Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kerajaan Selangor terlibat "money laundering" duit haram?

Posted: 10 Feb 2016 04:10 AM PST


Money laundering adalah kegiatan menyucikan duit haram dari kegiatan haram yang dilakukan perniagaan runcit dan kecil. Kini terbongkar satu kegiatan serupa di negeri Selangor yang melibatkan kerajaan Selangor sendiri.

Adakah ianya kegiatan sama? Baca di Snapshot2016 SINI

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Bila DAP Hendak Jawab Isu Dana RM1.2 Billion?

Posted: 09 Feb 2016 06:25 PM PST


Budak Ini Cabar Guan Eng, Ada Telur Atau Tidak?

Posted: 06 Feb 2016 04:00 PM PST


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:18 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Revolusi mikrofon

Posted: 10 Feb 2016 09:10 PM PST


ULASAN Di awal 80-an, ceramah Mat Sabu tidak seperti sekarang-sekarang ini – lucu dan penuh gelak tawa.
Tiga puluh lima tahun lalu, ceramah Mat Sabu, atau nama sebenarnya Mohamad Sabu, tidak juga seperti malam Selasa yang lalu di depan penjara Sungai Buloh.
Mohamad, presiden parti serpihan PAS Parti Amanah Negara (AMANAH), kelmarin berucap tidak sampai lima minit.
Beliau mulakan ucapan dengan sebuah permohonan maaf kerana keempat-empat anaknya sudah bergelar mahasiswa tetapi tidak menjadi seperti anak-anak siswa di Indonesia.
Beliau juga meminta maaf kerana pengikut pembangkang, yang terdiri daripada petani dan nelayan, tidak keluar berdemonstrasi tiga minggu seperti di Thailand walaupun "ditindas".
Mohamad memulakan ucapan dengan retorik politik cukup menarik. Tetapi selepas tiga minit, beliau mengambil tindakan yang membuatkan ucapannya itu tidak akan dilupakan.
Semua orang terpinga sebentar, sebelum mereka kemudiannya bersorak dan bertepuk tangan. Seminggu kemudian mereka akan terus membicarakan bagaimana Mohamad membaling mikrofon di atas pentas.
Dalam sorak-sorai itu, di tengah-tengah perbahasan hangat wajar tidak wajar langkah itu, ramai terlupa apa kata Mohamad sebelum mikrofon melayang ke latar belakang pentas:
"Sampai bila kita hendak berkeadaan begini? Usiaku sudah menjelang 60 tahun. Adakah kita pejuang atau untuk menyedapkan hati saudara kita di penjara sana. Cis, mari kita bangun!"
Beliau merujuk kepada Anwar yang sudah setahun merengkok di penjara selepas disabitkan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.
Ditanya Malaysiakini di Petaling Jaya semalam, Mohamad membayangkan ceramah-ceramah beliau selepas ini akan lebih serius – janji yang sekali gus mengingatkan kita pada pendekatannya ketika sedang meningkat naik bersama PAS.
Di tahun-tahun 80-an, dengan penuh tenaga sebagai ketua Pemuda, ditambah lagi kehangatan revolusi Islam Iran yang baru melanda ketika itu, Mohamad yang kita kenal hari ini mungkin tidak sama dengan 35 tahun lalu.
Revolusi di bibir
Ucapannya ketika itu sarat dengan kisah-kisah kebangkitan rakyat di seluruh dunia. Perkataan revolusi meniti di bibirnya.
Malah, sebelum membaca surah al-Asr sebagai tradisi menyuraikan majlis ketika itu, Mohamad akan membimbing laungan "tidak timur, tidak barat, daulah Islamiah" yang membangkitkan semangat penyokong-penyokongnya.
Read More / Baca Lagi >>

PM dan isteri akan ke Los Angeles, Sunnylands & San Francisco, 11-17 Feb

Posted: 10 Feb 2016 08:18 PM PST


Pasangan negara Najib dan RosmahPasangan negara Najib dan RosmahPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Los Angeles, Sunnylands dan San Francisco, Amerika Syarikat dari 11 hingga 17 Februari ini.
Kenyataan media Kementerian Luar yang disiarkan Bernama menyebut, Perdana Menteri akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan pegawai-pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Kemuncak lawatan kerja tersebut adalah penyertaan Perdana Menteri di Sidang Kemuncak Pemimpin Amerika Syarikat-ASEAN di Sunnylands, California, pada 15 dan 16 Februari ini.
Semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 21 November 2015, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menjemput semua Pemimpin ASEAN untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Amerika Syarikat-ASEAN.
Sidang Kemuncak Pemimpin Amerika Syarikat-ASEAN terdiri daripada dua sesi iaitu perbincangan mengenai langkah-langkah mempromosikan Komuniti Ekonomi ASEAN yang bercirikan inovasi dan keusahawanan serta perbincangan isu-isu yang berkaitan dengan keamanan, kemakmuran dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik.
Tujuan Sidang Kemuncak tersebut adalah untuk meraikan peningkatan taraf hubungan dialog ASEAN-Amerika Syarikat kepada perkongsian strategik dan sebagai wadah untuk pemimpin ASEAN dan Amerika Syarikat untuk bertukar-tukar pandangan terutamanya mengenai kerjasama serantau ASEAN-Amerika Syarikat serta isu-isu serantau dan antarabangsa.
Di akhir Sidang Kemuncak tersebut, pemimpin dijangka mengeluarkan satu dokumen yang menekankan prinsip-prinsip yang dipersetujui antara ASEAN dan Amerika Syarikat dalam memajukan hubungan dialog di bawah perkongsian strategik yang baru.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis dalaman politik punca utama masalah negara – Muhyiddin

