Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Rafizi kata tidak suruh keluarkan duit TH?

Posted: 09 Feb 2016 06:44 PM PST






Rafizi berdiam bila terdedah dia sudah menipu. Kini dia cuba buat orang ramai lupa. Baca di Snapshot 2016 SINI



Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


YB PAS JADI DEWA MAHARAJA CHINA MOHON MAAF

Posted: 09 Feb 2016 03:20 AM PST

dewa1Adun PAS Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman mencetuskan kontroversi kerana berpakaian seperti seorang Maharaja Cina.
Bagaimanapun, beliau tidak tahu bahawa kostum yang dipakainya itu menyerupai kostum Dewa Cao Guojiu.
Khairuddin mengakui kesilapannya dan menjelaskan bahawa beliau telah diberitahu oleh penduduk di Wangsa Permai, Kepong bahawa pakaian itu adalah pakaian Maharaja Cina.
"Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan masyarakat Cina sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama mereka," beliau berkata.
Khairuddin, yang juga Setiausaha PAS Selangor bagaimanapun akan menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama terhadapnya.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Setiausaha Majlis Syura Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan kejadian itu sebagai 'mengecewakan'.
"Tetapi kita tidak merasakan tindakannya bertujuan untuk menentang ajaran atau memperkecilkan Islam," katanya.
Zawawi kemudian menasihati ahli-ahli PAS supaya berhati-hati dengan perkara-perkara yang melibatkan agama untuk mengelakkan sebarang salah faham 

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


G25 cadang tubuh jawatankuasa khas Parlimen elak masalah 1MDB berulang

Posted: 09 Feb 2016 09:02 PM PST

Kewujudan Jawatankuasa Pilihan Penyelaras Hutang Luar Negara diharapkan mampu mengelakkan krisis 1Malaysia Development Berhad kerana persoalan mengenai hutang mata wang asing akan memastikan pengurusan kewangan yang lebih cermat dan berhemat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Februari, 2016. 
Kewujudan Jawatankuasa Pilihan Penyelaras Hutang Luar Negara diharapkan mampu mengelakkan krisis 1Malaysia Development Berhad kerana persoalan mengenai hutang mata wang asing akan memastikan pengurusan kewangan yang lebih cermat dan berhemat.

Kumpulan pegawai tinggi kerajaan bersara, G25 mengesyorkan agar Parlimen memainkan peranan yang lebih menonjol dalam menjalankan fungsinya di dalam sistem kerajaan.
Sekretariat G25 berkata, keadaan sekarang mendesak agar perlaksanaan langkah-langkah pengawasan dan imbangan untuk melindungi kepentingan awam daripada penyalahgunaan kuasa.
"Ini sejajar dengan doktrin pengasingan kuasa untuk memerintah negara pada peringkat persekutuan.

"Sehubungan ini, kami ingin mencadangkan Parlimen menjalankan  fungsi pengawasannya secara tetap melalui penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Parlimen," kata Sekretariat G25 dalam satu kenyataan hari ini. G25 berkata, peranan pengawasan Parlimen hari ini dilihat lebih berbentuk kepada soalan-soalan yang dikemukakan sewaktu masa soalan, dan perbincangan isu-isu, serta pemantauan urusan-urusan kewangan melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Kualiti perbincangan-perbincangan bergantung kepada sejauh mana penjawat awam sanggup dan rela menjawab soalan yang dibangkitkan ahli-ahli Parlimen dan PAC.
"Tambahan lagi, skop PAC secara amnya, hanya terhad kepada laporan-laporan mengenai pengurusan kewangan," kata mereka.
G25 berkata, mereka sentiasa melihat, menteri yang bertanggungjawab sering kali terlepas daripada dipanggil memberi keterangan.
"Kami sentiasa perhatikan dengan perasaan kecewa daripada laporan-laporan itu para menteri yang berkemungkinan menyalah gunakan kuasa mereka di dalam proses membuat keputusan tidak langsung dipanggil untuk memberi keterangan  mengenai skandal-skandal  yang mereka terlibat atau bertanggungjawab mengenainya," kata Sekretariat G25.
Read More / Baca Lagi >>

Kisah ular guni buruk dan ular berbisa di Putrajaya

Posted: 09 Feb 2016 08:59 PM PST


Dalam tampalan (posting) kali ini, saya akan menulis hal yang mudah. Saya nak cerita berkenaan ular guni buruk. Ada orang panggil ular belalai gajah.
Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil elephant trunk snake atau istilah saintifiknya Acrochordus javanicus daripada famili Acrochordidae. Ia adalah daripada kumpulan ular primitif yang tidak berbisa.
Kawasan taburan ular ini adalah Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam.
Ular guni buruk: nampak mengancam tapi tak bisa. Sesiapa dalam generasi saya yang membesar di kawasan sawah atau paya pada tahun 1950-an dan 60-an tentu tahu ular ini.
Mereka sama ada pernah bertembung secara fizikal dengannya atau, setidak-tidaknya pun, melihat ular itu hidup atau mati.
Saya bertembung dengan ular ini ketika menahan taut, menyerkap atau memasang bubu. Ular ini suka membenamkan diri di dalam lumpur sambil menunggu mangsa yang lazimnya ikan.
Menyerkap ikut jentera penbajak
Apabila menyerkap kita kerap terserkap ular ini dan menyangkanya ikan. Apabila kita menyeluk untuk menangkap "ikan", rupa-rupanya kita tertangkap ular guni buruk.
Orang Kedah memanggilnya ular guni buruk atau ular karung guni kerana apabila terpegang, rasanya macam guni buruk yang terendam di dalam bendang.
Ular ini lebih menyerupai belalai gagah dengan kulit yang kasar. Menurut ensiklopedia atas talian Wikipedia, kulit ular ini apabila diproses dipanggil karung. Mungkin kerana teksturnya kasar macam karung guni atau mengkuang.
Sekali saya tertangkap ular guni buruk betina. Apabila saya mengangkatnya keluar dari lumpur ia melahirkan berekor-ekor anak. Ular guni buruk adalah daripada kumpulan reptilia Ovoviviparity yang mengeram telur dalam kandungan dan menetaskan anak.
Kenali Ular Anda
Di sinilah ilmu, pengetahuan dan pengalaman penting. Apabila kita hidup dalam persekitaran yang ada ular, kita kena kenal jenis-jenisnya.
Jangan kita lari lintang-pukang sampai patah kaki dan tercabut gigi kerana terserempak ular belalai gajah, ular lidi, ular tikus dan ular air yang tak bisa, tapi mati terpatuk kerana tunjuk berani dengan ular tedung selar, ular tedung, ular kapak dan ular katam tebu yang sangat bisa atau dibelit oleh ular sawa.
Jangan sangka ular hanya ada di dalam hutan dan belukar di kampung, desa dan Rancangan Felda. Sekarang ini di bandar dan di padang golf pun ada ular tedung, ular sawa dan macam-macam jenis lagi. Saya tahu sebab banyak dah masuk rumah saya.
Ada orang beritahu saya, di Putrajaya pun banyak ular. Tak menghairankan. Tapak Putrajaya adalah ladang kelapa sawit. Di ladang kelapa sawit banyak tikus. Di mana ada tikus, di situ ada lah ular yang makan tikus.
Jadi saya tidak terkejut kalau di Putrajaya ada banyak ular. Ini terbukti apabila seorang kawan saya – pembahas tetap blog ini – dipatuk ular tedung di Putrajaya pada suatu malam beberapa tahun lalu. Dekat-dekat mati sebab dua, tiga buah hospital yang dia minta rawatan tak ada penawar gigitan ular (antivenom).
Lain kali pembaca dan pembahas blog ini pergi Putrajaya, berhati-hatilah. Ada ular berbisa di Putrajaya. Oleh sebab Putrajaya masih ada ladang kelapa sawit dan paya "wetlands", saya rasa ular sawa, ular tikus, ular kapak, ular air dan ular daun pun ada juga.
Di Kedah, orang yang berlagak pandai dan hebat tapi kosong di atas dipanggil ular air. Ular berbisa yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Tapi ular air, panjatlah Menara Kembar Petronas pun tidak akan jadi bisa.
Lain kali kalau terjumpa ular di persisiran tasik Putrajaya dan ia lari daripada kita, itu mungkin ular air. Ular tedung pun lari juga, tapi tidaklah lintang-pukang macam ular air atau ular liar.
Read More / Baca Lagi >>

