Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


SnapShot2016: Mukhriz gelar siapa bengap?

Posted: 22 Jan 2016 06:15 PM PST


Ketika majlis makan malam yang dianjur Dato Mukhriz semasa PAU, dia menggelar jawapan tentang derma RM2.6 billion sebagai bengap.

Beberapa hari lepas dia mengeluarkan komen lain pula. Ikuti kisah sepenuh di SnapShot2016 SINI pada pukul 10.30 pagi nanti.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:24 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Guan Eng: Pulau Pinang tidak akan potong biasiswa pendidikan

Posted: 22 Jan 2016 05:23 PM PST


Lim-Guan-Eng

KUALA LUMPUR 23 JAN: Kerajaan Pulau Pinang tidak akan sesekali mengikuti jejak langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memotong biasiswa pendidikan kerana ia memusnahkan aspirasi dan masa depan anak muda.
Berbeza dengan kerajaan Persekutuan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak akan memotong biasiswa sebalilknya meneruskannya demi membantu rakyat dan pelajar pintar.
"Baru tahun lepas, kerajaan Pulau Pinang memulakan program biasiswa Yayasan Masa Depan Pulau Pinang (PFF) bagi membantu masyarakat Pulau Pinang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.
"Pelajar tidak patut sama sekali menjadi mangsa krisis ekonomi akibat pengurusan bermasalah kerajaan kerana mereka merupakan benteng pertama menjamin masa depan negara," kata Setiausaha Agung DAP itu.
Beliau berkata demikian pada kenyataan media mengulas laporan cadangan kerajaan Persekutuan menggantung biasiswa Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) untuk program ijazah pertama dan bursari Kementerian Pendidikan untuk program pra-universiti.
Sebaliknya, kata Guan Eng, Kerajaan UMNO BN perlu menghenti segala ketirisan termasuk urus tadbir lemah dan bukannya mengorbankan biasiswa JPA untuk mengatasi masalah kekurangan pendapatan negara.
"DAP terkejut apabila masa depan mahasiswa menjadi sasaran dalam pemotongan bajet, padahal masalah ketirisan seperti rasuah, pembaziran dan ketidakcekapan patut diutamakan.
"Langkah itu memberi kesan kepada hampir 700 penempatan pelajar setahun dan menjejaskan peluang mereka melanjutkan pelajaran, terutama yang dari keluarga miskin dan kurang bernasib baik," katanya.
Katanya, Kerajaan BN patut membaiki kualiti urus tadbir termasuk menghukum pemimpin dan pegawai rasuah, selain menghenti kehilangan peruntukan akibat kebocoran dan menunda projek mega yang hanya menguntungkan sesetengah pihak dan bukan rakyat.
"BN perlu membendung pembaziran dan perbelanjaan mencurigakan seperti ditekankan dalam Laporan Audit Negara setiap tahun termasuk perbelanjaan keterlaluan untuk jet peribadi dan tempahan hotel mahal di London serta menghenti rundingan berkos tinggi dengan konsultan asing," katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan Persekutuan mengorbankan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpalit skandal RM42 bilion atau menggunakan wang derma RM2.6 bilion untuk menyelamatkan biasiswa JPA.

Fitnah Si Lebai malang; sudah tewas, menipu pula

Posted: 22 Jan 2016 05:15 PM PST

Fitnah Si Lebai malang; sudah tewas, menipu pula



Anak Mami di Perantauan
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang nampaknya tidak akan teragak-agak lagi untuk mengheret Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Hasan Tantawi kembali ke mahkamah sekiranya Tantawi terus memutar belit kesudahan kes saman fitnah yang baru semalam selesai.
Kurang beberapa jam selepas penghakiman persetujuan direkodkan mahkamah, Tantawi mula membebel tentang bagaimana beliaulah hero perjuangan melawan kafir Cina DAP, yang tewas syahid setelah bersetuju dengan rundingan 'di luar mahkamah'.
Jenaka cerita Tantawi ini terlalu banyak lapis. Kalau persetujuan diputuskan di luar mahkamah, maka tidak perlulah beliau mendedahkan ada perbincangan di hadapan pesuruhjaya kehakiman di dalam kamar hakim.
Jenaka kedua muncul apabila Pegawai Khas Undang-undang Ketua Menteri muncul membantah dakwaan putar belit Tantawi dengan mendedahkan kenyataan verbatim MP Temerloh itu yang dibacakan di dalam mahkamah.
"Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri."
Turut didedahkan bahawa penghakiman persetujuan turut merekodkan bahawa mahkamah memerintahkan Tantawi supaya membayar RM10,000 kepada Ketua Menteri sebagai kos tindakan undang-undang.
Tiga hal penting perlu difahami daripada kenyataan Tantawi itu: pertama, beliau kesal dengan tulisannya; kedua, tulisan tersebut diakui tidak berasas dan ditarik balik; dan ketiga, kos RM10 ribu dibayar kepada Ketua Menteri.
Mustahil Tantawi bersetuju menarik balik kenyataannya jika beliau percaya apa yang pernah didakwa mengenai amalan tender terbuka di Pulau Pinang itu benar belaka. Mustahil juga Tantawi mengaku kesal, sekiranya tulisan di Facebooknya itu diyakini benar.
Jika beliau benar-benar percaya dakwaannya benar, seharusnya Tantawi tidak bersetuju dengan penghakiman persetujuan dan mendesak supaya Lim Guan Eng meneruskan sahaja saman fitnah terhadapnya. Penat naik tangga mahkamah tinggi Pulau Pinang demi kebenaran, sekiranya kebenaran yang dipikul Tantawi itu tidak didedahkan.
Lebih menarik lagi jika kita membaca akhbar The Star semalam di muka surat 23 yang melaporkan bahawa terdapat cubaan aneh oleh Tantawi untuk menukar kenyataannya, sehingga ditegur oleh Yang Arif Chong Fong bahawa kenyataan Ketua Penerangan PAS itu berbeza dengan kenyataan yang dirakamkan kedua-dua pihak di kamarnya sebelum itu.
Lebih lucu lagi, kita turut diberitahu bahawa kenyataan pembelaan Nasrudin Tantawi yang berhujah bahawa kerajaan negeri adalah badan awam yang tidak boleh mengambil tindakan saman fitnah terhadapnya. Lah.. tempoh hari bukankah beliau yang beriya mencabar supaya Lim Guan Eng memfailkan saman terhadapnya?
Sesudah difailkan saman, dihujah pula tidak boleh saman, dan kemudian buat keputusan untuk tarik balik kenyataan, kesal dan setuju bayar kos tindakan undang-undang?
Eh lebai ni. Sudah lah kalah tersungkur, mahu cuba berbohong dengan kita pula? -Roketkini.com

