Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


FGV - EHP, FGV UMUM BATAL, ISA SAMAD KATA BELUM MUKTAMAD

Posted: 31 Jan 2016 04:30 AM PST

Kenyataan Media :

Penulis : Naraza Muda, Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat.

Rakyat menjadi keliru dengan perkembangan terbaru isu cadangan FGV untuk mengambilalih 37 peratus  kepentingan  PT Eagle High Plantations (EHP) bernilai AS$680 juta. Awal Disember lalu, FGV mengumunkan pembatalan  ambil alih PT Egle menurut laporan BERNAMA dan disiarkan di Majalah Felda Asprasi Glokal bertarikh 05 Disember 2015.

Pas melalui Unit Hal Ehwal Felda sebelum ini telah megeluarkan kenyataan menerima baik keputusan FGV menbatalkan transaksi ini. Namun Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad memberitahu sebaliknya dan keputusan ini akan dimuktamadkan pada Mac ini.( Laporan BERNAMA 28 Januari 2016 )

Saya melihat ada percangahan dipihak pengurusan FGV dengan Pengerusi Felda. Ini akan memberi kesan buruk kepada operasi dan dilihat ada campur tangan keterlaluan dalam membuat keputusan.
Amat malang urusniaga yang melibatkan pelaburan yang sangat besar akan menjadi polimik yang pastinya merugikan .

Pihak kerajaan sepatutnya memberi kuasa pemutus kepada pihak pengurusan dan bukannya kepada Pengerusi Felda. Beliau sebelum ini telah banyak membuat kerosakan kepada Felda dengan pelaburan, pembelian aset dalam dan luar negara yang diragui ketelusan urusan jual beli ini.

Kami Unit Hal Ehwal Felda Pas Pusat mendesak supaya urusniaga pengambilalihan pegangan 37 peratus Eagle High daripada PT Rajawali Corpora yang perpengkalan di Indonesia yang dipegang oleh Tan Sri Peter Sondakh ini di batalkan segera.

Sekian-
31 Januari 2016

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Fahami ubahsuai bajet dan TPPA

Posted: 31 Jan 2016 05:14 PM PST






Perlu difahami apa tujuan bajet diubahsuaikan. Adakah kerana minyak jatuh kerajaan lagi kurang wang? jangan buat andaian tapi lihat di SINI

TPPA telah diluluskan di Parlimen minggu lepas. Usah risau ... dah banyak perjanjian yang dibuat. Baca SINI

Akhirnya tiada beza FTA, RTA dan TPPA. Ia akan menjadi seragam dan satu dunia tiada lagi amalkan protectionism dan trade barrier removed. Jika kita rajin dan pandai, kita berjaya. Sebaliknya jika kita nak duduk bawah tempurung, jadilah kita katak yang mengharapkan hujan!!!.   

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Mohd Amar, Takiyuddin enggan layan Husam

Posted: 31 Jan 2016 08:48 PM PST

Kedua-dua pemimpin kanan PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah enggan melayan desakan bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa supaya meletakkan jawatan kerana gagal membawa membentangkan usul pindaan Akta 355 di parlimen.
Mohd Amar yang kini menjadi Naib Presiden PAS berkata, langkah membawa usul tersebut di parlimen bukanlah isu sebaliknya tanggungjawab.
"Kita akan bawa usul ke parlimen, gagal (atau) tidak gagal selepas itu, bukan tanggungjawab.
"Saya juga boleh tanya dia (Husam) balik, dia juga pernah gagal membabitkan beberapa perkara, kenapa tidak letak jawatan?" beliau dilaporkan berkata oleh Sinar Harian.
Selain itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menjawab tuduhan Husam (gambar) yang mendakwa matlamat parti berkenaan untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai mainan politik.
Kata Mohd Amar, beliau menyifatkan hujah Adun Salor berkenaan adalah tidak berasas.
Katanya, Husam sepatutnya sedar bahawa matlamat PAS untuk melaksanakan hukum hudud bukan mainan politik sebaliknya menjadi perjuangan parti itu sejak dulu lagi.
Sementara itu, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata beliau tidak bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada Husam mengenai enakmen berkenaan.
Sebaliknya Takiyuddin menegaskan beliau hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
Jelas Takiyuddin lagi, Husam tidak tahu banyak perkara dalam pentadbiran kerajaan Kelantan dan banyak perkara tidak perlu diberitahu kepadanya.
"Pihak kami tiada tanggungjawab memberikan penjelasan kepada Husam. Bagi saya, tanggungjawab saya melakukan kerja diamanahkan. Saya tidak bertanggungjawab kepada dia," beliau dilaporkan sebagai berkata.

PAS imbas semula tuduhan khalwat Mat Sabu

Posted: 31 Jan 2016 08:44 PM PST

Genap 21 tahun, PAS hari ini mengimbas semula tuduhan khalwat seorang bekas pemimpin kanannya dengan menegaskan parti itu tidak campur tangan dan menyerahkan kes itu kepada mahkamah untuk diadili.
Menerusi kenyataan disiar dalam portal Harakahdaily, Pusat Penyelidikan PAS pusat mengimbas kes membabitkan bekas timbalan Presidennya, Mohamad Sabu pada 1995 yang kini merupakan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH).
Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu merupakan Naib Presiden PAS ketika beliau dituduh melakukan khalwat dengan isteri pemandunya di sebuah hotel di Kota Bharu pada 31 Januari 1995.
 "Pada hari ini (1 Februari) dalam tahun 1995, PAS telah menegaskan bahawa mereka tidak akan campur tangan, bahkan akan menyerahkan kepada kepada mahkamah untuk menentukan kedudukan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas pusat yang juga Ahli Parlimen Nilam Puri, Mohamad Sabu," kata Head, House Of Resources Pusat Penyelidikan PAS pusat, Mohd Fadli Ghani.
Katanya, di sebalik serangan bertubi-tubi media massa dan pemimpin BN, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan isu itu sebagi konspirasi politik, sedangkan Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor menegaskan tindakan disiplin akan diambil ke atas Mat Sabu.
"Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIK) bagaimanapun telah menafikan wujudkan konspirasi dalam isu ini, sedangkan para pemimpin Umno mempersoalkan tindakan PAS mempertahankan pemimpin mereka yang terlibat dalam isu moral seperti ini," ujarnya.
Mohd Fadli berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) menafikan wujudkan konspirasi dalam isu ini sedangkan pemimpin Umno mempersoalkan tindakan PAS mempertahankan pemimpin mereka yang terlibat dalam isu moral.
Read More / Baca Lagi >>

2020 tahun 'angan-angan' baiki ranking persepsi rasuah

Posted: 31 Jan 2016 08:43 PM PST


Sasaran pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berada dalam senarai 30 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International hanya dilihat pembangkang sebagai angan-angan.
Ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang (gambar) berkata impian Najib itu mustahil dicapai, berdasarkan rekod indeks itu selama 21 siri melibatkan 177 negara.
"Tiada sebab atau alasan untuk percaya bahawa sasaran Malaysia disenaraikan di 30 tangga teratas pada 2020 sebagai realistik atau boleh dicapai," kata Lim dalam kenyataan.
Ketika dimulakan pada 1995, Malaysia berada di tempat 23 daripada 41 negara dengan mata 5.28 daripada 10. Cina dan Indonesia ketika itu berada di kedudukan corot dengan CPI masing-masing 2.16 dan 1.94 mata.
Ranking untuk 20 tahun kemudian, 2015, yang diumumkan minggu lalu, Malaysia jatuh empat anak tangga berbanding tahun lalu.
Mata keseluruhan Malaysia juga jatuh dari 52 pada 2014 kepada 50 pada tahun lalu.
Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Akhbar Satar berkata punca kejatuhan itu disebabkan isu 1MDB, sumbangan RM2.6 bilion dan serbuan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Switzerland bakal serah ‘bukti penting’ kes RM16.8 bilion kepada Malaysia

Posted: 31 Jan 2016 07:03 PM PST


Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata, pihaknya mendapati kira-kira AS$4 bilion mungkin disalahgunakan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan Malaysia. – Gambar fail Reuters, 1 Februari, 2016.  
Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata, pihaknya mendapati kira-kira AS$4 bilion mungkin disalahgunakan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan Malaysia. 
Pejabat Peguam Negara Switzerland akan menyerahkan "bukti penting" transaksi kewangan haram melibatkan syarikat Malaysia kepada rakan sejawatnya di negara ini tidak lama lagi, menurutnya dalam satu kiriman emel.
Pejabat itu menyatakan dalam emel, pihaknya berharap Malaysia akan menyediakan bantuan selanjutnya yang diperlukan dalam kes itu.
"Pejabat ini berharap rakan kami di Malaysia akan mengkaji bukti yang kami kumpul dan memberikan bantuan selanjutnya, sepertimana dipersetujui kedua-dua peguam negara September lepas," kata e-mel itu.

