Followers

Nuffnang

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Posted: 30 Jan 2016 07:26 PM PST

Mohd Amar, Takiyuddin perlu bertanggungjawab





KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musamenyarankan dua individu penting dalam perlaksanaan hukum hudud di Kelantan bertanggungjawab kerana hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen.
Husam berkata, dua individu terbabit, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
Menurutnya, kedua-dua mereka perlu bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan masing-masing sekiranya gagal memberi penjelasan.
"Saya mahu tiga individu itu dengan dikecualikan Presiden supaya bertanggungjawab dan harus memikul bebanan ini. Takiyuddin kalau tidak boleh jelaskan perkara ini boleh berhenti, letak jawatan kerana dia kena bertanggungjawab. Datuk Nik Amar kalau dia terbabit dia mesti letak jawatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Forum Akta 355 dan Hudud di Malaysia di Tunjong Banquet di sini, malam kelmarin.
Selain Husam turut menjadi panel forum itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara ( Amanah) Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, Ketua Exco Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Yusoff dan pakar undang-undang yang juga ahli DAP, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Mohd Amar merupakan Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah manakala Takiyuddin merupakan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri.
Terdahulu Husam yang juga Adun Salor mendakwa matlamat melaksanakan hukum hudud di Kelantan hanya mainan politik Pas dan Umno.
Menjelaskan dakwaan itu, Husam berkata, pada 18 Mac tahun lalu terdapat seorang wakil kerajaan Pusat datang ke pejabat kerajaan negeri untuk memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen dan meminta Presiden Pas ketika itu membawa usul itu dengan serta-merta.
"Yang datang 18 Mac adalah wakil sorang menteri bawa cadangan serta merta, perkara itu tidak dimaklumkan kepada Pas Pusat dan dua individu tersebut terbabit dengan perbincangan itu adalah mungkin Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin.
"Saya sempat berjumpa presiden di rumahnya dan beliau (Abdul Hadi) memberi keyakinan bahawa Kerajaan Pusat mengatakan usul tersebut boleh dibentangkan di Parlimen pada April (2015).
"Bagaimana agenda sebesar itu hanya dibincangkannya dengan tiga orang sahaja dan akhirnya hari ini kita tidak dengar apa-apa. Sudah jelas yang menentukan perkara ini bukan Pas Pusat sebaliknya tiga individu berkenaan," katanya.
Dalam sidang medianya, Husam berkata, dengan menggunakan modal hudud, Umno berjaya memecahkan Pakatan Rakyat sekali gus merencatkan usaha pembangkang untuk menawan Putrajaya.
Malah, beliau tidak menolak negeri dimiliki pembangkang seperti Kelantan boleh terlepas setelah pergolakan dalaman yang menyaksikan Pas terpaksa bersendirian.

‘SERANGAN PORTAL PRO UMNO KE ATAS PENGARAH SPRM BOLEH MAKAN DIRI’

Posted: 30 Jan 2016 07:18 PM PST

BN dicabar guna slogan ‘GST selamatkan Malaysia’

Posted: 30 Jan 2016 07:07 PM PST


Teo-Kok-Seong1
RASAH 30 JAN: Barisan Nasional (BN) dicabar menukar slogan 'Janji Ditepati' kepada 'GST Selamatkan Malaysia' pada Pilihanraya Negeri Sarawak berikutan mereka berbangga dengan pelaksanaan cukai itu kerana kononnya ia menyelamatkan negara.
Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, berkata  ia berikutan BN tidak tahu dan memahami kesusahan rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat pelaksanaan sistem cukai itu.
"Manifesto BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bertema 'Janji Ditepati' menekankan bahawa jika Barisan Nasional terus diberi mandat, kerajaan akan menangani masalah kos sara hidup rakyat.
"Pada masa sama, tiada satu pun perkataan GST ataupun pelaksanaan sistem cukai itu berani disebut. Ia menunjukkan BN pada masa itu khuatir GST menyebabkan kehilangan sokongan rakyat," katanya pada kenyataan media, semalam.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam tadi angkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 diadakan pada 30 April depan manakala tarikh penamaan calon pada 18 April tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum membuat ketetapan.
Ini kerana, kata Kok Seong, BN bimbang jika semua poster ataupun bahan kempen dicetak dengan tertera ungkapan mereka menyokong penuh pelaksanaan GST, rakyat akan menolak mereka pada mana-mana pilihan raya.
Pada majlis Hari Kastam Sedunia ke-34 dua hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipetik, berkata ekonomi negara  stabil ekoran pelaksanaan GST berikutan RM51 bilion hasil cukai itu dikutip tahun lalu berbanding RM37.2 bilion pada 2014.-Roketkini.com