Bendera BN terbalik: Tindakan keterlaluan Umno Bahagian bakal diambil tindakan, kata Mohd Rawi

Posted: 09 Feb 2016 08:07 PM PST

Datuk Mohd Rawi AbdullahDatuk Mohd Rawi AbdullahKetua Penerangan Umno Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid mengingatkan Umno Bahagian dan ahli akar umbi bakal dikenakan tindakan kerana menunjukkan protes dengan mengantung bendera BN terbalik.
Beliau mengesahkan menerima maklumat diviralkan di media sosial berkaitan bendera BN dipasang terbalik.
Beliau  tidak menafikan tindakan protes itu dilakukan membabitkan beberapa Umno Bahagian yang tidak senang dengan pelantikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada 4 Februari lalu.
"Saya percaya tindakan protes di satu-satu kawasan itu mungkin berlaku tapi belum dapat gambaran sah daripada Umno Bahagian berkenaan.
"Kita tidak mahu ambil tindakan drastik, sebaliknya minta Umno Bahagian salurkan maklumat berkaitan untuk memudahkan kita mengambil tindakan," katanya dipetik Sinarharian.
Jelasnya, perbezaan pendapat antara sesama individu dan pemimpin adalah perkara biasa, namun tindakan menggantungkan bendera parti dalam keadaan terbalik adalah keterlaluan.
"Bermacam kemungkinan boleh berlaku termasuk sabotaj daripada pihak luar.Bagaimanapun, setiap Umno Bahagian tahu apa tindakan yang harus mereka lakukan," katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) Zainal Abidin Muhamad ketika dihubungi mengesahkan insiden bendera BN digantung dalam keadaan terbalik, baru-baru ini.
"Kita ada menerima aduan berhubung kejadian bendera parti digantung terbalik di beberapa lokasi sekitar Jerlun. Tapi antara lokasi yang kita dapat kesan adalah di Padang Perahu.
Read More / Baca Lagi >>

Papagomo video and the dark side of our nation

Posted: 09 Feb 2016 08:01 PM PST

Have we become so blasé, so morally compromised that we now cheer men like these, that we admire them instead of being repulsed by their actions?
papagoma_sexual_600
By Dennis Ignatius
I watched the video of Wan Muhammad Azri Wan Deris, otherwise known as Papagomo, assaulting a Pakistani migrant worker. It was deeply disturbing and troubling to see a hapless and frightened migrant worker being slapped, kicked, and punched as he stood shocked and confused, pleading for mercy.
Barbaric and unacceptable
Though Papagomo insists that the migrant worker sexually harassed a family member, he has absolutely no right to take the law into his own hands and assault a person that way. It is vigilantism, barbaric and unacceptable in any civilised nation. The proper thing to do would have been to call in the police and allow them to determine if a crime had been committed.
Papagomo, who was sacked from the Royal Malaysian Police after having been convicted of a criminal offence, is of course, no stranger to controversy. He made a name for himself stirring up racial discord during the Low Yat Plaza incident and was arrested for spreading unverified information. In a separate case, he was ordered by the Court of Appeal to pay Anwar Ibrahim RM800,000 over a rude and defamatory blog post.
Papagomo justified his outrageous behaviour this time around by invoking honour and duty, and making out that he's on some kind of campaign to protect women from sexual harassment. Is it honourable to take justice into one's own hands and beat up another human being? Is duty to family licence to harass, intimidate and bully others?
Is this what honour and duty now means in our nation?
The silence of Putrajaya
Equally disconcerting was the silence from Putrajaya. Not a single government minister has, as of now, condemned Papagomo's outrageous behaviour. I would have thought the Prime Minister, or at least the Home Minister, would have immediately expressed outrage and vowed to apply the full weight of the law against Papagomo, but, no – silence on these matters is golden these days, especially when it involves a pro-Umno man.
Thankfully, the Deputy Inspector-General of Police weighed in to say that whether or not a report is lodged over the incident, the police would take action. I certainly hope so. Whatever happens, this case must not end up like so many other cases that go nowhere because of a reluctance to prosecute the well-connected and politically-favoured. I hope we don't hear excuses like the victim didn't want to press charges or that the matter has been settled amicably.
An offence has been committed and justice must be done
There's an old story from the English courts of justice about a man who was charged in court for brutally assaulting his wife. During the trial, the wife had a change of heart and told the judge that she could find no fault in her husband. The judge looked at her sombrely and said, "Madam, you may find no fault in this man but England does," and proceeded to pass sentence.
Read More / Baca Lagi >>

