Menurut Asiamoney, Najib is the worst. Majallah sama pernah puji Anwar sebagai best FInance Minister sebelum ekonomi Malaysia diterbaraikan pada tahun 1999-2000 oleh rakan karibnya George Soros.
Abdul Aziz (kiri) bersama bosnya, Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Sarawak
Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak menyelar sikap kesombongan PKR dalam membolot agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya, Abdul Aziz Isa hari ini menggambarkan PKR hanya mementingkan diri sendiri tanpa merujuk kepada rakan kompenan Pakatan Harapan khususnya DAP
"PKR adalah sama sekali mementingkan diri sendiri dan hanya mementingkan kerja mereka sendiri sahaja. Jika kejayaan mereka begitu muram, minta tolong dengan rakan kongsi anda dalam DAP untuk mengatasi kelemahan anda," katanya dalam satu kenyataan.
PKR secara bersendiri telah mengumumkan calon yang begitu banyak, tanpa sebarang perbincangan dengan Pakatan Harapan, kritik Aziz, sambil menambah PKR juga enggan melepaskan mana-mana kerusi di Sarawak, 'walaupun tewas' pada PRN 2011.
"(Ini) menunjukkan bagaimana sombong dan sikap tidak bekerjasama.
"Mungkin dari awal lagi, PKR langsung tidak mempunyai niat untuk berunding, ia hanya rempuh secara membuta tuli kerana ia begitu terdesak.
"Jadi, pertandingan tiga penjuru akan berlaku,"kata Aziz.
Tambahnya, PKR juga sukar untuk didekati kerana "otak bodoh dan ego"
Aziz yang juga pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, mencabar PKR untuk membiarkan DAP bertanding di beberapa kerusi yang secara tradisinya ditandingi PKR, sambil menambah bermungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya 'untuk membuktikan siapa yang layak'.
Ini kerana, katanya, DAP mempunyai peluang yang lebih baik daripada PKR untuk menang, kerana DAP telah turun padang sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013 lagi.
Aziz juga berkata, PKR hanya mula turun padang dalam tempoh dua hingga tiga bulan yang lalu sahaja.
"Sangat sedih, yang PKR tidak belajar untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Aziz juga berhujah bahawa PKR akan kemungkinan besar tidak diterima dengan baik di Malaysia Barat jika parti itu terus menjadi mesra PAS, yang menjauhkan lagi hubungan dengan DAP berhubung isu hudud.
"PKR bukan parti yang tegas, pemimpinnya tidak boleh membuat keputusan mereka … PKR tanpa kepala, tanpa arah dan keliru dengan konsep," kritiknya lagi.
Beliau berkata, jika pemimpin-pemimpin PKR yang bukan berasal dari Sarawak dan tidak memahami keadaan di sini, mereka perlu berundur dan menahan diri daripada bergaul dalam hal ehwal tempatan.
"Seperti yang semua orang lihat, ia akan sentiasa menjadi sukar bagi DAP, tetapi kami adalah konsisten dan mempunyai integriti," katanya.
Baru-baru ini, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dalam satu sidang media yang turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan 22 calon yang akan bertanding di Zon Selatan pada PRN 2016 pada April ini.
22 calon PKR itu termasuk tiga DUN yang diminati Abdul Aziz iaitu Tupong, Samariang ataupun Satok yang bersesuaian dengan pelantikan DAP terhadapnya sebagai Penyelaras DUN Tupong.
Calon PKR yang diumumkan di DUN Tupong adalah Nurhanim Hanna Mokhsen dan Mohd Salleh di DUN Satok.
Calon-calon PKR yang turut diumumkan adalah Francis Teron (Opar), Boniface Willie Tumek (Tasik Biru), Jajol Numan (Tanjung Datu), See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Athina Sim (Serumbu), Willie Mongin (Mambong), Musa Ngog (Tarat) dan Cyril Langin (Kedup), Regional Abell (Bukit Semuja), Jamilah Baharuddin (Simunjan), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Lingga), Nicholas Mujah (Balai Ringin) Norina Utot (Simanggang), Kolien Liong (Batang Ai), Yukub Daud (Saribas), Vernon Kedit (Layar), Neol Bucking (Bukit Saban), Jemat Panjang (Kalaka), Ali Biju (Krian) dan Baru Bian (Ba'Kelalan).
Sebelum ini, PKR turut mengumumkan George Chen (Machan), Abdul Raafidin Majid (Nangka), Abun Sui Angit (Murum), Elia Bit (Marudi), Ronald Engan (Telang Usan) dan Paul Baya (Mulu).
Abdul Aziz disifatkan blog siemens-melayumaju sudah makin gelabah apabila kerusi yang diminatinya dirampas oleh PKR, hinggakan pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak itu telah membuat pengumuman mahu bertanding di DUN Kota Sentosa (milik bosnya) atau Batu Kitang (milik musuh ketatnya dari PKR).
"Pada minggu lepas, Aziz, yang juga Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Ching Chieng Jen dengan konfidennya mengumumkan beliau akan bertanding sama ada di Kota Sentosa atau Batu Kitang.
"Umum tahu Kota Sentosa yang disandang oleh Chong adalah kubu kuat DAP manakan Chong hendak menyerah bulat-bulat kerusi tersebut kepada Aziz, sedangkan Batu Kitang adalah kawasan DUN baharu dan kekuatan serta sokongan DAP di sana masih belum dapat dipastikan lagi.
"Takkan Chong berani mengambil risiko untuk kalah pada PRN kelak? Takkan Chong nak duduk di luar sedangkan Aziz enak-enak saja duduk di dalam DUN waktu persidangan DUN Sarawak kelak?
"Penamaan Voon Shiak Ni sebagai calon PKR di Batu Kitang bagaikan paku terakhir menutup segala peluang bagi Aziz yang selama ini terkapai-kapai mencari kawasan untuk bertanding kerana sebelum ini beliau kelihatan "aktif berkempen" di Tupong dan Satok namun kedua-duanya telah di"cop" oleh PKR – Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong) dan Mohd Salleh (Satok).
"Hubungan Aziz dan Voon sebenarnya tidak mesra kerana mempunyai sejarah hitam mereka sendiri dan sudah tentunya Voon tidak akan memberi sebarang muka kepada Aziz.
"Aziz hampir-hampir disaman oleh Voon kerana menyelarnya (Voon) dalam status FBnya sebagai "jalang" dan perkataan kesat tidak berapa lama dulu namun difahamkan selepas Aziz memohon maaf secara terbuka maka kes tersebut dilupakan begitu saja," dedah blog itu.
Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak agar Tabung Haji (TH) telus memberitahu rakyat sumber bonus 8 peratus sebagaimana yang diumumkan kelmarin.