Katanya, peguam negara dari Malaysia dan Switzerland bersetuju bekerjasama mengenai perkara tersebut dalam pertemuan mereka tahun lepas itu. Ketua penerangannya Andre Marty berkata, pejabat peguam negara Switzerland sudah mengumpul bukti penting berkaitan urus niaga haram dan salah laku yang akan dihantar kepada pihak berkuasa Malaysia dalam masa beberapa hari lagi.
The Malaysian Insider menulis kepada pejabat berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai siasatan itu berikutan kenyataan Peguam Negara Switzerland Michael Lauber pada 30 Januari yang pihaknya mendapati kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) mungkin disalahgunakan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan Malaysia.
Marty bagaimanapun berkata, pejabat itu tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut selain daripada apa yang terkandung dalam kenyataan akhbar Lauber pada 30 Januari lalu.
Lauber berkata, sebahagian daripada wang AS$4 bilion itu didapati dipindahkan ke akaun bank Switzerland milik bekas pegawai kerajaan dari Malaysia serta bekas pegawai kerajaan dan pegawai yang masih berkhidmat dalam kerajaan dari Emiriyah Arab Bersatu.
Read More / Baca Lagi >>

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat skandal Najib

Posted: 31 Jan 2016 06:55 PM PST

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat skandal berkembar mega Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditubuh bagi mendedahkan kebenaran kepada umum.
Katanya, ia penting kerana rakyat tidak lagi percaya dengan siasatan agensi kerajaan termasuk Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) untak mendedahkan kebenaran skandal derma RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International itu.
"Keputusan Peguam Negara membebaskan Najib dari sebarang salah laku berhubung kedua-dua skandal itu menunjukkan skandal berkenaan tidak akan didedah jika disiasat agensi kerajaan.
"Ia diperkukuh dengan tindakan Najib memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Tan Sri Gani Patail sebelum ini, malah pemindahan pegawai di Jabatan Peguam Negara yang mendesak siasatan penuh terhadap skandal itu.
"Sudah tiba masanya kita meminta penglibatan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan siasatan awam supaya kebenaran berhubung skandal Najib didedahkan," katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian pada ceramah 'Solidariti Bersama Lim Kit Siang & Mana RM2.6 bilion?' anjuran DAP Melaka di Bukit Rambai di sini, Ahad lalu.
Beliau antara lain menyentuh keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamedi Apandi Ali yang melepaskan Najib dari sebarang siasatan dan salah laku berhubung skandal itu, malah mengarahkan kertas siasatan ditutup.
Kata Kit Siang, sikap berdolak dalik Pengerusi PAC selama empat bulan berkaitan skandal itu menambah kecurigaan rakyat terhadap keupayaan agensi kerajaan mendedahkan kebenaran skandal Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Adenan yakin BN mampu menang besar pilihan raya Sarawak

Posted: 31 Jan 2016 06:50 PM PST

Pengumuman awal pilihan raya negeri dibuat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memperlihatkan berkeyakinan beliau untuk memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Februari, 2016. 
Pengumuman awal pilihan raya negeri dibuat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memperlihatkan berkeyakinan beliau untuk memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar.

Keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem membuat "pengumuman awal" mengenai cadangan tarikh pilihan raya negeri (PRN) ke-11,  menggemparkan seluruh penduduk Kuching.
Meskipun, sudah menjadi kelaziman bagi beliau untuk membuat keputusan yang berani, Adenan bagaimanapun berjaya mengejutkan hadirin pada satu majlis di Santubong, Sarawak pada Jumaat malam, apabila mengumumkan secara terang-terangan mengenai tarikh PRN ke-11 yang dicadangkan pada 30 April manakala penamaan calon pada 18 April.
Beliau dilihat menyimpang daripada norma kebiasaannya, iaitu lebih suka menyimpan rahsia mengenai tarikh keramat berkenaan dan pengumuman tersebut, diterima secara positif rakyat sama ada di dalam atau pun di luar bidang politik.

Penganalisis sains politik Prof Madya Dr Jeniri Amir berpendapat, pengumuman itu memberi 2 petunjuk iaitu, pemimpin negeri berusia 71 tahun itu bukan sahaja berkeyakinan memenangi PRN ke-11, namun yakin untuk memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar. Ke-2, katanya, Barisan Nasional (BN) negeri sudah bersiap siaga menghadapi pilihan raya berkenaan.
PRN ke-11 ini, bakal menjadi pilihan raya negeri pertama yang dipimpin Adenan sebagai ketua menteri.
"Apa yang boleh saya katakan ialah beliau (Adenan) mempunyai keyakinan.
Dengan memilih untuk mendedahkan beberapa bulan lebih awal tarikh yang dicadangkan itu, Adenan juga berhasrat untuk menghentikan semua spekulasi mengenai tarikh berkenaan," kata Dr Jeniri yang juga dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
Read More / Baca Lagi >>

Sai­fuddin Abdullah: Menyalahkan Ikhwan Muslimin?

Posted: 31 Jan 2016 06:35 PM PST

SEJURUS selepas Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali membuat sidang media mengumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak melakukan kesalahan jenayah dalam kes melibatkan RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, dan mengarahkan SPRM menghentikan penyiasatannya, Datuk Seri Najib menyatakan kelegaannya kerana isu tersebut telah selesai.
Datuk Sai­fuddin Abdullah Menurut Apandi, wang itu adalah derma peribadi keluarga diraja Arab Saudi dan Najib telah memulangkan AS$620 juta daripada AS$681 juta yang diderma.
Tetapi, tidak ramai yang percaya akan pengumuman itu. Sebaliknya, ia hanya memanjangkan lagi isu tersebut.
Bersih mengemukakan beberapa soalan. Apa terjadi dengan duit yang tidak dipulangkan? Mengapa pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Gani Patail? Mengapa tukarkan dua pegawai SPRM? Mengapa Najib tidak menyaman The Wall Street Journal (WSJ)?
Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menyatakan bahawa, semasa sidang medianya, Apandi telah dengan tidak sengaja mendedahkan dokumen-dokumen yang menunjukkan beberapa transaksi akaun peribadi Najib di AmBank. Dokumen-dokumen itu mengesahkan transaksi yang didedahkan Sarawak Report sebelum ini.
Panel Penilaian Operasi dan Panel Khas SPRM menyatakan SPRM patut terus berhubung dengan Apandi. Maknanya, mereka tidak bersetuju dengan arahan Apandi.  
Bagi kebanyakan rakyat, Najib mungkin terlepas dari sudut undang-undang, tetapi tidak terlepas dari sudut moral dan politik.
Pada masa yang sama, terdapat cerita bertentangan dari Arab Saudi. Menurut WSJ, kementerian kewangan dan luar negerinya tiada maklumat tentang derma ini. Manakala BBC melaporkan yang ia wang peribadi Raja Abdullah untuk membantu Najib memenangi PRU13 dan menangani pengaruh Ikhwan Muslimin, yang menurut penderma, adalah organisasi pengganas.
Tetapi, Ikhwan Muslimin bukan kumpulan pengganas. Ia gerakan Islam yang memperjuangkan "Islam sebagai cara hidup yang lengkap". Teras programnya ialah dakwah dan pendidikan. Adakalanya ia terlibat dalam politik.
Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan di banyak negara Arab. Pemimpin-pemimpinnya telah menghasilkan banyak buku dalam pelbagai bidang. Syed Qutb telah menghasilkan tafsir Quran yang masyhur – Di Bawah Lindungan al-Quran.
Hari ini, Ikhwan Muslimin adalah sebahagian daripada gerakan Islam sedunia. Lain negara, lain namanya dan lain kerangka kerjanya. Tetapi, umumnya, mereka mengongsi idealisme yang sama, contohnya, "Demokrat Muslim" dan "Islam rahmat untuk semua".
Tokoh antarabangsanya, yang merupakan sarjana dihormati di seluruh dunia, dan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Malaysia beberapa tahun dahulu, Dr Yusuf Qaradawi, mengetengahkan pendekatan "kesederhanaan".
Kini, antara idea dalam kalangan Demokrat Muslim ialah bahawa di negara demokratik yang bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, kita tidak lagi wajar menggunakan klasifikasi lama yang membahagikan rakyat kepada dua, iaitu "Muslim" dan "kafir dhimmi". Sebaliknya, semua rakyat wajar dilihat sebagai "saudara sewarga negara".
Read More / Baca Lagi >>