Ramai ahli PAS tunggu masa masuk AMANAH

Posted: 09 Feb 2016 07:59 PM PST

PAS semakin tergugat apabila memperkenalkan peraturan ketat kerana bimbang ahlinya meninggalkan parti untuk menyertai AMANAH.
salyuddin,pas
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak dakwaan PAS kononnya ahli parti itu akan kembali menyertai PAS kerana tidak yakin dengan parti baharu tersebut.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub berkata tidak ada tanda-tanda ahli AMANAH akan menyertai semula PAS, sebaliknya berlaku apabila semakin ramai ahli PAS yang menunggu masa untuk meninggalkan parti Islam itu.
Katanya, PAS semakin lari daripada perjuangan asal menyebabkan ahlinya lari dan menyertai AMANAH.
"Saya tidak nampak kita yang membuat AMANAH ini keliru (perjuangan parti) tetapi apa yang Datuk Takiyuddin Hassan perlu sedar ialah ramai lagi ahli PAS menunggu masa untuk masuk AMANAH.
"Jadi saya tidak teruja dengan ucapan Datuk Takiyuddin Hassan. Bukti PAS (tergugat) apabila mereka memperketat peraturan dan bakal mengenakan tindakan untuk menakutkan ahli. Sampai nak pergi dengar ceramah AMANAH pun tak boleh itu tandanya mereka terlalu bimbang keluarnya beramai-ramai ahli PAS menyertai AMANAH," katanya kepada FMT.
Semalam, Takiyuddin mengesahkan kebanyakan ahli AMANAH akan pulang ke pangkuan PAS dalam tempoh enam bulan kerana keliru dengan perjuangan parti itu.
Dalam perkembangan lain, Salahuddin turut membidas tindakan pemimpin PAS yang masih memanggil AMANAH sebagai PAN.
"Memang agenda mereka (PAS) untuk mengelar kita PAN walaupun kita sudah mendaftar dengan ROS dengan nama AMANAH, kerana perkataan AMANAH itu merupakan satu perkataan yang agung sebab itu mereka tak suka panggil kita AMANAH.
"PAS sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan mereka begitu 'busuk hati' terhadap AMANAH dan kepada kami yang keluar daripada PAS untuk menubuhkan AMANAH," katanya.

Skandal 1MDB: Apa perlunya PAC jika kenyataan media mencukupi, soal DAP

Posted: 09 Feb 2016 07:42 PM PST

Kegagalan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memanggil saksi tambahan dalam siasatannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan institusi Parlimen itu gagal memenuhi amanah rakyat, kata DAP.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berhubung tiada lagi saksi tambahan akan dipanggil selain bekas presiden 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.
Berdasarkan kepada hujah Hasan, PAC tidak perlu memanggil saksi lagi kerana 1MDB sudah mengeluarkan banyak kenyataan media untuk menjelaskan segalanya, dan keterangan bekas ketua 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman tidak diperlukan kerana masalah ketika beliau memegang jawatan sudah dijawab Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dalam prosiding terdahulu, kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

"Dengan segala hormatnya kepada Lodin, kenapa perlu PAC siasat kemungkinan salah laku pengurusan dalam 1MDB, dan terima keterangan beliau sepenuhnya? "Lebih pula, Tan Sri Lodin hanya pengerusi lembaga pengarah, bukan ketua pegawai eksekutif yang melaksanakan semua tindakan oleh syarikat," katanya.
Beliau berkata Hasan menyatakan masalah Bank Negara dengan 1MDB berhubung kontroversi pindahan wang AS$1.83 bilion (RM7.53 bilion) sudah dijelaskan dalam media dan kenyataan akhbar peguam negara.
Hasan berkata ini menjelaskan rasionalnya untuk tidak memanggil Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Hasan mengumumkan hanya Shahrol dan Bakke akan datang minggu depan untuk memberi keterangan kepada PAC sebelum ia menutup sesi pendengaran mengenai 1MDB.
Pua mempertikaikan sama ada Hasan bertanya ahli lain dalam jawatankuasa bi partisan itu untuk sekadar menerima kenyataan media oleh 1MDB dan pihak lain sebagai penjelasan menyeluruh atas pelanggaran itu seperti didakwa Bank Negara.
Katanya, PAC sepatutnya dibubarkan saja jika begitu, memandangkan selepas semua tuduhan pelanggaran termasuk pindahan luar kebiasaan dengan jumlah besar AS$1.83 bilion, boleh saja dijelaskan menerusi "kenyataan akhbar", pada masa depan.

Fahami tugas media, jangan anggap wartawan penjenayah, kata persatuan

Posted: 09 Feb 2016 07:36 PM PST

Persatuan media meminta Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali cari penyelesaian terbaik tanpa perlu mendakwa petugas media seperti penjenayah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Februari, 2016.Persatuan media meminta Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali cari penyelesaian terbaik tanpa perlu mendakwa petugas media seperti penjenayah. Selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata wartawan yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat mereka boleh didakwa mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, persatuan media meminta beliau mencari penyelesaian terbaik tanpa perlu mendakwa petugas media seperti penjenayah.
Presiden Kelab Media Johor Mohamad Fauzi Ishak berkata kesahihan sesuatu berita itu bergantung kepada sumber dan tidak boleh menuding jari kepada wartawan semata-mata bagi membuktikan kesahihannya kerana mereka hanya menjalankan tugas melaporkan berita mengikut etika kewartawanan yang digariskan.
"Kita kena siasat siapa sebenarnya dalang yang membocorkan rahsia kerajaan, bukannya sibuk hendak mendakwa wartawan seperti seorang penjenayah.

"Wartawan biasanya tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilaporkan, dan sesuatu berita yang tidak mengikut etika memang tidak akan disiarkan," katanya kepada akhbar itu. Fauzi yang pernah bekerja dengan Astro Awani berkata, tidak adil sekiranya wartawan berdepan dengan dakwaan setiap kali menyiarkan berita yang "menjentik kerajaan".
"Kita memang tak setuju sama sekali jika ada cadangan untuk mendakwa atau meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia kerajaan termasuk wartawan yang melaporkan.
"Selama ini media cetak dan elektronik arus perdana sudah melaporkan berita yang terbaik untuk pihak kerajaan. Adalah tidak adil jika sesekali terlepas pandang sesuatu berita akan terus dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Sebelum ini, akhbar bahasa Cina Sin Chew Daily melaporkan Apandi sebagai berkata, beliau sedang menimbang hukuman akta itu bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka terlibat membocorkan rahsia kerajaan dan negara serta mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu.
Beliau melihat kepada kemungkinan mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan untuk pesalah.
Sementara itu, Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) menyuarakan kekesalannya jika terdapat pihak yang melihat bidang kewartawanan negara ini dalam konteks sempit.
Presidennya, Ayob Mamat berkata semua pihak seharusnya memahami peranan dan tanggungjawab wartawan yang melaporkan berita.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia negara gemilang menuju kehancuran

Posted: 09 Feb 2016 07:22 PM PST

Oleh RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD


Pihak Kerajaan yang berkuasa selalu menggunakan beberapa institusi utama untuk kepentingan dan menyambung hayat mereka - survival!

Institusi Agama, Pertubuhan Kaum Melayu dan juga Institusi Raja-Raja pernah dijadikan penyambung hayat mereka dalam keadaan yg diperlukan.

Dalam keadaan terdesak, terkini sebuah Institusi DiRaja Arab Saudi telah diperalatkan. Kononnya "derma" RM 2.6 billion adalah dari keluarga DiRaja Arab Saudi.

Untuk makluman, institusi tersebut pada masa itu dikuasai oleh Almarhum Raja Arab Saudi yang telah pun mangkat.

Orang puteh kata "Dead Man Tell No Tales" (orang yang telah mati tidak boleh berhujah untuk pengesahan).

Bagaimanapun seorang menteri kanan, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menyatakan beliau tidak berfikir RM 2.6 Billion yamg dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Mohd Najib Razak bukan derma politik daripada Kerajaan Arab Saudi. Beliau menyatakan bahawa wang tersebut adalah untuk satu pelaburan dan bukan derma. Siapa yang tidak bercakap benar dalam hal ini?