Menteri JPM usah dolak dalik isu biasiswa JPA

Posted: 22 Jan 2016 05:12 PM PST



KUALA LUMPUR 22 JAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong perlu berhenti berdolak-dalih berkenaan isu penggantungan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebaliknya membantu nasib pelajar yang kian tidak menentu.
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata Ka Siong  sepatutnya fokus kepada menyelesaikan isu itu, bukannya memutar belit kenyataannya kerana ia membabitkan masa depan rakyat terutama anak muda.
"Sebelum ini,  kenyataannya begitu jelas mengesahkan penggantungan biasiswa itu. Jika tidak, mana mungkin media berani melapor isu berkenaan.
"Mungkin Ka Siong berada dalam tekanan kerana terlepas kata mengenai perkara itu kepada media tetapi dia tidak harus panik dan mula berdolak-dalih," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan laporan sebuah portal berhubung kenyataan Ka Siong tentang beliau membangkitkan isu penggantungan biasiswa JPA untuk kursus ijazah pertama di Kabinet berikutan aduan beberapa pelajar cemerlang.
Namun, selepas menerima banyak kritikan, beliau kemudian menafi membuat kenyataan itu dan mendakwa laporan yang dimuat naik itu tidak tepat.
Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh, berkata pelajar dan ibu bapa yang terkesan dengan kenyataan Ka Siong itu tidak peduli sama ada pengumuman itu rasmi atau sebaliknya tetapi bimbang soal bantuan biasiswa.
"Beratus-ratus pelajar menghadapi kesulitan jika penggantungan itu berlaku kerana ia melibatkan masa depan mereka.
"Memandangkan Ka Siong membawa isu itu ke kabinet, beliau harus memberi jawapan kepada dua persoalan timbul, pertama, mengapa keputusan penting sebegitu ditentukan oleh JPA dan bukannya Kabinet memandangkan beliau hanya mengetahui perkara itu setelah dilapor media?
"Kedua, terdapat dakwaan mengatakan biasiswa Mara tidak akan terjejas. Benarkah dakwaan itu? Adakah beliau akan membangkitkan isu itu di mesyuarat Kabinet?" katanya.

AMANAH DAPAT SAMBUTAN DI PERAK, YAKIN MENANG KERUSI DUN – NIZAR

Posted: 22 Jan 2016 01:46 AM PST

‘DIAMBANG PENYINGKIRAN MUKHRIZ, SUASANA SEPERTI REFORMASI 1998’

Posted: 22 Jan 2016 01:44 AM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:09 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan mengundi tolak TPPA, kata Guan Eng

Posted: 22 Jan 2016 08:08 PM PST

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Pakatan Harapan memutuskan semua ahli Parlimen dari DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengundi menentang Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 23 Januari, 2016. 
Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan mengundi menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) pada sidang Dewan Rakyat khas bagi membahaskan perkara itu pada Selasa dan Rabu depan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Pakatan Harapan memutuskan semua ahli Parlimen dari DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengundi menentang perjanjian itu.
"Sudah tentu ada pihak yang akan cuba untuk memainkan sentimen perkauman dan menuduh kita menyokong TPPA. Berapa kali kita sudah mengisytiharkan kita tidak menyokongnya?

"Mereka berkata kita menyokong perjanjian itu kerana kita adalah Cina. TPPA bukan dilakukan orang Cina tetapi Amerika Syarikat." Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata secara logiknya ia tidak masuk akal.
Semalam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan DAP akan menyokong TPPA kerana orang Cina akan mendapat keuntungan.
"Walaupun China tidak menyokong TPPA. Mereka yang menyokong TPPA adalah Barisan Nasional dan Umno.
"Oleh itu, jika kita fikir secara logik, ia akan menjadikan BN dan Umno, bukan?" kata Lim ketika berucap pada majlis makan malam di Amanah Pulau Pinang di Bayan Baru malam tadi.
DAP setakat ini tidak membuat apa-apa kenyataan yang menyokong TPPA.
Pada November tahun lepas, parti itu berkata ia akan mengundi menolak TPPA jika kerajaan pusat tidak dapat menjelaskan kesan daripada perjanjian itu kepada harga perubatan.
Walaupun begitu, DAP dan rakan-rakan Pakatan Harapan baru-baru ini dikritik Parti Sosialis Malaysia kerana mereka akan menganjurkan protes anti-TPPA yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur petang ini.
Bantahan itu dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan yang terdiri daripada Bantah TPPA, Kongress Rakyat dan kumpulan pelajar.

Kumpulan penentang Umno susun gerakan singkir Najib

Posted: 22 Jan 2016 08:06 PM PST

Pengerusi GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, struktur yang lebih tersusun di peringkat pusat dan negeri bertujuan mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan mensabotaj pergerakan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016. 
Pengerusi GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, struktur yang lebih tersusun di peringkat pusat dan negeri bertujuan mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan mensabotaj pergerakan mereka.

Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) membentuk struktur jawatankuasa dan melantik beberapa wakil negeri bagi meneruskan perjuangan mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
Struktur yang lebih tersusun itu bertujuan mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan mensabotaj pergerakan mereka, kata pengerusinya Kamarul Azman Habibur Rahman.
"GKCM mengambil keputusan mewujudkan jawatankuasa pusat untuk mengurus tadbir perjalanan GKCM supaya ia menjadi lebih mantap dan tersusun.