Timbalan Presiden Amanah Sallahuddin Ayub berkata TH wajar menjawab dakwaan bahawa sumber kewangan membiayai bonus TH berkenaan adalah daripada penjualan aset TH di luar negara.
"Dalam soal pemberian dividen dan bonus yang melebihi keuntungan perniagaannya untuk sesuatu tahun berkenaan, AMANAH menyedari bahawa pemberian dividen setinggi 5% dan bonus sebanyak 3% yang diumumkan semalam hanya dilakukan TH setelah beberapa asetnya di London dijual.
"Aset-aset yang selama ini mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada TH terpaksa dikorbankan demi memenuhi matlamat jangka pendek untuk menggambarkan bahawa perniagaan TH masih utuh dan berkeuntungan.
"Amalan sebegini tidak wajar atau berhemah dan tidak mampan. Teguran oleh pihak BNM tentang polisi rizab secara komprehensif dan pengurusan risiko amat mustahak untuk dipatuhi," dakwa Sallahudin dalam satu kenyataan.
Menurut beliau lagi, Tabung Haji merupakan institusi kewangan umat Islam yang diasaskan oleh Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz bertujuan memudahkan urusan jemaah haji Malaysia tidak boleh ditadbir urus secara sambil lewa.
Di samping itu, Sallahudin juga mengutarakan kebimbangan perihal tanah TR Exchange yang awalnya didakwa dijual tetapi kemudian dinafikan. Katanya TH tidak sepatutnya terlibat dalam usaha PM Najib menyelamatkan 1Malaysia Development yang kaya hutang itu.
"AMANAH sarankan TH segera tangani isu ini secara tuntas dan muktamad sesuai dengan perhitungan strategik TH.
"Amat malang sekiranya keputusan pembelian sepenting ini berlaku tanpa adanya kajian dan perancangan khusus, selain untuk memenuhi kehendak pemimpin politik negara. Dasar sebegini mesti dihentikan jika ada, supaya TH dapat diselamatkan," tambah beliau.
Sallahudin menegur tindakan membayar dividen atau bonus melebihi keuntungan adalah suatu ketidakpatuhan amalan perniagaan baik.
"Ini jelas akan menghakis rizab serta memudaratkan TH. Wujudnya simpanan yang besar tanpa adanya satu perancangan pelaburan yang baik boleh mendatangkan kesan yang merugikan.
"Akhirnya simpanan itu hanya mendatangkan pulangan biasa, sebagai contoh 3% sedangkan TH terus memberikan dividen atau bonus yang lebih daripada biasa, seperti 5%.
"Maka AMANAH mendesak supaya Pengurusan dan Lembaga Pengarah TH sedia ada dikaji dari segi kelayakan dan kemampuan mereka seperti disentuh Bank Negara Malaysia (BNM).
"Jawatan Pengurusan dan Lembaga Pengarah TH wajib diserahkan kepada mereka yang layak dan bukan sebagai habuan politik," katanya.
Selain itu, menurut Sallahudin lagi, senarai pengurusan TH juga wajar diluluskan terlebih dahulu oleh Bank Negara sepertimana senarai pengurusan bank komersil di negara ini.
"Ini bertujuan untuk menjamin hanya yang layak diberi jawatan di institusi kewangan yang menyimpan hampir RM54 billion aset umat Islam.
"AMANAH mengesyorkan agar pihak Ketua Pembangkang sewajarnya diberi peluang untuk menamakan calon Lembaga Pengarah TH dengan syarat calon yang dinamakan layak dan diluluskan BNM.
"Satu audit menyeluruh terhadap kegiatan dan pelaburan TH serta kesemua anak syarikatnya perlu segera dilakukan oleh Ketua Audit Negara dan juga firma juruaudit bebas bertaraf antarabangsa. Segala yang tidak mematuhi piawaian profesionalisme dan amalan pengurusan yang baik perlu ditamatkan.
"Ini termasuk menutup syarikat yang tidak mendatangkan keuntungan dan sebaliknya hanya menjadi tempat berteduh ahli dan penyokong politik untuk sekian lama, sekiranya ada," katanya.
Sallahudin juga menyentuh aspek sistem tangga gaji dan elaun sama ada untuk Ahli Lembaga Pengarah atau Pengurusan TH yang didapati melampau dan tidak seimbang dengan tugas perlu diubah.
TH juga diminta menjalankan satu ujian 'stress test' untuk institusi kewangan mengikut panduan di bawah kelolaan BNM. Hasil ujian tersebut perlu diterbitkan kepada umum untuk memberikan gambaran tahap keutuhan kewangan TH dan mengembalikan keyakinan penyimpan dan seluruh rakyat jelata.
KUALA LUMPUR 6 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin menunjukkan sikap kediktatorannya walaupun dihujani pelbagai skandal apabila berjaya 'memaksa' Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berpendapat peletakan jawatan itu suatu lagi kemenangan kepada Najib walaupun sepatutnya Perdana Menteri itu berasa tergugat akibat pendedahan pelbagai skandal melibatkan dirinya.
Kejayaan itu, katanya, menjadikan kemenangan Najib ke atas musuh politiknya dalam tempoh enam bulan lepas dianggar berjumlah '10-0' antaranya:
Memecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Pemecatan Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara.
Melambatkan siasatan Pasukan Petugas Khas berkenaan skandal 1MDB.
Penangkapan, pemindahan serta-merta atau ugutan terhadap pegawai-pegawai utama dalam Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ingin melanjutkan siasatan terhadap skandal mega berkembar Najib tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen ke atas 1MDB.
Mengambil ringan arahan Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober 2015 yang menggesa kerajaan agar melengkapkan siasatan 1MDB "secepat mungkin" dan mengambil "tindakan tegas sesuai" terhadap semua yang didapati terlibat.
Kegagalan UMNO untuk menjatuhkan Najib melalui akuan bersumpah ahli-ahli Parlimen.
Pelanggaran perjanjian yang dibuat Najib bahawa skandal mega kembarnya akan diselesaikan pada akhir tahun lepas, sedangkan kedua-dua skandal ini menjadi lebih besar dan lebih antarabangsa pada 2016.
Peguam Negara melepaskan Najib daripada sebarang salah laku atau jenayah dan tiada tindakan akan dikenakan ke atasnya dalam kedua-dua skandal derma RM2.6 bilion dan skandal SRC International RM42 juta.
"Ia satu paradoks besar dalam politik Malaysia, Najib nampaknya semakin kuat dan lebih kuat walaupun dipalit skandal demi skandal," katanya pada kenyataan media hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyifatkan peletakan jawatan Mukhriz berlaku atas paksaan pihak tertentu kerana beliau hanya memerlukan sokongan empat ahli wakil rakyat UMNO BN.
"Wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berjumlah 36 orang, dengan wakil pembangkang seramai 15. Justeru, beliau hanya memerlukan sokongan tiga lagi wakil UMNO BN selain dirinya untuk mendapat majoriti undian dalam dewan.
"Jika Bashah hanya mendapat sokongan 17 orang, kumpulannya tidak mampu mendapat majoriti bagi memaksa peletakan jawatan Mukhriz sebagai Menteri Besar.
"Jadi, jika UMNO BN mahu menjatuhkan Mukhriz, ia mesti secara kolektif menguasai 18 undi, kerana dalam keadaan seri 18-18, Speaker akan dapat mengundi memihak kepada Bashah," katanya. -Roketkini.com
KUALA LUMPUR 5 FEB: Malaysia kehilangan tenaga kerja bermahiran tinggi dan profesional apabila seramai 7,828 warganegara Malaysia memilih bekerja dan menjadi warga Singapura sejak 2014, lantas merencat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara ini.
Sebagai perbandingan, Program Pakar (Returning Expert Programme – REP) dikendali TalentCorp hanya mampu menarik 3,600 profesional Malaysia kembali ke tanah air dalam masa empat tahun.
Menganggap ia menyedihkan, Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming, berkata seramai 7,828 individu terdiri pelbagai kaum itu berbuat demikian kerana peluang pekerjaan dan jaminan lebih baik disediakan di sana.
"Ia sangat menyedihkan kerana mereka individu yang mengambil berat terhadap negara hingga turun mengundi tetapi disebabkan pelbagai faktor, mereka menjadi warga Singapura.
"Majoriti mereka berumur antara 30 hingga 50 tahun, bermakna mereka sedang dalam usia paling produktif untuk bekerja. Ia satu kehilangan buat Malaysia," katanya pada kenyataan media hari ini.
Kian Ming mendapati 7,828 bekas pengundi Malaysia menjadi warga Singapura selepas memeriksa daftar pemilih yang dilakukannya setiap tiga bulan bagi mengetahui jumlah pengundi baru, penukaran alamat mengundi dan individu yang dikeluarkan daripada senarai.
Pengarah Strategi Pilihanraya DAP Kebangsaan itu berkata, jumlah itu tidak termasuk rakyat Malaysia yang memilih menjadi warganegara selain Singapura dan yang berhijrah sebelum 2014.
"Jumlah itu tidak termasuk mereka yang menjadi warganegara selain Singapura, terutama negara yang kerap menjadi destinasi bekerja warga Malaysia seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Kanada.
"Malah, ia hanyalah jumlah bagi 2014 dan 2015 dan tidak mengambil kira jumlah rakyat Malaysia yang dilucutkan kewarganegaraan sebelum itu," katanya.
Paling mengecewakan, kata Kian Ming, ialah individu berbakat besar dan berkemahiran tinggi 'terlepas ke tangan' negara lain seperti Singapura, padahal mereka asalnya warganegara Malaysia.
"Saya terjumpa nama seorang penerima biasiswa ASEAN yang kini pakar perubatan dalam bidang penyakit berjangkit di hospital kerajaan di Singapura. Kesnya hanyalah serpihan kecil dari lambakan profesional yang berhijrah ke negara lain.
"Mungkin apabila berlaku perubahan kerajaan pada masa akan datang, golongan berkemahiran tinggi ini akan kembali bersemangat menyumbang bakat mereka kepada negara kita," katanya. -Roketkini.com
Meskipun dengan situasi sukar dihadapi negara kini, rakyat masih menaruh harapan Malaysia dapat diselamatkan, kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Meskipun dengan situasi sukar dihadapi negara kini, rakyat masih menaruh harapan Malaysia dapat diselamatkan, kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, biarpun jelas rakyat Malaysia berdepan dengan kekecewaan, namun ia tidak sesekali menjejaskan keyakinan yang negara ini dapat diselamatkan dan kembali pulih. "Walaupun jelas tergambar perasaan duka dan kecewa di wajah orang yang saya temui, termasuk sahabat handai dan mereka yang tidak saya kenali, jauh di sudut hati mereka masih menaruh harapan. "Harapan agar Malaysia dapat diselamatkan. Supaya Malaysia kembali pulih dan tidak menjadi sebuah negara yang gagal," katanya dalam posting terbaru di laman Facebook beliau malam tadi. Timbalan presiden Umno itu berikrar akan terus menegakkan kebenaran dengan berpegang kepada prinsip keadilan. "Ini permulaan kepada 1 perjuangan. Perjuangan untuk memulihkan Malaysia. Perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik. "Kerana kita semua berhak untuk menikmati setiap kebaikan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada negara kita. Jika bersendirian, kita tidak akan punya kekuatan. "Tetapi jika kita semua bersatu hati, membuka minda dan nurani untuk melihat kebenaran, melawan kemungkaran dan bertindak menjadikan masyarakat dan negara kita lebih baik daripada hari ini, maka nescaya kita akan berjaya jua akhirnya," katanya.
PKR's Sim urges Najib to 'take a bold step' in a blue ocean strategy and let go of the position
PETALING JAYA: The prime minister, Najib Razak, was urged today to 'take a bold step' by appointing outgoing Bank Negara governer Zeti Akhtar Aziz as the Finance Minister when her term ends in April. PKR's strategy director Sim Tze Tzin, MP for Bayan Baru, said her appointment would be "a blue ocean strategy that can save our country", making a wry reference to two slogans often used by Najib and DAP veteran Lim Kit Siang. Sim's suggestion about Zeti comes amidst speculation about her successor, and while Najib, who is concurrently finance minister, faces increasing criticism about the foreign investigations into corruption and money-laundering involving the purchase of Scorpene submarines and the affairs of the government investment arm 1Malaysia Development Bhd. "The appointment of Dr Zeti as Finance Minister would certainly bolster confidence in Malaysia and improve our country's standing globally, given her credentials and much-applauded track record," Sim said, making reference to international accolades won by the central bank governor.
Sim urged Najib to put national interest before his personal political considerations, in what he described as a "very trying time for Malaysia". He said: "We are in dire need of a finance minister of such calibre to mend the confidence deficit suffered by Malaysia as a result of the various scandalous incidents entangling 1MDB and the Prime Minister himself." Sim accused Najib of having mismanaged the Malaysian economy, and said it was appropriate that he should focus on being Prime Minister. He said Zeti's superior knowledge of finance and economics and her participation in a task force that had investigated 1MDB would help speed up resolution of various issues around the company, which is owned by the Finance Ministry, and he pointed out that Zeti had earlier stated that the value of the Malaysian ringgit would rebound once the 1MDB issues were resolved.