Apabila tidak boleh memperalatkan institusi DiRaja tempatan, institusi DiRaja Arab Saudi menjadi sasaran.

Satu harapan diletakkan agar Majlis Raja Raja akan menimbulkan lagi isu 1MDB pada mesyuarat mereka pada bulan ini kerana teguran mereka pada bulan Oktober lepas tidak diendahkan oleh pihak Kerajaan Pemerintah.

Penafian Menteri Luar Saudi terhadap kenyataan Najib meletakkan Raja-Raja Melayu dalam keadaan serba salah untuk memperbetulkan situasi kerana hubungan Keluarga DiRaja Arab Saudi dan Raja-Raja Melayu perlu dipelihara.

Setiap kali Raja-Raja Melayu ke tanah suci mereka akan menjadi tetamu Raja Saudi. Hubungan baik diantara dua keluarga DiRaja ini perlu di jaga dan dipelihara.

Kalau Institusi DiRaja tidak boleh digunakan untuk menutup isu ini, adakah isu Agama atau perkauman pula akan di bangkitkan? Isu Wahabiatau isu Bangsa Arab memusuhi dan menjejas maruah Melayu pula?

Adakah pihak ultra perkauman Melayu akan menuduh Arab dari Saudi menghina maruah Najib Razak sebagai seorang Melayu dengan menderma RM 2.6 billion, dan kerana itulah sebahagiannya telah dipulangkan kembali!

Inilah senario luar biasa yang mungkin kita hadapi di Malaysia !

Apa yang pasti ialah reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa telah teruk tercemar dengan isu derma RM 2.6 Billion serta skandal 1 MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat pengecut untuk guling PM, kata Mohamad Sabu

Posted: 09 Feb 2016 07:19 PM PST


Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramahnya malam tadi.Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramahnya malam tadi.Presiden Amanah, Mohamad Sabu menganggap rakyat Malaysia pengecut kerana tidak mempunyai keinginan untuk mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
"Kita semua pengecut," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memarahi orang ramai yang berkumpul untuk menyambut ulang tahun pertama bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dipenjarakan di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.
Dalam nada menyindirnya, Mat Sabu mengeluh rakyat tidak bertindak maka Najib akan terus berkuasa.
"Kita akan tetap berdiam, kita ada kekuatan suara tetapi 'malu-malu kucing'  seperti suara jantan (lelaki) tapi hati betina (wanita)," katanya.
Tambahnya lagi kerana rakyat Malaysia pengecut, katanya," kita dan negara  telah ketinggalan".
"'Berapa lama lagi kita akan tinggal seperti ini?" soalnya.
Mat Sabu berkata, walaupun Indonesia, Thailand dan Myanmar telah melakukan transformasi politik yang berjaya, Malaysia masih lagi terperangkap
Ulanginya lagi "Berapa lama lagi kita akan tinggal seperti ini?"
Walaupun penghinaan dilemparkan, penyokong kelihatan bersorak seolah-olah bersetuju dengan pendapat beliau apabila memanggil mereka pengecut. Dengan 'meminta maaf' kepada hadirin kerana gagal menjatuhkan kerajaan Umno- Barisan Nasional.
"Anda semua pengecut, mengaku jerlah!" beliau berkata, dan kedengaran hadirin ada yang menjawab "Ya".
Read More / Baca Lagi >>

BILA PENGUNDI KEDAH MULA MARAH

Posted: 09 Feb 2016 07:19 PM PST



Bagaimana Ahmad Bashah kata isu pertukaran Menteri Besar bukan saja  sudah selesai, malah boleh menang dua pertiga dalam PRU 14 nanti?

Tiada sebab ganti Anwar kerana umur, kata Nurul Izzah

Posted: 09 Feb 2016 07:13 PM PST


Tidak ada sebab untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh pembangkang hanya kerana beliau sudah berumur, kata anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar.
Katanya, ada yang mengatakan bahawa Anwar sudah berumur dan sudah tiba masanya untuk pemimpin baru.
Tetapi di Amerika Syarikat, kata Nurul Izzah, Bernie Sanders yang berusia 74 tahun sedang berjuang memerangi jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya.
Nurul menegaskan demikian dalam satu majlis di luar Penjara Sungai Buloh bagi menandakan ulang tahun pertama pemenjaraan Anwar.
Anwar telah menjadi wajah dan tokoh pembangkang sejak tahun 1998 apabila gerakan Reformasi bermula.
Pengkritik berkata, PKR perlu keluar dari bayang-bayang itu jika ia mahu menjadi parti yang berjaya.
Nurul Izzah, seorang naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai, berkata, walaupun bapanya masih boleh memimpin pembangkang untuk menempa kemenangan, tetapi rakyat juga perlu melakukan bahagian mereka.
Sehubungan itu, beliau menggesa mereka supaya mula bertindak seperti pemenang dan terus bekerja keras.
Katanya, tunjukkan bahawa negara ini adalah milik mereka dan bukan hanya milik perdana menteri.
Kira-kira 1,000 orang menghadiri majlis itu malam tadi dan mendengar ucapan dari lebih daripada 20 ahli politik PKR, AMANAH dan DAP.
Ia bermula pada pukul 8 malam dan berlangsung hingga tengah malam, dan berakhir dengan bacaan doa supaya Anwar cepat dibebaskan.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yakin ini boleh dilakukan dalam tempoh setahun.

Mat Sabu: Najib kekal berkuasa kerana rakyat M'sia penakut

Posted: 09 Feb 2016 07:13 PM PST


Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mendakwa rakyat Malaysia penakut dan tidak mempunyai keazaman untuk menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, tidak kira betapa buruk tanggapan mereka terhadap pentadbirannya.
"Kita semua penakut," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika berucap di majlis mengingati ulang tahun pertama pemenjaraan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.
Anwar menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak penghakiman Mahkamah Tinggi membebaskan ketua umum PKR itu dalam kes Liwat II.
Dalam nada menyindir, Mat Sabu mengeluh bagaimana Najib akan terus berkuasa kerana rakyat Malaysia berdiam diri.
"Kita masih berdiam diri. Bersuara jantan tapi hati betina," katanya.
Dan kerana rakyat Malaysia penakut, katanya, rakyat dan negara, telah ketinggalan.
Mat Sabu berkata, walaupun Indonesia, Thailand dan Myanmar telah menyambut kejayaan transformasi politik, tetapi Malaysia tidak berubah.
"Sampai bila nak jadi begini?
"Kami merayakan kejatuhan orang lain tetapi (pemimpin bermasalah) kita, kita tak jatuh kerana kita sanggup ditipu," katanya lagi.
Mat Sabu mengakhiri ucapannya dengan menyeru kepada rakyat untuk bangun dan melakukan perubahan.
"Cis! Mari kita bangun!" katanya sebelum melontar mikrofon dan berjalan beredar dari pentas.

