Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


" PERJANJIAN BERAT SEBELAH " FELDA PERLU BUKA PINTU RUNDINGAN

Posted: 19 Jan 2016 12:27 AM PST

Oleh: Naraza Muda, 
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat.

Sebahagian Peneroka Felda yang terlibat dengan Program Tanam Semula Kedua dan Pengurusan Kebun terkejut dengan terma perjanjian yang bakal mereka tandatangani sebelum proses menyerahkan urusan ini kepada pihak Felda.

Saya merujuk kepada hasil pertemuan dengan beberapa kumpulan Peneroka Felda dari Tanah Rancangan Felda Bukit Bading dan Felda Jerangau. Hampir 700 peneroka akan terlibat dengan tanam semula kedua ini bagi peneroka Felda di Terengganu dalam tempoh terdekat.
Beberapa tanah rancangan lain di seluruh negara juga akan melalui proses ini.

Terdapat beberapa klausa " menakutkan" dan "mengikat" peneroka Felda. Perkara ini tiada dalam perjanjian terdahulu semasa mereka menyertai tanam semula pertama 30 tahun lalu.
Perkara (13) (b) dengan jelas FELDA akan mempunyai kuasa ' EKSKLUSIF' ke atas kebun peneroka dalam tempoh perlaksanaan ini.

Klausa lain yang mengejutkan peneroka Felda ialah, mereka tidak lagi diberi peluang untuk menguruskan sendiri kebun mereka selepas pokok mula mengeluarkan hasil selepas 36 bulan seperti perjanjian sebelum ini.

Jika mereka peneroka berhajat melanggar perjanjian ini mereka perlu menjelaskan segala hutang peneroka kepada Felda merujuk kepada perkara (14) (g) yang berbunyi ' Membuat bayaran balik kepada FELDA, termasuk dengan caj perkidmatan pada kadar yang ditetapkan oleh FELDA seperti di jadual 2, dalam tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun selepas mencapai tahap titik pulang modal untuk kos seperti yang berikut ( kemudian dsripada ini disebut " Hutang Peneroka");

Peneroka memahami perkara ini, mereka akan diikat dengan tempoh yang lama 8 - 15 tahun berdasarkan tahap titik pulang modal dan tempoh bayaran kembali.
Berdasarkan penerangan oleh pihak Felda, mereka berhak memasukan " Perintah Larangan " jika perlu. Ini menimbulkan keluh resah di kalangan peneroka
.
Peneroka juga terkejut dengan kuasa FELDA yang membolehkan agensi ini memohon perintah kebankrapan dibuat terhadap peneroka jika peneroka memungkiri mana-mana syarat dan/atau terma seperti mana yang terkandung dalam perjanjian.

Hasil perjumpaan dengan perbagai pihak, saya merumuskan perjanjian ini adalah bersifat sangat berat sebelah apabila merujuk perkara 19 yang mana FELDA tidak dianggap memungkiri Perjanjian ini jika terdapat kegagalan pelaksanaan yang sepenuhnya atau sebahagianya terhadap tugas dan kewajipan di bawah perjanjian ini yang disebabkan oleh bencana alam, kebakaran, tindakan kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri, perperangan, kekecohan awam, pemberontakan, embargo dan sebab-sebab lain di luar kawalan mana-mana pihak.

Saya melihat perkara 19 ini satu langkah selamat yang menguntungkan Felda dan akan menimbulkan masalah besar kepada peneroka Felda kemudian hari jika kegagalan pihak Felda menjayakan amanah ini.
Lebih mengejutkan FELDA telah memaklumkan secara lisan, urusan proses tanam semula ini diserahkan kepada Syarikat Technoplant dan FELDA tidak bersedia mendedahkan perjanjian antara Felda dengan Technoplant .

Saya merujuk aduan sebelum ini mengenai Technoplant yang banyak menimbulkan masalah dan tidak mampu mengurus kebun peneroka di seluruh negara.
Pengerusi Felda juga pernah mengakui kegagalan Technoplant melaksanakan urusan tanam semula di beberapa tanah rancangan di Melaka. ( Rujuk kenyataan Tan Sri Isa Abdul Samad di Majalah Rasmi FELDA Aspirasi Glokal keluaran 28 Mac 2015 )

Saya juga melihat dan bersetuju dengan pandangan peneroka Felda mengenai kos keseluruhan Hutang Peneroka Felda yang menyertai skim tanam semula kedua ini sangat tidak munasabah dengan nilai RM169,600 sehingga tahun ke-8 untuk keluasan 10 ekar.
Justeru ini saya mohon pihak FELDA membuka kembali pintu rundingan dengan peneroka Felda agar kata sepakat dan tidak merugikan mana-mana pihak.

