Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Hollywood beri anugerah pada pembangkang

Posted: 12 Feb 2016 07:45 PM PST


Lihat di SnapShot 2016 SINI

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:28 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pendedahan Muhiyiddin Bukti Najib Bohong Keadaan Kewangan Negara...

Posted: 12 Feb 2016 05:16 PM PST



Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh yang disiarkan oleh blog mukhrizmahathirFC mendakwa kerajaan tidak mempunyai wang yang cukup sehingga perbelanjaan untuk rakyat terpaksa dipotong dan Bajet 2016 terpaksa dinilai semula. – Gambar FMT
INTIPATI UCAPAN TSMY DI PAGOH
10 Februari 2016
1. Negara kita telah mencipta banyak kejayaan. Perdana Menteri terdahulu bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat pelbagai kaum juga berusaha gigih untuk memajukan negara.
2. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini negara kita dirundung masalah. Perasaan ketakutan semakin meresap. Orang hendak bercakap pun kena tengok baik-baik. Seolah-olah kebebasan telah hilang.
3. Situasi politik hari ini tidak berapa menentu. Ada orang cakap kalau esok diadakan pilihanraya BN akan kalah.
4. Ekonomi negara kita juga semakin teruk. Harga barang semakin mahal. GST 6% tetapi harga barang naik 20% hingga 30%.
5. Mengenai kejatuhan matawang, PM kata mana-mana negara pun matawang jatuh. Tetapi negara kita jatuh lebih teruk berbanding negara-negara lain. Ini kerana wujudnya sentimen negatif terhadap Malaysia. Rasuah berlaku amat luar biasa.
6. Saya bercakap atas dasar hak dan kebenaran. Kerana itu saya dibuang. Bukan kerana saya buat apa-apa kesalahan tetapi kerana saya bercakap terus-terang. Bukan depan cakap lain, belakang cakap lain.
7. RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi PM tidak salah. Kalau begitu pegawai-pegawai kerajaan pun boleh terima duit berjuta-juta masuk ke dalam akaun peribadi atas nama derma. Ini tidak betul.
8. Kerajaan pula tidak mempunyai wang yang cukup. Perbelanjaan untuk rakyat terpaksa dipotong. Bajet 2016 dinilai semula.
9. Orang sudah tidak percaya kepada kerajaan. Mereka tiada keyakinan lagi. Pelabur mahu datang ke Malaysia pun tunggu dulu. Ini kerana faktor ekonomi yang tidak menentu dan rasuah yang berterusan.
10. Imej negara kita makin hari makin menurun. Ada orang Malaysia yang pergi ke luar negara malu hendak mengaku dari Malaysia.Takut orang tanya dari mana PM Malaysia dapat banyak duit. Ada orang kata derma. Ada pula yang kata 'pelaburan'. Tidak tahu mana satu yang betul.
Read More / Baca Lagi >>

PAS akan tentukan sama ada Husam dipecat atau tidak hari ini

Posted: 12 Feb 2016 05:10 PM PST

Datuk Husam Musa mempertahankan tindakannya mengkritik kepimpinan PAS secara terbuka kerana Islam membenarkannya.– Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Februari, 2016. 
Datuk Husam Musa mempertahankan tindakannya mengkritik kepimpinan PAS secara terbuka kerana Islam membenarkannya.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini akan menentukan sama ada parti itu akan memecat atau tidak bekas naib presidennya, Datuk Husam Musa.
Ini berikutan tindakan Husam yang sentiasa mengkritik pucuk pimpinan PAS terutama dalam rancangan berbaik-baik dengan musuh tegar parti Islam itu selama ini, iaitu Umno.
"Ada tauke balak dari Rantau Panjang beritahu, saya akan dipecat esok.

"Saya nak kata, tak payah pecatlah. Tok sah berlorat pecatlah... nanti orang kata tauke balak kuasai PAS pula," kata Husam ketika berucap dalam satu ceramah di Pengkalan Chepa, Kelantan malam tadi. Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini mengatakan tindakan boleh diambil terhadap Husam termasuk dipecat daripada parti itu.
"Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.
Menurut Husam, teguran yang dibuatnya kepada pucuk pimpinan PAS tidak salah kerana ia dibenarkan dalam Islam.
"Parti boleh dikritik dan amalan menegur terbuka ini tak salah.
"Lainlah kalau teguran itu tidak betul," kata Husam mempertahankan tindakannya menegur pucuk pimpinan PAS.
Dalam ceramahnya malam tadi Husam terus mengkritik pucuk pimpinan PAS termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
"Ini dia pakai kereta macam-macam ni, duit ambil dari mana.
"Saya dulu pun exco juga dulu tetapi tak mampu," kata Husam yang berceramah di kampung Nik Amar yang juga naib presiden PAS itu.

KENAPA karpet merah pula yg jadi mangsa !!!

Posted: 12 Feb 2016 05:08 PM PST

Adakah dengan tidak menggunakannya lagi, ekonomi negara akan segera melonjak dan hutang kerajaan RM623.3 bilion itu dapat dikurangkan ??

Mengapa tidak diumumkan penjimatan yang lebih besar maknanya seperti mengurangkan saiz kabinet, pemotongan gaji dan elaun menteri serta batalkan penggunaan jet VVIP mewah yg diganti pesawat komersial ??

APA GUNA sembilan Penasihat Najib yg dilantik itu !!!

Kenapa Perdana Menteri Malaysia saban hari suka cakap bohong & perbodohkan rakyat ??

Posted: 12 Feb 2016 05:06 PM PST

Asal aja UMNO, bohong..
Asal bohong aja, UMNO..

Kenapa terdapat penyelewengan fakta tarikh penubuhan Tabung Haji di dalam portal Tabung Haji ?? KENAPA PERLU BOHONG..