Mat Sabu 'mengamuk' depan penjara Sg.Buloh

Posted: 09 Feb 2016 07:07 PM PST

Merah jambu Ng Suee Lim istiqamah lawan Najib

Posted: 09 Feb 2016 07:05 PM PST

Izzah: Tiada sebab ganti Anwar kerana umur

Posted: 09 Feb 2016 07:04 PM PST

Pemberi maklumat dedah 5 skandal besar di Malaysia

Posted: 09 Feb 2016 05:08 PM PST


Ketika Putrajaya mempertimbangkan undang-undang diperketat bagi mengekang kebocoran maklumat, The Malaysian Insider mengungkap kembali 5 skandal kewangan yang tercetus disebabkan pemberi maklumat.
Kes ini hanya diketahui umum selepas maklumat berkaitan disembunyikan Putrajaya dan syarikat berkaitan kerajaan dan diberikan kepada pemimpin politik pembangkang, badan bukan kerajaan dan media.
Susulan publisiti diterima kes ini mengakibatkan siasatan dijalankan bagi melihat sama ada berlakunya salah tadbir urus, rasuah atau penyalahgunaan dana awam.

Kumpulan pemantau anti rasuah antarabangsa Transparency International berkata, pendedahan ini membuktikan perlindungan perlu diberikan kepada pemberi maklumat dan Putrajaya seharusnya melihat mereka sebagai "mata dan telinga" dalam memerangi rasuah. "Kerajaan lebih cenderung bergerak ke belakang daripada bekerja untuk memastikan ketelusan dan usaha yang lebih gigih dalam membasmi rasuah," kata Presiden TI Malaysia Datuk Akhbar Satar.
Katanya, Malaysia berisiko jatuh ke tangga lebih bawah dalam Indeks Persepsi Rasuah sekiranya Putrajaya terus menerus mengetatkan undang-undang terhadap pendedah maklumat kerajaan.
Pindaan terhadap Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan mengakibatkan pengurangan jumlah pemberi maklumat dan melumpuhkan usaha membanteras kes rasuah mega, kata Akhbar.
Pada 2015, Malaysia jatuh 2 anak tangga kepada 54, susulan dianggap campur tangan dalam penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Akhbar berkata, jika Putrajaya meningkatkan penalti kerana mendedahkan maklumat, ia akan mengakibatkan lebih banyak penurunan indeks kerana CPI diukur melalui layanan kerajaan terhadap akses kepada maklumat dan pemberi maklumat.
"Jika anda melakukan sesuatu dengan cara betul, tiada perkara perlu disembunyikan. Maklumat hanya disembunyikan jika kesilapan dilakukan dan apa yang dilakukan itu salah," kata Akhbar.
Berikut ialah 5 skandal utama yang diketahui umum kerana pemberi maklumat;
1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Salah satu skandal kewangan terbesar Malaysia didedahkan The Edge Media Group dan pemimpin Pakatan Harapan, Tony Pua dan Rafizi Ramli.
1MDB menjadi lebih hangat selepas pendedahan bagaimana AS$681 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri.
Skandal itu turut melibatkan agensi kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).
Menggunakan emel dalaman antara pegawai syarikat dan perunding, pendedahan itu menunjukkan rangkaian persoalan dan perjanjian meragukan dengan syarikat asing melibatkan berbilion ringgit sejak 2012.
Amaran mula berbunyi berkenaan hutang RM42 bilion yang dikumpul syarikat itu sejak 6 tahun. Dianggarkan sekitar RM20 bilion hutang dijamin kerajaan, menimbulkan ketakutan sekiranya syarikat itu gagal, pembayar cukai akan menanggung jumlah itu.
Siasatan terhadap 1MDB dimulakan hampir kebanyakan agensi penguatkuasaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hinggalah ketua audit negara.
Namun, pada Julai siasatan berada di kemuncak selepas The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report menulis tentang bagaimana AS$681 juta, yang disyaki berkaitan 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Maklumat ini juga berdasarkan dokumen dalaman kerajaan berhubung siasatan itu sendiri.
Siasatan Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB bagaimanapun masih belum selesai.
Sementara itu, pihak berkuasa Switzerland dan Singapura dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan siasatan masing-masing terhadap pemindahan dana melibatkan 1MDB.
Penyokong Najib mendakwa The Edge dan pemimpin Pakatan menggunakan penipuan emel seolah-olah menunjukkan berlakunya kesalahan. Bagaimanapun ia masih belum dibuktikan, tetapi The Edge digantung selama 3 bulan atas dakwaan menyiarkan "laporan palsu".
Polis cuba menyiasat anggota SPRM, Bank Negara, dan Pejabat Peguam Negara berkaitan kebocoran maklumat kepada WSJ bagaimanapun dihentikan selepas tekanan awam.
RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib
Isu ini turut didedahkan WSJ menggunakan dokumen berkaitan siasatan 1MDB. Sebulan selepas pendedahan 1MDB dilakukan WSJ, SPRM mengisytiharkan dana dalam akaun Najib bukan diperoleh daripada 1MDB atau syarikat berkaitan, sebaliknya ahli keluarga Diraja Arab Saudi.
Pegawai dalam pentadbiran Najib mendakwa dana itu bagi membantu Malaysia memerangi Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Read More / Baca Lagi >>

Seksyen 218 Kanun Keseksaan patut dipinda dengan hukuman tembak sampai mati

Posted: 09 Feb 2016 04:58 PM PST

Syed Iskandar


Dewan Rakyat akan terus bersidang tidak lama lagi. Tidak semua pindaan rang undang-undang harus bermula daripada Jabatan Peguam Negara sebelum dihantar ke Kabinet khususnya jika yang hendak dipinda itu secara tidak langsung berkaitan tugas peguam negara serta pihak yang berada dalam Kabinet.
Mekanisme meninggalkan Jabatan Peguam Negara dan Kabinet atas sebab kemungkinan konflik kepentingan boleh ditentukan menerusi perintah mahkamah sekiranya peguam cara negara ingin mengambil sikap berkecuali.
Seksyen 218 Kanun Keseksaan yang baru-baru ini dirujuk dengan spesifik seorang bekas pengarah badan pencegah rasuah di Malaysia kini adalah mengenai penjawat awam yang cuba membantu seseorang supaya terlepas daripada hukuman undang-undang dengan membentuk suatu rekod atau tulisan tidak betul.

