Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


BELIA FELDA PERLU REBUT PELUANG DARI BURUH ASING

Posted: 03 Feb 2016 06:25 PM PST



Oleh : Naraza Muda, Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat

Apabila kerajaan umum bajet baharu 2016, Felda dan FGV pastinya akan terjejas teruk apabila berlaku peningkatan kos perbelanjaanya. Felda mempunyai hampir 40 ribu tenaga buruh asing dan sebahagian besarnya di bawah FGV. Jika kos gaji mininum meningkat kepada RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM900 untuk semenanjung.

Kadar baharu RM900 meningkat daripada hanya RM800 sebelum ini bagi Sabah dan Sarawak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah merayu kepada kerajaan agar mengkaji semula peraturan yang akan dikuatkuasakan julai ini.

Dengan peningkat gaji dan levi sebanyak 154 peratus ini, akan memberi kesan peningkatan kos secara drastik.

Hal Ehwal Felda Pas Pusat  melihat ini sudah sampai masanya Felda kembali kepada landasan asal. Sudah sampai masanya Felda mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing.

Felda mempunyai 15  NGO di bawah  Gabungan Wawasan Generasi Felda ( GWGF ). NGO ini perlu diberi peluang mengisi ruang tenaga buruh.

Belia Felda perlu diberi kesedaran, MBFM sebagai contoh mesti dilibatkan dalam sektor ini. Mereka ramai ahli belia Felda di seluruh negara. Jika tidak FGV tetap mengupah buruh asing dan jika peraturan ini dilaksanakan, pastinya hampir RM40 juta sebulan hanya untuk mengaji buruh ladang asing.

GWGF perlu diberi mandap untuk mengerakkan kempen kesedaran agar belia Felda bersedia mengisi peluang ini. Kita akui memang belia kurang minat, tetapi kami yakin dengan penumpuan bersungguh-sungguh memberi kesedaran dan memperkenalkan perbagai insentif pastinya boleh menarik minat belia Felda.

Dengan perkembangan kejatuhan harga minyak sawit mentah ( MSM ) ke paras terendah dalam tempoh  6 tahun pada ogos 2015, ditambah dengan keborosan berbelanja besar oleh pihak pengurusan sejak perlantikan Tan Sri Isa Samad menjadi pengerusi Felda beberapa tahun lalu menambahkan lagi kehilangan aliran tunai kumpulan.

Sewajarnya semua pihak, terutamanya warga Felda perlu mendesak Kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri sekarang ini agar mengembalikan Felda kepada perniagaan asalnya. Koperasi Permodalan Felda KPF perlu diberi peranan semula menguasai Felda selepas FGV dilihat tidak dapat mengekalkan prestasi seperti zaman  KPF memiliki 51 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad.

#selamatkanfelda
04 Febuari 2016

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TIADA PILIHAN HUSAM SEMAKIN KIRANG AJAR

Posted: 03 Feb 2016 04:27 PM PST

KOTA BARU: PAS tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa yang didakwa mengkritik parti secara terbuka berhubung isu hudud.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat PAS pusat pada 13 Februari ini.

"Dakwaan Husam mengatakan perbincangan hudud hanya membabitkan tiga individu dan tidak dimaklumkan kepada parti adalah tidak betul," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa Exco negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Rabu.

Husam sebelum ini dilaporkan menggesa Mohd Amar dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bertanggungjawab, termasuk mempertimbangkan meletak jawatan setelah gagal membawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1964 di Parlimen, bagi membuka laluan untuk pelaksanaan hukum hudud di Kelantan- BERNAMA

kalam Perantau

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

kalam Perantau


Harakah, Kalam Perantau dan Pilihanraya Sarawak

Posted: 03 Feb 2016 08:15 PM PST

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Sudah lama kolum Kalam Perantau tidak ditulis secara tetap dan berkala. Sebelum ini, kolum Kalam Perantau ini (https://kalamperantau.wordpress.com) adalah ditulis seminggu sekali untuk pembaca akhbar Siasah.

Hari ini Isnin 1hb Februari, 2016 saya berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk menulis kembali kolum Kalam Perantau setelah dipelawa oleh Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Sdr. Wan Nordin untuk tatapan pembaca Harakah.

Saya diberitahu Harakah sukar didapati di Sarawak. Saya ada diberitahu, sekitar 2,000 naskah sahaja Harakah yang beredar di Sarawak. Saya kira sejumlah itu juga beredar di Sabah. Cukupkah dengan jumlah itu untuk rakyat atau pengundi Sabah dan Sarawak mendapat maklumat terus dari PAS?

Jika di Semenanjung akhbar harakah sukar diperolehi, bagaimana agaknya dengan rakyat Sabah dan Sarawak yang mempunyai rangkaian perhubungan jalanraya yang tidak sebaik di Semenanjung untuk mendapatkan akhbar Harakah ini?.

Mungkin PAS kena mempertimbangkan untuk mengadakan edisi Sabah dan Sarawak, malah berusaha memcetak akhbar berkenaan di Sabah dan Sarawak pada masa hadapan untuk membolehkan PAS terus berkembang di kedua-dua negeri berkenaan.

Bila akhbar Harakah sukar didapati di Sarawak atau terhad pengedarannya, bagaimana mungkin maklumat hendak disalurkan kepada rakyat Sarawak untuk membolehkan mereka membuat pertimbangan dan seterusnya berubah untuk memilih PAS dalam pilihanraya Sarawak yang akan diadakan. Malah ada mencadangkan agar dermawan-dermawan membeli pada harga kos untuk diedarkan dalam pilihanraya Negeri Sarawak nanti.

Untuk mengatasi masalah komunikasi dan birokrasi di Sabah dan Sarawak, Harakah sudah memperkenalkan ePaper Harakah (eharakah) sejak 2009 lagi dan mulai tahun 2015, epaper telah menjadi sebahagian produk digital kad Istiqamah yang dilancarkan pada Muktamar PAS ke61 pada Jun tahun lepas.

Masa menghadiri Konvensyen Usahawan (koUSAHA) pada 16hb Januari, 2016 di Hotel Everly, Putrajaya. Saya telah bertemu seorang wakil PAS Sarawak, Abang Raini yang bersedia menjadi ejen Kad Istiqamah di Kuching, Sarawak.

Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11

Saya ke Sarawak tiga hari, 29-31hb Januari untuk meninjau perispan PAS bagi menghadapi pilihanraya Sarawak. DUN Sarawak bakal dibubarkan dalam masa terdekat dan pilihanraya negeri diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Malah telah terdapat khabar-khabar angin yang berlegar-legar dalam aplikasi maya khususnya whatsapp yang DUN Sarawak bakal dibubarkan pada 25hb Februari, 2016 sebaik sahaja selepas perayaan tahun baru Cina diadakan dan pilihanraya diadakan pada bulan April, 2016 .