Anuar Tahir: Baling mikrofon tanda marah dan kecewa Mat Sabu

Posted: 12 Feb 2016 05:03 PM PST


Anuar TahirAnuar TahirBukan sekadar seni pengucapan awam yang menarik tetapi tindakan spontan membaling mikrofon di atas pentas adalah terjemahan kepada perasaan marah dan kecewa Presiden Amanah Mohamad Sabu terhadap sikap rakyat Malaysia.
Bagi Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir yang turut bersama pada Himpunan 365 #BebasAnwar di hadapan Penjara Sungai Buloh Ahad lalu, tindakan Mohamad itu sudah pasti akan lebih diingati oleh orang ramai.
"Tak sampai lima minit beliau berucap, empat minit lebih kurang itu digunakan dengan baik sekali untuk menyampaikan mesej dan secara spontan melakukan satu aksi yang menyebabkan ucapannya itu akan lebih diingati.
"Lemparan mikrofon itu sebagai dramatik kepada perasaan kecewanya. Ia sebagai satu seni pengucapan awam yang menarik dan hanya pemidato-pemidato hebat sahaja yang berani melakukan aksi begitu," katanya ketika ditemui Malaysia Dateline di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.
Menjawab sesetengah pandangan sinis bahawa setiap ucapan seharusnya diakhiri dengan laungan takbir seperti kebiasaan dalam ceramah Pas dahulu, Anuar berkata sesuatu aksi itu biar kena pada tempat dan situasi.
"Beliau mengemukakan pandangan bahawa kita masih belum cukup berani (melawan kerajaan). Takkan kita nak takbir? Bila beliau cakap ada rakyat yang pengecut, takkan nak takbir Allahuakbar.
"Mesej yang dibawa malam itu memang tepat dan orang semua terdiam. Dalam keadaan semua ucapan positif, Mohamad mengambil kesempatan untuk tukar tempo, kena sebut juga yang negatif, kelemahan rakyat di Malaysia.
"Kalau dah terlampau menjolok sangat orang akan memberontak tetapi di Malaysia orang marah begitu-begitu sahaja. Apabila Mohamad membawa pendekatan itu, ia sesuai dengan keadaan," katanya.
Anuar yang merupakan bekas pelajar dalam bidang komunikasi turut menyifatkan Mohamad sebagai komunikator yang hebat.
"Kepada semua pelajar komunikasi harus belajar. Orang yang bercakap mesti menguasai pemikiran, dapat sampaikan pemikiran dan mesej dengan baik. Mohamad memang seorang komunikator yang hebat.
Read More / Baca Lagi >>

Saya baling mikrofon kerana kesal kita penakut, kata Mat Sabu

Posted: 12 Feb 2016 05:00 PM PST

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu ketika berucap di perkarangan Penjara Sungai Buloh sebelum bertindak membaling mikrofon ke dinding pentas pada 9 Februari, 2016. Beliau kesal dengan sikap rakyat yang masih takut bertindak untuk menjatuhkan pemimpin korup. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 Februari, 2016.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menjelaskan tindakan beliau membaling mikrofon kerana sudah bosan dengan sikap penakut rakyat Malaysia berbanding rakyat negara jiran yang sudah maju ke depan.
"Rakyat negara jiran sudah jauh maju ke depan, kita masih jadi manusia penakut. Sampai bila?
"Itu aku baling mikrofon tu," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu ceramah di Kelantan malam tadi.

Mat Sabu bertindak membaling mikrofon ke dinding pentas selepas berucap di perkarangan Penjara Sungai Buloh beberapa hari lepas sempena genap setahun pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Mat Sabu, negara-negara jiran Malaysia sudah berjaya menukar pemimpin masing-masing yang korup melalui tindakan rakyat.
Namun, walaupun sebesar mana korupsi dilakukan pemimpin negara ini, apabila tiba pilihan raya, Barisan Nasional (BN) akan terus menang kerana rakyat takut.
"Mula-mula skandal BMF (Bumiputera Malaysia Finance) sehingga Jalil Ibrahim mati dibunuh.
"Lepas itu Perwaja, kemudian mari pula skandal PKFZ (Port Klang Trade Zone). Kemudian mari pula skandal lembu dalam kondo.
"Sekarang, mari pula skandal pembelian tanah 1MDB (1Malaysia Development Berhad) oleh Tabung Haji dan terbaru surat Gabenor Bank Negara kepada Tabung Haji.
"Tetapi apabila datang pilihan raya, BN masih menang," kata Mat Sabu dengan nada kesal.

Lantik Haron Din jadi ketua kluster satu penghinaan kepada PAS , kata Husam

Posted: 12 Feb 2016 04:59 PM PST

 Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam dianggap penghinaan kepada parti Islam itu kerana beliau perlu duduk di bawah presiden Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Februari, 2016. 
Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam dianggap penghinaan kepada parti Islam itu kerana beliau perlu duduk di bawah presiden Umno. 

Pelantikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dilakukan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak, kata Datuk Husam Musa. "Ia satu protokol yang sangat tidak kena. Bagaimana orang yang memegang jawatan paling tinggi dalam PAS tiba-tiba duduk bawah presiden Umno.
"Ini tak kena dari segi protokolnya. Bagaimana penjawat paling tingi dalam parti dilantik sebagai ketua kelas di bawah timbalan perdana menteri sahaja," kata bekas naib presiden PAS itu dalam satu ceramah di Pengkalan Chepa, Kelantan malam tadi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu, PAS perlu membuat satu keputusan politik bagi membetulkan perkara itu. Haron antara ketua kluster yang dilantik timbalan perdana menteri dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang bermesyuarat 11 Februari lepas.
Haron dilantik sebagai ketua kluster dakwah yang akan membawa cadangan kepada MPI untuk disepakati bersama dan menyelaraskan perbincangan pada masa depan.
Selain Haron, 6 lagi dilantik mengetuai kluster lain iaitu Tan Sri Muhamad Ali Hashim (ekonomi), Tan Sri Prof Dr Kamal Hasan (pendidikan),  Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (sosial), Prof Datuk Sri Zaleha Kamarudin (undang-undang),  Datuk Dr Siddiq Fadzil (pemikiran Islam) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (politik).
Dalam pada itu, Husam bertegas Datuk Takiyudin Hassan perlu melepaskan jawatannya sebagai setiausaha agung PAS yang membuat tindakan persendirian dengan membelakangkan parti dalam isu Akta 355.
Read More / Baca Lagi >>

TAHNIAH UTUSAN MALAYSIA DEDAHKAN KELEMAHAN KERAJAAN NAJIB

Posted: 12 Feb 2016 03:44 PM PST

Daalm dedahkan Ibu Negara sbg pusat peminta sedekah sebenarnya Utusan Malaysia dedahkan kelemahan k'jaan Najib. Bijak!
Dengan segala hormatnya saya menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan laman masjid negara dan sekitarnya pada setiap awal pagi dipenuhi dengan gelandangan. Dulu bilangannya kecil tetapi sekarang bertambah kerana kunonnya ada bantahan dari NGO dan kerajaan pimpinan Najib menerusi Menteri Wilayahnya memikirkan kesan politik jika tindakan tegas diambil.

