Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


PANAS ... Sindiket curi kontrak di Imigresen? SPRM patut masuk!

Posted: 27 Jan 2016 06:00 PM PST


Sila baca kisah persekongkolan media dan kemungkinan orang dalaman Imigresen dengan pihak berkepentingan untuk curi kontrak yang sedia ada di SnapSHot2016 di SINI

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TONY PUA HINA PENSYARAH MELAYU

Posted: 27 Jan 2016 10:30 PM PST

pua
Tony Pua memperlekehkan pensyarah Melayu.

Naib Presiden Ilmuan, Dr Mohamad Khazani Abdullah berkata kenyataan Pua yang menyifat pensyarah-pensyarah Melayu dipilih bukan berasaskan kelayakan adalah suatu pemikiran songsang dan merbahaya.

"Amat malang sekali, apabila pimpinan utama DAP seperti Tony Pua membuka pekung pemikiran yang songsang dan merbahaya ini.

"Pemikiran sebeginilah yg disaksikan sejarah apabila Hitler dan Nazinya melakukan kekejaman pembersihan bangsa Yahudi di Eropah.

"Pemikiran ini juga menjadi asas kepada pelbagai kekejaman di seluruh dunia melibatkan pembersihan etnik, di Afrika, di Bosnia, di Myanmar dan pelbagai tempat lagi.

"Adakah Tony Pua akan memastikan tiada orang "Melayu" menjadi guru dan pensyarah jika DAP dan Pakatan Harapan memerintah nanti?,"katanya dalam satu kenyataan.

dr ilmuanDr Mohamad Khazani (foto) berkata kenyataan Pua itu mencerminkan pemikiran DAP adalah rasis.

"Seorang yang bercita cita memimpin masyarakat, lebih lebih lagi dalam masyarakat berbilang bangsa dan budaya seperti di Malaysia, amatlah tidak sesuai jika pola pemikiran beliau meletakkan benar dan salah, baik dan buruk, cerdik dan bodoh ke atas sandaran bangsa.

"Dalam kenyataan beliau semasa memberi komen tentang kedudukan pendidikan negara, dengan amat jelas, beliau memberikan persepsi bahawa kualiti pendidikan negara adalah lemah kerana pendidik (khasnya pensyarah, profesor) adalah sebahagian besarnya dari suatu bangsa tertentu.

"Kenyataan beliau amatlah boleh dicanggahi kerana pertamanya ianya hanya satu persepsi tanpa sebarang data dikemukakan. 

"Keduanya, beliau membuat kenyataan menyeluruh bahawa pensyarah, profesor lemah kerana nisbah bangsa. Walaupun dikaitkan dengan proses perlantikan pensyarah dan profesor yang tidak telus (inipun sangat boleh didebatkan), pemikiran bersifat rasis beliau itu tidak dapat ditutup lagi,"katanya lagi.

dap.jpg


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Najib a ‘disastrous’ PM for M’sia, says Financial Times

Posted: 27 Jan 2016 09:35 PM PST

Allegation of corruption linked to Najib Razak is damaging Malaysia's international reputation and deepening public distrust in him domestically.
Najib-FTPETALING JAYA: The Financial Times has said that Najib Razak has turned out to be a "disastrous" prime minister for Malaysia, having plunged the country into international disrepute while deepening the trust deficit among the people at home towards him and his administration.
The news portal noted that Najib being absolved by the Attorney-General (AG) of any wrongdoing for personally receiving RM2.6 billion from a Saudi donor, was only part of the dissatisfaction with him. More unsettling was the premier's "attitude" in dismissing the controversy as an "unnecessary distraction for the country."
"Far from being a distraction, the questions raised by the transfer and the dealings of 1MDB (1Malaysia Development Berhad) are pivotal to Malaysia's future," the Financial Times said, adding that at stake was whether Malaysia could maintain its equilibrium as a "prosperous, free-market democracy" that adhered to moderate Islam and an internationally recognised legal system.
sp_leissner
Tim Leissner
The news portal also noted that Tim Leissner, a senior Goldman Sachs banker who dealt with 1MDB, had taken "personal leave" and returned to the US.
Read More / Baca Lagi >>