Rakyat berhak persoal kepincangan pengurusan kewangan Tabung Haji

Posted: 30 Jan 2016 07:03 PM PST


Dr-Ariffin-Omar-480x300
KUALA LUMPUR 31 JAN: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Senator Dr Ariffin Omar hari ini menegaskan, rakyat khususnya pendeposit berhak mempersoal pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji, lebih-lebih lagi apabila wujud kepincangan ketara.
"Lembaga Tabung Haji adalah badan berkanun kerajaan. Salahkah kalau kita mahu ia diurus dengan baik?
"Orang DAP pun ada Melayu dan Islam, jadi di mana salahnya? Saya ahli DAP dan sebagai pencarum, adakah saya tidak berhak persoalkan ke mana dan bagaimana wang saya diurus?  Apa salahnya jika saya persoalkan?" katanya kepada Roketkini.
Baru-baru ini, Timbalan Bendahari Agong DAP, Nga Kor Ming mencadangkan supaya audit bebas dibuat untuk menjamin supaya wang simpanan lapan juta umat Islam di Tabung Haji, terjamin dan tidak terjejas.
Sebaliknya, Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dengan nada perkauman sempit memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencampuri urusan pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji sekalipun umum mengetahui institusi itu mengalami kerugian besar.
Kesal atas dakwaan yang mengaitkan DAP dengan sentimen perkauman semata-mata kerana membuat teguran,  Dr Ariffin yang menyifatkan tohmahan Syed Ali sebagai songsang, berkata, tindakan segera perlu diambil sebelum Tabung Haji menanggung kerugian lebih besar.
"Mengapa Syed Ali perlu mainkan isu perkauman? Saya pun, sebagai ahli DAP dan mencarum di Tabung Haji. DAP bukan parti kaum atau agama," katanya kepada RoketKini.
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pula menuntut pentadbiran Tabung Haji supaya memberi penjelasan sama ada institusi berkenaan mampu membayar dividen dan bonus kepada pendeposit.
Beliau berkata, ia berikutan kecenderungan pentadbiran Tabung Haji menggunakan rizabnya untuk membayar dividen sejak 2012 menjejaskan paras simpanan pendeposit.
Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendedahkan nilai rizab terkumpul Tabung Haji menunjukkan nilai negatif dengan kerugian terkumpul lebih besar dari RM351 juta berdasarkan penyata laporan bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit.
Ia bermakna, jika semua pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan RM54.358 bilion, semua aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan dan kekurangan dana RM351 juta.

Tony Pua: Switzerland dedah skandal baru 1MDB RM16.8 bilion

Posted: 30 Jan 2016 07:01 PM PST


tony-pua_1mdb_600_2
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali digesa membantu pihak berkuasa Switzerland menyiasat dakwaan terbaru salah laku melibatkan sejumlah USD4 bilion yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ia berikutan permintaan rasmi Ketua Pendakwa Switzerland kepada Malaysia dalam siasatannya terhadap kemungkinan wujud pelanggaran undang-undang oleh firma milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mengikut laporan The Wall Street Journal hari ini, hasil siasatan pihak berkuasa Switzerland mendapati USD4 bilion atau sekitar RM16.8 bilion daripada syarikat Malaysia disalah guna, dengan sebahagiannya dipindah ke beberapa bank Swiss dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu.
Mengikut perjanjian antarabangsa, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua pada kenyataan media hari ini,, berkata Peguam Negara perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa Switzerland dalam siasatan mereka.
"Saya menyeru Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memenuhi kewajipan Malaysia mengikut perjanjian antarabangsa memberi bantuan perundangan, bekerjasama dengan agensi penyiasat dengan membekal semua maklumat," katanya.
Kata Pua, kerjasama yang bakal diberi Malaysia bukan sahaja dapat menyingkap dalang sebenar skandal terbesar itu tetapi juga mengubah tanggapan Peguam Negara bersikap berat sebelah sebelum ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga mencadangkan semua agensi penyiasatan di Malaysia turut memberi kerjasama mereka menjejak dalang sebenar skandal terbesar itu.
Beliau antara lain merujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan meminta mereka menggandakan usaha untuk mendedahkan kebenaran skandal itu. -Roketkini.com

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:05 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Apa Akan Berlaku Kepada Negara, Soal Nazir Razak

Posted: 30 Jan 2016 02:26 PM PST

PETALING JAYA: Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak yang membandingkan satu plot dalam program TV di HBO, 'Games of Thrones' dengan iklim politik Malaysia berkata, beliau bimbang dengan apa yang berlaku kepada negara.
Menerusi akaun instagram beliau pada Sabtu, Nazir berkongsi sebuah poster program TV berkenaan yang menunjukkan seorang watak berdiri di atas dek kapal semasa ia berlayar melalui kawasan berkabus.
"Oleh itu, apa yang akan berlaku? Persamaan dengan GoT (Game of Thrones) berterusan.
"Saya bimbang dengan masa depan: Saya tidak dapat melihat bagaimana institusi boleh dipulihkan, bagaimana keadaan politik kurang 'dicemari', bagaimana reputasi antarabangsa kita boleh diperbaiki," kata Nazir yang merupakan adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Nazir berkata, terdapat keperluan untuk seseorang berhenti seketika, dan memperbetulkan kompas moral seseorang bagi menangani masalah struktur semasa secara holistik.
Tambah Nazir, beliau percaya Malaysia memerlukan Majlis Perundingan Negara.
'Games of Thrones' berdasarkan siri novel fantasi, 'A Song of Ice and Fire' karya penulis terkenal, George R.R. Martin.

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN?

Posted: 30 Jan 2016 02:23 PM PST

Ini bukanlah kali pertama Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang diselubungi pelbagai isu, meluahkan kebimbangannya mengenai apa yang sedang berlaku dalam negara.

Terbaru, menerusi Instragramnya, beliau berkongsi sebuah poster program TV "Games Of Thrones" yang menunjukkan seseorang berdiri di atas dek kapal semasa ia berlayar dalam keadaan berkabus.

"Saya bimbang dengan masa depan. Saya tidak dapat melihat bagaimana institusi boleh dipulihkan, bagaimana keadaan politik kurang "dicemari", bagaimana reputasi antarabangsa kita boleh dipulihkan," tulisnya.

Seterusnya, Nazir yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB berkata, terdapat keperluan untuk seseorang berhenti seketika, dan memperbetulkan kompas moral seseorang bagi menangani masalah struktur semasa secara holistik.

Siapakah "seseorang" yang dimaksudkan oleh Nazir itu?

Jenayah suapan kini sah di sisi undang undang?

Posted: 30 Jan 2016 02:12 PM PST

Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar


Dengan keputusan peguam negara untuk mengiktiraf wang derma berbilion ringgit kepada pegawai tinggi kerajaan sebagai tidak melakukan sebarang kesalahan maka memudahkan para pengamal undang-undang yang membela anggota polis, JPJ dan kakitangan kerajaan lain yang dituduh menerima rasuah.
Para peguam temasuk penulis tidak akan ragu berhujah dalam mahkamah yang anak guam masing-masing cuma menerima derma saja bukannya suapan.
Sekalipun derma adalah satu kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 namun disebabkan keputusan peguam negara yang terbaru maka ia boleh menjadi satu asas yang kukuh untuk memohon kepada mahkamah yang mulia supaya membebaskan anak guam masing-masing.