Posted: 10 Feb 2016 08:16 PM PST

Sekiranya masalah tersebut tidak dipulihkan, ia boleh mencetuskan kemarahan rakyat.
muhyiddin_600PETALING JAYA : Rakyat akan terus terbeban dan menderita jika kemelut dan masalah politik di negara ini tidak ditangani segera.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, krisis politik dalaman pada masa kini menjadi punca utama menyumbang kepada masalah negara.
"Politik jika dilihat pada hari ini semakin sesak. Ia berpunca daripada iklim politik yang tidak terurus. Ini boleh jadi penyumbang perpecahan negara sekali gus kepada rakyat.
"Masalah dalaman politik ini antaranya masalah korupsi dan kejatuhan ekonomi di mana rakyat bawahan menjadi mangsa terpaksa menanggung beban," katanya lapor Sinar Harian.
Timbalan Presiden UMNO itu melahirkan kebimbangannya sekiranya masalah tersebut tidak dipulihkan boleh mencetuskan kemarahan rakyat.
"Malah, kalau dilihat pada hari ini pun, sudah banyak petanda menunjukkan rakyat marah," katanya.
Jelasnya, kemelut politik telah menyumbang kepada masalah di negara Malaysia mulai menjadi perhatian masyarakat luar akibat konflik yang berlaku.
"Status negara pun terancam kerana beberapa isu yang melibatkan pemimpin sendiri.
"Negara sekarang sudah tidak kukuh di mata dunia. Ini semua memberi kesan kepada rakyat. Negara terkenal dengan isu-isu seperti ini, maka rakyat juga berhadapan kesukaran, terutama jika melbatkan perniagaan dan pelaburan," tegasnya.

Mukhriz: Najib marah bangkitkan isu 1MDB, RM2.6b

Posted: 10 Feb 2016 08:14 PM PST


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri telah menegurnya kerana membangkitkan secara terbuka persoalan mengenai 1MDB dan skandal 'derma' RM2.6 bilion.
"Jadi, sebenarnya, dan ini pun telah diakui sendiri oleh perdana menteri kepada saya secara peribadi, dia tak puas hati, sakit hati dengan ucapan saya (mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion... (tidak jelas didengar)," kata Mukhriz dalam rakaman video beliau menceritakan mengenai perkara itu kepada para penyokong
Rakaman selama tujuh minit 52 saat itu kelihatan seperti satu sesi ceramah yang disiarkan di Laman Facebook Mukhriz Mahathir FC (Fan Club) pada hari Selasa.
Menurut Mukhriz, ini adalah juga mengapa beliau terpaksa melepaskan jawatan MB, bukan kerana perkara lain, seperti yang dibangkitkan oleh ADUN Umno yang membawa kepada penyingkirannya sebagai ketua kerajaan negeri Kedah.
Dalam video itu, Mukhriz berkata Najib memberitahunya secara peribadi mengenai perkara itu.
Katanya, Najib memberitahunya bahawa "tak patut seorang menteri besar kata lagu tu pada dia, oleh kerana tu kena lepaskan jawatan.
"Sepanjang satu jam setengah saya duduk dengan dia, tidak sekalipun dia sebut yang dia kecewa dengan saya kerana saya tak reti tadbir Umno atau saya gagal tadbir kerajaan negeri," katanya.
Menurut Mukhriz lagi, yang disebut oleh Najib hanyalah beliau rasa marah kerana beliau (Mukhriz) menyebutnya dalam ucapan berkaitan dengan isu 1MDB dan derma RM 2.6 bilion

Skandal 1MDB: Kenapa PAC takut ambil keterangan Gabenor Bank Negara?

Posted: 10 Feb 2016 08:13 PM PST


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) PAC perlu memanggil beberapa individu lagi termasuk Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata ia berikutan mereka memiliki pengetahuan luas mengenai aktiviti 1MDB sekaligus memudahkan proses siasatan menyeluruh terhadap skandal 1MDB.
"Mustahak untuk memanggil Zeti dan pegawai Bank Negara lain kerana bank itu pada Oktober lalu membatal tiga kebenaran yang diberi kepada 1MDB untuk pelaburan luar negara berjumlah USD1.83 bilion.
"Bank Negara juga mengeluarkan arahan kepada 1.comMDB supaya membawa kembali USD1.83 bilion itu ke Malaysia dan meminta syarikat itu kemukakan cadangan untuk melaksanakan tujuan berkenaan," katanya yang juga ahli jawatankuasa berkenaan.
Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin menyatakan PAC membuat keputusan menutup sisatan mereka selepas memanggil dua lagi saksi terakhir dengan mengecualikan Gabenor Bank Negara, sebagai saksi tambahan
Mengikut Hasan, dua saksi terakhir yang akan memberi keterangan pada 11 dan 12 Februari ini ialah bekas presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh
Terkejut kerana keputusan Hasan itu, Pua berkata mesyuarat PAC sebelum ini tidak pernah membincangkan mengenai isu tiada lagi saksi akan dipanggil dalam siasatan terhadap skandal 1MDB.
Beliau menyifatkan kegagalan PAC memanggil saksi penting bakal memberi tanggapan buruk kepada integriti badan berkenaan sekaligus menunjukkan wujud amalan bias dalam menangani skandal 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

University of Umno ranks low in Malaysia

Posted: 10 Feb 2016 04:29 PM PST

If Umno is a university, as the Kedah MB says, it's worth asking what kind of education the party is giving its members.
Umno-UniversityJust when we thought the Kedah crisis was over with the installation of Ahmad Bashah Md Hanipah as Menteri Besar, the drama took a new twist with questions about his education. In response, he proudly declared that Umno was his university.
One can only hazard a guess as to what lessons the University of Umno might offer.
Here's a probable reading list:
  • International fundraising and secret donations: A how-to guide
  • Best places in the world to store illicit funds
  • Loyalty vs intelligence: Key traits to consider when hiring henchmen
  • Fear and racism: A dictator's guide to governing
  • Controlling the media and squashing dissent (with a bonus chapter on raising a cyber army)
  • 1001 ways to waste taxpayers' money
Jokes aside, there is a key problem with Bashah's qualifications but whether or not he has a university education isn't it. There are many types of intelligence and going to university is just one way of obtaining knowledge and wisdom. Besides, learning is a lifelong journey and experience can take a person far. Even theory must have practical applications, after all, and someone stuck in an ivory tower can be just as incompetent as someone without any education at all.
The problem is that Umno teaches questionable lessons at best and terrible lessons at worst. This is a party that has not only deviated from its original course, but is simultaneously destroying the very social fabric Malaysia was founded on.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA KARPET MERAH DIJADIKAN MANGSA?

