Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG MENJUAL PULAU PINANG ?

Posted: 23 Jan 2016 10:30 PM PST

lim korupBENARKAH Lim Guan Eng adalah klien Dato' Cheah Cheng Hye, seorang pengurus dana kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong.

Perkara ini dibangkitkan oleh WakeUp Malaya ketika mendedahkan rahsia nombor plat kenderaan PENANG di Hong Kong yang sering digunakan Lim ketika berkunjung ke negara itu.

Plat kereta PENANG yang digunakan Lim itu dimiliki Dato Cheah dedah WakeUp Malaya yang menggambarkan betapa akrabnya hubungan mereka berdua.

lim-cheah
Lim Guan Eng meraikan Dato 'Cheah Cheng Hye, Pengerusi & Ketua Pegawai bersama Pelaburan Value Partners Limited (tengah)

"Adakah Lim Guan Eng klien Datuk Cheah?

"Berapa banyak pelaburan yang telah dibantu dibawa masuk oleh Datuk Cheah ke dalam Malaysia, atau secara spesifiknya untuk Pulau Pinang? Atau tiada langsung?

"Apakah hubungan mereka dan mengapa Datuk Cheah kerap meminjamkan kereta beliau kepada Lim Guan Eng? adakah mereka sekadar kawan?," soal WakeUp Malaya.

Selanjutnya, sila baca "Misteri Nombor Plat 'PENANG' Di Hong Kong Terjawab"

Nama Cheah sebelum ini pernah didedahkan salah seorang kroni Lim, namun tiada perkaitan projek yang dikaitkan dengannya di Pulau Pinang.

Berbeza dengan kroni-kroni yang lain, mereka sekurang-kurangnya mempunyai hubungan dengan Betty Chew (isteri Lim) atau Lim Hooi Eng (adik Lim), namun Cheah hanya mempunyai hubungan terus dengan Lim secara berasingan.

Selanjut, sila baca "Kroni-Kroni Ketua Menteri Lim Guan Eng Didedah…"

Menurut The Star, Cheah asalnya seorang wartawan kini menjadi salah seorang yang paling berpengaruh di Asia dalam perlindungan nilai dana di Hong Kong.

"Hari ini, Cheah menggerakkan pelaburan terbesar di Hong Kong, menguruskan dana bernilai US $ 9bill (RM28.7bil) dari pelabur di seluruh dunia.

"Tahun lepas, beliau menjadi pemain Asia pertama yang dijemput untuk berucap di Majlis Sarapan Graham dan Dodd acara yang berprestij di Universiti Columbia, New York,"lapornya.

Cheah mula menetap di Hong Kong pada tahun 1974 selepas mendapat tawaran Standard Hong Kong sebagai wartawan kewangan dengan Asian Wall Street Journal dan Far Eastern Economic Review.

Pada tahun 1993, Cheah mula menceburi bidang pelaburan dengan mengasaskan syarikat pelaburan sendiri iaitu Value Partners Limited.

Pada tahun lepas TIBAI pernah mendedahkan kekayaan Lim kini sudah sampai ke peringkat tidak mampu disorok lagi.

"Lim Guan Eng sudah terasa kehangatan apabila kemewahan yang dipertontonkan oleh isterinya secara umum, mula mengaitkan mereka dengan skandal kewangan melibatkan syarikat dan entiti pemaju hartanah. Apatah lagi menerusi perlantikan isterinya yang mempunyai kuasa terus ke atas tanah-tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang, menambahkan lagi syak wasangka, walaupun pada masa yang sama, Lim Guan Eng cuba menggunakan kebijaksanaan akauntan dan auditor untuk menipu imbangan perakaunan serta laporan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Secara jelas, Lim Guan Eng mengikut jejak langkah keluarga Lee Kuan Yew yang telah memiliknegarakan Singapura untuk keluarga mereka sendiri, terutama yang berkaitan dengan perumahan, hartanah dan tanah di seluruh Singapura, sehinggakan syarikat guaman tunggal yang menguruskan isu-isu tanah dan hartanah di negara seberang tambak itu.

"Dengan menggunakan Tan Kok Ping yang merupakan taikun hartanah yang cuba menguasai industri tanah dan hartanah di Pulau Pinang beberapa isu lain termasuklah tender terbuka yang 'tertutup' membabitkan tapak bekas kelab lumba kuda Pulau Pinang yang diserahkan kepada Berjaya Group serta syarikat 'serta-merta' dari China yang mendapat projek berbilion ringgit untuk terowong bawah laut Pulau Pinang, merupakan sebahagian daripada sumber kekayaan melampau Lim Guan Eng sekeluarga.

"Begitu juga dengan penarahan bukit-bukau serta perampasan tanah-tanah wakaf yang menjadi perkampungan orang Melayu tetapi tidak berdokumen untuk dimusnahkan dan diserahkan kepada syarikat-syarikat pemaju kroni Lim Guan Eng bagi pembangunan hartanah yang sangat mewah dan mahal, SPRM seharusnya melakukan siasatan secara terperinci dan tidak perlu bergantung kepada laporan awam semata-mata.

"Dengan pendapatan dan perolehan selain pelaburan ke dalam Pulau Pinang yang menjunam di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perbelanjaan besar oleh Lim Guan Eng untuk kepentingan dirinya, dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan perompakan besar," dedahnya.

betty

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:17 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