Pas melalui Unit Hal Ehwal Peneroka FELDA juga mencadangkan agar pihak FELDA membenarkan mana-mana peneroka Felda yang mempunyai kemampuan dan teknologi sendiri untuk mengusahakan kebun mereka tanpa terikat dengan perjanjian ini atau menguruskan sendiri kebun-kebun mereka tanpa sekatan, malahan FELDA perlu membantu mereka untuk bergelar usahawan Peneroka Berdikari.



Sesi Perbualan Tamat

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


SnapShot2016: Belum.lagi DAP memerintah ...

Posted: 19 Jan 2016 10:51 PM PST



Baca suara hati yamg mahu diluahkan di Snapshot2016 di SINI

SnapShot2016: Hipokrasi wakil-wakil rakyat

Posted: 19 Jan 2016 01:10 AM PST



Ahli politik berdebat dan politikkan isu tapi berdiam bila ianya sesuatu yang menafaatkan mereka. Tak kira BN atau Pembangkang.

Baca satu pandangan tiada partisan oleh Ronasina di SnapSHot2016 di SINI.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG INI CINA APA, DIA SAMAN SAYA KEMUDIAN MINTA RUNDING LUAR

Posted: 19 Jan 2016 09:30 AM PST

1. Kelihatan banyak situasi disiar secara tidak menepati kedudukan sebenar apa yang berlaku. Sebahagian pula bersungguh benar untuk menampakkan kononnya saya membuat fitnah dan akhirnya mengaku salah.

2. Saya mengajak para pembaca mengamati beberapa point yang saya kemukakan di sini untuk melihat kedudukan sebenar apa yang berlaku.

Pertama : Saya adalah pihak yang disaman. Ertinya pihak YAB Lim Guan Eng yang saman saya dan mendakwa saya telah memfitnah beliau melalui artikel saya bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu bertajuk : Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel ?

Kedua : Mereka saman saya, kemudiannya mereka yang mahu selesaikan kes ini diluar mahkamah. Beberapa kali mereka merundingi saya supaya saya keluarkan kenyataan mohon maaf dan mereka akan tarik balik saman.

3. Realitinya, sejak setahun yang lalu lagi, pihak peguam saya telah menerima beberapa surat tawaran dari pihak LGE supaya saya memohon maaf terbuka dan mereka bersedia untuk menarik balik saman ke atas saya. Sejak itu juga, saya tegaskan bahawa tidak ada sebab untuk memohon maaf kerana saya tidak memfitnah.

4. Saya telah catat dalam kenyataan awal saya kelmarin bahawa apabila saya tiba dimahkamah untuk sedia dibicarakan ekoran saman fitnah yang dikemukakan ke atas saya, sekali lagi saya diajak berunding untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah dengan saya mengemukakan permohonan maaf.

5. Saya tanya pandangan team peguam saya. Peguam menyerahkan keputusan kepada saya dengan mengemukakan beberapa option dari perspektif undang – undang. Saya menimbang situasi itu lalu sekali lagi saya buat keputusan bahawa saya tidak akan mohon maaf kerana saya tidak memfitnah LGE sebagaimana yang didakwa.

6. Sekurang – kurangnya dua kali rundingan melalui pasukan peguam berlaku di mahkamah kelmarin. Keputusan saya tetap bahawa saya tidak akan mohon maaf. Bukan kerana degil tetapi kerana saya tidak memfitnah LGE dalam artikel saya sebagaimana yang didakwa dalam writ saman yang dikemukakan kepada saya.

7. Setelah usaha untuk meminta saya memohon maaf itu tidak berjaya dan dimaklumkan kepada hakim bahawa rundingan tidak mencapai kesepakatan, lalu saya dan LGE dipanggil ke kamar hakim untuk sekali lagi melalui proses mediasi (runding cara untuk selesaikan kes – kes sivil di luar mahkamah) tanpa disertai oleh peguam dari kedua – dua pihak.