KUALA LUMPUR, Malaysia — After Malaysia's attorney general cleared Prime Minister Najib Razak of corruption charges involving hundreds of millions of dollars that ended up in his bank accounts, Mr. Najib issued a statement of his own.
"The matter has been comprehensively put to rest," he said last week. "It is time for us to unite and move on."
Mohamed Apandi Ali, the attorney general of Malaysia, showing flow charts of money at a news conference in Putrajaya, Malaysia, clearing the prime minister of corruption charges.
European Pressphoto Agency
The attorney general, Mohamed Apandi Ali, said the largest sum in question, $681 million, was "a personal donation" from the Saudi royal family, most of which — $620 million — was later returned because it was not used.
"It's not logical at all," said Azral Shah, 28, a computer network analyst taking a cigarette break outside a Kuala Lumpur high-rise this week. "I'm not sure what is the true story, but most of the nation doesn't think that what they are telling us is true."
Indeed, the attorney general's statement has been overshadowed by fresh doubts, whether in Malaysia or Saudi Arabia.
"There is no clear explanation as to how this huge sum of money was moved into Najib's accounts, the banks used by these Arabs, the sources of the fund, the business of the donor," Mahathir Mohamad, a former Malaysian prime minister who has become one of Mr. Najib's harshest critics, wrote on his blog.
In Saudi Arabia, Foreign Minister Adel al-Jubeir said that he accepted the attorney general's opinion that there had been no wrongdoing, but he also said that he did not think that the money had come from the Saudi government or that it was a political donation.
"It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia," he said in an interview on Thursday.
One member of the royal family and one associate of the family, speaking on the condition of anonymity, said that the money had come from a Saudi prince and confirmed that it was not a donation. The associate questioned the reported sum but said the funds were part of a business deal.
The attorney general's decision shut down an investigation by Malaysia's anticorruption commission, leading the panel to seek a review of the ruling, and the country's former law minister filed suit to reverse it.
The decision has not stopped international inquiries. Hong Kong, Singapore, Switzerland and the United States are investigating transactions involving the Malaysian sovereign wealth fund, 1Malaysia Development Berhad, or 1MDB. Mr. Najib set up the fund and is the chairman of its advisory board.
Harakahdaily.netLaman Facebook bagi portal berita rasmi Pas, Harakahdaily menerima kecaman ramai pengguna media sosial itu berhubung kedudukan Pas yang dianggap sudah matang dalam tindakan. Status Facebook yang dimuatnaik pada malam tadi itu berbunyi, "Politik itu seni, jangan tuduh Pas lagi: Pas ketika membuat satu keputusan, bukan ikut mana-mana telunjuk. Pas sudah matang di dalam tindakan." Bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline pagi ini mendapati majoriti daripada lebih 40 ulasan yang memberi reaksi terhadap ungkapan yang memetik kenyataan Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad itu menganggap parti tersebut tidak matang dan mudah diperalat oleh Umno. "Jika Pas matang kenapa ditipu Umno? Barangkali nak jadi matang mestilah ditipu umno BERULANG kali," kata Hamdan Mohamad antara pengguna Facebook yang memberi reaksi dalam status yang dimuatnaik selama 10 jam itu. Sementara itu, Kamarul Mohamad menulis, "Kalau matang tak adalah istilah jebon, nyamuk, anwarinas, salak bukit, baru#, jahil, pan###, parasit, dan lain-lain. Jika pilih Islam perkuat dakwah, bukan melabel." Hal sama juga ditekankan oleh pengguna Facebook yang memakai nama Mak Labu dengan berpendapat sejumlah pemimpin lama dalam parti yang berjasa dan telah diuji dengan pelbagai cabaran tidak akan dihalau keluar oleh Pas jika parti itu matang. "Kalau matang Pas tak dikencing Umno dlm hudud. Kalau matang Pas tak diperalatkan Umno untuk guna hudud pecahkan PR (Pakatan Rakyat)," tegas Mak Labu lagi. Pas kuat sendirian Sementara itu, ujar pengguna Facebook, Mohd Mahfuz, Umno akan senang hati apabila melihat Pas kalah teruk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti kerana bersendirian. Menyaksikan Pas lebih banyak berperang dengan parti pembangkang, Zahid Abdul Ghafor pula berpandangan Pas usah asyik retorik seperti Umno sebaliknya rakyat mahu melihat parti itu melaksanakan hudud. "Tak habis lagi ke? Kuat bila sendirian… Dah kuat buat aja la kerja… asyik cari simpati buat apa? Nak bela Melayu tapi perguna Melayu untuk kekal kuasa dan kezaliman. "Rasa pelik tengok Pas tak berhenti meroyan lepas membersihkan dengan cara yang cukup suci. Kata dah kuat tapi hudud pun senyap. Rakyat makin dizalimi. Dulu nak ambil kuasa dari orang gila tapi kini nak nasihat orang gila pulak," bidasnya lagi. Terus mempersoalkan kematangan Pas, Azman Kasim menulis, "Matang hapakebenda! Golongan cerdik pandai dan profesional habis disepaknya ditendangnya. Pada Pas yang pakai kopiah dan serban saja yang layak jadi pemimpin. Matang ke tu?" soalnya. Read More / Baca Lagi >>
umanyUMSekumpulan penuntut dari Universiti Malaya (UM) menyifatkan peruntukan yang terkandung dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sebagai undang-undang lapuk dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Hanya kerana mengadakan sidang media berhubung bantahan terhadap pelaksanaan kuota internet di kampus itu pada 14 Disember tahun lalu, enam pelajar terlibat menerima surat daripada pentadbiran universiti. Menganggap itu sebagai "surat cinta" pertama daripada pihak pentadbiran universiti untuk tahun ini, wakil mahasiswa terbabit, Suhail Wan Azahar berkata, mereka dikatakan telah melakukan kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 di bawah Seksyen 16C atas dua pertuduhan. Ujarnya, pertuduhan pertama dalam surat bertarikh 4 Februari itu adalah melakukan representasi media berhubung isu bantahan terhadap pelaksanaan kuota internet di Universiti Malaya tanpa kebenaran pihak universiti. Pelanggaran tatatertib dibuat di bawah Bahagian II Kaedah 15, dan boleh dihukum dibawah Kaedah 48. Pertuduhan kedua yang juga berniat tidak baik, jelasnya, kami didakwa kerana merosakkan dan memudaratkan kepentingan, kesejahteraan serta nama baik universiti atas alasan yang sama, mengadakan representasi media tanpa kebenaran pihak universiti. Bacaan pertuduhan dibuat di bawah Bahagian II, Kaedah 3(a)(i), Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999. Sehubungan itu, beliau dan lima rakannya yang lain tidak akan pernah sesekali merestui perbuatan songsang dan bobrok kerana menggunakan kuasa sewenang-wenangnya serta tidak jujur dalam membuat keputusan.