CCTV: Thousands protest against signing of TPP trade deal in Malaysia

Posted: 23 Jan 2016 07:44 PM PST

Sirul in video: Some tried to use me to oust someone

Posted: 23 Jan 2016 07:37 PM PST

Umno and PAS in a deadly embrace

Posted: 23 Jan 2016 07:33 PM PST

What is the difference between the 'champion of Malays' and the 'champion of Islam? None in reality.
UMNO PAS
By P Ramasamy
The historical and ideological differences between PAS and Umno have disappeared so much so that some people are beginning to realise there is only one dominant party amongst the Malays.
Umno once went along the ethnic way and PAS on the Islamic path; however, when it was realised that they were indeed the same segment of the Malaysian population, it was inevitable, given their conservativeness and opportunistic approaches, that a kind of political merger was in the offing.
Umno claims itself as the champion of Malays, PAS the champion of Islam. What is the difference? None in reality. Umno uses Islam to reinforce its ethnic dominance, PAS uses Malay ethnicity to reinforce its religious dominance.
Since Umno's nationalism is organised in opposition to the ethnic nationalism of non-Malays, who are invariably non-Muslims, Islam becomes an instrument to reinforce Malay natioanalism.
Although PAS had some pretentions to move away from Umno's narrow ethnic nationalism, it has come to realise that nationalism could be effectively used to reinforce its Islamic image. Following the political rupture with the DAP, PAS under the leadership of Hadi Awang, has embraced Malay ethnicity as one of the defining features of its conservative Islam.
Umno as the hegemonic partner in the ruling coalition not only has introduced the worst kinds of discriminatory practices against the non-Malays, it has also through the state Islamic agencies introduced measures to place curbs on the practice of non-Muslim faiths in the country.
State Islamic departments have made it virtually impossible to convert to non-Muslim faiths. Now even non-Muslims have been told to go to the Syariah court to determine religious status. Unilateral conversions of non-Muslim children will pose a major challenge.
The last hopes for non-Muslims against the arbitrary decisions of the state Islamic agencies are the civil courts. However, the civil courts of late have taken a subservient position vis-à-vis the Syariah court. On the matter of conversion to Islam, however unfair and unjust, the civil courts have abdicated their role to the Syariah court.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan jadikan anak kami ‘tikus makmal’, kata ibu bapa tentang format UPSR baharu

Posted: 23 Jan 2016 07:16 PM PST

Kebanyakan ibu bapa yang ditemui The Malaysian Insider tidak mahu anak mereka dijadikan bahan uji kaji atau 'tikus makmal' untuk menguji format peperiksaan baharu UPSR seperti diumumkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2016. 
Kebanyakan ibu bapa yang ditemui The Malaysian Insider tidak mahu anak mereka dijadikan bahan uji kaji atau 'tikus makmal' untuk menguji format peperiksaan baharu UPSR seperti diumumkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengubah format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada 40% Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan 60% peperiksaan seperti pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa.
Kebanyakan ibu bapa yang ditemui The Malaysian Insider tidak mahu anak mereka dijadikan bahan uji kaji atau "tikus makmal" untuk menguji format peperiksaan baharu seperti diumumkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid.
Penyelia IT Swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Raju mahu kementerian lebih relevan dalam membuat sebarang keputusan dalam pendidikan.

"Anak saya bukan 'tikus makmal', sekejap buat itu dan ini. Anak saya jadi mangsa. "Kenapa kita tidak contoh pendidikan di Singapura? Mereka tidak menukar sewenang-wenangnya silibus pelajaran," kata Raju, 40, yang bekerja di Johor Baru.
"Nak buat macam PT3, guru pun terbeban dengan kerja nak masukkan markah dan Internet pun lembab.
"Buat sesuatu yang lebih munasabah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Manakala Pengurus Restoran Roney Ratuhaqie Kamas Masud, 43, sama sekali tidak bersetuju memandangkan kekerapan penukaran sistem pendidikan akan membuatkan anaknya menjadi keliru.
"Saya kurang setuju kerana anak-anak tidak bersedia dan mungkin tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan konsep baharu yang diperkenalkan dalam jangka waktu yang singkat.
"Cuba dalami cara pendekatan yang terbaik tanpa menukar konsep. Ini adalah kerana anak-anak akan menjadi bingung dan ibu bapa akan berkeras seperti mendominasi situasi dan ini sering berlaku kepada ibu bapa," katanya.
Silibus semakin susah
Katanya, silibus pendidikan kini jauh lebih susah berbanding dahulu kerana dibebani dengan pelbagai tugasan.
"Bagaimana anak-anak yang ada masalah pemahaman waktu di sekolah pada siang hari tetapi tidak dapat melengkapkan kerja yang diberi.
"Ini bagi saya tidak adil. Setiap anak-anak ada keistimewaan tersendiri dan perkara inilah kerajaan harus fikir bagaimana meningkatkan daya pemikiran mereka," katanya.
Turut bersetuju pakar pemakanan, Siti Farhath Sehu Allavudin 36, yang mahu sistem pendidikan diperbaiki dan bukannya ditukar.
"Kementerian perlu kekalkan silibus dan bukan mendadak. Jika ingin laksanakan sistem PT3, kementerian perlu pastikan guru-guru bersedia dan sentiasa perbaiki sistem pengajaran.
"Pastikan murid-murid diajar mengenai pemikiran kritikal dan dibimbing dengan cara betul.
Read More / Baca Lagi >>

‘That woman' not pregnant, says Sirul in second video

Posted: 23 Jan 2016 07:05 PM PST

Tulisan Sensasi Yang Menimbulkan Fitnah Wajar Dielakkan

Posted: 23 Jan 2016 07:00 PM PST

Oleh Ust Haji Abdul Ghani Bin Samsudin
Menulis sesuatu berita atau kenyataan pada masa ini memerlukan ketelitian dari sudut kebenaran , keperluan dan lebih-lebih lagi kepada implikasi penulisan berkenaan kepada pehak yang terlibat.

Kecenderungan politik dan watak seseorang banyak mencorakkan bentuk dan cara penulisan. Penulis yang menulis dengan kesedaran yang tinggi tentang keperluan suasana islah dan damai berbeza dengan mereka yang kurang peka dan hanya mahu mencemar atau merendahkan mertabat seseorang.

Setelah berlaku kunjungan dari berbagai kumpulan dan sahabat ke Doha, kita mendapat kesan bahawa pendirian pimpinan utama KUMS - walaupun diperingkat awal agak gusar tentang politik di Malaysia tetapi setelah mendapat maklumat lanjut - adalah berkecuali; berlandaskan kaedah warga tempatan lebih tahu tentang selok belok (politik) negara mereka.

Juga setelah mendapat penjelasan tentang asas-asas Syar'i penubuhan parti Amanah.Malah ada pengakuan pehak KUMS untuk mengusahakan pertemuan antara dua kumpulan jamaah atau parti yg bertikai; iaitu antara Parti Islam (PAS) dan Parti Amanah Negara (Amanah) di Malaysia.

Dalam pertemuan Saya dengan Syaikh Ali Qaradaghi di Hotel Westin Di KL Awal bulan 11/2015 yg lalu, beliau antara lain telah menegaskan bahawa : Tidak ada fatwa bertulis oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi tentang pengharaman parti Amanah Negara di Malaysia seperti yang diwarwarkan oleh orang orang tertentu.

Dakwaan mengenai nama Syaikh Qaradaghi dan syaikh Qaradhawi sudah diputarbelit dan dikatakan menyokong parti Amanah adalah tidak benar samasekali kerana bagaimana wakil Amanah boleh memutarbelit sedangkan beberapa hari sebelum kunjungan kami melawat Doha telah diisytiharkan oleh pemimpin PAS kepada orang ramai di Malaysia bahawa Syaikh Qaradhawi mengeluarkan fatwa bertulis mengharamkan parti Amanah. Tapi ternyata dakwaan itu kemudiannya adalah palsu.