Firma ditubuh sebulan sebelum pemindahan RM27j ke akaun PM

Posted: 27 Jan 2016 09:30 PM PST

Syarikat yang menyalurkan RM27 juta ke akaun AmBank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, ditubuhkan hanya sebulan sebelum membuat transaksi tersebut.
Carta aliran yang menerangkan jejak wang dari SRC International ke akaun itu, menunjukkan bahawa Permai Binaraya Sdn Bhd membuat pemindahan ke akaun AmPrivate 1MY (880) pada 8 Julai 2014.
 Carta itu ditunjukkan kepada media ketika sidang akhbar di mana Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku pada hari Selasa lalu.
Pemindahan wang tersebut dibuat kira-kira sebulan selepas Permai Binaraya ditubuhkan, dan ini berdasarkan semakan Malaysiakini dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Menurut rekod SSM, Permai Binaraya ditubuhkan pada 6 Jun 2014 dan mempunyai modal berbayar sebanyak RM400,000.
Pengarah Permai Binaraya termasuk Datuk Mohd Shukri Dahlan, yang bersara sebagai ketua polis Selangor pada tahun 2014, demikian menurut rekod SSM.
Juga menjadi pengarahnya ialah Rosman Abdullah, pengarah urusan firma pembangunan hartanah yang tersenarai, Putrajaya Perdana Bhd, yang merupakan syarikat induk Permai Binaraya.
Putrajaya Perdana sebelum ini diambil alih oleh Utama Banking Group (UBG) Bhd - sebuah firma di mana ahli perniagaan Jho Low mengambil alihnya pada 2010 didakwa dengan wang 1MBD, tetapi ini telah dinafikan oleh 1MDB.
Firma pembinaan itu memainkan peranan penting dalam kes Najib-SRC International kerana tiga daripada anak syarikatnya didakwa terlibat dalam penyaluran wang ke akaun AmBank itu.
Dua lagi ialah Putra Perdana Development Sdn Bhd dan Putra Perdana Construction Sdn Bhd.
Malaysiakini telah menghubungi Putrajaya Perdana dan sedang menunggu respons darinya.

'AG abai nasihat SPRM kenakan tuduhan terhadap Najib'

Posted: 27 Jan 2016 09:23 PM PST


 Sumber Reuters mendedahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak didakwa atas tuduhan penyelewengan jenayah.
Dalam satu laporan hari ini, agensi berita itu berkata sumbernya di SPRM memberitahu apabila ia menyerahkan keputusan siasatannya kepada Peguam Negara, akhir Disember tahun lalu, suruhanjaya itu mencadangkan supaya Najib dibawa ke mahkamah.
"Ia satu kes yang cukup mudah. Kami membuat cadangan supaya dakwaan difailkan tetapi sebaliknya Peguam Negara memilih untuk menolaknya," kata sumber itu yang enggan mendedahkan identitinya mahupun mengulas lanjut.
Pejabat Peguam Negara tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menutup semua siasatan ke atas Najib, selepas mengkaji laporan daripada SPRM terhadap kes-kes yang melibatkan jumlah wang yang besar wang dipindahkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.
SPRM dalam satu kenyataan berkata ia akan mendapatkan semakan mengenai keputusan itu dan enggan membuat sebarang komen lanjut mengenai keputusan Peguam Negara.

Najib Menerima 27 Juta dari Sebuah syarikat Terbongkar...

Posted: 27 Jan 2016 09:21 PM PST



Syarikat yang menyalurkan RM27 juta ke akaun AmBank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, ditubuhkan hanya sebulan sebelum membuat transaksi tersebut.
Carta aliran yang menerangkan jejak wang dari SRC International ke akaun itu, menunjukkan bahawa Permai Binaraya Sdn Bhd membuat pemindahan ke akaun AmPrivate 1MY (880) pada 8 Julai 2014.
Carta itu ditunjukkan kepada media ketika sidang akhbar di mana Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku pada hari Selasa lalu.
Pemindahan wang tersebut dibuat kira-kira sebulan selepas Permai Binaraya ditubuhkan, dan ini berdasarkan semakan Malaysiakini dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Menurut rekod SSM, Permai Binaraya ditubuhkan pada 6 Jun 2014 dan mempunyai modal berbayar sebanyak RM400,000.
Read More / Baca Lagi >>

Gabenor Zeti Aziz Pertahankan Siasatan Bank Negara...

Posted: 27 Jan 2016 09:19 PM PST



Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mempertahankan siasatan pihaknya terhadap 1MDB.
Zeti berkata bank pusat itu bertindak daripada "sudut pandang pentadbiran".
"Saya tidak mahu hakimi Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) daripada aspek keputusan yang dibuatnya," kata Zeti.
Dalam kenyataan 15 Oktober lalu, Pejabat Peguam Negara berkata sudah menutup siasatan BNM terhadap 1MDB kerana syarikat itu tidak boleh dipersalahkan atas sebarang dakwaan kesalahan oleh bank pusat.
Zeti berkata Apandi membuat kenyataan daripada sudut pandang jenayah, manakala BNM pula daripada sudut pentadbiran dalam memberi kebenaran kepada 1MDB melabur di luar negara.
Beliau ditanya sama ada BNM buat salah dalam siasatan terhadap 1MDB susulan kenyataan Apandi itu.
Peguam negara juga berkata 1MDB tidak boleh dipersalahkan atas dakwaan kesalahan jika BNM tidak meminta penjelasan yang diperlukan.

Zahid Kantoi Menipu 30 Juta Rakyat Malaysia...

Posted: 27 Jan 2016 05:07 PM PST



Zahid hamidi ketika baru dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan yakin dan angkuh mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah bertemu dengan penderma 2.6 billion. Dan penderma tersebut bukan seorang individu tapi seorang pemimpin kerajaan.

Dalam kenyataan tersebut juga Zahid menyatakan wang derma tersebut digunakan untuk perkara membabitkan pegangan agama. Zahid memberi gambaran jelas wang tersebut telah digunakan untuk tujuan tersebut.

Kenyataan Zahid ini bermaksud wang tersebut datangnya dari sebuah kerajaan yang mempunyai Kementerian Kewangan yang menyelia kewangan negara tersebut.

Apa yang jelas Najib kantoikan Zahid

1. Zahid tertipu hingga membuat kenyataan bahawa wang tersebut telah di guna untuk tujuan agama wahal wang tersebut telah Najib pulangkan.