Dengan pengumuman peguam negara juga, para penerima rasuah boleh lah terus menerus menerima rasuah seperti biasa dan menyimpan wang tunai di setiap sudut rumah dan juga ditanam di dalam tanah tanpa ragu kerana mereka tahu yang mereka kini akan terlepas daripada hukuman selepas mereka didakwa di mahkamah nanti. Malah pernah ada kes yang satu bilik khas dalam rumah digunakan untuk menyimpan wang tunai.
Kini golongan ini tidaklah perlu risau lagi.
Pegawai pejabat tanah yang terlibat dengan kes bauksit pun tidak perlu risau lagi, tenangkan fikiran kerana mengetahui mereka akan dibebaskan bila tiba hari bicara di mahkamah nanti.
Semalam satu kes dibawa ke Mahkamah Rayuan di hadapan panel 3 hakim Mahkamah Rayuan di mana peguambela Manjit Singh Dhillon dalam kes berkenaan merayu agar perayu dibebaskan daripada hukuman rasuah kerana menerima derma politik ketika negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, perayu adalah pegawai khas menteri besar Selangor ketika itu.
Malah peguambela membacakan hansard Parlimen kepada Mahkamah Rayuan di mana seorang menteri berkata tiada sebarang undang-undang yang mengatakan menerima derma politik itu satu kesalahan.
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan.
Perlu disebut yang timbalan pendakwaraya bagi pihak SPRM cuba berhujah yang perayu yang menerima derma politik juga membuka akaun yang berbeza yang menunjukkan unsur tidak jujur untuk menerima derma politik.
Namun perayu tetap tidak perlu bimbang kerana kes terbesar berbilion ringgit yang diputuskan peguam negara juga penerima derma politik tidak memasukkan wang ke akaun partinya tetapi sebaliknya kepada beberapa akaun peribadinya sendiri juga dianggap tiada kes malah peguam negara mengarahkan kes berkenaan ditutup.
Malaysia ini menjadi negara paling bertuah untuk pegawai kerajaan menerima wang sekalipun dengan kadar yang banyak yang cuma perlu dianggap derma bukan lagi suapan.
Justeru, adalah dicadangkan peguam negara membawa pindaan kepada Akta SPRM 2009 untuk membatalkan derma dan menerima derma sebagai pemegang amanah sebagai satu kesalahan .
Read More / Baca Lagi >>

Serangan terhadap Bahri boleh makan diri, kata Rafizi

Posted: 30 Jan 2016 07:42 AM PST

Serangan terhadap Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin boleh memakan diri, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
Beliau berkata terdapat pelbagai serangan terhadap Bahri baru-baru ini oleh mesin propaganda Umno, seperti portal MyKMU, dalam usaha untuk menjatuhkan pegawai kanan SPRM itu.
 "Jelas sekali terdapat percubaan untuk menakut-nakutkan Bahri dan pemimpin SPRM lain. Ini adalah modus operandi biasa oleh alat-alat propaganda ini," katanya sambil menambah bahawa ia biasanya melibatkan mereka cerita untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai ancaman.
Katanya, ahli-ahli politik adalah tokoh masyarakat, maka mereka tertakluk kepada penelitian awam, tetapi berkata ia adalah membimbangkan bahawa serangan tertumpu kepada Bahri.
Ancaman terhadap pegawai kanan awam seperti Bahri jelas satu usaha untuk campur tangan dalam pentadbiran keadilan, kata Rafizi kepada Malaysiakini.
Ia juga adalah satu percubaan awal untuk menimbulkan kesangsian terhadap sebarang penemuan atau tindakan yang diambil oleh Bahri dan SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berhubung dengan isu 1MDB.
Rafizi dinasihatkan alat-alat propaganda ini bahawa sebanyak mana 'spin' pun, tidak boleh memulihkan kredibiliti Najib; orang ramai tidak boleh menerima justifikasi diberikan dalam menutup kes terhadap perdana menteri.
Lebih buruk lagi, katanya, jika mereka mahu menjatuhkan pegawai bermoral seperti Bahri bagi menyelamatkan kredibiliti Najib, ia adalah satu strategi yang tidak baik kerana ia akan memakan diri sendiri.
Pada hari Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan bahawa setelah meneliti kertas siasatan SPRM, beliau berpuas hati Najib tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Tiada jaminan peluang kerja meningkat dengan TPPA

Posted: 30 Jan 2016 06:18 AM PST


Siti Aishah Shaik IsmailSiti Aishah Shaik IsmailTiada jaminan peluang kerja rakyat tempatan akan meningkat dengan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) malah peluang rakyat tempatan untuk meraih pekerjaan melalui syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini bakal tergugat dengan kehadiran buruh mahir warga asing.
Ahli Dewan Negara, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, draf perjanjian TPPA tidak menyatakan bahawa semua syarikat luar negara yang bakal beroperasi di Malaysia
wajib untuk memastikan 30 hingga 50 peratus tenaga kerja tediri dari kalangan rakyat tempatan.
Menurut beliau, syarikat asing yang beroperasi di negara ini lebih cenderung membawa tenaga kerja mahir dari negara asal mereka bagi memastikan kualiti produk terjamin.
"Ini sekaligus membuatkan kadar pengangguran dan hilang jawatan (di kalangan warga tempatan) akan terus berlarutan," katanya.
Sehubungan itu beliau meragui jaminan kerajaan bahawa peluang pekerjaan akan meningkat setelah TPPA dilaksanakan dan kadar pengangguran negara akan berkurangan.
Beliau juga bimbang dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia bahawa pekerja asing akan mendapat hak yang sama sebagai mana pekerja tempatan termasuk menjadi pemimpin sesebuah kesatuan sekerja.
"Ini jelas menunjukkan gugurnya hak keistimewaan rakyat Malaysia dalam isu pengarahan," katanya.
Aishah yang juga Ketua Srikandi Keadilan mahu rakyat faham bahawa mereka bakal 'dijajah' oleh kuasa besar dunia.
"Kesan TPPA tidak akan berlaku serentak tetapi ia akan berlaku peringkat demi peringkat. Rakyat akan terus menjadi mangsa kepada kecelaruan pemerintah sedia
ada," ujarnya.

