Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Snapshot2016: Jika Daim boleh difitnah, siapa lagi?

Posted: 24 Jan 2016 08:11 PM PST



Ada pihak tertentu menyerang Tun Daim seolah-olah diterlibat menjatuhkan Dato Najib, padahal dia hanya ahli perniagaan dan kadang-kadang kala berbunyi kritikal.

Tiada jauh dari itu.

Oleh sebab dia dilihat bersama dengan orang tertentu dan sengaja disebarkan di sosial media, maka timbul anggapan demikian.

Ada pihak sudah spin kata-katanya.

Isu MB Kedah kini sudah jadi berbalas-balas hingga UMNO yang akhirnya rugi. Baca SnapShot 2016 SINI.

Nak berbeza pendapat atau berbalah, harap ambilkira kepentingan UMNO. Tidak tahu samada ada sengaja mahu UMNO kalah.

Pilihanraya umum dua tahun lagi dan patut sekarang mula kerja.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Dua kem UMNO Kedah punyai kelebihan sendiri – Pahrolrazi

Posted: 24 Jan 2016 09:25 PM PST

Mukhriz mempunyai sokongan kuat di peringkat akar umbi, manakala kekuatan Bashah terletak pada sokongan pimpinan.
pahrolraziPETALING JAYA: Krisis politik membabitkan Menteri Besar di Kedah merupakan isu perpecahan besar bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Jelapang Padi itu.
Menurut Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Pahrolrazi Zawawi, dua kumpulan penyokong Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Bashah Md Hanipah masing-masing mempunyai pengaruh tersendiri.
Katanya,Mukhriz mempunyai kelebihan apabila beliau mendapat sokongan kuat daripada akar umbi, manakala Bashah mendapat sokongan padu daripada pimpinan parti.
"Kedua-dua kem ini mempunyai sokongan. Macam Datuk Seri Mukhriz dari segi peringkat kepimpinan parti mungkin dia tidak ada sokongan yang kuat, tetapi dari segi kumpulan menengah dan penyokong peringkat bawahan parti dia mempunyai kelebihan, kerana dia dilihat seorang pemimpin muda yang berkaliber.
"Malah berdasarkan kajian yang kita (pembangkang) buat sebelum Datuk Seri Mukhriz menjadi Menteri Besar, beliau mendapat sokongan yang tinggi dari anak muda. Rakyat melihat Mukhriz sebagai faktor yang berjaya mengembalikan kuasa BN pada PRU lepas, dan pada masa sama melihat penyingkiran Muhkriz ini satu kesilapan besar.
"Bagi kem yang dipimpin oleh Datuk Bashah ini, sokongan tetap ada cuma rata-rata daripada kalangan pimpinan, bahagian, sebahagian ADUN, dan sebagainya. Bila mereka berpecah dalam isu MB, ia akan memberi kesan yang besar kepada kedudukan UMNO dan BN Kedah," katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, Pahrolrazi yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara berkata, kemelut kepimpinan yang belaku di Kedah akan memberi kelebihan kepada pembangkang untuk merampas kembali tampuk pepimpinan kerajaan negeri pada PRU akan datang.
"Krisis penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah akan menjejaskan kedudukan BN pada PRU akan datang ditambah pula dengan isu nasional yang gagal diselesaikan. Ini isu berganda melibatkan BN," katanya.

Pergolakan jawatan MB, apa sebenarnya yang berlaku di Kedah?

Posted: 24 Jan 2016 09:24 PM PST

Pergolakan mengenai jawatan Menteri Besar Kedah telah mengalihkan perhatian rakyat terhadap segala isu yang menjadi topik perbualan sebelum ini.
Mukhriz-Mahathir_kedah_umno_600Isu yang melanda negeri Kedah mengenai jawatan menteri besar menjadi satu lagi topik perbincangan yang hangat dalam kalangan masyarakat sejak beberapa hari lalu.
Berita mengenai desas desus berkenaan usaha untuk menyingkiran Datuk Seri Muhkriz Tun Dr Mahathir hampir menutup keseluruhan isu yang sebelum ini menjadi tumpuan umum seperti kontroversi tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu derma RM2.6 bilion, SRC International, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA ) dan beberapa lagi perkara lain.
Memang sudah menjadi kelaziman di Malaysia ini apabila sesuatu berita besar yang disebarkan menerusi media-media massa akan dikupas oleh masyarakat sehingga ke akar umbi dan ia selalu berlaku mengikut musim.
Terkejut juga penulis apabila mendengar kemelut baharu yang berlaku dalam parti orang Melayu ini apabila ada usaha-usaha menjatuhkan pemimpin yang mungkin tidak bersefahaman dengan yang lain.
Bagaimanapun, isu mengenai penyingkiran Mukhriz dari jawatannya itu mempunyai elemen-elemen yang boleh dipertikaikan apabila ada pihak yang mengaitkan nasib Mukhriz dengan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang kuat mengkritik, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan pemimpin UMNO dan Perdana Menteri.
Penulis percaya, rakyat di negeri jelapang padi ini sangat merasai dilema yang berlaku dan kasihan mereka kerana tiba-tiba terpaksa menuntut pembelaan bagi yang menyokong Mukhriz.
Seorang rakan penulis yang berasal dari Kedah dan kini menetap di ibu negara turut menyuarakan ketidakpuashatiannya apabila mengetahui berita ini.
Katanya, sebagai anak negeri Kedah yang akan balik kampung untuk mengundi setiap kali adanya pilihan raya umum, taktik mahu menjatuhkan Mukhriz dengan memberikan alasan kegagalan mentadbir negeri dengan berkesan adalah satu dakwaan yang tidak wajar.
Read More / Baca Lagi >>