Saya lihat ini dengan mata kepala saya sendiri setiap pagi Ahad bila menuju ke Jalan Masjid India untuk minum teh tarik.

Kesan poltiknya dari pendedahan Utusan Malaysia ini, ialah kelemahan Najib dan BN akan kalah teruk dalam pilhanraya akan datang kerana banyak bertolak ansur untuk mencari kemenangan politik.

Semua masaalah ini dianggap kecil kerana PM Najib sibuk dengan masaalah lebih besar RM 2.6 Billion dan kaintannya dengan IMDB yang rakyat belum dapat menerima penjelasan AG mengatakan Najib bersih dari sebarang dosa. 
 
- ZAM

Najib anggap kritikan terhadap Tabung Haji satu fitnah

Posted: 12 Feb 2016 03:27 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan penyebaran kenyataan tidak tepat tentang Lembaga Tabung Haji (TH) sehingga mewujudkan suasana tidak tenteram dalam negara dan merugikan rakyat.
Beliau berkata penyebaran berita dan khabar angin mengenai TH dalam laman sesawang dan media sosial oleh golongan tidak bertanggungjawab atas kepentingan politik dan peribadi semata-mata, juga menimbulkan rasa tidak percaya dalam kalangan masyarakat di Malaysia terhadap institusi-institusi kewangan dan kebajikan Islam.
"Jika ada dalam kalangan umat Islam yang terpengaruh dengan kenyataan tidak tepat ini sehinggakan mengeluarkan simpanan mereka di dalam Tabung Haji, ini amat mendukacitakan saya kerana mengikut terma yang telah ditetapkan.
"Pelabur-pelabur kini mengalami bukan sahaja kerugian dari segi pulangan pelaburan dan simpanan malah dari segi peluang untuk menunaikan ibadah haji ke Makkah," kata beliau dalam catatan terbaharunya di blog NajibRazak.com hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata satu daripada peranan TH adalah sebagai badan pelaburan dana Islam yang membolehkan umat Islam di Malaysia menyimpan dan melabur wang simpanan secara halal serta berteraskan syariat Islam.
Beliau berkata disebabkan pelbagai kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap TH, sekiranya ada umat Islam yang bertindak mengeluarkan simpanan, mereka kini tidak dapat lagi menikmati pulangan oleh TH.
"Lebih malang lagi, mereka yang berbuat sedemikian juga mungkin kehilangan giliran menunaikan haji," katanya.
Perdana menteri menjelaskan TH ditubuhkan pada 1963 dengan matlamat utamanya untuk membolehkan rakyat Malaysia menunaikan rukun Islam kelima itu.
"Kerajaan telah dan akan terus berusaha untuk membolehkan seramai mungkin umat Islam di Malaysia berupaya menunaikan fardhu haji, satu caranya ialah melalui subsidi bagi mereka yang menunaikan haji buat kali pertama.
"Bagi 1437 Hijrah, kos sebenar menunaikan haji adalah RM18,890 seorang tetapi jumlah yang perlu dibayar oleh bakal haji cuma RM9,980. Selebihnya sebanyak RM8,910 ditanggung oleh Tabung Haji," jelas beliau.
Beliau berkata jika dibandingkan dengan negara-negara lain, kos menunaikan haji bagi rakyat Malaysia adalah antara yang paling rendah.
Perdana Menteri juga berkata hasil hubungan diplomatik erat antara Malaysia dan Arab Saudi, kerajaan negara itu dari semasa ke semasa memberikan kuota tambahan jemaah kepada Malaysia.
"Tahun lalu, misalnya, Malaysia mendapat tambahan kuota sebanyak 2,100 lagi jemaah haji muassasah, berbanding kuota asal sebanyak 22,320.
"Walaupun begitu, Insya-Allah, pada masa sama, kerajaan akan terus berusaha untuk menambah lagi kuota jemaah haji Malaysia," kata Najib.
Beliau berkata pengurusan haji cemerlang oleh Malaysia dan juga sahsiah diri jemaah haji Malaysia yang sangat berdisiplin dalam beribadah dan menunaikan kewajiban kepada Allah, sering dipuji pihak berkuasa di Arab Saudi.
Justeru itu, katanya, amat rugi sekali seandainya semua kerja keras, hubungan baik, pengiktirafan serta kelebihan menunaikan ibadah haji ini menjadi sia-sia akibat kenyataan tidak bertanggungjawab yang disebarkan oleh ahli politik dan pengguna media sosial.
"Ada yang telah menyimpan lama di dalam Tabung Haji, sudah menghampiri umur senja, tetapi dek termakan kenyataan berbelit-belit, hilang giliran menunaikan haji mereka. Bukankah teramat rugi dan sayang sekali?
"Saya faham ada sesetengah pihak yang berniat mencatur langkah politik dengan mempermainkan serta mencetuskan kebencian rakyat namun, saya nasihatkan agar kesemua ini dihentikan," tegasnya.

Bersatu skrip lapuk ‘kartel’ Mahathir – Chegubard

Posted: 12 Feb 2016 03:20 PM PST

Keluarlah daripada UMNO dan bersama rakyat jika benar mahu bersatu, kata aktivis itu
Chegubard-mahathir
PETALING JAYA: Hanya orang bodoh akan termakan seruan 'panglima' propaganda 'kartel' Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (Chegubard)
Ahli PKR itu berkata demikian merujuk kepada tokoh wartawan, A Kadir Jasin, yang menyeru semua pihak bersatu menyelamatkan Malaysia daripada pentadbiran Putrajaya yang didakwa merosakkan, dalam satu wawancara bersama FMT.
"Dengarnya memang enak dan sedap maka saya tidak hairan bagi aktivis atau pemimpin politik yang berfikir singkat akan menyambut ia sebagai seruan bertanggungjawab.
"Namun bagi saya ia tidak lebih dari pengulangan skrip lapuk ketika operasi menjatuhkan (Tun) Abdullah Badawi," katanya, dalam satu kenyataan yang diterima FMT.
Mengimbau kembali peristiwa pasca kejatuhan Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Chegubard mendakwa seruan perpaduan pada ketika itu rupanya untuk "menyelamatkan Mahathir dan kuncunya semata-mata".
"Adakah Mahathir meneruskan usaha mendakwa Abdullah bagi mengembalikan wang negara yang ketika itu dituduh dibawa lari?" soal Chegubard.
"Apa khabar saham berkepentingan negara yang dikatakan dilarikan Khairy (Jamaluddin) ke Singapura ketika itu?"
Bukan sahaja tuduhan terhadap Abdullah dan Khairy akhirnya tidak membawa kepada pendakwaan, Chegubard menambah Mahathir kemudiannya melaraskan serangan terhadap pembangkang.
Baginya, jika Mahathir benar-benar pentingkan kepimpinan yang bersih dan berwibawa, beliau tidak akan menamakan Abdullah atau Najib sebagai penggantinya.
"Tinggalkan Umno sertai mana – mana parti selain Umno yang ada," pesan Chegubard kepada 'kartel', "atau tubuh sahaja parti sendiri."
"Bergerak bersama rakyat maka kami sendiri tidak menolak akan pertimbang untuk bersama dalam gerakan itu."