Sama ada benar atau tidak DUN Sarawak dibubarkan pada tarikh tersebut, tiada siapa pun yang tahu lagi setakat ini. Ianya masih menjadi rahsia, Tan Sri Adenan Satem, Ketua Mentri Sarawak bila dia hendak bubar DUN Sarawak bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menguruskan Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke-11.

Tetapi Adnan Satem membuat satu kejutan, dia beritahu telah membincangkan dengan wakil SPR untuk mengadakan PRN ke-11 Sarawak pada 30 April, 2016 dengan penamaan calon pada 18hb April 2016. Ini satu kejutan dan pembaharuan yang sedang dibuat Ketua Menteri Sarawak yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mengimbau kembali pilihanraya negeri Sarawak ke10 pada 2011 yang lepas, pada awalnya Pakatan Rakyat (PKR-DAP-PAS) berbincang dengan parti lama yang di asaskan di Sarawak, SNAP berbincang untuk bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional di 71 DUN. Akhirnya, PKR dan SNAP bertembung di 25 kerusi semasa hari penamaan calon.

Selepas proses penamaan selesai, terdapat pertandingan tiga penjuru membabitkan 23 DUN dan empat penjuru di 17 DUN. Dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru iaitu di DUN Belaga dan DUN Balai Ringin manakala pertandingan lima penjuru berlaku di DUN Ngemah serta DUN Jepak.

BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, PAS (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), Snap (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita.
BN meneruskan penguasaan Kerajaan negeri buat penggal ke-10 dengan memperolehi kemenangan majoriti 2/3 dalam pilihan raya ini dimana BN memperolehi 55 kerusi namun peratusan undi popular yang diperolehnya menurun berbanding pilihan raya negeri 2006.

Berdasarkan maklumat dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN merekodkan 372,379 undi atau 54.5 peratus daripada keluar mengundi kali ini. 5 tahun lalu, pada 2006 BN menerima 62.91 peratus (341,587 undi) dan 71.16 peratus (382,137 undi) pada 2001.
Keputusan rasmi, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bertanding di 35 kawasan DUN telah memenangi kesemua kawasan yang dipertandingkan.

Bagi Pakatan Rakyat pula, memenangi sebanyak 15 kerusi dengan Democratic Action Party (DAP) sebanyak 12 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 3 kerusi serta satu lagi kerusi dimenangi oleh calon Bebas Faktor undi cina telah menyebabkan DAP dan PKR juga menyapu bersih kesemua lima kerusi DUN di Kuching.

Bagaimana pula dengan prestasi BN dan pembangkang dalam pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 yang akan diadakan pada bila-bila masa dibawah ketua Menteri yang baru, Tan Sri Adenan Satem?

Berbanding dengan pilihanraya Sarawak ke 10 pada 2011 yang lepas dengan 71 kerusi DUN, SPR telah berjaya mendapat kelulusan DUN Sarawak dan Parlimen Malaysia untuk menambah 11 kerusi DUN lagi menjadikannya 82 kerusi DUN yang akan dipertandingkan pada pilihanraya Negeri Sarawak ke11 kali ini.

Sebelas (11) bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri yang baharu itu adalah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan pindaan nama ke atas kawasan Parlimen Mambong (P.198) di Sarawak kepada Parlimen Puncak Borneo. Juga terdapat pindaan nama ke atas empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak iaitu: N.19 daripada Bengoh ke Mambong, N.34 daripada Batang Air ke Batang Ai, N.41 daripada Belawai ke Kuala Rajang dan N.68 daripada Kidurong ke Tanjung Batu. Bagi bahagian Pilihan Raya Persekutuan, tiada perubahan bilangan dan kekal dengan 31 kawasan Parlimen


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kenapa PKR, PAS, dan Amanah sudah surrender PRN Sarawak?

Posted: 03 Feb 2016 05:15 PM PST


Ini kenyataan Saifuddin. Mustapha Ali pun ada kata hampir surrender. Gitu juga Azmin. Mat Sabu juga ...

Kenapa? Kenapa? Kenapa? ... Silap langkah? Dah kantoi?

Baca Snapshot2016 SINI

Krisis Selangor sampai sekarang tak habis

Posted: 03 Feb 2016 12:28 AM PST



Krisis kepimpinan di Selangor belum habis? Cuba lihat perbandingan krisis Selangor dengan krisis di http://snapshot2016.blogspot.my/2016/02/krisis-kedah-masih-tidak-seteruk-krisis.html?m=1

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Dividen lebih ‘baik’ tahun ini, kata KWSP

Posted: 03 Feb 2016 08:53 PM PST

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan dividen selepas Tahun Baru Cina ini. – Gambar fail The Malaysian Insider , 4 Februari, 2016.		 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan dividen selepas Tahun Baru Cina ini. 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengisytiharkan dividen yang 'baik' tahun ini, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Datuk Mohamad Nasir Ab Latif. Pengumuman itu akan dibuat selepas Tahun Baru Cina, katanya kepada pemberita selepas taklimat media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan angkanya.

KWSP mengumumkan dividen 6.75% bagi 2014, lebih tinggi berbanding 6.35% yang diumumkan pada 2013.

Tabung Haji umum bonus 5 peratus kepada 8.85 juta pendeposit

Posted: 03 Feb 2016 08:46 PM PST

Tabung Haji umum bonus 5 peratus kepada 8.85 juta pendeposit
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pembayaran bonus sebanyak 5 peratus kepada 8.85 juta pendeposit bagi tahun kewangan 2015.

Selain itu, bonus tambahan 3 peratus juga diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan ibadah haji sekali gus menjadikan bonus keseluruhan 8 peratus.

Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu adalah Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.

Tahun lalu, TH membayar bonus sebanyak 6.25 peratus kepada 8.6 juta pendeposit dengan bonus tambahan dua peratus diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan ibadah haji.

