia akan memberi reaksi pelbagai pihak," katanya.

BODOH TAK BOLEH DIAJAR, CERDIK TAK BOLEH DIIKUT

Posted: 13 Feb 2016 03:19 AM PST

  Aku yakin tentu ada juga pemimpin Melayu yang berperangai demikan. Mungkin agak ramai juga bilangannya. Tentulah ada lojiknya mengapa wujudnya peribahasa sedemikian dikalangan orang Melayu dulu-dulu. Jikalau tidak masakan datuk nenek kita mengenengahkan peribahasa sedemikian. Tentu sudah terbukti kebenaran peribahasa demikian melalui pemerhatian mereka yang tajam.
            Dalam Kurun ke 21, peribahasa sedemikian masih boleh dipakai lagi. Dan agak sesuai dirujukkan kepada sikap setengah pemimpin di negara ini. Mungkin sikap aku seperti meludah ke langit yang akhirnya jatuh ke muka sendiri juga. Dan aku juga sedar bahawa aku sebagai orang Melayu totok ini tidak septutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian. Memalukan. Memalukan bangsa sendiri. Namun begitu aku terus 'memberanikan' diri untuk melakar satu dua ayat dengan harapan dapat kiranya memberikan sedikit kesedaran dan keinsafan kepada setengah orang Melayu yang bersifat sedemikian rupa.
            Jelas menunjukkan bahawa aku tidak mengatakan semua 'pemimpin' Melayu begitu. Dan ramai yang mengakui dirinya orang Melayu tidak begitu. Mungkin juga yang mengakui dirinya sebagai Melayu sedangkan asal keturunannya bukan dari rumpun Melayu yang berperangai sedemikian. Mungkin. Orang yang menganggap dirinya Melayu yang segelintir inilah yang telah merosakkan nama orang Melayu. Dan ramai juga orang Melayu tulin dan 'totok' yang berperangai 'bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut'. Dua tiga 'ekor kerbau yang membawa lumpur' inilah yang menyebabkan nama Melayu dan bangsa Malaysia 'terpalit'.
            Ramai juga para pemimpin Melayu dan bukan Melayu di negara ini yang 'terlampau cerdik' sehinggakan dapat 'menutup mata' dan 'memekakkan telinga' sebahgian besar rakyat Malaysia dengan tindakan-tindakan mereka yang jelas merugikan rakyat dan negara. Dalam pemerhatian aku tidak terdapat walau seorang pun waklil rakyat (dari BN terutamanya) yang kehidupan mereka dalam keadaan sederhana. Hampir tidak ada. Hampir seratus peratus yang boleh dikategorikan menikmati kehidupan mewah walaupun pendapatan mereka hanya lebih kurang sama dengan pendapatan seorang pengetua sekolah menengah.
            Golongan ini termasuk dalam golongan pemimpin 'cerdik' yang hanya mementingkan diri sendiri dan akhirnya sekiranya dibiarkan berleluasa dan berlarutan akan menghancurkan bangsa dan negara. Sehingga kini golongan sedemikian masih bermaharajalela dan menunggu 'pembalasan' yang diterima dari Tuhan. Mungkin mereka sedang menghitung hari. Mungkin..
Read More / Baca Lagi >>

Dakwah bukan sekadar bercakap - Ustaz Ahmad Awang

Posted: 13 Feb 2016 02:53 AM PST


Ustaz Ahmad AwangUstaz Ahmad AwangPendekatan dakwah melibatkan pelbagai bentuk gerak kerja dan tindakan termasuk turun ke lapangan mendekati umat, kata Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah), Ustaz Ahmad Awang.
Berkongsi pengalamannya dalam Program Kicau Deeni di Restoran Amjal berdekatan Universiti Malaya (UM) pagi tadi, beliau berkata, dakwah bukan berceramah semata-mata sebaliknya menuntut usaha untuk memahami isu-isu masyarakat.
Menurutnya yang pernah menduduki jawatan Pengarah Pusat Penyelidikan Islam sebelum bersara pada 1991, generasi pada masa ini sebenarnya menikmati hasil perjuangan terdahulu dalam usaha berdakwah.
Mengambil contoh pemakaian tudung, ujarnya, pematuhan kepada kewajipan menutup aurat itu menempuh jangka masa panjang dan bermula atas kemahuan pelajar sendiri.
"Saya dapat mengikuti turun naik perkembangan politik serta syiar Islam. Selepas 13 Mei (1969) sehingga awal tahun 1980-an, perkembangan Islam giat berlaku di semua peringkat termasuk jabatan kerajaan.
"Penuntut wanita di UTM (Universiti Teknologi Malaysia) yang dulunya Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) mula-mula membudayakan pemakaian tudung. Banyak pihak bimbang dengan trend tudung ketika itu tapi berbeza dengan Ungku Aziz sebagai Naib Canselor UM, beliau tiada halangan atas prinsip hak dan kebebasan.
"Di peringkat sekolah pula, pelajar Kolej Islam Klang mula-mula pakai tudung. Berlaku gerakan dakwah yang hebat dulu sehingga pelajar yang melanjutkan pengajian di UK (United Kingdom), waktu pergi pakai skirt mini, bila terlibat dalam gerakan dakwah di sana, bertukar pakai maxi dan telekung mini, bahkan ada bernikah ketika dalam pengajian," cerita bekas pensyarah Pendidikan Islam di UTM, Jalan Semarak itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pelantikan Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah MPI penghormatan buat PAS - Tuan Ibrahim