Perhalusi cadangan pindaan hukuman OSA

Posted: 12 Feb 2016 03:19 PM PST

tutup mulut- L
Hukuman lebih berat kepada wartawan yang enggan mendedahkan sumber maklumat mereka adalah tidak wajar kerana golongan itu mempunyai prinsip dan etika kerja.

KUALA LUMPUR, 12 Februari:

Kerajaan perlu memperhalusi keperluan meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 daripada setiap aspek termasuk cadangan meningkatkan hukuman kesalahan melanggar akta itu bagi  mengelakkan kekeliruan dan salah faham di kalangan rakyat, demikian menurut beberapa penganalisis politik.
Mereka berpendapat sebarang cadangan untuk mengkaji semula hukuman OSA, yang dicadangkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, hendaklah mengambil pandangan daripada semua pihak termasuklah parti politik, badan bukan kerajaan serta orang awam bagi memastikan keperluannya difahami, seterusnya diterima oleh seluruh masyarakat.
Ketika ini wujud polemik berhubung cadangan pindaan akta itu, yang antara lain mempertimbang hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan berbanding sedia ada iaitu hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun, sehingga menimbulkan
pelbagai persepsi negatif kononnya ia bertujuan menutup mulut pemberi maklumat.
Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh berkompromi terhadap sebarang kebocoran maklumat berkaitan isu keselamatan negara, cadangan pindaan OSA hendaklah memperlihatkan prinsip telus dalam tadbir urus kerajaan yang dapat meningkatkan keyakinan rakyat serta masyarakat luar terutama para pelabur terhadap kerajaan dan negara ini.

WUJUD KEPERLUAN

Pada 6 Februari lalu, laporan temubual eksklusif sebuah akhbar berbahasa Cina memetik Mohamed Apandi sebagai berkata Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan OSA dan mempertimbang meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia kerajaan dan negara, termasuk penjawat awam, orang awam dan pengamal media yang melaporkan berita tentang rahsia berkenaan.
Peguam Negara itu berkata hukuman yang sedang dipertimbangkan adalah  penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan untuk pesalah sementara pengamal media yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat yang diperoleh boleh dikenakan hukuman itu.
Melihat kepentingan kerahsiaan maklumat daripada sudut keselamatan negara dalam keadaan dunia hari ini berhadapan dengan ancaman pengganas, Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia
Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata wujud keperluan untuk hukuman itu dikaji semula agar ia bersifat lebih tegas dan mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu terlibat.
"Ia perlu kerana ancaman musuh negara seperti IS termasuklah penceroboh di Lahad Datu, Sabah, sebelum ini sangat merbahaya kepada keselamatan negara.
"Namun, jika kebocoran maklumat itu tidak memberi ancaman kepada keselamatan negara tetapi lebih kepada aspek tadbir urus dalam kerajaan, maka hukuman dalam akta sedia ada sudah mencukupi," katanya.

KAJI SEMULA AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT

Mengulas lanjut, Ahmad Martadha berkata bukan semua perkara dalam tadbir urus kerajaan perlu didedahkan kepada umum terutama dalam hal berkaitan keselamatan negara, hanya kerana berpegang kepada prinsip telus.
"Perlu ada keseimbangan antara ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan dan dalam masa sama turut melindungi (kerahsiaan) sesuatu maklumat serta pemberi maklumat.
"Untuk itu, adalah penting bagi kerajaan untuk mengkaji semula Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi memastikan pemberi maklumat berkaitan salah laku dalam pentadbiran seperti rasuah, dapat dilindungi dengan sebaiknya," katanya.
Menyentuh tentang prinsip dan etika kewartawanan yang melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat rahsia yang diperoleh, Ahmad Martadha berpendapat mengenakan hukuman lebih berat kepada wartawan yang enggan mendedahkan sumber maklumat mereka adalah tidak wajar kerana golongan itu mempunyai prinsip dan etika kerja, sama seperti profesion lain yang perlu dihormati.
Read More / Baca Lagi >>

Tertuduh kes Low Yat didenda ‘kena’ meth dalam IPD..Malaysia Boleh..!!

Posted: 12 Feb 2016 03:14 PM PST

Tertuduh melakukan kesalahan itu di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik

KUALA LUMPUR: Lelaki yang dibicarakan bagi kes mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat tahun lepas, hari ini didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.
Majistret Muhamad Faizal Ismail turut memerintahkan Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu selain menjalani tempoh pengawasan polis selama dua tahun.
Dia membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan memasukkan dadah jenis Methamphetamine ke dalam badan di tandas di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Dang Wangi di sini pada 4.15 petang pada 12 Julai tahun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan boleh dikenakan pengawasan polis sehingga tiga tahun.
Peguam tertuduh, Ihsan Busyro Zakaria, merayu mahkamah agar anak guamnya itu hanya dikenakan hukuman denda kerana bekerja dengan gaji harian sebagai pemunggah barang dan perlu menanggung ibunya yang bisu dan bapanya yang pekak.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne memohon tertuduh dikenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepadanya dan masyarakat.
Terdahulu, dalam perbicaraan kes curi telefon bimbit di Plaza Low Yat, Mahkamah Majistret diberitahu bahawa pihak polis tidak membuat siasatan lanjut mengenai di mana telefon bimbit itu berada selepas Shahrul Anuar ditangkap di plaza itu.
Pegawai Penyiasat Inspektor Shahril Mohamad dari Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi berkata beliau ada bertanyakan di mana telefon bimbit itu kepada dua anggota polis namun, mereka memberitahu telefon bimbit itu tiada dalan milikan tertuduh ketika kejadian.
Sharil, saksi kesembilan pendakwaan itu, memberi keterangan pada perbicaraan Shahrul Anuar yang didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada 4.47 petang 11 Julai tahun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Sharil juga berkata pihaknya tidak bertanyakan tentang telefon itu kepada orang awam yang berada di tempat kejadian.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nur'Aminahtul Mardiah bersambung pada 29 Feb ini.