"Kita tidak mahu ada cubaan daripada pihak luar yang cuba mengambil kesempatan atas kemajuan pergerakan GKCM ini," katanya kepada The Malaysian Insider. Menurut Kamarul Azman, kumpulan itu mahu meneruskan perjuangan mereka sehingga Najib berundur dan mendidik ahli Umno serta rakyat supaya berani meneruskan perjuangan secara ikhlas dan bukan kerana wang ringgit.
"Saya amat bangga jawatankuasa GKCM yang dilantik dan semua ahli berjuang atas nama kebenaran tanpa rasa gentar untuk bersuara.
"Perjuangan kami bukan kerana wang ringgit, kontrak atau jawatan. Kami ingin mendidik bangsa Malaysia menolak amalan pincang yang sudah bermaharajalela di dalam Umno sejak kebelakangan ini," katanya.
Kamarul Azman dari Telok Kemang yang dikenakan tindakan disiplin bersama 8 yang lain tahun lalu dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pusat, sementara Datuk Mohd Zin Mustafa, juga dari Telok Kemang dilantik sebagai timbalan pengerusi.
Tiga naib pengerusi, 2 setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan beberapa wakil ahli jawatankuasa (AJK) negeri juga dilantik dalam jawatankuasa GKCM itu.
Salah seorang naib pengerusi GKCM, Rushdan Mohamed berkata, sebarang program dan aktiviti kumpulan itu akan diputuskan dalam jawatankuasa bagi mengelakkan insiden sabotaj berulang.
Sambutan baik akar umbi
Read More / Baca Lagi >>

Bukan mudah nak gulingkan MB Kedah

Posted: 22 Jan 2016 08:03 PM PST

Muka Depan
SHAH ALAM – Bukan senang hendak menyingkirkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sedangkan mereka yang mahu melakukannya belum dapat sokongan minimum pun.
Peguam, Mohd Khairul Azam Abd Aziz berkata demikian ketika mengulas isu Umno Kedah yang menolak kepimpinan Mukhriz.
Beliau menyatakan rasa hairan bagaimana keputusan penolakan itu boleh tercapai dalam 'sekelip mata' sedangkan negara ini mempunyai undang-undang yang cukup jelas yang perlu dipatuhi, terutama dalam isu besar seperti itu.
"Dari segi perundangan, Mukhriz masih sah sebagai Menteri Besar Kedah kerana mengikut Perkara 13 Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, baginda Sultan Kedah hendaklah melantik seorang menteri besar yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang pada pendapat baginda akan memperoleh sokongan sebilangan besar ahli dewan.
"Sidang media tergempar yang diadakan kelmarin, tidak memperlihatkan jumlah sokongan yang mencukupi di mana ketua-ketua bahagian itu (yang tolak Mukhriz) masih gagal membuktikan bahawa mereka mempunyai sokongan minimum 19 daripada 36 kerusi Dun di Kedah," ujarnya kepada Sinar Harian.
Beliau memberitahu, apa yang paling penting ialah Sultan Kedah perlu diberi keyakinan dan bukti bahawa Mukhriz telah kehilangan simple majority daripada sokongan ahli Dun.
"Bukan senang-senang mereka nak turunkan menteri besar. Bukan dengan menunjukkan rasa tidak sokong melalui sidang media begitu sahaja.
"Jika mahu lakukan juga, mereka seharusnya bertindak secara bijak dan mengikut segala proses undang-undang," katanya.

Tindakan 14 ketua bahagian Umno Kedah ikut perlembagaan parti, kata Ku Nan

Posted: 22 Jan 2016 08:01 PM PST

Tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap 14 Ketua Bahagian Umno Kedah kerana mereka bertindak mengikut perlembagaan parti, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menjelaskan perkara itu, beliau berkata mereka hanya menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, dan menyerahkan sepenuhnya kepada presiden parti untuk membuat keputusan.
"Mereka menyuarakan tidak senang dengan ketua perhubungan Umno negeri mereka, tetapi mereka kata terpulang kepada presiden parti untuk menentukan, bukan mereka desak supaya letak jawatan seperti (dilakukan) ketua cawangan.
"Mereka ikut perlembagaan, mereka ada perbincangan dahulu dalam kalangan mereka barulah mereka mengeluarkan kenyataan mengenai kurang senang terhadap ketua perhubungan mereka... itu memang ada dalam perlembagaan Umno," katanya kepada pemberita selepas melepaskan kira-kira 2,000 peserta Kayuhan Cinta Malaysia, di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan tindakan disiplin diambil terhadap beberapa Ketua Cawangan Umno yang mendesak Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata perlembagaan Umno menetapkan ketua di peringkat cawangan, bahagian atau negeri boleh digugurkan jika dua pertiga daripada anggota jawatankuasa tidak bersetuju dengan ketua masing-masing.
"Ini lebih dua pertiga, jadi mereka suarakan dan minta presiden parti membuat keputusan, bukan desak (untuk letak jawatan) seperti dilakukan oleh ketua-ketua cawangan.
"Kita tahu ada cawangan-cawangan yang tidak sehaluan dengan ketua bahagian. Jadi ada yang menangguk di air keruh menggunakan 20 peratus di peringkat cawangan yang tidak selari dengan bahagian ini.
Read More / Baca Lagi >>

Golongan haprak pelingkup UMNO – Khairuddin

Posted: 22 Jan 2016 07:59 PM PST

Beliau mempersoalkan tindakan Tengku Adnan yang seolah-olah menjadikan UMNO parti miliknya.
Khairuddin_Tengku-Adnan_umno_600
PETALING JAYA : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa sering membuat keputusan atau tindakan berdasarkan citarasanya sendiri.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, tindak tanduk Tengku Adnan seperti UMNO itu miliknya.
"Dulu bila ketua-ketua cawangan buat sidang akhbar desak Najib Tun Razak untuk berundur secara pantas Tengku Adnan buat kenyataan beri amaran seterusnya ibu pejabat mengambil tindakan disiplin untuk menggantung keahlian ketua-ketua cawangan yang terlibat.
"Di Kedah pun isunya sama. Penyangak-penyangak yang diketuai oleh Ahmad Bashah bertindak untuk memporak-perandakan landskap politik Kedah yang begitu aman serta tenteram dilakukan secara kurang ajar sehingga membuatkan keseluruhan rakyat kedah marah tanpa kira ideologi politik.
"Secara cepat lagi pantas Setiausaha Agung UMNO yang haprak ni buat kenyataan tidak akan bertindak keatas geng-geng bangang tersebut," katanya menerusi status terbaru di Facebook.
Beliau dalam masa yang sama turut menyeru kepada seluruh rakyat Kedah agar tidak berkecil hati terhadap Tengku Adnan yang disifatkannya sebagai 'haprak'.
"Sebenarnya yang dok melingkupkan parti UMNO adalah terdiri dari kalangan otak kosong inilah. Merekalah yang sedang buatkan UMNO dibenci oleh keseluruhan rakyat jelata.
"Tapi sabarlah kerana sabar itu adalah separuh dari iman. Kita tunggulah masa ketika yang sesuai kelak untuk lihat apa akan jadi kepada kalangan haprak-haprak ini seperti Tengku Adnan Mansor bila rakyat melunaskan tanggungjawab mereka selewat-lewatnya pada PRU-14 kelak," katanya.
Baru-baru ini, Tengku Adnan menyatakan 14 Ketua UMNO Bahagian Kedah yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggugurkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah tidak akan diambil tindakan disipilin.
Beliau berpandangan tiada keperluan untuk menghukum mereka yang terbabit kerana tindakan dibuat demi kepentingan parti dan negeri Kedah.