Amanah mahu MB Kelantan hormati hak demokrasi parti lain

Posted: 03 Feb 2016 08:44 PM PST


Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad YaakobMenteri Besar Kelantan Datuk Ahmad YaakobParti Amanah Negara (Amanah) Kelantan terkejut dengan surat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang melarang kehadiran anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam program parti itu mahu hak demokrasi semua parti politik dihormati.
Jurucakap Amanah Kelantan, Che Ibrahim Muhamad berkata PKR dan Amanah secara rasmi menandatangani pakatan politik dalam Pakatan Harapan 9 Januari lalu dan tentulah kedua-dua parti akan saling bantu membantu dalam meraih sokongan rakyat.
"Sebagai pemimpin yang memahami Islam beliau harus menghormati pendirian politik setiap rakyat dan organisasi politik dalam membuat pilihan dalam sistem demokrasi, katanya.
Memberi respon kepada kehadiran tokoh-tokoh PKR dalam majlis anjuran Amanah, Ahmad seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian menulis surat kepada semua pimpinan PKR Kelantan agar tidak menyertai program anjuran parti Amanah.
Laporan itu turut menyebut sekiranya ada pimpinan PKR yang ingkar perkara tersebut Ahmad menegaskan untuk tidak teragak-agak menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin Pas Pusat.
Che Ibarahim menyifatkan pendirian seperti ini amat bercanggah dengan nilai demokrasi yang memberikan kebebasan memilih pendirian politik bagi setiap parti dan individu.
"Ini amat pelik kerana ia melibatkan campurtangan pemimpin sebuah parti kepada urusan parti lain yang mempunyai struktur organisasi yang sah," ujar beliau.

Siasat kebocoran surat peringatan Bank Negara – PAS

Posted: 03 Feb 2016 08:41 PM PST

Isu kebocoran kandungan surat terbabit boleh menjadi ikutan yang tidak baik dalam pengurusan negara.
Datuk-Dr-Mohd-Khairuddin-Aman-Razali-At-Takiri,
PETALING JAYA: PAS menggesa kerajaan menyiasat isu kebocoran kandungan surat peringatan Bank Negara kepada Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, berkata perkara itu boleh menjadi ikutan tidak baik dalam pengurusan negara
"Ia boleh menjadi ikutan tidak baik dalam pengurusan negara apabila dokumen rasmi dibocorkan sehingga menimbulkan pelbagai persepsi kepada rakyat," katanya kepada FMT, di sini, hari ini.
Isu kebocoran kandungan surat Bank Negara Malaysia (BNM) kepada TH menjadi topik hangat di media sosial apabila ia menjadi viral.
Akibat kebocoran itu, TH telah membuat laporan polis berhubung kedudukan kewangannya yang dibocorkan kepada umum.
Mengulas lanjut, Khairuddin menasihatkan BNM dan TH supaya menyelesaikan perbezaan pandangan secara baik tanpa sebarang sentimen kerana ia membabitkan rakyat.
"Sebarang isu membabitkan TH menimbulkan sentimen besar dalam kalangan pendeposit TH.
"Pada masa sama, meskipun saya difahamkan TH tidak tertakluk kepada pengawasan BNM, penyelarasan dan nasihat serta pandangan baik antara dua institusi itu perlu diharmonikan," katanya.

Mulanya perancangan tukar MB Kedah nampak mudah

Posted: 03 Feb 2016 08:40 PM PST

Mukhriz
ALOR SETAR - Pada mulanya perancangan untuk menukar Menteri Besar Kedah nampak begitu mudah apabila dicetuskan rasa tidak puas hati dan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Dengan sokongan majoriti ketua bahagian dan beberapa timbalan ketua bahagian,  Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dengan lantang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan perubahan dan mengambil langkah segera menggantikannya dengan pemimpin lain.    
Ketika itu, nampak laluan mudah untuk mengubah kedudukan menteri besar dan Pengerusi Umno Kedah kerana jelas kelihatan Mukhriz sudah kehilangan sokongan dari kebanyakan  Umno bahagian dan pemimpinnya.
Namun tidak semudah yang dijangkakan apabila Mukhriz meneruskan tugasnya seperti biasa dan merangka strategi untuk melengah-lengah proses peralihan kuasa.
Minggu pertama, tiada apa-apa pun yang berlaku dan seolah-olah Mukhriz kekal dengan kedudukannya itu. Beliau turut menyambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai dua program di Langkawi.
Kedua-dua kelihatan tersenyum dan gelak ketawa bersama tetamu lain. Najib juga sempat berseloroh ketika berucap dalam majlis menyambut ketibaan penumpang penerbangan sulung Air Asia dari Guanzhou, China ke Langkawi.
Mukhriz juga kelihatan menaiki kereta bersama Najib menuju ke program kedua anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Sungai Chenang - seolah-olah tiada apa kemelut atau gelora politik di Kedah.
Masuk minggu kedua pun nampak seperti biasa dan sehingga hari ke-12 apabila Mukhriz mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan pemimpin dan Adun Umno kerana mencemarkan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah dengan insiden yang memalukan.
Kenyataan yang begitu pedas dengan mengaitkan rasa kurang senang dan kemurkaan pihak Istana terhadap kejadian itu menampakkan Mukhriz sudah bersedia berkonfrontasi dengan kelompok yang dipimpin Ahmad Bashah demi memanjangkan tempoh hayat bagi mengekalkan kerusinya di Wisma Darul Aman.
Read More / Baca Lagi >>

PAS dakwa Umno wujudkan acuan politik tidak beretika

Posted: 03 Feb 2016 08:37 PM PST

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak hairan sekiranya kejadian seperti yang berlaku di Kedah berulang pada masa akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider , 4 Februari, 2016. 
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak hairan sekiranya kejadian seperti yang berlaku di Kedah berulang pada masa akan datang.

Susulan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah, PAS menyifatkan Umno sebagai parti yang mewujudkan acuan politik tidak beretika, lapor Sinar Harian hari ini.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, penggulingan Mukriz yang dibuat melalui akuan bersumpah akan menjadi ikutan pemimpin negeri yang lain.
"Bila tidak puas hati dengan pemimpin atau menteri besar sahaja, guna pintu belakang untuk singkirkan individu tersebut.

"Sepatutnya guna saluran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk tahu suara rakyat.  "Saya tidak kata kaedah digunakan ahli DUN (Adun) di Kedah itu salah, tetapi ia kurang manis kerana melalui pintu belakang," beliau dipetik berkata kepada akhbar itu.
Tuan Ibrahim berkata, tidak hairan sekiranya kejadian seperti yang berlaku di Kedah berulang pada masa akan datang.
"Perkara sama pernah berlaku di Perak selepas kerajaan yang memerintah bertukar kepada Umno, Barisan Nasional (BN)," katanya lagi.
Sinar Harian memetik beliau berkata, kemelut politik di sesebuah negara hanya akan mengganggu urusan pentadbiran yang akhirnya menyusahkan rakyat.
"Disebabkan kepentingan politik individu, rakyat terpaksa menerima tempiasnya dan terpalit sama dalam krisis itu," katanya.

AYUH, UNDILAH BN LAGI !!!!

Posted: 03 Feb 2016 07:50 PM PST

"Kadar hutang negara akan terus berkurangan dan tidak melebihi paras berhemat 55% kpd KDNK." 
~ PM Najib 28/1/2016.