Berapa daripada 1.5 juta yang lulus masuk Malaysia?

Posted: 12 Feb 2016 03:09 PM PST

Menjelang hujung minggu atau cuti umum, sesetengah kawasan menjadi Mini Jakarta, Little Dhaka dan Perkampungan Nepal dan Myanmar, saya pula yang terasa seperti pelancong di negara sendiri.
pekerja-asing_mal_600
Ini surat saya kepada Pak Menteri.
Saya selaku rakyat marhaen, orang biasa-biasa, ingin tahu apa maksud 'daftar masuk pekerja asing' dan 'pengambilan masuk pekerja asing'?
Ia merujuk kepada kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa angka 1.5 juta pekerja Bangladesh sebenarnya merupakan jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan pemerintah Bangladesh untuk tujuan pekerjaan dan bukan angka yang mutlak bagi jumlah kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia.
Jadi, ingin saya tahu, apakah angka sebenar yang akan diluluskan atau dibenar masuk daripada sejumlah 1.5 juta yang mendaftar itu? Sekurang-kurangnya berilah pencerahan berapa peratus daripada jumlah itu yang bakal diluluskan untuk dibawa masuk?
Pak Menteri, bukan apa, isu ini menjadi isu nasional, bukan kerana kami cemburu atau panas hati, semuanya kerana kami sayang kepada negara ini, Malaysia. Kami bimbang dengan kemasukan bertimbun-timbun rakyat negara asing, yakni dalam kes ini, rakyat negara Bangladesh, kita rakyat Malaysia akan tenggelam.
Ingat, mengikut statistik, jumlah 1.5 juta itu kira-kira sama dengan jumlah penduduk di sebuah negeri (Negeri Sembilan, Melaka, Perlis) di Malaysia.
Dan sepanjang tempoh beberapa tahun negara kita terbuka kepada warga asing, bukan sedikit masalah yang kita hadapi, tak kiralah yang pendatang itu haram atau halal.
Kalau Pak Menteri free, jalan-jalanlah di sekitar kawasan Pelabuhan Klang pada hujung minggu, ia seperti Little Dhaka. Saya pula terasa seperti pekerja asing atau pelancong bila berada di sana. Keberadaan mereka di sini bukan masalah, tetapi kesan daripada keberadaan mereka itu yang saya takuti. Saya takut mereka akan menyebabkan masalah sosial dan kesan yang tidak diingini.
Ketepikan ura-ura orang awam seperti saya yang khuatir kemasukan mereka akan di'restu' oleh kerajaan. Ada yang fikir kerajaan akan menjadikan mereka rakyat negara ini diberi kewarganegaraan, status Bumiputera-segera, lebih teruk, kuasa untuk mengundi.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Azmi Sharom: AG digesa gugur semua tuduhan hasutan

Posted: 12 Feb 2016 06:07 AM PST

Jangan gunakan pengguguran dakwaan hasutan ke atas Prof Madya Dr Azmi Sharom untuk mencari publisiti.
Azmi-Sharom-apandi-ali-GHAH
PETALING JAYA: Jangan gunakan pengguguran dakwaan hasutan ke atas Prof Madya Dr Azmi Sharom untuk mencari publisiti, kata Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) menegur Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Penyelaras GHAH, Amir Abd Hadi berkata sekiranya benar pengguguran adalah "demi menegakkan keadilan" seperti yang diuar-uarkan, maka gugurkanlah semua tuduhan hasutan yang lain.
"Adalah tidak adil sekiranya pertuduhan lain, yang juga dibuat secara tidak adil, serta bertentangan dengan semangat kebebasan bersuara yang dijamin didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, diteruskan," kata Amir dalam satu kenyataan yang diterima FMT.
Pada tahun 2014, Azmi didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 ekoran kenyataannya dalam artikel bertajuk 'Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told' yang disiarkan di The Malay Mail Online pada 14 Ogos yang lalu.
Dalam satu kenyataan pagi tadi, Apandi Ali memutuskan untuk menggugurkan dakwaan di bawah Akta Hasutan ke atas Azmi selepas melihat keterangan semua saksi pendakwaan di mahkamah.
GHAH menjelaskan Akta Hasutan telah dipinda pada 10 April lalu dengan mengeluarkan perenggan 3(1)(c) yang menjadikan kritikan terhadap kerajaan bukan lagi satu kesalahan.
"Majoriti kepada kes hasutan terdahulu ialah berkenaan dengan kritikan ke atas kerajaan. Peguam Negara seharusnya turut mempertimbangkan untuk menggugurkan kes-kes tersebut," tegas Amir.

PKR persoal tambahan 1.5 juta pekerja asing walaupun berdepan lambakan

Posted: 12 Feb 2016 04:35 AM PST

PKR hari ini mempersoalkan tindakan Putrajaya membawa masuk 1.5 juta pekerja asing meskipun negara ini berdepan dengan lambakan pekerja asing sedia ada.
Naib presiden parti itu Nurul Izzah Anwar berkata, kemasukan pekerja asing ke negara ini tidak wajar disegerakan.
Sebaliknya, Putrajaya perlu menguatkuasakan kawalan undang-undang sedia ada, kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

"Apa yang diperlukan adalah penguatkuasaan kawalan undang-undang sedia ada seperti Akta Kerja 1955, Akta Pampasan Pekerja 1952, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990, Akta Imigresen 1959/63, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. "Selesaikan dulu isu kehadiran 5.8 juta pekerja asing; di mana 2.135 juta secara sah dan 3.7 juta tanpa izin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kerajaan juga perlu menyenaraikan syarikat dan industri yang mengemukakan permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri secara telus.
Katanya, ini supaya rasional penempatan keperluan rakyat tempatan mampu dilaksanakan dalam memenuhi sektor tenaga buruh yang diperlukan.
Pada 25 Jun, 2015 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengumumkan pengambilan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh untuk memenuhi sektor pekerjaan di Malaysia.
Namun, semalam kementerian itu menegaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.
Pada masa sama, Nurul Izzah membidas perjanjian Malaysia-Bangladesh yang pada pandangannya bercanggah dengan agenda ekonomi dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).
"Perjanjian Malaysia-Bangladesh memeterai kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh dibuat di kala pengumuman penyusunan semula serta penambahan sistem kadar levi untuk pekerja asing berkuat kuasa 1 Februari, 2016.
"Mengapakah wujud kontradiksi antara dasar serta pelaksanaan oleh kerajaan dalam menangani tenaga kerja di negara kita?" soalnya.
Beliau berkata, dasar penggunaan pekerja asing mengurangkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan yang dakwanya, 70% berpendidikan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) ke bawah.
Read More / Baca Lagi >>

Jadikah Husam dipecat atau digantung keahlian esok?