FOMCA jangka lebih banyak subsidi dikurangkan oleh kerajaan

Posted: 24 Jan 2016 09:23 PM PST

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menjangkakan lebih banyak subsidi bakal dikurangkan dalam semakan belanjawan yang dibentangkan hujung bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata jangkaan itu berdasarkan situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
FOMCA"Belanjawan tahun lepas banyak dikurangkan subsidi jadi semakan belanjawan negara hujung bulan ini sudah tentu lebih banyak akan dikurangkan.
"Dengan kejatuhan mata wang, harga minyak dan penarikan biasiswa JPA sudah tentu membimbangkan rakyat dalam menghadapi 2016," katanya kepada SelangorKini.
Yusof berkata Kerajaan Persekutuan seharusnya mengurangkan perbelanjaan pengurusan berbanding pengurangan subsidi.
Katanya, banyak ketirisan berlaku menyebabkan pembaziran melampau.
"Ketirisan berlaku dari pelbagai aspek. Jika Kerajaan Persekutuan dapat tangani sudah tentu penjimatan wang.
"Begitu juga dengan pengurusan, kerajaan patut mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu contohnya logistik, mesyuarat di tempat-tempat mewah, penukaran kereta dan sebagainya," katanya.
Sehubungan itu, FOMCA menasihatkan supaya pengguna mengambil langkah berjimat cermat dalam berbelanja.
"Tahun ini, ekonomi agak getir jadi pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Berbelanja secara berhemah dan perlu mempunyai simpanan jika kegawatan ekonomi berlaku.
"Ia sekurang-kurangnya pengguna bersedia dengan segala kemungkinan.
"Kuasa pengguna terletak pada pembeli. Jika pembeli mengurangkan perbelanjaan sudah tentu ekonomi makin jejas, namun langkah berjimat cermat perlu diambil," katanya.

Jangan guna agama untuk tujuan politik atau peribadi - Sultan Nazrin Shah

Posted: 24 Jan 2016 09:20 PM PST

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak sesekali menggunakan agama untuk tujuan politik dan kepentingan peribadi.
Baginda bertitah, agama apabila difahami sepenuhnya merupakan instrumen penyatuan dan keadilan selain dapat melahirkan manusia yang baik.
Sultan Nazrin Shah "Di sebaliknya apabila digunakan selain daripada tujuan untuk menyemaikan roh ketuhanan, apatah lagi apabila dipilih untuk disensasikan secara politik, agama adalah bom jangka yang amat 'explosive', berpotensi mencetuskan porak-peranda dan malapetaka.
"Agama amat suci peranannya.  Malangnya kesucian agama ada kalanya dinodai oleh orang-orang yang kurang memiliki hikmah dan orang-orang yang cuba menyelit nilai, prasangka dan agenda peribadi lalu menjuarai dan mensensasikan sesuatu isu atas nama agama," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian sempena Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Amanjaya, Bandar Meru Raya, di sini, hari.
Menerusi titah itu lagi, Sultan Nazrin turut menegur pihak-pihak yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum terhadap status akidah dan tahap keimanan individu lain.
"Status agama seseorang insan, sama ada tergolong sebagai ahli syurga atau ahli neraka ditentukan oleh Ilahi.
"Tugas dan tanggungjawab manusia terutama mereka yang terlibat langsung mengurus dan mengendalikan urusan agama ialah untuk menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar," titah baginda lagi.
Sultan Nazrin turut bertitah meminta supaya golongan ulama dan umara yang diamanahkan menguruskan hal ehwal Islam melaksanakan amanah secara hikmah dan menghormati perasaan insan lain.
Menurut baginda, raja pula bertanggungjawab memenuhi peranan penimbang tara secara adil dan saksama selain bersedia memberi ruang untuk mendengar dan menghalusi sesuatu perkara yang timbul.
"Realiti semasa dan realiti setempat wajib difahami.  Keadilan wajib dilaksanakan, maruah insan lain wajib dihormati," tegas baginda.

Kepentingan Melayu, Islam tak terancam tanpa UMNO - Ariff Sabri

Posted: 24 Jan 2016 08:12 PM PST


RAUB 25 JAN: Hanya kerajaan yang adil, bersih, saksama dan mendaulatkan undang-undang dapat melindungi seluruh kepentingan rakyat Malaysia termasuk orang Melayu dan bukannya melalui ketakutan serta kebimbangan yang dicetuskan pimpinan UMNO.
Malah, tindakan UMNO sebaliknya mencetuskan kebimbangan Melayu hanya akan dilihat seolah-olah cuba menghina dan memperbodohkan orang Melayu sendiri.
ariff sabriAhli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri melalui blognya, berkata tidak timbul soal ancaman terhadap kepentingan Melayu dan bumiputera, agama Islam dan institusi beraja kerana ia sudahpun termaktub dan dilindungi perlembagaan.
"UMNO gunakan isu-isu ini untuk menakutkan dan membodohkan orang Melayu. Bagaimana UMNO menjaga kepentingan Melayu?
"Adakah dengan mengajak orang Melayu bersengketa dengan bangsa lain? Dengan melagakan agama Islam dengan agama lain? Dengan mem-bulldoze dasar tapi melaksanakannya dengan lemah dan tidak cekap? Dengan menggunakan undang-undang menekan rakyat?" soalnya.
Katanya, perkara yang dekat dengan hati orang Melayu yang gagal diselesaikan UMNO hingga saat ini sepatutnya menjadi keutamaan dan bukan memperdaya dengan cuba menakut-nakutkan kaum itu dengan hegemoni perkauman sempit.
"Tabung Haji yang sehingga hari ini belum bayar dividen dan bonus, Felda yang sudah di FGV-kan dan meletakkan sengsara kepada peneroka, Felcra yang menjadikan Melayu si penghutang, Risda yang menyusahkan pekebun kecil dengan hutang, LKIM yang menyusahkan nelayan Melayu, FAMA yang jadi orang tengah, BERNAS yang menyengsarakan penanam padi.
"Tanah rizab Melayu yang dari tiga juta hektar hari ini tinggal 360,000 hektar. MARA kekurangan dana, dasar pendidikan yang menjadikan Melayu susah dapat kerja. Sepatutnya pemimpin UMNO beritahu kita bagaimana selesaikan ini supaya ketakutan dan kebimbangan orang Melayu dibendung," katanya.
Beliau sekali lagi menegaskan satu-satunya jalan selamat bagi orang Melayu ialah meletakkan harapan kepada sebuah kerajaan yang adil, saksama dan yang berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

Tanah tidak bernilai bagi peneroka Felda selepas pencemaran bauksit

Posted: 24 Jan 2016 07:54 PM PST

Peneroka Felda berdepan kehilangan pendapatan akibat moratorium ke atas aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan dan kesan pencemaran terhadap tanah mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Januari, 2016.Peneroka Felda berdepan kehilangan pendapatan akibat moratorium ke atas aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan dan kesan pencemaran terhadap tanah mereka.
Kehilangan pendapatan akibat moratorium ke atas aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan dan kesan pencemaran terhadap tanah ialah kesan yang terpaksa dihadapi peneroka Felda. Peningkatan pendapatan jangka pendek selepas membuka tanah pertanian mereka kepada perlombongan terhenti selepas Putrajaya menggantung aktiviti bauksit selama 3 bulan bermula 15 Januari dan tanah itu tidak dapat lagi digunakan lagi untuk tujuan pertanian, menurut seorang jurutera alam sekitar.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, keputusan Putrajaya itu sememangnya memberi kesan kepada peneroka memandangkan industri bauksit dianggap sebagai sumber pendapatan alternatif kepada mereka.