TETAPI Terkini 4/2/2016 dah melebihi: 55.01%

TAHUKAH ANDA, 55 peratus adalah had maksimum yg dibenarkan kerajaan berhutang. Jika ia melampauinya bermakna kewangan negara adalah berada dalam kritikal..

SEJARAH BAKAL BERULANG

Posted: 03 Feb 2016 07:43 PM PST

Pada 2006, Tun Mahathir Mohamad "dikerjakan" oleh majoriti Ketua-Ketua UMNO Bahagian Kedah ketika bertanding sebagai salah seorang perwakilan UMNO Kubang Pasu dan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu kecundang akhirnya.

Dalam beberapa pengakuannya, Tun Mahathir berkata, kekalahannya hanya disebabkan "cash is king" sebanyak RM200 sahaja.

Mereka yang berjaya memalukan Tun Mahathir begitu gembira dalam tempoh beberapa lama, tetapi dalam pilihanraya 2008 kemudiannya, UMNO dan BN negeri itu tumbang di tangan pembangkang.

Hari ini di tahun 2016, majoritinya masih Ketua-Ketua UMNO yang sama yang menyebabkan peristiwa 2006 dan seterusnya yang menyebabkan UMNO dan BN kalah pada 2008 itu, bertindak sekali lagi dengan menyingkirkan Mukhriz Mahathir pula daripada kerusi Menteri Besar Kedah.

Orang yang sama dan tindakan yang dilakukan juga hampir sama.

Pilihanraya 2018 akan datang, Insya Allah putaran sejarah di Kedah akan berulang kembali.

'Kemelut di Kedah mencerminkan budaya politik kita' - Rafidah

Posted: 03 Feb 2016 07:39 PM PST

Veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat bahawa kemelut politik di Kedah menggambarkan ketamakan ahli politik Umno terhadap jawatan nombor satu di negeri berkenaan.
Rafidah Aziz Bekas Ketua Wanita Umno itu berkata, episod penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah yang berakhir semalam menunjukkan politik untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk rakyat.
"Kemelut di Kedah mencerminkan budaya politik kita. Budaya politik untuk kepentingan diri sendiri.
"Menjatuhkan orang lain untuk merebut kedudukan. Inilah yang dikatakan tamak. Tamak terhadap kuasa untuk kekuasaan," katanya ketika dipetik menerusi Facebooknya, semalam.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, pemimpin Umno seharusnya bersatu dan bukannya mengamalkan budaya politik memecah belah.
"Biar menang sorak...kampung tergadai. Biar parti hancur, asal hasrat peribadi tercapai.
"Ke mana nak dibawa jawatan, pangkat dan kuasa? Apa ertinya jawatan kalau tidak untuk bekerja dan menunaikan tanggungjawab?''  katanya.
Rafidah juga mempersoalkan mengapa pemimpin Umno di negeri itu tidak mahu bekerja sama bagi mengukuhkan parti.
"Kenapa tidak bekerjasama dalam pasukan dan melengkapi antara satu sama lain untuk mengumpul kekuatan bagi mencapai kejayaan dalam memberi perkhidmatan?," katanya.
Rafidah berkata, kerajaan seharusnya lebih serius dalam menyelesaikan kemelut yang melanda negara dan bukannya berterusan mewujudkan lebih banyak penipuan dalam politik.
"Tolonglah serius. Negara ini tidak mahu lagi penipuan politik. Cukuplah dengan pelbagai isu sebelum ini. Baiki segala kerosakan yang telah berlaku," katanya.

4 Februari 2016, Malaysia dijajah semula

Posted: 03 Feb 2016 07:31 PM PST

Beribu warga NZ termasuk Maori turun protes besar-besaran membantah TPPA‬ ketika majlis tandatangan sedang berlangsung.
KAMI bertegas ini adalah pemeterian perjanjian yang mengikat Malaysia yang berimplikasi besar kepada kedaulatan negara untuk menentukan masa depannya. Selepas 58 tahun merdeka , pemimpin kerajaan telah merelakan diri untuk kembali menyerahkan masa depan negara kepada kuasa luar atas nama perdagangan alias menyerah negara untuk dijajah semula.

Dengan satu pena, tandatangan wakil Malaysia iatu Menteri MITI, akan dilakar diatas dokumen TPPA, maka masa depan negara terpaksa pasrah kepada sebuah atur permainan perdagangan dunia yang mendedahkan negara kepada dominasi syarikat gergasi dunia dari negara asing.

Selain Malaysia sudah memeterai puluhan perjanjian perdagangan dalam bentuk unilateral dan multilateral, TPPA merupakan perjanjian yang paling mengikat negara dalam hampir semua aspek pembangunan.

Kerajaan sering menafikan bahawa Malaysia akan menanggung mudharat yang lebih besar daripada manfaat, akan tetapi pihak yang bersungguh menyokong TPPA tidak menafikan bahawa dasar dan perundangan negara kini akan terikat kepada klausa dalam TPPA. Malah mulai 4 Februari 2016, dalam tempoh dua tahun, puluhan undang-undang yang digubal dan dilulus di Parlimen dan Dewan Negara serta Dewan Undangan Negeri perlu dipinda untuk diselaraskan agar menjadi mesra TPPA  (TPPA Compliant).

Kini negara akan menjadi sasaran organisasi korporat gergasi dari negara maju seperti Jepun, AS, Kanada, Australia, Singapura dan New Zealand.
Read More / Baca Lagi >>

Kemelut politik Kedah beri gambaran Umno tamak politik, kata Rafidah

Posted: 03 Feb 2016 07:27 PM PST

Tan Sri Rafidah Aziz berkata budaya tamak politik ini  memecahbelahkan orang ramai dan bukannya menggalakkan perpaduan atau satu tindakan yang diambil untuk kebaikan bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Februari, 2016. 
Tan Sri Rafidah Aziz berkata budaya tamak politik ini memecahbelahkan orang ramai dan bukannya menggalakkan perpaduan atau satu tindakan yang diambil untuk kebaikan bersama. 

Veteran parti Tan Sri Rafidah Aziz menggambarkan pemberontakan politik dalam Umno bagi menggantikan menteri besar Kedah ialah gambaran "budaya politik semasa" di mana menjatuhkan pemimpin kelihatan menjadi satu "perkara biasa". Beliau bertanya sama ada "menjatuhkan orang lain untuk merebut apa sahaja kedudukan yang diidamkan" menjadi satu kebiasaan, susulan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mahathir yang digulingkan pemimpin Umno Kedah.
Bekas ketua Wanita Umno itu berkata, budaya ini memecahbelahkan orang ramai dan bukannya menggalakkan perpaduan atau satu tindakan yang diambil untuk kebaikan bersama.