"Apakah pihak Universiti tidak tahu bahawa hak kebebasan bersuara telah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan? Setiap pertuduhan yang dikenakan ke atas kami adalah berniat jahat malah bersifat untuk mematikan langkah kami dalam mengangkat suara dan kebajikan mahasiswa.
"Kami juga percaya, Kaedah 15 ini adalah bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Atas sebab itu kami tegaskan bahawa AUKU ini adalah undang-undang lapuk!" tegasnya dalam kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, Suhail berkata, mereka yang dikehendaki hadir ke prosiding pada 15 Februari ini boleh disabitkan hukuman di bawah Kaedah 48 jika didapati bersalah atas mana-mana pertuduhan tersebut seperti amaran; denda RM 200; dilarang mengambil bahagian dalam universiti bagi tempoh yang ditetapkan; digantung pengajian atau dipecat dari universiti. Read More / Baca Lagi >>
Dalam laporan New York Times (NYT), Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir tidak fikir wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dari kerajaan negara itu.
Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir tidak fikir wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dari kerajaan negara itu atau ia satu sumbangan politik, lapor New York Times (NYT). Beliau juga dilaporkan berkata, wang itu disalurkan kepada sebuah "pelaburan di Malaysia". "It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia (Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dan dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia)," katanya dalam satu temu bual dengan NYT disiarkan semalam . Akhbar itu turut memetik kenyataan seorang kerabat rapat dengan keluarga diraja, yang bercakap tanpa mahu dikenali, sebagai berkata wang itu datang daripada seorang putera Saudi, tetapi ia bukan derma. Kerabat itu turut mempersoalkan jumlah wang tersebut tetapi berkata dana itu merupakan sebahagian daripada perjanjian perniagaan. Bulan lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, AS$681 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib sebagai derma dari keluarga diraja Saudi serta diberikan "tanpa mengharapkan balasan" dan menutup kes itu. Tetapi, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat cabang pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menemui sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) hilang daripada syarikat negara milik negara. Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga menyuarakan kebimbangan atas keputusan rakan sejawatnya di Malaysia yang menghentikan siasatan ke atas kes perpindahan dana ke dalam akaun Najib itu, mengatakan tindakan itu akan mengganggu siasatan yang dijalankan Switzerland ke atas 1MDB. Apandi kemudiannya membalas kenyataan tersebut, mengatakan siasatan yang sedang dilakukan negara itu ke atas 1MDB adalah siasatan yang berasingan daripada kes derma RM2.6 bilion itu.
Selepas 11 tahun sekumpulan penduduk membantah tanpa henti pelaksanaan projek kabel elektrik voltan tinggi, akhirnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengalih laluannya, tanpa melalui kampung mereka yang padat dengan penduduk. Pengalihan laluan tersebut akan siap pada akhir tahun ini, demikian menurut taklimat yang diadakan semalam oleh Jawatankuasa Anti Kabel Voltan Tinggi Rawang (RAHTC) bersama dengan Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong dan ADUN Rawang, Gan Pei Nei. Sambil menunjukkan surat dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), jawatankuasa itu berkata, kerajaan negeri telah mewartakan pelan pengalihan laluan itu pada Januari tahun lepas. Bagaimanapun, jawatankuasa itu menyimpan berita tersebut, kerana bimbang terlalu awal untuk menghebahkan berita baik kepada orang ramai sehinggalah projek pengalihan tersebut bermula bulan lalu - setahun selepas pelan itu mendapat lampu hijau rasmi. Kerajaan negeri telah bekerja keras untuk menyelesaikan isu itu dan malah telah membawa perkara itu kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), kata Gan (tengah). Dengan tiga pelan alternatif awal, termasuk pengalihan laluan bawah tanah yang dicadangkan oleh MB sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim, Gan berkata pihaknya kemudiannya mengupah perunding dari Australia untuk mengkaji perkara itu. "Pada tahun 2013, kita telah dipilih lagi sebaga kerajaan negeri. Akhirnya, dalam pertemuan dengan TNB , mereka bersetuju untuk mengubah laluan."Ahli Parlimen dan ADUN, ahli jawatankuasa dan PTGS datang ke Rawang untuk kajian lapangan, dan kami akhirnya mengemukakan pelan alternatif. "Selepas PTGS dan kerajaan negeri mencadangkan pelan itu, TNB dan juruteknik menelitinya dan mereka akhirnya memberi sokongan. Ia kemudiannya dihantar ke mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk kelulusan, dan kemudian dibawa balik ke PTGS untuk pengambilan tanah negeri. "Kini, kira-kira 26 peratus daripada projek pengalihan laluan itu selesai," kata Gan. Gan berkata pelan pengalihan laluan itu sama dengan cadangan RAHTC, dengan kabel voltan tinggi melalui kawasan yang tidak digunakan dan rizab kerajaan dan bukannya kampung baru Cina.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau akan membantu pihak berkuasa Switzerland namun menjelaskan siasatan membabitkan derma kepada Najib sama sekali tidak berkaitan dengan 1MDB.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan tuduhan beliau ada memujuk rakan sejawatnya di Switzerland untuk mengabaikan siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada satu mesyuarat di Zurich, September lalu. Apandi berkata ia tidak pernah menjadi tajuk perbualan dalam mesyuarat itu. "Saya menafikan pernah meminta rakan sejawat saya menghentikan siasatan 1MDB dalam mesyuarat tahun lalu," katanya menerusi pesanan Whatsapp kepada The Malaysian Insider. Apandi berkata demikian sebagai respons terhadap laporan Reuters yang memetik sumber mengatakan "pegawai Malaysia" menggesa Peguam Negara Switzerland Michael Lauber menghentikan siasatan berkaitan 1MDB. Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott memberi penekanan yang sama dalam satu artikel dilaporkan portal Malaysiakini. Malott berkata, ketika Apandi menemui rakan sejawatnya itu, beliau mendakwa meminta supaya siasatan dihentikan. Apandi dilantik menjadi peguam negara pada 28 Julai lalu susulan pengguguran Tan Sri Abdul Gani Patail atas alasan kesihatan. Minggu lalu, beliau mengumumkan tiada "bukti kukuh" untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas siasatan hampir 6 bulan berjalan berkenaan derma bernilai RM2.6 bilion dan syarikat SRC International Sdn Bhd. Pejabat Lauber kemudiannya mengeluarkan kenyataan, siasatan jenayah terhadap 1MDB mendedahkan AS$4 bilion disalah guna syarikat dari Malaysia. Read More / Baca Lagi >>
Dalam beberapa waktu ini, saya mengambil sedikit masa untuk menyelami persoalan-persoalan yang sering berlegar di fikiran saya berkenaan hal-hal yang berlaku di negara kita pada waktu ini. Ikhlas saya katakan, sebagai seorang yang telah lama berkecimpung dalam dunia politik dan berpengalaman terlibat secara langsung dalam pentadbiran negara, tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa kita akan berada dalam situasi yang serumit hari ini.
