Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


CARA BARU DAP HALAU MELAYU DARI PULAU PINANG

Posted: 07 Feb 2016 09:16 PM PST

Melihat pada situasi sekarang begitu banyak kemusnahan penempatan dan pengugatan perniagaan kaum Melayu, ini lah caranya halus yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan penempatan Melayu.

Mereka akan menerima dan mengunakan pendatang asing terutama dari Bangladesh dan mereka dibenarkan memiliki lesen dan premis perniagaan dalam masa yang sama mereka merobohkan gerai atau premis perniagaan orang Melayu.
Ini lah tektik yang mereka gunakan, apabila kerajaan mahu menaikkan levi baru yang tinggi kepada pekerja asing menyebabkan mereka mengkritik Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kritikan mereka terhadap kenaikkan levi tersebut jelas membuktikan motif mereka yang terbeban dengan levi baru tersebut, kerana ia akan membebankan kewangan mereka untuk mengimport seramai mungkin pekerja asing dan melakukan 'etchnic cleansing'.
Dari sudut lain mereka di lihat seolah-olah membantah kemasukkan pendatang asing kononnya boleh menimbulkan pelbagai masalah, tetapi bila kerajaan membuat sekatan dan mengenakan syarat-syarat tertentu mereka juga yang mengkritik kerajaan.
Jelaslah ktitikkan pembangkang bukan untuk kepentingan negara tetapi lebih kepada kepentingan politik untuk menguasai dan berkuasa.

Bicara.news

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:40 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


TIADA GAJI TAPI ADA ELAUN DAN BONUS..!!!

Posted: 07 Feb 2016 04:35 PM PST

BONGKAR !!!.. Tahukah anda setiap Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Tabung Haji akan dapat honorarium, elaun2 & bonus yang dibenarkan di bawah Seksyen 7, Akta 535.

AG: Gaji RM11,021
Hakim: Pencen RM9,593.45

Kami tahu kesemua (ALP) tiada bergaji kecuali ALP yg dilantik menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan & CEO shj layak dpt gaji..

Nampaknya sekali lagi rakyat diperbodohkan kononnya AG tidak bergaji. Hakikatnya dia layak dapat pelbagai elaun !!!

SIASAT NAJIB: SEMUA HARUS BERI SOKONGAN

Posted: 07 Feb 2016 04:28 PM PST

Tidak kira siapa pun kita, asalkan rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan, seharusnya memberi sokongan kepada petisyen ini tanpa sebarang keraguan.

Jangan sesekali dilihat siapa yang menggerakkannya, tetapi lihatlah nilai dan kepentingannya kepada masa depan negara.

Tambahan pula isu berkaitan dana yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak itu sudah menjadi begitu kalut, haru biru dan semakin tidak menentu jadinya.

Moga-moga dengan jayanya mengumpul sejuta tandatangan secara maya, jika lebih daripada sejuta tentunya lagi baik, akan dapat membuka hati Yang Dipertuan Agong untuk segera campurtangan dan membenarkan siasatan dibuka semula terhadap Najib.


Oleh itu, ayuh kita semua berganding bahu memberikan sokongan kepada petisyen tersebut.

Putrajaya must stop ‘overnight’ policy changes

Posted: 07 Feb 2016 04:23 PM PST

Dr Dzulkefly Ahmad of Amanah slams Putrajaya over foreign levy hikes, saying it is consumers in the end who end up bearing these additional costs.
dzulkifly-foreign-levy-hikes,
PETALING JAYA: Putrajaya must stop implementing "overnight" policy changes, such as the steep increase in foreign worker levies as it could kill both SMEs and big industries.
In commenting on the recent foreign worker levy hike, Strategy Director of Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Dzulkefly Ahmad told FMT the move was another knee-jerk reaction to present situations and a poorly conceived policy.
"This steep increase came as a shock to businesses and will kill our industries.
"The government must understand that we are facing dire times due to the rise in the cost of everything as a result of the falling value of the ringgit."
Dzulkefly said in coming up with policies, the government must take into account the sustainability of businesses, adding that any levy that affected the operating costs of businesses, should be imposed gradually and only after discussions with the relevant stakeholders.
He said the government needed to have a proper mechanism to determine levy rates with Malaysia's participation in the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) which would require employers to pay for the new levy rates on foreign workers.
"This must be properly thought through in the context of what the government wants to achieve through the TPPA.
"Increases in levies, taxes and any other fee would surely add cost to businesses and this will in turn make Malaysia less competitive and attractive as an investment destination."
Dzulkefly also said the government must put the levy increase on hold and discuss it with stakeholders first as well as policy think-tanks.
Read More / Baca Lagi >>