"Sesetengah orang nampaknya seperti mengamalkan budaya politik kepentingan diri. "Tentang menjatuhkan orang lain untuk merebut apa sahaja kedudukan yang diidamkan. Tamak kuasa dan mahu terus berpegang kepada kuasa.
"Ia mengenai apa yang hanya boleh dianggap sebagai ketamakan, dalam erti kata yang sebenar," kata Rafidah dalam posting beliau di laman Facebook miliknya malam tadi.
"Mengapa perlu jadikan menjatuhkan satu sama lain satu perkara biasa?" soalnya.
Posting beliau itu susulan pengumuman peletakan jawatan Mukhriz semalam selepas dimaklumkan beliau tidak lagi memperolehi sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah.

Menteri Umno pertahan tindakan sekat medium.com

Posted: 03 Feb 2016 07:21 PM PST


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak mempertahankan tindakan Putrajaya menyekat medium.com, dengan mendakwa laman web itu telah melanggar undang-undang Malaysia.
Salleh berkata demikian ketika ditanya sama ada tindakan menyekat medium.com hanya kerana menyiarkan satu artikel oleh portal pemberi maklumat Sarawak Report, sebagai keterlaluan.
Katanya, keputusan untuk menyekat medium.com adalah kerana ia didakwa terus menyiarkan berita palsu yang boleh memudaratkan keselamatan negara walaupun ia telah diminta supaya membuang berita tersebut.
Oleh itu, medium.com melanggar undang-undang, katanya dalam satu temubual melalui emel dengan Malaysiakini.
 Dalam beberapa bulan lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat beberapa laman web yang kritikal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk Sarawak Report.
Bagaimanapun, tindakan menyekat seluruh medium.com, platform terkemuka yang diasaskan oleh pengasas bersama Twitter, Evan Williams, dilihat sebagai satu perkembangan baru.
Laman web Endgadget berkata walaupun China, yang terkenal dengan kawalan ketat ke atas rakyatnya, tidak menyekat medium.com.
Artikel Sarawak Report yang membuat SKMM mengambil tindakan terhadap medium.com, bertajuk: "Najib negotiates his exit but he wants safe passage and all the money".
Sarawak Report, yang telah menerbitkan berita-berita dengan dakwaan rasuah terhadap Najib, beralih ke medium.com selepas SKMM menyekat laman web itu tahun lepas.

Ahli UMNO ragui kemampuan Bashah

Posted: 03 Feb 2016 07:19 PM PST

Beliau dilihat lebih kepada seorang pengikut bukan pemimpin.
Ahmad Bashah
ALOR SETAR: Pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikritik hebat oleh akar umbi UMNO di Kedah.
Rata-rata akar umbi UMNO menyifatkan Ahmad Bashah tidak layak menjadi Menteri Besar kerana kemampuannya untuk mentadbir negeri 'Jelapang Padi' itu diragui.
Ketua Umno Cawangan Bandar Laguna, Zahran Abdullah berkata Ahmad Bashah tidak sesuai menjadi Menteri Besar kerana tidak menepati citarasa anak muda sekarang.
Katanya, Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata tidak mampu menjadi idola untuk orang muda kerana sudah 'lapuk'.
"Kita tidak nafikan beliau orang lama dalam politik di Kedah, tapi beliau (Bashah) sebenarnya sudah lapuk.
"Beliau lebih kepada seorang pengikut yang setia dan bukan seorang pemimpin," katanya kepada FMT.
Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Jalan Badlishah, Anuar Abdul Hamid berpandangan Ahmad Bashah sukar untuk meraih sokongan akar umbi terutamanya daripada golongan muda.
Katanya, ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar, beliau sangat disenangi oleh semua lapisan masyarakat tua dan muda.
"Saya tidak yakin dia mampu ambil hati akar umbi, orang kampung, kaum wanita dan golongan tua dan muda.
"Ini berbeza dengan Mukhriz yang dilihat menjadi satu tarikan tak kira tua atau muda, mereka sangat suka dengan beliau (Mukhriz).
"Kami tidak ada langsung keyakinan terhadap Ahmad Bashah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Bashah angkat sumpah Menteri Besar Kedah ke-12

Posted: 03 Feb 2016 07:17 PM PST

Bashah melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah baharu di Istana Anak Bukit di sini.
Bashah, 66, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-12, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Yang turut hadir, dua lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Hadir sama pada majlis itu ialah ADUN dan Anggota Parlimen Kedah serta pegawai kanan kerajaan negeri.
Semalam, Ahmad Bashah diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Dr Mahathir, berkuat kuasa hari ini.
Ia susulan pengumuman peletakan jawatan Mukhriz yang telah hilang sokongan majoriti wakil rakyat di negeri ini

Husam harap dapat sepentas bela rakyat bersama Mukhriz

Posted: 03 Feb 2016 07:14 PM PST


Datuk Husam Musa Datuk Husam Musa Bekas Naib Presiden Pas , Datuk Husam Musa bersedia bersama semua pihak termasuk bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir demi membela nasib rakyat yang semakin tertekan dengan kenaikan kos sara hidup mendadak akibat salah urus kewangan negara.
"Tindakan Mukhriz harus diberi pujian kerana melepaskan jawatan tanpa memanjangkan krisis yang memangsakan rakyat.
"Saya harap dapat sepentas dengan Mukhriz dalam memberi penjelasan berkaitan salah urus ekonomi Najib yang semakin menekan rakyat, " katanya pada sidang akhbar bersama penduduk yang membantah pembinaan kodominium mewah bersebelah masjid Telipot di Kota Bahru semalam.

Husam turut mengucapkan tahniah kepada Mukhriz atas tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
Mukhriz yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah semalam kerana disingkir disebabkan  pernah mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan skandal 1MDB dan derma kontroversi 2.6 billion.
Husam yang juga Adun Salor  turut menyentuh isu cadangan pembinaan kondo sebelah Masjid Telipot, mahu pihak kerajaan negeri mendengar pandangan orang ramai khususnya ahli kariah yang memakmurkan masjid berkenaan.
"Saya terkejut apabila diberitahu sehingga sekarang tiada perundingan yang dibuat antara pihak kerajaan dan penduduk," katanya.
Menurut Husam tanah bersebahan masjid itu wajar diserah kepada pihak masjid kerana masjid Telipot yang kini berada di pusat pertumbuhan kediaman awam dan perniagaan perlu dibangunkan dengan kemudahan lebih selesa pada masa depan.
Read More / Baca Lagi >>

Mampukah UMNO raih kembali kepercayaan rakyat?