Melayu hidup bergantung kedudukan ‘istimewa’ memalukan

Posted: 30 Jan 2016 06:16 AM PST

Kerajaan melaksanakan penstrukturan semula kerana Melayu kurang bernasib baik, bukan kerana berhak mendapat keistimewaan.
Rafidah_buku
SHAH ALAM: Kebergantungan orang Melayu terhadap hak keistimewaan sekaligus meletakkan diri mereka berbeza dengan kaum lain disifatkan sebagai satu sikap yang amat memalukan.
Bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata demikian sekaligus menganggap ia satu keadaan yang amat malang buat masyarakat Melayu zaman ini kerana masih mengharapkan serta bermegah dengan status hak istimewa itu.
"Sikap sedemikian akan melembabkan perjalanan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) kerana asalnya, dasar tersebut dibuat untuk membantu golongan kita meningkatkan taraf ekonomi serta pendidikan.
‎"Kerajaan telah melaksanakan penstrukturan semula, kerana kaum Melayu kurang bernasib baik, bukan kerana kita Melayu dan kita berhak mendapat keistimewaan.
"Hari ini, kita masih bergantung dan mengharapkan kepada keistimewaan sebagai orang Melayu, perkara ini memalukan," katanya semasa berucap merasmikan majlis pelancaran buku Dr Bakri Musa bertajuk 'Memerdekakan Minda Melayu' di Karangkraf hari ini.
Dalam pada itu, bekas Ketua Wanita UMNO itu turut menegur sikap segelintir pemimpin negara ini yang lebih mementingkan jawatan.
Malah tegurannya bukan hanya merujuk kepada golongan pemerintah dalam kerajaan sebaliknya merangkumi semua bidang.
"Sebagai pemimpin, tetapi konsep Melayu kita adalah jawatan. Jawatan tidak mencerminkan kepimpinan," katanya.
Sementara itu, Rafidah enggan mengulas apa-apa mengenai perkembangan lain dalam negara termasuk isu semasa yang belaku di Kedah iaitu kemelut politik jawatan Menteri Besar.
"Saya tidak mahu komen apa-apa, soal Menteri Besar Kedah saya sudah ulas sebelum ini," katanya ringkas.

Mahfuz: SD anti-Mukhriz hanya setaraf 'kertas tandas'

Posted: 30 Jan 2016 06:05 AM PST

Selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebarang akuan bersumpah (SD) yang dipersembahkan bagi menyokong desakan supaya menukar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya setaraf 'kertas tandas'.
 "Sebarang dokumen Akuan Bersumpah ADUN Umno Kedah yang dipersembahkan ke bawah Duli Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk menunjukkan yang Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN Kedah, adalah suatu penghinaan ke bawah Tuanku Sultan (Abdul Halim Muadzam Shah).
"Kertas akuan bersumpah tersebut hanya setaraf 'kertas tandas' kerana diperolehi secara tidak demokratik seperti yang didakwa oleh ADUN Kota Seputih (Datuk Abu Hassan Sarif)," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.
Abu Hassan yang dipetik oleh Malaysian Insider minggu lalu sebagai berkata dia hampir jatuh ke dalam laut ketika melarikan diri kerana "diburu" bagi mendapatkan "sesuatu".
Walaupun Abu Hassan enggan mendedahkan sebab sebenar di sebalik kejadian itu, laporan yang sama memetik sumber-sumber yang berkata 19 ADUN telah menandatangani SD untuk menunjukkan mereka hilang sokongan kepada Mukhriz.
"Jika akuan bersumpah ADUN Umno diterima untuk menyingkir Mukhriz sebagai MB, ini bermakna kerajaan baru yang akan dibentuk nanti adalah kerajaan boneka yang tiada moral politik untuk mentadbir negeri Kedah.
Read More / Baca Lagi >>

Pas akui sukar menang, rakyat Sarawak suka Adenan

Posted: 30 Jan 2016 06:03 AM PST


Mustafa AliMustafa AliPas hari ini mengakui kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyukarkan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali berkata hasil tinjauan rambang mendapati masih sukar bagi pembangkang mengatasi Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pilihan raya negeri ke-11 itu.
"Jika ditanya senario politik ketika ini bagaimana serta kemungkinannya, sejujurnya selama saya berada di Sarawak, saya pun ada bertanya secara rambang bukan tinjauan khusus, dan berdasarkan tinjauan yang kita lakukan, nampaknya masih sukar bagi pembangkang menang pada PRN nanti," katanya.
Mustafa berkata sebagai anggota sebuah parti pembangkang, beliau sepatutnya tidak boleh menyebut sebegitu, namun beliau bersikap realistik tentang apa yang didengar daripada rakyat Sarawak.
"Mereka... (rakyat) Sarawak kata tentang ini...saya gunakan istilah yang mereka guna 'terdapat beberapa perkara baik tentang Ketua Menteri'...itu kata mereka (rakyat). Ini bermakna tidak mudah (bagi pembangkang), namun PAS optimis mencapai atau berjaya menang satu kerusi pada PRN nanti," katanya.
Ketika diminta mengulas sama ada beliau memuji kepimpinan Adenan, Mustafa berkata: "Saya tidak puji, tetapi saya kata apa yang saya dengar daripada rakyat Sarawak.
"Mereka (rakyat) kata, ada faktor-faktor yang baik tentang Adenan. Saya tanya pasal apa? Mereka kata ada program-program yang dahulunya tidak buat tetapi sekarang dibuat...itu kata mereka.
"Kalau begitu persepsi rakyat, ertinya tidak mudah bagi pembangkang mengalahkan BN untuk kuasai negeri," katanya.