"Peneroka Felda tidak dapat meraih pendapatan yang banyak sekiranya terus bergantung dengan hasil penjualan kelapa sawit memandangkan harga komoditi itu di pasaran antarabangsa tidak begitu memberangsangkan," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata, tanah peneroka yang terbabit dengan industri bauksit di Kuantan kebanyakannya bertumpu di Felda Bukit Goh dan Bukit Sagu.
Felda Goh mempunyai 670 peneroka yang sebelum ini mempunyai pendapatan tidak stabil kerana hanya bergantung kepada hasil kelapa sawit, kata Mazlan.
Dengan membenarkan aktiviti perlombongan bauksit di tanah mereka, mereka mampu meraih pendapatan sekitar RM7 untuk satu tan.
Mazlan tidak pasti sumber pendapatan peneroka yang terlibat dengan industri bauksit.
"Saya tak berapa pasti sama ada terjejas atau tidak, tapi mungkin yang terlibat dengan industri bauksit sebelum ini, mereka ada menerima deposit bagi bayaran bauksit.
"Jadi ia mungkin membantu mereka," katanya.
Walaupun bukan semua peneroka Felda di Kuantan terjejas, mereka yang membenarkan tanah untuk perlombongan bauksit akan berdepan dengan kesukaran menggunakan tanah itu untuk aktiviti pertanian, kata Jurutera Alam Sekitar Dr Faradiella Kusin.
Katanya, aktiviti pertanian tidak sesuai dijalankan di tanah perlombongan bauksit walaupun selepas kerja pembersihan dilakukan kerana boleh menyebabkan kerosakan kepada genetik dan kesan toksin kepada tumbuhan.
"Kesan pencemaran bauksit boleh menjejaskan tumbuhan sama ada daripada tanah yang tercemar atau melalui leachate (air susupan ke dalam tanah)," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mampukah Tabung Haji bayar dividen kepada penabung tahun ini, soal Amanah

Posted: 24 Jan 2016 07:52 PM PST

Dividen Tabung Haji kepada penyimpan sepatutnya diisytiharkan pada 22 Januari seperti tahun lepas namun ia tidak melakukan demikian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Januari, 2016.	 
Dividen Tabung Haji kepada penyimpan sepatutnya diisytiharkan pada 22 Januari seperti tahun lepas namun ia tidak melakukan demikian.

Lembaga Tabung Haji (TH) yang menyimpan wang jemaah perlu memberi penjelasan sama ada mendapat keuntungan mencukupi pada 2015 untuk membayar dividen kepada kira-kira 9 juta penabung tahun ini, soal Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, mengikut Klausa 22 (2) (i) Tabung Haji menyatakan penabung tidak layak menerima dividen jika nilai aset lebih rendah daripada liabiliti.

Katanya, kecenderungan TH menggunakan rizabnya untuk membayar dividen sejak 2012 menjejaskan paras simpanannya terkini.

"Dividen TH kepada penyimpan sepatutnya diisytiharkan pada 22 Januari seperti tahun lepas namun TH tidak melakukan demikian.

"Walaupun pihak pengurusan TH ada masa sehingga Mac untuk berbuat demikian, kami amat bimbang tentang kemampuan dan kedudukan kewangan TH untuk memberikan dividen keuntungan mahupun melayani pengeluaran penabung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mujahid berkata berdasarkan laporan kewangan dari 2012-2014, ia membayar bonus dan dividen sekitar 107% melebihi jumlah keuntungan.
Sebagai contoh pada 2014 di mana keuntungan ialah RM2.98 bilion, tapi dividen yang diberikan RM3.3 bilion, katanya.

"Amalan seperti ini pasti akan menjejaskan posisi cadangan/rizab TH dan juga akan membawa penekanan terhadap keperluan untuk TH melakukan likuidasi terhadap aset mereka. Mengapa ahli lembaga pengarah TH boleh membiarkan ini berlaku?," soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Penyingkiran beri kelebihan politik kepada Mukhriz

Posted: 24 Jan 2016 07:47 PM PST

Mukhriz Tun Mahathir
Percaturan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani krisis Menteri Besar Kedah akan menjadi ukuran kepada kebijaksanaan Presiden Umno itu antara memenuhi tuntutan pemimpin parti atau suara rakyat yang memenangkan BN pada PRU13 lalu.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, kemelut politik Kedah akhirnya akan memberikan kelebihan politik kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada beliau disingkirkan atau kekal sebagai Menteri Besar Kedah.
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kenyataan Mukhriz beberapa bulan lepas yang lebih cenderung kepada politik realistik dan tidak memberi reaksi balas terhadap gerakan undi tidak percaya yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
"Kalau Mukhriz tidak dapat kepercayaan Adun, beliau kena berundur, tapi pengundurannya itu tidak menjejaskan reputasi beliau, malah memberikan kelebihan politik kepada Mukhriz kerana nama dia akan naik, kalau dia bertanding mana-mana pilihan raya, sudah pasti rakyat akan pilih Mukhriz.
"Ini ujian bagi Mukhriz dan bagaimana dia menghadapi situasi ini adalah lebih penting daripada bagaimana Umno menangani isu ini, (keupayaan Mukhriz) akan meletakkan dia di barisan teratas kepimpinan Umno pada masa akan hadapan," katanya kepada Sinar Online.
Beliau mengulas kemelut politik Kedah yang menyaksikan 14 Ketua Umno Bahagian, tiga sayap Umno, Adun dan Ahli Parlimen Kedah sebulat suara mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, pada Rabu lalu.
Pendirian itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah yang turut mendesak Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjana ekonomi negeri.
Read More / Baca Lagi >>