Posted: 10 Feb 2016 04:26 PM PST

Di tengah-tengah kepimpinannya sedang dipertikaikan rakyat jelata dan berita mengenainya juga meniti diperkatakan di seluruh dunia, Najib Razak tiba-tiba ingin merendah diri dengan meminta perbelajaan sambutan untuknya dikurangkan dengan segera.

Aspek yang disentuhnya untuk dikurangkan itu ialah penggunaan karpet merah dan hidangan istimewa dalam setiap program yang dihadirinya.

Menurut beliau, dengan berbuat demikian bermakna perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan dan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada rakyat.

Fokus utama kita ialah rakyat, bukan protokol, kata Najib lagi.

Hahaha....ketawalah semua orang, termasuk makcik-makcik Felda dan budak-budak sekolah rendah dengan lakonan terbarunya kali ini.

Kenapalah dalam banyak-banyak aspek yang boleh dilakukan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan, karpet merah yang lebih menjadi perhatian Najib?

Apa yang ingin ditonjolkannya? Kalau ingin menunjukkan beliau kononnya berjiwa seperti rakyat biasa, ingatlah bahawa ramai belum lupa tentang perbelanjaan mewah dan keseronokannya membeli belah  bersama keluarga di berbagai negara sebelum ini.

Lagi pula, bukankah menggunakan karpet merah tidak mengeluarkan belanja yang besar kerana ia tidaklah terlalu mahal serta karpet itu pula biasanya boleh diulang-ulang pakai kegunaannya?
Read More / Baca Lagi >>

Tengku Razaleigh akui bukan calon Perdana Menteri

Posted: 10 Feb 2016 04:24 PM PST



Namun beliau tidak menolak bersedia menawarkan diri untuk sebarang jawatan sekiranya kudrat beliau mengizinkan.

"Saya masuk politik bukan nakkan jawatan dan nak jadi Perdana Menteri, takda. Tetapi saya sebagai rakyat biasa, menawar diri saya untuk apa saja jawatan, tugasan, tanggung jawab yang sedia diberi orang dan rakyat dengan apa yang boleh saya lakukan.
Tengku Razaleigh Hamzah"Jika sesuatu yang diberikan kepada saya iaitu perkara yang tidak dapat saya lakukan secara sempurna saya tak sangguplah.
"Saya walaupun sudah cecah 78 tahun, saya masih lagi 'mobile' (sihat) tetapi saya tidak sanggup macam dulu berceramah satu malam enam hingga tujuh kali, bekejar ke sana bekejar ke sini.
"Ya, dulu saya sanggup kerana saya muda dan semangat belum pudar sebaliknya masih berkobar-kobar cuma tidak mempunyai kemampuan seperti masa saya muda dulu.
"Saya akan lakukan apa yang difikir patut dilakukan itu saja yang saya boleh berjanji setakat ini, dengan izin Tuhan," ujarnya dalam Majlis Suaikenal Ikatan Cendekiawan Kelantan (icek) di Taman Tun Dr. Ismail, Isnin lalu.
Tengku Razaleigh berkata, demikian ketika menjawab soalan diajukan Profesor Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Jabatan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia (USM) bertanyakan sama ada Tengku Razaleigh bersedia menjadi Perdana Menteri.
Ahmad Fauzi merujuk usaha yang pernah dilakukan beliau bersama universiti untuk mengumpulkan maklumat sekiranya Tengku Razaleigh calon sesuai menggantikan Najib.

Malah satu laporan media luar negara mendedahkan pada 11 Jun 2015 satu pertemuan sulit diadakan di kediaman Tengku Razaleigh yang turut dihadiri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Tun Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin lain.
Justeru rakyat memaklumi Tengku Razaleigh atau mesra dipanggil Ku Li bakal menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib.
Laporan itu juga menyebut bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai Umno sebagai Presiden ketika itu.
Biasanya, Presiden Umno akan menjawat jawatan Perdana Menteri, namun melalui rangka rancangan baru itu, kedua-dua jawatan berkenaan akan dipisahkan menerusi pembentukan 'kerajaan perpaduan'.
Bagaimanapun Tengku Razaleigh dilaporkan menolak tawaran itu.
Ketika ditemui Malaysia Dateline, Ahmad Fauzi berkata berdasarkan perkembangan semasa masih sukar untuk mencari calon pengganti Perdana Menteri selain Tengku Razaleigh.
Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbelenggu dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion, desakan agar beliau meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang amat kuat.
Sehubungan itu, ujarnya perlu ada seorang tokoh pemimpin bagi mengisi kekosongan itu.
"Kita lihat suasana dalam keadaan parah susah untuk dipulihkan. Ketika mula Najib naik sebagai PM harapan rakyat cukup tinggi kerana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dianggap sebagai Perdana Menteri yang baik tetapi lemah dalam pentadbirannya.
Read More / Baca Lagi >>