Posted: 13 Feb 2016 02:52 AM PST

Ramai pemimpin PAS sebelum ini telah dilantik menganggotai beberapa jawatankuasa dan ia tidak memberi masalah kepada parti.
Majlis-Perundingan-Islam-(MPI)
PETALING JAYA: PAS mempertahankan pelantikan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) dan menganggap ia sebagai satu penghormatan kepada parti itu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelantikan itu sebagai pengiktirafan ilmu yang dimiliki oleh Haron dan ia adalah satu penghargaan bukan penghinaan kepada parti.
Beliau memberi respon kepada kenyataan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang berkata, pelantikan Haron itu sebagai penghinaan kerana pemimpin berjawatan tinggi PAS bekerja di bawah Presiden UMNO.
Husam mahu pemimpin PAS memperbetulkan keadaan itu kerana ia kelihatan tidak betul dari segi 'protokol'.
"Pada kita, jika kita diminta (menganggotai jawatankuasa), itu bukan penghinaan tetapi penghormatan.
"Ia merupakan pengiktirafan kepada ilmu yang dimilki Haron Din. Ini bukan penghinaan kepada parti," kata Tuan Ibrahim.
Katanya, ramai pemimpin PAS menganggotai beberapa jawatankuasa sebelum ini dan ia tidak menjadi masalah.

Husam tunggu kertas pertuduhan rasmi jawatankuasa disiplin PAS

Posted: 13 Feb 2016 02:50 AM PST



Hanya beberapa jam selepas Pejabat Agung Pas mengadakan sidang media berhubung kedudukan Datuk Husam Musa, bekas Naib Presiden Pas itu tampil menyatakan kesediaan untuk menemui jawatankuasa disiplin parti.
Beliau melalui kenyataannya di Facebook petang ini menantikan kertas pertuduhan rasmi bagi tujuan tersebut untuk membolehkannya menyediakan pembelaan yang sewajarnya.
Husam Musa"Saya mengikuti kenyataan media oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden Pas pada hari ini berbetulan dengan Mesyuarat Bulanan Pas. Insya Allah saya bersedia menemui jawatankuasa disiplin parti.
"Saya akan bertanggung jawab atas semua ucapan saya dan Insya Allah akan mempertahankannya semasa menemui Jawatankuasa Disiplin nanti," ujarnya.

Walau bagaimanapun, Adun Salor itu mengingatkan janji Dewan Harian Pas Pusat sebelum ini untuk memberikan maklum balas berhubung 'nota cinta' beliau pada pertemuan 30 November tahun lalu yang masih belum terlaksana.
Husam dalam kenyataan tujuh ayat tersebut juga menegaskan akan menjelaskan banyak hal yang dilihat bertentangan dengan polisi parti serta tuntutan agama.
"Pada masa yang sama, saya akan menyampaikan kepada jawatankuasa disiplin nanti perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar Pas dan Islam yang telah dilakukan oleh pihak-pihak di dalam Pas yang telah saya bangkitkan selama ini," tambahnya lagi.
Ustaz Tuan Ibrahim dalam sidang medianya sebelum itu berkata, tindakan tatatertib boleh dipertimbangkan ke atas Husam mengikut peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan Pas.
Sehubungan itu, ujarnya, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang hari ini memutuskan prosiding berkaitan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tatatertib parti yang dipengerusikan oleh Dr Sanusi Daeng Mariok.
Untuk rekod, 'nota cinta' yang diserahkan oleh Husam pada 30 November 2015 berkaitan dengan cabaran kerajaan negeri Kelantan untuk mengurus tadbir dan langkah parti berkenaan untuk menyatukan ahlinya ekoran keputusan Muktamar Tahunan Pas ke-61 lima bulan sebelum itu.