GKCM bidas kenyataan Tengku Adnan

Posted: 24 Jan 2016 07:45 PM PST

GKCM bidas kenyataan Tengku Adnan
SHAH ALAM – Kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa tiada keperluan untuk mengambil tindakan ke atas 14 ketua Umno bahagian di Kedah menimbulkan rasa tidak puas hati Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).
Pengerusinya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, jika Umno terus mengamalkan cara sedemikian, maka rakyat sendiri akan sedar dan nampak bahawa Umno sedang mengalami perpecahan dalaman yang teruk.
"Amat jelas tindakan Umno menunjukkan pendirian mereka yang pilih bulu atau selektif, sekali gus menunjukkan perlembagaan Umno dipermainkan oleh mereka yang sedang memegang kuasa. Mereka yang terlibat pula hanya mahu tunjuk hebat dan mahu disayangi Presiden.
"Ku Nan (Tengku Adnan) sendiri tidak faham perlembagaan agaknya. Ketika sembilan orang dari Telok Kemang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno, ia adalah kerana mereka mengadakan sidang media untuk nyatakan rasa tak puas hati pada pemimpin, kelmarin lain pula kenyataan beliau (Ku Nan)," katanya kepada Sinar Harian.
Kelmarin, Tengku Adnan berkata, tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap 14 ketua Umno bahagian di Kedah kerana mereka bertindak mengikut perlembagaan parti.
Beliau berkata, mereka hanya menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Pengerusi Umno Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan menyerahkan sepenuhnya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.
Menurut Kamarulazman, jelas Tengku Adnan dan Lembaga Disiplin Umno mengeluarkan kenyataan berbeza dan GKMC akan mengajak beliau untuk berdebat mengenai isu besar yang melanda kini.

“Kita bercakap soal mengisi perut rakyat,” kata Amanah Sik

Posted: 24 Jan 2016 07:44 PM PST


Leman Raja Lawan (kiri) bersama rombongan Biro Tanah dan Pembangunan Luar Bandar Amanah ketika menyampaikan bantuan keluarga Bunga Tahar di Kg Padang Pulut, Jeniri, Sik.Leman Raja Lawan (kiri) bersama rombongan Biro Tanah dan Pembangunan Luar Bandar Amanah ketika menyampaikan bantuan keluarga Bunga Tahar di Kg Padang Pulut, Jeniri, Sik.
Tanpa terus hanyut dalam 'perang' politik sempit kepartian yang tidak menguntungkan rakyat, Amanah Parlimen Sik mengambil langkah aktif dengan turun ke ceruk pedalaman memerangi krisis kemiskinan yang majoritinya terdiri daripada golongan penoreh getah.
Ketuanya, Sulaiman Ibrahim atau kini dikenali dengan gelaran 'Leman Raja Lawan' mendedahkan pihaknya sejak lima bulan lalu telah mengenal pasti tidak kurang daripada 197 keluarga miskin tegar di Sik yang hidup dalam keadaan serba daif dan kekurangan makanan.
"Sik ini satu kawasan pedalaman di Kedah yang ramai orang miskin. Di sini rakyat tidak cukup makan. Saya ronda dari Dun Jeniri ke Dun Belantik, ada kedai runcit kalau kita minta buku hutang, penuh buku hutang itu. Rakyat tiada duit, terpaksa berhutang.
"Ada murid sekolah tidak dapat bayar yuran. Ada penoreh getah yang dapat RM1.70 (sekilogram getah sekerap) kena bahagi dua (dengan pemilik kebun getah), seminggu (dapat) RM80, RM36.
"Nak makan apa (dengan nilai itu) sekarang? Susu anak RM28. Beras RM26. Nak buat rumah, beli bata fikir dulu baik beli susu anak daripada beli bata.
"Saya tahu ada kalangan ahli Pas, Umno tapi yang penting (semua) tetap kena menoreh getah. Hang (Kamu) Pas atau Umno kena menoreh. Kita bercakap soal
isi perut, nak bayar yuran sekolah anak," ujarnya dalam satu ceramah di Kampung Landai, Sabtu lalu.
Leman yang sebelum ini dikenali sebagai ikon Pas berkata, sebahagian besar keluarga miskin ditemui merupakan penoreh getah yang menoreh secara pawah selain membuat pelbagai kerja kampung bagi menampung kenaikan mendadak kos sara hidup.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat bantah TPPA seperti bantah bina Putrajaya, KLCC - Mustapa

Posted: 24 Jan 2016 07:42 PM PST

Kerajaan yakin dapat menangani pelbagai persepsi negatif yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan sentiasa sedar mengenai cabaran yang dihadapi jika sesuatu perkara yang akan dilaksanakan itu melibatkan kepentingan negara.
Mustapa yakin rakyat akhirnya akan terima TPPA.Mustapa yakin rakyat akhirnya akan terima TPPA."Banyak perkara yang kita buat untuk (kepentingan) jangka panjang (negara)contohnya pembinaan Putrajaya, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Jambatan Pulau Pinang. Ini menimbulkan banyak bantahan pada peringkat awal tapi akhirnya rakyat faham," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan taklimat mengenai TPPA kepada lebih 800 orang warga pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Bandar Baharu Tunjong di sini.
Hadir sama Pengarah JPN Kelantan Datuk Ab Aziz Abdullah dan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) wilayah Kelantan Azran Deraman.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata perbahasan mengenai TPPA telah lama dilaksanakan oleh kerajaan dengan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat pembangkang.
"Dah lima tahun saya menjawab soalan mengenai TPPA ini. Kerajaan juga telah mengadakan perjumpaan dengan orang awam, mengadakan pendengaran awam, forum terbuka dan sebagainya," katanya.
Malaysia adalah antara 12 negara selain Australia, Brunei, Kanada, Chile,
Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam yang memuktamadkan rundingan berkaitan TPPA pada 5 Okt 2015.

'Kalau Cerdik Bukan Menteri' namanya...