Seksyen 218 Kanun Keseksaan juga merujuk kepada perbuatan penjawat awam yang membantu seseorang mengelakkan daripada harta hartanya dirampas atas pelbagai kesalahan jenayah. Hukuman ke atas penjawat awam untuk kes sebegini amat ringan sekali iaitu penjara 3 tahun dibandingkan dengan kesalahan puluhan bilion ringgit yang mungkin dilakukan seseorang yang dibantu beberapa penjawat awam.
Ini kerana sekiranya ada yang menerima suapan satu bilion ringgit seorang, hukuman penjara 3 tahun tidak akan memberi apa-apa kesan kerana kekayaan serta kemewahan yang dimiliki akan bertambah semasa berada di dalam penjara dengan memastikan beberapa pihak menjaga dengan baik kepentingan pelaburan dan lain-lain aktiviti perniagaan semasa dalam penjara.
Di China umpamanya hukuman mati dikenakan kepada pesalah rasuah khususnya penjawat awam.
Justeru sudah tiba masanya Seksyen 218 Kanun Keseksaan dipinda untuk mengenakan hukuman tembak sampai mati oleh skuad penembak tentera kepada mana-mana penjawat awam hatta yang paling kanan sekalipun yang cuba melindungi mana-mana orang yang melakukan jenayah serius seperti menjadi dalang pembunuhan kejam bersiri, memindahkan harta dan wang negara dengan puluhan alasan yang diketawakan rakyat Malaysia mahupun program bual bicara perniagaan stesen TV asing beberapa negara utama seluruh dunia.
Penjenayah berat melakukan kesalahan berat sudah jelas cuma menunggu dibuktikan bersalah dalam perbicaraan di mahkamah terbuka sahaja. Namun jika ada yang dipertanggungjawabkan dalam menguatkuasakan undang-undang menyalahgunakan kuasa mereka, tiada salahnya supaya undang-undang hukuman tembak sampai mati di perkenalkan secara retrospektif oleh Parlimen.
Tiada pengecualian sekalipun penjawat awam berkenaan sudah tua bangka sekalipun patut ditembak sampai mati sebagai pengajaran mengambil contoh undang-undang tegas beberapa negara dunia kepada penjawat awam yang menerima suapan.
Namun untuk lebih berperikemanusiaan suapan yang dimaksudkan mestilah berjumlah berbilion ringgit dan penjenayah utama dikaitkan pula dengan pelbagai pembunuhan kejam bersiri sebagai dalang utama.
Parti PAS yang kini sudah terlihat menjalinkan kerjasama dengan Umno  mengejutkan umum apabila timbalan presiden PAS membuat kenyataan yang peguam negara patut mengkaji untuk mengenakan hukuman lebih berat pada penjawat awam yang melindungi pesalah/penjenayah. Tahniah.
Terkejut umum bila mengetahui ada "Arab gila" yang sanggup menderma berbilion ringgit malah dilaporkan ada pertemuan dengan penderma dan selepas itu ia menjadi lebih menarik bila pelbagai perkara mula terdedah, tiba tiba penderma dilaporkan mati.
Ia tiada perbezaan dengan watak Ramlee, Aziz dan Sudin dalam filem Pendekar Bujang Lapok yang mengatakan mereka cuma belajar 4 huruf sahaja sebelum cikgu mereka mati.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah ganti PAS bukan ditolak PKR, DAP

Posted: 09 Feb 2016 04:53 PM PST

Muammar Qaddafi


Kenyataan pesuruhjaya PAS Selangor yang mendakwa Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding di semua kerusi PAS kerana ditolak PKR dan DAP adalah tidak tepat sebaliknya pesuruhjaya PAS Selangor itu perlu jelas, kewujudan Amanah bukanlah untuk mengambil alih tempat PKR mahupun DAP sebaliknya menggantikan PAS dalam Pakatan 2.0, iaitu Pakatan Harapan.
Di pihak Amanah Selangor mereka juga menjelaskan walaupun keputusan awal ini dibuat namun keputusan akhir akan diputuskan selepas berbincang sesama parti komponen Pakatan Harapan, menurut saya mungkin ia berkaitan kenyataan DAP tidak lama dulu yang turut menyatakan hasrat mereka bertanding di beberapa kerusi PAS di Selangor.
Walaupun masih wujud istilah "kerusi PAS" pada hari ini, menurut saya ia sudah tidak releven lagi, istilah "kerusi PAS", "kerusi DAP", dan "kerusi PKR" hanya layak digunakan dalam suatu kerjasama politik dan dalam konteks parti pembangkang adalah Pakatan Harapan, maka apabila PAS sudah bersendirian sekarang maka tidak wujud lagi istilah kerusi PAS apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, dan berita baik buat PAS, mereka boleh bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen di Malaysia.

Amanah sejak awal penubuhannya adalah dilihat cuba untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan, usaha ke arah penubuhan Amanah juga dilihat selepas PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang sekali gus menghancurkan Pakatan Rakyat. Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan pertembungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, iaitu 2 gabungan parti sebelah kerajaan hari ini dan parti pembangkang yang bersetuju untuk bekerjasama menentang Barisan Nasional dalam 1 pakatan.
PAS pula sedang dilihat cuba mendekati badan bukan kerajaan (NGO)  dan parti politik kecil yang mendakwa diri sebagai kuasa ke-3 dalam politik Malaysia sekali gus bakal meletakkan PAS setaraf mereka (kuasa ke-3) dalam arena politik negara.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar sudah cakap lama dah...

Posted: 09 Feb 2016 04:51 PM PST

Pada 10 Februari 2015 merupakan tarikh yang cukup memilukan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim sekeluarga serta penyokong setia beliau.
Kira-kira jam 12 tengah hari, hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun buat ketua pembangkang itu.
Saya tidak berniat untuk mengingat kembali kes fitnah yang jijik dan meloyakan ini kerana bagi saya cukup mudah. Orang yang beriman dan berakal pasti akan menolak fitnah dan cubaan mengaibkan seseorang tanpa batas seperti yang dikenakan terhadap Anwar.

Walaupun masih ada yang mentertawakan air mata Datuk Seri Wan Azizah dan mempersendakan tangisan Nurul Izzah Anwar dan adik beradiknya yang lain, saya yakin mereka yang menganggap jasad Anwar terpenjara kali ke-2 ini merupakan sesuatu yang lucu pasti akan dibalas Allah kelak. Walaupun sudah setahun Anwar meringkuk di dalam penjara dan tidak dapat memberi ceramah selama setahun, rakyat dapat lihat tuduhan dan pembongkaran Anwar selama ini bukan sekadar tuduhan, tetapi merupakan fakta yang tidak dapat dinafikan.
Antaranya ialah kepincangan sistem kehakiman negara. Apabila Anwar mempertikai kredibiliti badan kehakiman negara dan mengaitkan pemimpin kerajaan dengan kes beliau, penyokong Umno bukan main melenting.
"Ini keputusan mahkamah. Kena hormat". Itulah antara ayat yang diulang beribu kali oleh mereka.
Bukan setakat penyokong Umno, malah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir juga antara yang mendesak rakyat menghormati segala keputusan mahkamah.
"Rakyat mesti terima. Negara ini ditadbir dengan undang-undang". Cukup tegas pendirian Dr Mahathir.
Malangnya, tidak sampai setahun, Dr Mahathir sudah hilang pendirian. Di dalam blognya, beliau membangkitkan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan cuba menimbulkan persoalan sama ada bekas pegawai polis Sirul Azhar Umar membunuh kerana mendapat arahan atau tidak.
Mengapa Dr Mahathir hendak bangkitkan isu ini lagi? Bukankah kes ini sudah selesai di mahkamah? Kalau benar Dr Mahathir seorang yang cukup yakin dengan sistem kehakiman negara dan tidak langsung merasakan ada campur tangan orang lain termasuk perdana menteri, mengapa mempertikai keputusan mahkamah?
Read More / Baca Lagi >>

Faktor Dr Mahathir jadi penentu survival Umno

Posted: 09 Feb 2016 04:47 PM PST

Suatu ketika dulu, semua pihak mengakui betapa Umno tidak pernah berdepan serangan bekas pemimpinnya secara terang-terangan atau meluas, sekurang-kurangnya dalam era 4 bekas presidennya, meskipun ada antara bekas presidennya keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pentadbiran ketika itu.
Namun semua itu berubah, ketika zaman pentadbiran presiden Umno ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyaksikan presiden keempat Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan serangan bertali arus sehingga menyaksikan beliau keluar Umno kerana tidak bersetuju dengan cara Pak Lah mentadbir parti dan negara.
Selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih daripada Pak Lah yang berundur secara terhormat dengan langkah seorang negarawan, semua dalam Umno menarik nafas lega dan mengharapkan semuanya, akan kembali "ok" dalam parti pasca merdeka ini.