Bashah angkat sumpah MB Kedah hujung bulan ini?

Posted: 22 Jan 2016 07:52 PM PST

Perdana Menteri dikatakan akan membuat pengumuman dalam sehari dua lagi bagi menggantikan Mukhriz.
Ahmad-Bashah_kedah_umno_600
PETALING JAYA: Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar baharu Kedah dikatakan akan diadakan hujung bulan ini di Istana Anak Bukit, Alor Star.
Satu-satunya calon yang akan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
"Pengumuman pelantikan Ahmad Bashah bagi menggantikan Mukhriz akan dibuat dalam sehari dua kagi," lapor Utusan Malaysia yang memetik sumber dalaman UMNO.
Ahmad Bashah merupakan calon Menteri Besar pada PRU13 sebelum diganti saat-saat akhir dengan Muhkriz.
Akhbar UMNO itu melaporkan, dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kepimpinan UMNO Kedah di PWTC semalam, kesemua pemimpin parti yang hadir sepakat meminta Najib menyelesaikan isu tersebut dengan segera termasuk menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah secepat mungkin.
"Dalam mesyuarat itu, Ahmad Bashah yang mewakili kepemimpinan UMNO Kedah menjelaskan apa yang berlaku dan mahu Perdana Menteri membuat perubahan terhadap kepemimpinan UMNO Kedah demi memastikan parti itu terus berkuasa,'' lapor akhbar itu.
Beberapa EXCO Kerajaan Negeri dan ADUN yang dikatakan menyokong Mukhriz tidak hadir. Mereka ialah Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaakob, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail dan Datuk Noor Sabrina Mohd.Noor.

Tukar Mukhriz, Najib minta lebih masa

Posted: 22 Jan 2016 07:51 PM PST

najib razak
Najib dikatakan ketika mengakhiri ucapannya kata sumber memberi nasihat kepada kepimpinan parti supaya tidak mementingkan diri sendiri.

KUALA LUMPUR, 22 Januari:

Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak meminta lebih masa bagi menyelesaikan krisis politik kepimpinan Umno di Kedah, kata sumber.
Menurut sumber, perkara itu dinyatakan Najib dalam pertemuan dengan Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua sayap, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen Umno negeri itu di PWTC pada Jumaat.
"PM faham dan terima desakan yang dibuat oleh Umno Kedah tetapi presiden minta masa untuk buat keputusan.
"Kata PM, beliau kena teliti dulu prosedur-prosedur yang ada dan menyemak undang-undang," kata sumber sambil tambah Najib berjanji akan buat keputusan dalam masa terdekat.
Politik Kedah bergolak apabila Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah baru-baru ini mengadakan sidang media menolak kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.
Ahmad Bashah ketika mengadakan sidang media sebelum ini mendesak Najib melakukan rombakan terhadap kepimpinan parti di Kedah.
Menurut sumber, Ahmad Bashah memaklumkan kepada Najib bahawa keputusan untuk menukar Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah adalah keputusan sebulat suara perhubungan.
Bagaimanapun, Najib ketika mengakhiri ucapannya kata sumber memberi nasihat kepada kepimpinan parti supaya tidak mementingkan diri sendiri.
"PM kata, beliau mahu pilihan raya dan semua orang tidak boleh fikir tentang diri mereka seorang sahaja," kata sumber.
Najib hadir di Dewan Tun Hussien Onn pada jam 4.45 petang untuk berjumpa dengan kepimpinan Umno negeri Kedah dan beredar pada jam 5.20 petang.

Tangguh pertukaran jawatan Menteri Besar Kedah – Wanita UMNO Jerlun

Posted: 22 Jan 2016 07:49 PM PST

Ia perlu dipertimbangkan agar rakyat dan pengundi tidak marah kepada parti pemerintah
mukhriiz_kedah_rakyat_600
PETALING JAYA: Pucuk pimpinan UMNO diminta supaya menangguhkan pertukaran jawatan Menteri Besar Kedah sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Perkara itu disuarakan oleh Wanita UMNO Bahagian Jerlun yang diwakili Naib Ketuanya, Rohani Mat Aris.
Menurut Rohani, perkara itu perlu dipertimbangkan agar rakyat dan pengundi tidak marah kepada parti pemerintah.
"Bagilah peluang kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Kedah, sebab ini juga sebahagian daripada manifesto BN pada PRU13 lalu, jika kedah berjaya merampas semula negeri ini.
"Bila jadi macam ini (iaitu tukar menteri besar), mereka akan patah hati. Tahulah kemungkinan akan jadi. Siapa nak tanggung risiko kalau ini semua terjadi," katanya lapor Sinar Harian Online.
Menurut Rohani lagi, UMNO sudah tentu tidak mahu hidup sebagai pembangkang semula di Kedah seperti yang pernah berlaku pada 2008
"Kenapa baru sekarang nak tukar dengan alasan yang bermacam-macam, sedangkan semasa nak lantik dia (Mukhriz), kita pun tahu dia masih orang baharu," katanya.

Umno Jerlun dakwa BN kalah PRU14 jika tukar MB Kedah

Posted: 22 Jan 2016 07:48 PM PST

Sejarah negeri Kedah membuktikan Barisan Nasional akan tewas dalam pilihan raya jika berlaku pertukaran menteri besar di pertengahan jalan, kata Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hasan Sarif. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016. 
Sejarah negeri Kedah membuktikan Barisan Nasional akan tewas dalam pilihan raya jika berlaku pertukaran menteri besar di pertengahan jalan, kata Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hasan Sarif. 