8. Tanpa saya perlu menceritakan secara detail proses yang berlangsung dalam kamar hakim sekitar setengah jam itu, saya nyatakan secara terus terang kepada Yang Arif Hakim bahawa saya tidak akan mengaku bersalah, tidak akan memohon maaf atas dakwaan fitnah dan berhasrat supaya perbicaraan kes ini diteruskan. Saya adalah orang yang disaman dan saya sedia pertahankan artikel dan kenyataan saya.

9. Akhirnya, LGE boleh bersetuju untuk selesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu saya mohon maaf, cuma apa yg berlaku adalah salah faham tentang artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang dikatakan mencetus salahfaham antara saya dan LGE, akibat daripada perbezaan penggunaan terminologi – direct nego, open tender dan Request For Proposal (RFP). RFP berdasarkan penyata saksi Plaintif sendiri (pegawai dari UPEN) bukanlah direct nego, dan bukan juga open tender.

10. Sementara artikel saya yang bertarikh 8 Ogos 2014 bertajuk "Terowong Dasar Laut – Penjelasan Tuduhan Fitnah" juga masih kekal dan dipertahankan.

11. Pada akhirnya, kami bersetuju dengan cadangan penyelesaian dan dicatatkan oleh hakim sebagai kes selesai di luar mahkamah dan kos mahkamah RM10K ditanggung oleh defendan.

12. Begitulah secara ringkas saya gambarkan perjalanan kes. Maka tidak sewajarnya saya terus dibicarakan diluar mahkamah setelah kes ini selesai dengan pelbagai andaian dan spin pihak media tertentu yang jelas kelihatan bersungguh – sungguh mahu meletakkan saya sebagai orang yang mengaku bersalah.

13. Kalau masih ada pihak yang mahu mempersoalkan atau membicarakan kes ini di luar mahkamah kerana masih tidak berpuas hati terhadap saya sedang saya telah sedia berpuas hati dengan apa yang dicapai, maka eloklah mereka persoalkan kenapa pihak yang menyaman saya iaitu mendakwa saya memfitnah tetapi pihak yang menyaman pula yang bersungguh – sungguh mohon kes ini diselesaikan diluar mahkamah ? Sedang saya sedia untuk perbicaraan pada bila – bila masa. Ini persoalan yang patut mereka angkat ke langit terbuka.

14. Mereka saman saya, mereka yang mohon kes diselesaikan di luar mahkamah. Bila dah selesai, spin pula seolah – olah saya bersalah. Kalau skripnya mahu mengatakan saya bersalah. Selayaknya usah diusahakan sebarang rundingan di luar mahkamah. Teruskan perbicaraan sehingga akhir.

Sekian.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat



WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Posted: 19 Jan 2016 06:08 PM PST

Lupakah UMNO saranan Onn Jaafar ketika mula diasaskan?


DATO ONN JAAFAR MEMBERIKAN UCAPAN TERAKHIR SEMASA PENYERAHAN PUCUK PIMPINAN KEPADA TUNKU ABDUL RAHMAN PADA 23 OGOS 1951 DI ROOF GARDEN, HOTEL MAJESTIC, KUALA LUMPUR. TURUT KELIHATAN KETUA KAUM IBU, HAJAH ZAINON SULAIMAN DAN KETUA PEMUDA TUN HUSSEIN ONN        SCAN DARI BUKU MUAFAKAT UMNO JOHOR    NOTA  TERBITAN  UTUSAN MALAYSIA  1 DISEMBER 2011  KHAMIS  MUKA 2    ***archived by MHM