Ekonomi, ringgit lemah dorong rakyat Malaysia lepas kerakyatan, tutup akaun KWSP

Posted: 10 Feb 2016 03:42 PM PST

Semakin ramai rakyat Malaysia yang berada di luar negara membuat pengeluaran penuh wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana tidak yakin dengan keselamatan simpanan mereka dalam institusi itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Februari, 2016.Semakin ramai rakyat Malaysia yang berada di luar negara membuat pengeluaran penuh wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana tidak yakin dengan keselamatan simpanan mereka dalam institusi itu. Ketika berhijrah ke Australia bersama keluarganya 6 tahun lalu, Joanne Koo tidak pernah merancang menggugurkan kewarganegaraan Malaysia kerana masih sayang dengan pertaliannya di negara ini, di samping simpanan dan pelaburannya.
Bagaimanapun, awal bulan ini, Koo dan suaminya pulang ke Kuala Lumpur bagi menyerahkan pasport Malaysia supaya dapat membuat pengeluaran penuh wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Tidak pernah terlintas di fikiran kami untuk membuat satu keputusan besar dianggap orang tua sebagai langkah drastik (menggugurkan taraf kerakyatan).

"Tapi kami sudah memantau keadaan di Malaysia selama beberapa tahun kebelakangan ini, dan kami tidak yakin," katanya kepada The Malaysian Insider.  Koo, 44, merupakan antara ribuan rakyat Malaysia di luar negara yang bimbang dengan skandal kewangan dan ketidakstabilan politik melanda negara ini sejak 2 tahun lalu, dan membuat keputusan memindahkan simpanan persaraan ke "persekitaran lebih selamat".
"Kerajaan sekarang mungkin akan menggunakan institusi seperti KWSP dan Tabung Haji bagi menyelamatkan projek atau syarikat yang gagal," kata Koo yang mempunyai simpanan persaraan berjumlah "ratusan ribu".
"KWSP ialah simpanan hasil titik peluh kita, dan tiada siapa mahu simpanan persaraan berada dalam poket orang lain satu hari nanti."
Lebih RM300 juta dikeluarkan daripada KWSP 2014
Pada 2014, sejumlah 3,098 rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan mereka dan meninggalkan negara ini, mengeluarkan sejumlah RM303 juta simpanan daripada KWSP.
Angka ini merupakan peningkatan mendadak sebanyak 63% berbanding 2010, di mana hanya RM185 juta dikeluarkan individu yang meninggalkan negara ini, menurut statistik diperolehi daripada laman sesawang KWSP.
Seorang bekas peguam yang hanya mahu dikenali sebagai ML dan sudah berpindah ke Switzerland pada 2010 berkata, beliau terdorong menggugurkan kerakyatan dan mengeluarkan simpanan persaraannya selepas membaca laporan negatif mengenai Malaysia ketika tinggal di Zurich.
"Keputusan saya (menjadi warganegara Switzerland dan mengeluarkan simpanan KWSP) dipengaruhi pelbagai isu besar yang melanda negara kebelakangan ini," kata suri rumah itu, yang baru-baru ini pulang ke Kuala Lumpur untuk menyerahkan pasport antarabangsanya.
"Saya sentiasa mengikuti berita di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

TERKINI.. Hutang kerajaan 55.03 peratus drpd KDNK .

Posted: 10 Feb 2016 07:16 AM PST

Najib bohong lagi demi menutup tahap kritikal hutang kerajaan yg telah melepasi paras bahaya (paras siling) yg dibenarkan Akta 637 & Akta 275.

TAHUKAH ANDA, 55 peratus adalah had maksimum yg dibenarkan kerajaan berhutang. Jika ia melampauinya bermakna kewangan negara adalah berada dalam kritikal..

AYUH, UNDILAH BN LAGI !!!!

TERKINI : Baki Akaun Semasa Kerajaan RM5.1B, Hutang Negara Naik RM852.9B....

Posted: 10 Feb 2016 06:28 AM PST

BAKI AKAUN SEMASA KERAjaan..
Kini dah tinggal RM5 bilion SAHAJA !!!

HUTANG NEGARA makin bertambah..
Kini RM852.8 bilion SAHAJA !!!

MASIHKAH ANDA INGAT Idris Jala yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah kata.. "Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019".

ADAKAH disbbkan faktor penyusutan akaun semasa negara beberapa tahun kebelakangan ini salah satu cara nak penuhkan balik kantong negara balik dgn kadar cepat & efisien adalah dgn KUTIP GST DARIPADA RAKYAT ???

Kenapa KERAjaan BN beriya-iya nak bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh sblum PRU14

Posted: 10 Feb 2016 06:24 AM PST

Jumlah keseluruhan pendatang asing di Malaysia mencapai hampir 30 peratus penduduk negara ini jika cadangan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh diteruskan.

Betoi ka kompaun RM300 tu mcm kacang aja korang bayar..

Posted: 10 Feb 2016 06:22 AM PST

Bayar lebih tinggi nnti pon xper kan sbb rakyat M'sia sememangnya kaya raya kan..

Tak rugi AG Apandi Ali dilantik sbg peguam negara 'ATAS NASIHAT' Najib..