Pas bertanding 11 kerusi Dun pada PRN Sarawak

Posted: 30 Jan 2016 06:03 AM PST

PasKUCHING  - Pas akan meletakkan calon di 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan bersedia menentang mana-mana calon termasuk daripada DAP, kata pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata sembilan daripada kerusi itu merupakan kawasan lama Dun Sarawak, manakala baki dua lagi kerusi merupakan kawasan baharu Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi Dun di negeri ini.
Katanya keputusan Pas untuk bertanding di 11 kerusi tersebut juga telah dibincangkan bersama PKR kerana Pas masih mempunyai hubungan dengan parti itu dan tiada perbincangan diadakan dengan DAP.
"Setakat perbincangan dengan PKR, kita tidak mahu ada pertandingan kerusi dengan mereka (PKR), tetapi yang lain boleh bertindih...tiada masalah sebab kita tidak ada hubungan dengan mereka.
"Kita akan bertanding di 11 Dun, Pas akan meletakkan calon daripada pelbagai latar belakang termasuk profesional, agamawan dan juga usahawan. Pada PRN Sarawak, Pas juga akan meletakkan seorang calon bukan Islam di kerusi Dun yang baharu diluluskan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Terdahulu, Mustafa bersama beberapa pimpinan Pas pusat dan negeri menghadiri mesyuarat Pilihan Raya Pusat berkenaan PRN Sarawak di sini.
Read More / Baca Lagi >>

BN dicabar guna slogan ‘GST selamatkan Malaysia’

Posted: 30 Jan 2016 03:55 AM PST

Barisan Nasional (BN) dicabar menukar slogan 'Janji Ditepati' kepada 'GST Selamatkan Malaysia' pada Pilihanraya Negeri Sarawak berikutan mereka berbangga dengan pelaksanaan cukai itu kerana kononnya ia menyelamatkan negara.
Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, berkata  ia berikutan BN tidak tahu dan memahami kesusahan rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat akibat pelaksanaan sistem cukai itu.
"Manifesto BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bertema 'Janji Ditepati' menekankan bahawa jika Barisan Nasional terus diberi mandat, kerajaan akan menangani masalah kos sara hidup rakyat.
"Pada masa sama, tiada satu pun perkataan GST ataupun pelaksanaan sistem cukai itu berani disebut. Ia menunjukkan BN pada masa itu khuatir GST menyebabkan kehilangan sokongan rakyat," katanya pada kenyataan media, semalam.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam tadi angkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 diadakan pada 30 April depan manakala tarikh penamaan calon pada 18 April tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum membuat ketetapan.
Ini kerana, kata Kok Seong, BN bimbang jika semua poster ataupun bahan kempen dicetak dengan tertera ungkapan mereka menyokong penuh pelaksanaan GST, rakyat akan menolak mereka pada mana-mana pilihan raya.
Pada majlis Hari Kastam Sedunia ke-34 dua hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipetik, berkata ekonomi negara  stabil ekoran pelaksanaan GST berikutan RM51 bilion hasil cukai itu dikutip tahun lalu berbanding RM37.2 bilion pada 2014.

Tony Pua: Switzerland dedah skandal baru 1MDB RM16.8 bilion

Posted: 30 Jan 2016 03:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali digesa membantu pihak berkuasa Switzerland menyiasat dakwaan terbaru salah laku melibatkan sejumlah USD4 bilion yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ia berikutan permintaan rasmi Ketua Pendakwa Switzerland kepada Malaysia dalam siasatannya terhadap kemungkinan wujud pelanggaran undang-undang oleh firma milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mengikut laporan The Wall Street Journal hari ini, hasil siasatan pihak berkuasa Switzerland mendapati USD4 bilion atau sekitar RM16.8 bilion daripada syarikat Malaysia disalah guna, dengan sebahagiannya dipindah ke beberapa bank Swiss dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu.
Mengikut perjanjian antarabangsa, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua pada kenyataan media hari ini,, berkata Peguam Negara perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa Switzerland dalam siasatan mereka.
"Saya menyeru Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memenuhi kewajipan Malaysia mengikut perjanjian antarabangsa memberi bantuan perundangan, bekerjasama dengan agensi penyiasat dengan membekal semua maklumat," katanya.
Kata Pua, kerjasama yang bakal diberi Malaysia bukan sahaja dapat menyingkap dalang sebenar skandal terbesar itu tetapi juga mengubah tanggapan Peguam Negara bersikap berat sebelah sebelum ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga mencadangkan semua agensi penyiasatan di Malaysia turut memberi kerjasama mereka menjejak dalang sebenar skandal terbesar itu.
Beliau antara lain merujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan meminta mereka menggandakan usaha untuk mendedahkan kebenaran skandal itu.