KUALA LUMPUR 19 JAN: UMNO mungkin mampu mempertahan demokrasi di negara ini jika parti itu membuka keahliannya kepada semua kaum, sebagaimana saranan pengasasnya, Datuk Onn Jaafar, 66 tahun lalu.
Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata masyarakat bukan Melayu belum tentu menyertai UMNO, melainkan parti berkenaan menukar budaya politik dari berasas perkauman kepada bercitra Malaysia.
Untuk itu, beliau berkata, UMNO perlu melalui dua transformasi politik jika mahu terus relevan di mata rakyat Malaysia dengan menjadi parti politik untuk seluruh rakyat, bukan hanya orang Melayu.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, UMNO juga perlu menjuarai isu rakyat khususnya dalam kalangan orang Melayu berpendapatan rendah dan bukannya tertumpu kepada 'UMNO-putra'.
"Bagaimana sesebuah negara diterajui oleh Perdana Menteri yang partinya sendiri hanya perjuangkan isu satu kaum sahaja, malah dilihat menyaingi kaum lain?" katanya pada kenyataan media, hari ini.
Mengenai kenyataan bekas Menteri Komunikasi Media Datuk Shabery Cheek yang menyatakan bukan mudah untuk UMNO membuka keahliannya kepada bukan Melayu, Kit Siang berkata: "Kata Shabery betul, tapi adakah beliau akan berhenti makan durian walaupun ia sukar dibuka?"
Beliau berkata, DAP juga berdepan kesukaran mempertahan prinsip asas untuk menjadi parti bercitra Malaysia dan memimpin rakyat tanpa mengira kaum atau agama kerana sentiasa diserang dengan pelbagai tohmahan termasuk kononnya anti-Melayu dan anti-Islam.
"Lebih mudah jika DAP menyerah, tunduk dan akur kepada propaganda momokan UMNO kononnya DAP parti untuk bukan Melayu tapi kita tetap pertahankan prinsip kita.
"Persoalannya, adakah UMNO bersedia menjadi parti politik bercitra Malaysia, patriotik dan mampu mempertahan demokrasi negara ini?" katanya dan menambah, majoriti Ahli Parlimen DAP yang menang pilihan raya 1969 dari kalangan kaum India, malah bilangan mengatasi MIC. -Roketkini.com

Sampai bila mahu tuding jari kepada kaum lain atas kelemahan sendiri?

Posted: 19 Jan 2016 05:33 PM PST


image (Custom)