Siasatan terhadap skandal PM: Umno Johor terima keputusan AG

Posted: 07 Feb 2016 04:22 PM PST


Umno Johor menerima keputusan Peguam Negara berhubung siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan berharap keputusan tersebut dihormati semua pihak.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan berkenaan merupakan pendirian Umno Johor dalam isu kepimpinan parti.
"Sejak beberapa bulan lepas, banyak masa, tenaga dan perhatian telah dicurahkan untuk menjelas dan menjernihkan kemelut tersebut.
"Kita tidak seharusnya terus terbawa-bawa dengan perkara ini (kemelut).
"Kita perlukan titik penutup dan perlu segera kembali mara ke hadapan," katanya.
 Beliau berucap demikian di majlis perjumpaan khas Umno Johor bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di Johor Bahru semalam.
Turut hadir, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Mohamed Khaled yang juga menteri besar Johor berkata Umno Johor juga amat menyokong usaha kepimpinan negara untuk mengkaji semula sistem pembiayaan dana pergerakan politik di Malaysia.
Beliau berkata Umno mesti lebih telus dan berwaspada dalam pengurusan dana yang melibatkan parti dan kepentingan awam.
Menurutnya, sudah tibanya masanya juga untuk Umno mempunyai sistem meraih dana yang telus dan bertanggungjawab, sesuai dengan kematangan sistem demokrasi parti.
Katanya, Umno Johor juga menganggap segala episod yang berlaku sebagai satu proses yang mendewasakan dan mesti Umno lalui untuk menjadi lebih berketahanan, matang dan lebih baik.
"Parti dan pemimpin tidak boleh lari daripada berhadapan dengan ujian sebegini.
"Yang akan dihakimi oleh rakyat kelak adalah bagaimana kita mendepaninya dengan berani, telus dan profesional," katanya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari lepas berkata tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan siasatan SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Cadangan Peguam Negara dipertikai

Posted: 07 Feb 2016 04:19 PM PST

SHAH ALAM - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berharap cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia rasmi negara dan wartawan yang melaporkannya, tidak benar.
Mohamed Apandi turut dilaporkan berkata, Peguam Negara akan mendakwa wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka.
Tan Sri Zainuddin Maidin "Saya tidak bergurau. Jika saya mempunyai 90 peratus bukti, saya akan dakwa wartawan, editor, penolong editor dan ketua editor. Saya serius, bukan main-main. Berlaku terlalu banyak kebocoran rahsia di Malaysia,"  kata Mohamed Apandi seperti dilaporkan.
Jika benar kenyataan Mohamed Apandi itu, kata Zainuddin, sudah tentu sangat mengejutkan kerana boleh memberi kesan negatif kepada imej negara.
Katanya, tindakan untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan juga akan membantutkan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengembangkan demokrasi .
"Ia hanya akan mencederakan imej Najib yang sedang berusaha menonjolkan negara kita lebih demokratik dari pemimpin sebelumnya kepada mata dunia.
"Saya sendiri menentang kebocoran maklumat rasmi kerajaan yang selama ini sering didedahkan pembangkang tetapi bukan cara pinda akta untuk kenakan hukuman penjara seumur hidup," katanya.
Zainuddin berkata, negara luar pasti akan mengkritik Malaysia sebagai sebuah negara yang menindas rakyat.
"Kenyataan Mohamed Apandi itu langsung tidak membantu Najib dan hanya akan menyebabkan campur tangan pihak asing terhadap undang-undang kita," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Abu Talib: AG tak akan keliru jika ikut jejak mentornya

Posted: 07 Feb 2016 04:18 PM PST


Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman membidas Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa beliau hanya mengikut "jejak langkah mentornya" dengan membebaskan Perdana Menteri dalam tuduhan salah laku yang dikaitkan dengan 1MDB.
"Jika beliau (Apandi) 'hanya mengikuti jejak langkah mentornya' maka dia tidak akan berada dalam keadaan keliru fikiran apabila beliau membuat keputusan dan mengarahkan SPRM untuk menutup penyiasatan yang masih berjalan.
"Dalam situasi semasa, keputusan itu telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai dakwaan terhadap PM dan keadaan siasatan membabitkan aktiviti-aktiviti 1MDB dan orang yang berkaitan dengan syarikat itu," kata Abu Talib kepada Malaysiakini.
Abu Talib berkata demikian sebagai mengulas Apandi dalam temu bual dengan Sin Chew Daily hari ini mempertahankan keputusannya untuk membersihkan Najib.
Apandi berkata tindakannya adalah berdasarkan apa yang dipelajarinya dari Abu Talib, yang menjadi peguam negara dari 1980 hingga 1993.
"Saya hanya mengikuti jejak langkah mentor saya. Sekarang dia berkata, saya tidak boleh berbuat demikian. Saya keliru.
"Saya harap dia boleh datang berjumpa dengan saya supaya saya boleh memberi penjelasan saya," kata Apandi yang mengulas kritikan Abu Talib bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan SPRM menutup failnya.
Abu Talib berkata, beliau tidak ingat sebarang kes di mana beliau mengarahkan pihak berkuasa penyiasat menghentikan siasatan.
"Mungkin Apandi boleh menyegarkan ingatan saya," katanya, sambil menambah bahawa ia sentiasa menjadi amalan beliau semasa memegang jawatan untuk menyediakan bantuan yang perlu kepada pihak berkuasa penyiasat.

Kami setia dan sayang negara, maka kami bongkar!