Nasib Mukhriz ditentukan hari ini

Posted: 31 Jan 2016 06:32 PM PST

ALOR SETAR - Segala-gala mungkin terjawab hari ini termasuk penentuan nasib Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar (MB) Kedah sama ada kekal atau digugurkan dan digantikan tokoh lain.
Setelah berlarutan selama 12 hari, penyelesaian kepada kemelut ini dirasakan semakin hampir apabila Jemaah Pemangku Sultan Kedah meminta semua wakil rakyat BN menghadap di Wisma Darul Aman, petang ini.
Mukhriz Mahathir Mungkin inilah cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik Kedah yang timbul apabila sebahagian pemimpin Umno menyatakan hilang keyakinan dan sokongan kepada kepimpinan Mukhriz sebagai Pengerusi Umno negeri dan MB Kedah pada 20 Januari lalu diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Walaupun sudah heboh dan menular ke merata tempat pelbagai maklumat yang sahih dan tidak sahih, tetapi Jemaah Pemangku Sultan Kedah perlu mengetahui maklumat terus daripada semua pihak yang terlibat bagi mendapat gambaran sebenar tanpa merujuk kepada maklumat pihak lain di samping mendengar pendirian setiap Adun berhubung isu itu.
Mengikut amalan biasa, majlis itu walaupun dihadiri semua wakil rakyat yang terlibat, pertemuan dengan ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan berlangsung secara bersendirian iaitu seorang demi seorang akan masuk menghadap dan menyatakan pendirian.
Tiada siapa pun yang tahu isi hati setiap Adun yang hadir sama ada menyokong atau menolak Mukhriz.    
Jika mengikut perkiraan atas kertas dan berdasarkan perkembangan sebelum ini akan menyaksikan 19 daripada 21 Adun BN - 17 dari Umno dan dua MCA menolak kepimpinan Mukhriz.
Sebelum ini, mereka dikatakan sudah menandatangani surat akuan menyatakan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.
Sehingga kini, hanya Adun Jitra, Datuk Aminuddin Omar yang juga Exco Belia dan Sukan menyatakan sokongan terbuka dan terus setia bersama Mukhriz.
Bagaimanapun, dalam keadaan tertutup, keadaan boleh berubah dan tidak mustahil ada kemungkinan Adun boleh berpaling tadah dan terus menyokong Mukhriz.
Seorang bekas wakil rakyat Umno ketika ditanya pendapatnya mengenai perkara itu tidak menolak kemungkinan macam-macam yang boleh berlaku dalam bilik perbincangan itu kelak.
"Kita tidak tahu hati manusia. Dalam politik macam-macam boleh jadi. Mulut cakap lain tapi hati beri isyarat lain.
"Sebagai wakil rakyat yang memegang amanah parti dan rakyat, mereka perlu buat keputusan yang sudah dipersetujui bersama. Jangan belot atau tikam dari belakang," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kedah :Apabila YB menjauhkan diri

Posted: 31 Jan 2016 06:32 PM PST

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
SEPANJANG kemelut Menteri Besar di negeri ini sejak 20 Januari lalu, gelagat para Exco serta kelibat Yang Berhormat atau YB yang 'melarikan diri' setiap kali cuba dirapati oleh media adalah antara perkara yang menarik untuk diperhatikan.
Penggunaan jawapan, "No comment!" seakan-akan sudah menjadi satu 'ayat wajib' yang meluncur dari mulut para YB sepanjang krisis walaupun hubungan wartawan dengan Exco terbabit sebelum ini boleh diibaratkan macam isi dengan kuku.

Kebanyakan mereka yang sebelum ini mesra media juga mula berubah sikap dan menjauhkan diri serta sedaya-upaya mengelak 'bertembung' dengan pemberita sehinggakan ada yang enggan menerima panggilan telefon. Antara insiden melucukan ketika Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid mengelak daripada menjawab soalan wartawan ketika bertemu secara berdepan.
"Ya nak tanya apa? Macam mana dengan perniagaan kita Tan Sri?" katanya kepada kumpulan wakil media yang menantinya di muka pintu Balai Penghadapan Istana Anak Bukit setelah selesai istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, kelmarin.
Beliau kemudiannya mula 'merapu' dan berjenaka dengan bertanyakan semula pelbagai soalan kepada seorang wartawan yang baru bertugas di Alor Setar, sambil mengucapkan "I Love You" berkali-kali selain bercakap dalam dialek Siam ketika berjalan keluar dari lobi balai penghadapan tersebut menyebabkan wakil-wakil media akhirnya mengalah.
Begitu juga dengan seorang lagi Exco yang sebelum ini tidak bermasalah untuk menjawab sebarang pertanyaan media iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat, Datuk Suraya Yaacob.
Buat kali kedua dalam tempoh seminggu ini, beliau tidak kekok untuk berlari di atas lantai licin di lobi balai penghadapan istana biarpun mengenakan kasut bertumit sambil beberapa kali menyatakan "tak nak komen" seraya tersenyum.
Read More / Baca Lagi >>

Najib mahu Adun BN Kedah terima MB baharu diumum hari ini

Posted: 31 Jan 2016 06:28 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan menteri besar Kedah baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, hari ini dan berharap semua pihak menerimanya memandangkan ia mendapat perkenan Istana. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Februari, 2016. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan menteri besar Kedah baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, hari ini dan berharap semua pihak menerimanya memandangkan ia mendapat perkenan Istana.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah ditemuinya semalam menerima menteri besar baharu yang bakal diumumkan hari ini bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dedah sumber dalaman Umno Kedah. Beliau bagaimanapun, menurut sumber itu, tidak mengumumkan nama bakal menteri besar baharu itu tetapi berharap semua Adun yang hadir menerima keputusan yang akan dibuat hari ini.
"Najib memanggil semua Adun bagi mengumumkan sudah pun mendapat perkenan Istana.