YELLOWMANIA anjuran Bersih 2.0 baru sahaja melabuhkan tirai selepas lima hari berkampung di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pada minggu lalu. Acara kemuncak Yellow Mania merupakan Yell-O Sound Gig yang dikemudi oleh Adam Adli. Gig itu menampilkan rapper Edry Orpheus, beberapa band tempatan seperti Panklima, Sons of the Soil dan The BangsArt serta penyajak Pyan Habib dan Rahmat Haron.
Persembahan terakhir yang ditonton oleh saya dan rakan-rakan adalah Rahmat Haron ft. Duri. Ya, Rahmat Haron adalah sebab utama kami berdua setia berada di Yell-O Sound Gig dari awal hingga ke akhir. Perkara yang paling melucukan sebaik sahaja Rahmat Haron turun dari pentas utama, kami berdua terus bergegas keluar dari KLSCAH dan berlari ke Stesen Monorel Maharajalela.
Berdasarkan skrin yang tertera di stesen, monorel seterusnya akan tiba dalam masa tiga minit. Ketika menunggu monorel tiba, polis bantuan yang bertugas memberitahu kami bahawa tiada lagi monorel yang akan tiba dari KL Sentral memandangkan jam sudah 11.45 malam.
Jam hampir menginjak 12 tengah malam. Saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan Grabcar. Berdasarkan pengalaman, Grabcar jauh lebih murah dan selamat berbanding dengan teksi kerana aplikasi Grabcar akan memaparkan wajah dan nama pemandu beserta dengan nombor plat kereta.
Jika terjadi apa-apa di luar jangkaan, sekurang-kurangnya saya mempunyai beberapa maklumat mengenai pemandu Grabcar dan dapat memudahkan polis mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sepanjang perjalanan dari KLSCAH ke Pandan Jaya yang memakan masa lebih kurang 15 minit, saya dan pemandu itu sempat berbual dan berkongsi beberapa perkara. Saya memulakan perbulan pada malam tersebut dengan "Grabcar ni you buat full-time atau part time?" dan beliau menjawab "Buatpart time maa."
Oh, perbualan kami tidak berakhir di situ.
"Buat part time maa. Full time kerja siang. Malam I buat Grabcar. Duit sekarang kecil. Nilai kecil. Harga barang semua naik. Gaji maintain, tak naik. I Cina. Susah sikit la. Kena banyak usaha. Kena usaha lebih la. Anak dua orang. Dua-dua sekolah. Nasib baik isteri kerja juga. Boleh la. Cukup-cukup makan."
Saya terdiam.
"You tinggal mana?"
"I tinggal Kepong. Baru tiga hari buat Grabcar. You customer kelima I malam ni. So far so good la. Kena korban sikit la. Rehat dan anak-anak (waktu rehat dan masa bersama anak-anak pada waktu malam)."
Pertama adalah tentang kenaikan harga barang. Saya, yang masih bujang dan bergaji RM2,000 sahaja tidak mampu untuk menafikan kata-kata beliau. Jika pada hari ini, saya sendiri begitu terkesan dengan kenaikan harga barang, tambang pengakutan awam seperti LRT dan monorel (setiap hari menggunakan LRT dan monorel ke tempat kerja) dan pelbagai lagi kenaikan, bagaimana pula dengan beliau yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah?
Sudah pasti perbelanjaannya lebih besar berbanding dengan saya – yuran sekolah, buku sekolah, duit belanja harian anak-anak dan lain-lain lagi. Jadi, beliau menyahut seruan Datuk Ahmad Maslan iaitu melakukan dua kerja sebagai penyelesaian untuk meneruskan kelangsungan hidup pada waktu nilai mata wang Ringgit yang semakin mengecil.
Perkara kedua yang sangat menarik perhatian saya apabila beliau mengatakan "I Cina. Susah sikit la. Kena banyak usaha. Kena usaha lebih la." Tipulah kalau saya katakan saya langsung tidak terkesan dengan kata-kata beliau. Beliau seolah-olah cuba menyampaikan kepada saya bahawa bangsa Cina sangat terpinggir di tanah tumpah darah sendiri.
Walaupun bangsa Cina dan India merupakan bangsa minoriti di Malaysia, jangan sesekali kita lupa bahawa mereka juga lahir di negara ini. Apa guna kita melaungkan 1Malaysia kononnya kita berbangga Malaysia mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi dalam masa yang sama kita melaungkan "Apa lagi Cina mahu?"
Tidak cukup dengan mengamalkan perkauman tanpa kita sedar, ditambah pula dengan menyalahkan Cina kerana menguasai ekonomi negara sedangkan Datuk Ahmad Maslan pernah berkata: "Melayu perlu mencontohi kejayaan orang Cina dalam perniagaan. Mereka bekerja keras, bagi kita (orang Melayu). Kadang-kadang, kita bekerja separuh jalan. Jika kita mahu pergi jauh, kita perlu belajar daripada orang Cina" ketika seminar Pematuhan Kualiti Produk di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil pada 13 Mei 2015 (The Malaysian Insider, 13 Mei 2015).
Beliau juga berkata: "Kejayaan orang Cina dalam perniagaan jelas terbukti dalam statistik, daripada 40 orang terkaya di negara ini, lebih 20 berbangsa Cina."
Saya percaya setiap rakyat pasti mahukan Malaysia yang lebih baik daripada hari ini. Tetapi jika semangat rasisme itu masih menebal dalam diri setiap rakyat, adakah impian untuk melihat Malaysia menjadi lebih baik pada masa akan datang berjaya direalisasikan? Fikirlah.
Tak penat ke asyik menunding jari kepada kaum lain atas kesalahan dan kesilapan sendiri? Sudah-sudahlah. – Roketkini