Ke mana-mana sahaja saya pergi, pasti ada orang yang bertanya apa sudah jadi dengan Malaysia. Ternampak di wajah mereka satu perasaan yang sukar digambarkan. Kecewa, putus harap, bimbang, berang semuanya ada. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka sudah naik mual dengan apa yang berlaku. Mereka sudah tidak percaya lagi kepada orang yang diamanahkan untuk memimpin kerana ramai yang mengkhianati amanah.
Ketika rakyat sedang bergelut dengan masalah kos sara hidup, beban cukai GST, kejatuhan nilai matawang, kehilangan pekerjaan, ada pemimpin yang disahkan menerima kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi, dan wang ini digunakan untuk perbelanjaan peribadi. Lebih menyedihkan, antara sumber wang ini adalah daripada syarikat yang mendapat dana daripada tabung awam.
Namun, amat pelik apabila penerimaan wang yang bersumberkan dana awam oleh seorang pemimpin negara tidak dianggap sebagai satu kesalahan. Malah, siasatan ke atas laporan salah laku dan rasuah melibatkan orang berkenaan diarahkan ditutup.
Apa sudah jadi dengan negara kita? Kita tahu bahawa sebelum ini terdapat penjawat awam, ahli perniagaan dan ahli politik yang disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum kerana menyalahgunakan dana awam dan menerima rasuah. Tetapi dalam skandal kewangan terbesar di negara kita yang melibatkan 1MDB dan SRC International, tiada sesiapa pun didakwa.
Malah terdapat pihak yang secara terang-terangan mempertahankan dan melindungi salah-laku orang-orang tertentu walaupun saya tahu jauh di sudut hati mereka, mereka juga tahu apa yang berlaku.
JOHOR 5 FEB: Penolong Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali menyifatkan penubuhan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk memantau aktiviti pengguna laman sosial di negara ini sebagai manifestasi ketakutan kerajaan UMNO BN terhadap kemarahan rakyat. Malah, beliau berkata, tindakan memantau serta menyekat hak kebebasan melontar pandangan melalui pelbagai medium terutama media sosial bakal membangkitkan lagi kejelikan rakyat dan tidak mustahil pemberontakan besar-besaran tercetus jika ia terus berlaku. "Jika Kerajaan menambah sekatan, ia akan lebih membuak-buakkan kemarahan rakyat. Seterusnya menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat yang mungkin di luar jangkaan fikiran kita," katanya kepada Roketkini. Beliau berkata demikian mengulas amaran PCIRC terhadap aktivis, Fahmi Reza berikutan penghasilan serta penyebaran poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 'bermuka badut' dengan ungkapan "dalam negara yang penuh dengan korupsi, kita semua penghasut". Mempertahankan tindakan Fahmi melontarkan ketidakpuashatiannya, Sheikh Omar berkata, Najib harus mengambil iktibar daripada mesej yang ingin disampaikan melalui poster berkenaan dan bukannya mengarahkan agensi kerajaan melakukan gertakan. "Mesej yang dibawa menerusi poster 'Najib badut' hanyalah mahukan supaya pemimpin dan sistem urus tadbir negara yang korup dihentikan segera. "Sebab itu mesej yang ditulis atas poster protes itu antaranya ialah "dalam negara yang penuh dengan korupsi, kita semua penghasut. Najib perlu faham mesej sinikal yang disampaikan ini," katanya Menyifatkan amaran PCIRC sebagai tidak wajar, beliau berkata, rakyat ada hak untuk melontar kritikan terhadap pemimpin tertinggi melibatkan cara urus tadbir kerajaan kerana badan eksekutif itu dilantik rakyat melalui sistem pilihan raya. "Rakyat hanya lontar kritikan pemimpin. Bahkan rakyat yang memilih para pemimpin sehingga berada pada kedudukan di mana mereka berada sekarang ini. Oleh itu, pemimpin khususnya Najib mesti dengar kritikan rakyat, bukan mengancam mereka dengan PCIRC. "Sebenarnya jawapan kepada isu ini mudah sahaja. Najib wajib bersara dari kedudukannya sekarang ini bagi mengelakkan negara semakin ranap. Bukan menjadikan rakyat sebagai sasaran," katanya.
Individu yang menyebar atau mengaibkan gambar pemimpin negara bakal berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata akta berkenaan melarang pengguna media sosial menyalah guna kemudahan untuk tujuan memburukkan individu tertentu. "Saya memberi amaran kepada pengguna media sosial yang berbuat sedemikian dengan tujuan menggunakan platform komunikasi itu bagi tujuan mengancam dan memburukkan orang lain khususnya pemimpin negara," katanya dalam sidang media sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 8/2016 di Plaza Tol Litrak di Petaling Jaya semalam. Noor Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai karikatur badut yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersebar di media sosial baru-baru ini. Dalam pada itu, beliau berkata polis juga akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengguna laman sosial yang mengugut untuk melancarkan serangan bom di sekitar ibu negara termasuk kediaman perdana menteri. Dalam perkembangan lain, beliau berkata mana-mana pihak yang mendatangkan kecederaaan kepada individu lain sama ada warga tempatan atau warga asing akan dikenakan tindakan. "Warga asing dan penduduk negara ini semuanya tertakluk kepada undang-undang, jika seseorang itu mendatangkan kecederaan sesuka hatinya tidak kira kepada kenalannya atau bukan, ia tetap menjadi satu kesalahan," katanya. Noor Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakaman video berdurasi empat minit yang menunjukkan seorang warga Pakistan dipukul oleh penulis blog kontroversi 'Papagomo' yang menjadi viral di media sosial.
Adakah ini suatu perkembangan baru atau tanda-tanda sudah kehabisan hujah?
Peguam Negara, Apandi Ali hari ini membalas serangan Tun Mahathir Mohamad terhadapnya berhubung keputusannya membersihkan nama Perdana Menteri, Najib Razak yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini dengan mempersoalkan adakah kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengikut landasan serta ajaran Islam.