"Surat perkenan daripada Sultan Kedah sudah diterima dan Najib juga sudah memaklumkan kepada Jemaah (Diraja) mengenai nama pengganti Mukhriz," kata sumber tersebut. Najib semalam sekali lagi mengadakan pertemuan dengan 20 Adun Kedah di kediamannya Jalan Duta, Kuala Lumpur, bagi memaklumkan yang beliau sudah mendapat perkenan Sultan dan Jemaah Diraja Kedah untuk menggantikan Mukhriz.
Susulan sidang media yang diadakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Star pada 20 Januari lalu, Najib pertama kali bertemu ketua Umno bahagian, wakil rakyat serta exco Kedah di di Kuala Lumpur dua hari selepasnya.
Bashah pada sidang itu mengetuai sekumpulan 14 ketua bahagian Umno menyatakan tidak lagi menyokong Mukhriz dan menggesa Najib campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.
Sebelum ini, spekulasi mengatakan terdapat 3 nama diserahkan untuk pertimbangan pihak Istana tetapi perkara itu tidak didedahkan Najib sendiri.
Media juga membuat laporan berbeza-beza apabila ada yang mengatakan Bashah bakal dilantik menteri besar baharu menggantikan anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Read More / Baca Lagi >>

Apa salah Mukhriz, dia tak makan duit rakyat – luah peniaga Pekan Rabu

Posted: 31 Jan 2016 06:25 PM PST

dsc09398
Tinjauan The Rakyat Post di Pekan Rabu, Alor Setar yang dibangunkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih mahukan Mukhriz terus membangunkan negeri itu.
ALOR SETAR, 1 Februari:
Kemelut membabitkan jawatan Menteri Besar Kedah masih belum terjawab namun ada di kalangan rakyat yang ditemui masih mahu Datuk Seri Mukhriz Mahathir terus mentadbir negeri Jelapang Padi itu.
Tinjauan The Rakyat Post di Pekan Rabu yang dibangunkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih mahukan Mukhriz terus membangunkan negeri itu.
Seorang peniaga yang dikenali sebagai Hassan Yaacob, 54, berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu seorang yang gemar mendampingi rakyat.
"Kita mahukan Menteri Besar yang tahu masalah rakyat dan dia (Mukhriz) tiada kelemahan yang dapat dilihat.
"Rakyat sukakan dia dan letak siapapun jadi Menteri Besar, kita rakyat perlu terima," katanya.
Bagi peniaga, Abdul Rashid Jumaat, 55 ketika ditemui berkata, Mukhriz perlu diberikan peluang untuk membawa pembangunan dalam negeri Kedah.
Menurutnya, tempoh kurang daripada tiga tahun mentadbir negeri itu, sukar untuk melihat perubahan yang besar.
"Rakyat perlu bagi dia peluang untuk membawa pembangunan kerana setakat ini, dia hanya menyambung pembangunan yang ditinggalkan bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.
"Beri dia peluang untuk membawa perubahan kerana sekarang ini dia hanya meneruskan pembangunan yang dilakukan bekas Menteri Besar sebelum ini," katanya.
Peniaga wanita di Pekan Rabu, Habsah Shuib, 49, berkata, Mukhriz sering mengambil tahu perkembangan mengenai peniaga di pekan tersebut.
"Kenapa perlu tukar Menteri Besar? Apa salah dia dan dia tidak makan duit rakyat.
"Dia seorang Menteri Besar yang bagus dan tidak mengganggu kami berniaga di sini, malah terus membantu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Reputasi negara kian tenggelam dengan skandal derma Najib

Posted: 31 Jan 2016 06:18 PM PST

Reputasi Malaysia sedang tenggelam dengan skandal kewangan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan keputusan baru-baru ini yang membersihkan perdana menteri daripada salah laku kerana menerima jumlah derma amat besar daripada Arab Saudi, kata Sydney Morning Herald (SMH), hari ini.
Komentari tajam itu ditujukan kepada keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang enggan mendakwa Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada segala salah laku jenayah berhubung wang AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya pada awal 2013.


"Peguam negara mengeluarkan perintah 'jalan terus, tidak ada apa-apa untuk dilihat' kepada sesiapa yang bimbang mengenai sumbangan besar dalam akaun bank peribadi perdana menteri yang mendakwa dirinya mewakili demokrasi," kata editorial itu. Laporan itu menyatakan Apandi, dalam membersihkan Najib berkata perdana menteri tidak ada pengetahuan lanjut mengenai AUD$10 juta yang dimasukkan ke akaunnya daripada SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.
"Peranan SRC berunsur politik kerana ia menerima pinjaman AS$930 juta, diluluskan Kabinet Najib, daripada dana kerajaan yang menguruskan simpanan persaraan kakitangan awam.
"Peguam negara kata Najib percaya AUD$10 juta itu juga datang dari Saudi," lapor SMH.
Ia juga menyatakan Apandi dilantik tahun lalu selepas penyandangnya Tan Sri Abdul Gani Patail, disingkirkan secara tiba-tiba "dalam proses penyingkiran dan pemindahan individu secara tergesa-gesa" terhadap sesiapa yang mengkritik perdana menteri atau terbabit dalam penyiasatan dana 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Nazir Razak puji Rafidah jadi ‘suara hati kerajaan’

Posted: 31 Jan 2016 06:16 PM PST

Datuk Seri Nazir Razak memuat naik gambar ayahnya Tun Abdul Razak Hussein bersalaman dengan Tan Sri Rafidah Aziz suatu ketika dahulu dan memuji bekas ketua Wanita Umno itu yang lantang bersuara mengenai tadbir urus dan ketelusan. – Gambar Instagram, 1 Februari, 2016. 
Datuk Seri Nazir Razak memuat naik gambar ayahnya Tun Abdul Razak Hussein bersalaman dengan Tan Sri Rafidah Aziz suatu ketika dahulu dan memuji bekas ketua Wanita Umno itu yang lantang bersuara mengenai tadbir urus dan ketelusan.

Pada ketika Malaysia di mata dunia sedang menghadapi krisis keyakinan kerana skandal kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Datuk Seri Nazir Razak memuji tindakan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz yang secara terbuka bercakap mengenai tadbir urus dan ketelusan.
Adik kepada perdana menteri itu memuatnaik di Instagram sekeping gambar lama hitam putih menunjukkan arwah bapanya Tun Abdul Razak Hussein bersalaman dengan Rafidah yang ketika itu masih muda dan sedang tersenyum.
Tertulis di posting itu kata-kata: "Adakah beliau tahu beliau akan memimpin Wanita, menjadi menteri perdagangan paling lama berkhidmat dan yang terbaik di rantau ini dan kemudian selepas bersara, muncul sebagai suara hati kerajaan dan penyokong kuat kesederhanaan, ketelusan dan tadbir urus yang baik?"

Rafidah, bekas ketua Wanita Umno, dilantik Tun Razak sebagai senator pada usia 30 tahun dan pernah bekerja dengan bekas perdana menteri itu sebagai ahli Majlis Tertinggi parti.
Read More / Baca Lagi >>

Habislah Najib?

Posted: 31 Jan 2016 06:07 PM PST

Minggu ini, Malaysia membuktikan kepada dunia mengapa sini digelar "Bolehland".
Tiada apa yang "tidak boleh" di negara ini.
Pendeknya, peguam negara mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima derma sebanyak AS$681 juta. Daripada jumlah itu, beliau "hanya" menggunakan AS$61 juta dan baki AS$620 juta dipulangkan kepada keluarga diraja Arab Saudi pada Ogos 2013.
 Habislah Najib?Bagaimana AS$61 juta itu digunakan – bagi peguam negara – tidak penting. Yang penting ialah perdana menteri tidak terlibat dengan sebarang kesalahan jenayah. Tak kisahlah dunia percaya ke tidak. Tak penting juga kalau rakyat Malaysia merasa ada benda sangat tak kena. Yang diperlukan ialah keputusan peguam negara.
Bisinglah. Meroyanlah. Ulanglah. Kaitlah derma ini dengan duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tapi, apa yang boleh dibuat?
Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib menjadi ahli politik kedua yang terbukti hebat, sabar dan tenang mengharungi ombak serangan sebegini. Jangan lupa ini bukan pengalaman pertama Najib menghadapi serangan berjela-jela.
Ingatkah kes Altantuya yang satu dunia rasa adalah titik penamat kepada kareer politik Najib yang ketika itu menjawat jawatan timbalan perdana menteri? Namun tidak, Najib maju setapak dan menjawat jawatan perdana menteri sehingga hari ini.
Hari ini, ramai juga merasakan kareer politik Najib suda habis. Ramai juga yang merasakan persepsi buruk ke atasnya tidak dapat dipulihkan. Betulkah prediksi sebegitu?
Lihatlah 3 contoh individu hari ini – bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketika Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat pengumuman untuk membersihkan Najib, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan keputusan terhadap siasatan derma ini akan berbeza jika Gani tidak ditukar.
Sejak pemecatannya, persepsi terhadap Gani berubah sama sekali kerana pembangkang mengambil kesempatan terhadap insiden itu untuk memukul Najib.
Betulkah rekod Gani lebih baik daripada Apandi? Lihatlah rekod-rekod kes yang dikendalikan Gani dulu sehingga kini. Tepuk dada tanya selera.
Tapi oleh kerana ada pembangkang suka berimankan "musuh punya musuh is my best friend", maka Gani "dibersihkan" daripada segala persepsi buruknya yang lepas, termasuklah kes-kes yang melibatkan Anwar.
Gani kini diangkat seolah-olah Malaysia amat bertuah kerana pernah memiliki peguam negara sebegini. Tapi betulkah perkara ini?
Read More / Baca Lagi >>