Namun, "harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari", Dr Mahathir hanya berhenti seketika daripada mengkritik Najib dan bermula dengan serangan menjurus kepada pentadbiran serta parti, ia berubah menjadi serangan peribadi dengan mengheret keluarga orang nombor satu Putrajaya. Tidak cukup dengan itu, Dr Mahathir disertai dengan jeneral perangnya, seperti Tan Sri Sanusi Junid dan terbaru, "wanita besi" Umno sendiri, Tan Sri Rafidah Aziz turut mengkritik cara pentadbiran Najib dan barisan Kabinetnya yang disifatkan gagal membawa Malaysia ke arah sebuah negara progresif dan maju serta mengekalkan asas pembentukan negara yang disemai sejak dulu.
Ironinya, Najib bukan sekadar dikritik bekas pemimpin Umno malah barisan ahli pentadbiran awam tertinggi yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 25 (G25) turut secara terbuka menyatakan rasa kurang senang dengan apa berlaku dalam negara apabila pemimpin nombor satu itu dikatakan terbabit dengan skandal 1MDB dan derma peribadi RM2.6 bilion.
Maka bermulalah episod menyerang dan bertahan dengan disaksikan seluruh rakyat Malaysia yang sebenarnya, keliru mengapa dan kenapa ini semua terjadi? Apa sebenarnya yang terjadi? Sejauh manakah kebenaran semua fakta serta maklumat yang dikeluarkan kem bekas pemimpin Umno atau pemimpin Umno.
Terbaru, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil menyerang semula bekas bosnya, Rafidah yang disifatkan masuk perangkap serta menari mengikut gendang pembangkang kerana mengkritik pentadbiran kerajaan sedia ada atau lebih tepat mengkritik Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Setahun terpenjara, Anwar masih calon PM Pembangkang

Posted: 09 Feb 2016 04:41 PM PST

Lebih seribu penyokong banjiri hadapan Penjara Sungai Buloh tuntut Anwar bebas.
anwar-ibrahim
SUNGAI BULOH : Setelah terkuburnya Pakatan Rakyat, Pembangkang Malaysia yang masih mencari kesatuan mereka kekal mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah setahun di belakang tirai besi untuk menjadi perdana menteri.
Kawasan hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh dihiasi puluhan bendera PKR, kain rentang dan poster menuntut pembebasan Anwar dengan gema keramat Reformasi tatkala Pakatan Harapan senada di pentas sama.
Tidak banyak berubah dengan format ceramah umum sejak panggilan Reformasi Anwar di ibu kota hampir 16 tahun lalu, lebih seribu penyokong Anwar berhimpun mendengar pidato pimpinan mereka selama lebih tiga jam.
Kali ini tanpa kehadiran PAS, pengganti mereka dalam Pakatan Harapan, Amanah diwakili rakan karib PKR sejak dahulu seperti Dr Hatta Ramli, Annuar Tahir dan Khalid Samad.
DAP sebaliknya hanya menampilkan Timbalan Setiausaha Selangor Ng Suee Lim sebagai penceramah utama dan sasterawan negara Datuk A. Samad Said yang membacakan sajak barunya khas didedikasikan untuk Anwar.
Walaupun hadirin tampak sedikit, ia merupakan himpunan terbesar di hadapan Penjara Sungai Buloh setakat ini, memberi sinar kepada kempen 'Bebas Anwar' yang menyamakan bekas timbalan perdana menteri itu dengan pemimpin tersohor yang pernah dipenjarakan seperti Nelson Mandela dan Aung San Suu Kyi.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penceramah terakhir selepas 28 yang lain berpidato dan membuat persembahan sekali lagi merayu agar penyokong mereka terus berjuang bersama Pakatan dan tidak berputus asa menentang Umno dan Barisan Nasional.
"Kalau tak boleh angkat tangan kanan, kita angkat tangan kiri kita.
"Sedaya upaya kita selagi hayat dikandung badan kita teruskan perjuangan," kata beliau dengan nada sayu, rumusan tema program malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Lagi bukti akar umbi tolak Ahmad Bashah hasil kajiselidik Think Tank Kedah

Posted: 09 Feb 2016 04:35 PM PST


Ahmad Bashah ketika menerima watikah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 pada 4 Februari lalu di Istana Anak BukitAhmad Bashah ketika menerima watikah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 pada 4 Februari lalu di Istana Anak BukitPerang saikologi di kalangan ahli akar umbi Umno terhadap parti mutakhir ini menolak kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah membuktikan dua kajiselidik pernah dilakukan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kedah dan Think Tank Kedah boleh dijadikan kayu ukur kelangsungan politik negeri itu pada Pilihanraya Umum ke 14 kelak.
Sebelum itu umum mengetahui secara rasmi kajian dilakukan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kedah yang mana ramai pihak terutama pemimpin ketua-ketua bahagian dan sayap parti menolak dapatan kajian itu.
Dapatan itu dikatakan tidak relevan kerana hanya mewakili pengguna di laman sosial tidak memihak kepada sebahagian besar rakyat dan ahli akar umbi parti.
Borang kajiselidik dalam talian diedarkan melalui facebook dan whatapps kepada rakyat Kedah oleh kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Kedah.Jumlah responden yang menjawab borang soal kajiselidik dalam talian seramai 10,185 orang dilakukan pada 20-21 Januari lalu, iaitu hari sama ketika sidang media diadakan Ahmad Bashah bersama 14 Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua sayap.
Kajiselidik Think Tank Kedah ini pula dilakukan pada 29-31 Januari ketika suasana agak kritikal bagi menentukan siapakah bakal Menteri Besar baharu bagi mengantikan Mukhriz.
Think Tank Kedah adalah sebuah NGO yang dipertanggungjawabkan untuk membuat satu kajiselidik khas yang telah bekerjasama dengan sebuah universiti awam tempatan di utara tanahair.
Melihat kepada dapatan dilakukan seolah-olah telah melengkapkan satu kajiselidik yang `membulat' bukan lagi `separa bulat' yang kini merangkumi semua kumpulan responden yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam krisis kepimpinan di Kedah.
Dalam tempoh tiga hari kajiselidik Think Tank dilaksanakan itu dapatan menunjukkan 'lima teratas' Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang layak menyandang jawatan itu sudah mula tersebar termasuk yang tersenarai Ahmad Bashah, Datuk Mohd Rawi Hamid, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail, Datuk Tajul Urus Md Zain dan Datuk Azmi Che Husin.
Kajiselidik Think Tank Kedah itu dilakukan bertujuan bagi meninjau pandangan pemimpin akar umbi Umno sahaja tidak membabitkan rakyat, pemimpin politik, ketua-ketua bahagian dan sayap parti terhadap krisis Menteri Besar Kedah sebagaimana pernah dilakukan oleh Jabatan Penerangan Negeri.
Populasi kajiselidik Think Tank Kedah adalah seramai 2,289 orang hanya membabitkan Ketua-ketua Umno Cawangan daripada 15 Bahagian di negeri Kedah. Ketua-ketua cawangan ini adalah pemimpin akar umbi Umno di peringkat bawahan.
Sebanyak 1,533 orang Ketua-ketua Cawangan telah dipilih secara rawak dalam kajian ini iaitu 2/3 daripada jumlah Ketua-ketua Cawangan.
Semua responden dalam kajian telah dihubungi melalui panggilan telefon. Tempoh tinjauan selama tiga hari dari 29-31 Januari 2016 lalu.
Soalan-soalan kajian
1. Adakah anda bersetuju Menteri Besar Kedah ditukar?
2. Adakah anda setuju YB Datuk Ahmad Bashah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu?
3. Adakah anda bersetuju dengan tindakan pemimpin Umno Kedah mendesak Datuk Seri Mukhriz Mahathir ditukar?
4. Pada pandangan anda, siapakah yang layak mengantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar?
Read More / Baca Lagi >>