TABUNG HAJI ADALAH KERINGAT DAN AIR MATA PETANI MISKIN

Posted: 30 Jan 2016 03:51 AM PST

Sayup-sayup kedengaran lagi tentang kisah Tabung Haji (TH) yang tidak sedap telinga mendengarnya. Tidak lama dulu kisah TH 'membantu' untuk menyelamatkan IMDB dengan membeli sebidang tanah yang harganya jauh lebih mahal daripada harga sepatutnya. Dan kononnya harta akan dijual dan kononnya sudah 'ramai' pembeli yang 'teringin' untuk membeli harta berkenaan. Agaknya sudah terjual pun harta berkenaan dan pastinya TH telah pun membuat 'keuntungan' yang lumayan. Agaknya begitu lah…
            Kini terdengar pula kisah TH tidak mengumumkan lagi dividen yang sepatutnya diumumkan. Penabung yang tahu menahu tentang hal perniagaan tentunya tertanya-tanya tentang mengapa keadaan terjadi demikian. Dilaporkan bahawa TH membuat keuntungan yang berlipat ganda dan tidak akan terjejas langsung simpanan penabung di TH. Nampaknya sehingga kini masih lagi belum membuat pengumuman untung- ruginya. Apa dah jadi? Mungkin agaknya 'orang kuat' TH terlalu sibuk dengan keadaan kemelut politik di Kedah kini sehinggakan tidak ada masa untuk menguruskan hal ehawal TH. Agaknya lah…
            Seingat aku, arwah bapak dan emak aku dulu tidak tahu menahu tentang selok – belok dividen-dividen TH. Mereka hanya tahu menyimpan dan apabila sudah cukup wang mereka di TH untuk mereka menunaikan Haji, maka mereka berangkat ke Makkah. Dan begitu jugalah sikap ramai petani miskin di seluruh negara yang menyimpan di TH. Mereka seolah-olah menyerahkan bulat-bulat dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada pentadbiran dan penguruan TH untuk menguruskan simpanan mereka. Mereka percaya bulat-bulat sebagaimana yang dijelas dan dirangka oleh Ybhg Professor Diraja Ungku Aziz yang mengasaskan penubuhan Tabung Haji berpuluh tahun yang lalu.
            Kini TH telah diuruskan oleh golongan professional yang kononnya amat arif tentang selok perniagaan. TH kini diterajui oleh golongan 'bijak pandai' yang bukan sahaja 'bijak' berpolitik tetapi juga kononnya 'bijak' dalam hal 'jual-beli' (Tak kiralah jual beli apa pun). TH dipertanggung-jawabkan kepada Menteri yang amat 'tahu' tentang selok belok agama Islam yang kadang-kadang seolah-olah kelihatan seperti 'pakar' yang tidak ada siapa yang boleh menandingi 'ilmu' agamanya.
Read More / Baca Lagi >>

PETUALANG BANGSA

Posted: 30 Jan 2016 03:49 AM PST

Tanyalah siapa pun di Malaysia kini, walaupun kanak-kanak sekolah rendah, mereka akan mengenal-pasti nama petualang-petualang bangsa di Malaysia. Aku pun hairan bagaimana anak-anak seusia sedemikian boleh mengenali 'manusia' yang dianggap sebagi petualang bangsa di negara ini. Apakah mereka telah 'diasuh' oleh ibu bapa mereka untuk mengenali siapa petualang bangsa itu. Atau apakah mereka ditunjuk ajar oleh guru-guru mereka disekolah tentang bagaimana mengenali 'rupa' dan sikap pemimpin negara yang dianggap sebagai petualang bangsa. Ataupun mungkinkah anak-anak ini dapat menganalisis berita-berita yang disiarkan oleh media arus perdana lantas dapat mereka mengenal-pasti manusia yang dianggap sebagai petualang bangsa itu.
            Pendek kata rakyat Malaysia (hampir keseluruhannya) dapat mengenali dan manamakan siapa yang menjadi petualang bangsa dan negara kita kini. Mungkin juga ada yang belum begitu jelas dan pasti tentang takrif dan 'makna' petualang bangsa. Dan mungkin juga ada yang mahu membezakan antara 'pengkhianat' 'penderhaka'  bangsa dan negara dengan manusia yang dianggap sebagai 'petualang'. Bagi aku 'petualang' lebih tinggi 'darjatnya' berbanding dengan 'pengkhianat'. Aku merujuk juga dengan pakar-pakar bahasa tentang takrif 'petualang' sebelum artikel ini aku tulis. Rata-rata mengatakan hawa 'petualang dan pengkhianat' adalah dalam satu 'keluarga' yang sama dan perbezaannya ialah tentang 'darjat'nya.
            Dalam sejarah kerajaan Melayu Melaka, Hang Jebat sentiasa dianggap sebagai 'penderhaka' ekoran penentangannya terhadap Sultan Melaka yang berlaku tidak adil, tanpa usul periksa yang teliti yang menyebabkan kematian  saudaranya Hang Tuah. Lantas Hang Jebat mengamuk dan masyarakat Melayu pada ketika itu menganggap Hang Jebat sebagai penderhaka. Hang Jebat dikutuk sekeras-kerasnya oleh masyarakat Melayu kerana menderhaka kepada Sultan Melaka. Kutukan itu berterusan sehinggalah pada pertengahan tahun 1960an apabila muncul seorang tokoh pemikir yang membela dan memberikan gambaran sebenarnya tentang tindakan Hang Jebat yang dikatakan menderhaka itu.Walaupun dipanggil sebagai penderhaka, namun Hang Jebat tidak pernah digelar sebagai 'petualang bangsa'. Dan tidak pernah juga digelar sebagai 'pengkhianat'.
            Mungkin  pada anggapan masyarakat Melayu bahawa Hang Jebat hanya sebagai penderhaka kepada Sultan Melaka tetapi Hang Jebat tidak 'menderhaka' ataupun mengkhianati bangsa Melayu. Mungkin begitu anggapan orang Melayu terhadap Hang Jebat. Berbanding dengan segelintir 'tokoh-tokoh' di negara kini yang terang-terang bertindak sebagai pengkhianat dan petualang merosakkan bangsa Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Siasatan 1MDB, peguam negara akan kerjasama dengan Switzerland

Posted: 30 Jan 2016 03:43 AM PST

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Switzerland berhubung siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Januari, 2016.Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Switzerland berhubung siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Switzerland berhubung siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengesahan itu diberikan susulan kenyataan ketua pendakwa raya Switzerland yang secara rasmi meminta bantuan Malaysia dalam siasatannya mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang Switzerland oleh 1MDB, menyatakan mengesyaki ada salah laku berjumlah AS$4 bilion.
Apandi berkata, Malaysia akan menyemak penemuan Switzerland, bersama dapatan pihak berkuasa berkaitan lain dan siasatan dalaman, bagi memastikan tindakan wajar selanjutnya.