SHOCKING MALAYSIA: HOW LONG CAN UMNO PROP UP NAJIB - 'INNOCENT' HERE BUT 'CRIMINAL' ELSE WHERE IN THE WORLD

Posted: 31 Jan 2016 06:06 PM PST


The world outside of Malaysia appears to be coming apart for Prime Minister Najib Razak, with announcements on Jan. 26 by Swiss authorities that as much as US$4 billion has been stolen from the state-backed 1MDB investment fund, and a report in France that two officials of a state-owned defense contractor were indicted in December for bribing Najib in the 1996 US$1 billion purchase of French submarines.
The events followed a disastrous press conference on Jan. 26 by Attorney General Mohamed Apandi Ali supposedly clearing Najib of wrongdoing over RMB2.82 billion (US$681 million) that had ended up in his personal bank account in 2013. Enterprising news photographers using telephoto lenses caught pictures of the papers he was waving during the press conference. The papers actually described a money trail of millions of ringgit of public money that flowed into Najib's personal accounts.
Apandi Ali's assertion that the money came from the Saudi royal family has been met with widespread derision.  In all, the aftermath of the attorney general's press conference presents a picture of a government desperately scrambling to contain a widening scandal. The Saudi government is said to be investigating the assertion that the royal family had made the donation, which is felt to be highly unlikely, especially in the light of the Swiss investigation.
Najib Stonewalls

If the world outside is coming apart for Najib, however, he has done his level best to try to contain news of the scandal inside the country, blocking critical international news organizations including Asia Sentinel and Sarawak Report. This week the government also blocked the enormously popular blog platform Medium for reprinting Sarawak Report articles, although those articles represent a tiny fraction of the blog platform's output by thousands of bloggers, many of whom merely publish recipes or stories about their cats.
In addition to blocking Asia Sentinel and Sarawak Report, the government in July 2015 suspended the influential business publication The Edge and its sister paper for three months for printing details of the 1MDB mess. Police in May arrested journalists from the news portal Malaysian Insider and in November raided the offices of another, Malaysiakini. It has recently toughened laws against online media.  Nonetheless, both published the news of the Swiss action.
The mainstream media,  including radio, television and newspapers, all of which are owned by government-aligned political parties,  have been put on notice to be careful of what they air or print. The government has charged opposition politicians with sedition for seeking to investigate the various scandals and sought to curb public statements of critics by threatening them with jail – including the 90-year-old former Prime Minister Mahathir Mohamad, the man who engineered his ascent to the top job by driving his predecessor, Ahmad Abdullah Badawi, from office.
Najib and Apandi Ali have silenced Malaysian Anti-Crime Commission investigators and pigeonholed an investigation into the movement of money by Central Bank Governor Zeti Akhtar Aziz.
Read More / Baca Lagi >>

Pejabat AG Switzerland tak mahu terseret dengan 'politik' Zahid

Posted: 31 Jan 2016 06:03 PM PST

Pejabat Peguam Negara Switzerland "puas hati" bahawa Peguam Negara Malaysia akan membantu Switzerland dalam penyiasatannya terhadap firma milik kerajaan 1MDB.
 Ini dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, dengan menyatakan bahawa ia sedang menyiasat dakwaan penyelewengan AS$4 bilion dana yang didakwa melibatkan syarikat milik kerajaan Malaysia dan 1MDB.
"Pejabat Peguam Negara Switzerland mengambil perhatian dengan berpuas hati dengan reaksi rakan sejawatannya dari Malaysia dan komitmennya untuk menyokong sepenuhnya permintaan Switzerland bagi bantuan bersama," katanya dalam emel kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, pejabat itu enggan mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menyatakan rasa kurang senang terhadap pihak berkuasa Switzerland yang membuat kenyataan terbuka berhubung kerjasama dalam siasatan mengenai 1MDB.
Zahid dilaporkan berkata permohonan rasmi mengenai perkara itu sewajarnya dilakukan melalui saluran rasmi.
"Pejabat Peguam Negara Switzerland telah mengambil maklum mengenai kenyataan terkini yang dilaporkan oleh pelbagai media.
"Sebagai sebuah badan penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa kehakiman, Pejabat Peguam Negara Switzerland tidak mengulas kenyataan politik.

Wanita perlu jadi ‘pengimbang’ dan 'pendesak' yang mendamaikan - Dr Mariah

Posted: 31 Jan 2016 05:59 PM PST


Bangkit belajar daripada pengalaman lalu, Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) menyeru golongan Hawa supaya berperanan sebagai 'semak dan imbang' dalam parti berkenaan.
Dr Mariah berucap merasmikan program anjuran Awan Kawasan Batu semalam.Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, wanita pada keadaan yang bersesuaian dan memerlukan boleh menjadi pihak pengimbang bahkan pendesak yang bertanggungjawab dan mendamaikan.
"Dalam pengalaman kita berbelas-belas tahun lalu, kita tahu ada yang bersaing mahu kuasa tetapi kita berharap dapat mengekang gejala itu (dalam Amanah). Apa yang penting kita fokus untuk menjayakan matlamat parti kita.
"Amanah mahu melahirkan masyarakat kita yang lebih sejahtera dan seimbang dengan nilai-nilai murni yang juga dimiliki pada agama lain dengan Islam menjadi penaung rahmatan lil alamin," ujarnya dalam ucapan sempena majlis Makan Malam D'Awan Amanah Batu di Jalan Gombak, Kuala Lumpur malam tadi.
Beliau berkata, Amanah mahu melihat matlamat penubuhan parti itu antaranya mendirikan sebuah masyarakat dan negara madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua terlaksana bagi menjamin masa depan pewaris tanah air selepas ini hidup sejahtera.
"Selain kita ingin lihat negara ini diperbetulkan pentadbirannya, kita juga ingin melihat keadilan di negara ini serta anak cucu kita pada masa depan dapat hidup di
negara yang dicintai ini tanpa perlu berkelahi dan berbalah.
"Kita di Awan khususnya berusaha untuk mencipta satu masyarakat yang hidup majmuk ini supaya saling mengasihani dan berkasih sayang antara satu sama lain sesuai dengan misi yang Amanah bawa iaitu rahmatan lil alamin," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu.
Read More / Baca Lagi >>

CERAMAH PAKATAN HARAPAN - ALOR SETAR KEDAH

Posted: 31 Jan 2016 05:55 PM PST

Najib Makin Panas: Sah AG Swiss Beku Akaun 1MDB Serta-merta...