Posted: 24 Jan 2016 03:58 PM PST


Laporkan penyeksaan tahanan kepada KDN, kata Nur Jazlan

Posted: 24 Jan 2016 03:54 PM PST

Susulan pendedahan Suaram yang mendakwa wujud penyiksaan tahanan yang ditahan mengikut Sosma, KDN bersedia menyiasat sekiranya laporan dibuat melalui saluran rasmi, kata Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2016.  
Susulan pendedahan Suaram yang mendakwa wujud penyiksaan tahanan yang ditahan mengikut Sosma, KDN bersedia menyiasat sekiranya laporan dibuat melalui saluran rasmi, kata Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat sebarang kes seksaan terhadap tahanan sekiranya laporan dibuat menggunakan saluran rasmi, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed susulan pendedahan kumpulan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mendakwa berlaku salah laku layanan kepada tahanan. "Saya perlu periksa, tetapi orang yang ditahan mempunyai hak untuk memaklumkan kepada seseorang mengenai penahanannya dan boleh melakukan laporan rasmi sekiranya sesi soal siasat tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).
"SOP yang digunakan para penyiasat perlu munasabah dan mengambil kira hak tertuduh sebagai manusia. Kementerian akan menyiasat apa sahaja laporan yang dilakukan menerusi saluran rasmi," katanya melalui mesej WhatsApp kepada The Malaysian Insider.

Nur Jazlan memberikan maklum balas kepada pendedahan Suaram baru-baru ini mengenai surat pengakuan yang diberikan 7 tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Akta 2012 (Sosma), mendakwa berlaku penderaan semasa mereka ditahan. Surat pengakuan itu didedahkan Suaram pada satu sidang media minggu lepas.
Menurut Suaram, ramai tahanan berkata mereka dipukul dan diancam, dengan seorang daripada mereka mendakwa dipaksa berbogel, merangkak seperti anjing, mencium kaki salah seorang pegawai penyiasat dan lain-lain tindakan yang merendahkan martabat tahanan.
Beberapa tahanan juga mendakwa polis mengancam untuk menyakiti ahli keluarga mereka menyebabkan terpaksa bersetuju dengan kenyataan disediakan polis.
Read More / Baca Lagi >>

Usaha guling Mukhriz belum nampakkan hasil

Posted: 24 Jan 2016 03:51 PM PST

Ahmad Bashah dan Mukhriz dalam satu majlis Umno Kedah.Ahmad Bashah dan Mukhriz dalam satu majlis Umno Kedah.
Perdana Menteri dan Umno Kedah diingatkan supaya tidak mengheret sultan dan rakyat negeri itu dalam kemelut politik penggantian Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata usaha untuk menggulingkan Mukhriz masih belum menampakkan hasil walaupun telah memasuki hari kelima sejak pengumuman hilang keyakinan oleh pimpinan Umno.
Menurutnya, laporan sesetengah media arus perdana yang cuba memberikan gambaran seolah-olah tuntutan menyingkirkan Mukhriz kononnya daripada rakyat bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak sultan bagi tujuan berkenaan.
"Tindakan ini suatu perbuatan jahat mengheret tuanku sultan dalam kemelut politik dalaman Malaysia dan di Kedah. Komplot terhadap Mukhriz ini ekoran kritikan panas dan tajam, Tun Mahathir bapa kepada Mukhriz terhadap Najib.
"Ia boleh disifatkan seperti kata pepatah pukul anak sindir menantu; satu penampar untuk Mukhriz adalah juga penendang buat Tun Mahathir," ujarnya dalam kenyataan beliau semalam.
Mengulas lanjut Mahfuz berkata, tindakan menggulingkan Mukhriz menggunakan pihak istana itu disifatkan sebagai mencuci tangan supaya tidak dipersoalkan rakyat yang menganggap kononnya atas titah perkenan istana.
Read More / Baca Lagi >>

Kedah akan dapat MB baharu Rabu ini?

Posted: 24 Jan 2016 03:51 PM PST


Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari Barisan Nasional (BN) bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.
Memetik laporan portal Pro-BN Mykmu melaporkan , kesemua Adun BN telah menyatakan taat setia kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
"Kesemua mereka bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan kepada keputusan Umno dan Barisan Nasional.
"Sehingga petang tadi, sumber memberitahu Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor telah bercakap dengan hampir 90 peratus Adun BN Kedah," petik kenyataan sumber kepada portal berkenaan.

A house divided

Posted: 24 Jan 2016 03:47 PM PST

PAS stands at an impasse between Hadi's ambition and the party's long-held rivalry with Umno.
tuan-man,hadi,pas
PAS is a party at odds with itself. Party president Abdul Hadi Awang, who once commanded a united front of conservatives against progressive elements, now presides over a divided field over the issue of PAS' newfound friendship with Umno.
PAS and Umno have attempted to form a political collaboration before, but the enterprise left the late spiritual leader of the party, Tok Guru Nik Abdul Aziz Mat, disgusted with Malaysia's most powerful political party. This sentiment is still largely shared by the party's grassroots. A PAS insider recently told FMT that about 70% were opposed to such a move, and that he himself would leave the party if a formal collaboration was established.
The chief voice of that dissension is Hadi's deputy, Tuan Ibrahim Tuan Man, whose take on the idea of cooperation with Umno was recently expressed in these words: "It is impossible for PAS to work with Umno, a party that, from its inception up to now, has been oppressing and inflicting injustices on PAS members and its leadership." While Hadi has gone on his merry way attacking the DAP and the Chinese community over imagined slights, Tuan Ibrahim has kept his eye on the ruling party to continue calling it out over several issues.
The marriage between PAS and Umno cannot possibly go ahead without the blessing of the Deputy President, especially when he has a large section of the grassroots with him. And a house divided can only stand against itself. This means that Hadi can bluster and call for assemblies as much as he wants, but until he presents a case for cooperation that all of PAS can agree on, it does not look like Umno will cease being an enemy to most members of the party.
Read More / Baca Lagi >>