Posted: 03 Feb 2016 07:12 PM PST

Timbalan Perdana Menteri yang dipecat itu yakin Mukhriz mampu megharungi ribut politik ini.
muhyiddin
KUALA LUMPUR: "Bukan mudah untuk memperolehi semula kepercayaan rakyat apabila mereka terasa dikhianati," teka Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam satu muatnaik yang ringkas tapi berfalsafah, Timbalan Perdana Menteri yang disingkirkan itu malam tadi menyentuh beberapa perkara penting buat UMNO, dan menyoal mampukah parti itu meraih kembali sokongan jelata menyusuli kegagalan di Kedah.
Beliau meramalkan, "dugaan hebat sedang menanti pengganti Menteri Besar Kedah untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO," merujuk kepada Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang bakal mengangkat sumpah pagi ini.
Menyingkap isi hatinya, Muhyiddin meluahkan, "Telah berakhir hari-hari di mana kita percaya bahawa pucuk pimpinan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat.
"Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat."
Pada telahan beliau: "Mereka mungkin lupa bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang mengharapkan sokongan rakyat untuk terus kekal relevan…saya bimbang masa depan UMNO akan terjejas."
Muhyiddin, yang bersepakat dengan Tun Dr Mahathir Mohamed dan merupakan salah seorang daripada tokoh dalam parti Melayu itu yang menyanggah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada masa kini, melahirkan rasa kagum pada Mukhriz, dan menyifatkan langkah yang telah diambil sebagai "antara hak menyuarakan yang benar dengan tuntutan taat yang membuta tuli."
Kesimpulannya, kata Muhyiddin: "Segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini satu permulaan kepada perjuangan yang lebih panjang."

Polis HK: Siasatan dana didakwa ada kaitan dengan Najib masih berjalan

Posted: 03 Feb 2016 07:11 PM PST


 Walaupun Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamad Apandi Ali mungkin telah membersihkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam kes derma RM2.6 bilion, tetapi polis Hong Kong masih menjalankan siasatan terhadap deposit bank lebih AS$250 juta yang didakwa ada kaitan dengan perdana menteri.
Ketika dihubungi, cawangan perhubungan awam polis wilayah itu berkata: "Seorang lelaki membuat laporan kepada polis (Hong Kong) pada 30 Ogos dan meminta kami menyiasat deposit bank itu.
"Siasatan oleh ibu pejabat jenayah kami sedang berjalan," kata pegawai itu ketika menjawab pertanyaan Malaysiakini.
Polis Hong Kong membuka fail siasatan itu berikutan laporan yang dibuat oleh bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 30 Ogos lalu.
Khairuddin dalam laporan polisnya menamakan empat syarikat yang beliau dakwa dimiliki jutawan kelahiran Pulau Pinang yang rapat dengan Najib - Jho Low - dan keluarganya.
Khairuddin juga membuat laporan terhadap 1MDB di Switzerland dan Singapura.
Najib telah dibersihkan oleh Apandi daripada sebarang salah laku berhubung derma RM2.6 bilion (AS$681 juta) dan RM42 juta yang disalurkan dari SRC International ke dalam akaun bank peribadinya.
Perdana menteri telah secara konsisten menafikan sebarang salah laku sama ada dalam kemelut 1MDB atau kes derma tersebut.

Putrajaya bidas laporan ‘Najib menteri kewangan Asia paling teruk’

Posted: 03 Feb 2016 03:44 PM PST

Malaysia mencatat perkembangan ekonomi, termasuk peningkatan kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) daripada RM528 billion kepada RM877 billion dari tahun 2009-2015, hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Malah, menerusi pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan, ekonomi negara berkembang daripada 1.9% pada 2009 kepada 6.0% pada 2014 dalam persekitaran ekonomi dunia yang lembap serta beberapa cabaran lain, kata kenyataan Kementerian Kewangan (MoF), hari ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai membidas artikel oleh FinanceAsia bertajuk "Najib Razak: Asia's Worst Finance Minister 2016" (Menteri Kewangan Asia Paling Teruk 2016).

Sambil menyangkal tuduhan dilemparkan portal itu, MoF berkata adalah tidak beretika bagi media itu membuat penilaian berdasarkan perkembangan dalam tempoh 12 bulan dan bersandarkan beberapa pertuduhan tidak berasas serta berat sebelah. MoF sebaliknya menegaskan, di bawah kepemimpinan perdana menteri, ekonomi Malaysia terus mencatatkan perkembangan sebanyak 4.5% hingga 5.5 pada 2015.
Malah, kadar pengangguran turun daripada 4.5% kepada 3.0% dengan sejumlah 1.8 juta pekerjaan baharu berjaya diwujudkan.
Pendapatan per kapita pula meningkat daripada RM24,541 kepada RM33,572, manakala defisit fiskal berkurangan daripada 6.7% kepada 3.2%.
"Walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu, Malaysia masih optimistik dengan sasaran pertumbuhan KDNK pada kadar 4.5% bagi tahun ini.
"Jadi, jika Malaysia mampu mencatatkan pertumbuhan pada kadar 4.5% dalam keadaan ekonomi yang lembap ini, boleh dikatakan ekonomi Malaysia masih kukuh jika dibandingkan dengan beberapa negara Asia yang lain," jelas kementerian itu.
MoF turut mempersoalkan tujuan artikel tersebut yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang teruk dan menggunakan tajuk sedemikian bagi meningkatkan semula laman web media itu.
Read More / Baca Lagi >>

Badi RM2.6B Dan 1MDB: Masa depan Umno terjejas selepas penyingkiran Mukhriz, kata Muhyiddin

Posted: 03 Feb 2016 03:40 PM PST

Masa depan Umno akan terjejas jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambil kira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan presiden Umno itu mencatatkan peringatan demikian di laman Facebook beliau malam tadi, mengulas peletakan jawatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mukhriz meletak jawatan, selepas kemelut politik yang berlangsung di negeri itu selama hampir 2 minggu, susulan kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun),

Perebutan jawatan itu bermula pada 20 Januari apabila Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai satu sidang media, terdiri daripada pemimpin bahagian dan sayap, mengisytiharkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz. Ahmad Bashah dijadualkan mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada pukul 10 pagi ini.
Muhyiddin berkata, penyingkiran Mukhriz semalam juga menandakan berakhirnya era di mana rakyat boleh percayakan pemimpin untuk bertindak demi kepentingan mereka.
"Sudah berakhir hari-hari di mana kita percaya pucuk pimpinan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat.
"Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat," tulis bekas timbalan perdana menteri itu.