Beliau berhak beri pandangan, tetapi saya ada keraguan sama ada apa yang beliau cakap mengikut ajaran Islam atau tidak, kata Apandi kepada sebuah portal berita.
Alamak...dah guna hujah agama pulak!!
Kenapa Apandi tidak menjawab secara " direct" dan berfakta semua kritikan Tun Mahathir terhadapnya?
Bukankah sebagai peguam negara, beliau sewajarnya melontarkan segala hujah berlandaskan undang-undang untuk mempertahankan keputusannya?
Mengapa kali ini beliau memilih hujah dan elemen yang menjurus kepada agama dalam mempertahankan keputusannya dan membalas balik serangan Tun Mahathir itu?
Adakah Apandi sudah kehabisan hujah undang-undang atau merasakan apa pun alasan perundangan, jika dilontarkannya, dalam isu beliau melepaskan Najib daripada sebarang pertuduhan jenayah itu, tidak mampu meyakinkan bukan saja Tun Mahathir, tetapi juga rakyat negara ini?
Cumanya, terlanjur Apandi sudah meragui apakah kritikan Tun Mahathir terhadapnya berlandaskan ajaran Islam atau sebaliknya, kita tentunya ingin mengetahui beberapa perkara berkaitan keputusannya melibatkan Najib itu dari sudut agama juga.
Bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan berkata seandainya penyiasatan dijalankan terhadap peguam negara (AG) sebagai ketua pendakwa, peguam cara negara sebagai orang kedua di Jabatan Peguam Negara, boleh membuat keputusan sama ada hendak mendakwa atau pun tidak. Seandainya keputusan untuk mendakwa AG dibuat, mana-mana timbalan pendakwa raya (DPP) adalah kompeten untuk mengendalikan tugas itu, kata Ragunath. "Tidak semestinya peguam cara negara yang mendakwa (AG). Mana-mana DPP boleh, tetapi arahan itu mestilah dari peguam cara negara. "Begitulah caranya dan ia harus dilakukan demikian. "Ini adalah prinsip am undang-undang (walaupun) kamu tidak akan temui mana-mana undang-undang (dengan jelas) menyatakan demikian," kata Ragunath kepada Malaysiakini. Peguam cara negara sekarang ialah Datuk Azailiza Mohd Ahad (gambar). Ragunath berkata walaupun jika kes itu semudah membawa seorang AG ke mahkamah kerana saman trafik, ia akan menyebabkan berlaku konflik kepentingan, yang memerlukan peguam cara negara mengambil alih kedudukannya itu. Peguam kanan itu berkata demikian dalam respon kepada bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Mohamad Ramli Manan, yang berhujah semalam bahawa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali boleh disiasat bawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan jenayah melindungi pesalah. Sebagai alternatifnya, Ramli berkata, siasatan boleh dijalankan bawah Seksyen 217 atau 218 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan penjawat awam yang mengingkari arahan undang-undang dengan niat untuk menyelamatkan seseorang daripada hukuman atau pelucutan harta. Ia berkaitan dengan keputusan Apandi baru-baru ini untuk menutup kes berdasarkan kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes RM42 juta daripada SRC International dan derma RM2.6 bilion yang didepositkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Apandi juga didakwa menolak permintaan SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut di bawah perjanjian antarabangsa Bantuan Perundangan Bersama (MLA). Peguam Yusmadi Yusoff menegaskan bahawa terdapat satu duluan berhubung kemungkinan berlaku konflik kepentingan ketika waktu pendahulu Apandi sebelum ini, Tan Sri Abdul Gani Patail. 'Ada duluan' Read More / Baca Lagi >>
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan kesalahan rasuah kerana memulangkan semula AS$620 juta kepada pendermanya pada Ogos 2013.
Selepas menelan pelbagai serangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini membalas balik dengan mempersoalkan adakah kenyataan bekas perdana menteri itu mengikut landasan ajaran Islam. "Beliau berhak beri pandangan tetapi saya ada keraguan sama ada apa yang beliau cakap mengikut ajaran sebenar Islam atau tidak," kata Apandi kepada The Malaysian Insider menerusi mesej Whatsapp. Peguam negara akhirnya bersuara buat pertama kali selepas pengumuman minggu lalu mengenai "tidak ada bukti mencukupi" untuk merangka pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal kewangan. Kenyataan Apandi itu dibuat hari ini beberapa jam selepas posting terbaru artikel Dr Mahathir di blognya di mana beliau berkata,"Peguam negara kata beliau (Najib) tidak bersalah tidak membawa maksud apa-apa. Beliau, peguam negara, tidak ada kredibiliti." Dalam posting di blognya, Dr Mahathir juga berkata Najib patut meletakkan jawatan bagi memastikan Malaysia dapat mengembalikan reputasinya. Read More / Baca Lagi >>
MESYUARAT KHAS BAGI PERASMIAN MASJID AL-UMM
-
BBB, 05 Rajab 1439H. = 21 April 2018M. (Juma`at): Berikut dari pertemuan
Penulis dengan Timbalan Pegawai Daerah – En. Raiz bin Razman di Pejabat
Daerah Hu...
English Premier League
-
Arsene Wenger has been in Arsenal for 22 years, one of *the* longest
serving manager. He has contributed greatly to EPL football.
Mek mengambil berat tentang solatku
-
*BELASUNGKAWA*
SEBAGAI anak sesiapa pun mempunyai banyak peristiwa dan kenangan bersama
ibunya. Ibulah yang menganugerahkan sejuta kenangan kepada kita.
I...
HAK ASKAR NEGARA: SEKADAR MAINAN POLITIK?
-
KENYATAAN MEDIA 10 APRIL 2018 HAK ASKAR NEGARA: SEKADAR MAINAN POLITIK? Di
mana bukti hitam putih pentadbiran negara sebelum ini tentang milikan tanah
kem ...
Peristiwa Yang Akan Mengubah Sejarah
-
A Kadir Jasin
*سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ*
*BEBERAPA* perkembangan penting telah berlaku dalam masa beberapa hari lalu
yang berkemungkinan mengu...
Pabila artis jahil tahap murakab
-
*https://www.ismaweb.net/2018/04/02/pabila-artis-jahil-tahap-murakab/*
*KEBELAKANGAN ini, saya semakin muak dengan telatah dan tingkah laku artis
yang ber...
Belated congratulations to the newlywed!
-
A belated congratulation to the newlywed couples of the year! The couples
have tied the knot in mid February, 2018. At last, nurturing this special
rela...
Happy & Prosperous Chinese New Year
-
RKRS enhanced living standard of 3,000 participants
Moonson transition phase starts, public to be cautious of impact
Malaysia at risk of being ...