Posted: 07 Feb 2016 04:17 PM PST

Bagi pengamal media, yang penting ialah memperkukuh institusi kerajaan supaya bersih dan cekap, kerana ahli politik dan orang-orang mereka bila-bila masa boleh bertukar
media
Geleng kepala kita apabila mendapat tahu mengenai cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda undang-undang bagi menghukum orang membocorkan rahsia dan wartawan yang melaporkannya.
Tak cukup dengan itu, Peguam Negara juga mahu penolong pengarang, pengarang dan pengarang kumpulan atau ketua pengarang kumpulan media dihukum seberat-beratnya kerana melaporkan rahsia yang dibocor.
Katanya, pembocoran rahsia boleh memudaratkan kerajaan dan tidak menolak kemungkinan kerajaan boleh tumbang dek kerana kebocoran rahsia itu dan oleh kerana itu, pembocor dan wartawan serta kumpulan media yang melaporkannya hendaklah dihukum, termasuk hukuman penjara seumur hidup dan rotan.
Sampai begitu sekali rupanya berat kesalahan pengamal media sekiranya melaporkan pembocor rahsia kerajaan, seolah-olah kita wartawan cabuk ini salahnya sama dengan membunuh tanpa niat.
Baiklah, pinda sahaja undang-undang itu dan tutup ketat mulut wartawan dan pembocor rahsia kerajaan, namun apa akan berlaku dengan integriti kerajaan nanti?
Kita berani cakap, bahawa pindaan undang-undang sedemikian hanya menjejaskan institusi penguatkuasaan kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk pihak berkuasa tempatan.
Tak percaya? Wartawan memainkan peranan amat besar dalam memberi, menyalur dan menghebahkan maklumat termasuk maklumat yang dikategorikan sebagai 'rahsia' dan agensi penguatkuasaan sangat memerlukan maklumat sedemikian untuk tujuan siasatan, semak dan imbang supaya jentera pentadbiran kerajaan kekal telus, berjalan lancar dan tiada salah guna kuasa, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Read More / Baca Lagi >>

Cadangan Peguam Negara zalim, tidak demokratik – NUJM

Posted: 07 Feb 2016 04:14 PM PST

Ia merupakan satu kezaliman kerana tugas wartawan adalah untuk melaporkan kebenaran dan bukan sebaliknya.

Pengamal media dinasihatkan supaya mendapatkan pengesahan bertulis daripada Peguam Negara atau menteri terlebih dahulu sebelum melaporkan sebarang berita.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJM) berkata langkah itu bagi mengesahkan ianya bukan maklumat bocor, atau awas, ketua editor anda akan dihukum.
"Walaupun kita hanya melaporkan sahaja tetapi dikhuatiri nanti berita tersebut adalah maklumat yang dibocorkan oleh orang lain, dan kita semua tahu kuasa yang ada pada Peguam Negara seperti yang ditunjukkannya baru-baru ini.
"Semua pihak dalam industri media mestilah bersedia daripada sekarang. NUJM tidak boleh bertanggungjawab terhadap risiko ahlinya dipenjara seumur hidup dan/atau 10 sebatan," kata Setiausaha Agung NUJM, Schave Jerome de Rozario.
Sindiran itu dimuatkan dalam kenyataan media NUJM yang diterima FMT petang tadi, sebagai menyambut cadangan Peguam Negara meminda Akta Rahsia Rasmi supaya pengamal media mendedahkan sumber berita masing-masing.
NUJM sebulat suara menentang cadangan itu yang disifatkan sebagai anti-demokratik, dan mengongkong wartawan daripada menjalankan tugas dengan lancar.
"Setiap rakyat Malaysia wajib mengetahui apa-apa sahaja yang ada kaitannya dengan agama, bangsa dan negara Malaysia," katanya,
Schave menegaskan, wartawan mempunyai ruang lingkungan tugas mengikut skop tertentu iaitu setiap wartawan disarankan mematuhi rukun moral yang digariskan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan (National Union of Journalists Peninsular Malaysia).
"Seterusnya, laporan yang dibuat hanya berdasarkan fakta-fakta yang jelas dan sahih berdasarkan sumber yang jelas dan sah.
"Cara yang digunakan untuk mendapat berita, gambar dan dokumen penting hendaklah secara jujur dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
"Wartawan juga mestilah sanggup menyiarkan kembali kenyataan yang benar jika berlaku kesilapan dalam laporan awal. Wartawan juga perlu menghormati dan memelihara hak sumber supaya tidak menyiarkan sumber yang tidak menginginkan namanya disebut," tegasnya.

Anwar persoal 'pelaburan' RM2.6 bilion

Posted: 07 Feb 2016 03:14 AM PST


Anwar IbrahimAnwar IbrahimTeka-teki berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri turut menarik perhatian bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bingung dengan pendedahan terbaru bahawa wang yang diterima Datuk Seri Najib Razak itu bukanlah derma tetapi sebenarnya satu 'pelaburan', Anwar mempersoalkan pemaknaan (signifikasi) pendedahan itu.
"Apakah signifikasi pendedahan ini? Kini dikatakan sumber wang bukan sumbangan tapi "pelaburan" dari seorang warga...," ujar Anwar dalam twitternya yang tersebar di laman sosial.
Baru-baru ini media antarabangsa, New York Times (NYT) melaporkan pengakuan Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir bahawa wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Najib bukan dari kerajaan negara itu atau satu sumbangan politik.
Beliau juga dilaporkan berkata, wang itu disalurkan kepada sebuah "pelaburan di Malaysia".
"It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia (Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dan dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia)," katanya dalam satu temu bual dengan NYT.
Akhbar yang berpangkalan di New York itu turut memetik kenyataan seorang kerabat diraja Saudi yang tidak mahu dikenali, bahawa wang itu datang daripada seorang putera Saudi, tetapi ia bukan derma.
Kerabat itu turut mempersoalkan jumlah wang tersebut tetapi berkata dana itu merupakan sebahagian daripada perjanjian perniagaan.
Bulan lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, AS$681 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib sebagai derma dari keluarga diraja Saudi serta diberikan "tanpa mengharapkan balasan" dan menutup kes itu.
Tetapi, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat cabang pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menemui sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) hilang daripada syarikat negara milik negara.
Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga menyuarakan kebimbangan atas keputusan rakan sejawatnya di Malaysia yang menghentikan siasatan ke atas kes perpindahan dana ke dalam akaun Najib itu, mengatakan tindakan itu akan mengganggu siasatan yang dijalankan Switzerland ke atas 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Genap setahun Anwar dipenjara, berkumpul di Penjara Sungai Buloh