Posted: 12 Feb 2016 04:21 AM PST

Orang dalaman parti agama (Pas) yang rapat dengan Ibu Pejabat parti itu di Jalan Raja Laut semacam sudah dapat menduga apakah nasib bakal diterima bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa esok.


Husam milik kekuatan sendiri.




Desas-desas kuat bertiup besok Pas akan membuat pengumum penting bersabit Husam Musa. Ada dua kemungkinan akan berlaku dan diterima Husam esok, sama ada dipecat daripada Pas atau tindakan digantung keahlian. Itulah yang diharap sesetengah orang Pas yang sudah skeptikal sangat dengan bekas "assoib" Allahyarham Tokguru Nik Abdul Aziz itu.

Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan sudah memberi "angin" dengan mengatakan Husam boleh dikenakan tindakan termasuk dengan bentuk tindakannya sekali. Suara Setiausaha Agung adalah suara dalaman parti?

Dikatakan ada tekanan dilakukan untuk mengenakan tindakan ke atas Husam. Ia dibuat oleh beberapa kalangan pimmpinan Pas Kelantan sendiri. Tindakan ke atas Husam menggunakan alasan ekoran beberapa kenyataan dikeluarkan bekas Exco kanan itu yang tidak menyeronokkan atau mencabar kreadibiliti kepimpinan dan pengurusan mereka.

Terbaru Husam telah mendesak bekas Timbalan Yang Dipertua Pas Kota Bharu yang kini menjabat jawatan Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan dan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah, meletak jawatan sebagai tanggungjawab urutan kegagalkan Pas membawa bil  persendirian di Parlimen untuk meminda Akta 355 bagi membolehkan Hudud dilaksanakan.

Husam membuat terjahan kedua mereka itu harus bertanggungjawab di atas kegagalan itu. Takiyuddin sebagai Setiasuaha Agung Pas dikatakan telah memberi nasihat tidak betul kepada Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sehinggakan deraf bil persendirian itu juga tidak sempurna dan cacat.

Dalam hal ini juga Mohd Amar Nik Abdullah yang menyertai Jawatankuasa Teknikal bersama di antara kerajaan Kelantan dengan Pusat mengenai pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah, tidak memberi maklumat apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa berkenaan. Kesalahan ini menyebablkan timbul salah faham yang akhirnya Undang-undang Persendirian itu gagal dibawa ke parlimen. Kelemahan ini sama ada kerana kurang profesional ataupun disengajakan.

Atas kecatatan dan kelemahan itulah Husam membuat deskaan supaya Takiyuddin dan Mohd Amar bertanggungjawab dengan melepas jawatan.

Kenyataan, desakan dan pendedahan Husam menerusi satu kenyataan media itu memalukan kedua mereka menyebabkan timbul kemarahan Takiyuddin dan Mohd Amar yang kemudian menempelak Husam membalas kenyataan Husam dengan menganggap ianya "sepele" dan enggan melayani Husam yang kononnya membuat kenyataan itu sebagai untuk mendapat perhatian.

Perkembangan itu menyebabkan Husam yang sudah dianggap sebagai duri dalam daging bagi Pas di Kelantan kian didendami. Satu maklumat menyebut, pihak Badan Perhubungan Pas Kelantan sendiri telah mengumpul kesalahan Husam dan diserahkan kepada Lembaga Disiplin dengan harapan diambil tindakan terhadap Adun Salor itu. Untuk maklumat salah seorang mereka pernah menemui saya dengan harapan mendedahkan keburukan Husam.

Ada beberapa saranan yang perlu dikenakan ke atas Husam mengikut perlembagaan parti. Antaranya ialah memecat Husam daripada Pas, kedua menggantung keahlian dan ketiga memanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin. Adalah dipercayai tindakan yang akan diambil esok (kalau jadi) Husam akan digantung keahlian, itu paling berat dan mengejutkan. Namun apa yang afdal dan adil dilakukan kalau ada prime facie Husam hanya perlu dipanggil menghadapi Jawatankuasa Disiplin.
Read More / Baca Lagi >>

MAT OH MAT, CERDIKLAH SIKIT MAT...

Posted: 12 Feb 2016 04:15 AM PST

Baru sebentar tadi, Ahmad Maslan menulis di Twitternya memaklumkan bahawa beliau hari ini pergi ke menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan adalah dengan berjalan kaki daripada pejabatnya di Menara Miti.

Sambil memuatnaik empat keping gambarnya sedang berjalan kaki itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu juga berkata, ia adalah suatu riadah yang baik untuknya.

Mat oh Mat, apa dah jadi ni Mat? Kenapa sampai begitu sekali mahu menonjolkan diri?

Walaupun menyebut berjalan kakinya pergi dan balik menunaikan solat itu adalah riadah yang baik, tetapi bukankah hal-hal berkaitan ibadah dengan Tuhan ini tidak perlu ditunjuk-tunjuk dan diberitahu kepada orang lain?

Berjalan kaki atau merangkak sekali pun, biarlah ianya hanya urusan antara kita dengan Tuhan. 

Kenapa perlu diheboh-hebohkan, kalau bukan untuk menunjuk-nunjuk? 

Lagi pula, tidakkah menunjuk-nunjuk boleh mengurangkan pahala?
Read More / Baca Lagi >>

Jamil Khir: Debat antara Asri, Zamihan tidak perlu

Posted: 12 Feb 2016 04:12 AM PST

Jamil Khir Baharom KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata program perdebatan antara Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin Al-Ghari tidak perlu diadakan.
Sebaliknya, beliau meminta diskusi itu diadakan secara tertutup sekiranya wujud keperluan mendesak untuk berbuat demikian.
"Malah, diskusi itu perlu diadakan dengan harmoni, mengambil kira pandangan-pandangan ulama sunni yang muktabar (terhormat), elakkan tuduh-menuduh, mengekalkan semangat persaudaraan dalam Islam dan menyelesaikan pertikaian melalui kerangka ilmu menerusi diskusi tertutup itu sahaja," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Jamil berkata, Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang bergerak seiring dengan pandangan ulama muktabar di seluruh dunia yang berpegang teguh kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menekankan nilai-nilai kesederhanaan (wasatiyyah) dan sentiasa berpandangan terbuka terhadap perkara-perkara furu'iyyah (perbezaan) di dalam Islam serta mengelakkan permusuhan dan persengketaan sesama Islam, katanya.
Media melaporkan perdebatan itu, yang bertajuk 'Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Diskusi', akan diadakan pada 9 malam, Rabu ini di Jabatan Perdana Menteri.