-
Media statement by M.Kula Segaran MP Ipoh Barat in the High Court of Ipoh
on 14th February 2018No remedy for wife whose husband was blatantly shot
dead by ...
-
*18 December 2017Press statement by MCA Publicity Spokesman (English/Bahasa
Malaysia) cum Religious Harmony Bureau Chairman Dato’ Sri Ti Lian Ker*
*DA...
Akhavan Supermarche Flyer
-
Akhavan Flyer - Akhavan Supermarche is located in Quebec with 2 locations –
one in Montreal and one in Pierrefonds. With more than 10000 square feet
filled...
PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia
-
Rental Mobil pontianakSewa Mobil pontianakPenyewaan Mobil pontianak Pada
Januari 2017, PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia mencatat perolehan
angka ek...
PENGISLAHAN RADIKALISME DAN EKSTREMISME
-
*Bahagian A: Pengenalan*
1. Saya bercakap hari ini bukan sahaja sebagai seorang Muslim sejati,
tetapi juga sebagai rakyat Malaysia dan mewakili umat Isl...
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL
-
Iqaluit ialah sebuah bandar dalam wilayah Nuvanut yang terletak di utara
Kanada, Pada bulan paling panas iaitu Julai, suhunya setakat 9 darjah
Celcius, ma...
ADENAN SATEM GAGAL MENGANGKAT SUARA WANITA
-
Kenyataan Media oleh YB Haniza Talha, Pengarah Pilihan Raya untuk Wanita
Keadilan bertarikh 20 April 2016 BN Sarawak baru sahaja mengumumkan calon
mereka d...
Peladang
-
Ahli-ahli peladang diseru berani bersaing untuk maju. Mereka juga digesa
mendalami ilmu dan kemahiran untuk pergi lebih jauh. Demikian ditegaskan
pengerusi...
"Paciaru" atau breakfast.
-
Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur
keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru
...
Anwar Ibrahim's Health.
-
MEDIA STATEMENT BY SIVARASA RASIAH, MEMBER OF PARLIAMENT FOR SUBANG ( PARTI
KEADILAN RAKYAT ) AND LAWYER FOR ANWAR IBRAHIM – 16th November 2015
HEALTH MI...
Catatan Di Belakang Tirai Besi
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini
saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan
selepas...
-
SHAH ALAM, 20 OGOS: Belanjawan 2016 akan tertumpu kepada pembangunan secara
terus kepada rakyat dan ia dijangka dibentangkan, pada November ini .
Dato’ Ment...
'No moles, just morons in police force'
-
Source: http://www.malaysiakini.com/news/279461
A DAP lawmaker today launched a sarcastic jibe against the police for the
way they carried out "Operasi Dad...
Hijrah : Wanita, Isteri, Ibu Pencetus Perubahan
-
Assalammualaikum w.b.t
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat menyambut ulangtahun
Hijrahtur-Rasul 1436Hijrah kepada semua khususnya umat ...
Kunjung Hormat
-
14 Ogos 2014, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri di
Jabatan Perdana Menteri YB Senator Dato' Seri Abdul Wahid bin Omar
bersempena de...
Pemindahan Blog YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
-
*Assalamualaikum. Pemberitahuan, Blog YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Adun Bukit
Payong telah berpindah ke blog seperti link di bawah. Harap maklum*
http://dunbuk...
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
-
Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370
berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil
Badan P...
Confidential Document
-
Hello,Kindly view these Document I Uploaded for you. Click here and sign in
with your email to view. I thought it would be a good read as it's about
wealth...
Himpunan lebih besar jika tidak berubah
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih
besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan
k...
Zahid:Chinese Not Doing Anything to Fight Crime
-
I am amazed that the Chinese had repeatedly been used as a punching bag
since the BN win by a lesser majority in the 13th general election.
The latest to j...
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH
-
Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana *ujian itu adalah
sebahagian daripada kehidupan di dunia*. Dunia ini sendiripun tempat ujian
sebelu...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
DEMI RAKYAT, UNDILAH BN
-
Assalamualaikum.
Saya bersyukur kerana sekali lagi diberikan peluang untuk mewakili Barisan
Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus...
A Goat Named 'Shahrukh Khan' in Bakrapur
-
Shahurkh Khan
Unlike Anurag Kashyap’s more elaborate ode to Amitabh Bachchan by making a
short film on him in *Bombay Talkies*, actor-filmmaker Makarand D...
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN
-
13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan
kenyataan berkenaan pemberian wang B...
Ucapan Maulidur Rasul
-
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua pihak sama ada orang perseorangan atau Masj...
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi
-
Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan
ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh.
Kunjungan mereka ...
Guan Eng bentang belanjawan basmi kemiskinan
-
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kemiskinan di
negeri itu akan dihapuskan menjelang tahun depan – lebih awal daripada
sasaran 201...
RUKUN HAJI
-
Asalamualaikum kepada semua bakal haji dari Malaysia, dengan ini diucapkan
selamat melaksanakan ibadah haji. di doakan kepada yang dalam perjalanan
ketanah...
Bendera Jalur gemilang Tetap Kita Kibarkan
-
*06hb Ogos 2012.* YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal (tiga dari kanan) KK Kasdi
kurdi (satu dari kanan) En Ben Pengerusi Majlis Belia Labuan (dua dari
kanan) ...
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
-
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang
saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau
sebagai Pres...
Aik, Lembu Felcra pulak.
-
MP Padang Terap dah tanya Menteri tadi, tapi Pengerusi Felcra panas
punggung tadi nak bangun jawab, tapi Speaker kata tunggu Menteri akan jawab.
Notification
-
ALERT !!!
I and my staffs ARE NOT connected in any way to the Facebook and Twitter
accounts created with a BLACK & WHITE profile picture of mine !
R.S.N.Ray...
Masalah penduduk Batu 11
-
Masalah yang diajukan kali ini adalah mengenai aliran air yang terlalu
perlahan.Ini diakibatkan oleh paras pintu air yang lebih tinggi dari paras
saliran ...
Ucapan Perbahasan Bajet Negeri (4)
-
Pembangunan BeliaPembangunan belia merupakan suatu aspek yang amat penting.
Malangnya, pembangunan belia kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri,
di m...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
MALAYSIAN ARM RACE – REDUCE SPENDING ON THIS!
-
While we are concern about corruption, transparency and abuse of power, we
have over the years lost sight that arming the Nation policy by the BN can
lead ...
Kerajaan Negeri – UUM rangka pelan basmi kemiskinan
-
Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
SINTOK: Sinergi antara Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Kedah
Sustainable Development Centre Universiti Utara Malay...