Pertukaran jawatan menteri besar Kedah tanpa alasan munasabah boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dakwa Umno Bahagian Jerlun. Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hasan Sarif berkata, sejarah negeri Kedah membuktikan parti itu akan tewas dalam pilihan raya jika berlaku pertukaran menteri besar di pertengahan jalan.
"Hujan tidak ada, angin tak ada, tiba-tiba kita diledakkan dengan satu bom yang membangkit kesedaran dan semangat semua masyarakat bukan sahaja di Jerlun, tapi di seluruh Kedah untuk bangun memberi sokongan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata, sepanjang lebih 20 tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kedah, ini merupakan kali kedua berdepan dengan situasi pertukaran menteri besar. "Lima penggal saya diberi kepercayaan kepimpinan untuk dipilih dan menjadi wakil rakyat Kota Siputeh.
"Lebih 20 tahun dan banyak menteri besar dan ini merupakan kali kedua saya menghadapi ujian sama dalam soal menolak kepimpinan menteri besar Kedah," katanya.
Katanya,i masalah pertukaran menteri besar berlaku sejak tahun 1995 ketika Tan Sri Osman Aroff menjawat kedudukan itu.
"Apabila ada pertukaran dibuat, perhimpunan seperti ini dilakukan untuk mempertahankan jawatan menteri besar.
"Akhirnya kerana rakyat menyayangi kepimpinan Osman ketika itu, walaupun berpindah tangan dan akhirnya kita dapati pada 1999 itulah bermula kejatuhan Kedah dalam pilihan raya," katanya.
Sementara itu Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Jerlun Rohani Mat Aris menggesa pucuk pimpinan parti menangguhkan pertukaran menteri besar Kedah sehingga PRU14.
"Bagilah peluang kepada Datuk Seri Muhkriz Mahathir  untuk menjalankan tanggungjawab sebagai menteri besar Kedah sebab ini juga sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional pada PRU13 lalu, jika Kedah berjaya merampas semula negeri ini.
"Bila jadi macam ini mereka akan patah hati. Tahulah kemungkinan akan jadi. Siapa nak tanggung risiko kalau ini semua terjadi," soalnya.

TPPA: Setiausaha publisiti DAP kecam Hadi

Posted: 22 Jan 2016 07:46 PM PST

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengulangi bahawa DAP tidak pernah menyatakan sokongan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan mengecam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi kerana didakwa menjadikannya sebagai isu perkauman.
 Perang mulut itu tercetus menjelang beberapa jam lagi perhimpunan membantah TPPA di ibunegara petang ini.
Semalam, Abdul Hadi dalam video pra-perhimpunan itu, meminta ahli parti itu menyertai perhimpunan tersebut dan turut mensasarkan DAP.
Presiden PAS itu mendakwa bahawa DAP dilihat menyokong TPPA kerana orang Cina dikatakan menguasai perdagangan di negara ini.
"Orang bumiputera yang letihnya dengan TPPA ini," kata Hadi dalam video tersebut.
PAS telah mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyertai bantahan tersebut yang akan bermula jam 2 petang ini.
DAP juga menjadi sasaran kritikan PSM, yang berikrar untuk menyertai perhimpunan itu, kerana didakwa dilihat kurang komitmen untuk menggerakkan ahli-ahlinya menyokong bantahan tersebut.
Sebagai reaksi balasnya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengecam PSM, dan menegaskan bahawa DAP tidak menyokong TPPA tetapi tidak membuat sebarang komitmen ia akan menggerakkan ahlinya menyertai perhimpunan tersebut.

Hadi dakwa DAP mahu TPPA kerana orang Cina kuasai perdagangan

Posted: 22 Jan 2016 07:45 PM PST

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa DAP dilihat menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana orang Cina dikatakan menguasai perdagangan di negara ini.
Hadi mendakwa DAP bersetuju dengan tender terbuka "sebab orang Cina menguasai perdagangan di Malaysia".
 Katanya, kontraktor Malaysia akan perlu bersaing dengan kontraktor dari negara anggota TPPA yang mempunyai peralatan yang lebih canggih, lebih pengalaman dan lebih kebolehan.
"Orang bumiputera yang letihnya dengan TPPA ini," katanya dalam video mesej pra-perhimpunan yang disiarkan melalui laman Facebook PAS.
PAS, bersama-sama dengan parti politik lain dan NGO akan berhimpun di Kuala Lumpur petang ini untuk membantah TPPA yang akan melalui proses pengundian di Parlimen akhir bulan ini.
PSM yang telah berikrar untuk menyertai perhimpunan tersebut, juga telah mengkritik Pakatan Harapan dan khususnya DAP kerana didakwa dilihat kurang menunjukkan komitmen untuk menggerakkan ahli-ahlinya untuk menyokong bantahan tersebut.
Presiden PAS itu menggesa ahli parti itu menggerak dan menyertai perhimpunan hari ini.
Mengulas lanjut mengenai bahaya TPPA, Hadi mengumpamakan Malaysia sebagai sebuah tasik yang kecil yang menumpang lautan yang besar.
"Bila buang sempadan, air lautan itu masuk, jadi banjir, kita tak dapat nak lawan air pasang dia. Sebabnya kita menentang," katanya.
"Kita negara kecil, kalau kita langgar undang-undang, dia (Amerika) boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas kita,
"Kalau dia (Amerika) langgar peraturan, boleh dak kita bertindak, bawa Amerika ke mahkamah? Dia boleh buat apa saja," katanya.

Nak menuntut ilmu derma masuklah DUMNO...

Posted: 22 Jan 2016 04:18 PM PST


Polis 'peringkat atasan' - 'KOMISYEN'
TERKINI !!!.. Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL Datuk Ku Chin Wah didakwa gagal isytihar 'KOMISYEN' RM1 juta.. Dapat jaminan sebanyak RM30,000..

Polis 'peringkat bawahan' - 'RASUAH'
Angggota polis Koperal Zulkiflee Mohamed berpangkat Koperal dituduh terima 'RASUAH' RM1 ribu.. dihukum penjara selama 12 bulan dan didenda RM10,000..

RANCANGAN SINGKIR MUKHRIZ GAGAL?

Posted: 22 Jan 2016 04:16 PM PST

Semuanya nampak serba tak menjadi. Jika dua hari lalu, gerakan menolak Mukhriz Mahathir yang diadakan di Alor Setar dipertikaikan oleh beberapa pemimpin UMNO dan wakil rakyat yang hadir di mana ada di antaranya merasakan seolah-olah diperdaya dan mereka tidak tahu tujuan sebenar perjumpaan itu diadakan, apa yang berlaku dalam perjumpaan Kuala Lumpur semalam lebih mendukacitakan lagi.

Kumpulan 14 Ketua Bahagian Kedah  diketuai oleh Ahmad Bashah Hanipah yang mengadakan pertemuan dengan Najib Razak bagi meneruskan desakan dan mencapai kata muktamad agar kedudukan Mukhriz ditukar, terus menemui jalan buntu.

Dalam pertemuan di PWTC semalam, selain dihadiri 14 Ketua Bahagian berkenaan, ia juga turut dihadiri oleh wakil-wakil rakyat, Exco Kerajaan negeri dan pimpinan UMNO empat peringkat yang lain.

