ALOR SETAR, 3 Februari:
Susulan pengumuman peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui ada menerima jawatan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Namun, kata Mukhriz, tawaran tersebut ditolak.
Mukhriz juga berkata bahawa beliau tetap akan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam di samping menyatakan akan terus setia pada Umno.
Terdahulu, kemelut politik Kedah berakhir apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan untuk melepaskan jawatan Menteri Besar berkuatkuasa serta merta.
Menurut Mukhriz, keputusan itu dibuat selepas dikatakan hilang sokongan majoriti di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Mukhriz juga turut menamakan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanapiah sebagai penggantinya.
Malah, jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) juga turut dilepaskan.
Namun, Mukhriz berkata beliau menyerahkan soal jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.
Pengumuman itu dibuat dalam sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.