Tentang dakwaan Syaikh Ali bahawa wakil Amanah mewarwarkan dengan gambar beliau bersama wakil Amanah yang disiar; bahawa Syaikh Ali adalah menyokong parti amanah adalah dakwaan yang tidak benar dan fitnah semata mata. Tidak ada perkhabaran sedemikian rupa.

Kalau ada kami menuntut bukti , difacebook mana atau halaman web mana dakwaan berkenaan disiarkan. Sila beri pautan urlnya atau blognya sebagai bukti.

Sementelahan pula bergambar dengan seorang ulama seperti beliau adalah suatu penghurmatan kepada rakyat Malaysia yang juga adalah pemimpin politik terkenal. Apakah penghinaan yg berlaku kepada Syaikh berkenaan dengan gambar demikian sehingga mereka hendak dihukum sebagai pengkhianat.

Kalaupun penyiaran gambar itu berlainan dari kehendak beliau mamun kami tidak fikir bahawa Syaikh berkenaan begitu kejam dan bersikap keras sehingga menuduh tetamu dan sahabatnya sebagai pengkhianat.

Setahu kami beliau dan Syaikh Yusuf Al Qaradhawi adalah seorang yang sangat bertimbangrasa, mesra dan pemaaf yang tidak mungkin membuat tuduhan buruk dengan hanya bergambar dengan saudara seagama yang sebelumnya tidak pernah berjumpa dengan beliau . Tuduhan pengkhianat ini memang lumrah di kalangan golongan fanatik parti lama kami dahulu, dengan kebencian mereka yang meluap.
Read More / Baca Lagi >>

TH Belum Terlewat Umum Dividen, Tapi...

Posted: 23 Jan 2016 06:58 PM PST

Oleh A Kadir Jasin
EKORAN pertanyaan pembahas Ummu Aiman mengenai pengumuman dividen (bonus) Tabung Haji (TH) yang saya ulas ringkas dalam perkara 18 posting yang lalu, saya telah membuat beberapa pertanyaan dan penyelidikan ringkas.
Daripada maklumat yang saya peroleh dan apa yang saya fahami mengenai urus tadbir TH, hal-hal berikut perlu dipertimbangkan.

1. Tanda tanya dan kerisauan timbul kerana batas waktu (deadline) pengumuman dividen (bonus) bagi tahun kewangan 2015 dijangkakan pada 22 Januari 2016.
2. Ini adalah kerana tahun lalu, dividen (2014) diumumkan pada 22 Januari 2015. Kadar dividen (bonus) tahun lalu adalah lapan peratus.
3. Tapi TH belumlah terlewat mengumumkan dividen sebab sebelum ini ia pernah membuat pengumuman pada 30 Januari (bagi tahun kewangan 2013) dan 7 Februari (bagi tahun kewangan 2012).
Menabung dan ke Makkah melalui TH
4. Dalam beberapa tahun sebelum dan selepas PRU 2013, TH membayar dividen dan memberi bonus melebihi tahap keuntungannya, mungkin dengan menggunakan rizab.
5. Yang lebih menjadi kemusykilan adalah kesan kelembapan ekonomi, kejatuhan teruk pasaran ekuiti dan keterdedahan (exposure) TH kepada skandal hutang 1MDB ke atas prestasi kewangannya.
6. Selain kontroversi pembelian tanah 1MDB di projek Tun Razak Exchange (TRX), TH juga memberi hutang yang besar kepada 1MDB melalui pembelian bon 1MDB.
7. Apa-apa yang tidak baik, sekiranya berlaku, akan mengancam kepentingan penyimpan TH dan keyakinan terhadapnya.
7. Seandainya hal ini terjadi, ia adalah sabotaj ekonomi dan akidah kerana majoriti yang menabung dengan TH adalah orang miskin dan mereka berbuat demikian semata-mata untuk menunaikan ibadat haji.
7. Orang seperti Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, Menteri Agama (Datuk Seri) Jamil Khir Baharom, Pengerusi TH, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, (Tan Sri) Ismee Ismail akan dipertanggungjawabkan jika TH mengalami musibah.
Read More / Baca Lagi >>

Tabung Haji Adalah Keringat Dan Air Mata Petani Miskin

Posted: 23 Jan 2016 06:57 PM PST

Oleh Abu Hassan Adam 
Sayup-sayup kedengaran lagi tentang kisah Tabung Haji (TH) yang tidak sedap telinga mendengarnya. Tidak lama dulu kisah TH 'membantu' untuk menyelamatkan IMDB dengan membeli sebidang tanah yang harganya jauh lebih mahal daripada harga sepatutnya. Dan kononnya harta akan dijual dan kononnya sudah 'ramai' pembeli yang 'teringin' untuk membeli harta berkenaan. Agaknya sudah terjual pun harta berkenaan dan pastinya TH telah pun membuat 'keuntungan' yang lumayan. Agaknya begitu lah…

Kini terdengar pula kisah TH tidak mengumumkan lagi dividen yang sepatutnya diumumkan. Penabung yang tahu menahu tentang hal perniagaan tentunya tertanya-tanya tentang mengapa keadaan terjadi demikian. Dilaporkan bahawa TH membuat keuntungan yang berlipat ganda dan tidak akan terjejas langsung simpanan penabung di TH. Nampaknya sehingga kini masih lagi belum membuat pengumuman untung- ruginya. Apa dah jadi? Mungkin agaknya 'orang kuat' TH terlalu sibuk dengan keadaan kemelut politik di Kedah kini sehinggakan tidak ada masa untuk menguruskan hal ehawal TH. Agaknya lah… Seingat aku, arwah bapak dan emak aku dulu tidak tahu menahu tentang selok – belok dividen-dividen TH. Mereka hanya tahu menyimpan dan apabila sudah cukup wang mereka di TH untuk mereka menunaikan Haji, maka mereka berangkat ke Makkah. Dan begitu jugalah sikap ramai petani miskin di seluruh negara yang menyimpan di TH. Mereka seolah-olah menyerahkan bulat-bulat dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada pentadbiran dan penguruan TH untuk menguruskan simpanan mereka. Mereka percaya bulat-bulat sebagaimana yang dijelas dan dirangka oleh Ybhg Professor Diraja Ungku Aziz yang mengasaskan penubuhan Tabung Haji berpuluh tahun yang lalu.
Kini TH telah diuruskan oleh golongan professional yang kononnya amat arif tentang selok perniagaan. TH kini diterajui oleh golongan 'bijak pandai' yang bukan sahaja 'bijak' berpolitik tetapi juga kononnya 'bijak' dalam hal 'jual-beli' (Tak kiralah jual beli apa pun). TH dipertanggung-jawabkan kepada Menteri yang amat 'tahu' tentang selok belok agama Islam yang kadang-kadang seolah-olah kelihatan seperti 'pakar' yang tidak ada siapa yang boleh menandingi 'ilmu' agamanya.
Tetapi solanya ialah apakah golongan ini sedar bahawa mereka telah mengkhianati harapan dan hasrat golongan petani miskin yang berada di kampung-kampung. Dan apabila disebut golongan petani miskin, maka dengan sendirinya perasaan aku akan terguris disebabkan antara mereka itu termasuklah arwah bapak dan emak aku, Pak Alang, Pak Ngah, Wan Chu, Mak Cik Lamah, Chu Mi, Pak Alang Palit, Pak Lop Godak, Tokki Pandak, Pan Peah dan ramai lagi yang tidak perlu aku sebutkan.
Read More / Baca Lagi >>