*Penulis merupakan alumni Sekolah Demokrasi dan aktivis Dapur Jalanan

Putar belit fakta mahkamah, Guan Eng pertimbang saman Tantawi

Posted: 19 Jan 2016 05:03 AM PST


tantawi mahkamah2














KUALA LUMPUR 18 JAN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan at-Tantawi jika memutar belit penyelesaian damai kes saman fitnah itu.
Pegawai Khas Undang-undang kepada Lim Guan Eng, Raja Syarafina Raja Shuib, berkata beliau dan ramai lagi terkilan berikutan Nasrudin menulis rencana berkaitan hal itu bertajuk 'Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah'.
Beliau berkata, Nasrudin sama ada dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan kerana memutar belit dan memperlekeh kebenaran seolah-olah menegakkan benang yang basah apabila menulis rencana itu.
"Jika Nasrudin yakin artikel asal bukan fitnah terhadap Guan Eng mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada Ketua Menteri?
"Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta," katanya pada kenyataan media hari ini, berikutan tindakan Nasrudin semalam yang menulis rencana berkenaan selepas proses penyelesaian damai dicapai.
Sebelum ini, Guan Eng mengambil tindakan saman terhadap Nasrudin berikutan tulisan Ketua Penerangan PAS Pusat itu bertajuk 'Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang' yang dimuat naik ke facebook pada 6 Ogos 2014.
Sebaliknya, Raja Syarafina berkata, Guan Eng masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan mahkamah walaupun prosiding guaman terhadap Nasrudin dijadual berlangsung semalam dan hari ini.
"Nasrudin hanya perlu, antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang dilempar terhadap Guan Eng melalui artikel itu," katanya dan menambah, Nasrudin tidak berbuat demikian, malah sebenarnya enggan menyuarakan kekesalannya terhadap salah faham akibat artikel itu.
Sedangkan, katanya, jika Guan Eng mementingkan kepentingan diri semata-mata dan enggan menerima kenyataan 'kekesalan' Nasrudin, penyelesaian damai itu tidak mungkin berlaku sama sekali.
Mengenai penyelesaian damai itu, Raja Syarafina berkata, ia dicapai antara pihak berkaitan menerusi Perintah Persetujuan bertarikh 18 Januari 2016 di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong ekoran permohonan Nasrudin.
Katanya, Guan Eng bersetuju dengan Nasrudin menzahirkan kekesalannya di depan hakim dan hadirin mahkamah mengenai kandungan artikel yang mengakibatkan salah faham terhadap ketua menteri itu.
Beliau berkata, kenyataan Nasrudin itu direkod mahkamah dan disahkan kembali oleh defendan itu yang turut membayar RM10,000 kepada Guan Eng sebagai kos, ialah:
"Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri." -Roketkini.com

AMPUN TUANKU, KERAJAAN BN BOROS RAKYAT MERANA!

Posted: 19 Jan 2016 04:46 AM PST

FITNAH GUAN ENG: TANTAWI DIBIDAS NITIZEN DI FACEBOOK

Posted: 19 Jan 2016 04:43 AM PST

PAKATAN HARAPAN AKAN FOKUS ISU RAKYAT LEBIH MANTAP

Posted: 19 Jan 2016 04:09 AM PST

KES PEMBUNUHAN PENGASAS AMBANK DIBAWA KE PBB

Posted: 19 Jan 2016 04:07 AM PST

EKONOMI TERTEKAN, WARGA KL SINIS HADAPI KERAJAAN BN’

Posted: 19 Jan 2016 04:05 AM PST

GERTAK PULAK.....

Posted: 19 Jan 2016 04:03 AM PST





PAS Kelantan hantar surat kepada Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR, melahirkan rasa dukacita kerana ada pemimpin PKR yang menghadiri program anjuran Parti Amanah Negara....... Siap bagi amaran secara halus kepada PKR agar perkara itu tidak diteruskan di masa akan datang.
Ya, kita tahu lebai PAS bukannya cerdik sangat, tapi rupa-rupanya memang sangat tidak cerdik sungguh...... Dari dulu sampai sekarang, tidak berhenti-henti lebai-lebai PAS mempertontonkan kebodohan sendiri kepada umum.
Takkanlah lebai PAS tak tahu langsung bahawa Presiden PKR yang mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, yang menggabungkan PKR, DAP dan Amanah.... Bahkan minggu lepas baru tandatangani perjanjian bersama menyetujui kod etika parti-parti komponen Pakatan Harapan...... Itu berlaku di peringkat pusat..... lebai PAS Kelantan ni jenis buta huruf atau buta kayu...?
PKR perlu memberi respon kepada surat rasmi itu.... PKR perlu tegas samada mahu akur kepada tuntutan PAS dan mempertimbangkan kedudukan PKR sendiri dalam Pakatan Harapan, atau, menolak saranan PAS dan mahu kekal dalam Pakatan Harapan, dengan memutuskan sebarang hubungan dengan PAS di seluruh negara termasuk Kelantan dan Selangor.
Kalau itupun tak mahu buat apa-apa, biarkan saja PAS nak kata apa kepada Amanah, apa perlunya PKR tandatangan perjanjian PH minggu lepas....? Apa gunanya perjanjian itu..?