Nik Abduh terimbau kenangan bersama arwah bapanya

Posted: 12 Feb 2016 04:11 AM PST

Nik Aziz1Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengimbau kenangan menziarahi kubur bersama bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika Almarhum masih hidup.
Beliau turut nerkongsi sekeping gambar di Facebook, tanah yang dipijak Nik Aziz sebagai tempat persemadiannya.
"Dulu, sekali sekala kami akan bersama ayahanda menziarahi kubur datuk dan nenek kami. Hari ini kami menziarahi ayahanda di tanah yang sama. Satu hari nanti, mungkin di tanah ini juga saya akan diziarahi anak-anak saya nanti.
"Kubur adalah tempat ziarah. Semoga rumah kita yang sebenar adalah syurga-NYA yang abadi," katanya.
Pada 12 Februari 2015 menjadi detik yang diingati seluruh rakyat apabila Almarhum Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun.
Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Jenazah Almarhum disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Pulau Melaka, Kelantan.

Ajaibnya Nik Aziz di mata Aziz M Osman

Posted: 12 Feb 2016 04:10 AM PST


 Tanpa berselindung pengarah tersohor Aziz M Osman mengakui beliau mengagumi bekas Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menganggapnya sebagai insan yang perlu dicontohi.
Pernah berjumpa secara peribadi dengan Nik Aziz beberapa kali, Aziz berkata perwatakan yang dibawa oleh bekas menteri besar itu menyebabkan beliau menjadikannya sebagai ikon.
"Secara peribadi saya mengagumi pembawakan hidupnya almarhum…
"Saya sempat berkunjung, melawat dan ke rumah dia, solat berjemaah Maghrib bersama, berbuka dan bertarawih dan di situ seperti apa yang saya dengar berita mengenai Nik Aziz, dia seorang yang lembut.
"Almarhum (orangnya) lembut. Ajaibnya apabila almarhum membaca (ayat al-Quran) semua senyap, hingga pin jatuh pun boleh dengar.
"Heningnya apabila almarhum imamkan solat," katanya ketika hadir di program wacana Mengenang Murobbi Ummah di Kuala Lumpur hari ini.
Kata Aziz, sebagai Muslim dia seperti orang lain mengagumi Rasulullah yang boleh dilihat sebagai "komander, ayah, suami dan pemimpin".
Contoh seperti itu, katanya, dapat dilihat pada perwatakan dan kewibawaan Nik Aziz sepanjang hayatnya.
"Kalau nak tunjuk contoh (akhlak dan kesederhanaan) Rasulullah susah (sebab baginda sudah wafat) tapi ia telah ditunjukkan oleh almarhum. Lihatlah rumah dia, dan cara dia," katanya.
Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari tahun lalu di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kelantan.
Beliau merupakan menteri besar Kelantan antara tempoh 1990 hingga 2013.

GKCM sahut cabaran Ku Nan

Posted: 12 Feb 2016 04:09 AM PST

Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) mengesahkan pihaknya kini dalam proses melobi supaya semua ketua Umno cawangan mengemukakan usul mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur daripada jawatannya sekarang dan mengadakan pemilihan parti secepat mungkin.
Pengerusinya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata langkah tersebut diambil bagi menyahut cabaran Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya ahli akar umbi mengemukakan usul tersebut sekiranya hilang keyakinan terhadap Najib.
"Ya, itu (gerakan melobi cawangan seluruh negara membawa usul mendesak Najib berundur) dalam perancangan kami. Langkah tersebut juga dibuat untuk semua cawangan di seluruh negara menyatakan pendirian mereka.
"Ini kerana, Umno cawangan telah dicabar oleh setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan yang berkata, kalau tak yakin (pada presiden Umno) maka jalan yang paling baik adalah kemukakan usul," katanya (gambar) kepada Malaysiakini.
Mengulas lanjut Kamarulazman berkata beliau tahu usaha tersebut akan disekat di peringkat bahagian.
Walaupun begitu Kamarulazman yakin keinginan mereka dikongsi bersama oleh sebahagian ahli Umno.
Malah, Kamarulazman yang juga Ketua Cawangan Umno Taman TKK berkata ahli parti itu akan menggunakan kewarasan mereka untuk bertindak.
"Kami tahu usaha kami akan disekat oleh ketua bahagian di mana setiap ketua cawangan ini akan panggil bagi memastikan tidak ada gerakan sedemikian dilakukan.
"Kami pasti ahli ada kewarasan mereka sendiri untuk berbuat demikian dan pandangan mereka akan dibawa ke peringkat bahagian kerana hanya saluran itu sahaja yang kami ada," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

30,000 tandatangan petisyen gesa Agong buka semula siasatan terhadap Najib

Posted: 12 Feb 2016 04:08 AM PST

Pengendali laman Facebook '1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak' hari ini mengumumkan jumlah penandatangan petisyen yang berjaya dikumpulkan dalam masa 5 hari ia dilancarkan. – Gambar Facebook, 12 Februari, 2016. 
Pengendali laman Facebook '1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak' hari ini mengumumkan jumlah penandatangan petisyen yang berjaya dikumpulkan dalam masa 5 hari ia dilancarkan.

Kempen meminta Yang di-Pertuan Agong membuka semula siasatan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat sokongan, selepas hampir 30,000 orang menandatangani petisyen atas talian yang dimulakan Ahad lalu.
Perkara itu diumumkan pengendali laman Facebook "1Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak" hari ini.
"Setelah 5 hari dilancarkan, 30,000 rakyat Malaysia berani tampil menandatangani petisyen untuk mendakwa Najib," kata pengendali laman itu.