Malangnya, difahamkan tiada kesepakatan dicapai dalam memutuskan  sama ada Mukhriz benar-benar perlu digantikan atau sebaliknya. Terdapat suara-suara yang bimbang bahawa penyingkiran Mukhriz akan memecah-belahkan lagi UMNO dan menidakkan sama sekali peluang mengekalkan penguasaan BN di negeri Kedah.

Sudahlah begitu, kehadiran dalam perjumpaan dengan Najib itu juga dilaporkan tidak menepati sasaran yang menggembirakan. Ada yang menyebut kehadiran tidak sampai pun 100 orang sedangkan jemputan dibuat untuk lebih 200 orang.

Ia dengan sendirinya bermakna, ramai yang tidak setuju dengan perjumpaan untuk menyingkirkan Mukhriz itu.
Read More / Baca Lagi >>

DAP, Singapore support TPPA as ”Chinese control trade”

Posted: 22 Jan 2016 04:14 PM PST

PAS president says Bumiputera's are the ones who are tired of the trade pact.
hadi-tppa
KUALA LUMPUR: PAS President, Hadi Awang has accused DAP of supporting the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) because "the Chinese control trade".
In a three-minute video posted on his Facebook today, Hadi accused DAP and Singapore of supporting the trade pact because a single race dominates commerce.
"DAP agrees to it, Singapore agrees to it. Why? Because the Chinese control trade in Malaysia."
He urged PAS' party members to come out in support of tomorrow's anti-TPPA rally. "It is the Bumiputeras who are tired of the TPPA."
Hadi continued to say that the agreement was one-sided as it was drafted by the United States.
DAP has not issued any formal statement to support the TPPA but remains silent on whether it will participate in tomorrow's rally.

206 pemimpin UMNO Kedah tolak Najib, dakwa Anina

Posted: 22 Jan 2016 04:12 PM PST

Bahkan, mereka juga mahu Mukhriz kekal sebagai MB, dan Najib letak jawatan minggu depan.
anina-mukhrizPETALING JAYA: Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin mendedahkan daripada 260 orang Adun, ahli Parlimen dan pimpinan UMNO bahagian dari Kedah yang dipanggil menyertai pertemuan terutup dengan Presiden Datuk Seri Najib Razak, hanya 54 yang menyahut seruan itu.
Bahkan, penyokong Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikatakan berada di kalangan mereka yang hadir dalam pertemuan yang diadakan di Bangunan UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di ibu negara, petang semalam.
"Jika semalam kononnya 15 Ketua Bahagian tolak DS Mukhriz, hari ini 206 pemimpin bahagian tolak DS (Datuk Seri) Najib.
"Dalam 54 orang tersebut, separuh darinya adalah penyokong setia DS Mukhriz yang hadir sekadar untuk mengambil gambar muka-muka penyamun negara," dedah Anina, dalam satu muatnaik di laman sosial Facebook miliknya.
Pendedahan maklumat dalaman itu merungkai arahan 'kunci mulut' keatas pimpinan yang menghadiri pertemuan tersebut. Pertemuan itu dipercayai dilakukan selepas kepimpinan UMNO Bahagian Kedah dikatakan sudah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.
'Pemberontak' terbabit melalui Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, merayu Najib supaya campur tangan dan menggugurkan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.
"Saya juga nak beritahu DS Najib, bukan sahaja seluruh rakyat Kedah sayangkan DS Mukhriz, malah seluruh Malaysia mahu DS Mukhriz kekal sebagai MB Kedah.
"Satu lagi perkara penting yang saya nak beritahu adalah, 30 juta rakyat Malaysia mahu DS Najib letak jawatan minggu depan," kata Anina.

Apa rasionalnya gantung biasiswa JPA untuk jimatkan belanja negara?

Posted: 22 Jan 2016 04:11 PM PST

Ia hanya akan mematikan semangat anak-anak yang berazam mahu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
jpa
Heboh di media-media sosial mahupun tempatan apabila kerajaan membuat pengumuman mahu menggantung peruntukan pemberian biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dan program pra-universiti.
Entah apa sebabnya, pengumuman yang didakwa dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong mengenai perkara itu memang tidak boleh diterima akal.
Alasan yang diberikan dengan mengatakan kerajaan mahu melakukan penjimatan adalah sesuatu yang tidak kukuh sebaliknya, ia hanya akan mematikan semangat anak-anak yang berazam mahu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Hari ini, menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, menteri itu pula dibidas oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) apabila menyatakan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak menerima sebarang arahan untuk menggantung mana-mana skim di bawah tajaan jabatan itu.
Menurut GPMS, jika benar dakwaan JPA itu, ini bermakna Ka Siong telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan arahan bosnya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta agar Ketua Setiausaha Negara (KSU), Tan Sri Ali Hamsa mengemukakan cadangan kepada Ketua Pengarah JPA supaya melakukan satu mekanisme baharu dalam pemberian biasiswa agar lebih efisien dan optimum, berbanding kaedah sekarang.
Sama ada Ka Siong faham dengan arahan itu atau tidak, yang pastinya beliau telah membuat para ibu bapa menjadi resah dan tidak kurang juga yang marah-marah apabila mengetahui tentang perkara itu.
Untuk meredakan keadaan, Ka Siong dilapor menafikan pula kenyataan yang didakwa diumumkannya itu apabila beliau memberitahu kepada pemberita di Wisma MCA semalam.
Beliau juga mengulangi bahawa sekarang, hanya mereka yang menerima bursari pra-universiti sahaja yang terjejas.
Mengulas mengenai perkara itu, di sini penulis ingin mengajak pembaca menyelami hati para ibu bapa dan juga pelajar yang sememangnya mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan demi kelangsungan masa depan mereka.
Golongan yang paling merasakan keperitannya adalah mereka yang tinggal di kampung-kampung dengan hanya mendapatkan hasil daripada sumber tanah yang tidak menentu pendapatannya.
Impian mereka terlalu tinggi mahu melihat kejayaan anak-anak suatu hari nanti supaya tidak menerima nasib seperti mereka, selain berharap agar anak-anak mereka dapat mengubah kehidupan keluarga apabila sudah berjaya kelak.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri JPM usah dolak dalik isu biasiswa JPA