Posted: 10 Feb 2016 06:20 AM PST


DAP tetap sokong Anwar jadi Perdana Menteri walau dipenjara

Posted: 10 Feb 2016 06:18 AM PST

SUNGAI BULOH, 10 FEB: DAP mengulangi pendiriannya yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bertekad mengembeling usaha untuk membebaskan beliau dari penjara.
ng suee limmSetiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata demikian depan kira-kira 1,000 rakyat sempena Himpunan 365 Anwar Tahanan Politik di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi sempena Mengingati 365 hari Anwar sebagai tahanan politik di negara ini.
"Janji kita khususnya DAP kita tetap anggap dan pilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri kita pada masa akan datang. Tidak kira sekarang dipenjara, kita akan berusaha membebaskan Anwar. Beliau bakal Perdana Menteri kita," katanya.
Menegaskan DAP sebagai 'kawan sejati' yang tetap bersama-sama waktu susah dan senang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan itu berkata rakyat juga perlu 'istiqomah' menentang kezaliman UMNO-BN.
"Kita mahu sampaikan mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Cukuplah, Cukup-cukup sudah sampai di sini saja! Bebaskan Anwar jika tak mahu rakyat akan bangkit akan jatuhkan kamu!" kata Suee Lim.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamed Sabu pula mengajak rakyat supaya berani bangkit menentang segala kebejatan di negara ini, bukan berdiam dari sebaliknya meneladani rakyat negara jiran yang bangkit menuntut keadilan.
Read More / Baca Lagi >>

SKANDAL 1MDB: LEBIH BAIK AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG DALAM PAC SEGERA LETAK JAWATAN

Posted: 10 Feb 2016 06:13 AM PST

Semakin hari semakin dapat dirasai ke mana arahnya  laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau atau PAC berhubung siasatannya mengenai 1MDB, sebuah syarikat milik kerajaan dan ditubuhkan oleh Najib Razak, tetapi akhirnya tersadai dengan pelbagai kontroversi tak berkesudahan.

Dua tiga hari lalu, secara tiba-tiba Pengerusi PAC, Hassan Ariffin mengumumkan dua saksi terakhir yang akan dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa itu ialah bekas Presiden dan CEO 1MDB, Shahrul Azral Ibrahim Halmi serta bekas Pengerusinya, Mohd Bakke Salleh.

Kata beliau, mereka adalah yang terakhir dan tiada lagi saksi lain selepas itu.

Semalam pula, Hassan mengatakan PAC tidak boleh memanggil lebih ramai saksi lain untuk memberi keterangan berhubung 1MDB kerana ia akan melambatkan proses menyiapkan laporannya.

Katanya, beliau berhasrat untuk membentangkan laporan itu dalam sessi Parlimen akan datang yang dijadulkan bersidang antara Mac hingga April nanti.

Soalnya, kenapa Hassan begitu tergesa-gesa dan mengejar masa untuk menyiapkan laporan berkaitan 1MDB?

Apa yang dikejarnya, adakah ia berkaitan dengan penyiasatan pelbagai negara yang timbul semula baru-baru ini atau untuk menunjukkan Najib "suci bersih" dalam menghadapi pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi?
Read More / Baca Lagi >>

PAS beri alasan tidak dijemput sertai #BebasAnwar

Posted: 10 Feb 2016 06:02 AM PST

Ketidakhadiran bukan bermakna kita tidak bersimpati kepada beliau
#BebasAnwar
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tampil menjelaskan bahawa partinya tidak dijemput penganjur memyertai Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat.
"Saya ingin tegaskan PAS tidak pernah menerima sebarang surat jemputan sebagaimana di dakwa dan tiada sesiapa pun yang menghubungi saya atau pejabat Agong bagi memaklumkan program tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang diterima FMT.
The Malaysian Insider melaporkan jurucakap penganjur yang menggelar diri mereka "Pro98 Reformis Malaysia", Dr Badrulamin Bahron berkata PAS tidak mengendahkan jemputan dua bulan lalu untuk menyertai mesyuarat menganjurkan acara malam semalam itu.
Jurucakap penganjur daripada kumpulan yang menggelar diri mereka "Pro98 Reformis Malaysia", Dr Badrulamin Bahron berkata, mereka terkilan kerana tiada pimpinan PAS hadir di acara malam semalam.
Beliau, yang juga ahli PKR turut mendakwa PAS tidak mengendahkan jemputan mesyuarat penganjuran acara itu yang dihantar dua bulan lalu.
"PAS dukacita di atas tuduhan yang dibuat dan kita telah tegaskan PAS menentang sebarang bentuk kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.
"Kita bersimpati dengan apa yang menimpa DSAI dan ketidakhadiran bukan bermakna kita tidak bersimpati kepada beliau," tegas Tuan Ibrahim.

AS siasat kaitan Hollywood dengan skandal kewangan Najib

Posted: 10 Feb 2016 04:21 AM PST

Wolf of Wall Street merupakan salah satu filem terbitan Red Granite Pictures, sebuah syarikat penerbitan Hollywood milik Riza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak, dengan bajet penerbitan AS$100 juta dan berjaya mendapat AS$392 juta dari seluruh dunia. Filem tersebut turut menerima 5 pencalonan Oscar termasuk untuk kategori Filem Terbaik. – Gambar fail Reuters, 10 Februari, 2016. 
Wolf of Wall Street merupakan salah satu filem terbitan Red Granite Pictures, sebuah syarikat penerbitan Hollywood milik Riza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dengan bajet penerbitan AS$100 juta dan berjaya mendapat AS$392 juta dari seluruh dunia. Filem tersebut turut menerima 5 pencalonan Oscar termasuk untuk kategori Filem Terbaik.

 Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) sedang menyiasat aliran wang keluar masuk Red Granite Pictures, sebuah syarikat penerbitan Hollywood milik Riza Aziz, anak tiri kepada Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak.
Menurut portal hiburan Deadline.com, penyiasatan itu ialah sebahagian daripada siasatan DoJ terhadap kemungkinan salah laku Najib dan ahli perniagaan kaya Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low.
"Pada masa ini, Jabatan Keadilan sedang mengumpul maklumat dan berminat dengan transaksi hartanah oleh Low dan Riza selain kewangan Red Granite. Kami dimaklumkan beberapa orang sudah dipanggil untuk soal siasat," kata laporan itu.