Suasana sayu akhiri Himpunan 365 #BebaskanAnwar

Posted: 09 Feb 2016 04:31 PM PST

365 Anwar di penjara Sg. Buloh (ASRI) (1)SUNGAI BULOH, 10 FEB: Suasana hangat bertukar sayu apabila Ustaz Badrul Amin menyampaikan doa penutup Himpunan 365 #BebaskanAnwar malam tadi.
Badrul Amin ketika menyampaikan doa di hadapan kira-kira hampir 3,000 hadirin turut mendoakan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan kesihatan yang baik dan dibebaskan daripada penjara.
"Semoga Anwar disembuhkan penyakitnya dan dibebaskan," kata Badrul Amin dengan nada mendayu bersama barisan kepimpinan yang berdiri di atas pentas.
Bacaan doa itu diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku oleh pemimpin dan orang ramai.
Sementara itu, himpunan yang diadakan malam tadi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Himpunan yang diadakan itu membariskan penceramah yang terdiri daripada pekbagai latar belakang parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

Mesej lintas langsung dari Masjidil Haram, Azmin doakan Anwar bebas

Posted: 09 Feb 2016 04:31 PM PST

SUNGAI BULOH, 9 FEB: Jarak beribu batu tidak menghalang Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk bersolidariti bersama rakyat di Himpunan 365 #BebaskanAnwar melalui lintas langsung.
Beliau yang menyampaikan mesej melalui lintas langsung dari Masjidil Haram melahirkan rasa bersyukur kerana diberi kesempatan mendoakan supaya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara ketika menunaikan ibadah Umrah di Mekah.
"Saya mohon maaf kerana tidak dapat hadir sebab saya sedang mengerjakan Umrah ketika ini.
365 Anwar di penjara Sg. Buloh (ASRI) (4)"Saya juga bersyukur diberi kesempatan mendoakan kebebasan dan kesejahteraan Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan keluarganya semoga mereka sentiasa dalam lindungan Allah," kata Mohamed Azmin.
Mohamed Azmin turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melupakan pengorbanan Anwar tidak kira berada di mana sama ada di dalam mahupun di luar negara.
"Marilah kita sama-sama memperbaharui ikrar kita untuk sama-sama menjulang obor perjuangan membebaskan Datuk Seri Anwar dari penjara dan membebaskan negara dari cengkaman pemerintah zalim," kata Mohamed Azmin dalam lintas langsung video berdurasi kira-kira lima minit itu.
Mohamed Azmin dan isterinya, Datin Seri Shamshida Taharin kini berada di Mekah sejak minggu lalu bagi menunaikan ibadah Umrah.

Panel SPRM jumpa peguam negara minggu depan, mahu penjelasan

Posted: 09 Feb 2016 04:30 PM PST

Dua panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat pertama kalinya akan bertemu peguam negara bagi mendapatkan penjelasan berhubung keputusan kontroversi derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd, kata sumber.
Ahli kedua-dua jawatankuasa itu, Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Khas dijangka bertemu Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali minggu depan.
Langkah ini mengejutkan kerana kedua-dua jawatankuasa itu pada mulanya menggesa penyiasat SPRM "berbincang sendiri" dengan Apandi susulan keputusannya untuk tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana "bukti tidak mencukupi" dan mengarahkan siasatan dihentikan.

Mereka juga memohon penjelasan Apandi atas keengganannya membenarkan penyiasat mengumpul bukti berhubung derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri. Sumber memaklumkan kepada The Malaysian Insider:"Kami mahu dengar sendiri daripada mulut peguam negara mengapa beliau membuat keputusan tersebut."
Ini bakal menjadi pertemuan kali pertama di antara jawatankuasa pemantau SPRM dan peguam negara berhubung kes berprofil tinggi yang menarik perhatian media di seluruh dunia itu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dalam satu kenyataan pada 31 Disember lalu berkata, kertas siasatan sudah dibentangkan kepada panel khas sebelum ia diserahkan kepada peguam negara.
PPO merupakan sebuah badan pemantau diamanahkan untuk menerima dan meneliti laporan daripada SPRM mengenai keputusan siasatan yang dibuat peguam negara dan mengemukakan pandangan mengenai tindakan ke atas kes di mana tiada pendakwaan dikemukakan.
Pengerusi panel ini ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak, Tan Sri Dr Hamid Bugo.
Lima ahli Panel Khas terdiri daripada bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah, bekas timbalan gabenor Bank Negara Datuk Zamandi Abdul Ghani, bekas presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dan peguam Datuk Zuraidah Atan.
Kedua-dua panel ini bermesyuarat pada 28 Januari lepas, 2 hari selepas Apandi mengarahkan SPRM menutup 3 kertas siasatan kerana terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk melakukan pendakwaan terhadap Najib.
Dalam satu kenyataan media ringkas kedua-dua panel itu berkata mereka "memandang serius mengenai" keputusan Apandi dan menggesa penyiasat berjumpa sendiri dengan peguam negara.
Apandi berkata, berdasarkan keterangan saksi dan dokumen sokongan dikemukakan SPRM, sejumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013 merupakan sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi dan "diberikan kepadanya tanpa mengharapkan sebarang balasan".
Read More / Baca Lagi >>