WHY SUCH DIRTY TACTICS: NAJIB GETS TONGUE LASHING OF HIS LIFE FOR BLOCKING ONLINE ACCUSATIONS OF HIS CORRUPTION

Posted: 24 Jan 2016 03:46 PM PST

WHY SUCH DIRTY TACTICS: NAJIB GETS TONGUE LASHING OF HIS LIFE FOR BLOCKING ONLINE ACCUSATIONS OF HIS CORRUPTION
The Malaysian Government has over the past few days taken further draconian steps to silence free media from exposing corruption at the highest levels.
On Thursday, Malaysia's Multimedia and Communication's body announced that amendments will be made to the Communications and Multimedia Act allowing the Government to block websites that are seen to 'slander' the country's leadership. The authorities are also reported to be attempting to force new ownership on key free internet news portals.
The government has already singled out British-based Sarawak Report by uniquely banning and blocking the site, after it exposed multi-million dollar transfers into Prime Minister Najib Razak's accounts last year, a matter he has proved unable to refute.
Also last week, there were further unannounced measures taken to simply shut down platforms being used by Malaysian citizens to access the information provided by Sarawak Report. Medium, a popular website, used by thousands of publishers, including Sarawak Report is also now arbitrarily blocked obstructing Malaysians from access to the entire website.
Likewise, an unannounced blackout was also applied against the Hong Kong based Asia Sentinel, which has also doggedly covered Malaysian corruption issues and reported on a number of the investigations conducted by Sarawak Report.
The issue which the Prime Minister plainly wants to censor in these ways is Sarawak Report's latest coverage of further massive dollar payments into his personal accounts and the links between those payments with kickbacks to the former Abu Dhabi fund manager Khadem Al Qubaisi. Al Qubaisi was involved in huge loss making deals with Malaysia's development fund 1MDB, from which hundreds of millions of dollars have gone missing and unaccounted for.

Other stories carried by Sarawak Report over the past week, which have caused shock waves through Malaysia, included the news that Najib has been attempting to negotiate his exit (together with a safe passage and access to all his billion dollar accounts) as well as further details on the death of one of the whistleblowers on the 1MDB scandal, Kevin Morais. Morais was brutally suffocated in a barrel of cement and for weeks the authorities attempted to deny that he had been involved in the investigations into Najib's accounts.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan Jadi Macam Ahmad Maslan

Posted: 24 Jan 2016 07:46 AM PST


Kemelut Umno Kedah belum ada petunjuk

Posted: 24 Jan 2016 07:40 AM PST

Najib sempat berseloroh dengan Mukhriz
LANGKAWI - Belum ada sebarang petanda dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kemelut yang melanda Umno Kedah.
Semua pihak masih tertunggu-tunggu reaksi atau tindakan Presiden Umno itu bagi meredakan keadaan dan akhirnya menjernihkan keadaan demi kestabilannya di negeri jelapang padi itu.
Najib pula tidak mengadakan sidang media ketika menghadiri dua program di Langkawi hari ini.
Selepas selesai merasmikan penerbangan sulung Air Asia dari Guangzhou ke Langkawi, beliau berbual dengan tetamu sambil menikmati minuman.
Selepas itu, Najib bergegas ke program bertemu dan makan tengah hari bersama nelayan serta merasmikan jeti pendaratan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Chenang.
Bagaimanapun, Mukhriz dilihat bersama-sama Najib menaiki kereta rasmi yang membawa perdana menteri menuju ke Kuala Chenang.
Mungkin itulah peluang keemasan bagi kedua-dua pemimpin itu berbincang empat masalah yang berlaku itu.
Sebelum itu, ketika nenyambut penumpang pesawat Air Asia itu pun, kedua-dua tiada kesempatan untuk berbual panjang.
Read More / Baca Lagi >>

Kedah jadi pertaruhan PRU14

Posted: 24 Jan 2016 07:38 AM PST

FLY_6913
Sehingga hari ini, masih tiada kata putus daripada Najib terhadap desakan menukar Mukhriz sebagai MB Kedah dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

KUALA LUMPUR, 24 Januari:

Negeri Kedah bakal menjadi pertaruhan buat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, susulan konflik Menteri Besar yang tercetus Rabu lalu.
Menurut penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prod Madya Dr Azizuddin Mohd Sani, keadaan itu jelas menggugat kestabilan negeri jelapang padi itu yang sudah dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir hampir tiga tahun dan disifatkannya sebagai pentadbiran yang baik.
"Sebenarnya kalau kita lihat, Kedah sudah berada dalam keadaan stabil, selepas diambil semula BN pada PRU lepas.
"Umno sudah stabil, pembangkang pula sedang berbalah sesama sendiri, terutamanya melibatkan PAS dan Parti Amanah Negara…dari segi prospek PRU, memang Kedah boleh kekal di bawah BN.
"Tetapi, bila berlaku macam ini, keadaan menjadi goyah. Sebab Mukhriz ini dia tidak ada isu, kita nak kata dia hebat mentadbir itu tidaklah, tetapi dia kategori okay…dari segi ekonomi stabil, politik stabil dan rakyat juga nampak gembira dengan kepimpinan beliau," katanya sebagai mengulas kemelut penggulingan Mukhriz.
Secara peribadi, beliau berpendapat, Mukhriz layak diberi peluang untuk mengekalkan jawatan selaku Menteri Besar dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah sehingga PRU14 akan datang.
Ini kerana, jelasnya, jika Mukhriz digantikan calon lain, ia mungkin memberi impak kepada BN dan Umno pada PRU14, kerana membangkitkan kemarahan rakyat dengan krisis itu.
"Sebab hal ini melibatkan rakyat…Jika rakyat marah, BN akan kalah dalam PRU akan datang. Itu sama ada mereka undi kepada pembangkang atau mereka tidak akan turun mengundi langsung.
Read More / Baca Lagi >>

Silibus BTN, pengurusan persepsi akan diperhalusi, kata Azalina

Posted: 24 Jan 2016 07:36 AM PST

Silibus dan aspek pengurusan persepsi khususnya dalam kalangan anak muda akan diberikan perhatian dalam penjenamaan semula BTN, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2016. 
Silibus dan aspek pengurusan persepsi khususnya dalam kalangan anak muda akan diberikan perhatian dalam penjenamaan semula BTN, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

 Jawatankuasa penjenamaan semula Biro Tata Negara (BTN) akan memperhalusi dan mengkaji silibus BTN serta melihat aspek pengurusan persepsi khususnya dalam kalangan anak muda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata bagi melaksanakan tugasan tersebut, jawatankuasa penjenamaan semula itu dibahagikan kepada 2 jawatankuasa kecil.
"Satu daripadanya akan memperhalusi dan mengkaji silibus BTN, khususnya modul sedia ada supaya mengikut kehendak semasa selain meneliti keperluan memperkenalkan silibus baharu seperti Negara Bangsa dan sebagainya.