Pengendali meletakkan sasaran pertama mengumpul 100,000 penandatangan dalam tempoh seminggu bagi membina momentum ke arah 1 juta tandatangan. Petisyen maya itu bertujuan menggesa siasatan terhadap dana dalam akaun bank peribadi perdana menteri dapat dibuka semula.
Setakat ini, laman Facebook itu menerima 28,398 "likes".
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli melancarkan kempen itu Ahad lalu, menggesa raja-raja Melayu membuka siasatan dan melantik pendakwa raya bebas mengetuai siasatan.
Kempen tersebut susulan laporan The New York Times pada 6 Februari, memetik Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menyatakan wang AS$681 juta yang dimasukkan dalam akaun Najib bukan sumbangan politik tetapi pelaburan seorang warga Saudi.
Rafizi berkata, ia menyangkal kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kononnya dana itu adalah derma dan menimbulkan beberapa persoalan baru.
Apandi sebelum ini mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menghentikan siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion dan menutup kes itu selepas mendapati tidak cukup bukti untuk melakukan pendakwaan.
Najib sebelum ini menafikan sebarang dakwaan salah laku dan salah guna dana awam untuk kepentingan peribadi.

Setahun pemergian Tok Guru: 5 mutiara kata dari Nik Aziz

Posted: 12 Feb 2016 04:01 AM PST

Setahun pemergian Tok Guru: 5 mutiara kata dari Nik Aziz MALAM Jumaat 12 Februari 2015, jam 9.40 malam. Itu janji yang telah 'dipersetujui' oleh agamawan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Sang Pencipta, untuk pergi mengadapNya.

Genap setahun pemergian beliau hari ini, kesedihan masih dirasai. Namun ilmu dan kebijaksanaannya, terutamanya mutiara kata yang menyentuh perihal agama, dikenang dan akan terus diingati.

Memperingati pemergiannya, Astro AWANI mengumpulkan 5 mutiara kata yang ditinggalkan beliau. Semoga segala yang dikongsi beliau bersama masyarakat menjadi pedoman untuk menghadapi hari-hari mendatang.

"Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau. Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa. Tanpa keyakinan ini, manusia akan hilang 'brek'. Kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka."

- 'Bertemu Janji Allah Jilid 2'

"Jahil adalah penyakit kanser merbahaya yang menular dalam tubuh manusia. Bahayanya jahil ini boleh membawa syirik kepada Allah. Seperti mana penyakit kanser ada pencegahnya, begitu juga jahil ada pengubatnya. Pengubat bagi penyakit jahil adalah al-Quran dan as-Sunnah."

- Hikam Tok Guru Siri 3 (2008)

"Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah."

- sayangislam.com (2009)

"Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah."

- Komik Tazkirah Tok Guru (2015)

"Orang yang putus hubungan dengan Tuhan seperti wau yang putus tali. Walaupun wau yang putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri, ke kanan dan terbang tinggi ditiup angin namun itu tidak lama, ia akan jatuh. Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang mengikatnya. Begitu juga bandingan manusia yang putus hubungan dengan Tuhan dengan manusia yang terikat dengan Tuhan."

- Ucapan di Medan Ilmu, 12 Febuari 2010

Kerajaan ‘kacau’ SPRM antara punca persepsi rasuah negara merosot

Posted: 12 Feb 2016 03:22 AM PST

1MDB dan derma politik RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri turut pengaruhi skor Malaysia dalam CPI 2015.
akhbar-satar_1mdb_sprm_600
KUALA LUMPUR: 'Gangguan' kerajaan terhadap institusi dan agensi penguatkuasaan antara punca skor dan kedudukan negara merosot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2015
Antaranya ialah penukaran Peguam Negara dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dan pemindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Selain itu, kontroversi berhubung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma politik RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri turut banyak mempengaruhi skor Malaysia dalam CPI 2015
Presiden Transparency International- Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Sattar, berkata, semua isu itu dinilai oleh badan penyelidik tempatan dan luar negara untuk merumuskan skor Malaysia dalam CPI 2015.
"Hasil tinjauan mendapati kontroversi terbabit sudah menjejaskan kredibiliti kerajaan dan mempengaruhi sentimen pelabur dalam membuat keputusan untuk melabur di negara ini.
"Perkembangan ini menjadikan kredibiliti kerajaan terjejas dan nama baik negara tercalar," katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT, di sini, hari ini.
Akhbar berkata, skor dan kedudukan Malaysia dalam CPI sangat mempengaruhi sentimen pelabur untuk membuat keputusan melabur di negara ini.
Ranking Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2015 menurun daripada tangga ke-50 pada tahun 2014 kepada tangga ke-54 pada 2015, manakala skor CPI juga menurun daripada 52 mata sebelumnya kepada 50.

Amanah akan teruskan legasi Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 12 Feb 2016 03:21 AM PST

Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat berpandangan jauh dalam meluaskan konsep dakwah kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini, kata Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah)  Mazlan Aliman.
Mazlan berkata Tuan Guru Nik Aziz selalu berpesan agar mendekati masyarakat bukan Islam dan menekankan konsep Rahmatan lil Alamin (rahmat untuk sekelian alam).
"Tok Guru Nik Aziz selalu berkata, kita dengan orang Melayu sudah terlalu biasa. Kita hidup dalam lingkungan orang Melayu. Pada umumnya orang Melayu ni Islam cuma yang kurang pada orang Melayu ialah penghayatan, tapi yang penting sejauh mana dakwah kepada orang bukan Islam yang sepatutnya diberi keutamaan.
"Beliau selalu sebut tentang konsep Rahmatan lil Alamin dan pandangan Tok Guru Nik Aziz tentang konsep dakwah sangat jauh," katanya kepada Malaysia Dateline.
Mengimbau kenangan bersama kepimpinan bekas Mursyidul Am Pas itu, Mazlan berkata, sewaktu beliau menjadi ketua penerangan Pas Johor, Tuan Guru Nik Aziz akan meminta setiap program Pas di negeri itu disertai masyarakat bukan Islam.
"Saya pernah dua kali menjadi ketua penerangan Pas Johor. Kelebihan yang ada pada Tok Guru Nik Aziz, apabila kita hantar proposal program kepada beliau, antara perkara yang perlu ada dalam aturcara program adalah program bersama masyarakat nonmuslim.
"Pernah satu ketika tak ada aktiviti bersama masyarakat nonmuslim dalam program dan Tok Guru Nik Aziz menyatakan perasaan terkilan.
Walaupun tinggal seminggu lagi sebelum program, beliau minta dimasukkan program dengan orang Cina dan India sama ada dialog atau sebagainya," cerita Mazlan yang pernah menganggotai jawatankuasa Pas Pusat.
Read More / Baca Lagi >>