Ahmad Bashah hanya MB Umno, bukan rakyat Kedah, kata akar umbi

Posted: 03 Feb 2016 03:25 PM PST

Ramai melahirkan ketidakyakinan terhadap Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan berpendapat beliau akan berhadapan kesukaran untuk mengambil hati akar umbi dan rakyat Kedah terutama golongan muda. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Februari, 2016.  
Ramai melahirkan ketidakyakinan terhadap Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan berpendapat beliau akan berhadapan kesukaran untuk mengambil hati akar umbi dan rakyat Kedah terutama golongan muda

Ahli akar umbi Umno rata-rata menyifatkan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hanya layak menjadi menteri besar mewakili parti dan bukan keseluruhan rakyat Kedah kerana kemampuan beliau menerajui pentadbiran negeri diragui. Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu 2 minggu lalu mengetuai ketua-ketua bahagian mendesak pengunduran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sehingga akhirnya berjaya disingkirkan dengan peletakan jawatan sebagai menteri besar semalam.
Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah Anuar Abdul Hamid agak skeptikal dengan kemampuan Ahmad Bashah dalam memenangi dan meraih sokongan akar umbi, berbeza dengan Mukhriz yang disenangi segenap lapisan masyarakat.

"Daripada peringkat akar umbi, kami sangat skeptikal. Kami tidak ada langsung keyakinan terhadap Ahmad Bashah. "Saya tidak yakin dia mampu ambil hati akar umbi, orang kampung, kaum wanita dan golongan tua dan muda.
"Ini berbeza dengan Mukhriz yang dilihat menjadi satu tarikan, tak kira tua atau muda, mereka sangat suka dengan beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.
Anuar berkata, satu lagi kesukaran bakal dihadapi menteri besar baharu itu ialah dalam menarik sokongan di kalangan anak muda yang bakal menjadi penentu dalam pilihan raya akan datang.
"Kita boleh lihat semasa di stadium tempoh hari, ramai anak muda yang memberikan sokongan kepada beliau.
"Tapi hari ini, saya dapat maklumat, ramai ahli Umno yang muda-muda sudah memotong kad ahli dan meletak dalam Facebook mereka sebagai tanda protes.
Read More / Baca Lagi >>

Umno sukar pertahan Kedah akibat kemelut MB, kata ahli

Posted: 03 Feb 2016 03:23 PM PST

 Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mungkin berjaya menghapuskan musuh dalamannya tetapi tindakan yang diambil beliau menjatuhkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar mempertaruhkan masa depan politik Kedah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Februari, 2016.  
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mungkin berjaya menghapuskan musuh dalamannya tetapi tindakan yang diambil beliau menjatuhkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar mempertaruhkan masa depan politik Kedah.
 
Ketika kemelut menteri besar Kedah melabuhkan tirainya semalam, sumber dalaman Umno negeri melahirkan kebimbangan, apa yang berlaku mungkin mengakibatkan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) di negeri itu tumbang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Beberapa daripada mereka berkata, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mungkin berjaya menghapuskan musuh dalamannya tetapi tindakan yang diambil beliau mempertaruhkan masa depan politik Kedah.
Bagaimanapun, penganalisis merasakan di sebalik kesukaran dihadapi Umno untuk mengekang kejatuhan politik susulan kemelut menteri besar ini, episod tersebut tidak akan secara automatik memberi manfaat kepada parti pembangkang kerana mereka masih tidak bersatu.

"Kita perlu ingat, rakyat Kedah sudah hidup di bawah pemerintahan pembangkang sebelum ini dan walaupun PAS tidak banyak membawa pembangunan, tidak ada sesiapa yang menderita," kata seorang veteran Umno Kedah yang enggan dikenali. "Jadi, kemungkinan Kedah jatuh kembali kepada PAS sangat jelas," katanya yang sudah 40 tahun bersama Umno kepada The Malaysian Insider.
Penyingkiran tidak wajar
Bagi kebanyakan rakyat Kedah, penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir dianggap tidak wajar dan sukar bagi Umno untuk meyakinkan mereka sebaliknya, kata seorang pemimpin Umno cawangan Kedah.
Bukan sahaja beliau merupakan menteri besar yang popular, malah beliau menjadi penyebab utama mengapa rakyat Kedah mengundi semula Umno pada 2013, kata pakar sains politik Prof Shaharuddin Badaruddin.
Beliau tidak terlibat dalam apa-apa skandal malah beliau juga tidak mempunyai sebarang dasar yang menjadi perbalahan.
Read More / Baca Lagi >>

Berapa lama pula Ahmad Bashah mampu bertahan sebagai MB?

Posted: 03 Feb 2016 03:15 PM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar
Pergolakan dan kemelut politik dalam Umno Kedah yang dilihat berakhir hari ini apabila Mukhriz Mahathir telah mengumum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan serentak itu nama Ahmad Bashah Md Hanapiah diumum sebagai penggantinya, bukan merupakan titik nokhtah kepada segala-galanya di negeri Jelapang Padi itu.

Pelantikan Ahmad Bashah bukan bererti dunia politik Umno Kedah akan aman dan tenang, sebaliknya selepas ini ia akan memulakan babak baharu yang lebih menarik dan dramatik.

Kalau sebelum ini, Mukhriz bermati-matian untuk menjaga kedudukan dan maruah politiknya dari "jatuh berdebuk", selepas ini giliran Bashah pula berbuat demikian. Malahan Bashah mempunyai tugas berat untuk mempertahankan diri dan kedudukannya.

Esok jika tidak ada aral merintang Ahmad Bashah dijangka akan menghadap Jemaah Pemangku Raja di Istana Anak Bukit untuk mengangkat sumpah menjadi MB Kedah yang baharu. Tahniah kepada Bashah kalau jadilah?

Kenapa kemelut Umno Kedah dikatakan tidak mudah lengsai? Mukhriz sendiri dilaporkan beliau tidak akan mendimkan diri terhadap "kezaliman" yang menimpa dirinya. Kenyataan bekas MB itu perlu dilihat beliau akan bertindak lebih jauh dan agresif daripada sebelum ini. Apa diucapkan Mukhriz itu sebagai signal balas dendam akan berlaku.

Dan rasanya semua orang dapat menjawab persoalan ini serta mencari justifikasinya, ini kerana proses penggantian MB Kedah itu tidak berjalan dengan tertib dan berlaku di luar tradisi kekeluargaan Umno. Di samping ada yang seronok dengan apa yang berlaku, tetapi ada yang terhiris dan sakit atas apa yang terjadi. Cara dan tindakan Ahmad bersama gengnya menyingkirkan Mukhriz akan meninggal kesan dan luka kepada Mukhriz dan penyokongnya. Lainlah kalau transisi itu berjalan dengan lendik dan teratur.