"Ia akan dianggotai khususnya  ahli akademik," katanya dalam kenyataan hari ini. Jawatankuasa kecil ke-2 pula, akan melihat aspek pengurusan persepsi khususnya dalam kalangan anak muda serta respons belia terhadap negara bangsa dari konteks tugas dan tanggungjawab mereka yang mana pendapat dan suara belia sendiri akan diambil kira.    
Azalina berkata yang perjumpaan meja bulat sudah diadakan sebelum ini, ke arah melaksanakan 1 perubahan terhadap pendekatan yang dibuat BTN dalam usaha meningkatkan semangat patriotik terhadap negara.
Beliau berkata mesyuarat meja bulat ke-2 dalam bentuk bengkel akan diadakan bulan depan.
Katanya ahli panel yang dilantik tidak terlibat dalam aspek dasar dan pentadbiran BTN secara langsung, dan penglibatan mereka dari aspek memberi input cadangan penambahbaikan modul serta pengurusan persepsi tertakluk kepada jawatankuasa masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tidak harus didesak buat keputusan krisis menteri besar Kedah

Posted: 24 Jan 2016 07:35 AM PST

  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak harus didesak untuk membuat keputusan isu menteri besar Kedah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2016.  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak harus didesak untuk membuat keputusan isu menteri besar Kedah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

 Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Datuk Seri Najib Razak tidak harus didesak atau tergesa-gesa untuk membuat keputusan mengenai isu menteri besar Kedah.
Salleh berkata, apabila perdana menteri akhirnya membuat keputusan, ia merupakan keputusan yang sedia termaklum yang mengambil kira semua pendapat dan hasrat.
Menerusi catatan dalam blognya sskeruak.blogspot.my blognya, beliau berkata sejak 2009, Najib terpaksa menangani beberapa krisis menteri besar.

"Dan walaupun semua pihak menjangkakan yang lebih teruk, sehingga menjangka negeri itu mungkin jatuh, pada akhirnya segala-galanya diselesaikan dengan memuaskan hati semua pihak mahupun istana," kata beliau. Salleh menganggap  krisis menteri besar di Kedah tidak berbeza, dan pilihan ketua pejabat eksekutif (CEO) setiap negeri akhirnya, menjadi prerogatif presiden parti untuk menentukannya.     
"Tetapi, sebelum CEO negeri dilantik, presiden parti perlu terlebih dahulu mendapatkan maklum balas daripada parti termasuk memperoleh pandangan istana di negeri yang mempunyai menteri besar."
Salleh berkata rakyat Malaysia sentiasa mencari sesuatu yang menimbulkan sensasi dan yang terkini ialah kemelut di Kedah.
"Malahan, ia dianggap sebagai krisis sedangkan sebenarnya ia bukan krisis," katanya.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menghadapi tekanan selepas pemimpin Umno bahagian di negeri itu secara terbuka menyatakan mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan ketua badan perhubungan Umno negeri.

Agak2 ler.. siapa di belakang Najib tu..??

Posted: 24 Jan 2016 07:00 AM PST


Saya tidak gila jawatan – Ahmad Bashah

Posted: 24 Jan 2016 04:01 AM PST

FLY_5785
Ahmad Bashah mengesahkan, satu memorandum menuntut pertukaran Mukhriz akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong melalui Perdana Menteri.

ALOR SETAR, 24 Januari:

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan dirinya berhasrat merebut jawatan Menteri Besar (MB) negeri itu daripada penyandang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menurutnya, konflik negeri itu berpunca daripada kepimpinan negeri tersebut yang sudah hilang keyakinan terhadap Mukhriz yang dilihat gagal memperkukuhkan kedudukan Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, dirinya tidak 'gila jawatan' seperti yang didakwa sesetengah pihak, setelah tercetusnya konflik MB Kedah.
"Kalau saya gila jadi MB, pilihan raya hari itu saya sudah jadi MB. Ketika itu, saya ialah pengerusi perhubungan, saya juga pengarah pilihan raya. Saya tak gila jawatan.
"Masa dulu, ketika lagi dua hari nak mengundi pada PRU, mereka kata mereka nak umum Mukhriz jadi MB kalau menang, saya terima, walaupun saya pengerusi perhubungan negeri, saya juga pengarah pilihan raya.
"Saya terima, sebab itu adalah hak Perdana Menteri. Saya tak nak pertikai itu dan ianya terpulang kepada Perdana Menteri nak tengok semua itu.
"Jadi, saya terima dan saya bersyukur PM tetap menghargai saya dan jasa saya, jadi saya dibawa PM ke Kuala Lumpur (dilantik selaku Timbalan Menteri)," katanya pada sidang media yang diadakan di kediamannya, hari ini.
Menurutnya, hasrat kepimpinan Umno Kedah hari ini mahu Mukhriz ditukarkan, kerana ia dianggap perlu bagi memastikan negeri berkenaan kekal di bawah pentadbiran Barisan Nasional pada penggal akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Bersatu melawan kuasa ekstremis dan perkauman

Posted: 24 Jan 2016 03:50 AM PST


LIM_GUAN_ENG_PC
RAKYAT Malaysia yang mencintai keamanan dan kesederhanaan perlu bersatu padu melawan segala kuasa ekstremis dan perkauman yang bertujuan memburuk-burukkan bukan Muslim dan bukan Melayu melalui kebencian, ketakutan dan penipuan.
Dasar pecah perintah BN bukan sahaja merenggangkan hubungan sesama rakyat tetapi juga meningkatkan permusuhan akibat kerelaan mempercayai penipuan itu atau keburukan antara satu sama lain. Sangat mengecewakan apabila dasar rasis dan ekstremis BN itu diterima pakai sebuah parti pembangkang bagi memuntahkan segala penipuan, ketakutan dan kebencian menentang bukan-Muslim dan komuniti Cina.
Kebencian ditunjukkan kepada bukan Melayu itu boleh dilihat di beberapa sekolah kebangsaan apabila kanak-kanak bukan Muslim tidak dibenarkan makan secara terbuka semasa bulan suci Ramadan.
Malah, seorang kolumnis di New Straits Times mengeluh kanak-kanak Muslim kurang percaya dan enggan berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak bukan Muslim di sekolah. Lalu, tidak hairanlah apabila semakin kurang ibu bapa bukan Melayu menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan.
Betapa seriusnya permusuhan kaum itu boleh dilihat melalui sebuah insiden melibatkan seorang doktor perempuan berketurunan India di Taiping. Beliau mahu membantu seorang lelaki tua Melayu yang tercedera akibat jatuh  motosikal.
Read More / Baca Lagi >>

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:04 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Ini Fakta, Bukan Auta , Kenapa Parti Pas ?...