Posted: 22 Jan 2016 07:01 AM PST


KUALA LUMPUR 22 JAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong perlu berhenti berdolak-dalih berkenaan isu penggantungan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebaliknya membantu nasib pelajar yang kian tidak menentu.
teresajpa-01 (2)Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata Ka Siong  sepatutnya fokus kepada menyelesaikan isu itu, bukannya memutar belit kenyataannya kerana ia membabitkan masa depan rakyat terutama anak muda.
"Sebelum ini,  kenyataannya begitu jelas mengesahkan penggantungan biasiswa itu. Jika tidak, mana mungkin media berani melapor isu berkenaan.
"Mungkin Ka Siong berada dalam tekanan kerana terlepas kata mengenai perkara itu kepada media tetapi dia tidak harus panik dan mula berdolak-dalih," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan laporan sebuah portal berhubung kenyataan Ka Siong tentang beliau membangkitkan isu penggantungan biasiswa JPA untuk kursus ijazah pertama di Kabinet berikutan aduan beberapa pelajar cemerlang.
Namun, selepas menerima banyak kritikan, beliau kemudian menafi membuat kenyataan itu dan mendakwa laporan yang dimuat naik itu tidak tepat.
Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh, berkata pelajar dan ibu bapa yang terkesan dengan kenyataan Ka Siong itu tidak peduli sama ada pengumuman itu rasmi atau sebaliknya tetapi bimbang soal bantuan biasiswa.
Read More / Baca Lagi >>

Zeti harap siasatan 1MDB dimuktamadkan pada April

Posted: 22 Jan 2016 06:54 AM PST

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata tindakan penguatkuasaan terhadap 1Malaysia Development Berhad sudah diambil dan apabila ia dimuktamadkan, hasilnya akan dimaklumkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Januari, 2016. 
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berharap siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dimuktamadkan sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir pada April.
"Saya berharap ia dapat dimuktamadkan pada masa itu supaya saya boleh menyerahkan rekod yang bersih kepada gabenor akan datang," katanya kepada saluran perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, CNBC dalam satu temu bual eksklusif.
Zeti berkata siasatan dijalankan pelbagai agensi ke atas pelbagai aspek syarikat pembangunan strategik itu dan bank pusat tersebut memuktamadkan bahagiannya.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan diambil dan apabila ia dimuktamadkan, hasilnya akan dimaklumkan. "Bagaimanapun, sudah tentu, bukan kami sahaja pihak berkuasa penyiasatan, terdapat juga pihak lain dan ia sedang dijalankan.
"Semua orang mahu perkara itu selesai supaya mata wang akan mencerminkan asas-asas kita dengan lebih baik dan kita boleh menangani isu-isu ekonomi lain yang dihadapi negara," katanya.

Tandatangan TPPA: Rakyat Bakal hukum kerajaan Dalam PRU 14

Posted: 22 Jan 2016 05:51 AM PST

Jamil Khir: Kami hanya lapor, PM akan tentukan nasib Mukhriz

Posted: 22 Jan 2016 05:36 AM PST

KUALA LUMPUR - Umno Kedah berhak menyatakan pendirian termasuk mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun berkata, keputusan untuk menentukan nasib Mukhriz terletak kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi Umno.
Jamil Khir Baharom "Kami hanya melaporkan (kelemahan prestasi Mukhriz) namun segala-galanya (keputusan) itu terserah kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukannya," katanya kepada sumber Sinar Online, di Pusat Dagangan Dunai Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Terdahulu, Najib menghadiri pertemuan tertutup bersama 14 Ketua Umno Bahagian, ketua sayap, Adun dan Ahli Parlimen Kedah di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, di sini, hari ini.
Perjumpaan tergempar itu susulan tindakan Umno Kedah melalui Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, pada Rabu lalu.
Sidang media itu mendesak Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah yang menurutnya dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjana ekonomi negeri.

Ketua cawangan ancam demo bakar perlembagaan Umno

Posted: 22 Jan 2016 05:29 AM PST

Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) mengancam untuk membakar buku Perlembagaan Umno sekiranya tiada tindakan diambil terhadap pimpinan Umno Kedah.
Timbalan Presidennya, Datuk Mohd Zin Mustapa berkata, pihaknya akan membakar buku tersebut sekiranya Lembaga Disiplin Umno tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ketua bahagian Umno Kedah yang mengadakan sidang media menyatakan 'hilang keyakinan' terhadap menteri besarnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 "Kita akan buat bantahan besar-besaran atau buat demonstrasi bakar buku Perlembagaan Umno kerana bermain dengan buku perlembagaan (parti). Sebahagian ambil tindakan, (tetapi) ada yang tak ambil tindakan.
"Kalau tak ambil tindakan (kepada ketua bahagian Umno Kedah) kami akan bakar," katanya dalam sidang media di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Malah, beliau juga sekali lagi menggesa supaya badan disiplin parti mengambil tindakan sama terhadap ketua bahagian Umno Kedah seperti yang dikenakan terhadap ketua cawangan Umno Teluk Kemang.
"Kita memohon tindakan sama diambil kerana mereka mengkritik Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi perhubungan Umno negeri.
"Saya nak tengok ketua bahagian itu dipecat seperti ketua cawangan di Teluk Kemang," tambahnya lagi.
Pihaknya hari ini juga menghantar surat kepada Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen di PWTC bagi menggesa tindakan terhadap kumpulan yang mendesak agar Mukhriz ditukar.
Read More / Baca Lagi >>

Undi tidak percaya dan fungsi dewan

Posted: 22 Jan 2016 04:34 AM PST

Oleh Rizuan Abdul Hamid
Sekian lama penulis mahu menyentuh isu ini yakni berkenaan apakah boleh atau tidak Dewan Rakyat bersidang di luar dewan.
Sesuai dengan kemelut Kedah sekarang ini dan tulisan Bakri Jusoh yang bertajuk "Undi tidak percaya boleh di luar dan di lantai dewan" yang disiarkan di ruang rencana The Malaysian Insider, maka penulis ingin mengemukakan sedikit pandangan.