Posted: 07 Feb 2016 03:13 AM PST


Papan iklan kempen Bebaskan Anwar dipasang di Kuala Langat.Papan iklan kempen Bebaskan Anwar dipasang di Kuala Langat.Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad menyeru orang ramai supaya berkumpul di hadapan Penjara Sungai Buloh pada 9 Februari ini menjelang genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tahanan politik.
Beliau menyifatkan Anwar yang telah banyak berkorban itu menjadi mangsa fitnah sehingga membawa kepada keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya.
"Jangan dilupa manusia yang bernama DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang sedang dalam penjara hasil fitnah jahat. Beliau pejuang rakyat dan bagaikan lilin yang membakar diri demi orang lain untuk mendapatkan cahaya.
"Maka pada 9 Februari ini, marilah kita bersama-sama berkumpul di hadapan Penjara Sungai Buloh untuk memberitahu DSAI serta kerajaan Umno-BN bahawa rakyat tidak pernah lupa akan perjuangan beliau dan rakyat akan tetap terus berdiri teguh bersamanya," ujarnya dipetik dari blog beliau.
Sementara itu, beberapa papan iklan (billboard) menuntut Anwar dibebaskan didirikan di beberapa kawasan sekitar Selangor antaranya di Kuala Langat.
Flashmob bagi tujuan sama turut diadakan di Lembah Kelang termasuk di bulatan Subang Jaya mulai jam 5 petang semalam.
Himpunan 365 di Penjara Sungai Buloh pada Selasa ini dijangka melibatkan penyertaan banyak pihak termasuk aktivis Reformasi 1998, badan-badan NGO dan komponen parti Pakatan Harapan.
Malaysia Dateline difahamkan program konvoi ke penjara berkenaan turut akan diadakan dengan masing-masing berkumpul di R&R Jejantas Sungai Buloh bermula jam 7 malam.
Peserta konvoi yang memakai baju-T Otai Reformis '98 itu seterusnya dijadualkan akan bergerak ke penjara itu dengan konsep 'car pool' selepas solat Marghrib dan Isyak di R&R tersebut.
Hukuman ekoran tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan itu sekaligus menamatkan kerjaya Anwar sebagai ketua pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 2014.
Anwar tegas mempertahankan pendirian bahawa tuduhan salahlaku seks itu adalah konspirasi politik untuk menamatkan kerjaya politik beliau seperti yang berlaku pada 1998.

Sogokan wang bukan budaya UMNO, sembang Bashah

Posted: 07 Feb 2016 03:11 AM PST

Bashah minta pihak tidak bertanggungjawab hentikan penyebaran fitnah mengenai sogokan wang bagi mendapat sokongan
ahmad-bashah_umno_600
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran fitnah mengenai sogokan wang bagi mendapat sokongan dan menurutnya laporan polis telah dibuat berhubung fitnah itu.
Beliau berkata, laporan polis itu dibuat oleh individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung sogokan wang itu bagi pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah itu.
Beliau menegaskan, sogokan wang bukan budaya UMNO untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi.
Ahmad Bashah berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan yang viral dalam laman sosial, kononnya Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Sayap UMNO Bahagian disogok sejumlah wang sebagai sagu hati bagi menolak kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.
"Saya minta anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negeri dan negara ini pada masa depan menghentikan fitnah ini dengan segera …ia boleh merosakkan segala-galanya.
"Kemelut politik di negeri ini telah selesai dan Menteri Besar baharu telah dipilih. Apa yang penting kami perlu bergerak ke hadapan untuk tunaikan janji UMNO semasa pilihan raya umum yang lepas," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tugas peguam negara bukan untuk lindungi mereka yang berkuasa

Posted: 07 Feb 2016 03:04 AM PST

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Seri Ambiga Sreenevasan hari ini mengingatkan Tan Sri Mohamed Apandi Ali tugasnya bukan untuk melindungi mereka yang berkuasa.
Ia susulan peguam negara itu semalam memberi amaran undang-undang yang lebih keras di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) akan dikenakan terhadap mereka yang membocorkan rahsia rasmi.
Ambiga berkata, langkah itu dilihat sama seperti apa yang akan dilakukan rejim yang menindas bagi menyembunyikan maklumat membabitkan mereka yang berkuasa.