2. Bagaimana seorang pemimpin negara memberi sumbangan dengan wang negara tanpa diketahui oleh kementerian Kewangan Negara tersebut.

Baca kenyataan penuh yakin Zahid Hamidi.

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan individu yang menderma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, individu yang dimaksudkan itu bukan merujuk kepada seseorang tetapi adalah pimpinan sebuah kerajaan.
Katanya, derma itu diberikan kerana mempercayai UMNO yang mampu membawa Islam dan menentang mazhab lain selain Sunnah Wal Jamaah.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Wakil Kerajaan Arab Saudi Menunjukkan Najib Menipu Lagi...

Posted: 27 Jan 2016 05:05 PM PST


Terkejut dengan laporan Najib menerima derma dari raja Arab Saudi, kerajaan Arab Saudi telah memulakan siasatan mengenai dakwaan Najib itu. Kerajaan Arab Saudi amat terkejut kerana mereka tidak tahu menahu tentang derma tersebut.

Kementerian Luar Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bahawa jika mengikut amalan, kerajaan Arab Saudi tidak pernah memberi sumbangan atau derma ke akaun peribadi mana-mana pemimpin luar. 

Kini isu derma 2.6 billion memasuki fasa baru dengan Kerajaan Arab Saudi telah di heret ke isu yang menjadi tumpuan seluruh dunia.

Jika derma tersebut datang dari sebuah kerajaan ke sebuah kerajaan lain, ia 100% tidak di anggap sebagai rasuah tetapi jika derma tersebut datang dari individu ke akaun peribadi seorang pemimpin, ia 100% di anggap sebagai rasuah.

Adalah sesuatu yang tidak boleh di terima akal jika seseoarang itu memberi sejumlah wang yang begitu banyak tanpa mahukan sebarang balasan. "Gua Tolong Lu...Lu Tolong Gua".

Laporan penuh Dow Jones Business News

Malaysia's top prosecutor, attempting to extinguish a monthslong scandal, said a nearly $700 million transfer to Prime Minister Najib Razak's private bank account was an entirely legal "personal donation" from Saudi Arabia's royal family.
Attorney General Mohamed Apandi Ali's announcement was greeted with skepticism.
A Saudi government official, while declining to comment specifically on the prosecutor's statement, said the Saudi ministries of foreign affairs and finance had no information about such a gift and that a royal donation to the personal bank account of a foreign leader would be unprecedented.
Representatives of the royal family couldn't be reached for comment. Critics of the Malaysian prime minister said it was implausible the money had come as a personal donation.
Mr. Apandi said Tuesday all but $61 million of $681 million transferred in March 2013 was returned to the Saudis five months later. He said the Saudis asked for nothing in return for the gift.
The U.S. Federal Bureau of Investigation and other government agencies from outside Malaysia continue to investigate the transfer. Some international investigators don't believe the nearly $700 million came from Saudi Arabia, according to a person familiar with the inquiries.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Arab Saudi Yang Terkejut Dgn Dakwaan Najib Akan Memulakan Siasatan...

Posted: 27 Jan 2016 05:04 PM PST


Arab Saudi akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan kepada keluarga Diraja Saudi sebanyak AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2013. 
Arab Saudi berkata akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan kepada keluarga Diraja Saudi sebanyak AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2013, lapor The Sydney Morning Herald.
Akhbar harian itu bagaimanapun melaporkan, jurucakap Kementerian Luar Saudi enggan memberi komen lanjut berhubung perkara itu.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada bukti mencukupi untuk mengaitkan Najib atas sebarang salah laku dalam menerima wang berkenaan, di mana perdana menteri berkata ia daripada Arab Saudi untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada 2013.
Riyadh berdiam diri dalam isu itu, yang kali pertama didedahkan The Wall Street Journal (WSJ) pada Julai tahun lalu.
"Bukti diperoleh daripada siasatan itu tidak menunjukkan derma diberi sebagai dorongan atau habuan kerana melakukan sesuatu berkait kapasitinya sebagai perdana menteri," kata Apandi pada sidang media, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Kementerian Kewangan Arab Saudi Tak Tahu Menahu Derma 2.6 Billion....

Posted: 27 Jan 2016 05:03 PM PST



Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.
Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam.
Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Pegawai-pegawai kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi pemimpin luar tidak mempunyai duluan.
"Wakil-wakil keluarga diraja tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mereka," menurut laporan WSJ.
Dana lawan Ikhwan?
Sementara itu, memetik sumber, BBC juga mendakwa wang itu daripada Abdullah, bagi membantu Najib memang dalam pilihan raya umum 2013.
Media British itu melaporkan sumber mereka – yang berkedudukan tinggi dan enggan dikenali – mendakwa wang itu dikeluarkan daripada kewangan peribadi Abdullah dan simpanan-simpanan negara itu.
Read More / Baca Lagi >>

LANTIK PENDAKWA BEBAS KHAS (“SPECIAL INDEPENDENT PROSECUTOR”) UNTUK BUKA KEMBALI KES DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK..

Posted: 27 Jan 2016 04:32 PM PST

Adakah Najib boleh tidur lena setelah beliau didapati tidak bersalah dlm kes derma RM2.6 bilion & SRC International ??