Pada awal minggu ini, Apandi berkata tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, daripada sebarang kesalahan jenayah atau rasuah berhubung wang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya. Siasatan terhadap 1MDB berasingan daripada siasatan deposit bank berkenaan, kata Apandi, hari ini.

Siasatan 1MDB masih berjalan, jangan campur dengan kes RM2.6 bilion, kata peguam negara

Posted: 30 Jan 2016 03:41 AM PST

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata kes derma kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbeza dengan kes 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Januari, 2016. 
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata kes derma kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbeza dengan kes 1MDB.

Siasatan ke atas syarikat bermasalah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) masih berterusan dan Jabatan Peguam Negara komited untuk berkerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Beliau berkata skandal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membabitkan syarikat 1MDB dan kes derma RM2.6 bilion merupakan 2 kes yang berlainan yang tidak harus dicampurkan.
"Beberapa siasatan (ke atas 1MDB) termasuk Jawatankuasa Perhubungan Awam, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Audit Negara kini masih berjalan.

"Bercanggah dengan laporan media, siasatan ke atas kes derma kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbeza dengan kes 1MDB," katanya. Apandi berkata demikian mengulas kenyataan peguam negara Switzerland yang mendakwa terdapat sejumlah wang AS$4 bilion mungkin disalah guna syarikat Malaysia.
Pendedahan itu susulan daripada siasatan ke atas 2 bekas pegawai 1MDB.

Wah.. Malaysia kian dikenali dunia !!!

Posted: 30 Jan 2016 12:53 AM PST

Siasatan #1MDB, Switzerland dedah AS$4 bilion disalah guna syarikat kerajaan Malaysia..

1) Perancis dakwa rasuah beli Scorpene RM3.7b kaitan Najib

2) Switzerland dedah salahguna US$4b kaitan 1MDB

TAHUKAH ANDA.. Pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat 1MDB mendapati kira2 AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat Malaysia disalahgunakan, dengan sebahagiannya dipindahkan ke beberapa bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia dan UAE, lapor The Wall Street Journal (WSJ)..

BILA LAGI NAJIB NAK SAMAN WSJ HARI LAIN..
..coz Hari Selasa Najib Razak dah guna untuk TUTUP KES derma RM2.6 bilion pada Selasa lepas..

Rakyat tahu baca politik kotor Najib – Anina

Posted: 30 Jan 2016 12:48 AM PST

Perkiraan itu dibuat berdasarkan momokan rakyat terhadap sesuatu isu melibatkan Perdana Menteri.
anina-najib
PETALING JAYA: Rakyat negara tahu membaca strategi politik Datuk Seri Najib Razak yang didakwa kotor dan menjijikkan.
Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin membuat perkiraan itu berdasarkan momokan yang dibuat rakyat setiap kali sesuatu isu berlaku melibatkan Perdana Menteri.
"Tidak sukar untuk rakyat membaca permainan Perdana Menteri dalam mencatur politik peribadi beliau. Semuanya digerakkan dalam strategi tersusun, namun ianya kotor dan menjijikkan," katanya kepada FMT, di sini, hari ini.
Katanya, strategi itu dapat dibaca apabila barisan kepemimpinan UMNO Kedah membuat pengumuman hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyebabkan rakyat kecoh mengenainya.
Perkara berkenaan mengiakan tekaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Mukhriz hanyalah mangsa percaturan politik oleh Perdana Menteri.
Jelasnya, tidak cukup dengan itu, kemarahan rakyat bertambah apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan keputusannya membersihkan segala dakwaan terhadap Perdana Menteri berhubung isu SRC International dan derma RM2.6 bilion, sekali gus mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes berkenaan.
Anina berkata, kemarahan rakyat kemudiannya menjadi tangisan terhadap Perdana Menteri apabila Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) diluluskan dengan persetujuan seramai 127 ahli Parlimen.
"Rakyat menangis melihat ahli Parlimen tersenyum riang di lobi Parlimen (sebaik sahaja TPPA diluluskan)," katanya.

1MDB: Tunai permintaan Switzerland, jangan jadi negara ‘pariah’ – Zaid Ibrahim

Posted: 29 Jan 2016 10:55 PM PST

Jika Malaysia mahu menjadi sebahagian komuniti dunia bertamaduan, menghormati undang-undang, mereka mestilah patuh dan memberi kesemua maklumat yang diminta pihak berkuasa Switzerland.
zaid
SHAH ALAM: Kerajaan Malaysia harus berkerjasama dengan pendakwa raya Switzerland yang melakukan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila mendapati kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat itu didakwa disalahguna, dengan sebahagiannya dipindahkan ke beberapa akaun bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu.
Gesaan itu dibuat oleh bekas Menteri Kabinet Datuk Zaid Ibrahim, kerana kegagalan Malaysia memberi kerjasama berhubung permintaan tersebut, akan menyebabkan negara dilabel sebagai negara 'pariah' kerana membiarkan aktiviti jenayah.
"Jika mereka (Malaysia) mahu jadi sebahagian komuniti dunia bertamadun, menghormati undang-undang, mereka mestilah patuh kepada kepada arahan yang diberi dengan memberi kesemua maklumat yang diminta pihak berkuasa Switzerland," katanya ketika ditemui pemberita di majlis pelancaran buku Dr Bakri Musa di Karangkraf hari ini.
Zahid yang juga bekas menteri undang-undang berkata, tugas tersebut bukannya tugas muktlak Peguam Negara semata-mata, sebaliknya ia juga menjadi tanggungjawab Kabinet untuk mengeluarkan arahan kerana mereka mempunyai kuasa.
Katanya, anggapan rakyat bahawa kuasa undang-undang ini terletak kepada Peguam Negara adalah tidak tepat kerana Kabinet berhak mengarahkan Peguam Negara untuk bertindak.
"Rakyat selalu fikir peguam negara ada banyak kuasa, beliau tidak, beliau mungkin nampak begitu, tetapi sebenarnya tidak berkuasa. Beliau (Peguam Negara) tidak ada kuasa menutup pasukan petugas khas, beliau tidak berkuasa menghentikan siasatan terhadap SPRM, beliau tidak ada semua itu," katanya.
Zaid juga berkata, rakyat negara ini sepatutnya malu sekiranya pemerintah negara ini tidak bertindak di atas permintaan pihak berkuasa Switzerland.
Terdahulu pihak berkuasa Switzerland mengeluarkan kenyataan bahawa kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat Malaysia disalahgunakan, dengan sebahagiannya dipindahkan ke beberapa bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia.
Ia berikutan penemuan empat kes salah laku jenayah antara 2009 dan 2013 menggunakan struktur kewangan yang kompleks.