"Ini bukan tentang melindungi keselamatan maklumat sensitif tetapi tentang tidak membenarkan kebenaran muncul mengenai rasuah dan salah guna kuasa melibatkan mereka yang memegang kuasa di peringkat yang tinggi. "Sebarang pindaan yang sebegitu akan menjadikan kita diktator yang sebenarnya," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.
Apandi berkata kepada akhbar Sin Chew Daily semalam, beliau menimbang meminda OSA bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara termasuk wartawan yang melaporkan mengenainya.
Katanya, beliau sedang memikirkan untuk mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan ke atas pesalah dan untuk membolehkan pendakwaan ke atas wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka.

Adakah Dr Mahathir mahu pihak berkuasa bertindak, soal Annuar Musa

Posted: 07 Feb 2016 03:02 AM PST

Posting Dr Mahathir di blognya baru-baru ini mengandungi kata-kata menghasut, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa. – Gambar fail The Malaysia Insider, 7 Februari, 2016. 
Posting Dr Mahathir di blognya baru-baru ini mengandungi kata-kata menghasut, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa hari ini memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung posting yang dibuat di blognya baru-baru ini, mendakwa bekas perdana menteri itu sengaja mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau untuk meraih simpati.
Annuar berkata, sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan asas mengenai undang-undang Malaysia akan tahu posting yang bertajuk "AG to AG" (peguam negara kepada peguam negara) bertarikh 3 Februari itu bersifat menghasut.
"Saya terkejut apabila membaca kenyataan Dr Mahathir di blognya yang sangat jelas mengandungi kata-kata menghasut.

"Saya benar-benar tidak tahu apakah niat beliau yang sebenar. Apakah ini strategi politiknya untuk meraih simpati? "Boleh jadi juga Dr Mahathir berpendapat beliau kebal dari tindakan undang-undang menyebabkannya bertindak membelakangkan undang-undang dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya di laman Facebook beliau semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Saya tak ingat beri arahan badan penyiasat tutup fail, kata bekas peguam negara

Posted: 07 Feb 2016 02:49 AM PST

Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata beliau tidak memilih mengambil pertuduhan jenayah terhadap mana-mana suspek, melainkan jika pihak pendakwaan mempunyai bukti yang cukup, boleh dipercayai dan boleh diterima untuk mewajarkan pendakwaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2016. 
Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata beliau tidak memilih mengambil pertuduhan jenayah terhadap mana-mana suspek, melainkan jika pihak pendakwaan mempunyai bukti yang cukup, boleh dipercayai dan boleh diterima untuk mewajarkan pendakwaan. 

Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata hari ini, beliau tidak pernah ingat mengarahkan agensi-agensi penyiasatan, termasuk badan anti-rasuah, menghentikan siasatan mereka.
"Prinsip saya ialah untuk membantu mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
"Juga menjadi arahan saya tidak memilih mengambil pertuduhan jenayah terhadap mana-mana suspek, melainkan jika pihak pendakwaan mempunyai bukti yang cukup, boleh dipercayai dan boleh diterima untuk mewajarkan pendakwaan," katanya.

Abu Talib mengulas kenyataan penggantinya Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang beliau mengikuti jejak langkahnya (Abu Talib) apabila mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup fail berkaitan derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak. "Saya hanya mengikuti jejak langkah tuan saya. Sekarang dia kata, saya tidak boleh berbuat demikian. Saya keliru.
"Saya harap dia boleh datang berjumpa dengan saya supaya saya boleh memberikan penjelasan," Apandi dilaporkan berkata demikian kepada Sin Chew Daily dalam satu wawancara eksklusif.
Apandi merupakan pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara pada awal 1980an apabila Abu Talib memegang jawatan peguam negara.
Abu Talib minggu lalu memberitahu The Malaysian Insider, peguam negara, yang juga pendakwa raya, tidak mempunyai kuasa memerintahkan SPRM menutup siasatannya ke dalam kedua-dua kes tersebut.
Hari ini, Abu Talib berkata, Apandi perlu mengingatkan beliau semula mengenai kes-kes lama di mana beliau pernah mengarahkan siasatan yang sedang berjalan ditutup.
"Terus terang saya katakan, saya tidak ingat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Malaysia diseru tandatangan petisyen gesa siasatan atas Najib dibuka semula

Posted: 07 Feb 2016 02:47 AM PST

Rakyat Malaysia dijemput menandatangani petisyen maya yang akan diangkat PKR kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu memohon campur tangan mereka supaya siasatan terhadap dana dalam akaun bank peribadi perdana menteri dapat dibuka semula. – Gambar Facebook, 7 Februari, 2016. 
Rakyat Malaysia dijemput menandatangani petisyen maya yang akan diangkat PKR kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu memohon campur tangan mereka supaya siasatan terhadap dana dalam akaun bank peribadi perdana menteri dapat dibuka semula. 

Rakyat Malaysia dijemput menandatangani petisyen maya yang akan diangkat PKR kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu memohon campur tangan mereka supaya siasatan terhadap dana dalam akaun bank peribadi perdana menteri dapat dibuka semula.
Pengguna media sosial juga diseru supaya "Like" laman Facebook "1 Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak".
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau mengambil inisiatif melancarkan kempen yang mensasarkan sejuta orang itu susulan laporan The New York Times Jumaat lalu.