Saya bersetuju sidang termasuk undi tidak percaya boleh dilakukan di luar dewan. Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.
Merujuk kepada isu dan bukan niat saya menafikan keputusan mahkamah, tetapi saya bersetuju dengan keputusan mahkamah tinggi terhadap kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Saya akan hujahkan kemudian. Manakala kes Selangor pula, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan dan beliau tidak "dijatuhkan" oleh undi tidak percaya. Ini berbeza dengan kes Nizar kerana beliau tidak pernah meletak jawatan secara sukarela dan "disingkir" melalui "sidang" di luar dewan.
Pada pendapat penulis, sidang dan undi tidak percaya boleh dibuat di luar dewan dengan syarat fungsi dewan mesti tetap wujud. Fungsi utama yang mesti wujud ialah kehadiran speaker.
Jika kita semua masih ingat, bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pernah memanggil sidang dan bersidang di bawah sepohon pokok. Sidang ini walau ditolak sesetengah pihak, tetapi bukankah "precedentcase"  menetapkan sidang boleh berlaku di luar dewan dan sidang tersebut lengkap dengan speaker!
Maka ia adalah sidang yang lengkap. Apakah sidang tanpa speaker boleh diterima? Jika ia boleh diterima, maka ia akan mencabut kuasa speaker untuk menerima dan menolak usul kerana kuasa menolak dan menerima usul adalah kuasa mutlak seorang speaker.
Penulis menerima sidang boleh berlaku di luar dewan, tetapi syaratnya fungsi dewan mestilah tetap dipatuhi. Jika peraturan mesyuarat dan fungsi dewan boleh dilanggar sesuka hati, maka apa gunanya Dewan Rakyat?

Pengistyharan menolak Mukhriz itu adalah sebuah perangkap besar ?

Posted: 22 Jan 2016 04:33 AM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar
Kemelut atau pergolakan politik di Kedah semakin menarik dan bersimpang siur. Benarlah pemberontakan dilakukan oleh 14 Ketua Umno Bahagian Kedah bukan gampang untuk menggugurkan Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah. Kedudukan Mukhriz yang mendapat simpati dan sokongan akar umbi menyebabkan, pengistyaran ketidakpercayaan dan ketidakkeyakinan kepada anak Dr Mahathir itu tidak mendorongnya beliau mengangkat bendera putih sebelum berjuang.
Mukhriz atau pun penyokongnya kini sedang menyusun serangan balas secara psykologis. Sedikit sebanyak Mukhriz sudah pun mendapat kekuatan. Katanya sebahagian besar ketua-ketua Umno bahagian, Adun dan ahli parlimen yang dihimpun dalam sidang akhbar itu tidak mengetahui tujuan sidang akhbar berkenaan.
Mereka menganggap diperangkap atau ditangkap seperti ayam kemudian dimasukkan ke dalam raga untuk dipasarkan. Cara itu tidak profesional dan gelojoh menyebabkan mereka berasakan diperbudak-budakan. Pendedahan dibuat oleh Ketua Wanita Mazah Abd Hamid dan Exco Syuraya Yacob menggambarkan isi cerita sebenarnya.

Mungkin ramai yang tidak tahu apa yang berlaku selepas sidang akhbar yang dibaca oleh Ahmad Bashah Md Hanafiah itu. Beberapa orang Exco segera datang berjumpa dengan Mukhriz menyatakan keterkejutan mereka dan sokongan penuh kepada Mukhriz sebagai MB dan Pengerusi Umno Kedah.

Tindakan sama juga dibuat oleh beberapa Exco lagi, setelah selesai majlis penganugerahan darjah kebesaran di Istana Anak Bukit, tujuh orang Exco datang berjumpa Mukhriz di Mantaloon tanpa diarah dan dipanggil. Mereka menyatakan taat setia dan bersama Mukhriz.

Khabarnya turut sama datang berjumpa dan memberi semangat kepada Mukhriz Ketua Umno bahagian, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Padang Serai.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi tiada kredibiliti, kata pemimpin gereja Sarawak

Posted: 22 Jan 2016 04:21 AM PST

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan tidak berkredibiliti Biskop Gereja Anglican Kuching. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Januari, 2016. 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan tidak berkredibiliti Biskop Gereja Anglican Kuching.
Biskop Gereja Anglican Kuching di Sarawak hari ini turut menyertai kekecohan yang timbul berikutan kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap mubaligh Kristian di Sarawak dan Sabah.
Datuk Bolly Lapok, yang juga ketua biskop Gereja Anglican di Asia Tenggara berkata, presiden parti Islam itu seorang yang "loose cannon" (seorang yang tidak dapat dijangka dan mungkin menimbulkan masalah)" dan "no substance" (tiada kredibiliti).
Beliau juga katanya, tidak berhak bercakap mengenai penganut Kristian dan peribumi Sarawak, kaum Dayak, dalam cara yang menghina.

"Dengan rasa hormat kepada beliau sebagai seorang pemimpin politik, Hadi (perlu) meletakkan semua kata-kata kutukan beliau dalam bakul dan membuangnya ke dalam sungai kami di Sarawak. "Beliau sengaja menimbulkan masalah," kata Bolly berhubung kenyataan Hadi baru-baru ini yang mubaligh Kristian menyebarkan ajaran mereka di Afrika, Sabah dan Sarawak selepas ditolak di Barat.
Kenyataan Hadi diterbitkan dalam lidah rasmi PAS, Harakah.
"Saya tidak tahu apa jenis buku yang beliau baca, apa sumber yang diambilnya atau atas dasar apa beliau membuat pemerhatian begitu.
"Beliau seorang yang tiada kredibiliti dan tidak berhak bercakap mengenai Kristian atau masyarakat Dayak di Sarawak," kata Bolly dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider.

Tolak MB: Kumpulan anti-Mukhriz tutup mulut

Posted: 22 Jan 2016 04:14 AM PST

Tolak MB: Kumpulan anti-Mukhriz tutup mulut
Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah (atas pentas) kelihatan berada diatas pentas di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim 'tutup mulut' dan enggan mengulas lanjut mengenai perjumpaan pemimpin Umno Kedah dengan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dalam keadaan tergesa-gesa kira-kira jam 6.40 petang tadi.
Bagaimanapun pergerakan Abdul Azeez dapat 'dihidu' petugas media ketika melalui pintu belakang PWTC yang menghubungkan Hotel Seri Pasific menuju ke kenderaan rasminya.
Biarpun beliau diasak beberapa kali oleh petugas media, namun beliau enggan memberi komen tentang perjumpaan itu.
"Tak ada komen, mesyuarat tadi Alhamdulillah," katanya kepada pemberita sebaik sahaja memasuki kenderaan rasminya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sik, Dr Mansor Abdul Rahman yang muncul di laluan sama selepas Abdul Azeez turut 'menutup mulut' dan terus meninggal petugas media.
"Saya tak boleh bagi komen," tegasnya
Terdahulu, 14 Ketua Umno Bahagian, Adun dan Ahli Parlimen Kedah mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung krisis Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di PWTC, di sini, hari ini.
Ia susulan tindakan Umno Kedah diketuai Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, pada Rabu lalu.
Sidang media itu mendesak Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah yang menurutnya dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjana  ekonomi negeri.