1MDB sedia disiasat, tapi tertakluk kepada nasihat pihak berkuasa negara

Posted: 29 Jan 2016 10:52 PM PST

1MDB turut memaklumkan tidak dihubungi pihak berkuasa dari negara luar berhubung siasatan yang dikaitkan dengan syarikat itu.
1mdb
PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu bahawa pihaknya tidak dihubungi mana-mana pihak berkuasa dari negara luar berhubung siasatan yang dikaitkan dengan syarikat itu.
1MDB dalam kenyataan medianya di sini, hari ini, berkata syarikat itu bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dari negara luar.
"1MDB bersedia bekerjasama dan disiasat oleh sebarang agensi penguatkuasa, tertakluk kepada nasihat daripada pihak berkuasa negara ini dan mengikut protokol antarabangsa," katanya.
Semalam, Peguam Negara Switzerland menerusi kenyataan media, mendedahkan sebanyak AS$4 bilion mungkin disalahgunakan daripada dana 1MDB dan dipindahkan ke akaun bank di Switzerland.
Beberapa bekas pegawai kerajaan Malaysia, kedua-dua bekas pegawai dan pegawai semasa dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikatakan terlibat.
Peguam Negara Switzerland menyeru bantuan usahasama supaya pihaknya dapat mengambil tindakan terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan pegawai lain yang terlibat.
Siasatan oleh Peguam Negara Switzerland itu melibatkan rasuah, salah laku di pejabat kerajaan dan pengubahan wang haram.

Krisis MB: UMNO yakin pertahan kubu di Kedah

Posted: 29 Jan 2016 10:50 PM PST

Idris yakin Najib akan menyelesaikan krisis Menteri Besar Kedah dengan sebaiknya.
Idris-JusohALOR SETAR: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yakin krisis politik di Kedah yang telah menjangkau tempoh seminggu akan diselesaikan segera.
Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendedahkan hasil pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang berusaha menyelesaikan krisis itu.
"Saya lihat Perdana Menteri (Najib) sendiri sedang melaksana dan menyelesaikan dengan sebaik-baiknya.
"Saya percaya Perdana Menteri (Najib) akan buat keputusan terbaik," katanya di Jelajah Kementerian Pendidikan Tinggi, Soaring Upwards.
Dalam pada itu, UMNO juga yakin akan terus mengekalkan penguasaannya di Kedah.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas persoalan jika PAS berpeluang merampas kembali Kedah daripada Barisan Nasional (BN)/ UMNO.
"Peluang apa?," soalnya semula kepada pemberita.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan baru Kedah tiada moral politik

Posted: 29 Jan 2016 10:44 PM PST


Mahfuz mahu Mukhriz kekal sebagai Menteri BesarMahfuz mahu Mukhriz kekal sebagai Menteri Besar
Kerajaan baharu yang akan dibentuk di Kedah tiada moral politik untuk mentadbir, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Beliau menegaskan, akuan bersumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN daripada Umno yang dikumpulkan untuk dipersembahkan kepada Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menunjukkan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun Kedah adalah tidak sah.
Hal ini kerana ia dilakukan selepas berlaku 'kong kalikong' dalam usaha rampasan kuasa.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Mahfuz berkata dakwaan itu dikuatkan lagi dengan pendedahan Adun Kota Seputeh Datuk Abu Hassan Sarif bahawa beliau diburu dan dipaksa menyokong kumpulan yang menolak Mukhriz.
"Kejadian tersebut mengesahkan lagi kenyataan saya sebelum ini bahawa Akuan Bersumpah Adun-adun Kedah adalah tidak sah kerana ia diberi tanpa niat untuk hilang kepercayaan kepada Mukhriz sebagai menteri besar.
"Kertas akuan bersumpah tersebut hanya setaraf kertas tandas kerana diperoleh secara tidak demokratik seperti yang didakwa oleh Adun Kota Seputeh," kata beliau.
Rabu lalu Abu Hassan pada perhimpunan penyokong Mukhriz di Kampung Sanglang, Ayer Hitam menceritakan bahawa beliau lari dan hampir-hampir jatuh di laut kerana diburu dan dipaksa menyokong kumpulan yang menolak Mukhriz.
Mahfuz yang juga Yang Dipertua Pas Pokok Sena turut berkata, sebarang Akuan Bersumpah yang dibuat secara paksa adalah satu penghinaan kepada Sultan.
Read More / Baca Lagi >>

Sirul: Najib was not involved in Altantuya murder

Posted: 29 Jan 2016 10:27 PM PST

Isu AS$4b: Memalukan Malaysia

Posted: 29 Jan 2016 10:25 PM PST