Posted: 24 Jan 2016 02:52 PM PST

Sejarah Ekonomi Malaysia merudum yang lepas rasanya macam ada persamaan dengan apa yang berlaku sekarang ini....

Kalau yang lepas berlaku sekitar tahun 1998 ke 1999, dimana waktu tu Perdana Menteri Dr Mahathir tetapi beliau tidak merangkap Menteri Kewangan..

Menurut cerita DS Anwar Ibrahim Menteri Kewangan mahu menerima bantuan dari Tabung Ekonomi Dunia, melalui Goerge Soros yang di gelar Penyamun mata wang Dunia, 
Tapi Dr Mahatir bertegas menolak tidak mahu rancangan tu,, maka bermula dari situ berlaku pemecatan jawatan, Timbalan Perdana menteri dan juga Menteri Kewangan,

Dari segi kesan di atas, negara jiran yang menerima bantuan bantuan Goerge Soros seperti Thailand, Indonesia dan juga Korea rasa ekonomi mereka tidak seteruk negara kita Malaysia sekarang...  

Jadi sekarang sapa yang bersalah dalam hal ekonomi Malaysia ni... Najib, Mahathir atau Anwar...jawab sendiri lah..

Dari segi politik waktu tersebut Pas mendapat keuntungan besar, apabila PRU 1999 Pas dapat perintah Terengganu, jadilah rasa sepenggal, secara realitinya ini adalah adalah atas kebijaksaan arwah Dato Fadzil Nor selaku Presiden Pas...
Sayang waktu tu, pengundi kaum Cina masih memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional..

Berbalik pula pada situasi sekarang, tak payah nak ulaslah apa bahana yang rakyat terpaksa tranggung, sedangkan pemimpin masih boleh bermewah, masih mendapat kenaikan gaji yang tinggi peratusannya..

Apa yang ada persamaan seperti aku katakan diatas,,, ialah.. kalau zaman Mahathir ia Pecat Anwar, tetapi dizaman Najib@Rosmah, ia pecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin, Menteri Luar Bandar Dato Shafie Afdal, di bersarakan Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail sebelum ini merupakan salah sorang Key man yang menyebabkan Anwar ke penjara, Timbalan Ketua Pengarah SPRM, 

Governor Bank Negara nyaris-nyaris nak sangkut sama...
 

 
Itu yang kena pecat, yang terbunuh ka, atau kena bunuh pun ada dalam kes ni, masih dalam siasatan polis, harap polis bertindak tegas, rasanya pegawai-pegawai dan anggota polsi pun dah tak larat dengan isu apa yang berlaku, mana mungkin mereka tak tahu siapa benar siapa salah,,, tapi nak buat guana... makan gaji, saya yang menurut perintah.
Jadi siapa lagi hebat di antara Mahathir VS Najib@Rosmah, mungkin waktu Mahathir dulu, bininya Tun Dr Siti Hasmah hanya bertugas sebagai Dr peribadi kepada Mahathir, itu sahaja secara resminya, berbanding dgn sekarang,, errmmh tak payah ceritalah, satu dunia orang dah tahu.. 

Jom dengar apa Najib kata, yang mana satu yang benar ...



Jadi sekarang, macam Pas boleh nak bersatu,,, apakah kerana ini..


Agenda apa lagi,,, negara dah nak bangkrap dah woiii.. agenda mamat dlm gambar tu dah bejaya dah, dapat jadi CEO,, nak apa lagi ,,, habuan dunia dah berbaloi-baloi dah, untung nasib badan, bagai mana nasib rakyat,,, peduli apa.. nasib hangpa la,, sapa suruh undi ....


 kalau dah bekas Menteri Kewangan, Bendahari Umno, orang kuat Bursa saham, depa kata kalau ia demam Index saham pun turut jatuh, komen hangpa nak kata apa lagi... 

Cuma aku yang nak kata, Polis tak ambik tindakan ka kat Tun Daim ni, boleh menimbul kata hasutan yang meresahkan rakyat Malaysia..

Bagi aku masih bersangka baik kat parti aku sendiri, cuma berpendapat, harap-harap betoi la kut ,walaupun tak betoi... jadi yang mana satu ni... ikut hangpa lah.. 

Hangpa jangan baca kata-kata Ketua kepada Presiden parti aku tu.. 
Baca index Dap dengan Umno ,, yang mana the best ...itu secara pukal , kalau secara detail satu persatu, 100 muka surat A4 huruf font Arial 10 pun tak muat lagi... Mungkin lepas ni ada penulis-penulis yang nak buat salah laku umno..


 Mungkin kah,,, ini pendapat aku dari hati yang luhur ikhlas lagi suci murni, jangan takut,, dah di sahkan oleh jakim....

Dap hanya satu sahaja bersalah dengan Pas dan orang melayu kononnya,,, tetapi Umno,, berapa tu... 

Jadi kalau duk dalam PR,,, nak dakwah Dap, pahala sikit sangat... berbanding dengan umno,, berapa tu... tak larat nak kira,, silap-sila jammed calculator..

Tolong lah wahai pimpinan Pas yang diatas, tarbiah ahli-ahli tu dulu,,, ramai lagi bengong wal kelabu asap,,, ada ketua cawangan yang duk berwasap dgn aku hina dan tuduh aku macam-macam, sain dalam borang ahli pun blum kering, tu pun jangan kata aiihh, sikit-sikit ulama,,, nak kata apa lagi..
Ada ostad siap maki haram jadah dalam satu forum di Masjid Lama Taiping, ni apa cerita ni,, ostad woi..hebos seketika,, tak kan orang Amanah yang dulu ahli Pas sanggup buat bohong..

Kalau ahli Pas pun tak habis lagi nak di tarbiah,,, nak pi naihat umno... wo ho ho.... caya lah,, Najib@Rosmah ajalah yang ikut,,, nu di Kedah, sesama umno duk berebut kerusi MB,,, kalau dah kerjasama yakin ka dengan Umnio boleh nak kerjasama,,, fikir-fikir lah dulu walaupun dah pun berlalu... 

Tolong kesianlah kat orang-orang melayu..
 .