Posted: 31 Jan 2016 04:54 PM PST



Peguam Negara Switzerland [OAG] telah membekukan akaun bank berkait 1MDB dan hari ini minta bantuan pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan firma dimiliki kerajaan Malaysia yang berdepan skandal rasuah terbesar.
Pihak penyiasat Switzerland mempercayai kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia, dana yang diperuntukkan untuk tujuan ekonomi dan projek pembangunan di Malaysia.
Sebahagian wang tunai dipindahkan ke dalam akaun berpangkalan di Switzerland milik seorang pegawai dari Malaysia dan juga bekas pegawai daripada Emiriyah Arab Bersatu, kata peguam negara Switzerland dalam satu kenyataan hari ini.
"Sehingga hari ini, bagaimanapun syarikat Malaysia terbabit tidak membuat sebarang komen mengenai kehilangan yang mereka percayai menanggungnya," kata pendakwa raya itu.
"Langkah meminta bantuan bersama diambil bagi menasihati syarikat dan kerajaan Malaysia hasil daripada prosiding jenayah Switzerland, dengan tujuan menyiasat sama ada skala kehilangan tersebut sudah berlaku."
1MDB - Gambar Bloomberg Malaysia
Pada September, pihak berkuasa mengumumkan sudah membekukan aset dianggar bernilai "AS$10 juta" dalam sebuah akaun di Switzerland sebagai sebahagian daripada siasatan.
Read More / Baca Lagi >>

MENGAPA ORANG TIDAK CERDIK PUN BOLEH JADI MENTERI?

Posted: 31 Jan 2016 04:43 PM PST

Bukanlah perkara biasa bagi pihak istana membuat teguran mengenai menteri-menteri yang dianggap tidak cerdik dan lebih selalu menjadi bahan jenaka kepada rakyat.

Sejak dulu lagi, pihak istana memang tidak pernah campurtangan dalam pentadbiran kerajaan, apatah lagi membuat teguran terbuka mengenai kedudukan menteri-menterinya.

Tetapi di era kepimpinan Najib Razak ini, kedudukan menteri-menteri yang tidak cerdik dan sering menjadi bahan jenaka bukan saja diperbual dan dijadikan momokan oleh rakyat, malah turut menggamit hati nurani istana untuk turut sama menegurnya.

Sudah tentu, dengan turut sama membuat teguran itu bermakna ketidakcerdikan dan penonjolan menteri-menteri sebagai bahan jenaka sudah mencapai "tahap gaban" sifatnya.

Terbaru, Tuanku Mahkota Johor secara terbuka membuat teguran mengenai kedudukan menteri-menteri yang tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak itu.

Katanya, langkah terpenting untuk kerajaan menambah baik sistem dalam negara sekarang ialah dengan mengenepikan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka kepada orangramai.

Malaysia, tambahnya memerlukan menteri-menteri yang bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan bukan menampung poket sendiri.

Apabila saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan kerajaan Persekutuan, tetapi dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik, jelas Tunku Mahkota Johor itu lagi.
Read More / Baca Lagi >>

‘Husam bukan tanggungjawab saya’ - Takiyuddin

Posted: 31 Jan 2016 04:40 PM PST

"Saya tidak bertanggungjawab kepada (bekas Naib Presiden Pas) Datuk Husam Musa untuk jelaskan apa-apa yang diamanahkan kepada saya dalam apa-apa tugas termasuk hudud," demikian kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
Jelas Takiyuddin, Husam tidak tahu banyak perkara dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dan banyak perkara tidak perlu diberitahu kepadanya.
TAKIYUDDIN HASSAN "Pihak kami tiada tanggungjawab memberikan penjelasan kepada Husam. Bagi saya, tanggungjawab saya melakukan kerja diamanahkan. Saya tidak bertanggungjawab kepada dia," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Husam dalam satu forum sebelum ini menyarankan, dua individu penting dalam pelaksanaan hudud di Kelantan bertanggungjawab kerana hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen.
Menurutnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Takiyuddin perlu melepaskan tanggungjawab sekiranya gagal memberikan penjelasan.
Berkongsi cerita mengenai Husam, Takiyuddin mengakui mengenali Husam sejak belajar di universiti dan bekerjasama dalam Pas serta pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya dengan Datuk Husam ini, kami bersama-sama sejak dari universiti lagi. Kemudian bersama-sama dalam Pas, bersama-sama dalam kerajaan negeri, Exco dan sebagainya.
"Datuk Husam ada jawatan dalam parti dan saya pun ada jawatan dalam parti. Kami kerja bersama-sama termasuk hudud ini," katanya.
Namun katanya, Husam bertindak sebaliknya selepas tidak lagi mempunyai jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan parti dengan mula memainkan peranan mengkritik.
"Itu sahajalah yang dia buat. Dia kata semua orang tidak betul, parti tidak betul dan kepimpinan pun tidak betul," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya adakah benar dakwaan Husam bahawa pada 18 Mac 2015, seorang wakil pusat datang ke pejabat kerajaan negeri untuk memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen serta-merta dan mempersoalkan mengapa sehingga sekarang tiada berita, jelas Takiyuddin, Malaysia negara demokrasi dan Husam berhak berkata apa sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Kedah pertahan Mukhriz, gesa Umno henti main politik, kata pemerhati

Posted: 31 Jan 2016 04:35 PM PST

Sikap mesra rakyat menjadikan sebahagian besar rakyat Kedah senang dengan kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerajui kerajaan negeri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 Februari, 2016. 
Sikap mesra rakyat menjadikan sebahagian besar rakyat Kedah senang dengan kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerajui kerajaan negeri

Kemelut menteri besar Kedah yang tercetus hampir 2 minggu lalu dan masih berlarutan hingga kini, disifatkan rakyat negeri itu, termasuk pemimpin akar umbi parti, satu cerminan kepada imej Umno sebenar yang tidak akan dapat menerima budaya baharu merentasi fahaman politik. Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuktikan beliau mampu mentadbir negeri tanpa mengira ideologi politik yang berbeza tetapi cara ini tidak dapat diterima pemimpin dalam Umno Kedah, para pemerhati memberitahu The Malaysian Insider.
Dan berbeza dengan pemimpin terdahulu, tidak dapat disangkal lagi, anak negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad itu disenangi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira parti dan fahaman politik.

"Saya sendiri lihat bagaimana rakyat Kedah sangat sayangkan beliau (Mukhriz)," kata Mejar Anuar Abdul Hamid, ketua Umno cawangan Jalan Badlishah di utara tanah air itu.

"Semasa program di Sanglang tempoh hari, kita boleh lihat ramai di kalangan pelajar dan tok-tok guru sekolah pondok yang datang," katanya merujuk kepada program Selasa lalu yang diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz.  "Ini pemimpin muda yang sanggup tidur di pondok. Pernah pemimpin terdahulu buat macam ini? Kita tengok sendiri, orang PAS pun senang dengan Mukhriz ini," katanya.
Anuar mengikuti perkembangan dan banyak program Mukhriz sejak kemelut politik di Kedah bermula selepas 14 ketua Umno bahagian mengadakan sidang media pada 20 Januari menyatakan pendirian menolak Mukhriz, yang juga ketua badan perhubungan Umno negeri.
Kemelut politik menteri besar Kedah amat memeranjatkan, kata Anuar, memandangkan Mukhriz bukan seorang yang terpalit dengan skandal atau mempunyai rekod tidak baik sepanjang lebih 2 tahun memerintah negeri.
"Ia amat mengejutkan. Mukhriz seorang pemimpin yang bersih daripada sebarang kontroversi dan skandal," katanya.
Nasib Mukhriz mungkin akan diketahui hari ini susulan pertemuan antara Jemaah Diraja Kedah dan semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional di Alor Star yang dijangka berlangsung pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin kini dihalang berucap pada program sukan di sekolah

Posted: 31 Jan 2016 04:34 PM PST

Tan Sri Muhyiddin Yassin dihalang daripada berucap pada 1 program sukan melibatkan belia yang diadakan di sebuah sekolah di Subang Jaya hari ini, atas "arahan daripada pihak tertentu", kata timbalan presiden Umno itu di laman Facebook beliau malam ini.

Katanya, beliau pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ4 petang tadi atas undangan dari Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk melancarkan Liga Bolasepak Belia Komuniti Subang Jaya tetapi beliau tidak dibenarkan berucap di majlis itu. "Malangnya, saya diberitahu pihak sekolah menerima arahan daripada pihak tertentu untuk mengarahkan penganjur supaya tidak membenarkan saya berucap.