Adun BN Kedah bergerak singkirkan Mukhriz, 3 calon MB baharu

Posted: 23 Jan 2016 06:52 PM PST

Setakat ini 13 Adun BN sudah menandatangani akuan bersumpah dalam usaha mendesak Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berundur dari jawatannya secara Perlembagaan sejurus selepas perjumpaan tertutup Umno Kedah bersama Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur baru-baru ini, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Januari, 2016. 
Setakat ini 13 Adun BN sudah menandatangani akuan bersumpah dalam usaha mendesak Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berundur dari jawatannya secara Perlembagaan sejurus selepas perjumpaan tertutup Umno Kedah bersama Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur baru-baru ini, kata sumber. 

Akhbar Berita Harian melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah Barisan Nasional (BN) difahamkan kini mula menggerakkan usaha mendesak Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berundur dari jawatannya secara Perlembagaan sebagai pelan kedua sekiranya pengunduran secara politik tidak berhasil.
Sumber memberitahu akhbar itu, setakat ini 13 Adun BN sudah menandatangani akuan bersumpah sejurus selepas perjumpaan tertutup Umno Kedah bersama Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagaimanapun, sumber Umno Kedah itu memberitahu Berita Harian, akuan bersumpah yang dimaksudkan itu sebenarnya sekadar menyatakan persetujuan untuk akur dengan sebarang keputusan dibuat presiden parti untuk menyelesaikan kemelut politik negeri jelapang padi itu.

"Sekarang ada 13 daripada 21 Adun BN (menyokong) dan kami percaya boleh dapat sekurang-kurangnya 5 atau 6 lagi Adun untuk bersama. Kami nak buat secara teratur, mengikut ketetapan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. "Akuan bersumpah yang lengkap itu sendiri akan menjadi perakuan kita kepada anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk dipertimbang, sekali gus diperkenankan mengikut Perlembagaan," kata sumber Umno Kedah kepada Berita Harian.
Sementara Mingguan Malaysia melaporkan terdapat 3 lagi calon baharu menteri besar Kedah walaupun sebelum ini pelbagai pihak menjangkakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai individu paling layak menggantikan Mukhriz.
Menurut edisi Ahad Utusan Malaysia itu, sumber mengatakan nama 3 calon itu berada dalam senarai seandainya Ahmad berdepan "halangan."
Di antara yang dinamakan ialah Adun Guar Chempedak merangkap exco Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail, 63, yang mempunyai ijazah kedoktoran dari luar negara dan merupakan "orang lama" dalam politik.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysiakini bukan untuk dijual

Posted: 23 Jan 2016 06:49 PM PST

Malaysiakini bukan untuk dijual, kata pengasas bersamanya sebagai reaksi kepada dakwaan ada sekutu Umno bercadang membeli beberapa laman sesawang, termasuk portal berita nombor satu negara itu.
 Ketua pegawai eksekutifnya, Premesh Chandran berkata Malaysiakini tidak dihubungi pelabur sebegitu dan tidak akan melayan mereka jika ada.
"Malaysiakini berterima kasih kepada pelanggan kerana menyokong kami selama ini. Dengan sokongan mereka kami mampu berdaya maju dan bebas," katanya.
Untuk mengakses laman sesawang berita berbahasa Inggeris pelanggan Malaysiakini membayar RM150 setahun atau RM388 untuk tempoh tiga tahun.
Kata Pramesh (gambar), meminta pembaca melanggan untuk mendapatkan berita bukan sesuatu yang keterlaluan.
"Sebagai balasan kami akan memastikan Malaysiakini kekal bebas daripada campur tangan luar dan terus memberikan laporan tanpa takut atau berpihak," katanya.
Menurut beliau pihak yang berurusan dengan Malaysiakini sedar bahawa keputusan editorial dibuat oleh wartawan dan editor portal berkenaan.
Sementara itu Ketua Pengarang Kumpulan Steven Gan berkata pengasas laman sesawang berkenaan tahu bagi memastikan Malaysiakini kekal bebas sejak 16 tahun lalu, ia perlu berdikari dari segi kewangan.
"Malaysiakini tidak akan menjadi apa yang anda lihat hari ini tanpa penyokong kami yang menyumbang sejumlah kecil wang untuk memastikan wartawan melaksanaan misi laman sesawang ini terus diyakini," katanya.
Gan juga menegaskan pengasas Malaysiakini mahu portal berita itu dipimpin oleh pasukan wartawan dan editornya.
"Malaysiakini milik mereka, dan untuk pembaca serta penyokongnya," kata Gan.
Menurut beliau, kesan buruk kawalan media tradisional oleh pemilik yang mempunyai kaitan politik akan terlihat pada dunia atas talian tidak lama lagi.
Katanya, pengguna berita perlu memberikan sumbangan lebih banyak jika mahu pertubuhan media kekal bebas daripada campur tangan politik dan perniagaan kroni mereka.
"Jika mereka tidak membayar untuk mendapatkan berita, ada pihak lain yang bersedia melakukannya. Dan pada akhirnya, ahli politik dan taikun adalah pihak yang menikmati kebebasan media, bukan rakyat," katanya.
Kata Pramesh, pengiklanan juga memainkan peranan penting memastikan pertubuhan media kekal berdaya saing.