Sebenarnya Najib masih boleh didakwa lagi kerana ada 2 asas yang kukuh untuk mendakwa beliau atas kaitan dengan dana dari SRC International Sdn Bhd sebabnya beliau juga adalah Menteri Kewangan.

Keputusan Apandi akan jadi rujukan buruk kes-kes siasatan rasuah

Posted: 27 Jan 2016 04:30 PM PST

Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membebaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari siasatan skandal derma RM2.6 bilion itu dikhuatiri menjadi 'precedent' atau rujukan kes terutama siasatan rasuah.
Ia selaras dengan doktrin duluan kehakiman (stare decisis) digunakan dalam 'common law' yang menetapkan keputusan mahkamah terdahulu mesti diterima sebagai mengikat undang-undang kes.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata keputusan Apandi membebaskan Najib menunjukkan menerima wang dari luar atau dalam negara ke akaun peribadi bukan suatu kesalahan walaupun mencecah bilion ringgit.
"Jika Perdana Menteri boleh terlepas hanya atas alasan wang itu derma yang sudah dikembalikan, rakyat juga boleh menyatakan mana-mana transaksi ke akaun mereka sebagai wang derma tanpa memberi bukti kukuh.
"Misalnya, mana-mana individu atau institusi boleh mengatakan wang dimasukkan ke akaunnya diderma seorang jutawan Jerman tanpa perlu memberi penjelasan terperinci," katanya, sinis.
Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Pahang berkata demikian ketika diminta mengulas perihal keputusan Peguam Negara membebaskan Najib dari sebarang tuduhan rasuah membabitkan skandal RM2.6 bilion, semalam.
Beliau berkata, keputusan Apandi itu bermakna perlakuan menerima wang ke akaun peribadi tidak lagi boleh disabitkan sebagai kesalahan rasuah kerana ia mesti diterima pakai untuk semua rakyat tanpa mengira darjat, kaum dan agama.
"Selepas ini, semua boleh kata wang diterima mereka adalah derma. Tambahan pula, wang derma tiada sekatan dari Bank Negara dan cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Sesiapa pun tidak lagi boleh persoalkan sama ada wang itu ada unsur kecurigaan atau penderma mempunyai kepentingan seperti projek bersama. Bolehkah begitu?" katanya kepada Roketkini.
Tengku Zulpuri berkata semua pihak harus bersikap amanah selaras dengan ajaran Islam yang mementingkan keadilan untuk semua, justeru keputusan Apandi itu disifatkannya tidak wajar.

Bayar dividen Tabung Haji guna dana awam?

Posted: 27 Jan 2016 04:29 PM PST


ariff Sabri
KUALA LUMPUR, 27 JAN: Dana awam mungkin digunakan kerajaan Persekutuan untuk membayar dividen kepada pencarum Tabung Haji akibat kelemahan pengurusan kewangan institusi itu, kata Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri.
Katanya, ia boleh berlaku berikutan nilai aset kurang dari tanggungan dengan mengambil contoh situasi terkini apabila nilai aset Tabung Haji kurang dari liabiliti yang ditanggungnya hingga memerlukan kerajaan dengan memindahkan sejumlah dana.
"Saya diberitahu seorang bekas Menteri Kewangan, bila Tabung Haji tidak boleh bagi dividen di luar dari kos pengurusan mereka, kerajaan senyap-senyap pindah duit dan bayar dividen kononnya mahu tunjuk pelaburan institusi itu untung tapi sebenarnya tidak.
"Mereka menggunakan dana awam dan ia sebenarnya dana pembayar cukai. Kenapa kita pembayar cukai perlu tanggung kelemahan pengurusan Tabung Haji?" katanya ketika ditemui Roketkini di Parlimen hari ini.
Beliau turut menempelak sikap UMNO yang terus menakut-nakutkan orang Melayu dengan pelbagai 'ancaman khayalan' bertujuan menutup kelemahan pengurusan pentadbiran yang lemah.
"Ini UMNO sibuk sekarang bercakap mengenai ancaman yang imaginary seperti 'Cina ambil alih, DAP ambil alih itu ini, tapi hakikatnya isu Tabung Haji melibatkan kepentingan orang Melayu Islam secara langsung yang diuruskan mereka"
Read More / Baca Lagi >>