"Tidak pernah ada apa-apa yang tidak wajar mengenai Red Granite Pictures atau aktiviti perniagaan Riza," kata jurucakap Red Granite Pictures dan Riza dipetik sebagai berkata. "Apa yang mereka lakukan dan akan terus buat ialah membangunkan dan menerbitkan filem hebat yang setakat ini menjana pendapatan lebih AS$800 juta di panggung seluruh dunia."
Sejak dilancarkan 3 tahun lalu bersama parti hebat di Cannes, Red Granite mempunyai beberapa filem. Salah satu filem terkenalnya bertajuk Wolf of Wall Street, dengan bajet penerbitan AS$100 juta berjaya mendapat AS$392 juta dari seluruh dunia dan menerima 5 pencalonan Oscar termasuk untuk kategori Filem Terbaik.
Red Granite sebelum ini berkata menerima sokongan wang dari Asia dan Timur Tengah, dan Riza sendiri memberitahu New York Times (NYT) pada Februari 2014 yang pembiaya terbesar Red ialah seorang lelaki bernama Mohamed Ahmed Badawy al-Husseiny.
Ahmed Badawy ialah ketua di Aabar Investments, sebuah syarikat yang mempunyai ikatan kuat dengan Low.
Read More / Baca Lagi >>

Apa dah jadi dengan Negara kita?

Posted: 10 Feb 2016 04:14 AM PST

Harapkan pegar, padi dimakan semua. Bila bapak borek, rakyat kan rintik melata!

Oleh Yunus Tasim
Apa dah jadi dengan Negara kita?
Bila wang berbillion di katakan derma
Masuk akaun peribadi bukan satu tapi dua
Setelah sekian lama mengarang cerita
Semuanya serba tak kena
Apa lagi untuk diterima dan dipercaya
Tiba-tiba wang dipulang semula
Kepada penderma yang tak tahusiapa
Katanya Arab yang dah kaya raya
Kan lebih baik diberi kepada rakyat yang melara
Apa dah jadi dengan Negara kita?
Bila siasatan mengambil masa lama
Bukan satu agensi, tetapi tiga
Malaysia kan bukan negara Afrika
Serba maju dengan LRT dan lebuhraya kelas dunia
Dengan jargon KPI, ETP, GTP dan NKRA
Maka dengan Peguam Negara ditolaknya
Konon tidak cukup bukti untuk mendakwa
Tanda SPRM tidak cekap kerjanya?
Atau itu memang lakonan yang direka
Untuk mengabui mata rakyat jelata
Apa dah jadi dengan Negara kita?
Bila akhbar Singapura kata itu bukan derma
Tapi wang pelaburan yang tak tahu untuk apa
Anehnya RM2.03bil dipulangkan cuma
Derma? Investasi? Nampak betul bohongnya
Investasi rugi atau harta negara yang bayar selebihnya
Akaun bank Singapura dibekukan semua
Wang dari Pulau Cayman yang tinggal unit sahaja
Negara jadi terkenal kerna nista dan hina
Angkara tipu daya pemimpin durjana
Apa nak jadi dengan Negara kita?
Rasuah disanjung sebagai derma
Salah guna kuasa dibiarkan sahaja
Harapkan pegar, padi dimakan semua
Bila bapak borek, rakyat kan rintik melata
Hingga tak kenal mana musang mana ayam serama
Konon membela bangsa, pengkhianat rupanya mereka
Sampai bilakah si durjana kan menipu kita?
Sehingga kita di alam baka?
Atau anak cucu merempat menjadi bangsa yang hina?

Mahathir cuba mendahului tindakan terhadap Mokhzani? – RPK

Posted: 10 Feb 2016 04:11 AM PST

Raja Petra Kamaruddin mencadangkan bahawa serangan Dr Mahathir Mohamad terhadap Apandi bertujuan untuk melakar Peguam Negara sebagai orang suruhan Perdana Menteri
raja_petra4
PETALING JAYA: Serangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali barangkali cubaan untuk mendahului serangan (pre-emptive strike), cadang penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamaruddin (RPK).
Dalam muatnaik semalam, RPK mendakwa Suruhanjaya Sekuriti sedang menyiasat anak kedua Mahathir, Mokhzani.
Menurut RPK, Mahathir bimbang Mokhzani akan didakwa.
"Sebab itulah Mahathir menyerang Apandi," tulis RPK. "Beliau mahu mencemar nama baik Apandi supaya orang percaya bahawa Peguam Negara itu orang suruhan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak."
Dengan cara itu, kata RPK, sekiranya Mokhzani didakwa, Mahathir boleh mendakwa ia merupakan konspirasi politik, sama seperti yang didakwa oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas disabitkan kesalahan liwat dan dihantar ke penjara.
FMT sedang berusaha mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada Suruhanjaya Sekuriti berhubung dakwaan terhadap Mokhzani.

89 peratus netizen tidak setuju potongan 3 peratus KWSP

Posted: 10 Feb 2016 04:09 AM PST

SHAH ALAM, 10 FEB: 169 daripada 190 netizen tidak bersetuju dengan langkah Kerajaan Persekutuan melaksanakan pemotongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus seperti yang diumumkan pada 28 Januari lalu.
Berdasarkan culaan yang dibuat Selangor Kini menerusi akaun mikro Twitter, jumlah itu mewakili 89 peratus sementara 11 peratus lagi bersetuju.
CULAAN KWSP SELANGORKINI
Culaan itu bertajuk 'Selaku pencarum KWSP adakah anada bersetuju dengan cadangan potongan caruman sebanyak 3 peratus?'.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017.
Langkah yang dimasukkan dalam pengubahsuaian Bajet 2016 itu dijangka meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sehingga 8 bilion ringgit setahun.

Apa dasar patriotisme negara?