Semua Ahli Parlimen digesa undi tolak TPPA

Posted: 23 Jan 2016 04:15 PM PST

TPPAAhli Parlimen perlu mengundi bagi menolak pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana ia bakal menjejaskan ekonomi negara dan hak rakyat.
Sehubungan itu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah, berkata adalah menjadi tanggungjawab semua Ahli Parlimen yang bersidang untuk membuat keputusan demi kebaikan rakyat dan semua pihak di negara ini.
"Diseru kepada Ahli Parlimen menolak TPPA pada 26 Januari ini.
"TPPA menjejaskan hak rakyat di negara ini dan ia juga tidak menentukan polisi awam," katanya dalam himpunan anti TPPA di Padang Merbuk di sini, hari ini.
Maria Chin berkata, pertubuhan itu juga menuntut Kerajaan Persekutuan membaiki mekanisme dan institusi undang-undang dalam merangka polisi ekonomi termasuk menentukan sebarang keputusan dibuat seperti TPPA.
Katanya, langkah itu penting supaya ekonomi negara tidak terjejas kerana faktor multi nasional terutama di sektor pertanian, perubatan serta industri kecil dan sederhana (IKS).
"Kita juga membantah TPPA kerana ia melemahkan dan menghadkan (kuasa) Parlimen untuk menggubal undang-undang.
"Apa yang penting kerajaan perlu menyelesaikan isu tempatan seperti menyalahgunakan kuasa oleh institusi kerajaan, salah guna wang untuk 1MDB dan sebagainya. Semua isu ini mesti diselesaikan sebelum kita membincangkan TPPA," katanya.
Beliau turut berkata, rundingan berhubung TPPA juga dijalankan kurang ketelusan dan gagal menepati piawaian berkenaan.

Serang Mukhriz umpama pil awet muda Dr Mahathir

Posted: 23 Jan 2016 04:02 PM PST

Tiada angin dan tiada ribut, tiba-tiba sahaja 14 ketua Umno bahagian di Kedah mengadakan sidang media menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Tidak perlu menjadi profesor dalam bidang sains politik, ramai yang mengagak tindakan ini sudah tentu berkaitan dengan serangan ayah Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad, terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Ditambah pula dengan pembelaan secara terbuka dilakukan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap 14 ketua bahagian ini.

Kata orang, bila dalam "satu pasukan", pelbagai cara boleh dilakukan untuk membela, dan pelbagai cara juga boleh dilakukan bagi mengambil tindakan terhadap kumpulan berbeza pandangan. Tidak hairanlah mengapa Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) mahu membakar buku perlembagaan Umno selepas melihat tindakan berat sebelah Tengku Adnan itu.
Melihat kepada respons Mukhriz berdepan dengan penentangan secara terbuka Umno Kedah terhadapnya, tidak mudah bagi Najib menyingkirkannya sebagai menteri besar.
Najib dan Umno Kedah perlu melalui proses yang panjang sebelum dapat menyingkirkan Mukhriz sebagai menteri besar.
Anak bongsu kepada Dr Mahathir itu sudah tentu tidak akan tunduk begitu sahaja dengan meletakkan jawatan seperti didesak.
Ini bermakna, Najib dan Umno Kedah mungkin terpaksa memecat Mukhriz daripada parti, seperti dilakukan PKR terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, atau menggunakan saluran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggerakkan usul undi tidak percaya terhadapnya.
Kedua-dua proses ini akan memakan masa yang panjang dan ini akan menyebabkan Umno "terbarai" lebih teruk.
Dr Mahathir 'semakin muda'
Sekiranya penyokong Najib beranggapan tindakan terhadap Mukhriz akan menyebabkan Dr Mahathir memperlahankan serangannya terhadap perdana menteri, mereka silap besar.
Mengenali Dr Mahathir dan politiknya, serangan terhadap Mukhriz hanya akan menyebabkan bekas perdana menteri itu menjadi "semakin muda".
Jika tidak percaya, tunggulah, beberapa hari lagi serangan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib akan menjadi semakin hebat dan "demam-demam" yang melanda bekas presiden Umno itu sejak akhir-akhir ini akan hilang.
Menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri sudah dianggap sebagai perjuangan terakhir Dr Mahathir dalam karier politiknya.
Read More / Baca Lagi >>

Apa kata siswa puasa sunat saja?

Posted: 23 Jan 2016 03:55 PM PST

SUDAH tentu semuanya merasa hiba mendengar ramai siswa terpaksa mengikat perut justeru tidak cukup duit untuk membeli makanan dan makanan pula mahal.    
Antaranya makan dengan kuah. Kuah tanpa isi itulah dikira lauk. Atau ada yang makan sekali sekala.
   
Mungkin nasib orang gelandangan lebih baik daripada mahasiswa. Akan gelandangan itu sekurang-kurangnya ada NGO yang mengambil berat nasib mereka, mengadakan nasi kawah.Mahasiswa? Belum ada yang bertindak.

Mungkin sebelum ini duit yang sedikit dapat menampung ala kadar makan bagi melapik perut. Ada lauk dan kuah.
 Tetapi dengan kenaikan semua baru awal tahun; tol, tambang dan lain-lain, maka makan berkuah dua kali sehari, tahun ini jadi sekali saja.
   
Apa hendak dikata. Nasib negeri kita sudah tidak berduit. Mungkin inilah yang dikatakan semua berlegar  dalam kalangan sedikit orang yang berada, dan yang tidak berada makan berkuah saja. Makan berkuah itu sudah nasib baik. Makan nasi saja tak berkuah lagi teruk.
   
Saya teringat masa kanak-kanak musim Jepun. Selalulah kami makan bergaulkan minyak masak yanag ditabur garam. Sekali sekala dapat minyak sapi. Dari nasi kosong, nasi gaul minyak garam jadi nikmat juga.
   
Mungkin sekarang kita sudah mendekati semula musim Jepun. Kepada siapa kita hendak mengadu selain daripada mengadu kepada diri sendiri. Mungkin kita hendak mengadu kepada kerajaan atau menyalahkan kerajaan. Kerajaan pun susah juga. Mungkin mengadu kepada kerajaan memenatkan saja.
   
Jika mahasiswa tinggal berdekatan dengan surau dan masjid, rajin-rajinlah menjenguk masjid, solat berjemaah. Biasanya sekarang ramai orang mati. Keluarga mengadakan tahalil dan kenduri arwah. Jemaah surau dijemput. Tentullah ia dapat dari semasa menampung keperluan. Jamuan tahlil cukup kuah dan lauknya. Lepaslah daripada makan dengan kuah saja.
   