Perang dua keluarga bakal punca UMNO hilang Kedah

Posted: 27 Jan 2016 04:26 PM PST

Pertempuran dua keluarga berpengaruh di Alam Melayu boleh menyebabkan UMNO terlepas Kedah ke tangan PAS.
najib-mukhriz
Negeri Jelapang Padi pada bulan ini mendapat tumpuan yang teramat luar biasa berbanding bulan-bulan terdahulu.
Ini semua berpunca daripada pertempuran maha hebat antara Wangsa Wan Mat Saman (House of Wan Mat Saman) dengan Wangsa Mohammad Noah (House of Mohammad Noah) yang mahu merebut takhta politik di Alam Melayu.
Wan Mat Saman adalah Perdana Menteri Kedah abad ke-19, manakala, Mohammad Noah adalah antara pengasas UMNO dan Speaker pertama Dewan Rakyat yang berketurunan Raja Chempa Bugis.
Dua wangsa ini adalah wangsa atau keluarga atau dinasti, yang berpengaruh di Tanah Melayu sejak hampir 100 tahun lalu dan pertelingkahan mereka menarik macam siri televisyen terbitan HBO, Game of Thrones.
Bergegar rakyat Kedah dan ahli UMNO seluruh negara apabila anggota Wangsa Wan Mat Saman, Mukhriz Mahathir digugurkan selaku Menteri Besar Kedah, dipercayai atas 'restu' seorang anggota Wangsa Mohammad Noah, iaitu Najib Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia.
Kita percaya, Najib merestui pengguguran Mukhriz kerana 'serangan ganas' daripada seorang lagi anggota Wangsa Wan Mat Saman iaitu Dr Mahathir Mohamad, yang juga ayahanda Mukhriz, yang mahu Najib melepaskan jawatan.
Mengikut catur politik, tindakan Wangsa Mohammad Noah mengganggu Wangsa Wan Mat Saman adalah tindakan tidak bijak, kerana Kedah adalah kubu kuat dan tempat asal majoriti anggota Wangsa Wan Mat Saman.
Mukhriz sebenarnya meneruskan tradisi Wangsa Wan Mat Saman mengetuai Kerajaan Kedah, yang mana ia dimulakan Wan Mat Saman sendiri pada tahun 1870.
Malah, kalau diikutkan Sultan Kedah, Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah ibni Sultan Ahmad Tajuddin al-Mukarram Shah dan semua Sultan Kedah selepasnya, adalah anggota Wangsa Wan Mat Saman, iaitu daripada Wan Hajar Wan Ismail, iaitu saudara perempuan kepada Wan Mat Saman.
Sehubungan itu, Najib daripada Wangsa Mohammad Noah tak sepatutnya mengacau Wangsa Wan Mat Saman dan langkah itu boleh menggugat kedudukan UMNO di Kedah. Mukhriz disenangi rakyat Kedah dan antara faktor menyebabkan Mukhriz disukai ialah faktor asal-usulnya daripada Wangsa Wan Mat Saman.
Read More / Baca Lagi >>

“Kami bersama SPRM, dedahkanlah kebenaran”

Posted: 27 Jan 2016 04:25 PM PST

logo SPRMBERSIH 2.0 mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak letih berjuang menegakkan keadilan dan mencerita kebenaran dalam kes RM2.6 billion.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, berkata BERSIH 2.0 menyokong penuh keputusan SPRM untuk membawa isu RM2.6 billion kepada Panel Pernilaian Operasi (PPO) untuk penilitian semula.
Katanya beliau percaya SPRM menjalankan siasatan ini dengan teliti. Kini sudah tiba masanya SPRM mendedahkan kepada umum dapatan mengenai siasatan terhadap kes itu.
"Seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui kebenaran dan kebenaran ini hanya boleh didedahkan oleh SPRM.
"BERSIH 2.0 yakin rakyat juga turut bersama dengan SPRM dengan hal ini. Ini juga membantu SPRM mendapat semula kepercayaan umum dari segi ketelusan dan kebenaran," katanya dalam kenyataan media.
Beliau berkata langkah diambil SPRM wajar menjadi contoh sebuah institusi awam yang bebas dan mendaulatkan integriti serta keadilan.
"Ini jalan wajar diikuti, ke arah keyakinan dan sokongan orang ramai. Malah, ini membantu negara memulihkan indeks rasuah yang makin menjunam.
"Peluang ini datang sekali. Lakukan sekarang, sebelum terlewat," katanya.

Pemimpin terima hadiah perbuatan khianat – Khairuddin

Posted: 27 Jan 2016 04:23 PM PST

Hadiah tersebut didakwa merujuk kepada derma RM2.6 bilion yang dimasukkan kedalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Mohd-Khairuddin_apandi-ali_najib_600
PETALING JAYA: Perbuatan pemimpin kerajaan menerima hadiah adalah satu perbuatan pengkhianat atau rasuah mengikut pandangan Islam.
Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali merujuk kepada derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, Perdana Menteri tidak akan memperolehi sumbangan sebesar itu sekiranya beliau tidak menjadi ketua kerajaan.
"Kaedah Islam menyatakan, hadiah kepada gabenor atau pegawai kerajaan adalah harta khianat atau rasuah.
"Pemberian itu adalah kerana PM berjawatan PM. Sekiranya beliau orang biasa tentulah tidak akan diberikan sumbangan yang sebesar itu," katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata tindakan Perdana Menteri memulangkan lebihan sumbangan yang diberikan penderma adalah tepat, walaupun gagal menyakinkan rakyat tentang hakikat sebenar sumbangan tersebut.
"Kerajaan (pimpinan Datuk Seri Najib) sedang berhadapan dengan defisit keyakinan rakyat dan juga pelabur asing yang memberi kesan kepada kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan perlu segera membetulkan perkara ini," katanya.
Ketika ditanya, adakah PAS sedia melakukan kerjasama politik dengan UMNO susulan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyifatkan Perdana Menteri bersih daripada skandal dana RM2.6 bilion serta SRC International.
"PAS tetap bekerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO dan kerajaan dalam perkara yang melibatkan maslahat Islam dan rakyat serta terus menegur kesilapan dan kemungkaran pemerintah," katanya.