Akhbar itu memetik Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menyatakan wang AS$681 juta itu bukan sumbangan politik, tetapi pelaburan dari seorang warga Saudi. Rafizi berkata, kenyataan itu menyangkal kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kononnya dana itu adalah derma dan menimbulkan beberapa persoalan baru.
"Datuk Seri Najib Razak bukan seorang ahli perniagaan atau pakar pelaburan. Beliau tidak mempunyai apa-apa perniagaan.
"Seorang warganegara Arab Saudi tidak akan memberikan wang sebanyak RM2.6 bilion kepada beliau untuk dilaburkan kerana pelaburan bukanlah kepakaran beliau," kata Rafizi.
Katanya dalam kenyataan hari ini, jika dana RM2.6 bilion itu adalah bagi tujuan pelaburan, ia mesti melibatkan syarikat dan aset tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Apandi jadikan sistem perundangan macam badut

Posted: 07 Feb 2016 02:46 AM PST


KUALA LUMPUR 7 FEB: Keseluruhan sistem perundangan di negara ini seakan-akan di'badut'kan bagi melindungi skandal rasuah yang menyelubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, berkata seluruh sistem seakan-akan di'badut'kan oleh tangan-tangan berkepentingan yang gagal meletak kebenaran di tempat teratas.
SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09"Kegilaan apakah ini? Jika keadaan ini berterusan, rakyat bukan sahaja akan melakar imej wajah Najib untuk di'badut'kan, bahkan rakyat akan hilang kepercayaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada kenyataan media hari ini berikutan percanggahan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan Menteri Luar Saudi, Adel bin Ahmed al-Jubeir.
Menteri Luar Saudi, Adel menyatakan dana RM2.6b itu bukan sumbangan politik atau ia berasal dari kerajaan Arab Saudi sebaliknya 'pelaburan' yang tidak dinyatakan
Sebaliknya, Apandi ketika membebaskan Najib dari siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan dana itu sebagai suatu sumbangan
Sheikh Omar berkata, Apandi harus merungkai persoalan itu dan mengangkat kebenaran berikutan rakyat seolah-olah dipermainkan dengan kenyataan 'flip flop' berhubung skandal itu.
Beliau mempersoal sama ada Apandi bakal menuruti langkah polis yang mewujudkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) bagi menyekat penggunaan media sosial untuk mengkritik Najib.
Katanya, Apandi seolah-olah mengikuti jejak langkah sama apabila mahu meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dengan menjadikan penjara seumur hidup dan 10 sebatan sebagai hukuman.
"Ia digambarkan terhadap mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya," katanya sambil mengakui rahsia dan keselamatan negara perlu dipelihara.
Namun, kata Sheikh Omar, semangat perlembagaan dan undang-undang yang luhur dalam sesebuah negara demokrasi mesti menyebelahi dan menegakkan kebenaran.

Adakah bakal muncul satu kejutan skrip lain pula timbul ??

Posted: 07 Feb 2016 02:21 AM PST

Slps Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menyatakan RM2.6 bilion itu bukan derma tetapi ia adalah satu pelaburan... hingga kini Zahid terus membisu, KENAPA ??!!

MUKA DEPAN International New York Times harini.. "Doubts swirl over millions sent to leader of Malaysia"

Posted: 07 Feb 2016 02:20 AM PST


Malaysia di bawah Najib Razak terus tersohor di serata dunia. Diberitakan sana sini berita 'derma' RM2.6 bilion...

MANA ADA PM sesebelum ini seFEMES Najib skrg !!!

Itulah MANFAAT & kelebihan pd negara kita duit rakyat sejumlah RM76.8 juta dibayar kpd penasihat yahudi-APCO !!!

Pemberi maklumat bakal dipenjara seumur hidup dan disebat ?

Posted: 07 Feb 2016 02:17 AM PST

TETAPI....

Malaysia kehilangan sejumlah RM1.8 trilion sejak 2004 (ranking ke-5 dunia) dlm aliran keluar wang haram di bawah pemerintahan UMNO/BN APA CERITA !!!

Inilah Malaysiaku...

MUKHRIZ MULA MENGOTAKAN JANJINYA

Posted: 07 Feb 2016 02:15 AM PST

Antara perkara yang dijanjikan oleh Mukhriz Mahathir sebaik saja beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah beberapa hari lalu ialah tekadnya tidak akan berdiam diri daripada mengkritik Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta.

Sekarang saya rasa bebas dan merdeka, tetapi tidak akan mendiamkan diri, katanya.

Hari ini beliau mula mengotakan janjinya dengan mengeluarkan kenyataan pedasnya yang mungkin boleh membuatkan Ah Jib Gor terasa limau mandarin yang ditelannya sempena sambutan Tahun Baru Cina lebih masam berbanding biasa.

Rakyat terbanyak bukan saja mengharapkan Mukhriz akan terus bersuara, bahkan merasakan suatu keperluan juga untuk beliau turun menjelajah ke seluruh negara menemui rakyat menjelaskan betapa kritikalnya negara selagi dipimpin oleh Najib serta pentingnya melakukan perubahan yang pada hakikatnya sudah merupakan suatu kewajipan kepada sesiapa pun juga, kecuali bagi pemakan dedak yang kekal dengan dunianya.