"Tidak mengapalah. Saya menjangkakan perkara ini akan berlaku," tulis Muhyiddin, yang tidak disenangi kepimpinan Umno kerana mengkritik presiden parti merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan skandal kewangan. Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran pada rombakan Kabinet Julai lalu tetapi masih menjadi timbalan presiden Umno.
Pada Perhimpunan Agung Umno Disember lepas, beliau juga dihalang daripada menyampaikan ucapan apabila kepimpinan parti memutuskan memecahkan tradisi timbalan presiden berucap merasmikan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.
Muhyiddin berkata hari ini, beliau masih berpeluang berjumpa dengan penduduk setempat di majlis tersebut walaupun tidak dibenarkan berucap.
"Walaupun tidak berucap, saya sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang.
"Tahniah dan selamat bersukan saya ucapkan kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan," katanya.
Posting beliau itu menerima banyak kata-kata semangat yang memberikan sokongan serta menghulurkan simpati dari kalangan rakan dan pengikut di Facebook.

Kebangangan Jibby yang tak leh dibendung lagi...

Posted: 31 Jan 2016 04:30 PM PST


Kalau nk bagi rakyat berbelanja potong la GST, mansuh tol..

Tak kan itu pun nak kena ajar...

Mengapa Dia Masih Lagi PM ??

Posted: 31 Jan 2016 04:29 PM PST

Kerana rakyat MUDAH LUPA,
Dekat PRU dapat dedak BN,

PRU esok dia turunkan balik,
Masa tu syukurrrr..

Pangkah BN lagi..
UMNO menang lagi...

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MENGAPA ORANG TIDAK CERDIK PUN BOLEH JADI MENTERI?

Posted: 31 Jan 2016 03:19 PM PST


Bukanlah perkara biasa bagi pihak istana membuat teguran mengenai menteri-menteri yang dianggap tidak cerdik dan lebih selalu menjadi bahan jenaka kepada rakyat.

Sejak dulu lagi, pihak istana memang tidak pernah campurtangan dalam pentadbiran kerajaan, apatah lagi membuat teguran terbuka mengenai kedudukan menteri-menterinya.

Tetapi di era kepimpinan Najib Razak ini, kedudukan menteri-menteri yang tidak cerdik dan sering menjadi bahan jenaka bukan saja diperbual dan dijadikan momokan oleh rakyat, malah turut menggamit hati nurani istana untuk turut sama menegurnya.

Sudah tentu, dengan turut sama membuat teguran itu bermakna ketidakcerdikan dan penonjolan menteri-menteri sebagai bahan jenaka sudah mencapai "tahap gaban" sifatnya.

Terbaru, Tuanku Mahkota Johor secara terbuka membuat teguran mengenai kedudukan menteri-menteri yang tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak itu.

Katanya, langkah terpenting untuk kerajaan menambah baik sistem dalam negara sekarang ialah dengan mengenepikan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka kepada orangramai.

Malaysia, tambahnya memerlukan menteri-menteri yang bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan bukan menampung poket sendiri.

Apabila saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan kerajaan Persekutuan, tetapi dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik, jelas Tunku Mahkota Johor itu lagi.

Tidak perlu disebut satu persatu menteri-menteri berkenaan kerana secara umumnya rakyat sudah pun mengetahui siapa mereka, tetapi yang menjadi persoalan ialah bagaimana mereka itu  boleh menjadi anggota pentadbiran dalam kerajaan.

Siapakah yang melantiknya dan kenapa setelah diketahui tidak cerdik dan sering menjadi bahan jenaka, terus juga dikekalkan sebagai menteri?

Jika menteri-menteri kelihatan tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak berikutan sering bertindak atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan pra matang, sudah tentu yang melantiknya juga berada di kedudukan yang tidak cerdik sama.

Orang yang tidak cerdik biasanya hanya akan melantik mereka yang tidak cerdik atau lebih teruk daripada itu sebagai orang bawahannya supaya dirinya kelihatan sedikit cerdik berbanding mereka.

Berbeza dengan orang cerdik yang pasti akan melantik orang cerdik juga kerana tidak mahu nilai kecerdikannya dalam memimpin dan memilih orang bawahan dipandang rendah.

Sebab itu, tidaklah merupakan kesalahan apa-apa kepada mereka yang tidak cerdik dan selalu menjadi bahan jenaka itu apabila menjadi  menteri, tetapi yang salahnya ialah siapa yang melantik mereka itu.

Yang  tidak cerdik dan selalu menjadi bahan ketawa rakyat itu mungkin sudah semulajadinya begitu dan tidak boleh "diubati" lagi, tetapi persoalannya ialah mengapa mereka tetap dilantik sebagai menteri.

Maka, penyelesaiannya ialah hanya dengan menyingkirkan orang yang berkuasa melantik menteri-menteri itu kerana disitulah punca segala-galanya mengapa sistem dalam negara ini kelihatan begitu teruk dan buruk. (SH 

Adun UMNO lepas tembakan cemar nama baik DUN Perak

Posted: 31 Jan 2016 03:07 PM PST


20160130 gerik
IPOH 1 FEB: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kenering, Datuk Mohd Tarmizi Idris yang dikatakan melepaskan tembakan di Kampung Sungai Papan dekat sini, patut diheret kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How berkata ia berikutan perbuatan itu dilakukannya atas kapasti seorang wakil rakyat sekaligus mencemar kemuliaan DUN berkenaan, lebih-lebih lagi kes itu mungkin dikategori sebagai kes jenayah.
"Ketua Siasatan Jenayah Perak, Goh Kong Liang menyatakan Adun itu disiasat mengikut Seksyen 39 Senjata Api 1960," kata Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) itu pada kenyataan media, semalam.
Sebelum ini, beberapa penduduk kampung membuat laporan di Bahagian Tatatertib di Bukit Aman dibantu Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) selepas dinafi hak membuat laporan di Gerik dan Lenggong.
Ia berikutan Adun dari UMNO BN itu dikatakan melepaskan tembakan ke udara di Kampung Sungai Papan ketika meninjau projek tangki yang dibina orang Asli dengan sokongan DAP menerusi Projek Impian Malaysia.
Dalam membela nasib orang Asli itu, Howard dan Adun Pantai Remis, Wong May Ing turut dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung kejadian berkenaan.
Howard berkata, perbuatan itu menimbulkan pelbagai persoalan termasuk pengakuan penduduk sama ada Tarmizi melepaskan sedas tembakan yang menakut-nakutkan penduduk tanpa sebab munasabah.
"Apakah sebabnya Tarmizi melepaskan tembakan dan adakah pemilikan senapang itu mematuhi lunas undang-undang serta sebahagian hak dan kebebasannya selaku Adun?" katanya.
Tertanya-tanya sama ada Adun itu terlibat dalam menyekat penduduk dari membuat laporan polis di Gerik dan Lenggong, beliau turut mempersoal jika Tarmizi sanggup meminta maaf secara umum kepada mereka, jika dakwaan itu benar.
"Semua persoalan itu wajib dijawab Tarmizi, bukan sahaja bagi membersihkan namanya tetapi juga demi mempertahankan maruah dan kemuliaan DUN Perak," katanya.

Umno HARUS SEDAR DENGAN JUMLAH UNDI PADA PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG

Posted: 31 Jan 2016 10:38 AM PST


ANGGARAN MELAYU YANG MENGUNDI PARTI2 DALAM PRU13.
PARTI
JUMLAH UNDIAN(actual)
% UNDI MELAYU
(anggaran)
JUMLAH
UMNO
3.24 JUTA
85%
2.75
PKR
2.25
70%
1.58
PAS
1.63
95%
1.55
DAP
1.74
10%
0.17
KOMPONEN BN
2.0
30%
0.60
Lain2
0.14
-


11.0

6.66
Sumber: SPR .

Jika dilihat kepada peratusan dan jumlah undi dalam juta..maka tidak boleh lah Pas mengatakan bahawa mereka adalah parti terkuat di kalangan orang Melayu. Betul pas mendapat jumlah undi yang besar dikalangan orang Melayu yang tiada pilihan lain , namun dengan kedudukan sekarang, Pas akan di ketepikan jika bersendirian kerana orang melayu hilang keyakinan kepada Pas selain Umno yang dilihat makin di pinggirkan.