TH usah berdolak dalik mengenai rizab kewangan sedia ada

Posted: 27 Jan 2016 04:21 PM PST


Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof RawaNaib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof RawaLembaga Tabung Haji (TH) tidak perlu berdolak dalik mengenai rizab kewangan institusi umat Islam itu yang kini berada dalam keadaan kritikal dengan mengeluarkan kenyataan untuk menenangkan 9 juta pendeposit dan pemegang sahamnya, tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
 Beliau berkata dengan aset yang dinilai lebih rendah 98sen berbanding libiliti yang lebih tinggi RM1 jelas menunjukkan TH tidak akan dapat membayar dividen dan bonus seperti kebiasaan dilakukan tahun-tahun sebelum itu.
"Jika TH kata prestasi kewangan berada dalam keadaan baik disokong aset yang kukuh sebanyak RM10.7 bilion pada 31 Disember 2015, sebaliknya daripada jumlah itu TH perlu kenalpasti berapa peratus adalah pendeposit dan berapa peratus pula syarikat-syarikat GLC.
" Kalaulah sekiranya 75 peratus saiz pendeposit hanya 5 peratus datang daripada syarikat GLC selebihnya pula adalah duit simpanan makcik dan pakcik yang menyimpan hanya untuk menunaikan haji.

"Jika aset serendah 98sen berbanding RM1 libiliti, saya berkeyakinan deviden syarikat GLC ini juga akan menurun. TH nak cari duit dari mana pula untuk bayar keuntungan syarikat GLC yang turut sama terbabit.
"Selain pendeposit besar kemungkin syarikat GLC juga akan menarik balik saham mereka.
"Jika situasi ini berlaku akan melumpuhkan institusi kewangan negara yang kini sedang berada pada tahap membimbangkan dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu," jelasnya kepada Malaysia Dateline.
Pada Selasa lalu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail dipetik sebagai berkata, penilaian Bank Negara itu tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki mereka.
Tambah Ahli Parlimen Parit Buntar ini lagi, TH perlu menjelaskan isu ini dengan betul dan tepat kesan kepada 9 juta pendeposit dan pelaburnya.
Read More / Baca Lagi >>

Indonesia sedia potong Malaysia dalam ranking rasuah, kata Tranparency International

Posted: 27 Jan 2016 04:09 PM PST

Kekuatan badan pencegah rasuah dan sokongan rakyat antara punca utama pencapaian Indonesia hingga membolehkannya melonjak 19 anak tangga berbanding tahun lepas dengan menduduki tangga ke 88 daripada 168 negara yang diuji. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Januari, 2016. 
Kekuatan badan pencegah rasuah dan sokongan rakyat antara punca utama pencapaian Indonesia hingga membolehkannya melonjak 19 anak tangga berbanding tahun lepas dengan menduduki tangga ke 88 daripada 168 negara yang diuji. 

Walaupun dikenali dengan negara yang penuh dengan rasuah sebelum ini, Indonesia bersedia memotong Malaysia untuk menjadi negara yang lebih baik dalam persepsi global mengenainya, kata Transparency International Malaysia (TI-M). Walaupun kedudukan rankingnya jauh lebih rendah di belakang Malaysia iaitu 88 berbanding Malaysia 54, Indonesia membuat pencapaian yang hebat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kata presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar.
Sedangkan Malaysia kekal di anak tangga 49 hingga 55 sejak 2012 dan 2013.

Dalam pelancaran keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) semalam, Akhbar mendedahkan Indonesia melonjak 19 anak tangga berbanding tahun lepas dengan menduduki tangga ke 88 daripada 168 negara yang diuji. Sedangkan Malaysia jatuh 4 anak tangga pada 2015 berbanding pencapaiannya pada 2014.
Akhbar berkata, antara punca pencapaian Indonesia adalah kerana kekuatan dan kebebasan badan pencegah rasuah dan sokongan rakyatnya.
"Kita perlu menurut jejak langkah Indonesia dan menjadikan mereka sebagai contoh," kata Akhbar.
"Berbanding Malaysia, rakyat Indonesia lebih bersemangat melawan rasuah. Mereka lebih bersediavke depan bagi memberikan maklumat dan menjadi saksi dalam perbicaraan kes rasuah.
"Rakyat Malaysia takut kerana kita tidak mahu susah. Kita lebih sayangkan diri kita daripada negara," kata Akhbar.
Read More / Baca Lagi >>

CPI: Isu 1MDB, dana RM2.6 bil faktor prestasi merosot - Akhbar Satar

Posted: 27 Jan 2016 04:07 PM PST

CPI: Isu 1MDB, dana RM2.6 bil faktor prestasi merosot -  Akhbar Satar KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tangga ke-54 daripada 168 negara yang dinilai berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International (TI) bagi tahun 2015, menyaksikan penurunan empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Presiden TI Malaysia, Datuk Akhbar Satar, isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion menjadi faktor utama kepada kemerosoton prestasi itu.

"Selain itu, beberapa insiden seperti pertukaran pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mana pejabat dan rumah mereka digeledah turut menyumbang kepada penilaian ini.

"Ketidak seriusan Kerajaan dalam mencegah rasuah di semua peringkat menjadikan dapatan pada 2015 yang terburuk dalam masa 10 tahun," katanya selepas majlis pengumuman dapatan CPI 2015 di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara.