Berikut adalah kenyataan media oleh Mukhriz itu:-

1.Sudah empat bulan berlalu sejak Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB di Istana Negara pada 7 haribulan Oktober, 2015. Kenyataan tersebut menyentuh mengenai keprihatinan Majlis terhadap "keresahan dan kebimbangan Rakyat apabila kredibiliti dan integriti Kerajaan dalam melaksanakan amanah Rakyat mentadbir negara" dikritik.

2.Jelas daripada kenyataan tersebut, Majlis melihat bahawa "keamanan dan kemakmuran negara yang perlu berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan Rakyat dapat hidup dalam harmoni" boleh terjejas teruk dengan kontroversi 1MDB.

3.Oleh itu, Majlis telah menitahkan semoga siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan "penemuan siasatan dilaporkan secara lengkap dan telus supaya Rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran."

4.Persoalannya, setelah empat bulan berlalu adakah Kerajaan Persekutuan pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-raja yang merupakan harapan terakhir bagi Rakyat memohon dan merayu perlindungan, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri telah tidak diyakini Rakyat?
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Mukhriz tanya adakah PM patuh titah Raja-Raja

Posted: 07 Feb 2016 02:10 AM PST

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau tertanya-tanya adakah kerajaan sudah menyempurnakan titah Majlis Raja-Raja mengenai  1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas empat bulan titah itu dikeluarkan.
Ujarnya, jika titah itu tidak disempurnakan beliau gusar akan memberi impak negatif kepada negara.
Mukhriz "Sudah empat bulan berlalu sejak Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB di Istana Negara iaitu 7hb Oktober 2015. Kenyataan tersebut menyentuh mengenai keprihatinan Majlis terhadap 'keresahan dan kebimbangan rakyat apabila kredibiliti dan integriti kerajaan dalam melaksanakan amanah rakyat mentadbir negara' dikritik.
"Jelas daripada kenyataan tersebut, Majlis melihat bahawa 'keamanan dan kemakmuran negara yang perlu berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyat dapat hidup dalam harmoni' boleh terjejas teruk dengan kontroversi 1MDB.
"Oleh itu, majlis telah menitahkan semoga siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan penemuan siasatan dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Menggulas lanjut, Mukhriz berkata, setelah empat bulan berlalu adakah Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-Raja yang merupakan harapan terakhir bagi rakyat memohon dan merayu perlindungan, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri telah tidak diyakini rakyat.
"Adakah dengan hanya beberapa kenyataan menteri yang dilihat mengkais ketepi titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, dan tiada respon dari perdana menteri sendiri sudah memadai untuk dianggap sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Majlis? Wajarkah titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ditepis sebegitu rupa tanpa apa-apa respon yang beradab dan munasabah," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata perlu diingatkan bahawa kenyataan Majlis berakar dari cambahan rungutan yang disembah maklum oleh rakyat.
"Majlis tidak akan mengendahkan aduan dan rintihan daripada rakyat jelata itu jika difikir ianya tidak berasas. Jelas sekali, apabila Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan yang ditujukan khas kepada Kerajaan Persekutuan mengenai 1MDB, ianya bukan sesuatu yang boleh diremeh dan tidak diendahkan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Penasihat SPRM: Siasat dakwaan dana RM2.6b untuk 'pelaburan'

Posted: 07 Feb 2016 02:07 AM PST


Siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu dibuka semula selepas menteri luar Arab Saudi berkata wang itu adalah daripada "pelaburan", kata Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
 Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee berkata, kenyataan oleh Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menunjukkan bahawa kenyataan pembelaan oleh "suspek utama" perlu disahkan.
"Satu siasatan yang tulus dan penilaian bagi pendakwaan memerlukan pengesahan yang bebas daripada mana-mana pembelaan oleh suspek utama yang mana kita tidak boleh hanya menerima kata-kata daripada suspek utama," kata Lim kepada Malaysiakini.
Sehubungan itu, beliau berkata, bukti berdokumen tentang sumber dana tersebut, pengaliran wang dan pulangan dana perlu dikemukakan.
Oleh itu, Lim berkata beliau mengalu-alukan kesediaan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membuka semula sisatan dan menggesa peguam terkemuka untuk meluluskan permintaan SPRM untuk melakukan Bantuan Guaman Bersama (MLA) dari negara-negara lain.

Pindaan OSA bawa ke arah pemerintahan diktator - Ambiga

Posted: 07 Feb 2016 02:06 AM PST

Pindaan untuk mengukuhkan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) seperti dicadangkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan menjadikan Malaysia seperti diperintah oleh diktator, kata peguam kanan Datuk S Ambiga.
"Ini bukan tentang melindungi maklumat keselamatan yang sensitif, tetapi mengenai tidak membenarkan kebenaran mengenai rasuah dan salah guna kuasa oleh mereka yang berada dalam peringkat kuasa tertinggi.
"Mana-mana pindaan itu akan menjadikan kita diktator sepenuhnya," kata Ambiga kepada Malaysiakini.
Semalam, dalam temubual eksklusif bersama akhbar Sinchew Daily, Apandi memaklumkan sedang menimbang untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara.
Katanya, Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan.
Apandi juga menegaskan sekiranya wartawan melindungi atau enggan mendedahkan sumber, mereka akan dianggap bekerjasama dengan pensabotaj.
Sehubungan itu, Ambiga yang juga bekas pengerusi majlis peguam mengecam tindakan terhadap media dan menggesa orang ramai untuk membantah usaha yang dilihat cuba untuk 'mengongkong akhbar'.
"Tanpa media antarabangsa dan media dalam negeri yang kuat, orang ramai akan keliru dengan skandal kewangan besar dan mereka yang melakukannya," kata Ambiga.
Sementara itu, Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee pula berkata, untuk meminda OSA dilihat bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Mana-mana penambahan hukuman yang tidak seimbang akan bercanggah dengan kedudukan perdana menteri sebagai seorang 'perdana menteri yang progresif, negara yang liberal' seperti yang diisytiharkan dalam ruangan pendapat yang disiarkan dalam Sydney Morning Herald pada 27 Oktober 2011," katanya.