Posted: 10 Feb 2016 04:06 AM PST

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita bahawa kerajaan Malaysia dan Bangladesh telah meluluskan untuk membawa masuk pekerja dari Bangladesh sejumlah 1.5 juta dalam tempoh tiga tahun.
Sebelum ini ia berita spekulasi dan kini ia bena mengikut laporan media. Ada rakyat yang menyatakan ini keputusan gila?
Sudah pasti rasionalnya adalah Malaysia kekurangan pekerja dan dari aspek pembangunan serta ekonomi. Wajar atau tidak, isu membawa masuk 1.5 juta Bangladesh boleh didebat tujuh hari tujuh malam.
Tuduhan pertama ada pihak hendak buat duit secara kilat dan tidak sedikit kerana komisyennya yang lumayan. Ada yang mengatakan "perniagaan hamba abdi". Kuotanya diagih-agih kepada penyokong politik yang terdekat dengan pembuat keputusan.
Apa pun isunya apakah kewajaran membawa masuk 1.5 juta Bangladesh? Apakah sejumlah ini diperlukan yang bagi tujuan "forward selling" kuota seperti jual kawasan balak yang belum ditanam.
"This is a joke in the town". Kesan keselamatan dan berbagai implikasi pasti timbul dan cuba bayangkan dengan jumlah yang sudah sedia ada dalam negara sama ada yang datang cara halal atau haram.
Kes jenayah tidak sedikit sudah berlaku sebelum ini. Industri memang cenderung ambil pekerja asing kerana gaji murah. Malah dari hotel sehingga warung ambil pekerja asing.
Yang menyedihkan langsung tidak pandai bahasa kebangsaan. Sepatutnya mesti ada sijil boleh bertutur bahasa kebangsaan baru boleh masuk bekerja di Malaysia. Belajar dulu di negara asalnya.
Pengangguran meningkat
Rakyat tempatan bagaimana? Pengangguran terus meningkat. Kerajaan kena ada dasar yang jelas dan tegas.
PERKASA menggesa kerajaan menangguhkan dulu keputusan membawa masuk Bangladesh 1.5 juta ini dan kajian dan maklum balas dari semua pihak mesti dilakukan dulu.
Mungkin kertas dasar sudah disediakan, tetapi sudah diolah untuk kelulusan. Ini perkara besar yang boleh memberi impak kepada negara pada masa akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan membazir sambut saya, pesan Najib

Posted: 10 Feb 2016 03:29 AM PST

Najib tidak kisah dengan sambutan yang sederhana kerana baginya, setiap lawatan kerja adalah untuk merasai 'denyut nadi' rakyat.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berpesan kepada kementerian dan jabatan kerajaan agar tidak membazir dalam berbelanja ketika menyambutnya dalam lawatan kerja dan majlis rasmi.
Beliau tidak kisah dengan sambutan yang sederhana kerana baginya, setiap lawatan kerja adalah untuk merasai 'denyut nadi' rakyat.
"Terima kasih untuk segala persiapan menyambut saya. Saya faham jika ada protokol yang perlu diikuti, tetapi di mana boleh, kita kurangkan persiapan seperti karpet merah, hidangan istimewa dan sebagainya.
"Fokus utama kita adalah rakyat, bukan protokol. Setiap lawatan kerja yang saya lakukan adalah untuk bersama rakyat dan mendengar masalah mereka," katanya menerusi laman blognya www.najibrazak.com.
Nasihat berikut adalah susulan kepada peringatannya dalam mesyuarat Jemaah Menteri 6 Januari lalu agar kepada Jemaah Menteri dan kementerian mengamalkan perbelanjaan berhemah.
"Ia juga merangkumi perbelanjaan ketika sambutan lawatan kerja dan majlis rasmi bersama saya atau menteri lain. Saya lihat masih ada perbelanjaan yang boleh kita kurang atau elakkan," katanya lagi.

Rafizi soal keupayaan MARA biayai pinjaman pelajar

Posted: 10 Feb 2016 03:25 AM PST


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli meminta penjelasan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa mengenai keupayaan badan itu membiayai pendidikan pelajar bumiputera, terutama pelajar Universiti Kuala Lumpur.
Katanya, beliau menerima aduan daripada ibu bapa mengenai masalah dihadapi pelajar universiti terbabit berkenaan pembiayaan pendidikan anak-anak mereka.
"Mereka asalnya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Universiti Kuala Lumpur dengan persetujuan bahawa yuran kursus dan elaun sara hidup akan disediakan melalui pinjaman MARA.
 "Setelah mereka memulakan pengajian, mereka belum mendapat sebarang tawaran pembiayaan oleh MARA. Apabila mereka menghubungi pihak MARA, mereka dimaklumkan bahawa permohonan belum dibuka," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Rafizi, pelajar juga dimaklumkan oleh pihak universiti bahawa mereka perlu mendapatkan pembiayaan lain termasuk meminjam daripada Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).
"Keadaan ini menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan ibu bapa dan pelajar terutamanya ekoran daripada keputusan kerajaan memotong pelbagai peruntukan pendidikan termasuklah biasiswa JPA," katanya.
Rafizi berkata, Annuar setakat ini enggan mengulas mengenai perkara itu sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa MARA tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membiayai pendidikan Bumiputra.
Sehubungan itu bagi membantu ibu bapa dan pelajar terbabit, Rafizi berkata beliau telah melancar borang aduan dan kajiselidik mengenai pembiayaan MARA.
"Saya jemput semua yang menghadapi masalah mengenai pembiayaan pendidikan MARA untuk mengisi maklumat di bit.ly/AduanMARA supaya saya dapat menganggarkan sejauh mana seriusnya masalah pembiayaan pendidikan MARA seperti yang diadukan sebelum ini," katanya.