Bagaimanapun maklumnya, kedudukan Malaysia mungkin lebih buruk sekiranya tujuh negara tidak menarik diri untuk penilaian 2015.

Negara-negara tersebut adalah Bahamas, Barbados, Republik Dominica, Puerto Rico, St. Vincent & Grenadines, Samoa dan Swazilan.

Denmark berada di tangga pertama negara paling kurang rasuah, diikuti Finland, Sweden, New Zealand, Netherlands dan Norway. Sementara negara yang mencatat indeks rasuah terburuk adalah Somalia, Korea Selatan, Afghanistan, Sudan, Sudan Selatan dan Angola.

Bagi memperbaiki kedudukan tersebut, Akhbar mencadangkan supaya institusi SPRM ditambah baik dengan menjadikannya sebuah badan bebas.

"Untuk benar-benar bebas, SPRM perlu ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Bebas (IACC) berdasarkan kepada memorandum yang dibuat TI bersama Majlis Peguam, Insititut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Pusat Membasmi Rasuah dan Kronisme (C4).
Read More / Baca Lagi >>

Apandi tidak berhak arah SPRM henti siasat Najib, kata bekas peguam negara

Posted: 27 Jan 2016 04:00 PM PST

Tan Sri Abu Talib Othman berkata, peguam negara hanya ada kuasa memula, menjalankan dan menghentikan sebarang prosiding (jenayah) tetapi tidak ada bidang kuasa mengarahkan sebarang agensi siasatan menutup kertas siasatannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Januari, 2016. 
Tan Sri Abu Talib Othman berkata, peguam negara hanya ada kuasa memula, menjalankan dan menghentikan sebarang prosiding (jenayah) tetapi tidak ada bidang kuasa mengarahkan sebarang agensi siasatan menutup kertas siasatannya

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak ada bidang kuasa untuk mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap sumbangan RM2.6 bilion yang dikatakan dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri, kata bekas peguam negara. Bahkan Tan Sri Abu Talib Othman berkata, Apandi dalam kes ini, tidak membantu SPRM memperoleh dokumen dan kenyataan dari luar negara untuk membantu siasatan itu, di bawah inisiatif bantuan undang-undang persefahaman (MLA).
"Mengikut Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, peguam negara hanya ada kuasa untuk memula, menjalankan dan menghentikan sebarang prosiding (jenayah), tetapi tidak ada bidang kuasa mengarahkan sebarang agensi siasatan menutup kertas siasatannya.

"Kes ini membabitkan kepentingan awam yang menarik perhatian seluruh dunia, peguam negara mesti bantu SPRM kumpul bukti kerana sumber wang itu datang dari luar Malaysia," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Apandi  Selasa lepas yang berpuas hati Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan kesalahan jenayah berhubung wang sumbangan itu dan SRC International.
Apandi berkata tidak ada "bukti mencukupi" untuk mendakwa perdana menteri.
Bagaimanapun, Abu Talib berkata sepatutnya apa yang lebih ideal adalah jika Apandi membenarkan SPRM melengkapkan siasatan itu dan memberikan apa juga bantuan yang diperlukan memandangkan sumber sumbangan dari luar Malaysia.
"Sama ada akan memulakan pendakwaan atau tidak sepatutnya diputuskan selepas siasatan itu," kata Abu Talib.
Katanya, Malaysia mengamalkan sistem semak dan imbang dalam pentadbiran keadilan.
"Kuasa penyiasatan terletak pada SPRM sepenuhnya. Pendakwaan berdasarkan kepada bukti yang ada dan jika ada, tugas pendakwa raya untuk memulakan pendakwaan terhadap orang kena tuduh.
"Ia tugas mahkamah untuk memastikan sama ada seseorang itu bersalah melakukan jenayah atau tidak," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Arab Saudi akan siasat jika benar Najib pulangkan AS$620 juta, kata laporan

Posted: 27 Jan 2016 03:58 PM PST

Arab Saudi berkata akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan kepada keluarga Diraja Saudi sebanyak AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2013, lapor The Sydney Morning Herald.
Akhbar harian itu bagaimanapun melaporkan, jurucakap Kementerian Luar Saudi enggan memberi komen lanjut berhubung perkara itu.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada bukti mencukupi untuk mengaitkan Najib atas sebarang salah laku dalam menerima wang berkenaan, di mana perdana menteri berkata ia daripada Arab Saudi untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada 2013.

Riyadh berdiam diri dalam isu itu, yang kali pertama didedahkan The Wall Street Journal (WSJ) pada Julai tahun lalu. "Bukti diperoleh daripada siasatan itu tidak menunjukkan derma diberi sebagai dorongan atau habuan kerana melakukan sesuatu berkait kapasitinya sebagai perdana menteri," kata Apandi pada sidang media, semalam.
"Lebih pun, perdana menteri memulangkan AS$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi pada Ogos 2013 kerana wang itu tidak digunakan."
BBC hari ini memetik sumber Arab Saudi yang enggan dinamakan mengesahkan kerajaan itu mendermakan RM2.6 bilion kepada Najib, mengatakan ia disebabkan kebimbangan Riyadh berhubung pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia, dalam usaha memastikan parti Islam PAS tidak memenangi pilihan raya umum pada 2013.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata ia akan memohon semakan terhadap keputusan Apandi, dan akan membentangkan kertas siasatan kes Najib kepada panel penilai yang memantau agensi anti rasuah itu.