Tindakan AG cubaan jelas takutkan media - Geramm

Posted: 07 Feb 2016 02:06 AM PST


Gerakan Media Marah (Geramm) menyifatkan cadangan peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk menguatkan Akta Rahsia Rasmi 1972 sebagai cubaan menakutkan media daripada melaporkan kebenaran.
"Tindakan mengancam media yang hanya menjalankan tugas melaporkan isu-isu berkaitan kepentingan awam adalah sesuatu yang tidak wajar sama sekali.
 "Penggunaan sumber rahsia oleh media bukan untuk mensabotaj kerajaan tetapi demi mencari kebenaran dalam sesuatu perkara, dan mempertanggungjawabkan kerajaan pada pihak awam.
"Geramm melihat kenyataan peguam negara ini sebagai cubaan jelas untuk menakut-nakutkan media. Itu sahaja," kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilapor berkata OSA boleh digunakan terhadap wartawan yang melindungi sumber mereka atas dasar etika kewartawanan.
Beliau juga memaklumkan pejabat peguam negara sedang menimbangkan untuk meminda OSA dan memasukkan penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan sebagai hukuman.
Selain itu Apandi juga mendakwa tindakan wartawan yang melindungi sumber mereka boleh dilihat sebagai bekerjasama dengan pihak yang berpotensi melakukan sabotaj.
Read More / Baca Lagi >>

Saya tidak jawab kepada Apandi, kata bekas AG

Posted: 07 Feb 2016 02:04 AM PST


Tiada apa-apa lagi yang perlu dijelaskan, kata bekas Peguam Negara (AG) Abu Talib Othman hari ini dalam menolak "jemputan" untuk bertemu dengan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"Saya tidak bertanggungjawab kepada dia. Saya bebas untuk menggunakan hak perlembagaan saya untuk mengulas mengenai kes yang melibatkan kepentingan awam yang besar, selama saya tidak melepasi had kebebasan bersuara," kata Abu Talib kepada Malaysiakini.
 Apandi dalam satu wawancara dengan Sin Chew Daily dilaporkan berkata beliau "keliru" dengan kritikan Abu Talib ke atas keputusannya untuk membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap salah laku dalam kes berkaitan 1MDB.
Apandi juga berkata semua yang beliau lakukan adalah berdasarkan kepada apa yang dipelajari daripada Abu Talib sebagai pendahulunya.
Abu Talib bagaimanapun, menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya berhubung kredibiliti Apandi dalam membersihkan Najib berdasarkan siasatan oleh SPRM ke atas RM42 juta wang SRC International dan RM2.6 bilion derma yang didepositkan ke akaun peribadi perdana menteri itu.
"Dalam apa jua keadaan, komen saya adalah jelas dan dibuat dengan niat yang baik.
"Bagaimanapun, jika beliau mahu mengetahui lebih lanjut, maka beliau adalah dialu-alukan untuk berjumpa saya," kata Abu Talib.
Mengulas lanjut, Abu Talib berkata, orang ramai tidak mungkin mempersoalkan keputusannya jika Apandi telah memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membantu siasatan SPRM.
"Seperti yang ada hari ini, keputusannya kelihatan dipersoalkan dan menyebabkan persepsi negatif terhadap kesaksamaan dan komitmennya kepada keadilan, serta kedaulatan undang-undang," kata Abu Talib.

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...

Posted: 06 Feb 2016 10:57 PM PST

Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahlah,, bukan lagi nak ganti umno, malah errmmm...

Ni ada lagi satu kisah terkini,, menjadi perbualan ramai.... 

 Kalau berpakaian macam ni OK lagi,


satu pembaharuan, sumber inspirasi, mana tahu nanti akan ada feshion designer dari ahli Pas buat Jubah Beruniform macam ni hantar kat negera Arab,,, mungkin boleh dapat derma lagi,, kalau dulu Najib Presdien Umno dapat, kali ini Presiden Pas pula dapat 2.6 Billion..
Boleh simpan tabung jihad tin milo.


Tapi 3 gambar dibawah ni seorang Adun Pas Selangor punyalah nak dapat undi Cina sanggup berpakaian tok pekong Cina,,, agak-agak la... 











 Bab hukum aku tak berani nak pertikai, sebab parti Pas ramai ulama,,, tapi,, adoi.... susah mau celita... lu sendiri fikir la.... Lim Kit Siang tok Pe Kong DAP pun tak perlu pakai macam tu,,, ni lebih dari Lim Kit Siang lagi,,, patutla duk benci sangat dengan Dap..