Read More / Baca Lagi >>

‘Most of the data in fake MyKads come from Sabah’

Posted: 23 Jan 2016 03:52 PM PST

Source familiar with issue of fake MyKads says syndicates use data from Sabah Mykads.
jpn
PETALING JAYA: Most fake MyKads produced by syndicates for foreigners used data from MyKads issued in Sabah.
This is the shocking revelation made by a source in the Immigration Department when asked to comment on a recent joint operation with the National Registration Department (NRD) on fake MyKads in Pahang.
The source said that the data in fake MyKads almost always came from Sabah as it was an entry point for foreigners into the country.
"These syndicates have been around for ages and they are very advanced in their methods," said the source, adding that this was to avoid detection by the authorities.
"This is where Immigration officers come into play, we observe their movements or accents and then check their MyKads against NRD records, as on the face of it, the fake MyKads look like the real deal."
The source said that the NRD would have more details about the fake MyKads as it was the agency in charge of issuing these.
Meanwhile when contacted, Immigration Department deputy director-general Sakib Kusmi declined to comment on the sources' claims, saying only that the data in the MyKads came from various sources.
"The syndicates can get the tools they need to make the fake MyKads easily in the market and online.
"As for the data, they can get these from leaked data from credit card companies and stolen or lost MyKads," he said.
On Thursday, the New Straits Times reported on the joint operation in Balok, Pahang in which the authorities discovered fake MyKads were being sold for as low as RM200.
Read More / Baca Lagi >>

Antara DNA dan taukey bauksit

Posted: 23 Jan 2016 03:43 PM PST


Anti- TPPA: Utusan Malaysia tulis tak lebih 500...

Posted: 23 Jan 2016 03:41 PM PST

Utusan dah buat dah.. dia dah mula ler tu..

HAKIKATNYA....
Tak heranlah kalau Utusan dah byk kali kalah kes saman fitnah di mahkamah..

Jangan hentikan biasiswa JPA

Posted: 23 Jan 2016 07:51 AM PST

Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat laporan pemberhentian biasiswa Jbatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti yang dilaporkan media massa.Pemberhentian biasiswa ini pastinya menjejaskan pelajar yang terbabit dan bakal mengakibatkan kerugian potensi dan sumber tenaga manusia dari golongan terpelajar untuk negara pada masa hadapan.
Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin gawat dan dilanda pelbagai skandal membabitkan kemuncupan nilai ringgit, pentadbiran  kewangan serta integriti kepimpinan negara, seharusnya sektor pendidikan tidak dikorbankan untuk menampung pengurusan kewangan negara yang lemah.
Sementelahan, peruntukan untuk sektor pendidikan telah dikurangkan secara drastik ketika pembentangan bajet 2016 yang lalu. Anugerah biasiswa JPA adalah apresiasi terhadap peri penting potensi para pelajar cemerlang dikembangkan menerusi pengajian tinggi untuk dimanfaatkan oleh negara.
Seharusnya rasionalisasi boleh dilakukan di dalam sektor lain khususnya dari peruntukan Jabatan Perdana Menteri termasuklah peruntukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dilaporkan menerima peruntukan yang sangat tinggi ketika pembentangan Bajet 2016.
Tampak semakin jelas ketempangan kerajaan dalam menentukan keutamaan dalam kepentingan rakyat dan pembangunan negara.
Justeru Abim mendesak agar pemberian biasiswa tersebut dikembalikan serta merta sebagai tanda komitmen pemerintah terhadap keutamaan pendidikan sebagai teras pembinaan negara dan tamadun yang hebat sepanjang sejarah.
Read More / Baca Lagi >>

Dilema DAP

Posted: 23 Jan 2016 07:50 AM PST

Oleh Zairil Khir Johari
SEKALI lagi, perhatian tertumpu kepada DAP, kali ini disebabkan kajian terbaru Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati hampir dua pertiga responden Melayu di Selangor percaya DAP ialah sebuah parti berasaskan perkauman yang hanya mementingkan komuniti Cina, manakala separuh daripada mereka percaya DAP anti-Melayu dan anti-Islam.
Malangnya, imej meluas yang tersasar itu, menunjukkan realiti sebenar yang terpaksa dihadapi DAP. Ia naratif yang ditanam secara spesifik oleh UMNO dan jentera propagandanya melalui media, sistem pendidikan kebangsaan dan program latihan sivik kerajaan.
Cauvinis Cina 
Memotret DAP sebagai orang jahat dalam kalangan Melayu adalah strategi rejim pemerintah. Dari sudut pandangan mereka, ia  sesuatu yang rasional. Apabila asas sebuah parti didasarkan pada penyebaran naratif berasaskan kaum, contohnya UMNO sebagai pelindung Melayu dan satu-satunya kubu menghalang orang Cina daripada mengawal negara dan menghukum Melayu sehingga menderita seperti orang Palestin, parti itu terpaksa bergantung kepada penggunaan 'ancaman Cina' untuk terus hidup.
Secara politik, ancaman itu wujud disebabkan DAP sebuah parti yang sering dilabel sebagai parti Cina walaupun secara fakta, DAP memiliki lebih ramai wakil rakyat berkaum India daripada MIC. Malah, DAP adai wakil Melayu di setiap peringkat badan perundangan – Senat, Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerajaan tempatan.
Naratif anti-DAP  jelas jika kita perhatikan propaganda didukung pemimpin UMNO dan jentera media mereka. Beberapa tahun kebelakangan ini, DAP dituduh, antaranya, cuba untuk menukar Malaysia kepada sebuah negara Kristian, membocorkan rahsia negara kepada pemimpin PAP di Singapura dan mengakibatkan rusuhan kaum 13 Mei. Walaupun semua dakwaan itu melucukan dan sering berakhir dengan tindakan undang-undang di bawah jenayah fitnah yang memihak kepada pemimpin DAP, cubaan menakut-nakutkan dengan menggunakan isu kaum dan agama ini terus diulang berkali-kali.
Semasa Perhimpunan Agung Umno yang baru berlangsung, Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak malah menyatakan dalam ucapan dasarnya bahawa rakyat Malaysia cuma ada dua pilihan politik. "Sama ada gabungan yang dipimpin oleh Umno ataupun yang dipimpin atau didominasi oleh DAP. Bermakna, sekiranya Umno ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera."
Selain Presiden UMNO, DAP menjadi sasaran semua pihak yang cuba menjadi batu api. Bukan PKR, bukan Pas, bukan Amanah tetapi DAP – sebuah parti yang tidak bertanding di mana-mana kawasan tandingan Umno pada dua pilihan raya umum lepas. Jadi, bagaimana DAP boleh dianggap musuh nombor satu Umno sedangkan kedua-dua parti itu, buat masa ini, tidak pernah lagi menjadi pesaing dalam pilihan raya?
Malah, UMNO menunjukkan ia akan mencuba sedaya upaya untuk mencipta persaingan 'Cina-Melayu' apabila pada pilihan raya umum lepas, Umno merampas kerusi MCA di Gelang Patah untuk meletak bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman sebagai pesaing Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Dengan cara itu mereka boleh mewajarkan dakwaan mereka bahawa Cina DAP datang ke Johor untuk mencabar kekuasaan Melayu.
Dan jika berurusan dengan dakwaan palsu UMNO yang berterusan itu, tidak mencukupi, DAP kini terpaksa berdepan dengan PAS. Setelah perpecahan Pakatan Rakyat dan pengembalian parti Islamis itu kepada konservatisme garis keras, PAS mensasarkan DAP, lalu memperkukuh persepsi bahawa ia adalah anti-Islam.
Sebuah ilustrasi berkenaan hal ini ialah dakwaan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki yang cuba mencetuskan prejudis Muslim dengan membuat kenyataan berani mati kononnya DAP ditawar RM1.2 bilion oleh Israel sebagai pertukaran untuk sebuah pangkalan tentera di Port Dickson jika parti itu menawan kerajaan Persekutuan. Kenyataan yang tidak dapat dibuktikan Zuhdi itu, berulang kali disangkal sebagai 'fitnah berniat jahat' berasaskan sumber tidak sahih.
Malangnya, dakwaan liar pemimpin Pas terhadap DAP semakin menjadi-jadi. Baru-baru ini, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi kesal dan bersetuju untuk menarik balik kenyataan tidak berasasnya tentang kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP, dan diperintahkan membayar kos RM10,000 oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pengembalian Pilihanraya Tempatan boleh mencetuskan rusuhan kaum dan dominasi Cina di kawasan bandar dan menekankan bahawa 'cauvinis' DAP adalah penggerak utama undi ketiga. Tuduhan berniat jahat seumpama itu yang sama sekali mengabain fakta bahawa perbandaran pesat sejak tiga dekad lalu menyebabkan 90 peratus daripada 148 kerajaan tempatan adalah majoriti-Melayu dari sudut komposisi etnik manakala hanya dua peratus majoriti Cina menunjukkan politik tipikal bersandar ketakutan dan emosi digunakan menentang DAP.
Sasaran sesuai
Read More / Baca Lagi >>