Sokongan Melayu kepada UMNO merosot dari sebelumnya.
UMNO dengan parti2 komponen nya hanya memperolehi 3.35 juta atau 48% sahaja undi Melayu. Ertinya paling kuat, UMNO mendapat antara 48-50% undi Melayu.
Ini suatu kemerosotan yang sangat ketara kerana sebelum PRU13, orang Melayu yang menyokong UMNO, umumnya, sekitar 70%. Ertinya sampai ke PRU13, sokongan Melayu kepada UMNO jatuh 20 percentage points.

Jadi bagaimana Syed Ali boleh kata orang Melayu yakin bahawa UMNO menjaga kepentingan mereka? 50% dari Melayu sudah berani memutuskan pertalian dengan UMNO. Golongan yang berani memutuskan tali uri mereka atau umbilical cord dengan UMNO sama ramai dengan yang mahu bergantung terus dengan UMNO. 
Kita jangan hanya pakai bantai. Kita mesti boleh bercakap dan mengemukakan perangkaan.


Orang Melayu berani berdikari dan mendiri.
Dakwaan bahawa orang Melayu yakin bahawa UMNO menjaga kepentingan mereka ialah dakwaan yang overrated. UMNO hanya berjaya meyakinkan paling kuat, 50% orang Melayu sahaja. Jadi bagaimana pemimpin UMNO seperti Syed Ali alhabsyi kata orang Melayu yakin kepada UMNO untuk melindungi hak2 orang Melayu?

Kerajaan bagus dan perintah ikut undang2.
Jalan yang lebih selamat bagi orang Melayu ialah meletakkan harapan kepada sebuah kerajaan yang adil dan saksama dan yang beroperasi atas prinsip perintah ikut undang2/rule of law. Dan kerajaan yang disokong oleh institusi yang melindungi semua orang termasuk Melayu. Institusi parlimen yang demokratik, institusi kehakiman. Dasar kerajaan pula dilaksanakan oleh institusi penjawat awam yang cekap, jujur, berdisiplin dan amanah. (SAKMONGKOL)





MEDIA ASING MULA KAITKAN NAJIB DENGAN SKANDAL RASUAH SCORPENE

Posted: 31 Jan 2016 10:36 AM PST

KETUA PEMUDA PAS KELANTAN GAGAL FAHAM ISU-HUSAM MUSA

Posted: 31 Jan 2016 01:15 AM PST



KETUA PEMUDA PAS KELANTAN GAGAL FAHAM ISU
 
Komen balas saya pada kenyataan Saudara Fadli Shaari hari ni:
1. Pemuda Pas Kelantan gagal fahami isu.
2. Di bawah konsep accountability yang juga satu dari teras Membangun Bersama Islam, seseorang pemimpin perlu memikul kesan kegagalan tindakannya, apa lagi bila tindakan itu diambil secara bersendirian dan tidak dirujuk pada organisasi.
3. Sefaham saya, menerusi roadmap pelaksanaan undang-undang syariah oleh Jawatan Kuasa Teknikal Bersama Negeri dan Pusat, tidak ada cadangan bill persendirian 355 diputuskan.
4. Ini bermakna apabila ada individu yang mempengaruhi Presiden Pas untuk membawa usul persendirian itu dan langsung tidak dirujuk pada parti terlebih dahulu, mereka perlu bertanggung jawab atas kegagalan bill itu dibentangkan seperti dijanjikan sampai hari ini.
5. Bahkan, membawa usul secara pra matang telah melenyapkan atau merosakkan roadmap asal.
Ia lebih membawa kegagalan berbanding kejayaan.
6. Tindakan tergesa-gesa itu lebih bersifat riya' dan agenda peribadi.
7. Sudah hampir setahun berlalu sejak usul persendirian itu difailkan tetapi ternyata hingga kini, ia gagal dibentangkan.
Ini menunjukkan, tidaklah rugi jika tindakan itu ditangguhkan pada masa itu dan dibincangkan secara lebih masak dan diputuskan secara kolektif.
8. Ketua Pemuda Pas Kelantan seolah anak kecil yang belum lepas susuan dan berteriak takut-takut botol susuannya tidak bersambung.
Anda gagal menarik minat anak muda yang kritis dan juga gagal mempamirkan sikap pemuda Islam yang menilai sesuatu berdasarkan neraca kebenaran dan bukannya asobiyyah kelompok.
9. Saya hairan, jika Ketua Pemuda Pas berani, kenapa beliau tidak hadhir mewakili Kerajaan Negeri dalam forum itu.
Husam Musa
21 Rabiul Akhir 1437/31 Januari 2016
+++++++++++++++++++++++++
Pemuda Pas mahu Husam letak jawatan
WARTAWAN SINAR HARIAN
31 JANUARI 2016
KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan membuat serangan balas dengan menggesa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa meletak jawatan sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.
Kenyataan dibuat setelah Husam membuat gesaan supaya dua pemimpin, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertanggungjawab termasuk mempertimbangkan meletak jawatan dalam parti setelah gagal membawa usul pindaan Akta 355 di Parlimen.
Ketua Pemuda Pas Kelantan, Fadli Shaari berkata, Husam perlu meletak dua jawatan itu kerana tidak lagi membantu untuk mengukuh kerajaan dan parti.
"Hakikatnya desakan beliau agar Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin meletak jawatan hanya untuk menarik perhatian orang ramai sahaja," katanya.
Fadli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat berkata, Husam sendiri sudah menyedari beliau bukan lagi relevan dalam arus politik semasa.



Jangan senang-senang neutralkan pendatang tanpa izin di Sabah

Posted: 30 Jan 2016 11:15 PM PST


stephen wong

SANDAKAN, 31 JAN: Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt mendesak kerajaan mengeluarkan kad pengenalan khas Sabah sebelum melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin  atau Rehiring Proggramme).
Beliau berkata, ia berikutan program itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan kekhuatiran berhubung situasi yang bakal berlaku melibatkan golongan itu khususnnya di Sabah.
"Sebelum laksanakan rehiring programme, kerajaan kena bersihkan dulu mereka yang mendapat kerakyatan dengan cara yang tak betul dan melaksanakan pemberian Kad Pengenalan Khas Sabah yang dicadangkan banyak pihak sebelum ini.
"Kerajaan perlu cari kaedah tertentu untuk bendung gejala 'Projek IC' dengan lebih berkesan, bukan senang-senang neutralkan PATI dengan rehiring programme. Jadi, PATI yang sudah dapat IC melalui saluran salah macam mana pula?" katanya.
Ahli Parlimen Sandakan itu turut menggesa Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Teknikal untuk mengkaji cadangan Laporan RCI Pendatang Asing Sabah, Tan Sri Pairin Kitingan supaya membentang laporan siasatannya secepat mungkin.
"Sepatutnya laporan ini sudah lama keluar tapi sampai sekarang tidak ada. Mereka nampaknya tidak serius untuk selesaikan masalah ini," katanya.
Dalam pengumumannya baru-baru ini, Najib berkata kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Rehiring Programme untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberi permit kerja yang sah.
Mengikut statistik Kementerian Sumber Manusia pada 2014, seramai 6.7 juta pekerja asing ada di Malaysia tetapi hanya 2.1 juta memiliki permit kerja sah. Kerajaan juga pada Jun tahun lalu mengumumkan akan membawa masuk seramai 1.5 juta pekerja dari Bangladesh. – Roketkini.com

80 PERATUS KERUSI PRN SARAWAK DIPERSETUJUI, PH PEMBANGKANG TERKUAT

Posted: 30 Jan 2016 11:13 PM PST