Jangan takut dipecat kerana kritik Najib – Tun M

Posted: 13 Feb 2016 02:47 AM PST

Ahli UMNO yang dipecat kerana mendesak Najib Tun Razak meletak jawatan akan menjadi lebih berjiwa UMNO
mahathir-najib-umno
PETALING JAYA: Ahli UMNO tidak perlu takut jika dipecat daripada parti kerana mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Presiden UMNO berkata, jika dipecat, ia bukan satu pengakhiran kepada sebuah perjuangan menuntut keadilan sebaliknya menjadikan mereka lebih berjiwa UMNO.
"Jadi janganlah fikir jika kita disingkir oleh Najib, habislah kita ….. Tak habis ! Kita orang Melayu, ini negara kita!," katanya dalam satu temubual yang disiarkan di blog dinturtle.blogspot.
Bekas Perdana Menteri berkata, bukan mudah untuk mendapatkan keadilan dengan memberi contoh pengalamannya sendiri yang pernah dipecat UMNO.
"Bukan mudah hendak bertindak. Saya dulu biasa bertindak zaman Tunku (Tunku Abdul Rahman) dulu, saya pun kena buang. Tapi akhirnya saya dapat balik juga. Jadi kita jangan takut kena buang.
"(Kalau) dia buang, dalam hati kita, kita masih UMNO. Saya biasa resign daripada UMNO tapi saya masih berjiwa UMNO. Bila saya balik, saya balik sebagai UMNO," tegasnya.
Dr Mahathir yang belum berputus asa untuk menjatuhkan Najib berkata, ahli UMNO kini mempunyai platform untuk menyatakan tidak puas hati terhadap kepimpinan UMNO menerusi Gabungan Ketua Cawangan UMNO (GKCM).
"Saya mahu gerakan ini (GKCM) aktif, kalau kita nak pergi seluruh Malaysia mungkin (melibatkan) belanja banyak, tapi tiap-tiap negeri mesti ada orang (wakil) yang gerakkan. Ini cukup baik," katanya.

Tun M jadi Penaung gabungan ketua cawangan anti Najib

Posted: 13 Feb 2016 12:35 AM PST

Beliau bangga GKCM menjadi golongan berani bersuara bagi menyatakan kebenaran di dalam UMNO sendiri.
mahathir-GKCM
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah diisytiharkan sebagai Penaung Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).
Beliau menyatakan persetujuan itu ketika dikunjungi 21 Ahli Jawatankuasa GKCM di pejabatnya di Yayasan Al Bukhary, semalam.
Sekretariat GKCM dalam satu kenyataan berkata, dalam pertemuan itu, Dr Mahathir menyatakan beliau bangga terhadap kemajuan yang telah dicapai GKCM dalam masa yang amat singkat.
"Tambah membanggakan beliau ialah GKCM merupakan golongan berani bersuara bagi menyatakan kebenaran di dalam UMNO sendiri.
"Yang menarik, GKCM terdiri daripada mereka yang datangnya dari pelbagai latar belakang. Ini merupakan suatu kekuatan bagi GKCM," kata kenyataan itu.
Sekretariat GKCM berkata, Dr Mahathir mengulangi kebimbangannya kerana golongan cerdik pandai makin lama makin terhakis di dalam UMNO.
"Beliau berharap kehadiran GKCM berjaya mengimbangi golongan yang telah banyak merosakkan parti.
"Beliau juga berharap GKCM dapat membantu menguatkan parti setelah hilangnya kepercayaan ahli dan masyarakat umum terhadap UMNO yang kini dilanda masalah kepimpinan yang meruncing," kata kenyataan itu.

Amanah gesa Putrajaya tidak sokong perang AS-Saudi terhadap Syria

Posted: 13 Feb 2016 12:33 AM PST

Malaysia perlu merintis jalan damai dalam usaha penyelesaian krisis Syria dan tidak bersekongkol dengan Amerika Syarikat yang hanya bertujuan menjaga kepentingan sendiri dan Israel. – Gambar fail Reuters, 13 Februari, 2016. 
Malaysia perlu merintis jalan damai dalam usaha penyelesaian krisis Syria dan tidak bersekongkol dengan Amerika Syarikat yang hanya bertujuan menjaga kepentingan sendiri dan Israel. 

Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa Putrajaya tidak menyertai atau menyokong mana-mana kumpulan untuk masuk menyerang Syria bersama Amerika Syarikat (AS). Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata sebagai negara berkecuali, Malaysia perlu mencari jalan untuk memastikan krisis di negara Timur Tengah itu selesai.
"Malaysia perlu merintis jalan damai dalam usaha penyelesaian krisis lebih 5 tahun ini dengan mendesak semua pihak supaya hadir ke meja rundingan," kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu berkata, dominasi AS di Timur Tengah hanya bagi menjaga kepentingan negara "Uncle Sam" itu terutama dalam menjaga keselamatan Israel. "Sebarang tindakan Amerika dan rakan sekutunya untuk masuk ke Syria secara terus tanpa melalui meja rundingan hendaklah dikutuk sekeras-kerasnya," katanya.
Mohamad mencadangkan, bagi mengelakkan krisis berlarutan, Malaysia perlu segera memainkan peranan melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) atau badan antarabangsa lain agar isu Syria diselesaikan melalui meja rundingan.
Read More / Baca Lagi >>