3,500 bantah, terima sajalah TPPA – Blog UMNO

Posted: 23 Jan 2016 07:31 AM PST

Dengan kehadiran peserta yang mengecewakan itu, tiada sebab untuk pembangkang menolak TPPA.
mykmu-tppa
PETALING JAYA: Blog pro UMNO mempersendakan jumlah kehadiran peserta Himpunan Bantah TPPA yang diadakan di Padang Merbok, semalam.
MYKMU.net mendakwa jumlah kehadiran himpunan itu hanya 3,500 orang yang mana angka itu diperoleh daripada sumber pembangkang.
Blog itu melaporkan, dengan kehadiran peserta yang mengecewakan itu, tiada sebab untuk pembangkang menolak TPPA.
"Maka pihak pembangkang perlu mengundi menyokong TPPA bila usul itu dibentang untuk diluluskan dalam persidangan Parlimen minggu depan sebab usaha nak kata rakyat negara ini tolak TPPA, sudah gagal.
"Tak ada alasan lagi dah. 3,500 saja wei, ini bukan demonstrasi tapi "demo penat berdiri" – kata orang Kelantan. Kalau tidak, buat apa diteruskan bantahan ke atas TPPA ini lagi bila rakyat Malaysia sudah terbukti tidak menolaknya. Takat 3,500 tu apa perbandingan dengan 30 juta orang? Pengundi saja dah 13 juta," tulis blog itu.
Dalam masa yang sama, penulis blog itu turut meminta pihak yang berkenaan menyiasat siasat sumber kewangan parti-parti pembangkang.
"Sebab banyak duit nampaknya tu, sewa bas, makan minum, tempah baju ikut tema, duit poket nak bawak orang turun berdemo dan sebagainya. Ini bukan murah nilainya sekalipun hanya 3,500 yang datang," tulisnya.

Pembangkang biarkan harapan rakyat terbenam

Posted: 23 Jan 2016 07:23 AM PST

Pembangkang menghantar isyarat lemah kepada kerajaan dalam menentang TPPA kerana tiada persepakatan.
tppa-rally-2
Perhimpunan bagi membantah negara ini daripada menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh pembangkang yang diadakan di ibu negara pada Sabtu dianggap tidak berkesan.
Perhimpunan yang diadakan sekitar jam 2 petang itu hanya mampu mengumpul kira-kira 5,000 orang peserta dengan kira-kira 80 peratus yang hadir adalah ahli PAS yang memakai baju warna hijau, bukannya warna hitam sebagaimana warna rasmi yang dipilih untuk perhimpunan tersebut.
PAS sekurang-kurangnya telah menunjukkan kematangan dengan bersetuju untuk duduk bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpin-pemimpin NGO lain di Padang Merbok walaupun mesej yang ingin disampaikan tidak ke mana.
Hampir semua isu yang dibawakan dalam perhimpunan itu menunjukkan bahawa TPPA yang disertai 12 buah negara boleh membawa kepada kenaikan harga ubat-ubatan dan perkara-perkara lain manakala PAS memilih untuk memberikan tumpuan kepada isu tempatan.
Pemimpin PAS mendakwa (Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dilaporkan berkata) TPPA akan menyebabkan kawalan ekonomi kepada Cina dan disebabkan itu DAP menyokong perjanjian itu.
Sementara itu, dalam perhimpunan hari ini, penyokong PAS turut mengejek serpihan ahli PAS yang menyertai parti AMANAH, lebih daripada sekali.
Presiden AMANAH pula, Mohamad Sabu memberi ucapan di hadapan 500 peserta himpunan yang terdiri daripada pelajar, ahli-ahli Parti Siosialis Malaysia (PSM) dan orang awam termasuk Pemantau Pilihan Raya Bersih 2.0 yang diketuai Maria Chin Abdullah di Jalan Parlimen iaitu kira-kira 500 meter dari Padang Merbok.
Di Padang Merbok pula, Pemimpin PAS yang hadir diketuai oleh Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen turut kelihatan pada perhimpunan berkenaan.
Parti DAP pula hanya diwakili Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan bekas EXCO Selangor Ronnie Liu.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Umno dan PERKASA turut tolak TPPA