Skandal RM2.6B Dan SRC: Siapa tidak puas hati boleh mohon tafsiran mahkamah, kata peguam negara

Posted: 27 Jan 2016 03:57 PM PST

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menepis tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ingin merujuk kertas siasatannya kepada panel bagi mendapatkan semakan siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi teks pesanan dari luar negara, Apandi berkata mana-mana badan yang dibentuk untuk mempersoalkan keputusan peguam negara bertentangan dengan Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Artikel 145 memberikan peguam negara, yang juga pendakwa raya, budi bicara sepenuhnya untuk memulakan, meneruskan atau menghentikan mana-mana prosiding jenayah terhadap individu tertuduh.

"Ini pendirian saya. "Sesiapa yang tidak bersetuju, boleh mendapatkan tafsiran keputusan saya di Mahkamah Persekutuan," katanya.
Awal hari ini, agensi anti rasuah itu berkata ia mahu memohon semakan terhadap keputusan Apandi bagi menutup siasatan dana RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Najib.
Agensi itu berkata pengurusan tertingginya sudah memutuskan ia akan membentangkan kertas siasatan kes itu kepada panel semakan operasi sementara satu lagi panel khas ditubuhkan.
Menurut SPRM, tindakan membawa kes ini kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) untuk mendapatkan pandangan berhubung tindakan kes yang diputuskan pendakwa raya untuk tidak dituduh.
Read More / Baca Lagi >>

DI SEBALIK NAJIB TIADA KES, RAKYAT SEMAKIN ADA KES UNTUK MENOLAK UMNO

Posted: 27 Jan 2016 07:47 AM PST

Nampaknya keputusan Peguam Negara membersihkan nama Perdana Menteri, Najib Razak berhubung siasatan derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang masuk ke akaun peribadinya, tetap tidak diterima baik dengan baik oleh rakyat pelbagai lapisan.

Di mana-mana boleh didengar rakyat membicarakan isu tersebut dan rata-ratanya mereka tidak setuju dan memperlekeh tindakan Peguam Negara, Apandi Ali membebaskan Najib begitu saja.

Di pejabat, kedai kopi, lobi hotel, pasar dan di mana-mana saja jelas dapat dikesan rasa tidak puas hati itu.  Ada juga budak-budak sekolah yang berbual dengan rakan-rakannya turut kehairanan mengapa Najib bertindak memulangkan derma yang sudah diterimanya.

Jika budak-budak sekolah itu tahu keseluruhan kenyataan Peguam Negara, tentu mereka lebih hairan bagaimana Najib juga boleh tidak tahu sama sekali adanya dana RM42 juta berada dalam akaun bank peribadinya.

Hakikatnya, kalau dihitung perbualan komunikasi alam maya seperti dalam Facebook, Twitter, Whatsapp , Telegram dan sebagainya, keadaan tidak setuju dengan tindakan Peguam Negara itu jauh lebih mengerikan lagi. Macam-macam ulasan dan komen yang boleh didapati.

Dalam masa yang sama, hampir tidak ada yang berani mempertahankan atau membela keputusan Peguam Negara itu. Pejuang maya pro Najib dalam sehari dua ini dilihat lebih banyak berdiam atau cuba beralih kepada topik lain berbanding mempertahankan keputusan Peguam Negara yang paling dipertikaikan itu.

Lebih menghangatkan keadaan ialah bilamana SPRM sendiri dilaporkan akan membuat rayuan terhadap keputusan Peguam Negara itu serta cuba membentangkannya kepada Panel Penilaian Operasi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memantau perjalanan agensi tersebut.

Ia dengan jelas menggambarkan SPRM secara mutlaknya tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara itu memandangkan mereka dilaporkan telah mencadangkan agar tiga pertuduhan diambil terhadap Najib.

Tetapi dengan Peguam Negara menolak cadangan SPRM itu, ia bukan saja menimbulkan kekecewaan dan patah hati mereka berikutan sudah bekerja keras lebih enam bulan sebelum ini untuk melengkapkan siasatan, malah ia seperti SPRM turut menghampakan harapan rakyat yang cintakan kebenaran.
Read More / Baca Lagi >>

HARI INI DALAM SEJARAH..

Posted: 27 Jan 2016 06:31 AM PST

Tanggal 27hb Januari 2016, dewan mulia Dewan Rakyat lulus usul meterai TPPA..

INGAT.. disebabkan kamu 127 ahli Parlimen sokong #TPPA, sejumlah 31.2 juta rakyat Malaysia akan tanggung segala kesannya..

Hari Selasa ke-30 sebenarnya bukan nak saman WSJ, tetapi.. SELASA NAK TUTUP KES !!!

Posted: 27 Jan 2016 06:28 AM PST



Selagi Najib berkuasa, tiada yg mustahil boleh berlaku di sebuah negara BOLEHLAND...

Posted: 27 Jan 2016 06:26 AM PST

Putar punya putar, belit punya belit sekalipun Najib tetap boleh selamat..