Ada beberapa insiden di sebalik transisi itu kenapa ia meninggal kesan buruk. Selain ia meragukan ia juga dikira anih dan tergesa-gesa. Misalnya keputusan untuk menggugurkan Mukhriz itu tidak dibuat secara kolektif di kalangan pimpinan Umno Kedah apa lagi mendapat persetujuan rakyat sebaliknya lebih kepada tindakan memerangkap dan peralat sesetengah ketua-ketua Umno bahagian.

Kenyataan berupa penafian dari beberapa pimpinan Umno Kedah di peringkat awal berhubung sidang akhbar diadakan Bashah menjelaskan realiti itu. Bahawa ia tidak dibuat secara kolektif dan proses memaksa agar bersetuju dengan tindakan itu dilakukan kemudian.

Justeru kerana ianya tidak benar dan salah, maka Mukhriz dan penyokongnya tidak akan membiarkan Bashah dan gengnya berlalu begitu sahaja. Rasa sakit hati atas tindakan yang dianggap melukakan itu pasti akan didendami. Rasa tidak puas hati pasti akan dihemburkan dan upacara pembalasan dendam kepada Bashah pasti akan dilakukan. Proses membalas dendam ini mungkin berjalan memakan masa, dimana kalau ia tidak tercapai dalam waktu terdekat sehingga ke musim pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Umno akan bergolak teruk selepas pelantikan Ahmad Bashah MB baharu

Posted: 03 Feb 2016 03:13 PM PST


Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail SallehPengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail SallehParti Amanah Negara (Amanah) Kedah tidak menolak kemungkinan akan berlakunya pergolakan dalaman Umno negeri yang teruk rentetan daripada pelantikan Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah hari ini, kata Pengerusinya  Datuk Dr. Ismail Salleh.
Beliau berkata, pastinya tindakan awal Ahmad Bashah  akan melakukan 'pembersihan' dengan menyingkirkan kumpulan pro Mukhriz dan diganti dengan orang-orang yang pro beliau.
"Sudah pasti Ahmad Bashah akan lantik orang-orang dia dan akan buang orang-orang Mukhriz dan Umno Kedah pastinya bergolak teruk selepas ini," katanya kepada Malaysia Dateline.
Dr Ismail berkata, pergolakan  dalaman politik di Kedah ini merupakan salah satu bentuk kerakusan pemimpin Umno dalam  episod perebutan kuasa di negeri itu.
Hal ini juga dakwanya tidak mustahil ada campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu menyingkirkan individu yang menolak kepimpinannya.
Katanya, Mukhriz tidak menyatakan sokongan kepada Najib berikutan serangan berterusan kepimpinan tertinggi parti itu terhadap  bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bapanya.
"Cerita nak buang Mukhriz ini bukan baru lama dah tapi disebabkan halangan tertentu, dua minggu lepas baru menjadi.

"Ini adalah salah satu bentuk kerakusan Umno, rakus kuasa nak memusatkan kuasa kepada Najib sahaja.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada maaf untuk Najib, Umno Kedah

Posted: 03 Feb 2016 03:10 PM PST

Mahfuz Omar


Peletakan jawatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir suatu yang menyedihkan rakyat Kedah.
Peletakan jawatan beliau kerana tiada pilihan disebabkan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan Barisan Nasional (BN) dikatakan hilang kepercayaan terhadap beliau.
Dari awal lagi pendirian saya sangat jelas. Apa keperluan untuk tukar menteri besar Kedah.

Kedua ialah proses hendak tukar menteri besar pula dibuat dengan mencetuskan keresahan pada rakyat yang sedang menghadapi kemelut dan krisis ekonomi yang membawa mereka berdepan dengan beban kehidupan yang sangat teruk. Kini rakyat diheret untuk berdepan dengan kemelut dan krisis politik yang dicetuskan bagi menyempurnakan agenda melenyapkan musuh politik Putrajaya.
Kedah hilang pemimpin berprinsip
Peletakan jawatan Mukhriz sebagai menteri besar adalah kerana keberanian dan kelantangannya dalam kelembutan sifatnya menegur dan mengkritik presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang juga berkuasa sebagai perdana menteri tanpa menghiraukan akibat yang bakal diterimanya.
Kecekalan dan ketegasan beliau ini adalah kebanggaan rakyat Kedah khususnya di kalangan generasi muda.
Kini beliau menjadi mangsa kepada ketegasan dan keberanian beliau berkata benar di hadapan presiden partinya yang bergelumang dengan segala salah laku dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), RM2.6 bilion, rasuah serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia tandatangani TPPA hari ini..

Posted: 03 Feb 2016 02:59 PM PST


Malaysia antara 12 negara yang bersetujui penyertaan dalam TPPA di rantau Asia Pasifik.Malaysia antara 12 negara yang bersetujui penyertaan dalam TPPA di rantau Asia Pasifik.Selepas lima tahun dan 19 pusingan perundingan, 12 negara Lingkaran Pasifik akhirnya menandatangani pakatan perdagangan yang banyak diperbahaskan, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), di Auckland, New Zealand hari ini.
Perjanjian itu, yang mewakili hampir 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global bernilai AS$30 trilion, tersedia untuk meningkatkan pertumbuhan di 12 negara anggota yang terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.
TPPA diunjur meningkatkan pertumbuhan KDNK secara menyeluruh di negara anggota hasil daripada peluasan pasaran dan pemansuhan atau pengurangan halangan perdagangan.
TPPA merangkumi 30 bab perundangan yang meliputi isu-isu perdagangan dan berkaitan perdagangan bagi meluaskan akses pasaran bagi barangan, perkhidmatan dan pelaburan, selain mengharmonikan peraturan dan disiplin perdagangan baharu dan isu merentas sektor seperti pemerolehan kerajaan.
Justeru, selain meningkatkan perdagangan dan pelaburan, perjanjian itu juga bertujuan mewujudkan dan mengekalkan pekerjaan, meningkatkan inovasi, produktiviti dan daya saing selain meningkatkan taraf hidup kira-kira 800 juta penduduk.
Malaysia, yang menyertai perjanjian perdagangan bebas abad ke-21 yang komprehensif semasa pusingan ketiga rundingan pada Oktober 2010, bakal menyaksikan KDNK meningkat AS$107 bilion hingga AS$211 bilion dalam tempoh 2018-2027.
Malaysia merupakan anggota kesembilan TPPA pada mesyuarat yang berlangsung sempena mesyuarat pemimpin APEC di Honolulu pada 2011. Rundingan perjanjian itu dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015.
Read More / Baca Lagi >>