Posted: 23 Jan 2016 07:13 AM PST

TPPAKUALA LUMPUR, 23 JAN: Pentas himpunan anti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Padang Merbuk, di sini, hari ini, menarik perhatian hadirin apabila ia turut dikongsi pemimpin Umno.
Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Kamarulazman Habibur Rahman, berkata tindakan tampil ke hadapan bagi menyatakan bantahan terhadap segala dilakukan Kerajaan Persekutuan diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Saya adalah satu-satunya orang Umno yang berani naik atas pentas ini kerana saya berani cakap perkara yang benar.
"Kalau anda menentang dari luar tetapi saya dan GKCM menentang kemungkaran Umno dari dalam," katanya.
Beliau mendakwa keputusan berhubung perjanjian TPPA itu dibuat sendiri Najib tanpa perbincangan dengan menteri kabinet.
Katanya, daripada dahulu kebanyakan perjanjian dijalankan adalah demi kepentingan pihak luar seperti perjanjian Bangkok satu masa dahulu.
"GKCM menyatakan sokongan kepada bantahan TPPA.
Read More / Baca Lagi >>

Protes TPPA: AMANAH & Pakatan Harapan Di Landasan Betul Lawan UMNO BN

Posted: 23 Jan 2016 07:05 AM PST

Bantah TPPA : Mohamad Sabu mahu rakyat tolak kapitalis, rasuah dan TPPA

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendesak rakyat menolak rasuah, kapitalis dan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dalam ucapannya di Dataran Merdeka tengari tadi ketika menyertai perhimpunan aman Bantah TPPA yang diadakan hari ini.

Bantah TPPA hari ini berlansung aman sejak awal tengahari tadi apabila menyatukan kumpulan protes yang mula berhimpun di Dataran Merdeka sebelum bergerak ke Padang Merbok petang ini.


Antara kumpulan protes yang turut kelihatan sama menyertai bantahan TPP ini dikalangan NGO seperti Isma, PSM, Gamis, Perkasa selain disertai PAS, Amanah dan PKR.

Presiden Amanah,Mohamad Sabu ketika berada di Dataran Merdeka sempat menyapaikan ucapan dengan mengesa orang ramai menolak rasuah, kapitalis dan TPPA

Beliau berkata ekonomi Malaysia sudahpun dimonopoli oleh kapitalis tempatan.

Dengan TPPA, katanya, ia hanya akan memberi laluan kepada kapitalis Amerika untuk menepukan ekonomi Malaysia.

Malah, katanya, perniagaan kecil di Amerika pun membantah TPPA kerana mereka juga tahu bahawa mereka akan menderita jika ia dilaksanakan.

Justeru beliau mendesak kerajaan Barisan Nasional wajib dijatukan dalam PRU-14.

"Kita mahu rayat lebih kuat menentang penindasan. Rakyat sudah lama menderita dengan kenaikan harga barang yang semakin parah," ujarnya.

Sementara itu, NGO hak asasi manusia Suaram menempatkan lapan pegawainya dan 10 pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk memantau protes hari ini.

Dijangkakan sehingga petang ini Padang Merbok akan dibanjiri lebih daripada 2,500 orang yang menunjukkaan protes terhadap kerajaan kerana mahu melaksanakan TPPA di negara ini.

Demonstrasi Bantah TPPA yang berarak dari Masjid Negara, Masjid Jamek dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Dataran Merdeka berakhir di Padang Merbok jam 4 petang tadi. -malaysiadateline.com

Read More / Baca Lagi >>

Orang lain bersatu kecam TPPA, PAS masih kecam Amanah

Posted: 23 Jan 2016 06:51 AM PST

Kumpulan-kumpulan penyokong PAS (foto) dan Amanah dilihat menjarakkan diri antara satu sama lain dalam demonstrasi anti-perjanjian TPPA di Padang Merbok Kuala Lumpur. — Foto oleh Yiswaree PalansamyKumpulan-kumpulan penyokong PAS (foto) dan Amanah dilihat menjarakkan diri antara satu sama lain dalam demonstrasi anti-perjanjian TPPA di Padang Merbok Kuala Lumpur. — Foto oleh Yiswaree PalansamyKUALA LUMPUR, 23 Jan — Banyak kumpulan yang selama ini tidak sebulu sanggup melupakan perbezaan mereka demi membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Namun PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah), yang turut serta dalam bantahan di Padang Merbok petang tadi, terus bersengketa.
Kumpulan-kumpulan penyokong PAS dan Amanah dilihat menjarakkan diri antara satu sama lain dalam demonstrasi anti-perjanjian tersebut, yang akan dibahas untuk diluluskan di Parlimen minggu depan.
Dianggarkan disertai lebih 4,000 orang, kumpulan penyokong parti Islam dilihat lebih dominan, termasuk melemparkan perasaan marah mereka kepada penyokong Amanah.
"Jahanam Amanah!", "Hancur Amanah!" antara slogan yang dilemparkan kumpulan PAS ketika ahli parlimen dan naib presiden PKR Tian Chua menyampaikan ucapan.
Selain dua parti politik yang bertelagah itu, pertubuhan yang selama ini jarang sealiran termasuk di pentas demonstrasi tetapi muncul bersama menentang TPPA termasuklah Perkasa, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Bersih 2.0 dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Dalam perhimpunan aman selama tiga jam, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai daripada kumpulan anak muda beraliran anarki.
"Terdapat satu tangkapan lelaki Melayu yang dibuat di Jalan Tun Perak disyaki kumpulan anarki yang pihak polis tangkap sebelum ini.
"Tangkapan dibuat bagi mencegah kejadian yang tidak diingini berlaku," kata ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah.
Polis menganggarkan antara 5,000 hingga 7,000 penentang TPPA berkumpul di padang itu, tidak jauh dari bangunan Parlimen dan ibu pejabat polis Bukit Aman di sini.
Dewan Rakyat akan mengadakan sidang khas pada Selasa dan Rabu ini bagi mengesahkan penyertaan Malaysia dalam perjanjian dagang ini bersama 11 negara lain.

Ahli Parlimen PAS diberi amaran jangan undi sokong TPPA

Posted: 23 Jan 2016 06:38 AM PST

Sekitar Perhimpunan Bantah TPPA

Posted: 23 Jan 2016 06:38 AM PST