Ini bukan debat pasal qunut, tegas Asri

Posted: 10 Feb 2016 03:22 AM PST


Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menegaskan debat antara beliau dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin bukan berkaitan isu teologi, mahupun mengenai hukum membaca qunut atau mengadakan kenduri arwah.
Sebaliknya, Asri berkata debat berkenaan berkisar mengenai persoalan ekstremisme agama di Malaysia.
"Mungkin sesetengah pihak kurang beri perhatian kepada tajuk diskusi iaitu "Ekstremisme agama di Malaysia: satu perbincangan".
"Ia bukan berkaitan isu teologi ataupun qunut dan kenduri arwah. Ia isu ekstremisme agama di Malaysia, bagaimana ia ditafsirkan,' kata Asri dalam Facebook beliau hari ini bagi mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Harussani hari ini dilaporkan sebagai berkata tiada gunanya jika debat berkenaan hanya bertujuan menyalahkan pendapat orang, selain kedua-dua pihak tidak mahu mengaku kalah.
"Pada saya, kalau nak berdebat mesti akhirnya ada kebenaran.
"Imam Syafie pernah tidak baca qunut ketika bersolat di Masjid Imam Hanafi kerana menghormati Imam Hanafi bukan kerana kata Imam itu salah. Dia (Imam Syafie) tak pernah menyalahkan Imam Hanafi dan begitu juga sebaliknya.
"Kita berguru dengan Imam Syafie, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Maliki diiktiraf ilmu pengetahuannya. Sebab itu orang ikut pendapat," katanya lapor Sinar Harian.
Manakala, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa juga dilapor mempersoalkan sama ada berbaloi atau tidak pendebatan dua tokoh agamawan itu.
Menurut Mujahid, pendebatan seharusnya membincangkan perkara yang lebih besar seperti isu rasuah dan penyelewengan dalam kalangan pemimpin Islam di negara ini.
Bukan sembang kedai kopi
Sementara itu Sinar Harian melaporkan bahawa Zamihan mencadangkan agar ada resolusi bagi debat antaranya dengan Asri.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DAP tetap sokong Anwar jadi Perdana Menteri walau dipenjara

Posted: 10 Feb 2016 06:19 AM PST


SUNGAI BULOH, 10 FEB: DAP mengulangi pendiriannya yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bertekad mengembeling usaha untuk membebaskan beliau dari penjara.
Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata demikian depan kira-kira 1,000 rakyat sempena Himpunan 365 Anwar Tahanan Politik di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi sempena Mengingati 365 hari Anwar sebagai tahanan politik di negara ini.
"Janji kita khususnya DAP kita tetap anggap dan pilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri kita pada masa akan datang. Tidak kira sekarang dipenjara, kita akan berusaha membebaskan Anwar. Beliau bakal Perdana Menteri kita," katanya.
Menegaskan DAP sebagai 'kawan sejati' yang tetap bersama-sama waktu susah dan senang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan itu berkata rakyat juga perlu 'istiqomah' menentang kezaliman UMNO-BN.
"Kita mahu sampaikan mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Cukuplah, Cukup-cukup sudah sampai di sini saja! Bebaskan Anwar jika tak mahu rakyat akan bangkit akan jatuhkan kamu!" kata Suee Lim.
ng suee limm
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamed Sabu pula mengajak rakyat supaya berani bangkit menentang segala kebejatan di negara ini, bukan berdiam dari sebaliknya meneladani rakyat negara jiran yang bangkit menuntut keadilan.
"Kenapa kita tidak ikut arus rakan-rakan di Indonesia, di Burma, kita ketinggalan kerana kita penakut. Mengakulah kita tak cukup berani. Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, tanya diri kita, adakah kita pejuang atau hanya bermain slogan? Ayuh, mari kita bangun!" katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula mahu perjuangan Anwar diteruskan tanpa menyerah kalah kepada tekanan kerajaan dan mengingatkan pihak tertentu yang mahu menggantikan Anwar supaya menginsafi jatuh bangun perjuangan reformasi.
"Di Amerika Syarikat, seorang warga emas berumur 74 tahun Bernie Sanders yang perjuangkan kesenjangan antara kaya miskin, Kalau beliau mampu lakukannya di Iowa, kenapa kita mahu menyerah kalah kepada Najib?
"Kita takkan menyerah. Kita akan lawan hingga ke akhirnya!" kata anak sulung Anwar itu. – Roketkini.com

MESEJ YANG DISAMPAIKAN MAT SABU DENGAN SINDIRAN

Posted: 10 Feb 2016 06:14 AM PST





  MAT SABU 'MELETOP' DI HIMPUNAN 365 #BEBASANWAR

1.MELAYU PENAKUT , RAKYAT MALAYSIA PENAKUT
2.JAGA PERUT DAN BAWAH PERUT
3.LEBAI JADI PENASIHAT SAJA
4.BUAT APA PUN TAK APA
5.JADI BARUA UMNO PUN OK
6.KENYANG PERUT KELUARGA TERJAGA
7.ASAL KELUARGA AKU TERJAGA MAKAN MINUM REHAT CUKUP
8.KENA TIPU DENGAN UMNO BIASA SAHAJA
9.USTAZ PUN DAH CARI MAKAN
10.IKUT SUKA KAMI

HIMPUNAN 365 #BEBASANWAR : PAS TAK BERI SOKONGAN

Posted: 10 Feb 2016 06:09 AM PST

ANWAR MANGSA POLITIK.

Posted: 09 Feb 2016 10:13 PM PST

DSAI diperakui masyarakat antarabangsa sebagai mangsa politik Umno-BN, memenjarakan DSAI semata-mata untuk menghalang beliau menumbangkan BN..ditemuramah Saudari Sumisha, wakil dari Channel News Asia..






Ditemuramah wakil Turkish Media, Saudara Mehmet Ozay dari Anadolu Ajansi, Pacific Regional Coordinator sempena setahun pemenjaraan zalim terhadap DSAI..


FOTO WAN FAUDZIN


TPPA: KENAPA KITA RELA JADI TALI BARUT AS? – KU LI

Posted: 09 Feb 2016 10:03 PM PST